The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku elektronik ini menerangkan tentang tanggungjawab guru sebagai agen sosialisasi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 427-17-athirah, 2021-03-20 10:25:11

Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi

Buku elektronik ini menerangkan tentang tanggungjawab guru sebagai agen sosialisasi.

Keywords: Pengantar Pengajian Profesional

1

2

PRAKATA

Buku Elektronik Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi ini telah ditulis
berdasarkan cadangan para siswa Unit Sejarah 2 yang sedang
menyambung pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
Ismail pada peringkat Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Selain bermatlamat untuk kegunaan para siswa yang mengikuti kursus
pendidikan ini di IPG, buku elektronik ini juga sesuai dijadikan bahan bacaan
sokongan untuk semua lapisan masyarakat khususnya para siswa yang
masih meneroka cara untuk mewujudkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran.

Kami ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan
kepada pelbagai pihak yang membantu merealisasikan hasrat menerbitkan
buku elektronik ini. Sesungguhnya,usaha seperti ini dapat memperbanyak
dan memperkaya bahan bacaan untuk bakal guru yang mempunyai
kredibiliti dan kualiti masing-masing. Menjadi harapan kami, bahawa buku
elektronik Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi ini mampu membentuk
guru Malaysia yang berwibawa dan luas pengetahuan untuk mendidik anak
bangsa.

Buku elektronik ini juga sesuai sebagai bahan bacaan dan rujukan
para pelajar dan guru-guru di sekolah rendah dan menengah.

3

SENARAI NAMA SISWA
UNIT SEJARAH 2

Ahmad Najmie Azmin Bin Muhammad Hazrihaikal Bin
Mohd Ab Salam Hamizi

Amira Sofea Bin Mohd Noor Muhammad Nafis Syamil Bin
Mohammad Nasruddin
Fahim Haikal Bin Fariz @
Mohd Fariz Muhammad Zuhairi Bin
Zakaria
Fatimah Zuhaira Binti
Wahab Nabila ‘Alia Binti Mhd
Roslaile
Fatin Nurisha Binti
Mohammad Yusoff Nor Najihah Binti Afandi

Muhammad Helmi Shafi Bin Nur Athirah Syafiah Binti
Sharolnizam Azhar

Muhammad Afiq Fikry Bin Nur Hayati Binti Efendy
Fakhruddin
Nur Nabiha Mursyida Binti
Muhammad Fahim Bin Efendy
Harun

4

Nursyafikah Aliah Binti Abdul Nurul Sabriah Binti Razali
Rahman
Sumaiyah Hasni Binti Che
Nurul Amirah Hakimah Binti Mohd Adli
Abdul Hamid

5

ISI KANDUNGAN

Bil. Isi Kandungan Muka

Surat

1. Prakata 3

2. Senarai Nama Siswa Unit Sejarah 2 4-5

3. Cadangan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Oleh Siswa 8-111

6

4. Rujukan 112-113

7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN
(PPISMP)

AMBILAN OGOS 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1 – PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : AHMAD NAJMIE AZMIN BIN MOHD AB SALAM

ANGKA GILIRAN : 2020092310155

NO KAD PENGENALAN : 02020706019

KUMPULAN/UNIT : SEJARAH 2

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063

NAMA PENSYARAH : PUAN ANI SALWIAH BINTI ZAKARIA

TARIKH TERIMA : 14 FEBUARI 2021

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

NO. TEL : 0168709841

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

8

1.2 Sosiologi adalah satu disiplin ilmu yang turut muncul dengan wujudnya kelompok manusia.
Disiplin ini di bawa oleh Augeste Comte pada awal abad ke-19 di eropah barat. Comte
menegaskan sosiologi ini adalah satu bidang ilmu yang mana mengajar kita untuk berinteraksi
dan mempunyai naluri antara makhluk bagi kemakmuran masyarakat yang ada di sekeliling kita.
Umumnya, sosiologi ini tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan kerana ia adalah ilmu bagi
mengatur antara manusia. Menurut Sharifah Alawiyah (1985), sosiologi adalah disiplin sains
kemasyarakatan. Berkait dengan pendidikan, guru jelas telah menyampaikan satu ilmu kepada
para pelajar yang mana suatu tindakan untuk berhubungan dan berkomunikasi ntara satu sama
lain. Dalam pendidikan sosiologi ini, ia menekankan aspek bangsa , kelas social, agama, jantina,
budaya, Bahasa dan adat masyarakat setempat. Jadi, guru sebagai agen sosiologi perlu
menyampaikan semua aspek sosiologi ini tanpa sebarang halangan meskipun kini negara kita
mengalami pandemik covid-19.

Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh guru sebagai agen sosiolisasi dalam memastikan
ilmu kemasyarakatan tersebar adalah dengan mempelbagaikan platform Pdp secara atas talian.
Pada zaman yang penuh teknologi ini jelas menunjukkan tempat bukanlah satu keperluan kepada
mana-mana pihak untuk menuntut ilmu. Terdapat banyak platform yang boleh para guru guna
sebagai alat komunikasi dengan para pelajar. Sebagai contoh google meet, zoom dan Microsoft
teams. Kesemua medium ini jelas telah memberi impak yang cukup besar kepada ancaman
wabak covid-19 kerana Batasan untuk semua orang bersemuka. Kesannya bukan sahaja kepada
Pendidikan, malah kini sebarang pertemuan majoriti menggunakan platform ini. sebelum covid-
19 kita melihat platform-platform ini cukup tidaak mendatangkan keuntungan yang
memberansangkan. Namun, memasuki pertengahan tahun 2020 sahaja syarikat Microsoft telah
mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Jelas sekali, penggunaan ini telah memudahkan
semua orang termasuk ibu bapa dan pelajar. Platform ini juga sedikit sebanyak telah memberi
impak yang sama seperti keberadaan para guru serta anak murid dalam kelas dan penyampaian
ilmu itu sampai.

Selain itu, kaedah lain yang boleh digunakan adalah menerapkan elemen PAK ke-21. Ini
jelas membantu para pelajar untuk lebih tertarik dengan ilmu yang ingin disampaikan. Elemen
PAK ke-21 ini membawa para pelajar kepada guru hanya sebagai pemerhati dan para murid
adalah pelaku. Antara contoh yang boleh dilakukan adalah pembentanagan secara kumpulan

9

yang mana guru menilai sumber yang dirujuk, bahan pembentangan, kebolehan berkomunikasi
para pelajar dan ilmu yang ingin disampaikan. Jelas, banyak kebaikan yang boleh dibuat dari
pembentangan kumpulan. Kerjasama antara pelajar juga dapat dibina yang mana masing-masing
berusaha memberikan hasil yang baik. Guru yang cemerlang hanya memberi bimbingan dan
sedikit teguran yang mana boleh mendatangkan semangat dan motivasi kepada murid meskipun
semua orang berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu sedikit sebanyak menghayati
kehidupan anak-anak mereka sebagai pelajar. Semua perkara yang dilakukan oleh semua piak
sewajarnya tidak dijadikan sebagai bebanan, hal ini demikian kerana bagi melahirkan masyarakat
yang berpengetahuan dan jaminan masa depan kelak. Dalam menerapkan elemen PAK ke-
21,para juga boleh meminta para pelajar dalam mengkaji keadaan sekeliling dan membuat
perkaitan serta kesimpulan. Keadaan sekeliling para pelajar yang banyak menghabiskan masa
mereka di rumah menyebabkan penerokaan mereka tidak akan terbatas berbanding di rumah.
Impak positifnya, pemikiran murid-murid akan lebih terbuka dan perkembangan potensi terus
dapat dibuat meskipun berada di rumah.

Di samping itu, guru boleh memberi latihan kendiri kepada para pelajar. Pelaksaan kaedah
ini akan menunjukkan keputusan dan penyampaian ilmu itu sendiri kepada murid. Setelah selesai
melakukan pembelajaran dan pengajaran, guru boelh menggunakan kaedah ini supaya para
pelajar boleh mengukur kefahaman mereka sendiri dalam sesuatu subjek serta pencarian perkara
baru yang lain dalam sesuatu subjek. Penyataan ini disokong dengan kecanggihan teknologi kini
yang hanya berada di hujung jari. Dengan satu klik, para pelajar akan dapat menerokaikehujung
dunia. Para guru hanya perlu membimbing para pelajar dalam mengakses ke sesetengah
medium seperti google chrome dan google classroom. Semua kemudahan ini jelas dapat
memudahkan para pelajar dalam memastikan ilmu yang disampaikan sampai sama seperti brada
dalam pembelajaran di kelas. Dalam pelaksaan latihan kendiri ini, para juga akan lebih berdikari
dan rasa ingin tahu mengenai sesuatu perkara itu akan lebih berkembang. Jadi, alasan duduk di
rumah untuk membuat perkara tidak berfaedah sewajarnya tidak wujud dengan kesedaran itu
datang dari diri sendiri untuk mengembangkan potensi ini. Perkembangan ini adalah satu perkara
yang positif kerana ia akan menjadi tabiat dan dapat mengatasi sikap terlalu selesa pada sesuatu
tempat. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu akan ketinggalan dalam sesuatu perkara.
Guru perlu menerapkan sikap ini dengan kaedah tersebut dengan kerjasama ibu bapa juga dalam
mestikan generasi terus berkembang dan dapat mencapai kejayaan pada masa hadapan.

10

Melihat kepada kaedah lain adalah guru boleh menayangkan video-video berkaitan
pembelajaran. Para guru boleh merujuk dari pelbagai sumber yang ada. Kaedah ini ini juga kan
menarik minat para pelajar dalam pembelajaran untuk lebih banyak mendalami ilmu. Selain
penulisan dan pembentangan, penerangan mengenai video. Para pelajar kini sangat terdedah
kepada sesuatu perkara yang berkait video, menerusi medium youtube yang mana telah menjadi
satu perkara yang biasa dan kemahiran asas kepada generasi sekarang. Menurut Jamalludin &
Zaidatun (2003), pendidik telah mengenal pasti tentang kehebatan pengajaran berasaskan video
mampu menarik minat, meningkatkan motivasi dan pengalaman belajar. Jelas, sekali dari kajian
tersebut, pendedahan mengenai pembelajaran mengenai video ini akan memndatangkan hasil
yang cukup jelas kepada pelajar. Dalam melihat impak positif juga, guru-guru perlu lebih
mendedahkan para pelajar kepada kesan negatif supaya pelajar akan lebih peka dan dapat
memikirkan baik buruk kepada pelajar. Pengajaran ini juga akan memudahkan para guru kerana
sokongan ibu bapa juga jelas dapat membimbing para pelajar ketika berada rumah dan langsung
tidak membebankan mana-mana pihak.

Sudah terang lagi bersuluh, kita hendaklah sentiasa melahirkan pemikiran yang kritis, kreatif
dan inovatif sebagai seorang guru yang juga merupakan agen sosiolisasi dalam dunia
pendidikan. Meskipun begitu, kebajikan murid-murid, ibu bapa bahkan guru wajar diambil kira
bagi mengelakkan bebanan pada mana-mana pihak. Maka, bidang pendidikan dapat terus
berkembang agar dapat duduk sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain dalam dunia
pendidikan di peringkat global. Oleh itu, harpan yang ingin diajukan adalah supaya semua
cadangan kaedah PdP dapat diteruskan dan dilaksanakan bagi melahirkan murid-murid yang
seimbang seperti yang telah digariskan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN
(PPISMP)

AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1.2 – PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : AMIRA SOFEA BINTI MOHD NOOR
ANGKA GILIRAN : 2020092310156

NO KAD PENGENALAN : 021118-11-0452

KUMPULAN/UNIT : SEJARAH 2

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063-PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

NAMA PENSYARAH : PUAN ANI SALWIAH BINTI ZAKARIA

TARIKH MULA : 14 FEBRUARI 2021

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

NO. TEL : 011-25885217

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

12

1.0 Pendahuluan

Sosiologi dapat didefinisikan sebagai satu disiplin ilmu yang turut muncul seiring
kewujudan kelompok manusia. Menurut Auguste Comte (1842), sosiologi ialah satu bidang ilmu
yang mempelajari manusia sebagai makhluk yang memiliki naluri untuk sentiasa hidup bersama-
sama dalam satu kelompok masyarakat. Sosiologi juga dapat difahami sebagai kajian yang
sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat
daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2006). Oleh itu, saya dapat merumuskan bahawa sosiologi
adalah satu bidang yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan kerana sosiologi ini mampu
mengatur hubungan antara individu dengan individu yang lain. Dalam dunia pendidikan, guru
menjelaskan sesebuah kurikulum dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang
merupakan suatu tindakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Meskipun
begitu, wabak Covid-19 yang melanda Malaysia telah menghalang guru untuk menjalankan rutin
harian mereka seperti biasa di dalam bilik darjah seperti sebelum ini. Maka, wacana penulisan
saya hari ini akan memperincikan peranan guru sebagai agen sosiolisasi semasa PdP dalam
norma baharu ini.

2.0 Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi
2.1 Guru Mempelbagaikan Platform Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT)

Dalam pandemik Covid-19 hari ini, proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) masih
perlu dijalankan seperti biasa iaitu saya mencadangkan guru perlu mempelbagaikan platform
Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT). Misalnya, Google Classroom, WhatsApp
dan Google Meet. Tambahan pula, platform Google Meet ini dapat dimanfaatkan oleh murid-
murid untuk bertanya mana-mana bahagian sesebuah topik yang tidak difahami. Impaknya,
kefahaman tentang sesebuah topik dalam diri murid-murid semakin bertambah. Bukan itu sahaja,
ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan guru dan murid-murid meskipun
tidak dapat bersua muka seperti sebelum ini di dalam bilik darjah. Maka, jelas dapat dilihat
bahawa guru tetap dapat memainkan peranannya sebagai agen sosiolisasi meskipun dalam
pandemik Covid-19 ini kerana dapat mewujudkan hubungan komunikasi antara individu dengan
individu lain. Namun begitu, sebagai seorang guru yang berkaliber hendaklah peka dengan
murid-murid berasal daripada golongan Bottom 40 (B40), maka guru perlu menghadkan
penggunaan kuota internet untuk berinteraksi secara segerak seperti menggunakan Google
Meet. Maka, saya turut berpendapat bahawa pelaksanaan kelas PdPDT secara segerak dan tidak
segerak mengikut peratusan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

13

(KPM) iaitu 40 peratus segerak dan 60 peratus tidak segerak wajar diteruskan sekiranya wabak
ini berlarutan. Oleh itu, terang lagi bersuluh bahawa guru perlu mempelbagaikan platform PdPDT
agar peranan guru sebagai agen sosiolisasi tercapai dalam norma baharu ini.

2.2 Guru Menerapkan Elemen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) Semasa PdPDT

Di samping itu, saya bercadang guru hendaklah menerapkan elemen Pembelajaran Abad
Ke-21 (PAK-21). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menggariskan PAK-21
sebagai satu elemen penting dalam PdP bagi mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid dan
berunsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta menceriakan lagi suasana bilik darjah
sekaligus menambah kefahaman murid-murid semasa proses PdP berjalan. Meskipun begitu,
wabak Covid-19 merangsang guru-guru untuk berfikiran kreatif dan inovatif dalam memeriahkan
suasana PdPDT, maka saya bercadang untuk menerapkan elemen PAK-21 semasa proses
PdPDT sedang berlangsung. Misalnya, guru mengaplikasikan Gallery Walk semasa PdPDT
berjalan iaitu, murid-murid dapat membentangkan hasil kerja mereka apabila tiba giliran mereka
menggunakan platform Zoom supaya objektif PdPDT dapat dicapai secara maksima. Kesannya,
murid-murid dapat melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti yang
dijalankan semasa PdPDT. Tidak cukup dengan itu, penerapan elemen PAK-21 ini juga dapat
memupuk budaya kolaboratif dalam diri murid-murid sekaligus menghasilkan bentuk komunikasi
dua hala dalam sesebuah kelompok. Hal demikian jelas menunjukkan bahawa peranan guru
sebagai agen sosiolisasi tetap dijalankan meskipun negara Malaysia hari ini sedang dilanda
pelbagai halangan dan dunia pendidikan di Malaysia turut menerima tempias daripada wabak
Covid-19. Oleh itu, benarlah bahawa guru hendaklah menerapkan elemen PAK-21 dalam PdPDT
yang dijalankan agar tanggungjawab guru sebagai agen sosiolisasi dalam kalangan murid-murid
dapat diteruskan seperti sedia kala.

2.3 Guru Menyediakan Latihan Kendiri Kepada Murid-Murid

Selain itu, saya turut bercadang bahawa guru mestilah menyediakan latihan kendiri
kepada murid-murid. Sebagai seorang guru yang juga merupakan agen sosiolisasi, guru
hendaklah menyediakan latihan kendiri yang secukup dan sewajarnya kepada murid-murid
terutamanya aktiviti berkumpulan. Misalnya, guru memuat naik soalan berkaitan sesebuah topik
dalam platform Google Classroom, WhatsApp ataupun Telegram. Maka, latihan yang diberikan
ini akan mendorong murid-murid untuk mengadakan sesi perbincangan sesama mereka secara

14

atas talian bagi menyiapkannya dan untuk diperiksa oleh guru. Cadangan saya ini juga bertujuan
untuk mewujudkan interaksi antara murid-murid sekaligus melahirkan semangat berkumpulan
secara tidak langsung. Di samping itu, latihan kendiri dapat menguji tahap pemahaman murid-
murid berdasarkan kepada bilangan soalan yang dapat dijawab dengan betul setelah diperiksa
oleh guru. Kelebihannya, murid-murid dapat menyelesaikan latihan ini di mana-mana sahaja pada
bila-bila masa. Pada pandangan saya, latihan kendiri merupakan salah satu bentuk komunikasi
secara bertulis mahupun lisan bagi mendapatkan pertukaran idea ataupun maklumat. Bahkan,
menurut Besley, Dudo, & Storksdieck (2015) latihan dianggap sebagai aktiviti komunikasi
dalaman yang penting dalam proses pembangunan modal insan organisasi di mana ia dijadikan
sebagai medium penyampaian visi, misi dan maklumat oleh majikan kepada pekerjanya. Justeru,
tidak syak lagi wasangka bahawa guru mestilah menyediakan latihan kendiri kepada murid-murid
agar interaksi secara lisan mahupun bukan lisan tetap berjalan dalam pandemik Covid-19 ini.

2.4 Guru Menayangkan Klip Video Berkaitan PdPDT

Seterusnya, saya juga mencadangkan guru menayangkan klip video berkaitan PdPDT
semasa kelas dijalankan secara segerak. Contohnya, guru memaparkan klip video berkaitan topik
PdPDT daripada YouTube sebagai set induksi. Tujuan tayangan klip video yang digunakan
sebagai set induksi dalam PdPDT ini adalah unutk menimbulkan sikap inkuiri dalam diri murid-
murid iaitu lebih tertanya-tanya topik pelajaran mereka untuk hari itu. Maka, cadangan saya ini
secara langsung dapat menangkap perhatian dan fokus mereka sepenuhnya. Namun begitu,
tayangan klip video juga dapat digunakan sebagai rumusan kepada PdPDT. Menurut Jamalludin
& Zaidatun (2003), pendidik telah mengenal pasti kehebatan pengajaran berasaskan video
mampu menarik minat, meningkatkan motivasi dan pengalaman belajar. Tambahan pula, media
instruksi haruslah dikembangkan dengan kaedah yang betul agar murid-murid dapat memahami
kandungan atau idea yang disampaikan lebih berkesan untuk pembelajaran (A. Paivio, 1986).
Pada pandangan saya pula, kelainan dan keunikan yang dipaparkan untuk persembahkan bahan
pengajaran seperti menggunakan klip video membantu murid-murid untuk mendapatkan
maklumat yang lebih jelas dan tepat dengan lebih efektif. Cadangan saya ini mampu mewujudkan
suasana PdPDT yang aktif kerana sikap ingin tahu dalam diri murid-murid akan mendorong
mereka untuk terus berfikir sehingga mendapat jawapan kepada setiap persoalan mereka. Maka,
jelaslah bahawa guru perlu menayangkan klip video berkaitan PdPDT untuk mencapai objektif
peranan guru sebagai agen sosiolisasi.

15

3.0 Penutup
Konklusinya, kita hendaklah sentiasa melahirkan pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif

sebagai seorang guru yang juga merupakan agen sosiolisasi dalam dunia pendidikan. Meskipun
begitu, kebajikan murid-murid, ibu bapa bahkan guru wajar diambil kira bagi mengelakkan
bebanan kepada mana-mana pihak. Maka, bidang pendidikan dapat terus berkembang agar
dapat duduk sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain dalam dunia pendidikan di
peringkat global. Oleh itu, saya berharap semua cadangan kaedah PdP dapat diteruskan dan
dilaksanakan bagi mengimplementasikan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelektual dan sosial (JERIS) yang telah digariskan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).

16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS, TERENGGANU
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(PPISMP)
AMBILAN JUN 2020

SEMESTER 2

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK 2

NAMA : FAHIM HAIKAL BIN FARIZ @ MOHD FARIZ

ANGKA GILIRAN : 2020092310157

NO. KAD PENGENALAN : 020719-13-0307

KUMPULAN / UNIT : SEJARAH 2 (SK)

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063-PENGANTAR PENGAJIAN
PROFESIONAL

NAMA PENSYARAH : PUAN ANI SALWIAH BINTI ZAKARIA

TARIKH MULA : 14 FEBRUARI 2021

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

17

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

18

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA WABAK COVID-19

Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan proses
pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru
semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu yang
memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) dilaksanakan secara dalam talian.
Sepertimana yang kita tahu, platform untuk menjalankan pembelajaran atas talian adalah terlalu
banyak, namun untuk melaksanakannya tak semudah yang kita sangka kerana terdapat
kekangan atau cabaran pembelajaran atas talian yang perlu dihadapi bukan sahaja murid-murid
malah ibu bapa dan guru-guru. Antara cabaran yang ketara di Malaysia adalah ketiadaan akses
teknologi untuk pembelajaran atas talian, persekitaran yang kurang kondusif, rangkaian internet
yang lambat, tahap kemahiran penggunaan teknologi yang kurang dan sikap para pelajar yang
kurang memberikan tumpuan ketika sesi e-pembelajaran. Tegasnya, semua guru perlu
meningkatkan ilmu pengetahuan, ketabahan diri, kemahiran berfikir di luar kotak, perubahan
sikap dan kesiap-siagaan dalam menerima norma baharu dalam pendidikan terutama
pembelajaran dalam talian.

Salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat dilakukan oleh guru semasa
wabak Covid-19 tetapi tidak membebankan ibu bapa, guru serta murid adalah dengan
menggunakan bahan yang sedia ada di rumah sebagai satu medium pembelajaran. Sebagai
contoh, guru boleh menggunakan buku teks, majalah, surat khabar dan lain-lain yang untuk
mengajar. Guru boleh memberi latihan kepada murid-murid berdasarkan soalan yang terdapat
dalam buku teks atau guru juga boleh menyuruh pelajar untuk mencari isi atau huraian yang
menarik di dalam surat khabar atau guru juga boleh menyuruh pelajar mengeluarkan
semaksimum mungkin isi-isi dan maklumat penting melalui majalah dan novel yang telah ada itu.
Selepas itu, murid-murid perlu mengambil gambar nota atau latihan yang telah disiapkan itu dan
hantar kepada guru sebagai bukti menyiapkan tugas yang telah diberikan. Dengan menggunakan
kaedah pengajaran ini, guru-guru dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh murid-murid
dan masyarakat lain. Sejak kerajaan isytiharkan penutupan sekolah dan pembelajaran dilakukan
menerusi atas talian, ramai ibu bapa yang mula resah. Tidak semua ibu bapa berkemampuan
membeli peranti untuk semua anak yang bersekolah. Oleh itu, anak-anak mereka perlu berkongsi
peranti secara bergilir-gilir untuk menyertai kelas atas talian. Apabila kerja yang dibagi oleh guru
kurang menggunakan gadjet, maka ia dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa
tersebut.

19

Selain itu, kaedah lain dapat dilakukan oleh guru untuk mengurangkan beban murid-murid
adalah dengan melaksanakan kelas pada waktu yang sesuai dan kondusif. Antara masa yang
paling lapang dan sesuai untuk memulakan sesi pengajaran adalah pada waktu pagi iaitu sekitar
pukul 7 pagi sehingga 10 pagi. Hal ini kerana, pada waktu ini otak pelajar berada dalam keadaan
yang segar dan mempunyai tenaga yang optimum untuk belajar. Pada masa ini juga, pelajar
kurang mendapat tekanan daripada adik-beradik lain terutamanya adik yang masih kecik yang
selalu inginkan perhatian dari abang dan kakak untuk bermain. Namun begitu, para pelajar dapat
memberikan perhatian yang sepenuhnya di dalam 'kelas online' tersebut kerana rata-rata, kanak-
kanak akan bangun lebih lewat daripada orang dewasa. Suasana pembelajaran yang kondusif
adalah sangat penting untuk pelajar. Bagi keluarga yang memiliki rumah yang selesa pasti tidak
akan merasai masalah ini. Lain pula bagi golongan yang tinggal di rumah yang sempit dan perlu
berkongsi bilik bersama adik-beradik yang lain. Hal ini pasti menjadi satu cabaran pembelajaran
bagi para pelajar, tambahan lagi bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti
SPM. Suasana riuh di rumah menyebabkan mereka sukar untuk memberi tumpuan ketika sesi e-
pembelajaran dijalankan.

Di samping itu, untuk mengurangkan beban ibu bapa dan pelajar, guru seharusnya tidak
membebankan pelajar dengan memberi tugasan yang terlampau banyak kepada pelajar. Hal ini
membuatkan pelajar akan mengalami tekanan dan kemurungan lagi-lagi bagi pelajar yang akan
menduduki peperiksaan. Guru haruslah memberi kerja sekolah yang sederhana dan menetapkan
tarikh penghantaran kerja tersebut yang sesuai dengan kuantiti kerja tersebut. Sebagai guru yang
professional, guru itu seharusnya menjiwai dan memahami kehidupan para pelajar di rumah
lebih-lebih lagi pada musim Covid-19 ini. Di rumah, dikatakan terdapat segelintir ibu bapa seolah-
olah tidak memahami dan memberi tugasan rumah ketika anak perlu menyertai kelas secara atas
talian. Hal ini sangat berbahaya kerana ia dapat merenggangkan hubungan di antara ibu dan
anak dan jika perkara itu dibiar berlarutan, berkemungkinan besar anak-anak akan berasa
tertekan dan minat mereka untuk belajar akan berkurang menyebabkan fokus mereka terganggu
dan proses pembelajaran menjadi sia-sia.

Selain itu juga, guru juga boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu kelas pengajaran secara melalui saluran di televisyen yang
dikenali sebagai 'Edutv' untuk para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Guru tidak
perlu risau kerana kelas pembelajaraan televisyen kerana ia merangkumi semua tajuk yang
penting terutamanya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPM. Bukan itu
saja, kelas melalui televisyen ini akan diajar oleh guru-guru cemerlang dan berpengalaman di

20

seluruh Malaysia. Jadi, para pelajar dapat memahaminya dengan mudah. Ianya juga mempunyai
siri ulangan pembelajaran dan disediakan soalan tentang setiap topik yang dipelajari itu. Dengan
ini, pelajar boleh membuat kerja rumah yang diberikan oleh ibu bapa dan pada masa yang sama
pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam keadaan yang tenang. Di samping itu juga,
ibu bapa dapat menjimatkan data hotspot mereka untuk kegunaan yang lebih utama tambahan
pula aplikasi Google Meet yang biasa digunakan setiap kali kelas berjalan itu memakan jumlah
data yang sangat tinggi lebih-lebih lagi dalam kadar yang lama. Jika hal itu berterusan, sudah
pasti ia akan mengganggu kerja ibu bapa dan akan menambahkan beban di bahu mereka kerana
terpaksa melanggan data internet yang mahal setiap minggu dan menyebabkan kos sara hidup
menjadi tinggi. Kesannya, ibu bapa perlu gandakan usaha mereka dalam mencari duit untuk
menampung kos berkenaan lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang tidak miliki gaji yang tetap.
Tegasnya, guru perlulah berfikiran professional dan bijak mengatur strategi bagi supaya
pendidikan itu dapat sampai kepada pelajar dengan sempurna walau dengan apa cara sekalipun.

Selepas itu, kaedah lain yang dapat digunakan oleh guru adalah dengan melebihkan
pembelajaran secara tidak segerak berbanding segerak. Dengan melaksanakan kaedah ini,
pelajar dapat melakukan tugasan yang diberikan itu dengan mudah kerana tidak perlu
menggunakan data internet yang lama dan banyak. Bagi anak-anak yang tiada gadjet, ibu bapa
tidak perlu bersusah payah untuk memberi pinjam gadjet dalam masa yang lama kepada anak
anak mereka dan ibu bapa hanya perlu tunjuk sahaja soalan atau tugasan yang telah ditetapkan
oleh guru tesebut dan anak dapat membuat tugasan tersebut di buku latihan masing-masing
misalnya dan menghantar gambar tugasan tersebut apabila selesai. Jadi, jelaslah bahawa
dengan melakukan kelas secara tidak segerak, ia dapat meringankan beban para pelajar dan ibu
bapa khusunya.

Kesimpulannya, setiap pihak sama ada guru, pelajar atau ibu bapa mestilah berkerjasama
dalam mengatasi setiap masalah yang wujud agar pembelajaran atas talian menjadi satu kaedah
yang berkesan dalam menyampaikan ilmu tanpa menyebabkan sesiapa pun ketinggalan dalam
pelajaran khususnya dalam norma baharu ini.

21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN
(PPISMP)

AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1– PENULISAN ESEI

NAMA PELAJAR : FATIMAH ZUHAIRA BINTI WAHAB
ANGKA GILIRAN : 2020092310158

NO KAD PENGENALAN : 020609-11-0268

KUMPULAN/UNIT : SEJARAH 2

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063-PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

NAMA PENSYARAH : PUAN ANI SALWIAH BINTI ZAKARIA

TARIKH TERIMA : 21 MAC 2021
TARIKH HANTAR : 17 MAC 2021
NO. TEL : 014-6241 204

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :
22

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

23

1.1

Dunia dikejutkan dengan penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan pelbagai perkara
dalam rutin seharian berubah. Bermula dengan penekanan terhadap penjagaan kebersihan
sehingga ke Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan oleh kebanyakan negara
di dunia termasuk Malaysia. .Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja
menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan
menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan
norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PDP) dilaksanakan secara dalam talian.Dalam alaf baharu yang mengutamakan kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat, tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi
pendidikan dalam talian. Konteks pendidikan masa kini memerlukan guru menguasai dan
mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Walaubagaimana pun, pembelajaran dalam talian merupakan satu keperluan penting dalam
pendidikan Revolusi Industri 4.0 untuk generasi sekarang. Makanya, pada kala COVID-19
melanda, pertemuan bersemuka antara guru dan pelajar digantikan secara dalam talian melalui
aplikasi persidangan video seperti Zoom, Skype, MS Team, Google Hangout, Whatsapp, Google
Meet dan macam-macam lagi aplikasi ada disediakan untuk menyokong pembelajaran norma
baharu ini. Memandangkan aplikasi-aplikasi ini dianggap baru oleh sesetengah pendidik, mereka
juga perlu diberi latihan yang intensif untuk memastikan pengajaran mereka berkesan kepada
pelajar. Para pendidik juga perlu berguru, mendalami ilmu baharu ini demi memastikan ilmu yang
dikongsi, maksima impaknya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Teknologi Pendidikan
Malaysia, Prof Dr Mahizer Hamzah, berkata ramai guru masih memerlukan bimbingan mengenai
aspek teknikal pendidikan dalam talian, reka bentuk sesuai untuk pengembangan bahan
pengajaran digital serta sistem sokongan komprehensif. Begitu juga ketersediaan bahan
pengajaran mencukupi, sistem penjadualan dan pilihan pembelajaran lain untuk pelajar serta
guru yang tidak mempunyai akses internet.

Seterusnya ,demi kesinambungan kelas melalui arahan jelas daripada kerajaan.Hal Ini
membabitkan tindakan kolaboratif kerajaan melalui kementerian berkaitan untuk mengkaji cara
yang boleh diyakini agar sistem pendidikan dapat kembali normal dan memperkenalkan langkah
penting untuk berjaya dalam standard baharu sistem pendidikan. Usaha itu juga harus dilengkapi
pengawasan tepat terhadap sistem pendidikan khususnya kredibiliti sistem sedia ada dan
penggunaan kaedah pengajian baharu oleh pelajar serta guru untuk memudahkan penyediaan
strategi berkesan. Antara contoh baik ialah program TV Pendidikan baharu yang bermula 23

24

November lalu dan disiarkan di NTV7 menyediakan bahan pembelajaran kepada pelajar ketika
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Berdasarkan kenyataan Kementerian
Pendidikan (KPM), Program TV Pendidikan bertujuan meningkatkan akses pelajar kepada bahan
pembelajaran melalui saluran alternatif, selain pembelajaran dalam talian. Tidak diragukan lagi ia
usaha tepat kerajaan untuk membantu pelajar mendapatkan lebih banyak akses bahan
pembelajaran dan meringankan tanggungjawab pihak berkuasa pendidikan dalam menyediakan
bahan pembelajaran.

Selari dengan pembelajaran abad ke-21 (PAK21), tuntutan pembelajaran dalam talian yang
dituntut dalam norma baharu ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam pendidikan. Objektif
PAK21 ialah melatih pelajar menjadi lebih komunikatif, kolaboratif, kreatif dan kritis berfikir, yang
sudah pasti guru-guru perlu lebih maju ke hadapan dalam bidang teknologi agar dapat berkongsi
ilmu dengan lebih efektif. Guru tidak lagi berfungsi sebagai orang yang memberi ilmu malah,
peranan mereka ditambah baik dengan gelaran moderator yang bukan sahaja mengajar tetapi
mendidik pelajarnya untuk mendapatkan ilmu. Sejajar dengan kemajuan teknologi, ilmu bisa
diperoleh di hujung jari. Oleh itu, guru memberi panduan bagaimana pelajar boleh mendapat ilmu
dari pelbagai sumber dan kemudian dipersembahkan melalui aplikasi khas untuk pendidikan yang
tersedia dalam talian. Sebagai contoh, subjek yang berasaskan pembacaan atau teori, agak
bosan jika pembelajarannya menuntut banyak pembacaan dan menyalin nota.Guru boleh
memenyediakan

Guru yang kreatif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok seperti
mengarahkan pelajar mencari sendiri topik yang dibincangkan dalam talian. WIKIPEDIA dan
GOOGLE antara rujukan utama pelajar, mungkin sumber WIKIPEDIA tidak sahih namun,
GOOGLE adalah portal carian popular yang pelajar boleh guna untuk mencari rujukan yang lebih
meyakinkan. Malah, beberapa penerbit buku juga ada mendigitalkan buku teks sebagai e-book
untuk rujukan dalam talian. Ini memudahkan pelajar untuk membuat rujukan. Rumusan dari
pembacaan e-book, pelajar boleh mereka peta minda melalui aplikasi XMind, tugasan ini boleh
juga dilakukan secara berkumpulan, yang mana kemahiran berkomunikasi, bekerja secara
berkumpulan dan kepimpinan dapat diasah.

Kemahiran teknologi maklumat (IT) pelajar turut diasah melalui pelbagai aplikasi lain seperti
Keynote untuk menyediakan pembentangan tugasan yang diberi. Pembentangan juga boleh
dilakukan secara digital dengan berkongsi skrin (screen sharing). Jika dahulu, guru-guru lebih
senang mengajar secara tradisional, bersemuka dengan pelajar di kelas menggunakan kapur
.Berbalik kepada peranan moderator, komunikasi antara guru dan pelajar tidak hanya terhad

25

secara bersemuka, malah beberapa saluran tersedia seperti Telegram, Whatsapp, Google
Classroom atau iMessage. Aplikasi ini membantu guru menyampaikan maklumat, mengingatkan
tentang tugasan serta boleh menjadi platform sesi soal jawab. Ada banyak aplikasi lain lagi yang
guru-guru boleh gunakan bersama pelajar seperti iMovie, Keynote, Google Classroom, Garage
Band dan sebagainya.Oleh hal yang demikian , para pelajar akan

Konklusinya, guru perlu mempunyai anjakan paradigma untuk menerima senario baharu
pendidikan global dan menyiapkan generasi yang celik teknologi maklumat. Ini penting dalam
menyiapkan mereka (pelajar) bagi menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan bersedia
menjadi generasi digital Jika sebelum ini, ada segelintir guru dan pelajar sukar menerima kaedah
ini, namun sekarang mereka lebih kreatif. Mereka (guru dan pelajar) mendapat pengalaman
berinteraksi, berkomunikasi dan menonton video dalam membina pengajaran mantap dalam
proses PdP yang berkesan.Dan seorang guru yang ilkhlas mengajar tidak akan berkira dengan
pelajarnya tatkala berkongsi ilmu, betullah kata pepatah, guru itu ibarat lilin, yang sanggup
membakar dirinya demi menerangi kehidupan orang lain. Pengenalan kepada norma baharu
yang terarah kepada pengajaran berpusatkan pelajar (student based-learning) tidak
mengehadkan peranan guru untuk berbakti. Pelbagai inisiatif telah diambil untuk memastikan
generasi muda negara dididik dengan sempurna selaras dengan perkembangan dunia semasa
dalam melengkapi keperluan Revolusi Industri 4.0.

1.2

Akibat daripada pandemik covid-19 masyarakat global terpaksa mengubah normal dan gaya
hidup mereka sekali gus keluar daripada kebiasaan akibat pandemik Covid-19.Struktur
pembelajaran dalam bidang pendidikan juga tidak terkecuali kesan daripada virus itu yang
berpaksikan guru-murid secara langsung menggunakan kaedah pembelajaran secara dalam
talian. Guru bimbingan dan kaunseling, Abdul Muiez Ruslee berkata, dengan kehadiran pelbagai
teknologi pendidikan masa kini, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak lagi
semestinya berlaku secara bersemuka lebih-lebih lagi dengan keadaan sukar pada hari
ini.Malaysia pada hari ini sudah Dalam konteks ini, pada hari ini pun bukan setakat jurang digital
sahaja yang akan bertambah luas, jurang antara yang kaya dan miskin juga akan terus melebar.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pengajian tinggi (IPT) negara berubah
wajah daripada pengajaran tradisional berbentuk kuliah kepada pembelajaran maya. Medium

26

pembelajaran dalam talian membantu pelajar bertukar idea, berkomunikasi dan menyelesaikan
tugasan minggu mereka hingga akhir semester. Penggunaan aplikasi pembelajaran secara maya
juga memerlukan kemahiran terutama pensyarah.Persoalannya,apakah kaedah yang boleh
digunakan untuk memastikan PdP sentiasa berlangsung akan tetaoi tidak membebankan mana-
mana pihak sewaktu wabak covid-19 menyerang negara kita?

Pada hemat saya,kaedah yang sudah tidak asing lagi bagi meneruskan PdPR walaupun dalam
keadaan pandemik adalah melalui e-pembelajaran. KPM sudah banyak melaksanakan pelbagai
inisiatif, antaranya pembelajaran dalam talian bagi meletakkan sistem pendidikan negara
setanding negara maju. Ini diterjemahkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 dengan menjadikan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa serta memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di Malaysia. Namun, pelan ini perlu diperkukuhkan dengan mewujudkan satu
dasar pembelajaran dalam talian yang jelas bagi memastikan setiap pihak memainkan peranan
masing-masing untuk memastikan matlamat ini tercapai. Kementerian Pendidikan Malaysia
menyediakan garis panduan untuk pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar untuk
menjalankan pembelajaran atas talian kepada pelajar semasa PKP, terutama melalui portal
pembelajarannya. platform itu menyediakan pautan kepada alat komunikasi seperti Google
Classroom dan Microsoft Team untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah yang boleh
digunakan juga melalui telefon pintar sahaja. Aplikasi ini adalah sangat bagus dek kerana ia
adalah percuma. Statistik menunjukkan bahawa 22.00 milion rakyat Malaysia termasuk guru dan
pelajar yang mempunyai alat peranti. internet yang banyak..Ibu bapa juga boleh mengambil
cakna mengenai hasil pembelajaran anak-anak mereka. Walaubagaimanapun, ada yang
berpendapat pembelajaran secara online sukar kerana pengajar tidak boleh berinteraksi secara
terus ‘face to face’ dengan pelajar.Namun, kaedah ini dapat diatasi dengan aplikasi teknologi
pada masa kini seperti Whatsapp Video Call, Skype, Zoom, Microsoft Teams dan banyak lagi
aplikasi lain. Modul-modul pembelajaran telah di digitalkan dan dimasukkan kedalam platform
tersebut untuk memudahkan pengguna menggunakannya. Platform ini menyediakan kursus-
kursus untuk tenaga pengajar dan juga pelajar untuk terus menggunakannya semaksimum yang
mungkin ke arah pembelajaran yang interaktif, inovatif dan kreatif. . Daripada kaji selidik KPM,
didapati pemilikan peranti eletronik seperti komputer dan telefon pintar untuk membolehkan PdPc
dilaksanakan di rumah agak terhad. Hanya enam peratus murid mempunyai komputer peribadi,
tablet (5.67 peratus), komputer riba (9 peratus) dan telefon pintar (46 peratus). Untuk memastikan
objektif tercapai dan sampai ke golongan sasaran iaitu murid, KPM perlu meneliti kaedah terbaik
dalam menghadapi kekangan itu. Guru-guru juga perlu menetapkan kaedah terbaik yang lebih

27

sesuai untuk diguna pakai dalam memastikan proses pembelajaran diteruskan dan dapat dicapai
dengan baik oleh golongan sasaran.

Selain itu ,keadeh yang boleh digunakan untuk memudahkan proses PdPR ialah guru-guru
boleh menyediakan link pautan video yang sudah tersedia didalam saluran youtube berkaitan
dengan pendidikan kepada pelajar untuk pelajar membuat analisis mengenai video yang sudah
ditonton.Kaedah ini amat memudahkan urusan semua pihak kerana aplikasi yang mampu
diakses oleh murid seperti kemampuan melanggan internet, capaian internet yang stabil dan
aplikasi yang tidak terlalu rumit untuk ibu bapa dan pelajar untuk log masuk. Tambahan lagi
,aplikasi youtube meraikan kehendak dan kemahuan kebanyakan ibu bapa dan pelajar samada
pihak yang pro video conference mahu pun pihak yang kurang mampu menyediakan data
internet. E-pembelajaran menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip ‘-just-
intime’, dengan kompetensi ‘anywhere, anytime, anyone’. Sistem e-pembelajaran ibarat satu
suasana pembelajaran berdimensi baharu. Rata-rata murid berasa seronok dan mereka memang
suka suasana pembelajaran sebegini berbanding belajar di dalam kelas yang mereka anggap
terbatas dan terkurung.

Seterusnya, dengan kewujudan teknologi , pelajar tidak dapat memberi pelbagai alasan untuk
tidak menghabiskan tugasan. Peranan dan fungsi pensyarah secara dalam talian mendorong,
menasihat, menggalak dan menarik lebih ramai pelajar dalam proses interaksi belajar
kendiri.Proses pembelajaran menggunakan platform internet membolehkan pelajar memahami
permasalahan nyata secara komunikasi maya. Pelajar dapat merumuskan tujuan belajar dan
merefleksi kembali apa yang dipelajari.Oleh kerana pembelajaran dalam talian dapat dilakukan
di mana sahaja dan bila-bila masa oleh pelajar dan pensyarah, tugas diberikan harus diselesaikan
mengikut jangka masa diberikan. Tujuan meletakkan PdP dalam talian sebagai platform utama
dalam sistem pendidikan merangsang peningkatan kemahiran teknologi maklumat (IT) dalam
kalangan pelajar dan pensyarah.Penekanan andragogi dan pedagogi membuka ruang baharu
kepada pelajar di IPT hari ini menggunakan kemudahan teknologi canggih untuk pengembangan
ilmu dan peribadi dengan lebih baik.Dengan kemahiran IT yang baik, pelajar dan pensyarah
bukan sahaja dapat memenuhi keperluan sukatan pelajaran mengikut kursus, malah dapat
meningkatkan pengetahuan berkomunikasi secara dalam talian.

Kaedah seterusnya adalah dengan cara mengadakan Quizz Teori e-pembelajaran berpendapat
bahawa murid dapat mengawal pembelajaran mereka dengan lebih baik melalui peluang
pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendirian. Mereka sangat gembira lebih-lebih
lagi berpeluang mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan dan aktiviti dalam talian.

28

Perkara penting yang ibu bapa perlu fahami dalam e-pembelajaran ini ialah guru hanya
membantu murid dan berfungsi sebagai pemudah cara. Ibu bapa perlu rajin dan bijak
menyediakan proses pembelajaran untuk anak di rumah. Proses e-pembelajaran bukan sahaja
mengubah peranan guru, bahkan mengubah peranan ibu bapa di rumah, lebih-lebih lagi peranan
ibu bapa yang anaknya masih di Tahun Satu hingga Tahun Tiga. Murid ini pasti tidak mampu
melakukan tugasan dalam talian dengan kendiri. Ibu bapa perlu membantu dan memantau aktiviti
anak. Maka ini akan menjadi cabaran baharu kepada ibu bapa untuk mewujudkan suasana
pembelajaran di rumah.

Akhir sekali, guru hendaklah mengurangkan waktu penggunaan Google Meet. Hal ini bertujuan
untuk mengurangkan bebanan ibu bapa untuk membeli atau menyediakan kemudahan pelan
data kepada anak-anak. Memang kerajaan bagi internet percuma, tapi dalam keadaan sekarang
yang semua orang kena duduk di rumah sudah pastinya capaian akan menjadi perlahan sekali
gus menyukarkan kami untuk memuat turun aktiviti anak-anak. Bagaimanapun, bermula dengan
kekurangan akses internet oleh ibu bapa dan pelajar, pembelajaran secara atas talian terbukti
menjadi cabaran kepada guru yang berjuang untuk memastikan pengajaran berterusan. Buat
masa ini TV Pendidikan disiarkan melalui saluran TV Okey selama dua jam sehari dan ia
menyiarkan pembelajaran bagi murid tahun satu, empat lima dan enam, selain tingkatan empat
serta lima. Syarikat telekomunikasi pula mengambil inisiatif tambahan dengan memberikan pakej
internet percuma khas kepada pelajar seluruh negara.Inisiatif diambil syarikat telekomunikasi ini
wajar dipuji kerana jelas menyokong usaha kerajaan dalam meningkatkan capaian internet dalam
kalangan penduduk.Bantuan pakej internet cukup bermakna ketika PKP dikuatkuasakan. Pelajar
dapat menggunakan data yang dikhususkan untuk sesi pembelajaran dalam talian. Bagi
pensyarah pula, ia dapat membantu mereka menyampaikan kuliah seperti sedia kala.Hal ini
membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan walaupun tanpa perlu bersemuka

Kesimpulannya,dalam usaha memenuhi matlamat sekolah dan Falsafah Pendidikan,guru perlu
memainkan peranan yang sejajar untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat sebagai
amalam tegar. Guru juga mestilah bertindak sebagai seorang penyiasat yang aktif untuk
menghidupkan budaya penyelidik,menjadi pemikir yang kritikal dengan mengamalkan budaya
pemikiran reflektif , bersikap terarah kendiri dengan rutin budaya yang menginginkan ilmu
pengetahuan. Oleh itu , guru perlu mencari kaedah yang baik untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran sentiasa berlaku walau dalam keadaan negara kita yang masih dilanda wabak
Covid-19 ini.

29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN
(PPISMP)

AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1 – PENULISAN AKADEMIK

NAMA PELAJAR : FATIN NURISHA BINTI MOHAMAD YUSOFF

ANGKA GILIRAN : 2020092310159

NO KAD PENGENALAN : 020402-03-0594

KUMPULAN/UNIT : SEJARAH 2

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063-PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

NAMA PENSYARAH : PUAN ANI SALWIAH BINTI ZAKARIA

TARIKH TERIMA : 14 FEBRUARI 2021

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

NO. TEL : 01119783456

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

30

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

31

1.2 PENULISAN AKADEMIK 2

Kerjaya sebagai seorang guru dan pendidik terutamanya ketika wabak Covid-19 sedang
menular di seluruh dunia merupakan sebuah tanggungjawab yang besar dan bukanlah semudah
yang disangka kerana tugas guru bukan sekadar memberikan pendidikan dan menyampaikan
ilmu. Pelbagai isu dan cabaran telah timbul berkenaan tugas guru sepanjang pandemik Covid-19
ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang merencatkan segala
perkara dalam rutin seharian. Pelaksanaan PKP telah memaksa semua sekolah ditutup sehingga
memerlukan pemimpin sekolah dan guru-guru menstrukturkan semula proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) kepada pembelajaran berteknologi digital dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR). Guru sebagai agen sosialisasi yang paling berpengaruh perlulah memainkan peranan
utama dalam membentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa wabak Covid-19 yang
berkesan tetapi tidak membebankan ibu bapa, murid dan guru sendiri.

Antara isu hangat berkenaan dengan pendidikan semasa wabak Covid-19 ini ialah, ramai
pelajar tidak mampu mengikuti proses PdP kerana kurang mahir dengan telefon pintar dan
platform-platform yang digunakan oleh guru. Antara kaedah berkesan yang boleh dilaksanakan
bagi mengurangkan beban ibu bapa, guru serta murid ialah PdP diadakan melalui platform
tertentu dan terpilih sahaja di media sosial. Guru perlu bijak memilih platform yang biasa dan
cekap untuk digunakan oleh semua contohnya Whatsapp, Google Classroom dan Google Meet.
Platform yang tidak biasa digunakan oleh ibu bapa dan pelajar misalnya Youtube, Instagram,
Skype dan sebagainya perlu dielakkan supaya tidak timbul isu membebankan pihak ibu bapa dan
pelajar. Kita sebagai guru perlu sedar akan hakikat bahawa ibu bapa terutama yang sudah
berusia dan pelajar-pelajar yang masih bersekolah rendah kebanyakannya belum mahir
menggunakan telefon pintar dan pelbagai media sosial yang ada pada hari ini. Disebabkan inilah,
guru perlu peka, prihatin dan bijak memilih platform yang dapat digunakan dengan cekap oleh
ibu bapa dan pelajar supaya proses PdP berjalan dengan lancar. Penggunaan Whatsapp boleh
dikhaskan untuk berkomunikasi dengan pelajar yang mempunyai sebarang pertanyaan atau
masalah dan guru juga boleh membimbing pelajar dengan memberikan tunjuk ajar melalui
Whatsapp. Google Classroom pula boleh dijadikan medium untuk menghantar atau memberikan
tugas, menyediakan nota dan rujukan kepada pelajar. Manakala Google Meet pula adalah
platform buat guru-guru mengajar secara bersemuka atas talian dengan cara menggunakan slide
Power Point, audio, video dan sebagainya. Penggunaan platform yang tertentu sahaja ini juga
akan dapat membantu guru menyelaraskan cara pembelajaran secara atas talian bagi pelajar

32

terutama yang mempunyai adik beradik yang masih ramai bersekolah dan terpaksa bergilir-gilir
menggunakan telefon bimbit atau komputer di rumah untuk mengikuti proses PdPR. Tegasnya,
meskipun perkara ini dilihat sebagai perkara remeh, namun ia sebenarnya boleh memberi impak
yang besar sekiranya semua guru menetapkan platform tertentu sahaja untuk PdP kerana
pastinya akan sangat membantu pihak ibu bapa, pelajar dan guru itu sendiri sepanjang
pembelajaran secara atas talian berlangsung.

Selain itu, berikutan PdP di seluruh institusi pendidikan negara yang berubah daripada
secara bersemuka kepada dalam talian, maka guru sebagai agen sosiolisasi sewajarnya
meningkatkan kemahiran teknologi dan komunikasi (ICT) supaya ibu bapa, pelajar dan guru juga
tidak dibebani dengan pelbagai masalah. Contoh masalah yang membelenggu banyak pihak
ketika pembelajaran secara atas talian ini ialah, prestasi pelajar semakin merudum kerana
sebahagian besar daripada mereka tidak menunjukkan minat dan kurang fokus. Pelajar merasa
bosan, tidak aktif dan jemu kerana tidak dapat bertemu rakan-rakan di sekolah seperti sediakala
sehingga menyebabkan mereka tidak mampu menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas.
Oleh itu, guru harus memilih kaedah PdP yang boleh menarik minat serta mencabar kebolehan
pelajar, merangsang pembelajaran dan menyeronokkan, berjaya melepaskan horizon intelektual,
sosial, moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif seperti merasa penting untuk belajar
serta berguna untuk masa hadapan.

Justeru, satu anjakan paradigma harus dilakukan guru-guru untuk meningkatkan
kemahiran ICT dengan penggunaan multimedia dalam PdP. Melalui penggunaan ICT sebagai
alat bantu mengajar, maka proses PdP akan menjadi lebih menarik dan berkesan contohnya
menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan guru hanya perlu mengaplikasikan
alatan tersebut ke dalam proses PdP. Melalui cara ini, PdP dapat dijalankan dengan lebih mudah,
ringkas dan padat kerana pelajar didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta
mudah untuk difahami. Pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan kerana tertarik dengan
gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Sebagai contoh, guru boleh menunjukkan
video berdurasi pendek sebagai selingan atau mengadakan kuiz dalam talian Quizizz ketika PdP.
Dengan kemahiran ICT, guru dapat mempelbagaikan proses PdP dan bukan hanya tertumpu
kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT, guru
dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu
subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat
terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet juga membolehkan guru

33

dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat. Melalui
cara ini kualiti PdP akan lebih berkesan serta tidak membebankan semua pihak kerana dengan
ICT, guru dapat membuat persiapan dan bersedia lebih awal manakala pelajar menjadi lebih
berminat terhadap PdP. Ibu bapa juga tidak lagi perlu berhadapan dengan masalah anak-anak
mereka yang bosan dan enggan masuk kelas ketika PdP berlangsung.

Seterusnya, bagi meringankan beban dan menjadikan PdP berkesan dalam tempoh
pandemik ini, guru perlu mengatur masa dengan baik untuk memberikan tugas kepada murid-
murid. Hal ini kerana, terdapat banyak rungutan daripada pelajar khususnya yang menyatakan
bahawa mereka tidak sempat untuk menyiapkan tugasan yang banyak berikutan guru-guru setiap
subjek memberikan latihan dan tugasan secara serentak pada setiap hari. Guru-guru perlu
memberikan tugasan dalam kuantiti yang munasabah untuk disiapkan oleh pelajar. Selain itu
juga, guru mestilah menetapkan masa yang sesuai untuk pelajar menghantar tugasan tersebut.
Sebagai contoh, tugasan yang diberikan boleh dihantar seminggu kemudian bagi memudahkan
pelajar menyusun jadual belajar mereka. Dengan cara ini, pelajar dapat menyelesaikan tugasan
mereka dengan penuh teliti dan menetapi kehendak tugasan serta arahan guru dengan
sempurna. Pelajar juga dapat memahami dengan sepenuhnya ilmu yang disampaikan oleh guru.
Sekiranya guru memberikan masa yang singkat kepada para pelajar untuk menyiapkan tugasan,
maka tugasan tersebut akan dilakukan dengan tergesa-gesa dan sambil lewa kerana pelajar
terpaksa mengejar masa hingga menyebabkan mereka mengamalkan konsep “asal siap” yang
bermaksud tugasan tersebut hanya perlu disiapkan dan bukannya untuk menambah pemahaman
dan ilmu mereka. Akibatnya, prestasi pelajar jatuh merudum kerana pelajar tidak memahami dan
mendalami pengisian yang diajar oleh guru. Justeru, kaedah ini perlu dilaksanakan oleh guru bagi
memastikan PdP yang dijalankan adalah berkesan. Pelajar juga tidak lagi dibebani dengan
tugasan yang menimbun sehingga menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Kesimpulannya, wabak Covid-19 tidak seharusnya dijadikan alasan dan halangan untuk
menjadikan PdP itu sesuatu bebanan kepada semua pihak yang terlibat. Guru sebagai agen
sosiolisasi perlu berfikir selangkah ke hadapan berbanding yang lain kerana guru merupakan
insan yang boleh memberi impak besar terhadap negara. Namun, pihak ibu bapa, guru,
masyarakat serta kerajaan juga perlu memainkan peranan masing-masing bersama-sama guru
bagi memastikan pendidikan terus kekal menjadi keutamaan buat pelajar.

34

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PPISMP)
AMBILAN OGOS 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1.2 : PENULISAN AKADEMIK 2

NAMA PELAJAR : Muhamad Helmi Shafi Bin Sharolnizam
ANGKA GILIRAN : 2020092310160

NO KAD PENGENALAN : 010427030575

KUMPULAN/UNIT : SEJARAH 2 (SK)

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063

NAMA PENSYARAH : ANI SALWIAH BINTI ZAKARIA

TARIKH MULA : 14 FEBRUARI 2021

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

NO. TEL : 0145220414

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

35

Pandemik Covid-19 memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan, pendidikan,
ekonomi, kewangan dan lain-lain sehingga mengakibatkan beberapa negara termasuk Malaysia
mengambil langkah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rakyat dinasihatkan
untuk terus kekal di rumah, bekerja dari rumah, pergerakan di luar rumah dihadkan, memakai
pelitup hidung dan mulut, kerap cuci tangan, menjaga penjarakan sosial dan sebagainya
sebagai langkah-langkah pencegahan pandemik ini. Penutupan institut pendidikan tinggi dan
sekolah disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini telah memberi kesan terhadap struktur
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Pada 16 Mei 2020, Majlis Keselamatan Malaysia (MKN)
telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti
akademik di kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP. KPT menerusi
kenyataan media bertarikh 27 Mei 2020 memaklumkan bahawa semua aktiviti PdP hendaklah
dilaksanakan secara atas talian sehingga 31 Disember 2020. Sebagai seorang guru, saya
haruslah menggunakan kaedah dan pendekatan yang sesuai bagi memastikan proses PdP tetap
berjalan dengan lancar.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran pertama yang boleh digunakan semasa wabak
Covid-19 adalah dengan menggunakan aplikasi seperti google classroom, google meet dan zoom
untuk melaksanakan proses PdP. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling banyak digunakan
oleh para guru pada ketika ini. Hal ini kerana aplikasi ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk
tujuan pembelajaran contohnya google classroom yang telah menyediakan tapak untuk guru
menghantar latihan kepada pelajar. Pelajar juga akan mudah untuk menghantar latihan yang
telah mereka siapkan menerusi aplikasi google classroom kerana telah disediakan tempat untuk
pelajar menghantar tugasan yang diberikan. Selain itu, google classroom juga akan memudahkan
guru untuk membuat penilaian dan pentaksiran. Guru boleh memberikan markah dengan mudah
untuk setiap tugasan murid dan membuat pentaksiran kerana terdapat pengredan dan rekod yang
tersusun. Guru juga memberikan maklum balas terhadap setiap tugasan yang diberikan kerana
setiap tugasan terdapat ruang maklum balas guru. Dengan itu, murid dapat mengetahui perkara
yang mereka perlu baiki. Bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar untuk mengakses ke aplikasi-
aplikasi pembelajaran ini, guru haruslah memberikan penerangan tentang cara menggunakan
aplikasi ini kerana terdapat segelintir ibu bapa dan pelajar yang tidak celik IT. Penerangan yang
dibuat oleh guru boleh dilakukan melalui pelbagai bentuk contohnya melalui video bagi
memastikan pelajar dan ibu bapa betul-betul faham tentang kaedah menggunakan
aplikasi=aplikasi ini. Hal ini perlu diambil berat oleh guru bagi memastikan setiap pelajar dapat
mengikuti PdP yang dilaksanakan.

36

Selain itu, kaedah yang boleh digunakan oleh guru ialah mengadakan kuiz secara atas
talian menggunakan aplikasi quizziz. Quizizz adalah salah satu aplikasi yang menarik untuk
digunakan dalam pendidikan. Ia dianggap mampu menggantikan cara lama kuiz yang hanya
melibatkan kertas dan pen, yang dilihat sebagai membosankan. Quizizz mempunyai elemen-
elemen yang menarik seperti avatar, “leaderboard” dan “meme” yang dapat menarik minat
pelajar. Quizizz adalah percuma dan tidak memerlukan apa-apa bayaran. Melalui quizizz
seseorang dapat mencipta kuiz baharu atau mencuba kuiz yang telah tersedia yang dicipta oleh
pengguna Quizizz. Jadi guru mempunyai pilihan sama ada ingin mencipta kuiz sendiri ataupun
menggunakan kuiz yang sedia ada yang dilihat mampu untuk dijawab oleh para pelajar. Kaedah
untuk mencipta kuiz di aplikasi ini adalah sangat mudah kerana terdapat banyak video di youtube
yang menerangkan cara untuk mencipta kuiz di quizziz. Kaedah untuk mengakses ke quizizz juga
sangat mudah, para pelajar hanya perlu menekan pada pautan laman web yang dihantar oleh
guru untuk mengakses ke laman quizziz yang telah dibuat oleh guru.

Kaedah lain yang boleh digunakan oleh guru ialah dengan menyediakan video mengajar.
Selain menggunakan kaedah PdP secara segerak menggunakan aplikasi google meet, guru juga
boleh mengadakan PdP secara tidak segerak dengan menghantar video mengajar kepada
pelajar. Pembelajaran dengan kaedah ini dianggap lebih fleksibel kerana akan memudahkan
pelajar untuk menonton video tersebut pada bila-bila masa walau di mana mereka berada. Hal
ini bermaksud pembelajaran berlaku mengikut jadual pelajar sendiri. Pelajar juga dapat menonton
video tersebut beberapa kali sehingga mereka betul-betul faham apa yang disampaikan oleh guru
dalam video tersebut. Guru boleh memuat naik video mengajarnya di pelbagai platform sama ada
youtube, google classroom ataupun whatsapp. Pada pendapat saya, youtube merupakan
medium yang paling tepat untuk guru memuat naik video mereka kerana pelbagai lapisan
masyarakat dapat menonton video tersebut termasuklah pelajar dan orang dewasa. Hal ini secara
tidak langsung akan memberikan ilmu kepada mereka yang menonton.

Kaedah pembelajaran yang keempat yang boleh digunakan oleh guru ialah dengan
menggalakkan para pelajar belajar melalui saluran televisyen. Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) juga telah mengambil pendekatan dengan mengadakan sesi pembelajaran melalui
televisyen pendidikan menerusi saluran RTM dan TV Okey bagi pelajar yang tidak mempunyai
saluran astro di rumah. Sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan ini akan menawarkan
siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di negara ini. Pendekatan ini dapat
memberikan akses pendidikan kepada semua pelajar kerana rata-rata pelajar mempunyai
televisyen di rumah masing-masing. Hal ini juga dapat memudahkan pelajar yang tidak mendapat

37

akses internet di rumah untuk mencari maklumat tentang pembelajaran. Waktu siaran slot TV
Pendidikan adalah pada jam 9 hingga 10 pagi dan jam 1 tengah hari hingga 2 petang yang mana
waktu ini merupakan waktu yang optimum untuk pelajar belajar. Slot pendidikan dalam siaran
televisyen ini dilihat dapat membantu pelajar mempelbagaikan teknik pembelajaran dan
meningkatkan kefahaman dalam menguasai subjek tertentu.

Kaedah pembelajaran norma baharu terakhir yang boleh dilakukan oleh guru ialah guru
boleh menyediakan bahan latihan kepada pelajar dan menyuruh ibu bapa pelajar untuk
mengambil bahan tersebut di sekolah. Proses pengambilan bahan latihan ini perlulah mengikut
Garis Panduan & Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan supaya perbuatan tersebut tidak
dikira sebagai melanggar arahan kerajaan. Antara SOP yang perlu ditetapkan ialah hanya salah
seorang penjaga yang dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk mengambil latihan daripada
guru bagi mengelakkan kesesakan di dalam kawasan sekolah. Bagi memudahkan ibu bapa, guru
boleh meletakkan bahan latihan tersebut di pondok pengawal supaya mudah untuk ibu bapa
mengambilnya pada bila-bila masa. Hal ini penting kerana mungkin terdapat ibu bapa yang sibuk
dan tidak sempat untuk berjumpa dengan guru untuk mengambil latihan kepada anaknya.
Dengan meletakkan latihan di pondok pengawal, ibu bapa tidak perlu tergesa-gesa dan
meninggalkan kerjanya hanya semata-mata untuk mengambil latihan kepada anaknya di sekolah.

Kesimpulannya, walaupun dilanda pandemik Covid-19 para guru haruslah mencari jalan
untuk meneruskan proses PdP tanpa membebankan mana-mana pihak termasuk guru, ibu bapa
dan pelajar. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan PdP tetap
berjalan. Bagi pihak pelajar, pelajar perlulah pandai menguruskan masa dan membiasakan diri
dengan pembelajaran norma baharu yang diperkenalkan. Ibu bapa juga haruslah sentiasa
menyokong dan sedia menghulurkan bantuan demi pembelajaran anak-anak.

38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)

AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1 – PENULISAN ESEI

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD AFIQ FIKRY BIN FAKHRUDDIN
ANGKA GILIRAN : 2020092310161

NO KAD PENGENALAN : 020702030721

KUMPULAN/UNIT : SEJARAH 2

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063-PENGANTAR PENGAJIAN PROFESSIONAL

NAMA PENSYARAH : ANI SALWIAH BINTI ZAKARIA

TARIKH TERIMA : 14 FEBRUARI 2021

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

NO. TEL : 0136722799

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

39

1.0 PENGENALAN

Dasawarsa ini, wabak pandemic Covid 19 kian merebak dari hari ke hari. Pelbagai usaha
telah dilakukan oleh kerajaan untuk mencegah masalah ini sehingga ke akar umbi. Bak kata
pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Bukan sahaja di negara kita, malah ia juga
turut membebankan negara tetangga yang lain. Bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia
lebih-lebih lagi generasi muda masa ini, kerajaan perlu mencari insentif yang berkesan untuk
mengelakkan kesihatan mereka terjejas oleh wabak ini. Oleh itu, kerajaan telah menutup sekolah
dan pelbagai lagi sektor supaya dapat mengakhiri wabak yang tidak diundang ini. Pelajar sekolah
akan ketinggalan di dalam pembelajaran sekiranya sekolah tetap ditutup tanpa adanya insentif
lain untuk melanjutkan proses pembelajaran. Lebih menyayat hati lagi, tidak semua ibu bapa
mampu membeli alat yang canggih dan membayar guru tuisyen untuk mengajar anak mereka di
rumah masing-masing. Persoalannya, apakah cara untuk melanjutkan proses pembelajaran yang
berkesan tanpa perlu membebankan ibu bapa pelajar?

2.0 MEMBERI KERJA SEKOLAH KEPADA IBU BAPA

Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai cara untuk terus melanjutkan
pembelajaran tanpa berkumpul di sekolah dan tidak membebankan ibu bapa. Antaranya ialah
guru-guru boleh memberi kerja sekolah kepada murid-murid dengan mencipta jadual untuk ibu
bapa mengambilnya di sekolah. Guru boleh meletakkan kerja sekolah di dalam fail yang telah
ditulis nama murid-murid. Tambahan lagi, guru juga boleh meletakkan kaedah menjawab ataupun
jawapan kepada soalan tersebut untuk diberikan kepada ibu bapa. Ia bagi memastikan ibu bapa
juga boleh membantu pelajar untuk terus menambahkan ilmu semasa belajar di rumah. Sekaligus
ibu bapa juga boleh menambahkan ataupun mengingati semula ilmu-ilmu yang dipelajari mereka
lebih-lebih subjek sejarah yang semakin dilupakan generasi muda zaman kini. Imam Syafie
pernah berkata “Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat
membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan
dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran.”

40

3.0 GOOGLE MEET

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan pembelajaran secara atas talian
seperti menggunakan platform google meet. Ianya jelas dapat membantu pelajar mempelajari
sesuatu subjek dengan lebih berkesan kerana dapat bersemuka dengan guru secara atas talian.
Guru-guru juga senang untuk mengajar dan berinteraksi dengan murid-murid jika terdapat
pelbagai kemusykilan atau apa-apa masalah yang berkaitan dengan pembelajaran. Guru juga
dapat meningkatkan tahap kesediaan para pelajarnya dengan menanyakan soalan semasa
mengajar supaya murid-murid mendengar dengan teliti proses pembelajaran tersebut. Walaupun
demikian, penggunaan platform google tidak seharusnya dijalan setiap hari kerana ia akan
membebankan para pelajar dan juga ibu bapa. Umum mengetahui bahawa penggunaan google
akan menjejaskan begitu banyak data internet dan tidak semua ibu bapa mampu dan dapat
membeli wifi semasa di rumah. Oleh itu, guru perlulah bijak merancang tempoh penggunaan
google meet ini supaya tidak membebankan para pelajar. Menurut sumber Berita Harian Online,
SKMM berkata "Peruntukan data percuma sejak April 2020 ini adalah tambahan kepada pakej
langganan data sedia ada dan boleh digunakan untuk mengakses platform sidang video serta
menguruskan bahan pengajaran menerusi e-mel sepanjang hari tanpa sekatan waktu,". Hal ini
jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan telah banyak membantu ibu bapa untuk menjayakan
kelas secara atas talian ini.

4.0 TV PENDIDIKAN

Bukan itu sahaja, malah kerajaan juga boleh menyediakan saluran televisyen untuk
memudahkan lagi proses pembelajara ini. Usaha ini sepatutnya amatlah ditekankan kerana
setiap rumah zaman sekarang semestinya mempunyai sebuah televisyen untuk digunakan.
Murid-murid juga boleh berkongsi televisyen di rumah rakan yang berdekatan sekiranya di rumah
mereka tiada satu pun gadjet seperti tv dan telefon pintar untuk meneruskan permbelajaran.
Kerajaan perlu mencipta satu saluran yang telah di khaskan untuk menyiarkan proses
pembelajaran tersebut. Guru-guru cemerlang akan dipanggil untuk merakam ataupun mengajar
secara lanngsung di dalam saluran yang akan disiarkan tersebut. Tidak seperti Astro Tutor TV
yang memerlukan ibu bapa melanggan astro supaya dapat melihatnya. Tambahan lagi, jadual
kelas boleh disiarkan di mana-mana akhbar dan di dalam saluran tersebut supaya pelajar-pelajar
dapat bersedia dengan awal sebelum kelas bermula. Menurut sumber Sinar Harian, KPM
menyatakan “slot Program TV Pendidikan itu merupakan usaha untuk membolehkan murid

41

mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada
pembelajaran dalam talian terutamanya semasa lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”.
Oleh itu, pihak yang berwajibn seharusnya memperkasakan lagi usaha ini supaya dapat
membentuk pelajar yang cemerlang walaupun di dalam situasi covid 19 yang kian memuncak ini.

5.0 GOOGLE CLASSROOM
Seterusnya, pembelajaran secara google classroom juga merupakan salah satu cara yang terbaik
untuk membantu pembelajaran secara berkesan dan tidak membebankan guru, ibu bapa dan
murid. Penggunaan google classroom boleh digilirkan dengan penggunaan google meet supaya
penggunaan data internet para pelajar dapat dijimatkan dan tidak membazir. Guru boleh
berkongsi apa-apa maklumat atau memberi kerja sekolah di dalam pelbagai bentuk seperti pdf,
laman web ataupun video dengan menggunakan google classroom ini. Pelajar juga dapat
melakukan kerja yang diberi mengikut waktu mereka sendiri tidak seperti google meet yang perlu
berada di depan gadjet masing-masing pada waktu yang bersamaan. Seperti yang kita sedia
maklum, ramai ibu bapa tidak mampu untuk menyediakan gadjet kepada anak-anak mereka
sendiri akan tetapi mereka boleh berkongsi gadjet ibu bapa serta adik beradik yang lain. Bukan
itu sahaja, malah proses pembelajaran ini juga boleh digabungkan dengan penggunaan aplikasi
Whatsapp yang kian menjadi pilihan utama masyarakat lebih-lebih lagi di negara Malaysia ini.
Murid-murid boleh menanyakan soalan kepada guru mereka melalui aplikasi ini sekiranya mereka
tidak boleh menjawab soalan yang berada di dalam google classroom. Jadual juga seharusnya
dicipta supaya ia tidak membebankan para guru seperti para pelajar atau ibu bapa menanyakan
tentang pelbagai soalan pada setiap masa walaupun ketika itu merupakan waktu rehat guru
tersebut. Penggunaan kumpulan di dalam aplikasi Whatsapp akan menjadi medium tambahan
untuk guru-guru mengajar para pelajar. Penciptaan kumpulan atau lebih dikenali sebagai group
akan mengelakkan guru terpaksa menerangkan banyak kali tentang soalan yang sama kepada
pelajar atau ibu bapa yang berbeza. Penggunaan google classroom ini juga adalah secara
percuma dan ibu bapa tidak perlu membayar apa-apa yuran untuk menggunakannya.

42

6.0 PENUTUP
Akhir kata, pelbagai pihak telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk membantu

para pelajar supaya tidak ketinggalan di dalaam pembelajaran dan sentiasa dapat bersaing
dengan negara-negara maju yang lain walaupun di dalam krisis covid 19 yang telah melanda
Malaysia. Oleh itu, cadangan-cadangan pihak yang bertanggungjawab seharusnya sentiasa
menambah baik proses pembelajaran yang berlaku supaya tiada pelajar yang akan tercicir di
dalam pelajaran. Masa depan negara akan menjadi lebih cerah dan meyakinkan sekiranya
generasi muda yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan adalah berkualiti.

43

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS, TERENGGANU.

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)

AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK

NAMA : MUHAMMAD FAHIM BIN HARUN

ANGKA GILIRAN : 2020092310162

NO. KAD PENGENALAN : 020825-03-0959

KUMPULAN / UNIT : SEJARAH 2

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063-PENGANTAR PENGAJIAN
PROFESIONAL

NAMA PENSYARAH : PUAN ANI SALWIAH BINTI ZAKARIA

TARIKH MULA : 14 FEBRUARI 2021

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

44

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

45

1.0 Pendahuluan
Umum mengetahui bahawa kita pada ketika ini sedang bergelut dengan satu masalah global
yang melanda seluruh dunia iaitu wabak pandemik Covid-19. Pandemik ini telah banyak
memberikan kesan yang negatif kepada pelbagai sektor dari pelbagai bidang. Turut terjejas sama
adalah daripada sektor pendidikan di mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
bersemuka di sekolah terpaksa dihentikan demi mencegah penyakit ini daripada terus menular
dan menjangkiti lebih ramai orang. Walaubagaimanapun, sektor pendidikan harus berjalan
seperti biasa walaupun terpaksa menggunakan pendekatan yang berbeza kerana pendidikan ini
penting dan merupakan nadi utama kepada kemajuan negara. Oleh itu, pelbagai kaedah yang
telah disarankan kepada pihak sekolah dan tenaga pengajar untuk meneruskan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Namun yang demikian, tenaga pengajar
sekolah ataupun institut pengajian tinggi harus ingat agar menggunakan kaedah pengajaran yang
tidak membebankan mana-mana pihak baik guru dan juga pelajar kerana situasi ekonomi dunia
sekarang sangat meruncing dan sumber pendapatan adalah tidak stabil.

2.0 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Semasa Wabak Covid-19

2.1 Penggunaan Platform Google Classroom

Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh pihak Google untuk
sekolah-sekolah yang bertujuan untuk kemudahan membuat, mengedarkan dan mengukur
tugasan dalam cara tanpa kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan
proses perkongsian fail antara guru dan pelajar. Melalui perkhidmatan web ini para guru dapat
memberikan kerja atau nota kepada para pelajar melalui kelas yang telah ditetapkan dengan lebih
mudah. Perkara ini jelas tidak membebankan guru dan pelajar kerana bagi pihak guru, mereka
dapat memberikan nota secara terus kepada para pelajar tanpa memerlukan cetakan bertulis di
atas kertas. Penjimatan kertas dapat dilakukan sekaligus menjimatkan kos pencetakan. Bagi
pihak pelajar pula, platform Google Classroom ini adalah percuma seratus peratus kerana tiada
caj yang dikenakan untuk melanggan, jadi para pelajar tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang
untuk mengikuti kelas yang disediakan oleh guru. Pihak pelajar hanya perlu daftar masuk ke
dalam kelas mengikut kod-kod yang telah ditetapkan oleh para guru. Para pelajar juga dapat
menulis nota atau sebarang dokumen melalui Google Document dan terus hantar kepada guru
mereka. Selain itu, Google juga menyertakan Google Drive sebagai salah satu folder kepada
pelajar untuk memberikan respon atau jawapan mereka.

46

2.2 Penggunaan Media Sosial Seperti Whatsapp

Umum mengetahui bahawa Whatsapp merupakan antara salah satu aplikasi media sosial yang
paling banyak digunakan oleh penduduk di dunia untuk berkomunikasi secara maya. Dari aspek
pendidikan, WhatsApp menawarkan komunikasi mudah alih yang lebih cepat untuk para pelajar
berkongsi idea sesama mereka dalam kumpulan yang telah di cipta (WhatsApp Group).
Kumpulan ini adalah satu platform yang ditubuhkan di mana ahli-ahlinya adalah dalam kalangan
para pelajar dan guru subjek berkaitan. Semua pelajar dalam kelas yang sama dapat membuat
perbincangan dan terus bertanyakan soalan tentang topik-topik tertentu dalam subjek yang
dipelajari dan guru terbabit akan terus menjawab soalan tersebut. Hal ini jelas memudahkan para
guru untuk menyampaikan maklumat atau nota kepada para pelajar. Contohnya, para guru dapat
menghantar maklumat dari pelbagai bentuk sepeti gambar atau fail dokumen kepada pelajar.
Tambahan, respon yang cepat daripada pelajar di dalam kumpulan Whatsapp akan menjadikan
proses komunikasi dan pembelajaran menjadi lebih efektif. Tambahan lagi, kaedah ini merupakan
salah satu kaedah pengajaran yang kreatif dalam usaha menarik minat pelajar belajar, menarik
perhatian pelajar dan juga menawarkan pembelajaran yang menyeronokkan (Rambe, & Bere
2013). Penggunaan aplikasi Whatsapp jelas tidak membebankan para pelajar dan guru kerana
tidak menggunakan jumlah data yang terlalu banyak cukup sekadar data basic setiap bulan.

2.3 Penggunaan Aplikasi Google Meet

Pihak Google juga ada menyediakan satu platform yang memudahkan para pelajar dan guru
untuk bersemuka dalam dunia maya iaitu Google Meet. Kebaikan Google Meet adalah para guru
dapat berinteraksi secara terus dengan para pelajarnya sekaligus dapat meningkatkan kualiti
komunikasi dua hala dengan pelajar. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan
penyampaian maklumat daripada mulut seorang guru kepada pelajarnya. Selain itu, pihak guru
juga dapat membentangkan kepada para pelajar mengenai topik-topik yang dipelajari melalui
platform ini secara langsung. Bagi pelajar pula, mereka akan dapat melihat muka guru mereka
dan bahan yang dibentang secara terus dan meningkatkan lagi tahap pemahaman mereka
kerana ketiga-tiga gaya belajar iaitu visual, kinestetik dan auditori dapat digunakan dalam masa
yang sama. Model Vark yang diperkenalkan oleh Neil Fleming pada tahun 2001 ini jelas

47

menyatakan bahawa seseorang pelajar mempunyai kecenderungan gaya belajar yang berbeza.
Namun yang demikian, jika ketiga-tiga aspek dan ciri ini digabungkan maka proses pembelajaran
akan menjadi lebih efektif. Walaubagaimanapun, perisian Google Meet ini menggunakan
sejumlah data yang sangat besar jika dilangsungkan pada jangka masa yang lama. Oleh itu,
saranan kepada guru adalah agar menggunakan aplikasi ini hanya ketika waktu-waktu tertentu
sahaja atau ditetapkan hanya sekali seminggu agar tidak membebankan pihak pelajar untuk
membeli data internet.

2.4 Penggunaan Platform Kuiz seperti Quizziz
Kesukaran yang dihadapi oleh seseorang guru dalam menyediakan platform kuiz kepada pelajar-
pelajar mereka akhirnya terjawab apabila wujudnya satu platform yang bernama Quizziz.
Terdapat banyak sebenarnya platform atau medium yang boleh digunakan oleh guru untuk
memberikan soalan atau kuiz kepada pelajar namun Quizziz merupakan salah satu yang paling
menarik. Menurut pemiliknya, QUIZIZZ Inc, Quizizz adalah syarikat perisian kreativiti yang
digunakan dalam kelas, kerja kumpulan, tinjauan pra-ujian, peperiksaan, ujian unit, dan ujian tidak
terancang. Para guru boleh menyediakan kuiz sendiri ataupun memilih kuiz sedia ada yang telah
disediakan. Antara kelebihan Quizziz adalah pembelajaran bersifat interaktif dan menarik dengan
adanya avatar, leaderboard, tema, muzik dan sebagainya. Perkara ini dapat menarik minat
pelajar untuk melibatkan diri berbanding kuiz yang menggunakan kertas dan pen yang dianggap
membosankan. Selain itu, guru-guru juga boleh menetapkan kuiz untuk dijalankan secara
langsung ataupun sebagai kerja rumah. Hal ini jelas membuktikan bahawa platform ini tidak
memberikan bebanan kepada pihak guru dan pelajar tambahan kuiz ini juga adalah percuma dan
tiada caj yang dikenakan semasa mendaftar. Di samping itu, guru juga boleh merekodkan markah
dan data dengan mudah sebagai panduan tahap penguasaan pelajar. Justeru itu, penggunaan
platform Quizziz harus diluaskan oleh para guru di kala norma baharu ini.

3.0 Kesimpulan

Pelbagai kaedah yang telah dinyatakan di atas dapat dilakukan oleh para guru untuk meneruskan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam masa yang sama tidak membebankan mana-mana
pihak. Kaedah-kaedah ini jika dilakukan dengan konsisten dan terancang akan membuahkan
hasil yang positif. Oleh itu, sebagai pelajar, kita harus memberikan kerjasama kepada guru agar
usaha mereka tidak menjadi sia-sia sekaligus meningkatkan lagi mutu pendidikan di negara kita.

48

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2020

SEMESTER 2

TUGASAN 2 – PENULISAN AKEDEMIK II

NAMA PELAJAR :MUHAMMAD HAZRIHAIKAL BIN HAMIZI
ANGKA GILIRAN : 2020092310163

NO KAD PENGENALAN :010513030571

KUMPULAN/UNIT : SEJARAH 2

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063-PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL

NAMA PENSYARAH : PUAN ANI SALWIAH

TARIKH MULA : 14 FEBRUARI 2021

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

49

1.0 PEDAHULUAN

Agen sosialisasi merupakan individu atau pihak yang mampu membentuk individu yang
menghayati nilai-nilai moral. guru sekolah rendah merupakan orang yang berperanan penting
untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar di sekolah (Ashley & Trisha 2013). Antara peranan
guru sebagai agen sosialisasi ialah membentuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar-pelajar.
Selain itu, guru juga bertanggungjawab membimbing pelajar dalam menentukan masa depan
mereka dengan membentuk akhlak yang terpuji dalam diri anak-anak murid. Guru juga
merupakan agen sosialisasi yang perlu memainkan peranan, terutamanya pada situasi pandemik
sekarang di mana ianya telah mengganggu sistem pendidikan negara. Sebagai seorang agen
sosialisasi, guru pelulah mencari kaedah yang betul untuk diaplikasikan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran agar ianya tidak memberikan bebanan kepada murid-murid, ibu
bapa dan guru itu sendiri.

2.0 KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SEMASA WABAK COVID-19

2.1 Kaedah Pembelajaran menggunakan Google classroom (GC).
Umum mengatahui bahawa Google Classroom atau singkatannya GC telah digunakan secara
meluas di negara kita semenjak pandemik Covid-19 mula bertapak di negara kita. Guru-guru
boleh menggunakan aplikasi Google Classroom (GC) terutamanya untuk menghantar dan
menerima tugasan pelajar. Guru boleh memuatnaik bahan pengajaran di dalam GC. Jika ada
para pelajar yang terpadam bahan pengajaran di dalam WhatsApp atau mana-mana aplikasi
yang digunakan untuk sesi PDP, maka mereka masih boleh merujuk ke dalam GC. Guru boleh
menyemak kertas jawapan pelajar secara terus di dalam GC dengan menggunakan aplikasi
KAMI. Pensyarah boleh menyemak dengan menggunakan tetikus tetapi ianya lebih mudah
sekiranya pensyarah menyemak dengan menggunakan pen digital. Pelbagai jenis pen digital
yang boleh digunakan contohnya HUION 1060Plus, Wacom CTL-472, VEIKK A50 dan lain-lain
yang ada dalam aplikasi google classroom.Bukan itu sahaja, GC juga dapat memudahkan guru
untuk memberikan tugasan kepada pelajarnya. Dengan tugasan menggunakan Google Docs,
guru dapat membina satu templat dengan jawapan murid secara individu. Hal ini telah
memudahkan kerja-kerja pelajar dan guru. Malahan pula, aplikasi ini hanya memerlukan data
yang sedikit bagi menggunakannya. Oleh itu, ibu bapa tidak terbeban untuk menyediakan data
yang mencukupi buat anak-anak mereka. Kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan
aplikasi google classroom sangat sesuai digunakan dalam situasi pandemik sekarang kerana
ianya kurang mebebankan pelajar, ibu bapa dan juga guru.

50


Click to View FlipBook Version