The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2022-03-04 03:44:33

Novel Tanganku Tembaga

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Sepanjang Jalan ke Sri Aman

sepanjang jalan ke Sri Aman
gunung membiru dibungkus awan
kehijauan ladang-ladang melata
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
menghias pandangan mata

nun jauh di kaki gunung
sayup-sayup kedengaran bisik suara
seperti menghantar sesuatu tanda

bisiknya;
jika bisa kautafsir
dedaun yang diam
duka kami dalam
nasib kami berbalam

bisiknya lagi;
ada cerita di sebalik lembah bukit
anak-anak belantara sudah terluka
taman permainan bukan lagi milik mereka

bisiknya lagi;
ngauman makin hampir
mungkin esok atau lusa
kami akan diratah melata
oleh tauke-tauke judi kuda

sepanjang jalan ke Sri Aman
hatiku berdegup laju
ada suara mengganggu telinga
bertanya apa ikhtiar yang aku ada?

Yusuf Fansuri


46

Tanganku Tembaga


Kubu Alice

Alice...
Kau memeluk aku erat
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
dalam ribaanmu
tatkala aku masih
mengukur jarak setia
antara aku dengan ibu pertiwi


memang kemerdekaan sudah lanjut usia
namun belum banyak yang menginsafi
pahitnya jadam sejarah yang digumammu


Alice...
tegamu seutuh bongkah batu
tebingmu dihempas arus Lupar
rusukmu dipulas angin
bertahan melawan zaman


ketika aku tulis ini puisi
kecil hatiku berkata – sejarah bukan untuk ditangisi
atau sekadar sebuah poskad ingatan
harus kita kembali ke asal akar
panjang syukur jua kita kepada-Nya
aman dan damai di bawah naungan-Nya
 
Yusuf Fansuri



47

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Radzemah Bolhassan




Maka tersebutlah kisah dua orang kaya. Seorang bernama
Segunim, seorang bernama Selair. Dua beradik kiranya.
Harta mereka tidak terbilang banyak. Mashyur jangan dikata.
Berpengaruh dan berkuasa, mereka digelar Orang Kaya
Segunim dan Orang Kaya Selair.
Begitu terbilang, rakyat mereka pun ramai. Semua taat
menunggu perintah. Disuruh ke hulu, ke hululah. Disuruh ke
hilir, ke hilirlah. Begitulah adanya mereka dengan sifat yang
terbilangnya.
Adapun mereka itu walaupun adik-beradik, sama
kaya sama berkuasa tetapi berbeza pengaruh. Orang Kaya
Segunim lebih segala-galanya daripada Orang Kaya Selair.
Santun tutur dan akal, Orang Kaya Segunim memandang
tinggi saudaranya.
Orang Kaya Selair lain pula. Suka mengikut hawa nafsu.

Yang kaya didengki,
Yang miskin dicaci,
Yang cantik dipuja,
Yang hodoh dicerca.





48

Tanganku Tembaga

Begitulah ibaratnya Orang Kaya Selair. Suka membaja
rasa benci. Orang Kaya Selair menyimpan perasaan cemburu
terhadap saudaranya sendiri, Orang Kaya Segunim. Seolah-
olah menunggu masa, Orang Kaya Selair tidak sudah mencari
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
akal untuk mengambil semua milik Orang Kaya Segunim.
Diceritakan orang, Orang Kaya Segunim, demi
kelangsungan kedudukannya selaku orang berkuasa, mahu
mendirikan rumah sebesar mahligai di pinggir kampung.
Adapun rumah yang sedia ada dirasanya sudah tidak betah lagi
untuk dijadikan tempat menjernihkan fikir. Malah mahunya,
ada Tiang Benitik sebagai mercu tanda kuasanya. Tiang yang
tingginya mengejar gunung, megah berdiri seperti perisai.

Tiang Benitik tiang utama,
Asal dun man kayau berlian;
Tuau Kaya Segunim nawanlah pama,
Jadin hakim lah matur keadilan.


(Tiang Benitik tiang utama,
Asalnya daripada kayu berlian;
Orang Kaya Segunim empunya nama,

Ibarat hakim penegak keadilan.)

“Ko luk sebelum lebuk idun tenatap, Tiang Benitik jenegar
siing.” Orang Kaya Segumin memberi perintah.
1
1 Bahasa Melanau Matu, Daro, yang bermaksud, “Aku mahu sebelum rumah
agam itu didirikan, Tiang Benitik mesti ditegakkan dahulu!”


49

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Maka semua pengikut yang taat setia pun menjunjung
perintah. Diketuai seorang yang bernama Dura, siang malam
pengikut Orang Kaya Selair bermusyawarah agar keinginan
tuan mereka terlaksana. Malah tidak boleh ada cacat cela satu
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
pun. Begitulah adat kehidupan manusia ketika itu. Walaupun
payah, kehendak tuan mesti dijunjung.
Adapun mencari kayu berlian yang lebih besar daripada
sepemeluk orang dewasa amatlah sukar. Berulang alik orang-
orang suruhan Orang Kaya Segunim keluar masuk hutan
belantara tanpa mengira waktu. Bahaya pun tidak dipeduli
lagi. Tiada apa yang penting daripada mengotakan hasrat
Orang Kaya Segunim.
Orang Kaya Selair tambah meluat. Mahu sahaja dia
membuat onar untuk menggagalkan cita-cita saudaranya itu.
Belum menemui cara untuk menjalankan muslihat, dendam
Orang Kaya Selair semakin membara. Ibarat api dalam sekam.
Dia merasakan kedudukannya tidak lagi dipandang.
Cita-cita Orang Kaya Segunim hendak membina mahligai
dan di laman mahligai itu akan didirikan Tiang Benitik untuk
Orang Kaya duduk sebagai hakim, heboh diperkatakan orang.
Sesiapa yang membuat onar akan ditangkap dan dibawa ke

hadapan Orang Kaya Segunim. Di depan Orang Kaya Segunim
mereka diadili.
Orang Kaya Selair yang mendengar, semakin walang
hatinya. Sedarlah dia pengaruh Orang Kaya Segunim akan
semakin besar. Apa-apa yang dikatakan Orang Kaya Segunim
kelak dianggap hukum oleh penduduk.


50

Tanganku Tembaga

Syahadan, setelah bersusah payah meredah hutan
belantara yang tebal untuk mencari kayu berlian yang lebih
besar daripada sepemeluk lelaki dewasa, dan setelah berjumpa,
tibalah masa Benitik yang pandai dicari. Seorang pengukir
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
kayu yang handal, Benitik yang akan mengukir kayu berlian
untuk tiang seri tersebut.
Maka segala cita rasa Orang Kaya Segunim pun disampaikan
kepada Benitik. Tidak ada satu pun yang tertinggal. Semua
mesti bersifat sempurna demi menjaga hati Orang Kaya
Segunim, sesuai dengan kedudukannya.


Kayau ukiran burak ke daau gaya,
Kedang tigah Tiang Benitik dun,
Sawak Segunim adil besandar mun besara,
Tanda kepalak daau lah dun,


(Indah sungguh kayu diukir,
Berdiri megah Tiang Benitik,
Tempat bersandar Segunim yang adil,
Itulah tanda pemimpin yang baik.)
 

Berhari-hari mengukir, akhirnya siaplah Tiang Benitik
yang dicitakan oleh Orang Kaya Segunim. Malangnya Tiang
Benitik itu gagal didirikan. Berduyun-duyun lelaki yang
gagah perkasa dan yang tidak, cuba mengangkat, menarik,
menolak, namun Tiang Benitik tidak mahu berganjak sedikit
pun.


51

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Maka walanglah hati pengikut-pengikut Orang Kaya
Segunim, bimbang Orang Kaya murka. Dalam fikiran
mereka, nampaknya usaha mereka terhalang. Entah
disengajakan atau kebetulan, belum tahu lagi. Semua buntu
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
menggaru kepala.
Orang Kaya Segunim yang dikhabarkan tentang hal itu,
terdiam. Walaupun ada rasa marahnya, namun apakan daya
kerana dia sendiri melihat Tiang Benitik langsung tidak mahu
bangun walau seluruh kudrat diperhambakan.
“Buyak nau mak jadin siduh? Lebih keman heran rasa naai
ko,” keluh Orang Kaya Segunim. Tiada seorang pun berani
2
mencelah.
Sekali lagi Orang Kaya Segumin terpaksa menundakan
hasratnya, entah untuk kali yang keberapa. Kecewa dan
hairannya tidak terperi. Bukan calang-calang pengikut yang
mahu menyempurnakan hasratnya itu. Semuanya gagah-
gagah, dengan ilmu penuh di dada. Entah mengapalah Tiang
Benitik tidak mahu berdiri.
Orang Kaya Segunim mundar-mandir, diam memikir-
mikir. Pengikut-pengikutnya hanya memandang sahaja gelagat
orang kaya itu.

“Kali mak wang tanak dun muan pug kayau?” kata Orang
3
Kaya Segunim.
“Udah diding kamik semuah gaya tanak dun tapi semuah

2 Bahasa Melanau Matu, Daro, yang bermaksud, “Kenapa begini jadinya? Hairan
hatiku tidak terperi”.
3 “Agaknya ada akar-akar kayu dalam tanah?”


52

Tanganku Tembaga

dun jiak. Bukan iduh mak malah lebih keman iduh udah
tenining kamik,” jawab Dura, orang kuat Orang Kaya Segunim.
4
“Mai patut atang...” semakin hairanlah Orang Kaya
5
Segunim.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
“Nang muan hal yang pelek rasa kamek.”
6
Orang Kaya Segunim bertambah resah. Ibarat ayam berak
kapur, Orang Kaya Segunim terus mundar-mandir tidak tentu
arah. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Namun akalnya tidak
kunjung datang.
“Pelek!” 7
“Nang pelek. Mai pernah jadin basa ih. Agik pun tanak
dun langsung mai tanak gun,” Dura juga sudah kehabisan akal.
8
Adapun Orang Kaya Segunim setiap hari memeriksa
sendiri tapak rumah agam yang mahu dibina itu. Malah hampir
sepanjang hari habis masanya di situ. Mahu sahaja Orang Kaya
itu melupakan niatnya untuk berumah agam baharu. Tetapi
semua kelengkapan sudah tersedia. Pantang pembesar mudah
menyerah.
Siang malam berfikir, letihlah Orang Kaya Segunim
sehingga mahu rebah. Mujurlah ditahan pengikutnya lalu
dibawa naik ke rumah lantas dibaringkan di tengah rumah.



4 “Semua tanah itu sudah diperiksa dan semuanya baik-baik sahaja. Bukan itu
saja malah semua yang berkaitan pun sudah diperiksa”.
5 “Mustahil…”
6 “Kami memang berasakan memang ada perkara pelik yang berlaku.”
7 “Pelik!”
8 “Memang pelik. Tidak pernah berlaku peristiwa sebegini. Lagipun tanah di
situ bukannya tanah gambut pun”.


53

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Selepas diminumkan air, Orang Kaya Segunim dibiarkan
melelapkan mata.
Sedang Orang Kaya tertidur, dia didatangi mimpi yang
ganjil.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
“Benuk mo anak mero teluwas bas iduh ibat mayat iduh
wang tebah. Baruklah Tiang Benitik kenah tigar. Wak no luk
mo iduh kenah.”
9
Orang Kaya Segunim tersentak bangun. Dahinya berpeluh.
Mimpinya begitu menakutkan seolah-olah memberinya tahu
akan jalan untuk citanya tercapai.
Benarkah dia harus mengorbankan seorang anak dara
sunti? Benarkah setelah mayat itu dibuang ke dalam telaga
Tiang Benitik akan tunduk?
Rawanlah hati Orang Kaya Segunim memikirkan
mimpinya itu. Seolah-olah ditelan mati emak, diluah mati
bapak, urusan membunuh anak dara itu seperti mengundang
petaka. Urusan Tiang Benitik pula bukan main-main kerana
itulah lambang kekuasaannya.
Seperti lumrahnya orang besar-besar dengan pengikut
setianya, Orang Kaya Segunim pun menceritakan mimpinya
itu kepada Dura. Pengikutnya yang setia itu tidak sedikit pun

terkejut atau gusar hatinya. Melihat Tiang Benitik yang tidak
mahu berganjak walaupun bermacam-macam cara dibuat,
firasat Dura tentu tiang kayu berlian itu ada mahunya.


9 Bahasa Melanau Matu, Daro yang bermaksud, “Bunuh anak dara sunti dan
campakkan mayatnya ke dalam telaga. Tiang Benitik akan berdiri. Hajatmu
akan tercapai.”


54

Tanganku Tembaga

“Kubah, kah?”
10
Dura hanya merenung wajah Orang Kaya Segunim yang
keresahan. Dalam fikir hambanya, Orang Kaya Segunim
sendirilah yang patut memutuskan kata. Sementelah lagi,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
ghairahnya dia mahukan Tiang Benitik.
“Ko lulo wak no badak mo. Nah kau menak idoh.”
11
Keputusan Orang Kaya Segunim sudah bulat. “Benuk
jelawas anak mero teluwas bas iduh ibat wang tebah! Bas iduh
an tigar gik Tiang Benitik lian ih denah!”
12
Perintah Orang Kaya Segunim itu segera dikotakan oleh
Dura.
Maka ditangkap Dura seorang anak dara sunti anak
orang Kampung Jemoreng. Anak dara itu dibunuh kejam dan
mayatnya dibuang ke dalam Telaga Air Tawar yang terletak
di hujung kampung. Maka beratap tangislah ibu bapa anak
dara itu.
Cerita Dura membunuh budak dan mencampakkan
mayatnya ke dalam telaga, tersebar di seluruh kampung.
Seluruh penduduk kecoh namun tidak diendahkan Orang
Kaya Segunim seolah-olah bukan kejam membunuh demi
mengotakan harapannya. Apalah sangat nyawa seorang budak

dibandingkan dengan cita-cita murninya selaku Orang Kaya
yang sudah banyak berjasa.


10 “Bagaimana?”
11 “Saya menunggu apa-apa sahaja arahan tuan. Saya akan tunaikan.”
12 “Bunuh seorang anak dara sunti dan campakkan ke dalam telaga! Kemudian
dirikan Tiang Benitik dengan segera!”


55

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Pucuk dicita, ulam mendatang. Orang Kaya Selair
melihat peluang untuk dia memadamkan rasa cemburu dan
kebenciannya selama ini terhadap saudaranya itu. Kekejaman
Orang Kaya Segunim membunuh budak tidak harus
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
dibiarkan.
Seperti yang dijanjikan dalam mimpi, Tiang Bernitik
dengan sekali angkat dapat didirikan di tapaknya. Begitu
mudah tanpa perlu memerah tenaga. Gembira sungguh hati
Orang Kaya Segunim dan pengikut-pengikutnya melihat Tiang
Benitik tunduk.
Belum sempat Orang Kaya Segunim dan pengikut-
pengikutnya berpesta untuk meraikan kejayaan
menundukkan Tiang Benitik, petaka tiba. Orang Kaya Selair
datang lalu merejam Orang Kaya Segunim dengan lembing
sebelum sempat Orang Kaya Segunim mengarahkan tiang
penyokong Tiang Benitik didirikan. Maka matilah Orang
Kaya Segunim dibunuh saudaranya. Pada Orang Kaya Selair,
dialah wira kerana tega membunuh saudara sendiri yang
kejam.
Kejadian itu menggemparkan seluruh penduduk
Kampung Jemoreng dan kampung-kampung sekitarnya.

Biarpun dikatakan Orang Kaya Selair membunuh Orang
Kaya Segunim kerana marah dengan perbuatan kejam
saudaranya itu, namun dikatakan orang sebab sebenarnya
kerana cemburu.






56

Tanganku Tembaga

“Matai udah Tuau Kaya Segunim.”
13
“Buyak nau?”
14
“Binuk janak dun debai, Tuau Kaya Selair.” 15
Siapa sangka Orang Kaya Segunim yang selama ini menjadi
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
hakim mengadili anak buahnya sanggup mengorbankan nyawa
anak buah sendiri untuk mencapai cita-citanya? Siapa sangka
Orang Kaya Selair sanggup membunuh saudara kandung
sendiri kerana cemburu?
Tiang Benitik sampai sekarang masih berdiri megah di
Kampung Jemoreng Matu. Adapun Orang Kaya Selair, selepas
membunuh saudara sendiri, Orang Kaya itu melarikan diri
ke Kampung Sekaan, di sebelah Kampung Jemoreng letaknya.
Duduklah dia di kampung itu dengan hidup berjasa sampai
ke akhir hayatnya.


Jemoreng radan dun keman sabai,
Berjebah ngah Kampung Sekaan,
Hayat Segunim mai lah melai,
Binuk Selair yah penuk dendam.


Duah bejanak malanglah atang,
Jatuk buyak susut asang,
Gaya jiak tiak telau tukang,
Sunai dun jatuk miak tan asang.

13 Bahasa Melanau Matu, Daro, yang bermaksud “Mati sudah Orang Kaya
Segunim.”
14 “Kenapa?”
15 “Dibunuh saudara dia sendiri, Orang Kaya Selair.”


57

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

(Jemoreng nama kampungnya,
Berjiran dengan Kampung Sekaan,
Hayat Segunim tidaklah lama,
Dibunuh oleh Selair yang dendam.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Malang sungguh dua beradik,
Jatuh kerana menurut nafsu,
Rupanya dungu disangka cerdik,
Akhirnya rebah terpalit malu.)


Adapun Telaga Air Tawar dikatakan tidak pernah kering
airnya walaupun kemarau panjang. Dahulunya dikatakan
mampu menjadi penawar penyakit sopak dan gatal, airnya
dikatakan tidak mujarab lagi seperti dahulu kerana sering
ditenggelami air bah.
Wallahu a’lam.

























58

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Radzemah Bolhassan


WATAK:

MELATI/MAMA – Seorang ibu tunggal yang mempunyai
dua orang anak, dan kematian suami.
IDAYU – Anak perempuan sulung Melati, berusia 11 tahun.

MIA – Anak perempuan bongsu Melati, berusia 4 tahun.

MAK INA – Pengasuh Idayu dan Mia.
MILA – Sepupu Mak Ina.

CIKGU ARA – Guru kelas Idayu, dan merupakan sahabat
Melati.


LATAR TEMPAT:
Jeti Kampung Tekajong, Pulau Bruit, Daro, Sarawak


Babak Pertama

Di jeti. Bot ekspres baru berlabuh. Idayu yang baru keluar dari
bot ekspres, menunggu Mak Ina yang mengendong Mia dalam
kain batik yang diikat ke pinggang, naik ke jeti. Beberapa orang
yang berada di situ membantu menarik Mak Ina sehingga Mak
Ina selamat menjejakkan kaki di atas jeti. Mak Ina kemudian


59

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

memimpin tangan kiri Idayu. Bot ekspres yang dinaiki mereka
beredar meninggalkan jeti.
IDAYU: Seronok kan naik bot, mak?

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
MAK INA: Mestilah seronok. Hmm... sekejap. Mak nak
telefon mama dulu, bagi tahu kita dah sampai.

Ketika Mak Ina mendail telefon bimbit Nokianya, Idayu
memandang laut lepas. Memanglah itu bukan kali pertama
Idayu menaiki bot ekspres dan memandang laut, tetapi itulah
kali pertama dia benar-benar mengerti akan erti kehidupan
bersama-sama Mak Ina.


Babak Kedua

Di sebuah rumah papan di kampung atas air, Tekajong. Idayu
kelihatan bermain di halaman rumah itu. Kaum wanita sedang
sibuk menyiang ikan, membersihkan ikan, dan menyalai ikan
secara berkumpulan. Mak Ina turut sama membantu. Mia
duduk dengan senyap di ribanya.

MILA: Apa khabar mama budak-budak ni?
MAK INA: Masih berusaha mencari penawar.

MILA: Teruk sangat ke?

MAK INA: Yang penting dia tak boleh patah semangat.
MILA: Kasihan aku tengok kau. Orang kerja di bandar
selalunya senang-lenang apabila balik kampung. Tapi kau,
beranak-pinak sebelum berkahwin.



60

Tanganku Tembaga

MAK INA: Aku beruntung sebenarnya. Dah ada dua orang
anak. Majikan aku baik sangat. Anggap aku macam kakak.
Sebab percaya, dia bagi aku bawa budak-budak ini.
MILA: Pelik aku tengok kau ni. Lain yang aku dengar, lain
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
pula yang kau cakap.

MAK INA: Kau dengar daripada orang yang salah. Kau patut
dengar dari mulut aku.

MILA: Betul kau seronok? Aku bukan apa. Kita ni dah tua.
Daripada kau hidup susah, ada baiknya kau balik kampung
aje. Tak usahlah bebankan diri.
MAK INA: Aku akan duduk dengan mereka sampai akhir hayat
aku, Mila. Walaupun kami tak ada ikatan persaudaraan,
tapi kami lebih daripada adik-beradik.

MILA: Suka hati kaulah, Ina.

Idayu datang mendapatkan Mak Ina lantas dipeluk erat
oleh Mak Ina.

MAK INA: Mama Idayu inilah adik aku. Susah senang kami
bersama. Suka duka pun kami kongsi bersama.

Semakin kuat Idayu memeluk erat tubuh Mak Ina yang
agak gempal itu. Mia juga turut dipeluk kuat oleh Mak Ina.
Mila hanya memandang mereka sambil tersenyum. Dalam hati
dia percaya bahawa sepupunya itu benar-benar gembira dengan
kehidupannya yang sekarang.





61

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Babak Ketiga


Keadaan di dalam kereta Innova yang dipandu Melati senyap
ketika itu. Wajah Mia kelihatan muncung dengan mata asyik
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
menjeling Melati. Rajuk Mia sejak suku jam lalu masih belum
reda. Punca rajuknya Idayu kurang pasti. Pada mulanya Idayu
hendak bertanyakan Melati akan punca Mia merajuk, tetapi
melihat mamanya itu diam seribu bahasa, dia mengundurkan
niatnya. Maka diamlah mereka sepanjang jalan dari pusat
tuisyen Idayu hingga mereka sampai di rumah ketika hari
menjelang senja.
Sebaik sahaja sampai di rumah, Melati terus mematikan
enjin keretanya sebelum keluar. Dia kemudian membuka pintu
kereta di bahagian tempat duduk penumpang hadapan lalu
mendukung Mia keluar dari kereta. Mia hanya menurut, dan
berjaya dipujuk. Rasa ingin tahu Idayu tentang apa yang
berlaku hari itu, empat hari selepas Mak Ina meninggal dunia,
membuak-buak.
Malam itu, selepas selesai solat Maghrib, Idayu mengetuk
pintu bilik Melati yang tertutup rapat tetapi tidak berkunci. Dia
menolak daun pintu dan melihat Melati masih bertelekung dan
masih berteleku di sejadah. Mia pula sedang berbaring di atas
katil Melati. Begitulah Mia sejak empat hari yang lalu. Biasanya,
Idayu dan Mia akan berada di bilik Mak Ina memandangkan
Melati sering sibuk dengan urusan pejabat yang dibawa pulang
ke rumah.





62

Tanganku Tembaga

Melati menoleh memandang Idayu. Idayu terus
mendapatkan Melati lalu duduk rapat di sisi mamanya.
IDAYU: Kenapa Mia marah pada mama?

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
MAMA: Mia bukan marah. Mia sedih. Mama pun sedih.
Idayu tak sedih?

IDAYU: Idayu pun sedih. Idayu sayangkan mak. Tapi mama
larang Idayu daripada bersedih walaupun mak dah tak
ada sama macam papa.
Melati memeluk Idayu erat-erat. Pada hari Mak Ina
meninggal dunia kira-kira jam 8.00 pagi di Hospital Sarikei
pun Melati tidak menitiskan air mata. Hanya Idayu dan Mia

sahaja yang menangis teresak-esak sehingga mereka dimarahi
oleh Melati, membuat Mia merajuk. Idayu sangat sedih ketika
itu tetapi Melati kelihatan tenang dan bersahaja.
IDAYU: Kenapa mama tak hantar mayat mak balik kampung?

MELATI: Mama sibuk sangat.

IDAYU: Tapi itu kan kali terakhir kita hantar mak?
MELATI: Kan mama dah cakap mama sibuk. Apabila semua
urusan mama sudah selesai, kita akan ke kampung mak.
Lagipun hari tu jenazah mak dibawa menggunakan bot.
Kita pun tak dapat masuk.

IDAYU: Dah empat hari, mama...
MAMA: Minggu depan kita pergi.

IDAYU: Kenapa tak minggu ini?


63

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Melati merenung anak mata Idayu, membuat Idayu
resah lalu melarikan pandangan ke arah Mia yang tiba-tiba
merengek dan menyebut-nyebut nama Mak Ina. Melati segera
mendapatkan Mia untuk dipeluknya. Sebaik sahaja terpandang
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Melati, Mia menepis tangan mamanya itu. Melati menjauhkan
diri sambil mengeluh berat. Idayu dapat melihat kekecewaan
pada wajah Melati ketika itu.
Mia terus menangis. Perlahan-lahan dia turun dari
katilnya. Melati menghulurkan tangan memaut Mia untuk
menghalangnya keluar dari bilik, tetapi Mia berkeras hendak
keluar ke bilik Mak Ina.

MELATI: Mak dah tak ada, Mia.

Langkah Mia terhenti. Air matanya menitis di pipinya yang
tembam. Dia kembali ke dalam pelukan Melati sambil menangis
teresak-esak. Idayu sedaya upaya menahan kesedihannya.
Hatinya remuk mengenangkan betapa sayangnya kedua-dua
jantung hatinya itu terhadap arwah Mak Ina.
Idayu hanya memandang wajah Melati yang tenang.
Dia hairan melihat reaksi Melati sejak Mak Ina meninggal.
Bukankah mamanya sangat akrab dengan Mak Ina? Tetapi
mengapa mamanya langsung tidak sedih atas kehilangan Mak
Ina? Mama dilihatnya seperti acuh tak acuh.
Melati membawa Mia baring semula di katilnya. Ditepuk-
tepuknya anak kecilnya itu untuk didodoikan. Idayu baring di
sebelah Melati.
Idayu terkenang akan perbualannya dengan Mak Ina



64

Tanganku Tembaga

beberapa bulan sebelumnya. Ketika itu Melati tiada di rumah
kerana bertugas di luar daerah. Mia sudah lama tidur. Mak Ina
pula tekun melipat pakaian.
Batuk Mak Ina yang tidak berhenti-henti menyebabkan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Idayu yang sedang membaca buku sekolah ketika itu, menutup
bukunya lalu mendapatkan Mak Ina. Diurut-urutnya belakang
badan wanita awal 50-an itu.

MAK INA: Terima kasih, Idayu. Idayu memang anak yang baik.
IDAYU: Mak lagi baik. Mak selalu jaga kami. Tak macam
mama. Mama selalu tak ada di rumah.

MAK INA: Jangan cakap macam tu! Tak baik. Mama kan
kerja cari rezeki. Kasihan, mama!

IDAYU: Tapi...
Mak Ina: Idayu mesti janji yang Idayu akan jaga mama baik-
baik. Idayu tahu kan yang mama tak sihat? Selepas papa
Idayu meninggal, mama bekerja keras untuk menyara kita.

Idayu terdiam. Betapa sayangnya dia terhadap Mak Ina.
Bukan dia tidak menyayangi mamanya lebih lagi, tetapi hatinya
berbisik sendiri betapa Mak Ina lebih ada untuk mereka daripada
mamanya. Setiap hari Mak Ina memasak dan menyediakan
semua keperluannya dan Mia. Balik sahaja dari sekolah,
Mak Ina akan menyambutnya di depan pintu. Mak Ina juga
mengajarnya bersolat dan mengaji. Mama yang pulang lewat
malam hanya sempat mencium dahinya dan mengucapkan
selamat malam. Keesokan paginya, mama langsung tidak keluar



65

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

dari bilik dan membiarkan Mak Ina menguruskan dia dan Mia
sendiri.
MAK INA: Ingat pesan mak ni, Idayu. Jangan sekali-kali
melawan mama. Mama Idayu baik. Kalau Idayu sayangkan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
mak, Idayu mesti lebih sayangkan mama.




Babak Keempat


Di dalam bilik guru Sekolah Rendah Kebangsaan Sarikei.
Cikgu Ara yang sering melihat Idayu mengelamun ketika dia
mengajar, memanggil Idayu ke bilik guru pada waktu rehat
lalu bertanyakan hal itu. Idayu meluahkan perasaannya kepada
Cikgu Ara.

CIKGU ARA: Kenapa sejak kebelakangan ini cikgu lihat kamu
asyik termenung? Ada masalah ke? Kalau ada masalah bagi
tahu cikgu. Cikgu tak mahu masalah kamu mengganggu
tumpuan kamu dalam pelajaran.

IDAYU: Saya rindu Mak Ina, cikgu. Saya dengan adik saya
dah hilang mak. Dah hilang kawan.
CIKGU ARA: Mama kamu kan ada?

IDAYU: Tak sama.

CIKGU ARA: Kamu tak sayang mama?
IDAYU: Sayang. Tapi saya sayang Mak Ina lagi.





66

Tanganku Tembaga

CIKGU ARA: Kasihan mama kamu. Tak patut kamu cakap
macam tu. Kalau cikgu jadi mama, tentu cikgu sedih.
IDAYU: Tapi mama tak pernah sedih pun! Mama pun tak
pergi kampung Mak Ina masa Mak Ina meninggal. Saya
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
nak ziarah kubur Mak Ina di kampung tapi mama tak
mahu pergi kampung Mak Ina.

CIKGU ARA: Tentu ada sebab kenapa mama kamu tak ke
sana. Kamu kena tanya mama kamu elok-elok. Tak baik
buruk sangka. Berdosa.

IDAYU: Saya tak pernah tengok mama sedih sejak Mak Ina
meninggal. Mama malah larang saya dan adik menangis.
Mama memang tak patut.
CIKGU ARA: Apa yang tak patut?

IDAYU: Yalah. Mak Ina sayangkan kami. Jaga kami baik-baik
sedangkan kami bukan anak Mak Ina. Mama memang tak
patut buat macam tu. Kalau Mak Ina masih hidup tentu
Mak Ina sedih.

CIKGU ARA: Idayu, sedih itu tak perlu ditunjuk. Mana kamu
tahu apa yang sedang mama kamu hadapi sekarang? Kan
papa kamu dah lama meninggal? Mak Ina dah tak ada
tentu mama kamu lagi tertekan.
IDAYU: Tapi mama...

CIKGU ARA: Dengar cakap cikgu. Balik rumah nanti, minta
maaf pada mama. Ingat! Kalau mama sedih, nanti Idayu
dan adik juga yang terbiar. Baguslah mama kuat semangat.


67

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Babak Kelima


Suatu malam di dalam bilik tidur Melati. Melati sedang baring
di katilnya sambil memeluk Mia. Idayu berbaring di sebelahnya.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
MELATI: Mia tahu tak mak dah meninggal?

MIA: Tahu.

MAMA: Mia ingat, ya! Jangan menangis lagi. Jangan sedih-
sedih lagi.
IDAYU: Mama tak sayang mak ke?

MIA: Mama tak sayang mak ke?

IDAYU: Kalau sayang, kenapa mama asyik pesan macam tu?
MIA: Mama tak sayang mak, ke?

Melati menahan rasa yang sarat. Mahu sahaja dia
meraung tetapi dia mesti kuat semangat. Kalau dia lemah,
sejarah akan berulang. Anak-anaknya mungkin terabai. Ketika
dia kehilangan Aziz, hidupnya terumbang-ambing. Mujurlah
ada Mak Ina, pengasuh anak-anaknya, tempat dia berpaut.
Sekarang semuanya kembali patah. Melati membiarkan anak-

anaknya lena dengan persoalan yang tidak pernah dijawabnya.













68

Tanganku Tembaga

Babak Keenam


Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Melati bangun daripada
tidurnya. Idayu dan Mia masih terlena.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Begitulah rutin Melati hampir setiap hari. Bangun
bertahajud untuk mencari kekuatan diri. Memanglah dia
seperti mengabaikan anak-anak tetapi hanya Allah yang Maha
Mengetahui. Tempat dia bersandar. Mak Ina tahu.
MELATI: Ya Allah, aku silap menduga. Aku yang sakit tapi
Engkau masih panjangkan usiaku. Ampunkanlah hamba-
Mu ini, ya Allah.

Telefon bimbit Melati berbunyi ketika dia menadah tangan,
berdoa. Dia segera menyelesaikan doanya sebelum menjawab
panggilan. Panggilan daripada Cikgu Ara, guru kelas Idayu.
Sahabat karibnya juga.

CIKGU ARA: Kau kena cakap, Melati.

MELATI: Dia tak akan faham.
CIKGU ARA: Kalau kau tak dapat fahamkan dia, aku akan
fahamkan. Kau cuma perlu bagi izin aje. Boleh?

MELATI: Apa yang aku lakukan sebelum ini bukan sebab
nak ambil kerja Tuhan. Tapi aku kena bersedia. Aku dah
hibahkan semua harta atas nama arwah. Hak penjagaan
anak-anak pun aku dah bagi kat arwah.

CIKGU ARA: Astaghfirullah al ad’zim! Jauh benar kau
merancang, Melati!


69

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

MELATI: Betul, Ara. Arwah pernah larang aku. Tapi aku
cakap, cuma dia yang layak jaga anak-anak aku. Aku
dah anggap dia macam kakak sendiri. Tapi perancangan
Allah mengatasi perancangan manusia. Aku yang sakit
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
menunggu mati, dia yang pergi dahulu daripada aku.
CIKGU ARA: Jangan terlalu emosi, Melati. Sekarang kau jadi
cermin pada Idayu. Kau kena bagi tahu dia perasaan kau.
Kau tak boleh perlihatkan diri seperti tunggul kayu. Nanti
dia fikir yang tak elok tentang kau.

MELATI: Dia nak tengok aku menangis, Ara. Bukan aku tak
mahu menangis. Aku dah puas menangis. Masa Aziz pergi
dulu pun aku banyak menangis. Aziz pergi begitu saja,
tak tinggalkan pesan. Aku terkapai-kapai sendiri. Aku tak
mahu anak-anak aku jadi macam aku yang dulu.

CIKGU ARA: Kau langsung tak tunjuk rasa sedih, tak tunjuk
rasa sayang kau pada Kak Ina. Kau malah tegah mereka
bersedih. Aku tahulah kau mahu kuat, tapi kau juga perlu
prihatin akan perasaan anak-anak kau. Mereka kehilangan
mak, Melati.

MELATI: Aku berdosa, Ra. Aku dahulukan kepentinganku
dan takut akan bayang-bayang sendiri sedangkan aku tahu
yang anak-anak aku pun hanya pinjaman.

CIKGU ARA: Baguslah kau dah sedar. Kita tak mampu
mengatur dunia. Jangankan dunia! Hakikatnya kita tak
mampu mengatur hidup sendiri. Kau terlalu fikirkan
kematian kau, kesakitan kau, sehingga kau fikir kalau


70

Tanganku Tembaga

kau mati, anak-anak tiada tempat berpaut. Kebimbangan
kau itu wajar, Melati. Tapi dari aspek lain, kau melampaui
batas dengan tidak mengambil kira aturan Tuhan. Kau
kena reda, Melati. Kena yakin dengan rahmat Allah.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Semuanya akan baik-baik sahaja, percayalah, kerana Allah
Maha Mendengar, Maha Mengasihani.
MELATI: Aku sedih sangat, tapi tak mampu luahkan. Aku
sayang sangat pada arwah. Dialah pengganti Aziz, emak
kepada anak-anak aku. Aku bekerja siang malam mencari
rezeki pun untuk menyediakan bekalan mereka dan masa
depan mereka seandainya aku pergi dulu. Aku tak mahu
Kak Ina terbeban kalau aku dah tak ada kerana dialah
yang akan menggantikan aku kalau aku dah tak ada nanti.
Tetapi Allah menghendaki yang lain.

Melati menangis teresak-esak. Cikgu Ara hanya mendengar.
Sungguh sahabatnya itu memerlukan sokongan. Fikirannya
kacau. Dia masih belum reda dengan apa-apa yang berlaku.

MELATI: Aku leka dengan urusan sendiri, yakin yang aku
akan pergi dulu. Aku abaikan kasih sayang terhadap anak-
anak, bergantung kepada Kak Ina untuk menggantikan
tempatku dan memberi perhatian kepada mereka. Sekarang
anak-anakku mempersoalkan kedudukanku.
CIKGU ARA: Selagi ada nafas, kita masih diberi peluang...

MELATI: Aku ibu mereka, Ra. Tapi sekarang aku keliru
dengan kedudukan sendiri kerana kecelaruan ini.




71

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

CIKGU ARA: Sudahlah. Masih belum terlambat. Usah dikejar
hal yang tak pasti. Sekarang kau mesti tunjukkan kasih
sayang kau kepada anak-anak kau. Tunjukkan juga kasih
sayang kau pada arwah. Kau sendiri yang ajar anak-anak
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
kau untuk sayang arwah lebih daripada mereka sayang kau.
MELATI: Tolong ajar aku...

CIKGU ARA: Lembutkan hati di depan mereka. Air mata
bukan tanda lemah semata-mata. Air mata itu juga
kekuatan. Kalau kau tak kuat, Idayu dan Mia tak akan
membesar dengan sihat di sisi kau walaupun kau keluar
masuk hospital dengan penyakit yang hilang datang itu.
MELATI: Aku seperti hilang tempat berpaut, Ara. Perginya
Kak Ina seperti aku kehilangan Aziz.

CIKGU ARA: Kita berpaut pada Allah. Kau lupa itu.
Selepas Cikgu Ara meletakkan telefon, Melati menangis
di atas sejadah. Esakan tangisnya gagal dibendung. Memang
begitulah dia selama ini. Tetapi malam itu dia didekati oleh
Idayu.

IDAYU: Mama...
Melati terus menangis sambil memeluk erat Idayu.

MELATI: Mama... sedih... maafkan mama! Mama tak mahu
menangis... mama tak mahu burukkan keadaan. Kalau
mama banyak menangis, mama akan sakit kepala. Mama
tak dapat buat kerja langsung.

IDAYU: Maafkan Idayu, mama.


72

Tanganku Tembaga

Melati terus menangis tersedu-sedan, tidak mahu berhenti.
Idayu cemas. Rasa bersalahnya menggunung. Telefon bimbit
Melati berbunyi lagi. Cikgu Ara. Idayu terus menjawab
panggilan.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
IDAYU: Cikgu... mama! Mama... cikgu!


Babak Ketujuh


Waktu pagi di Hospital Sarikei. Selepas mendengar suara cemas
Idayu dalam telefon pagi itu, Cikgu Ara bergegas ke rumah
Melati lalu membawanya ke hospital apabila mendapati Melati
tidak sedarkan diri ketika itu. Melati ditahan di wad untuk
pemeriksaan doktor.
Cikgu Ara dan Idayu sedang duduk di tepi katil Melati. Mia
sedang duduk dengan senyap di ribaan Cikgu Ara.

CIKGU ARA: Sekarang Idayu dah nampak sendiri, bukan?
Idayu dah faham kan? Kita tak boleh menduga mengikut
gerak rasa kita saja.

IDAYU: Saya salah sangka, cikgu.
CIKGU ARA: Mama Idayu seorang yang sangat kuat. Mama
tidak mahu memburukkan keadaan selepas kehilangan Mak
Ina, dengan bersedih. Bukan mama tak sayang. Bagilah
mama masa.

Idayu merenung wajah Melati yang sedang tidur di katilnya.
Idayu faham sekarang akan tindakan Melati. Mamanya sedang




73

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

memujuk hati dan menguatkan semangat kerana tidak mahu
keadaan menjadi buruk. Mamanya sengaja tidak ke hospital
semasa Mak Ina meninggal, tidak menghantar jenazah pulang
ke kampungnya di Tekajong, dan tidak mahu menunjukkan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
kesedihan kerana sedang mengumpulkan kekuatan dalam dirinya.
IDAYU: Maafkan Idayu, mama.


Babak Kelapan


Bot ekspres dari Sarikei merapati jeti Kampung Tekajong. Melati
merenung ombak, tenang menghadapi satu lagi episod baharu
dalam kehidupannya. Kehidupan yang belum pasti. Yang pasti,
dia telah mengotakan janjinya untuk menziarahi pusara Mak
Ina yang sudah tiga bulan meninggalkan dunia. Hampir setengah
jam kemudian, bot ekspres itu perlahan-lahan meninggalkan jeti.
Kali ini Idayu sudah tidak gentar lagi seperti kali pertama
dia berada di situ bersama-sama Mak Ina dahulu. Idayu sudah
berani menarik tangan Melati yang dirasakannya dingin.

MELATI: Kak, saya datang bersama anak-anak. Maafkan saya
sebab telah membebankan kakak dengan agenda yang
sudahnya begini.

Angin sepoi-sepoi bahasa membawa bisikan Melati jauh
ke mana-mana. Idayu dan Mia kelihatan seperti sirih pulang
ke gagang.
MELATI: Terima kasih, Tuhan!

Tirai Ditutup


74

Tanganku Tembaga

Pantun Samarahan


Kota Samarahan nama diberi,
Kota ilmu sang bijak bestari;
Biarlah berguru serta bertuan,Bhd. All Rights Reserved.
Biarlah hidup sering memberi,
Maka sejahteralah di alam abadi.

Makan durian di bandar Serian,
Jari terguris dek tajam duri;
Biarlah hidup berdua-duaan,
Seorang diri menggigit jari.


Ke Sri Aman membeli rotan,
Datang melihat si ombak benak;
Penerbitan Pelangi Sdn

Nanti mudah beranak-pinak.


Bandar Betong nama diberi,
Lada hitam hasil tanaman;
Jika bersifat tidak meninggi,
Dipandang orang lebih rupawan.


Pulut panggang enak dimakan,
Boleh dibeli di bandar Sibu;
Rajin bertanya tidak sesat jalan,
Bodoh sombong tidak tahu malu.






75

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Pekan Mukah aman dan damai,
Janganlah lupa makan sagu;
Jika patah tulang serangkai,
Biarlah kita bertungkang siku.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bandar Bintulu ada pelabuhan,
Tempat singgah si kapal minyak;
Dalam hidup tidak banyak pilihan,
Harus berani melangkah tapak.

Yusuf Fansuri






































76

Tanganku Tembaga

Gurindam Nasihat

Andai rezeki kita melimpah,
ingatlah sedekah itu barakah.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Andai kita dilanda masalah,
jangan sampai berkeluh-kesah.

Andai menegur atau memuji,
Biar ikhlas dalam hati.


Andai hilang akal di kepala,
Apa-apa dibuat mengundang bencana.

Andai diri berasa berdosa,
tanda hidayah datang menyapa.

Andai usia semakin meningkat,
ingatlah mati semakin dekat.

Radzemah Bolhassan























77

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Sejingkat 7:00 Pagi


debur ombak menerpa tebing sungai
lagu pagi yang segar dan irama alam yang pintar
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
aku tenggelam dalam nikmat teh Lipton
berlabel kuning


bau asin udara sungai dan desir angin dingin
memendam rahsia hijau rimba dan bukit agam
sejarah tak banyak berkata-kata
meninggalkan bekas ledakan bom jepun
dalam curam tempat ladang kebun
para petani membebat rezeki


peluit kapal bertingkah bunyi di balik pohon nipah
khabar import-eksport di pelabuhan bertukar tangan
kampung ini masih lagi kuat sopan budaya
meski kelasi muda sering melabuh bahtera mudi
membwa angin perubah dari seantero dunia


aku cuba memasuki pintu tradisi
untuk kufahami gerak-geri manusiawi
ketika aku meneguk pahitnya realiti
dan manisnya teh aku pagi ini

Yusuf Fansuri






78

Tanganku Tembaga

Sejingkat 3


di hadapan agam bukitmu
aku merenung dan mentafsir
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
rahsia cipta keajaiban tuhan


tenang sungai mengalir
mengikut rentak air
debur ombak mengitar lagu alam
kelikir batu menari-nari di ujung jari kaki
anak-anak ketam berlari mencari emak


pelepah daun-daun nipah
berjuntai melambai kapal
untuk berlabuh di muaranya
sekawan undan menerjah angin
mengejar buih-buih putih
yang ditinggalkan masa


Yusuf Fansuri

















79

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Radzemah Bolhassan




Akhir tahun yang sering ditunggu-tunggu oleh anak jati
Daerah Matu, Daro tidak pernah menghampakan. Akhir tahun
yang menyaksikan musim tengkujuh membawa limpahan
air ke kampung-kampung. Hampir seluruh daerah yang
ditenggelami air seperti berpesta. Seolah-olah musibah yang
ditunggu. Ibarat takdir yang terkandung hikmah bagi yang
menghadapinya dengan minda positif dan fikiran terbuka.
Daim sekeluarga begitu juga. Sentiasa berlapang dada
dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Seolah-olah sudah
menjadi amalan turun-temurun, musim banjir di beberapa
buah kampung seperti Kampung Jemoreng, Kampung Tian,
Kampung Sekaan, dan beberapa buah kampung lain membawa
makna yang tersendiri bagi penduduk setempat.
Anak jati kampung yang keluar merantau, mengambil
peluang pulang ke kampung untuk mengeratkan silaturahim
pada musim-musim begini. Rata-rata mereka tidak sabar
menunggu ikan tetikoi yang hanya keluar ketika banjir. Ikan
16
tetikoi yang hanya terdapat di Daerah Matu Daro ini memang
menjadi kegemaran dan sumber rezeki bagi penduduk

16 Ikan kecil seperti ikan bilis dan berwarna hitam.


80

Tanganku Tembaga

kampung.
Tarikh jangkaan banjir akan ditandakan dalam kalendar.
Semua bersiap siaga untuk menghadapinya. Pelbagai usaha
dibuat untuk mengelakkan musibah. Tahun demi tahun,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
banjir yang lazimnya berlaku pada bulan November hingga
Februari menjadi semakin rancak dengan pelbagai aktiviti
yang bersesuaian.
Ekoran daripada itulah Daim mengambil inisiatif untuk
membawa semangat Johar pulang ke kampung seperti yang
lain. Dia sampai menawarkan tiket kapal terbang untuk empat
orang anak Johar.
‘Jangan nak rosakkan minda anak-anak aku. Dari dulu
kau memang tak tahu menilai yang baik dengan yang buruk.
Banjir kau anggap pesta. Kau memang pandai merancang cara
untuk bazirkan masa. Fikirkanlah perkara yang berfaedah sikit.
Sekarang bukan masa untuk mengimbau kenangan lama yang
tak ada untungnya itu.’
Kesat sungguh jawapan yang diterima Daim daripada
adik kandungnya, Johar. Mentang-mentang Johar sudah hidup
senang di bandar besar, kenangan dilihatnya sesuatu yang
sangat klise. Dia malah memperlekeh kenangan itu seolah-olah

dia tidak pernah gembira melaluinya.
Wang RM300.00 masih dalam genggaman Daim sekarang.
Wang yang disisihkannya untuk perbelanjaan rencam sepanjang
anak-anak saudaranya datang bercuti nanti. Sekarang semua
dirasakan tidak berbaloi, tidak dihargai, malah sangat
merugikan. Pelbagai usaha dibuat Daim untuk mengeratkan


81

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

silaturahim mereka sehingga anak-anak menjadi taruhan.
Sekarang semuanya sia-sia. Daim Kecewa.
“Johar benar-benar dah jauh.”
“Sudah-sudahlah tu! Sebab hal itu, abang dah tak kerap ke
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
surau macam selalu. Tak angkut guni padi lagi, tak cat perahu
lagi...” Sanah membebel.
“Abang gagal pujuk Johar, Nah. Bukan untuk abang, tapi
untuk mak. Untuk anak-anak juga,” nada suara Daim jelas
kecewa.
“Teruslah berdoa, bang.”
Daim membisu. Kata-kata Sanah itu ada benarnya.
Bertahun Daim cuba memujuk hati untuk menerima kenyataan
bahawa Johar sudah lama membuang keluarga apatah lagi
kenangan silam mereka. Hakikatnya, Daim tidak pernah
berputus asa untuk membawa Johar kembali ke zaman lampau.
Menjejak silaturahim yang terputus kerana sibuknya Johar
mengejar dunia.
Entah kenapa, walaupun sudah bertahun-tahun pulang
Johar yang persis pelancong diterima seluruh ahli keluarga
termasuk Hajah Tuyah, namun kebelakangan ini Daim dirantai
rasa yang sukar ditafsirkan. Disebabkan itu, dia mencari jalan

untuk mengembalikan silaturahim yang dahulu sehingga dia
sanggup membeli tiket kapal terbang untuk anak-anak Johar
pulang ke Matu pada musim banjir.
“Johar dah tak sudi lagi berpesta banjir. Musibah
katanya.”
Mata Daim terasa perit. Kali ini dia benar-benar kecewa.


82

Tanganku Tembaga








Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.































Memang benar Hajah Tuyah seolah-olah sudah reda akan

perubahan anak bongsunya itu tetapi Daim tahu akan rindunya
seorang ibu terhadap anaknya. Daim dapat merasakan itu
kerana hampir setiap kali musim banjir, Hajah Tuyah seakan-
akan merisik khabar tentang Johar.
“Johar balik, Im? Anak Pak Su khabarnya nak balik. Johar
tak balik?”


83

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Suara bergetar Hajah Tuyah menyentuh perasaan Daim.
“Kalau awak terkilan sangat pasal duit tambang belon tu,
Nah boleh ganti. Tak akan habis fikir. Duit itu pun bukan boleh
dituntut semula. Jangan sampai apa-apa yang kita tunggu jadi
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
musibah pulak.”
Anak mata Daim menyepet, terkejut dengan kata-kata
sinis isterinya itu. Terbit rasa marahnya namun mata Sanah
tetap menentang matanya. Bagi Sanah inilah masanya untuk
dia meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap banyak perkara
yang dialpakan Daim.
“Dari awak terus-terusan fikir soal itu, lebih baik awak cepat
angkut guni padi di pangkin bawah rumah sana. Kayu api pun
masih di tepi tangga. Memanglah bertutup, tapi kalau hujan,
tempias. Habis basah nanti. Perahu kita pun belum diperiksa.
Entah bocorkah, koyakkah,” kata Sanah lagi dengan berani,
tidak mempedulikan Daim yang mula naik angin.
Daim bagaimanapun, mengunci mulut. Keberanian Sanah
pagi itu menyebabkan dia meloloskan diri dari pintu depan.
Guni-guni padi yang masih bersisa beberapa buah itu dipikul
pantas, lonjakan daripada rasa amarah yang tertahan.
Kerja mudah begini pun nak bising! Dia mengomel sendiri

dalam hati. Ingatannya terhadap jadual penerbangan anak-
anak Johar terus menyesakkan rasa. Kedua-dua anak lelaki
Johar, Daniel sembilan tahun dan Asraf tujuh tahun sepatutnya
tiba di Lapangan Terbang Sibu jam 10.30 pagi esok.
Muatan padi di dalam guni tadinya tidak terasa berat.
Tetapi ketika dia memikul guni yang ketiga, entah bagaimana


84

Tanganku Tembaga

guni itu tercampak ke tanah yang berlopak. Habis bertaburan
biji-biji padi di dalamnya.
“Ya Allah!” Daim melaung kesal. Dia tergamam dan
seketika kemudian Sanah sudah berada di hadapannya.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Anak mata mereka bertentangan seketika. Daim berasa malu
sendiri. Soal tiket dan anak-anak Johar hilang terus daripada
ingatannya.
Terkial-kial Daim mengaut timbunan padi dengan tangan
tetapi hilang punca, tidak tahu hendak diletakkan di mana padi
di tangannya. Mujurlah Sanah yang entah bila menghilangnya,
muncul semula dengan membawa dulang penampi dan sebuah
besen besar.
“Biar Nah kutip. Abang angkut kayu api. Lepas itu
tengokkan perahu,” kata Sanah, separuh mengarah. Sanah
terus mengutip timbunan padi itu. Dalam hatinya berasa
terkilan melihat padi yang tumpah kerana itulah yang akan
menyara hidup mereka selepas musim banjir nanti. Betapa
mereka sama-sama menggembleng tenaga mengejar cuaca
panas untuk menjemur padi itu sebelum ini.
Disebabkan rasa bersalah, Daim yang tadinya marah,
pantas menurut perintah Sanah. Dia sedar bahawa kerja

mengutip padi yang tertumpah ke dalam lopak air itu mungkin
sia-sia. Dalam keadaan cuaca seperti sekarang mustahil padi
itu akan kering.
Walaupun musim banjir dinanti-nanti, namun semua
penduduk termasuk Daim tidak pernah memandang remeh
sebarang kemungkinan. Tidak pernah meremehkan soal


85

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

keselamatan. Oleh sebab itulah sejak dahulu lagi jarang-
jarang berlaku kes kemalangan yang mengorbankan nyawa
di kampung mereka atau kampung-kampung berdekatan
sepanjang musim banjir. Rumah-rumah yang didirikan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
tinggi merupakan persediaan penduduk kampung dalam
mengelakkan kerosakan harta benda.
Moli baru pulang daripada mengaji di rumah Hajah Emot,
isteri Imam Sidan. Anak sulung Daim yang belajar di Tahun
Enam itu masih menunjukkan rajuknya setelah tahu bahawa
sepupu yang ditunggu-tunggu mungkin tidak jadi datang esok.
Alasan Daim pagi itu, dia tidak dapat menjemput anak-anak
saudaranya itu di Sibu kerana hujan turun tidak berhenti.
Dengan kata lain, Daim meletakkan ketidakhadiran mereka
disebabkan dirinya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Daim tidak pernah memburuk-burukkan Johar walaupun jauh
di sudut hati dia sangat kecewa dengan sikap Johar. Biarlah
dalam banyak perkara Johar menjadi wira. Biarlah dia yang
dipersalahkan. Sementelah lagi, adik-beradik Daim yang lain
pun ada yang menuduh Daim sebagai punca Johar tidak suka
balik kampung. Asal sahaja Johar balik, menurut mereka, ada-

ada sahaja yang dipertengkarkan. Selama ini Daim menelan
semua tuduhan itu.
Kali ini Daim benar-benar terkilan dengan kenyataan
Johar. Kalaulah mampu disimpannya, akan disimpan punca
sebenar mereka bertengkar sampai ke akhir hayat. Tiada sesiapa
tahu yang Johar sering bertanya tentang tanah arwah bapa


86

Tanganku Tembaga

mereka, atau tentang harta pusaka yang boleh dilaburkan untuk
perniagaan. Daim sering mengingatkan Johar supaya hal-hal
seperti itu tidak disuarakan di hadapan adik-beradik mereka
yang lain.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Itulah sering kali topik pertengkaran Daim dengan
Johar. Johar sampai tega menggelar abangnya itu, ‘katak di
bawah tempurung’, malas berusaha, tidak ada cita-cita untuk
memajukan diri, dan banyak lagi istilah lain yang begitu
menghiris perasaan. Rahsia itu disimpan kemas oleh Daim
sampai Sanah pun tidak pernah tahu akan hal itu. Tidak
pernah dikongsikan Daim dengan isterinya. Rasa kecewa
ditanggungnya sendiri.
Meskipun begitu, Daim sering bermonolog sendiri,
melepaskan kemarahan terhadap Johar dengan caranya yang
tersendiri. Setiap satu pertiga malam, dia akan bangun untuk
bermunajat kepada Allah, bermohon agar Johar kembali
menjadi adiknya yang dahulu.
‘Banjir memang musibah tetapi emak akan sedih kalau
kau tak ada. Aku memang tak mengharapkan kau balik, Johar,
sebab kau memang tak suka musibah. Aku hanya berharap
anak-anak kau dapat balik untuk melihat sendiri musibah kita.

Fikirkanlah. Pasti ada hikmahnya.’
Daim ada menghantar pesanan melalui aplikasi
WhatsApp kepada Johar. Pesanan yang kedengaran agar
kasar nadanya. Walaupun selama ini dia sabar terhadap
Johar, kuat membendung rasa kecewanya, entah mengapa,
kali ini dia merasakan kekecewaan itu tidak tertanggung.


87

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Maka itulah hal yang satu ini dikongsikannya dengan Sanah.
Tanpa sengaja dia memberitahu Sanah bahawa Johar tidak
mengizinkan anak-anaknya pulang ke kampung untuk
musibah yang ditunggu-tunggu mereka. Daim bagaimanapun
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
sempat berpesan kepada Sanah agar merahsiakan semua itu
daripada anak-anak mereka. Walaupun hati Sanah seperti
digaru-garu hendak membersihkan nama Daim di hadapan
Moli yang terus merajuk, pesanan Daim yang kedengaran
tegas itu membantutkan hasratnya.
Hujan semakin lebat. Mujurlah Sanah sempat mengutip
setiap butir padi yang mampu diselamatkan walaupun
harapan untuk menjadikan padi itu beras agak tipis. Daim
sudah mula membuka ikatan perahu yang masih tergantung.
Moli nampaknya berjaya mempengaruhi adik-adiknya untuk
memerap di dalam bilik. Cuma Yaya, anak yang bongsu dan
masih belajar di tadika, yang asyik memerhatikan Sanah ke
sana ke mari dengan mulut yang becok.
Kilat sabung-menyabung. Guruh berdentam-dentum.
Cuaca kelam walaupun jam baru menunjukkan pukul 3.00
petang. Daim berasa lega kerana perahu sudah ditarik keluar
dari bawah rumah. Perlahan-lahan dia menolak perahu itu

ke tepi rumah sebelum menambatnya kuat-kuat supaya tidak
terbalik apabila air mulai naik nanti. Dia kemudian menuangkan
beberapa baldi air ke dalam perahu itu sebelum menutup
bahagian atas perahu itu dengan kemas menggunakan zink.
Daim menunggu seketika.
Harap-haraplah tak bocor.


88

Tanganku Tembaga

Daim sebenarnya yakin bahawa perahunya dalam keadaan
baik kerana baru dua bulan lalu dia memeriksa perahu tersebut
dengan cara yang sama.
Melihat Pak Mail terkial-kial menyusun pancur rumahnya
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
yang terlepas, Daim bergegas datang membantu. Menurut Pak
Mail pancur itu mesti diletakkan dengan baik supaya air banjir
tidak masuk ke dalam rumah nanti.
“Kalau esok banjir bermakna musim banjir kali ini tak
seperti tahun-tahun sudah, kan? Dah tak mampu kita duga?”
tanya Daim tiba-tiba. Dia masih memikirkan anak-anak Johar
yang tidak jadi balik kampung esok. Dalam hatinya ada rasa
bersyukur juga kerana kalau benarlah banjir melanda lebih awal
daripada tahun-tahun sudah, tidak dapatlah dia menjemput
anak-anak saudaranya itu dari Lapangan Terbang Sibu.
“Akhir zaman begitulah, Im. Kita merancang, Allah
yang menentukan semuanya. Tapi kalau dah hujan lebat tak
berhenti memang banjirlah jawabnya. Betulkah anak-anak
Johar tak balik esok?” Daim terkedu mendengar pertanyaan
Pak Mail itu. Rasanya dia tidak berkongsi hal itu dengan
sesiapa kecuali Sanah. “Sudahlah... jangan sedih. Begitulah
juga aku nasihatkan Moli.”

Tahulah Daim bahawa Moli yang bercerita. Patutlah anak
sulungnya itu kelihatan kecewa.
“Aku hairanlah, Pak Mail. Kenapa orang kita masih anggap
banjir di tempat kita ni musibah yang menakutkan sedangkan
semua ini pengalaman kita? Namanya saja musibah tetapi di
sebaliknya kita semua tahu hikmahnya. Ikan tetikoi, rezeki


89

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

yang dibawanya.... cuma ada musim banjir. Yang rajin dapatlah
rezekinya. Tengok sekarang! Ikannya belum ada, yang tempah
dah panjang berjela senarai namanya,” Daim meluahkan rasa
kecewanya terhadap Johar dengan kata-kata yang beralas.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
“Ikan puyu pun dah ramai yang tempah. Nak yang besar-
besar saja pulak tu!” seloroh Pak Mail.
“Aku masih ingat lagi, masa arwah bapak masih ada dulu,
setiap kali musim banjir arwah akan tangkap ikan tetikoi.
Kami adik-beradik pulak akan main perahu, mandi-manda
sakan sampai sehari suntuk. Lepas tu berkayuh perahu ke sana
ke mari sampai puas. Seronok betul masa itu. Tapi itulah...
sampai sekarang aku tak puas. Sesekali aku cari Johar untuk
mengisi kepuasan itu,” tambah Daim dengan nada perlahan.
Pak Mail menepuk-nepuk bahu Daim. Dia faham akan
rasa kecewa anak saudaranya itu.
Ketika mereka sedang rancak berbual, guruh berdentum
memekakkan telinga. Kedua-duanya terkejut. Daim terus
kembali ke perahunya lalu membuka penutup zink. Paras air
di dalam perahu itu masih kekal seperti tadi.
‘Syukur... memang tak bocor,’ gumamnya sendiri.
“Aku naik rumah dulu!” laung Daim.

Pak Mail mengangkat tangan. Daim kemudian masuk
ke dalam rumah melalui pintu dapur. Kesejukan terasa
mencengkam sehingga ke tulang sum sum. Dari ruang dapur
kedengaran suara anak-anak bergurau di ruang tengah. Sanah
pula sedang sibuk memasak.
Setelah membersihkan diri, Daim menyertai anak-


90

Tanganku Tembaga

anaknya di ruang tengah. Dia duduk melunjur kaki di tiang
seri. Sesekali dia menoleh ke arah Moli yang dilihatnya masih
muncung.
Daim buat-buat tidak peduli. Rajuk Moli persis dirinya
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
juga. Merajuk sayang. Kalau tidak sayang, Moli tidak akan
membantu menjaga adik-adiknya dengan baik.
Hujan yang tadinya turun dengan lebat, tiba-tiba berhenti.
Tak banjir rasanya esok ni, bisik hati Daim.
Ingatan terhadap Johar kembali subur. Selaku dua orang
sahaja anak lelaki arwah Pak Suhur dan Hajah Tuyah, mereka
begitu akrab semasa kecil. Ke mana-mana bersama. Makan,
bermain, ke sekolah, malah berkhatan pun. Entah bagaimana
Johar boleh terlepas daripada tangannya, Daim tidak sedar.
Ketika penghinaan Johar terngiang-ngiang di telinganya,
menerbitkan rasa geram dan kecewanya, telefon bimbitnya
berbunyi. Lamunannya terganggu. Satu pesanan aplikasi
WhatsApp masuk.


‘Sekarang hujan, tak?’
Mesej daripada Johar.
‘Tak.’
Balas Daim dengan dada berdebar-debar.

‘Jangan lupa ambil anak-anak aku di Airport Sibu esok.
Balik dari sana nanti aku jemput.’
Mahu sahaja Daim melompat gembira ketika itu, tetapi
hanya di sudut hati. Yang pasti, air matanya menitis.
Melihat bapanya menangis, Moli datang mendekat.



91

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

“Bapak, kenapa bapak menangis?” Daim terkejut melihat
Moli duduk di sisinya sambil memegang kakinya. “Ayah
marahkan Moli ke?”
Daim menggeleng. Dia kemudian memaut bahu anak
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
lelakinya itu lalu dipeluknya.
‘Aku pasti kau akan kembali, Johar.’













































92

Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Radzemah Bolhassan




er
Tsebutlah al-kisah masyhurlah ngayau, perang kecil-kecilan
kaum Melanau. Perang untuk merebut kuasa. Berlakunya
merata-rata.
Tersebutlah juga kisah seorang pemuda bernama Galang,
berasal dari Teluk Bulat yang duduknya antara Tanjung
Gelang dengan Penasu. Hebatnya Galang usah dikata. Berani
dan kuatnya luar biasa. Resmi Galang, mahu menunjukkan
kehebatannya.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama. Begitulah masyhurnya Galang dalam
sejarah kepahlawanan Melanau Tanah Borneo, sekarang

dipanggil orang, Bahagian Mukah, Sarawak. Walaupun sudah
ratusan tahun, nama Galang tetap menjadi sebutan cucu-
cicitnya yang begitu sekali mengagungkan kepahlawanan Si
Galang, moyang mereka.
Adapun ketika itu terdapat beberapa kumpulan yang
asyik ngayau, berperang sesama sendiri. Malang bagi yang
hanya duduk berdiam, yang akhirnya ditewaskan pihak yang
kuat.




93

Kompilasi Karya Penulis – Sarawak

Dikisahkan kononnya daripada yang tewas itu
bangkitlah pemuda gagah perkasa bernama Galang. Tidak
mahu terus dilekehkan, Galang bercita-cita untuk meluaskan
pengaruhnya dan memperjuangkan kaumnya. Galang dan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
orang-orangnya menggempur dalam kumpulan kecil, hanya
dengan berperahu dan berakit. Senjata mereka, parang tajam
dipanggil ilang.
Galang bukan calang-calang pahlawan. Tidak mahu tewas
di tangan musuh dan kemudian menjadi abdi, pemuda gagah
ini terus meluaskan takluknya dengan menawan kawasan
baharu. Sudah lumrah, untuk meluaskan pengaruh, masing-
masing tidak bertapak lama di sesuatu tempat. Cekap dalam
mengenal pasti musuh, tindakannya pantas. Musuh segera
dihapuskan dan kekuasaan segera diperluas.
Kehebatan Galang yang tiada tolok bandingan dibantu
juga oleh empat orang sahabat. Pengisau, Gasus, Penaja
dan Lanyan. Bersama-sama mereka, Galang semakin hebat
berjuang.
“Udah melai atang telau tang ilai. Keman, tudui mai majih-
majih. Mun terus siih, telau semuah kenah miau kuasa. Telau
mesti pitau sawak jakin mun bak mengukuhkan kuasa!” ujur
17
Galang kepada empat sahabatnya.
“Ka an gik bak nalui kan tah bas ih, ha Galang?” soal
18
Pengisau yang cukup setia.

17 “Sudah lama kita menetap di sini. Makan, tidur tak kehabisan. Kalau
berterusan begini, kita semua boleh hilang kuasa.” (bahasa Melanau Rajang)
18 “Ke manakah hasrat yang hendak dituju itu, wahai Galang?”


94

Tanganku Tembaga

“Udah melai atang kau pangan bak menakluk tang Simpang
Pat. Simpang Pat ih atang-atang penting kerana keman ulailah
aruh ayang bak gun Subuk, Darau, Kubu dan Paluh,” Galang
19
memberi buah fikiran.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
“Daau atang cadangan kan dun, Galang. Tapi bah...
kawasan dun bahaya atang kerana idak nawan luk bah. Telau
mesti bersiap sedia atang mun mai, telau kenah kalah tang
agam musuh,” Gasus menyokong tetapi seolah-olah bersyarat.
20
Penaja dan Lanyan membisu seribu bahasa. Bagi mereka
berdua, apa-apa pun kata Galang tidak dibantah kerana Galang
itu pahlawan terbilang. Langkahnya selalu tepat. Maka itu,
keempat-empat sahabat sanggup menurut.
“Mai kenah mibat masa. Tengah malam sung telau mesti
pakat gun Simpang Pat. Mai kenah matik tumau kerana kau
pasti idak musuh pun luk menawan sawak dun. Telau mesti
orang petama kulai tapi ingat...bersedia untuk berlawan. Musuh
mesti muan tang kawasan ulai,” putus pahlawan terbilang itu.
21
“Setuju!” Keempat-empat sahabatnya bersetuju.
Begitulah besarnya pengaruh Galang dalam apa-apa sahaja
keputusan yang diambil. Biarpun Galang sebenarnya bukanlah



19 “Sudah lama aku menanam hasrat untuk menakluki kawasan Simpang
Empat. Simpang Empat tersangatlah penting kerana ia merupakan jalan
utama untuk ke Subuk, Daro, Sibu dan Paloh.”
20 “Cadangan kau sangat bijak. Tetapi kawasan tersebut sangat berbahaya. Kita
mesti mempersiapkan diri. Jika tidak, kita boleh tewas di tangan musuh.”
21 “Jangan membuang masa. Tengah malam nanti kita mesti menuju ke Simpang
Empat. Tidak boleh tunggu awal pagi sebab musuh pun nak takluk kawasan
itu. Kita mesti jadi orang yang pertama sampai di situ. Tapi ingat. Bersedia
untuk berperang sebab musuh pasti ada di sekitar kawasan tersebut.”


95


Click to View FlipBook Version