The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku elektronik ini menerangkan tentang tanggungjawab guru sebagai agen sosialisasi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 427-17-athirah, 2021-03-20 10:25:11

Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi

Buku elektronik ini menerangkan tentang tanggungjawab guru sebagai agen sosialisasi.

Keywords: Pengantar Pengajian Profesional

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PPISMP)
AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1 - PENULISAN AKADEMIK 2

NAMA PELAJAR : NURUL SABRIAH BINTI RAZALI

ANGKA GILIRAN : 20200923110173

NO KAD PENGENALAN : 020403-03-0852

KUMPULAN/UNIT : SEJARAH 2

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063-PENGANTAR PENGAJIAN

PROFESIONAL

NAMA PENSYARAH : PUAN ANI SALWIAH BINTI ZAKARIA

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah:

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah: Tarikh:

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

101

Berikutan daripada pandemik Covid-19 yang telah melanda negara kita sedikit sebanyak telah
memberi impak yang besar kepada bidang pendidikan. Sehubungan dengan itu, Menteri Kanan
Pendidikan iaitu Dr Radzi Jidin menyarankan agar sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan
dalam talian supaya setiap ketinggalan dalam pelajaran serta pada masa yang sama dapat
memutuskan rantaian penularan penyakit tersebut. Oleh itu, dalam hal ini guru yang merupakan
agen sosialisasi sememangnya memainkan peranan yang penting untuk merancang kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang efektif semasa wabak Covid-19 tanpa membebankan gurid
termasuklah guru-guru serta ibu bapa.

Antara prosedur pengajaran yang boleh guru jadikan sebagai panduan adalah dengan
menyediakan bahan pengajaran seperti latihan atau nota dalam bentuk PDF. Hal ini dapat
mengehadkan pergerakan pelajar dan memudahkan ibu bapa kerana bahan tersebut hanya perlu
dimuat turun sahaja. Perkara ini juga secara tidak langsung dapat mencegah penularan wabak
Covid-19 kerana itulah yang amat dititikberatkan pada ketika ini. Dengan adanya wadah seperti
ini, murid-murid tidak akan terhalang daripada meneruskan pembelajaran akademik walaupun
dalam keadaan norma baharu. Melihatkan kepada arus kemodenan kini, setiap ibu bapa sudah
pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon pintar dan ini sudah memadai untuk
melancarkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran iaitu PdP di rumah masing-masing.
Walaupun suasana di rumah agak jauh berbeza seperti suasa di dalam bilik darjah, murid-murid
haruslah membiasakan diri dalam mengikuti setiap pembelajaran yang guru laksanakan. Tidak
lupa juga, tugasan yang diberikan oleh guru sama ada dalam bentuk e-mail mahupun fizikal
hendaklah diselesaikan oleh murid-murid. Guru mestilah memastikan tugasan yang diberikan
adalah mengikut kemampuan pelajar dan perlu elakkan daripada memberikan tugasan kerja
rumah terlalu banyak. Berdasarkan situasi sekarang, bukan semua pelajar dapat menghadam
apa yang mereka belajar dengan cepat kerana proses penerimaan tersebut tidak sama seperti
PdP dalam bilik darjah. Oleh itu, tidak dinafikan lagi bahawa penyediaan bahan pembelajaran
dalam bentuk PDF dapat meringankan beban ibu bapa malah murid-murid dapat belajar dengan
mudah.

Selain itu, guru juga boleh menyuruh murid-murid untuk menonton video pengajaran tentang
suatu-suatu subjek sama ada melalui platform Youtube atau di kaca televisyen. Seiring dengan
kemodenan kini, terdapat banyak video bermanfaat mengenai pelbagai topik dalam semua subjek
dan semuanya boleh diakses melalui hujung jari sahaja. Rancangan televisyen kebanyakannya
sudah ditukar dengan rancangan pendidikan seperti di saluran Astro Totur TV, TV Okey dan baru-
baru ini Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan DidikTV yang menggantikan

102

saluran NTV7. Rancangan televisyen berasaskan pendidikan akan menyiarkan berita mengenai
dunia pendidikan, program bercorak didik hibur serta kandungan yang dihasilkan oleh murid.
Saluran televisyen sebegini telah memberi banyak manfaat kepada murid-murid di peringkat
sekolah rendah mahupun menenga. Hal ini kerana, mereka boleh mendapatkan akses
pendidikan menerusi televisyen dalam tempoh yang lebih lama di mana pelajar pada masa sama
boleh mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan telefon pintar sahaja. Dengan ini,
pemantauan daripada pihak ibu bapa amatlah penting dan jika perlu ibu bapa yang patut
memainkan peranan sebagai guru di rumah agar anak-anak dapat merasakan persekitaran di
rumah seperti mana di dalam bilik darjah. Justeru itu, pelaksanaan pembelajaran di rumah akan
tercapai objektif yang dikehendaki seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Seterusnya, proses pengajaran dan pembelajaran juga boleh diaturkan oleh guru dengan
mengurangkan tempoh sesi pengajaran secara atas talian. Tindakan sedemikian sememangnya
membantu murid-murid untuk menjimatkan data pelan internet mereka. Seperti yang kita sedia
maklum bahawa kekuatan capaian internet adalah berbeza mengikut kawasan lebih-lebih lagi
kepada murid-murid yang tinggal di kawasan pedalaman. Perkara ini sedikit sebanyak telah
membantu meringankan pihak ibu bapa dalam menyediakan kemudahan internet kepada anak-
anak mereka kerana terdapat juga segelintir ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam
mendapatkan pelan internet. Justeru itu dalam hal ini guru perlulah memikirkan sebarang
kemungkinan yang akan berlaku sekiranya pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di alam
maya dek kerana situasi pandemik Covid-19 yang melanda pada ketika ini. Pembelajaran secara
atas talian sepatutnya dipelbagaikan iaitu tidak semestinya memberi perhatian kepada akademik
sahaja di mana guru-guru boleh mengadakan tayangan video sebagai selingan selepas setengah
jam atau satu jam sesi pembelajaran berlaku. Dengan berbuat demikian ianya sedikit sebanyak
dapat mengelakkan murid-murid berasa bosan serta interaksi guru dengan murid-murid akan
lebih berkesan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Jelaslah di
sini bahawa, tempoh pembelajaran melalui mana-mana platform seperti Google Classroom atau
Zoom perlulah dipendekkan agar dapat menjimatkan data internet bagi tujuan kelas yang
selanjutnya.

Tambahan lagi, guru seharusnya mevariasikan kaedah pengajaran iaitu tidak hanya terikat
kepada platform Google Meet dan Google Classroom. Penyediaan rakaman video pengajaran
oleh guru boleh dilakukan walaupun berada di rumah dengan berpandukan prosedur yang betul
supaya apa yang hendak diajarkan dapat difahami oleh murid-murid. Segala persiapan sebelum

103

penghasilan video perlulah diteliti terlebih dahulu di mana ianya adalah sama seperti mana
persiapan seorang guru sebelum masuk mengajar dalam bilik darjah. Kandungan video
pengajaran hendaklah bertepatan dengan topik sesuatu mata pelajaran malah guru amatlah
digalakkan untuk menggunakan latar belakang yang ceria dan alat bantu mengajar pula perlulah
menarik agar murid-murid berasa seronok sebagaimana mereka belajar di dalam kelas.
Pengunaan rona warna turut mempengaruhi fokus murid-murid untuk belajar dan disebabkan
itulah guru hendaklah memastikan latar belakang video menggunakan warna yang sesuai.

Akhir sekali, guru mestilah prihatin terhadap pelajar yang sukar untuk mendapatkan bahan
pengajaran terutamanya murid-murid yang berada di kawasan pedalaman. Sebagai seorang
pendidik, guru haruslah memastikan semua murid tidak keciciran dalam menuntut ilmu lebih-lebih
lagi dalam situasi yang diluar jangkauan kita semua. Dengan ini, guru boleh menghantar bahan
pengajaran tersebut melalui perkhidmatan pos supaya murid-murid yang berkenaan boleh
mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa dan tiada lagi istilah murid-murid di kawasan
pedalaman ketinggalan jauh dalam bidang akademik. Gelaran seorang guru bukan hanya layak
di sekolah sahaja namun kerjaya guru memainkan peranan besar dalam sesebuah kelompok
masyarakat kerana guru turut berfungsi dalam menyedarkan komuniti untuk membantu
meningkatkan mutu pendidikan negara. Oleh yang demikian, tegaslah bahawa usaha dan
kompromi guru menghantar bahan pengajaran kepada murid-murid adalah tindakan wajar dalam
memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang sempurna.

Tuntasnya, segala perkara yang dirancang untuk melancarkan sesi pengajaran dan
pembelajaran sudah pasti memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah guru-guru, pihak
kerajaan, ibu bapa mahupun masyarakat sendiri. Cadangan-cadangan yang dirangka dalam
pelaksanaan pembelajaran norma baharu ini ternyata dapat meningkatkan lagi profesionalisme
keguruan untuk melahirkan generasi yang diinginkan sebagaimana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara.

104

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
21030 KUALA NERUS, TERENGGANU.

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)

AMBILAN JUN 2020
SEMESTER 2

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK

NAMA : SUMAIYAH HASNI BT CHE MOHD ADLI

ANGKA GILIRAN : 2020092310174

NO. KAD PENGENALAN : 020615030424

KUMPULAN / UNIT : SEJARAH 2 (SK)

KOD DAN NAMA KURSUS : GPP1063 – PENGANTAR PENGAJIAN
PROFESIONAL

NAMA PENSYARAH : PUAN ANI SALWIAH BT ZAKARIA

TARIKH MULA : 14 FEBRUARI 2021

TARIKH HANTAR : 18 MAC 2021

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

105

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :
Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami.

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

106

1. Pengenalan

Dalam era pandemik yang sedang melanda negara kita pada masa ini, terdapat banyak sektor
yang telah terjejas terutamanya sektor pendidikan. Oleh sebab kekangan yang berlaku di mana
kita tidak boleh berkumpul pada satu tempat, guru-guru sudah semestinya perlu merancang
kaedah pembelajaran yang baharu. Mereka perlulah mengambil kira keadaan setiap seorang
murid yang mana ada salah seorangnya mungkin dalam keadaan kekangan kewangan, ibu apa
kehilangan kerja dan sebagainya. Namun persoalannya, apakah kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dilakukan sewaktu wabak Covid-19 melanda negara kita tetapi masih
tidak membebankan ibu bapa, guru serta murid.

2. Kaedah Pengaajaran & Pembelajaran.

i- Menyebarkan Surat Khabar Didik Kepada Pelajar

Langkah pertama yang boleh dilakukan bagi meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam
masa ini adalah dengan penyebaran surat khabar didik kepada anak-anak murid. Perkara ini tidak
usah dikhuatiri. Ini kerana di dalam surat khabar didik telah diselingkan dengan latihan-latihan
pembelajaran bagi setiap peringkat umur dari peringkat sekolah rendah sehingga sekolah
menengah. Harganya pula hanyalah sekitar RM1.50 dan kebawah. Ia dapat dilihat bahawa
harganya tidaklah membebankan untuk seseorang membelinya secara pukal Sebagai contoh,
telah berlaku pada tahun 2020 yang telah tular laporan yang ditulis tentang seorang guru di
Marang, Terengganu yang menghantar sendiri bahan pembelajaran ke setiap rumah murid-murid
yang dipilih (BERNAMA,2020).
Malah, bukanlah suatu bebanan jika ingin meminta ibu bapa mereka untuk membayar senaskhah
surat khabar bagi anak-anak mereka. Jika ianya hanyalah berharga RM1.50 senaskhah dan
dikeluarkan sekali seminggu, surat khabar didik ini hanya memakan kos RM6 sebulan bagi
menyediakan bahan bacaan bagi anak-anak yang mana ia akan meningkatkan lagi tahap
pembacaan dan latihan bagi anak. Tambahan pula, terdapat banyak ilustrasi yang sesuai dengan
peringkat umur bagi meransang lebih lagi daya pemikiran kanak-kanak dan remaja pada masa
kini.

ii- Menyediakan Video Pembelajaran Di Youtube

107

Pelantar yang disediakan seperti youtube telah banyak digunakan bagi tujuan pendidikan. Pada
masa ini, telah banyak media hiburan digunakan sebaiknya bagi berkongsi ilmu dan maklumat
seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Akan tetapi youtube adalah antara aplikasi yang paling
kerap digunakan bagi mencari berbagai pengetahuan yang diperlukan. Ini kerana, kaedah
penyediaan youtube adalah memencong ke arah penyediaan secara visual iaitu video, yang
mana para pelajar dapat membayangi belajar bersama seseorang walaupun ianya bukanlah
secara fizikal. Ketekunan dan fokus dapat dapat pertingkatkan apabila tersedapat sesuatu
mahupun seseorang yang seolah-olah bercakap dan memerhatikan setiap tindak-tanduk yang
dilakukan. Selain itu, Bahan yang dimuat naik di ke dalam youtube akan kekal selagimana tidak
dipadam atau dialih ke mana-mana.

Penggunaan youtube jauh lebih murah jika dibandingkan dengan aplikasi yang mampu membuat
panggilan video secara bersemuka seperti Zoom, Google Meet dan Microsoft Team. Oleh itu, ibu
bapa tidak perlu merisaukan kos perbelanjaan yang semakin melambung serta bukankah kerjaan
telah menyediakan plan data percuma kepada sesiapa yang layak menerimanya baru-baru ini.
Maka, sebagai penerima hendaklah menggunakan kelebihan yang diberi dengan cermat dan
dapat menggunakannya dalam jangka masa yang panjang.

iii- Memberikan Bahan Bacaan Kepada Murid

108

Selain latihan-latihan yang perlu dipelbagaikan, bahan bacaan juga perlu ditambah dan
dipertingkatkan. Hal ini kerana, pembacaan dapat meningkatkan kecerdasan otak serta
menambah ilmu pengetahuan. Guru dapat memberikan bahan bacaan tersebut melalui dua acara
sama beri secara fizikal atau dimasukkan secara maya seperti Whatsapp dan Google Classroom.
Jika diberikan secara fizikal guru boleh memaklumkan kepada ibu bapa setiap murid untuk
mengambil bahan tersebut di sekolah dan guru perlu bersedia lebih awal dari masa yang
dijanjikan. Selain itu, pilihan kedua yang boleh diambil adalah guru perlu pergi ke rumah setiap
pelajar dan mengedarkan bahan bacaan kepada pelajar itu sendiri.
Secara maya pula, guru boleh menghantar artikel-artikel mahupun buku elektronik ke dalam
kumpulan sembang yang telah dibuat khas bagi subjek tersebut bersama guru. Tambahan lagi,

pelantar Google Classroom telah pun menyediakan satu ruang bagi setiap peserta di dalam kod
kelas yang didaftarkan boleh memuatnaik bahan-bahan bacaan malah mampu diletakkan video
pada ruangan tersebut. Perkara ini telah terlihat sangat memudahkan penggunaan dan bacaan
semua pelajar pada masa ini.

iv- Menggalakkan Tontonan Saluran Didik Tv Di Televisyen

109

Baru-baru ini kerajaan telah pun membuat satu inisiatif bagi menggalakkan lagi para murid
menuntut ilmu di rumah. Selari dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan, guru-guru perlu
mengambil peluang ini bagi meningkatkan lagi jumlah tontonan rancangan itu sekali gus dapat
memberi manfaat kepada para murid. Kandungan saluran baru itu adalah mengenai subjek-
subjek yang bakal diduduki oleh calon-calon peperiksaan besar seperti SPM khususnya. Malah
perkara ini telah meringankan 1001 satu masalah bagi pelajar yang tinggal di kawasan luar
bandar yang mana menurut salah seorang pelajar SK Chepir, Sik Kedah, saluran Didik Tv amat
memberi manfaat kepada murid di luar bandar seperti dia serta mereka tidak perlu bergantung
sepenuhnya pada internet (Nurul Ain’ Muhammad Nazri,2021).

Selain daripada mudah ditonton oleh pelbagai peringkat masyarakat, Didik Tv ini juga bagi
mempekasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan melahirkan masyarakat yang
berinformasi (KPM,2021). Ia juga diakui bahawa inisiatif kerajaan, KPM sangat memberi banyak
manfaat dan dimensi baharu buat pelajar mengikut PdPR (Habibah Md Tanziri,2021). Ibu bapa
turut menyertai sekali menonton saluran tersebut dan dapat menghayati mengenai pembelajaran
pada hari itu di televisyen. Tambahan lagi, jika menggunakan telefon pintar ia mempunyai skrin
yang kecil berbeza pula dengan pembelajaran pada televisyen yang menarik dan lebih selesa.
Ianya amat membantu lebih-lebih lagi di kawasan perumahan orang asli yang kebanyaknnya
tidak mempunyai telefon pintar malah liputan sekalipun (Penghulu Orang Asli Pos Tuel, Halim
Shariff)

3. Kesimpulan

Intihannya, terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan guru demi memastikan generasi
Malaysia mendapatkan pendidikan seperti biasa. Ia bukanlah suatu perkara yang perlu

110

diperdebatkan malah ia dapat memperlihatkan kesunggihan seorang guru dalam membuat apa
jua cara demi memastikan keselesaan anak-anak muridnya dalam menempuh zaman
persekolahan mereka

111

RUJUKAN

Berita Harian Online. (2020). Retrieved from
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/07/710464/covid-19-
ubah-pengajaran-dan-pembelajaran-dari-rumah

Besley, Dudo & Storksdieck. (2015). Scientists’ views about communication
training. Journal of Research in Science Teaching.

Comte, A. (1842). The Catechism of Positive Religion. A. M. Kelley.
Dawi, A. H. (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan (Edisis Ketiga).

Quantum Books.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan.

PTS Publication & Distributors.
Kamaruzzaman Abdul Manan & Che Mahzan Ahmad. (2016). e-Jurnal

Penyelidikan dan Inovasi. Kepentingan Komunikasi dalam Latihan.
Paivio, A. (1986). Mental Representations: A dual coding approach. Oxford

University Press.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). (2013). Kementerian

Pendidikan Malaysia.
SlideShare. (2018). Retrieved from https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-

1-sosiologi-dan-pembelajaran

112

Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim. (2016). Pengajaran Berasaskan
Video dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. Journal of ICT in
Education.

113

114

115


Click to View FlipBook Version