The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by choonglingling, 2020-06-11 23:35:44

MANGSA CINTA

MANGSA CINTA

Begitulah hakikat kehidupan. Hidup di dunia ini, kadang kala kita berpeluang
mendapatkan bantuan manusia... Kadang kala langsung tiada. Kadang kala kita
bertemu individu baik, ada kalanya kita bertemu syaitan bertopengkan manusia!
Jadi, selayaknya hanya Tuhan satu-satunya yang kita percaya... kerana Dia kekal
benar dan Maha Mengetahui segala-galanya.

Kak Shiela sangat berharap supaya hasil membaca novel ini, Blinkers dapat
belajar banyak pengajaran. Apabila berada di tempat asing, jaga diri baik-baik.
Perhatikan kiri dan kanan. Pastikan juga tidak mudah terpedaya dengan sebarang
tipu daya. Mesti tegas dan sentiasa berjaga-jaga. Telefon bimbit bukan sekadar
untuk upload kisah di media sosial sahaja. la juga adalah alat komunikasi penting
semasa berdepan kecemasan ataupun sebarang masalah.

Walau apa pun dugaan yang berlaku, ingatlah Tuhan setia mendengar segala
keluhan. Apabila dilukai, jangan terlalu marah hingga berdendam kerana semua
manusia pun melakukan kesilapan. Maafkanlah kerana setiap manusia layak
diberikan peluang... sedangkan Allah Maha Pemaaf sifatnya.

Semoga kita sama-sama belajar dari kisah ini. Sesungguhnya yang baik itu
daripada Allah SWT dan yang jahat itu datangnya daripada kekhilafan kita sebagai
manusia. Hingga jumpa lagi!

Terima kasih sayang,
Rashiela Nurain

101


Click to View FlipBook Version