The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by swordmy, 2026-02-23 01:48:47

JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK

Ordinan Buruh Sarawak

Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kHari KelepasanHari Kelepasan Bilangan Hari Catatan Hari Kelepasan yang Ditetapkan6 Ditetapkan dalam Ordinan Buruh SarawakHari Kelepasan yang Dipilih MengikutAgama dan AdatPekerja12 Ditetapkan oleh majikandan boleh diganti melaluipersetujuan bersamaHari Tambahan Diumumkan oleh KerajaanNegeri Sarawak dan bolehdiganti oleh majikanPenerangan


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kKehilangan Hak Hari KelepasanSARAWAKPublic Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8)Mana-mana pekerja yang tidak hadir kerja pada harikerja sebelum atau selepas hari kelepasan atau dua ataulebih hari-hari kelepasan berturut-turut tanpakebenaran majikan adalah tidak berhak mendapatbayaran hari kelepasan melainkan ia mempunyai alasanmunasabah bagi ketidakhadiran itu


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kKerja Pada Hari KelepasanBagi kerja yang dilakukan pada hari kelepasan, pekerja hendaklah dibayar pada kadar seperti berikut sebagai tambahan kepada gaji hari kelepasan:Kadar gaji Tidak melebihi waktukerja biasaMelebihi waktukerja biasaBulanan, mingguan, harian, jam atau lain-lain kadar yang serupa2 hari gaji biasa 3 kali gaji ikut jamKadar ikut kerja 2 kali gaji ikut kerja 3 kali gaji ikut kerja


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kCuti TahunanTempoh Berkhidmat Setiap 12 BulanPerkhidmatanKurang daripada 2 tahun 8 hari2 tahun atau lebih tetapikurang daripada 5 tahun 12 hari5 tahun atau lebih 16 hariKelayakan cuti tahunan adalah bergantung kepada tempoh berkhidmat dengan majikan seperti berikut:


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kCuti TahunanTempoh Berkhidmat Bulan PerkhidmatanYang GenapKelayakan CutiTahunan1 Julai 2022 hingga30 Jun 2023 12 8 hari1 Julai 2023 hingga30 Jun 2024 12 8 hari1 Julai 2024 hingga30 Jun 2025 12 12 hariPenerangan


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kCuti TahunanTempoh Berkhidmat Bulan PerkhidmatanYang GenapKelayakan CutiTahunan1 Julai 2024 hingga31 Januari 2025 7 4.67 hari (5 hari)PeneranganJika pekerja berkhidmat kurang daripada 12 bulan, kelayakan cuti tahunan adalah dikira secara prorata berdasarkan bilangan bulan perkhidmatan yang genap Sekiranya pecahan daripada 1 hari ialah setengah atau lebih, ia hendaklah dianggap sebagai 1 hari


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kCuti TahunanMajikan hendaklah memberi dan pekerja hendaklah mengambil cuti sedemikian tidak lewat daripada 12 bulan selepas tamat setiap 12 bulan perkhidmatan berterusan dan mana-mana pekerja yang gagal mengambil cuti sedemikian pada penghujung tempoh tersebut hendaklah tidak lagi berhak mendapatnya:Dengan syarat bahawa seseorang pekerja berhak mendapat bayaran sebagai ganti cuti tahunan tersebut jika, atas permintaan majikannya, dia bersetuju secara bertulis untuk tidak menggunakan mana-mana atau semua kelayakan cuti tahunannya


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kCuti TahunanTempoh Berkhidmat Bilangan Hari Cuti Setiap12 Bulan PerkhidmatanKurang daripada 2 tahun 62 tahun atau lebih tetapikurang daripada 5 tahun 85 tahun atau lebih 11Seseorang pekerja separa masa berhak mendapat cuti tahunan berbayar seperti berikut:


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kCuti SakitTempoh Berkhidmat Bilangan Hari CutiSetiap Tahun KalendarKurang daripada 2 tahun 142 tahun atau lebih tetapikurang daripada 5 tahun 185 tahun atau lebih 22Seseorang pekerja hendaklah berhak mendapat cuti sakit berbayar selepas disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan atau doktor pergigian:


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kCuti SakitSekiranya pekerja perlu dihospitalisasi maka jumlah bilangan hari cuti sakit berbayar bagi hospitalisasi dalam setahun kalendar adalah 60 hari kesemuanya


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kCuti SakitTempoh Berkhidmat* Bilangan Hari CutiSakitBilangan Hari CutiHospitalisasi1 Mei 2025 hingga31 Disember 2025 14 601 Januari 2026 hingga31 Disember 2026 14 601 Januari 2027 hingga31 Disember 2027 18 60Penerangan* Pekerja mula berkhidmat pada 1 Mei 2025


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kMemberitahu Majikan Tentang Cuti SakitPekerja yang disahkan cuti sakit oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan atau doktor pergigian hendaklah memberitahu atau cuba memberitahu majikannya tentang cuti sakit tersebut dalam masa 48 jam daripada cuti sakit itu bermulaKegagalan berbuat demikian hendaklah dianggap sebagai ketidakhadiran kerja tanpa kebenaran majikan dan tanpa alasan munasabah


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kCuti SakitTempoh Berkhidmat Bilangan Hari Cuti SetiapTahun KalendarKurang daripada 2 tahun 102 tahun atau lebih tetapikurang daripada 5 tahun 135 tahun atau lebih 15Seseorang pekerja separa masa berhak mendapat cuti sakit berbayar seperti berikut:


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kPerlindungan BersalinSeseorang pekerja wanita layak mendapat sekurangkurangnya 98 hari cuti bersalin setiap kali melahirkan anak selepas sekurang-kurangnya 22 minggu hamilCuti bersalin boleh diambil pada suatu tarikh yang lebih awal daripada tempoh 30 hari sebelum tarikh bersalin atau bermula pada hari berikutnya selepas bersalin


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kPerlindungan BersalinSekiranya disebabkan keadaan kehamilannya yang lebihawal tidak berupaya menjalankan tugas-tugasnya denganmemuaskan, pekerja wanita boleh dikehendakimemulakan cuti bersalinnya 14 hari sebelum bersalinsebagaimana yang ditentukan oleh pengamal perubatanberdaftar


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kElaun BersalinSeseorang pekerja wanita hendaklah berhak menerimaelaun bersalin dalam tempoh cuti dengan syarat berikut:PeneranganJan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept90 hari1 hari(a) apabila dia telah bekerja dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin, dan tidak kurang daripada 90 hari dalam masa 9 bulan sebelum bersalin;


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kElaun Bersalin(b) pada masa ia bersalin itu ia tidak mempunyai 5 atau lebih anak yang masih hidup; dan(c) ia telah memberitahu majikannya 60 hari sebelum memulakan cuti bersalin


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kCuti PaternitiSeksyen baharu 105EA memperuntukkan kelayakan cutipaterniti bagi pekerja lelaki yang berkahwin sebanyak 7 hari berturut-turut setiap kali pasangannya bersalinKelayakan cuti paterniti berbayar terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengira bilangan pasangan


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kCuti PaternitiPekerja hendaklah bekerja sekurang-kurangnya 12 bulandengan majikan yang sama sebelum memulakan cuti dan perlu memaklumkan majikannya sekurang-kurangnya 30 hari sebelum pasangannya bersalin atau seawal mungkinselepas kelahiran


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kBahagian IVABahagian IVA menetapkan standard-standard minimum perumahan, penginapan dan kemudahan bagi pekerja


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kBangunan Hendaklah Mematuhi KehendakTiada majikan boleh menempatkan atau menyebabkansupaya ditempatkan mana-mana pekerja yang diambilkerja olehnya di dalam mana-mana bangunan yang tidakmematuhi peruntukan-peruntukan bahagian ini ataumana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kKemudahan Lain, Kesihatan, Hospital dsbDalam menyediakan perumahan kepada pekerja di estet, majikan perlu menyediakan bekalan air dan elektrik yang mencukupi, pusat asuhan kanak-kanak, untukan tanah untuk tamanan dan ragut, dewan komuniti, kemudahan sukan dan aktiviti rekreasi, dan kemudahan kesihatan berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam bahagian ini


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kPenginapan Hendak Mematuhi Standard MinimumSeseorang majikan atau penyedia penginapan berpusathendaklah memastikan bahawa tiap-tiap penginapanyang disediakan untuk pekerja mematuhi standard minimum yang dikehendaki di bawah bahagian ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kKemudahanSeseorang majikan atau penyedia penginapan berpusathendaklah menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupi mengikut bahagian ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualBab baharu IIIA mengenai gangguan seksual bagi menangani kes gangguan seksual di tempat kerja secara undang-undang “Gangguan seksual” ertinya apa-apa tingkah laku bersifat seksual yang tidak diingini sama ada secara lisan atau bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang menyinggung, menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya yang berbangkit daripada pekerjaan


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualApabila menerima aduan gangguan seksual, majikan hendaklah menyiasat aduan ituJika majikan enggan menyiasat aduan gangguan seksual, dia hendaklah secepat yang boleh dilaksanakan tetapi dalam mana-mana hal tidak lewat daripada 30 hari selepas tarikh penerimaan aduan, memaklumkan pengadu tentang keengganan itu dan sebab-sebab penolakan itu secara bertulis


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualMajikan boleh enggan menyiasat aduan gangguan seksual jika aduan gangguan seksual telah disiasat dan tiada gangguan seksual telah dibuktikan, atau majikan berpendapat bahawa gangguan seksual adalah remeh, menyusahkan dan tidak dibuat dengan suci hati


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualPengadu yang tidak berpuas hati dengan keengganan majikan untuk menyiasat gangguan seksual boleh merujuk kepada Pengarah Tenaga Kerja SarawakJika Pengarah Tenaga Kerja Sarawak berfikir aduan itu patut disiasat, arahkan majikan menjalankan siasatanMajikan hendaklah menjalankan siasatan dan mengemukakan laporan siasatan kepada Pengarah Tenaga Kerja Sarawak dalam masa 30 hari daripada tarikh arahan


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualJika Pengarah Tenaga Kerja Sarawak bersetuju dengan keputusan majikan untuk tidak menjalankan siasatan, maklumkan pengadu tiada tindakan lanjut diambil


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualJika majikan berpuas hati bahawa gangguan seksual terbukti selepas siasatan, majikan hendaklah, sekiranya orang yang terhadapnya aduan itu dibuat adalah pekerja–(a) memecat pekerja tanpa notis(b) menurun pangkat pekerja(c) mengenakan apa-apa hukuman ringan lain, termasuk penggantungan tanpa gaji tidak melebihi tempoh 2 minggu


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualSekiranya orang yang terhadapnya aduan itu dibuat bukannya pekerja, majikan boleh mengesyorkan supaya orang itu dibawa ke hadapan pihak berkuasa tatatertib yang sesuai


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualSekiranya aduan dibuat kepada Pengarah Tenaga Kerja Sarawak terhadap majikan yang merupakan pemilik tunggal, Pengarah Tenaga Kerja Sarawak hendaklah menjalankan siasatan mengikut cara yang ditetapkan oleh MenteriPengarah Tenaga Kerja Sarawak hendaklah memutuskan sama ada gangguan seksual terbukti atau tidak, dan memaklumkan keputusan itu kepada pengadu secepat yang boleh


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualPengarah Tenaga Kerja Sarawak boleh enggan menyiasat aduan gangguan seksual jika aduan gangguan seksual telah disiasat dan tiada gangguan seksual telah dibuktikan, atau Pengarah Tenaga Kerja Sarawak berpendapat bahawa gangguan seksual adalah remeh, menyusahkan dan tidak dibuat dengan suci hati


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualJika Pengarah Tenaga Kerja Sarawak enggan menyiasat aduan gangguan seksual, dia hendaklah secepat yang boleh dilaksanakan tetapi dalam mana-mana hal tidak lewat daripada 30 hari selepas tarikh penerimaan aduan, memaklumkan pengadu tentang keengganan itu dan sebab-sebab penolakan itu secara bertulis


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualSekiranya Pengarah Tenaga Kerja Sarawak memutuskan gangguan seksual terbukti, pengadu boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa notisSekiranya pengadu menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa notis, pengadu berhak untuk gaji seolah-olah pengadu telah diberi notis penamatan kontrak, faedah penamatan dan indemniti, mengikut peruntukan Ordinan Buruh Sarawak atau kontrak perkhidmatan


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kGangguan SeksualSeorang majikan hendaklah pada setiap masa mempamerkan dengan jelas di tempat pekerjaan satu notis untuk meningkatkan kesedaran tentang gangguan seksual


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kDiskriminasi Dalam PekerjaanSeksyen baharu 19A memberikan kuasa kepada Pengarah Tenaga Kerja Sarawak untuk menyiasat dan memutuskan apa-apa perkara yang berkaitan dengan diskriminasi dalam pekerjaan, dan menurut siasatan sedemikian, mengeluarkan arahan atau membuat perintah kepada majikan untuk menyelesaikan perkara itu


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kDiskriminasi Dalam PekerjaanMajikan yang gagal mematuhi mana-mana arahan atau perintah Pengarah Tenaga Kerja Sarawak melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM50,000 dan juga, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda harian tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kLarangan Buruh PaksaSeksyen baharu 19B memperuntukkan mana-mana majikan yang mengugut, memperdaya atau memaksa seseorang pekerja untuk melakukan apa-apa aktiviti, perkhidmatan atau kerja dan menghalang pekerja itu daripada meneruskan ke luar tempat atau kawasan di mana aktiviti, perkhidmatan atau kerja itu dilakukan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kPenggajian Kanak-kanakSeorang kanak-kanak boleh diambil bekerja di bawah keadaan-keadaan berikut–<15 YEARS(a) kerja-kerja ringan yang sesuai dengan keupayaannya dalam kegiatan yang dikendalikan oleh keluarganya(b) dalam mana-mana pusat hiburan awam, yang dilesenkan oleh Pengarah Tenaga Kerja Sarawak(c) di mana-mana sekolah, institusi latihan atau kapal latihan(d) pekerjaan sebagai perantis


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kPenggajian Orang MudaSeorang orang muda boleh diambil bekerja di bawah keadaan-keadaan berikut–15-17 YEARS(a) mana-mana pekerjaan yang dinyatakan di perenggan (a) hingga (d) di atas bagi penggajiankanak-kanak(b) (Dipotong)(c) pekerjaan di mana-mana pejabat, kedai(termasuk hotel, restoran dan gerai), gudang, kilang, bengkel, stor, rumah penginapan, teater, pawagam atau persatuan


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kPenggajian Orang Muda15-17 YEARS(d) pekerjaan dalam bidang perindustrian yang sesuai dengan keupayaannya(e) pekerjaan di atas sebarang kapal di bawah jagaan ibu bapa atau penjaganya


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kUmur Kemasukan Kerja Ringan13Age of Admission to Light WorkSeksyen baharu 71A menetapkan umur kemasukan ke kerja ringan hendaklah tidak kurang daripada 13 tahun


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kSekatan Kerja BerbahayaTiada kanak-kanak atau orang muda boleh, atau dikehendaki atau dibenarkan, terlibat dalam apa-apa kerja berbahaya, atau apa-apa pekerjaan selain daripada yang dinyatakan dalam seksyen ini


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kSekatan Kerja BerbahayaJadual Ketiga menetapkan pekerjaan yang berbahayakepada kanak-kanak dan orang muda, termasuk(a) pekerjaan yang berkaitan dengan mesin dan peralatan yang berisiko tinggi; (b) persekitaran yang berbahaya dari segi fizikal, kimia dan biologi; dan(c) pekerjaan tertentu yang bersifat berbahayaseperti pembinaan bangunan dan pembalakan


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kSekatan Kerja BerbahayaWalau bagaimanapun, orang muda boleh terlibat dalamapa-apa kerja berbahaya dengan pengawasan peribadijika orang muda tersebut–(a) di bawah kontrak perantisan; atau(b) menjalani latihan vokasional


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kSekatan Pekerjaan Yang Tidak dibenarkanTiada kanak-kanak atau orang muda boleh, dikehendakiatau dibenarkan, terlibat dalam apa-apa pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua yang melibatkan–(a) aktiviti pelacuran(b) perhubungan tetamu(c) perdagangan minimum beralkohol (d) aktiviti perjudian dan loteri (e) perkhidmatan refleksologi(f) pekerjaan yang lucah(g) perdagangan dadah, narkotik dsb(h) pengemis untuk mendapatkan keuntungan


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kKesalahan dan PenaltiKesalahan yang berkaitan dengan penggajian kanakkanak dan orang muda boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dan bagi kesalahan seterusnya sebanyakRM100,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kKontrakor BuruhKontraktor buruh hendaklah berdaftar dengan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak dalam masa 14 hari sebelum membekalkan pekerja, menyediakan kontrak secara bertulis, dan menyimpan daftar pekerja yang dibekalkan Kontraktor buruh yang gagal mematuhi peruntukan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM50,000


Jabatan Tenaga Ke r j a S a ra wa kPenamatan Kontrak Pekerja DomestikSeksyen baharu 101A menetapkan tempoh notis 14 hari bagi penamatan kontrak perkhidmatan pekerja domestik, atau membayar indemniti yang sama dengan gaji dalam masa tempoh notis tersebut


Click to View FlipBook Version