Cara Memilih Khalifah
Kaedah Perundingan
Pemilihan khalifah pertama secara baiah atau sumpah setia
merupakan pelantikan yang mendapat persetujuan orang ramai.
Pemilihan secara terbuka di Sahifah Bani Saidah, perbincangan
berhemah serta penerimaan masyarakat Madinah yang terdiri
daripada golonganAnsar, Muhajirin dan Yahudi menunjukkan nilai-
nilai demokrasi subur dalam pemilihan khalifah yang pertama.
Malah pelantikan baginda turut dibaiah oleh masyarakat Madinah.
Wasiat Khalifah Terdahulu
Pemilihan secara wasiat memang dianjurkan Islam. Dalam
pemilihan khalifah kedua kriteria berdasarkan ketokohan,
kebolehan, berhikmah, bijaksana, takwa dan ciri-ciri lain yang
terdapat dalam al-Quran diutamakan.
Malah pelantikan khalifah Umar bin al-Kattab mendapat
persetujuan sebulat suara ahli syura dan kemudian rakyat secara
sukarela telah memberi baiah atau taat setia kepadanya.
Kaedah Musyawarah
Pemilihan dan pelantikan khalifah melalui Majlis Pelantikan Khalifah. Khalifah Umar
bin al-Kattab telah menubuhkan Majlis Pelantikan Khalifah bertujuan mencari
pengganti khalifah ketiga.
Majlis ini dianggotai oleh Abdul Rahman bin Auf sebagai ketua dan ahli majlis yang
lain. Jawatan kuasa ini telah menemuramah setiap calon dan mendapat pandangan
masyarakat Madinah sebelum membuat sebarang pemilihan dan pelantikan.
Cara pelantikan ini menunjukkan demokrasi dipraktikkan dalam pemilihan dan
pelantikan khalifah.
Perlantikan secara desakan
sekumpulan masyarakat Islam
Pelantikan khalifah Ali bin Abi Talib dianggap tidak demokratik oleh
penduduk Syam dan Bani Umayyah yang memang menentang
pelantikan ini.
Dari sudut pandangan yang lain pelantikan secara paksa wajar
dilakukan kerana negara dalam keadaan tidak stabil dan memerlukan
seorang yang tegas dan berwibawa dalam mengembalikan keamanan
dan perpaduan ummah. Justeru, pemilihan dan pelantikan Khalifah Ali
memang demokratik kerana Ali bin Abi Talib memenuhi kriteria dan
keadaan darurat tersebut. Malah beliau juga mendapat sokongan
penduduk Hijaz, Basrah dan Kufah. Anggota Majlis Syura juga tidak
menentang pemilihan tersebut
Ahlul Halli wal Aqdi
Ahlul Halli Wal' Aqdi
Ahlul Orang yang memiliki kelayakan
Orang yang berhak (yang memiliki) untuk memutuskan dan
Halli menentukan sesuatu atas nama
melepaskan, menyesuaikan, umat
memecahkan Lembaga perwakilan yang
menampung dan menyalurkan
'Aqdi aspirasi atau suara masyarakat
mengikat, mengadakan transaksi,
membentuk
Antara panggilan lain Ahlul
Halli Wal 'Aqdi
Ahl Al-Ikhtiyar (mereka yang berhak memilh khalifah)
Ahl Al-Syaukah
Ahl Al-Asyura/Ahl Al Ijma'
Ahl Al-Ijtihad
Ciri-ciri Ahlul Halli Wal' Aqdi
Sifat-sifat Ahlul Halli wal Aqdi dapat ditetapkan pada tiga
golongan :
1. yang mampu menemukan penyelesaian terhadap masalah-
masalah yang muncul dengan menggunakan teknik ijtihad.
2. Orang yang berpengalaman dalam urusan-urusan rakyat.
3. Orang yang melaksanakan kepemimpinan sebagai ketua
keluarga, suku, atau golongan.
Syarat-syarat Khalifah
SYARAT-SYARAT KHALIFAH
MENURUT RAHMAT ILYAS (2016), BERDASARKAN PANDANGAN SYEKH MUHAMMAD AL – HASAN
ADDUD ASY – SYANGQITI, TERDAPAT SEPULUH SYARAT ATAU KRITERIA YANG HARUS DIPENUHI OLEH
SEORANG KHALIFAH SEPERTI MUSLIM, LELAKI, MERDEKA, DEWASA, SAMPAI KE DARJAT MUJTAHID,
ADIL, AMANAH DAN KUAT, SEMPURNA PANCAINDERA DAN BERANI SERTA DARI SUKU QURAISY.
MENURUT MOHD HAPIZ MAHAIYADDIN DAN ROSHAIMIZAM SUHAIMI (2011) BERDASARKAN AL-
MĀWARDĪ, ANTARA SYARAT – SYARAT KHALIFAH IALAH ADIL, MEMPUNYAI KEMAMPUAN BERIJTIHAD,
SEMPURNA PANCAINDERA DAN ANGGOTA DARI KECACATAN, BIJAK DALAM PENGURUSAN
RAKYAT DAN PENTADBIRAN, MEMILIKI KEBERANIAN DAN KEKUATAN UNTUK MELINDUNGI
NEGARA DAN BERJIHAD, DAN YANG TERAKHIRNYA BERKETURUNAN QURAISY.
MENURUT D.BUCHORI (2013), BERDASARKAN IBN HAZM YANG MENGEMUKAKAN LAPAN SYARAT
KHALIFAH IAITU SEORANG QURAISY, BALIGH, TAMYIZ (MUMAIYIZ) , LELAKI, MUSLIM, MAJU BAGI
MENJALANKAN TUGAS, ALIM DI DALAM MELAKSANKAN KEWAJIBAN AGAMA, BERTAQWA KEPADA
ALLAH SWT.
Kedudukan Hukum Allah
Tujuan politik menurut Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem
pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh
hukum syari’at Islam.
Tujuan utamanya ialah untuk menegak kan sebuah Negara Islam atau darul Islam.
Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari’ah, maka akan tertegaklah al
din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan- tuntutan al din
tersebut.
Tujuan politik ialah sebuah keadilan (justice). Bahkan Allah mengharuskan untuk
menegakkan keadilan walaupun dengan keluarga dan kerabat terdekat kita. Surat al-
Nisa Ayat 135, Allah berfirman:
Artinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan,
menjadi saksi karena Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu
” .bapak dan kaum kerabatmu
Dalam syariat Islam, terdapat satu kategori hukum yang
disebut sebagai hukum-hakam imamah (pemerintahan) atau
hukum-hakam siyasah syar'iyyah (politik Islam).
Imamah Siyasah
syar'iyyah
(Pemerintahan)
(Politik Islam)
Fungsi imamah (kepimpinan
negara) diwujudkan bagi Siyasah (politik) berfungsi
melaksanakan kewajipan sebagai mentadbir urusan
khalifah yang pernah
dilakukan oleh nabi bagi keduniaan. Pelaksanaan
memelihara agama hukum adalah wajib dengan
Ijma' (ulama)
Asas-asas politik islam
Sistem politik Islam ialah hukum atau perspektif Islam yang
berkaitan dengan cara pengurusan rakyat diatur dengan
menggunakan hukum Allah.
Antara asas-asas sistem politik Islam untuk umatnya terdiri
daripada 4 jenis :
HAKIMIYYAH ILAHIYYAH RISALAH
KHALIFAH TANGGUNGJAWAB RAKYAT KEPADA
NEGARA
Hakimiyyah ilahiyyah
(kuasa tertinggi adalah hak mutlak Allah)
Teras utama sistem politik Islam ialah tauhid kepada Alllah
Kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam
sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah SWT
Kuasa dan hak untuk menghakimi dan mengadili tidak
dimiliki sesiapa kecuali Allah
risalah
Risalah bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di
kalangan manusia sejak Nabi Adam A.S hingga kepada Nabi
Muhammad S.A.W adalah satu asas yang penting dalam
sistem politik Islam.
Para rasul sendiri yang menyampaikan hukum-hukum Allah
S.W.T dan syariat syariatNya kepada manusia.
khalifah
Khalifah bererti perwakilan. Dengan pengertian ini, ia bermaksud
bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ialah sebagai
wakil Allah S.W.T.
manusia dikehendaki melaksanakan undang-undang Allah dalam
batas-batas yang ditetapkan.
Dalam sejarah politik Islam, antara tokoh hebat yang dilantik
menjadi khalifah adalah Saidina Umar Al Khatab.
contoh terbaik pemimpin Islam yang mendokong sistem politik
Islam dalam pemerintahan sehingga ke akhir hayatnya.
tanggungjawab rakyat
kepada negara
Seluruh penduduk sesebuah negara yang mempunyai tugas dan
kewajipan yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.
Tanggungjawab untuk berjihad jika berlaku keadaan yang
mengancam keselamatan Negara seperti kebebasan
mengamalkan ajaran agama mengikut agama mengikut anutan
rakyat tersebut
Rakyat tidak boleh menimbulkan sebarang ancaman yang boleh
membawa kepada kekacauan dan akhirnya membawa kepada
peperangan di dalam Negara.
Konsep Syura Dalam Islam
Definsi Syura
Syura adalah satu konsep dalam menentukan sesuatu keputusan dalam pemerintahan
Islam. Sistem ini sangat penting sebagai faktor utama kejayaan politik Islam, dan atas asas
ianya sebagai penentuan atau penjamin tidak akan cacatnya pelaksanaan dalam mana-
mana zaman. Sesungguhnya pemerintah akan bersama-sama rakyat dalam mencari
penyelesaian dalam mencapai keputusan-keputusan politik dan merupakan prinsip dasar
negara dan masyarakat muslim.
-
Perkataan syura adalah berasal daripada bangsa Arab yang membawa maksud mensyuarat.
Manakala dari sudut istilah pula ialah permesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan
ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan
mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketaqwaan. (Mustafa Hj. Daud, 1991)
Dalil Syura
Menurut Muhammad Hanif Mohd Sobri dan Mohamad Akmal Mohd Hasri (t.t), terdapat
beberapa dalil dari Al – Quran dan Al – Sunnah yang menunjukkan ke atas kewajipan
bersyura iaitu :
-“Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah
dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka
bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal
kepada-Nya.”
(Surah Ali Imran: 159)
-“ Sesiapa yang membaiah seserang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di kalangan orang-
orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang dibaiah dan orang yang
memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh”.
-(Sharh Fath al-Bari, juz. 2: 144)
Hukum Syura
Menurut Aishahtun (2015), berdasarkan kepada kedudukan
syura di dalam al-Quran dan al-Sunnah, di samping
peranannya yang amat besar dalam mewujudkan sistem
pemerintahan, berpandukan masyarakat dan memudahkan
urusan rakyat dengan tepat, maka para ulama menegaskan
bahawa syura adalah wajib keatas para pemimpin Islam di
setiap zaman dan juga tempat.
Peranan Majlis Syura
- Terdapat beberapa peranan yang penting wujudnya majlis syura di dalam sistem
kepimpinan Islam. Antaranya adalah untuk : (Aishahtun , 2015)
a) Melakukan Pemilihan Ketua Negara
Syura memainkan peranan yang penting dalam menentukan ketua bagi sesebuah
negara Islam.
Menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, tidak ada nas yang jelas menghuraikan tentang
cara perlantikannya.
Tetapi terdapat beberapa peristiwa sejarah Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
yang boleh dijadikan panduan bagi perlantikan seorang ketua. Ini berdasarkan sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesiapa yang membaiah seserang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di kalangan
orang-orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang dibaiah dan orang
yang memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh"
(Sharh Fath al-Bari, juz. 2: 144)
b) Mendekatkan rakyat dengan pemerintah
Syura bukan sahaja dihadiri oleh golongan pemerintah, tetapi turut diikuti oleh golongan-
golongan lain seperti ahli akademik, perniagaan dan sebagainya.
Sesuatu keputusan musyawarah, tidak tertakluk kepada keputusan pemerintah tetapi turut
mengambil kira pendapat dan pandangan dari orang-orang bawahan termasuklah rakyat
jelata.
Kekuatan syura terletak pada kenyataan pada kenyataan bahawa musyawarah membawa
masyarakat lebih dekat antara satu sama lain dan memberi kesempatan bagi mereka untuk
menyuarakan pandangan tentang permasalahan yang menyangkut masyarakat umum.
Hal ini juga akan menyebabkan wujudnya keharmonian dalam soal bernegara.
c) Menegakkan dan menyebarkan agama Islam
Syura juga berperanan dalam menegakkan agama Islam ke setiap pelusuk tanah air yang
mengamalkan sistem tersebut.
Oleh kerana itulah Islam memberi penekanan yang amat besar terhadap kosep syura,
khususnya dalam mengendalikan urusan duniawi yang mesti ditegakkan dengan agama.selain
itu syura juga memberi hak kepada manusia untuk berfikir dan menggunakan kebijaksanaan
mereka dengan menyuarakan pendapat-pendapat mereka terhadap sesuatu masalah.
Syura juga boleh menyelamatkan para pemimpin dari lembah dosa, terutamanya dalam
melaksanakan sesuatu hukum. Ini adalah kerana, jika pemimpin menggunakan keputusan
sendiri, ianya ditakuti akan dipengarui oleh faktor-faktor luar.
-d) Sebagai penasihat dalam kepimpinan Islam
Dalam kepimpinan Islam, penasihat merupakan elemen penting yang mesti wujud, dalam masa
yang sama ia berperanan sebagai juru pandu sesuatu kepimpinan.
Oleh yang demikian, salah satu penasihat yang menyumbangkan kepada kecemerlangan sesebuah
kepimpinan itu adalah syura.
Oleh itu, syura dilihat sebagai penasihat bagi setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang
pemimpin dalam kepimpinannya.
Selain itu, syura bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah-masalah dalam pentadbiran,
malahan ia sebagai medan perbincangan strategi dan pengkhususan kerja dalam sesebuah
kepimpinan Islam.
e) Membentuk akhlak mulia dalam kepimpinan
Syura merupakan satu konsep permesyuaratan yang melibatkan penyertaan ramai ahli, yang mana
masing-masing berhak menyuarakan atau mengemukakan pendapat tanpa sebarang sekatan.
Proses syura berlansung dalam keadaan aman, masing-masing saling menghormati pandangan
antara satu sama lain.
Oleh yang demikian, secara tidak lansung syura berjaya membentuk akhlak mulia di kalangan ahli
majlis syura di dalam sesuatu kepimpinan.
Rentetannya dari hal tersebut akan lahir kalangan mereka yang berfikiran terbuka, menghormati
pendapat orang lain, berpandangan positif terhadap kritikan, tidak menyakiti hati orang lain sama
ada melalui perkataan dan perbuatan dan sebagainya. Dengan lahirnya nilai-nilai murni ini, maka
sebuah kepimpinan dapat dibentuk dengan cemerlang.
Konsep Syura Zaman Sekarang
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai
Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-
syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi
Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna
negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah
bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing,
seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti
mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh
Kerajaan Pusat..
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh
Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di
sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa
untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama
Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak,
dan Wilayah-wilayah Persekutuan
Di dalam syura, kekuasaan mutlak dan tertinggi hanyalah milik Allah Ta'ala.
Dialah sebagai kuasa tertinggi dan manusia sebagai hamba wajib patuh
kepada segala arahannya. Di dalam syura, badan perundangan dimiliki oleh
Allah sebagai pembuat hukum.
Dalam konteks Malaysia, konsep syura iaitu perbincangan antara pemerintah
dan rakyat dapat dilihat melalui sidang Dewan Rakyat (Parlimen) dan Sidang
Dewan Undangan Negeri. Meskipun rakyat tidak mempunyai hak untuk
bersuara secara langsung dalam sidang tersebut, tetapi suara mereka diwakili
oleh ahli perwakilan yang dikenali sebagai "wakil rakyat". Wakil rakyat akan
menyampaikan mesej rakyat yang diwakilinya dalam usaha menegakkan
keadilan dan kebenaran mereka
Tujuan Pemerintahan
dalam islam
tujuan pemerintahan dalam
islam
MENJAGA AGAMA MENTADBIR DUNIA
BERDASARKAN AGAMA
Menjaga Islam ialah dengan mengekalkan
hakikat Islam, maknanya,dan Maksud mentadbir dunia berlandaskan
agama ialah mentadbir urusan negara
menyebarkannya di kalangan manusia
sebagaimana yang disampaikan oleh dan rakyat dalam bentuk yang
Rasulullah SAW, para sahabat dan generasi merealisasikan maslahah (kebaikan) dan
selepas mereka. Termasuk jua menjaga
kesucian agama daripada diseleweng atau menolak mafsadah (keburukan)
berlandaskan kaedah syara', prinsip,
ditindas oleh golongan kuffar. hukum- hakam yang dinaskan atau yang
diistinbat berdasarkan kaedah ijtihad
yang betul.
RUJUKAN
Mohd Hapiz Mahaiyaddin & Roshaimizam Suhaimi . (2011) . Kepimpinan orang
bukan islam dalam kerajaan islam menurut perspektif fiqh. Esteem Academic
Journal. 7(2) , 56.
https://www.researchgate.net/publication/323903793_Kepemimpinan_Orang_B
ukan _Islam_dalam_Kerajaan_Islam_Menurut_Perspektif_Fiqh
Rahmat Ilyas. (2016). Manusia sebagai khalifah dalam perspektif islam. Jurnal
Dakwah dan Pengembangan Sosial Kemanusiaan, Mawa’izh. 1 (7), 188 – 192.
https://media.neliti.com/media/publications/285121-manusia-sebagai-khalifah-
dalam- persfekti-a463de5e.pdf
RUJUKAN
Muhammad Ichsan . (2014) . Demokrasi dan syura : perspektif islam dan barat.
Substantia Jurnal. 16 (1). 6 . https://jurnal.ar-
raniry.ac.id/index.php/substantia/article/download/4913/3236
Syed Ahmad Hussen (1994), Pengantar Sains Politik, Kuala Lumpur: Penerbit
Bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Pengajian Luar Kampus USM.
Kamus Dewan (1996), c. 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Harold Lasswell (1950), Politics: Who Get What, When , How, New York: Peter
Smith Publisher.
RUJUKAN
Aishahtun. (2015). Prisinp asas pengurusan islam. Issuu.
https://issuu.com/aishahtun/docs/prinsip_asas_pengurusan_islam__sett/15
D. Buchori (2013). Bab II : Pemilihan pemimpin menurut perspektif islam.
http://studentsrepo.um.edu.my/5381/2/BAB_II.pdf
Muhammad Hanif Mohd Sobri & Mohamad Akmal Mohd Hasri . (t.t). Sistem Politik
dalam Islam. Academia.
https://www.academia.edu/36310040/SISTEM_POLITIK_DALAM_ISLAM
Hizbut Tahrir Malaysia. (2018, February). Definisi Politik Menurut Islam. Hizbut
Tahrir Malaysia. https://mykhilafah.com/definisi-politik-menurut-islam/
RUJUKAN
Mawardi, Al-Ahkam al-Sulthaniyah. Beirut: Dar al-Fikr, 1989.
Konsep dan kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan Khulafa’ Al-
Rasyidin. (2017). Blogspot.com. https://eseistpm.blogspot.com/2017/08/konsep-
dan-kaedah-pemilihan-khalifah.html
Tujuan Pemerintahan Di Dalam Islam. (2021). Blogspot.com.
http://alhafizah.blogspot.com/2008/04/tujuan-pemerintahan-di-dalam-islam.html
Sekian, terima kasih
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
MpU3092: PenDIdiKAn iSlAM
SIsTem-SIsTem KEhiDUpaN dALam AGamA
IsLam: SisTEm JenAYah MINGGU5
Nama Pensyarah : Dr. Nik Asilah Binti Nik Ali
Nama Ahli : Nur Haziq Aiman & Puteri Khalida Nur
KanDUnGan
● Definisi “Jinayah”
● Jenayah dalam Islam
● Hukum Qisas
● Hukum Hudud
● Hukum Ta’zir
● Kepentingan Hukuman
● Rumusan
PenDAhuLUan
Jenayah merupakan perbuatan atau perilaku
yang jahat dilakukan oleh seseorang untuk
menceroboh atau mencabul kehormatan jiwa
atau tubuh badan seseorang yang lain dengan
sengaja
KecURiAn Menurut Fuqaha (pendapat kebanyakan ulama’)
- Membunuh
- Menghilangkan anggota tubuh
- Mencederakan
- Melukakan
- Melibatkan harta/ akal fikiran
DefINisI
❖ Jenayah dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-Jinayah atau
al-Jarimah. Perkataan al-Jinayah ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan
yang dilarang dan merosakkan, samada tindakan itu ke atas badan, harta
atau sebagainya
❖ Al-Mawardi mentakrifkan jenayah sebagai segala bentuk kesalahan menurut
Syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah samada ia adalah
qisas, hudud atau ta’zir
❖ Islam menganggap jenayah satu kesalahan yang mesti dihukum kerana ia
melanggar hak Allah dan hak manusia atau makhluk lain
HukUM qiSAs
● Hukuman yang telah ditentukan
dan ditetapkan oleh Allah
hukumannya di dalam al-Quran
dan Hadis
● Kesalahan yang dikenakan hukum
balas
● Bunuh dibalas bunuh
● Nyawa dibalas nyawa
● Melukakan dibalas melukakan
● Mencederakan dibalas
mencederakan
PenGErTiAn QisAS
- Bahasa : mengikut sesuatu yang terdahulu
- Syarak : hukum islam yang bererti pembalasan yang melibatkan
kecederaan kepada tubuh badan dan nyawa manusia
- Boleh dijalankan kepada penjenayah yang sempurna akal yang
melakukan jenayah dengan sengaja dan berniat jahat hukuman
berkaitan dengan hak individu mangsa atau walinya.
- Umpamanya setelah hakim mendapati seseorang itu bersalah
kerana membunuh, wali mereka boleh memilih samada untuk
meneruskan hukuman qisas atau menggantikannya dengan diyat
(ganti rugi) atau memaafkannya
HukUMan TErHadAP keSAlaHAn QisAS
❖ Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti
dengan hukuman yang sama seperti mana dia lakukan ke atas
mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum
bunuh.
KesALahAN diKEnaKAn QisAS
Membunuh orang lain dengan sengaja.
Surah al-Baqarah : 178
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang
seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang
merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa
(pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka
hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti
nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan
sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat
kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka
baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ØMenghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.
ØMelukakan orang lain dengan sengaja.
Surah al-Maidah : 45
Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan
jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang).
Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa
baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka
mereka itulah orang-orang yang zalim.
HudUD HukUM huDUd
● . Hudud iaitu hukuman yang
berkaitan dengan hak Allah yang
telah ditetapkan dengan jelas di
dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud
melibatkan kesalahan zina, qazaf,
mencuri, hirabah, minum arak, dan
murtad. Hukuman hudud ini kekal
dan tidak boleh diubah sehingga hari
kiamat.
PenGErTiAn HudUD
- Bahasa : Jamak bagi perkataan “had’ bermaksud mencegah atau
menyekat sesuatu
- Had juga bermaksud halangan
- Istilah Fuqaha : hudud membawa maksud hukuman tertentu terhadap
perbuatan jahat, dimana satu bentuk dan kadar hukuman keseksaan,
telah ditentukan oleh Allah dalam al-Quran.
- Ia wajib dilaksanakan untuk menjaga hak allah dan kepentingan
masyarakat awam
HadIS - HukUMan TErHadAP peNzINa mUHsaN
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa suatu ketika Umar R.A berucap dan
beliau berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengutuskan Muhammad dengan
kebenaran dan telah menurunkan al-kitab. Di antara perkara yang telah
diturunkan oleh Allah ialah ayat rejam. Kami baca, kami pelihara dan kami faham.
Apabila Rasulullah S.A.W. merejam, kami juga akan merejam selepas ketiadaannya.
Namun aku bimbang setelah berlalu masa, akan ada yang berkata: “Kami tidak
jumpa ayat rejam dalam kitabullah (al-quran)”.
Riwayat Al-Bukhari (6830) dan Muslim (1691)
HadIS - HukUMan TErHadAP peNzINa bUKan MUhSan
Sekiranya seseorang berzina dan dia bukan muhsan, dia akan dihukum dengan 100 kali
sebatan dan dibuang negeri selama setahun. Hukuman 100 kali sebatan telah dinyatakan
di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah S.W.T:
اﻟ ﱠﺰاﻧِﯿَﺔُ َواﻟ ﱠﺰاﻧِﻲ ﻓَﺎ ْﺟﻠِ ُﺪوا ُﻛ ﱠﻞ َوا ِﺣ ٍﺪ ﱢﻣ ْﻨﮭُ َﻤﺎ ِﻣﺎﺋَﺔَ َﺟ ْﻠ َﺪ ٍة ۖ َو َﻻ ﺗَﺄْ ُﺧ ْﺬ ُﻛﻢ ﺑِ ِﮭ َﻤﺎ َر ْأﻓَﺔٌ ﻓِﻲ ِدﯾ ِﻦ ﱠﷲِ إِن ُﻛﻨﺘُ ْﻢ ﺗُ ْﺆ ِﻣﻨُﻮ َن ﺑِﺎ ﱠ ِ َوا ْﻟﯿَ ْﻮ ِم ا ْﻵ ِﺧ ِﺮ ۖ َو ْﻟﯿَ ْﺸﮭَ ْﺪ
َﻋ َﺬاﺑَﮭُ َﻤﺎ طَﺎﺋِﻔَﺔٌ ﱢﻣ َﻦ ا ْﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣﻨِﯿ َﻦ
Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat
tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar
kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman yang
dikenakan ke atas mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”
(Surah Al-Nur: ayat2)