The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2022-03-04 03:44:33

Novel Tanganku Tembaga

PELANGI

NPM089

Tanganku Tembaga menghimpunkan
karya-karya penulis prolifik Persatuan
Penulis Sarawak. Antologi yang
mengandungi genre cerpen, drama,
puisi moden dan puisi klasik serta prosa
tradisional ini bertemakan Bumi Kenyalang,
bagi mengapresiasikan kearifan setempat. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

























Berminat menjadi penulis kami?
Sila e-mel kepada [email protected]
www.PelangiBooks.com
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online •
W.M: RM00.00 / E.M: RM00.00
NPM089
ISBN: 978-967-0973-29-6
,!7IJ6H0-jhdcjg! Yusuf Fansuri
Radzemah Bolhassan
PELANGI Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
PELANGI

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak





Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.





























YUSUF FANSURI
RADZEMAH BOLHASSAN












Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.

Tanganku Tembaga
Diterbitkan oleh
Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.
Ibu Pejabat:
66 Jalan Pingai, Taman Pelangi,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
80400 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia.
Tel: (60)7-3316288 Faks: (60)7-3329201
E-mel: [email protected]
Pejabat Jualan:
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: (60)3-8922 3993 Faks: (60)3-8926 1223
E-mel: [email protected]





eISBN 978-967-0973-30-2
ISBN 978-967-0973-29-6
© Pelangi ePublishing Sdn. Bhd. 2017
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa
bentuk atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik,
sawat, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Pelangi ePublishing Sdn. Bhd. terlebih dahulu.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Yusuf Fansuri.
Kompilasi Karya Penulis – Sarawak : Tanganku Tembaga /
YUSUF FANSURI, RADZEMAH BOLHASSAN
Also available in print
Mode of access: World Wide Web
Title from PDF cover
Reproduction of: Kompilasi Karya Penulis – Sarawak : Tanganku Tembaga.
Johor Bahru : Pelangi Novel Sdn. Bhd. 2018
ISBN 978-967-0973-30-2
1. Short stories, Malay. 2. Young adult literature, Malay.
3. Malay literature. 4. Electronic books.
I. Radzemah Bolhassan, 1975-. II. Judul.
899.233010803

qr qr qr qr qr qr qr qr
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Kompilasi Karya Penulis Sarawak – Tanganku Tembaga
ini merupakan hasil karya penulis terkemuka Sarawak, Yusuf
Fansuri dan Radzemah Bolhassan. Memuatkan karya berunsur
sastera, berlatarbelakangkan negeri Sarawak, pelbagai genre
termuat dalam himpunan karya ini, merangkumi, sajak, puisi,
lama dan moden, serta prosa klasik dan moden untuk remaja.
Memaparkan aspek budaya setempat, objektif utama kompilasi
karya ini adalah untuk mengetengahkan isu sosiobudaya
setempat, pada masa yang sama mengapresiasi unsur setempat
bagi memupuk semangat cinta negara.
Cerpen-cerpen dalam himpunan karya ini merupakan
hasil nukilan Radzemah Bolhassan, seorang penulis pemenang
anugerah, menyentuh isu-isu kemasyarakatan, alam sekitar,
dan perpaduan. Genre puisi klasik dan prosa klasiknya pula
mengetengahkan bahasa ibunda yang unik, memaparkan nilai
budaya dan kepercayaan setempat yang masih kukuh dalam
masyarakatnya.
Yusuf Fansuri dengan karya-karya puisinya yang puitis dan
lunak pula meluahkan rasa kecintaan terhadap tanah air dan
warisan alam. Karya “Sungai Sarawak di Tebing”, “Seri Aman
6:00 Pagi”, “Sarikei”, “Kabus di Batang Lupar” dan banyak lagi
jelas menggambarkan apresiasi beliau terhadap alam sekeliling,
dengan bait-bait yang polos namun mengesankan.


Penerbit


iii

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Kacang … 1 Orang Kaya Segunim dan
Selair … 48
Sungai Sarawak di Tebing … 13

Mencari Sinar … 59
Sarikei … 14
Pantun Samarahan … 75
Kabus di Batang Lupar … 15

Gurindam Nasihat … 77
Tanganku Tembaga, Kakiku
Besi … 16
Sejingkat 7:00 Pagi … 79


Temilok … 29
Sejingkat 3 … 79

Sri Aman 6:00 Pagi … 43
Menunggu Musibah … 80

Jemukan … 44
Segalang Pahlawan Melanau … 93
Sepanjang Jalan ke Sri

Aman … 46 Cermin … 104


Kubu Alice … 47 TENTANG PENULIS … 115


iv

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Radzemah Bolhassan




n
a
Pcaran kilat dan dentuman guruh di langit hampir
membatalkan urusan harian yang sememangnya sudah muak
untuk dilunaskan Tajol. Sejak hari pertama bekerja sampailah
rambut mula memutih, membongkar permasalahan orang
itulah yang wajib diketahui Tajol untuk memudahkan tugasnya.
Sebaik sahaja sampai di sebatang lorong yang menjadi
penanda alamat pemiutang, tiba-tiba hujan turun dengan
lebat. Tajol semakin merasa terpaksa. Penghawa dingin sudah
dimatikan sehingga membuat cermin keretanya berkabus.
Tajol tidak kisah kerana sekarang dia sudah menjadi seperti
seorang pengintip. Pengintip kepada seseorang yang pernah
dikenalinya beberapa tahun sebelumnya sebagai seorang kawan
akrab dan seorang pak cik. Hal itulah juga yang menjadi faktor

rasa keterpaksaan yang sangat membebankannya hari itu.
Teduhnya hujan memang tidak dapat ditunggu kerana
ramai orang yang menanti kehadirannya di mahkamah
dengan membawa pemiutang walau dalam apa-apa keadaan
sekalipun. Tajol berkira-kira untuk mengambil masa
setengah jam sahaja sebelum bertindak. Seorang anggota
polis yang duduk di sebelahnya sejak tadi hanya diam


1

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

membisu. Pada awal perjalanan sahaja mereka rancak
berborak tentang pelbagai masalah masyarakat yang
sememangnya tidak pernah selesai.
Tekak Tajol terasa kering. Gula-gula berperisa dingin
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
sudah kehabisan sehingga Tajol tiba-tiba rindu akan batang
rokok yang sudah hampir dua bulan cuba ditinggalkan.
Baginya dia sudah berjaya walaupun itulah punca kegelisahan
tidak menentunya. Setiap kali dia berkeinginan untuk
merokok, setiap kali itulah wajah anak bongsu sembilan
tahunnya yang menghidap asma yang teruk, muncul
di fikirannya.
“Bukan disebabkan rokoklah! Awak ni bercakap macamlah
awak tu doktor,” tempelak Tajol kepada isterinya ketika
permasalahan itu dibangkitkan.
“Yalah! Tapi sekurang-kurangnya jangan tambah beban
sakit Aina sekalipun untuk 0.0001 peratus!”
Tajol memang marah dengan teguran itu tetapi dia
akur juga. Baru-baru ini dia ada mendengar ceramah di
jabatannya tentang pengharaman rokok bagi umat Islam oleh
Majlis Fatwa anjuran Jabatan Agama Islam, membuat dia
berasa bersyukur.

Kerimasan, Tajol menurunkan sedikit cermin tingkap
kereta. Rumah di depan yang telah diawasinya sejak tadi,
semakin jelas dilihatnya masih tertutup. Bukan pintu depannya
sahaja yang tertutup rapat. Semua tingkap pun begitu.
Hati Tajol resah membayangkan seorang yang bernama
Kasab itu. Lelaki separuh umur yang dipanggilnya pak cik,


2

Tanganku Tembaga

yang amat dikenalinya suatu ketika dahulu. Lelaki yang dahulu
sihat tubuh badan tetapi sekarang tempang akibat kemalangan
jalan raya yang menimpanya beberapa tahun lampau. Dalam
kemalangan itu Kasab terselamat. Tiga orang penumpang
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
lain yang berada di dalam kereta yang sama bagaimanapun
terkorban.
Tajol mengikuti juga perkembangan Kasab. Mereka
pernah minum bersama tetapi tidak pernah berjumpa di
masjid atau surau walaupun semasa solat Jumaat. Tajol ingin
juga menemuinya dalam majlis-majlis agama kerana banyak
juga yang bercerita tentang kegigihannya ke masjid walaupun
dalam keadaan kakinya tempang.
Minggu lalu Tajol menerima waran tangkap untuk
kes sivil atas pemiutang bernama Kasab. Pelbagai andaian
berkecamuk di fikiran Tajol yang memberatkan hatinya
untuk melaksanakan tugas itu. Pada fikirannya, waran
tangkap itu ibarat sudah jatuh ditimpa tangga bagi Kasab.
Apakan daya, hidup mesti diteruskan. Dia pun tidak pernah
aman daripada pelbagai masalah hidup. Selesai satu masalah,
masalah baharu muncul. Baru dapat lelap semalam, esoknya
timbul lagi masalah lain yang membuat matanya seminggu

enggan lena.
Bezanya Tajol mampu memendamkan masalahnya
sendiri, tidak seperti orang-orang yang ditangkapnya
saban hari disebabkan masalah hutang. Sesekali Tajol
meminjamkan telinganya untuk mendengar rintihan dan
keluhan. Keluhan yang hanya mampu didengar tetapi


3

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

tidak berdaya diselesaikannya kerana melibatkan masalah
kewangan.
“Tak ada orang nampaknya,” anggota polis di sebelahnya
memulakan semula perbualan, membuat Tajol gusar.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Kata-kata anggota polis berpangkat koperal itu ada
benarnya. Tetapi dia tidak mahu mensia-siakan tugas hari itu
walaupun jauh di sudut hati dia berharap agar Kasab tidak
dapat dijejaki.
Tapi kalau tak jumpa hari ini, bukan boleh selesai pun. Aku
juga yang kena berulang nanti. Ada baiknya dia dijejaki hari
ini, barulah aku boleh senang duduk, bisik hatinya.
Tanpa menghiraukan titisan hujan yang mampu membasahi
kemeja yang dipakainya, Tajol berlari anak menuju ke rumah
papan itu.
Ya Allah, daif betul rumah kerani pencen ini. Setahu aku
dulu dia ada beli rumah teres... berhutang macam aku jugak,
bisik hatinya lagi apabila melihat keadaan rumah yang sudah
usang dan kopak-kapik itu.
“Assalamualaikum,” Tajol mengucapkan salam sambil
mengetuk daun pintu. Tok! Tok! Tok!
Salamnya tidak disambut. Sekali... dua kali... entah berapa

kali.
Tajol kian resah. Kalau dia tidak berjaya membawa
Kasab kali ini maka tarikh sebutan kes akan ditunda. Tidak
selesailah nampaknya. Hati yang resah bertukar hampa
membuat kakinya bergerak untuk melangkah pergi. Seketika
itu juga...


4

Tanganku Tembaga

Kreek! Bunyi keriutan pintu membuat Tajol menoleh
semula. Sesaat kemudian muncul suatu wajah kusut seorang
perempuan lewat 40-an. Senyuman getir terukir di bibirnya
yang kusam.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
“Saya nak jumpa dengan Kasab bin Raidin. Dia ada di
rumah?” tanya Tajol sambil merenung wajah perempuan itu.
Entahkan isteri Kasab atau bukan, dia tidak berani bertanya.
“Dia tak ada. Dia baru keluar hantar kacang ke kantin
sekolah di depan sana,” jawab perempuan itu sambil menuding
ke depan dengan ibu jari kanan. Pintu masih tidak mahu
dibuka luas-luas. Tajol mengangguk. “Ada masalah apa, encik?”
tanya perempuan itu pula dengan suara separuh berbisik,
seolah-olah tidak mahu didengari oleh orang lain di dalam
rumah itu. Tajol tidak terus menjawab kerana urusannya
dengan Kasab. Orang lain sebaik-baiknya tidak usah tahu.
“Kalau ada masalah, carilah dia di sekolah di depan tu,” kata
perempuan itu lagi sambil menyentakkan kepala ke arah yang
ditunjukkannya tadi. “Maaflah, encik! Saya tak nak mak saya
dengar. Nanti dia susah hati.”

Tajol mengangguk lagi. Hatinya semakin sarat dengan
pelbagai persoalan.
Akhirnya dia akur. Kakinya melangkah menuju ke
kereta. Dia kemudian berkata sesuatu kepada koperal
bernama Naim yang datang bersama-samanya tadi
sebelum berjalan meredah hujan ke arah bangunan


5

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

sekolah rendah yang terletak di seberang jalan tidak jauh
dari situ. Harapannya, dia dapat berjumpa dengan Kasab
dan memaklumkan kepada lelaki OKU itu tentang waran
tangkap yang dibawanya.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Hai, jual kacang pulak Pak Cik Kasab ni, hatinya berkata-
kata lagi. Belum sempat dia menyeberang jalan, dia terpandang
seorang lelaki mengayuh basikal dengan pandangan kosong.
Pak Cik Kasab!
Wajah lelaki itu tidak jauh berubah. Cuma ubannya yang
sudah memutih.
“Assalamualaikum.”
Tajol menahan lelaki itu dengan memberi salam. Hampir
terjatuh lelaki itu dari basikalnya dek terkejut. Mujurlah Tajol
sempat menahan basikalnya daripada tumbang. Sebaik sahaja
terpandang Tajol, lelaki itu ketawa untuk sesuatu yang Tajol
tidak pasti.
“Ingat aku lagi?”
Mereka terus bersalaman sebelum rancak berbual bertanya
khabar. Rupa-rupanya Kasab masih mengingati Tajol meskipun
sudah bertahun-tahun mereka tidak bersua. Mungkin sebab
Tajol yang selalu membelanjanya secawan kopi setiap kali

mereka berjumpa dahulu.
Tajol akhirnya membuka cerita.
“Beginilah, Pak Cik Kasab. Dipendekkan cerita, pak cik
kena ikut aku ke mahkamah. Hari ini. Sekarang,” jelas Tajol
dengan suara perlahan namun tegas, membuat mata Kasab
buntang memandangnya.


6

Tanganku Tembaga

“Apa hal?” langkah Kasab yang ketika itu sedang mengarah
kembali ke rumah sambil menuntun basikalnya, terhenti.
Langkah Tajol juga turut terhenti.
Tajol menghulurkan surat yang dibawanya sejak tadi
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
kepada Kasab. Lelaki tua itu terus mencapai surat tersebut
lalu dibacanya. Dahinya berkerut. Dia kemudian mengangguk
perlahan.
“Aku masih jual kacang ni. Tak habis lagi,” katanya dengan
nada sayu.
“Bawa sekali kacang pak cik. Nanti aku tolong jualkan,”
ikrar Tajol kerana baginya urusan waran tangkap itu lebih
penting daripada kacang.
Mendengar janji Tajol itu wajah Kasab yang tadinya
keruh, kembali ceria. Melihat wajah berseri Kasab itu, hati
Tajol tersentuh. Besar maknanya kacang itu bagi Kasab rupa-
rupanya.
Ketika Kasab bergegas pulang meninggalkan Tajol di
belakang, Tajol menyeluk kocek seluarnya dan mengeluarkan
dompetnya. Dia memeriksa kandungan di dalam dompet itu
sebelum memandang sepintas lalu ke arah Kasab yang sudah
sampai di halaman rumah.

La... tinggal RM51.00!
Seketika itu juga kepala Tajol sarat memikirkan wang
RM200.00 yang baru dikeluarkannya dari mesin ATM semalam.
Pagi tadi sebelum ke tempat kerja dia ada menyerahkan wang
RM130.00 kepada isterinya untuk perbelanjaan hari itu dan
bayaran kelas Iqra Aina. Mana lagi RM20.00? Dia memeriksa


7

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

dompetnya lagi, kemudian memikir-mikir. Alahai, minum pagi
tadi RM19.00?
Dahi Tajol berkerut seribu ketika dia menyimpan semula
dompetnya ke dalam kocek.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Sebelum Tajol sampai di hadapan pintu rumah Kasab,
dilihatnya Kasab sudah menjinjing beg yang agak besar, bersedia
menerima arahan. Tanpa banyak soal, lelaki tua itu kemudian
menyusul langkah Tajol menuju ke kereta. Dia teragak-agak
seketika apabila melihat ada seorang anggota polis sedang
duduk di tempat duduk sebelah pemandu di dalam kereta itu.
“Kau bawa polis untuk tangkap aku?” kata Kasab dengan
wajah keruh. Dia hanya tercegat berdiri di tepi kereta itu.
“Taklah. Aku yang buat waran tangkap. Polis tu cuma
pengiring aku untuk jalankan tugas. Sekarang aku nak bawa
pak cik ke mahkamah untuk gugurkan waran tangkap ini.
Sampai di sana nanti pak cik bincanglah dengan pihak peguam
yang mewakili bank.”
“Aku nak cakap apa?”
“Ceritalah masalah pak cik. Mana tahu mereka boleh atur
pembayaran yang mampu pak cik bayar,” nasihat Tajol. Nasihat
yang biasa diberinya kepada sesiapa sahaja yang menghadapi

masalah seperti Kasab.
Wajah Kasab masih keruh.
“Dengan hanya berjual kacang aku memang tak mampu
bayar semua hutang aku. Duit pencen aku untuk anak-anak
yang masih bersekolah. Nak harapkan anak menantu.... dia
pun ada tanggungan sendiri.”


8

Tanganku Tembaga

Tajol kehilangan kata-kata. Kepayahannya tidak sampai
ke tahap itu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang
memikul. Oleh itu, lebih baik dia diam.
Tajol masuk ke dalam perut kereta di bahagian tempat
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
duduk pemandu selepas Kasab masuk dan duduk di tempat
duduk penumpang belakang. Sepanjang perjalanan Kasab
diam membisu. Koperal Naim pun tidak bertanya itu ini.
Baginya, semua itu urusan Tajol. Dia hanya akan campur
tangan apabila khidmatnya diperlukan.
Perjalanan terasa dekat. Beberapa minit lagi mereka akan
tiba di pekarangan mahkamah.
“Kenapa jadi macam ni, pak cik?” tiba-tiba Tajol
mengajukan pertanyaan yang sejak tadi bermain di fikirannya.
“Inilah kehidupan... apabila apa-apa yang kita rancang
jauh tersasar. Bukan semata-mata sebab takdir tetapi sebab
kealpaan dan kesilapan sendiri. Aku dah tak mampu lagi
merancang. Aku biarkan semuanya berjalan sendiri, dan jual
kacang. Sekarang, selepas datangnya waran yang kau bawa
ni, aku rasa aku perlu merancang untuk melunaskan semua
hutang sebelum aku mati.” Penjelasan panjang lebar Kasab
menyentuh hati kecil Tajol.

“Aku banyak kawan. Ada saudara-mara. Aku pernah ada
banyak duit. Pernah hidup senang. Ada rumah, ada kereta.
Sekarang aku hanya ada kacang. Kawan... mungkin cuma kau
seorang yang masih sudi bertanya khabar. Aku sampai terfikir
yang aku tak perlukan sesiapa lagi dalam hidup kecuali Tuhan.
Cukuplah Dia bersama-sama aku. Tapi hari ini, aku terpaksa


9

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

fikirkan sesuatu untuk aku tenang menghadap Tuhan. Inilah
natijah daripada kelalaianku selama ini,” tambah Kasab lagi.
Hati Tajol semakin resah mendengar rintihan Kasab itu. “Tapi
itulah... apa yang aku nak cakap pada mereka nanti? Mereka
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
takkan nak dengar semua ini?” pertanyaan Kasab membuat
jiwa Tajol terasa sarat.
“Mereka cuma nak duit mereka balik. Sebelum masuk
ke dalam kamar mahkamah nanti, bincanglah dulu dengan
peguam pihak bank. Manalah tahu mereka nak dengar rayuan
pak cik dan akan cuba bantu pak cik melunaskan hutang,”
cadang Tajol. Dia sebenarnya mahu segera menyerahkan Kasab
kepada pihak peguam kerana tidak berdaya untuk membantu
lelaki tua itu selain memberikan nasihat.
“Kacang aku?” tanya Kasab sebaik sahaja mereka keluar
dari perut kereta.
“Tinggallah! Nanti aku jualkan. Sebelum pak cik balik
nanti kita jumpa,” arah Tajol. Kasab pun beredar.
Ketika Tajol pergi dari meja ke meja rakan sekerja untuk
menjual kacang Kasab, dia diusik oleh rakan-rakan sekerjanya.
Dia hanya tersengih. Ada yang membeli sebungkus, ada yang
membeli berbungkus-bungkus, terutama staf wanita. Banyak

yang menghulurkan wang kertas RM10.00. Semuanya kerana
rasa simpati selepas mendengar cerita momokan Tajol tentang
Kasab yang hilang upaya. Hendak mengharapkan staf lelaki,
jangan haraplah. Mereka lebih suka membelanjakan wang
untuk membeli rokok.
Tajol mula mengira baki bungkusan kacang yang tinggal.


10

Tanganku Tembaga

Hai, begitu banyak yang dibeli pun masih ada baki 84
bungkus? Dia membuka dompetnya semula. RM51.00. Kalau
aku beli RM50.00, anak-anak aku boleh juga makan kacang.
Tapi masih ada baki 34 bungkus lagi!
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Tajol segera mencapai telefon bimbitnya. Diambil gambar
kacang-kacang itu lalu dihantarkan gambar tersebut kepada
kumpulan kawan WhatsAppnya. Beberapa saat kemudian,
telefon bimbitnya berbunyi berkali-kali menandakan banyak
mesej yang masuk. Jualan dalam taliannya berhasil. Banyak
kawan WhatsAppnya berikrar mahu membeli kacang Kasab,
terutama kawan-kawan perempuan.
Rezeki kaulah, Kasab. Tapi aku mana ada duit nak dulukan
duit order? Alamak, kena pinjam sesiapa ni!
Tajol memikir-mikir sebelum mendapatkan orang yang
sangat dipercayainya di pejabat itu. Beberapa minit kemudian
semuanya selesai.
Hati Tajol kegirangan. Semua kacang Kasab sudah
terjual. Dompetnya yang tadinya nipis kerana wang kertas
RM51.00nya, sekarang agak tebal selepas Tajol membeli 20
bungkus kacang Kasab. Wang RM51.00 sudah susut nilainya
menjadi RM31.00 tetapi lebih tebal kerana hampir 30 keping

wang kertas RM1.00 di dalamnya. Fikirnya, sebaiknya Kasab
diberikan wang kertas yang lebih besar nilainya berbanding
wang kertas RM1.00.
Moga-moga bertambahlah duit dalam dompet ini tanpa
sedar, hatinya berbisik ketika dia menyimpan dompet itu ke
dalam kocek seluarnya semula.


11

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Selesai urusan di dalam kamar mahkamah, Kasab terus
mencari Tajol. Wajahnya berseri-seri ketika dia menerima wang
hasil jualan kacangnya daripada Tajol. Tajol turut berkongsi
kegembiraan Kasab. Bukan Tajol sahaja malah semua staf di
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
pejabat itu menumpang gembira, seolah-olah semua masalah
hari itu telah selesai dengan baik tanpa diduga. Kasab langsung
tidak bercerita tentang kes waran tangkapnya. Tajol pula lupa
untuk bertanya. Semuanya hanya berkisar soal kacang. Kacang
yang menjadi penawar.
Inilah kehidupan. Esok masalah yang baharu pula, dengan
cabaran yang baharu dan penyelesaian yang lain pula. Semua
tidak akan berakhir sehinggalah kita dijemput Tuhan.

































12

Tanganku Tembaga

Sungai Sarawak di Tebing




penghujung Disember
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
angin basah lewat musim tengkujuh
aku singgah mengetuk pintu budaya
masuk ke muzium khazanah negeri


di tengah sungai pandang kulontar
sang penambang membanting rezeki
melentur kayuh kayu perahu usia
mendayung hayun sekata tingkah
meranduk deras sungai sejarah


seorang penunggang jet ski
muncul bagai peluru penuh aksi
lantas pak tambang ditampar gelombang
koleknya dipusar arus dan hampir tumbang


aku dicabar membaca ironi
antara lambang dua tradisi
moden globalisasi dan lestari tradisi
untuk generasi muka
yang dibijaksana mimpi


Yusuf Fansuri





13

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak


Sarikei

angin mengelus tipis
Sungai Rajang melebar
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
saujana panjang


nipah rimbun hijau
dipulas desir tengkujuh
penghujung tahun


peniaga-peniaga
menjual ayam panggang
disantun ramah dan akrab


pada wajah mereka
usah dipertikai tentang cinta
untuk ibu pertiwi


antara cita-cita
nusa dan bangsa
tak pernah berbelah bahagi


safir ini aku teruskan
di bumi sendiri menjalar
menghirup udara damai!


Yusuf Fansuri



14

Tanganku Tembaga

Kabus di Batang Lupar




pagi menyisih angin
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
bersih udara lembut dan nyaman
cahaya redup cemburu


aku paku perjalanan di kaki bukit Alice
tempat pahlawan bangsa berkubu berani
sejarah marga berhabis tangis
mempertahan darjat nusa


riak sungai kecil berkocak
akar pokok memaut tebing sumbing
seorang tua mengayuh sekoci
menongkah deras arus
mendayung resah ke hulu
hidupnya baru bermula


aku seorang musafir
datang ke daerah para petani
lari daripada keriuhan materi
aku menyelinap masuk
dalam kabus yang menjalar
di Batang Lupar?


Yusuf Fansuri




15

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Radzemah Bolhassan




Cuaca yang cerah tiba-tiba bertukar mendung. Hembusan
angin yang tadinya sepoi-sepoi bahasa kini menderu,
menerbangkan halaman surat khabar lama di atas meja bulat
di hadapan Ramzi dan membawanya jatuh bersepahan di kaki
lima.
“Tolong kutip, Lan!” arah Ramzi.
Alan, remaja 18 tahun yang menghantar dirinya untuk
menjadi pembantu Ramzi tiga bulan lalu, menurut segala
perintah. Seorang yang lurus dan rajin, Alan yang cukup
menyenangkan Ramzi sehingga dianggap adik, mengutip
selembar demi selembar halaman surat khabar yang
berselerakan lalu dikembalikan ke tempatnya.
Tiupan angin semakin kencang. Ramzi merenung dada

langit dari tempat duduknya di kaki lima sebuah bilik kecil
yang disewa Ramzi untuk perniagaan kecil-kecilannya di
pinggir Bandar Sibu.
“Nak hujan ni, bang!” laung Alan. “Lebat ni!” Ramzi hanya
tersenyum sambil membelek bilah mata kapak yang baru
selesai diketuk-ketuknya. “Aku memang suka mandi hujan...
tapi di kampunglah,” kata Alan lagi.


16

Tanganku Tembaga

Kata-kata Alan itu segera mengingatkan Ramzi kepada
Osman. Dadanya terasa sarat. Osman baginya seorang sahabat
yang baik meskipun buta mata. Kekesalan yang berulang kali
bersarang dalam fikiran, kembali menghantuinya.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Kau pergi sebelum melihat kejayaan semangat yang kau
tiupkan untukku, Man, hatinya berbisik. Matanya dipejamkan.
Di manalah kau sekarang? Ramzi mengeluh dalam. Silap aku
juga, tak pernah tanya tentang kau. Sebab angkuh dengan
kelebihan aku, aku memandang rendah kekurangan kau
sedangkan hakikatnya kita sama-sama cacat. Kerana ego, aku
melihat diri lebih daripada orang lain. Oh, Tuhan, ampunilah
aku!
Ramzi membuka matanya sambil menghembuskan nafas
dengan kuat. Mata kapak yang kelihatan tajam, dilepaskan.
Perlahan-lahan dan dengan terkial-kial, dia cuba bangkit dari
bangku rendahnya. Belum sempat dia bangun, Alan sudah
berlari mengambil kaki palsu lalu menyuakannya kepada
Ramzi untuk disarungnya.
Anak mata mereka bertentangan. Hati kecil Ramzi
tersentuh, teringatkan Osman.
“Terima kasih.”

“Lain kali panggil aku.”
“Aku kena buat sendiri juga. Kalau kau tinggalkan aku
nanti, taklah aku terasa sangat,” luah Ramzi yang masih
terbawa-bawa dengan rasa kecewanya.
Alan hanya diam membisu. Wajah yang tadinya ceria,
bertukar muram. Deraian hujan lebat yang baru turun seminit


17

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak








Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

























tadi, meruntun hati dan perasaan kedua-duanya. Sayu. Hampa.
Kecewa.
Kedua-dua belah kaki palsu sudah tersarung di kaki
Ramzi. Perlahan-lahan lelaki hampir separuh umur itu

melangkah perlahan sambil mengimbangi badan yang agak
kurus. Ingatannya masih tidak lekang memikirkan Osman.
Nama Alan sudah hilang di sebalik rindunya terhadap sahabat
butanya bernama Osman.
Penyesalan sering datang terlambat. Selepas kehilangan
Osman barulah Ramzi sedar bahawa Osmanlah sebenarnya


18

Tanganku Tembaga

sahabat. Setelah Osman hilang entah ke mana barulah Ramzi
merasakan bahawa nasihat Osman yang telah menyuntik
semangatnya sehingga dia yang dahulunya rebah tersungkur,
mampu bangkit dan berada di tempatnya sekarang. Setelah
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Osman pergi barulah dia sedar bahawa apa-apa yang keluar
dari mulut Osman, suatu kekuatan. Bukan seperti anggapannya
ketika itu.
Dia dan Osman sama-sama menjadi pengemis di kaki
lima bandar raya Kuching beberapa tahun lampau. Osman
ketika itu dianggapnya musuh dan pesaing. Lelaki buta yang
mahu bersandar padanya. Dia berasa dirinya lebih hebat
daripada Osman kerana masih tajam penglihatan, tegap kaki
walaupun hanya berbaki kaki kiri, serta kuat tangan walaupun
berbaki tangan kanan. Dia tidak seperti Osman yang buta.
Hanya itulah pandangannya terhadap Osman pada mulanya.
Pandangan itu berubah menjadi kebencian yang meluap-luap
apabila Osman dianggapnya punca dia kehilangan kaki kirinya
tidak lama kemudian.
‘Maafkan aku, Man. Andai aku dapat mengundurkan waktu,
aku ingin menjadi sahabatmu yang terbaik. Tapi, mustahil. Aku
sudah di Sibu sedangkan engkau entah di mana. Carilah aku,

Man. Aku akan pimpin perjalanan kita dengan mataku pada
saat engkau memapah aku. Memang perlahan, tapi percayalah,
destinasi kita sama. Perasaan kita sama. Mencari Tuhan.’
Air mata Ramzi bertakungan, menunggu masa untuk
menitis. Bicara Osman yang terngiang-ngiang di telinganya
bagaimanapun mengeringkan air mata itu.


19

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

“Janganlah bersedih. Cukuplah tu. Kalau kau asyik
memikirkan kurangnya kau di dunia ini, bimbang kau akan
jadi manusia yang rugi di akhirat.” Lembut nada suara Osman
lewat malam itu. Tenggelam timbul dalam hiruk-piruk bunyi
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
deruman enjin kenderaan di pusat bandar raya Kuching.
“Kau ni kan... mata buta, hati pun buta!”
“Maaflah. Masuk malam ini sudah hampir dua bulan kita
bersama. Mungkin tafsiran aku salah sebab aku tak nampak
dengan mata. Tapi aku kenal kau melalui pancaindera aku yang
lain. Aku percaya sekarang kau tengah sedih.”
Ramzi menelan air liur yang terasa pahit. Lelaki buta
bernama Osman ini nampaknya suka masuk campur dalam
urusannya.
Memang dia sedang bersedih. Sedih mengenangkan nasib
dirinya. Dia dilahirkan sempurna. Cukup sifat dan anggota
badan. Hidup penuh ceria dan memiliki hampir segala-galanya.
Tanpa disangka-sangka dia ditimpa kemalangan jalan raya.
Kedua-dua ibu bapa dan adiknya terkorban dalam kemalangan
ngeri itu apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan
sebuah lori pasir. Yang terselamat hanya dia seorang. Akan
tetapi, kaki kanannya terpaksa dipotong. Begitu juga dengan

tangan kirinya. Ketika itu usianya baru 28 tahun.
Sejak itu Ramzi merasakan dirinya seperti telah hilang
segala nikmat dunia. Hidupnya semakin tertekan apabila sanak
saudara dan kawan-kawan, seorang demi seorang, menjauhkan
diri. Ketika itu dia sebatang kara dan keseorangan. Tiada
sesiapa pun yang mengingatkannya tentang hakikat bahawa


20

Tanganku Tembaga

dia masih ada Tuhan, sehinggalah dia dipertemukan dengan
Osman.
Ketika mula berkenalan dengan Osman dahulu, Osman
yang buta itu diherdiknya kerana hampir menyepaknya yang
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
sedang baring di kaki lima sebatang lorong sempit.
“Buta, ke? Bodoh... macam lembu!” jerkahnya ketika
terkial-kial bangun. Ditenungnya Osman dengan mata yang
merah ketika lelaki buta itu teraba-raba mencari tongkatnya.
“Maaf, encik. Saya tak sengaja... tak nampak.”
Setelah menjumpai tongkat yang dicari-cari, Osman
menggapai-gapai tangannya cuba mencari pula orang yang
hampir dilanggarnya tadi. Ramzi bagaimanapun menepis
tangan Osman dengan kasar.
“Bukan kau saja orang buta yang lalu di sini, tahu! Ramai!
Tapi tak seorang pun langgar aku. Bodoh! Kenapa kau tak
langgar kereta saja biar mampus terus?” Ramzi membebel
dengan bahasa yang semakin kesat.
Itulah kenangan pertemuan mereka. Walaupun diherdik,
dihina, namun Osman tetap sabar. Ketika dia menghulurkan
bungkusan nasi kepada Ramzi, Ramzi terus menyambar
bungkusan nasi itu tanpa berkata sepatah pun. Dimakannya

nasi bungkus itu dengan lahap sampai licin tanpa langsung
mengucapkan terima kasih.
“Rezeki kau. Orang bagi aku, tapi aku masih kenyang,
jadi aku bagi kau,” kata Osman. Ramzi hanya mendengus.
“Aku Osman,” Osman mengenalkan diri apabila Ramzi diam
tidak menyahut.


21

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

“Aku tahulah kau buta, tak nampak. Tapi aku tengah
makan ni. Boleh tak kau jangan membebel,” tempelak Ramzi
dengan mata menyelar geram.
Osman hanya tersenyum sambil teraba-raba mencari
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
tembok. Perlahan-lahan dia duduk bersandar pada tembok.
Ramzi yang memandang, terdetik dalam hati, ‘Dia ni kacau
tempat aku nampaknya.’ Tiba-tiba Ramzi terfikir sesuatu. ‘Tapi
tak apa jugak. Kalau orang tak simpati pada aku, mungkin
mereka simpati pada dia. Tentu mereka bagi dia duit. Kalau
aku ambil duitnya bukannya dia tahu. Dia kan buta.’
Maka jadilah Osman sandaran Ramzi.
Hari demi hari duduklah mereka berdua mengemis di
situ. Ada ketikanya Osman menghilangkan diri, tetapi Ramzi
tidak pernah bertanya. Semua itu tidak penting. Yang penting
Osman telah membuat dia berada dalam keadaan selesa.
Kekurangannya dicukupkan Osman.
Berbulan-bulan mereka bersama. Namun Ramzi masih
menganggap Osman orang asing, bukan sahabat. Sepanjang
berbulan-bulan bersama tidak pernah sekalipun dia
bertanyakan khabar Osman. Kemurungan Osman, kesedihan
Osman, kesusahan Osman, tiada satu pun yang dia mahu

ambil tahu. Sukanya hanya mengherdik Osman kalau ada
sesuatu yang salah di matanya. Dia tidak ubah memanfaatkan
Osman untuk mengurangkan rasa kecewanya terhadap nasib
hidupnya.
“Kau masih kuat, masih gagah walaupun kaki kau kudung
sebelah. Tangan kanan pun masih ada,” kata Osman suatu hari.


22

Tanganku Tembaga

“Jadi? Kenapa? Maksud kau aku tak sepatutnya mengemis
di sini?” Osman hanya tersenyum. “Hah... tersenyum pulak!
Senyum kau tu sinis, tahu tak? Kau ni kan...”
Ramzi membaling Osman dengan gumpalan kertas
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
pembungkus nasi. Tepat mengenai muka Osman. Osman
masih tersenyum sambil menyapu mukanya.
“Iya ke senyum aku sinis? Maaflah, aku mana pernah
tengok senyum sendiri. Sejak lahir aku tak pernah nampak
apa-apa. Macam mana yang dipanggil senyum pun aku tak
pernah tahu. Macam mana rupa orang pun aku tak tahu
cuma dapat bayangkan samar-samar. Tapi aku percaya semua
manusia cantik.”
Ramzi merengus geram. Osman memang menjengkelkan.
Bodoh. Lembam!
“Kau ni kalau tak menyakitkan hati aku dalam sehari
tak senang duduk agaknya kan? Aku, kalau tak cacat, tak
ingin duduk merempat dengan kau macam sekarang!” bentak
Ramzi, lantang.
Osman tetap tersenyum.
“Tapi aku bersyukur sebab kau sudi jadi kawan aku,”
katanya ikhlas.

“Adui! Kenapalah kau boleh melepak dengan aku di sini?
Sakit hati aku dibuatnya! Kau tahu tak yang aku tak suka
kawan dengan kau. Kau ni memang muka tak tahu malu, kan?”
Osman terdiam mendengarnya. Senyuman di bibirnya
sirna. Buat pertama kali Ramzi rasa bersalah walaupun itu
bukan pertama kali dia menghina Osman.


23

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Osman kemudian menghilang entah ke mana, membuat
Ramzi keresahan. Namun disebabkan egonya, apabila Osman
muncul selepas subuh pada keesokan harinya dan menyuakan
sebungkus makanan kepadanya, dia buat acuh tak acuh.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Keresahan hati tidak diluahkannya. Hanya makanan yang
dibawa Osman sahaja yang dimakannya dengan lahap.
“Kau tahu... kalau aku dapat melihat, aku teringin sekali
nak melihat wajah kau,” kata Osman suatu hari. Ramzi
tidak menyahut. “Aku percaya semua manusia ciptaan Allah
cantik belaka. Aku ingin melihat wajah kau supaya aku
dapat cari kau di mana-mana... bila-bila masa.” Hati Ramzi
terusik mendengar pengakuan itu. Dia bagaimanapun masih
mempertahankan egonya. “Kalau aku dah tak ada nanti, kau
kena terus memperjuangkan hidup. Jangan jadikan kecacatan
alasan untuk mengalah.”
“Jangan membebellah! Jangan cakap saja! Kau dan aku
sama cacat, sama merempat di sini. Kau fikir sendiri, kau
boleh buat apa? Baru mata kau yang buta kau dah tak boleh
buat apa-apa selain minta sedekah. Kau belum rasa jadi orang
yang tak ada sebelah kaki, tak ada sebelah tangan macam aku,”
Ramzi menempelak lagi.

“Ya, betul! Tapi aku suka melihat di sebaliknya. Disebabkan
cacat inilah kita ditemukan. Dapat berkongsi nasib. Kau kenal
aku, aku kenal kau...” suara Osman kedengaran sayu.
“Kau senanglah cakap sebab kau memang dilahirkan buta.
Tapi aku lain. Aku pernah sempurna sifat. Pernah ada segala-
galanya. Kau mana tahu rasa orang yang kehilangan? Jadi, lebih


24

Tanganku Tembaga

baik kau jangan berlagak pandai.”
“Aku pun ada rumah walau hidup sebatang kara. Tapi aku
suka merantau. Aku suka cari masjid, tempat aku dapat kenal
manusia, tempat aku dapat timba ilmu. Tapi itulah... aku lupa
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
jalan balik. Aku dah tak ingat di mana rumah aku. Selain buta,
ingatan aku semakin lemah. Syukurlah banyak orang baik di
dunia ini. Aku bukan pengemis. Aku tak pernah mengemis.
Cuma orang-orang yang bermurah hati suka memberi.
Semuanya ihsan daripada hamba Allah.” Kata-kata Osman
itu tiba-tiba membuat Ramzi tertekan. “Aku sentiasa mohon
kepada Allah, walaupun jauh kakiku melangkah, janganlah
aku lupa jalan ke sini, sebab kau ada di sini. Aku tak mahu
tinggalkan kau seorang diri terumbang-ambing begini. Selagi
kau masih belum dapat berdikari, selagi itu aku di sini. Apabila
kau sudah mampu berdiri nanti, ketika itu barulah aku tenang
melepaskan kau pergi,” kata Osman lagi dengan nada sedih.
“Kau cakap apa ni?” suara Ramzi masih bernada keras.
Hakikatnya, Ramzi ingin memeluk erat Osman. Hanya
Osmanlah yang benar-benar sudi menjadi teman dalam
kepayahannya mengharungi hidup. Hanya Osman yang setia
berada di sisinya, bersabar dengan kerenahnya. Tetapi Ramzi

masih kemas memegang egonya ketika itu. Tidak mahu
menjatuhkan maruahnya di hadapan Osman walaupun ketika
itu hatinya sudah sarat.
“Jangan lupa Allah. Hanya Dia yang sentiasa ada untuk
kita. Minta daripada Dia. Aku hanya mampu membantu kau
dengan doa. Semoga suatu hari nanti Allah bagi kau jalan


25

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

untuk mengubah kepayahan kau.”
Aamiin, itulah yang terdetik di hati Ramzi ketika itu, dan
sampai sekarang.
Terima kasih, Man. Ini semua berkat doa kau. Urusanku
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
dipermudah Allah sehingga aku menjadi seorang tukang besi
yang berjaya.
Ramzi memejamkan matanya semula, terkilan dengan
kealpaannya. Dia sudah mampu berdiri sekarang, sudah
dapat mengenali Osman. Tetapi sayang, sepanjang perkenalan
mereka, dia tidak pernah mengambil tahu siapa Osman. Nama
penuh Osman pun dia tidak tahu. Dia tidak pernah bertanya
apa-apa tentang Osman. Sekarang hanya wajah Osman sebagai
seorang lelaki buta yang terpahat dalam ingatannya. Yang lain
dia tidak tahu.
Hujan belum reda. Alan yang berada di bangku kayu di
ruang bilik kedai yang agak sempit itu, direnungnya. Wajah
itu masih kesedihan. Mungkin masih terasa dengan ucapan
Ramzi tadi.
Benar kata kau, Man. Tangan kananku sangat kuat. Besi
pun dapat aku lenturkan tanpa henti setiap hari. Walaupun
kakiku kudung tetapi aku baru sedar bahawa ada hikmah di

sebalik kudungnya aku. Kalau aku tak kudung, mungkin aku
tak seperti sekarang. Mungkin aku bukan seorang tukang besi.
Ramzi tersenyum sendiri. Ingatan terhadap Osman
tidak pernah lekang. Ketiadaan Osman membuat dia berasa
kehilangan walaupun dia sudah biasa dengan kehilangan.
Sebelum ini dia sering menyalahkan takdir akan hilangnya


26

Tanganku Tembaga

kaki dan tangannya. Selepas kehilangan Osman barulah dia
sedar rahsia di sebalik semuanya.
Ramzi perlahan-lahan berjalan mendapatkan Alan. Dia
sudah belajar daripada pengalaman. Dia perlu meminta maaf
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
daripada Alan. Seketika itu juga dia terpandang kaki kanannya.
Kaki yang mengembalikan ingatannya kepada Osman kerana
hilangnya kaki itu pada hari Osman turut menghilang. Tiba-
tiba air matanya menitis, tidak tertahankan.
“Kenapa, bang?”
Alan sudah berada di sisinya. Ramzi percaya Alan pun
seikhlas Osman. Setiap reaksinya diberi perhatian.
Ya Allah... kau telah hadirkan insan-insan mulia buatku.
Terima kasih, ya Allah.
“Aku tak kesal kaki kananku juga kudung sebab inilah nilai
silaturahim kami. Aku hilang kaki ini semasa menyelamatkan
Osman daripada dilanggar kereta. Tapi aku bersyukur Osman
selamat. Sayangnya sejak itu, aku tak jumpa dia lagi.”
Alan terkedu mendengar cerita Ramzi itu. Cerita yang
dianggap rahsia peribadi.
Ramzi percaya Osman juga mencarinya tetapi apakan
daya, takdir memisahkan mereka. Berkat doa Osman agaknya,

dia dipertemukan dengan seseorang. Pada hari pertama
Ramzi terlantar di katil hospital selepas kakinya dipotong,
dia berkenalan dengan Fauzi yang datang melawat sahabat
di katil bersebelahan. Dia dan Fauzi saling menyapa dan
mengenalkan diri. Esoknya Fauzi datang melawatnya lagi
dengan membawa sebuah harapan. Fauzilah yang membawa


27

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Ramzi ke bandar Sibu selepas Ramzi dibenarkan keluar dari
hospital dan menempatkan Ramzi di kedai yang ada sekarang.
Fauzi membuka peluang berniaga untuk Ramzi sebagai tukang
besi setelah tahu bahawa Ramzi mahir dalam pertukangan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
besi. Memang sebelum kemalangan yang menimpanya, Ramzi
mengusahakan pertukangan besi secara kecil-kecilan bersama-
sama ayahnya di sebuah bengkel kecil.
“Osman?” Alan tertanya-tanya.
“Ya, Osman. Sahabat aku itu Osman namanya. Silaturahim
kami sangat erat. Terus erat sebab berada dalam doa yang
paling ikhlas,” tambah Ramzi menahan sedih. Dia kemudian
diam, tidak mahu berkata apa-apa lagi kerana tiada bahasa
yang boleh menggambarkan kerinduannya terhadap keikhlasan
seorang sahabat yang bernama Osman.





























28

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Radzemah Bolhassan




Aris tidak peduli meredah hujan ketika pulang dari
sekolah hari ini. Cuaca yang tadinya panas kemudian tiba-
tiba bertukar mendung sebelum turunnya gerimis, tidak
menahannya daripada terus berjalan. Tidak peduli mencari
tempat berteduh, langkah kakinya kian pantas tatkala dia
membayangkan masakan Maimun untuk juadah tengah hari
itu.
Dalam perjalanan, hujan yang tadinya renyai, bertukar
lebat. Aris berlari pantas menghala ke denai. Lebih cepat dia
sampai kalau meredah denai berbanding dengan mengikut
jalan besar. Soal kebasahan dan tanah yang becak tidak
dihiraukan. Yang penting dia mesti segera sampai.

Sebaik sahaja tiba di halaman rumah, Maimun dilihatnya
sudah menunggu di muka pintu dengan wajah kerisauan. Aris
percaya bahawa tidak lama lagi telinganya akan dihidangkan
dengan bebelan Maimun sebelum dia sempat menjamah nasi.
“Kan dah berkali-kali mak pesan, bawa payung!”
Budak lelaki 16 tahun itu tidak terus menyahut. Dia
menanggalkan stoking serta kasutnya yang kebasahan dan
kotor berlumpur. Dibiarkannya sahaja di kaki tangga. Tidak


29

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

perlu terus dicuci kerana masih ada stoking dan kasut gantian
untuk esok.
“Nanti Ris basuh sendiri,” ujarnya ketika menyusul jejak
Maimun ke dapur.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
“Kamu ingat mak fikir pasal kasut? Kamu tu! Habis basah
kuyup. Kalau dah demam, selesema, kamu ingat cukup dengan
basuh kasut dah boleh ke sekolah?” leter Maimun.
Aris tersenyum kelat. Kesal juga dia kerana menjawab
leteran ibunya. Sebaiknya dia menadah telinga sahaja tadi.
Pasti bebelan Maimun lebih cepat berhenti sendiri. Sudah
dijawab, maka meleretlah jadinya.
Aris menghilangkan diri ke dalam bilik mandi. Itulah
salah satu cara untuk meredakan bebelan Maimun. Dari
dalam bilik mandi pun dia mendengar gema suara Maimun
yang entah apa-apa biji butirnya. Aris tidak peduli untuk
mengambil tahu. Dia hanya mahu cepat-cepat mandi, solat
dan makan tengah hari.
Selesai solat, Aris segera ke dapur. Maimun tidak
kelihatan di mana-mana. Aris terus membuka tudung saji.
Masa untuk menjamu selera. Masakan Maimun memang
sentiasa sedap.

Yes, temilok! bisiknya dalam hati sebaik sahaja dia
terpandang ulat kayu bakau yang dihidangkan. Seperti biasa,
ada yang mentah, ada yang rebus, dan ada yang dimasak
gulai pedas. Aris memang menggemari temilok mentah yang
rasanya seperti menghirup putih telur separuh masak atau
memakan tiram.


30

Tanganku Tembaga

Seketika kemudian dia mendengar bunyi pintu dapur
diketuk bertalu-talu dengan kuat. Suara laungan Atan menyusul,
berteriak-teriak meminta dibukakan pintu. Terkocoh-kocoh
Aris membukanya. Kalau lambat dibuka alamat ribut taufan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
bakal melanda.
“Hisy......lembab! Lain kali jangan tunggu sampai aku
terpekik-pekik kat luar macam orang gila. Dahlah hari hujan.
Sejuk tahu tak!” bentak Atan, berang.
Atan memang panas baran. Semua orang di dalam rumah
itu sudah lali dengan perangainya itu. Walaupun berkali-kali
ditegur dan dinasihati, sikap panas baran Atan tidak pernah
surut.
Atan melepaskan tubang yang bergantungan di bahunya
ke lantai. Tumpah semua isi perutnya ketika matanya menyelar
memandang Aris. Aris tidak mengendahkan renungan tajam
itu dan selamba menyuapkan nasi ke dalam mulut. Seleranya
sudah beransur hilang tetapi disebabkan perasaan takutnya
terhadap Atan, dia membuat muka selamba.
Maimun masuk ke dapur. Atan ketika itu sudah masuk ke
dalam bilik mandi. Wajah Aris direnung Maimun. Anak mata
mereka bersapaan dan Maimun segera faham. Nampaknya

seperti selalu, mereka berdua menjadi mangsa sikap panas
baran Atan.
Aris menguis-nguis nasi di dalam pinggannya. Maimun
yang tadinya garang seperti singa, sekarang menikus pula.
Atan seolah-olah berkuasa penuh setiap kali Murad tiada di
rumah.


31

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

“Makan cepat. Lepas makan, pergi baca buku. Esok dah
mula periksa akhir tahun,” pesan Maimun dengan suara
separuh berbisik.
Seperti robot, Aris terus mencuci tangan. Dia mahu cepat-
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
cepat masuk ke dalam bilik sebelum Atan keluar dari bilik
mandi.
“Bengap tak habis-habis,” bebel Atan ketika keluar dari
bilik mandi. Maimun hanya membisu sambil mengemaskan
meja. “Tiap hari buat orang panas,” anak bujang 17 tahun itu
terus membebel.
Seketika kemudian, Murad melangkah masuk dari pintu
dapur.
“Atannn...” tegur Murad dengan suara lembut.
“Aris tu!” suara Atan meninggi.
“Sudah! Kau ingat bapak ni pekak?” balas Murad dengan
nada keras. Terbit rasa marah dengan perangai anak bujangnya
yang semakin biadap itu.
Dia berasa tercabar. Kalau diikutkan perasaan marah,
sudah lama Atan ditempelengnya. Maimun seperti biasa,
bertindak seperti air yang sentiasa menyirami api yang marak
walaupun Maimun sendiri menjadi mangsa sikap ego dan

sombong anak tirinya. Murad tahu itu.
Murad tidak tahu di mana silapnya. Sejak kecil Atan
ditatang seperti minyak yang penuh. Atan membesar di depan
matanya dengan layanan yang istimewa. Ibu kandung Atan
meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka itu. Apabila
Atan berusia empat tahun, Murad berkahwin dengan Maimun.


32

Tanganku Tembaga

Maimunlah yang menjaga Atan sejak itu dan mengasuh Atan
seperti anak kandung sendiri. Setahun kemudian, Aris lahir.
Kasih sayang Maimun bagaimanapun tidak pernah berbelah
bahagi.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Atan seorang pelajar yang pintar sehingga terpilih untuk
memasuki sekolah berasrama penuh semasa di Tingkatan
Satu. Entah di mana silapnya, semasa di Tingkatan Empat
dia berubah mendadak. Bermacam-macam peraturan
dilanggarnya sehingga dia dibuang dari asrama. Murad
terpaksa memindahkan anaknya itu ke Sekolah Menengah
Kerajaan Belawai.
Ke sekolah setiap hari bersama-sama Atan bukanlah
sesuatu yang menyenangkan bagi Aris. Setiap hari Atan
menunjukkan kuasa sehingga adik tirinya itu berasa tertekan.
Maimun pun turut menjadi mangsa.
Sekarang Atan sedang menunggu keputusan peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia. Entah cemerlang atau tidak, belum
tahu lagi. Atan bagaimanapun sudah bongkak seolah-olah dia
bakal menjadi pelajar cemerlang sehingga dalam sedarnya dia
selalu memperlekehkan kemampuan Aris. Perangainya itu
semakin menjadi-jadi apabila dia turut memandang rendah

Maimun, ibu tiri yang selama ini tidak pernah membezakan
kasih sayang terhadapnya.
Melihat wajah Murad yang mencuka, Maimun segera
mengambil tuala lalu dihulurkannya kepada Murad,
mengisyaratkan kepada suaminya itu supaya segera
membersihkan diri. Sejuk nanti mungkin kejadian yang


33

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

berlaku sebentar tadi dapat dilupakan. Kalau dilayan perasaan
mungkin akan meledakkan pertengkaran.
Maimun segera mengutip tubang yang dicampakkan Atan
tadi. Baldi yang baru diletakkan Murad di tepi dinding juga
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
dicapainya.
“Biar saya uruskan temilok tu. Ramai yang dah tempah,”
pesan Murad sebelum masuk ke dalam bilik mandi.
Maimun akur. Hanya barang-barang lain dikemasnya.
Bekas makanan di dalam tubang dibukanya. Tulang-tulang
ayam sisa makanan pun tidak dibuang Atan. Terus dibawa
pulang. Begitulah sikap Atan kebelakangan ini. Sengaja
menunjukkan protes. Maimun mendiamkan sahaja dan
sedaya upaya mencari jalan damai. Kalau semua kerenah
Atan dikhabarkan kepada Murad sudah pasti keadaan akan
menjadi semakin keruh.
“Suruh bekerja malas. Bangun tidur cuma tahu cari
makan. Lepas itu melepak sepanjang hari. Sesekali ajak
temankan cari rezeki, membebel tak sudah-sudah. Bukan
aku saja-saja nak susahkan dia. Aku nak ajar dia supaya
berusaha untuk hidup. Kalau ikutkan hati, dengan muncung
tak sudahnya itu, tak ingin aku nak suruh dia temankan

aku. Sakit jantung aku dibuatnya,” leter Murad ketika keluar
dari bilik mandi. “Lepas ini awak jangan nak bela dia lagi.
Semakin dibela, semakin tak mengenang budi. Disuruh
sekolah, masalah juga yang dipilih. Dah habis sekolah,
macam orang yang tak pernah pergi sekolah...” semakin
galak Murad berleter.


34

Tanganku Tembaga

“Sudah-sudahlah tu, bang. Makanlah dulu. Sehari suntuk
dia temankan abang cari rezeki,” pujuk Maimun sambil
mengatur hidangan di atas meja.
Atan yang tadinya sedang melangkah ke dapur,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
memperlahankan langkahnya. Bukan sekali dua dia mendengar
Maimun membelanya. Hampir selalu. Tetapi hatinya tetap
keras memilih untuk memberontak.
“Sabar aku ni ada batasnya. Dahlah dia tak mahu tanya
khabar aku, hari ini dia hina pulak kerja aku sedangkan dia
tahu dengan rezeki aku inilah aku sara hidup kita,” balas
Murad dengan nada kecewa.
Maimun semakin resah. Walaupun dia tidak tahu hal yang
sebenarnya berlaku antara Atan dengan Murad, dia berharap
janganlah ada pergaduhan lagi hari itu.
“Abang... seeloknya ajaklah dia makan dulu,” lembut nada
suara Maimun menyabarkannya.
“Dia tak makan pun tak apa. Bekalan pagi tadi pun dia
yang melantak seorang. Sikit pun tak tinggal untuk aku.”
Maimun terduduk, kesal. Maknanya Murad kelaparan
sekarang ini. Segera disenduknya nasi dan lauk untuk suaminya
itu.

Wajah Murad berubah sayu. Ada rasa kecewa dalam
hatinya dengan sikap Atan. Anak kandungnya itu sudah diajar
dengan ilmu agama, dihantar mengaji. Tetapi entah mengapa,
belum mampu berdikari. Sombongnya juga melangit.
“Daripada bapak terus kerja cari temilok, cari cacing,
lebih baik bapak cari kerja di bandar. Tak rosakkan alam


35

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

sekitar. Dahlah kerjanya susah! Kena jalan kaki berjam-jam,
kena pikul tong berat, bawa kapak pelbagai. Badan habis kena
gigit nyamuk. Sekarang ni orang tak buat kerja cari temilok
lagilah, pak.”
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Kata-kata Atan sebelum ini terngiang-ngiang di corong
telinga Murad. Terasa mahu lepas pendayung di tangan.
Berulang kali Murad berbisik ‘sabar’ dalam hati. Kalau
diikutkan hati yang hangat, mahu sahaja diketuknya kepala
Atan ketika itu.







































36

Tanganku Tembaga

Apabila hal itu disampaikan Murad kepada Maimun
malam itu, dia sempat menangis.
“Mentang-mentang sekolah tinggi, dia tunjuk sombong
depan saya. Dia hina kerja saya....”
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Maimun hanya mampu mendengar. Kemarahan Murad
masih belum reda.
Sejak itu, Murad kelihatan dingin terhadap Atan. Tidak
ada lagi gurau senda atau bual kosong. Aris yang terkena
tempiasnya, takut-takut untuk bercakap atau bergurau dengan
Murad.
“Kenapa bapak marah sangat pada Abang Atan, mak?”
tanya Aris kepada ibunya ketika hanya mereka berdua di
rumah tengah hari itu.
“Jangan masuk campur,” tegah Maimun.
“Aris pun nak tahu juga kenapa bapak marah sangat,”
budak lelaki 16 tahun itu terus mendesak ibunya.
“Abang Atan kau tak sengaja. Tersalah cakap pada bapak,”
kata Maimun, masih mempertahankan Atan.
“Abang cakap apa?”
“Abang cakap bapak rosakkan alam sekitar... susah-susah
kerja cari cacing...” Maimun terpaksa berterus terang.

Aris terdiam.
Memang tak patut! Dia tak tahu lagi temilok tu....

8
Aris termenung sendirian sambil memandang keluar tingkap.
Fikirannya terganggu memikirkan Atan yang keterlaluan



37

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

biadapnya. Mujurlah peperiksaan awal tahun sudah selesai
dan sekarang musim cuti sekolah. Kalau tidak sudah tentu dia
tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran.
Sepanjang minggu itu Murad mogok, tidak lagi turun ke
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
sungai. Dia hanya membeli ikan di pasar basah. Atan pula
lebih kerap memencilkan diri di dalam bilik. Suasana di dalam
rumah menjadi sepi.
Aris berasa tertekan melihat Murad tidak betah duduk di
rumah. Wajah Atan tidak ingin dipandang Murad. Maimun
pula seperti ayam berak kapur.
Aku kena buat sesuatu. Abang Atan sendiri yang kena
pujuk bapak. Tapi... nak buka mata Abang Atan bukan senang.
Aku pun takut dengan dia, hatinya berbisik.
Hari itu Atan sudah bersedia. Bersedia untuk bersemuka
dengan Atan. Dia mesti menasihati Atan yang memandang
rendah pekerjaan bapa sendiri.
Ketika dia masuk ke bilik Atan tengah hari itu, Atan
dilihatnya sedang termenung. Memang sejak kebelakangan
ini Atan sering memencilkan diri. Mungkin Atan menyedari
kesilapannya yang tidak menunjukkan hormat terhadap Murad.
Sikap Murad yang sering berlembut dengan Atan sebelum ini
mungkin membuat dia lupa diri.
“Abang tak boleh ungkit-ungkit kerja bapak.... cakap
bapak cari cacinglah...” Aris memulakan topik perbualan. Atan

hanya diam, tidak menoleh. Keberanian Aris itu diam-diam
membuat dia terkejut. “Banyak yang abang tak tahu tentang
temilok sebenarnya.”


38

Tanganku Tembaga

“Aku tahulah!” Atan melenting.
“Kalau tahu kenapa abang hina pekerjaan bapak?”
Atan menggetapkan bibirnya. Abang tak kasihan ke tengok
bapak? Tak sedih tengok bapak bersusah payah cari temilok?
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Terpaksa jalan berjam-jam, redah selut, pikul itu ini. Walaupun
pendapatannya kecil, tapi itulah juga yang menampung hidup
kita hari-hari.”
“Eh, kau tak malu ke orang cakap bapak kerja cari
cacing? Banyak kerja lain yang bapak boleh buat. Potong
kayu ke, berkebun ke, jadi buruh ke, kenapa cari benda tak
seberapa hasilnya tu? Buang tenaga, tahu tak? Bapak orang
lain semua kerja elok aje. Tak ada yang cari temilok macam
bapak.”
“Abang memang pandang rendah temilok tu kan? Rupanya
memang banyak yang abang tak tahu. Kalau tak tahu, jangan
banyak cakap.”
“Kalau kau pandai sangat apa yang kau tahu?”
“Abang ni sekolah aje tinggi, tapi kurang ilmu sebab
malas baca buku. Abang tahu tak yang sekarang temilok dah
jadi bahan uji kaji? Orang dah jadikan bahan tesis, tahu!
Temilok yang abang panggil cacing tu dan jadi ubat penyakit

kronik dan ubat kuat. Bukan itu saja. Temilok bermanfaat
dalam bidang perubatan sebab kaya dengan karbohidrat
dan protein. Penemuan terbaru, temilok boleh dimanfaatkan
sebagai glikogen untuk merangkap DNA.”
Atan tercengang.
Glikogen untuk merangkap DNA? Apa tu?


39

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Maklumat itu sesuatu yang baharu bagi Atan. Aris
yang selama ini dipandangnya lembam, rupa-rupanya lebih
berpengetahuan.
“Pandailah kau!” balasnya perlahan, malu diperbodoh.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
“Aku bukan pandai. Aku cuma sampaikan apa-apa
yang aku baca. Itulah sebabnya kita kena rajin membaca.
Bukan setakat baca buku sekolah. Membaca ni jambatan
ilmu,” tambah Aris lagi sambil memalingkan muka. Atan
menggunakan peluang ini untuk memandang wajah adik
tirinya itu. Apabila Aris menoleh semula, dia melarikan
pandangan. “Abang tak tahu berapa susah bapak cari
temilok, kan? Baru sekali dua bapak minta tolong, abang
dah protes. Kalau aku boleh tolong bapak, aku tolong. Tapi
bapak yang tak kasi sebab aku nak periksa.”
“Ah, sudahlah!” jawab Atan bosan. Dia berbaring
menelentang di katilnya sambil menutup muka dengan pangkal
lengan.
“Bukan senang bapak nak dapatkan RM13.00 untuk satu
tin kecil temilok, bang. Susah! Abang tahu tak yang bapak
pernah terserempak dengan buaya masa cari temilok? Tak tahu
kan? Itulah yang diceritakan bapak pada Aris dulu. Masa tu

abang duduk di asrama.” Atan pantas mengangkat lengannya.
Dipandangnya wajah Aris dengan dahi berkerut. Memang
Atan tidak pernah tahu akan hal itu. Murad tidak pernah
menceritakan kepadanya. “Sejak kita kecil bapak sanggup
bekerja keras untuk kita. Abang pun tahu itu. Tapi yalah...
abang duduk lama di asrama. Mana nampak itu semua!”


40

Tanganku Tembaga

tambah Aris lagi. “Sekarang ni bapak tengah sedih. Abang
dah hina pekerjaan bapak.”
Air mata Atan tiba-tiba bergenang. Hatinya diruntun
rasa sedih. Kenapalah dia tergamak mengatakan apa-apa yang
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
dikatakannya kepada Murad sebelum ini?
Akhirnya keegoan Atan surut. Rasa bersalahnya
menggunung. Perlahan-lahan dia bangun dan berjalan keluar
dari biliknya. Dia tercari-cari Murad. Di ruang tamu tiada, di
dapur juga tiada. Terpandang Maimun yang sedang menyapu,
dipautnya tangan ibu tirinya itu. Maimun terpinga-pinga
memandang.
“Atan minta maaf, mak. Atan banyak buat salah pada
mak. Atan banyak buat salah pada bapak. Lepas ni Atan akan
ikut bapak cari temilok.” Maimun menyembunyikan senyuman
lega. Matanya bergenang. Syukurlah, Atan sudah lembut hati
sekarang. “Bapak mana, mak?”
“Bapak pergi tempat selalu. Cari temilok. Dah seminggu
bapak tak cari temilok. Tapi hari ini bapak keluar jugak cari
temilok sebab itulah sumber rezekinya. Itulah kepakarannya,”
jawab Maimun sambil mengusap kepala Atan.
“Biar Atan susul bapak,” balas Atan lalu bergegas

keluar.
“Aris nak ikut abang!” kata Aris pula.
Maimun tidak terkata apa-apa.

8

Berjam-jam Murad berjalan menuju ke hutan paya bakau.


41

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Dijejakinya kayu bakau yang tumbang dan yang akarnya
sentiasa terdedah dan ditenggelami air. Pengalaman Murad,
kalau kayu bakau berlubang-lubang, menandakan ada temilok.
Banyak sedikitnya, belum tahu.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Atan dan Aris terus menjejaki Murad di tempat yang
biasa. Melihat Murad terbongkok-bongkok membelah batang
kayu bakau, Atan dan Aris berjalan mendapatkan lelaki lewat
40-an itu. Belum sempat tiba, Murad sudah menoleh.
Seketika itu juga hati Murad kesayuan. Terasa seperti
dipanah petir. Kecewa dan sedih, bercampur baur. Kayu
bakau yang sedang dipotongnya sengaja ditarah-tarah untuk
melepaskan geram dan perasaan kecewa. Berekor-ekor temilok
menjalar keluar dari batang kayu bakau yang telah ditetak-
tetaknya itu.
Sebaik sahaja mendekat, Atan tercegat seketika. Rasa
bersalahnya membuat dia menarik tangan kanan Murad lantas
diciumnya.
“Maafkan Atan, bapak. Atan memang jahat. Atan silap.
Atan ikut rasa. Atan malu tak bertempat. Maafkan Atan.”
Murad terkedu sejenak. Dia diam tidak bergerak
ketika Atan tunduk mencium tangannya, membiarkan anak
sulungnya itu melepaskan rasa. Perlahan-lahan diusapnya
kepala Atan, membuat Atan mengangkat muka. Kedua-duanya
kini berpandangan dengan mata bergenang.
Aris hanya memandang sayu namun perasaannya lega.

Dia percaya bahawa mereka sekeluarga akan baik-baik sahaja.




42

Tanganku Tembaga C2 (4cm (w) x 9cm (h) )

Sri Aman 6:00 Pagi


sunyi mencengkam hutan hijau
masih belum ada kelibat marga
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
kuhayati daun menadah cahaya
embun basah menyelimuti tangga

rumput-rumput bugar segar
dada bumi semerbak mekar
ini pekan masih diam membisu
saat ingin kukejar waktu

dingin segera mengimbas filem memori
Cameron tinggi berdetik di hati
di sini bukan teh tumbuh melata
padi huma tumpang berbangga

setahun lalu aku dibingit bising kota
dicabar waras moden manusia
terlontar kini di sudut aman
mengajar sepi erti kebesaran
sunyi menduga erti kerinduan

padamu pertiwi aku mula jatuh cinta
entah bila bisa selesai buku ini kubaca
hikayat perjalanan seorang pertapa
untuk Tuhan, bangsa dan negara


Yusuf Fansuri



43

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Jemukan


1. Sebuah kampung
di pedalaman
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
di daerah Asajaya
di Kota Samarahan

2. Di desa ini aku membuka mata
mengenal haruman dunia
berteman dua orang tua
dan empat bersaudara

di sini diajar aku mengenal alam
di sini diajar aku mengenal huruf
untuk hidup subur dan menjalar

3. Aku kembali lagi
ke kampung cinta ini
penghuninya masih
di pagar santun budi

namun tiada kudengar
bunyi kayuh bertingkah dayung
hanya bunyi enjin berkuasa kuda
mengocak air di muara
tiada lagi samar sinar pelita
anak malam masih meriah
tika malam bulan mengambang
di tepi tikungan sebuah jambatan



44

Tanganku Tembaga

4. Seorang wanita tua
Di dadanya tersimpul batik kain
sedang duduk bersimpuh
di jarinya ada sebatang rokok
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

dia duduk memancing renung
katanya padaku;
dia rindu akan anak-anaknya
yang merantau jauh
yang pulang tak bersungguh

Seorang lelaki tua
sedang asyik melibas rumput
di tangannya parang panjang
begitu bersungguh dia bekerja
katanya padaku;
kebun ini harus dijaga
anak-anaknya telah lama tiada
merantau jauh ke tengah kota
hanya dia sebatang kara


5 di kampung cinta ini
gotong-royong berpaut kukuh
ikatan asli toleransi utuh
seteguh pohon-pohon kelapa
dahannya melambai penuh mesra






45


Click to View FlipBook Version