KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14 UNIT 7 v. Ruang terkurung sering mempunyai bahaya fizikal seperti peralatan dan jentera yang bergerak. vi. Kereta kebal dan lain-lain ruang terkurung tertutup boleh diisi dengan bahan-bahan sehingga proses aliran untuk mengisi ia dikawal. Berikut adalah contoh ruang terkurung: a) tangki penyimpanan (contoh: untuk penyimpanan minyak, bahan kimia), kapal tangki, silo (contoh: untuk penyimpanan tepung, beras di kilang) dan ruang lain yang biasanya mempunyai lurang untuk masuk; b) ruang terbuka atas seperti lubang atau liang c) paip, pembentung (contoh: pembentungan IWK, terowong) Kemalangan di ruang terkurung adalah disebabkan kegagalan pihak majikan dalam menyediakan dan melaksanakan sistem kerja yang selamat yang diperlukan dalam menjalankan kerja di ruang terkurung. Faktor lain seperti kurangnya koordinasi dan kawalan ke atas aktiviti yang dijalankan di tempat kerja turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Semua ruang terkurung dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu non permit dan juga permit diperlukan. Sekiranya ruang terkurung memerlukan permit ianya mestilah mempunyai papan tanda di luar menyatakan kemasukan yang memerlukan permit. Secara umumnya ruang ini mengandungi ancaman terhadap kesihatan dan keselamatan.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 15 UNIT 7 Prosedur kecemasan termasuk mempunyai kelengkapan peralatan penyelamat, hendaklah diadakan dan lengkap. Persediaan hendaklah mengambil kira perkaraperkara berikut:- i. Bentuk dan saiz ruang terkurung ii. Maklumat tentang tugas yang hendak dilakukan. iii. Berkenaan rintangan ruang terkurung, dan iv. Kedudukan berkaitan dengan jalan masuk dan keluar dari ruang terkurung. Apabila terdapat pekerja yang masuk dan menunggu diluar ruang terkurung untuk mengendalikan peralatan yang perlu untuk menjalankan tugas dalam ruang terkurung, juga untuk memastikan terdapat perhubungan yang baik dengan orang di dalam ruang terkurung dan juga pemerhatian ke atas mereka supaya kerja-kerja menyelamat dapat dilakukan sekiranya perlu. Sebelum anda memasuki mana-mana ruang terkurung, anda perlu menguji atmosfera untuk menentukan sama ada apa-apa gas berbahaya yang hadir. Perlu juga ada hubungan komunikasi “walkie-talkie” dengan rakan atau pekerja di luar yang bersiap sedia dalam kes-kes kecemasan.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 16 UNIT 7 AKTIVITI PELAJAR Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut kumpulan anda. Kumpulan anda dikehendaki untuk menyediakan perkara berikut:- i. Dengan menggunakan kaedah – kaedah yang telah anda pelajari bagi tujuan menyelamat bagi pemindahan pesakit, lakukan satu demonstrasi bersama kumpulan anda. ii. Lakukan satu demonstrasi menggunakan peralatan stretcher bagi mengangkat mangsa menggunakan usungan. iii. Bincangkan bersama kumpulan anda, pengalaman anda melihat pekerja-pekerja binaan melaksanakan kerja di ruang sempit dan terkurung. Apakah alat yang anda biasa lihat mereka gunakan serta bincangkan langkah keselamatan yang sepatutnya mereka lakukan sebagai factor keselamatan memasuki ruang terkurung dan sempit. RINGKASAN UNIT 7.0 Kemahiran asas menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah ataupun cara untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini dimana mempunyai cara-cara dan panduan menyelamat tersendiri. Dalam kemahiran asas menyelamat ini pelbagai cara dan panduan yang boleh dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya seperti situasi yang boleh membawa kepada kematian, kecederaan atau kecacatan berpanjangan dan sebagainya. Bibliography: 1. http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/berkhemah.html 2. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/11/asas-perkhemahan.htm 3. http://ipkbsports.blogspot.com/2009/08/pendidikan-luar-ikhtiar-hidup.html 4. https://www.scribd.com/doc/16756806/Nota-Rujukan-Guru-Untuk-Modul-KadetPertahanan-Awam-KAPA 5. http://zaim-al-humaidi.blogspot.com/2010/03/nota-lengkap-pertolongan-cemasasas-dlm.html 6. http://ms.safetytoolboxtopics.com/Confined-Space/what-is-a-confined-space.html
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 i UNIT 8.0 DAN 9.0 : PETA dan PANDU ARAH Rasional Kursus Peta (Gambar muka bumi) atau sebahagian daripadanya yang dilukis di atas permukaan yang rata (kertas misalnya) serta mengikut skala. Peta yang baik membolehkan kita membayangkan apa yang ada ditempat tersebut: saiz, bentuk, jarak, ketinggian dan lain-lain. Sinopsis Kursus Topik ini difokuskan untuk mengenali dan analisa membaca peta muka bumi dan pandu arah yang betul dan selamat dimana satu lakaran grafik yang mewakili bahagian di permukaan bumi, yang dilukis mengikut skala sebagaimana jika dilihat daripada atas (tempa tinggi),warna, simbol, dan label yang digunakan untuk menunjukan fitur-fitur yang terdapat atas permukaan bumi. Hasil Pembelajaran i. mengenalpasti keperluan peta ii. menterjemah peta iii. mengaplikasikan maklumat peta melalui aktiviti berkaitan Selepas pembelajaran ini, pelajar akan dapat :-
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 ii Editor Muhammad Hidhir bin Baharom IKM Kuala Lumpur Panel of Editor Nor Muzaffar bin Mat Noor BKT Cover Design & Developed by Bahagian Kemahiran dan Teknikal Cawangan Pengajian Majlis Amanah Rakyat First Edition, November 2018 This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only Unit Pembangunan Modul Pembelajaran Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Web Page: http://www.mara.gov.my
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 iii INDEX UNIT CONTENTS PAGES Synopsis i Credit page Index ii iii 8.0 & 9.0 PETA DAN PANDU ARAH 1 8.1 Pengenalan kepada pandu arah 2 8.2 Tujuan peta 3 8.3 Jenis-jenis peta 3 8.4 Sukatan Skala Peta 9.1 Cara-Cara Menjaga Peta Maklumat Di Luar Garisan Peta Cara- Cara Mengukur Jarak Protaktor 9.2 Kompas 9.3 Cara Penggunaan Kompas 9.4 Anatomi kompas mils 4 8 8 13 13 13 18 Bibliografi 19
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 1 PENGENALAN Peta adalah satu keping kertas yang merupakan dokumen penting, yang mengandungi lukisan atau pun rajah muka bumi dan butir- butir yang terdapat di atas muka bumi tersebut. Peta juga memberi maklumat kepelbagaian bentuk dan dan ketinggian muka bumi serta jenis tumbuhan yang ada. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik membaca peta dan pandu arah dalam kegiatan luar Memahami fizikal geografi alam semulajadi dan mengetahui cara survivor apabila berada di satu Kawasan atau dalam hutan dan keluar dengan selamat Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan peta dan keselamatan supaya tidak jatuh kepada pihak tidak bertanggungjawab HASIL PEMBELAJARAN Selepas menamatkan pembelajaran ini, pelajar akan dapat:- i. mengenalpasti keperluan peta ii. menterjemah peta iii. mengaplikasikan maklumat peta melalui aktiviti berkaitan UNIT 8.0 DAN 9.0 : PETA DAN PANDU ARAH Kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan dalam membaca peta dan pandu arah adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 2 8.1 Pengenalan Kepada Peta dan Pandu Arah Gambar 1 : Peta Malaysia (semenanjung) pada skala 1:50 000 Pada awal abad ke-2 (87M-150M) Claudius Ptolomaesus mengemukakan mengenai kepentingan peta.Karya Claudius ptolomaeus telah dibukukan “Atlas Ptolomaeus”. Peta adalah satu keping kertas yang merupakan dokumen penting, yang mengandungi lukisan atau pun rajah muka bumi dan butir- butir yang terdapat di atas muka bumi tersebut.Dengan kata lain,peta adalah gambaran permukaan bumi yang diperkecil dengan skala untuk rujukan pengguna,pembaca yang mana ada tulisan dan simbolsimbol.Peta memberi maklumat kepelbagaian bentuk tinggi muka bumi serta tumbuhan yang ada .Peta juga memberi kita maklumat tentang kewujudan,kolasi dan jarak diantara fitur yang ada di permukaan bumi untuk membolehkan kita membuat perancangan dan pandu arah perjalanan dan perhubungan. Sangat penting bagi pihak tentera untuk mempertahankan negara,menentukan cara pertahanan,pengankutan,dan logistik yang ada.Oleh itu peta jangan sampai jatuh kepada pihak yang tidak
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 3 bertanggungjawab.Setiap operasi menyelamat dan mencari perancangan memerlukan peta yang tepat sebagai panduan pandu arah. 8.2 Tujuan Peta 1) Pada masa kini di kota raya peta merupakan satu kemudahan pandu arah bagi merancang pergerakan ke ‘RV’ ((RENDEZVOUS) pengkalan dan lain- lain. Peta diwujudkan dengan pelbagai tujuan dan fungsi bagi kepentingan dan kemudahan seperti berikut: 7.1.1 Mengumpul,mengenal dan mendapat maklumat 7.1.2 Mendapat gred rujukan atau square line 7.1.3 Mengetahui jarak diantara sesuatu tempat 7.1.4 Mengetahui kedudukan sesuatu tempat bagi tujuan: Menentukan kedudukan sebenar sesuatu tempat Merancang perjalanan Memberi taklimat, perintah,lapuran dan gambaran kawasan, gerakan,data gerakan yang lepas dan akan datang 8.3 Jenis-Jenis Peta Peta Planimetri Peta Sekolah Peta bandar / Pekan Peta Pelancongan Peta Kajibumi Peta Jalan
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 4 8.4 Membaca dan mencari maklumat di atas peta Skala peta terbahagi kepada sukatan skala yang kecil sehingga sukatan skala yang besar.berikut merupakan sukatan skala peta: a) 1 : 25,000. b) 1 : 50,000. c) 1 : 63,360. d) 1 : 100,000. Cara-Cara Menjaga Peta Peta adalah cetakan atas kertas, dan perlu elakkan daripada terkena air, lumpur atau terkoyak. Sebaiknya, simpan peta dalam kabinet yang dibina khusus untuk simpan peta. Jika bawa ke lapangan, letak dalam bekas kalis air.Lipat peta mengikut lebar yang dikehendaki.Jangan ditandakan peta dengan pen atau alat tulis yang lain. Gambar 2: Contoh Peta Daerah Selayang
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 5 Membaca dan mencari kedudukan di atas peta Maklumat yang ada di luar garisan peta merangkumi : i. Tajuk peta,Nama Daerah, kawasan dan pekan ii. Bilangan peta termasuk siri dan Edisi. iii. Sukatan peta ( batu, ela atau metrik). iv. Rajah perbezaan utara benar, grid dan magnetik serta perubahan tahunan. v. Tanda- tanda atau simbol topografi yang digunakan diatas peta. vi. Tarikh dicetak. vii. Petunjuk ( indek) peta. Gambar 3: Maklumat Daripada Peta
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 6 Gambar 3: Tarikh Peta Dicetak
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 7 Gambar 4: Koordinat: Longgitut , Latitut
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 8 AKTIVITI PELAJAR Gambar 5: Aktiviti Mengenali Membaca Peta
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 9 Gambar 5: Aktiviti Mengenali Membaca Peta
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 10 Gambar 6: Maklumat Dari Peta Topografi-Koordinat Gambar 7: Maklumat Dari Peta Topigrafi- Skala
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 11 Gambar 8: Maklumat Dari Peta Topografi- Garis Kontor
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 12 Gambar 9:Maklumat Dari Peta Topografi – Garisan Kontor Gambar 10: Maklumat Dari Peta Topografi- Garisan Kontor Gambar 11: Maklumat Dari Peta Topografi -Garis Kontor -selar kontor
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 13 Gambar 12 : aktiviti mengenali tinggi titik
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 14 Gambar 13:simbol topografi
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 15 Cara- Cara Mengukur Jarak Apabila membaca peta, jarak terdapat perbezaan. Jarak dikategorikan pada jarak yang lurus dan jarak yang tidak lurus. Jarak Lurus- Iaitu dengan menggunakan benang atau kertas Jarak tidak lurus - Ini biasanya melibatkan jalanraya yang bengkang- bengkok, denai, sungai dan lain- lain yang hendak diukur. Protaktor Kegunaan untuk mendapatkan bacaan laluan/ arah (Bering) dari peta. Letakkan protaktor mengikut Garisan ketimuran atau selari dengannya diatas peta. Tentukan lubang bahagian tengah berada di kedudukan anda atau kedudukan yang lain untuk mendapatkan bacaan bering.Rentang benang betul- betul lurus ke arah yang dicari tadi. Pastikan bahawa bacaan yang diperolehi itu betul iaitu sekiranya berada disebelah kanan kedudukan anda atau dari mana anda hendak mendapatkan bacaan arah, bacaannya adalah diantara 0 ke 3,200 dan 3,200 ke 6,400 mils. 9.3 Kompas Alat yang digunakan untuk mengukur bacaan arah diatas tanah iaitu dari kedudukan anda ke tempat lain dan sebagai panduan panduarah. Mempunyai pembuka dan penutup.Sukatan yang boleh dipusing- pusingkan dan dikunci.Sukatan ialah dari 0 ke 6,400 Mils.Cermin pembesar untuk mengambil bacaan arah apabila menenang. Petunjuk seperti anak panah berbentuk tiga segi dalam kompas.Garisan hitam di cermin penutup/ pembuka kompas.Terdapat satu tanda cahaya kelihatan di waktu malam di permukaan cermin kompas yang bertentangan dengan angka 6,400.Bacaan bulatan di dalam kompas ialah 0 ke 6,400 mils dan tiap- tiap pembahagian adalah 100 mils.Bacaan bulatan luar ialah 0 ke 6,400 mils dan tiap- tiap pembahagian 20 mils.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 16 Cara Penggunaan Kompas Siang Hari. Buka penutup kompas hingga paras. Alat cermin pembesar dialihkan untuk tujuan menenang melaluinya. MasuKkan ibu jari ke dalam bulatan yang terdapat pada kompas. Tenang melalui alat cermin pembesar dan gerakan kompas tadi sehingga bacaan arah yang dikehendaki diperolehi. Malam Hari. Cari bacaan arah yang dikehendaki. Pusingkan penutup cermin kompassehingga bacaan bersamaan dengan garisan ‘Labber’. Ambil arah sehingga anak panah dalam kompas sejajar dengan jalur bersinar ( Luminous Strip) diatas cermin kompas. Arah anda hendaklah mengikut paksi kompas atau lidah kompas dan bukannya mengikut jalur bersinar.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 17 9.4 Rajah anatomi kompas Notch Tongue Lubber Line Metal Bar Hair Line Window Glass Window Glass Clamping Screw Direction Mark Brass Reguard North Point Compass Card Glass Setting Circle Prism Box Eye Slot Thumb Ring Setting Slot
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 8-9 18 BIBLIOGRAFI: 1. Available: http://www.ukm.my/kamal/asas%20kerjalapangan/kuliah%204%20- %20peta%20topografi.pdf 2. Available: http://geophypalace.blogspot.com/2013/10/bagian-bagian-dan-fungsikompas.html
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 i UNIT 10.0 : KRAF PERKHEMAHAN DAN REKREASI Rasional Kursus Program ini diadakan untuk memupuk sifat kerjasama dan disiplin dalam diri pelajar. Sifat seperti kepimpinan, keyakinan diri, keberanian, toleransi, ketahanan fizikal, mental dan rohani hendaklah tersemat dalam diri pelajar. Ini merupakan matlamat kursus ini diperkenalkan kepada para pelajar yang mengikuti Ko-Kurikulum 1 ini. Pelbagai bentuk aktiviti seperti flying fox, orienteering, mendaki bukit dan lain-lain disusun supaya para pelajar dapat menonjolkan sifat kepimpinan dan bakat masing-masing dalam menempuh cabaran yang lebih mencabar pada masa akan datang di samping mengamalkan nilai-nilai murni dan dan menghayati keindahan flora dan fauna yang terdapat di muka bumi ini. Sinopsis Kursus Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. Hasil Pembelajaran i. Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin serta peranan pelajar semasa melakukan aktiviti perkhemahan. ii. Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani dalam setiap situasi. iii. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi. iv. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar cara mempraktikkan gaya hidup sihat dengan aktiviti rekreasi. Setelah tamat mengikuti kursus ini, pelajar-pelajar akan dapat :-
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 ii Editor Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor BKT Cover Design & Developed by Bahagian Kemahiran dan Teknikal Cawangan Pengajian Majlis Amanah Rakyat First Edition, November 2018 This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only Unit Pembangunan Modul Pembelajaran Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Web Page: http://www.mara.gov.my
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 iii INDEX UNIT CONTENTS PAGES Synopsis i Credit page Index ii iii 10.0 KRAF PERKHEMAHAN DAN REKREASI 1 10.1 Pengenalan kepada perkhemahan 2 10.2 Peralatan perkhemahan 3 10.3 Tatacara perkhemahan 5 10.4 Pengenalan kepada rekreasi 10.5 Jenis-jenis rekreasi 6 7 Aktiviti pelajar 8 Bibliografi 9
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 1 PENGENALAN Perkara asas kepada rekreasi atau kegiatan luar adalah perkhemahan. Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu. Bagi warga rekreasi, khemah yang diperlukan adalah ringan, lasak dan senang dipasang dan dibuka semula. Yang paling sesuai adalah khemah dari bahan nylon dan jenis-jenis yang ringan. Ada tiga bentuk khemah yang sesuai dengan tiga bentuk cuaca dan persekitaran yang berbeza. LEARNING OBJECTIVES Mengalakkan masyarakat untuk mengaplikasi kemahiran dan teknik kraf perkhemahan dalam kegiatan luar Memahami habitat dan alam semulajadi dan mengetahui cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dengan cara yang sepatutnya LEARNING OUTCOMES i. Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin serta peranan pelajar semasa melakukan aktiviti perkhemahan. ii. Meningkatkan keyakinan diri dan sifat berani dalam setiap situasi. iii. Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi. iv. Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar cara mempraktikkan gaya hidup sihat dengan aktiviti rekreasi. Setelah tamat mengikuti kursus ini, pelajar-pelajar akan dapat :- UNIT 10.0: KRAF PERKHEMAHAN DAN REKREASI Kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 2 10.1 Pengenalan Kepada Perkhemahan Gambar : Persediaan untuk berkhemah Maksud Tempat Perlindungan adalah sebarang bentuk tempat perlindungan tidak kira dari canves, nylon atau pun daun dan mungkin juga dari batu dan simen sepertimana yang didirikan oleh warga pelarian perang di tapak sementara di negeri orang . Yang pentingnya boleh memberi perlindungan dari hujan, panas, kesejukan dan juga angin. Satu aktiviti luar yang dapat memupuk sifat kerjasama, berdikari dan mempelajari kemahiran-kemahiran perkhemahan. ● Dapat menenangkan fikiran dan mengisi masa lapang ● Pasukan beruniform selalu mengadakan perkhemahan di kawasan hutan ● Selalu dijalankan dalam kumpulan besar.Tujuan:memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan mengeratkan lagi hubungan antara rakan ataupun keluarga. ● Pihak-pihak yang mengadakan aktiviti perkhemahan perlu merancang dengan teliti supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan tempat perkhemahan adalah selamat dan sesuai.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 3 Persediaan bagi tujuan berkhemah adalah seperti:- i. Mendapatkan tapak perkhemahan yang sesuai. ii. Pengetahuan untuk memasang khemah. iii. Mengenalpasti pelbagai jenis khemah. iv. Menyediakan peralatan yang sesuai bagi tujuan berkhemah. 10.2 Peralatan Perkhemahan Peralatan perkhemahan perlu disediakan dengan lengkap apabila terdapatnya keperluan untuk berkhemah dan berekreasi. Peralatan ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:- Peralatan Utama ● Khemah, tiang, pacak khemah, tali pengikat (peralatan utama) Plastik alas lantai khemah Plastik alas atas khemah (persediaan menghadapi kebocoran) Tilam angin dan pam Tikar tidur Beg tidur Selimut Bantal Pelita Bahan api pelita dan corong (jika menggunakan minyak) Lampu picit dan bateri ganti Plastik sampah Tali (Bagi ampaian dan 1,000 kegunaan lain!) Pengepit baju Kit pertolongan cemas Belerang Peralatan Am Parang Kompas Pisau perkhemahan, pisau askar Pemutar skru Mancis tahan air / dalam bekas kedap air "Pemula api" Kayu/bahan bakar
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 4 Peralatan Memasak Dapur perkhemahan Bahan api dapur perkhemahan dan corong (jika menggunakan minyak) Jaring bagi unggun api Periuk perkhemahan dengan penutup Cerek teh atau kopi Kuali menggoreng Penyejuk dan air batu Pembuka tin Pembuka botol Sudu, pisau, garpu Cawan plastik, kertas atau besi Pinggan plastik/kertas Mangkuk Sudu hidangan Spatula Tuala pengesat Span Sabun ramah persekitaran Tuala kertas Bekas plastik bagi menyimpan makanan Bahan Makanan Roti Mentega kacang & jeli Koko, teh dan kopi (serbuk bancuhan minuman) Buah-buahan Makanan tin Air Garam, lada hitam, perasai,gula Minyak masak Sos tomato, stik dll
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 5 10.3 Tatacara Perkhemahan Peserta-peserta yang berhasrat mengikuti program perkhemahan berkumpulan dinasihatkan mengikuti tatacara perkhemahan seperti berikut:- a) Berkhemah dalam kumpulan kecil - bilangan besar dengan ketenangan tak selari. b) Rancangan aktiviti anada untuk mengurangkan sampah – jauhkan botol dan tin. c) Bawa keluar apa yang anda bawa masuk – ambil bersama anda sampah yang tiada terbakar. Menanam tidak sesuai kerana cuaca dan binatang akan mengeledah. d) Ikut trek atau laluan yang sedia ada – jangan merentas sesuka hati. e) Kecilkan pembinaan tapak perkhemahan. – Jangan memusnahkan tumbuhan. f) Jangan berkhemah berhampiran rumah, jalan, air terbuka, trek atau khemah orang – hormati pesanan orang. g) Jangan gunakan sabun atau lain bahan cucian di sungai atau tasik. Ambil air ke khemah anda supaya air yang di pakai meresap ke tanah. h) Tanamkan najis – pilih tempat yang sesuai, jauh dari air dan kawasan perkhemahan, gali lubang dan pastikan anda kambung dengan tanah. i) Dapur bergerak adalah lebih baik dari kayu api, kayu kering ada peranannya dalam pusingan alam semula jadi. j) Kalau menggunakan kayu, pastikan api anda kecil dan jimatkan penggunaan kayu. k) Pastikan juga pai di padam betul-betul sebelum meninggalkannya. aga hidupan dan tumbuhan liar. l) Awasilah perseimbangan alam kerana anda adalah sebahagian daripadanya.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 6 10.4 Pengenalan Kepada Rekreasi Rekreasi ialah aktiviti masa lapang, masa lapang yang menjadi masa budi bicara. Keperluan melakukan sesuatu untuk rekreasi ialah unsur penting dalam biologi dan psikologi manusia. Aktiviti rekreasi sering dilakukan untuk keseronokan, hiburan, atau kepuasan dan dianggap "menyeronokkan". Manusia menghabiskan masa mereka dalam kegiatan kehidupan seharian, kerja, tidur, tugas sosial, dan masa lapang, dengan masa lapang itu bebas dari komitmen sebelumnya terhadap keperluan fisiologi atau sosial, satu prasyarat rekreasi. Gambar: Aktiviti Pelajar Santai meningkat dengan peningkatan masa yang panjang dan, bagi banyak orang, dengan masa yang semakin sedikit yang dibelanjakan untuk kelangsungan hidup fizikal dan ekonomi, namun yang lain berpendapat bahawa tekanan masa telah meningkat untuk orang moden, kerana mereka komited untuk terlalu banyak tugas Faktor lain yang merangkumi peranan rekreasi yang meningkat adalah kemewahan, trend penduduk, dan peningkatan pengkomersialan persembahan rekreasi.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 7 10.5 Jenis-jenis Rekreasi Terdapat berbagai jenis rekreasi, antaranya ialah:- i. Rekreasi Fizikal Rekreasi fizikal adalah aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal seseorang individu seperti berbasikal atau berjogging. ii. Rekreasi Sukan Reakreasi Sukan adalah aktiviti yang memerlukan beberapa pasukan untuk bermain. Antara aktiviti rekreasi sukan adalah seperti bola sepak, bola jaring, bola tampar dan bola keranjang. iii. Rekreasi Sosial Rekreasi Sosial memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan dalam kalangan masyarakat agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya seperti Sukaneka, Suka Rakyat dan Aktiviti Hari Keluarga. iv. Rekreasi Mental / Linguistik Aktiviti ini memerlukan keupayaan mental dan minda seperti berdebat, berpidato memanah dan bermain catur. v. Rekreasi Terapuetik Aktiviti rekreasi ini seperti mendengar muzik dan bersenam robik. vi. Rekreasi Gerak Tari Aktiviti rekreasi yang memerlukan pergerakan anggota badan seperti kaki, tangan, kepala anggota badan yang lain seperti senaman Tai Chi dan Yoga. vii. Rekreasi Drama Rekreasi ini memerlukan kebolehan dan bakat seseorang individu dengan melakukan aktiviti seperti Teater.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 8 AKTIVITI PELAJAR Orieentering: Lokasi: Di sekitar kawasan institut atau lokasi bersesuaian yang berdekatan dengan institut. 1. Pelajar dibahagikan kepad kumpulan yang sama bilangannya. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua. 2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. 3. Pada kad kompas terdapat beberapa “check point” yang perlu dicari. Setiap “check point” pelajar adalah dihendaki membuat pemerhatian di stesen tersebut serta menjawab soalan yang disediakan. 4. Contonhya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentukbentuk daun yang ada dan terangkan fungsi daun. 5. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan dibekalkan dengan kompas untuk mencari arah 6. Fasilitator akan menerangkan cara penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan. 7. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat. 8. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut selang masa tertentu. 9. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja adan menjawab semua soalan dengan betul adalah diistiharkan sebagai pemenang dan mengumpul mata individu/kumpulan.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 10 9 RINGKASAN UNIT : 10.0 Berkhemah kini menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati oleh berjuta-juta umat manusia.Manusia sudah pun didorong oleh naluri dan perasaan sayang dan kesediaan melindungi alam sekitar semula jadinya yang penuh dengan keindahan dan keajaiban. Mungkin juga sebagai satu pengajaran sebelum segala keindahan khazanah alam sekitar semula jadi luput dan hilang bersama-sama tamadun manusia yang tidak henti-henti membinasakannya, buat selama-lamanya. Satu bukti pentingnya berkhemah ini dalam Islam ialah ia termasuk di dalam salah satu hubungan Rukun Islam yang kelima dimana semasa mengerjakan rukun yang kelima iaitu Rukun Haji umat islam seluruh dunia seramai berjuta-juta orang diwajibkan berada (wukuf) di Arafah dan bermalam di Muzdalifah. Inilah perkhemahan agung muslim setahun sekali. Sebelum Kota Mekah dimodenkan tidak semua jemaah haji itu terpaksa bermukim di bawah khemah. BIBLIOGRAFI: 1. http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/berkhemah.html 2. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/11/asas-perkhemahan.htm 3. http://studentipg.blogspot.com/2011/03/perkhemahan.html
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 i UNIT 12.0 : TEORI IKHTIAR HIDUP Rasional Kursus Pendedahan dalam kelas sahaja secara teori berhubung pengetahuan ikhtiar hidup tidak mencukupi bagi memastikan pelajar bersedia menghadapi keadaan kecemasan. Para pencinta kegiatan luar dan rekreasi sememangnya telah bersedia dengan setiap cabaran yang pasti akan dihadapi. Persediaan mental dan fizikal yang kukuh adalah diharapkan akan dapat membantu setiap ahli yang melakukan kegiatan luar agar mereka tidak mudah menyerah jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika kegiatan luar. Diharapkan kursus ini akan dapat memberikan pendedahan tentang teknik ikhtiar hidup yang betul kepada para peserta bagi menambahkan kemahiran dan pengetahuan khususnya ketika keperluan terhadap kemahiran ikhtiar hidup ini. Kemahiran dan teknik yang dipelajari juga secara tidak langsung akan memberikan keyakinan yang kukuh kepada setiap peserta dalam memilih pilihan-pilihan yang tepat dan jitu. Sinopsis Kursus Kursus ini merangkumi perkembangan aktiviti asas kembara dan mempelajari kepelbagaian teknik ikhtiar hidup dalam aspek keselamatan diri dengan menggunakan sumber alam semulajadi mengikut situasi dan kemudahan yang terhad. Kursus ini juga memberi penekanan kepada pelajar dalam melaksanakan penganjuran program asas kembara. Hasil Pembelajaran i. membentuk sikap bertanggungjawab dalam pemeliharaan da pemuliharaan alam sekitar. ii. membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari bahaya. iii. mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. iv. bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik. Selepas menamatkan kursus ini, pelajar akan dapat:-
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 ii Editor Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor BKT Panel of Editor Shalyzam bin Mohamad Shukri IKM Sik Cover Design & Developed by Bahagian Kemahiran dan Teknikal Cawangan Pengajian Majlis Amanah Rakyat First Edition, November 2018 This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only Unit Pembangunan Modul Pembelajaran Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Web Page: http://www.mara.gov.my
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 iii INDEX UNIT CONTENTS PAGES Synopsis i Credit page Index ii iii 12.0 TEORI IKHTIAR HIDUP 12.1 Mendapatkan Air 2 12.2 Menyalakan Api 7 12.3 Mendapatkan makanan 9 12.4 Membina tempat perlindungan 10 Aktiviti 13 Bibliografi 14
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 1 PENGENALAN Ikhtiar hidup bukan hanya usaha untuk hidup sahaja tetapi satu usaha untuk keluar dari situasi tersebut. Ilmu ikhtiar hidup adalah penting sekiranya berlaku pengembara yang tersesat di hutan ilmu ikhtiar hidup ini adalah diperlukan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di bukit, di hutan atau di mana sahaja. 2. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. 3. Membina tempat perlindungan reka ganti untuk mengelakkan dari bahaya. 4. Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab. HASIL PEMBELAJARAN Selepas pelajar berjaya menamatkan pelajaran ini, pelajar akan dapat:- i. mengenalpasti ilmu ikhtiar hidup ii. menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keperluan ikhtiar hidup. iii. mengawal diri dari pengaruh yang berunsur negatif. UNIT 12.0 : TEORI IKHTIAR HIDUP Merupakan suatu keadaan genting dalam usaha untuk terus hidup.kesimpulannya, ikhtiar hidup merupakan suatu ikhtiar dalam proseskelangsungan hidup. Aspek-aspek ikhtiar hidup mestilah diketahui oleh para peminat aktiviti luar terutamanya yang melibatkan kawasan hutan, bukit, dan gunung.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 2 12.1 Mendapatkan Air Air adalah sumber kehidupan. Tanpa adanya air kehidupan tidak dapat bertahan lama. Air merupakan sumber utama yang diperlukan didalam keadaan ikhtiar hidup. Anda tidak boleh hidup lama tanpanya, terutamanya ketika cuaca panas dimana anda akan kerap kehilangan air semasa berpeluh. Walaupun anda berada di tempata yang bercuaca sejuk, anda sekurang-kurangnya memerlukan 2 liter air sehari. Lebih daripada 3/4 tubuh anda mengandungi cecair. Kehilangan cecair didalam badan anda mengakibatkan kepanasan melampau, kesejukan melampau, tekanan dan keletihan. Untuk mendapatkan sistem tubuh berfungsi secara efektif, anda perlu menggantikan kehilangan air dalam tubuh. Apa yang anda perlukan sekarang adalah untuk mengenalpasti serta mendapatkan sumber dan punca-punca air tersebut. Hampir dalam kesmua persekitaran mempunyai air dalam tahap-tahap tertentu. Jadual a-1 menyenaraikan sumber air yang boleh diperolehi dalam sesuatu persekitaran. Ia juga mengandungi cara untuk mendapatkan air tersebut. Persekitaran Sumber Air Cara untuk mendapatkannya Catatan Kawasan Berais Salji dan ais Cairkan dan bersihkan Jangan makan ais tanpa mencairkannya terlebih dahulu. Memakan ais boleh menurunkan suhu badan dan mengakibatkan lebih banyak kehilangan air dalam badan. Salji dan ais bukan lagi air tulin dari tempat asalnya. Ais laut yang bewarna kelabu ataupun legap mengandungi garam. Jangan gunakannya sebelum melakukan proses penyah garaman. Ais laut yang seperti kristal kebiru-- biruan mengandungi sedikit garam didalamnya.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 3 Persekitaran Sumber Air Cara untuk mendapatkannya Catatan Di Laut Air laut Gunakan alat penyah garam (desalter-kit) Jangan minum air laut tanpa penyahan garam. Air hujan Kumpulkan air hujan menggunakan alat penadah air hujan ataupun sebarang bekas boleh menyimpan air. Jika bekas mengumpulkan air diselaputi garam, cuci dengan air laut sebelum menggunakannya (hanya sedikit garam akan tertinggal pada bekas tersebut). . Ais laut Lihat catatan untuk kawasan berais diatas. Pantai Dalam tanah/pasir Gali lubang sedalam mungkin hingga mengandungi air didalamnya. Dapatkan beberapa ketul batu, nyalakan api dan panaskan batu tersebut. Setelah panas, masukkan batu itu kedalam lubang tersebut, hadangkan sehelai kain bersih pada permukaan lubang tersebut untuk memerangkap wap air yang terhasil, kemudian perah kain tersebut untuk mendapatkan air. Cara lain ialah jika terdapat bekas ataupun tempat mendidihkan air. Masukkan bekas tersebut dengan air laut kemudian didihkan. Perangkap wap air yang terhasil menggunakan kain bersih dan kemudian perahkan untuk mendapatkan air tersebut. Rajah a-1 sumber-sumber air dalam keadaan yang berlainan
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 4 Persekitaran Sumber Air Cara untuk mendapatkannya Catatan Gurun Dalam tanah -Kawasan lembah dan bertanah rendah -Bekas alur sungai yang kering -Kaki tebing tinggi atau bukit batuan tinggi -lekukan terdalam sekali dikawasan tasik yang kering -Permukaan pasir yang lembap -Kawasan yang mempunyai tumbuhan Gali lubang sedalam mungkin hingga air boleh meniris masuk kedalamnya. Dikawas bukit pasir (dune belt), air boleh diperolehi dibahagian bawah timbunan pasir tersebut iaitu dikawasan tanah yang asal. Kaktus / Cacti Potong pada bahagian atas kaktus dan keluarkan isinya (pulp). Perahkan isinya untuk mendapatkan air. Peringatan: Jangan makan isi kaktus. Isi kaktus boleh dikunyah didalam mulut untuk menyedut airnya tetapi mesti dibuang selepas itu. Tanpa menggunakan seberang alat memotong adalah sukar untuk memotong kaktus kerana batangnya yang keras.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 5 Persekitaran Sumber Air Cara untuk mendapatkannya Catatan Gurun Celah atau rekahan pada batu Masukkan tiub yang sesuai untuk mengeluarkan air pada rekahan tersebut. Jika rekahan pada batu tersebut cukup besar, anda bolehlah menggunakan sebarang bekas untuk mencedok air keluar. Batuan berliang atau celahan kecil Masukkan tiub untuk menyedut air keluar. Kondensasi/penyejatan pada logam Gunakan kain untuk menyerap lembapan pada logam, kemudian perah kain untuk mendapatkan air. Suhu lampau yang berubah-ubah diantar malam dan siang mengakibatkan berlakunya kondensasi pada permukaan logam. Berikut adalah tandatanda yang perlu diketahui semasa berada di gurun untuk membantu anda menemui sumber air: Kesan jejak selalunya menemukan anda kepada sumber air. Anda mesti mengikut arah dimana jejak tersebut akan bersatu. Kesan-
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 6 kesan tapak perkhemahan tinggalan, abu unggun api, najis binatang dan kesan jejakan haiwan atau manusia boleh dijadikan tanda kesan laluan yang telah ditinggalkan. Burung selalunya terbang berpusing-pusing secara berkumpulan pada kawasan yang berair. Sesetengah burung mencari air pada sebelah pagi dan senja. Pada masa ini mereka akan terbang dengan laju dan rendah. Burung yang bersiul pada sebelah awal pagi ataupun senja menandakan terdapatnya sumber air berdekatan. Rajah a-1 sumber-sumber air dalam keadaan yang berlainan
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 7 12.2 Menyalakan api Kemahiran Menghidupkan Api Api sangat penting untuk memasak, memanaskan badan pada waktu malam dan menakutkan atau menghalau haiwan liar. Sementara asapnya dapat melindungi diri daripada serangan nyamuk dan agas. Terdapat tiga jenis kayu yang sering digunakan untuk menghidupkan api iaitu: i. Ranting kering – Ranting yang digunakan untuk menyalakan api ii. Kayu lambat terbakar – Kayu yang menghasilkan bara untuk memanggang iii. Kayu cepat terbakar – Kayu yang terbakar dengan kuat. Tapak yang digunakan untuk menghidupkan api mestilah dalam keadaan kering, jauh daripada khemah atau pokok dan dilindungi dengan batu, kayu atau tanah supaya apinya tidak merebak ke tempat lain. Walau bagaimanapun tidak dinafikan akan timbul masalah jika dalam keadaan hari hujan. Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar amat sukar dicari. Namun ada beberapa cara yang boleh dicuba. Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar. Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya bahagian dalam yang kering. Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat ‘ bunga jarau’. Gunakan bahagian dalam yang kering. Beberapa cara menghidupkan api cara kuno dapat dibuat dengan menggunakan kaedah berikut: Geselan buluh dengan buluh Buluh yang digunakan adalah buluh yang betul-betul kering .Jika perlu dijemur hingga kering.Buluh yang pertama dibelah sebesar 2 cm. Dipotong melintang sedikit sahaja ditengah-tengahnya seperti lurah. Disebelah dalam buluh itu ditebuk sedikit supaya buluh itu mudah mendapatkan api apabila digeserkan. Ditempat itu juga akan diletakkan rabuk untuk menangkap api yang telah terhasil dari geseran buluh. Sebatang lagi buluh lagi yang sama besarnya dibuat bagi tujuan pengepit rabuk dan dicantumkan kedua dua bahagian dalam buluh yang pertama tadi. Kemudian ambil sebatang buluh lagi yang lebih kurang sama besarnya ditajamkan sebelahnya sahaja seperti mata parang.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 8 Cara untuk mendapatkan api dilakukan dengan mengesel bahagian buluh yang tajam pada buluh yang telah dicantumkan tadi.Pada permulaan buluh digeselkan dengan perlahan-lahan dan dipercepatkan setelah mendapat tekniknya.Buluh yang menjadi panas akan mengeluarkan api. Api itu kemudian akan ditangkap oleh rabok yang telah diletakkan , cara untuk mengetahui bahawa buluh itu telah menangkap api ialah apabila asap telah keluar daripada geseran. Panah dengan busar (Kayu dengan kayu / kayu dengan buluh) Dalam, teknik membuat api secara ini alat-alatnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu: i. Bahagian Panah Siapkan sebatang kayu bulat sebesar ibu jari disatu hujungnya Ditajamkan. Di hujung satu lagi dibuat lubang yang berupa jarum.Ambil sekeping kayu untuk busar buatkan lubang ditengah, Dihujung tadi diikat dengan tali dan hujung yang satu lagi diikat. Piring berbentuk leper bulat yang berlubang ditengah dimasukkan dahulu sebagai pengimbang. ii. Bahagian kedua (Pelapik) Bahagian pelapik ialah sebatang kayu atau juga menggunakan Buluh. Caranya ialah buat sedikit tapak untuk busir memusing. Selepas semuanya siap, panah tadi dipusingkan sedikit kepada Tali busir, seterusnya dihenjutkan supaya ia terus berpusing dengan piring pengimbang sehingga keluar asap.Setelah cukup Panas keluarkan panah dan tiup kayu pelapik pada kayu yang Berasap di sinilah api akan dihasilkan. Gobek Api Selain dari cara yang diterangkan di atas,penggunaan gobek api boleh juga menghasilkan api.Cara membuatnya dengan mencari teras kayu yang keras seperti cengal,meranti dan sebagainya.Tebuk satu lubang gobek yang dalamnya lebih kurang 3 cm, besar lubang sebesar anak jari kemudian cari kayu yang keras juga untuk Dijadikan anak gobek. Besar anak gobek yang hendak dibuat adalah semuat dengan lubang gobek tadi, dihujung anak gobek diraut sedikit kemudian dililit dengan benang dan disapukan dengan lemak binatang, tujuannya untuk mengetatkan lubang tersebut, dihujung batang anak gobek tadi juga dibuat sedikit lubang untuk diletakkan rabok.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 9 Setelah persiapan dibuat masukkan anak gobek dimulut lubang gobek dan pukul dengan cara mengejut (menggunakan tapak tangan) dengan cara mengejut juga anak gobek ditarik keluar, cepat lihat, api akan terhasil dirabok pada hujung gobek Pembalik cahaya Untuk mendapatkan api menggunakan cara ini ialah dengan memasukkan rabok pada tengah pemancar lampu suloh, kemudian pancarkan ke matahari. Bentuk pancaran matahari ke rabok akan menjadikan satu titik halus yang bersilau.Tunggu dalam beberapa saat.Api akan terhasil apabila pancaran matahari tersebut cukup panas dan terus membakar. 12.3 Mendapatkan makanan Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan. Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkan melalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu. Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam. Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup. Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 10 12.4 Membina tempat perlindungan Keutamaan dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan. Bagi tujuan membina tempat untuk melindungi diri daripada panas matahari, cuaca sejuk, hujan dan angin. Pemilihan tempat berteduh yang bersesuaian adalah penting sebagai perlindungan sementara. Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran. Membina tempat perlindungan Binaan tempat perlindungan sementara boleh didapati dari kawasan sekeliling dan selamat daripada serangan binatang-binatang liar dan serangga yang merbahaya. Pemilihan tempat perlindungan sementara ini sebaiknya adalah berhampiran dengan sumber air dan kemudahan mendapatkan makanan. Jenis-jenis tempat perlindungan i. Pondok Sementara Ini adalah jenis perlindungan yang paling mudah dibina untuk kegunaan pada jangkamasa pendek dan dibina di atas tanah yang rata dan kering.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 11 Pondok pelindung angin/sementara Didirikan dengan rangka bumbung berbentuk “V” terbalik. Bumbung ditongkat oleh 2 batang tiang dan dibuat daripada apa saja jenis daun seperti daun bertam, nipah, senduduk dan lain-lain. Sesuai didirikan di kawasan lereng bukit, kawasan permatang yang sempit, kawasan tanah lapang dan tepi pantai. ii. Pondok jangka panjang Pondok ini dibina sekiranya tempoh untuk tinggal dijangkakan dalam jangka masa yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembap dan tidak rata. iii. Pondok pisang sesikat / jangka panjang Pondok ini didirikan dalam keadaan 4 tiang. Tiang hadapan adalah lebih tinggi dari tiang belakang manakala bumbungnya curam ke belakang. Dalam sesetengah keadaan ianya didirikan menggunakan 2 tiang dengan cara bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah. Ianya sesuai didirikan di kawasan tinggi dan lereng bukit.