The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazlina2c, 2022-11-22 21:28:36

SKRIP PANDUAN MUTAWWIF - AMTC

SKRIP PANDUAN MUTAWWIF - AMTC

PANDUAN MUTAWWIF

CHECKPOINT ISI KANDUNGAN M/S
3-9
1  Ucapan/Tazkirah 9 - 14
 Doa 15 - 23
 Sejarah Jeddah 24 - 45

2  Doa masuk Tanah Haram Madinah
 Penubuhan/sejarah Madinah
 Sirah Penghijrahan Rasul SAW

3 Ziarah Dalam :
 Maqam Nabi & Sahabat serta doa
 Raudhah dan Perkuburan Baqi’

4 Ziarah Luar :
 Sejarah Ijabah, Masjid Quba’, Masjid Qiblatain
 Kebun/Pasar Kurma
 Perkuburan Syuhada’ Uhud
 Mantheqah Baidho’

1

5  Persediaan ke Mekah (Umrah) 46 - 65

 Ziarah Wada’ Rasulullah

 Ihram & Niat di Miqat

 Doa, Tazkirah Umum Perjalanan Mekah/Madinah

 Niat & Ingatan Perkara Berkenaan Ihram

 Talbiah

 Kaabah

6 Ziarah Luar : 66 - 87

 Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Wadi, Muhassir,
Ja’ranah, Jabal Nur, Pemaqaman Ma’la

 Sejarah Mekah

 Pelaksanaan Umrah – Doa ketika Tawaf, Saie, Tahallul

7 Ziarah Dalam Mekah : 88 - 117

 Sejarah Ka’abah, Hijr Ismail, Multazam, Hajar Aswad

 Tempat Lahir Rasulullah, Telaga Zam Zam

 Rumah Abbas, Rumah Al-Arqam

 Masjid Jin, Masjid Kucing, Rumah Khadijah RA

 Jabal Qubais, Pemaqaman Muhajirin, Jabal Rahmah

 Maqam Ibrahim, Rukun Yamani

2

 Tana’im, Hudaibiyah
 Tawaf Wida’

CHECKPOINT 1

Assalamualaikum, Ahlan Wasahlan wa Marhaban bikum, selamat datang dan selamat
bertemu kami ucapkan kepada para Duyuf Arrahman (tetamu Allah) dan Penziarah Rasullullah
SAW di Kota Jeddah.

Kota Jeddah merupakan kota kedua terbesar di Arab Saudi, selepas Riyadh. Kota ini dihuni
lebih kurang 1.5 juta peduduk. Ianya dikenali sebagai ‘Kota Nenek’ yang berasal dari kalimat
‘Jaddatun’ iaitu Nenek Perempuan.

Mengikut sejarahnya Siti Hawa diturunkan di Kota Nenek (Jeddah). InsyaAllah, dari Kota
Jeddah kita berangkat ke Madinah Al-Munawwarah. Kota Jeddah juga dikenali dengan nama
‘Pengantin Laut Merah’ kerana ia berdampingan dengan Laut Merah atau disebut juga kota ‘Si
Cantik Malam’ kerana apabila malam ia lebih indah dihiasi dengan lampu neon jika dipandang
dari udara. Kota ini diasaskan oleh Khalifah Uthman bin Affan RA.

Para Tetamu Allah dan Para Penziarah Rasullullah SAW yang dirahmati Allah SWT, sebelum
kita bertolak menyingkapi susur galur syiar Islam ini, eloklah kita mulai dengan bacaan doa safar
(doa musafir) supaya perjalanan kita ini dilimpahi berkat serta redha Ilahi, insyaAllah:

3

‫بسم ا الرحمن الرحيم‬
‫اا َب كَْبر‪ ،‬اا َب كَْبر ‪ ،‬اا َب كَْبر‬

‫”‪“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.‬‬

‫اَ كَحا بَ الب لَي بَ نّ برلبْبا بََبا بَ بُا اْْنا لبُا اُ كَ لر لّي بن بَِّنا لِلبى بَبلبْبا لب ام كَْب لَِاو بَ‬

‫‪“Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum‬‬

‫”‪itu tidak terdaya menguasainya.‬‬

‫بَِلّنا ِلبى بَبلبْبا لب ام كَْب لَِاو بَ‬

‫”‪“Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.‬‬

‫‪#Doa‬‬

‫الِب اُ نم َب كّ بَ ال نّا لح اُ لِي ال نسَب لر‪ ،‬بَال بّ لِيَبُا ِلي اأب كَ لِ بَا كل بما لِ بَا كل بولب لِ بَاأب كْ بحا لِ‪،‬‬
‫الِب اُ نم ا كحَب كْْبا بَ لِّنا اَ كم لُ كن آِبا لِ ال دِ كّيبا بَ بَا بَا لِ بُا‪ ،‬الِن اُ نم لِّنا ّب كسَبلا بَ ِلي بََب لرّبا بََبا لب ررا‬
‫بَِب كَ بوَ بَ لُ بن الَب بم لِ بُا ِبر بَى‪ ،‬الِب اُ نم ِلّنا ّب كسَبلا بَ َب كَ ِب كْ لو بَ لبْبا اأب كَ بَ بَِب بُ بلو بَ بَِب كيْبا ال نسَب بر بََب كَ‬
‫ِب كر اِ كَْبا لِي بََب لرّبا بََبا بَ بَ بُُر لِي الَب بِ لَ بَال لبِ كّ لن بَا كل بما لِ‪ ،‬بَِاَب لِبَبْبا بح نّ بب كيِل بَ بَ لِّبا بَ لِ َب كَ لر ّب لَ ليب بَ اُ بح نم دِ‬
‫بِْنى اا بَِبي لُ بَ بَِن كم ‪ ،‬الِن اُ نم لِّنا ّبَاوُابل بَ لُ كن بَ كََبا لِ ال نسَب لر بَْآبب لُ ا كل ام كَْبِب لُ بَ اَ كو لِ ا كل بم كْ بْ لر لِي‬
‫اأب كَ لِ بَا كل بما لِ بَال بولب لِ بَاأب كْ بحا لِ‪ ،‬الِن اُ نم ا كَِب كِْبا بَ لِّنا اَ كم لِي لِ بوا لَ بَ بَ بَ ِب كسِا كَْبا بَِلّنا اَم لّ كَ بمِب بَ بَ بَ‬

‫ِاَبيب لر بُا بلْبا بَبل لُم لُ كن بَا لِيب لِ بَ ّبا َب كَ بح بم ال نرا لح لمي بن‪.‬‬

‫‪#Ayat kursi‬‬
‫‪#Surah Al-Quraish‬‬

‫‪4‬‬

‫َوَِ َرّش‬
‫بسم ا الرحمن الرحيم‬
)٣( َ‫) ِب كِيب كََا اَِا بَ نِ ه بََبا ا كلَب كي ل‬٢( ِ‫) ِلّ بَِل لُ كم لَ كحِبُب ال لبِِبا لِ بَال نّ كي ل‬١( ‫ل لِّ بَ لِ َا بر كّ دش‬
)٤( ِ‫الن لَي َب كَْب بم اُم لبُن اِوٍد بَآ بُْب اُم لبُ كن بَ كو د‬

#Surah Al-Fatihah

Para Duyuf Arrahman dan Penziarah Rasullullah SAW yang dirahmati, kita akan melalui
perjalanan yang menuju ke Madinah Al-Munawwarah lebih kurang 414 km yang mengambil
masa lebih kurang 5 atau 6 jam.

Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW, sebelum kita sampai di tempat rehat
yang pertama iaitu Ar-Ruhaili, sebaik-baiknya saya memperkenalkan diri, nama
saya …………………………. yang telah dipilih untuk melayan para Tetamu Allah bagi membantu para
jemaah sepanjang perjalanan bagi menyempurnakan ziarah kita di Madinah dan
menyempurnakan ibadah Umrah di Makkah Al-Mukarramah.

Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasullullah SAW, insyaAllah 15 minit lagi kita akan
berehat disatu tempat yg dinamakan Ar-Ruhaili untuk pemeriksaan passport (passport yang
telah diserahkan kepada pihak muasasah ketika di airport Jeddah tadi) akan diperiksa disitu
untuk pendaftaran dan pengesahan masuk ke Madinah.

Ini adalah peraturan yang diwajibkan ke atas setiap jemaah yang ingin memasuki Kota
Madinah melalui Jeddah. Sekiranya perjalanan melalui airport Madina, proses ini tidak perlu
lakukan.

5

Para tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW yang kami muliakan; pertama, kami akan
sampaikan sedikit atau sekilas sejarah Madinah Al-Munawwarah. Madinah Al-Munawwarah
adalah satu negeri yang sangat dicintai oleh Rasullullah SAW dan disanalah dimaqamkan jasad
Rasullullah SAW yang mulia, malah ia menjadikan Madinah itu sungguh istimewa sekali. Didalam
Al-Quran, Surah Annisa’ (ayat 64), Allah telah berfirman:

ِ‫َوَِ الْبسا‬
‫بَ بُا َب كَ بَ كِْبا لُن نَ اَو دِ ِل نَ لليا بْا بٍ بل لِ كُ لَ نلل ۚ بَلب كو َبّن اُ كم لُِ نِّب اموا َبَّا بس اُ كم بِا اَِ بَ ِبا كَِب كََب ارَا نلب‬

)٦٤(‫بَا كَِب كََب بر لب اُ ام ال نر اَو اِ لب بو بِ اَِا نلب ِب نوابرا نَ لحي رما‬

“Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah.
Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiaya dirinya datang kepadamu, lalu memohon
ampun kepada Allah, dan Rasulpun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka

mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”

Inilah dalil bahawasanya menziarahi maqam Rasulullah SAW itu disyariatkan dalam agama
kita dan doa yang paling mustajab dan diqabulkan dihadapan makam Rasulullah SAW. Namun,
bukanlah mendoakan untuk meminta syurga dan meminta kesenangan , akan tetapi
beristighfar / memohon keampunan daripada Allah SWT. Firman Allah : Surah Annisa’ (ayat 100),

‫بَ بُن ّا بُا لِ كر ِلي بََلي لِ نلل ّب لِ كِ ِلي ا كأب كَ لَ اُ برا بَ رما بَْلي ررا بَ بََبُر ۚ بَ بُن ّب كّ ار كْ لُن بب كي لِ لُ اُ بُا لِ ررا‬
‫لِلبى نلل بَ بَ اَو لل لُ ثا نم ّا كِ لَ كُْا ا كل بم كو اِ ِبَب كِ بََب بَ َب كِ ار اُ بَِبى نلل ۗ بَ بْا بَ نلا بََاو رَا نَ لحي رما‬

6

Maksudnya : “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan
Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki

yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah
dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala

hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Ziarahilah dan minta ampunlah disamping maqam Rasulullah SAW sepertimana yang
diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW telah bersabda:

.‫ُن ِاَ ََري َََِ لُ شَاَِي‬

"Sesiapa yang menziarahi kuburku, Maka wajiblah baginya syafaatku"
[Riwayat Ibn Majah dalam hadis No.3112]

Rasulullah S.A.W bersabda yang diriwayatkan antaranya oleh Imam al-Baihaqi, Imam ath-
Thabrani dan Imam ad-Daraquthni :-

.‫ َُن ِاَّي َََِ لُ شَاَِي‬،‫ُن ِاَّي بَِ َِاِي ِكَّما ِاَّي ِي حياِي‬

Maksudnya : “Sesiapa yang menziarahiku selepas kewafatanku, maka seumpama dia
menziarahiku sewaktu hayatku, maka wajiblah baginya syafaatku.”

“Para nabi-nabi hidup di dalam kubur mereka”, itulah perbezaan nya antara nabi-nabi

dengan orang-orang biasa.

7

Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW, ingatlah bahawasanya yang bakal anda
ziarahi ini, seafdhol-afdhol (sebaik-baik) makhluk, perjalanan anda ini bukannya seperti ke
Eropah, London, Bali atau Jepun akan tetapi perjalanan ibadah umrah ini adalah kearah
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI .

Itulah harapan kita semua. Jadi ingatlah bahawasanya anda akan mengunjungi satu negeri
yang telah dimuliakan oleh Allah SWT dan Rasullullah SAW. Bersabarlah ketika menempuhi
sebarang ujian dan dugaan Allah sepanjang perjalanan ini, sabda Rasulullah SAW :

‫ ُن ِاَّي بالمُِّْ ُحِسَار َْْ لُ شَيَار َشُيِار‬: )‫ َاِ ََوِ ا (ص‬:ِ‫َن َّس (َ) َا‬
ُُ‫ّوم الَيا‬

Maksudnya : “Barang sesiapa yang bersabar dengan kesukaran tinggal di Madinah,maka aku
akan memberi syafaat dan menjadi saksi kepadanya hari kiamat”

Pada kalimat ‫ محتسبًا‬Samaada cara perniagaannya mungkin mahal, tidak bagus kita

tawar-menawar , ataupun airnya yang tidak sesuai ataupun udaranya disebabkan kerana
Madinah Al-Munawwarah itu sebagaimana yang dikatakan oleh Rasullullah SAW juga
menceritakan tentang Madinah:

“Barang sesiapa yang di atas panasnya dan sejuknya kota Madinah akan masuk syurga.”

Dan apabila sejuk, Madinah akan jauh lebih sejuk dari Kota Makkah dan apabila panas
Madinah akan lebih panas daripada Kota Makkah. Inilah dugaan yang akan datang, yang bakal

8

kita hadapi samaada dugaan sendiri atau berkaitan dengan rakan, keluarga dan sebagainya

seperti kadang-kadang kawan kita bawa kunci, ada pula hilang kuncinya. #Bagi contoh-

contoh cubaan.

Inilah cubaan dan dugaan. Ingatlah bahawasanya segala sesuatu itu harus diuji dan cubaan
itu ada yang ringan dan ada yang berat, sama juga dengan temuduga ataupun anak kita yang
sedang menghadapi peperiksaan.

Kalau ujian itu ringan, yang bodoh itu pun boleh berjaya juga, yang pintar pun boleh
berjaya. Kalau dugaan itu ringan, orang yang mukmin berjaya, orang yang munafik pun akan
berjaya. Jadi ujian dugaan ibadah itu harus (mesti) berat supaya boleh dibezakan antara orang
yang mukmin dan yang berhati munafik, yang datang ke Madinah Al-Munawwarah ini.

Dan ingatlah bahawasanya anda menuju untuk menziarahi semulia-mulia makhluk
(makhluk terbaik). Kita mesti meletakkan satu harapan yang tinggi untuk mendapat Umrah/Haji
yang Maqbul dan Mabrur, dengan itu kita mesti mematuhi segala rukun, wajib dan perkara
sunat dalam mengerjakan ibadah Umrah ini.

Ingatlah wahai para Tetamu Allah dan Penziarah Rasullullah SAW, bahawa ziarah kita ini
amat berlainan daripada yang lain, ziarah yang paling afdhal, kerana kita sedang menuju ke
tempat yang paling afdhal dan paling Allah cintai, yang paling Allah rahmati sehingga Allah SWT
tidak pernah menyeru nama Nabi SAW dengan panggilan ‘Ya Muhammad’, tetapi diseru
dengan ‘Ya Ayyuhar Rasul.’

9

Di dalam Al Quran Allah menyatakan ‘Ya Musa’ kepada Musa, ‘Ya Adam’ kepada Adam,
Allah mengatakan kepada nabi-nabi selain nabi kita, “Ya Musa! Ya Adam!” akan tetapi kalau
kepada Rasullullah saw – Ya Ayyuhar Rasul – Ya Ayyuhan Nabi.

Takkan kita nak mengecil-ngecilkan Rasulullah SAW sedangkan Allah mengagung-
agungkan Rasullullah SAW! Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah semulia-mulia makhluk di
atas muka bumi. Maka Allah mengatakan Rasulullah SAW itu adalah kekasih Allah SWT. Maksud
“makhluk” itu adalah perkara-perkara yang dicipta oleh Allah, Kaabah itu adalah ciptaan Allah,
malaikat itu juga adalah ciptaan Allah, tetapi Rasullullah SAW adalah lebih mulia dan afdhal
daripada segala-galanya.

Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW yang dikasihi Allah, maafkan kami kalau
mengambil sedikit waktu. Kami memahami semua jemaah kepenatan, akan tetapi kami
merasakan kalau perjalanan 3 hari ini menjadi sia-sia sekira tidak memperkenalkan siapakah
sebenarnya yang akan kita ziarah ini di Madinah Al-Munawwarah ini.

Para tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW sebentar lagi kita akan sampai di Ar-
Ruhaili.

#Kejutkan Jemaah dari tidur.

CHECKPOINT 2

Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasullullah SAW telah nampak sempadan Madinah Al-
Munawwarah, marilah kita bersama-sama membaca doa memasuki Madinah AlMunawwarah.

10

‫لب كس لم ال ال نر كح بم لن ال نر لح كي لم‬
َ‫ابلِن اُ نم ِل نَ بََبا بح بر ام ّب لَيلب ب‬
‫بََب كِ بح نر كُِبُا بَِبى لل بساّل لُ بِْنى اا بَِب كي لُ بَ بَِن بم‬
ِ‫ِبا كَِب كُِا لََباّبُر للب كي لُ بن الْنا لَ بََب بُاّرا لُ كن اَ كو لِ ال لح بسا ل‬

“ Ya Allah, negeri ini adalah tanah haram Rasul-Mu Muchammad SAW, maka jadikanlah
penjaga bagiku dari neraka, aman dari siksa dan buruknya hisab (perhitungan di hari
kemudian ) “

Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasullullah SAW yang dirahmati Allah SWT, apabila kita
sudah sampai di Madinah Al-Munawwarah, kita hendaklah menjaga adab sopan, kita perlu
betul-betul kagum dan merasa gembira apabila kita melihat perumahan dan setiap penjuru
yang ada di Madinah Al-Munawwarah ini, dan kita perlulah dengan menenangkan hati dan
bergembira bagai melihat bulan purnama, seperti bulan purnama di Malaysia , di Indonesia di
Amerika semuanya adalah sama, malam yang sama, bulan yang sama, semuanya sama-sama
bergembira, semua sama-sama merasakan. Jadi boleh kita gambarkan seperti itulah kita harus
bergembira.

Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW sekalian, bergembiralah apabila melihat
dan menyaksikan persekitaran Madinah kerana Rasulullah SAW pernah menyatakan:

Maksudnya: “Umatku itu sekiranya mereka mengetahui apa erti apa yang ada di Madinah ini,
nescaya Madinah ini lebih baik daripada diri mereka”

11

Apabila tiba di Madinah nanti, jemaah bakal menyaksikan tulisan yang ada dipapan yang
tertulis seperti diatas.

Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW yang dirahmati Allah SWT, di sebelah
kanan kita sudah kelihatan menara Masjid Nabawi, menara yang menjulang tinggi, di tengah-
tengah menara itu kelihatan kubah yang berwarna hijau, dibawah kubah yang berwarna hijau
terdapat bangunan yang tidak mempunyai pintu itu, 12 meter ke bawah, 7-9 meter keatas ,
didalamnya itu adalah maqam Rasullullah SAW.

12

Memberi salamlah kita kepada Baginda, dan sebentar lagi InsyaAllah kita akan bersama-
sama ke sana.

، ‫ابل نس بَ ام بَِب كي بَ َبّد بُا الْنَل دي بَ بَ كح بمُا ال بَبب بر بْاِاُب‬
‫ابل نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا بَ اَ كو بِ ال‬

13

Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasullallah SAW yang dikasihi Allah SWT, bergembiralah
kita, (Bushrolana) Alhamdulillah, kita telah sampai di Negeri yang paling dicintai oleh Rasullallah
SAW iaitu Madinah Al-Munawwarah dimana para sahabat telah membuang kasutnya, ada yang
tidak mahu memakai kasut ketika memijak kaki di bumi Madinah Al-Munawwarah, ada juga
yang tidak mahu menaiki tunggangannya disebabkan kerana apa? Kata mereka, disebabkan
bumi yang aku pijak bersemadinya jasad Rasullullah SAW – bagaimana kita nak meludah, para
tetamu Allah diatas tanah yang semulia ini, janganlah meludah sembarangan…!

Tengoklah masyarakat orang Arab, pak Arab itu sentiasa ada tisu di poket mereka – apabila
mereka hendak meludah, mereka akan meludah pada tisu dan disimpan di dalam poket.
Walaupun nampak kotor tetapi itulah adab mereka terhadap persekitaran Madinah Al-
Munawwarah.

Bukan kerana kotor tetapi itulah adab bagaimana hendak membuang kahak, mungkin ada
orang lain akan terpijak ludah yang kotor itu dan pastinya akan tersebar dimerata tempat.

Bagi yang menghisap rokok, bukan hendak mengatakan boleh hisap rokok akan tetapi bagi
yang hisap rokok pandai-pandailah menjadi perokok yang beradab. Gunakanlah bekas untuk
membuang puntungnya, jangan merokok di dewan makan, malu-malulah merokok dan yang
paling menjadi keutamaan tinggalkan saja tabiat ini di Madinah dan Makkah. (Tak layak
sebenarnya menghisap rokok disekitar bandar Madinah Munawwarah, lebih-lebih lagi
dipersekitaran Masjid Nabawi kerana Rasulullah SAW sendiri amat membencinya. Sedarlah
bahawa sesetengah ulamak telah mengharamkan rokok!!!)

14

Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah saw yang dikasihi Allah SWT, InsyaAllah lima
minit lagi, kita akan sampai di hotel iaitu hotel ……………………… lebih kurang 100m daripada
pagar Masjid Nabawi. Setibanya di hotel nanti, sebelum turun pastikan tiada barang yang
tertinggal. Kejutkan jemaah yang sedang tidur. Awasi aurat anda daripada terbuka dan
kemaskanlah barang anda.

Apabila tiba di hotel, diharapkan dapat berehat di lobi dengan penuh kesabaran sementara
menantikan petugas-petugas menyerahkan kunci bilik masing-masing dan mengangkut barang
para jemaah semua.
Sekian, mari kita turun bersama-sama.
#Awasi pergerakan Jemaah dan barang-barang mereka.
Ambil perhatian, para Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW, mari kita rapat-rapatkan diri
untuk mendengar apa yang saya mahu maklumkan ini, rugilah orang yang tidak mahu
mendengar dan menyesal bagi orang yang tidak mengetahui.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaratuh, selamat datang ke Madinah Al-Munawwarah,
Madinah Al-Munawwarah juga dikenali sebagai Madinah At-Toiyyibah, bandar yang semerbak
wanginya kerana Madinah Al-Munawwarah ini apabila selepas waktu Asar akan dibakar Kayu
Ambar dan diperasapkan di sekeliling Madinah Al-Munawwarah (kebiasaannya).
#Selepas pemberian kunci bilik.

15

Dalam masa satu jam, para Penziarah Rasulullah SAW sekalian bolehlah berehat, makan
dan mandi dibilik masing-masing dan berkumpul semula di lobi ini, kita akan dibawa oleh
mutawwif ke maqam Rasullullah SAW dan perkuburan Baqi’.

Pastikan diri dan pakaian kita bersih dan berwangi - wangianlah untuk menziarahi Nabi kita,
hal ini kerana ia menjadi satu adab semasa menziarahi Rasullullah SAW.

Pernah pada suatu ketika dahulu di zaman Rasulullah SAW seorang sahabat datang dari
negeri yang jauh, sampai di Madinah, dia berlari-lari untuk bertemu Rasulullah SAW. Mukanya
berpeluh-peluh, nampak kepenatan, kemudian memberi salam kepada Rasulullah SAW,
Rasulullah SAW menjawab: “keatas kau satu ganjaran”

Seorang lagi sahabat yang membersihkan badan, dia mandi dan berpakaian bersih dengan
berwangi-wangian, berehat setelah itu barulah dia datang dengan tenang bertemu Rasulullah
SAW dan memberi salam:

، ‫ابل نس بَ ام بَِب كي بَ َبّد بُا الْن لَ دي بَ بَ كح بمُا ال بَبب بر بْاِاُب‬
، ‫ابل نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا بَ اَ كو بِ ال‬
‫ابل نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا بحَل كي بُ ال‬

Rasullullah SAW menjawab: “keatas engkau dua ganjaran”.

Sahabat yang pertama berjumpa Rasulullah SAW bertanyakan kenapa sahabat yang baru
datang itu mendapat dua ganjaran, sadangkan dia datang lambat, Ya Rasulullah SAW; Rasulullah
SAW menjawab: Ya dia datang lambat akan tetapi dia datang dengan penuh adab”.

16

“Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”
“Rasullullah SAW berkata lagi: dia datang dengan budi pekerti dan akhlak budi bahasa yang
mulia.”

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW yang dikasihi Allah SAW: ingatlah
bahawasanya jika hendak menziarahi Rasulullah SAW hendaklah kita membersihkan badan,
mewangikan badan, mencantikkan perilaku dan adab.

CHECKPOINT 3

ASSALAMUALAIKUM para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW.
Selamat datang kami ucapkan sekali lagi di bumi yang barakah ini. Ingatlah bahawasanya

Rasulullah SAW yang akan kita ziarahi ini adalah tidak seperti insan lain. Apabila kita memberi
salam di depan makam Rasulullah SAW, Rasulullah SAW akan menjawab dengan lisannya dan

17

akan menyambut dengan tangannya. Itulah kelebihan Rasulullah SAW. Allah SWT telah
berfirman : Surah Al Mujadalah Ayat 12.

ُ‫اَ كو بَِا ا كل ام بِا بَلب‬
ۚ ‫ّبا َبّد بُا الن لَّ بن آ بُْاوا ِلُبا ّبا بِ كيِا ام ال نر اَو بِ ِبَب لبِ اُوا بب كي بن ّب بِ كي ّب كِ بوا اْ كم بْ بَِبُر ۚ هُب لل بَ بَ كي رر لب اك كم بََب كْ بُ ار‬

)12( ‫ِب لِ كَ لب كم ِب لِ اَِا ِب لِ نَ نلب بََاو رَ بَ لحي رم‬

Bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, apabila kamu mengadakan pembicaraan khusus
dengan Rasul hendaklah kamu mengeluarkan sedekah (kepada orang miskin) sebelum
pembicaraan itu. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih bersih; jika kamu tidak

memperoleh (yang akan disedekahkan) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.”

Kesimpulan ayat ini ialah amalan terbaik sebelum menziarahi Rasulullah SAW adalah
bersedekah. Jadi sediakanlah seriyal dua riyal untuk disedekahkan kepada petugas-petugas
Masjid Nabawi, kerana mereka telah terpilih dan berbakti di rumah Rasulullah SAW ini, yang
pentingnya sebelum kita menziarah Rasulullah SAW sunnah bersedekah kerana Rasulullah SAW
digelar juga “Bapa anak-anak yatim dan bapa orang-orang fakir”, bahkan Rasulullah SAW
digelar “Bapa para ibu-ibu tunggal”.

Berbuatlah sesuatu yang disenangi oleh Rasulullah SAW umpama seorang bapa yang
menyayangi anak-anaknya dan datang dengan memberi hadiah pada anaknya, bapa itu pasti
senang hati dengan kita.

18

‫‪Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW yang dikasihi sekalian, mari kita memberi‬‬

‫‪salam kepada Rasulullah SAW bersama-sama, sila kehadapan sedikit. Tundukkan kepala, hayati‬‬

‫‪dengan sebaik-baiknya.‬‬

‫ال نس بَ ام بَِبى بَ اَو لِ نلل بِْنى اا بَِب كي لُ بَ بَِنم‬
‫ابل نس بَ ام بَِب كي بَ َبّد بُا الْن لَ دي بَ بَ كح بمُا ال بَبب بر بْاِاُب ‪ ،‬ال نّ بَِا بَال نس بَ ام بَِب كي بَ بَيلب لِّبا ّبا بَ اَ كو اِ ال‬
‫‪ ،‬ال نّ بَِا بَال نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا ّبَل بيل ال ‪ ،‬ال نّ بَِا بَال نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا بَ كي بر بَ كِ لِ ال ‪ ،‬ال نّ بَِا بَال نس بَ ام‬
‫بَِب كي بَ ّبا بُ كن َب كَ بَِبُا اا بَ كح بمُر لل كَِبالب لم كي بن ‪ ،‬ال نّ بَِا بَال نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا بَ ليب لِ ال ام كر بَ لِ كي بن بَ بَاِب بم الْنَليلب كي بن‬
‫‪ ،‬بَِل بُا بم ال امِن لَ كي بن ‪ ،‬بََباِل لِ ا كلَا لبر ا كل ام بح لبِ لِ كي بن ال نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا بُ كن بَ بَْبُا اا لبَب كو لل لُ بَ لِّن بَ لبَبِبى اَِا دِ‬
‫بَ لْ كي لم ‪ ،‬بَ لبا كل ام كْ لُ لْ كي بن بَ اُ كَ رِ بَ لح كي رم ‪ .‬ابل نس بَ ام بَِب كي بَ بَ بَِبى بَا لِ لر اأب كّ لَيبا لِ بَال ام كر بَ لِ كي بن بَ بَِبى َب كَ لِ‬
‫بب كي لِ بَ ال نْ ليبَل كي بن ال نْا لَ لرّن ‪ ،‬ابل نس بَ ام بَِب كي بَ بَ بَِبى َب كِ بَا لِ بَ ال نْا لَ برا لِ ‪َ ،‬ا نُ بُا لِ ا كل ام كْ لُ لْ كي بن ‪ ،‬ابل نس بَ ام‬
‫بَِب كي بَ بَ بَِبى َب كْ بحا لب بَ َب كِ بم لَ كي بن بَ لََبا لَ ال ال نّا لل لح كي بن ‪َ .‬ب كش بُ اِ َب كَ بَ ِللبُب لِ نَ نلا بَ كح بِ اُ بَ بش لرّ بَ لبُا ‪،‬‬
‫بََب كش بُ اِ َب نَ اُ بح نم رِا بَ كَ اُِا بَ بَ اَولاُا ‪ ،‬بََب كش بُ اِ َبّن بَ ّبا بَ اَو بِ نلل ‪ ،‬بََب كش بُ اِ َبّن بَ اُ بح نم اِ كب ان بَ كَ لِ نلل ‪،‬‬
‫بََب كش بُ اِ َبّن بَ َب كِ ببِن كَ بَ ال لبر بَالبُب بََب نَ كّ بَ اأب بُاّبُب ‪ ،‬بَّب بّ كح بَ اأا نُُب بَ بَ بَ كو بِ ِللبى بَ لَي لِ بَ لبب بَ بلا كل لح كك بم لُ‬
‫بَا كل بم كو لَ بْ لُ ا كل بح بسْب لُ ‪ ،‬بَ بََب كِ بِ نلب اُ كّ لِّار بحِنى َبِبا بَ ا كليب لَي ان ‪ِ ،‬ب بِّنى اا بَِب كي بَ بْ لَ كي ررا َب كِ بَ بِ بََب كْ بم بِ‬
‫بََب كْيب بُ بُا بِْنى بَِبى َب بح دِ لُ بن ا كل بّ كِ لِ َب كِ بم لَ كي بن ‪ .‬ابلِن اُ نم آ لِ لُ ا كل بو لَ كيِبُب بَا كلَب لَ كيِبُب بَا كبَبَكُا بَُبا رُا‬
‫بُ كح امو رَا الن لَي بَ بَ كِِاُا الِن اُ نم بْ لبِ بَِبى اُ بح نم دِ بْ بما بِْن كي بَ بَِبى لِ كب برا لَ كي بم بَ بَِبى آ لِ لِ كب برا لَ كي بم ‪ِ ،‬لّن بَ‬
‫بح لم كي رِ بُ لِ كي رِ ‪ ،‬بَبنْبا آ لُْرا لب بما َب كّ بَ كلَ بَاِنَب كَْبا ال نر اَو بِ ‪ِ ،‬با كِْا كَْبا بُ بَ ال نِا لَ لِّ بن ‪ ،‬بَا كل بح كم اِ ل نّل بَ ب لِ‬

‫ا كلَبالب لم كي بن ‪.‬‬

‫‪19‬‬

Para Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW ingin saya berpesan, apabila dihadapan
makam di dalam masjid, berdoa itu tidak semestinya dengan menadah tangan, cukup hanya
berdetik dalam hati atau membaca dengan lisan yang perlahan.

Pada asalnya mengikut sejarah lebih kurang 800 tahun dahulu, selepas solat, imam akan
berdoa menghadap ke maqam Rasulullah SAW dan tidak membelakanginya. Kemudian satu
undang-undang telah dibuat oleh kerajaan Arab Saudi, berdoa mesti menghadap kiblat.

Perkara yang amat digalakkan semasa berdoa ialah memohon keampunan, beristighfar
kerana setiap tempat ada pengkhususan doanya, umpamanya sekiranya kita lapar dimana
tempat mustajab, tempat mustajab untuk lapar pastinya di kedai makan, janganlah datang kedai
makan pada waktu tengah malam melainkan ia memang dibuka 24 jam.

Apabila di depan maqam Rasulullah SAW, kita haruslah memohon keampunan, dan bagi
sesiapa yang ingin memohon rezeki bolehlah berdoa di Raudhah, selepas ini tuan-tuan boleh
masuk dan memberi salam bersendirian. Sampaikan salam mereka yang mengirimnya,
sampaikan salam ahli keluarga:

.... َ‫ لُ كن ِا بَ لَ كب لن ِا بَ د‬، ‫ابل نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا بَ اَ كو بِ ال‬

Kemudian beredar pula sekadar sehasta ke kanan, di situ pula terletak Maqam Saidina Abu
Bakar dan memberi salam padanya.

‫ السَم َِيَ ّبا بُ كن َبا بِ ِلي بح لَب بَ بَ اَ كو اِ ال‬...ِ‫ال نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا بَ لِ كيَبُب بَ اَ كو لِ ال َبببا بب كك در ال ل بّ لِ كّ ب‬
‫ ال نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا بْا لح بُ بَ اَ كو لِ ال‬، َ‫ ّبا َبببا بب كك در َب كّ بَ بَ لِ كي اِ ال لُ بن الْنا‬، ‫بِْنى ا بَِب كي لُ بَ بَِنم‬
ِ‫ ال نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا بُ كن َب كَّب بِ بُالبُا اِْنُا لِي اح ب لُ بَ اَو لل لُ بحِنى ِب بِّن ب‬. َ‫بَثباّل بي اثكْب كي لن لِ كُ اَ بما ِلي الَبا ل‬

20

‫ببالَبَبا ‪ .‬بِ بَا بَ اا بَ كن َا نُ لُ بَ اَ كو لِ ال بَ كي بر ا كل بِ بَا لِ ‪ ،‬الِن اُ نم ا كَ بَ بَ كُْا ‪ ،‬بَا كَِب كَ بَ بَ بِِبُا ‪ ،‬بََب كْ لر كم‬
‫بَُبا بُُا ‪ ،‬بََب كِ لَ كِ ثب بواببُا لبَب كَ لِ بَ بَ بْ بر لُ بَ آُين ‪.‬‬

‫‪Kemudian berpindah ke sebelah kanan sekadar sehasta di sana terletak pula Maqam Saidina‬‬
‫‪Umar bin AI-Khattab serta memberi salam kepadanya.‬‬

‫ال نس بَ ام بَِب كي بَ َب لُي بر ال ام كْ لُ لْي بن اَ بم بر كب لن ال بّ نْا لِ ‪ ،‬ال نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا بُ كن َبا بِ ِلي بح لَب بَ بَ اَ كو اِ ال‬
‫بِْنى ا بَِب كي لُ بَ بَِنم اَ بم ار كب لن ال بّ نْا لِ لَ برا اْ َ كَ اِ ال بِْنُ‪ .‬بََبا بِ َب كّ رَا ‪ :‬بَ بُا بِْبَب لَ ال نِ كم اس بَِبى‬
‫بَ اِ دِ بَ كي رر لُ كن اَ بم بر ‪ ، .....‬ال نس بَ ام بَِب كي بَ ّبا َبببا الَاَب برا لِ بَال دََبَبا لِ بَاأب بَا لُ لِ بَاأب كِّبا لم ‪ ،‬بِ بَا بَ اا‬

‫بَ كن َا نُ لُ بَ اَ كو لِ ال بَ كي بر ا كل بِ بَا لِ ‪ ،‬الِن اُ نم ا كَ بَ بَ كُْا ‪ ،‬بَا كَِب كَ بَ بَ بِِبُا ‪ ،‬بََب كْ لر كم بَُبا بُُا ‪ ،‬بََب كِ لَ كِ‬
‫ثب بواببُا بلَب كَ لِ بَ بَ بْ بر لُ بَ آُين ‪.‬‬

‫‪Sesudah memberi salam dan doa kepada Saidina Umar bin AI-Khattab maka baliklah semula‬‬
‫‪ke Raudhah dan dengan hati yang khusyuk menghadap kiblat.‬‬

‫‪21‬‬

‫‪ Ziarah Raudhah:‬‬

‫‪#Bagi jemaah lelaki boleh terus memasuki Raudhah, bersolat (fardhu atau sunat) dan berdoa‬‬
‫‪di dalamnya dengan khusyuk:‬‬

‫لب كس لم ال ال نر كح بم لن ال نر لح كيم ‪ ،‬ال بح كم اِ ل نّل بَ ب لِ ا كلَبالب لم كي بن ‪ ،‬بح كم رِا ّاوا لِي ّلَب بمُا ‪ ,‬بَّا بكا لِ اُ بُ لَّ بُِا ‪ّ .‬با بَ لببْبا‬
‫لب بَ ا كل بح كم اِ بْ بما ّب كَْب لَي لل بَِ لِ بَ كِ لُ بَ بَ بَ لْي لم اَ كِ بْاّل بَ ‪ ،‬الِن اُ نم بْ لبِ بَ بَ لِبم بَِبى بَين لِّبا اُ بح نم دِ بَ بَِبى‬

‫‪22‬‬

‫آ لل لُ بَ بْ كح لَ لُ َب كِ بم لَ كي بن ‪ .‬الِن اُ نم ا كَ لَ كر للي ُاّاوبلي بَ لل بوا لل بِ ني ‪ ،‬بََب كِ بِا لَي بَ بِ نِاِلي بَ لِ كَ بوا لّي بَ بُ بِا لّ لّي‬
‫بَ لل بِ لم كي لَ ا كل ام كس لِ لم كي بن بَا كل ام كس لِ بما لِ اأب كحيبا لِ لُ كْ اُم بَا كأب كُ بوا لِ لب بر كح بمِل بَ ّبا َب كَ بح بم ال نرا لح لم كي بن ‪.‬‬

‫الِب اُ نم لِّن بَ َا كِ اَ بََب كولا بَ ا كل بح نِ ‪ :‬بَلبو َبّن اُم لُِ بِّب اموا َبَّا بس اُم بِا اَِ بَ ِبا اَِب كََب ارَا اب بَا كَِب كََب كر لب اُ ام‬
‫ال نر اَو اِ لب بو بِ اَِا اب ِب نوابرا نَ لح كي رما‪...‬‬

‫الِن اُ نم لِّلبي َب كََبلا بَ َب كَ ِا بِ لَب اَ ِلي ّب لَ ليب بَ بَ بَ اَو لل بَ اُ بح نم رِا بِْنى اا بَِب كي لُ بَ بَِن بم ّب كو بم بَ ّب كَْب اَ بُا رِ بَ بَ‬
‫ببْاو بَ لِ نَ بُن َبِبى اب لبَب كِ دُ بَ لِ كيم ‪ ،‬بََب كَ ِاو لِ اُ لل بي ا كل بم كَ لَ برِب بْ بما َب كَ بِ كَِب بُا لل بم كن بِا بُِا ِلي بحيباِل لُ ‪،‬‬
‫الِن اُ نم ا كَِب كُِا َب نَ بِ ال نِ لَ لَ لي بن ‪ ،‬بََب كّ بِ بَ ال نساِل لِ كي بن بََب كْ بر بم اأب نَ لل كي بن َال لَ لر كّ بن لب بمْلب بَ بَ بْ بر لُ بَ ّبا َب كْ بر بم‬

‫اأب كْ بر لُ كي بن ‪.‬‬

‫الِن اُ نم لِ لّبي َب كََبلا بَ لِ كّ بماّرا بْا لُ رَ بَّب لَ كيْرا بْا لََرا ‪ ،‬بحِنى َب كَِب بم َبّنُا بَ ّا لّ كيَا لْي ِل نَ بُا بِْب كَ بَ لل كي ‪ ،‬بَ لَ كِ رما‬
‫ّبا لَِرا بََب كَِرا بَا لشَرا ‪ ،‬بَ لل بساّرا ُبا لْ ررا بَ لَ كَِرا بَا لََرا بَ بحََر بْ ليبَرا ‪ ،‬بَ بَ بمَر بْا لل رحا بُ كََاوَر ‪ ،‬بَِل بِا بَِر‬

‫لب كن ِبَاو بَ ‪.‬‬

‫الِن اُ نم ا كش بر كْ اْ اَِ بَّبا بَاَِا كر اَياوببْبا بَا كَ لَ كر ُاّاوببْبا ‪ ،‬بَآ لُن بَ كوِبْبا ‪ ،‬بَا كَ لِم لبال نّا لل بحا لِ َب كَ بمالبْبا ‪،‬‬
‫بَِبَبَن كِ لِّبا بَِبْبا ‪ ،‬بَ اَ نَّبا لُ كن اَ كرببِبْبا لِلبى َب كَ لِْبا بََب كَ بَ لَّبا بَ لِ لم كي بن بَاّل لمي بن ‪ ،‬بَا كَِب كِْبا لُ كن لََبا لَ بَ‬
‫ال نّا لل لحين ‪ ،‬لُ بن الن لَّ بن بَ بَ كو رِ بَِب كي لُم بَ بَ اَ كم ّب كح بَّا كو بَ ‪.‬‬
‫بَبنْبا آ لِْبا لِي ال دِ كّيبا بح بسْبُر بَ لِي ال لَ بر لِ بح بسْبُر بََلْبا بََبا بِ الْناَ ‪ ،‬بَبنْبا بَ ِا لَ كْ َاِاوببْبا بب كَ بِ ِل كُ‬
‫بَ بِ كِّبْبا بَ بَ كُ لبْبا لُ كن لب اِ كّ بَ بَ كح بمُر ِلّن بَ َب كّ بَ ال بو نَا لِ ‪.‬‬

‫بَ ب لِ ا كَ لَ كر للي بَ لل بوا لل بِ ني بَ لل كِ ام كْ لُ لْ كي بن ّب كو بم ّبَا كو ام ال لح بسا اِ ‪ ،‬بَبنْبا آ لِْبا لُ كن لب اِ كّ بَ بَ كح بمُر بَ بَيلب كُ لبْبا َب كُ لرّبا‬
‫بَ بش رِا ‪ ،‬اَ كَ بحا بَ بَ لبب بَ بَ ب لِ ا كل لَ نَ لِ بَ نما ّب لَّاو بَ بَ بَ بَ رم بَِبى ال ام كر بَ لِي بن بَا كل بح كم اِ ل نّل بَ ب لِ ا كلَبالب لمي بن ‪.‬‬

‫‪23‬‬

#Para wanita boleh menziarahi Raudhah dan berdoa di dalamnya pada waktu selepas solat
Subuh, selepas Zohor dan selepas Isyak, melalui pintu perempuan di sana, bagi kaum lelaki
boleh masuk melalui pintu Babussalam dan beri’tikaf dalam masjid.

Setelah selesai, bolehlah masing-masing pulang ke hotel. Hotel kita di sebelah kiri masjid,
balik berehat dan waktu subuh jam 3.50 pagi dan waktu sarapan adalah selepas Solat Subuh
hingga jam 7.00 pagi. Untuk esok kita akan ada program, kita perlu berkumpul jam 7.00 pagi di
lobi hotel.

 Perkuburan Al-Baqi’

24

1. Waktu lawatan :

Selepas Subuh = sehingga 7.30 pagi.

Selepas Asar = sehingga ½ jam sebelum Maghrib.

- Jemaah wanita tidak dibenarkan masuk.

- Pintu Baqi’ akan dibuka sewaktu ada pengebumian jenazah.

2. Sangat istimewa sekiranya seorang mutawwif/muzawwir dapat membawa jemaah masuk ke
perkuburan Baqi’ dan dapat menunjukkan satu-persatu perkuburan keluarga-keluarga dan
sahabat-sahabat Rasulullah SAW.

3. Baqi’ adalah dari kalimah “Buq’atun” bermaksud sebidang tanah .

4. Al-Gharqod – sejenis pokok kayu yang bergetah/bergam. Banyak tumbuh di kawasan sekitar
Baqi’. Dengan itu ia dinamakan Baqi’ Al-Gharqod. Satu riwayat lain mengatakan kerana
tanahnya seperti bergetah dan bergam walaupun hujan turun, tidak akan lekang atau runtuh.

25

5. Baqi’ dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai perkuburan orang Islam selepas baginda berhijrah
ke Madinah

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RA sabda Rasulullah SAW:

: ‫ََََ الِرَُي َابن حَاَ ِي ْحيحُ َابن ُاُِ َالَيَُي حِّث‬
" ...‫" ُن اَِْاٍ ُْكم ََ ّموِ ِي المُِّْ ِِيمَ بُا ِِّي َشََ لمن ّموِ بُا‬

“Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah Al-Munawwarah hendaklah dilakukannya,
sesungguhnya aku akan memberikan Syafaat kepada mereka yang mati di Madinah”

Jadi, memohon mati di Madinah itu merupakan antara perkara yang disunahkan sebagai
fadhilat Madinah Al-Munawwarah. Rasulullah SAW adalah orang pertama yang akan
dibangkitkan di hari kiamat, kemudiannya diikuti oleh orang-orang yang di maqamkan
perkuburan Baqi’ Al-Gharqod.

Orang yang meminta meninggal di Madinah Al-Munawwarah akan mendapat ganjaran
pahala sebagaimana yang termaktub di dalam kitab Hadis: Umar Al-Khottob RA melalui doanya
yang dibaca:

: ِ‫ََََ ُالَ َالَّاَي ََ َمر بن الّْاِ ََي ا َُْ َا‬
" ...َ‫ َاَِِ ُوِي ِي بِِ ََول‬، َِ‫" الُِم اََِْي شُاَِ ِي ََي‬

“Ya Allah rezekikan aku agar mati syahid pada jalan engkau dan jadikan kematian di negeri
Rasul engkau SAW.”

26

Sebagaimana yang telah disebutkan oleh Sayyid Alwi Al-Maliki, apabila kita membacakan
doa ini walaupun kita tidak meninggal dunia di Madinah, tetapi kalau Allah hendak
menqabulkan doa kita, meninggal dunia di Kuala Lumpur sekalipun, dengan kuasa Allah,
Malaikat akan memindahkan jasad ke Baqi’ Al-Ghorqod dan akan dibangkitkan bersama-sama
Ahlul Baqi’, InsyaAllah.

Janganlah meminta, “Ya Allah matikanlah aku di Madinah Ya Allah” (tidak elok), akan tetapi
“bangkitkanlah aku bersama-sama Ahlul Baqi’” (lebih sopan) (cerita sambil berjalan.
#masukkanlah fakta dari buku Madinah Al-Munawwarah.

CHECKPOINT 4

InsyaAllah kita akan meneruskan program dengan ziarah luar. Selepas sarapan pagi, para
Tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW diminta berkumpul di lobi hotel sebelum pukul
7pagi. Pastikan anda telah sempurna berwuduk terlebih dahulu.

27

#Dalam bas.

Madinah : ZIARAH LUAR

Bismillah – salam

Mukadimah

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, InsyaAllah kita akan meneruskan
ziarah di kota Madinah Al-Munawwarah, ziarah yang pertama adalah “Permaqaman Baqi”, kita
akan lalu sahaja kemudian ke Masjid Quba dan diakhiri di Pasar Kurma.

Sebelum bas kita bertolak, marilah kita bersama-sama membaca doa safar.

‫بل كس لم ال ال نر كح بم لن ال نر لح كي لم‬
‫ اا َب كَْبر‬، ‫ اا َب كَْبر‬، ‫اا َب كَْبر‬
َ‫اَ كَ بحا بَ الن لَي بَ نّ بر لبْبا بََبا بَ بُا اْْنا لبُا اُ كَ لرّل كي بن بَِلّنا ِللبى بَ لببْبا لب امَْب لَِاو ب‬

َ‫بَ لِّنا لِلى بَبلبْبا لب امَْب لَِاو ب‬

“Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.”

 Masjid Ijabah

28

Di sebelah kiri, kita akan dapat melihat menara masjid iaitu Masjid Al-Ijabah. Dinamakan
Masjid Ijabah kerana disitulah Rasulullah SAW bersolat dan berdoa dengan tiga permintaan. Dua
permintaan dikabulkan , satu lagi tidak dikabulkan, iaitu:
1. Ya Allah! Janganlah diseksa umatku dengan kelaparan – dimakbulkan.
2. Ya Allah! Janganlah diseksa umatku dengan penyakit – dimakbulkan.
3. Ya Allah! Janganlah menjadikan perbezaan pendapat di kalangan umatku - doa ini telah
ditolak. Inilah peristiwa di Masjid Al-Ijabah.

29

‫‪#Baiklah, dibelakang kita adalah pemaqaman Baqi’. Marilah kita memberi salam.‬‬

‫ال نس بَ ام بَِب كي اكم بَا بَ َبو دم اُ كْ لُْل كي بن ‪ ،‬بَِلّنا ِل كَ بشا بِ اا لب اكم بَ لحَاو بَ ‪َ ،‬بِّام بَِبَاْبا ‪ ،‬بَّب كح ان بلاأبثبا لَ ‪،‬‬
‫ّب كَ لَ ار اا لبْبا بَلب اك كم بَّب كر بح ام اا ا كل ام كسِب كَ لِ لُ كي بن لُ كْ اك كم بَا كل ام كسِبَك لَ لر كّ بن ‪ ،‬الِن اُ نم بَ ِب كح لر كُْبا اب كِ بر اَم ‪ ،‬بَ بَ‬

‫ِب كَ لِْنا بب كَ بِ اَ كم بَا كَ لَ كرلبْبا بَلب اُ كم ‪ ،‬الِن اُ نم ا كَ لَ كر لأب كَ لِ ببَ كي لَ الَب كرَب لِ ‪.‬‬

‫‪Marilah kita membaca doa safar bersama-sama‬‬

‫لب كس لم ال ال نر كح بم لن ال نر لح كي لم‬
‫اا َب كَْبر ‪ ،‬اا َب كَْبر ‪ ،‬اا َب كَْبر‬
‫اَ كَ بحا بَ الن لَي بَ نّ بر لبْبا بََبا بَ بُا اْْنا لبُا اُ كَ لر لّ كي بن بَ لِّنا ِللبى بَبلبْبا لب امَْب لَِاو بَ‬

‫بَ لِّنا ِللى بَ لببْبا لب امَْب لَِاو بَ‬

‫”‪“Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali.‬‬

‫‪30‬‬

‫‪ Masjid Quba‬‬

‫‪Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, tempat pertama yang akan kita‬‬
‫‪ziarahi adalah Masjid Quba. Masjid Quba adalah masjid yang diceritakan di dalam Al-Quran iaitu‬‬
‫)‪ayatnya: (Surat At-Taubah : Ayat 108 dan 109‬‬

‫بَ ِبَا كم ِلي لُ َببب رِا ۚ لب بم كس لِ رِ َا لبَ بس بَِبى الِن كَ بو هَ لُ كن َب نَ لِ ّب كو دم َب بح دِ َب كَ ِبَاو بم ِلي لُ ۚ لِي لُ لَ بِا رِ ّا لحَدو بَ‬
‫َب كَ ّبِب بْ نُ ارَا ۚ بَ نلا ّا لح دُ ا كل ام نْ لبُ لرّ بن ﴿‪﴾108‬‬

‫َبِب بم كن َب نَ بس با كْيباّبُا بَِب هى ِب كَ بو هَ لُ بن نلل بَ لَ كَ بوا دَ بَ كي رر َب كم بُ كن َب نَ بس با كْيباّبُا بَِب هى بشَبا اِ ار دِ بَا دَ‬
‫ِبا كّ بُا بَ لب لُ ِلي ّبا لَ بِ بُْن بم ۗ يُا ّ لّ يَ يَ وْ ِِي ا لا يَ وْ يَ اا َّظ ِا ِل َ نيم ﴿‪﴾109‬‬

‫‪31‬‬

Maksudnya: “Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana
sesungguhnya masjid (Quba` yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di
atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di

dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan
(mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka
(zahir dan batin). (108) Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di
atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah
orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh,
lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah)

Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (109)”

(ruj m/s 144 buku madinah Dr Masit)

Yang bermaksud: Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar Taqwa sejak hari pertama
adalah lebih patut kamu solat didalamnya…

: ِ‫ َا‬، ‫َن َبي َرّرِ ََ ََوِ ا ِْى ا َِيُ ََِم‬
".‫" بْ بَِر ِلي بُ كس لِ لِي بََبا بَ كي رر لُ كن َب كل لِ بْ بَ دِ ِلي بما لَ بوا اُ لِ نَ ا كل بم كس لِ بِ ا كل بح برا بم‬

Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Solat di masjidku
ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 solat di tempat lain selain daripada Masjidil

Haram”. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Turmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik).

32

Masjid Quba’ merupakan masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW iaitu sewaktu
Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah. Perjalanan
baginda memakan masa selama dua minggu, maka pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 13
kenabian, sampailah Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah terus dibina masjid yang mulia
ini dengan tangan baginda sendiri bersama-sama sahabat Rasulullah SAW yang lain. Masjid
Quba ini tua 3 hari daripada Masjid Nabawi kerana Masjid Nabawi dibina pada hari Jumaat.
Masjid Quba mempunyai kelebihan sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

ِ‫ُن ُِْر ِي بيُِ ََِى ُسِِ ََاِ ِِّى ِيُ َِْ ُِِ َِر َمر‬

“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan
diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).

Ada riwayat lain dari Ibnu Majah:
“Solat didalam masjid Quba pahalanya seperti menunaikan satu umrah.”

Para tetamu Allah dan Penziarah Rasulullah SAW, yang terbatal wudhuknya bolehlah
berwudhuk di masjid nanti.

Di masjid nanti bolehlah dilakukan solat ‘Sunat Tahiyatul Masjid’ dan ‘Solat Sunat Dhuha’
atau solat sunat yang lain .Kita akan berada di masjid Quba selama 20 minit sahaja. Ingat,
nombor bas kita ialah …………………… warna ……………… juga lihat tempat parking.
#Jangan beri jemaah turun sebelum dimaklumkan lokasi bas.

33

- Ingat nama mutawwif anda! ...............................
#Tunjukkan tempat solat perempuan, tempat wudhu dan lokasi bas berpandukan arah kiblat.

 Masjid Qiblatain

34

Para Tetamu Allah dan Penziarah Nabi SAW, sejarah masjid ini bermula sewaktu Rasulullah
SAW tiba di Madinah, Baginda SAW diarahkan menghadap ke arah Baitul Maqdis sebagai kiblat
solat dan ramai di antara penduduk Madinah ketika itu ialah kalangan Yahudi yang
sememangnya kiblat mereka ialah Baitul Maqdis.

Oleh itu, orang Yahudi sangat gembira dengan perbuatan Rasulullah SAW ini sedangkan
baginda lebih suka berkiblatkan Baitullah. Rasulullah SAW sering berdoa dan memandang ke
langit mengharapkan turunnya wahyu agar mengizinkannya bersama para sahabat berpaling ke
Baitullah.

Ada riwayat mengatakan bahawa orang-orang Yahudi sentiasa mengejek Rasulullah SAW
dengan berkata: “Muhammad menentang ajaran kita, tetapi solatnya mengikut kiblat kita”.

35

Setelah 16 atau 17 bulan Rasulullah SAW menghadap ke arah Baitul Maqdis, barulah
baginda mendapat perintah berkiblatkan Kaabah. Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah
pada bulan Syaaban. DOA baginda Rasul dimakhbulkan oleh Allah SWT. Sudah lama baginda
mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah
dan permintaan Rasulullah SAW tersebut telah diperkenankan oleh Allah SWT pada bulan
Syaaban.

Tentang saat-saat perubahan kiblat itu berlaku ketika Baginda SAW sedang melawat
Kampung Bani Salamah. Ummu Bisr bin al-Barra’ bin Ma’rur telah menyediakan jamuan untuk
rombongan Rasulullah SAW.

Apabila tiba waktu Zohor, Baginda bersolat di masjid kampung tersebut. Ketika dalam
rakaat kedua solat itulah, turun wahyu daripada Allah SWT memerintahkannya agar menukar
arah kiblat dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah.

Firman Allah Ta’ala:

Lalu diturunkan Surah al-Baqarah (ayat 142):

ُ‫بَيبَاو اِ ال دسَب بُا اِ لُ بن الْنا لِ بُا بَ نَ اَ كم بَ كن َل كَِبِل لُ ام النِلي بْاّاوا بَِب كي بُا ۚ َا كِ ل نّل ا كل بم كِ لر ا‬
﴾142﴿ ٍ‫بَا كل بم كَ لر اِ ۚ يَ وْ ِِي يُ وْ يَ يَظ لُ ِإ َ لى ِ يرا مٍ لُ وْ يَ َِي م‬

Bermaksud: “Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: “Apakah yang memalingkan
mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah

berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”
36

Baginda terus berpaling menghadap Kaabah dengan berpusing ke sudut 180 darjah dan
menyambung baki solatnya. Dengan itulah, masjid ini diberi nama Masjid Qiblatain bererti
Masjid Dua Qiblat.

Masjid ini dengan perluasan dan pembesaran dilakukan kali terakhir pada tahun 1987
zaman pemerintahan Raja Fahd dengan kos membabitkan 54 juta Riyal. Sehingga hari ini, Masjid
Qiblatain menjadi salah satu tumpuan pengunjung walaupun tidak mempunyai fadhilat khusus
seperti Masjid Quba’.

 Kebun Kurma
#Di dalam bas semula.
#Kira jumlah penumpang secara sopan kira dari belakang.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, perjalanan kita seterusnya ke Bukit
Uhud. Terlebih dahulu kita singgah ke Ladang Kurma. Di ladang itu nanti kita akan dapat lihat
bagaimana rupanya pohon kurma. Disana ada bermacam-macam jenis kurma. Ada kurma Ajwa,
Mariami, Sukari, Lubanah, Ambar dan lain-lainnya.

37

Jangan dilupakan, jangan diabaikan dan agak sukar untuk dicari, susah ditemukan, iaitu
Kurma Ajwa ataupun dikenali juga sebagai Kurma Nabi. Warnanya hitam, bentuknya bulat,
harga antara RM80 - RM100 sekilogram. Makan kurma atau kurma ajwah di Madinah akan
terhindar daripada racun dan sihir.

: ِ‫ َا‬، ‫َن َاُر بن ََِ بن َبي ََاص َن َبيُ ََ ََوِ ا ِْى ا َِيُ ََِم‬
‫بُ كن َب بْ بِ بَ كَ بَ ِب بم برا دِ لُ نما بب كي بن بَ ببِب كي بُا لح كي بن ّا كّ لَ اَ لب كم ّب اَ نر اُ بَ مم بحِنى ّا كم لس بي‬

Maksudnya: Dari 'Amir bin Saad bin Abi Waqas dari bapanya bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda: Sesiapa yang makan 7 kurma pada waktu pagi di Madinah tidak akan mendapat

kemudharatan drp racun sehingga waktu petang.” (Hadis riwayat Muslim)

38

Khasiat Kurma Nabi ini apabila dimakan 7 biji setiap pagi, InsyaAllah dapat mengelakkan
dari terkena sihir dan tidak mudah diracun.

Kurma kedua terbaik ialah Kurma Ambar, agak besar bentuknya, waktu mudanya kurma ini
dikenali sebagai Ar-Rutob …………………. Kurma Rutob dimakan oleh Siti Mariam semasa
mengandung. Kelebihan kurma muda ini menguatkan ibu yang sedang mengandung.

Disunatkan memakan Rutob apabila lapar untuk menguatkan perut.

Kurma ketiga, ini adalah Kurma Lelaki atau Kurma Jantan. Kalau dimakan Kurma Lelaki dua
biji. Pagi-pagi suaminya akan berpantun kepada isterinya, itulah Kurma Sukari bermakna gula.

Khusus untuk wanita pula, Kurma Lubana atau Kurma Susu, kelebihannya untuk awet
muda. Kurma tersebut perlu dihiris halus, dimasukkan dalam susu dan panaskan . Insyaallah
akan menumbuhkan semula sel-sel yang mati.

39

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW sekalian, masa diberi disini cuma
setengah jam sahaja, masa amat terhad. Selesai saja, banyak lagi tempat yang akan ziarah.

#Naik bas semula

Alhamdulillah, Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, bersyukur kita kerana
Allah telah memilih kita untuk berbelanja padai jalan Allah SWT. Berbagai keistimewaan di
Madinah Al-Munawwarah.

Yang utama berbelanjalah demi mencapai redha Allah dan untuk memustajabkan doa-doa
kita. Rasulullah SAW telah berdoa:

: ِ‫ َا‬، ‫ ََ ََوِ ا ِْى ا َِيُ ََِم‬، َُْ ‫حِّث َّس بن ُالَ ََي ا‬
ُ‫ ََا‬. ُِّْ‫ َباََ لُم ِي ْاَُم َ اُ لبَِم " – َّْي ََِ الم‬، ‫" الُِم باََ لُم ِي ُكيالُم‬

‫الَّاَي َُسِم‬

“Ya Allah, berehatlah ke atas pemergian kami dan keatas timbangan dan gantang dan keatas
kota Madinah dengan rahmatMu wahai Pengasih dan Penyayang.”

Apabila kita telah berbelanja bermakna kita telah memakmurkan dan memakbulkan kota
Madinah Al-Munawwarah sebagaimana doa Rasulullah SAW. Perkara ini termasuk ibadah sekira
niatnya baik. Tapi ingin juga diingatkan, had muatan kapal Saudi hanya 30kg sahaja (timbangan
barang sewaktu balik).
Rasulullah SAW bersabda:

40

‫ َِِاُ َِاِ ُن المَِِّين ُن َن‬، َ‫ لما ََِ ََوِ ا ِْنى ا َِيُ ََِنم ُن َِو‬: ِ‫َا‬
ُ‫ ِّمر بَض ُن ْاَ َُ الَْي ِْنى ا َِي‬، ‫ ََِثبرَا ََاَا‬، ‫ََيِ بن َ لبي ََاص المُْْين‬
‫ ("َالَي َّسي‬: ِ‫ ََا‬، ُُِ‫ َِِاِ ََوِ ا ِْنى ا َِيُ ََِبم الَِام َن َ ك‬، ََُّ ‫ََِنم‬

.)‫ َُن الَِم َالَرص‬: ‫ َاِ ََََاُ ُْر‬، ِ‫ َِ ِي ََاََا شَاِ ُن بِْ َا‬: ُِ‫بي‬

Maksudnya : “Tanahnya, debunya, anginnya, pohonnya semuanya adalah ubat.”

Jadi kurma yang ada di Madinah adalah ubat, segala barang-barang di Madinah Al-
Munawwarah ada keberkatannya.
Begitu juga Tanah Madinah mempunyai keberkatan sebagaimana sabda Nabi SAW:

َ‫ ََ ََوِ ا ِْى ا َِيُ ََِم ْاَ ُِا اشِكي اِّسا‬، ‫َن َاُِِ ََي ا َُْا‬
‫ بََُِْ َكَا‬، ‫ َاِ الَْي ِْى ا َِيُ ََِم‬، ْ‫ ََ ِر‬، ُ‫ ََ ْاَّ بُ َرح‬، ُُْ ِ‫الِي‬
‫ ليَِى‬، ‫ برَُّ بََْا‬، ‫ ِربُ َََْا‬، ‫ "باَم ا‬:)‫(ََََ ََياَ ََابُِ باأََ ثم ََُِا‬

. ‫ ََاُ ُسِم‬. "‫ بَُِ َبْا‬، ‫بُ ََيمْا‬

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Allah SWT telah menjaga penduduk
Madinah daripada perancangan jahat musuh dan memeliharanya daripada amalan jahat:

Maksudnya :Sesiapa yang hendak berbuat jahat (tipudaya) kepada penduduk Madinah,
nescaya Allah akan mengazabnya (menghancurkannya) sebagaimana larutnya garam dalam

air (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad).

 Perkuburan Syuhada’ Uhud

41

Para Tetamu Allah dan Para Penziarah Rasulullah SAW, sekarang kita akan menuju ke Jabal
Uhud , pandanglah kiri kanan kita, disana ada sebuah bukit umpama perahu yang terbalik. Itu
adalah “Jabal ‘Ayr”. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya : “Haram kata RasullAllah SAW apa diatara sempadan tanah haram”.

 Sempadan Tanah Haram Madinah

Dari arah utara dan selatan ialah sejauh 12 batu iaitu di antara 'Ayr dan Thur. Tanah Haram
Madinah adalah di antara 'Ayr dan Thur. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Ahmad dan al-
Baihaqi. 'Ayr adalah nama sebuah bukit yang masyhur di Madinah. Sementara Thur ialah sebuah
anak bukit yang teletak di sebelah Bukit Uhud di utara Madinah. Bukit Uhud adalah termasuk
dalam Tanah Haram Madinah.

Dari arah timur dan barat pula juga sejauh 12 batu iaitu di antara 2 kawasan berbatu hitam
di kedua-dua belah pihak berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

‫ َاِ َمََ َّس‬، ِْ‫حِثْا َْاَ بن السري ثْا ََِِ َن ُحمِ بن َِحاُ َن ََِا بن ُك‬
‫ "َِ َحِا َِِ ّحَْا َّحَُ ََو‬: ِ‫ َا‬، ‫بن ُالَ َّوِ َِ ََوِ ا ِْى ا َِيُ ََِم‬

".َ‫َِى ِرَُ ُن ِرٍ الُِْ ََير َِى ِرَُ ُن ِرٍ الْا‬

Maksudnya: “Bukit ‘Ayr adalah salah satu dari bukit-bukit neraka.”

Rasulullah SAW bersabda:

َ‫ال بم لِ كّْبُا بح بر رم بُا بب كي بن بَ كي در لِلبى ثا كو ب‬

42

Maksudnya: “Madinah Al-Munawwarah diantara dua bukit.”

Diantara “Bukit ‘Ayr dan Bukit Thaur”:
- Sedangkan Bukit Thaur itu sebahagian daripada Bukit Uhud dan Uhud itu : “Bukit daripada
bukit-bukit syurga"

Ia bermakna Madinah ini terletak diantara Bukit Syurga dan Bukit Neraka, kerana itu Nabi
memberi namanya sebagai bukti, bukit itu nanti akan berada di neraka dan disyurga.

Ini juga menunjukkan kepada manusia bahawa neraka ada tingkat-tingkatnya. Bukan bukit
itu yang masuk neraka kerana berdosa tetapi kerana ia telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Rasulllah SAW ketika menziarahi
Bukit Uhud, Baginda bersabda:

: ‫ َاِ ََوِ ا ِْى ا َِيُ ََِم‬: ِ‫ََن َِاَِ َن َّس بن ُالَ ََي ا َُْ َا‬
"َُ‫"َِ َحِ َِِ ّحَْا َّح‬

Maksudnya: “Bukit ini mencintai kami, maka haruslah kami mencintainya.”

Pada suatu ketika, Rasulullah SAW telah didatangi sahabatnya ketika Perang Uhud, kata
sahabat itu: “Alangkah bahagianya kami bersamamu Ya Rasulullah, dan alangkah bahagianya
menempuh suka dan duka bersamamu. Apa yang menjadi persoalan bagi kami ialah, apakah di
akhirat nanti atau di dalam syurga kami akan ditempatkan bersamamu Ya Rasullullah?”
Jawab Rasulullah : “Kamu akan bersama orang yang kamu cintai”

43

Itulah sebabnya kita harus mencintai Bukit Uhud kerana Bukit Uhud akan berada di syurga
sebagaimana sabda nabi tadi..Kita akan dibangkitkan bersama Bukit Uhud di dalam syurga.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, jika hendak melihat syurga
pandanglah Bukit Uhud ini, seperti juga Raudhah. Raudhah itu adalah Taman Syurga. Dari Bukit
Uhud ke “Bukit ‘Ayr” lebih kurang 17 km.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, kelebihan orang yang solat jenazah
samada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan memperoleh satu Qirot dan yang mengiringi
pengebumian jenazah akan beroleh dua Qirot. Sabda Nabi SAW:

‫ " بُ لن اِنَب بَ بِْبا بِِب‬: ِ‫ َا‬، ‫َن َبي َرّرِ ََي ا َُْ ََ ََوِ ا ِْى ا َِيُ ََِم‬
‫ ِب لِّنُا ّب كر لِ اَ لُ بن اأب كِ لر‬، ‫ بَ بْا بَ بَُبُا بحِنى ّا بِّنى بَِب كي بُا بَّا كَ بر بْ لُ كن بَ كِْل بُا‬، ‫ ِل كّ بماّرا بَا كح لِ بسابرا‬، ‫اُ كس لِم‬
."ْ‫ ِب لِّنُا ّب كر لِ اَ بل لَ كي برا د‬، ‫ بَ بُ كن بِْنى بَِب كي بُا ثا نم بَ بِ بَ َب كَ بِ َب كَ ِا كِِب بن‬، ِ‫ اْ دِ َل كي برا دْ لَُك اِ َب اح د‬، ‫لب لَ كي برا لْ كي لن‬

. ُ‫َُِِ َِي‬

Kemudian sahabat bertanya, besar manakah satu Qirot itu ? Rasulullah SAW menjawab satu
Qirot itu sebesar Bukit Uhud .

Barang siapa yang solat jenazah di Masjid Nabi ganjaran seperti 1,000 kali solat jenazah di
negara lain, dan di Masjidil Haram ialah 100,000 kali ganda. Jangan lepaskan peluang bersolat
jenazah di Haramain (dua tanah haram Makkah/Madinah).

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Sabda Nabi SAW :-

44

: ِ‫ َا‬، ‫َن َبي َرّرِ ََي ا َُْ َ بَ ََوِ ا ِْى ا َِيُ ََِم‬
. ُ‫ َُِِ َِي‬."‫ ِل نَ ال بم كس لِ بِ ال بح برا بم‬، ُ‫" بْ بَِا لِي بُ كس لِ لِي بََبا بَ كي رر لُ كن َب كل لِ بْ بَ دِ ِل كي بما لَ بوا ا‬

Bermaksud : “Solat di Masjidku ini(masjid nabawi)ganjaranya seribu solat ditempat lain
kecuali Masjidil Haram.”

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, manakala ganjaran solat dimasjidil
haram pahalanya seratus ribu kali ganda sabda Nabi SAW:-

: ِ‫ َا‬، ‫ََن ِابر ََي ا َُْ َ بَ ََوِ ا ِْى ا َِيُ ََِم‬
ِ‫ ِل نَ ال بم كس لِ بِ ال بح برا بم بَ بْ بَِر لِي ال بم كس لِ ل‬، ُ‫" بْ بَِا ِلي بُ كس لِ لِي َب كِ بَ اِ لُ كن َب كل لِ بْ بَ دِ لِ كي بما لَ بوا ا‬

. ُِ‫ ََرُِ َحمِ َابن ُا‬."‫ال بح برا لم َب كِ بَ اِ لُ كن لُاِب لُ َب كل لِ بْ بَ دِ ِلي بما لَ بواُا‬

 Berlakunya Perang Uhud
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Bukit Uhud terkenal dalam kalangan

masyarakat Islam kerana berlakunya peperangan iaitu Perang Uhud, terjadinya peperangan ini
kerana kaum kafir Quraisy ingin membalas dendam akibat kekalahan mereka ketika Perang
Badar. Hal ini sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bermesyuarat bersama
para sahabat samada hendak bertahan dalam Kota Madinah ataupun ke tempat lain, seorang
sahabat mencadangkan: “Ya Rasulullah SAW, alangkah baiknya sekiranya kita keluar daripada
Kota Madinah ini, kerana jika kita berperang disini dibimbangi rumah-rumah akan musnah dan

45

tanaman serta pohon habis ditebang, malahan ada juga penduduk yang akan terbunuh. Jadi,
marilah kita berperang diluar.”

Hasilnya Rasulullah SAW memilih satu kawasan berbukit yang kini dikenali sebagai “Bukit
Uhud” dimana kawasan bukit dapat memberi perlindungan dan pertahanan dan serangan
musuh.

Kawasan Bukit Uhud ini panjangnya 9-10 km. Kenapa dinamakan Bukit Uhud? Sedangkan
Uhud tidak boleh dimaksudkan Satu. Ahad itu hanyalah untuk “Allah”. Uhud itu maksudnya
banyak tetapi pada yang satu. Pandanglah yang banyak itu pada yang satu, seolah-olah seperti
Banjaran Titiwangsa di negara kita.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, pada waktu itu, Rasulullah SAW
mengarahkan 50 sahabatnya naik ke Bukit Rumah ataupun Bukit Pemanah.

46

Rasulullah SAW mengarahkan jangan sesekali turun walau apa pun terjadi samada menang
atau kalah, Khalid Ibn Walid yang merupakan ketua perang kaum Quraisy yang pada masa itu
belum beriman lagi, sangat tinggi orangnya apabila dia menaiki kuda atau unta, kakinya
menjejaki tanah.

Peperangan pusingan kedua telah berlaku di kawasan Bukit Rumah dan umat Islam
menang menyebabkan pasukan Kafir Quraisy lari jauh sekali sehinggakan Pasukan Pemanah di
Bukit Rumah berfikir bahawa mereka tidak akan kembali semula, sekiranya mereka kembali lagi,
mereka berfikiran boleh segera naik semula ke Bukit rumah tersebut.

Sahabat turun dari Bukit Rumah bukan kerana tamakkan harta Ghonimah, tetapi mereka
turun kerana ingin membantu sahabat-sahabat dibawah. Janganlah kita menganggap sahabat-
sahabat itu tamak dan mudah terpedaya dengan harta kerana kita harus menghormati sahabat
dan sentiasa berbaik sangka.

Yang sebenarnya, sahabat ingin bekerjasama dengan sahabat lain di bawah bukit.

Khalid Al-Walid RA telah menyedari bahawa sahabat-sahabat di Bukit Rumah itu telah turun.
Khalid Al-Walid membawa tenteranya berjalan di bawah pepohon kurma dan menyerang
daripada belakang Bukit Rumah.

Maka bermulalah episod peperangan yang sengit sehingga syahidnya Sayyidina Hamzah
RA. Beliau telah dibunuh oleh Wahsyi.

 Saya ada teka-teki:

“Orang yang dibunuh dan yang membunuh masuk syurga” siapakah mereka?
47

Ya ibu-ibu, bapa-bapa, mereka ialah Saidina Hamzah RA dan Saidina Wahsyi.
#Teka –teki
Apakah sunnah yang lebih afdhal daripada yang wajib?

- Memberi salam, berwudhuk sebelum waktunya dan kejutkan orang yang tidur sebelum
masuk waktu solat.

Pusingan ketiga, disinilah terjadi kekalahan pasukan Muslim dimana syahidnya 70 orang
sahabat antaranya ialah Mus’ab bin Umair RA. Mus’ab bin Umair RA merupakan duta pertama
dari Makkah ke Madinah – ditugaskan memegang bendera Pasukan Muslimin, dipotong tangan
kanan, dipegang dengan tangan kiri, kemudian orang-orang yang syahid dikuburkan di kaki
bukit.

Puluhan tahun selepas mereka dimaqamkan, berlakunya satu peristiwa banjir. Perkuburan
tersebut telah dipindahkan ke pemaqaman yang ada kini.

Pusingan keempat, Rasulullah SAW telah terjatuh ke dalam lubang perangkap yang dibuat
oleh Abu Amir Arrahib (pengerusi masjid Dhirar) , Tholhah telah membantu Rasulullah SAW
dengan menjadi tangga bagi Rasulullah SAW naik, setelah Rasulullah lepas keluar, Rasulullah
SAW berkata : “Ya Tolhah, wajiblah keatasmu syurga.”

Kini, lubang itu telah ditutup oleh kerajaan Saudi. Sampai sekarang usaha menutup lubang
itu tidak pernah berjaya.

48

Pusingan kelima dan terakhir, Rasulullah SAW berehat bersama Saidina Abu Bakar RA,
Uthman RA, Umar RA di Gua Thoyyibah kerana di saat itu pipi Rasulullah terguris dan mengalir
darah terkena topeng besi. Darah yang menitis dari pipi Rasulullah SAW menitis ke tanah
didalam gua tersebut, sehingga kini gua itu masih wangi. Disaat mereka duduk di sana, tiba-
tiba bukit itu bergegar. Rasulullah SAW berkata kepada bukit itu:

‫ ََبو بكر‬، ‫ َ بَ الَْي ِْى ا َِيُ ََِم َِْا َحِا‬: ‫ََ َّس بن ُالَ ََي ا َُْ حِثُم‬
."َ‫ "اثكَا كَ اا اح اِ ِب لِّب بما بَِب كي بَ ّبَل مي بَ لْ لبِّ رِ بَ بش لُي بِا ل‬: ِ‫ َِا‬، ‫ ِرِِ بُم‬، َ‫ََمر َََما‬

Maksudnya: “Diamlah Uhud (jangan bergegar) maka diatasmu Nabi SAW, Al-Siddiq (Abu
Bakar) dan Dua Orang Syahid (Umar dan Uthman).”

Rasulullah SAW telah nampak apa yang akan terjadi kepada sahabat-sahabatnya (dua yang
mati syahid).

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah mengatakan kepada bumi Saudi semasa zaman
pemerintahannya apabila berlaku gegaran suatu ketika dahulu.

“Wahai bumi, adakah kami tidak berlaku adil atau adakah kami curang? kerana keadilan Umar
bin Abdul Aziz , bumi itu berhenti bergegar,

#Kembali kepada cerita….

Semasa Rasulullah SAW di dalam gua, suatu suara datang, suara iblis mengatakan,
“Muhammad Qodmat, Muhammad Qodmat” Muhammad telah mati!. Apabila mendengar
sahaja laungan itu, orang-orang kafir menjadi bersemangat, pasukan muslimin kesedihan.

49

“Buat apa lagi kita berperang sedangkan Rasulullah SAW telah pergi”, sahabat menegur
adakah kamu berperang kerana Allah atau kerana Rasulullah SAW atau perjuangkan syariat
Allah.”

Kemudian, Rasulullah SAW keluar dari pintu gua dan menyeru:

“Ana Muhammad Ana Rasulullah! Ana RasullAllah SAW!”

“Siapa yang telah mengatakan Muhammad itu telah mati?”

“Ana Rasulullah!”

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, orang kafir Quraisy mendengarkan
laungan itu diselubungi ketakutan yang amat sangat. Mereka lalu berundur kerana hilang
semangat.

Setelah berakhir peperangan, Rasulullah SAW pulang ke rumah, kemudian datanglah berita
bahawa kaum kafir Quraisy hendak datang menyerang semula.

Firman Allah SWT:

: َ‫َوَِ آِ َمرا‬
ّ‫ا ّا َِِ يْ يَظ يَ َا لْ لٍ اا نَظ لَ ِإ نّ اا نَظ يَ يَ وِ يَ يل لُْا َا لُ وٍ يَظ وْ يَ وْ لُ وٍ يَ يَا يَ لُ وٍ ِإي يلظ نًظ يُ يَظ لاْا يَ وْ لُ يَظ ا ّ ل‬

﴾173﴿ ُ‫يُ ًِ وُ يٍ ا لا يْ ِِي ل‬

Maksudnya : “Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada
mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu,

oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman
50


Click to View FlipBook Version