Kompilasi Karya Penulis – Sarawak
ketua, tetapi dia memang diberi keutamaan dalam apa-apa
pun. Sementelah lagi beraninya dia bertaruh nyawa demi anak
buahnya maka itulah dia dihormati.
Diceriterakan kononnya berangkatlah Galang bersama-
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
sama empat sahabat serta pengikut yang setia ke Simpang
Empat. Niatnya untuk menakluki Simpang Empat. Sebelum
sampai ke Simpang Empat, Galang mengarahkan pengikut-
pengikutnya berperang di Tanjung Jati.
“Tanjung Jati gik bak tawan telau. Nak sekalek ngalah
22
bai walaupun kebas adan dun!” ikrar Galang di hadapan
pengikutnya sebelum mereka berangkat ke Tanjung Jati.
Adapun urusan mereka hendak berperang di Tanjung Jati
itu memerlukan persiapan perahu dan rakit kerana mereka
terpaksa menyusuri Sungai Rajang. Dengan cermat dan
telitinya, Galang telah terlebih dahulu menyiapkan beberapa
buah perahu dan rakit untuk membawa barang-barang dan
pengikutnya, termasuk perempuan dan kanak-kanak.
Galang dan pengikutnya tidak mengisahkan kaum yang
lain. Semua orang yang ditemui mereka dalam perjalanan ke
Tanjung Jati, tua muda, lelaki, perempuan, dianggap musuh.
Semua habis dibunuh tanpa belas kasihan.
Semakin berkuasa, Galang merasakan dirinya hebat.
Dalam mengejar cita-citanya, perasaan belas, simpati, dan apa-
apa seumpamanya, tidak mahu diambil pusing. Semua yang
bukan orang-orangnya, dicantas. Adapun empat sahabatnya,
22 “Tanjung Jati sasaran kita. Jangan mengalah walaupun nyawa taruhannya!”
96
Tanganku Tembaga
Penaja, Gasus, Lunyan dan Pengisau dalam taatnya mereka,
ada juga berasa kurang senang dengan tindakan Galang
yang tiada berbelas. Ketidakpuasan hati walau sahabat, itu
lumrah. Namun, setia dan hormat Penaja, Gasus, Lunyan dan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Pengisau tiada tara. Meskipun hati sakit bukan kepalang, untuk
berkhianat, jauh panggang daripada api.
Pun begitu, sudah tersurat dalam makrifat, hidup ini
memang bersyarat. Ada muda, ada tua, ada gemilang, ada
surutnya. Galang pemuda gagah perkasa beransur tua. Gagah
tidak selamanya kerana usia dimamah masa. Masa untuk dia
berehat pun tiba.
“Hai lau pok lanyok kau semuah. Udah tiba masa
dunlah untuk telau mikir aruh udip bai. Kau mai pernah
memaksa, andai susut kau kenah, mai susut pun kenah.
Piliklah jalan, tang lah bak senawak nyilau bas ih kerana
telau idak sawak kawasan jajahan,” kata Galang kepada
23
sahabat-sahabatnya.
“Kau udah melai bak pasuh... Paluh nang senuka kau
selama ih,” putus Pengisau.
24
Gasus pun bangkit kerana dia juga tidak mahu terus
mengikut Galang ke mana-mana lagi. “Kau bak kemajih udip
kau tang Sikai mak.”
25
23 “Wahai sahabatku, sudah tiba masanya kalian memilih jalan hidup masing-
masing. Aku tidak akan memaksa. Sama ada mengikut aku boleh, tidak
mengikut pun boleh. Aku tidak akan memaksa. Pilihlah jalan sendiri kerana
kita banyak kawasan jajahan,”
24 “Sudah lama aku hendak memberitahu… Paloh memang tempat yang aku
suka selama ini.”
25 “Aku ingin menghabiskan hidup di Sarikei.”
97
Kompilasi Karya Penulis – Sarawak
“Kau bak kedap tang Ajang.” Tanpa menunggu ditanya,
26
Penaja meluahkan hasratnya pula.
Wajah Galang berubah sugul. Hasrat hatinya untuk
bersama para sahabat sehingga ke akhir hayat nampaknya tidak
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
kesampaian. Walaupun Lanyan belum menyatakan hasratnya,
Galang sudah merasakan kehilangan.
“Kan tah, Lanyan?”
27
“Kau bak kedap tang Kubu,” Lanyan juga memilih untuk
28
hidup sendiri.
Galang tertunduk diam. Sudah lama hidup girang tetapi
sekarang hatinya walang. Tanpa empat sahabatnya, dia tercari-
cari arah tuju. Empat sahabatnya seolah-olah tidak mahu
melepaskan peluang untuk bebas membawa diri.
“Mun nyilau muan masa, labiklah junggat kau tang Sungai
Galang. Kau bak berehat tang ulai mak. Mungkin ngan majih
adan dun udip.”
29
Itulah pilihan Galang. Biarpun dia berhasrat untuk
membina sebuah penempatan yang besar bersama-sama
empat sahabatnya, tetapi apakan daya, mereka ada kehendak
sendiri.
Maka diceritakan orang, menetaplah Galang di Sungai
Galang sehingga akhir hayatnya. Sudah adat semua yang
26 “Aku ingin tinggal di Rajang.”
27 “Kau bagaimana pula, Lanyan?”
28 “Aku ingin menetap di Sibu.”
29 “Andai kalian punya waktu, lawatlah aku di Sungai Galang. Aku ingin berehat
di situ, menghabiskan waktu yang belum tentun. Mungkin di situlah akhirnya
hayatku.”
98
Tanganku Tembaga
hidup. Walau hebat dan terbilang, tetap hilang apabila tiba
masa. Itulah janji hidup.
Makanya sampai sekarang Galang terbilang itu lebih
dikenali sebagai Segalang. Si atau Cik itu pun panggilan untuk
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
orang yang dipandang hormat dalam kalangan kaum Melanau,
maka gelaran Segalang kekal ke hari ini. Sungguhpun namanya
terbilang, Segalang juga menjadi ceritera kerana kejamnya
itu. Segalang kononnya suka berperang. Semua yang bukan
pengikutnya dianggap musuh. Kepala orang dipenggal sesuka
hati.
Kejinya nama dijaja, banyak cucu-cicit Segalang tidak
mengaku sebagai keturunannya. Bukan sebab malu atau
takut terpalit dosa tetapi sebab tidak mahu ada yang datang
membalas dendam.
Maka begitulah kisah Segalang. Walau tujuh keturunan
lagi zaman berulang, nama Segalang tidak akan hilang. Cucu-
cicit Segalang dikatakan orang-orang yang hebat, bijaksana,
dan sempurna kehidupan. Nama Segalang dikatakan menjadi
pemangkin semangat juang anak bangsa Melanau, peribumi
Sarawak. Segalang menjadi simbolik kekuatan masyarakat
Melanau dari dulu hingga hari ini. Nama yang terpahat kukuh
dalam lipatan sejarah.
Kelip-kelip api Jerijeh,
Di Tanjung Api di Muara Selalang;
Nama Galang pahlawan terpilih,
Menjadi simbolik pahlawan terbilang.
99
Kompilasi Karya Penulis – Sarawak
Kisah Pahlawan Melanau
Teluk Bulat sawak usul dun,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Kedau antara Penasu ngah Tanjung Gelang,
Galang mai calang-calang tenawan,
Genelar tuau ngan radan Segalang.
Radan Segalang radan sanjungan,
Patas berperang mai dah mamau kemain,
Muan tenaga batin mai dah tandingan,
Kayau ayangpun tebah buyak pusin.
Tiang Benitik tiang utama,
Asal dun man kayau berlian,
Tuau Kaya Segunim nawanlah pama,
Jadin hakim lah matur keadilan.
Daau gaya atang hasil ukiran,
Tiang Benitik ukiran agam Benitik,
Simbolik bak pitau keadilan,
Segunimlah radan hakim buyak lantik.
Jemoreng radan dun keman sabai,
Berjebah ngah Kampung Sekaan,
Hayat Segunim mai lah melai,
Binuk Selair yah penuk dendam.
100
Tanganku Tembaga
Duah bejanak malanglah atang,
Jatuk buyak susut asang,
Gaya jiak tiak telau tukang,
Sunai dun jatuk miak tan asang.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(Teluk Bulat asal tempatnya,
Letaknya antara Penasu dengan Tanjung Gelang,
Galang bukan calang-calang orangnya,
Terjulang nama ulungnya sebagai Segalang.
Nama Segalang nama sanjungan,
Bingkas berperang tanpa gentar,
Miliki tenaga batin tiada tandingan,
Sepemeluk pokok rebah diputar.
Tiang Benitik tiang utama,
Asalnya daripada kayu berlian,
Orang Kaya Segunim empunya nama,
Ibarat hakim penegak keadilan.
Indah sungguh hasil ukiran,
Tiang Benitik diukir tangan,
Simbolik kepada keadilan,
Segunim nama hakim pujaan.
Jemoreng nama kampungnya,
Berjiran dengan Kampung Sekaan,
Hayat Segunim tidaklah lama,
Dibunuh oleh Selair yang dendam.
101
Kompilasi Karya Penulis – Sarawak
Malang sungguh dua beradik,
Jatuh kerana menurut nafsu,
Rupanya dungu disangka cerdik,
Akhirnya rebah terpalit malu.)
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Radzemah Bolhassan
102
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Radzemah Bolhassan
a
i
Tb merenung wajah pelanggannya pada dada cermin di
depan mereka. Cermin yang setia bersamanya setiap hari,
kecuali hari Ahad. Dia cuba mencari potongan yang elok untuk
wajah bulat lelaki gempal itu. Ilhamnya tiba-tiba terganggu.
“Kau ni hari-hari berniaga. Hari-hari dapat duit. Tapi
cermin sebesar ini pun kau tak mampu ganti. Dah tiga kali
rasanya aku ke sini, cermin kau ni masih yang ini, ini juga.
Muka aku tak berjerawat pun nampak hodoh berbintik-bintik
dalam cermin buruk kau ni.”
Taib tersentap. Sepanjang hampir empat tahun dia menjadi
tukang gunting rambut di kedai gunting arwah ayahnya itu dia
tidak pernah memikirkan apa-apa pun tentang kedai gunting
itu dan isinya selain kenyataan bahawa dia pewaris semuanya
secara terpaksa. Semua kerana wasiat Haji Saman, bapanya,
sebelum meninggal dunia. Haji Saman yang mahukan anak
lelakinya itu menggantikan tempatnya.
Taib geram ditempelak. Sudah lama dia bersabar kerana
keterpaksaan itu. Baru tahun ini dia mula reda dengan
takdirnya. Kata-kata lelaki gempal itu bagaimanapun membuat
dia kembali memberontak dalam hati.
103
Kompilasi Karya Penulis – Sarawak
Tiga bulan lepas, pada hari Awal Muharam, Taib terjumpa
buku cacatan arwah Haji Saman di dalam kabinet di bilik rehat
ketika dia mengemaskan ruangan itu. Suatu catatan dalamnya
membuat hati Taib berasa tersentuh.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Semua anak aku pandai menggunting rambut
tetapi...
Suhai panas baran. Nanti asyik bergaduh
dengan pelanggan. Mat cepat merajuk. Reza
pulak suka buang masa. Nanti pelanggan
yang terpaksa tunggu dia. Taib sabar
sikit. Nampaknya bertanggungjawab. Zura
perempuan, tak sesuai.
Aku pilih Taib sebab aku sayang perniagaan
aku.
Catatan itu membuat Taib berasa terkilan dan sedih.
Hampir empat tahun dia bertahan bekerja dalam keadaan
terpaksa. Kalaulah dia berlapang dada menerima amanat
bapanya dahulu, tentu hidupnya akan lebih tenang.
Tetapi benarlah memang dia penyabar. Dia juga
bertanggungjawab. Disebabkan sabarnya itulah dia terus
melayan pelanggan. Disebabkan rasa tanggungjawab, dia
melaksanakan tugasnya dengan baik.
Namun tiada sesiapa tahu betapa dia memendam perasaan
ibarat api dalam sekam. Dia merasakan diri seperti budak
suruhan, sehinggalah dia terbaca catatan bapanya itu.
104
Tanganku Tembaga
Abah pilih aku sebab aku sabar... bertanggungjawab.
Taib menangis sendiri di dalam biliknya tengah hari
itu. Dia kesal kerana bersangka buruk terhadap bapanya.
Dia diwasiatkan menjadi penggunting rambut menggantikan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
bapanya kerana dia anak yang paling bodoh, tiada rupa dan
tempang serta tidak pandai berdikari seperti abang-abangnya
yang lain. Begitu fikirnya awal-awal dahulu. Suhai bekerja
di pejabat, Rahmat berjawatan tinggi. Reza pula belajar di
universiti. Begitu juga dengan Zura, kakaknya. Hanya ibunya,
Hajah Jamilah, yang membantunya di kedai.
Rasa kesal Taib berlipat ganda mengenangkan betapa
kejamnya dia selama hampir empat tahun ini membiarkan
Hajah Jamilah menguruskan kedai gunting rambut itu seorang
diri. Sewa kedai, bil api air, sampah sarap, semuanya diuruskan
oleh Hajah Jamilah. Taib hanya menggunting rambut seperti
yang diamanahkan. Sebaik sahaja kedai ditutup, Taib akan balik
rumah, mandi, makan, berehat, dan tidur. Itulah rutinnya.
Tidak pernah sekali pun dia mengambil tahu akan masalah
kedai daripada Hajah Jamilah. Untung rugi pun dia tidak kisah.
Benar Taib bekerja tanpa hati. Dia tidak pernah ada
keinginan untuk berbelanja, tidak meminta wang. Cukuplah
dia makan makanan yang dimasak Hajah Jamilah dan memakai
pakaian yang disediakan ibunya itu setiap pagi. Dia pasrah
sahaja. Pasrah yang menandakan protes atas aturan hidup
yang ditetapkan untuknya. Taib menganggap dirinya dibeza-
bezakan daripada anak-anak yang lain oleh Haji Saman dan
Hajah Jamilah.
105
Kompilasi Karya Penulis – Sarawak
Cacatan Haji Samanlah yang membuat dia berubah.
Beberapa hari dia bercuti daripada menggunting rambut
kerana hendak mencari Haji Saman dalam dirinya. Pada pagi
hari ketiga selepas dia menghabiskan masa sepanjang dua
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
hari memerap di dalam bilik, tidur dan menonton televisyen,
Taib memberitahu Hajah Jamilah yang dia hendak berbincang
sesuatu dengan Hajah Jamilah di kedai.
“Mulai hari ini Taib yang akan uruskan semua hal kedai.
Mak tak usah lagi sapu sampah. Semua barang dalam kedai,
gunting, tuala, bedak... biar Taib yang sediakan. Sewa kedai
biar Taib uruskan. Untung rugi pun biar Taib catatkan. Nanti
Taib buat buku lejar supaya mudah mak semak.” Tergamam
Hajah Jamilah, tidak terkata apa-apa. “Mak tak usah bangun
awal pagi lagi untuk masak sarapan. Mak hantar saja makanan
untuk makan tengah hari Taib di kedai.” Hajah Jamilah masih
terkedu. Matanya bermanik. Sudah lama dia menunggu saat-
saat itu. “Sekarang mak tak usah risau apa-apa lagi.”
Air mata Hajah Jamilah menitis. Selama ini dia menahan
rasa sedih mengenangkan Taib. Hari itu bebannya seolah-
olah berpindah seratus peratus ke bahu seorang anak yang
pernah arwah suaminya labelkan sebagai sangat penyabar dan
bertanggungjawab.
“Mak, terima kasih sebab pilih Taib. Taib akan jaga kedai
ini seperti mana arwah ayah menjaganya.”
Hajah Jamilah memang tidak mampu berkata apa-
apa lagi. Dia bangkit, berjalan ke arah anaknya itu lalu
dipeluknya.
106
Tanganku Tembaga
Taib membalas pelukan ibunya. Bebannya juga terasa
ringan. Beban rasa yang digalas mereka selama ini semuanya
hilang.
Seumpama sirih pulang ke gagang, Taib berusaha
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
merealisasikan catatan Haji Saman. Dia bertekad untuk bekerja
keras bagi kelangsungan kedai gunting peninggalan bapanya
itu. Melihat Hajah Jamilah gembira setiap hari, sudah cukup
baginya. Tiada sebab untuk dia memprotes lagi. Kekurangan
diri kini dianggap ada hikmah yang tersembunyi.
Memang Taib tidak pandai dalam pelajaran. Kaki kirinya
pula mengalami atrofi selepas dia diserang polio. Sejak kecil
30
dia sudah berkaca mata tebal disebabkan masalah kerabunan.
Semua itu antara penyebab Taib berasa rendah diri.
Rasa rendah dirinya bagaimanapun mulai terhakis.
Gelaran penyabar dan bertanggungjawab yang dilabelkan
bapanya memberi kekuatan tersendiri dalam dirinya. Label
yang diberikan ibu bapa sendiri begitu besar maknanya,
membuat dia merasakan dirinya istimewa.
Tetapi sekarang, keyakinannya terganggu. Kenyataan
pelanggan bermuka bulat dan berbadan gempal itu sedikit
sebanyak menimbulkan rasa tidak senangnya. Cermin lama
yang kusam di kedainya yang bertahun-tahun sudah berjasa
dikatakan menghina lelaki itu.
“Jangan kau marah pulak. Aku ni memang suka berterus
terang.” Taib hanya mengangguk sedangkan dalam hatinya
30 Kelemahan otot
107
Kompilasi Karya Penulis – Sarawak
begitu tersentap dengan kenyataan yang dianggapnya menghina.
“Hari-hari kau kemaskan rambut orang dengan tengok cermin
itu. Sesekali kau kena cermin diri sendiri. Tengok betul-betul.
Kalau cermin kau tu dah buruk, dah kusam, lebih elok kau
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
ganti sebab kita nak tengok gambaran sebenar. Kita nak tengok
diri kita yang jelas, yang sebenar. Bukan kabur disebabkan
cermin tu kusam.”
Dahi Taib sempat berkerut. Kesabarannya hampir roboh
tetapi sedaya upaya cuba dikawalnya. Benarkah pelanggan
sentiasa betul?
“Kau perasan tak yang dah beberapa kali aku ke kedai kau
ni. Aku tengok kau memang pandai gunting rambut aku, buat
muka aku nampak kacak. Aku ambil keputusan, setiap kali aku
balik kampung macam hari ini, aku akan cari engkau untuk
gunting rambut aku.”
Taib merenung cermin kusam di depan mereka.
“Tapi cermin inilah yang...” tiba-tiba Taib terhenti, tidak
menyudahkan ayatnya.
“Cermin ini apa? Hei.... kau jangan buat lawak! Jangan
buat aku takut pulak. Ini bukan cermin ajaib, kan?” kata lelaki
itu dengan nada sinis dan separuh mengejek.
Taib hanya tersenyum sambil meneruskan kerjanya.
Dalam hati bagaimanapun seperti digaru amarah.
“Beginilah! Sebenarnya apa yang aku nak cakap, selama
ini kau tolong buat orang nampak cantik, nampak smart.
Aku nak ingatkan kau, sesekali kau cantikkanlah diri
kau juga. Kau tengok cermin mata kau tu. Dahlah tebal,
108
Tanganku Tembaga
bingkainya pun entah apa-apa. Rambut kau pula serabai...
tak terurus.”
Taib sempat mengerling bayangnya di cermin ketika
tangannya mencapai bedak lalu ditekapkan ke leher lelaki
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
gempal itu. Dia kemudian mengelap leher lelaki itu untuk
membuang baki rambut. Ketika lelaki itu mengeluarkan
dompetnya, menghulurkan wang kertas RM10.00 kepada Taib
dan kemudian baki RM2.00 wangnya dikembalikan, Taib juga
membisu. Ketika lelaki itu sudah berdiri di muka pintu untuk
melangkah keluar, barulah Taib mahu bersuara.
“Cermin itu cermin pusaka... tinggi nilainya.”
Lelaki tadi mengangkat bahu sahaja sambil tersenyum
lalu beredar.
Taib menggetapkan bibir, kemudian memicit-micit kepala
yang terasa bengal. Dia melihat jam di dinding. Pukul 12.45
tengah hari. Masa hampir suntuk untuk dia menunaikan solat
Zuhur.
Taib mengeluh berat. Segera dibukanya mangkuk tingkat
yang dihantarkan Hajah Jamilah tadi. Dia memutuskan untuk
makan tengah hari dahulu sebelum menunaikan solat Zuhur.
Tepat jam 1.15 tengah hari kedainya harus dibuka semula.
Sepanjang petang itu Taib berasa sangat terganggu soal
cermin. Memanglah cermin itu sudah kusam dan berbintik-
bintik. Memang boleh menjejaskan pantulan imej objek di
depannya. Tetapi memang dia sengaja tidak menggantikan
cermin lama itu. Dia ada sebab tersendiri. Cermin itu ibarat
kekuatannya untuk meneruskan tugas rasminya.
109
Kompilasi Karya Penulis – Sarawak
Tetapi lelaki berbadan gempal tadi bukan sahaja menghina
cermin buruk itu tetapi dirinya juga. Semua pukul rata. Apa
kena-mengena imejnya dengan cermin lama itu?
Penat benar dirasakannya hari itu. Siang tadi ramai yang
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
datang memberinya rezeki termasuk lelaki berbadan gempal
tadi. Hampir dia tidak menang tangan. Penatnya semakin
terasa selepas mendengar komen sinis pelanggan.
Pukul 6.15 petang barulah Taib menutup kedai. Itu pun
pukul 6.40 petang baru semua pelanggan beredar. Selepas
menyapu dan selesai berkemas, Taib berdiri menghadap
cermin yang usianya sudah puluhan tahun itu. Cermin yang
dibeli bapanya sebelum dia, abang-abang, dan kakaknya lahir
lagi. Cermin yang menjadi sumber rezeki keluarga.
Ingatan kepada arwah bapa kembali menerawang.
Setahu Taib, cermin di depannya itu merupakan harta
arwah yang paling bernilai. Cermin itu dibeli secara tunai
sedangkan harganya memang sangat mahal. Bersaiz 14 kaki
tinggi dan 12 kaki lebar, nilainya hampir mencecah ribuan
ringgit ketika itu. Begitulah yang diceritakan Hajah Jamilah
dahulu.
Taib menatap wajahnya dalam cermin. Tiada langsung
cacat cela walaupun kekusaman dan bintik-bintik hitam
pada cermin begitu jelas. Wajahnya tetap biasa-biasa seperti
sebelumnya.
Kenapa orang mudah terpedaya dengan bayang-bayang
dalam cermin? bisik hati kecilnya.
Taib menanggalkan kaca mata tebalnya. Matanya serta-
110
Tanganku Tembaga
merta menyepet. Objek di depan serta-merta kabur, tidak jelas.
Dipakainya semula kaca matanya. Baru jelas.
‘Betullah. Rambut aku sendiri kusut-masai,’ bisik Taib lagi.
Dia terus mencapai sebatang sikat lalu menyikat rambutnya
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
supaya rapi. Taib tersenyum, mempamerkan deretan gigi yang
besar.
Kenapa lelaki tadi cakap kau buruk benar, cermin?
Bukankah kau masih berfungsi dengan baik? Atau... dia
sebenarnya mahukan cermin yang boleh berbohong?’ bisiknya
lagi.
Taib kembali merenung diri. Benarlah memang banyak
kekurangan pada dirinya. Sejak kecil dia sering mendengar
orang membandingkan dirinya dengan adik-beradiknya
yang lain. Dia tempanglah, dia rabunlah, dia tidak pandai
belajarlah...
Taib duduk di kerusi pusing di depan cermin pusaka. Dia
berasa sebak. Sedaya upaya dia menahan air mata daripada
melimpah.
Tiada seorang pun tahu bahawa dalam sepinya dia, dalam
cacatnya dia, dalam bodohnya dia, dalam segala kekurangan
yang ketara pada dirinya, dia banyak berjuang untuk hidup.
Sekarang pun. Catatan bapanya yang membangkitkan
keyakinannya kerana dia sedar bahawa perjuangannya diiktiraf.
‘Ayah, selama ini banyak perkara pada diri Taib ini yang
Taib tak suka. Taib tak suka pakai cermin mata, tak suka kaki
Taib tempang, tak suka dengan muka Taib yang tak cantik
macam abang dan Kak Zura. Taib tak suka Taib tak pandai
111
Kompilasi Karya Penulis – Sarawak
macam mereka,’ Taib berkata sendiri dalam hati, hendak
melepaskan kecewa. Dia bersandar ke belakang, seolah-
olah menyandarkan bebanan perasaan. Cermin pusaka terus
menjadi saksi kekecewaan yang terpendam.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Hajah Jamilah juga menjadi saksi. Dia yang risau apabila
Taib tidak pulang ke rumah seperti biasa, menjejaki Taib
di kedai. Melihat Taib yang keresahan sendiri, hatinya sayu.
Dia yang tadinya hanya memandang dari balik cermin pintu,
melangkah masuk dengan wajah bersahaja.
“Tukarlah bingkai cermin mata tu, Taib, biar menarik
sikit. Kalau Taib nak tukar fesyen rambut, mak pun boleh
tolong guntingkan rambut Taib. Mak boleh ubah penampilan
Taib kalau Taib mahu. Biar segak dan kemas…” ujar Hajah
Jamilah sambil berjalan mendapatkan anaknya itu.
Taib memusingkan kerusi, tersentak sejenak memandang
ibunya yang melangkah masuk. Dia kemudian memalingkan
muka semula menyembunyikan mata yang bergenang.
Hajah Jamilah semakin mendekat. Akhirnya tubuh kurus
anaknya itu dipeluknya erat dari belakang. Air mata Taib jatuh
membasahi pipinya yang cengkung.
“Tapi Taib kena ingat satu hal. Macam mana berubahnya
Taib nanti, percayalah bahawa mak tak perlukan mata orang
lain apatah lagi sebuah cermin untuk menilai betapa Taiblah
anak mak yang paling sabar dan bertanggungjawab.” Taib
semakin teresak dalam pelukan Hajah Jamilah. “Sungguh
ayah kamu tak salah pilih. Ayah pilih Taib sebab ayah sangat
sayangkan kedai ini.”
112
Tanganku Tembaga
“Maafkan Taib, mak. Taib lambat menilai kasih sayang
ayah.”
“Ingat, teruslah menjadi diri sendiri, nak. Dalam
kekurangan yang kita atau manusia lain nilaikan itu sebenarnya
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Allah telah melimpahkan kelebihan yang manusia tidak dapat
nilai. Biar kurang fizikal asalkan batin sempurna.”
Taib semakin jatuh dalam akar sabar dan rasa
tanggungjawabnya.
113
Kompilasi Karya Penulis – Sarawak
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Yusuf Fansuri atau nama
sebenarnya Yusop bin Lotot
dilahirkan pada hari Jumaat,
6 Zulhijjah 1394H, bersamaan
dengan 20 Disember 1974M di
Kuching, Sarawak. Merupakan
seorang pemuisi dan penulis indie,
karya-karya beliau berakarumbikan
budaya, alam, dan kemasyarakatan.
Antara karya beliau, “Trilogi EROS : Edan Waktu Kasmaran,
Kembali kepada Tuhan, Dari Kekasih kepada Kekasih”, “Cinta
Si Pemain Pedang”, “10 Peluru”, “Mabuk Cendawan”, “Romansa
Pari-Pari Bisu”, “Ketika Doa-Doa Bersayap”, “Sajak-Sajak untuk
Mia Amanda” dan “Tarian Sunyi”. Puisi beliau yang berjudul
“Ramadan” pernah memenangi Hadiah Penulis Sarawak Genre
Puisi pada 2004.
Aktif berkarya, Yusuf Fansuri pernah mementaskan
teater yang bertajuk “Wangi Jadi Saksi” pada 2008. Beliau
juga pernah terlibat dalam pameran lukisan anjuran bersama
Angkatan Pengkarya Indie, A.P.I., dan Muzium Seni Negeri
Sarawak pada 2009 dan 2012.
114
Tanganku Tembaga
Seorang penulis blok yang aktif, karya beliau banyak
termuat dalam laman-laman blog beliau. Antaranya:
1. Lagu Makhluk Asing Timoer Jauh di http://yusuffansuri.
blogspot.com
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2. Kelongsong Peluru Indie di di http://puisifansuri.
blogspot.com
3. Tentang Yusuf di http://tentangyusuf.blogspot.com/
.,
Radzemah Bolhassan
dilahirkan di Belawai, Sarikei,
Sarawak pada 1975. Beliau pernah
menjadi pendidik di Sekolah
Menengah Belawai, dan kini
bertugas sebagai Pembantu Tadbir
Undang-Undang di Mahkamah
Majistret Sarikei, Sarawak.
Selain menulis novel, beliau banyak menghasilkan karya
dalam bentuk cerpen, puisi, esei serta penulisan skrip. Antara
judul karya beliau yang berjaya memenangi anugerah ialah
“Nilai Sebuah Pengertian”, “Di Ambang Kepasrahan”, “Kupacak
Panji Bangsa”, “Sampan Hanyut”, “Gunung Gading”, “Kundai”,
“Iqbal Membina Jaya”, “Sumpahan Kayong”, “Bedakah”, dan
“Kopiah” manakala kumpulan cerpen beliau bertajuk “Sagu,
Ikan Salai” pernah mendapat tempat ketiga dalam sayembara
pertandingan ITBM, PENA dan Berita Harian pada 2014.
115
Kompilasi Karya Penulis – Sarawak
Menjadi Pengerusi KEPESSA di Sarikei, Ketua 1 PEKASA
cawangan Sarikei dan ahli PENA seumur hidup, beliau aktif
berkarya dalam pelbagai genre, dan telah menghasilkan lebih
20 buah novel antaranya, “Mata Hati”, “Hati Nurani”, “Kerana
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Kidjang”, “Kundai”, “Misteri Telaga TumBratma”, “Bulan Ungu
dalam Hati”, “Pelangi di Hati Abah”, “Siri Citra Warisan – 1.
Kerana Payak; 2. Rahsia Rumah Panjang Sok; 3. Sekiu Oh
Sekiu; 4. Kain Tenun Qaseh; 5. Salai Lumek”, serta banyak lagi.
Pernah memenangi anugerah Penulis Harapan Sarawak
anjuran PUSAKA Kerajaan Negeri Sarawak untuk genre
novel pada 2001, tahun 2014 menyaksikan beliau menerima
Anugerah Sasterawan Negeri Sarawak Kategori Novel. Pada 16
Mac 2016 pula, beliau memenangi anugerah Novelis Popular
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak. Terkini, beliau
meraih Anugerah Sastera Perdana 2017, kategori buku sastera
kanak-kanak melalui novelnya “Iqbal Membina Jaya”.
116
PELANGI
NPM089
Tanganku Tembaga menghimpunkan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
karya-karya penulis prolifik Persatuan
Penulis Sarawak. Antologi yang
mengandungi genre cerpen, drama,
puisi moden dan puisi klasik serta prosa
tradisional ini bertemakan Bumi Kenyalang,
bagi mengapresiasikan kearifan setempat.
Berminat menjadi penulis kami?
Sila e-mel kepada [email protected]
www.PelangiBooks.com
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online •
W.M: RM00.00 / E.M: RM00.00
NPM089
ISBN: 978-967-0973-29-6
,!7IJ6H0-jhdcjg! Yusuf Fansuri
Radzemah Bolhassan
PELANGI Pelangi Novel Sdn. Bhd. (379269-A)
PELANGI