The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mazlina2c, 2022-11-22 21:28:36

SKRIP PANDUAN MUTAWWIF - AMTC

SKRIP PANDUAN MUTAWWIF - AMTC

mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus
(yang terserah kepadaNya segala urusan kami). (173)”

Rasulullah SAW dengan tenang melafazkan:

ِ‫بح كسَاْبا نلا بَّل كَ بم ا كل بو لْي ا‬

“Cukuplah Allah bagi kami sebagai Pembantu Penolong”

Jadi inilah ayat bacaan untuk menenangkan hati. Dibaca dengan mengucup pangkal ubun-ubun
di urut hingga ke dada.

 Mantheqah Baidha (Rahsia Medan Magnet)
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, cuba perhatikan di sebalik Gunung

Uhud, sekitar 25 kilometer dari utara pusat kota Madinah. Tempat ini adalah sebuah tanah
lapang tandus, padang pasir, dengan pohon dan semak sesekali dikelilingi oleh bukit batu.
Daerah ini berada di luar batas Tanah Haram. Warga Madinah yang ingin melakukan
perkhemahan atau sekadar jalan-jalan biasanya membawa keperluan sendiri dan berkendaraan
peribadi. Mereka juga membawa makanan sendiri. Sebagaimana keadaan di negara Malaysia
ketika melakukan picnic(perkelahan) boleh dilihat di pinggir jalan dengan beralaskan tikar dan
makan makanan seadanya, mereka duduk bersama di bawah pohon. Wilayah ini termasuk
wilayah tersubur di Madinah, selain di Quba. Jalannya kurang baik, berbeza dengan jalan-jalan

51

raya kebanyakan yang ada di sini yang lurus-lurus. Tumbuh ditanahnya juga kurma terbaik di
Jazirah Arab (kepulauan Arab), kurma Nabi atau Kurma Ajwa. Dinamakan demikian kerana
diyakini pohon kurma tersebut dahulu hasil tanaman yang ditanam oleh Rasulullah SAW. Pada
masa dahulu, wilayah ini merupakan tempat uzlah atau tempat menyepi (menyendiri) bagi
mereka yang tengah berselisih pendapat agar boleh mendapat ketenangan. Namun, yang
membuat wilayah ini terkenal ke seantero dunia bukanlah kerana wilayah yang disebut sebagai
‘Perkampungan Putih’ (Mantheqah Baidha) ini dijadikan tempat persinggahan, melainkan
keajaiban alamnya yang hanya ada di segelintir tempat di dunia. Ramai orang percaya bahawa
di daerah ini terdapat sebuah medan magnetik yang sangat kuat dan besar.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, sedikit makluman berkaitan dengan
tempat ini. Kota Madinah dan sekitarnya secara geologi berdiri di atas Arabian Shield yang
sangat tua (umur 700-an juta tahun) yang dihiasi mendapan lava alkali basaltik (thoelitic basalt)
seluas 180,000 km persegi yang usianya muda (muncul lebih kurang 10 juta tahun silam dengan
puncak intensif 2 juta tahun silam). Lava yang bersifat basa ini muncul ke permukaan Bumi dari
kedalaman 40-an km melalui zon rekahan sepanjang 600 km yang dikenal sebagai Makkah-

52

Madinah-Nufud Volcanic Line, kerana ia membentang dari dekat Makkah di selatan, melintasi
Madinah dan penghujungnya di daratan Nufud di utara. Sehingga vulkanisme Arabia
merupakan vulkanisme hotspot seperti halnya vulkanisme Kepulauan Hawaii dan sangat
bertolak belakang dengan vulkanisme produk yang menghasilkan magma bersifat tenaga. Oleh
itu, berlakunya fenomena magnetik memang ada di sebelah utara Madinah ini terutama di dekat
dataran tinggi Nufud.
Maka lihatlah Maha hebatnya kejadian Allah ini.

CHECKPOINT 5

#Penerangan / makluman - sebelum bertolak ke Makkah.

Basmalah – Assalamualaikum
Alhamdulillah – Mukadimah
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW,
Syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah rahmat-Nya dapat juga kita berasama-sama
berkumpul di tempat yang penuh barakah ini. Selawat dan salam juga ke atas junjungan besar

53

Rasulullah SAW yang kita telah imani kenabiannya dan kita amalkan sunnahnya dan syariat yang
telah di bawa oleh baginda Rasulullah SAW.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, sebagaimana yang difirmankan oleh
Allah SWT didalam Al Quran : Surah Ahzab (ayat 21),

‫لبَب كِ بْا بَ لب اك كم لِي بَ اَو لِ نلل َا كَ بوِر بح بسْبُر لل بم كن بْا بَ ّب كر اِو نلب بَا كليب كو بم ا كل لَ بر بَُب بْ بر نلب بْ لَي ررا‬

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi
orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak
menyebut Allah.

Mencontohi atau meniru merupakan kerja yang paling mudah, oleh sebab itu Allah
menurunkan ayat tersebut supaya kita boleh dan mudah mencontohi Rasulullah SAW. Kita
seharus bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya; sampai saat ini, sampai detik
ini tanpa kita sedari rupanya kita sudah berada disamping makam Rasulullah SAW. Berada
disamping Rasulullah SAW adalah menjadi impian semua orang yang beriman, akan tetapi
bukan semua dapat menjadi jemputan Allah SWT. Tetapi alhamdulillah kita semua telah
dijemput menjadi tetamuNya.

Ada dua penyebab utama kenapa Allah memerintahkan kita agar sentiasa bersyukur:

54

(1) (Lil Baqo’) iaitu agar nikmat yang sedia ada itu berkekalan abadi. Apabila kita
mensyukuri nikmat iman, InsyaAllah kita akan kekal dalam iman, apabila kita mensyukuri
nikmat Islam, harta benda dan ilmu, insyaAllah kita akan kekal dalam nikmat yang
diberikan.

(2) Yang kedua nya (La azidannakum) maka Allah tambahkan lagi nikmat kepada kamu.

 Pesanan Ringkas Ziarah Wida’

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, izinkan saya mengingatkan kepada
diri serta para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW berkenaan adab kepada
Rasulullah SAW apabila hendak meninggalkan Madinah, sama seperti kita melawat rumah
seseorang pasti kita datang memberi salam dan pulang memberi salam selamat tinggal.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, sila bersiap untuk mandi sunat ihram
dan memakai ihram. Sebelum itu ingin saya ingatkan, sebelum kita memakai ihram, kita akan
membuka pakaian kita ini, apakah niat kita ketika membuka pakain berjahit ini?

“Ya Allah Ya Tuhanku, aku telah membuka pakaian yang berjahit ini pakaian yang penuh
dengan dosa yang ada pada diriku. Selaras dengan kubuka pakaian ini tertanggal sekalilah

keegoanku, keangkuhan, kesombongan, pangkat, harta dan segalanya”.

55

Kemudian mandilah sunat ihram dengan berniat:

‫ّوَّ الَسِ للحرام َُْ ل َِالى‬

“Sahaja aku mandi sunat ihram karena Allah Ta'ala"

Kemudian pakailah kain ihram mengikut keselesaan masing-masing. Apakah azam kita
memakai kain ihram putih dua lembar ini?

“Ya Allah, telah aku lepaskan segala pakaian dosaku dan keegoaanku, kini aku memakai
pakaian ketaatanku Wahai Allah”.

InsyaAllah jika kita berazam begitu, Allah akan permudahkan jalan ketaatan kepada kita.
Setelah selesai semuanya kita berjumpa semula di lobi hotel pada jam ____ pg/ptg/mlm dan
______ pg/ptg/mlm kita bergerak menuju ke Bir Ali.

#Dalam bas
Assalammualaikum,
Doa Safar

‫بسم ا الرحمن الرحيم‬
‫ ا ََْر‬،‫ ا ََْر‬،‫ا ََْر‬
َ‫اَ كَ بحا بَ الن لَ كَ بَ نّ برلبْبا بََبا بَ بُا اْْنالبُا اُ كَ لرّل كي بن بَ لاّنآ اللبى بَببْبا لب ام كَْب لَِا كو ب‬

56

Insyaallah, para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, perjalanan ke Bir Ali akan
mengambil masa 15 minit. Pastikan jemaah lelaki tiada yang memakai kasut menutup jari, tidak
memakai seluar dalam, songkok, kopiah dan sebagainya. Setibanya kita di Bir Ali, kita akan
melaksanakan solat sunat Tahiyatul Masjid dan Sunat Ihram.
Lafaz niatnya:

‫َِْي َُْ اِحرام ََِْين ل َِالى‬

Maksudnya :Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Taala

Kemudian pastikan semua jemaah berniat ihram, samada di dalam masjid ataupun akan
bersama-sama mutawwif berniat di dalam bas. (Niat umrah terpulang kepada jemaah masing-
masing ada yang niat biasa ada perlu niat bersyarat terutama bagi perempuan yang uzur syar’ie,
ada yang niat umrah nazar, ada yang niat umrah qado.

Bagi wanita yang uzur syar’ie ada satu bacaan yang dapat mempercepatkan pengeringan
ataupun bagi takut datangnya uzur. Secara praktikal, ambillah sepotong kayu siwak, rebus
dalam air panas 3 jam, kemudian minum airnya serta berdoalah memohon pertolongan Allah.

-Rasulullah saw pernah berihram (berniat ihram) di miqat diatas untanya. Jadi tak menjadi
masalah jika mahu berniat didalam bas.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah yang dikasihi, sesiapa yang masih belum
berniat umrah boleh berniat bersama saya.

 Untuk Niat Umrah Fardhu:

57

‫ّب بو كّ اَ ا كلَا كم برِب بََب كح بر كُ اَ بل بُا ل بّل ِبَبالبى‬

Maksudnya : “Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.”

 Untuk Niat Umrah Badal:
Niat Umrah Badal (ganti) :

“Sahaja aku niat melakukan umrah gantian untuk si Fulan bin Fulan / si Fulanah Binti Fulan
dan berihram dengannya kerana Allah Taala”

Untuk Niat Umrah Nazar :

“Sahaja aku niat mengerjakan umrah nazar dan berihram dengannya kerana Allah Taala.”
Untuk Niat Bersyarat :

“Sahaja aku niat mengerjakan umrah dan berihram dengannya, sekiranya aku terhalang, oleh
sesuatu halangan maka aku jadi halallah dengannya.”

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah di hormati Allah sekelian, Kenapa kita
berihram? Apakah itu ihram? Ihram itu adalah permulaan bagi suatu ibadah. Jadi selepas kita
berihram maka dilarang untuk melakukan perkara-perkara terlarang semasa berihram. Selepas
kita malafazkan niat :

58

““Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.”

Maka bermulalah pantang larang 13 perkara tersebut.

Pantang larang semasa ihram itu adalah seperti berikut:

1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memakai songkok, serban
dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah naungan pokok
atau payung. Bersolat dibawah pohon, disini yang juga dipanggil Masjid Syajaroh.

2. Memakai pakaian bersarung samaada berjahit atau sebagainya bagi lelaki, seperti seluar,
baju, sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.

3. Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita.
4. Memakai sarung tangan.
5. Memakai bau-bauan samaada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau

menghisapnya ke dalam hidung.
6. Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.
7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan.
8. Mengerat atau memotong kuku kaki atau tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya.
9. Mengerat, menebang atau mencabut segala tumbuh-tumbuhan yang sedang hidup samaada
tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput, milik orang ataupun bukan.
10. Memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya, samaada dengan cara
membunuh, memukul, menjerat atau menangkap atau dengan apa cara yang menyakiti

59

binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram
hukumnya.
11. Bersetubuh atau berjima'.
12. Melakukan perkara-perkara pendahuluan untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman,
kerkucup-kucupan yang menaikkan nafsu syahwat.
13. Akad nikah samaada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.

 Tahallul

Tahallul itu adalah penghalalan bagi umrah dan haji, sama seperti solat, ihramnya bermula
dari Takbiratul Ihram maka larangan-larangan yang membatalkan solat mesti didipatuhi. Salam
kanan (salam pertama selepas selesai membaca tayiyyat akhir) merupakan tahalul bagi solat
tersebut. “lul” bermaksud keluar dari ihram haji atau umrah.

Tahalul terbahagi kepada dua, iaitu :
a) Tahalul Awal
b) Tahalul Thani

o Tahallul Awwal
Tahalul awal dilakukan setelah selesai jemaah haji melakukan 2 dari tiga perkara :

1. Melontar Jumrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah.

2. Bercukur

60

3. Tawaf

Seseorang yang telah selesai melakukan tahalul awal boleh melakukan perkara-perkara
yang dilarang ketika ihram kecuali berwali nikah, bercumbu-cumbuan dan bersetubuh.

o Tahallul Thani
Tahalul Thani ialah selepas jemaah haji melaksanakan kesemua 3 perkara yang telah

disebut di atas. Seseorang yang telah selesai bertahalul thani, boleh melakukan semua perkara
yang diharamkan semasa ihram.
Doa

،‫ ا اَْر‬،‫ ا اَْر‬،‫ا اَْر‬
ِ‫الِن اُ نم بَ لَ لُ ّبا لْيبِلي بليب لِ بَ ِبا كَِب كِ للي بل اك لبِ بش كَ بر لِ ّاو رَا ّب كو بم ا كل لَيبا بُ لُ بَا كَ لَ كر للي ُاّا لَي ّبا بَا لَ بَ ا كل بم كَ لَ بر ل‬

.‫آ لُي بن‬
‫ بَا كُ اَ بَ لْبي بل بُا بَ ليبَبُر بَا كَِب كَ دلي بل بُا‬.‫ا كل بح كم اِ ل نّل الن لَي َب بَى بَ لْبي ّا اس لكي آِل لْي لب اك لبِ بش كَ بر دِ بح بسْبُر‬
‫ الِن اُ نم ِ ل كَّلي ِلّ بماّرا بَّب لَيْرا بَِب كوِليَرا‬،‫بَ بَ بُِب بَا كَ لَ كر للي بَ لل كِ ام بح لِ لَي بن بَا كل امَب ل بّ لرّ بن بَ لل بِ لمي لَ ا كل ام كس لِ لمي بن‬
ُ‫ بَا كَ لَرلبْبا بَ للبباِلْبا بَ لأا نُ بُا لِْبا بَ لأب كِ بَ لِْبا بَ لأب كَ بَ لَّبا بَ بِْبى ا بَِبى بَ ليب لِّبا بُ بح نم لِ بَ بَِبى آ لل ل‬،‫بَ بَ بوّرا‬

.‫ آ لُي بن‬،‫بَ بْ كحَل لُ بَ بَِب بم‬

 Talbiah

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, hendaklah kita bertalbiah sebaik
sahaja selesai niat dan memperbanyakkannya dalam perjalanan ke Makkah Al-Mukarramah
menuju Baitullahil Haram. Talbiah merupakan passport dan visa kita melepasi imigresen Allah

61

SWT. Dimana sahaja kita berada, apa saja kita perbuat dalam hati mestilah berzikir dalam ibadah
umrah di galakkan bertalbiah. Talbiah membawa pengertian yang amat tinggi:

َ‫ لبَن كي بَ َب بش لر كّ بَ لب بَ لبَن كي ب‬،َ‫لبَن كي بَ الِن اُ نم لبَن كي ب‬
َ‫ِل نَ ا كل بح كم بِ بَال لْب كَ بمُب لب بَ بَا كل ام كِ بَ َب بش لر كّ بَ لب ب‬

#Perjalanan ke Makkah

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, sekarang kita akan bertolak ke
Tanah Haram Makkah Al Mukarramah. Perjalanan akan mengambil masa 15 minit, dalam
perjalanan nanti akan ditunjukkan tempat-tempat yang bersejarah.

Di sebelah kanan kita terdapat landasan keretapi yang telah dibina pada zaman Turki
Uthmaniah, landasan inilah yang menghubungkan Negara-negara Islam pada zaman tersebut.
Pada masa perang, pihak British telah memusnahkan landasan ini kerana mereka takut apabila
jalan ini telah disambungkan ke negeri China, India dan Syria, Islam akan masyhur dan sempurna
penyebarannya. Dengan kemusnahan landasan keretapi itu dan dengan kejatuhan Empayar
Turki Uthmaniah maka berpecahlah Umat Islam, yang hari ini kita lihat dengan kewujudan Arab
Saudi, Qatar, Bahrain, UAE dan lain-lain bukan lagi satu.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah disebelah kiri kita, sebuah istana yang
dinamakan ‘Qusuratul Urwah’ disitu pernah Saiditina Aisyah RA bersantap dijamu oleh Urwah
Ibn Zubair ra seorang sahabat yang sangat kaya masa itu.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW sebentar lagi kita akan tiba di Bir Ali.
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah kepada jemaah yang uzur boleh duduk di

62

dalam bas, yang lain bolehlah turun, ambil wuduk bagi tiada wuduk lagi, bersolat dan berniat
dimasjid. Kita ada masa ½ jam disini.

Apabila semuanya telah selesai masuk kedalam bas, pastikan tidak ada barang yang
tertinggal dalam masjid nanti.

Baiklah para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasul adakah semua sudah ada pastikan ahli
keluarga masing-masing telah ada. Bagi sesiapa yang belum berniat marilah kita bersama-sama
membaca niat Umrah kita.

 Niat Umrah Fardhu
 Niat Umrah Badal
 Niat Umrah Nazar
 Niat Umrah Bersyarat

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah, Bir Ali adalah tempat Miqot. Apa maksud
Miqat? Miqat ialah satu tempat permulaan untuk melaksanakan ibadah Umrah atau Ibadah Haji.
Miqat Bir Ali adalah mereka yang datang dari Madinah Al Munawarah. Wajib bermiqat umrah
ditempat tertentu yang telah ditentukan. Seperti yang dimaksudkan dalam hadith Rasulullah
SAW. Jika tawaf sunat, miqat ialah Hajarul Aswad dengan niat sahaja aku tawaf sunat 7 pusingan
kerana Allah Taala. Miqat untuk solat adalah semasa Takbiratul Ihram maka sahlah solat.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW marilah kita bersama-sama

bertalbiah dengan penuh khusyuk, tawadhuk, penuh keinsafan dan kesyahduan, inilah passport

dan visa kita, hayatilah:

63

Bacaan Talbiah

َ‫ لبَن كي بَ َب بش لر كّ بَ لب بَ لبَن كي ب‬،َ‫لبَن كي بَ الِن اُ نم لبَن كي ب‬
َ‫لِ نَ ا كل بح كم بِ بَال لْب كَ بمُب لب بَ بَا كل ام كِ بَ َب بش لر كّ بَ لب ب‬

3x Talbiah – Doa Ringkas

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, inilah perjalanan para sahabat,
orang-orang soleh yang mana mereka telah diseru oleh Allah SWT, moga-moga kita termasuk
dalam golongan yang dirahmati ini. Para Nabi, sahabat, orang-orang soleh juga melalui
perjalanan yang kita tempuhi ini. Bukit-bukit, padang pasir, batu batan menjadi saksi, hayatilah
perjalanan ini dengan khusyuk dengan sentiasa berzikir dan bertasbih.

3x Talbiah – Doa Ringkas
3x Talbiah – Doa Ringkas

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW kepada yang ingin berehat boleh
berehat, bagi yang bertalbiah, berzikir dan mengulang kaji buku umrah bolehlah berbuat
demikian secara aman perlahan ataupun dalam hati. InsyaAllah kita akan berhenti rehat di Wadi
Qudaik.
Assalamualaikum…..selamat berehat
#Rehat ………Wadi Qudaik

64

Hentian rehat wadi Qudaik

Para Tetamu Allah dan para Para Penziarah Rasulullah SAW, lebih kurang 10 km kita akan
tiba di perhentian Wadi Qudaik. Rasulullah SAW pernah berhenti Wadi Qudaik. Inilah sebabnya
kita singgah berehat disini. Semasa Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah Al Munawarah
bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar RA, Rasulullah singgah berehat disini dan melihat
terdapatnya satu penempatan atau rumah yang dimiliki oleh Ummu Ma’bad. Waktu itu
Rasulullah SAW amat dahaga bertemu Ummu Ma’bad,
“Ya Ummu Ma’bad, bolehlah kamu terima kami sebagai tetamu?”
Ummu Ma’bad, “Menerima tetamu adalah perkara yang wajib bagi kami orang Badwi. Akan
tetapi aku hanya mempunyai seekor kambing yang kering susunya.”
Rasulullah SAW, “Adakah kamu mengizinkan kami mengambil susunya?”
Ummu Ma’bad, “Jika aku izinkan padahal telah aku ketahui bahawa kambing itu sudah tiada
susunya, nanti aku dikira berbohong padamu”
Rasulullah SAW, “Aku tidak bertanya akan susunya ada atau tidak, tetapi aku minta izin untuk
ambil susunya. Bolehkah aku ambil susunya?”

65

Ummu Ma’bad, “Silakan.”
Rasulullah SAW menepuk kantung susu kambing tersebut dan memerah, melimpah-limpah susu
yang keluar.

Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA pun meminum susunya. Sehinggakan Ummu Ma’abad
dan keluarga dapat juga menikmati susu kambing miliknya itu. Ummu Ma’bad amat hairan
siapakah gerangan lelaki ini, terpegun dan kagum Ummu Ma’abad memperhatikan seluruh
susuk tubuh, keperibadian, wajahnya Rasulullah SAW. Kemudian suami Ummu Ma’bad pulang
dan bertanya kepada Ummu Ma’bad dari mana kau dapat susu ini? Ummu Ma’bad berkata
“Telah berlalu sebentar tadi seorang lelaki yang penuh barokah, hidungnya mancung ada
bonggolan sedikit ditengahnya, matanya bulat dan mata hitamnya sangat hitam dan mata
putihnya sangat putih, rambutnya ikal mayang, kulitnya agak kemerah-merahan, gignya jarang-
jarang, bila bercakap keluar air liurnya seperti bintang-bintang, bila dipandang wajahnya amat
manis sekali, itulah lelaki yang berlalu sebentar tadi.

Disingkatkan cerita, Ummu Ma’bad ziarah Madinah untuk mencari Rasulullah SAW. Dia
berjumpa Rasulullah SAW dan memeluk Islam. Riwayat paling sohih dari Ummu Ma’bad
berkaitan sifat dan cirri-ciri Rasulullah SAW. Inilah peristiwa yang berlaku di Wadi Qudaik
sebagaimana yang terdapat didalam hadis.

Semasa zaman Rasulullah SAW, baginda dijamu oleh Ummu Ma’bad, kini kita dijamu oleh
____________________

Nota semua Mutawwif

66

#Ingatkan semua jemaah makan satu talam 5 orang, tambah nasi percuma, tambah lauk
tanggung sendiri.

Bagi Jemaah tengok keadaan, kalau perlu jamak/jamak disitu

#Naik semula dalam bas.

Para Tetamu Allah dan para Para Penziarah Rasulullah SAW yang dikasihi – doa safar:

‫بسم ا الرحمن الرحيم‬
‫ ا ََْر‬،‫ ا ََْر‬،‫ا ََْر‬
َ‫اَ كَ بحا بَ الن لَ كَ بَ نّ برلبْبا بََبا بَ بُا اْْنالبُا اُ كَ لر لّ كي بن بَ لاّنآ لالبى بَببْبا لب ام كَْب لَِا كو ب‬

#Mukadimah

Alhamdulillah kita telah menjamu selera dan meneruskan perjalanan menuju Tanah Haram
Makkah. Kota Makkah ini tidak sama denagn kota-kota lain di dunia. Kota Makkah mempunyai
undang-undangnya sendiri, terdapat satu ayat yang diamalkan di Makkah tapi tidak diamalkan
di kota lain. Ayatnya ialah: Surah Al Hajj (ayat 25) :

ُ‫ِل نَ الن لَّ بن بَْب ارَا بَّب اّ دَِ بَ بَ كن بَ لَي لِ نلل بَا كل بم كس لِ لِ ا كل بح برا لم الن لَي بَِب كِْباُا للِْنا لِ بَ بوا رِ ا كلَبا لْ اِ لِي ل‬
﴾25:22 ّ‫بَا كلَبا لَ ۚ بَ بُ كن ّا لر كَ ِلي لُ لب لِ كل بحا دَ لب اْ كِ دم ّا لَ كَُا لُ كن بََبا دِ َب للي دم ﴿َوَِ الح‬

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi manusia dari jalan
Allah dan Masjidil Haram yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang

67

bermukim di situ maupun di padang pasir dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan
kejahatan secara zhalim, niscaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian siksa yang pedih.”

Rasulullah SAW ketika hendak meninggalkan Kota Makkah berhijrah ke kota Madinah Al
Munawarah, Rasulullah berdiri di satu bukit dan bersabda:

“Wahai kota Makkah, sesungguhnya engkau adalah sebuah negeri yang paling dicintai oleh
Allah dan dicintai oleh rasulnya, kalau bukan kerana aku diperintahkan untuk keluar dari kota
Makkah (oleh orang kafir quraisy) aku tidak akan keluar dari kota Makkah (kerana Rasulullah

SAW dizalimi) wahai Makkah”

Mendengarkan kata-kata Rasulullah SAW ini, bukit itu pun menangis akan penghijrahan
Rasulullah ke Madinah Al-Munawarah seperti dalam hadis Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan
Allah (agama Islam) dan dari memasuki Masjidil Haram (Mekah) yang Kami jadikan ia tempat
beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) samada yang tinggal menetap di situ
atau yang datang berziarah dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan

yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi
sakitnya.”

68

Sesiapa yang tergerak didalam hatinya untuk berbuat sesuatu yang dilarang Allah, yang
dimaksudkan dengan hasrat ialah sesuatu yang dilarang Allah dan Rasulullah SAW.

Yang dimaksudkan dengan zalim, contohnya mengejek makanan, makanan apa ini?
Makanan kucing? Lalu dicampak makanan itu. Ini makanan kucing, kucing pun tak makan. Ini
termasuk zalim. Kalau di Kuala Lumpur kita berniat dari rumah nak tipu si fulan, bertemu si fulan,
tak jadi tipu, akan diberikan satu pahala. Contohnya nak mencuri sampai ditempat mencuri,
tetapi dibatalkan niatnya, diberikan satu pahala.

Akan tetapi di Makkah Al-Mukaramah ini sebelum berniat, baru tercetus hajatnya sebelum
berniat, kalau berniat itu sudah buat iaitu nak buat sesuatu yang sudah dipastikan.

Iradah – tergerak saja untuk berbuat jahat sudah diberikan dosa. Apabila datang penyakit
ini kepada kita, tergerak hati untuk marah, untuk benci, untuk complain, nak marah isteri anak,
maka beristighfarlah segera. Inilah ubatnya, mohon ampun kepada Allah SWT.

Antara para sahabat, mereka yang sengaja keluar dari Tanah Haram ke Tanah Halal untuk
membuang air sahaja seperti Abdullah Ibn Umar RA yang pergi ke Tanaim untuk membuang air,
cuba kita bayangkan betapa besar pengorbanan sahabat dan para Salaful Soleh, apabila hendak
marah anak-anak/isteri mereka, mereka akan melakukan di Tanah Halal, mereka tidak mahu
marah di Tanah Haram kerana 1 kali perbuatan di Tanah Haram akan digandakan 100,000 kali
perbuatan, kalau 1 kali marah seperti 100,000 kali marah, itulah gambarannya.

69

Kita akan berada di Kota Makkah 9/10 hari sahaja, jikalau tidak dapat menjaga kesucian
dan kehormatan di Kota Makkah, alangkah ruginya masa kita semasa berada di Tanah Haram
kota Makkah ini.

Disempadan Tanah Haram Makkah, seluruh sempadan Tanah Haram, berdirinya Malaikat
untuk menunggu dan menyambut kedatangan para Tetamu Allah.
Apabila kita datang dari jauh dengan bertalbiah:

َ‫ لبَن كي بَ َب بش لر كّ بَ لب بَ لبَن كي ب‬،َ‫لبَن كي بَ الِن اُ نم لبَن كي ب‬
َ‫ِل نَ ا كل بح كم بِ بَالْلب كَ بمُب لب بَ بَا كل ام كِ بَ َب بش لر كّ بَ لب ب‬

‫ا‬Jika kita datang bukan kerana Allah maka malaikat A.S akan menjawab:

َ‫َب لبَن كي بَ بََب بَ كَ بِ كّ بَ بِا اَ بَ بح برا رم بَّبَبَبِا بَ بح برا رم بَ بح دِ بَ بَ كي بر بُاك اِ كَ د‬

Maksudnya : Malaikat yang ada di langit akan menjawab, 'La Laibbaika wa La Sa'daik',
janganlah engkau merasa senang, Allah tidak menerima ibadah hajimu(umrahmu), karena
bekalmu haram, wangmu naik hajimu(umrahmu) haram, dan hajimu(umrahmu) dikotori

dengan perbuatan dosa sehingga tidak diberi pahala".

Inilah jawapan kepada yang datang dari jauh tidak memelihara dan membetulkan niat
semata-mata kerana Allah Taala. Demikian juga sabda Rasulullah SAW dalam hadits yang
diriwayatkan Imam Thabrani dalam kitab al-Ausath:

70

ُ‫بَ كن اببلي اَ بر كّ برِب َبا بِ َبا بِ بَ اَ كو اِ ال بِْ نى اا بَِب كي لُ بَ بَِن بم لاُبا بَ بر بْ ال نر اِ اِ بحا نِا لبْبَبَب دُ بْيلبَب د‬
ِ‫بَ بَ بَ بَ لَ كِِبُا ِل كي الَب بر لِ ِبْبا بََ لبَن كي بَ الِن اُ نم لبَن كي بَ ّبا بَاُا اُْبا دَ لُ بن ال نس بما لِ لبَن كي بَ بَ بَ كَ بِ كّ بَ بِا بَ بَ بحَب ر‬
ِ‫بَ بَا لحِبِا بَ بحَب رِ بَ بح دِ بَ بُ كَ ار كَ رَ بَ كي ار بَُك اِ كَ دَ بَالُبا بَ بر بْ بلالْنَبَب لُ اكل بَّل كيَب لُ ِب بو بَ بَ لَ كِِبُب ِل كي الَب بر ل‬

‫ِبْبا بََ لبَن كي بَ ّبا بَا اُ اُْبا دَ لُ بن ال نس بما لِ َب لبَن كي بَ بََب بَ كَ بِ كّ بَ بِا اَ بَ بح برا رم بَّبَبَبِا بَ بح برا رم بَ بح دِ بَ بَ كي بر‬
)‫بَُك اِ كَ دَ (ََاُ الَْراّى‬

Ertinya: "Jika seseorang melaksanakan ibadah haji dengan bekal yang halal dan bersih maka
ketika ia menginjakkan kakinya di atas kendaraan dan membaca talbiyah 'Labbaikallahumma

labbaik' (Ya Allah aku dating memenuhi panggilan-Mu ), Malaikatyang ada di langit akan
menjawab, 'Laibbaika wa Sa'daik', berbahagialah Allah menerima ibadah hajimu, karena
bekalmu halal, ongkos naik hajimu halal, dan hajimu mabrur, tidak dikotori dengan dosa.
Sebaliknya jika seseorang melaksanakan ibadah haji dengan bekal yang haram dan kotor,

maka ketika ia menginjakkan kakinya diatas kendaraan dan membaca talbiyah
'Labbaikallahumma labbaik' (Ya Allah aku datang memenuhi panggilan-Mu), Malaikat yang
ada di langit akan menjawab, 'La Laibbaika wa La Sa'daik', janganlah engkau merasa senang,
Allah tidak menerima ibadah hajimu, karena bekalmu haram, ongkos naik hajimu haram, dan

hajimu dikotori dengan perbuatan dosa sehingga tidak diberi pahala".

Inilah jawapan kepada yang datang dari jauh tidak memelihara dan membetulkan niat semata-
mata kerana Allah Taala.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, diantara kelebihan Talbiyah ialah:

71

‫بَ كن بَ كُ لِ كب لن بَ كَ دِ ال نسا لَ لِ بيل بَ كن بَ اَو لِ نلل بِْنى نلا بَِب كي لُ بَ بَِن بم َبا بِ بُا لُ كن اُِب ب دُ ّاِب لَبي لِ نَ لبَنى‬
‫بُا بَ كْيب لمي لْ لُ بَ لش بما لل لُ لُ كن بح بِ در َب كَ بش بِ در َب كَ بُ بِ دَ بحِنى ِب كَْب لْ بَ ا كأب كَ اَ لُ كن بَا اَْبا بَ بَا اَْبا‬

“Dari Sahl bin Sa'ad As Sa'idi dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda:
"Tidaklah seseorang yang mengucapkan talbiyah kecuali akan dijawab oleh apa saja yang ada

di sebelah kanan dan sebelah kirinya. (Baik)
oleh batu atau pohon atau tanah yang keras, sehingga terbelahlah bumi dari sebelah sini dan

sebelah sini." (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah oleh itu berhati-hatilah sentiasa
mengawasi dan memelihara, memperbetulkan niat kita kerana Allah SWT (keikhlasan niat) Allah
berfirman dalam surah Al-Bayyinah (ayat 5):

‫بَ بُا َا لُ ارَا لِ نَ لليب كََا اَِا نلب اُ كّ لِ لّي بن لبُا ال لبِّ بن احْبَبا بِ بَّا لَي اموا ال نّ بَِب بَّا كِْاوا ال نَ بْاِب‬
ُ‫ۚ بَ هُب لل بَ لَّ ان ا كلَبيلب بم ل‬

“Tidaklah kamu diperintah selain daripada untuk menyembah Allah dengan ikhlas.”

Yang dimaksudkan dengan ikhlas itu ialah jika kita beramal kerana mengharapkan syurga
Allah, maka itu belum betul-betul ikhlas kerana Allah. Jika kita menunaikan umrah semata-mata
inginkan syurga, jadi mereka impikan syurga bukan kerana Allah SWT.

Orang yang beramal dan beribadat hanya impikan syurga atau takut neraka Allah, mereka
belum lagi betui-betul ikhlas kerana Allah SWT, jadi yang dikatakan ikhlas itu hanyalah
beribadah dan ikhlas kerana Allah SWT sahaja.

72

Apa yang perlu dilakukan? Hanyalah redha kepada Allah SWT, hati, jasad, jiwa semuanya
hanya Allah SWT, cukuplah bagi kita Allah SWT, bersyukurlah Allah jadikan kita sebagai orang
Islam, berikan kita iman berikan kita segala nikmat didunia ini.

Setiap gerak langkah kaki kita setiap hembusan nafas kita, setiap degupan jantung kita,
setiap fikiran dan emosi kita hendaklah semua berpusat kepada Allah SWT. Dalam beribdah
yang pertama hendaklah ikhlas, yang kedua siddiq (benar) bermakna hendaklah kita beribdah
dengan sempurna dan betul.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SWT, sebentar lagi kita akan sampai
disempadan Tanah haram Makkah, disitu para malaikat sedang menunggu dan menyambut
kedatangan kita, marilah kita beristighfar:

ُ‫اب كَِب كَ لَ ار ب بلب ا كلَب لْ كي بم الن لَي بَ ِللبُب لَِن اَ بو ال بح ني ا كلَبيد كو بم بََبِاو اِ ِللب كي ل‬

“Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain
daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat
kepadaNya.”

#Dengan perlahan dan dengan terjemahannya sekali.

َ‫لبَن كي بَ الِن اُ نم لبَن كي ب‬

HambaMu datang menyahut panggilanMu,

َ‫لبَن كي بَ َب بش لر كّ بَ لب بَ لبَن كي ب‬

73

HambaMu datang menyahut panggilanMu,
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu, hambaMu datang menyahut panggilanMu

َ‫ِل نَ ا كل بح كم بِ بَال لْب كَ بمُب لب بَ بَا كل ام كِ بَ َب بش لر كّ بَ لب ب‬

Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah KepunyaanMu tidak ada
sekutu bagiMu.”

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, marilah kita bersama-sama
membaca doa masuk ke Tanah Haram Makkah:

ِ‫ لَِكِا بَ لُ كن لب بَ دَ بب لَي بِ د‬،َ‫ بَا كلَب كَ بِ بَ كَ اِ ب‬، َ‫ بَاكأب كُ بن َب بُْا ب‬،َ‫ بَا كلَبِب بِ ببِب اِ ب‬،َ‫ابلِل اُ نم ِل نَ هََبا ا كل بح بر بم بح بر اُ ب‬
َ‫ َب ك‬،َ‫ ا كل ام كِ لَ لَي بن لُ كن بََبابد ب‬،َ‫ َب كََبلا بَ بُ كسَبلبُب ا كل ام كَ بْ لر كّ بن ِللب كي ب‬،ُ‫ بََب كَ بما دِ بَ ليبَب د‬،ِ‫بلَاّا كو دِ بْ لَي بر د‬
‫ بِْن لُ الْن لَ كي لم‬،َ‫ِب كسِب كَ لَِبْي بل بم كح لض بَ كَ لو بَ بََب كَ ِا كِ لَِبْد كي ِب لس كي بَ بِْن لِ ب‬

Maksudnya: Ya Allah sesungguhnya Tanah Haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada di
dalamnya dan hamba yang ada padanya semuanya kepunyaanMu, hambaMu ini telah datang

menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan
amalan-amalan yang buruk, daku pohonkan kepadaMu sebagai permohonan orang yang
sangat berhajat kepadaMu dan takut kepada azabMu supaya Engkau terima daku dengan
limpahan kemaafanMu dan masukkanlah daku ke dalam kawasan syurgaMu, Jannatun Naim,

َ‫ ِب بح لبر كم لب كح لم كي بَ بَ لُ كي بََْمي بَِبى الْنا ل‬،َ‫ابلِل اُ نم ِل نَ هََبا بح بر اُ بَ َحرم ََول‬

“Ya Allah sesungguhnya ini adalah Tanah HaramMu maka haramkanlah dagingku, darahku
dan tulangku dari api neraka.”
74

َ‫ َب ك‬،‫ابلِل اُ نم آ لُ لْبي لُ كن بََبابل بَ ّب كو بم ِب كََب اث لََبا بَ بَ َب كََبلا بَ بلَبّن بَ َب كّ بَ َلا بَ ِللبُب لِ نَ َب كّ بَ ال نر كح بم ان ال نر لح كي ام‬
‫ِا بّ لِب بى بَِا بس لِب بم بَِبى بَيلب لِّبا اُ بح نم اِ بَ بَِبى آ لل لُ ِب كس لِ كي رما َببب رِا‬

“Ya Allah amankan daku dari azab Engkau di hari Engkau membangkitkan hamba Engkau.
Aku memohon dengan Engkau kerana Engkaulah Allah yang tiada tuhan melainkan Engkau
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kerana Engkau berselawat dan mengucapkan

selamat sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga
baginda sebanyak-banyak, selama-lamanya.”

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, pandanglah disana bukit-bukit yang
ada dikota Makkah ini seolah-olah bersujud ke Masjidil Haram, bahkan semua lembah seolah-
olah menuju ke Baitullahil Haram. InsyaAllah hotel kita di Makkah ialah Hotel……… Apabila
sampai nanti pastikan tidak ada barang-barang yang tertinggal didalam bas ini. Beg akan
diuruskan oleh kakitangan hotel dan tunggu dilobi untuk dapatkan kunci bilik.

Salam………

Selamat datang ke Hotel ………………Insyaalah kita akan menginap disini selama 9/10 malam.
Ambillah rebutlah peluang untuk beribadah dan beriktikaf di Masjidil Haram. Sudah sampai
dibilik peliharalah diri dan keluarga daripada 13 Larangan ihram.

Sesudah dapat kunci naik berehat, kita akan berkumpul semula dilobi selepas 1 jam untuk
meneruskan ibadah umrah kita. Selepas selesai segalanya hari ini dan hari esok kita akan

75

berehat. Notis dan pengumuman waktu ziarah hari ketiga nanti akan ditampal ditepi lif dan
dewan makan.

#Selepas 1 jam, menuju ke Baitullah.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, kita sedang menuju Masjidil Haram
menuju tempat ibadat yang pertama dibangunkan dimuka bumi. Allah berfirman Surah Ali
Imran (ayat 96) :

‫ِل نَ َب نَ ِب ببيك دَ اَ لَ بَ للِْنا لِ لبِن لَ ي بلَبكنُب اُ َبا بَ ْرا بَ َاِرَ للِكَبالب لم ي بن‬

“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah
Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua
manusia.”

 Keberkatan Kaabah Masjidil Haram
76

Assalamualaikum, Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Allah SWT
mengatakan Kaabah adalah rumah yang dibarkahi, apabila kita melekat atau bercantum di
Kaabah, itu bukan perkara yang khurafat, akan tetapi kita peluk, cium kaabah kerana sayang.
Samalah dengan Rasulullah SAW dimana baginda melekapkan tubuh tangan kiri pada Hajarul
Aswad, tangan kanan pada kaabah. Ini semua kerana sayang dan cinta pada kaabah. Apabila kita
melekap pada kaabah seolah-olah kita bersembunyi daripada dosa-dosa dan kesalahannya, agar
Allah menghapuskan dosa. Kita memohon dan minta kepada Allah. Pandanglah kaabah itu
dengan pandangan cinta dan kasih sayang. Dalam tempoh ihram ini jangan pula kita pergi peluk
cium kaabah nanti kena bayar dam pula. Hadith Sohih Muslim:

) َ‫َِاِ ََوِ ا ( ََ ََِِ ا ََّْ ِراُ َِِ لم ِكن ِراُ ُِِّ ّرا‬

“Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihatnya, maka jika tidak dapat melihatnya, maka
sesungguhnya dia melihat kamu.”

Ihsan itu ialah Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihatNya (musyahadah), jika kamu
tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu (muraqabah) Allah dan Rasulullah SAW cinta
yang agung hanya padaNya….. Kita curahkan seseorang itu akan menjadi hamba kepada yang
dicintai.

CHECKPOINT 6

#Ziarah Luar Kota Makkah.

77

Basmalah – Mukadimah-Assalamualaikum
Para Tetamu Allah yang dirahmati sekalian, kita akan melanjutkan aktiviti kita pada hari ini

dengan membuat lawatan/ziarah Kota Makkah Al-Mukarramah. Menziarahi tempat-tempat
bersejarah ini sebahagian besar merupakan tempat-tempat yang pernah dikunjungi oleh
Rasulullah SAW. InsyaAllah dengan menziarahi tempat-tempat yang pernah dikunjungi oleh
Rasulullah SAW akan bertambahlah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW dan juga iman kita
kepada Allah SWT. Sebelum bertolak lebih jauh lagi, mari kita membaca doa musafir dan kita
baca bersama-sama:

‫بسم ا الرحمن الرحيم‬
‫ ا ََْر‬،‫ ا ََْر‬،‫ا ََْر‬
َ‫اَ كَ بحا بَ الن لَ كَ بَ نّ برلبْبا بََبا بَ بُا اْْنالبُا اُ كَ لرّل كي بن بَالّنآ اللبى بَببْبا لب ام كَْب لَِا كو ب‬

Para Tetamu Allah, kita akan menziarahi Jabar Thsur, kemudian ke Padang Arafah,
Mudzalifah, Mina , Jaaranah, Jabal Nur dan juga Permakaman Ma’ala.

 Jabal Thur

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, apabila Rasulullah SAW berjalan
kaki di Kota Makkah, seluruh tumbuh-tumbuhan dan batu-batu memberi salam kepada baginda
“Assalamualaikum Ya Rasulullah” begitu juga dengan haiwan-haiwan memberikan salam kepada
baginda. Banyak perkara yang terjadi diluar batas pemikiran manusia, maka Rasulullah SAW
mengambil jalan suka menyendiri/berkhalwat digua. Hal ini terjadi sebelum perlantikkan Nabi

78

Muhammad SAW menjadi Rasul. Semasa Rasulullah SAW berkhalwat di Gua Hira’ maka turunlah
wahyu yang pertama, Surah Al Alaq (ayat 1-19):

‫﴾ ا ّا ِِي‬3﴿ َ‫ا يأ لِ يَ ل‬ َ‫﴾ ا وَ ي لَْ يُيربّ ي‬2﴿ ٍ‫يَ ََ م‬ ْ‫يْ ََ يٍ ا ِإن يْظ يّ ُِ و‬ ﴾1﴿ ٍ‫ا وَ ي لَْ ِِظ وْ ٍِ يربّ يَ ا ّا ِِي يْ ََ ي‬
َ‫﴾ِل ن‬7﴿ ‫نَآ اُ ا كَِب كَْبى‬ َ‫﴾ َب‬6﴿‫ا لِّ بسا بَ لبيب كَْبى‬ َ‫﴾ بَْن لِ ن‬5﴿‫لب كم ّب كَِب كم‬ ‫﴾ بَِن بم ا لِّ بسا بَ بُا‬4﴿ ٍِ ََ َ‫يَ َّ يٍ ِِظ لا ي‬

﴾11﴿َِ‫﴾ َب بََب كّ بَ لَِ بْا بَ بَِبى ا كل اُ ب‬10﴿‫﴾ بَ كَ رِا لُِبا بِْنى‬9﴿‫﴾ َب بََب كّ بَ الن لَي ّب كْ بُى‬8﴿‫ِللبى بَ لبب بَ ال در كَِبى‬

ُ‫﴾ بَْن لبَلن لن كم ّبِْب ل‬14﴿َ‫﴾ َبلب كم ّب كَِب كم لبَب نَ نلب ّب بر‬13﴿ ‫﴾ َب بََب كّ بَ ِلَ بَْن بِ بَِب بولنى‬12﴿َ‫َب كَ َب بُ بر لبالِن كَ بو‬
﴾18﴿َ‫﴾ يْ يَ وِ لُ اا نّيّظ ًِ يي ي‬17﴿‫﴾ يَ لَ يي وِ لُ يًظ َِ ييه‬16﴿ َ‫﴾ يًظ ِِ يي مَ ََظ ِِ يِ مَ يْظ ِِ يَ م‬15﴿ ُ‫لبْب كسَبَرا لبالْنا لْيب ل‬

﴾19﴿ ْ‫ََ نا ل لُ ِِ وُ له يُا وْ لُ وِ يُا وَ ري تِ و‬

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Apabila ayat ini turun, Rasulullah
SAW amat gementar dan takut kerana Jibril AS menunjukkkan jasadnya yang sebenar. Rasulullah
SAW turun dan sampai dirumah terus masuk ke bilik dan meminta diselimutkan “zambiluni,
zambiluni” “selimutkan aku, selimutkan aku”. Siti Khadijah isteri Rasulullah SAW sentiasa disisi
dan menenangkan Rasulullah. Itulah hikmahnya Rasulullah berkahwin dengan Siti Khadijah yang
lebih tua telah membimbing Rasulullah dengan sifatnya keibuan yang matang dan tenang.

Rasulullah menerima wahyu dan amanah Allah dan menyampaikan kepada orang-orang

Makkah dan menghadapi tekanan-tekanan yang hebat. Bahkan mereka berpakat untuk

membunuh Rasulullah, tetapi Rasulullah sentiasa dilindungi Allah. Manusia mampu merancang

tetapi hanya Allah yang menentukan . Sebaik-baik perancangan manusia, baik lagi perancangan

Allah:

79

ِ‫َوَِ اأَّا‬
‫بَ لِ كُ ّب كم اك ار بل بَ الن لَّ بن بَْب ارَا للياَكَلِاو بَ َب كَ ّب كَِاِاو بَ َب كَ ّا كّ لر اِو بَ بَّب كم اك ارَ بَ بَّب كم اك ار نلا بَ نلا بَ كي ار‬

﴾30﴿ ‫ا كل بما لْ لرّ بن‬

“Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu
untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka
memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas

tipu daya.”

Semasa kafir Quraisy membuat perancangan untuk membunuh Rasulullah SAW, Allah
menurunkan perintah melalui Jibril memerintahkan supaya Rasulullah SAW berhijrah
“Ya Muhammad, telah diizinkan untuk mu berhijrah.”
Kemudian Rasulullah saw keluar dari rumahnya walaupun ketika itu rumahnya sudah dikepong
oleh pemuda kafir Quraisy. Rasulullah membacakan Surah Yaasin (ayat 9):

َ‫بَ بَِب كِْبا لُ كن بب كي لن َب كّ لِّ لُ كم بَ دِا بَ لُ كن بَ كِ لَ لُ كم بَ دِا ِبَب كَ بِ كيْبا اَ كم ِب اُ كم بَ ّا كَ لّ ارَ ب‬

“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan
Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”

Pemuda-pemuda kafir Quraisy tertidur dan ini memberi peluang pada Rasulullah untuk
melepaskan diri menuju ke rumah Saidina Abu Bakar RA. Pintu diketuk Abu Bakar bertanya:
“Kenapa Ya Rasulullah, bukankah kebiasaan mu datang pada waktu ini, Rasulullah menjawab:

80

“Ya Abu Bakar, telah diizinkan berhijrah”. Abu Bakar bertanya: “Apakah aku yang akan menyertai
perjalanan ini Ya Rasulullah?”
Rasulullah menjawab: “Memang betul, engkaulah yang akan menyertai perjalalanan ini wahai
Abu Bakar” Mendengar jawapan Rasulullah ini Abu Bakar menangis bukan kerana sedih tetapi
kerana terlalu gembira sehinggakan Saidina Aisyah ra menyatakan sedemikian rupa kerana
gembira.

Rasulullah SAW dan Abu bakar berhijrah dari rumah Abu Bakar. Kalau hendak tahu rumah
Abu Bakar, ia terletak di tapak zam-zam tapak hotel Hilton kini, dahulu tapak rumah Uthman bin
Affan, Hotel Dar Al-Tawhid dahulunya tapak rumah Umar Al Khattab RA.

Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA menuju ke Madinah di saat tiba di sempadan Tanah
Haram, Jibril AS memberitahu Rasulullah supaya jangan terus tetapi hendaklah berpatah balik
kerana orang-orang kafir Quraisy telah menunggu di sempadan. Rasulullah dan Abu Bakar
bersembunyi di Jabal Thsur bukit yang akan kita ziarahi ini. Thsur maknanya “Kepala Unta
betina”, memang benar bukit ini jika dilihat dari jauh sama seperti kepala unta betina.

81

Gua Thur

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, dalam gua bukit Thsur inilah,
Rasulullah dan Abu Bakar bersembunyi dimana terjadi nya 3 peristiwa bersejarah. Pertama:
bantuan labah-labah yang membuat sarang di pintu gua, kedua: tumbuhnya pohon kayu dan
ketiga: bersarangnya burung merpati dipintu gua tersebut. Semuanya berlaku di masa itu juga.
Allah tidak mengutuskan malaikat untuk melindungi Nabi ketika itu, Allah tidak mengutuskan
tenteranya yang kuat untuk menjaga Nabi tetapi Allah mengutuskan tentera yang paling lemah.

Jika kita lihat sarang labah-labah ditiup angin saja mampu rosak. Dari tentera Allah tersebut
kafir Quraisy berfikiran tak mungkin Muhammad berada di dalam gua tersebut, jika Muhammad
bersembunyi di dalam gua pasti rosak sarang labah-labah, pasti patah kayu ini pasti terbang
burung merpati ini. Akhirnya pemburu kafir Quraisy yang barada di luar gua yang mana tersebut

82

itu dibawah kaki mereka. Bercadang untuk membaling batu kedalam gua. Jika batu itu terkena
tanah atau batu pasti hasilkan bunyi batu berlaga dan jika batu itu senyap saja pasti ada orang
didalam.

Mendengarkan itu Abu Bakar menjadi bimbang dan berbisik kepada Rasulullah: “Ya
Rasulullah jika kita memandang kemuka mereka, mereka pasti akan nampak kita.” Diriwayatkan
daripada Anas ra bahawa Abu Bakar menceritakan (m/s 204 Dr Basit)
Rasulullah juga berkata:

‫َ ِحََ َِ ا َُْا‬

Maksudnya: “Jangan bimbang dan jangan bersedih.”

Abu Bakar menjadi tenang. Pemburu kafir Quraisy membaling batu kedalam lalu terkena
gigi Abu Bakar dan bunyinya seperti terkena batu. Maka selamatlah Rasulullah dan Abu Bakar.
Setelah tiga hari bersembunyi Rasulullah dan Abu Bakar berhijrah ke Madinah pada malam Isnin.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah saw, Rasul SAW meninggalkan Kota
Makkah hanya kerana iman. Rasul SAW berhijrah untuk mencari kedamaian.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, inilah Jabal Tsur, ada satu lagi
peristiwa yang berlaku disini ketika Rasul SAW dan sahabatnya Abu Bakar bersembunyi di dalam
gua ini, salah satu daripada lubang di dalam gua telah ditutup oleh Abu Bakar dengan kakinya.
Rasul SAW masuk ke dalam gua dan terlena di atas pangkuan Abu Bakar disebabkan kerana
terlalu letih. Rasul SAW tersedar kerana air mata yang mengalir sehingga menitis di pipi Rasul

83

SAW. kemudian Rasul SAW bangun dan bertanya “wahai Abu Bakar mengapa kamu menangis?”
Abu bakar menjawab beliau menangis kerana kakinya telah disengat oleh kala jengking di dalam
lubang yang ditutup dengan kakinya. Kemudian Rasul SAW mengambil air liur dari lelangitnya
dan dibacakan doa sambil disapukan pada tempat yang disengat pada kaki Abu Bakar.

Doa penawarnya adalah :

: )‫ بََُِْ َكَا (ََََ ََياَ َََاُِ باأََ ثم ََُِا‬،‫َاِ الَْي ِْى ا َِيُ ََِم‬
.‫" ََاُ ُسِم‬.‫ بَُِ َبْا‬،‫ ليَِى بُ ََيمْا‬،‫ برَُّ بََْا‬،‫ ِربُ َََْا‬، ‫"باَم ا‬

Maknanya: “Inilah kebesaran Allah SWT dengan apa sahaja boleh menjadi penawar hanya
dengan izinNya.”

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah, diberi masa 5 minit untuk bergambar,
kemudian Insya’Allah kita akan meneruskan perjalanan ke padang Arafah.

 Padang Arafah :

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Arafah boleh juga disebut Arafat
dalam bentuk plural. Arafah diambil dari kata ‘arafa ya’rifu artinya mengenal atau mengetahui.
Dinamakan Arafah kerana di tempat itu manusia saling mengenali antara satu sama lain. Ada
juga yang meriwayatkan bahawa Jibril AS datang kepada Nabi Ibrahim AS mengenalkan
kepadanya tempat tempat ibadah. Lalu Jibril bekata kepadanya, “Apakah kamu telah
mengenalnya?”. Ibrahim AS menjawab, “Ya aku telah mengenalnya”. Ada lagi riwayat yang

84

mengatakan bahwa nabi Adam as dan siti Hawa dikenalkan atau dipertemukan kembali di
Arafah setelah penurunan mereka dari syurga dan berpisah selama 200 tahun. Peristiwa yang
mengharukan berupa pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa di Arafah ini dijadikan tempat
pertemuan umat manusia setiap tahun.

Arafah di sebut dalam Al-Quran dalam bentuk plural “Arafat” sebagaimana tertera dalam
surah Al-Baqarah (ayat 198),

ۖ ‫ِبِلُبا َبِب كَ ِا كم لُ كن َب بر ِبا دِ ِباُكْا ار َا نل ب لَ ْكِب الك بم كِ َب لر الك بح بر ا لم‬

“Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafat, berzikirlah kepada Allah di Masy`arilharam.”

Padang Arafah
85

Arafah berjarak sekitar 25 km dari kota Makkah dan merupakan padang pasir yang amat
luas dan dibahagian belakang dikelilingi bukit-bukit batu yang membentuk setengah lingkaran.
Sekarang ini Arafah sudah subur ditanami dengan pohon-pohon.

Di Arafah Nabi SAW pernah bersabda: “Aku wukuf disini dan arafah seluruhnya tempat
untuk melaksanakan wukuf”. Arafah merupakan Masy’aril haram atau tempat syiar suci, tetapi
Arafah sendiri tidak termasuk tanah haram atau tanah suci seperti Makkah. Rasulullah SAW
bersabda: “Haji itu ialah di Arafah dan setiap bahagian tanah Arafah ialah sah untuk wukuf”.

Arafah merupakan tempat yang sangat penting dalam perjalanan ibadah Haji. Disanalah
para jemaah haji berkumpul untuk melaksanakan wukuf pada tanggal 9 Dzulhijjah dari
tergelincirnya matahari sampai terbenamnya dan solat zuhur dan Asar dijamakkan atau
disatukan dengan satu azan dan 2 kali iqamat. Wukuf merupakan salah satu rukun haji, tanpa
melaksanakan wukuf di Arafah hajinya tidak sah.

Sayyid Dr. Muhammad bin Alwi Al-Maliki menerangkan dalam kitabnya “Labaikallah
Humma Labbaik” bahwa Wukuf dalam bahasa Arab ertinya berdiam diri. Wukuf di Arafah adalah
berada atau berdiam diri di Arafah dengan berpakaian ihram serba putih. Pada saat wukuf
disarankan untuk memperbanyakkan berdoa sambil menghadap kiblat dan mengangkat kedua
tangan. Juga memperbanyakkan bertaubat memohon keampunan kepada Allah. Saat wukuf di
Arafah adalah saat ijabah, saat manusia dianjurkan untuk memperbanyakkan berdoa, memohon
ampun dan bertaubat, dan jangan sekali-kali sampai melakukan sesuatu yang buruk baik dalam
perkataan atau perbuatan atau melakukan perbuatan yang tidak pantas atau tidak sesuai

86

dengan kesucian ibadah saat berdiam diri di Arafat. Allah berfirman mengenai Arafah: (Surah Al-
Baqarah, ayat 198):

“Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy`arilharam.”

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Arafah mengingatkan kita kepada
Padang Mahsyar disaat manusia dibangkitkan kembali dari kematian oleh Allah dan wukuf di
hadapanNya. Saat itu semua manusia sama di hadapan Allah, tidak ada perbedaan kulit dan
bangsa yang membedakan hanyalah kualiti ketaqwaannya kepada Allah.

Di Arafah ada dua tempat yang mempunyai nilai sejarah yang sangat penting iaitu Masjid
Namirah dan Bukit Rahmah (Jabal Rahmah). Dibawah bukit terdapat sebuah Masjid Shakhrat
dan tempat mengalirnya mata air Zubaidah (‘ain Zubaidah). Di Masjid Shakhrat itulah Nabi SAW
berwukuf dan pernah turun wahyu yang berbunyi: Surah Al-Mai’dah (ayat 3):

‫الكيب كو مب َب كْ بم ِك اَ لبكا كم لَ ّْبكا كم بَ َبِك بم كم اَ َبِبيككا كم ّلَك بم ِلي بَ بَ لَ ي اَ لبكاما ا ك لِ كَ بَ مب لَ ّْرا‬.....
…… ۚ

“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan
kepadamu ni’mat-Ku dan telah Ku ridhoi Islam itu jadi agamamu.”

Di sana juga ada lembah yang disebut dengan lembah ’Uranah (wadi ’Uranah), lembah ini
menjadi batas antara Arafah dengan luar Arafah. Di Arafah Rasulullah saw telah berkhutbah
ketika melakukan haji wada’. Menurut riwayat dari Jabir ra bahwasanya Nabi saw berkhutbah di

87

hadapan manusia yang sedang melakukan haji bersama sama beliau. Khutbah beliau itu sangat
popular dan dinamakan Khutbatul Wada’ yang dimulai dengan: “Sesungguhnya darah dan harta
kalian adalah suci sebagaimana sucinya hari ini, bulan ini dan negeri kalian ini”

 Keutamaan Arafah
 Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada hari paling banyak Allah memerdekakan

hambaNya dari neraka daripada hari Arafah. Allah sesungguhnya mendekati mereka dan
membangganggakan mereka kepada para Malaikat seraya berkata: Apa saja yang
mereka inginkan akan Aku kabulkan” (HR Ar tarmidzi).

 Imam besar Muslim meriwayatkan dari ‘Aisyah sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada hari paling banyak Allah membebaskan hamba Nya dari api neraka kecuali
hari Arafah.”

 Hadith lainnya tentang keutamaan tanah Arafah, Rasulullah SAW bersabda: “Doa yang
paling mustajab adalah doa di hari Arafah”.

- Seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW tentang puasa di hari Arafah. Beliau bersabda: “Aku
berharap, agar puasa di hari tersebut bisa menghapuskan dosa dosa tahun yang lalu dan dosa
dosa tahun yang akan datang” (HR Muslim dari Abu Qatadah). Hadits ini berlaku bagi orang
yang tidak melakukan ibadah Haji, kerana Rasulullah SAW tidak berpuasa disaat berwukuf di
Arafah.

88

- Dari Maimunah RA: “Bahawa orang-orang ragu-ragu mengenai puasa Nabi SAW pada hari
Arafah, lalu dikirim kepada beliau Susu ketika beliau wukuf di Arafah, lalu beliau meminumnya
dan orang-orang melihatnya. (HR Bukhari)

Pada suatu ketika disaat Nabi Ibrahim AS meninggalkan Kaabah. Nabi Ibrahim meminta
kepada Allah: “Ya Allah tunjukkan tempat manasik haji kepada kami”. Setibanya di sebuah
padang yang luas, Jibril AS yang membawa Nabi Ibrahim untuk ditunjukkan manasik haji dan
bertanya Jibril AS kepada Nabi Ibrahim AS, dialog Jibril dan Nabi Ibrahim. Maka daripada soal
jawab ini diambil dan dinamakannya Arafah. Di padang Arafah terdapat satu masjid yang
digunakan setahun sekali sahaja iaitu Masjid Namirah/Masjid Ibrahim.

Dibangunkan di sini sebuah masjid pada pertengahan abad ke dua oleh penguasa

Abbasiyah dan diberi nama Masjid Namirah. Dinamakan Namirah kerana terletak berdekatan

dengan bukit kecil yang berada di sebelah barat masjid. Bukit ini bernama bukit Namirah.

Sebahagian daripada Masjid Namirah yang mengarah ke timur terletak di Wadi ‘Uranah. Tempat

ini tidak termasuk Arafah dan Rasulullah SAW melarang berwukuf di tempat itu, sesuai dengan

sabda Rasulullah SAW saat melakukan ibadah haji wada’, “Aku berwukuf di sini, dan Arafah

seluruhnya tempat wukuf, kecuali wadi ’Uranah”. Jadi masjid Namirah yang terletak di dalam

wadi ini tidak termasuk Arafah, dan wadi ini sangat berdekatan sekali dengan Arafah. Adapun

masjid yang mengarah ke barat termasuk Arafah. Masjid ini sekarang sangat luas, berukuran

kurang lebih 8000 meter persegi, memiliki 64 pintu masuk, 6 menara, dan boleh memuat 350

ribu orang untuk solat didalamnya.

89

 Muzdalifah
Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Muzdalifah terletak antara Mina dan

Arafah. Batasnya dari wadi Muhassir sampai Al-Ma’zamain atau dua gunung yang saling
berhadapan yang dipisahkan oleh jalan. Muzdalifah ini termasuk masy’aril haram dan tanah suci.
Sebagaimana firman Allah : Surah Al-Baqarah (ayat 198) :

‫ِبِلُبا َبِب كَ ِا كم لُ كن َب بر ِبا دِ ِباُكْا ار َا نل ب لَ ْكِب الك بم كِ َب لر الك بح بر ا لم ۖ بَ اُكْا ار َُا ْب بم ا‬
‫َبِباْا كم بَ ِل كَ ْاْكِا كم لُ كن َبَكِل لُ لب لم بن الَن البلي بن‬

“Maka apabila kamu telah bertolak dari Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy`arilharam.
Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah sebagaimana yang ditunjukkan-Nya kepadamu; dan

sesungguhnya kamu sebelum itu benar-benar termasuk orang-orang yang sesat.”

90

Muzdalifah

Menurut Ibnu Umar RA yang dimaksud dengan Masy’aril Haram dalam ayat tersebut ialah
Muzdalifah seluruhnya.

Dikisahkan bahwa Rasulullah SAW ketika melaksanakan haji wada’, beliau menjamak sollat
Maghrib & Isya’ di Muzdalifah. Hadis riwayat Abu Ayyub RA, bahawa beliau pernah solat
Maghrib dan Isya’ bersama Rasulullah SAW di Muzdalifah pada haji wada (HR Muslim).
Muzdalifah juga merupakan tempat mabit atau bermalam, setelah meninggalkan Arafah pada 9
Dzulhijjah. Jamaah Haji dianjurkan untuk solat Maghrib & Isya’ jama’ ta’khir dengan satu Azan
dan 2 kali Iqamat di Muzdalifah, lalu menuju ke Mina setelah solat Subuh. Dianjurkan memungut
batu kerikil untuk melempar Jamrah di Mina atau diperbolehkan juga memungut batu kerikil di

91

Mina. Di Muzdalifah ada Masjid Masy’aril Haram atau disebut juga masjid Muzdalifah disana
Nabi SAW pernah mendatangi kiblatnya.

 Mina

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Mina merupakan tanah haram
kerana lokasinya berdekatan dengan Makkah. Jaraknya dengan Makkah lebih kurang 7 km. Mina
adalah perkampungan kecil yang dihuni oleh manusia setahun sekali dengan tujuan mabit
(bermalam) dalam rangka manasik haji, kerana itu orang Arab menyebutnya Mina. Pada hari-
hari biasa Mina merupakan desa kosong dan hanya sedikit yang dihuni penduduk, walaupun
terlihat bangunannya tetap. Mina mulai penuh didatangi oleh jamaah haji pada tanggal 8
Dzulhijah atau sehari sebelum wukuf di Arafah. Jamaah haji tinggal disini sehari semalam
sehingga dapat melakukan sholat lima waktu. Kemudian setelah solat Subuh pada 9 Dzulhijah,
jamaah haji berangkat ke Arafah. Kemudian Jemaah haji datang lagi ke Mina setelah selesai
melaksanakan wukuf di Arafah iaitu pada 10 sehingga 13 Dzulhijah dan wajib untuk bermalam
dan melempar jamrah pada hari-hari tersebut.

Adapun pergi ke Mina pada 8 Dzulhijjah (Tarwiyyah) hukumnya sunnah. Sementara itu
mabit atau menginap di Mina dan melontar Jamrah merupakan
wajib haji, ertinya apabila tidak dikerjakan maka hajinya tetap sah namun dia harus membayar
denda yang disebut dalam bahasa Arab “dam”.

Tanah di Mina tidak boleh dimiliki oleh perseorangan, yang boleh adalah menempati untuk
keperluan ibadah sahaja. Sesuai dengan riwayat isteri Nabi SAW, Aisyah RA: “Ya Rasullullah SAW,

92

perlukah kami buatkan di Mina untuk anda berteduh?” , Rasulallah SAW menjawab: “Jangan,
sesungguhnya Mina adalah tempat duduk orang yang lebih dahulu datang”. Tempat atau lokasi
melempar jamrah terdapat di Mina, iaitu Jamrah Aqabah, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra’.
Tentu ketiga jamarat itu memiliki nilai sejarah yang sangat penting bagi umat Islam yang
berkaitan erat dengan sejarah nabi Ibrahim dan puteranya Ismail AS.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, menurut riwayat Ibnu Abbas RA
dikisahkan bahawa ketika Ibrahim AS diperintahkan untuk mengerjakan manasik, beliau
ditemani oleh Malaikat Jibril AS menuju Jamrah Aqabah, kemudian syaitan menghalanginya, lalu
Ibrahim melemparnya dengan 7 batu kerikil kecil hingga pergi. Syaitan pun menghalanginya lagi
ketika sampai di Jamrah Wusta, maka Ibrahim pun melemparnya lagi dengan 7 butir batu kerikil
dan iapun pergi dan demikian seterusnya.

Di Mina nabi Ibrahim AS menyembelih domba sebagai tebusan korban anaknya Ismail AS.
Tempat menyembelih domba Nabi Ibrahim AS dahulu telah dibangunkan sebuah masjid yang
dikenali dengan Masjid al-Kabsy (masjid domba). Sekarang sudah dirobohkan untuk perluasan
jalan di lokasi jamrah. Sunnah ini diikuti oleh Rasulallah SAW dengan melempar jamrah dan
menyembelih domba ketika melakukan haji wada’ yang kemudian diikuti dan dijadikan teladan
bagi umat Islam.

Selain 3 jamrah, kita akan melihat sebuah masjid bersejarah yang disebut Masjid Al-Kheif.
Konon letaknya dikaki gunung tidak berjauhan dari jamrah Sughra. Disana Nabi SAW pernah
solat, demikian juga para Nabi sebelum baginda. Menurut riwayat dari Abdurrahman ibnu
Muadz mengatakan bahawa Rasulullah SAW pernah berkhutbah di Mina, kemudian menyuruh

93

kaum Muhajirin untuk datang ke Masjid Khaif, lalu mereka pun datang dari arah depan. Begitu
pula Rasulullah SAW menyuruh kaum Ansar untuk datang ke Masjid Kheif dan mereka pun
datang dari arah belakang. Setelah itu, berkumpullah semua manusia. Rasulullah SAW ketika haji
wada’, baginda telah bermalam dan solat di Mina pada hari-hari Tasyriq iaitu hari 10, 11, 12, 13
Dzulhijjah, dimana didalamnya terdapat pula Hari Raya AiIdil Adha. Nabi SAW bersabda: “Aku
menyembelih korban disini, dan seluruh Mina ialah tempat menyembelih, maka sembelihlah
korban dalam perjalanan kalian”. (Sohih Muslim)

Di Mina juga terdapat beberapa masjid bersejarah seperti Masjid Al-Kabsy (masjid korban)
atau An-Nahr, Masjid Bai’ah, kedua duanya sudah dirobohkan untuk perluasan jalan menuju
jamarat (tempat-tempat jumrah), dan hanya Masjid Al-Kheif yang kini masih berada di Mina.
Mina merupakan tempat Masy’aril Haram dan termasuk juga tanah Haram (tanah suci) karena
sangat berdekatan dengan Makkah. Firman Allah menyebutkan dalam Surah Al-Baqarah (ayat
203) :

‫بَ اُكْا ار َا نل ب ِلي َبّنا دم بُ َكِاََبا دِ ۚ ِب بم كن ِبَب نِ ِب ِلي ّب كو بُ يك لن ِب بَ ِلثكمب َبِبيك لُ بَ بُ كن‬
َ‫ِبَ ب نَ بر ِب بَ ِلثكمب َبِبيك لُ ۚ لل بم لن اِنَب هى ۗ بَ اِنَاوا نل ب بَ ا كَ ِب ام وا َبّنكا كم ِللبيك لُ ِا كح ِب ار َ ب‬

“Dan berzikirlah (dengan menyebut) Allah dalam beberapa hari yang berbilang. Barangsiapa
yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari (Maksudnya Nafar Awal), maka

tiada dosa baginya. Dan barang siapa yang ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua
hari itu) (Maksudnya Nafar Tsani), maka tidak ada dosa pula baginya bagi orang yang

bertakwa. Dan bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah, bahwa kamu akan dikumpulkan
kepada-Nya.”
94

Mina

 Wadi Al-Muhassir

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Al-Muhassir adalah wadi atau
lembah sempit yang terletak antara Muzdalifah dan Mina. Di tempat ini disunnahkan untuk
berjalan cepat bagi jamaah haji. Di atas wadi ini sekarang telah dibuat jambatan menuju ke arah
Mina. Wadi ini dinamakan juga wadi al-Muhallal atau wadi yang dianjurkan untuk membaca
tahlil dan mempercepat jalan. Kerana wadi itu merupakan perkampungan syaitan.

Disunnahkan untuk mempercepatkan jalan di wadi itu dan bertahlil sesuai dengan
perbuatan Rasulallah SAW ketika melewati tempat ini. Beliau melakukan hal tersebut kerana
wadi ini merupakan wadi perkampungan syaitan. Tempat ini dihuni oleh penduduk yang sedikit
dan mereka menyebut wadi al-Muhassir sebagai wadi an-Nar atau wadi api.

95

Konon dulu Abrahah Asyram, raja dari Yaman, saat ingin menghancurkan Ka’bah singgah di
wadi Muhassir, kerana wadi ini sangat mudah bagi tentera Abrahah untuk memasuki Kota
Makkah dan wadi ini merupakan persinggahan terakhir bagi Abrahah. Ketika tentera Abrahah
mulai bergerak untuk memasuki Kota Makkah dan tatkala Abrahah mengarahkan gajahnya ke
Makkah, gajahnya tidak mahu berdiri walaupun dipukul tapi tetap tidak mahu berdiri. Lalu
Abrahah cuba mengarahkan gajahnya ke arah Yaman, gajahnya berdiri dan berlari. Lalu
diarahkan gajahnya ke Syam, gajahnya melakukan hal yang sama dan demikian seterusnya.

Tiba-tiba Allah mengutus di wadi itu burung-burung laut yang bernama Ababil. Setiap
seekor burung membawa 3 buah batu kecil sebesar kacang Arab atau kacang adas, satu di
paruhnya dan dua di kakinya. Batu-batu itu dijatuhkan kepada pasukan bergajah. Subhanallah,
hasilnya sangat ajaib, bukan hanya luka parah tetapi pasukan Abrahah dan gajah-gajahnya
menjadi hancur lebur, daging dan tulang mereka berselerakan bertaburan di atas tanah, tidak
seorang pun yang terlepas daripada bahaya maut, semuanya habis binasa. Melihat kejadian
yang luar biasa itu, Abrahah mulai takut dan lari tunggang-langgang kembali pulang menuju
San’a. Beliau terkena sebuah batu Ababil, lalu mati di Sana’ kerana luka yang dideritainya dalam
perang ajaib itu.

Kisah ini sangat popular bagi umat Islam. Dan tepat pada peristiwa itu lahirlah seorang suci
yang telah mengubah wajah dunia, beliau adalah Rasulallah SAW. Dan wadi Muhassir
merupakan wadi yang mempunyai nilai sejarah yang dikenang dan dijadikan ’ibrah (pengajaran)
dan simbul ibadah bagi manasik haji.

96

Wadi Muhassir

 Ja’ranah

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, kita akan ke Ja’ranah untuk miqat
umrah bagi sesiapa yang mahu mengerjakan umrah lagi. Dalam perjalanan itu kami melalui satu
tempat bernama Lembah Hunain. Pemandu pelancong kami menceritakan sejarah Lembah
Hunain iaitu peperangan Hunain di zaman Rasullullah SAW dan asal-usul kenapa masjid di
Ja’ranah ini menjadi miqat untuk mengerjakan umrah.

Peperangan Hunain berlaku pada bulan Syawal tahun kelapan Hijrah. Dalam peperangan
ini, bilangan tentera Islam sangat ramai iaitu 10,000 orang telah memerangi dua puak kecil
penentang Islam. Malangnya, kerana bilangan tentera yang ramai itu telah menjadikan mereka
berasa “kuat” sehingga lupa pada pertolongan Allah SWT.

Allah menguji tentera Islam dengan tipu-helah musuh sehingga berlaku kacau-bilau. Ramai
tentera Islam melarikan diri. Mereka terpaksa berundur dan mengatur semula strategi sehingga

97

akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada tentera Islam. Begitulah Allah sentiasa
“menguji” sahabat-sahabat pada masa perkembangan Islam dahulu.

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, selepas memenangi peperangan
tersebut, RasulUllah SAW dan para sahabat berangkat ke Ja’ranah untuk berniat umrah
kemudian berangkat ke Masjidil Haram untuk melakukan tawaf dan saie. Itulah permulaanya
bagaimana masjid Ja’ranah menjadi salah satu miqat untuk mengerjakan umrah sebagaimana
yang telah diajarkan oleh baginda RasulUllah SAW. Cuba perhatikan Lembah Hunain sekarang
ini telah menjadi kawasan penempatan penduduk-penduduk Arab.

Ja’ranah
Terfikir di fikiran kita bersama betapa susahnya Rasulullah SAW dan para sahabat dulu
mengerjakan umrah pada masa itu dengan berkenderaankan unta atau berjalan kaki sahaja,

98

berbanding kita di zaman sekarang yang menaiki bas berhawa dingin. Semoga amalan kita
diterima dan mendapat keredhaan jua dari Allah SWT, amin.....

 Jabal Nur (Gua Hira’)

Para Tetamu Allah dan para Penziarah Rasulullah SAW, Jabal Nur terletak sekitar 7 km
sebelah barat Masjidil Haram. Tingginya lebih kurang 642 meter. Dinamakan Nur yang artinya
cahaya, kerana di bukit ini terdapat Gua Hira’, tempat Nabi SAW menyendiri beribadah sehingga
terpancar nur atau cahaya nubuwwah. Di bukit ini Rasulallah SAW menerima wahyu pertama:
“Iqra” (Bacalah).

Untuk naik ke atas puncak bukit tidak semudah yang kita sangka, diperlukan waktu sekitar
satu jam. Awalnya memang terasa mudah. Batu-batuan yang ada di sana boleh dijadikan tempat
berpijak. Akan tetapi, habis sekitar 15 minit mendaki, ketika nafas sudah mulai naik, jalan
setapak saja terasa sangat berat. Namun apabila tiba di puncak Bukit Nur yang bentuknya
seperti tharbus atau kopiah Turki, kita akan disajikan pemandangan yang sangat menakjubkan.
Dari situ kita boleh lihat Kota Mekah keseluruhannya.

Di puncak Bukit Nur ada Gua Hira’ yang letaknya agak curam dari puncak bukit, tapi sudah
dibuat tangga yang kukuh dan dinding yang tinggi agar Jemaah tidak jatuh ke jurang. Setibanya
di bawah, kita perlu belok ke kanan dan melewati celah sempit di antara dua batu besar.
Sesudah melewati itu kita akan dapatkan gua yang sangat bersejarah “Gua Hira’”. Gua ini tidak
terlalu luas ukurannya hanya cukup boleh diduduki oleh 3 orang. Saya sangat bersyukur boleh
solat dua rakaat di atas batu dimana Rasulallah SAW pernah solat. Dari dinding gua sebelah

99

kanan, ada sedikit lubang/celah yang menghubungkan gua ini dengan udara bebas di luar
sehingga angin boleh masuk berhembus ke dalam gua, dan terasa sejuk. Kalau dari luar gua kita
memandang ke arah bawah, maka dari jauh Masjidil Haram boleh dilihat jelas. Sungguh, apabila
tiada bangunan lain yang menghalangi Ka’bah, maka pandangan kita akan terus menuju Ka’bah
sebagaimana Rasulullah dulu sering memandangi Ka’bah dari tempat ini.

Subhanallah, sebuah pemandangan yang takkan dilupakan. Terbayang bagaimana
perjuangan Rasulullah SAW dahulu ketika menyendiri beribadah di tempat itu dan berjumpa
dengan malaikat Jibril AS untuk pertama kali. Sungguh ia tidak mudah. Kalau saya sendiri, saya
tidak tahu apa yang harus saya lakukan di tempat itu. Dada saya terasa sesak. Air mata
berleleran di pipi. Tak mampu saya menyimpan kenangan dan keindahan Gua Hira’. Peristiwa
yang saya saksikan pada hari itu bukan semata-mata peristiwa yang kebetulan, tapi itu adalah
kenyataan yang membuat diri saya tidak percaya. Alhamdulillah.

100


Click to View FlipBook Version