Foto 7: Taman Megalitik, Putrajaya
(Sumber: Taman Putera Perdana, dalam www.ppj.gov.my, diakses pada 17 Julai 2020).
Secara keseluruhannya, kedua-dua kaedah pemeliharaan yang dicadangkan
mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Malah, kedua-dua kaedah ini juga
memberikan implikasi dan pelan perancangan yang berbeza. Perbezaan utama adalah
dari segi emosi, ketulenan dan pengalaman ke atas setiap lawatan tapak dan kesan yang
diterima oleh masyrakat setempat. Persoalan dan pertimbangan elemen seperti
kesesuaian tapak, kos/dana, akses, promosi, penglibatan syarikat komersial dan
masyarakat tempatan adalah antara aspek yang perlu dipertimbangkan dalam meneliti
kesan sosioekonomi yang diwujudkan daripada kedua-dua kaedah ini. Hal ini penting
untuk menjawab pandangan dan persoalan adakah tindakan yang diambil oleh kerajaan
mempunyai faedah sosioekonomi kepada rakyat? atau dilabel sebagai tindakan
pembaziran wang rakyat yang diperoleh daripada cukai. Justeru, justifikasi sebab utama
dan kesan pelaksanaan kaedah pemerliharaan perlulah menjurus kepada sumbangan
dalam pembangunan sosioekonomi rakyat keseluruhannya.
20
Foto 8: Kompleks Sejarah Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan
(Sumber: Koleksi Peribadi, En. Ruzairy Arbi).
6.0 RUMUSAN
Tradisi Megalitik merupakan suatu tradisi budaya yang berkembang merangkumi
keseluruhan zaman. Bukti kewujudan tradisi Megalitik telah ditemui hampir di seluruh
dunia. Bermula daripada bentuk monolith sehingalah kepada bentuk figura dan
monumen. Berdasarkan rekod taburan dan jumlah tapak Megalitik oleh Jabatan Muzium
Negeri Sabah (JMNS) dan rekod daripada Unit Penyelidikan Arkeologi Borneo (UPArk),
UMS hanya terdapat 11 buah tapak Megalitik direkodkan di Daerah Tambunan
(Zainuddin dan Nelly, 2019: 161-185). Walau bagaimanapun, setelah survei semula yang
dilakukan pada 4 - 8 Ogos 2019 telah berjaya mengenal pasti dan mendokumentasikan
50 tapak Megalitik di Sembilan buah kampung di sekitar daerah Tambunan. Hasil survei
21
dan dokumentasi yang dilakukan telah berjaya mengenal pasti beberapa isu dan masalah
asas perlindungan, pemeliharaan dan pendokumentasian di tapak Megalitik Tambunan.
Pertama, isu perlindungan yang menjurus kepada perundangan warisan, isu
utama yang diketengahkan ialah ketiadaan pewartaan kepada sebarang tapak Megalitik
di Tambunan. Oleh itu, cadangan untuk mengatasi isu ini adalah dengan mewartakan
tapak Megalitik kerana signifikannya dalam memperlihatkan penempatan tradisi atau
penggunaan tanah yang melambangkan sesuatu kebudayaan dan elemen penting yang
dikaitkan secara langsung dengan peristiwa atau tradisi kebudayaan rakyat Sabah.
Insiatif awal yang perlu dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Tempatan dan penduduk
kampung adalah dengan memasukkan elemen perlindungan ke atas tapak ini dalam
undang-undang kecil atau undang-undang adat resam. Hal ini secara tidak langsung
dapat membendung segala masalah vandalisme dan memperlihatkan imej penduduk
Tambunan yang serius dalam melindungi tapak warisan.
Kedua, isu pengurusan warisan kebudayaan yang berkisar ketiadaan elemen
pengurusan warisan, penyelenggaraan dan pemeliharaan tapak yang konsisten dan
menyeluruh telah menyebabkan tapak Megalitik berdepan dengan ancaman semulajadi,
budaya dan ekonomi. Oleh itu, cadangan untuk mengurus tadbir tapak ini perlu
diperluaskan dengan pembentukan unit atau jawatankuasa tertentu serta melibatkan
penduduk sekitar dalam pemeliharaan dan pemuliharaan tapak. Hal ini secara tidak
langsung berupaya mewujudkan sifat menghargai tapak Megalitik dan bangga
bersandarkan hakikat bahawa masyarakt tempatan juga mempunyai sumbangan
penting untuk menggalakkan kelangsungan tapak Megalitik dan mampu memberikan
atau menyediakan khidmat sokongan kepada perlindungan, promosi dan ekonomi ke
atas tapak.
Ketiga, isu pendokumentasian yang berfokus kepada tahap pengetahuan, fizikal dan
persekitaran dan masalah kesahihan sumber. Berhubung isu ini, kelangsungan tapak
Megalitik banyak dipengaruhi dengan tahap penerimaan masyarakat setempat akan
maklumat yang diperolehinya. Oleh itu, cadangan untuk mengatasi isu ini adalah dengan
membuat lebih banyak penyelidikan dan pendokumentasian secara komprehensif. Hal
ini secara tidak langsung berupaya untuk memperbetulkan dan menambah maklumat
berkaitan yang sedia ada.
Daripada segi kaedah pemeliharaan tapak pula, dua kaedah pemeliharaan (in‐situ
dan ex‐situ) telah dibincangkan. Kedua-dua kaedah mempunyai proses dan implikasi
yang berbeza kepada masyarakat setempat dan kerajaan umumnya. Oleh itu, pelbagai
pertimbangan wajar yang dibincangkan pada peringkat daeran Tambunan perlu diambil
kira. Perlu ditekankan bahawa kaedah pemeliharaan yang dipilih tidak semestinya
“Rigid”, kerana kedua-dua kaedah boleh diimplementasikan secara serentak. Namun,
pemilihan tapak dan artifak yang dipilih perlu memberi berlandasakan objektif akhir
pemeliharaan tapak warisan iaitu kelangsungan tapak dan sumbangannya dalam
konteks sosiol dan ekonomi masyarakat tempatan.
SENARAI RUJUKAN
A. Ghafar Ahmad. 2010. Pemuliharaan Bangunan Warisan di Malaysia: Pengalaman dan
Cabaran Masa hadapan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Adnan Jusoh, Yunus Sauman@Sabin, Ruzairy Arbi & Zuliskandar Ramli. 2018.
Kebudayaan Megalith Di Semenanjung Malaysia Dari Perspektif Sosiobudaya Dan
Etnoarkeologi. Jurnal Arkeologi Malaysia. 31(1): 1-18.
Amelia Anak Atil et. al. 2011. Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) 1997 dan
Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan) (Pindaan 2008) Sabah. Kertas Projek
22
AJ30903: Pengurusan Sumber Warisan. Tidak Diterbitkan.
Badaruddin Mohamed dan Nikmatul Adha Nordin. 2007. Perancangan Pelancongan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baszley Bee. B. Basrah Bee. 2011. Sempadan Prasejarah Sabah dalam Konteks
Kebudayaan Awal Utara Kepulauan Borneo. Jurnal Bumantara. 1(2): 16-32.
Jainab Binti Rahim et. al. 2011. Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun 1977
(No. 11) dan Enakmen Barang-Barang Kuno dan Harta Karun (Pindaan 2006)
(No.2) Sabah. Kertas Projek AJ30903: Pengurusan Sumber Warisan. Tidak
Diterbitkan.
Koleksi Peribadi En. Ruzairy Arbi. 2020. Pengarah Bahagian Arkeologi, Jabatan Warisan
Negara.
Koleksi Peribadi Shyed Sahibul. 2020. Pegawai Pusat Penyelidikan Arkeologi Global,
Universiti Sains Malaysia.
Majlis Warisan Budaya. 2011. Laporan Mesyuarat Majlis Warisan Budaya 2011. Tidak
Diterbitkan.
Mircea Eliade. 1978. A History of Religious Ideas, Vol. I, From the Stone Age to the
Eleusinian Mysteries. Chicago: University of Chicago Press.
Norazlina Kamarulzaman. 2002. Pewartaan Bangunan Bersejarah di Malaysia. Latihan
Ilmiah. Universiti Malaya. Tidak Diterbitkan.
Oliver Valentine Eboy dan Kong Teck Sieng. 2019. Megalithic Stone Heritage Trail
Mapping for Rural Tourism Using Geographic Information System (GIS) in
Tambunan, Sabah. Journal for Sustainable Tourism Development. 8(1): 33-43.
Peter R. Phelan. 1997. Tradisional Stone and Wood Monument. Kota Kinabalu: Pusat
Kajian Borneo, Yayasan Sabah.
Ratnah Wati Mohd Hapi dan Peter Molijol. 2018. Amalan Pengebumian Tajau dalam
Kebudayaan Megalitik di Sabah. Jurnal Arkeologi Malaysia. 31(2): 75-84.
Ruzairy Arbi. 2017. Batu Megalith: Daripada Sudut Pewartaan dan Perlindungan Tapak
Warisan. Seminar Batu Megalitik 2017. Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.
21 November 2017.
Siti Zunaidah Binti Korubin. 2002. Penyelidikan Arkeologi di Sabah: Peranan Muzium
Sabah (1965-2000), Fakulti Sains Sosial dan Kemasyarakatan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Taman Putera Perdana. Dalam www.ppj.gov.my. Diakses pada 17 Julai 2020.
Timonthy J. Dallen dan Boyd W. Stephen. 2003. Heritage Tourism. England: Pearson
Education Limited.
Tom Harrison. 1962. Megaliths of Central Borneo and Western Malaya, Compared.
Sarawak Museum Journal, 20: 378-380.
Yazid Saleh. 2010. Pengenalan Pemuliharaan Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zainuddin Baco dan Nelly Majinus. 2019. Sejarah Penyelidikan dan Inventori Data
Arkeologi Sabah. Jurnal Borneo Arkhailogia. 4(1): 161-185.
Zainuddin Baco. 2014. Pengurusan Warisan Bina: Penelitian ke atas Bandaraya Kota
Kinabalu. Tesis Sarjana Sastera (Sejarah). Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan.
Tidak Diterbitkan.
Zainuddin Baco. 2019. Pengurusan Warisan Kebudayaan Maritim di Semenanjung
Malaysia: Kajian Kes Kapal Karam. Tesis Doktor Falsafah (Arkeologi). Pusat
Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia.
23
With Our Deepest Appreciation Presented To….
Name From
Associate Professor Ts. Dr. Ramzah Deputy Vice-Chancellor
Dambul (Research & Innovation),
Universiti Malaysia Sabah
1. Mrs. Su Chin Sidih (Deputy Sabah Museum
Director)
2. Mr. Aldofus Lester Millip
(Deputy Director II)
3. Mr. Mohd Asdih Pidih
(Curator of Ethnology)
4. Mr. Maxmillian Stanis Takong
(Assistant Curator of Interior
Museum Division)
1. Mr. Yazid Bin Othman, (Kurator) Bahagian Arkeologi,
2. Mr. Muhammad Termizi Bin Hasni Jabatan Warisan Negara
(Kurato)
3. Mr. Ahmad Rasidi Bin Abd Ghani
(Pen. Kurator)
4. Pn. Juliana Binti Suliman,
(Pen. Kurator)
5. Mr. Mohd Asri Bin Abdul Halim
(Pen. Kurator)
Patricia Philip Kitingan Tambunan Tourism Association,
(President) Sabah
1. Ms. Judeth John Baptist Koisaan Cultural Village
2. Ms. Mariani Zani
3. Ms. Rita Ondu
Mr. Fidelis Francis Andam (Manager) Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd,
Sabah Tourism Board
1. Prof. Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan Presenter
2. Prof. Dr. Awangku Hassanal Bahar
Penggiran Bagul
3. Mr. Baszley Bee Basrah Bee
4. Dr. Maureen De Silva
5. Dr. Oliver Valentine Eboy
6. Dr. Zainuddin Baco
7. Ms. Kong Teck Sieng
1. Ms. Lizalin Kalang Secretariat Seminar on
2. Ms. Kong Teck Sieng Megalithic Culture