The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kongtecksieng, 2020-10-27 03:02:41

PROCEEDING SEMINAR ON MEGALITHIC CULTURE

"Our Heritage Legacy In Our Hand"

PROCEEDING

SEMINAR ON MEGALITHIC CULTURE

Date: 5 August 2020

Google Meet Online

0900am – 0100pm

Organized by: Geography Programme (FSSK)
& Borneo Institute for Indigenous Studies (BorIIs), UMS

Edited by: Oliver Valentine Eboy & Kong Teck Sieng

© Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2020

All right reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed,
stored in a database or retrieval system, or transmitted, in any form or by any
means, electronics, mechanical, graphic, recording, or otherwise, wihtout the
prior written permission of Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, except as permitted by Act 332,
Malaysian Copyright Act of 1987. Permission of rights is subjected to royalty or
honororium payment.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Buku Prosiding Seminar Kebudayaan Megalitik / Oliver Valentine Eboy,
Jacqueline Pugh-Kitingan, Baszley Bee B. Basrah Bee, Awangku Hassanal Bahar
Pengiran Bagul, Maureen De Silva, Zainuddin Baco & Kong Teck Sieng

eISBN 978-967-0582-99-3
Sabah – Megalitik. Sabah – Arkeologi. Sabah – Pelancongan. Sabah – GIS
I. Oliver Valentine Eboy. II. Jacqueline Pugh-Kitingan. III. Maureen De Silva.
IV. Baszley Bee B. Basrah Bee. V. Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul.
VI. Zainuddin Baco. VII. Kong Teck Sieng

Cover designer: Kong Teck Sieng
Layout designer: Kong Teck Sieng

Text Typeface: Century Gothic

Font and leading size: 9 -14

Published:
Geography Programme
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Sabah

Printed:
VV Photocopy Center
Lot 64, Block C, Lorong Kingfisher 3,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel No: 088-380178 / Hp No:
0168314112

Contents

Welcoming Remarks 1-2
Officiating Remarks 3-5
Event Programme 6-7
Brief Biodata of Presenters 8-11
12
Paper 1:
Klasifikasi Tipologikal Menhir Daerah Tambunan, Sabah: 22
Morpologi Dan Fungsi
By: Baszley Bee B. Basrah Bee 48
59
Paper 2:
Tradisi Megalitik Di Sabah: Penelitian Terhadap Beberapa Menhir 60
Terpilih Dan Signifikasinya Kepada Komuniti Di Tambunan, Sabah
By: Maureen De Silva & Amy Azuan Abdullah 74
75
Paper 3:
Megalithic Culture Mapping Using GIS: A Literature Study
By: Oliver Valentine Eboy & Kong Teck Sieng

Paper 4:
Megalithic Stone Heritage Trail for Tourism in Tambunan
By: Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul, Oliver Valentine
Eboy, Kong Teck Sieng and Lizalin Kalang

Paper 5:
Identification of The Megalitic Stone Source Route Using Least
Cost Path Analysis (LCPA) In Geographic Information System
(GIS)
By: Kong Teck Sieng, Oliver Valentine Eboy, Awangku Hassanal
Bahar Pengiran Bagul and Lizalin Kalang

Paper 6:
Ethnographic Aspects of The Culture Surrounding the Megaliths
By: Prof. Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan

Paper 7:
Isu dan Rekomendasi Dalam Perlindungan, Pengurusan Serta
Dokumentasi Tapak Megalitik Tambunan
By: Zainuddin Baco Dan Aping Sajok

Welcoming Remarks

DR. OLIVER VALENTINE EBOY

Chief Researcher SDN0056-2019
Chairman, Megalithic Culture Seminar

Salam Sejahtera.

Saya mewakili pihak Fakulti Sains Sosial Dan
Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah
(UMS), dengan berbesar hati ingin mengalu-
alukan kehadiran Tuan-tuan dan Puan-puan ke
“Seminar Kebudayaan Megalitik” ini.

Seminar ini adalah anjuran Program Geografi Fakulti Sains Sosial Dan
Kemanusiaan (FSSK), dan Institut Kajian Orang Asal (BorIIS) Universiti Malaysia
Sabah (UMS) bagi tujuan membentangkan hasil kajian penyelidikan kami
yang bertajuk “Pengintegrasian Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Tradisi
Megalitik Dalam Pengurusan Warisan Budaya dan Pelancongan di daerah
Tambunan”. Penyelidikan ini dibuat sejak pertengahan bulan Ogos 2019 lagi
melalui geran penyelidikan SDN0056-2019 yang dianugerahkan oleh Universiti
Malaysia Sabah untuk pembangunan pelancongan kawasan daerah
Tambunan.

Kajian yang dijalankan ini melibatkan keseluruhan daerah Tambunan,
Sabah. Sejumlah 50 batu megalitik yang dijumpai akibat kekangan masa
semasa kerja lapangan tetapi ia mencukupi sebagai sampel kajian kami.

Sebanyak tujuh kertas kerja yang dibentangkan pada seminar ini untuk
mendapatkan maklumbalas semua pihak berkepentingan sebelum ia
diterbitkan sebagai bab dalam buku. Ini dilakukan kerana kami tahu maklum
balas pihak yang berkepentingan adalah penting bagi memastikan semua
maklumat yang ditunjukkan tidak melanggar mana-mana peraturan atau
etika dan profesionalisme dan sensitiviti masyarakat, khususnya aspek
kebudayaan dan kepentingan masyrakat.

Sebelum seminar ini, pihak penyelidik telah membuat kerja lapangan
di Tambunan pada 5 – 9 Ogos 2019 dan telah berjumpa dengan semua pihak
ketua kampung di pejabat daerah Tambunan untuk mendapatkan
maklumat berkaitan batu megalitik ini di semua kampung dalam daerah
Tambunan. Pihak penyelidik juga telah melawat seberapa banyak kampung
yang dapat untuk mendapatkan lokasi batu, ukuran dan latar belakang batu

1

tersebut. Pihak penyelidik ingin berterima kasih kepada semua pihak yang
terlibat terutama sekali En. Sobitun Makajil selaku pembantu pegawai daerah
Tambunan dan semua ketua-ketua kampung kerna telah memberi sokongan
dan kerjasama dalam menjayakan kerja lapangan pada masa tersebut.

Sejurus selepas itu, pihak penyelidk telah membuat lawatan semula ke
Tambunan pada 20-21 Februari 2020 untuk menentukan kesesuaian kawasan
tapak batu-batu megalitik tersebut sebagai laluan jejak warisan untuk tujuan
pelancongan di Tambunan. Aktiviti ini dianjurkan dan ditaja sepenuhnya oleh
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Sabah (MOTAC).
Pihak penyelidk juga ingin berterima kasih kepada pengarah MOTAC iaitu
Encik Ag. Ahmad Zaki Bin Abu Bakar atas kesudian beliau menaja keseluruhan
kos aktiviti tersebut.

Akhir sekali, saya mewakili pihak universiti ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak Muzium Sabah, Bahagian Arkeologi Jabatan
Warisan Negara, Persatuan Pelancongan Tambunan Sabah, Koisaan Cultural
Village (KCV), Lembaga Pelancongan, pihak urusetia seminar dan semua
yang memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.

2

Officiating Remarks

ASSOC. PROF. TS. DR. RAMZAH DAMBUL

Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)
Universiti Malaysia Sabah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan
berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput
saya untuk merasmikan Seminar Budaya
Megalitik. Saya juga ingin mengucapkan syabas
dan tahniah kepada ahli penyelidik bagi projek
penyelidikan SDN0056-2019 yang berjaya
mengadakan seminar ini secara atas talian.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Warisan merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman
berzaman. Warisan adalah penting untuk memupuk semangat patriotik,
mengekalkan nilai seni dan estetika dan juga menjadi daya tarikan
pelancong. Salah satu warisan di negara kita ialah budaya megalitik. Ia
merupakan suatu amalan masyarakat dahulu yang menggunakan batu
untuk tujuan seperti penyembahan roh nenek moyang, memperingat
seseorang yang telah meninggal, menanda kawasan atau sempadan dan
sebagainya. Secara umumnya, batu megalitik yang boleh ditemui adalah
menhir, dolmen, kromlek, dan kepingan batu.

Batu megalitik telah mendapat perhatian ahli arkeologi untuk
menjalankan kajian berkaitannya. Sehingga kini, para arkeologi masih
meneruskan kajian berkaitan batu megalitik malahan kajian tersebut
dijalankan dengan menggunakan teknologi seperti Geographic Information
System (GIS), Aplikasi Penderiaan Jauh (Remote Sensing) dan GPS. Teknologi-
teknologi ini telah memudahkan kajian batu megalitik dijalankan.

Para hadirin,

Di sebalik setiap batu megalitik, terdapat cerita dan latar belakang
yang tersendiri. Salah satunya seperti Batu Lajau di Tambunan yang
dipercayai diangkut oleh seorang pahlawan yang kuat bernama Lajau.
Menurut cerita, terdapat beberapa orang telah cuba mengangkat batu dari
sungai tetapi semuanya gagal. Namun Lajau telah berjaya mengangkat batu
itu di bawah ketiaknya dan membawanya balik ke kampung. Oleh itu, batu
megalitik tersebut dinamakan batu Lajau untuk mengingati Lajau. Oleh sebab
batu megalitik mempunyai latar belakang yang sangat menarik, maka ia

3

berpotensi untuk dijadikan tapak pelancongan bagi menarik kunjungan
pelancong.

Hadirin sekalian,

Pada masa kini, semakin ramai generasi muda yang tidak mengambil
tahu tentang budaya batu megalitik yang pernah diamalkan secara turun-
temurun. Hal ini menyebabkan mereka tidak menyedari bahawa batu yang
terdapat di sekitar tempat kediaman mereka merupakan satu warisan negara
yang pernah “hidup” dalam kehidupan nenek moyang mereka. Keadaan
yang menyedihkan ialah batu megalitik dipecahkan, ditumbangkan malah
dimusnahkan untuk kepentingan seperti pertanian dan pembangunan. Hal ini
menyebabkan batu megalitik semakin berkurang. Oleh itu, usaha-usaha untuk
memelihara dan memulihara batu megalitik adalah amat digalakkan.

Antara Langkah-langkah untuk memelihara batu ini adalah dengan
mendokumenkan latar belakang batu serta mengenalpasti batu-batu yang
terlibat. Hal ini melibatkan peranan dari pihak arkeologi dan pelancongan.
Sebagai pengetahuan, taburan batu megalitik di Sabah adalah berselerak
dan kebanyakannya terletak di tanah persendirian. Oleh itu, sejumlah kos
diperlukan untuk usaha pemuliharaan atau menaiktaraf kawasan tapak batu
megalitik. Hal ini telah menjadi cabaran kepada pihak arkeologi yang ingin
membuat kajian batu megalitik untuk pemuliharaan ke atas batu tersebut.
Walaupun menghadapi pelbagai kekangan, usaha tersebut haruslah
diteruskan kerana batu megalitik merupakan tinggalan warisan di negara kita.
Antara cara para arkeologi untuk menjalankan kajian berkaitan batu
megalitik dengan lebih berkesan adalah dengan menggunakan GIS, GPS dan
Remote Sensing.

Selain itu, usaha untuk memelihara budaya batu-batu megalitik adalah
dengan mempromosikan atau menaiktaraf tapak batu megalitik bagi
mengalakkan pelancong-pelancong datang mengunjungi batu megalitik
tersebut. Hal ini bukan sahaja dapat membantu mendedahkan budaya batu
megalitik kepada masyarakat malahan dapat membantu komuniti setempat
untuk menjana pendapatan mereka melalui jualan minuman, makanan,
kraftangan atau apa-apa produk tempatan kepada pelancong yang
datang. Tambahan pula, sebahagian daripada wang yang diperoleh dari
bayaran yang dikenakan ke atas pelancong semasa melawat batu megalitik
boleh digunakan untuk kos menaiktaraf tapak batu megalitik. Hal ini boleh
membantu mengurangkan bebanan untuk mengeluarkan kos memelihara
batu megalitik.

Seterusnya, dalam bidang pelancongan juga, aplikasi GIS memainkan
peranan yang penting untuk menentukan lokasi-lokasi batu megalitik yang
ingin dilawati oleh pelancong. Pada masa yang sama, GIS turut membantu
pelancong untuk mengenalpasti lokasi bagi kemudahan-kemudahan seperti
lokasi restoran, penginapan, kedai-kedai dan sebagainya yang diperlukan
oleh mereka semasa melancong.

4

Para hadirin yang dikasihi,
Saya percaya seminar ini akan menghasilkan sesuatu yang dapat

memberi manfaat bukan sahaja kepada generasi muda untuk lebih peka
dengan budaya yang pernah menjadi amalan nenek moyang mereka tetapi
juga kepada masyarakat dan negara. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim,
saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Budaya Megalitik.

Sekian, terima kasih.

5

EVENT PROGRAMME

Date : 05.08.2020 (Wednesday)
Time : 9.00AM – 1:00PM
Venue : Google Meet online https://meet.google.com/oxn-txws-

ooz?hs=122&authuser=0

08:50 AM Log in of participants in Google Meet

09:00 AM Welcoming remarks by Dr. Oliver Valentine Eboy
Chairman, Megalithic Culture Seminar
Geography Programme, Faculty of Social Sciences &
Humanities

09:10 AM Officiating remarks by Assoc. Prof. Dr. Ramzah Dambul
Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)
Universiti Malaysia Sabah

09.30 AM Paper 1: Klasifikasi Menhir Daerah Tambunan: Bentuk dan
Fungsi

Presenter: Mr. Baszley Bee Basrah Bee
Senior Lecturer, Faculty of Social Sciences and
Humanities UMS

Paper 2: Tradisi Megalitik di Sabah: Penelitian Terhadap
Beberapa Menhir Terpilih dan Signifikasinya
kepada Komuniti di Tambunan, Sabah

Presenter: Dr. Maureen De Silva
Senior Lecturer/ Deputy Dean (P&I), Faculty of Social
Sciences and Humanities, Universiti Malaysia Sabah

Paper 3: Megalithic Culture Mapping Using GIS: A Literature
Study

Presenter: Dr. Oliver Valentine Eboy
Senior Lecturer, Faculty of Social Sciences and
Humanities, Universiti Malaysia Sabah

Paper 4: Megalithic Stone Heritage Trail for Tourism in
Tambunan

Presenter: Assoc. Prof. Dr. Awangku Hassanal Bahar
Pengiran Bagul
Associate Prof, Faculty of Business, Economics and
Accountancy, Universiti Malaysia Sabah

Paper 5: Determining the Origin Trail to Megalithic Stone
Location using Least Cost Path Analysis (LCPA)

Presenter: Kong Teck Sieng
Ph.D. Researcher, Faculty of Social Sciences and
Humanities, Universiti Malaysia Sabah

6

12:30 PM Paper 6: Ethnographic Aspects of the Culture Surrounding
12:50 PM the Location of the Megaliths

01:00 PM Presenter: Prof. Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan
Professor, Faculty of Social Sciences and Humanities UMS
Research Cluster Heads, Borneo Institute of Indigenous
Study UMS

Paper 7: Isu dan Masalah dalam Perlindungan,
Pengurusan serta Dokumentasi Tapak Megalitik
Tambunan

Presenter: Dr. Zainuddin Baco
Lecturer, Faculty of Social Sciences and Humanities,
Universiti Malaysia Sabah

Question and answer session

Closing remarks by Mr Ag. Ahmad Zaki Abu Bakar,
Director, Ministry of Tourism, Arts and Culture Malaysia
(Sabah Office)

End of event

Contact person:

1. Ms. Kong Teck Sieng
Secretariat
Seminar on Megalithic Culture
E-Mail: [email protected]

2. Ms. Lizalin Kalang
Assistant
Seminar on Megalithic Culture
E-Mail: [email protected]

7

Brief Biodata of Presenters

Affliliation: Programme of History,
Faculty of Social Sciences and Universiti
Malaysia Sabah.

En. Baszley Bee B. Basrah Bee Senior Lecturer and Senior Archaeologist
Dr. Maureen De Silva with 30 year’s experience in
archaeological and history research.
Certified EIA Consultant in EIA for 20
years. Expertise in the broad issues of
Borneo prehistory and proto history either
terrestrial or maritime subjects with more
than 50 research as leader or member.
An author or editor of more than 30
books, including two national award
winning books. Also contributed over 50
specialist papers to many national and
regional journals. Involving with several
national heritage committee, including
with National Heritage Department since
2010. An archaeological and historical
consultant with State Archive and many
TV programme.

Dr. Maureen De Silva is a Senior Lecturer
in History and currently holding the
administrative position of Deputy Dean
(Research and Innovation) at the
Faculty of Humanities, Arts and Heritage.

She lectures on Southeast Asia and
European history, particularly from
medieval to the modern period. Her
main research interest focuses on
slavery and colonial labour history,
women throughout history and medical
history.

Dr Maureen De Silva obtained her Doctor
of Philosophy from the School of Oriental
and African Studies (SOAS), University of
London in 2009.

8

Dr. Oliver Valentine Eboy Dr. Oliver Valentine Eboy is Senior
Lecturer at Faculty of Social Sciences
Prof. Dr. Awangku Hassanal and Humanities, a Research Fellow for
Bahar Penggiran Bagul Centre of Remote Sensing and GIS in
Universiti Malaysia Sabah. Dr. Oliver
Valentine Eboy has a strong passion of
conducting research in Geographic
Information System (GIS) that applied in
various field but mostly in property
valuation and geography economic
studies. He is the recipient of two gold
medals as project leader at the Research
and Innovation Competition (PEREKA) in
year 2009 and 2016. He holds a PhD
degree in Geographic Information
System from Universiti Sains Malaysia and
a MSc. And BSc. In Geoinformatics from
Universiti Teknologi Malaysia.

Dr. Awangku Hassanal Bahar Pengiran
Bagul is currently working as an Associate
Professor at Faculty of Business,
Economics and Accountancy and a
Research Fellow for Borneo Tourism
Research Centre (BTRC) at Universiti
Malaysia Sabah. He was a Visiting
Professor at National Cheng Kung
University, Taiwan, Tokushima University,
Japan and most recently, National
Institute of Technology, Fukushima
College, Japan. He was the founding
Director for EcoCampus Management
Centre of UMS (2013-2015) and the Head
of BIMP-EAGA Unit for Tourism
Development (2012-2013). He is also the
founder and the current Editor-in-Chief
for both BIMP-EAGA Journal for
Sustainable Tourism Development and
Journal for BIMP-EAGA Regional
Development.
He has a strong passion in promoting
sustainable development in tourism. His
experience in sustainability at policy
development level comes from his
previous role as one of the working group
members for United Nation's Sustainable
Development Solutions Network (SDSN)

9

Professor Dr. Jacqueline Malaysia and a member of the Advisory
Pugh-Kitingan Board for International Sustainable
Campus Network (ISCN) based in Zurich.
His academic research projects focus on
sustainability in tourism, development,
capacity-building, local community, and
climate change. He publishes more than
180 publications and he is also a
recipient of Innovative Teaching Award
and Researcher of the Year Award both
by Universiti Malaysia Sabah. He also
received The Golden Globe Tigers 2016:
Social Innovation - Leadership Award for
Excellence in Social Innovation and
named 50 Most Impactful Social
Innovator (Global Listing) by World CSR
Day in 2017. He is the co-founder of Art
Bash: Champor - an art exhibition and
Installation Art by the Bay @ Kota
Kinabalu, and actively promotes Sabah's
Arts, Artists and Art Tourism while
encouraging the discourse of
sustainability through art.

Professor Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan is
Professor of Ethnomusicology in the
Faculty of Social Sciences and
Humanities and a Research Fellow in the
Borneo Institute for Indigenous Studies at
Universiti Malaysia Sabah, where she
formerly held the Kadazan Dusun Chair
(2003-2016) and was a Fellow of the
Borneo Heritage Research Unit (2017-
2018). Winner of two PEREKA Gold
Medals, her research interests
encompass indigenous musics and
cultures of Sabah and Papua New
Guinea, music, dance and ritual systems,
music and language, organology, the
ethnographic mapping of Tambunan
District, updating Sabah’s sociolinguistic
data in the Ethnologue®, indigenous
customary law and the Sabah Native
Courts, and the megalithic culture of
Tambunan. Having married into the

10

Dr. Zainuddin Baco Kadazan Dusun of Tambunan, she first
Ms. Kong Teck Sieng came to Sabah in 1977. She Holds a B.A.
Hons. (1st Class) from Monash University
(1976), and a Ph.D.from the University of
Queesnland (1982), and was also
Adjunct Research Fellow in
Anthropology, School of Political and
Social Inquiry, Monash University (2009-
2010).

Dr. Zainuddin Baco is lecturer in History
Program at the Faculty of Social Sciences
and Humanities, Universiti Malaysia
Sabah. Dr. Zainuddin Baco is interested in
conducting studies related to
Archeology and cultural heritage
management, especially in Borneo.
Received a Doctorate at the Global
Archaeological Research Center,
Universiti Sains Malaysia in the field of
Heritage Management and Master of
Arts degree at the Faculty of Social
Sciences and Humanities, Universiti
Malaysia Sabah.

Ms. Kong Teck Sieng is a PhD student from
the Faculty of Social Sciences and
Humanities, Universiti Malaysia Sabah.
She is also a research assistant for the
study of megalithic stone in Tambunan.
She received the UMS Postgraduate
Aspiration Award in 2019 and won the
Silver medal in the UMS Research &
Innovation Competition (PEREKA) in

2018.

11

Seminar on Megalithic Culture, Universiti Malaysia Sabah, 5th August 2020
“Our Heritage Legacy in Our Hand”

KLASIFIKASI TIPOLOGIKAL MENHIR DAERAH TAMBUNAN,
SABAH: MORPOLOGI DAN FUNGSI

BASZLEY BEE B. BASRAH BEE
Program Sejarah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Sabah

Emel: [email protected]

Menhir merupakan morpologi megalit yang paling banyak diketemukan
dalam tradisi megalitik dunia. Sabah dan Tambunan khasnya tidak terkecuali.
Umumnya, tipologi fungsi menhir di Sabah dikaitkan dengan elemen ritual
paganisme, tanda kawasan, tanda peringatan kepada yang mati,
peringatan peristiwa, tapak persumpahan atau peraturan dan mitos
tempatan. Realitinya, fenomena menhirisme beransur pupus seiring dengan
kemasukan agama samawi menjelang akhir abad ke-20 EU. Namun masih
diketemukan banyak lagi tinggalan ini di daerah Tambunan yang dikenali
sebagai watu dan kekal dianggap sebagai tinggalan warisan yang perlu
dihormati dalam kalangan masyarakat daerah ini. Berdasarkan 45 buah
menhir yang direkodkan, kajian ini mengklasifikasikan menhir tersebut
berdasarkan tipologi morpologi dengan membandingkan dengan tipologi
fungsi bersandarkan sumber tradisi lisan KadazanDusun setempat sebagai
masyarakat pendirinya. Hasil kajian mendapati wujud pertindihan morpologi
dengan fungsi antara menhir. Hanya beberapa buah menhir yang memiliki
morpologi khusus dengan fungsi tertentu atau individual. Justeru, klasifikasi
tipologikal menhir di daerah ini menunjukkan morpologi tidak menentukan
fungsi khusus menhir.

Kata kunci: Megalitik, menhir, tipologi, morpologi, fungsi, KadazanDusun,
Tambunan.

12

PENGENALAN

Menhir dan dolmen merupakan bentuk morpologi ringkas dan sering diketemukan dalam
dalam semua tradisi megalitik di dunia. Manakala dalam konteks fenomena megalitisme, Fitur
dan monumen arkeologi ini memiliki morpologi dan fungsi pelbagai yang merentasi Zaman
Neolitik hingga zaman tradisional sejarah di abad ke-19 EU. Pendirian menhir dikaitkan dengan
teori difusi dan one globe-spanning yang bersifat sejagat dalam kebudayaan prasejarah dan
tradisional sejarah (Thom & Thom, 1978; Adi, 1982; Hanasoge, 1983; Tular, 1999; Kaulins,
2003; Midgley, 2008; Subodha, 2016; Paulsson, 2017; Kreisberg, 2018; Notroff, 2019).
Tinggalan ini turut menerima elemen kebudayaan maritim bagi masyarakat pendirinya dalam
lingkungan kelautan (Nishimura, 1981; Paulsson, 2017, 2019). Hingga kini kajian dan
perbahasan tentang morpologi dan fungsi Menhir masih terbuka luas khususnya dalam konteks
pentarikhan dan teknologi pendirinya.
Dalam konteks tradisi megalitik Borneo dan Sabah khususnya, menhir meluas dijumpai di
pelbagai persekitaran fizikal sama ada tanah rendah hingga tanah tinggi. Walaubagaimanapun
dalam konteks Sabah, masyarakat pendirinya lebih terfokus kepada masyarakat
KadazanDusun. Manakala geografikal kawasannya dalam jumlah yang menonjol ialah di
Tuaran, Tamparuli, Penampang, Papar, Tambunan dan Keningau. Apa yang dapat difahami
ialah menhir amat signifikan dalam kebudayaan tradisional masyarakat ini dan berkaitrapat
dengan tradisi pemburuan kepala, shamanisme, ritual paganisme, pengebumian, peperangan
antara puak, penentuan demografi purba berdasarkan penguasaan tribal kingdom dan aktiviti
pertanian (Keith, 1947; Harrisson, 1962, 1971, 1973; Chandran, 1978; Phelan, 1994, 1997;
Baszley, 2000, 2014; Yunus, 2019).

Kajian awal yang ada menyentuh menhir dalam kalangan masyarakat KadazanDusun ialah
dalam penulisan Evans (1912) dan Keith (1947). Namun hanya kajian oleh Harrisson (1971)
secara khusus membincangkan bentuk megalitik ini. Kajian di Daerah Tambunan oleh Phelan
(1997) telah merekodkan beberapa buah menhir telah diketahui umum masyarakat setempat
pada sekitar tahun 1970an. Beberapa buah menhir tersebut telah dilawat semula dalam kajian
ini.

Kajian menhir di Sabah semakin aktif pada dua dekad abad ke-21 EU ini. Khususnya oleh
pengkaji tempatan seperti Ratna (2014), Azlin et.al (2015), Yunus (2019) dan Oliver & Kong
(2019). Namun potensi dan kelompangan dalam kajian menhir di Sabah masih luas.
Pandangan yang mengatakan pendirian menhir dalam tradisi megaltik di Sabah bermula
sekitar 300 tahun lalu (Genovese, 2019) adalah tidak realistik jika dikaitkan dengan tradisi
pemburuan kepala, shamanisme, persaingan wilayah, pengebumian dan pertanian dalam
kalangan masyarakat KadazanDusun yang diamal sejak logam diperkenalkan melalui aktiviti
perdagangan maritim seawal abad ke-2 EU dan mencapai kemuncak pada abad ke-11 EU di
perairan utara Borneo. Pandangan ini adalah disokong oleh bukti rekod bertulis China, Arab
dan Eropah serta data arkeologi maritim (Jamil, 2000; Kurz, 2011; Brown, 1978; Hirth &
Rockhill, 1970; Wolters, 1989; Ferrand, 1913; Nicholl, 1976, 1978; Baszley, 2009).

Manakala dari segi kajian terdahulu, apa yang dilakukan adalah lebih bersifat
pendokumentasian deskriptif. Kajian menerapkan tekonologi GIS mula diperkembangan oleh
USM dan UMS dalam masa kebelakangan ini membuka ruang kepada kajian bersifat reruang
yang signifikan dalam pengurusan tinggalan dan pelancongan warisan. Pada masa yang sama
kajian dalam bentuk pentarikhan mutlak, simbolisme dan tipologikal perlu diceburi dalam
memberi gambaran yang kukuh khususnya mengenai identiti menhir Sabah.

PERMASALAHAN KAJIAN

Tipologi fungsi menhir dalam tradisi megalitik adalah jelas dikaitkan dengan elemen memorial,
penandaan wilayah, shamanisme dan ritual paganisme (Thom & Thom, 1978; Hanasoge,
1983; Tular, 1999; Kaulins, 2003; Midgley, 2008; Varner, 2014; Subodha, 2016; Paulsson,
2017; Ketut, 2017 Kreisberg, 2018). Manakala dari segi morpologi megalitik, menhir
diklasifikasikan berdasarkan bentuknya yang jelas menegak secara individu atau berkelompok
atau tersusun sama ada dalam bentuk bongkah selinder, segi empat, kepingan atau bundar.
Sesuai dengan maksud “menhir” dalam bahasa Briton iaitu “men” = batu dan ‘hir” = panjang
(Eliade, 1978; da Laet, 1994; Darvill, 2003:257; Bahn, 2001:285-286; Pozzi, 2014;).

Kajian terdahulu ke atas fungsi dan morpologi menhir lebih bersifat deskriptif berdasarkan
sumber tradisi lisan dan pengamatan. Jelas dibuktikan bahawa fungsi menhir yang terdapat di
Sabah seiring fungsinya dalam tradisi megalitik secara umum. Namun timbul dua andaian iaitu
morpologi menhir mempunyai perkaitan dalam menentukan fungsi sesebuah menhir. Kedua,
fungsi menhir boleh bersifat multi-fungsi tanpa morpologi yang khusus. Kajian ke atas sampel
43 buah menhir di daerah Tambunan cuba menguji kedua andaian ini.

METODOLOGI KAJIAN

Pendekatan tipologikal dalam kajian arkeologi bukanlah suatu yang baru khususnya ke atas
alat batu dan seramik. Namun ianya boleh diaplikasikan ke atas artifak lain, fitur atau
monumen. Sama ada pembahagian membentuk jenis atau jenis menentukan pembahagian
bergantung kepada seseorang pengkaji. Kajian tradisi megalitik lepas menggunakan
pendekatan tipologikal tertumpu kepada kajian kronologikal pendirian dan perkembangan
tradisi ini antara kawasan (Gorodzov, 1933; Doran & Hodson, 1975; Krieger, 1997; Whittaker
et. al., 1998; Palincaș, 2005; Cummings, 2017.). Tidak banyak kajian dilakukan ke atas
perkaitan antara moropogi dengan fungsi kerana bentuk megalit mempunyai fungsi yang
kukuh dalam konteks umum atau primer.

Bagi kajian ini, tipologikal menhir adalah hasil dari klasifikasi berdasarkan morpologi menhir
dengan mengembangkan klasifikasi morpologi menhir yang dibentuk oleh Grosjean (1967).
Klasifikasi ke atas bentuk fizikal menhir kemudian membentuk jenis dan sub-jenis menhir.
Jenis menhir akan dibandingkan dengan fungsi menhir bagi menguji andaian. Bagi
mendapatkan data morpologi menhir pendekatan survei sekunder arkeologi digunakan dalam
merekodkan fizikal menhir sebagai fitur arkeologi. Data fungsi menhir pula diperolehi melalui
sumber tradisi lisan masyarakat setempat (Jadual 2).  

KLASIFIKASI TIPOLOGIKAL MENHIR DAERAH TAMBUNAN

Grosjean (1967) membentuk enam klasifikasi utama menhir. Klasifikasi pertama adalah
menhir asas atau menhir kasar tanpa sebarang pengubahsuaian yang dibahagikan tiga jenis
bentuk iaitu:-

Jenis 1 - Runcing, segitiga di atas.
Jenis 2 - Obelisk terpotong.
Jenis 3 - Runcing atau gelendong, bulat atau bujur di bahagian atas (semi selinder).

Klasifikasi kedua hingga keenam adalah menhir yang mengalami perubahan atau dibentuk
kepada bentuk tertentu sama ada manusia atau haiwan.

Bagi klasifikasi morpologi 43 menhir Daerah Tambunan, kesemuanya adalah dari klasifikasi
pertama dari Jenis 1 dan Jenis 3 manakala Jenis 2 tidak diketemui. Bagi kajian ini, dua jenis
diwujudkan iaitu Jenis 4 merujuk kepada menhir berbentuk kepingan bercirikan lebar, nipis
yang ketara dan tidak semtri atau bundar. Begitu juga Jenis 5 merujuk kepada menhir
berbentuk bundar atau separa bulat.

Kajian ini mendapati hanya 7 menhir yang memiliki morpologi khusus dengan fungsi tertentu
atau individual seperti bentuk selinder kepingan untuk batu sempadan tanah; selinder separa
segi untuk batu tanda rumah; selinder bundar nisan; kepingan tiga segi untuk batu sempadan
tanah; dan, kepingan lurus segi empat untuk batu peringatan kematian. Manakala 36
morpologi menhir adalah tidak menentukan fungsi menhir khusus (Jadual 1).

Justeru, andaian yang diuji iaitu morpologi menhir mempunyai perkaitan dalam menentukan
fungsi sesebuah menhir tidak dapat dibuktikan. Manakala andaian kedua, fungsi menhir boleh
bersifat multi-fungsi tanpa morpologi yang khusus terbukti berdasarkan klasifikasi tipologikal
yang dilakukan.

Jadual 1: Klasifikasi Menhir Berdasarkan Jenis Morpologi dan Fungsi Primer
Daerah Tambunan

RUMUSAN

Rumusannya, klasifikasi tipologi morpologi menhir ke atas 43 buah menhir di Daerah
Tambunan adalah terbahagi kepada tiga jenis utama dengan 13 sub-jenis. Bentuk menhir
secara tegak dan beberapa yang telah rebah menunjukkan ianya adalah batu kasar tanpa
sebarang pengubahsuaian diklasifikasikan sebagai jenis asas menhir. Suatu yang jelas ialah
bentuk menhir tidak ditentukan oleh fungsi primer. Ianya adalah kerana bentuk menhir
pelbagai dengan untuk fungsi yang sama. Meskipun terdapat 7 menhir yang ketara morpologi
fungsi namun ianya adalah fungsi primer manakala fungsi sekunder tidak.

Kepelbagaian morpologi dan fungsi ini bukanlah suatu yang asing dalam fenomena
menhirisme. Kepelbagaian turut menjadi salah satu sifat umum dalam tradisi megalitik.
Tipologi menhir berkembang dari satu fungsi ke fungsi yang lain bergantung kepada praktis
masyarakat pendirinya bukan morpologi menhir. Ringkasnya, morpologi menhir tidak
dmanifastikan dengan fungsi tertentu.

Suatu yang menarik dalam kajian ini ialah didapati fungsi menhir cenderung menentukan
morpologi menhir khususnya dari segi saiz batu. Begitu juga tujuan ianya didirikan sebagai
memorial kematian atau peristiwa besar yang bertindak sebagai metafora yang harus diingati,
legenda atau terkesan dalam masyarakat pendirianya.

PENGHARGAAN

Kajian ini adalah dibawah pembiayaan dana penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (SDN0056-
2019). Kajian lapangan pada 4 -9 Ogos 2019 telah mendapat kerjasama dari Pejabat Daerah
Tambunan dan masyarakat setempat.

JADUAL 2: DATA MORPOLOGI DAN F

BIL KOD KAMPUNG NAMA LOKAL
1 GAT/2019/KAMPUNG/M1 Pupuloton Batu Lajau (Bajau)

2 GAT/2019/KAMPUNG/M2 Tikolod Siawan
Sabatan
3 GAT/2019/KAMPUNG/M3/T1 Tobilung Lama Sopihok
4 GAT/2019/KAMPUNG/M4/T2 Tobilung Lama Masatan
Unjuk
5 GAT/2019/KAMPUNG/M5/T3 Tobilung Lama Tumbio
Tundugu
6 GAT/2019/KAMPUNG/M6/T4 Tobilung Lama Boniok
7 GAT/2019/KAMPUNG/M7/T5 Tobilung Lama Indik
8 GAT/2019/KAMPUNG/M8/T6 Tobilung Lama Motinggam
9 GAT/2019/KAMPUNG/M9/T7 Tobilung Lama
10 GAT/2019/KAMPUNG/M10/T8 Tobilung Lama Batu Meja
11 GAT/2019/KAMPUNG/M11/T9 Tobilung Lama Batu Menantian
12 GAT/2019/KAMPUNG/M12/T10 Tobilung Lama
13 GAT/2019/KAMPUNG/M13/N1 Noudu Batu Dakar
14 GAT/2019/KAMPUNG/M14/N2 Noudu
15 GAT/2019/KAMPUNG/M15/N3 Noudu
Timbou
GAT/2019/KAMPUNG/NM16/TB1 Timbou
16 GAT/2019/KAMPUNG/M17/TB2 Nambayan
17 GAT/2019/KAMPUNG/M18/NB1 Tangaban
18 GAT/2019/KAMPUNG/M19/L1 Tangaban
19 GAT/2019/KAMPUNG/M20/L2 Tangaban
20 GAT/2019/KAMPUNG/M21/L3 Dalungan Dakar Rompar

GAT/2019/KAMPUNG/NM22/D

FUNGSI MENHIR DAERAH TAMBUNAN

TINGGI LEBAR MORPOLOGI SAIZ FUNGSI

215 52 Selinder (runcing) L Peringatan tokoh (nisan); Pemburuan
kepala; Perdamaian
157 36 Kepingan (lurus) L
Peringatan peristiwa wabak cacar;
184 92 Kepingan (bundar) L Peringatan kedatangan kristian; Tugu
134 26 Selinder (runcing) L peringatan gereja St.Lukas 13/5/1957

114 48 Kepingan (runcing) L Batu sempadan tanah; Shamanisme

137 79 Kepingan (tiga segi) L Batu sempadan tanah; Shamanisme
126 48 Kepingan (runcing) L
102 70 Selinder (kepingan) L Batu sempadan tanah; Pemburuan
136 126 Kepingan (runcing) L kepala; Shamanisme
M
70 68 Kepingan (bundar) M Batu sempadan tanah; Shamanisme
80 35 Selinder (runcing) M
80 35 Selinder (runcing) S Batu sempadan tanah; Shamanisme
M
Kepingan (bundar) M Batu sempadan tanah; Shamanisme
74 45 Kepingan (lebar)
87 65 Kepingan (lebar) Batu sempadan tanah; Shamanisme

Non Menhir Batu sempadan tanah; Shamanisme
164 50 Selinder (lurus)
Batu sempadan tanah; Shamanisme
35 33 Bundar
120 43 Selinder (lurus) Batu sempadan tanah; Shamanisme
118 36 Kepingan (runcing)
167 60 Selinder (runcing) Batu peringatan kematian

Non Menhir Batu peringatan kematian
Batu sempadan kawasan puak;
Shamanisme

L Mitos
S Batu peraturan tamu
L Batu sempadan tanah
L Batu sempadan tanah
L Batu sempadan tanah

GAT/2019/KAMPUNG/NM23 Dalungan Dakar Rompar Batu Pelindung
21 GAT/2019/KAMPUNG/M24/KT1 Katagayan Toboh Batu Sigou
22 GAT/2019/KAMPUNG/M25/KT2 Katagayan Toboh
Kituntul Batu Tontolob (Bulat)
GAT/2019/KAMPUNG/NM26/KT3 Tinompok Batu Lilingkutan
23 GAT/2019/KAMPUNG/M27/TP1 Tinompok
24 GAT/2019/KAMPUNG/M28/TP2 Tinompok
25 GAT/2019/KAMPUNG/M29/TP3 Tinompok
Tinompok
GAT/2019/KAMPUNG/NM30/TP4 Tinompok
26 GAT/2019/KAMPUNG/M31/TP4 Tinompok
27 GAT/2019/KAMPUNG/M32/TP6 Tinompok
28 GAT/2019/KAMPUNG/M33/TP7 Tinompok
29 GAT/2019/KAMPUNG/M34/TP8
30 GAT/2019/KAMPUNG/M35/TP9 Tinompok

31 GAT/2019/KAMPUNG/M36/TP10 Narayat

32 GAT/2019/KAMPUNG/M37/NR1 Bambangan

33 GAT/2019/KAMPUNG/M38/B1 Kumawanan

34 GAT/2019/KAMPUNG/M39/KU1

35 GAT/2019/KAMPUNG/M40/TL1 Tinompok Liwan

GAT/2019/KAMPUNG/NM41/TT1 Tontolob Liwan
GAT/2019/KAMPUNG/NM42/MP1 Mangi Pangi
36 GAT/2019/KAMPUNG/M43/MP2 Mangi Pangi
37 GAT/2019/KAMPUNG/M44/MP3 Mangi Pangi
38 GAT/2019/KAMPUNG/M45/MP4 Mangi Pangi
39 GAT/2019/KAMPUNG/M46/KK1 Karanaan
40 GAT/2019/KAMPUNG/M47/KK2 Karanaan

Non Menhir W Batu perdamaian puak; Shamanisme
133 79 kepingan (lebar) M Batu Perdamaian; Shamanisme

96 88 Kepingan (bundar) L Batu tanda rumah panjang
Non Menhir L Batu tanda rumah panjang
L Batu kawasan kubur
144 55 Kepingan (lurus)
152 65 Kepingan (bundar) L Batu peristiwa (tiada anak perempuan)
134 91 Selinder (bundar) L Batu tanda rumah panjang
L Batu tanda rumah panjang
Non Menhir L Batu peristiwa (tiada anak lelaki)
101 48 Selinder (lurus) L Batu tanda rumah panjang
113 27 Selinder (lurus)
101 56 Selinder (lurus) L Batu tanda rumah panjang; Tugu
128 29 Selinder (runcing) peringatan gereja Toboh
106 39 Selinder (separa segi)
M Batu tanda kubu Mat Salleh
150 109 Kepingan (lebar)
L Batu sumpah; Shamanisme; Patah 3
59 22 Kepingan (lurus) bahagian

160 59 Selinder (runcing) L Batu sumpah perdamaian 1800an
M;M;M
145 45 Kepingan (lurus) 3 menhir; Batu peringatan wabak;
S Shamanisme; sebahagian dari 7 buah
90;83;73 17;24;10 Kepingan (lurus) S menhir yang diditikan sederet
S
77 9;26;33 Non Menhir M Mitos asal usul kampung
18 Non Menhir (Guar) M
10;11;40 23 Bundar Perkuburan tentera Jepun
47 27 Kepingan (bundar) 3 batu nisan tentera Jepun
32 31 Selinder (lurus) Batu nisan tentera Jepun
76 Selinder (bundar) Tanda perkuburan Jepun
83 Kepingan (segi) Batu tanda sempadan tanah
Batu tanda sempadan tanah

41 GAT/2019/KAMPUNG/M48/KK3 Karanaan Batu Tinuridung
42 GAT/2019/KAMPUNG/M49/S1 Sunsuron Batu Bubanau
43 GAT/2019/KAMPUNG/M50/P1 Pekan Tambunan/Masjid

PETUNJUK  

S – Short (Rendah) 
M – Medium (Sederhana) 
L – Long (Panjang/Tinggi) 
W – Wide (Lebar) 

Non Menhir 

67 21 Kepingan (lurus segi M Batu peringatan kematian
empat)

205 229;53 Kepingan (lebar) W Batu peringatan peristiwa Perang Mat
Salleh; Shamanisme

Selinder (runcing) Batu peristiwa pembunuhan DO

M Tambunan Noel Baboneau 6/12/1920
oleh PC420 Lima; Shamanisme

RUJUKAN

Alberto Pozzi. 2014. Megalithism: sacred and pagan architecture in prehistory. Boca
Raton:Universal-Publishers.

Azlin Samsudin et.al. 2015. Analisis ruangan taburan megalit di Penampang dan di Kinarut.
Dalam, Tarmiji Masron & Moktahr Saidin (eds). Teknologi maklumat reruang dalam
arkeologi. Pulau Penang: Penerbit USM:61-76.

Bahn, Paul (ed) 2001. The Penguin archaeology guide. London: Penguin.
Baszley Bee B. Basrah Bee & Bilcher Bala (eds.). 2009. Arkeologi maritim Borneo: Kajian di

Tanjung Simpang Mengayau. Kota Kinabalu: Penerbit UMS.
Baszley Bee B. Basrah Bee & Zainuddin Baco. 2014. Sejarah dan warisan kebudayaan Kimanis.

Kota Kinabalu: UPArk.
Brown, Carries C. 1978. The Eastern Ocean in the Yung-lo Ta-Tien. BMJ, 4 (2):46-58.
Chandran, J. 1978. The Menhir of Sabah. Pelita. Kuala Lumpur: Esso Standard Malaya.
Darvill, T. 2002. Oxford concise dictionary of archaeology. Oxford: Oxford University Press.
de Laet, Sigfried J. (ed). 1994. History of humanity: Prehistory and the beginnings of

civilization. London: UNESCO.
de Laet, Sigfried J. 1994. History of humanity: Prehistory and the beginnings of civilization.

New York: UNESCO.
Doran, J.E.; Hodson, F.R. (1975). Mathematics and Computers in Archaeology. Edinburgh:

Edinburgh University Press.
Eliade, Mircea. 1978. A history of religious ideas volume 1: From the stone age to the Eleusinian

mysterie., Chicago: University of Chicago Press.
Evans, I.H.N. 1912. Notes on the religious beliefs, superstitions, ceremonies and taboo of the

Dusun of the Tuaran and Tempasuk districts, British North Borneo. Journal of the Royal
Anthropological Institute of Great Britain and Ireland. 42: 380-396.
Evans, I.H.N. 1953. The religion of the Tempasuk Dusuns. Cambridge: Cambridge University
Press.
Ferrand, Gabriel. 1913. Relation de voyages et textes géographiques Arabs, Persans et Turks
relatifs a l’extrême-orient. Paris: Ernest Leroux.
Gorodzov, V. (1933). The Typological Method in Archaeology. American Anthropologist, 35(1),
new series, 95-102
Hanasoge Subba Ramanna. 1983. Megaliths of South India and South East Asia: A comparative
study. Madras: New Era Publications.
Harrisson, T. 1973. Megalithic evidences in east Malaysia: An introductory summary. Journal
of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 46(1):123-139.
Hirth, Friedrich & Rockhill, W.W. 1970. Chau Ju-Kua: His work on the Chinese and Arab trade
in the Twelfth and Thirteenth Centuries, entitled Chu-fan-chi, Teipei: Ch’eng-Wen
Publishing Co., 1970, hlm. 155-162.
https://archaeologywordsmith.com/search.php?q=typology
Kaulins, Andis. 2003. Stars, stones and scholars: The decipherment of the megaliths as an
ancient survey of the earth by astronomy. Victoria: Trafford Publishing.
Keith, H.G. 1947. Megalithic remains in North Borneo. Journal of the Malaysian Branch of the
Royal Asiatic Society. 20(1):153-155.
Ketut Wiradnyana. 2017. Mereposisi fungsi menhir dalam tradisi megalitik Batak Toba. BAS.
20 (1):33—47.
Kong Teck Sieng. 2019. Kajian taburan batu megalitik serta penentuan sumbernya di Kampung
Tobilung menggunakan analisis GIS. E-Prosiding Seminar Kebangsaan Pascasiswazah
Sains Sosial dan Kemanusiaan. Universiti Malaysia Sabah.
Kreisberg, Glenn. 2018. Spirits in stone: The secrets of megalithic America. New York: Simon
and Schuster.

Krieger A.D. (1997) The Typological Concept. In: Lyman R.L., O’Brien M.J., Dunnell R.C. (eds)

Americanist Culture History. Springer, Boston, MA
Kurz, Johannes L. 2011. Boni in Chinese sources: Translations of relevant texts from the Song
to the Qing Dynasties. Nalanda-Sriwijaya Centre Working Paper No. 4. Institute of
Southeast Asian Studies.

Lia Genovese. 2019. Spirits of the stone, from landlocked Laos to Sabah, insular Malaysia.
Jurnal Arkeologi Malaysia. 32 (1):53-76.
Lucy Cummings. 2017. Typology and Relational Theory.

https://dougsarchaeology.wordpress.com/2017/05/26/typology-and-relational-theory/
Akses 21/7/2020
Midgley, Magdalena. 2008. The megaliths of northern Europe. Oxon: Routledge.
Mohd. Jamil Al-Sufri. 2000. Tarsilah Brunei: The early history of Brunei up to 1432 AD, Volume
1. Bandar Seri Begawan: Pusat Sejarah Brunei.
Nicholl, Robert. 1976. The Sixteenth Century cartography of Borneo. BMJ. 3 (4); 96-126.
Nicholl, Robert. 1978. Ibn Batuta and Borneo. BMJ, 4 (2):34-45.
Nishimura Asahitaro. 1981. Maritime counterpart to megalithic culture on land. Journal de la
Société des océanistes, 72-73 (37):255-266
Notroff, Jens. 2019. Building with big stones. – Or: There is no globe-spanning ‘Megalithic

Culture’. https://www.dainst.blog/the-tepe-telegrams/2019/03/05/building-with-big-

stones-or-there-is-no-globe-spanning-megalithic-culture/ akses 20/07/2020.
P. Binodini Devi. 2017. Concept of megalithism in the 21st century archaeology of India.
Sociology and Anthropology. 5(9): 719-731.
Palincaș, Nona. 2005. On classification in archaeology. New Europe College Yearbook. 2001-

2002. 291-301.

Paulsson, B. Schulz. 2019. Radiocarbon dates and Bayesian modeling support maritime

diffusion model for megaliths in Europe. Proceedings of the National Academy of

Sciences. 116 (9): 3460-3465.
Paulsson, Bettina Schulz. 2017. Time and stone: The emergence and development of megaliths
and megalithic societies in Europe. Oxford: Archaeopress Publishing Limited.
Perry, W.J. 1918. The megalithic culture Of Indonesia. Manchester: Manchester University
Press.
Pozzi, Alberto. 2014. Megalithism: Sacred and pagan architecture in prehistory. Boca Raton:
Universal-Publishers.
Ratnah Rapi et.al. 2014. Kebudayaan megalitik di Kampung Pogunon, Penampang, Sabah.
Sabah Museum Monograph. 12:260-272.
Grosjean, Roger. 1967. Classification descriptive du Mégalithique corse. Classification
typologique et morphologique des menhirs et statues-menhirs de l'île. Bulletin de la
Société Préhistorique Française. 64 (3):707-742.
Subodha Mendaly. 2016. Menhirs and cultural diffusion: Megalithic practices in central-eastern
Antiquity
India. Project Gallery 90(352):

https://www.antiquity.ac.uk/projgall/mendaly352
Thom, Alexander & Thom, Archibald Stevenson. 1978. Megalithic remains in Britain and
Brittany. Oxford: Clarendon Press.
Varner, G. R. 2014. Menhirs, dolmen, and circles of stone: The folklore and magic of sacred
stone. New York: Algora Publishing.
Whittaker, J., Caulkins, D., & Kamp, K. (1998). Evaluating Consistency in Typology and
Classification. Journal of Archaeological Method and Theory, 5(2), 129-164.
Wolters, O.W. 1989.Perdagangan awal Indonesia: Satu kajian Asal usul kerajaan Srivijaya,
Kuala Lumpur: DBP.
Yunus Sauman Sabin et.al. 2018. Penemuan terkini bukti kebudayaan megalitik dan
pengebumian tempayan di Sabah. Jurnal Arkeologi Malaysia. 31 (2):1-16.

Seminar on Megalithic Culture, Universiti Malaysia Sabah, 5th August 2020
“Our Heritage Legacy in Our Hand”

TRADISI MEGALITIK DI SABAH: PENELITIAN TERHADAP
BEBERAPA MENHIR TERPILIH DAN SIGNIFIKASINYA KEPADA

KOMUNITI DI TAMBUNAN, SABAH

MAUREEN DE SILVA & AMY AZUAN ABDULLAH
Program Sejarah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Sabah

Emel: [email protected]

Pada 4-9 Ogos 2019, suatu penyelidikan semula ke atas tapak megalitik di
Tambunan, Sabah telah berjaya mengidentifikasikan 50 tapak tambahan
berbanding dengan 11 tapak yang telah ditemui dan direkodkan sebelum
ini. Penemuan terbaru ini telah menampilkan beberapa menhir atau “batu
hidup” tambahan yang sekaligus mencerminkan kewujudan sebuah
kebudayaan yang sangat mempengaruhi kehidupan masyarakat pada
masa lampau, dan ada yang masih diteruskan sehingga ke hari ini. Kertas
kerja ini bertujuan untuk membincangkan beberapa menhir terpilih di daerah
Tambunan dan menganalisis kesignifikanannya dari segi fungsi dan
bagaimana komuniti tempatan berinteraksi atau memberi reaksi kepada
menhir-menhir ini. Selain daripada itu kertas kerja ini cuba untuk meletakkan
menhir Tambunan dan kesignifikanannya ini dalam konteks global yang lebih
luas untuk meneliti persamaan serta keunikan yang wujud.

Kata Kunci: Tambunan, Tradisi Megalitik, Menhir, Signifikasi

22

PENGENALAN

Megalitik berasal dari perkataan Inggeris megalithic dan ia berasal dari bahasa Greek yang
bermaksud batu besar. Di Indonesia, megalitik juga dikenali dengan nama megalitikum dan
megalit. Manakala sarjana seperti Soejono (1975) pula berpendapat bahawa perkataan ini
berasal dari bahasa Breton yang bermaksud Men=Batu dan Hir=Berdiri dan menjelaskannya
sebagai batu menegak.1 Tradisi megalitik merujuk kepada pengetahuan, kebiasaan dan
kegiatan yang menjadi asas kepada kelestariaannya, sementara kebudayaan megalitik pula
merujuk kepada kepelbagaian unsur, tahap dan kategori megalitik yang berkembang pada
zamannya.2 Secara ringkasnya, beberapa aspek penting mengenai perkembangan megalitik
ini dapat dilihat dari sudut fizikal, kawasan penyebaran, budaya, kesinambungan kelestarian
fungsi dan periodesasi. A. Wagner (1962) melihat bentuk fizikal batuan tidak menjadi asas
penting dalam pengertian megalitik secara khusus tetapi sejauh mana material berkenaan
diguna pakai untuk satu tujuan ritual dan keadaan ini menurut Quarith-Wales (1961)
beranggapan legasi ini turut melibatkan biasan dalam penyebarannya.3 Di Asia Tenggara
misalnya, penyebaran megalitik adalah disebabkan lokasinya yang berada di pertengahan
laluan budaya yang bermula dari Assam, Timur Laut India hingga ke Madagaskar. Sehubungan
itu, budaya ini telah turut diamalkan oleh sebahagian suku yang berada di kawasan terpencil
seperti di Bali, Nias (Indonesia), Kepulauan Luzon (Filipina), Utara Thailand dan Mynmar (Suku
Wad dan Chin).4 Pandangan ini dikuatkan dengan kajian oleh E. Banks (1937) yang
berpendapat peninggalan megalitik dapat dikesan pada jaluran laluan dari Celebes dan Timur
Jauh yang melibatkan Kepulauan Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Assam, Filipina
dan Utara Borneo.5 Justeru menhir memainkan peranan penting di kalangan banyak
masyarakat di rantau ini, terutama masyarakat yang berkongsi warisan budaya Austronesia.

Menurut Robert (1973), tahap kemunculan budaya megalitik di Asia Tenggara
adalah dalam dua bentuk atau gelombang iaitu pertama: bermula pada zaman Neolitik dan
Kedua; berlaku pada zaman Logam.6 Di Malaysia, lazimnya ramai sarjana berpendapat ia
bermula pada zaman Logam. Pandangan ini sebenarnya adalah berdasarkan kepada
kewujudan beberapa kubur kepingan batu yang ditemui di Lembah Bernam, Perak (Evans,
1928 dan Leong Sau Heng, 1991). Kedua sarjana tersebut iaitu Evans dan Leong berpendapat
pentarikhan kebudayaan ini adalah sekitar 500 SM. Pandangan mereka ini dikaitkan dengan
penemuan beberapa artifak berupa alat besi dan gangsa di tapak berkenaan. Kebudayaan
megalitik di negeri Perak adalah daripada jenis ‘cist-grave’ yang juga dikenali sebagai ‘slab-
built grave’. Secara khususnya, kajian mengenai megalitik di Sabah hanya bermula pada tahun
1950-an oleh Tom dan Barbara Harrisson apabila mereka membuat penjelajahan arkeologi di
Sabah. Hasil daripada penjelajahan tersebut telah dimuatkan dalam satu penerbitan yang
dianggap sebagai paling komprehensif mengenai arkeologi Sabah iaitu The Prehistory of
Sabah.7 Namun begitu, memandangkan penulisan tersebut mencakupi aspek geologi dan
keseluruhan zaman prasejarah di Sabah malah sehingga awal sejarah, maka aspek berkaitan
kebudayaan megalitik secara komparatifnya menjadi sangat kecil. Bermula pada tahun 80-an,
Peter R. Phelan (1994) juga telah memulakan kajiannya terhadap sebahagian kebudayaan
masyarakat pribumi di Sabah terutamanya aktiviti memburu kepala yang mempunyai
perkaitan dengan tradisi megalitik. Pada tahun 1997, beliau sekali lagi menerbitkan buku yang
berkaitan khusus dengan kebudayaan megalitik di Sabah yang berjudul “Traditional Stone and
Wood Monuments of Sabah” (Phelan 1997). Perkembangan kebudayaan megalitik ke seluruh

1

dunia menunjukkan bahawa kebudayaan ini sangat mempengaruhi masyarakat masa lalu.
Malah kebudayaan megalitik ini masih diamalkan dan diteruskan sehingga kini walaupun telah
mengalami pengubahsuaian dan dianggap sebagai simbolik sesuatu objek yang tidak
bernyawa sebagai manusia.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis kebudayaan megalith iaitu menhir, dolmen, kubur
kepingan batu, tempayan batu, binaan batu bertingkat (punden Berundak), Sakrofagus dan
Arca Batu. Menhir juga disebut batu tegak di mana batuannya didirikan dalam keadaan
menegak seperti tiang atau tugu. Menhir tersebut wujud dalam satu bentuk blok batu besar
didirikan secara menegak ke atas, kadang-kala ia berupa tiang atau tugu batu tunggal yang
didirikan di kawasan tertentu. Berat blog batu yang dijadikan menhir berkenaan boleh
mencapai beratus tan, manakala ketinggiannya pula boleh mencapai kira-kira 70 kaki tinggi.8
Terdapat juga menhir yang muncul dalam bentuk berukir atau menampilkan imej yang
tertentu dari blok batu granit yang disusun berbaris lurus atau bulatan malahan ada juga
dalam keadaan melengkung. Logiknya untuk mendirikan menhir ini sudah tentu menggunakan
tenaga yang banyak disebabkan batu menhir lazimnya adalah bersaiz besar. Batu tersebut
diambil dari beberapa tempat misalnya di kawasan kaki gunung atau sungai yang mempunyai
bongkah batu yang besar. Sehubungan dengan itu, tidak kiralah apa fungsi menhir tersebut
sama ada sebagai tempat pemujaan, batu penanda kawasan (territorial marker) atau lain-
lain, ia tetap akan mempamerkan kekuatan komuniti tersebut, lebih-lebih lagi jika menhir yang
dimaksudkan bersaiz besar. Jika mereka boleh bekerjasama menegakkan menhir yang besar
dan berat ini di satu-satu tapak, ia boleh menampilkan kuasa dan kekuatan mereka kepada
pihak lain, misalnya komuniti jiran yang ada niat untuk menyerang mereka (Varner, 2004).

Menurut kepercayaan sesetengah komuniti, semakin tinggi batu, semakin tinggi status
orang yang meninggal. Bukan itu sahaja, menhir juga lazimnya akan berdiri terpacak tegak
atau mendongak ke langit, seolah-olah menghadap ke syurga. Sebab itu setengah komuniti
mengaitkan menhir ini dengan upacara pemujaan atau upacara yang mempunyai kaitan
dengan ketuhanan atau supernatural. Apabila seseorang menghampiri menhir, bentuk dan
ukurannya memberi persona yang sangat mistik. Tambahan itu, kedudukan menhir yang
menentang graviti dan terkeluar dari tanah memberikan unsur kekuatan.

Secara umumnya, menhir boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang ditunjukkan
pada Jadual 1 di bawah.

Jenis Jadual 1 : Jenis-jenis menhir.
Menhir tunggal
Catatan
Menhir
berpasangan Biasanya ia boleh ditemui di pinggir jalan, halaman rumah, di
tempat-tempat acara pemujaan dan juga di kawasan perbatasan.

Disusun secara berpasangan dalam satu barisan lurus dari utara ke
selatan atau dari timur ke barat. Kebanyakan darinya didirikan di
kawasan perkuburan purba atau di kawasan timbunan tanah.

2

Menhir Sering ditemui di kawasan upacara pemujaan.
berkelompok Mempunyai fungsi yang sama dengan menhir berkelompok.
Menhir bulat

Menhir berukir Memiliki permukaan yang diukir dengan bentuk atau imej yang
tertentu. Malahan seringkali juga ia dijadikan tugu peringatan
sesuatu di mana wajah nenek moyang mereka atau bentuk ukiran
lain dilakarkan.

Sumber : Adnan Jusoh, Yunus Sauman@Sabin, Ruzairy Arbi & Zuliskandar Ramli,
Kebudayaan Megalith di Semenanjung Malaysia dari Perspektif Sosiobudaya
dan Etnoarkeologi, dalam, Jurnal Arkeologi Malaysia, Vol. 31, No. 1, Kuala
Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, (2018), hlm. 1-18.

Taburan Megalitik di Sabah
Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Genovese, Lia, Spirits of the stone, from
landlocked laos to sabah, insular malaysia (semangat batu, dari pedalaman
laos ke sabah, malaysia), dalam, Jurnal Arkeologi Malaysia, Vol. 32, No. 1,
Kuala Lumpur: Ikatan Arkeologi Malaysia, (2019), hlm. 53-76.
Peta 1 : Taburan Megalitik di Sabah.

Di Sabah, lokasi tapak megalitik terletak di kawasan lembah di Pantai Barat dan
sebahagian Pedalaman merangkumi daerah Penampang, Papar, Tambunan, Tenghilan dan
Tuaran dan juga kawasan tanah tinggi dan Pedalaman seperti daerah Keningau, Tenom dan
Sipitang (Long Pasia). Terdapat lebih kurang 200 menhir yang pernah dijumpai dan di

3

Kampung Pogunon, Penampang sahaja terdapat 38 menhir. Tradisi menhir di Sabah ada yang
berukir dan ada yang tidak berukir. Menurut Peter Phelan, ketiadaan hiasan ini bukan kerana
kurangnya pengetahuan atau ketidakupayaan pengukir, tetapi ia adalah berasaskan
keputusan untuk membiarkan monumen "dalam keadaan semula jadi" dan membiarkan batu
itu "bercakap sendiri". Sebab itu menhir jarang atau tidak diganggu oleh tangan manusia,
kecuali dalam proses pemilihan batu atau semasa mengangkut batu ke tapak (Genovese,
2019: 59). Dari segi rupa fizikalnya, menhir di Sabah (termasuk Tambunan) secara relatifnya
agak kecil dari segi dimensinya jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di dunia,
misalnya di Toraja, Sulawesi Selatan yang mempunyai ketinggian 6-7 meter (Sukendar,
1998:16).

Jadual 2 : Lokasi Tapak Kebudayaan Megalitik di Sabah, 2018.

Daerah Lokasi Tapak Jenis Menhir

Penampang Kampung Kituau Batu Peringatan, Batu sempena upacara
Tambunan Kampung Gunsing atau perayaan tertentu, Batu Sempadan
Kampung Kurai Batu Sumpah, Batu Pelindung, Batu Penanda
Kampung Nosoob Kubur, Batu Peringatan, Batu sempena
Kampung Sugud upacara atau perayaan tertentu, Batu
Kampung Limbanak Sempadan
Kampung Pogunon
Batu Sumpah
Masatan (Gahai) Batu Sumpah, Batu Peringatan
Sabatan Batu Penanda Kubur, Batu Pelindung
Sopihok Batu Peringatan
Lobo
Siawan
Unjuk
Tumbio
Tondugu
Boniok
Motinggam
Piasau
Sinogindai
Nodu
Rangkam
Sunsuron

Inanam -
Keningau
Apin-Apin
Sapulut
Pensiangan

Tuaran dan Tenghilan
Tamparuli Bundu Gulu
Kibambangan
Puncak Bogung dan
Tubou (sempadan

Tuaran dan Kota Belud)

Putatan Bukit Buit

4

Papar Kimanis Batu Hidup (Baszley Bee B. Basrah Bee;
2015)
Kinarut Limbutong Batu Sempadan
Tenom Ulu Tomani Batu Berukir (Baszley Bee B. Basrah Bee;
2016)
Sipitang Long Pasia Batu Berukir (Baszley Bee B. Basrah Bee;
2010)

Sumber : Dipetik dan Diubahsuai daripada, Yunus Sauman Sabin, Adnan Jusoh,
Muhammad Termizi Hasni & Zuliskandar Ramli, Penemuan Terkini Bukti
Kebudayaan Megalitik dan Pengebumian Tempayan di Sabah, dalam, Jurnal
Arkeologi Malaysia, Vol. 31, No. 2, Kuala Lumpur: Ikatan Arkeologi Malaysia,
(2018), hlm. 1-16.

Sumber : Phelan, Peter R., Traditional Stone and Wood Monuments of Sabah, Kota
Kinabalu: Centre For Borneo Studies Yayasan Sabah, (1997).

Peta 2 : Lokasi Menhir di Tambunan oleh Peter Phelan (1997).

Penemuan Terkini Kebudayan Megalitik di Tambunan

Bil. Lokasi Tapak Klasifikasi

1. Kg Popoluton Batu Peringatan
2. Kg Tikolod Batu Peringatan
3. Kg Tobilung Batu Sempadan (Sawah padi)

4. Kg Noundu Batu Penanda Kubur & Batu Sempadan
5. Kg Timbou Batu Meja dan Menantian (Batu Peringatan atau
Penanda)
6. Kg Nambayan Batu Sumpah (Tamu)
7. Kg Tagaban Batu Sempadan (Sawah Padi)
8. Kg Katagayan Toboh Batu Peringatan & Batu Sempadan

5

9. Kg Kituntul Batu Upacara (dipercayai berkaitan ritual tradisi
pemburuan kepala)
10. Kg Tinompok Batu Sempadan (kawasan sawah padi), Batu Peringatan
& Batu Penanda Kubur
11. Kg Narayat Batu Penanda (Kubu)
12. Kg Bambangan Batu Penanda
13. Kg Kumawanan Batu Sumpah (Perdamaian puak)
14. Kg Tinompok Liwan Batu Peringatan (akibat wabak penyakit)
15. Kg Tontolob Batu Penanda
16. Kg Karanaan Batu Sempadan & Batu Peringatan
17. Kg Sunsuron Batu Peringatan
18. Kg Libang Ulu Batu Peringatan dan Batu Sempadan

Sumber : Kajian Lapangan, 5-10 Ogos 2019;
Jadual 3 : Lokasi Tapak Kebudayaan Megalitik (Menhir) Tambunan, 2019.
Peranan dan Signifikasi Menhir dengan Komuniti di Tambunan, Sabah
Secara harfiahnya, sukar untuk menyatakan dengan tepat mengenai perspektif dan signifikasi
kebudayaan megalitik terhadap masyarakat. Ini kerana maklumat dan pengetahuan mengenai
kebudayaan ini terlalu jauh ke belakang dari segi tempoh masa. Namun, beberapa tinggalan
kebudayaan ini di sesetengah kawasan menyebabkan ia menjadi tanda tanya walaupun tiada
jawapan yang konkrit. Selain kekurangan sumber lisan mengenai kewujudannya, faktor
kekeliruan merangkumi pemahaman budaya megalitik juga turut membataskan kajian tentang
kebudayaan ini. Pemodenan dan pembangunan di Sabah turut membataskan kefahaman
terhadap tradisi megalitik. Ini kerana, masyarakat Sabah majoritinya sudah terlibat dengan

pelbagai sektor ekonomi dan pentadbiran moden yang mengakibatkan sistem ekonomi
tradisional semakin dilupakan khususnya yang melibatkan perusahaan sawah padi.
(Genovese, 2019:67). Malah, kebanyakan menhir yang terletak di kawasan sawah padi telah
mengalami kesusutan fizikal dan dipercayai musnah apabila terpaksa dipindahkan. Walau
bagaimanapun, penelitian ke atas beberapa tapak menhir terpilih di Tambunan mendapati
beberapa signifikasi penting yang masih dikekalkan dan diketahui oleh komuniti masyarakat
Tambunan.

6

Signifikasi Signifikasi Signifikasi
Batu pembukaan peringatan
tamu dan peristiwa
Pelindung perdamaian (berakhirnya

Signifikasi puak wabak
peringatan penyakit)
terhadap Hubungan
Komuniti dan Signifikasi
tokoh / penanda
individu, Menhir di sempadan
lagenda Tambunan

Signifikasi
penanda

kubur

Rajah 1 : Signifikasi Menhir dan Hubungannya dengan Komuniti

Signifikasi Peringatan Terhadap Tokoh, Lagenda atau Individu Tertentu
Kepercayaan wujudnya kekuatan ghaib dan pemujaan roh nenek moyang merupakan sebuah
penghormatan masyarakat terhadap arwah leluhur dengan sebuah harapan mereka beroleh
ketenteraman di alam barzakh. Ia akan menjadi lebih istimewa sekiranya nenek moyang
mereka mempunyai pangkat atau kedudukan misalnya ketua suku menyebabkan tradisi ini
amat penting dan perlu diadakan upacara berkaitan dengan pemujaan yang kadangkala
melibatkan pengorbanan binatang seperti kerbau, babi atau ayam. Apabila seseorang itu
meninggal dunia, maka sebuah menhir akan didirikan sebagai tanda memperingati atau
menghormati jasa si mati. Upacara bermula dengan proses pemilihan fizikal menhir yang
sesuai serta proses mengangkut dan memindahkan menhir ke tapak yang ditetapkan.
Kemudian menhir tersebut dijadikan sebagai tugu untuk pemujaan roh si mati atau lain-lain
upacara pemujaan. Kenyataan ini selari dengan pandangan Sutaba (1998) yang menyatakan
bahawa kebanyakan tradisi atau kebudayaan megalitik cenderung berkait rapat dengan
pemujaan roh nenek moyang dan kuasa supernatural.9 Ia juga mempunyai matlamat untuk
menjaga interaksi harmoni antara dunia material dan bukan material.

Tidak dinafikan dalam budaya masyarakat Nusantara, penghormatan terhadap batu
besar ini misalnya mendorong masyarakat untuk mengaitkannya dengan nama gelaran untuk
seseorang. Gelaran nama tokoh biasanya dikaitkan dengan elemen kehebatan, keramat atau
sebagainya, iaitu usaha untuk merakamkan penghormatan masyarakat setempat terhadap
seseorang individu yang berjasa, ketua atau tokoh yang membuka sesebuah perkampungan.
Umpamanya, dalam konteks kebudayaan Megalith di Negeri Sembilan dan Melaka ada yang
disebut sebagai Datuk Tua, Datuk Nisan Tinggi, Datuk Serban Kuning dan sebagainya.
Sementara itu, ada beberapa contoh batu Megalith yang diberikan nama atau gelaran oleh
masyarakat setempat di negeri Melaka, misalnya Nenek Panjang, Nenek Limau, Nenek Timah,
Datuk Bongsu, Dato Debo dan Datuk Maharaja Lela.10

7

Sumber : Kajian lapangan 5 Ogos 2019.
Foto 1 : Batu Bajau atau Baju Lajau.

Di Tambunan, salah satu menhir yang mempunyai signifikasi mengenai tradisi ini dapat
dilihat melalui kewujudan Batu Bajau atau Batu Lajau. Menhir ini terletak di Kampung Solibog
Tambunan dalam kawasan tanah persendirian milik Encik Pius Ambaragang. Menhir ini
sebenarnya terletak di antara sempadan Kampung Pupuluton dan Kampung Solibog (5°61’N
116°33’E) di Mukim Nambayan. Terdapat pelbagai mitos mengenai kewujudan Batu Bajau.
Gelaran Batu Bajau merujuk kepada seorang individu bertubuh besar bernama Bajau dan
dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan seorang pahlawan yang dianggap wira oleh
masyarakat Kadazan dan Dusun di Kampung Solibog Tambunan. Bajau dipercayai mempunyai
ketinggian dan ukuran badan yang sangat besar, dan kononnya isterinya juga mempunyai
keadaan fizikal yang serupa. Keperwiraan Bajau ditonjolkan melalui jasanya memberi
makanan kepada penduduk setempat. Menurut cerita turun-temurun, tapak kaki Bajau sangat
besar sehinggakan apabila dia menyeberangi sungai ramai orang kampung yang akan
mengekorinya. Ini kerana mereka ingin mengambil ikan-ikan yang mati dipijak Bajau. Justeru,
jika penduduk kampung hendak menangkap ikan, mereka akan meminta Bajau untuk
berbaring di dasar sungai Pegalan, dan orang-orang kampung akan mengumpul ikan-ikan
yang mati di sekitar tempat Bajau berbaring. Kini, meskipun terdapat beberapa versi mengenai
kewujudan Batu Bajau, kesemuanya membawa signifikasi sebagai peringatan kepada tokoh
atau lagenda yang pernah berjasa kepada masyarakat Tambunan. Tidak dinafikan Batu Bajau
mengalami kesusutan fizikal namun kewujudannya masih diketahui oleh penduduk sekitar
Tambunan. Malahan, berdasarkan kajian lapangan yang dilakukan pada Ogos 2019 didapati
bahawa, kawasan Batu Bajau turut dianggap sebagai tempat keramat dan terdapat kegiatan
ritual secara tidak langsung bagi mendapatkan tuah dalam perjudian dan sebagainya yang
berkaitan dengan kuasa supernatural.

Satu lagi menhir yang mempunyai signifikasi memperingati kepahlawanan seseorang
adalah Batu Sogindai di Kg Libang Ulu. Menurut tradisi lisan, batu ini dipercayai diangkat ke
kampung tersebut oleh seorang pahlawan perempuan yang bernama Sopok. Setiap kali
pahlawan ini berjaya membunuh musuhnya dia akan membuat tanda di atas batu. Maka
tanda-tanda yang ada pada batu tersebut menunjukkan jumlah musuh yang pernah dibunuh
oleh Sopok. Batu Sogindai telah menjadi salah satu daya tarikan pelancongan apabila

8

pelancong datang ke Kg Libang Ulu untuk melawat kawasan penanaman nanas selepas
ditayangkan dokumentari “Tangga 1001 Kudrat Kita-kita Kg Libang Ulu, Tambunan” di RTM1
pada 26 Ogos 2020.

Sumber : Koleksi Peribadi Patricia Kitingan
Foto 2 : Batu Sogindai, Kg Libang Ulu

Terdapat tapak batu peringatan Mat Salleh di Kampung Narayat Tambunan, (5°76’N
116°44’E). Nama asal kg ialah Sumarau. Kawasan ini turut dipercayai mempunyai dua kubu
berhampiran tapak. Terdapat pengkaji atau pemburu harta karun Jepun yang pernah
mencuba mengorek batu ini. Walau bagaimanapun, batu peringatan ini telah terbenam.

9

Sumber : Kajian Lapangan, 8 Ogos 2019
Foto 3 : Batu Peringatan Mat Salleh.

Selain itu, terdapat juga sebuah batu bagi memperingati seorang Bobolian tertua
bernama Sigou dipercayai mempunyai kekuatan mengangkat batu dari Sungai. Batu Sigou ini
terletak di Kampung Katagayan Toboh (5°71’N 116°39’E). Batu ini terletak di bahu jalan
kawasan tanah sawah dan terdapat tiga anak (tanak) batu berhampiran yang mempunyai
maksud tertentu.

Sumber : Kajian Lapangan, 7 Ogos 2019
Foto 4 : Batu Sigou.

Sebuah batu peringatan bagi mengingati individu yang tidak mempunyai anak juga turut
ditemui di Kampung Tinompok (5°71’N 116°40’E). Batu peringatan ini dipercayai peringatan
terhadap si Amburut yang tidak mempunyai anak. Batu ini terletak di tanah kebun dan

10

terdapat pecahan di bahagian belakang struktur batu. Terdapat tulisan di sisi kiri yang diukir
dengan nama Amburut.

Sumber : Kajian Lapangan, 7 Ogos 2019
Foto 5 : Batu Peringatan Si Amburut.
Sebuah tugu peringatan bagi mengenang individu tertentu juga terdapat di Tambunan.
Tugu ini dikenali sebagai tugu peringatan Sarjan 485 Gambali b. Guntami yang terkorban
semasa zaman pendudukan Jepun pada tahun 1945. Tugu ini terletak di Kampung Karanaan
(5°68’N 116°37’E). dan dibina semula bagi mengekalkan keberadaan struktur batu peringatan
tersebut yang telah mengalami kesusutan fizikal.

Sumber : Kajian Lapangan, 9Ogos 2019
Foto 6 : Catatan yang terdapat pada bahagian Tugu Peringatan

Sarjan Gambuli B. Guntami.

11

Sumber : Kajian Lapangan, 9 Ogos 2019
Foto 7 : Pandangan sisi hadapan Tugu

Peringatan Sarjan Gambuli B. Guntami

Sumber : Kajian Lapangan, 9 Ogos 2019
Foto 8 : Ukiran wajah manusia yang terdapat pada batu

peringatan asal di bahagian kiri tugu.
12

Signifikasi Pembukaan Tamu dan Perdamaian Puak
Batu Megalith juga dikenali sebagai ‘batu sumpah’ khususnya dalam kalangan masyarakat
tempatan di Sabah. Batu ini berfungsi untuk dijadikan tempat untuk melafazkan ikrar atau
janji dengan bersumpah. Ia sebagai saranan untuk membuktikan kebenaran atau kesetiaan
jika ada sesuatu perkara yang tidak boleh diselesaikan. Antara isi kandungan sumpah tersebut
ialah mereka (sesiapa yang bersumpah) akan ditimpa bencana sekiranya mereka telah
berbuat kesalahan atau tidak berada di pihak yang benar. Menurut Yunus Sauman, terdapat
lima jenis batu sumpah di Sabah. Antaranya ialah:

i. Batu Sumpah untuk tapak tamu (open air market)
ii. Batu Sumpah tanda perdamaian dua puak yang bertelingkah
iii. Batu Sumpah tanda persetujuan terhadap undang-undang tempatan
iv. Batu Sumpah pengadilan secara spiritual
v. Batu Sumpah tanda persetiaan kepada kerajaan
Penelitian terhadap daerah Tambunan mendapati terdapat beberapa lokasi yang
dikaitkan dengan signifikasi tersebut. Antaranya ialah, batu sumpah untuk tapak tamu.
Meskipun keberadaan batu sumpah tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat,
kemungkinan ia merupakan tapak tamu baru Tambunan yang telah dibuka pada tahun 1970-
an. Berdasarkan rekod yang dinyatakan oleh Phelan (1997), kewujudan batu sumpah bagi
tapak tamu baru Tambunan ini pernah diadakan upacara memperingatinya pada tahun
1989.11 Data survey terkini antaranya menemui batu sumpah yang terletak di Kampung
Nambayan, Tambunan (5°64’N 116°34’E). Struktur ini berada di perkarangan rumah dan
dipercayai asalnya sebagai tapak tamu. Terdapat ukiran atau tulisan pada bahagian hadapan
batu namun tidak kelihatan akibat ancaman semula jadi (lumut).

Sumber : Kajian Lapangan, 6 Ogos 2019
Foto 9 : Batu sumpah tapak tamu.

Jenis kedua adalah batu sumpah tanda perdamaian antara beberapa puak yang
bertelingkah. Batu sumpah ini terletak di Kampung Kumawanan, Tambunan (5°84’N
116°45’E). Batu sumpah perjanjian perdamaian ini dibuat pada tahun 1800 dan diperbaharui
pada 10 September 1990 oleh Encik Mamat Ali Suman sebagai ketua dan Encik Amin Agun

13

sebagai timbalan. Antara kampung yang tertakluk dalam kawasan Batu Sumpah ini ialah
Kampung Madsango, Kampung Kumawanan, Kampung Pahu, Kampung Tenop dan Kampung
Kirokot. Dalam catatan Batu Sumpah yang diperbaharui ini dinyatakan bahawa, sesiapa yang
didapati merosakkan batu sumpah tersebut akan didenda sebanyak $5000. Lokasi batu
umpah ini terlatak dalam kawasan tanah rizab. Terdapat serpihan batu kecil dipercayai sisa
sebuah struktur batu pertama dianggarkan 8-10 kaki (tertimbus akibat pembinaan jalan) dan
berada dalam kawasan ladang getah. Di bahagian sisi kanan telah dibina sebuah tugu
peringatan hasil usaha penduduk kg. Dalam pelbagai tapak megalitik di Tambunan, kawasan
ini merupakan antara salah satu tapak yang dipelihara dan diuruskan sendiri oleh masyarakat
setempat. Buktinya, sebuah pondok khas telah dibina di bahagian sebelah kanan asal batu
sumpah yang asal.

Sumber : Kajian Lapangan, 8 Ogos 2019
Foto 10 : Pondok dan tugu yang dibina berhampiran tapak batu sumpah perdamaian

yang asal.

Sumber : Kajian Lapangan, 8 Ogos 2019
Foto 11 : Catatan pada batu sumpah yang diperbaharui dan struktur asal menhir di

bahagian kiri pondok tugu peringatan.

14

Selain itu, terdapat juga batu perdamaian yang terletak di Kampung Katagayan Toboh,
Tambunan (5°71’N 116°39’E). Batu ini dikenali sebagai Batu Bogu. Menurut informan, Hilda
Joanis, (44 tahun) dan Winnie Baragud, (50 tahun), semasa pengalihan struktur Batu Bogu,
terdapat kejadian metafizik yang mengakibatkan jentera dan keseluruhan operasi
mengalihkan batu ini gagal. Akibatnya, kontraktor tersebut telah dikenakan sogit. Terdapat
empat buah batu berhampiran dan salah satunya berada di permukaan merupakan struktur
baru yang telah tertanam. Pada asalnya, struktur batu yang tertanam adalah lebih tinggi.

Sumber : Kajian Lapangan, 7 Ogos 2019
Foto 12 : Batu sumpah perdamaian Kampung Katagayan Toboh.
Signifikasi peringatan berakhirnya wabak penyakit
Kepercayaan mendirikan struktur batu bagi memperingati sesuatu peristiwa atau malapetaka
merupakan amalan biasa bagi masyarakat tradisional di Sabah. Peringatan terhadap
berakhirnya wabak penyakit ataupun sebagai kaedah mengubati penyakit melalui simbolik
kewujudan menhir berkait rapat dengan pengaruh animisme. Kepercayaan terhadap kuasa
supernatural, kuasa ghaib, roh nenek moyang atau keramat terus dipegang biarpun selepas
kemasukan agama di Sabah. Antara bukti kewujudan elemen ini ialah batu peringatan yang
terletak di Kampung Tikolod (5°62’N 116°28’E). Batu ini sempena pemberkatan gereja St.
Lukas Tikolod oleh bapa Uskup Piru Datuk Cornelius Piang pada 13 Mei 1957 dan dipindahkan
tiga meter dari kedudukan terkini berhampiran gereja. Batu ini dipercayai turut mempunyai
kaitan dengan peranannya sebagai tujuan perubatan wabak cacar yang pernah berlaku.

15

Sumber : Kajian Lapangan, 5 Ogos 2019
Foto 13 : Batu peringatan Tikolod.
Salah satu ciri struktur megalitik yang terdapat di Tambunan juga melibatkan struktur
batu kecil sebagai sarana pemujaan nenek moyang, spiritual, dan penguburan. Pandangan ini
adalah selari dengan pendapat yang diutarakan oleh Soejono yang kemudiannya dipersetujui
oleh Wagner yang mengatakan;
Megalitihic concept actually not only refers to large stones, because
small stones and even ones without document can be said megalithic,
as long as they are intended particularly as a place (temple) of sacrifice
for the spirit of ancestors.12
Data survey terkini menemukan struktur ini di Tinompok Liwan, Tambunan. Menurut
informan, Fendi Sigoh (32 tahun), batu ini dikenali sebagai Batu Pelindung Tinompok Liwan
(5°85’N 116°51’E).

16

Sumber : Koleksi peribadi pengkaji berdasarkan kajian lapangan 7 Ogos
Ilustrasi 2 2019.

: Batu pelindung Tinompok Liwan.

Sumber : Kajian Lapangan, 8 Ogos 2019
Foto 14 : Batu pelindung Tinompok Liwan.

Signifikasi penanda sempadan
Tradisi membangun batu Megalith dibina atas dasar kepercayaan terhadap roh nenek moyang.
Tradisi ini dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk batu Megalith. Pandangan ini
diperkukuhkan lagi dengan pendapat Rumbi Mulia (1981) yang menyatakan bahawa
kebudayaan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan penghormatan dan pemujaan nenek
moyang, pendek kata ia berfungsi sebagai penghubung antara kedua belah pihak.13
Umpamanya, batu yang mempunyai tempat duduk disediakan bagi membolehkan arwah

17

nenek moyang menyertai upacara yang dijalankan. Justeru itu, di sesetengah tempat
kebudayaan ini dipercayai masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Tradisi ini seolah-olah
usaha mengikat sesama anggota masyarakat setempat untuk bersatu, bekerjasama, hormat
menghormati di antara satu sama lain dan tunduk di bawah satu kuasa ghaib atau amalan
berbentuk spiritual. Menurut R.P. Soejono, pada umumnya, mendirikan bangunan megalitik
dalam sosiobudaya masyarakat zaman prasejarah berhubungan erat dengan kepercayaan
akan adanya hubungan dengan yang sudah mati, terutama kepercayaan akan adanya
pengaruh kuat dari yang telah mati terhadap kesejahteraan masyarakat dengan kesuburan
tanah (Soejono 1984:205). Peranan menhir atau batu tegak ini khususnya dalam sektor
pertanian berhubungan dengan konsep memohon kesuburan tanah. Kebiasannya, terdapat
upacara tertentu dilakukan sebelum permulaan musim penanaman padi.14

Penemuan terkini bagi menhir yang membawa maksud batu sempadan di daerah
Tambunan mendapati terdapat beberapa lokasi lama dan terbaru. Kebanyakan menhir masih
dikekalkan meskipun upacara memperingatinya sudah jarang dilakukan. Terdapat beberapa
kemungkinan bahawa selain faktor ekonomi, menhir ini didirikan bagi memperingati asal usul
penghijrahan nenek moyang mereka khususnya masyarakat Dusun Tambunan. Keadaan ini
mempunyai persamaan seperti yang berlaku di Sulawesi Tengah. Kajian mendapati bahawa,
peninggalan megalitik yang mengarah ke Utara sebagai menghormati dan memperingati
kedatangan nenek moyang yang dipercayai dari Utara.15

Sumber : Koleksi peribadi pengkaji berdasarkan kajian lapangan 6 Ogos 2019.
Ilustrasi 3 : Salah satu menhir Kampung Tobilung (Masatan).

Satu batu menhir penanda sempadan yang ditemui di Tambunan adalah batu yang
ditemui di Kg. Libang Ulu yang dikenali sebagai Batu Rangkaya. Menurut penduduk tempatan,
batu ini sebenarnya dijumpai di sungai apabila mereka menemui kawasan tersebut untuk
membuka petempatan, dan masyarakat dahulu telah sama-sama mengangkat batu tersebut
ke daratan dan menjadikan ia sebagai batu sempadan dan tempat pemujaan. Nama
“Rangkaya” pula bukan bermaksud kaya dari segi duit tetapi kaya disebabkan keajaiban dan

18

kenikmatan mengikut kepercayaan dahulu kala. Keunikan batu ini adalah ia diukir dengan
muka manusia.

Sumber : Koleksi peribadi Patricia Kitingan
Foto 15 : Batu Rangkaya, Kg Libang Ulu

Signifikasi penanda kubur
Tradisi menandakan tapak kuburan orang yang telah meninggal dunia menjadi amalan biasa
di sesetengah perkampungan masyarakat terutama di kawasan pedalaman. Lazimnya
kuburan masyarakat setempat akan ditandakan dengan batu nisan yang diperbuat dengan
batu sungai. Batu menjadi pilihan berbanding kayu disebabkan ketahanannya daripada
mereput disebabkan oleh tindak balas air, lulu hawa atau sebagainya. Namun ada juga di
sesetengah tempat kepingan atau repihan batu granit bersaiz sederhana yang boleh dibawa
oleh seseorang individu turut menjadi pilihan untuk dijadikan batu nisan kubur. Hubung kait
antara batu megalith dengan kuburan amat sinonim dalam kalangan masyarakat tempatan.
Malahan ada juga batu megalith yang mempunyai kesan pernah dijadikan tempat upacara
oleh masyarakat pada zaman silam seperti tempat pembakaran lilin, tempat meletak barang
iringan, atap pelindung dan sebagainya. Di Tambunan, struktur ini dapat dilihat di lokasi
Kampung Noudu dan Tinompok.

19

Sumber : Kajian Lapangan, 7 Ogos 2019
Foto 16 : Batu penanda tapak tanah perkuburan di

Kampung Noudu, Tambunan ((5°68’N
116°38’E).

Sumber : Kajian Lapangan, 7 Ogos 2019
Foto 17 : Batu penanda tapak tanah perkuburan atau batu nisan Ontobon Bin

Dombiou, Kampung Noudu, Tambunan.

20

Sumber : Kajian Lapangan, 7 Ogos 2019
Foto 18 : Batu penanda tapak tanah

perkuburan Kampung Tinompok,
Tambunan ((5°70’N 116°40’E).

Sumber : Kajian Lapangan, 7 Ogos 2019
Foto 19 : Batu penanda tapak tanah perkuburan di Kampung Tinompok, Tambunan

(5°71’N 116°40’E) yang mempunyai ukiran Jawi.

21

Signifikasi sebagai Batu Pelindung
Salah satu batu yang mempunyai signifikasi penting bagi penduduk Tambunan adalah Batu
atau Watu Tinuridung yang ditemui di Kg Sunsuron yang bertindak sebagai batu pelindung.
Ketinggian menhir ini adalah 2.13 meter, tapaknya seluas 2.18 meter dan mempunyai
ketebalan lebih kurang 23 sentimeter. Batu ini dipercayai dijumpai secara tidak sengaja
sewaktu penduduk kampung Sunsuron sedang menggali struktur pertahanan terhadap
ancaman Mat Salleh. Mereka bergotong royong mengangkat batu tersebut dan
meletakkannya secara tegak. Dua orang bobolian telah dipanggil untuk melakukan upacara
“menghidupkan semangat batu”. Tujuan roh “tinggal” di dalam batu adalah untuk melindungi
kampung tersebut daripada penyakit atau wabak, serta daripada sebarang pertempuran yang
melibatkan benda tajam. Dalam upacara ini, binatang seperti babi akan dikorbankan, dan air
“suci” juga dituangkan ke atas batu dan direnjiskan pada tetamu yang hadir pada upacara
tersebut. (Phelan, 1997:70)

Selain daripada itu, terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa menhir di Sunsuron
ini boleh dikesan asal-usulnya kepada seorang lelaki yang mempunyai kekuatan dan ukuran
fizikal yang luar biasa yang mencari perlindungan di Kg Sunsuron. Walaupun penduduk
kampung menerima kehadiran lelaki ini di peringkat awal, namun disebabkan bebanan
menanggung makanan beliau, apatah lagi dengan sikap malas untuk bekerja yang ada pada
dirinya, mereka mula memberi tekanan kepada lelaki tersebut untuk meninggalkan kampung
Sunsuron. Namun demikian, sebelum beredar, lelaki gagah ini dipercayai telah mengambil
batu besar dari sungai Sunsuron dan meletakkannya di tengah-tengah kampung, sebagai
tanda terima kasih. Dia mengatakan bahawa penduduk kampung boleh berlindung di sebalik
batu sekiranya berlaku perang. (Kating 1989) Dalam konteks ini, batu ini mempunyai
kesignifikanan sebagai batu pelindung untuk melindungi penduduk daripada sebarang anasir
“jahat” seperti penyakit atau ancaman manusia.

Traditional Stones and Wood Monuments of Sabah by Peter R. Phelan in 1997.
22


Click to View FlipBook Version