SHASYA ALI
RASHIELA NURAIN
1
Penulis : Shasya Ali & Rashiela Nurain
Tahun Terbit : 2017
Penerbit : Blank Book
2
Kandungan
Prolog – Bukan Aku yang Dahulu …
1 - Percutian Pertama
2 - Bukan Hero Si Cinderella
3 - Mencari Nadrah
4 - Minta Tolong
5 - Peristiwa Pelik
6 - Bukan Sempurna
7 - Harapan
8 - Dua Kerja
9 - Sayalah Punca !
10 - Tiada Maaf
Epilog - Tetap Bersaudara
Di Sebalik Tabir: Shasya Ali
Di Sebalik Tabir : rashiela Nurain
3
Prolog
Bukan Aku yang Dahulu …
4
Seorang yang manja, ceria dan disayangi semua. Itulah gambaran yang sesuai
buat gadis bernama Nadrah.
Namun bermula hari itu, segalanya makin tinggal sejarah. Selepas dia tercicir
di Thailand ketika mengikuti kakak dan abang ipar bercuti, semuanya bertukar
360 darjah.
Mata yang bulat menjadi lemah dan kuyu. Rambut panjang mengurai habis
bertukar pendek berkutu. Kulit yang cerah mulus kini jadi menggerutu.
Pakaian berjenama dan bergaya... sekarang hanyalah sepasang persalinan
lusuh yang kepam berbau. Senyuman mesra, kini sinarnya lesu. Bentuk muka
yang bulat berubah kurus cengkung. Tangan yang dahulunya penuh aksesori
gelang, kini sudah kudung!
Sejak dia dijual kepada Encik Tim, ketua penjenayah terkemuka Thailand...
dirinya dipaksa menjadi bahan uji kaji untuk dos dadah terbaru pula.
Tidak cukup dengan itu, gadis malang tersebut bukan sahaja disuruh menjadi
pengemis... malah pengedar dadah!
"Ya Allah, ya Tuhanku. Tolong maafkan diri ini kerana terlibat dalam najis
dadah. Bantulah aku terlepas dari cengkaman syaitan bertopengkan manusia!"
Hampir setiap hari Nadrah berdoa penuh harapan agar dia akhirnya bertemu
dengan cahaya kehidupan.
5
Bab 1
Percutian Pertama
6
" Nadrah binti Nordin."
"Ya, saya!" Tersengih remaja berusia 13 tahun itu apabila Nora membacakan
namanya.
"Muka kamu macam beruk dapat bunga dalam gambar pasport ini!"
Sengaja Nora ketawa besar sambil melayangkan buku merah itu di hadapan
pemiliknya.
"Kak Nora jahatnya... samakan saya dengan beruk!" Si adik mula mencebik
apabila diusik. Dipeluk kuat bantal yang gebu kerana menahan geram.
"Alahai, baru gurau sudah merajuk? Sebenarnya nampak kelakarlah...
gambar pasport ini ketara sangat menunjukkan kamu terlebih teruja."
"Yalah, siapa yang tidak teruja apabila ada peluang bercuti ke luar negara?
Tidak sabar mahu ceritakan kepada kawan-kawan betapa seronoknya aktiviti
cuti sekolah saya kali ini. Pasti Julie dan Aisya cemburu!" Gadis kecll fflolek itu
sudah membayangkan sesi bercerita sakan bersama rakan-rakan.
"Berhentilah berangan! Cepat kemas pakaian, pastikan semua barangan
dibawa. Jangan harap hendak pinjam-pinjam ya! Kak Nora pun hendak
kemaskan barangan Abang Joe... membebel pula dia jika ada yang tidak cukup
di Thailand nanti." Langsung si kakak keluar dari bilik berwarna biru, lalu ke
ruang sebelah.
7
Nadrah tersengih mendengar arahan kakak sulungnya. "Aduhai, malasnya
hendak lipat semua pakaian... peninglah! Nasib baik kena sediakan pakaian sendiri
sahaja. Kalau saya jadi Kak Nora... mesti lebih letih. Keperluan suami pun
menggunung tinggi. Apa boleh buat, siapa suruh sanggup berhenti sekolah sebab
sibuk hendak berkahwin muda!" Sempat dia mengomel perihal kakaknya yang
masih berusia 16 tahun tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Malah rasa
beruntung dengan nasib sendiri yang bebas merdeka.
"Tetapi untung juga saya dapat tumpang bahagia Kak Nora. Usia 16 tahun ada
orang tanggung semuanya. Walaupun sekadar jadi tukang ambil gambar waktu
percutian nanti, sekurang-kurangnya dapat juga jalan-jalan cuci mata. Melihat
dunia luar... tidaklah setiap kali cuti sekolah, asyik terperap sahaja di Malaysia.
Amboi, di Malaysia? Wah, ayat saya macam selalu sangat ke luar negara. He he he!“
Sepanjang berkemas, tidak henti-henti Nadrah ketawa riang. Sekali pandang
memang macam orang mereng akal. Seronok sangat agaknya! Leka dengan
perasaan yang terlalu girang, akhirnya dia terlelap dengan tangan terangkat yang
kononnya melipat pakaian.
8
Kelam-kabut satu rumah dengan gelagat Nadrah dan si kakak yang berebut
bilik mandi. Mama mereka hanya tertawa sambil mcnyediakan sarapan. Selesai
mandi dan bersiap, satu keluarga mengalas perut sejenak di meja makan.
"Kak Nora sudah pesan sejak semalam, kemas pakaian baru tidur. Ini tidak,
semua perancangan pagi terus jadi kucar-kacir." Mulut Nora muncung
membebel menegur adiknya sambil menyenduk nasi goreng kampung yang
disediakan.
Nadrah jadi terdiam. Tidak tahu mahu menjawab apa, rasa serba-salah
mendominasi hatinya.
"Sudahlah, Nora. Masih sempat lagi, bukannya lewat sangat. Kenderaan yang
menjemput pun belum sampai. Makanlah Nadrah, jangan tergopoh-gapah."
Mujurlah si ibu memahami, dipujuk anak yang hatinya marah seawal pagi.
Dimanjakan anak yang tadinya menikus dimarahi sejak pagi. Puan Raudah
menghulurkan sepinggan nasi kepada anak bongsu. Siap berikan dua ketul ayam
goreng berempah, biar kenyang sepanjang perjalanan nanti.
9
"Saya bukannya apa, mama., kalau dari rumah pun sudah tidak pandai jaga
diri, apatah lagi di Thailand nanti. Percutian ini bukannya dekat, bukannya murah.
Mujurlah Abang Joe sudi bawa Nadrah bersama. Katanya sebagai hadiah sebab
sudi jadi pengapit semasa majlis kenduri kahwin kami empat bulan lalu. Sanggup
Abang Joe simpan duit kerja lebih masa di kilang semata-mata mahu bawa kamu
bercuti, tahu?" Meskipun penuh mulut dengan nasi, Nora masih tidak henti-henti
dengan omelannya. Mata terjegil melihat adik yang baru mahu menyuap
makanan.
Seketika Puan Raudah sudah kelu mahu berdebat dengan anak sulung sendiri.
Nadrah juga masih membisu, sedia 'menadah' telinga menerima semua
kemarahan Nora kepadanya. Sesekali dijeling ayah yang duduk di hadapan mata.
Figura lelaki ketua keluarga itu ralit menikmati hidangan, seperti tiada berlaku
apa-apa. Sehinggalah mereka bertentang mata... automatik si ayah faham yang
Nadrah memberi signal minta dibela.
Encik Nordin berdeham sebelum berkata, "Di Thailand nanti harapnya kamu
berdua jaga adik baik-baik. Bukannya dia biasa bercuti di luar negara. Ayah
amanahkan kepada kamu berdua, Nora dan Joe."
10
Serentak pasangan pengantin muda itu mengangguk. "Baiklah, ayah. Saya akan
jaga anak-anak ayah sebaik mungkin." Suami Nora memberi jaminan.
"Kamu juga Nadrah, jangan lalai sangat tengok pemandangan sampai terpisah
dengan kakak kamu. Ikut sahaja ke mana kakak kamu pergi. Ingat pesan mama!"
Nadrah juga mengangguk faham.
Pon... pon!
Sebaik teksi sampai, mereka pun bergegas menghabiskan makanan, mengisi
bagasi ke dalam kenderaan dan berpeluk tanda berpisah buat sementara. Maka
bermulalah perjalanan adik-beradik itu ke Golok, Thailand.
11
Narathiwat, Thailand
Hampir 11 jam duduk di dalam teksi, kematu punggung dibuatnya sepanjang
perjalanan ke kawasan Sungai Golok. Mereka diturunkan oleh pemandu teksi di
pos pengawal sempadan Malaysia - Thailand.
Selesai urusan pemeriksaan pasport, Joe menunjuk ke arah sebuah teksi
Thailand yang sudah sedia menanti. "Mari ke sana... itu teksi yang sudah Abang
Joe tempah. Pemandu akan bawa kita ke hotel tempat penginapan."
Adik-beradik perempuan itu mengikut sahaja arahan lelaki yang
diamanahkan menjaga mereka. Itu bukanlah kali pertama Joe ke Thailand,
malah kerap kali ke sana. Jadi, kedua-dua gadis yang dibawanya memang akur
dengan kepakaran Joe tentang negara jiran yang terletak di utara Malaysia.
"Abang boleh beritahu pemandu teksi supaya singgah di tandas awam? Saya
tidak tahanlah, sakit perut memulas!" Tiba-tiba Nora bersuara dengan wajah
berkerut yang makin memucat.
"Okey." Ringkas Joe menjawab lalu memaklumkan permintaan isterinya
kepada pemandu teksi.
12
Tidak lama kemudian, kenderaan itu berhenti di sebuah deretan kedai makan
yang seakan-akan medan selera. "Di belakang kedai ini ada tandas awam. Mari
saya temankan awak ke sana. Nadrah, kamu tunggu dalam teksi. Jagakan
barang kita."
Pasangan suami isteri terus keluar dari perut teksi. Nadrah yang kelesuan,
akur sambil memerhatikan kakak dan abang iparnya menuju ke tandas. Dia
hanya duduk di dalam teksi dan menunggu. Seketika, mata terlelap...
Setelah 20 minit berlalu, bayang Nora dan Joe langsung tidak kelihatan.
"Eh, lama betul mereka ke tandas. Jauh sangat jaraknya? Hmm... mungkin Kak
Nora sakit perut yang kronik!"
Kerisauan jadinya remaja bermata bulat itu. Mula memandang ke sana dan
sini, dilihatnya pemandu teksi juga tertidur menanti. Hatinya sudah tidak senang
lalu diberanikan diri keluar dari teksi demi menuju ke arah tandas yang
diperkatakan tadi.
Menelusur deretan kedai makan yang tidak ramai pengunjung, sesekali dicari
papan tanda yang menunjukkan kedudukan tandas. "Aduh, semua tulisan
macam cacing kerawit! Tiada gambar ataupun simbol tandas pun? Macam mana
saya hendak faham?" Merungut sendiri Nadrah dengan situasi yang nyata
menggusarkan.
13
Apabila terpandang seorang lelaki muda yang pada tafsirannya pandai
berbahasa Inggeris, ditegurnya bagi bertanyakan arah. Mujurlah memang tepat
telahan, lelaki muda itu segera mengarahkan telunjuk ke satu laluan lorong yang
dapat menemukan Nadrah ke tandas.
Sampai di situ... dilihatnya tiada orang menunggu di luar tandas. uEh? Tadi
Abang Joe kata mahu temankan Kak Nora? Tidak nampak pun kelibatnya?"
Bingung dengan keadaan yang dialaminya, terus sahaja digagahkan diri
masuk ke tandas yang gelap. Sedari muka tandas, Nadrah sudah terpekik-pekik.
"Kak Nora... Kak Nora! Where are you? Ada di tandas yang mana satu?"
Senyap. Tiada jawapan.
Dilihatnya ada lima bilik tandas di situ. Empat pintu terbuka, dan hanya ada
satu yang tertutup rapat. Maksudnya, ada seseorang yang menggunakannya.
"Kak Nora ada dalam bilik tandas nombor lima ya?" Bergema suara Nadrah
ke seluruh tandas. Masih seperti tadi, tiada jawapan balas terhadap setiap
pertanyaan yang dilontarkan.
14
Mula tidak sedap hati, namun gadis itu sabar menanti dengan harapan bilik
tandas itu akan terbuka dan memang kakak yang dicari ada di dalamnya.
Apabila terdengar bunyi pam tandas, dia mula lega.
uHish... ini mesti kes sembelit agaknya! Lama sangat dalam tandas, sampai
Abang Joe pun tidak sanggup hendak tunggu di luar."
Sebaik pintu tandas yang ditunggu dibuka, mata Nadrah terbeliak luas. Dadanya
berdegup kencang... nafas terus tersekat. Rupa-rupanya apa yang dilihat
adalah...
15
Bab 2
Bukan Hero Si Cinderella
16
“Eh, orang lain?"
Seorang wanita berambut panjang mengurai keluar dari kubikel, siap
berbaju putih polos. Itu buatkan Nadrah terkejut, ingatkan hantu Thailand!
Hilang debar, sekejap Nadrah mula menggaru kepala yang tidak gatal. "Aduh,
di mana pula Kak Nora?"
Saat itu dia mula menggapai telefon bimbit di dalam poket. Malangnya, baru
teringat yang alat komunikasi itu tertinggal di dalam teksi, sedang bercas pada
power bank. Aduhai! Maka segera dilajukan langkah kembali ke arah teksi merah
yang berkhidmat untuk mereka. Tiba di hadapan deretan kedai, dia mula keliru
memandang ada tiga teksi berwarna merah sederet berhenti sama,
"Ish, mengapalah saya tidak tengok nombor platnya tadi!" Berdebar-debar
dirinya bergerak memerhatikan setiap teksi. Direnung satu per satu, kenderaan
manakah yang dinaiki tadi?
"Mana pula pemandu teksi kurus berbaju kuning tadi?" Cemas mula
menguasai diri. Air mata mula bertakung dalam kelopaknya. Mundar-mandir
gadis itu jadinya.
17
Nadrah mula tidak keruan. "Mungkin ada tandas lain agaknya."
Tiada pilihan, dia berulang gerak ke arah berlainan bagi mencari si kakak.
Pelbagai teka-teki berlegar dalam fikiran memikirkan ke mana dua ahli
keluarganya pergi? Apatah lagi pemandu teksi tadi juga sudah tidak ada di
tempat menunggu dan berhenti.
Sekali lagi terserempak lelaki yang dapat berbahasa Inggeris tadi, menurut
orang itu... hanya ada satu tandas di situ. Nadrah tidak berpuas hati, lalu kembali
ke tandas dan memeriksa segenap ruang. Tetapi Nora tetap tiada. Ikutkan hati,
mahu sahaja dia masuk ke tandas lelaki bagi mencari Joe pula.
"Mungkin mereka cari makanan." Tidak semena-mena dia mendapat
sebegitu ilham. Laju bergerak ke deretan kedai makan yang sememangnya
seperti padang jarak padang tekukur. Pilihan menu tidak banyak, ada banyak
kedai yang sudah tutup dan paling ketara, tiada pengunjung! Hanyalah para
pekedai sendiri duduk di kedai masing-masing sambil menunggu pengunjung
yang tidak kunjung tiba.
Pada kala senario sebegitu, memang mudah sebenarnya untuk Nadrah
mengesan di mana Nora dan Joe berada. Namun sayang seribu kali sayang,
tiada kelibat pun kelihatan. Memang mereka berdua tiada!
18
Tidak dapat dibendung, Nadrah sudah menangis ketakutan. Hampir sejam
dia berada di kawasan tersebut. Sejak menunggu di dalam teksi tadi hingga ke
hulu ke hilir mencari tanpa arah tujuan. Akhirnya dia bergerak ke lorong di
antara tandas dan kedai. Sekuat-kuatnya nama Nora dan Joe dijeritnya sambil
air mata merembes laju kerana terlalu ketakutan.
“ Are you okay?" Rupa-rupanya lelaki yang membantu tunjuk arah kepada
Nadrah sedari tadi memerhati gelagatnya berjalan dalam keadaan kebingungan.
Masih dalam esak tangis, si gadis terus-terusan menggeleng. "My sister is
missing."
"Oh, it's pitiful. It's okay, let me help you to make police report. My car is just
right over there. Come, follow me."
Tanpa teragak-agak, Nadrah gembira dapat berjumpa semula lelaki tersebut.
Memarndangkan pakaiannya kemas dan berperwatakan menarik, dia yakin
individu itu umpama hero yang sudi membantu.
Di hujung jalan, dia ternampak sebuah van hitam dengan cermin gelap. "
Wah, pasti dia orang kaya." Gadis itu mula meneka.
Sebaik masuk sahaja ke dalam van, sekelip mata mukanya ditekup dengan
kain yang disapukan klorofom. Sekali gus, pandangan kelam dan Nadrah jatuh
pengsan!
19
"Aduh, sakitnya kepala saya!" Perlahan-lahan dibuka mata sambil telinga
dapat menangkap bunyi-bunyian suara ramai kanak-kanak.
"Mengapa saya di sini?" Diperhatikan segenap rumah agam yang besar, tertanya
sendiri apa fungsi kewujudan tempat sebegitu. Adakah ini hotel penginapannya?
Sejenak Nadrah termenung... baru teringat semula rinaiibn dlia masuk ke dalam
van hitam, kenudian jatuh pemgsan. Sebelum itu, memang maa terpandang
Ibeberapa orang kanak-kanak danremaja seusianya tidiir di'dkilam van tersebut.
Baiulah kini Nadrah tersedar hakikait, rupa-rupanya dia salah seorang daripada
mereka. Semuanya adalah mangsa culik!
Automatik nafasnya mula turun naik dengan linangan air jernih membasahi
pipi. Terpandang di sebelah kanan, mangsa-mangsa dikumpulkan. Pelbagai
rupa, jantina, warna kulit, dan bangsa. Apa yang pasti, kesemua wajah masing-
masing sugul dan pilu. Masakan tidak, badan kurus kering, rambut tidak terurus,
muka comot dengan kotoran dan yang paling mengerikan... separuh daripada
mereka tiada kaki ataupun tangan! Darahnya berderau!
20
Terpaksa Nadrah mengalih pandangan ke sebelah kiri iaitu mereka yang
bersama dengannya sejak di dalam van tadi. Setiap individu masih cukup sifat
tubuh badan. Namun semuanya diikat dengan tali ketat yang mencengkam
kuat. Merah berbirat pergelangan kaki dan tangan. Sama sepertinya, rata-rata
menangisi nasib diri dan menggigil trauma tahap tertinggi.
"Ya Allah, di mana saya sebenarnya? Adakah kini saya jadi mangsa culik
sindiket di Thailand?" Umpama mimpi ngeri, gadis 13 tahun itu asyik
menggeleng kepala. Biar terjaga dari mimpi. Biar tersedar dari imaginasi.
Namun ternyata segalanya memang realiti!
21
Genap empat hari Nadrah menjalani kehidupan yang tidak pernah
terbayangkannya. Setiap pagi mangsa culik perlu bangun seawal jam 6.00 pagi.
Tanpa sarapan, tanpa membersihkan diri... terus dikerah meminta sedekah di
sana sini. Nanti pukul 11.00 malam, barulah sebuah van hitam mengutip mereka
yang sudah bekerja sepanjang hari.
Sungguh gadis tidak berdosa itu menyumpah seranah beribu kali dalam hati,
"Rupa-rupanya si lelaki yang berlagak hero itu ialah manusia keparat! Dialah
kepala kepada sindiket meminta sedekah ini. Sanggup mempergunakan kudrat
kanak-kanak demi meraih keuntungan? Menyesal saya ikut dia!" Rasa geram
pada diri sendiri yang mudah terpedaya, namun Nadrah tetap tidak mampu
berbuat apa-apa.
Malam itu menjadi detik paling menyeksakan buatnya. Puas meminta wang
di sana sini tetapi pendapatannya tidak mencukupi kadar minima yang
ditetapkan. Apatah lagi dia perlu bersaing dengan dua orang kanak-kanak lain
yang turut ditempatkan di kawasan yang sama. Selain itu, dia juga tidak tahu
berbahasa Thailand menyebabkan kesukaran melaksanakan tugas.
22
"Aduh, habislah! Sudahlah tidak banyak wangl yang saya dapat, perut pula
lapar teramat!"
Sesekali gadis kenit itu mencuri pandanja kepada tiga konco agen penculikan
yang duduk di tempat-tempat berbeza. Mereka menyamar menjadi orang
awam. Bertindak sebagai pemerhati supayaj peminta-peminta sedekah
menjalankan operasi yang diperintahkan dan tidak lari mengadu kepada pihak
berkuasa.
Kruk!
Tidak dapat disorok lagi, perut Nadrahl berbunyi kuat dek kebuluran. Selama
itu dia hidupl setiap hari dengan mewah, disediakan makananj sedap-sedap lagi
berkhasiat oleh mama. Namun sejak diculik, dia hanya makan sehari sekali
sahaja. Itupun menu hina-dina, ia sisa-sisa makanan baki si konco-konco
sindiket. Sekiranya berjaya membuat banyak kutipan, barulah diberikan
makanan istimewa. Itupun sekadar roti manis. Memang seksa!
Tanpa dapat ditahan, air mata Nadrah gugur terkenangkan nasib diri.
"Rindunya saya pada masakan mama." Semenjak jadi pengemis, berat badannya
susut secara drastik. Muka makin cengkung dan tindakannya yang selalu
menahan lapar buatkan tubuh mudah jatuh sakit. Tekad, dia memberanikan diri
cuba menyentuh wang hasil kutipannya hari ini... mahu beli makanan buat alas
perut!
23
Baru berniat, datang seorang konco entah dari mana mengheret Nadrah
terus masuk ke dalam van. Oleh sebab kebetulan waktu mereka bekerja sudah
tamat, dia dibawa pulang bersama peminta sedekah yang lain.
"I'm hungry... please give me food." Merayu-rayu Nadrah sepanjang perjalanan
supaya tiga konco tadi sudi mengasihaninya. Tindakan itu membuatkan kanak-
kanak yang lain turut meraih simpati sama sepertinya. Bising dan riuh serentak
keadaan di dalam van dengan pelbagai suara yang kelaparan.
Salah seorang konco yang berbadan besar mengherdik mereka kuat dalam
bahasa Thailand. Semua terdiam, terdengar esakan yang tertahan-tahan. Tiba di
rumah agam, konco-konco tadi melaporkan perbuatan Nadrah dan rakan-
rakannya kepada si bos besar.
Pemuda berusia pertengahan 30-an datang mendekat kepada Nadrah.
Dibelainya rambut gadis tidak bersalah itu sambil mempamer senyuman sinis.
Sengaja suara direndahkan seakan-akan prihatin, "Why are you crying?"
"Please, Mr. James. I'm so hungry... please give me some food." Biarpun
Nadrah berdendam dengan lelaki yang disangkanya hero dahulu, saat ini dia
sudah tidak terfikir apa-apa. Melainkan hanya makanan sahaja yang dipintanya.
"I heard that you almost took my money?"
24
"I'm sorry, Mr. James. I'm just too hungry and wanted to buy food." Kedua-dua
tangan sudah dirapatkan ke dada. Tanda memujuk dalam keadaaan hina kepada
lelaki di hadapannya. Perkataan 'hungry' diulang banyak kali bagaikan sudah
tidak tahu perkataan lain di dunia. Lapar... lapar... lapar! Harapannya, sudilah
lelaki berpakaian kemas itu mempertimbangkan permintaan.
Encik James senyum terjongket selama dua saat. Kemudian dia berbahasa
Thailand mengarahkan konconya mengambil sesuatu dari belakang. Peminta-
peminta sedekah yang lain hanya berdiri di sekeliling, memerhatikan 'drama'
Nadrah yang kelaparan. Hakikatnya mereka pun dalam situasi yang sama...
sangat lapar cuma tidak berani bersuara.
Si konco tiba dengan sesuatu pada tangan. Dihulurkan item itu kepada Encik
James. Item sudah selamat bertukar tangan.
Tadi wajah bos itu kononnya manis seperti gula, kini bertukar bengis
umpama serigala! Ditariknya kasar badan mangsa, lalu dihalakan item itu di
hadapan mata Nadrah. Seraya buatkan mata si gadis terjojol bagaikan mahu
terkeluar dari soketnya!
" ARGH!"
Saat itu, suara Nadrah sudah bergema ke seluruh rumah. Jeritan itu buatkan
si bos besar semakin kuat mencengkam pipinya. Sekasar-kasar tenaga lelaki itu
digunakan bagi menarik rambutnya sehinggalah...
25
Bab 3
Mencari Nadrah
26
“ Nadrah!" Igauan buruk Puan Raudah mmembuatkan dia terus terbangun
dari tidur.
Akibat terkejut, si suami juga turut terjaga. "Mengapa?"
"Abang, saya termimpikan Nadrah diambil oleh seseorang yang berpakaian
serba hitam. Dia menangis ketakutan. Ya Allah... apalah agaknya nasib anak
bongsu kita itu? Saya yakin dia masih hidup." Air mata Puan Raudah mula
berjujuran.
Encik Nordin yang separuh mamai terkesan dengan kesedihan si isteri, segera
berusaha menenangkannya. "Insya-Allah, doa yang baik-baik untuknya. Esok
kita usahakan lagi mencari dia."
Hampir seminggu, hanya itulah 'skrip' yang mampu digunakan bagi
menghilang resah. Lelaki berusia 47 tahun itu sudah lelah mengulang kata yang
sama. Sedangkan dirinya sendiri masih kebingungan mencari anak mereka yang
hilang secara tiba-tiba. Ia ujian paling getir bagi mana-mana ibu bapa.
“Apa kata pihak polis?” tidak sabar gaya si ibu bertanya apabila Nora
meletakkan telefon.
“ Mereka tidak dapat jejak kehilangan Nadrah di kawasan tersebut sebab
perakam CCTV di situ tidak berfungsi.”
27
Buat kesekian kali, Puan Raudah hampir pitam mendengar jawapan yang
teramat mengecewakan. Akibat tidak dapat menahan emosi, dia mula memukul-
mukul lengan Nora. “ Mengapa tidak jaga adik kamu baik-baik? Mengapa
tinggalkan dia berseorangan?”
pasrah sahaja Nora ditepuk oleh ibunya berkali-kali. “ saya tidak tahu pun di
pandai-pandai berjalan seorang diri. Adik yang tiba-tiba menghilang hari itu.
Terpaksa saya dan Abang Joe batalkan percutian bulan madu semata-mata ke
sana dan ke mari mencari Nadrah. Puas bertanya orang sekitar, tetapi tiada
sesiapa pun berjumpa dengannya. Maafkan saya, mama." Dikenang semula
pengorbanan pasangan muda itu mencari si adik hingga hujungnya mereka
terpaksa pulang ke rumah dan mengkhabarkan berita pilu kepada keluarga.
"Biarlah, perkara sudah berlaku. Apa yang kita dapat buat sekarang, cari jalan
sendiri untuk bertemu dengannya.“
Selaku ketua keluarga, Encik Nordin sentiasa cuba bertenang pada setiap
ketika. Reda dengan ujian dan cuba menyelesaikan konflik yang dihadapi secara
tiba-tiba.
"Esok ayah rancang mahu ke Golok, tampalkan gambar adik kamu ke serata
kedai di sana. Harap-harap ada orang yang cam wajahnya.. Mudah-mudahan kita
dapat menjejak Nadrah."! Dimaklumkan antara inisiatif yang dirancang setelah
mengetahui pihak polis tidak dapat membantu kali itu.
28
Narathiwat, Thailand
Encik Nordin dan Puan Raudah bergerak sendirian ke Thailand. Mereka
mengambil cuti tiga hari demi semata-mata melaksanakan pelan yang diaturkan
sejak semalam. Sepanjang perjalanan, tidak henti-henti doa diutuskan supaya
dipermudahkan urusan. Sesekali mengalir juga air mata kerinduan si ibu. Ditenung
gambar yang dicetak pada kertas-kertas yang dibawa bersama. Sungguh besar
harapannya moga-moga usaha itu dapat membuahkan hasil. Menemui si anak
bongsu dan membawanya pulan ke Malaysia.
"Menurut Nora, di sini lokasi mereka terpisah. Mari kita ke kedai di hujung sana
terlebih dahulu dan minta kerjasama tampalkan iklan kehilangan Nadrah." Di
tangan Encik Nordin sudah dipegang kemas sekotak kertas yang dimaksudkan.
"Betul ini lokasinya? Itulah saya cakap... sepatutnya Nora dan Joe pun ikut
sama ke sini. Ini kerana hanya mereka yang tahu tempat terakhir Nadrah
menghilang." Ternyata Puan Raudah begitu tertekan dengan situasi, bibirnya
diketap-ketap marah.
29
"Alah, tidak mengapalah. Bukankah mereka tidak dapat cuti hari ini? Biarlah
sekarang giliran kita mencari Nadrah di sini. Sudah, mari berfikiran positif...
mudah-mudahan ada orang tempatan yang pernah melihatnya dan memberikan
maklumat yang membantu pencarian anak kita." Seketika terpaksa Encik Nordin
meletakkan kotak kertas yang diangkat bagi menenangkan isteri kesayangan.
Misi pasangan suami isteri itu dilaksanakan dengan bertungkus-lumus. Ada
pekedai yang sudi bekerjasama, ada yang buat acuh tidak acuh sekadar mahu
mereka beredar segera... ada juga yang langsung tidak ambil kisah.
Selain itu, Encik Nordin turut membelanjakan wang bagi membayar beberapa
kedai. Niatnya semata-mata mahu mencari kelibat Nadrah dari rakaman CCTV
kedai mereka. Berjam-jam menghadap rakaman, tetapi tiada satu pun
menemukannya kepada sebarang petunjuk positif. Puan Raudah sendiri sudah
keletihan meskipun suaminya masih gigih memerhati setiap gerak-geri dari
rakaman CCTV.
30
"Benci! Mr. James memang kejam!" Marah betul rasa Nadrah apabila
sewenang-wenangnya ketua penjahat itu membotakkan kepalanya. Apalah nasib
badan, sekadar mahu makan tetapi terpaksa rambutnya menjadi korban.
"Take these clothes and wear them right now!"
Berdetak kencang jantungnya apabila diherdik kuat oleh seseorang. Baru
sahaja mahu meratap nasib malang, salah seorang konco berdiri mendekati
dengan wajah bengis. Dilihat ada sepasang pakaian lelaki disuakan kepadanya.
Hairan juga, mengapa diberikan persalinan lain sedangkan sepanjang minggu ini
dia hanya memakai pakaiannya sendiri.
Melihat Nadrah sekadar terkebil-kebil cuma, si konco semakin naik angin dan
berdengus keras. "Hurry up! Starting by today, you 're not a girl anymore! Wear this
or we will rip your clothes off in front of everyone!"
Kecut perut mendengar ugutan sebegitu... fahamlah Nadrah mengapa dirinya
diberikan set pakaian lain. Rupa-rupanya memang orang-orang zalim itu mahu
menukarkan identitinya. Demi menjaga maruah supaya tidak dimalukan di
hadapan pengemis lain, dia menurut sahaja arahan menukarkan pakaian tadi.
31
Semalaman Nadrah menangisi nasib diri. Luluh hati ketika melihat imbasan
wajah pada cermin. Dipegangnya kepala yang sudah tiada berambut, kini jadi
botak licin.
"Lainnya! Sampai saya pun sudah tidak dapat cam wajah sendiri." Mengalir
deras air mata membasahi pipi, seraya teringat keluarga yang berada di Malaysia.
"Sampai hati mama dan ayah tidak ingat saya! Mereka langsung tidak mencari
saya!" Demi mengelakkan esak tangisnya kedengaran, wajah ditekup pada kain
yang dijadikan bantal selama dia tinggal di banglo tahanan.
"Mengapa mereka tidak risau kehilangan saya? Kak Nora tidak membantu cari
pun? Mungkin semua orang tidak sayangkan saya. Anggap diri ini sudah mati...
tutup kes, senang cerita!" Sepenuh perasaan dia teresak-esak menuduh darah
daging sendiri tidak mempedulikannya. Hampir sesak nafas menahan tangisan
yang keterlaluan.
Sesungguhnya setiap mangsa culik di situ mengalami dilema yang sama. Tiada
sesiapa yang layak dijadikan tempat mengadu kerana derita mereka tiada
bezanya. Maka, hanya kepada Tuhan dicurahkan segala rasa duka. Dia yakin,
hanya Tuhan yang tidak bosan mendengarnya berkeluh-kesah.
32
Bagi meredakan kepiluan, Nadrah bangun dari pembaringan. "Saya mahu
bersolat, barulah berasa tenang." Perlahan-lahan diatur langkah mahu bergerak
ke bilik air. Niatnya mahu berwuduk dan bersendirian mengadu nasib pada Ilahi.
Terpandang jam menunjukkan waktu lebih pukul 3.00 pagi, mujurlah semua
konco pun sudah terbuai lena. Maka dapatlah gunakan bilik mandi tanpa batasan
masa seperti kebiasaannya. "Ish... sudah berapa lama saya tidak bersihkan diri."
Langkah kaki terhenjut-henjut bagaikan tikus takutkan kucing. Gerak-geri dijaga
supaya tidak menghasilkan bunyi yang akan mengejutkan sesiapa.
Semasa tombol pintu bilik mandi dipulas, rasa hampa menguasai kerana ia
dikunci. Pastinya penyangak itu sengaja berbuat demikian supaya semua mangsa
tidak dapat membersihkan diri. Sekiranya ada sesiapa mahu membuang air besar
ataupun air kecil, mereka perlu ke hutan di belakang rumah. Itupun pada waktu-
waktu tertentu yang ditetapkan oleh penculik zalim... sebabnya setiap seorang
tebusan akan diiring dan dikawal ketat.
Namun begitu, Nadrah tetap meneruskan niat. Tekad dirinya menggunakan
debu yang terdapat di kawasan dapur bagi menggantikan air wuduk. Selesai
bertayamum, dia mula mengambil apa sahaja kain yang diyakininya bersih bagi
tujuan menutup aurat. Berlinang air mata mengenangkan kepayahan
melaksanakan solat pada waktu darurat. Terlalu mendalam kerinduan
melaksanakan ibadah membuatkan gadis 13 tahun itu khusyuk berdoa kepada
Ilahi.
33
"Ya Allah, ya Tuhanku... permudahkanlah aku dalam usaha melepaskan diri
daripada kekuasaan manusia keji!" Sepenuh hati Nadrah meluahkan apa yang
terbuku dalam hati.
Sebaik sahaja doa dipanjatkan, terasa badannya ditolak kasar oleh seseorang.
"Aduh, sakitnya!" Tersungkur gadis itu ke lantai hingga berdarah gusi yang berlaga
dengan gigi. Alangkah terkejutnya dia apabila berpaling, rupa-rupanya...
34
Bab 4
Minta Tolong
35
'‘ What are you doing? Stop all the nonsense!"
Tanpa disedari, datang dari belakang salah seorang konco yang marah dengan
perbuatan Nadrah. Mereka memang tidak suka mangsa culik membuat hal sendiri
yang tiada kaitan dengan tugasan mengemis. Selain itu sememangnya sesama
mangsa juga tidak dibenarkan berbual kosong, apatah lagi melakukan urusan
peribadi.
Kala itu, sungguh Nadrah terasa dizalimi. Pantas dia mengemas ruangnya
bersolat dan pergi ke tempat tidur. Di dalam hati sarat memanjatkan doa yang
tidak putus-putus.
"Ya Allah, aku merayu tolong selamatkan diri ini... sesungguhnya aku dianiaya
oleh manusia zalim!"
Masih bersisa sendu, dilelapkan mata dengan perasaan yang kekal berduka,
teramat menderita...
36
"Saya mesti lari! Keluarga pun tidak sudi cari, biarlah pandai-pandai
menyelamatkan diri." Siang itu, seperti biasa Nadrah perlu bergerak dari satu
restoran ke satu restoran demi tugasan hina meminta sedekah.
Semasa berada di sebuah restoran halal, Nadrah menjangkakan di sana pasti
ada pelancong dari Malaysia. "Mudah-mudahan saya dapat berkomunikasi dan
meminta bantuan." Terjenguk-jenguk leher mengenal pasti jika ada wajah-wajah
yang berpotensi menolongnya.
Pada masa yang sama, dia perlu kekal melaksanakan tugasan. Tambahan pula
mata si konco-konco berhati binatang itu sentiasa memerhati rapat seperti
perakam CCTV yang berfungsi 24 jam. Itu membuatkan dia perlu berada dalam
keadaan sangat berhati-hati bagi memastikan diri tidak tertangkap dan
perancangannya tidak tersekat.
"Hmm... dua lelaki itu macam orang Malaysia. Baik saya buat-buat meminta
sedekah kepada mereka." Apabila terpandang ada pemuda yang sedang santai-
santai sebaik selesai makan, Nadrah mula mengaturkan langkah. Dihampiri rakyat
senegara itu dan dia mula menjalankan misinya.
"Sir, can you give me some penny?" Masih lagi berperwatakan seperti peminta
sedekah, dirinya perlu memastikan keadaan betul-betul dalam keadaan selamat
bagi menyatakan hasrat sebenar kepada orang yang diharapnya.
37
Dua pemuda tersenyum lalu mula membuka dompet. Salah seorang yang
berpakaian baju T polo bertanya kepada rakannya yang lain, "Kau ada wang
kecil?"
Mendengar sahaja bahasa itu, benar dan tepatlah telahannya! Mereka berasal
dari negara yang sama! Tanpa sabar, Nadrah terus bersuara. "Encik, tolonglah!
Sebenarnya saya juga orang Malaysia. Saya diculik oleh sindiket!"
"Apa?"
Suara budak comot di hadapan mereka hampir tidak kedengaran. Masakan
dua pemuda dapat mendengarnya kerana ia umpama bisikan yang tenggelam
timbul dengan bunyi bising restoran sahaja. Apatah lagi muzik yang terpasang di
sekitar, boleh tahan kuat gemanya.
"Encik... maaf saya tidak dapat bercakap kuat, ada penjahat yang
memerhatikan. Harap kekal bereaksi seperti biasa. Saya takut mereka dapat
kesan dan jadi curiga." Bersungguh bunyinya tertunduk menyembunyikan wajah.
"Kami tidak berapa dengarlah! Kamu kata kamu orang Malaysia dan diculik?"
Salah seorang yang berkemeja mula mengulang ayat yang sekadar didengarinya.
38
"Ya..." Jantung si gadis peminta sedekah mula berdetak kencang apabila
terpandang konco-konco yang mengawasi seperti dapat menghidu tindakannya.
Segera dia mula buat-buat terjatuhkan bekas tin wang kutipan.
Sedari bawah meja, Nadrah mengutip wang yang kononnya terjatuh. Ketika
menunduk, mulut masih bercakap dengan jejaka-jejaka warganegara Malaysia.
"Encik berdua tolonglah! Penjahat itu sudah perasan yang saya mengadu dan cuba
minta bantuan."
Dua pemuda turut tunduk sama melihat telatah gadis malang di hadapan
mereka. Ternyata Nadrah menggeletar tatkala mengutip syiling yang berjatuhan.
Tergoncang-goncang wang syiling di dalam tin yang dipegang. Keadaan yang
kurang menyenangkan itu menarik perhatian pemilik restoran. Segera salah
seorang pekerja pantas bertindak menghalau si peminta sedekah. Pastinya tidak
suka apabila ada yang mengganggu pelanggan sedang berjamu selera.
Akibatnya, Nadrah diheret ke luar restoran. Paling mengejutkan, di
hadapannya sudah terpacul dua orang konco dengan wajah merenung bagai singa
kelaparan.
39
"Habis... habislah saya!" Sedia maklum yang dirinya akan dimarahi teruk, sempat
dijeling dua jejaka yang hampir menyelamatkannya.
Ya, kelihatan mata jejaka-jejaka Malaysia itu masih tersorot memandang ke
arahnya... namun hanya mampu menyaksikan dia dipegang kasar dan
dimasukkan ke dalam sebuah van bercermin gelap.
Benar bak dijangka... percubaan melarikan diri itu mengundang marah
teramat kepada si penjenayah. Tidak semena-mena, Nadrah didera dan dipukul
habis-habisan. Tidak cukup dengan tamparan sejak dari dalam van, kadang kala
mukanya ditumbuk pula. Kayu dan tali pinggang bergilir-gilir dihentamkan ke
tubuh si remaja malang. Paling dahsyat, dia ditolak ke dinding hingga terhentak
kepala botak... lalu darah mengalir pekat!
Kekecohan sebegitu membuatkan Encik James turut menjalankan tugasnya
selaku ketua. Begitulah rutin kebiasaan... apabila ada mangsa culik yang
melakukan sebarang kesalahan, konco-konco akan membelasah hingga lemah.
Hujung waktu, barulah Encik James memberikan hukuman terakhir... yang
selalunya jauh lebih berbahaya!
"Do you know that I love kids?" Encik James masih dengan perwatakannya yang
buat-buat baik terlebih dahulu.
40
Kala itu, diri si mangsa dera sudah tidak kisah. Malas dia hendak melayan
sandiwara selicik syaitan oleh lelaki durjana. Pada Nadrah, biarlah dipukul dan
didera. Dia reda... waima dibunuh sekalipun!
Senyuman Encik James jadi mengendur tatkala melihat gadis itu tidak ambil
kisah dengannya. Darah yang mengalir pada kepala botak Nadrah disentuh.
Perlahan-lahan dicalit pada wajah mangsa.
"But I really hate stubborn kid like you!" Terus tangan besar ketua penjahat
menepuk kasar muka bujur Nadrah!
Automatik terpinar rasanya pandangan melihat dunia, hampir pitam dilakukan
sedemikian rupa. Mata yang sudah bengkak akibat dibelasah, dalam samar-samar
dapat memerhatikan Encik James bercakap bahasa Thailand kepada kumpulan
anak buah. Sedia maklum, pasti akan ada hukuman lebih berat menantinya.
Pada kala keadaan diri seperti manusia separuh nyawa serta lemah longlai
tiada bermaya… apa yang dapat dilihatnya adalah bayangan seorang konco
membawa sebilah parang besar.
Tidak mahu berlengah-lengah, Encik James meneruskan hasrat menyeksa
Nadrah. Terus ditarik lengan si remaja yang tidak berdosa. Sekelip mata, parang
dihayun setinggi-tingginya. Sejurus kemudian bergenia kuatlah suara si mangsa...
sekadar mampu menyebut nama Tuhannya, "Allah!"
41
Bab 5
Peristiwa Pelik
42
“Nadrah!" Jeritan Puan Raudah menggegarkan suasana hening pukul 3.00 pagi
membuatkan Encik Nordin terus celik mata langsung terduduk secara automatik.
Dilihatnya si isteri sudah kebasahan pipi. "Pasti dia termimpikan Nadrah lagi,"
Sejak dua bulan lepas, si ibu kehilangan anak itu asyik bermimpi yang pelik-
pelik. Terbayang wajah anak kesayangan menjengah sebaik terlena. Paling
memilukan, setiap kali juga dia ternampak gambaran Nadrah dalam keadaan
ngeri dan kesedihan.
"Abang! Saya mimpi Nadrah menangis teresak-esak pada bahu ini. Dia
mengadu kita sudah tidak sayangkannya lagi. Tidak lama kemudian, dia ditarik
oleh seseorang sehingga terlepas genggaman tangan. Ya Allah, risaunya saya
pada keadaannya!"
Maka seperti biasa juga, Encik Nordin bertindak sebagai penenang rasa galau
yang menyeksa isterinya. "Sabarlah, itu hanya mimpi. Apa yang patut kita lakukan
sekarang... banyakkan berdoa dan berusaha mencari. Saya juga yakin dia masih
selamat, cuma tidak tahu berada di mana."
"Jadi kita mesti cari dia tanpa henti!" Kedengaran suara wanita itu mendesak.
Air mata kerinduan tidak tertahan-tahan mengalir dan menghambur dari kelopak.
43
"Ya, kita usaha dan jangan terlalu ikutkan rasa sedih. Menangis tidak akan
membantu apa-apa. Lebih baik bangun sekarang dan bersolat hajat. Kita minta
petunjuk daripada Allah supaya dipermudahkan urusan mencari Nadrah."
Kata-kata si suami umpama pujukan yang paling mujarab. Air jernih yang
berjujuran tadi terus dikesat. Suami isteri itu segera melaksanakan solat sunat
tengah malam pada waktu yang mustajab.
Pada hujung solat, diangkat tangan tinggi-tinggi sebelum Encik Nordin
meminta kepada Tuhan dengan sepenuh hati dan perasaan.
"Ya Allah, ya Tuhanku... aku memohon ampun kepadaMu sekiranya ujian yang
Kau berikan kepada kami ini adalah 'teguran' kerana dosaku dan isteri yang
terdahulu. Mungkin kami terlalu sibuk bekerja hingga terabai kebajikan anak-
anak. Mungkin kami terlalu memanjakan dan memberikan segalanya yang kami
sangka akan buat mereka bahagia. Mungkin kami tidak mendidik mereka dengan
ajaran agama sebaik-baiknya. Mungkin kami terlalu fokus perihal duniawi hingga
lupa urusan akhirat." Sempat Encik Nordin menarik nafas seketika kerana terlalu
menghayati detik berdoa.
44
"Ampunkan kesalahan kami, duhai Tuhan. Sesungguhnya Engkau hanya
memberikan ujian mengikut kemampuan kami. Tolonglah ya Allah, kuatkan hati
ini dalam menghadapi waktu-waktu getir. Pertemukanlah kami dengan jalan bagi
menyelesaikan permasalahan. Sediakanlah kepada kami hikmah terbesar agar
mensyukuri ujianMu ini,Ya Allah."
Sedikit sebanyak, mengadu kepada Tuhan mampu meredakan hati yang
terlalu tertekan. Suami isteri itu sama-sama mengharapkan permohonan mereka
sudi dimakbulkan,
Tiba di hadapan rumah, Joe menghulurkan salam. Isteri tercinta setia
membukakan pintu untuknya.
"Eh? Kenapa dengan wajah awak?" Terkejut si suami melihat wajah Nora yang
lebam pada pipi sebelah kanan.
"Katanya dia terhantuk hujung pintu bilik. Mama dan ayah tiada di rumah
semasa kejadian." Memandangkan anaknya tidak menjawab, Puan Raudah mula
bercakap sebagai wakil tidak rasmi. Jawapan ibu mertua itu langsung tidak
meredakan kerisauan Joe. Direnungnya wajah si isteri yang masih muda remaja.
45
"Itulah, selalu termenung! Sampai bahaya di hadapan mata pun tidak
nampak!" Sekali lagi si ibu berkata-kata umpama membebel. Walaupun suaranya
kedengaran marah, tetap juga penuh kasih sayang dihidangkan minum petang
buat mereka berempat.
Sambil menelan cucur pisang yang dihidangkan, Nora sekadar senyum tanda
tidak mahu suaminya risau. "Alah, sedikit sahaja... tidak mengapalah. Memang
silap saya sebab terlampau cuai. Mungkin terlalu rindukan Adik sampai asyik
berkhayal tentangnya."
"Hah, bagaimana urusan kamu di kedutaan Malaysia di Thailand? Mereka dapat
tolong?" Sebaik menghirup teh, Encik Nordin tidak sabar bertanya kepada
menantu lelakinya itu.
"Memang saya sudah ke sana minta bantuan pihak kedutaan Malaysia mencari
Nadrah. Namun prosesnya bukan mudah sebab melibatkan dua negara. Lainlah
kalau dia setakat hilang di Sabah. Ini hilang di Thailand... maka pencarian jadi lebih
rumit." Kata-kata Joe ada benarnya. Hubungan diplomatik antara dua negara itu
perlu dijaga. Terlalu banyak kes kehilangan rakyat luar di negara Thailand. Maka
mahu tidak mahu, keluarga mangsa perlu bersabar dengan prosedur yang
ditetapkan oleh pihak negara luar tersebut.
46
Nora mengurut bahu suaminya yang baru pulang petang itu. Selama tiga hari
Joe berada di Thailand bagi mengaturkan urusan mencari adik iparnya. Begitulah
lumrah keluarga mereka sejak lebih kurang dua bulan lamanya... bergilir-gilir ke
sana dalam usaha mencari Nadrah di negara orang.
"Bagaimana dengan usaha menampal poster wajah Nadrah di kedai-kedai? Ada
sebarang berita?" Tidak sabar Puan Raudah bertanya dengan pandangan mata
penuh pengharapan.
"Tiada apa-apa perkembangan, mama. Tempoh hari ada yang telefon saya
kononnya ternampak remaja seperti Nadrah. Setelah diperiksa, rupa-rupanya
mereka salah orang." Nora menerangkan situasi usaha mencari si adik yang
seolah-olah menemui jalan kebuntuan.
"Ya, ada juga yang sengaja menipu kerana mahukan wang ganjaran yang
ditawarkan." Kesal sungguh Encik Nordin dengan manusia yang tidak
bertanggungjawab. Sanggup menelefonnya berkali-kali, mencipta muslihat mahu
mencari kesempatan dalam kesempitan.
47
Keluarga itu kekal sugul... sudah berminggu-minggu mereka kehilangan remaja
berusia 13 tahun yang menceriakan keluarga. Dahulu Nadrah selalu menjadi
kesayangan yang sering dibelai dan dimanja. Kini bayangan adik itu sudah tiada.
Mereka benar-benar terasa kehilangannya. Perit sungguh apabila segala usaha
seperti tidak mendatangkan sebarang hasil. Harapan bagaikan terlalu tipis untuk
bertemu semula dengannya.
Narathiwat, Thailand
Hari itu 15 Julai, tarikh yang paling dinanti-nantikan setiap tahun sebelumnya.
Tarikh yang paling membahagiakan dan diingati seisi keluarga. Tarikh yang pasti
diadakan sambutan hari jadi paling meriah khas untuknya.
Namun saat itu, 15 Julai sudah tiada sebarang pengertian buatnya.
"Mengapalah saya dilahirkan ke dunia sekiranya ditakdirkan untuk merana?"
Nadrah seakan manusia yang tipis iman, kerap kali mempersoalkan takdir Allah
yang memberiaknnya dugaan.
48
Menitis lagi air mata yang seakan tiada henti. Genap sepuluh hari berlalu sejak
insiden percubaan mahu melarikan diri. Melihat tangan kanan sendiri buatkan
Nadrah patah hati. Bermula hari itu, dia bukan lagi seorang remaja yang
sempurna sifat. Kini tangannya kudung sebelah yang membuatkannya menjadi
cacat!
"Sampai hati Mr. James buat saya seperti haiwan. Tiada langsung belas
kasihan!" Masih teringat situasi cemas semasa dia berteriak menggelupur
kesakitan. Tegar sungguh orang jahat itu melakukan kekejaman demikian.
Hanya Tuhan yang tahu betapa tragis keadaannya pada malam penuh tragedi
itu. Habis badannya basah berlumuran darah sendiri. Hatinya seribu kali lebih luka
apabila teringatkan insiden yang menyayat hati.
"At least they treated us with medicine." Begitulah kata-kata salah seorang yang
juga pernah didera sedemikian rupa. Dengar khabar, gadis yang bernama Tibtum
juga pernah melawan arahan Encik James. Itulah sebab tangan kanan gadis
berusia 16 tahun itu sudah tiada sebelah.
49
"They cured us because they want us to continue collecting money!" Salah
seorang gadis yang setahunya berasal dari India menyampuk dalam nada penuh
amarah.
Mendengar perbualan itu buatkan Nadrah makin tawar hati. Padanya, hidup
sudah tiada makna. Tiada peluang baginya melepaskan diri dari kurungan yang
menyeksakan fizikal dan jiwa raga.
Dipandang segenap ruang rumah agam... tidak pernah terbayangkan selama 13
belas tahun sebelumnya dia hidup bahagia bersama keluarga. Kebahagiaan itu
bagaikan pinjaman semata-mata. Saat ini, dia sudah tidak punya sesiapa...
melainkan meneruskan kehidupan sebagai seorang peminta sedekah yang tiada
harga. Meraih simpati kepada sesiapa sahaja yang sudi memberikan wang
kepadanya. Hanya wang semata-mata... tiada kasih sayang mahupun bantuan
yang sewajarnya.
"Mama, ayah, Kak Nora... anggaplah Nadrah sudah mati selama-lamanya."
Itulah kata-kata terakhirnya sebelum melelapkan mata, menanti hari siang yang
buat kesekian kali... hari mendatang yang pastinya penuh duka dan seksa.
50