E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
E-MODUL STRATEGI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN ABAD
KE-21 BERASASKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI
(TMK)
NUR SYAZWANI BINTI YAHAYA
AZMAN BIN HASAN
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
PRAKATA
Syukur ke hadrat ilahi kerana saya dapat menyempurnakan
pembangunan e-modul ini dengan jayanya. E-Modul Strategi Pengajaran
dan Pembelajaran Abad ke-21 Berasaskan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi ini dihasilkan adalah untuk membantu pengajar serta bakal
pengajar khususnya dalam bidang Teknologi Pembinaan dalam
menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang PAK-21 serta aplikasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang boleh digunakan ketika
Pembelajaran dan Pemudahcara.
E-Modul ini mempunyai pengetahuan tentang Konsep 4K didalam PdPc,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi didalam PdPc serta Aplikasi
Berasaskan TMK yang dapat membantu dan menjadi rujukan bagi
pengajar serta pelajar. Modul ini merupakan salah satu bahan rujukan
dan sokongan yang boleh digunakan untuk merancang PdPc dengan
lebih menarik dan mengikut arus teknologi terkini.
Dengan ini, saya berharap agar dengan pembangunan modul ini, dapat
memberikan manfaat dan faedah kepada semua pihak terutamanya
pengajar dan pelajar yang berada didalam bidang Teknologi Pembinaan.
Semoga e-modul ini sedikit sebanyak dapat memberi idea baru bagi
pengajar dan pelajar dalam PdPc mereka sejajar dengan matlamat untuk
melestarikan budaya keterampilan didalam pendidikan.
Sekian, terima kasih.
NUR SYAZWANI BINTI YAHAYA
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan)
Dengan Kepujian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
UNIT TAJUK MUKASURAT
1 KONSEP 4K DIDALAM PDPC 2
Objektif 3
Pengenalan
Konsep 4K didalam PdPc 4
i. Komunikasi 7
ii. Kreativiti 10
iii. Kolaboratif 13
iv. Kritis 16
Rumusan 17
Aktiviti
20
2 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 21
DIDALAM PDPC 22
Objektif 24
Definisi 25
Penggunaan TMK dalam PdPc 26
Kelebihan TMK dalam PdPc 27
Kemudahan TMK
Rumusan 30
Aktiviti 31
32
3 APLIKASI BERASASKAN TMK
Objektif 33
Pengenalan 47
Contoh senarai aplikasi berasaskan TMK 58
Aplikasi 65
i. Google Classroom 76
ii. Quizizz 85
iii. Kahoot 90
iv. Padlet 95
v. Plickers 104
vi. Explain Everything 112
vii. Beekast 113
viii. Socrative
ix. Hypersay
Rumusan
Rujukan
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
KONSEP 4K
(Komunikasi, Kreatif,
Kolaborasi dan Pemikiran
kritis,)
1
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
UNIT 1 KONSEP 4K
OBJEKTIF UMUM : Mengetahui konsep 4K dalam PdPc
OBJEKTIF KHUSUS : Pada akhir unit ini, tenaga pengajar berupaya:
1. Memahami konsep 4K dalam PdPc.
2. Menerangkan nilai 4K dalam PdPc.
2
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
PENGENALAN
Pendidikan abad ke-21 memenuhi segala aspek yang diperlukan didalam
mencapai kelestarian pembelajaran dan pengajaran yang efektif. Ciri-ciri PdPc
abad ke-21 terdiri daripada penerapan nilai yang perlu ada oleh setiap guru
serta pelajar. Menurut KPM (2013), konsep 4K adalah konsep yang dijadikan
sebagai keutamaan dalam mencapai matlamat pendidikan abad ke-21 dalam
melahirkan pelajar yang berketerampilan dan mancakupi semua aspek yang
diperlukan.
Ciri-ciri pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 menurut KPM (2013) adalah
merangkumi aspek 4K iaitu komunikasi, fikiran kritis, kolaborasi dan kreativiti.
Pengajar pula perlu mencapai objektif terhadap pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21 dengan menguasai ciri-ciri iaitu menguasai subjek kandungan
kurikulum, mahir dan berketrampilan dalam pedagogi, memahami
perkembangan pelajar dan menyayangi mereka, memahami psikologi
pembelajaran, memiliki kemahiran kaunseling dan mahir menggunakan
teknologi terkini iaitu TMK.
3
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
KONSEP 4K DALAM PDPC
1. Komunikasi
Apa itu komunikasi?
Komunikasi menurut KPM (2013), komunikasi didalam kelas PdPc adalah
berlakunya interaksi antara pensyarah dan pelajar serta pelajar dengan
pelajar sama ada secara lisan atau bukan lisan bagi menyampaikan ilmu
yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dalam
aktiviti atau tugasan yang melibatkan pemusatan pelajar.
Komunikasi tidak berkesan jika pengajar hanya:
4
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Komunikasi berkesan jika:
AKTIVITI REFLEKSI
Murid/pelajar “Bolehkah anda menyampaikan
dapat memerhati pemahaman anda melalui fahaman yang
disampaikan oleh rakan anda?"
dan memberi
maklum balas “Apa yang anda boleh katakan dari bahasa
dengan rakan tubuh saya?”
lain
Murid dapat “Apakah perkara utama yang anda mahu
menyusun rakan faham melalui penyampaian anda?”
pemikiran
mereka secara “Maklumat apa yang diperlukan oleh rakan
logik dan anda?”
menyatakannya
secara jelas dan
ringkas
5
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
AKTIVITI REFLEKSI
Murid/pelajar “Bagaimanakah anda menyampaikan mesej
dapat memahami ini kepada seseorang yang tidak pernah
mengalami sebelumnya?”
cara
menyesuaikan “Adakah kaedah ini paling berkesan untuk
mesej atau kaedah menyampaikan mesej ini?”
tertentu untuk
menyampaikannya
Murid/pelajar “Apakah reaksi anda jika soalan yang
yakin untuk dikemukakan tidak dapat dijawab?”
berinteraksi
dengan rakan “Apa soalan yang mungkin ditanya oleh
rakan anda?”
semasa
menyampaikan
sebarang topik
6
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
2. Kreativiti
Apa itu kreativiti?
Kreativiti menurut KPM (2013), kreativiti yang berlaku semasa proses
penjanaan idea samada oleh pensyarah mahupun pelajar dapat
menghasilkan inovasi dalam penggunaan dan pembuatan bahan, aktiviti
dan projek yang baharu, unik, berguna serta berkualiti.
Kreativiti tidak berkesan jika pengajar hanya:
7
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Kreativiti berkesan jika:
AKTIVITI REFLEKSI
PEMIKIRAN TERBUKA “Adakah murid anda mempunyai
kemahiran untuk memberikan pandangan
Murid melihat situasi daripada pelbagai sudut?”
sedia ada daripada
pelbagai sudut untuk “Adakah murid dibenarkan untuk
menjana idea dan melakukan sesuatu dengan cara
melakukan sesuatu tersendiri?”
dengan cara yang
berbeza
PEMIKIRAN MEMBINA “Adakah institusi menyediakan prasarana
untuk murid berkarya?”
Murid menghasilkan
dan menggunakan idea “Adakah aktiviti yang dirancang
menggalakkan murid untuk menghasilkan
baru dalam konteks produk?”
tertentu dan menjana
hasil yang positif
8
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
AKTIVITI REFLEKSI
BERANI “Adakah murid digalakkan untuk
MENGAMBIL RISIKO mencuba dan mengambil risiko?”
Murid berani “Adakah pengajar menyediakan suasana
mencuba dan perbincangan yang positif dan terbuka?”
diberikan galakan
tanpa merasa
bimbang dengan
kritikan selepas itu
BERPANDANGAN “Adakah murid dirangsang untuk
JAUH berimaginasi?”
Murid mempunyai hala “Adakah murid dapat membezakan idea
tuju yang jelas dan yang asli dengan idea yang sedia ada?”
berimaginasi secara
asli serta tidak
mengikut kelaziman
9
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
3. Kolaboratif
Apa itu kolaboratif?
Kolaboratif menurut KPM (2013), kolaboratif adalah berlakunya kerjasama,
muafakat dan perbincangan antara pengajar dan pelajar dan pelajar secara
giat aktif dan menyeluruh yang membolehkan mereka membuat pertukaran
idea dan pandangan antara satu sama lain di kalangan pelajar.
Kolaboratif tidak berkesan jika pengajar hanya:
10
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Kolaboratif berkesan jika:
AKTIVITI REFLEKSI
BEKERJASAMA “Apakah pandangan rakan anda
yang boleh membantu dalam
Murid dari pelbagai perbincangan ini?”
kebolehan bersama
“Apakah kekuatan anda untuk
berganding bahu membantu kumpulan anda?”
mencapai matlamat
yang sama dan saling
bergantungan untuk
berjaya
TANGGUNGJAWAB “Apakah kesan penglibatan anda
BERSAMA dalam kumpulan ini?”
Murid “Bagaimanakah anda dapat meluahkan
bertanggungjawab penghargaan kepada rakan anda?”
terhadap tugasan yang
diberikan dalam
kumpulan dan
menghargai
sumbangan serta idea
rakan-rakan
11
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
AKTIVITI REFLEKSI
PENGLIBATAN “Adakah anda bersetuju dengan
SEIMBANG tugasan yang diberi?”
Murid dilibatkan secara “Apakah cara terbaik untuk anda
seimbang dalam menjayakan tugasan yang diberikan?”
kumpulan melalui
pembahagian tugasan
berdasarkan
keupayaan murid
BERTOLAK ANSUR “Apakah reaksi anda terhadap
pandangan rakan anda yang
Murid dapat menerima bercanggah?”
dan menghormati
“Bagaimanakah anda membantu
pandangan rakan lain. kumpulan anda untuk mencapai
Bersikap fleksibel dan keputusan yang sepakat?”
dapat bertolak ansur
untuk mencapai
matlamat yang sama
12
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
4. Kritis
Apa itu kritis?
Pemikiran kritis dikalangan pelajar adalah berlaku proses penerokaan
pemikiran dalam menilai sesuatu idea secara logik dan rasional semasa
membuat keputusan dan pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
bukti yang munasabah menurut KPM (2013). Ia juga dapat merangsang
pelajar dalam memikirkan sesuatu penyelesaian jika mereka diberi satu
permasalahan atau tugasan dengan secara kritis dan logik akal.
Pemikiran kritis tidak berkesan jika pengajar:
13
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Pemikiran kritis berkesan jika:
AKTIVITI REFLEKSI
BERMAKLUMAT “Adakah murid anda mempunyai akses
kepada pelbagai sumber maklumat?”
Murid memiliki
maklumat “Adakah murid anda dapat
mengenai mengenalpasti maklumat yang
relevan?”
pelbagai perkara
dan bidang
SIKAP INGIN TAHU “Adakah institusi mempunyai
prasarana kondusif untuk
Murid meneroka menggalakkan murid membuat
sesuatu bidang ilmu penerokaan?”
dengan cara “Adakah aktiviti yang dirancang
pembacaan, menyoal menggalakkan murid bertanya
kenapa?”
dan melakukan
aktiviti secara
langsung dalam
mendapatkan
maklumat
14
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
AKTIVITI REFLEKSI
MEMBUAT “Adakah murid diminta
KEPUTUSAN YANG mempertahankan idea mereka
dengan memberikan bukti?”
BERASAS “Bolehkah murid lain
membahaskan pandangan rakan
Murid membuat mereka?”
keputusan
berdasarkan
maklumat dan
berupaya
mempertahankan
keputusan dengan
bukti
PEMIKIRAN “Adakah murid dibimbing untuk
TERBUKA menghormati pandangan rakan
mereka?”
Murid berfikiran
terbuka serta “Adakah pengajar dapat
mengenalpasti faktor-faktor yang
menerima pandangan membataskan pemikiran murid?”
orang lain merendah
diri
15
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
RUMUSAN
Dalam akhir topik ini, pengajar dapat mengetahui dan memahami konsep 4K
ketika bersama murid. Konsep 4K ini penting dalam memahami murid
mendalami proses pembelajaran mereka. Pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah pengajar dan murid dapat saling berhubungan supaya
proses pemindahan ilmu lebih efektif. Sekiranya para pengajar mengambil
mudah akan perkara ini, proses pembelajaran murid kemungkinan akan
terjejas dan menyebabkan semangat mereka untuk mempelajari sesuatu
subjek menjadi semakin merundum. Jadi, sebagai pengajar yang
berketrampilan, perkara ini amat penting untuk dijadikan sebagai suatu ukur
aras dalam mencapai matlamat pendidikan yang lebih mampan.
16
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
AKTIVITI
Aktiviti PAK-21 merangkumi konsep 4K:
GALLERY WALK
1. Lakukan satu aktiviti dengan cara pengajar memberi arahan kepada
pelajar untuk membuat pembahagian kumpulan.
2. Pengajar memberi topik atau tajuk berkaitan dengan subjek yang
diajar dalam kursus Teknologi Pembinaan untuk setiap kumpulan.
3. Selepas itu, pengajar memberi tempoh masa untuk setiap kumpulan
berkolaboratif untuk mengerah idea serta berfikiran kritis dalam
menyiapkan tugasan yang diberi mengikut tempoh masa.
4. Semasa tugasan dilakukan, pengajar menjadi fasilitator dan
berkomunikasi dengan setiap kumpulan.
5. Selepas tempoh masa tamat, murid/pelajar dikehendaki menampal
kertas mahjung atau bahan tugasan di depan papan putih.
6. Setiap kumpulan haruslah berjalan untuk melihat dan memahami
tugasan kumpulan lain berdasarkan kertas atau bahan yang ditampal
di papan putih tersebut.
7. Selesai aktiviti Gallery Walk, setiap kumpulan secara berturutan
membentang hasil aktiviti Gallery Walk tadi.
8. Hasil daripada aktiviti yang dilakukan, pengajar serta murid dapat
menggunakan konsep 4K didalam PdPc secara berkesan.
17
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
18
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam
PdPc
19
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
UNIT 2 TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI
OBJEKTIF UMUM : Mengetahui penggunaan TMK didalam PdPc.
OBJEKTIF KHUSUS : Pada akhir unit ini, tenaga pengajar berupaya:
3. Memahami penggunaan TMK dalam PdPc.
4. Mengaplikasikan penggunaan TMK dalam
PdPc.
20
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
APA ITU TMK?
Satu peranan komunikasi bersatu dan
penyepaduan telekomunikasi (talian telefon
dan isyarat tanpa wayar), komputer serta
perisian perusahaan, perisian tengah,
penyimpanan, dan sistem audio visual yang
diperlukan, yang membolehkan pengguna
mengakses, menyimpan, menghantar, dan
memanipulasi maklumat.
Istilah ICT atau TMK juga digunakan untuk
merujuk kepada penumpuan rangkaian audio-
visual dan telefon dengan rangkaian komputer
melalui satu sistem kabel atau pautan tunggal.
Terdapat insentif ekonomi yang besar (penjimatan
kos yang besar disebabkan penghapusan
rangkaian telefon) untuk menggabungkan
rangkaian telefon dengan sistem rangkaian
komputer menggunakan satu sistem penyatuan
kabel, pengedaran isyarat dan pengurusan.
Walaubagaimanapun, definisi, sebagai "konsep,
kaedah dan aplikasi yang terlibat dalam ICT
sentiasa berubah secara hampir setiap hari."
Keluasan ICT meliputi apa-apa produk yang akan
menyimpan, mengambil, memanipulasi,
menghantar atau menerima maklumat secara
elektronik dalam bentuk digital, mis. komputer
peribadi, televisyen digital, e-mel, robot.
21
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
PENGGUNAAN TMK DIDALAM PDPC
Kepesatan perkembangan TMK dalam bidang pendidikan menjadikan aplikasi
multimedia dalam PdPc sebagai satu platform utama yang sering diguna pakai
dan menjadi pemangkin kepada proses PdPc yang lebih bermakna
(Koscianski, Ribeiro, & Silva, 2012). Impak penggunaan TMK melalui sistem
pendidikan abad ke-21 semakin hari dilihat akan menjadi lebih positif seiring
dengan perkembangan dunia teknologi yang menjadikan TMK dan
penggunaan internet sebagai agen perubahan dalam pelaksanaan PdPc guru.
Sebagai sumber Sebagai Sebagai
pencarian kendalian kerja penghantaran
(pemprosesan maklumat dan
maklumat untuk
subjek yang data markah tugasan
diajar murid/pelajar)
Sebagai medium
Sebagai PERANAN TMK PdPc ketika
pengetahuan DIDALAM PDPC
didalam dan luar
baru bagi Menjadi alat kelas
pengajar dan pengajaran dan
murid/pelajar pembelajaran
22
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
(Moreno & Mayer, 2007) alat multimedia terbahagi kepada dua, iaitu
multimedia interaktif dan multimedia tidak interaktif.Menurut beliau, multimedia
tidak interaktif adalah elemen yang tidak bergantung kepada reaksi pelajar
ketika menggunakannya semasa pembelajaran. Ini termasuklah animasi,
video dan juga grafik teks.
Manakala multimedia interaktif memaparkan teks dan gambar serta
melibatkan reaksi penggunaan pelajar semasa mengendalikannya. Contoh
multimedia interaktif adalah seperti simulasi, hipermedia, animasi dan video
(yang memerlukan kawalan pengguna) serta perisian daripada laman
sesawang.
Berdasarkan kepada pelbagai jenis multimedia ini, simulasi dikategorikan
sebagai alat multimedia yang paling berkesan (Hennessy et al., 2006; Rieber,
2005). Menurut Ferreira et. al (2013), penggunaan simulasi juga dapat
menggalakkan suasana pembelajaran kolaboratif semasa aktiviti
berkumpulan.
Kepelbagaian sumber TMK dalam pendidikan membuka peluang kepada
pensyarah untuk mengintegrasikan serta membina persekitaran multimedia
semasa menyampaikan pengajaran. Penggunaan multimedia dalam
pengajaran memberi kesan yang positif kepada pelajar (Ferreira, Baptista, &
Arroio, 2013).
Ljubojevic et al., (2014) integrasi video klip di dalam multimedia semasa sesi
pengajaran memberi ruang kepada pelajar untuk peka terhadap pengajaran
pensyarah serta meningkatkan motivasi pelajar. Ini bermakna pelajar lebih
mudah memahami dan mengingati maklumat-maklumat penting yang
disampaikan oleh pensyarah.
23
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
KELEBIHAN TMK DALAM PDPC
Berikut merupakan kelebihan menggunakan TMK didalam PdPc.
DAPAT MEMUDAHKAN
MENGINDIVIDUKAN KERJA HARIAN
PEMBELAJARAN PENGAJAR
DAPAT MENINGKATKAN
MENGAKSES KREATIVITI DAN
MAKLUMAT IMAGINASI MURID
DENGAN MUDAH
MENINGKATKAN
MURID/PELAJAR MOTIVASI DIRI
DAPAT BELAJAR PENGAJAR DAN
MENGIKUT MURID
KEMAMPUAN
MENINGKATKAN
DAPAT KEMAHIRAN
MEWUJUDKAN
SUASANA BELAJAR MENGGUNAKAN
YANG SERONOK TEKNOLOGI BARU
24
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
KEMUDAHAN TMK
Pada zaman serba canggih ini, gadjet dan peralatan elektronik menjadi
keperluan dalam kehidupan harian. Begitu juga dengan pendidikan di sekolah
yang memerlukan pengajar dan murid melestarikan penggunaan kemudahan
tersebut selari dengan perubahan dunia. Berikut merupakan beberapa
kemudahan peralatan elektronik yang terdapat didalam institusi bagi
memudahkan pengajar menggunakannya ketika PdPc bersama murid.
Komputer Projektor
Smart television Layar putih
Tablet Visualiser
25
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
RUMUSAN
Dalam mendepani zaman serba canggih, kemudahan bagi teknologi
maklumat dan komunikasi mestilah diperkasakan terutamanya di setiap
institusi bagi melahirkan individu yang mahir dalam pelbagai aspek.
Kemudahan yang terdapat di setiap institusi juga perlu digunakan
dengan sepenuhnya agar dapat meningkatkan tahap pengajaran dan
pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Kemudahan yang ada di
institusi perlulah digunakan secara menyeluruh dan bukan hanya
menggunakan bantuan modul serta nota semata-mata.
26
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
AKTIVITI
1. Bina peta I-think berdasarkan topik berkaitan subjek Teknologi
Pembinaan yang guru pilih mengikut kreativiti murid-murid
dengan menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi seperti slaid, ‘powerpoint’, Microsoft word dan
sebagainya.
2. Tempoh masa diberi untuk menyiapkan peta I-think.
3. Guru menjadi fasilitator dalam membimbing murid menyiapkan
peta I-think menggunakan perisian yang ada didalam komputer,
komputer riba atau telefon pintar.
4. Setiap murid perlu membentangkan hasil peta I-think yang dibina.
5. Peta i-think yang menarik dan lengkap mendapat ganjaran
daripada guru.
6. Selamat mencuba.
TAHUKAH ANDA?
Jika anda beranggapan bahawa
syarikat teknologi seperti Dell,
Toshiba dan lain-lain adalah pencipta
komputer yang pertama, ia adalah
salah. Charles Babbage merupakan
orang pertama yang telah mencipta
komputer. Beliau juga merupakan
bapa komputer dunia. Beliau telah
mencipta komputer pertama pada
tahun 1822. Kemudian, syarikat
teknologi telah mengembangkan lagi
kemajuan komputer seperti yang ada
pada hari ini.
27
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
28
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Aplikasi berasaskan
Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)
29
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
UNIT 3 APLIKASI BERASASKAN TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
OBJEKTIF UMUM : Mengetahui cara menggunakan aplikasi berasaskan
TMK didalam PdPc.
OBJEKTIF KHUSUS : Pada akhir unit ini, tenaga pengajar berupaya:
1. Mengadaptasi aplikasi berasaskan TMK didalam
PdPc.
2. Memahami cara menggunakan aplikasi
berasaskan TMK didalam PdPc.
30
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
PENGENALAN
Aplikasi berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan juga
satu revolusi kepada penggunaan Internet dan web sebagai platform iaitu
aplikasi yang dijalankan secara langsung melalui media Internet. Tanpa perlu
dibatasi oleh sistem operasi tertentu, aplikasi berasaskan TMK ini boleh
diakses di mana-mana sahaja secara atas talian (online) serta melalui telefon
pintar ataupun tablet. Selain daripada itu, sifat unik aplikasi ini adalah menjadi
suatu pusat pengetahuan besar hasil daripada gabungan pengumpulan
maklumat yang disumbangkan oleh pengguna.
Kemunculan aplikasi berasaskan TMK ini serta kemajuan alat
telekomunikasi yang canggih seperti jalur lebar (broadband) dan WiFi sebagai
perantara untuk berkomunikasi merupakan transformasi kepada aplikasi yang
lebih interaktif. Berbanding penggunaan aplikasi pada zaman dahulu, aplikasi
pada era kini lebih berteknologi dengan menyediakan platform kepada
pengguna untuk berhubung, berkomunikasi dan berkolaborasi antara satu
sama lain. Penjanaan serta perkongsian maklumat antara pengguna
membantu mengembangkan informasi serta dapat menjadi pusat ilmu secara
formal dan tidak formal.
Penggunaan teknologi yang diaplikasikan dalam pendidikan
mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Melalui penggunaan aplikasi
tersebut, pelajar tidak sekadar mengakses Internet untuk mendapatkan
maklumat bahkan mereka juga dapat membina pengetahuan melalui interaksi
sosial. Ia juga dapat meningkatkan kualiti pembelajaran serta mewujudkan
interaksi sosial diantara pelajar dan pendidik.
31
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
CONTOH SENARAI APLIKASI BERASASKAN TMK
Google classroom Kahoot Prezi
Powtoon Padlet Quizziz
Socrative Explain Everything Hypersay
Plickers Slideshare Wordpress
32
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
33
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
GOOGLE CLASSROOM
Apa itu Google Classroom?
Google Classroom ialah perkhidmatan web percuma yang dibangunkan oleh
Google untuk sekolah-sekolah yang bertujuan untuk mempermudahkan
membuat, mengedarkan dan mengukur tugasan dalam cara tanpa kertas.
Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses
perkongsian fail antara guru dan pelajar.
Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan
pengedaran tugasan, Dokumen Google, Helaian dan Slaid untuk penulisan,
Gmail untuk komunikasi, dan Google Calendar untuk penjadualan. Pelajar
boleh dijemput untuk menyertai kelas melalui kod persendirian, atau secara
automatik diimport dari domain sekolah. Setiap kelas membuat folder
berasingan dalam Drive pengguna masing-masing, di mana pelajar boleh
menghantar kerja untuk dinilai oleh guru. Aplikasi mudah alih, tersedia untuk
peranti iOS dan Android, biarkan pengguna mengambil gambar dan
melampirkan pada tugasan, berkongsi fail dari aplikasi lain, dan mengakses
maklumat di luar talian. Guru boleh memantau kemajuan untuk setiap pelajar,
dan selepas dinilai, guru boleh kembali kerja, bersama-sama dengan komen.
34
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
KELEBIHAN ‘GOOGLE CLASSROOM’
Kelebihan menggunakan Google Classroom adalah:
1. Percuma.
2. Kelas dalam keadaan maya.
3. Menyediakan ruangan berforum.
4. Boleh membuat kelas walaupun guru berada di tempat lain.
5. Hanya menggunakan telefon pintar sahaja.
6. Boleh meletak tarikh akhir menghantar tugasan tanpa perlu peringatan.
CARA PENGGUNAAN ‘GOOGLE CLASSROOM’
Mendaftar di ‘Google Classroom’
1. Mencari ‘Google Classroom’ di mana-mana website browser atau hanya
membuka laman web https://classroom.google.com/
2. Mendaftar masuk menggunakan mana-mana e-mail atau lagi mudah
menggunakan email google yang sedia ada.
35
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Contoh gambar di atas apabila selesai sahaja mendaftar.
Mencipta kelas
1. Dengan menekan simbol berbentuk ‘+’ di bahagian atas kanan akan
muncul dua pilihan sama ada ingin memasuki kelas atau mencipta kelas.
2. Tekan ‘Create class’ untuk mencipta kelas.
36
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
a
b
c
d
3. a= nama kelas, b= seksyen berapa, c= nama subjek, d= tempat
4. Selesai mencipta kelas, halaman seperti gambar di atas akan muncul.
37
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Menjemput pelajar
1. Pelajar juga perlu mendaftar ‘Google Classroom’ untuk memasuki kelas
maya yang dicipta oleh guru
2. Selesai sahaja pendaftaran pelajar, pelajar juga perlu menekan simbol ‘+’
dan tekan ‘Join class’
38
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
3. Selepas butang ‘Join class’ ditekan, pelajar perlu memasuki kod kelas yang
diberi oleh guru untuk memasuki kelas yang direka oleh guru.
4. Kod kelas boleh didapati selepas guru mencipta kelas, contoh gambar di
atas.
5. Guru boleh melihat bilangan pelajar yang masuk dan juga menjemput guru
lain untuk turut serta memasuki kelas.
6. Sebelum memulakan ‘Google Classroom’, pastikan semua pelajar yang
memasuki kelas perlu meletakkan nama penuh dan untuk memudahkan
kerja guru mengambil kehadiran dan melihat pelajar yang tidak membuat
tugasan yang diberikan oleh guru.
39
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Aktiviti
1. Guru boleh membuat pengumuman seperti di dalam gambar di atas
kepada semua pelajar seperti ujian 1 mula pada hari bila, tempat di mana,
kelas ganti dan lain-lain lagi.
a
bc
2. Untuk pemberian tugasan kerja pula, guru perlu membuka ‘Classwork’ di
sebelah stream seperti gambar di atas.
40
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
3. a= untuk mencipta tugasan, b= bagi memudahkan guru memberikan
tugasan beserta meletakkan tarikh akhir untuk menghantar sesuatu
tugasan dan c= bagi memudahkan guru menyusun semua nota, tugasan
dan aktiviti yang diberi.
4. Dalam bahagian Tugasan, guru boleh memberikan tugasan
beserta Tarikh akhir menghantar tugasan. Guru juga boleh
memuat naik tugasan sekiranya berada dalam bentuk ‘Word’
atau gambar.
Contoh gambar di atas, guru boleh melihat progres murid seperti murid yang
sudah dan belum menyiapkan tugasan. Guru juga boleh memberikan markah
dalam lingkungan 100 mata. Jadi dengan ini, ia memudahkan guru dalam
memberikan tugasan, melihat kesungguhan pelajar dan memudahkan
pemberian markah.
41
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
5. Dalam bahagian Kuiz, guru boleh memberikan kuiz selesai sahaja satu
subtopik bagi menguatkan lagi kefahaman pelajar terhadap satu subtopik.
Selain itu, perbezaan tugasan dengan kuiz ialah Google menyediakan
borang Google untuk memudahkan lagi guru dalam membuat kuiz serta
melihat jawapan setiap pelajar.
42
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
6. Dalam bahagian Persoalan, guru boleh menanyakan soalan pada bila-bila
masa untuk memastikan pelajar dalam keadaan bersedia. Seperti yang kita
tahu, ‘Google Classroom’ merupakan kelas secara maya. Sekiranya berada
di dalam kelas sebenar, guru perlu menanyakan soalan kepada pelajar bagi
memastikan pelajar memahami sepenuhnya apa yang telah diajar oleh
guru. Jadi, dalam bahagian persoalan ini, guru boleh melihat jawapan
semua pelajar dan boleh mengambil masa untuk melihat kesilapan pelajar.
Terdapat dua cara untuk menjawab persoalan ini, sama ada jawapan
dalam bentuk subjektif atau objektif.
Contoh persoalan yang dibuat.
43
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
7. Bahagian Material, guru boleh memberikan nota sama ada dalam bentuk
ayat, word, pdf atau powerpoint. Dengan adanya bahagian material, pelajar
dapat mencari nota tanpa perlu mencari dari satu bahagian ke bahagian lain.
Ia juga dapat menjimatkan penggunaan kertas dan dakwat dalam mencetak
semua nota dan diberi kepada semua pelajar.
Contoh bagaimana ‘Google
Classroom’ memudahkan
pencarian nota kepada pelajar.
44
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
8. Yang terakhir bahagian Topik, untuk memudahkan guru menyusun topik-
topik dalam silibus. Selain itu, memudahkan guru memberikan tugasan
beserta persoalan mengikut topik yang telah disediakan.
Gambar di sebelah menunjukkan
bagaimana topik memudahkan kerja
guru. Selain itu, ia juga memudahkan
pelajar untuk mencari bahan
mengikut topik.
45
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
TAMBAHAN
Guru boleh melihat sama ada pelajar membuat tugasan ataupun tidak. Guru
juga boleh melihat sekiranya pelajar menghantar tugasan tersebut awal atau
lambat dari tarikh yang telah ditetapkan. Bagi pelajar pula, pelajar dapat
melihat tugasan yang belum selesai dan juga pelajar boleh mendapat
peringatan sekiranya tarikh akhir makin hampir.
46
E-Modul Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 Berasaskan
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
47