The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL KO-KURIKULUM BKT SEMESTER 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rofidahsmile, 2024-02-19 20:04:41

Modul Ko-Kurikulum Semester 1

MODUL KO-KURIKULUM BKT SEMESTER 1

1 MODUL LATIHAN KOKURIKULUM SEMESTER 1 BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL MAJLIS AMANAH RAKYAT UNTUK KKTM, MJII DAN IKM


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 i KAWAD KAKI Rasional Kursus Kawad kaki bertujuan untuk membentuk seseorang ahli supaya bermegah dengan disiplin, tatatertib, cergas dan taat setia serta dapat membentuk ahli-ahli supaya bekerjasama di dalam satu kumpulan dan mempunyai semangat jati diri. Sinopsis Kursus Kursus ini memberikan fokus dan penekanan agar pelatih dapat memperolehi kemahiran kawad kaki dengan baik serta berupaya menjadi jurulatih kawad kaki yang mempunyai kompetensi yang baik dan seterusnya akan membawa pelajar di institusi latihan MARA belajar dengan penuh disiplin, komited dan bertanggungjawab terhadap tugasan semasa dan pengajian yang diikuti di sepanjang tempoh belajar. Hasil Pembelajaran 1. pendedahan diri tentang pergerakan-pergerakan dan arahan dalam kawad kaki. 2. memahirkan diri serta memberi arahan / hukuman kawad dengan bahasa yang betul. 3. memahirkan pelajar dengan kemahiran komunikasi berisyarat dan lisan. 4. meningkatkan keyakinan diri dan disiplin pelajar. 5. meningkatkan semangat kerja berpasukan dan kerjasama berkumpulan. 6. menterjemahkan arahan lisan kepada pergerakan anggota badan secara efektif. Selepas mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat :


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 ii Original Writer MPKK Pusat Ko-kurikulum UiTM Shah Alam Editor Nor Muzaffar bin Mat Noor BKT Cover Design & Developed by Bahagian Kemahiran dan Teknikal Cawangan Pengajian Majlis Amanah Rakyat First Edition, November 2018 This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only Unit Pembangunan Modul Pembelajaran Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Web Page: http://www.mara.gov.my


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 iii INDEX UNIT CONTENTS PAGES Synopsis i Credit page Index ii iii Pengenalan Kawad Kaki 1 Bahasa hukuman 2 -10 -Sedia,Senang Diri,Rehat diri,Nombor dan Nyatakan -Berbaris dalam tiga barisan,meluruskan barisan,pandang depan -Melapurkan nombor,buka dan tutup barisan,berpusing dan berpusing separuh -Paras,bersurai & keluar baris,berjalan & berhenti dalam masa cepat -Berjalan & berhenti dalam masa perlahan, langkah pendek & langkah panjang, langkah ke hadapan & langkah ke belakang, langkah ke sebelah. Aktiviti Pelajar 11 Bibliografi 12


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 1 PENGENALAN KAWAD OBJEKTIF PEMBELAJARAN Kawad kaki bertujuan untuk membentuk seseorang ahli supaya bermegah dengan disiplin tatatertib, cergas dan taat setia. Selain dari itu berkawad dapat membentuk ahliahli supaya bekerjasama di dalam satu kumpulan. HASIL PEMBELAJARAN Selepas menamatkan unit ini, pelajar akan dapat: 1. mengenalpasti hukuman-hukuman kawad kaki. 2. mengenalpasti pergerakan-pergerakan kawad kaki statik dan dinamik dengan baik. 3. menyediakan diri dengan kemahiran kawad kaki dengan baik untuk diuji. UNIT 1.0 HINGGA 5.0: KAWAD KAKI Aktiviti Kawad merupakan aktiviti penting yang terdapat di dalam Kokurikulum sesebuah institusi. Aktiviti kawad dapat membentuk dan memantapkan disiplin pelajar. Berkawad juga dapat mengukuhkan kekuatan dan kerjasama berpasukan di mana pasukan perlu bekerja dalam satu pasukan dan berdisiplin. Unit ini akan membincangkan arahan-arahan yang terdapat dalam aktiviti berkawad.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 2 1. Kawad Kaki Aktiviti Kawad Kaki adalah merupakan komponen kemahiran dalam Kokurikulum. Pembahagian markah sebanyak 40 peratus adalah tertakluk kepada perincian yang telah ditetapkan dalam rubrik pemarkahan. 1.1 Bahasa hukuman : Sedia 1.2 Bahasa hukuman : Senang Diri


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 3 1.3 Bahasa hukuman : Rehatkan Diri 1.4 Bahasa hukuman : Nombor dan Nyatakan


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 4 2. Kawad Kaki 2.1 Bahasa hukuman : Berbaris dalam tiga barisan 2.2 Bahasa hukuman : Meluruskan barisan


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 5 2.3 Bahasa hukuman : Pandang depan 3. Kawad Kaki 3.1 Bahasa hukuman : Melapurkan Nombor


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 6 3.2 Bahasa hukuman : Buka dan Tutup Barisan 3.3 Bahasa hukuman : Berpusing


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 7 3.4 Bahasa hukuman : Berpusing separuh 4. Kawad Kaki 3.1 Bahasa hukuman : Paras


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 8 3.2 Bahasa hukuman : Bersurai dan Keluar Baris 3.3 Bahasa hukuman : Berjalan dan berhenti dalam masa cepat


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 9 5. Kawad Kaki 5.1 Bahasa hukuman : Berjalan dan berhenti dalam masa perlahan


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 10 5.2 Bahasa hukuman : Langkah Pendek dan Langkah Panjang 5.3 Bahasa hukuman : Langkah ke hadapan dan langkah ke belakang


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 11 5.4 Bahasa hukuman : Langkah ke sebelah AKTIVITI PELAJAR 1. Pelajar / peserta dipecahkan kepada kumpulan yang kecil serta jurulatih melantik seorang “komander” bagi tujuan arahan kawad secara kumpulan. 2. Kumpulan kecil diberi arahan mengikut hukuman kawad yang berbeza. 3. Kumpulan-kumpulan kecil akan bergilir melaksanakan hukuman kawad yang berbeza. 4. Jurulatih memantau proses penggiliran hukuman kawad dan arahan “komander” yang dilantik.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 1 12 RINGKASAN UNIT 1.0 HINGGA 5.0 Secara keseluruhannya, pelajaran Kawad Asas ini adalah dipraktikkan daripada pelajaran Kawad Statik dan Kawad Dinamik yang lakukan secara berulang-ulang bagi menghasilkan pergerakan kawad yang seragam. BIBLIOGRAFI: 1. Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK). 2017/2018. Buku Panduan Kawad Kaki Komander Kesatria. 31-65.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 i UNIT 6.0 : ASAS PERTOLONGAN CEMAS Rasional Kursus Pertolongan cemas merupakan penjagaan awal untuk mereka yang cedera atau sakit. Ia merupakan khidmat penjagaan yang diberikan oleh seseorang yang mengambil berat terhadap keselamatan mangsa yang malang. Ia dilakukan sebaik sahaja berlaku sesuatu kemalangan atau kecederaan. Khidmat segera ini dan perhatian yang diberikan sebelum tibanya ambulans membawakan perbezaan yang ketara di antara hidup dan mati ataupun di antara penyembuhan keseluruhan atau sebahagian darinya. Pertolongan cemas memiliki batasannya yang tersendiri, kerana bukan semua penyelamat merupakan ahli paramedik ataupun doktor, namun begitu ia merupakan satu elemen yang penting dan amat diperlukan di dalam sistem perubatan yang menyeluruh. Sinopsis Kursus Kursus ini akan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai maklumat asas dan definisi dan konsep Pertolongan Cemas. Pelajar-pelajar juga akan dapat mengetahui peranan sebagai seorang Pemberi Pertolongan Cemas. Pelajar-pelajar juga akan dapat memperolehi pengetahuan dan kompetensi dalam pelbagai aspek pertolongan cemas agar berupaya dan yakin memberikan pertolongan asas kepada mangsa yang memerlukan bantuan awal. Hasil Pembelajaran i. Menjelaskan pronsip-prinsip dan amalan pertolongan cemas. ii. Mengaplikasikan asas pertolongan cemas untuk kecederaan di luar dan dalam badan. iii. Menjelaskan langkah-langkah bantu mula. Selepas pembelajaran ini, pelajar akan dapat :


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 ii Editor Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor BKT Panel of Editor Cover Design & Developed by Bahagian Kemahiran dan Teknikal Cawangan Pengajian Majlis Amanah Rakyat First Edition, November 2018 This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only Unit Pembangunan Modul Pembelajaran Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Web Page: http://www.mara.gov.my


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 iii INDEX UNIT CONTENTS PAGES Synopsis i Credit page Index ii iii 6.0 Asas Pertolongan Cemas 1 6.1 Plan Tindakan Kecemasan (ERP) 2 6.2 CardioPulmonary Resuscitation (CPR) 4 6.3 Ikatan Anduh dan Balutan 11 Aktiviti Pelajar Ringkasan Unit/Bibliografi 14 15


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 1 PENGENALAN LEARNING OBJECTIVES Objektif Pertolongan Cemas adalah untuk: i. menyelamatkan nyawa. ii. memberikan bantuan pernafasan sekiranya pengsan. iii. menghentikan pendarahan, dan; iv. memulihkan mangsa sementara menunggu bantuan pernafasan tiba. LEARNING OUTCOMES Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat:-: i. Menjelaskan pronsip-prinsip dan amalan pertolongan cemas. ii. Mengaplikasikan asas pertolongan cemas untuk kecederaan di luar dan dalam badan; iii. Menjelaskan langkah-langkah bantu mula. UNIT 6.0 : ASAS PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan Cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa atau individu yang tercedera. Pertolongan Cemas merupakan satu cara atau rawatan awalan yang diberikan kepada mangsa sebagai satu usaha untuk mengelakkan kecederaan yang serius.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 2 6.1 PLAN TINDAKAN KECEMASAN (ERP) Kecemasan atau bencana adalah kejadian tidak dirancang yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Sesuatu insiden kecemasan atau bencana akan merugikan organisasi dari segi harta benda, wang, masa, pekerja dan lain-lain. Oleh itu, adalah penting untuk sesebuah organisasi memastikan perancangan rapi dilakukan untuk menangani sesuatu kecemasan atau bencana adalah:- Kebakaran Letupan Tumpahan / kebocoran bahan kimia berbahaya Banjir Ancaman bom Gempa bumi Terperangkap di dalam lif Mengenalpasti laluan kecemasan dan laluan alternatif sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. Di sini disenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian berkaitan dengan laluan kecemasan iaitu :- Pastikan tanda arah laluan kecemasan ditanda dengan jelas. Contohnya dengan meletakkan garisan kuning pada lantai; lampu kecemasan; tanda "emergency exit" di pintu laluan kecemasan dan lain-lain. Laluan kecemasan perlu dilakarkan dan dipamerkan di tempat kerja. Pekerja dan pelawat perlu dimaklumkan berkaitan laluan kecemasan dan tempat berkumpul sekiranya berlaku kecemasan.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 3 Memastikan laluan kecemasan yang ditetapkan tidak mendedahkan pekerja pelawat kepada hazad / bahaya lain di tempat kerja. Memastikan laluan kecemasan ; pintu kecemasan tidak dihalang oleh objek objek lain. Agensi yang perlu dihubungi sekirannya berlaku kecemasan / bencana. BOMBA Polis Hospital Jab. Alam Sekitar Mewujudkan struktur organisasi di dalam syarikat yang hanya khusus untuk melaksanakan / mengendalikan ERP di tempat kerja. Diantara ahli-ahli yang perlu diadakan struktur organisasi tersebut adalah :- Emergency Response Team (Fire fighting team & Rescue team); First Aider Team; Emergency Commander; Liaison Officer; HR Officer and etc. Mewujudkan prosedur ERP dengan menyenaraikan langkah-langkah yang wajar diambil mengikut jenis-jenis kecemasan yang telah dikenalpasti sebelum ini. Mewujudkan prosedur untuk pengiraan pekerja di tempat berkumpul (assembly area).


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 4 Menyediakan latihan secara teori dan praktikal kepada pekerja. Contohnya pekerja boleh dilatih menggunakan alat pemadam api. Memberi latihan kepada pekerja, Fire Fighthing Team, Rescue Team, 1st Aider Team tentang ERP dan latihan berkaitan untuk memastikan setiap yang dilantik kompeten melaksanakan tugas masing-masing. Setelah diberi latihan kepada semua ahli pasukan, majikan boleh merancang untuk mengadakan latihan kecemasan untuk memastikan setiap ahli pasukan boleh mengamalkan apa yang dipelajari secara praktikal. Membuat latihan kecemasan iaitu "mock drill" sekurang-kurangnya setahun sekali. "Mock drill" yang dilakukan boleh juga melibatkan agensi kerajaan seperti BOMBA dan pihak hospital. Penilaian perlu dilakukan setiap kali latihan diadakan. Ini bertujuan untuk memastikan penambahbaikan dapat dilakukan di masa hadapan.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 5 6.2 CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) Resusitasi Kardio Pulmonari adalah kaedah pemulihan gabungan permulihan pernafasan dengan permulihan pergerakan jantung yang terhenti. Di dalam kaedah ini permulihan pernafasan yang dilakukan adalah secara mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulut ke lubang pernafasan di tengkuk. Manakala permulihan pergerakan jantung adalah secara mengenakan tekanan (kompresi) di bahagian tertentu dada. Kombinasi kedua-dua bantuan tersebut membolehkan darah menerima bekalan oksigen dan seterusnya mengedarkannya ke otak dan lain-lain organ penting. Terdapat beberapa sebab jantung terhenti. Antaranya ialah: i. Penyakit jantung termasuk gelepar ventrikular (ventricular fibrilltion). ii. Kejutan elektrik. iii. Alahan iv. Pengambilan dadah yang berlebihan. v. Penyakit angin ahmar (stroke). vi. Lemas (asap, gas beracun atau tersumbat saluran pernafasan). vii. Kecederaan. Resusitasi Kardio Pulmonary perlu dilakukan dengan segera dan tepat apabila terjadinya kejadian pernafasan dan pergerakan jantung terhenti kepada mangsa. Ini disebabkan faktor-faktor berikut: a. Bantuan diberi antara 0 hingga 5 minit selepas kejadian, peluang memulihkan mangsa adalah pada kadar 12%. b. Bantuan selepas 5 hingga 10 minit kejadian, peluang mangsa pulih adalah pada kadar 2% sahaja. c. Selepas 10 minit kejadian, tiada sebarang peluang memulihkan mangsa. Di dalam istilah perubatan, terdapat 2 jenis kematian selepas kejadian pernafasan terhenti. Kematian tersebut ialah: a. Kematian klinikal – bermaksud kematian sementara di mana sel-sel otak dan sel-sel organ belum mengalami kematian walaupun pernafasan dan jantung terhenti. Kematian klinikal boleh dipulihkan sekiranya bantuan segera dan awal diberikan kepada mangsa selepas kejadian terjadi. b. Kematian biological – kematian kekal di mana sel-sel otak dan semua sel-sel organ badan telah mati. Kematian ini tidak boleh dipulihkan kembali. Sel-sel otak akan mula mengalami kematian selepas 4 minit pernafasan dan jantung terhenti. Ia akan mati kekal selepas 10 minit tidak menerima bekalan darah beroksigen.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 6 Terdapat peringkat-peringkat tertentu yang perlu diikuti dalam resusitasi Kardio Pulmonary. Antaranya ialah: a. Saluran pernafasan (airway) b. Pernafasan (breathing) c. Edaran darah (circulation) a) Saluran pernafasan. • Pastikan mangsa betul-betul dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan teknik menggoncangkan kedua-dua bahu mangsa sambil memanggil beliau. • Setelah pasti mangsa pengsan, donggakkan kepala mangsa dan bahagian dagu mangsa (head tilt and chin lift). Bagi menetukan saluran pernafasan mangsa terbuka. Ini penting kerana semasa mangsa pengsan, otot-otot lidah dan epiglotis menjadi lemah dan menyempitkan saluran pernafasan mangsa. b) Pernafasan • Pastikan mangsa bernafas atau tidak dengan teknik lihat, dengar dan rasa secara mendekatkan telinga dan pipi penolong ke bahagian hidung mangsa sambil mata memerhatikan pergerakan dada mangsa. • Beri bantuan pernafasan secara kaedah teknik mulut ke mulut, mulut ke hidung atau mulu ke lubang di tengkuk mengikut keadaan mangsa. c) Edaran darah • Periksa pergerakan nadi dengan cara merasa nadi di leher (nadi karotik) atau lengan (nadi brachial) bagi bayi. • Lakukan tekanan di bahagian luar dada (chest comression) setelah dipastikan pergerakan nadi terhenti. TEKNIK- TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI 1. TEKNIK SEORANG PENOLONG BAGI MANGSA DEWASA. • Goncang bahu dan panggil nama mangsa bagi menentukan tahap kesedaran mangsa. Menjerit meminta bantuan supaya menarik perhatian orang yang ada berhampiran. Betulkan salur pernafasan mangsa secara teknik dongak kepala dan angkat dagu (head tilt and chin lift). Periksa pernafasan mangsa dengan teknik dengar, lihat dan rasa sambil mata memerhati pergerakan dada mangsa. Periksa selama 3 hingga 5 saat.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 7 Beri bantuan pernafasan secara kaedah mulut ke mulut atau mulut ke hidung atau tutup mulut ke lubang pernafasan di leher. Picit hidung dan mulut mangsa. Tarik nafas dan rapatkan betul-betul ke mulut, hidung dan lubang pernafasan mangsa dan berikan hembusan selama kira-kira 1 hingga 1.5 saat. Buka mulut atau hidung mangsa supaya udara yang dihembus keluar. Ulang hembusan yang serupa sekali lagi. Perhatikan bahagian dada semasa melakukan hembusan bagi menentukan dada mengembang atau tidak. Periksa pergerakan nadi karotik di bahagian leher selama 5 hingga 10 saat bgai menentukan nadi terhenti atau sebaliknya. Cari kedudukan sternum notch (tempat pertemuan antara kiri dan kanan tulang rusuk di bahagian dada). Letakkan 2 jari di sternum notch sebagai penanda tempat tekanan. Letakkan tumit tapak tangan dan tindihkan tangan tersebut dengan tangan yang satu lagi. Luruskan tangan dan kuncikan sendi-sendi siku dan sendi-sendi bahu supaya tidak dibengkokkan semasa tekanan dilakukan. Beri tekanan di bahagian dada dengan menggunakan tekanan berat badan. Jangan gunakan kekuatan tenaga kerana boleh mencederakan tulang dada dan tulang rusuk. Tekan sedalam kira-kira 1.5 hingga 2 inci (4 - 5cm) mengikut rentak yang sistematik sebanyak 15 kali tekanan. Lakukan tekanan berselang-seli dengan bantuan pernafasan dengan bantuan pernafasan dengan ratio 15: 2. lakukannya sebanyak 4 pusingan dan akhiri dengan 2 hembusan yang terakhir. Periksa pergerakan nadi selama 5 hingg 10 saat kembali. Teruskan rResusitasi Kardio Pulmonary jika pergerakan nadi belum pulih. Jika nadi pulih, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa 3 hingga 5 saat. Jika tiada, jalankan bantuan pernafasan sahaja dengan kadar 1 hembusan setiap 5 saat sekali berterusan sehingga mangsa pulih ataupun tiba bantuan perubatan. 2. TEKNIK BANTUAN DUA ORANG AHLI BANTUAN (MANGSA DEWASA) Pembantu pertama berperanan sebagai pemeriksa taraf kesedaran, memeriksa pernafasan, membantu pernafasan dan memeriksa pergerakan nadi mangsa. Tekniknya sama dengan kaedah Resusitasi Kardio Pulmonari seorang ahli bantuan. Pembantu kedua berperanan sebagai pemanggil bantuan perubatan serta menjalankan tekanan jantung (chest compression) apabila mendapat isyarat bahawa tiada pergerakan nadi si mangsa. Lokasi dan kedudukan tangan adalah sama dengan teknik resusitasi terdahulu.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 8 Beri 5 kali tekanan dan diikuti dengan sekali hembusan pernafasan oleh pembantu pertama. Tekanan hembusan dan tekanan dilakukan dengan ratio 5 : 1 dan diteruskan sehingga 10 pusingan. Akhiri pusingan ke 10 dengan sekali hembusan oleh pembantu pertama. Sekiranya masih tiada pergerakan nadi, maka diteruskan tekanan dan hembusan seperti terdahulu. Jika pergerakan nadi telah dirasai, hentikan tekanan. Periksa pernafasan mangsa. lakukan bantuan sekali hembusan setiap 5 saat sekali berterusan sehingga mangsa boleh bernafas. Sekiranya pembantu kedua keletihan, pertukaran boleh dilakukan dengan pembantu kedua memberi isyarat dengan sebutan “tukar” dan meneruskan 5 tekanan yang terakhir sebelum pembantu pertama mengambil tempatnya. Manakala pembantu kedua mengambil tempat pembantu pertama. 3. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI MANGSA KANAK-KANAK ( 1 HINGGA 8 TAHUN ) SEORANG PEMBANTU. Aturan bantuan dari A hingga C adalah hampir sama dengan kaedah orang dewasa. cuma terdapat sedikit perbezaan iaitu : a) Tekanan dada mangsa cuma menggunakan sebelah tumit tapak tangan sahaja. b) Dalam tekanan yang diberikan adalah 1 hingga 1.5 inci sahaja. c) Ratio hembusan dan tekanan adalah 1:5 d) Kadar pusingan adalah 10 pusingan sebelum pemeriksaan nadi dijalankan. e) Bantuan pernafasan berterusan adalah pada kadar 1 kali bagi setiap 3 saat. 4. TEKNIK RESUSITASI KARDIO PULMONARI MANGSA BAYI ( 1 TAHUN KE BAWAH ) Tekniknya sama dengan orang dewasa dan kanak-kanak kecuali perkara-perkara berikut : a. Hidung mangsa tidak perlu dipicit semasa hembusan dilakukan. Pembantu menggunakan mulut untuk menutup mulut dan hidung si mangsa. b. Ampu bahagian tulang skapula bayi dengan lengan supaya keadaan kepala mangsa terlangut dan secara tidak langsung akan membuka saluran pernafasan. c. Pemeriksaan nadi adalah pada nadi brakial ( bahagian lengan). Ini disebabkan leher bayi pendek. d. Penandaan lokasi tekanan adalah dengan menanda garisan lurus antara dua puting susu bayi dengan 3 jari tangan. Letak 2 jari di atas tulang sternum manakala 1 jari diangkat. Tekan menggunakan dua jari sedalam 0.5 hingga 1.0 inci sebanyak 5 kali tekanan dengan kadar 100 kali seminit. Pusingan keseluruhan adalah 20 pusingan.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 9 -Periksa pergerakan nadi. Jika ada nadi, periksa pernafasan mangsa. Lakukan bantuan pernafasan sekali bagi setiap 3 saat berterusan jika di dapati mangsa tidak bernafas. KAEDAH CPR


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 10 6.3 PETI PERTOLONGAN CEMAS DAN UBATAN Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Peti Pertolongan Cemas Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat, jauh daripada kanak-kanak. Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas jenis dan kegunaannya dan kandungannya perlu diperiksa setiap 6 bulan sekali.Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas. Begitu juga premis-premis yang lain seperti sekolah,kilang,hotel dan kawasan rekreasi. Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali pengangkutan awam seperti bas, teksi, kapalterbang dan sebagainya. Sesetengah peti pertolongan cemas yang siap dibungkus tidaklah mahal dan mengandungi kebanyakan barang yang penting. Walau bagaimanapun, mungkin anda tidak dapat mencari segala-gala yang anda perlukan dalam satu produk. Anda boleh mula dengan peti pertolongan yang tersedia dan tambah sebarang item yang anda perlukan. Alternatif lain ialah membuat peti anda sendiri daripada mula. Anda juga perlu menyimpan peti pertolongan cemas anda dalam almari yang berkunci dan tidak dapat dicapai oleh bayi dan kanak-kanak kecil.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 11 Antara peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas. BIL PERKARA KEGUNAAN 1. Triangular bandage (kain anduh) Untul mengampu bahagian kecederaan/ kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang didapati ada kepatahan tulang 2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena bendasing 3. Non-sterile gauze Sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka‡ Membuat balutan/memberi tekananpada perdarahan dan menstabilkankepatahan 4. Elastic bandage/crepe bandage Roller bandage Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk membalut luka dan jugakecederaan ringan eg. dislocation(terseliuh) 5. Glove-disposable/nonsterile Melindungi diri dari sebarang cecair badan/sumber jangkitan 6. Scissor Memotong gauze/bandage 7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat 8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian/pembebatan luka 9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada luka sebelum membalut. 10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar 11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic 12. Dettol (boleh diganti dengan Normal Saline solution 0.9%) Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka luar 13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot 6.4 IKATAN ANDUH DAN BALUTAN Anduh beerti ampu. Kain anduh digunakan untuk mengampu anggota badan yang tercedera. Terdapat 5 jenis balutan anduh iaitu Anduh Lengan, Anduh Kepala, Anduh Lutut/Siku dan Anduh Pergelangan Tangan.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 12 KEGUNAAN KAIN ANDUH · Mengampu bahagian yang cedera atau patah · Menghenti atau menahan pendarahan · Menetapkan bahagian yang cedera · Dapat digunakan sebagai pengipas · Menutup tempat yang luka atau cedera · Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk Pembalut cincin -Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam. -Diperbuat daripada pembalut tirus. -Digunakan untuk menutup luka. Anduh kecil/ Anduh pergelangan tangan -Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. -Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. -Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 13 Anduh besar/ Anduh lengan -Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. -Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. -Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. Fungsi: - mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 14 AKTIVITI PELAJAR Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut kumpulan anda. Kumpulan anda dikehendaki untuk menyediakan perkara berikut:- 1. Peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan yang sama bilangannya. 2. Setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat demonstrasi mengikat anduh menggunakan kaedah-kaedah rawatan yang tertentu. 3. Setiap kumpulan dikehendaki juga untuk mendapatkan idea bagi satu bentuk kemalangan yang bersesuaian untuk tujuan di (2). 4. Kumpulan yang menunjukkan persembahan kreatif dan kemas akan diberikan mata pencapaian berkumpulan dan individu.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 15 RINGKASAN UNIT 6 Kursus ini bertujuan supaya pelajar dapat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan berketrampilan secara profesional dalam subjek pertolongan cemas serta menguasai kemahiran kerja berkumpulan, mengamalkan nilai profesional, sikap dan etika yang tinggi, memilki kemahiran penyelesaian masalah serta kemahiran kepimpinan. Keupayaan dan kebolehan serta kemahiran pelajar yang tinggi dalam ilmu pertolongan cemas ini akan dapat diaplikasikan di mana jua berada serta menjadi satu nilai tambah terhadap pelajar apabila telah tamat belajar dan apabila telah berada di alam pekerjaan nanti. BIBLIOGRAFI: 5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertolongan_cemas 6. http://www.umw.com.my/wp-content/uploads/2017/04/July-Sept.pdf 7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertolongan_cemas


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 7 UNIT 7.0 : ASAS MENYELAMAT Rasional Kursus Kemahiran asas menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah ataupun cara untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini dimana mempunyai caracara dan panduan menyelamatnya yang tersendiri . Dalam kemahiran asas menyelamat ini pelbagai cara dan panduan yang boleh dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya. Contohnya situasi yang boleh membawa kepada kematian atau kecederaan. Sinopsis Kursus Pengetahuan terhadap kursus ini adalah penting bagi memastikan keselamatan mangsa dan peralatan penyelamat sentiasa tersedia. Aspek keselamatan adalah amat perlu dititikberatkan bagi memastikan prosedur keselamatan adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan. Hasil Pembelajaran i. mengaplikasikan pengetahuan menyelamat jika keadaan memerlukan. ii. menerapkan teknik menyelamat seorang atau lebih daripada seorang penyelamat. iii. menggunakan kaedah yang betul bagi menyelimut dan mengikat mangsa pada usungan. Selepas pembelajaran ini, pelajar akan dapat :


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 7 Editor Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor BKT Panel of Editor Cover Design & Developed by Bahagian Kemahiran dan Teknikal Cawangan Pengajian Majlis Amanah Rakyat First Edition, November 2018 This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only Unit Pembangunan Modul Pembelajaran Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Web Page: http://www.mara.gov.my


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 7 INDEX UNIT CONTENTS PAGES Synopsis i Credit page Index ii iii 7.0 ASAS MENYELAMAT 1 7.1 Rancangan menyelamat 2 7.2 Alih-urus orang tercedera 3 7.3 Mengangkat, balut mangsa atas usungan 5 7.4 Mengikat mangsa atas usungan 7.5 Teknik menyelamat di ruang sempit 8 Aktiviti pelajar 12 Ringkasan unit Bibliografi 16


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 7 PENGENALAN Menyelamat adalah merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada tindakan yang dilakukan bagi maksud meleraikan sesuatu situasi genting kepada keadaan yang selamat. Kecemasan pula adalah istilah yang dipetik daripada perkataan cemas yang merujuk kepada sesuatu keadaan yang genting atau dianggap boleh memudaratkan keadaan atau nyawa. OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. Memperolehi pengetahuan tentang ilmu asas menyelamat yang diperlukan ketika menghadapi situasi yang genting.. 2. Memberi pendedahan Teknik dan kaedah menyelamat mengikut keadaan. 3. Membina jati diri dan keyakinan diri pelajar sebagai “frontliner” di dalam sesuatu keadaan kecemasan. 4. Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab. HASIL PEMBELAJARAN Selepas pelajar berjaya menamatkan pelajaran ini, pelajar akan dapat:- i. mengenalpasti ilmu asas menyelamat. ii. menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keperluan dan Teknik menyelamat mengikut situasi dan kepeluan. iii. memantapkan jati diri dan keyakinan diri. UNIT 7.0 : ASAS MENYELAMAT Apabila berlakunya sesuatu malapetaka yang berskalar besar, penglibatan mangsa dalam jumlah yang ramai dan dalam keadaan yang terancam. Tindakan yang pantas untuk mengeluarkan mangsa dari kawasan berbahaya merupakan satu tindakan terbaik. Menyelamat kecemasan adalah jalan penyelesaian terbaik dimana ianya dapat dilakukan dengan mudah, pantas dan berkesan.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 7 7.1 Rancangan Menyelamat Tindakan mengeluarkan seseorang daripada keadaan yang berbahaya dan ianya mestilah dilakukan dengan serta-merta untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda. Pengetahuan tentang kecemasan adalah keperluan vital dalam menangani kecemasan. Penyelamatan boleh jua dilakukan biarpun tiada peralatan khas digunakan. Setiap organisasi yang mempunyai staf melebihi 40 orang perlu menubuhkan satu pasukan tindakan kecemasan bagi menangani situasi kecemasan sekiranya berlaku di dalam premis masing-masing. Menyelamat adalah satu tugas yang baik di sisi masyarakat dan sangat dituntut tidak kira tempat atau masa dan dalam apa jua bentuk kesusahan. Penyelamat perlu kesabaran. Seseorang penyelamat perlu kesabaran dan hendaklah mempunyai pengetahuan yang luas dari segi praktikal mahupun teori. Tanpa pengetahuan ianya boleh membahayakan mangsa ataupun diri sendiri. Untuk menjamin perbuatan yang berkesan, latihan perlulah dilaksanakan sentiasa. Sebelum melakukan kerja-kerja menyelamat, seseorang penyelamat hendaklah mengetahui istilah DRABC. D bermaksud Danger iaitu penyelamat perlu pastikan keadaan persekitaran selamat untuk penyelamat menyelamatkan mangsa. R bermaksud Response iaitu penyelamat perlu melihat tindakbalas mangsa dan kenal pasti kecederaan pada mangsa. A bermaksud Airways iaitu penyelamat perlu pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersekat. B bermaksud Breathing iaitu penyelamat perlu mendengar dengan telinga pernafasan di hidung dan mulut serta tengok dengan mata pergerakan dada mangsa. Sekiranya tiada pernafasan mangsa hendaklah diberi rawatan CPR. C bermaksud Circulation iaitu penyelamat perlulah mengikut pusingan untuk memulihkan pernafasan mangsa.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 7 7.2 Alih Urus Orang Tercedera Memindahkan menggunakan pengusung 1. anggota-anggota pertolongan cemas biasanya akan menguruskan orang tercedera tetapi ada masanya apabila orang-orang tercedera ini dijaga oleh anggota penyelamat yang mana tugas-tugasnya mereka juga ialah untuk menyelamat nyawa. 2. Jenis orang-orang cedera yang memerlukan rawatan hendaklah dihantar ke Unit Bantuan Perubatan Garisan Depan (B.P.C.D). Mangsa-mangsa ini boleh dijeniskan di bawah tiga kumpulan yang besar:- i. Mangsa yang boleh berjalan:- Berikut adalah contoh dari setengah-setengah jenis orang-orang tercedera yang boleh berjalan yang mana PATUT TIDAK boleh berjalan kaki. a) Jika ada tanda-tanda menunjukkan terkejut. b) Sekiranya ada sedikit keraguan berkenaan dengan sama ada terdapat luka di bahagian dalam “internal injury” atau tidak. c) Cedera yang melibatkan luka berdarah dari urat saraf “artery” walaupun lukanya kecil. d) Semua kes-kes kena racun dari urat saraf atau gas yang merosakkan paru-paru. ii. Mangsa yang tidak boleh berjalan:- Adalah mereka yang tercedera yang perlu dipindahkan untuk rawatan selanjutnya, tetapi keadaan luka-luka mereka tidak semestinya memerlukan menggunakan usungan bagi dipindahkan, yang mana boleh dijalankan dengan kereta biasa sebagai kes-kes duduk “sitting case”. a) Kes-kes terkejut yang teruk. b) Cedera yang luka-luka di anggota bawah (lower limb), kecuali lukaluka hanya amat ringan (flesh wound). c) Kes-kes di mana orang-orang tercedera merupakan seolah-olah terkena gas beracun atau sedikit radiasi (radiation).


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 7 iii. Mangsa yang luka parah:- Adalah mereka yang mungkin memerlukan rawatan hospital. Contohcontoh orang-orang yang tercedera parah adalah seperti berikut:- a) Semua kes-kes yang luka di bahagian dalam (internal haeamorsage), luka yang terluka di dada (pneumothorax), anggota-anggota badan yang remuk redan (shattered limbs), luka-luka di perut, patah-patah yang terbuka dan rumit, pecah (fractures) di tempurung kepala, tulang belakang, tulang pinggul (pelvis) dan peha, luka-luka yang melibatkan mata, tulang rahang dan kawalan lidah. b) Kes-kes yang luka-luka di luar dan terbakar yang banyak atau teruk. c) Kes-kes dimana tambahan terkejut yang mungkin berlaku seperti orang-orang yang terperangkap di bawah runtuhan dalam beberapa ketika atau terdedah kepada kesejukan dan berkeadaan basah. Haruslah diingatkan bahawa luka-luka kecil yang jika nampak dipermukaan mungkin ada kaitan dengan yang tercedera di bahagian dalaman juga. d) Semua pesakit yang mengidap kencing manis yang mungkin luka akan jatuh sakit dengan serta-merta. 7.3 Mengangkat, balut mangsa atas usungan Usungan adalah diperlukan sebagai kaedah untuk mengalih mangsa dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan alat usungan. Apabila berlaku kemalangan, salah satu perkara yang diutamakan dan harus diberi perhatian ialah untuk menentukan samaada mangsa perlu dirawat di tempat kejadian atau perlu dipindahkan ke tempat lain. Hal ini bergantung kepada keadaan dan situasi mangsa di tempat kemalangan. Seorang yang menolong perlu memindahkan pesakit tersebut ke tempat yang lebih selamat. Sebelum memindahkan pesakit, anda perlu terlebih dahulu mengetahui kecederaan yang dialami oleh pesakit anda perlulah terlebih dahulu mengetahui kecederaan yang dialami oleh pesakit dan mereka yang boleh membantu anda memindahkan pesakit.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 7 Peralatan yang digunakan untuk mengangkat dan memindahkan pesakit Mengangkat dan pemindahan pesakit adalah salah satu kemahiran yang kritikal daripada yang mudah hingga yang lebih kompleks. Penyelamat utama adalah dipertanggungjawab menyelamat mangsa daripada kecederaan yang lebih teruk dan pada masa yang sama melindungi diri sendiri daripada kecederaan yang tidak dijangka. Sebelum mengangkat dan mengusung pesakit yang tercedera, penyelamat perlu memikirkan beberapa factor utama bagi memastikan pesakit selamat dan dalam keadaan baik. Antaranya ialah: i. Pesakit adalah stabil. ii. Cara yang terbaik untuk mengangkat pesakit. iii. Alatan yang bersesuaian digunakan. iv. Cara mengalih pesakit dari posisi duduk kepada baring atau sebaliknya sebelum dimasukkan ke dalam ambulan. Apabila berlakunya kecederaan, perkara utama yang perlu dilakukan adalah mengangkat mangsa bagi memastikan mangsa dapat dipindahkan ke tempat yang selamat sebelum rawatan selanjutnya.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 7 Kaedah pemindahan pesakit Pemindahan pesakit boleh dilakukan dengan berbagai cara. Antaranya ialah: a) seorang pembantu (single helper) b) dua orang pembantu (double helpers) c) menggunakan penggusung (stretcher)


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 7 a) Seorang pembantu (Single Helper) Kaedah seorang pembantu boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara. Antaranya ialah: a) Kaedah dukungan (Cradle Lift) -kaedah ini sesuai digunakan untuk mengusung pesakit yang ringan terutama kanakkanak dan bayi.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 7 • Bergandingan dengan pesakit (Human Crutch) -Usungan ini sesuai dilakukan bagi mangsa yang boleh berjalan atau mengalami kecederaan sebelah anggota bawah. Mangsa berjalan beriringan dengan pembantunya. Mendukung di belakang atau encang (Pick a back) -Mangsa memanjat sambil memeluk belakang pembantunya.Tangan pembantu mengampu kedua belah anggota bawah mangsa. Mangsa berada di dalam keadaan sedar. • Dukung di bahu atau usungan bomba ( Firearm Lift) -Mangsa pengsan atau tidak boleh berjalan. Kedudukan kepala mangsa condong ke bawah manakala badannya berada di atas bahu pembantunya. • Usungan merangkak -Digunakan untuk membawa mangsa pengsan atau sedar di tempat yang sempit. Mangsa menyangkut kedua belah tangan di leher pembantunya. Pembantu akan merangkak sambil mengheret mangsa. • Usungan menarik -Pembantu menghadap ke arah belakang mangsa. Tumpangkan tangan mangsa di bahagian ketiak. Tarik mangsa secara berundur ke belakang. • Menarik menggunakan blanket -Letakkan mangsa di atas blanket. Pegang kedua belah bucu di bahagian kepala mangsa. Tarik blanket secara berundur ke balakang. a) Kaedah dua pembantu • Duduk di atas dua tangan (two hand seat) -Mangsa memegang bahu kiri dan kanan pembantunya sambil duduk di atas tangan pembantunya. Kedua-dua pembantu menggunakan sebelah lengan masing-masing sebagi tempat duduk mangsa. Manakala tangan yang lagi sebelah mengampu belakang mangsa. • Mengusung berekoran atau berbuntut. -Seorang pembantu memeluk kedua-dua belah ketiak mangsa dari arah belakang mangsa. Manakala seorang lagi berdiri di celah kangkang dengan muka mengadap ke belakang mangsa sambil memeluk kedua-dua bahagian lutut mangsa. • Duduk di atas tiga tangan (three hand seat) -Menggunakan tiga tangan untuk dijadikan tempat duduk mangsa. Sementara sebelah tangan lagi mengampu belakang mangsa.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 7 • Duduk di atas empat tangan (four hand seat) -Menjadikan kedua belah tangan pembantu sebagai tempat duduk mangsa. Mangsa akan memeluk bahu pembantu-pembantunya. • Mengangkat menggunakan kerusi -Mangsa akan duduk di atas kerusi manakala pembantu-pembantu mengangkat kaki kerusi. Cara ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara usungan beriringan atau secara berekoran. b) Usungan menggunakan penggusung ( Stretcher) • Pengusung gantian ( improvise stretcher) I. menggunakan kain blanket atau selimut tebal dan diangkat di keempat-empat bucunya. II. Menggunakan empat atau lima kain anduh yang diikat di dua batang kayu. III. Menggunakan dua buah guni yang ditebuk buntutnya. Kemudian dimasukkan dua batang kayu dalam guni itu. IV. Menggunakan dua kain sarung yang dimasukkan dua batang kayu di dalamnya. V. Menggunakan tiga atau empat kain baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam baju-baju tersebut dan kemudian dibutangkan kancingnya. Balut (menyelimut) mangsa atas usungan Kita perlu menyelimut dan mengikat mangsa di usungan untuk memastikan kerja-kerja menyelamat lebih efektif dan efisien seperti membawa mangsa menuruni bukit dan bangunan tinggi serta melalui kawasan yang sempit. Tujuan menyelimut adalah bertujuan, i. Supaya luka tidak bergesel dengan kanvas usungan ii. Memberi keselesaan dan haba kepada mangsa iii. Mengurangkan pergerakan mangsa iv. Mengawal kecederaan yang ada.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 7 Langkah-langkah kerja semasa menyelimut mangsa di usungan a) Mulakan pada bahagian kaki dahulu b) Rapatkan kaki kemudian tolak sedikit hujung kaki ke hadapan c) Lipat dengan cermat dan pastikan semua bahagian kaki ditutup oleh selimut d) Mulakan pada bahagian kaki dahulu e) Rapatkan kaki kemudian tolak sedikit hujung kaki ke hadapan. f) Lipat dengan cermat dan pastikan semua bahagian kaki ditutupi oleh selimut. g) Selimutkan bahagian dada. h) Pastikan semua bahagian dada ditutupi oleh selimut dengan sempurna. i) Akhir sekali kemaskan selimut dengan menolak bahagian hujung selimut ke bawah badan mangsa. 7.4 Mengikat mangsa atas usungan Kita perlu menyelimut dan mengikat mangsa di usungan untuk memastikan kerja-kerja menyelamat lebih efisien dan efektif. Mengikat mangsa adalah untuk mengelakkan mangsa dari terjatuh semasa kerja-kerja pemindahan mangsa dijalankan. Sebelum mengikat usungan perlulah diingat, usungan (stretcher) perlu diuji terlebih dahulu. Teknik menguji: i. Tepuk daripada bahagian atas kanvas hingga ke bawah. ii. Gunakan 2 bahagian belakang tangan. iii. Tepuk dan lurutkan tangan pada permukaan kanvas usungan. Penyediaan usungan: iv. Mengikat anduh pada usungan. v. Letakkan selimut di atas pengusung (stretcher) dalam keadaan bersilang. ( rujuk gambarajah ) Kedudukan selimut di atas pengusung


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 7 Langkah mengalihkan mangsa ke atas usungan i. Perlukan 3 orang atau lebih penyelamat ii. 2 atau lebih penyelamat di satu sisi dan seorang penyelamat di satu lagi sisi. iii. Mengangkat mangsa ke usungan iv. Meletakkan mangsa di usungan Kedudukan penyelamat dan mangsa Langkah-langkah menyelimut mangsa i. Mulakan pada bahagian kaki dahulu ii. Rapatkan kaki kemudian tolak sedikit hujung kaki ke hadapan iii. Lipat dengan cermat dan pastikan semua bahagian kaki ditutupi oleh selimut. iv. Selimutkan bahagian dada v. Pastikan semua bahagian dada ditutupi oleh selimut dengan sempurna vi. Akhir sekali, kemaskan selimut dengan menolak bahagian hujung selimut.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 7 Peringkat Mengikat Usungan i. Menggunakan ikatan manok. ii. Ikatan di pemegang usungan (kanan). Tali yang lebih dibuat lilitan. iii. Ikatan pertama di bahagian dada. iv. Ikatan tepi yang digunakan ialah ikatan setengah belit. v. Ikatan kedua di pergelangan tangan. vi. Ikatan ketiga di bawah lutut. vii. Ikatan setiap tepi usungan menggunakan iakatan setengah belit. viii.Pada bahagian kaki dibuat 2 lingkaran. ix. Tamatkan ikatan dengan ikatan manok di bahagian pemegang sebelah lagi. x. Lebihan tali digulung dan diletakkan di bawah kepala mangsa. xi. Kain anduh digunakan untuk mengikat kepala mangsa supaya tidak bergerak. xii. Pastikan ikatan yang dibuat adalah kuat dan kemas. Cara Menguji Kekuatan Ikatan Usungan Terdapat 2 ujian yang boleh dijalankan untuk menguji kekuatan ikatan usungan: i. Ujian menegak ii. Ujian melintang Antara ikatan badan yang perlu diikat:- i. Lelaki – di bahagian dada manakala bagi perempuan di atas bahagian dada. ii. Pinggang (pergelangan tangan). iii. Atas lutut. iv. Tali lebihan digulung & letakkan di bawah kepala mangsa sebagai bantal.


KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13 UNIT 7 7.5 Teknik menyelamat di ruang sempit Ruang terkurung bermaksud ruang tertutup atau separa tertutup pada tekanan atmosfera (tekanan udara biasa) semasa dihuni dan tidak disediakan atau direkabentuk sebagai tempat kerja biasa. Ruang terkurung adalah berbahaya disebabkan oleh:- i. Kekurangan pengudaraan yang mencukupi boleh menyebabkan ianya mengancam nyawa kerana terdapat pencemaran gas-gas berbahaya. ii. Kandungan oksigen udara boleh jatuh di bawah tahap yang diperlukan oleh kehidupan manusia iii. Kadang-kadang ruang terkurung sengaja dipenuhi dengan nitrogen sebagai teknik pencegahan kebakaran. Nitrogen tidak boleh menampung kehidupan manusia,jadi anda mesti menggunakan perlindungan pernafasan. iv. Banyak gas adalah bahan letupan dan boleh meledak dengan percikan bunga api.


Click to View FlipBook Version