Malaysia
"Nora, nanti suruh suami kamu kunci pagar hadapan."
"Alah…Abang Joe sudah tidur, letih sangat agaknya sebab perjalanan jauh
siang tadi."
"Kalau begitu, kamulah yang tolong kunci."
Terkejut Nora menerima arahan itu lalu menggeleng laju. "Takutlah, mama.
Manalah saya berani keluar! Hmm... mana ayah?" Segera dicipta alasan agar
terlepas dari suruhan.
"Ayah pun sudah teriena. Eh? Sejak bila pula kamu jadi penakut? Bukannya
Iewat sangat, sekarang baru pukul 10.40 malam... banyak lagi kenderaan lalu-
lalang." Masih Puan Raudah berkeras menyuruh anak perempuannya itu sambil
ralit meneliti sesuatu pada skrin komputer riba.
Terbantut aktiviti Nora menonton televisyen sambil makan kuaci... terpaksalah
akur dengan arahan yang diberi. Monyok wajah apabila melakukan tugasan tanpa
seikhlas hati.
"Argh!"
Baru sahaja selang tiga minit Nora berada di luar rumah, tiba-tiba ibunya
mendengar jeritan. "Ya Allah, mengapa dengan anak aku?"
51
Terkocoh-kocoh si ibu keluar dan menuju muka pintu. Dapat dilihat anaknya
masih berdiri kaku di hadapan pagar, menjerit kuat dalam tangisan seperti
perempuan dirasuk syaitan. Dalam kepekatan malam, alangkah terkejutnya Puan
Raudah apabila terpandang Nora yang sudah dalam kebasahan. "Apa yang
berlaku kepada kamu, Nora?"
Satu kawasan perumahan terperanjat mendengar jeritan. Apatah lagi Puan
Raudah yang kaku berdiri terkebil-kebil tidak tahu mahu berbuat apa. Dia hanya
mampu melaung nama suami dan menantunya, "Abang, Joe... cepat keluar! Ada
orang simbah Nora dengan cat!"
Seisi keluarga jadi panik! Siapa yang sanggup menuang cat pekat kepada gadis
tersebut? Apa tujuannya? Mengapa Nora yang jadi sasaran?
Sekuat-kuatnya si gadis muda itu menangis minta bantuan. Cepat-cepat Joe
mengambil hos yang digunakan ibu mertuanya menyiram bunga. Habis disiram
badan si isteri hingga bersih, kemudian ditenangkannya supaya tidak
menimbulkan kekecohan.
Joe turut meminta penduduk kawasan perumahan bertenang dan pulang ke
rumah masing-masing. Sementara itu, Nora dipimpin oleh Puan Raudah dan Encik
Nordin masuk ke dalam rumah. Ada pelbagai pertanyaan yang akan diajukan
kepada mangsa simbahan cat merah.
52
"Saya pun tidak nampak wajah orang yang buat khianat. Apa yang teringat,
mereka menaiki motor. Semasa mahu menutup pagar, tiba-tiba datang mendekat
dan menyimbah cat!" Begitulah penerangan Nora setiap kali ahli keluarga
bertanya.
"Mari kita laporkan pada pihak polis denga segera!"
Ibu mana yang tidak risau, tidak sangka anaknya menjadi mangsa buli di
kawasan rumah sendiri. Kesal pula kerana ia berlaku akibat arahannya meminta
menutup pintu pagar sebentar tadi. Terpaksalah satu-satunya anak perempuan
yang ada terdedah kepada kejahatan orang luar yang tidak dikenali.
"Jangan, mama! Saya takut!" Si gadis 16 tahun itu sudah fobia berada di luar
rumah pada waktu malam. Badan masih menggigil ketakutan, bibir masih
terketar-ketar melihat betapa cat merah yang disimbah itu bagaikan petanda
selepas ini darah sebenarnya pula akan tumpah!
"Harap-harap mereka tidak berniat jahat. Mungkin hanya budak-budak nakal
yang mahu bergurau kasar." Dalam keadaan begitu, Encik Nordin cuba bersangka
baik. Tidak sampai hati mahu dibiarkan anaknya jadi trauma sedemikian rupa.
53
Dibiarkan sahaja anak-beranak berbual sesama mereka sedangkan Joe hanya
berdiam diri. Tindakan itu demi tidak mengeruhkan lagi perasaan si isteri.
Sedangkan dirinya juga dalam kebuntuan, cuba merungkai apa maksud di sebalik
peristiwa misteri yang menimpa.
Apabila keadaan menjadi reda, barulah dipujuk isteri masuk ke dalam bilik.
Sebelum membuka pintu, sempat Joe berjanji kepada ibu bapa mentua yang
masih di ruang tamu, "Tidak apalah, mama dan ayah jangan risau. Esok saya
sendiri yang akan bawa Nora ke balai polis dan buat laporan."
54
Bab 6
Bukan Sempurna
55
Dua minggu diberi rawatan dan ubat-ubatan bagi menyembuhkan luka pada
tangan. Selepas tempoh itu, Nadrah segera diasak bekerja mengemis semula.
"Rupa-rupanya mereka sengaja cederakan saya. Biar nampak lebih teruk lagi bagi
meraih simpati orang ramai. Keji!"
Rasa bengang melanda jiwa mudanya... dengan keadaan tangan yang tiada,
sukar baginya menjalani hari-hari seperti biasa. Makan, minumnya susah apatah
lagi melakukan aktiviti rutin yang dahulunya dilakukan tanpa sebarang masalah.
Nadrah kini terpaksa melalui suratan takdir yang perit tiada berkesudahan.
Perubahan mendadak pada diri gadis malang itu buatkan dia semakin hilang
keyakinan diri. Semakin hari lebih banyak berdiam diri. Tidak bergaul, tidak
berbual malah langsung tidak senyum kepada rakan-rakan pengemis yang lain.
"Nadrah sudah mati! Sekarang saya hanyalah si kudung yang botak dan
dibuang oleh keluarga!" Dalam dirinya hanya penuh rasa dendam dan amarah.
Hari itu, Nadrah dan dua peminta sedekah lain dibawa mengemis di sebuah
deretan kedai makan yang tidak pernah dijejakinya.
Selepas 'bercuti' akibat kecederaan, itu kali pertama dia bertugas semula. Oleh
itu, Encik James sendiri yang mengintainya dari van khas yang selalu dinaiki
mereka.
56
Memandangkan keadaan fizikal yang mengundang simpati, ramai yang
memberikan sumbangan kepadanya. Biarpun kejadian itu menandakan yang dia
akan dapat makan roti manis malam nanti, sedikit pun Nadrah tidak teruja.
Wajahnya kekal murung tanpa perasaan ketika meminta wang di sini dan sana.
Malah mulut langsung tidak dibuka.
Ketika berada di satu meja di sebuah restoran, tiba-tiba keadaan menjadi
kecoh. Seluruh gerai menjadi huru-hara hingga membuatkan ada pelanggan yang
lari lintang-pukang. Paling mengejutkan kelihatan sekumpulan lelaki berkejaran
dengan bunyi pistol yang berterbangan!
"Apa yang sudah berlaku?" Keadaan kacau-bilau membuatkan Nadrah juga
hilang arah. Segera dia tunduk ke bawah.
"Ya Allah... takutnya saya!" Menggeletar tubuh si gadis kudung yang selama ini
tidak pernah berada dalam situasi cemas sebegitu.
Sedari bawah meja dan celah-celah kerusi, cuba diintai van Encik James dan
konco-konconya. Melalui kejauhan itu, terlihat mereka diserang sekumpulan lelaki
berpakaian serba hitam. Saling bertumbuk dan berperang bagaikan musuh yang
sekian lama berdendam. Habis ramai yang cedera parah akibat pertempuran
sesama sendiri. Sesekali kedengaran bunyi tembakan pistol yang menggerunkan.
57
Mata Nadrah makin terjojol melihat apa yang berlaku di hadapan matanya.
Tepat di meja dill menyorok itu, ternampak badan Encik James yang lembik
longlai, kemungkinan besar akibat dipukul dan ditendang sekuat-kuatnya.
Tidak lama kemudian, kumpulan misteri yang menyerang itu beramai-ramai
mengepung dan memegang tangan dan kaki Encik James. Datang pula seseorang
meletakkan kaki pada leher si orang putih. Ternyata lelaki zalim itu sudah hilang
taring, meronta-ronta dilakukan sedemikian rupa. Jeritan dan maki hamun
berbalas seketika sebelum Nadrah terpaksa memejamkan mata apabila
terpandang percikan berwarna merah memancut deras dari leher Encik James
yang sudah dikelar!
Saat itu jugalah dengan tidak semena-mena, ada seseorang menepuk
bahunya. Tersentak hingga terjerit kecil Nadrah dibuatnya! Pandangan dialih ke
belakang, rupa-rupanya dia didekati lelaki tidak dikenali yang berbisik dengan
suara tenang. "Mari ikut saya!"
58
Bab 7
Harapan
59
Kesungguhan pemuda itu buatkan Nadrah tergerak hati mahu menurutinya.
"Mungkin dia orang Malaysia yang mahu membantu. Syukurlah!"
Di hujung jalan, sudah ada sebuah kenderaan menanti mereka. Apabila dibuka
pintu kereta, ada dua orang lagi lelaki di dalamnya. Mereka sama seperti pemuda
yang mengajak Nadrah lari tadi, segak dan kemas. Salah seorang duduk di kerusi
hadapan berkata dengan lembut, "Masuklah, kamu selamat dengan kami."
Mendengar pelawaan sebegitu buatkan gadis yang sering dihempap malang
itu jadi tenang. Tanpa teragak-agak, dia memenuhi jemputan seraya menangis
kesyukuran dan berkali-kali mengucapkan penghargaan.
"Terima kasih, encik! Terima kasih kerana bantu dan tolong selamatkan saya
dari orang jahat."
Kenderaan mula bergerak membelah lebuh raya. Sepanjang perjalanan itu
jugalah tanpa henti Nadrah tersenyum kerana benar-benar lega. Sempat
diceritakan bagaimana dia menjadi mangsa penculikan Encik James. Ketiga-
tiganya mendengar dengan penuh simpati dan berjanji akan menyelamatkannya.
"Sekarang kita ke mana?"
60
Pemuda pertama tadi memandang si gadis malang sambil tersenyum. "Kami
akan bawa ke pusat pengumpulan remaja yang diculik oleh Encik James. Di sana
kami akan aturkan kamu."
Sungguh tersentuh hatinya mendengar penjelasan itu. "Syukurlah, akhirnya
terselamat juga daripada terus-terusan menjadi peminta sedekah. Mujurlah
bertemu orang Malaysia yang sudi menjadi hero penyelamat saya." Buat kesekian
kali gadis itu sebak kerana terlalu terharu. Sesekali teringat juga detik akhir Encik
James yang selalu mengasarinya... tanpa disangka individu zalim itu ditumpaskan
di hadapan mata. Bercampur-baur emosi yang terasa. Lega, malah simpati juga.
Nakhon Si Thammarat, Thailand
Akibat terlalu letih, Nadrah tertidur di dalam kereta. Selama hampir berjam-
jam perjalanan, kereta pun berhenti di sebuah lokasi. Langit malam yang
memekat menyukarkan pandangan. Apa yang dilihat, hanya satu kawasan yang
menempatkan banyak gudang terbiar dan kontena lusuh yang karat.
61
"Kita sudah sampai?"
Soalannya tidak dijawab. Ketiga-tiga lelaki ralit memastikan kenderaan lain
yang membawa mangsa-mangsa culik Encik James turut tiba serentak. Sesekali
mereka berhubung menggunakan walkie-talkie dalam bahasa Thailand.
Tidak lama kemudian, barulah Nadrah dan mangsa-mangsa culik yang
diselamatkan dibawa masuk ke dalam gudang yang luas. Mereka dibawa turun
ke satu tangga yang tersorok.
"Ruang bawah tanah?" Terkial-kial remaja tersebut melihat lokasi
persembunyian kali ini. Hairan juga, mengapa perlu menyorok ke bawah tanah?
Namun dia tidak mahu banyak tanya
"Baik ikut sahaja, mungkin ini sebagai langkah keselamatan supaya tidak
dikesan konco-konco sindiket yang masih berbaki." Nadrah cuba menyedapkan
hati, walaupun sebenarnya 1001 persoalan berlegar dalam minda sendiri.
Di ruang bawah tanah itu, kelihatan empat lelaki berwajah bengis menanti.
Kesemuanya berpakaian kulit berwarna hitam kecuali yang di tengah; bersut
hitam dengan cerut diletakkan di mulut. Itu pastinya ketua, figura yang paling
berkuasa.
62
Ada dua orang daripada mangsa culik yang diselamatkan mula menangis.
Mungkin dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
Keadaan sebegitu buatkan nafas Nadrah jadi naik turun. Dia pun mula cemas
dan bingung. "Siapa mereka, encik?"
Pang!
Pertanyaan itu dijawab dengan satu tamparan hebat ke pipi... persis tamparan
kasar Encik James!
Saat itu gadis tersebut mula menyedari sesuatu. Dia sudah terlepas dari mulut
buaya, tetapi nyata masuk mulut harimau pula!
"Ya Tuhan, bala apa pula yang menanti kali ini?"
Sangkanya tiga lelaki tadi adalah hero yang dinanti-nanti. Sangkanya mereka
jejaka-jejaka Malaysia yang dapat membawanya kembali ke tanah air. Sangkanya
sinar kehidupan dapat bercahaya semula menerangi hari. Ternyata segalanya
hanyalah mimpi pada siang hari. Rupa-rupanya mereka adalah orang Siam yang
pandai memperdayakannya dengan berbahasa Melayu!
63
Seketika penjenayah-penjenayah kelas atasan tersebut berkomunikasi. Dilihat
mereka berbincang sesuatu dan bertukar dua buah beg bimbit berkulit keras.
Apabila dibuka, memang ada berlapis-lapis wang di dalamnya.
"Kurang asam! Merekalah dalang yang sengaja tumpaskan kumpulan Encik
James. Kononnya selamatkan kami, padahal mahu dijual semula kepada agen
jenayah lain!" Bengang betul rasa Nadrah melihatkan kejadian itu. Tidak henti-
henti dia menyumpah tiga lelaki yang berlagak hero tetapi sebenarnya berhati
syaitan!
Tamat perbincangan, kesemua beredar kecuali kumpulan penjenayah yang
baru 'membeli' mereka. Lelaki tua yang bersut mula mendekati setiap satu
mangsa. Raut wajah ketua penjahat kali ini lebih ngeri. Berparut panjang pada pipi
sebelah kiri. Rambut tersisir rapi tetapi penuh dengan uban putih yang bercahaya.
Renungan tajam seperti helang yang mahu menerkam mangsa sampai mati!
Belajar dari pengalaman menjadi mangsa culik Encik James, Nadrah tidak
mahu melawan. Diturut sahaja arahan apabila mereka disuruh membuka mulut.
Walaupun ragu-ragu, tetapi apabila melihat salah seorang mangsa di kirinya
sudah dipukul hingga pengsan, dia jadi gerun dan menurut.
64
"Open up your mouth!" Remaja-remaja yang diculik terpaksa akur dengan
arahan. Salah seorang memasukkan pil ke mulut dan seorang lagi bertindak
memaksa mangsa menelan. Ada yang terbatuk-batuk, ada yang menangis kuat
dan ada juga yang tiba-tiba terdiam lalu terduduk pengsan.
"Apalah agaknya yang mereka sumbat ke mulut kami? Menyesal betul ikut
ajakan lelaki tidak guna itu tadi!" Perasaan gadis itu dijengah resah yang menggila
apabila ketua penjahat dan konco-konconya kian mendekati. Seperti yang lain, dia
juga dipaksa telan pil sebanyak tiga biji. Berpinar rasa kepala, perlahan-lahan
pandangan menjadi kelam... hinggalah akhirnya Nadrah turut pitam.
65
Bab 8
Dua Kerja
66
Seorang yang manja,. ceria dan disayangi semua. Itulah gambaran yang sesuai
buat gadis bernama Nadrah. Namun bermula hari itu, segalanya makin tinggal
sejarah. Selepas dia tercicir di Thailand ketika mengikuti kakak dan abang ipar
bercuti, semuanya bertukar 360 darjah.
Mata yang bulat menjadi lemah dan kuyu. Rambut panjang mengurai habis
bertukar pendek berkutu. Kulit yang cerah mulus kini jadi menggerutu. Pakaian
berjenama dan bergaya... sekarang hanyalah sepasang persalinan lusuh yang
terkepam bau. Senyuman mesra, kini sinarnya lesu. Bentuk muka yang bulat
berubah kurus cengkung. Tangan yang dahulunya penuh aksesori gelang, kini
sudah kudung!
Sejak dia dijual kepada Encik Tim, ketua penjenayah terkemuka Thailand...
dirinya dipaksa menjadi bahan uji kaji untuk dos dadah terbaru pula. Tidak cukup
dengan itu, gadis malang tersebut bukan sahaja disuruh menjadi pengemis...
malah pengedar dadah!
"Ya Allah, ya Tuhanku. Tolong maafkan diri ini kerana terlibat dalam najis
dadah. Bantulah aku terlepas dari cengkaman syaitan bertopengkan manusia!"
Hampir setiap hari Nadrah berdoa penuh harapan agar dia akhirnya bertemu
dengan cahaya kehidupan.
67
Dua tahun berlalu...
Tidak dapat dinafikan, gadis yang dahulunya suici itu sudah bertukar
perwatakan. Terpaksa hidup dalam keadaan tertekan dan penuh kepura-puraan.
Kadang kala disuruh menyamar menjadi perempuan yang beranak-pinak supaya
penyamarannya tidak dapat dikesan.
Sepanjang tempoh itu juga, dia kian diajar selok-belok menyeludup najis
dadah, Ada kalanya jantung berdegup kencang semasa bekerja. Maklumlah
jenayah dadah adalah yang paling berbahaya di dunia. Pihak polis sentiasa
menjejaki. Sedar dirinya terlibat dalam jenayah berat, kadang kala mahu sahaja
direlakan ditangkap oleh pihak berkuasa. Malangnya, Encik Tim jauh lebih licik
akal... bijak bermain rasuah! Sungguh Nadrah berasakan dirinya kini seorang
manusia yang hina-dina!
"Saya sudah tidak mahu hidup begini! Ah... mesti cari jalan selamatkan diri."
Memandangkan tugasan kini lebih memberi ruang untuknya bergerak sendiri,
pasti ada peluang terlepas daripada jenayah yang menyesakkan sanubari.
68
Petang itu, sudah dipasang rencana yang teliti aturannya. Disuarakan hasrat
kepada bos mereka, sengaja Nadrah buat-buat menghidangkan teh panas
kegemaran si ketua.
"Boss, someone has contacted me. He offers a high price to buy the 'item'. Are you
interested?" Nadrah mula mengatur kata-kata. Asalnya dia mahu berbahasa
Thailand tetapi dek kerana belum cukup fasih, dia hanya berbahasa Inggeris.
Harapnya, lebih mudah kata muslihatnya dipercayai!
"How much did he offer?" Lelaki berperut boroi melepaskan nafas berbau asap
rokok yang tengik lagi busuk.
"It's half a million." Terpaksa ditelan air liur bagi menyorok penipuan.
"Deal! Let's set the meet-up."
"It's in town... somewhere in Songkhla."Sungguh jantungnya bagai mahu gugur
semasa memberikan cadangan lokasi.
"We're fine with that!“
Hanya Tuhan yang tahu betapa dirinya bagai mahu melonjak kegembiraan.
Tidak sangka lelaki tua keparat tersebut mudah terperangkap dengan cerita
rekaannya. Oh, harap-harap esok dia dapat berada di sana dalam usaha
membebaskan diri dari neraka dunia!
69
Songkhla, Thailand.
Kenderaan pacuan empat roda membawa Nadrah dan dua orang kanan Encik
Tim ke lokasi yang dimaklumkan. Tidak henti-henti dirinya berharap agar
rancangan kali ini berjalan lancar. Berjam-jam perjalanan, hanya tempat itulah
destinasi yang difikirkan mampu memberi perlindungan sementara.
Sebenarnya Nadrah terbaca satu artikel dalam surat khabar tentang
kewujudan Konsulat Jeneral Malaysia (KJM), satu pusat rujukan untuk
warganegara Malaysia yang berada di Thailand. Walaupun kebanyakan yang
datang ke situ atas urusan perkahwinan di negara seberang, Nadrah berharap dia
boleh mendapatkan bantuan. Sekiranya mahu ke bangunan Kedutaan Malaysia di
Bangkok, terlalu jauh perjalanan… kemungkinan lebih mudah helahnya dikesan.
"We have arrived! Where exactly he wants to meet?" Seorang lelaki berbadan
sasa yang bertugas membawa kereta mengintai dari cermin belakang kereta.
Dimaklumkan tentang ketibaan mereka di Jalan Shukum.
“ Alright, I will meet him at the bus stop across the street.”
70
Demi mengelakkan aktiviti pembelian dadah itu dikesan pihak berkuasa dan
berisiko tertangkap, samseng-samseng jahat itu sepakat membiarkan Nadrah
bergerak sendirian ke lokasi bertemu pelanggan yang dikatakan. Tanpa
pengetahuan mereka, ia hanyalah helah semata-mata.
Sebenarnya Nadrah menyelinap di sebalik lorong bangunan-bangunan
tersebut. Selang 200 meter, terletaknya bangunan destinasi tujuan sebenar.
“Syukurlah dapat jumpa juga! Mudah-mudahan berakhirlah kisah perit hidup
saya di Thailand ini!” Sungguh sebak terasa apabila dapat menemui lokasi yang
dijangka individu di dalamnya dapat membantu menyelamatkannya.
"Miss, may I help you?" Dua pengawal bangunan yang tekun melaksanakan
tanggungjawab segera menegur.
Terpana dia seketika kerana keliru sama ada mahu berbahasa Thailand,
bahasa Inggeris ataupun berbahasa Malaysia. "Sir, I want to..."
Baru sahaja Nadrah mahu mengatur ayat, tibia-tiba dia iternampak satu
kelibat!
71
"'Habislah! Mengapa mereka dapat jejak saya?"
Malang sungguh apabila rancangan itu tidak kesampaiam, automatik lutut
mula menggeletar .apabila dapat tahu dirinya seakan tertangkap! Peluh dingin
mula membasahi... situasi tersebut membuatkannya seperti seorang manusia
yang disumpah menjadi patung yang kaku berdiri!
Pengawal bangunan mula syak sesuatu. Melihat keadaan gadis kurus kering
yang seakan penagih dadah dan tidak sempurna, tanpa teragak-agak Nadrah
dihalau. Menjejak sahaja kaki di luar kawasan bangunan kedutaan, pantas kereta
penjenayah tadi menangkapnya semula. Apa yang pasti, nasib diri Nadrah kini
dalam bahaya!
72
Bab 9
Sayalah Punca!
73
Malaysia
Malam itu, buat kesekian kalinya Puan Raudan bangun dari tidur dalam
keadaan menangis. Namun kali ini ia bukan kerana bermimpi ngeri seperti
sebelumnya. Hakikatnya dia terperanjat besar apabila terasa bahang panas
memenuhi ruang bilik sedangkan penyaman udara sudah terpasang.
Si suami turut terjaga secara mendadak akibat isterinya sudah terpukul-pukul
mengejutkannya. Bersama-sama mereka ke hadapan pintu bilik apabila
terperasankan kepulan asap menyelinap ke celah-celah ruang.
"Ya Allah, rumah kita terbakar!" Segera pasangan suami isteri itu diasak rasa
cemas penuh debaran. Kebetulan Nora dan Joe juga sudah keluar dari bilik dan
mula menyelamatkan diri. Pandangan bola mata dipenuhi dengan warna oren,
menandakan api kuat menyala. Asap yang tebal juga mula menyesakkan dada.
Mujurlah api ganas menjilat kawasan ruang tamu dahulu, maka sempatlah
mereka sekeluarga keluar dari arah pintu belakang. Terpaksa bergerak secara
meniarap kerana penglihatan lebih jelas di bahagian bawah berbanding ruang
udara yang sudah dipenuhi kepulan asap.
74
"Ya Allah, siapa yang buat aniaya kepada keluarga kita? Api datang dari ruang
hadapan, bukan dari dapur. Pasti ada orang yang sengaja memulakan kebakaran."
Mulalah Puan Raudah meneka secara rambang. Encik Nordin dan Joe juga
terdiam meneliti segala telahan... sambil sabar menanti kedatangan bomba yang
dijanjikan. Pertolongan jiran tetangga pun tidak mendatangkan hasil. Api marak
terlalu cepat, habis satu rumah sekali gus dijilat!
Nora di sebelah hanya menangis keresahan. Sebelum ini dia disimbah cat
merah, saat ini pula rumahnya terbakar. Riak wajah kusut umpama perempuan
tidak siuman. Esakannya kuat, semakin lama semakin tidak tertahan. Dia jelas
terlalu tertekan!
Tidak semena-mena jari-jemari si ibu dicapai. Air mata masih bersisa dengan
rasa penuh duka dan tatkala itu Nora mula bersuara, "Mama, saya bersalah!
Semua perkara ini berlaku sebab saya, punca malang menimpa-nimpa kita
sekeluarga!"
Melihat gadis muda itu mula beraksi lagak drama, Joe terus menyampuk serta-
merta. "Nora, tenanglah. Jangan cakap yang bukan-bukan!" Digenggam lengan si
isteri penuh harapan.
75
"Bertenang apa lagi, Abangl Joe? Saya sudah tidak tahan! Hari-hari hidup
dalam keadaan berdosa kepada keluarga... Penat meemikirkan semua perkara.
Lihatlah, macam-macam mereka lakukan kepada kita. Silap hari bulan, dibunuh
juga akhirnya!"
Tercengang Encik Nordin dan Puan Raudah melihat lakonan anak-anak muda
yang bertengkar di hadapan mereka. "Apa yang kamu bebelkan ini, Nora? Cuba
cakap betul-bctul!" Tidak tertahan kesabaran ibunya dengan pengakuan yang
baru dinyatakan.
Diredakan seketika esakan air mata yang mencurah-curah. "Sebenarnya saya
dan Abang Joe berhutang dengan Ah Long untuk majlis perkahwinan. Oleh sebab
kami tidak mampu bayar, terpaksa jual Nadrah di Thailand. Duit itu masih tidak
cukup, jadi samseng-samseng marah dan ugut kami sampai..."
Belum habis penjelasan dari mulut Nora, si isteri sudah jatuh pengsan! Encik
Nordin juga tidak sanggup mendengar segala pengakuan. Puan Raudah yang
terbaring lemah segera disandarkan pada badan, dalam keadaan matanya juga
dibasahi air mata jantan. Segalanya sudah terbongkar. Rupa-rupanya semua
tragedi yang mendatang adalah angkara dua remaja yang pentingkan diri sendiri!
76
"Ampunkan saya, mama!" Sebenarnya jauh di sudut hati Nora berasa malu
kerana terpaksa mengaku bersaksikan jiran-jiran di sekelilingnya. Namun, dia
sudah tidak sanggup menanggung semua yang dipendam sekian lama.
Tatkala rahsia besar sudah terpacul dari mulut Nora, Joe makin gelisah. Tidak
diendahkan keadaan rumah yang terbakar, ibu mertua yang pengsan serta ayah
mertua yang berduka. Akal ligatnya hanya berlegar mencari jalan melepaskan diri
sahaja.
Perlahan-lahan dia berundur dan mula menyelinap di sebalik orang ramai.
Pada saat berpaling, di hadapannya sudah berdiri dua lelaki dengan pisau di
tangan. Menggigil Joe cuba mencari jalan lain dengan berlari ke arah
bertentangan. Saat itu jugalah muncul sebuah kereta pacuan empat roda yang
berhenti di hadapannya.
"Jangan bergerak!"
77
Bab 10
Tiada Maaf
78
“Selama ini saya memang tahu suami terlibat dengan pelbagai aktiviti haram
di sempadan Thailand. Tetapi dek kerana sayang, sanggup mulut ini hanya
berdiam. Saya juga mengaku diri ini yang merelakan adik sendiri dijual di
sempadan Thailand bagi ditukarkan dengan wang bernilai RM40.000." Tersekat-
sekat pengakuan itu dibuat di hadapan hakim. Sungguhpun begitu, hati Nora jadi
lega kerana dapat meluahkan segala rahsia yang menghantuinya sepanjang
berpisah dengan Nadrah.
Semua yang mendengar persidangan mahkamah hari itu mula bercakap-cakap
buruk tentang perbuatan terkutuk tersebut.
"Sanggup menjual adik sendiri? Apa dia fikir adiknya itu ikan?"
"Inilah padah umur masih budak, sibuk mahu kahwin. Memperdagangkan
manusia untuk majlis perkahwinan yang meriah? Keji!"
"Dasar pentingkan diri sendiri! Bersubahat dengan suami kenakan darah
daging sendiri?"
Namun semua kutukan terhenti apabila ketukan tukul dibunyikan oleh hakim.
79
"Kamu, Nora binti Nordin bersama seorang lagi Johari bin Abdullah didakwa di
atas Seksyen 2 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran
2007 kerana telah memperdagangkan Nadrah binti Nordin di negara Thailand
pada Jun tahun ini kira-kira pukul 3.30 petang. Adakah kamu mengaku bersalah?"
"Ya."
"Kamu didapati bersalah kerana terlibat dalam kes pemerdagangan di negara
Thailand. Dengan itu, kamu disabitkan kesalahan dan pihak mahkamah
menjatuhkan hukuman atas Seksyen 2 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti
Penyeludupan Migran 2007 penjara 10 tahun, denda RM 10,000 dan lima kali
sebatan kerana telah memperdagangkan Nadrah binti Nordin di negara Thailand.
Oleh sebab kes jenayah ini berprofil tinggi dan tidak melambangkan OKT (orang
kena tuduh) adalah kanak-kanak, oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman
yang tidak termaktub di bawah akta juvana."
Atas pengakuan kesalahan yang dilakukan, Nora reda dengan hukuman yang
dijatuhkan. Dapat diintai ibu bapanya yang duduk di barisan hadapan hadirin
mahkamah. Masing-masing menangisi takdir yang menimpa keluarga.
80
Sepintas lalu dipandang wajah suami pula. Ternyata dia juga menjadi mangsa
cinta buta... sedangkan diri mengetahui kegiatan terkutuk suami yang konon
demi kebahagiaan mereka. Diturut sangat rasa sayang hingga akal tidak mampu
mempertimbangkan perbuatan dosa dan pahala.
Terbayang bagaimana setiap malam Joe 'membasuh' otaknya. "Sabar sayang,
bawa bertenang. Mereka tidak akan apa-apakan Nadrah. Kita akan bayar semua
hutang dengan wang bisnes saya. Baki keuntungan, kita tebus adik awak semula."
Begitulah janji suami itu kepadanya setiap kali mengadu perkara yang bergolak
dalam fikiran.
Sememangnya dia tahu Joe ada melakukan bisnes di sempadan Thailand.
Sehinggalah detik Nadrah 'hilang', barulah diketahui bahawa suaminya memang
pakar memperdagangkan manusia. Fikirnya sebelum itu, berniaga barang... rupa-
rupanya orang! Termasuklah adiknya sendiri... dasar hati binatang!
Nasi sudah menjadi bubur. Bermula saat itu, dia akan digelar banduan seawal
usia 16 tahun! Satu gelaran yang tidak pernah terbayangkan olehnya!
81
Krabi, Thailand
Tiga tahun berlalu...
"Jauhnya termenung. Pandangan tajam awak macam hendak memancing
segala ikan di pulau ini." Sengaja Encik Nordin mengusik si isteri yang jauh
mengelamun.
"Hmm... ikutkan hati, saya tidak sanggup lagi menjejakkan kaki ke negara ini.
Tetapi apa boleh buat, syarikat abang menaja dan anjurkan aktiviti Hari Keluarga
di sini."
"Sudahlah, tidak elok buat hal sendiri. Nanti kawan-kawan saya fikir awak tidak
pandai bergaul. Mereka sudah tunggu kita di restoran hujung sana."
Itulah tarikan utama Thailand, negara di utara Malaysia yang sememangnya
terkenal dengan masakan masam dan pedas. Paling popular, pastinya tomyam.
Apatah lagi dinikmati ketika tengah hari panas, memang sedap! Tambahan pula
segala isi lauk-pauknya adalah makanan laut yang segar. Buatkan Encik Nordin
dan rakan-rakan ;epejabat jadi selera benar menikmati hidangan yang disediakan.
Puan Raudah juga terpikat dengan kelazatan somtam iaitu hidangan betik yang
dihiris seakan rojak mangga.
82
Kala menghirup kuah tomyam, terasa kaki disentuh seseorang. Hampir
tersedak Encik Nordin jadinya. Isteri yang duduk di kerusi kiri turut terkejut kecil.
Masakan tidak, tiba-tiba datang pengemis yang kononnya mahu menggilap kasut.
"It's okay... please don't." Lembut bahasa lelaki tua itu kepada perempuan yang
berambut panjang dan tidak terurus. Meskipun ditolak sebegitu, perempuan
tersebut masih enggan beredar. Kekal memegang kasut dan membalas kata-kata
Encik Nordin dalam bahasa Thailand.
Sepanjang situasi itu berlaku, Puan Raudah merenung wajah gadis yang
mengengsot di sebelah kakinya. Andainya anaknya masih hidup, mungkin sudah
seusia perempuan itu. Entah dari mana datang kekuatan, disentuh rambut yang
kusut-masai lalu diselitkan ke belakang telinga. Perlahan-lahan ' dia menyeru
nama yangdirinduinya, "Nadrah...."
Si gadis kekal berbahasa Thailand masih dalam keadaan tertunduk-tunduk.
Oleh sebab Encik Nordin enggan menerima khidmatnya membersihkan kasut,
pengemis itu beredar. Dalam keadaan fizikal yang tidak sempurna, pergerakannya
terbatas dan terlihat lambat-lambat.
83
Pandangan Puan Raudah makin mencerlung merenung pakaian lusuh yang
dipakai. Ia serupa kain lap buruk! Tersentuh benar rasanya apabila gadis itu berada
dekat dengannya... seolah-olah ada magnet dalam hati yang membuatkan rasa
sayang membuak-buak kepadanya.
Malangnya peminta sedekah sudah menggeseri badan di lantai tanda
menjauhi. Hanya ada tangan sebelah kiri yang diletakkan selipar, bertindak
sebagai kaki. Diheret tubuh yang sudah tiada kaki dan tangan sebelah kanan.
Tangan kiri itulah yang menggerakkan tubuh demi bergerak dengan kaedah
mengengsot di jalanan.
"Mengapa awak merenung dia?" Naik pelik si suami apabila isterinya berhenti
makan hingga berdiri memandang ke arah si gadis malang.
"Nadrah, abang." Sejurus menyebut nama itu, air mata berguguran. Tanpa
disangka, Puan Raudah mula mengejar pengemis tersebut. Firasat wanita itu
semakin kuat mengatakan bahawa gadis itu darah dagingnya!
Mujurlah si pengemis tidak dapat bergerak panfias dek kecacatan. Terus
dipeluk gadis itu tanpa usul periksa. “ Nadrah, ini mama…sayang!” Sanggup si ibu
duduk berteleku di sebelah pengemis comot yang cacat.
84
Sama seperti tadi, si pengemis kekal tertunduk... hingga lama-kelamaan
bahunya terhenjut-henjut menahan tangis. Suaranya antara dengar dan tidak,
"Saya malu, mama..."
"Ya Allah!" Sesungguhnya suara itulah yang paling dirindukan. Perkataan
'mama' dari mulut itulah yang paling didambanya.
Serentak itu, Puan Raudah sudah tidak hiraukan apa-apa melainkan tubuh
gadis berusia 18 tahun itu dirangkul dekat kepadanya. Dipeluk sekuatnya si anak
bagi melepaskan rindu yang bertahun-tahun lamanya.
Pelanggan di restoran turut menyaksikan kejadian dramatik antara dua
manusia berlainan darjat. Ditinggalkan hidangan lazat di atas meja, Encik Nordin
menyertai adegan penuh emosi tersebut. Turut sama memeluk ahli keluarganya,
kesyukuran dan kelegaan yang dirasakan tidak dapat disorok lagi. Di lantai
restoran itu jugalah Encik Nordin melakukan sujud syukur tanda gembira teramat
atas kurniaan Tuhan mengabulkan doanya.
85
Bermula detik itu, Nadrah diselamatkan daripada jenayah berleluasa Encik
Tim. Laporan polis sudahpun dilakukan dan serta-merta anak bongsu Encik
Nordin dan Puan Raudah diberi rawatan di hospital. Dua hari seterusnya mereka
terus pulang ke Malaysia. Nadrah dibawa ke pusat pemulihan kerana dirinya
menjadi uji kaji dos dadah. Biadap sungguh Encik Tim yang berhati seperti
binatang itu!
"Mengapa mama dan ayah pindah rumah?" Hairan pula Nadrah kerana
sebelum ini mereka tinggal di Sungai Buloh.
"Kami lebih selesa tinggal di Ampang sebab berdekatan dengan tempat kerja."
Tidak puas-puas si ibu merenung anaknya sambil tersenyum kasih.
"Jadi siapa tinggal di rumah lama kita? Kak Nora dan Abang Joe ya?"
Soalan itu mengendurkan sedikit senyuman ibu dan ayahnya. Sungguh berat
hati menceritakan yang Nora dan Joe dipenjarakan sejak empat tahun lalu akibat
menjual anaknya.
"Berehatlah, sayang. Kita masih ada banyak masa mahu berbual macam-
macam perkara. Insya-Allah, bermula hari ini kita akan bersama-sama sepanjang
masa. Kami akan sentiasa ada untuk kamu, Nadrah." Penuh kerinduan Encik
Nordin memeluk anaknya.
"Saya sudah cacat... tiada tangan dan kaki. Tidak sekuat dahulu lagi. Mama
dan ayah masih sayangkan saya?"
86
Automatik semakin kuat pelukan ibu bapanya tatkala ditanya sedemikian.
"Walau apa pun keadaan, kasih sayang kami tidak pernah kurang. Jangan risau,
ayah akan daftarkan kamu ke pusat sekolah khas. Boleh belajar pelbagai
kemahiran mengikut kemampuan."
"Oleh sebab kamu sudah pandai berbahasa Thailand, hmm... mungkin boleh
jadi penterjemah seperti mama?" Sengaja Puan Raudah memberikan cadangan
bergeliga bagi menggembirakan anaknya. Maklumlah, selama itu dia juga bekerja
sebagai penterjemah sari kata rancangan televisyen.
" Wah, seronoknya! Sebenarnya memang saya sangat rindu hendak belajar.
Cuma keyakinan diri makin jatuh sejak jadi cacat begini.“
"Sabarlah, Nadrah. Tidak mungkin Allah membiarkan kita terus-terusan
sengsara. Pasti segalanya ada hikmah. Bersyukur dengan apa yang ada dan
belajar daripada kesilapan adalan hikmah terbesar yang Allah berikan kepada kita
sekeluarga sepanjang ujian ini. Demi Tuhan, ayah berjanji akan jaga kamu sebaik-
baiknya kerana sayangkan kita sekeluarga... mama kamu, Nadrah dan Kak Nora."
Kata-kata Encik Nordin itu didengari penuh hiba. Serentak mereka sekeluarga
melahirkan rasa syukur buat Tuhan yang Maha Berkuasa. Mustahil diduga
manusia melainkan bagi menaikkan darjat hambaNya... supaya sentiasa
bergantung harap dan bersangka baik.
87
Epilog
Tetap Bersaudara
88
“ Hmm... hairan juga sebab sebelum ini ayah tidak suka tinggal di rumah kecil.
Rumah lama, masing-masing saya dan Kak Nora ada bilik sendiri yang luas dan
berhias. Nampaknya ayah sudah tidak mahu turutkan sangat kemahuan kami
yang selalu meminta yang bukan-bukan." Dek mata Nadrah belum mahu tidur, dia
santai berbaring di katil sambil mengamati ruang dekorasi di rumah baru yang
didiami.
Kini dia tinggal semula dengan keluarga. Satu perkara yang disangkanya tidak
akan berlaku semula. Kadang kala tersenyum sendiri apabila terkenang mama
menyediakan makanan kegemaran. Geli hati mendengar gurauan ayah yang
selalu memanjakan.
Seketika dialihkan tubuh ke sebelah kiri. "Cuma di mana Kak Nora? Kenapa dari
tempoh hari saya bertanya tentangnya, mama dan ayah macam mengelak
sahaja?" Tinibul persoalan yang terbuku sejak lima hari dia pulang ke Malaysia.
Dilihat gambar mereka dua beradik semasa majlis perkahwinan Nora. Memang
sejak awal kakaknya itu mendambakan perkahwinan meriah. Siap mahukan
perkahwinan ala-ala puteri raja! Terpaksalah Joe menurut sahaja impian si gadis
muda remaja. Tergelak sendiri mengenangkan perangai kakaknya yang memang
suka mengada-ada.
“ Amboi, besarnya senyuman kami waktu itu… sampai ke telinga!”
89
Sungguh... Nadrah teramat rindu dengan satu-satunya kakak yang sedarah dan
sedaging. Wajah mereka juga saling tidak tumpah, hanya berbeza pada tona kulit.
Nadrah gelap sedikit seperti Encik Nordin... apatah lagi semasa menjadi peminta
sedekah, setiap hari dia terdedah kepada kekotoran di luar sana.
Lama direnung gambar kenangan itu, dicapai bingkai supaya dapat ditenung
dengan lebih rapat lagi. Disentuh foto wajah kakak cantik yang tersayang.
"Eh?" Barulah dia perasan ada tulisan di sebalik gambar tersebut.
"Tulisan buruk begini mestilah kepunyaan Kak Nora. Hahaha/" Sempat
digelakkan gaya tulisan yang seperti cakar ayam. Kemudian gelaknya terputus
tatkala membaca kandungan isinya.
Gambar terakhir dengan Nadrah. Ini juga gambar terakhir aku cantik dan
gembira. Sekarang mata aku sembap sebab menangis setiap hari. Tadi siang
muka aku lebam lagi. Selamba Ah Long ugut dan ketuk muka aku dengan
penyapu! Disebabkan mahu majlis kahwin macam Cinderella, habis duitku
membayar hutang…sanggup bersekongkol dengan Abang Joe supaya Nadrah
ditukar dengan wang! Apalah nasib adikku jadi pengemis di negara orang?
Maafkan kakak, adik… Kak Nora berdosa. Ampunkan segala kesalahan
kakak kepadamu, sayang.”
90
Terduduk gadis itu membaca tulisan tangan yang juga sebenarnya satu
pengakuan. Pengakuan daripada seorang kakak kepada adiknya. Pengakuan
seorang perahsia kepada yang dibohonginya. Pengakuan seorang pedagang
manusia kepada mangsanya!
Menggeletar tubuh Nadrah membaca nota tersebut. Tangan menggigil lantas
merobek gambar hingga terkoyak dua! Lekas dia bergerak ke bilik mama dan
ayahnya di sebelah. Tanpa mengendahkan jam yang sudah menunjukkan hampir
pukul 11.00 malam, pintu bilik diketuk kuat.
"Mengapa, Nadrah?" Terpinga-pinga si ibu dan ayah melihat anak mereka
terpacul di sebaik pintu dibuka.
"Di mana Kak Nora, emak? Ini apa... apa?" Ditunjukkan nota pengakuan yang
dimaksudkan kepada orang tuanya.
Walaupun gambar itu sudah terbelah dua, namun nukilan nota Nora masih lagi
dapat dibaca. Buatkan anak tekak seperti dicekik seketika. Terang-terangan wajah
Encik Nordin berubah serba-salah dan pucat lesi jadinya. Respons begitu buatkan
rusuhan hati Nadrah kian menggila. Nafas naik turun menahan rasa geram yang
melampau tahapnya.
91
"Maafkan kami kerana masih berahsia. Sebenarnya Nora terlibat dalam
jenayah memperdagangkan kamu di Thailand. Katanya terpaksa kerana sudah
meminjam wang yang banyak dengan Ah Long. Mama pun tidak sangka dia
sanggup buat begitu."
Pahit bagi Nadrah menerima kebenaran, dia hanya mampu menghelakan
nafas yang berat. Menangis pun sudah tiada bersuara. Sementelah Puan Raudah
juga mula menitikkan air mata.
"Nadrah, maafkanlah Kak Nora... mungkin pada waktu itu, dia terlalu
berfikiran singkat." Si ayah mula memujuk agar kemarahan anaknya reda.
Walaupun begitu, luka Nadrah terlalu mendalam. "Sanggup Kak Nora menjual
saya macam barang?" Rasa sakit itu kian menjadi dendam!
Terus gadis itu masuk semula ke bilik dan menghempaskan diri ke katil.
92
Tiga hari Nadrah melayan rajuknya. Semasa waktu makan, tidak banyak
berbual. Ketika di ruang tamu, sengaja menonton televisyen sampai leka.
Tatkala di dalam kereta, pura-pura bertanya tentang keadaan kota raya
Malaysia. Sehinggalah satu hari, selepas sembahyang berjemaah sekeluarga,
Encik Nordin mula bersuara. "Nadrah, ada satu hadis yang ayah mahu kongsikan
dengan kamu."
Si anak yang baru selesai bersalam dengan ayahnya setia menanti butiran kata
yang seterusnya.
"Menurut hadis riwayat Thabrani, Rasulullah S.A.W. pernah bertanya,
"Mahukah aku ceritakan kepadamu mengenai sesuatu yang membuatkan Allah
memuliakan dan metiinggikan darjatmu? Para sahabat menjawab; Sudah tentu.
Rasul pun bersabda; Kamu harus bersikap sabar kepada orang yang membencimu,
kemudian memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang
yang memusuhimu dan juga menghubungi orang yang telah memutuskan
silaturrahim denganmu."
Direnung sedalam-dalamnya pandangan anak yang mula bergenang air di
kelopak mata. "Malah di dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 22 juga jelas tertulis,
Allah berfirman... udan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan
kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa
kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
93
Suasana sunyi seketika sebelum Encik Nordin menyambung kata, "Sedangkan
Allah, Tuhan yang Maha Agung pun pemaaf sifatnya, apatah lagi kita manusia.
Adakah kamu sudi maafkan kesalahan Kak Nora? Dia sudah terima hukumannya."
Perlahan-lahan gadis pendendam itu tertunduk mempertimbangkan kata-kata
mulia yang diucapkan ayahnya.
"Nadrah, sepanjang kamu hilang dan Kak Nora dipenjara... ayah dan mama
sudah cukup terseksa. Tolonglah gembirakan kami semula, sayang.“
Akhirnya pecah juga tembok keegoan Nadrah. Kata-kata Puan Raudah berjaya
meruntuhkan rasa bencinya kepada saudara sendiri.
"Maafkan saya buat mama dan ayah sedih. Ampunkan saya kerana terlalu
berdendam dan terlampau mengikut perasaan. Sebenarnya, pengalaman menjadi
pengemis mengajar saya supaya rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Apa
sahaja bentuk rezeki, wajib disyukuri. Saya dapat bertemu semula dengan
keluarga, sudah cukup membahagiakan. Kak Nora pula, dia pun sudah terima
hukuman setimpalnya. Ya, saya sudi maafkan segala kesilapan lampau. Moga-
moga Allah maafkan juga kesalahannya."
94
"Alhamdulillah... akhirnya kamu reda dengan suratan Tuhan ini. Kami pun
belajar menjadi ibu bapa yang lebih banyak fokus beribadah dan berdoa tanpa
jemu. Sebelum ini, terlalu sibuk bekerja dan alpa menjaga kebajikan anak-anak...
sedangkan kamu berdua adalah amanah Tuhan untuk kami." Menitis juga air
jernih dari kelopak mata Puan Raudah.
"Tadi emak ajak saya melawat Kak Nora... tetapi saya diam. Esok boleh saya
ikut sekali melawat?“
Kedua-dua ibu bapanya mengangguk. Nampaknya terpadam sudah api
kebencian dalam jiwa si remaja. Lantas, mereka mensyukuri kemuliaan hati yang
Allah kurniakan kepada anak bongsu mereka. Sesungguhnya, Allah yang Maha
Pengampun jua sudi memaafkan manusia yang berdosa... maka mengapa tidak
kita?
95
Di Sebalik Tabir …
Shasya Ali
96
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah, akhirnya novel kedua Siri Juvana ini sudah selamat diterbitkan!
Akhirnya siap juga cerita novel pertama Kak Shasya bersama Kak Rashiela Nurain
yang kovernya sangat ohsem ini. Terima kasih illustrator dan editor yang
awesome! Risau betul Kak Shasya dengan novel Siri Fail Juvana ini sebab terlebih
masa untuk siapkannya. Nasib baik ada Kak Rashiela Nurain yang menjadi
"Superhero" yang memberi sentuhan ajaib pada menuskrip ini... Kak Shasya juga
ucapkan ribuan terima kasih kepada yang mendapatkan buku novel Siri Fail
Juvana ini. Sungguh Kak Shasya terharu dan sangat bersyukur.
Novel kali ini menceritakan tentang seorang budak yang dijual oleh kakaknya
sendiri! Semua sudah tahu apa yang terjadi pada Nadrah tapi semua masih belum
jelas tentang Kak Nora dan Abang Joe. Kak Shasya mahu berkongsi cara yang
betul untuk Nora dan Joe selesaikan masalah tanpa menjadikan Nadrah sebagai
mangsa. Selain itu, cara yang sepatutnya Nadrah lakukan semasa tercicir di
Thailand.
Pertama sekali, sepatutnya Nora dan Abang Joe berlaku jujur saja pada
keluarga agar keluarga boleh membantu selesaikan masalah. Lebih mudah lagi,
alangkah elok jika majlis perkahwinan itu dibuat secara ala kadar sahaja dan tidak
berhutang pada Ah Long. Sebelum, membuat perjanjian bersama orang luar yang
melibatkan sesuatu yang berharga pastikan kita meminta pandangan ataupun
nasihat daripada seluruh ahli keuarga.
97
Perkongsian kedua, soal Nadrah... pada hari kejadian dia di culik tidak wajar
dia cepat percaya pada orang asing. Nadrah sepatutnya duduk sahaja di dalam
teksi dan bila sudah usaha mencari Kak Nora tidak ketemu, Langkah selamat
adalah minta pemandu teksi hantar ke Kedutaan Malaysia ataupun balai polis
terdekat. Jangan sekali-kali tergegas-gesa bertindak tanpa berfikir... kerana ini
akan membuat keadaan semakin teruk.
Akhir kata, terima kasih daun keladi Kak Shasya ucapkan kerana sudah
mendapatkan dan membaca novel kedua Kak Shasya ini. Teruskan kumpul koleksi
siri Fail Juvana ini ya. Semoga hidup kita penuh dengan aura positif dan dijauhi
dari aura negatif. Jika adik-adik ada sebarang komen, reviu ataupun pandangan
mengenai buku ini boleh tag Kak Shasya di Facebook Shasya Ali ataupun Kak
Rashiela, Jangan segan-segan, ya. Selamat membaca dan hingga jumpa lagi...
Ingat... hidup perlu Blink and Think! >.<
Salam sayang,
Shasya Ali
98
Di Sebalik Tabir …
Rashiela Nurain
99
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua, an-neyong-haseyol Kak
Shiela di sini!
Buat makluman Blinkers, ini adalah percubaan kedua Kak Shiela menulis genre
selain chic-lit iaitu novel fiksyen berdasarkan kisah benar berunsur jenayah juvana.
Sekali lagi, Kak Shiela digandingkan dengan pereka cerita berbakat besar, Kak
Shasya Ali. Sebelum ini, kami bergabung meletup juga untuk siri Fail Juvana
bertajuk 'Aku Berdosa'.
Sama seperti sebelumnya, ia memang pengalaman yang menarik kerana
menuntut empati yang mendalam semasa menulisnya.
Kisah kali ini mengenai Nadrah, seorang remaja berusia 13 tahun yang tercicir
di Thailand semasa bercuti. Akibat itu, dia diculik dan menjadi mangsa sindiket
peminta sedekah. Bukan itu sahaja, nasibnya bertimpa malang hingga
mengakibatkan tubuh badannya dicederakan tanpa belas kasihan. Paling parah,
dia dipaksa menjadi pengedar najis dadah. Sungguh kejam!
Sepanjang menulisnya, Kak Shiela cuba menghayati... sekiranya menjadi
pengemis di negara asing sebegitu, apakah yang dapat dilakukan? Ya, mungkin
kita jangkakan mudah sahaja meminta bantuan,.. tetapi ia tidak seperti yang
dibayangkan. Akhirnya, hanya kepada Tuhan sahaja tempat Nadrah mengadu. Dia
sudah hilang kepercayaan kepada sesiapa pun di dunia termasuklah emak dan
ayahnya. Kasihan.
100