Jabal Nur
Pemaqaman Ma’ala
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, di hadapan Jabal As-Sayyidah (Bukit
Siti Khadijah) di daerah al-Hujun terbentang pemakaman kuno “Ma’lah” yang mempunyai nilai
penting dalam sejarah Islam. Pemakaman ini sudah berusia lebih dari 1700 tahun dan sampai
sekarang masih tetap bertahan keberadaanya.
Pertama manusia yang dikubur di Ma’la adalah Qushay bin Kilab (bangsa Quraisy).
Kemudian datuk-datuk Nabi SAW lainnya diantaranya; Abdul Manaf bin Qushay, Hasyim bin
Abdu Manaf, Abdul Muthalib bin Hasyim. Selain datuk-datuk Rasulallah SAW, terdapat juga
perkuburan Abu Thalib, pakcik Nabi SAW, al-Walid ibnu Al-Mughirah, Al-Qasim dan At-Thayib
(putra2 Nabi saw), Sumayyah bin al-Khabbath (wanita pertama yang mati syahid), Abdullah bin
Yasir (saudara ‘Ammar bin Yasir), Asma’ binti Abubakkar Siddiq RA, Abdurahman bin Abu Bakar
Siddiq, Abdullah bin Umar bin Khattab, Abdullah bin Zubair, dan masih banyak lagi sahabat Nabi
SAW yang dimakamkan di Ma’la yang tidak dapat disebut satu persatu.
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, inilah al-Ma’lah, pemakaman
keluarga besar Bani Hasyim, keluarga Rasulullah SAW, yang kemudian dijadikan pemakaman
umum, terletak sekitar 1 km utara Masjidil Haram. Pemakaman ini dikenali juga dengan nama
Jannatul Ma’la yang ertinya syurga al-Ma’lah. Siapa gerangan yang tidak tergiur untuk
dikuburkan tempat yang paling istimewa, di kaki bukit ini terdapat makam isteri Rasulallah SAW
yang tidak pernah dimadu, Siti Khadijah binti Khuwailid RA. Dulu, kubur beliau diberi tanda
101
dengan didirikan kubah besar sehingga nampak jelas bagi yang ingin menziarah. Sayangnya,
kubah itu diratakan sehingga sukar bagi penziarah untuk mengetahui dimana isteri Rasulallah
SAW disemayamkan.
Siti Khadijah binti Khuwailid RA merupakan wanita pertama yang menyambut seruan iman
tanpa membantah dan berdebat, bahkan beliau tetap membenarkan, menghibur, dan membela
Rasulallah SAW ketika semua orang mendustakan, menghina dan melecehkan beliau. Beliau
telah mengorbankan seluruh hidupnya, jiwanya, dan hartanya untuk kepentingan dakwah
Rasulallah SAW. Beliau rela melepaskan kedudukanya yang terhormat dalam kalangan
bangsanya dan turut merasa pahit getirnya perjuangan dan penderitaan yang dihadapi oleh
keluarga Rasulallah SAW. Jasa beliau yang besar pada risalah nubuwah dan kemuliaan akhlaknya
sangat membekas di hati suaminya, Rasulallah SAW, sehingga beliau selalu menyebut-nyebut
kebaikannya walaupun Khadijah telah wafat. Makanya, tidak hairan jika Allah telah
menyampaikan salam khususNya untuk Khadijah RA melalui perantaraan Jibril AS kepada
Rasulallah SAW disertai khabar gembira “Aku telah sediakan baginya rumah di syurga yang
dibuat daripada emas dan tiada kesusahan baginya atau kepayahaan.”
Jelasnya, pemakaman Ma’la merupakan kompleks pemakaman istimewa yang berada sejak
zaman jahiliyah. Keistimewaannya telah disebut dalam sebuah hadith yang berkaitan dengan
pemakaman Ma’la daripada Abdullah bin Masud RA, bahawa Rasulallah SAW bersabda “Allah
membangkitkan dari tempat ini (pemakaman Ma’la) dan dari seluruh tanah Haram 70.000 orang
yang masuk syurga tanpa hisab atau tanpa perhitungan dosa. Setiap orang daripada mereka
102
dapat membawa 70.000 orang. Wajah mereka cerah dan bersinar bagaikan bulan purnama. (Al-
Jundi Fi Fadhailil Makkah)
Pemakaman Ma’ala
103
CHECKPOINT 7
#Ziarah dalam Makkah
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, keistimewaan yang terdapat di
Makkah ialah Masjidil Haram. Keistimewaan Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah atau
Baitullah, yang menjadi kiblat bagi umat Islam. Tingginya 15 meter dan luasnya lebih kurang 120
meter persegi. Bangunan ini terletak di tengah-tengah Masjidil Haram. Disalah satu penjuru
Kaabah ini terdapat Hajarul Aswad yang menjadi tempat permulaan untuk mengerjakan tawaf.
Hijir Ismail
104
Hijir Ismail adalah pagar batu berlingkar. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau
membangunkan Kaabah. Berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW, sebahagian daripada Hijir
Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah.
Dari 'Aisyah RA katanya :
"Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah
SAW. memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata
"Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum
engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina
semula Kaabah.”
Multazam
105
Multazam terletak di antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah. Perkataan Multazam
bermakna, "melekat", sebab dipanggil demikian, kerana disinilah seseorang itu patut melekatkan
dadanya semasa berdoa. Abu Daud meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas RA berkata: Dia pernah
berdiri tegak di Multazam dengan dada dan mukanya mengadap ke Kaabah. Tangannya
dianjurkan ke atas kepala menekap ke Kaabah. Kemudian beliau berkata," Daku melihat
Rasullullah s.a.w. melakukannya".
Hajjar Aswad
106
Sewaktu pembinaan Kaabah itu selesai, Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah
batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah
engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda permulaan tawaf bagi
manusia."
Kemudian Nabi Ismail AS pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang
baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail AS sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang
malaikat Jibril AS memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa
batu itu kepada Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ibrahim AS merasa gembira melihat batu yang
sungguh cantik itu.
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan
cucumu (Jibril)". Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail AS. Sehingga
sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Sesiapa saja yang
bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus-ribu kaum muslimin berebut
107
ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat
lambaian tangan saja.
Menurut sejarahnya, Hajar Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia
merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam
sebab disentuh oleh orang - orang musyrik. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud:
Dari Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Hajar Aswad diturunkan dari syurga
dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya
menjadi hitam". (Riwayat Ahmad dan Tarmizi)
Tempat lahir Rasulullah SAW
108
Rumah tempat kelahiran Rasulullah, rumah yang berukuran sekitar 10 x 18 meter yang
telah menjadi perpustakaan yang selalu terkunci kerana pihak pemerintah Arab bimbang jika
dibangunkan menjadi tempat syirik.
Maulid Nabi SAW (tempat kelahiran baginda) iaitu di rumah bapanya Abdullah. Tempat ini
terletak di Shi’b Ali Talib@juga dikenali dengan nama Shi’b Ali Bani Hashim kerana Bani Hashim
tinggal di tempat tersebut setelah Rasul SAW berhijrah. Rumah tersebut telah diambil oleh
anaknya. Ketika khaizaran ibu kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid daripda kerajaan Abbasiyyah
yang datang mengerjakan haji. Beliau telah membina masjid di tempat itu.
Masjid tersebut kemudiannya telah diruntuhkan. Pada masa kini, tempat tersebut telah
dijadikan sebagai perpustakaan umum. Perpustakaan tersebut telah dibina oleh Sheikh Abbas
bin Yusuf Al-Qathan pada tahun 1370 H/1950M daripada hartanya sendiri. Sheikh Abbas
merupakan bekas Datuk Bandar Makkah. Kedudukan perpustakaan ini ialah di bahagian timur
109
Masjidil Haram iaitu di Suq Al-Lail (pasar malam) di kawasan Shi’b Ali di satu ‘Maktabah Al-
Mukarramah’.
Pohon-pohon kayu & batu mengucapkan salam kepada Baginda SAW.
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, batu–batu dan pohon-pohon kayu
mengucapkan salam kepada baginda. Baginda menoleh ke kanan dan ke kiri, tidak ada seorang
manusia pun berada di sana. Baginda sering bermimpi dengan perkara yang benar-benar akan
terjadi.
Jika baginda bermimpi pada malam hari, maka mimpi tersebut akan terjadi pada siangnya.
Mimpi tersebut bukan perkara yang samar-samar, melainkan perkara yang jelas di lihat dan
dirasakan oleh baginda.
Dengan kejadian-kejadian yang aneh dan menakjubkan ini membuat Nabi Muhammad
SAW suka mengasingkan diri dan sentiasa berada di Gua Hira’ sehingga turunlah wahyu yang
pertama kali iaitu surah “Al-Alaq”. Wahyu ini sebagai bukti pengangkatan baginda sebagai
Rasulullah SAW, merupakan utusan Allah untuk seluruh umat manusia. Baginda sebagai
pembawa agama yang benar, sebagai rasul terakhir dan ajarannya akan terus dilaksanakan
hingga dunia kiamat.
َ حِثْي َما.َ حِثْا ّحيى بن َبي بكير َن ِبراَيم بن ُْما.ََُحِثْا َبو بكر بن َبي شي
َاِ ََوِ ا ِْى ا َِيُ ََِم "ِّبي أَرِ حِ ررا:ِ َا.ِبن حرِ َن ِابر بن َمر
"َ ِّبي أَرُِ ال.بم بكُ ْاَ ّسِبم َِ بي ََِ ََ َبَث
110
Hadith riwayat Jabir bin Samurah RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
aku mengenal sebuah batu di Mekkah yang pernah memberi salam kepadaku sebelum aku di
utus (menjadi Rasul). Sesungguhnya aku mengenalinya sampai sekarang.” (Sohih Muslim No
2277-2)
Telaga Zam Zam
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Penemuan Pertama Menurut Fatul
Bari (Bab: kitab Al-Anbiya’), bahwa Kabilah Jurhun yang hidup di Jaziratul Arab senang sekali
berhijrah. Tapi setelah melihat ada tanda wujudnya air Zam Zam di Kota Makkah, mereka segera
membuat perkampungan dan mendirikan khemah-khemah disekitarnya. Manusia yang pertama
kali menemukan Zam Zam adalah seorang wanita iaitu Siti Hajar, isteri Ibrahim AS.
111
Disaat akan ditinggalkan suaminya, Siti Hajar berkata: “Kemanakah engkau hendak pergi
dan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada penghuni? Apakah Allah yang menyuruhmu?”
Nabi Ibrahim AS menjawab: “Ya”. Hajar berkata: “Jika demikian pasti Allah tidak akan menyia-
nyiakan kami.
Setelah bekalan Hajar habis, beliau tinggalkan anaknya di sebuah pohon yang rendang dan
berusaha (sa’i) mencari air. Ia berusaha sekuat tenaga naik ke bukit Safa’. Mendaki hingga keatas
bukit sambil melihat kekiri dan kekanan. Harapannya agar dapat melihat kafilah datang dan
boleh membantunya. Kemudia beliau berlari lagi ke bukit Marwah. Di sana ia melakukan sama
seperti ia melakukannya di bukit Safa’. Demikian seterusnya tujuh kali ia berulang-alik berlari
dari Safa’ ke Marwah. Ternyata air yang dicarinya keluar deras dari tumit si bayi. Maka keluarlah
air Zam Zam dari pasir gersang yang kering kontang. SUBHANALLAH!
Mulai saat itu Makkah yang dulu merupakan kota tandus, gersang, tiada pepohonan yang
tumbuh, dan tidak ada penghuni yang hidup, berkat Nabi Ismail AS, Makkah menjadi kota yang
subur, makmur dan dilimpahi berkat Ilahi. Semua ini kerana air Zam zam yang keluar di tanah
Makkah.
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Penemuan Kedua, maka, terjadilah
setelah itu penghidupan di Makkah, kabilah Jurhum mulai datang ke sana untuk menetap dan
memakmurkannya. Maka terjadilah percampuran antara kabilah mereka dengan keluarga Nabi
Ismail AS. Dari sana, terbentuklah masyarakat baru dan keluarlah di kemudian hari bangsa
Quraisy dan bani Hasyim.
112
Itulah sebahagian dari keberkatan dan keistimewaan air Zam Zam. Hari berganti hari dan
zaman berganti zaman, sehingga datanglah hujan lebat dan banjir dahsyat yang membuat
telaga Zam Zam lenyap dan tidak ada tanda-tanda untuk diketahuinya lagi. Ini menurut riwayat
Yaqut Al-Hamawi.
Menurut pendapat yang benar bahwa sumur Zam Zam ditimbun dan dihilangkan tanda-
tandanya oleh kabilah Jurhum disaat mereka akan meninggalkan Kota Makkah. Telaga Zam Zam
terus lenyap dari permukaan bumi Makkah dan tidak diketahui tempatnya, hingga Abdul
Muttalib, datuk Nabi SAW, memangku jabatan sebagai pemberi makan dan minum jemaah Haji.
Dengan ru’ya shadiqah (mimpi yang benar), ia akhirnya ditunjukkan Allah tempat sumur Zam
Zam yang tidak pernah kering airnya dan tidak pernah surut.
Sumur ini dinamakan Zam Zam kerana airnya yang sangat banyak dan Zam Zam dalam
bahasa Arab bererti banyak dan berkumpul. Seandainya Siti Hajar disaat menemukannya tidak
mengumpulkan pasir disekitar tempat air dan tidak mencedoknya, maka air Zam Zam akan
mengalir terus sehingga boleh menenggelamkan semuanya.
Keberkahan Zam Zam
Tempatnya 20 meter ke kiri dari Ka’bah ada semacam terowongan ke bawah. Sumber air
Zam Zam itu sekarang sudah ditutup dan dipagari dengan kaca tebal dan didalamnya sudah
dilengkapi dengan pemasangan paip moden untuk mengalirkan air Zam Zam itu ke tempat
tempat yang sudah ditentukan.
Sampai sekarang telaga ini mampu mengalirkan air sebesar 11 – 18.5 liter/saat, hingga
seminit dapat mencapai 660 liter/minit atau 40 000 liter per jam. Celah-celah atau rekahan ini
113
salah satu yang mengeluarkan air cukup banyak. Ada celah (rekahan) yang memanjang kearah
hajar Aswad dengan panjang 75 cm dengan ketinggian 30 cm, juga beberapa celah kecil kearah
Safa’ dan Marwa. SUBHANALLAH! Telaga Zam zam disebut “syabba’ah” artinya yang banyak
mengeyangkan, dan diyakini bahwa ia adalah sebaik-baik penolong bagi keluarga.
Zam-Zam memiliki nilai yang sangat tinggi bagi umat Islam karena ia adalah air penuh
barakah, air yang diberikan oleh Allah sehingga dapat diminum untuk niat apa saja.
Keistimewaan Zam Zam
1) Dari salah satu bukti yang menunjukkan keutamaan Zam Zam adalah saat malaikat Jibril AS
membelah dada Rasulallah SAW, dia membasuh hati beliau dengan air Zam Zam. Imam
Bukhari meriwayatkan dari Abu Dhar Al-Ghifari bahwa Rasulallah SAW bersabda: “Atap
rumahku dibuka saat aku berada di Makkah dan Jibril AS turun dan membelah dadaku
kemudian ia membasuhnya dengan Zam Zam. Lalu ia membawa bejana besar terbuat dari
emas berisi hikmah dan keimanan dan menuangkannya ke dalam dadaku. Kemudian ia
menutupnya. Lalu ia memegang tanganku dan membawaku ke langit.”
2) Mujahid berkata: “Aku tidak pernah melihat Ibnu Abbas RA memberi makan seseorang
kecuali ia juga memberikan air Zam Zam untuk diminum. Ia juga mengatakan setiap kali
tamu datang berkunjung Ibnu Abbas akan menjamunya dengan air Zam Zam.
3) Diantara keistimewaan air Zam Zam adalah bahawa Rasulallah SAW menjadikan siapa yang
meminumnya sampai kenyang akan dibersihkan hatinya dari sifat munafik.
114
4) Diriwayatkan dari Jabir RA bahwa Rasulallah SAW meminta sebakul air Zam Zam, lalu beliau
meminumnya dan memakainya untuk berwudhu’.
5) Dalam kitab Shahih diriwayatkan; saat Abu Dzar telah memeluk Islam, ia berkata: “Ya
Rasulallah saya berada di sini selama 30 hari”, beliau bersabda:
“Siapa yang memberimu makan?”, ia berkata: “Aku tidak mempunyai makanan apapun jua
hanya air Zam Zam, tapi berat badanku bertambah sehingga aku dapat merasakan lipatan
lemak pada perutku, dan aku tidak merasa lapar sama sekali”. Lantas beliau bersabda: “Zam
Zam diberkahi dan mengandungi makanan bergizi”. Dari Ibnu Abbas R.A katanya, Rasulullah
S.A.W bersabda: Sebaik-baik air dibumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang
mengenyangkan dan penawar bagi penyakit.” (Riwayat At-Tabrani dan Ibnu Hibban)
Doa Minum Air Zam Zam
الِن اُ نم لِّلبي َب كََبِا بَ لَ كِ رما ّبا لَِرا
Ya Allah Aku memohon padamu ilmu yang manfaat,
بَ لَ كَِرا بَا لََرا
Rezeki yang luas,
ِبَ لشَبا رِ لُ كن اْ لبِ بَا د
Ubat dari segala penyakit
115
( ( )رواه الحًكمHR. Al-Haakim)
الِن اُ نم ِل لّي َب كش برباُا اُ كسِب كِ لَيرا لبي لُ ِبا كش لَيْلي
Ya Alloh sesungguhnya saya minum air zam-zam dengan harapan mendapatkan kesembuhan,
maka berikan kesembuhan kepadaku
(Lihat kitab Al-Adzkaar An-Nawawy)
Rumah Abbas Bin Abdul Muthalib
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, rumah bapa saudara Nabi SAW
Abbas bin Abdul Muthalib terletak di tempat Sa’i antara Safa’ dan Marwah, temboknya melekat
disalah satu batas ”Mailain” yaitu batas dimana para jema’ah haji disunatkan untuk berlari kecil.
Batas tersebut sekarang telah ditandai dengan dua garis tanda hijau atau disebut juga “garisan
hijau”. Jika masuk pada batas garis tersebut disunatkan raml atau harwalah (lari kecil).
Dulu rumah Abbas RA pernah dijadikan rubath untuk orang orang faqir dan diberi nama
Rubath Al-Abbas dan diberi tanda dengan bendera hijau. Menurut Sheikh Taqiyuddin Al-Fasi
rumah ini dulu pernah dijadikan tempat wudhu’ kemudian dirubah menjadi Rubadh Al-Abbas.
Tempat ini sekarang sudah bersatu dengan tempat sa’i dan untuk mengenangnya dibuat
sebuah pintu besar masuk ke Masjid dinamakan Pintu al-Abbas.
Rumah Al-Arqam
116
Para Tetamu Allah dan para Penziarah RasulullahSAW, beliau ialah Abu Abdillah al-Arqam
bin Abi al-Arqam )((الرقم بن أبي الرقم673-675 ): adalah seorang ahli perniagaan yang
berpengaruh dari suku Makhzum dari Makkah. Dalam sejarah Islam, beliau orang ketujuh dari
As-Sabiqun al-Awwalun (orang-orang yang pertama menganut Islam). Rumah beliau terletak di
bukit Safa, di mana para pengikut Nabi Muhammad belajar tentang Islam.
Sebelumnya rumah al-Arqam ini disebut Dar al-Arqam (rumah Al-Arqam) dan setelah dia
memeluk Islam akhirnya disebut Dar al-Islam (Rumah Islam). Dari rumah inilah madrasah
pertama terbentuk. Al-Arqam juga ikut hijrah bersama dengan Nabi Muhammad ke Madinah.
Di sekitar Masjidil Haram, dulu juga ada masjid yang dibangun oleh ibunda Khalifah Harun
Al-Rasyid, al-Khuzairan. Masjid ini tepatnya berada di bekas lokasi rumah Nabi, pada 1957,
masjid itu dibongkar, kemudian dibangun perpustakaan.
117
Khuzairan adalah budak Mahdi al-Abbasi. Ia juga membangun masjid sekitar 36 meter
sebelah timur Safa. Masjid ini dibangun pada 787 Masehi, dibekas lokasi Darul Arqam, rumah
Arqam ibn Abi al-Arqam. Rumah sahabat Nabi ini menjadi pusat syiar Islam di awal-awal
kenabian Muhammad. Saat itu belum genap 40 orang yang memeluk Islam. Dari rumah ini, syiar
dilakukan secara sembunyi-sembunyi. “Muslim yang baru masuk Islam berkumpul dan
melaksanakan soalat di dalamnya secara sembunyi-sembunyi pula. Syiar Islam baru dimulai
terang-terangan, ketika Umar bin Khathab muncul sebagai orang ke-40 yang memeluk Islam.
Pada 1955, Masjid Arqam dihancurkan bagi memperluaskan Masjidil Haram, sehingga
lokasi masjid ini sekarang menjadi pelataran Masjidil Haram. Nama Arqam kemudian diabadikan
sebagai nama pintu pertama di tempat saie, samping Safa’. Namanya Pintu Darul Arqam.
Masjid Jin
118
Tidak jauh dari Masjidil Haram pula, ada Masjid Jin. Masjid ini sekitar 1 km dari Masjidil
Haram – sekitar 100 meter dari kompleks makam Mala, tempat Siti Khadidjah dikuburkan.
Lokasi Masjid Jin ini dulunya merupakan lokasi yang dipakai Nabi menulis surat ke Ibn
Mas’ud. Saat itu, ada rombongan jin yang ingin membaiat Nabi. Rombongn jin ini sebelumnya
telah bertemu Nabi di Nakhlah. Pada tahun ke-10 kenabiannya, Nabi pergi ke Thaif, kemudian
ketika pulang dari Thaif bertemu rombongan jin itu di Nakhlah.
Penduduk yang tinggal atau bekerja di sekitar Masjidil Haram tak selalu solat di Masjidil
Haram. Di waktu solat, mereka memilih ke masjid terdekat, seperti Masjid Kucing dan Masjid Jin,
dan juga masjid lainnya yang berada di sekitar Masjidil Haram.
Masjid Kucing
119
Lokasi Masjid Kucing ini dipercayai sebagai sebagai lokasi rumah Abu Hurairah, salah satu
sahabat Nabi. Abu Hurairah bererti Bapak Kucing. Hanya jemaah dari Indonesia yang menyebut
masjid itu sebagai Masjid Kucing. Di Makkah, masjid ini dikenali sebagai Masjid Rayah atau
Masjid Abu Hurairah.
Rumah kediaman Siti Khadijah : Rumah Kediaman yang pertama bagi Muhammad
SAW.
Rumah kediaman yang pertama bagi Muhammad SAW ialah rumah Siti Khadijah bt
Khuwailid, isteri pertama baginda di lorong 'Atarin Mekah berhampiran dengan Masjid Al-
Haram yang mengandungi empat bilik :
i. Satu bilik untuk anak-anak perempuan baginda.
ii. Satu bilik untuk baginda bersama Khadijah.
iii. Satu bilik untuk baginda beribadat.
120
iv. Satu bilik lagi di sebelah luar untuk tetamu.
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Baginda tinggal di rumah tersebut
sehinggalah baginda berhijrah ke Madinah dalam keadaan yang tenang dan dapat
menumpukan kepada apa yang diminatinya selama ini. Malah, banyak mengasingkan diri dan
berfikir dengan dibantu oleh Khadijah, lebih-lebih lagi bila mana baginda merasa gentar dan
terkejut apabila menerima wahyu yang pertama dan pulang ke rumah dalam keadaan yang
terkejut, seraya berkata kepada Khadijah “Sesungguhnya aku rasa bimbang ke atas diriku”,
tetapi Khadijah dapat mententeram dan menenangkan perasaan baginda dengan kata-katanya
yang masyhur seperti mana yang terdapat dan termaktub dalam Sohih Bukhari.
َا َََّّّ ا َبِا اَِّ لِِّ الرحم ََِْي اأُاُّ َِحمِ الكِ ََِري الَيِ ََِين
َِِى ّواُِ الح
Maksudnya : Demi Allah. Allah tidak akan menghina engkau sama sekali, sesungguhnya
engkau akan menghubungi silaturahim , menyempurnakan amanah, memikul beban dan
tanggungjawab, memuliakan tamu dan menolong orang yang mempunyai hak terkena zalim.
Sudah ditakdirkan Allah selepas kehilangan Khadijah dan di tahun yang sama bapa saudara
baginda Abu Talib pula meninggal dunia dan oleh kerana dua kejadian sedih berlaku dalam
tahun yang sama ke atas Rasulullah SAW maka tahun itu dikenali dengan tahun sedih ('Am
AlAhzan).
121
َاِ ََوِ بيْما َّا َُِي:َََِ الَّاَي ََ ِابر بن ََِ ا اأّّاَي ََي ا َُْ َا
ِ ُِ َمََ ْوِا ُن السما:َُِّا ِْى ا َِيُ ََِم ََو ّحِث َن ِِرِ الوحي ِي ح
َََِرََِ بّري ُِِا المَِ الَي ِاِّي بحراِ ِالس َِى ْرَي بين السماِ َاأََ ِر
َ) بَ بَبن ب٢( َ) َا كم ِبَبّ لَ ك١( ّبا َبّد بُا ا كل ام نِثلب ار:ُُْ ِرََِ ََِِ َثرَّي َثرَّي ََِِّ ا َِالى
.)٧( ) بَ لل بربلب بَ ِبا كْ لَ كر٦( ) بَ بَ ِب كمْان ِب كسِب ككَل ار٥( ) بَال در كِ بَ ِبا كَ اِ كر٤( ) بَثليبابب بَ ِب بْ لبُ كر٣( ِب بك لَب كر
)1-7 :(َوَِ المِثر
Maksudnya : Telah diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bahawa Jabir Bin Abdullah Al-Ansari
RA berkata sabda Rasulullah SAW sambil menceritakan berkenaan dengan turun wahyu,
seraya berkata dalam ceritanya sedang aku berjalan-jalan aku telah terdengar suara yang
datang dari arah langit, maka aku tengok ke atas maka tiba-tiba kelihatan Malaikat yang
telah datang kepadaku semasa di Gua Hira' dahulu sedang duduk di atas kerusi di antara
langit dan bumi, maka aku terasa takut lalu aku balik ke rumah sambil berkata “selimutkan
aku selimutkan aku”, maka pada ketika itu turunlah firman Allah Taala yang bermaksud :
Wahai orang yang berselimut bangunlah serta berilah peringatan dan amaran kepada umat
manusia dan akan Tuhammu hendaklah engkau agungkan dan ingatlah kebesaranNya dan
pakaianmu hendaklah engkau bersihkan dan segala kejahatan hendaklah engkau jauhi dan
janganlah engkau memberi sesuatu dengan tujuan hendak mendapat lebih banyak
daripadanya dan bagi menjalankan perintah Tuhanmu hendaklah engkau bersabar terhadap
tentangan musuh.
122
َََ ِي الّحيحين ََ ََوِ ا ِْى ا َِيُ ََِم اشِكى ِِم َّم لُِِِِ ليِِين ََ ثَثا
ّا ُحمِ ُا َََ شيْاَّ اََِ ِرَْ لم: ُِِاِِ اُرَِ ََي َََ َبي ََياَ َِالَ ُُِكم
، َِِ ََ ََُ َربَ َُْ ليِِين ََ ثَثا ََِِّ ا
) بَلب كْ لَ برِا بَ كي رر لن بَ لُ بن ا كأاَلب هى٣( ) بُا بَ نَ بَ بَ بَبد بَ بَ بُا َبِب هى٢( ) بَالِن كي لِ لُِبا بَ بِ هى١( بَال دَ بح هى
)٧( َ) بَ بَ بِ بِ بَ بَا دَ ِب بُ بِ ه٦( َ) َبلب كم ّب لِ كِ بَ ّب لِي رما ِبآ بَ ه٥( ) بَلب بس كو بِ ّا كَ لْي بَ بَبد بَ ِبِب كر بَ هى٤(
َ) بََب نُا لب لْ كَ بم لُ بَ لبب ب١٠( ) بََب نُا ال نساِل بِ ِب بَ ِب كْ بُ كر٩( ) ِبَب نُا ا كليبِلي بم ِب بَ ِب كَ بُ كر٨( بَ بَ بِ بِ بَ بَا لِ رَ ِبَب كَْب هى
)١١( ِب بح لبِ كث
Ertinya : Bahawa Rasulullah SAW telah demam. Maka baginda tidak bangkit sembahyang
sunat tahajud selama dua atau tiga malam maka datanglah seorang perempuan iaitu saudara
kepada Abu Sufian sambil berkata sebagai menyindir wahai Muhammad aku tak kelihatan
syaitan menghampirimu sejak dua atau tiga malam. Maka turunlah firman Allah taala yang
bermaksud :
1. Demi waktu Dhuha.
2. Dan malam apabila ia sunyi sepi.
3. Bahawa Tuhanmu wahai Muhammad tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci
kepadamu sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik.
4.Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada
permulaannya.
5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberi kepadamu kejayaan dan kebahagiaan di dunia
dan di akhirat sehingga engkau redha dan berpuashati.
6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan ?.
123
7. Dan mendapati engkau tercari-cari jalan yang benar lalu Dia memberikan pertunjuk
dengan wahyu Al-Quran.
8. Dan didapati engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan ?.
9. Oleh itu adapun anak-anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya.
10. Dan adapun orang-orang yang meminta bantuan maka janganlah engkau tengking herdik.
11. Dan adapun nikmat Tuhanmu maka hendaklah engkau sebut-sebutkan sebagai
menzahirkan kesyukuran.
Surah ini diturunkan untuk menghiburkan hati dan memberi semangat kepada Nabi
Muhammad SAW yang sedang berdukacita kerana wahyu telah terputus dalam satu peringkat
masa yang singkat sepertimana yang dijelaskan di atas.
Jabal Qubais
124
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, tempat Nabi Ibrahim menyeru
manusia datang ke Mekah adalah Jabal Abu Qubais atau Jabal Qubais adalah sebuah tanah
tinggi atau bukit di sebelah timur Mekah yang letaknya berdekatan dengan Masjidil Haram.
Bukit ini berhadapan dengan Jabal Quayqian.
Jabal Abi Qubais disebut dalam as-Sirah an-Nabawiyah (buku pertama tentang sejarah
Nabi Muhammad s.a.w) sebagai tempat yang biasa diziarahi orang-orang pada masa Jahiliah.
Pada masa Islam, Jabal Qubais ini hanya disebut dalam hubungannya dengan penduduk
Mekah, termasuk Abu Quhafah (ayah Abu Bakar As-Siddiq), yang naik ke bukit ini dan tempat-
tempat tinggi lainnya untuk melihat dan menyaksikan pasukan Islam yang memasuki Mekah
pada hari penaklukan Mekah.
Dalam al-Munjid (Penolong) karangan Louis Ma’luf disebutkan bahawa Jabal Abu Qubais
pernah dijadikan tempat pelontaran manjaniq (alat pelontar batu dalam peperangan) oleh Hasin
bin Numayr untuk dihalakan kepada pasukan Abdullah bin Zubair yang bertahan di Kaabah.
Tembakan dengan manjaniq ini menyebabkan terbakarnya tirai atau kiswah Kaa’bah.
Cerita-cerita yang disebutkan dalam as-Sirah an-Nabawiyah dan Hayat Muhammad (Kehidupan
Nabi SAW) oleh Dr. Heikal mengenai Jabal Abu Qubais pada umumnya dihubungkan dengan
riwayat Muhammad SAW sebelum diangkat menjadi Rasul.
Disebutkan pula, bahawa nama bukit itu diambil daripada nama seorang penduduk
daripada Bani Jurhum, iaitu Qubais bin Syalikh, yang tewas di atas jabal (gunung) itu. Dalam
hubungannya dengan Nabi SAW, disebutkan bahawa ia pernah dibawa oleh datuknya Abdul
125
Mutalib ke puncak Jabal Qubais untuk berdoa memohon hujan. Nabi SAW pada waktu itu masih
kecil dan Mekah dilanda kemarau panjang.
Seorang wanita, Raqiqah binti Abi Saifi bin Hasyim, dalam tidurnya bermimpi mendengar
suara yang mengatakan bahawa dari kalangan kaum Quraisy akan muncul seorang Nabi. Suara
dalam mimpi itu juga memberinya petunjuk bagaimana cara meminta hujan agar dikabulkan
Tuhan, iaitu penduduk harus meminta pemimpin mereka (Abdul Mutalib) agar membawa
cucunya dan beberapa orang penduduk untuk berdoa bersama-sama. Terlebih dahulu mereka
harus bersuci, mencium Hajar Aswad (batu hitam pada Kaabah) dan bertawaf sebanyak tujuh
kali.
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, peristiwa lain yang dihubungkan
dengan Jabal Qubais adalah peristiwa Hilf al-Fudul. Seorang pemuda daripada Bani Zubaid
dizalimi oleh Asif bin Wail, bangsawan Mekah, yang tidak mahu membayar harga barang
dagangan yang dibawa pemuda itu. Orang ini mendatangi beberapa pemuda Quraisy untuk
meminta pertolongan tetapi tidak ada seorang pun yang bersedia menolongnya. Kerana kecewa,
keesokan paginya dia naik ke puncak Jabal Abu Qubais dan meneriakkan keluhannya bahawa
dia dizalimi dan berharap ada orang yang dapat menolongnya menghadapi orang yang
menzaliminya. Seruan orang itu disambut oleh Zubair bin Abdul Mutalib, bapa saudara Nabi
SAW, dia lalu memanggil tokoh-tokoh Bani Hasyim dan mengadakan perjumpaan di rumah Ibnu
Jud’an yang membuahkan perjanjian Hilf al-Fudul yang bertujuan untuk mengambil tindakan
terhadap Asif bin Wail, sehingga ia membayar harga barang yang dibelinya daripada orang yang
mengadu itu.
126
Jabal Abu Qubais juga muncul dalam mimpi Atiqah binti Abdul Mutalib di Mekah, tiga hari
sebelum meletusnya Perang Badar. Dia bermimpi melihat seorang penunggang unta datang ke
Mekah, kemudian masuk ke Masjidil Haram dengan diikuti orang ramai dan naik ke bumbung
Kaabah serta berteriak memperingatkan penduduk akan datangnya bencana tiga hari kemudian.
Dari situ, dia turun dan naik ke Jabal Abu Qubais. Di puncak bukit itu, dia kembali
memperingatkan orang ramai akan datangnya musibah. Setelah itu, dia mengambil batu besar
dan melemparkannya. Setelah sampai ke bawah Jabal Abu Qubais, batu itu terpecah-pecah
menjadi pecahan kecil yang bergerak memasuki semua rumah di Mekah.
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, sewaktu Nabi Muhammad SAW
melaksanakan umrah setahun setelah perjanjian Hudaibiah, banyak penduduk Mekah yang naik
ke puncak Jabal Abu Qubais dan tempat-tempat tinggi yang lainnya untuk menyaksikan Nabi
SAW dan sekitar dua ribu orang pengikut baginda melaksanakan umrah dan teringat tentang
kisah bagaimana kaifiat-kaifiat yang Nabi janjikan di Bumi Madinah sabda Rasulullah SAW:
ِ َ َِِّوَا الْاَوَ ََ الِِا،َُِ ََّاِ المُِّْ َُِك
"Di lorong-lorong Jalan Madinah ada Para Malaikat. Tidak akan masuk ke Madinah penyakit
berjangkit Taun dan Dajjal"
[Muttafaqun Alaihi Kitab al-Hajj, Hadis no.1379].
Pemakaman Muhajirin
Pemakaman ini terletak di turunan daerah Rai’ul al-Kahl ke arah menuju az-Zahir, jaraknya
dengan jembatan Rai’ul al-Kahl kurang lebih 200 meter, dan disekelilingnya telah dibangun
127
rumah rumah penduduk. Pemakaman ini sekarang telah dibatasi dengan tembok yang
mengelilinginya.
Adapun sebab dinamakanya dengan pemakaman Muhajirin karena seorang sahabat Nabi
SAW, Jundub bin Dhamrah selalu mendapat penganiyaan dari kafir Makkah setelah masuk
agama Islam. Disebabkan dia takut, lalu dia berangkat berhijrah ke Madinah. Di perjalanan ia
meninggal dan dimakamkan di tempat ini. Kemudian turun wahyu atas diri Jundub yang
berbunyi:
بَ بُن ّب كّ ار كْ لُن بب كي لِ لُ اُ بُا لِرار لِلبى ال بَ بَ اَو لل لُ ث دم ّب كِ لَ كُْا ا كل بم كو اِ ِبَب كِ بََب بَ َب كِ ارُا بَِبى ال بَ بْا بَ اا
بََاوَار بَ لحي رما
"Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,
kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat
yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang."
Pemakaman Muhajirin ini sampai sekarang masih aktif digunakan penduduk setempat.
Jabal Rahmah
128
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Jabal Rahmah merupakan jabal atau
bukit yang mempunyai nilai sejarah. Walaupun Rasulallah SAW tidak naik ke atas puncak bukit
itu, tapi bagi jemaah haji merupakan suatu kehormatan jika boleh naik sampai ke atas jabal
Rahmah. Di atas bukit, terdapat tugu besar berwarna putih, dan tugu ini merupakan lambang
atau ciri khas bagi Jabal Arafah. Jabal Rahmah berlokasi di pusat Arafah. Dinamakan Arafah
karena di tempat itu manusia saling mengenal satu sama lain. Ada juga yang meriwayatkan
bahwa Jibril AS datang kepada nabi Ibrahim AS mengenalkan kepadanya tempat tempat ibadah.
Lalu Jibril bekata kepadanya, “Apakah kamu telah mengenalnya? (”)هل تعرف. Ibrahim AS
menjawab, “Ya aku telah mengenalnya”. Ada lagi riwayat yang mengatakan bahwa Nabi Adam
AS dan Siti Hawa dikenalkan atau dipertemukan kembali di Arafah di Jabal Rahmah setelah
penurunan mereka dari syurga dan berpisah selama 200 tahun.
Peristiwa yang mengharukan merupakan pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa di Arafah ini
dijadikan tempat pertemuan umat manusia setiap tahun. Di saat Rasulallah SAW berwukuf di
Arafah beliau berdiam di bawah kaki Jabal Rahmah, beliau bersabda: “Aku berwukuf di sini, dan
Arafah seluruhnya tempat berwukuf kecuali wadi ‘Uranah”.
129
Di bawah kaki bukit ini terdapat bekas peninggalan mata air Zubaidah yang dulu
digunakan untuk memberi minum jamaah haji dan sebuah Masjid As-Shakhrat.
Diriwayatkan bahwa di situlah Rasulallah SAW pernah berhenti wukuf pada saat haji Wada’ dan
di situ telah turun ayat Al-Quran Surah Al Maidah (ayat 3), yang ertinya;
“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu
janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah
Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan
telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu”
Jabal Rahmah sukar untuk didaki pada mulanya, kemudian dibuat jalan berupa tangga oleh
al-Jawad Al-Ashfahani. Ketinggian bukit ini lebih kurang 500 m dari permukaan laut. Dimasa hari
biasa, perjalanan naik ke puncak Jabal Rahmah boleh ditempuh dalam waktu beberapa minit.
Namun, saat musim haji, waktu yang ditempuh boleh mencapai sampai 20 minit, sangat
sukar dan payah. Maka sebaiknya saat haji, tidak usah mendaki Jabal Rahmah hanya sekadar
untuk wukuf, karena Arafah semuanya tempat wukuf dan Rasulallah SAW sendiri tidak berwukuf
di atas puncak jabal Rahmah. Wallahu’alam.
Maqam Ibrahim
130
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, ianya bukan kuburan Nabi Ibrahim
AS sebagaimana banyak orang berpendapat. Maqam dalam bahasa Arab artinya tempat berdiri.
Maqam Ibrahim adalah tempat berdirinya Nabi Ibrahim saat membangunkan kembali Ka’bah.
Maqam Ibrahim merupakan bangunan kecil terletak di sebelah timur Ka’bah. Di dalam
bangunan tersebut terdapat batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan
Hajar Aswad. Di atas batu itu, Nabi Ibrahim berdiri di saat beliau meninggikan bangunan Ka’bah
dari tapaknya. Nabi Ismail AS membantu meletakkannya agar Nabi Ibrahim AS dapat naik lebih
tinggi di atas batu tersebut.
Dan tempat pijakan dua kaki nabi Ibrahim itu dengan seizin Allah berbekas di atas batu
tersebut dan masih tetap ada sampai sekarang. Abu Thalib pernah berkata dalam satu
qasidahnya yang berkaitan dengan Maqam Ibrahim: Artinya, “Pijakan Ibrahim tercetak di atas
batu dengan jelas membentuk dua telapak kakinya yang telanjang tidak beralas.”
131
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, seperti yang telah kita ketahui
bahawa bangunan Ka’bah yang dibangun oleh Nabi Ibrahim AS tidak tinggi, boleh dijangkau
oleh seseorang untuk naik ke atasnya dengan mudah, lebih kurang setinggi sembilan hasta.
Ketika bangsa Quraisy membangun Ka’bah, mereka menambahnya menjadi lapan belas hasta.
Abdullah bin Zubair menambahnya kembali menjadi dua puluh tujuh hasta dan setinggi itulah
Ka’bah sekarang ini. Ketika Islam datang, Allah menganjurkan untuk solat di belakang maqam
Ibrahim seperti firman Allah, Al-Baqarah (ayat 125):
بَاِب لَّاَا لُن نَُبا لم ِل كب برا لَي بم اُ بِّنى بَ بَ لُ كِّآ ِلبى لِ كب برا لَي بم بَِل كَ بما لَي بِ َبَ بْ لبُ برا بب كيِل بي للِ نْا لِ لَي بن
َبَا كلَبا لْ لَي بن بَا كل در نْ لَ ال دس اِو ل
“Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan
kepada Ibrahim dan Ismail: “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang
iktikaf, yang rukuk dan yang sujud.”
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, letak batu maqam Ibrahim dahulu
melekat dengan dinding Ka’bah, kemudian pada zaman Umar bin Khatab RA dipindahkan ke
belakang sehingga orang-orang yang solat berhampirannya tidak terganggu oleh arus orang-
orang yang sedang thawaf. Perbuatan Umar bin Khattab RA tidak dibantah oleh para sahabat
Nabi SAW dan orang-orang yang setelahnya, ini menunjukan terjadinya Ijma’ sahabat.
Demikian seterusnya, Maqam Ibrahim sangat terpelihara dan bertahan beribu-ribu tahun,
lebih kurang sudah berusia sekitar 5,000 tahun. Dan sekarang ini sudah ditutup dengan kaca
132
berbentuk kubah kecil. Ukuran jejak kaki Ibrahim tidak besar, lebih kurang sama dengan ukuran
kaki manusia saat ini.
Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim yang panjangnya 27 cm, lebarnya 14 cm dan
dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat orang yang ingin solat di belakang Maqam
Ibrahim selepas melakukan thawaf mengelilingi Ka’bah 7 kali.
Abdullah bin Zubair RA pernah berkata: “Sungguh, aku tidak pernah melihat sesuatu yang
mirip seperti miripnya telapak kaki Rasulallah SAW dengan telapak kaki Ibrahim yang kami lihat
di maqam”.
Rukun Yamani
133
Ia adalah sisi atau sudut Ka’bah yang menghadap ke arah Yaman. Atau disebut sudut
arah Yaman. Rukun yang sejajar dengan hajar aswad ini sangat penting artinya bagi
keistimewaan Ka’bah.
Di sudut ini setiap jemaah yang thawaf disunatkan untuk menyalami atau mengusap
dengan tangan kanan atau cukup dengan melambaikan tangan ke arah sudut ini dengan
mengucap “Bismillah Wallahu Akbar”.
Menurut riwayat dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW hanya menyalami Hajar Aswad dan
Rukun Yamani saja. Sedangkan Ibnu Umar RA mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya mengusap keduanya yakni Hajar Aswad dan Rukun Yamani dapat menghapus
dosa-dosa.”
Ketika berada diantara dua rukun ini yaitu Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad, beliau
membaca doa: Al-Baqarah (ayat 201)
َبَ لببْبآ آ لِْبآ لِي ال دِ كّيبا بح بسْبُر بَِلي ال لَ بر لِ بح بسْبُر بََلْبا بََبا بِ الْنا ل
Ertinya: “Ya Tuhan kami, berilah kami kabaikan didunia dan kebaikan di akhirat dan
peliharalah kami dari seksa api neraka.”
Dalam satu riwayat, Nabi SAW pernah bersabda bahwa setiap beliau melewati sudut ini
kelihatan ada malaikat yang mengucapkan amin, sebagai jawapan dari do’a beliau. Rukun
Yamani ini juga dipercayai sebagai salah satu tempat yang sangat baik untuk berdoa, dengan
cara meletakkan tangan kanan lalu meminta kepada Allah SWT apa yang kita inginkan.
134
Tanaim
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, jemaah akan dibawa ke Tanaim
(Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat (niat mengerjakan umrah). Disini terdapat Masjid Al
Fatah Al Jumum ialah sebuah masjid yang terletak di daerah Jumum, Arab Saudi (terletak 25 km
135
di sebelah utara Makkah melalui jaluran Madinah Al Munawwarah yakni sekarang terletak di
sekitar kawasan Tareq Al Hijrah), ia juga terletak sekitar 18 km dari Masjid Tanaim.
Menurut riwayat, awal pembinaan Masjid ini bermula tatkala Nabi Muhammad
mengirimkan sepasukan kaum Muslimin yang beriman yang dipimpin oleh Zaid bin Harisah
untuk berjuang menakluk kabilah Arab Bani Sulaim pada bulan Rabiul Akhir tahun keenam
Hijrah.Dalam perjalanan mereka ke medan pertempuran, mereka telah bertemu dengan seorang
wanita yang telah menunjukkan kawasan perkampungan Bani Sulaim, kemudian setelah sampai
ke perkampungan tersebut, tentera beriman telah menawarkan syarat keimanan kepada Allah
dan Rasulullah dan damai.
Tetapi mereka enggan beriman dan lantas mengingkarinya serta menawarkan peperangan.
Tentera Muslim menang dalam peperangan serta tentera Muslim berjaya menawan kawasan
Bani Sulaim tanpa kekerasan terhadap masyarakat awam serta berjaya mendapatkan harta
rampasan perang serta tawanan perang.
Dalam pada itu, masyarakat awam dibenarkan untuk bebas menjalani kehidupan yang
harmoni dibawah ajaran Islam tanpa sebarang paksaan. Pada tahun ke 8 Hijrah pula yakni 2
tahun selepas penaklukan, Muhammad Rasulullah SAW telah bersetuju untuk singgah dan
bermalam di situ, ketika itu Rasulullah dalam perjalanan melakukan penaklukan Kota Makkah
dari Kota Madinah Al-Munawwarah.
Diriwayatkan sebanyak 10000 masyarakat Muslim menyertai angkatan termasuklah lelaki,
wanita dan kanak-kanak. Pada waktu itu telah berlangsungnya majlis pengislaman Abu Sofyan
bin Harb sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Hisyam serta bapanya. Mereka
136
telah menceritakan bahawa berita keberangkatan Nabi Muhammad Rasulullah untuk menakluki
Kota Makkah telah tercium oleh orang-orang Bani Arab Quraisy, Abu Sufyan ibn Harb, Hakeem
bin Hizam dan Badil bin Waroqoh sentiasa memantau perkembangan berita tentang Rasulullah
sehinggalah mereka keluar dari Makkah dan sampai di Marro Zohron, namun kedatangan
mereka terlebih dahulu dilihat oleh sekelompok pengawal Rasulullah dan mereka dikejar
sehinggalah tertangkap mereka, mereka telah dihadapkan di depan Rasulullah maka dengan
langsung Abu Sofyan telah memeluk Islam.
Hudaibiyah
137
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Masjid Hudaibiyah ini mengambil
sempena perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani oleh Nabi SAW. Disini adalah antara Miqat
untuk Umrah. Jaraknya lebih kurang 24km dari Masjidil Haram.
Ini adalah miqat yang paling jauh di bandingkan masjid Tanaim dan Ja'ranah. Ini tempat
untuk berniat umrah di miqat. Al-Hudaibiyah ini berada di luar batas tanah suci, iaitu jalan
antara Makkah dan Jeddah dan sekarang lokasi ini dipanggil Syumaisi, dinisbahkan kepada Bi’r
Syumaisi.
Di sebelah kanan kiblat masjid ini, terdapat bekas bangunan masjid lama yang dibangun
dengan batu hitam bersimen. Di tempat ini adalah salah satu tempat Miqat untuk melaksanakan
ibadah Umroh. Masjid sederhana ini, airnya masin, kerana tidak melalui proses penyulingan air
laut menjadi air tawar, jadi asli secara langsung daripada dalam tanah yang berpunca pengaruh
138
air laut. Hudaibiyah merupakan pintu masuk kecemerlangan kaum Muslimin dalam pembukaan
Mekah (Fathul Makkah).
Pada 628 Masihi, sekitar 1400 Muslim berangkat ke Mekah melaksanakan ibadah haji.
Walaupun kedatangan ke Mekah adalah untuk menunaikan haji, tetapi kaum Quraisy
menyediakan pasukannya untuk menahan kaum Muslim agar tidak masuk ke Mekah. Pada
waktu itu, bangsa Arab benar-benar telah bersiap sedia terhadap kekuatan ketenteran Islam
yang sedang berkembang.
Melihat keadaan seperti itu, Nabi Muhammad mencuba pelbagai hal agar tidak terjadinya
pertumpahan darah di Mekah, kerana Mekah adalah tempat suci. Akhirnya kaum Muslim setuju
bahawa jalur diplomasi lebih baik daripada berperang. Kejadian ini dituliskan pada surah Al-Fath
ayat 4. Nabi membaiat kepada kaum Muslimin agar tetap setia kepada Islam yang dinamakan
Baiat Syajarah (baiat di bawah pohon). Kemudian muncul isu bahawa "diplomat" yang dikirim
Nabi Muhammad SAW, yakni Uthman Bin Affan, dibunuh kaum Quraisy sehingga hampir terjadi
ketegangan.
Peristiwa Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac
628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah dimana
ditandatangani Nabi Muhammad dan Suhail bin Amru, perwakilan Quraisy, adalah tidak ada
peperangan dalam jangka waktu sepuluh tahun. Sesiapa pun yang ingin mengikuti Muhammad
diperbolehkan secara bebas, demikian pula sebaliknya.
139
Seorang pemuda yang masih mempunyai ayah atau penjaga, jika mengikuti Muhammad
tanpa izin, maka akan dikembalikan kepada ayahnya dan penjaganya. Namun, apabila seseorang
mengikuti Quraisy, dia tidak akan dikembalikan. Tahun ini Muhammad diminta kembali ke
Madinah, tetapi tahun depan, mereka dapat masuk ke Mekah untuk melakukan tawaf selama
tiga hari.
Selama tiga hari itu, penduduk Quraisy betapak ke bukit-bukit. Meskipun sebelumnya
diprotes kaum Muslimin, ternyata Perjanjian Hudaibiyah banyak memberikan manfaat, seperti
bebas dalam menunaikan ajaran Islam kerana tidak ada pahlawan dari Quraisy. Islam pun
tersebar di kerajaan-kerajaan luar, seperti ke Benua Afrika. Perjanjian Hudaibiyah ternyata
dilanggar oleh Quraisy, tetapi kaum Muslim boleh membalasnya dengan pembukaan Mekah
(Fathul Makkah) pada tahun 630 Masihi.
Tawaf wida’
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, berikut makluman..Tawaf wada' atau
wida' ialah tawaf selamat tinggal baitiilahil haram.
Beberapa Hukum dimana Ulama berselisih pendapat tawaf wada':
1) Wajib; dan sesiapa yang meninggalkannya dikenakan dam.
-Mazhab Hanafi, Hanbali, Syafie dan Jumhur ulama.
-Dalilnya:
ََ َّْرَ احِ حِى ّكوَ آَر َُُِ بالَي
140
Maksudnya:"Janganlah seseorang itu meninggalkan (baitillaharam) sehinggalah diakhiri
dengan baitillahilharam(tawaf wada')".
* orang yang haidh boleh meninggalkannya dan menjadi rukhsah baginya.
2) Sunat
-Mazhab: Pendapat Imam Malik,Daud dan Ibn Munzir dan salah satu dari pendapat mazhab
Syafie.
- Dalilnya : “Orang yang datang haidh tidak diwajibkan mengerjakannya.”
141