KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 12 Pondok dalam kawasan paya. Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan berpaya (rawang). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat dari air pasang. Antara bahan-bahan binaan pondok perlindungan sementara yang boleh digunakan ialah:- i. Atap Salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:- a. Daun palas gajah dan palas biasa b. Daun rumbia atau nipah c. Daun bertam d. Daun pokok kabung dan enau e. Daun mengkuang f. Buluh dan kulit kayu g. Daun-daun lain yang lebar dan bahan-bahan yang bersesuaian. ii. Tiang dan Alang Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok, kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan baha-bahan untuk membuat atap.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 13 iii. Tali Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang,alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, rotan dan akarakar kayu yang boleh diperolehi dari hutan. Selain dari itu, pokok-pokok menjalar yang kuat akarnya juga boleh digunakan sebagai tali pengikat tiang dan alang pondok. AKTIVITI PELAJAR Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut kumpulan anda. Kumpulan anda dikehendaki untuk menyediakan perkara berikut:- i. Buat pembentangan melalui kerja berkumpulan tentang perkara berikut:- a) Kaedah mendapatkan air b) Kaedah menyalakan api c) Kaedah mendapatkan makanan d) Kaedah membina tempat perlindungan sementara. ii. Bina model tempat perlindungan sementara di dalam hutan. iii. Senaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi pemuliharaan Alam Sekitar di kawasan sekitar tempat perkehmahan anda. iv. Bincangkan dalam kumpulan and acara-cara memasak tanpa menggunakan bekas.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 12 14 RINGKASAN UNIT 12.0 Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui dan dipelajari oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini adalah kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar dan rekreasi. Selain dari itu juga, ilmu ini membolehkan seseorang individu dapat meneruskan kesinambungan “survival” hidup apabila berlakunya sesuatu kecemasan samaada di daratan mahupun di lautan. BIBLIOGRAFI: 1. http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/berkhemah.html 2. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/11/asas-perkhemahan.htm 3. http://rekreasi3a2014.blogspot.com/2014/06/ikhtiar-hidup.html 4. http://blatkrs.blogspot.com/2010/06/ikhtiar-hidup.html 5. http://www.sabah.net.my/huzaimi/survival/air_tumbuhan/air01.html 6. myadha.blogspot.com/2010/08/ikhtiar-hidup-di-hutan.html
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 i UNIT 13.0 : TEORI IKHTIAR HIDUP Rasional Kursus Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar. Diharapkan kursus ini akan dapat memberikan pendedahan tentang teknik ikhtiar hidup yang betul kepada para peserta bagi menambahkan kemahiran dan pengetahuan khususnya ketika keperluan terhadap kemahiran ikhtiar hidup ini. Kemahiran dan teknik yang dipelajari juga secara tidak langsung akan memberikan keyakinan yang kukuh kepada setiap peserta dalam memilih pilihan-pilihan yang tepat dan jitu. Sinopsis Kursus Kursus ini merangkumi perkembangan aktiviti asas kembara dan mempelajari kepelbagaian teknik ikhtiar hidup dalam aspek keselamatan diri dengan menggunakan sumber alam semulajadi mengikut situasi dan kemudahan yang terhad. Kursus ini juga memberi penekanan kepada pelajar dalam melaksanakan penganjuran program asas kembara. Hasil Pembelajaran i. membentuk sikap bertanggungjawab dalam pemeliharaan da pemuliharaan alam sekitar. ii. membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan dari bahaya. iii. mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. iv. bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik. Selepas menamatkan kursus ini, pelajar akan dapat:-
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 ii Editor Nor Muzaffar bin Hj Mat Noor BKT Panel of Editor Cover Design & Developed by Bahagian Kemahiran dan Teknikal Cawangan Pengajian Majlis Amanah Rakyat First Edition, November 2018 This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only Unit Pembangunan Modul Pembelajaran Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Web Page: http://www.mara.gov.my
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 iii INDEX UNIT CONTENTS PAGES Synopsis i Credit page Index ii iii 9.0 TEORI IKHTIAR HIDUP 1 9.1 Pengenalan kepada Ikhtiar Hidup 2 9.2 Definisi Ikhtiar Hidup 3 9.3 Mental Survivor 5 9.4 Pengawalan Situasi 9.5 Teori Ikhtiar hidup 9.6 Jenis-jenis Ikhtiar Hidup 8 Self Assessment 12 Bibliografi 13
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 1 PENGENALAN Ikhtiar hidup bukan hanya usaha untuk hidup sahaja tetapi satu usaha untuk keluar dari situasi tersebut. Ilmu ikhtiar hidup adalah penting sekiranya berlaku pengembara yang tersesat di hutan ilmu ikhtiar hidup ini adalah diperlukan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1. Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di bukit, di hutan atau di mana sahaja. 2. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. 3. Membina tempat perlindungan reka ganti untuk mengelakkan dari bahaya. 4. Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab. HASIL PEMBELAJARAN Selepas pelajar berjaya menamatkan pelajaran ini, pelajar akan dapat:- i. mengenalpasti ilmu ikhtiar hidup ii. menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keperluan ikhtiar hidup. iii. mengawal diri dari pengaruh yang berunsur negatif. UNIT 9 : TEORI IKHTIAR HIDUP Merupakan suatu keadaan genting dalam usaha untuk terus hidup.kesimpulannya, ikhtiar hidup merupakan suatu ikhtiar dalam proseskelangsungan hidup. Aspek-aspek ikhtiar hidup mestilah diketahui oleh para peminat aktiviti luar terutamanya yang melibatkan kawasan hutan, bukit, dan gunung.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 2 9.1 Pengenalan Kepada Ikhtiar Hidup Ikhtiar hidup atau survival adalah segala usaha yang berkaitan untuk meneruskan hidup apabila berada di dalam keadaan sekeliling yang boleh menyebabkan kita mati. Kita memerlukan tempat berlindung seperti rumah untuk membolehkan kita berlindung dari ancaman yang pelbagai. Ikhtiar hidup ini merupakan satu keadaan di mana kita mencari jalan bagi meneruskan kesinambungan hidup di tempat yang asing buat kita dan tempat yang dilanda bencana seperti peperangan dan bencana alam. Ikhtiar hidup ini berlaku biasanya dalam keadaan kita tidak bersedia. Oleh itu, ikhtiar hidup ini adalah penting untuk kita memahami psikologi ikhtiar hidup dan teknik-tekniknya kerana mati itu bukan satu pilihan. 9.2 Definisi Ikhtiar Hidup Menurut Kamus Dewan ikhtiar adalah pilihan atau berusaha mencari jalan bagi mencapai sesuatu maksud. Di dalam konteks kegiatan luar, usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman. Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh. Di Malaysia yang mempunyai kawasan hutan hujan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Ikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian. 9.3 Mental Survivor Situasi yang mungkin dihadapi ketika melakukan kegiatan luar adalah seperti kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman binatang buas dan masalah perlindungan. Sebagai contoh, makanan dan minuman memberi tenaga kepada kita, rumah disediakan untuk kita lindungi daripada ancaman binatang dan cuaca buruk. Terdapat beberapa cara untuk kita mencegah situasi tersebut seperti kita perlu membuat perancangan dan persiapan secara teliti. Mental perlulah cekal dan berupaya untuk menghadapi berbagai situasi yang timbul. Apabila sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maksiima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 3 Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak mungkin akan terjadi pada diri kita. Kita perlu sedar, keperluan ikhtiar hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu diatasi, dengan memahami undang-undang asas untuk ikhtiar hidup. Ketahanan fizikal dan mental mampu membantu dalam segala situasi survival. Tidak ada bukti yang nyata bahawa badan yang tegap dan besar sahaja yang mempunyai daya ketahanan fizikal.Ketahanan fizikal dan mental ini boleh dilatih dan diperkembangkan dengan melatih diri dengan aktiviti latihan yang boleh meningkatkan keupayaan fizikal dan mental. Walaupunfizikal kuat tetapi mental yang lemah mampu mempengaruhi fizikalnya untuk lambat dan malas untuk bertindak. 9.4 Pengawalan Situasi Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar. Situasi ikhtiar hidup boleh berlaku apabila terdapat:- i. Kehabisan bekalan makanan dan minuman. ii. Ancaman binatang buas iii. Masalah perlindungan Situasi ikhtiar hidup pula dapat dicegah daripada berlaku melalui:- i. Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti. ii. Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup iii. Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan. iv. Teknik – kemahiran ikhtiar hidup v. Material – peralatan,pakaian dan bekalan.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 4 Punca situasi ikhtiar hidup boleh berlaku, i. Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,persiapan dan pelaksanaan kegiatan. ii. Kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang bidang yang diceburi. Situasi ikhtiar hidup dapat dikawal dan dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan), fizikal (kecergasan/stamina), teknikal (kemahiran) dan material (peralatan,pakaian dan bekalan). 9.5 Teori Ikhtiar Hidup Ilmu ikhtiar hidup didalam hutan ini amat luas. Kita tidak boleh belajar ilmu ini dengan hanya membaca buku. Ianya memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak. Oleh kerana itu saya akan hanya menceritakan tentang prinsip-prinsip asasnya sahaja. Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:- a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan. b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual. c. Terselamat dalam nahas udara atau laut. Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian. TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP Dalam keadaan ikhtiar hidup, beberapa tekanan akan dihadapi oleh seseorang atau kumpulan. Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan semangat mereka untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:- a. Kelaparan b. Kehausan c. Kesakitan d. Kesejukan dan kepanasan e. Keletihan f. Kesepian dan ketakutan
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 5 PERATURAN ASAS IKHTIAR HIDUP Faktor paling penting dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup adalah kemahuan seseorang untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tanpa kemahuan dan sikap yang positif serta ketahanan mental yang tinggi, adalah mustahil untuk mereka mengatasi keadaan tersebut. Dalam usaha untuk mengatasi keadaan ini, peraturan-peratusan asas berikut perlu dipatuhi:- 1. Jimatkan tenaga. Kekurangan makanan atau makanan yang kurang berkhasiat, kekurangan air minuman serta keadaan medan dan cuaca akan melemahkan tenaga kita pada kadar yang cepat. Dalam keadaan demikian kita hendaklah berhati-hari dalam setiap kegiatan kita supaya kita tidak menggunakan tenaga yang keterlaluan. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam usaha menjimatkan tenaga. a. Pergerakkan dari satu tempat ke tempat yang lain hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya kawasan-kawasan yang paling senang dilalui digunakan. Semasa berjalan, perlu berhenti untuk berehat setiap jam perjalanan. b. Elakkan bergerak pada waktu malam, jika keadaan mengizinkan. Jika perlu bergerak pada waktu malam pilih jalan-jalan yang selamat dan senang untuk dilalui. c. Elakkan dari melakukan kerja-kerja yang tidak penting dan bekerja pada waktu malam. 2. Dapatkan Rehat Yang Cukup. Tenaga manusia akan pulih melalui rehat dan tidur yang cukup. Tempat perlindungan yang terlindung dari cuaca panas atau sejuk, hujan serta binatang buas dan serangga perlu di adakan. 3. Jangan Bersusahan. Elakkan dari memikirkan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan usaha untuk mengatasi satu keadaan ikhtiar hidup. Perkara-perkara ini mungkin kan melemahkan semangat atau mengganggu konsentrasi kita dalam menghadapi keadaan tersebut. 4. Alat-alat Ikhtiar Hidup. Sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang ikhtiar hidup khususunya semasa pengembaraan seseorang itu perlu mengambil persiapan seperti di bawah:-a. Perubatan:- i. Panadol untuk sakit kepala, deman dan lain-lain. ii. Lomotil untuk cirit birit iii. Cadusil untuk radang perut. iv. Antibiotik v. Ubat gatal vi. Plaster, pembalut dan ubat luka.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 6 b. Makanan. Jenis makanan yang berkhasiat adalah seperti berikut:- i. Bungkusan horlick (gandum) atau milo. ii. Bungkusan glukus iii. Bungkusan gula iv. Bungkusan garam v. Pil-pil vitamin TUMBUH-TUMBUHAN HUTAN Dalam hutan tropika banyak tumbuhan yang boleh di makan. Tumbuhan ini kebanyakkannya tumbuh dikawasan yang rendah dan lembab. Kebanyakkan tumbuhtumbuhan hutan tidak enak rasanya tetapi dalam sesuatu keadaan ikhtiar hidup, tumbuhan ini merupakan bahan makanan yang utama untuk kita mengatasi kelaparan. UJIAN TUMBUH-TUMBUHAN Kebanyakkan dari kita tidak pasti adakah sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan tau tidak. Sebelum kita makan sesuatu tumbuhan yang tidak dikenali, ujian-ujian perlu dijalankan untuk memastikan adakah tumbuhan itu boleh dimakan atau beracun. Peringkatperingkat ujian adalah seperti berikut:- 1. Menghidu.Hancurkan sebahagian dari tumbuhan yang hendak dimakan dan hidu. Jika tumbuahan itu berbau luar biasa kemungkinan ia tidak boleh di makan. Walau bagaimana pun tidak semestinya semua tumbuhan yang berbau tidak boleh di makan. Elakkan tumbuhan yang mengeluarkan getah yang banyak. 2. Gatal-Gatal Kulit.Gosak bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bahagian kulit yang sensetif. Jika terjadi kesan-kesan merah atau gatal-gatal pada bahagian kulit, bermakna tumbuhantersebut tidak boleh dimakan. 3. Bibir, Lidah dan Mulut.Gosok bahagian tumbuhan yang telah dihancurkan pada bibir dan mulut. Jika tidak merasa gatal-gatal selama 2 minit, gosok bahagian tumbuhan itu pada bahagian hujung lidah. Jika tidak merasa gatal-gatal atau mual masukkan bahagian tumbuhantersebut dan kunyah. Semasa mengunyah perhatikan reaksi berikut yang menunjukkan bahawa tumbuhan itu tidak boleh dimakan.a. rasa kelat dan sepatb. rasa loya. rasa gatal-gatal dedaun mulut. 4. Menelan Sedikit.Jika tiada sebarang reaksi negetif dari ujian peringkat pertama hingga peringkat ke tiga, kita menelan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji dan tunggu selama 2 jam untuk memastikan makanan tersebut boleh dimakan. Tumbuhan itu tidak boleh dimakan jika terdapat reaksi berikut:- a. rasa mual b. sakit perut c. demam dan sakit sendi tulang
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 7 5. Makan sedikit.Jika tidak ada reaksi kesan keracunan semasa ujian peringkat 1, kita boleh teruskan memakan sebahagian kecil tumbuhan yang telah diuji. Jika tidak ada sebarang reaksi selepas menunggu 2 jam bermakna bahagian tumbuhan itu boleh dimakan. PERATURAN MELAKSANAKAN UJIAN. Semasa menguji tumbuhan-tumbuhan perkara-perkara berikut mesti dipatuhi:- 1. Jangan memendekkan ujian. 2. Kalau rasa ragu-ragu jangan makan. 3. Buah-buahan hutan yang dimakan oleh binatang boleh dimakan. 4. Tidak semestinya kalau burung makan kita boleh makan. 5. Tentukan tumbuh-tumbuhan yang sama banyak disekelilingnya. 6. Tidak semestinya satu pokok semua boleh makan. 7. Buah yang manis tidak semestinya semua boleh makan. 8. Buah yang masam semuanya boleh makan. TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:- 1. Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat. 2. Minum air bersih yang telah dimasak. 3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan. 4. Dapat bantuan perubatan dengan segera. TEMPAT PERLINDUNGAN Dalam sesuatu ikhtiar hidup tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat. Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 8 9.6 Jenis-jenis Ikhtiar Hidup (survival) Ikhtiar hidup atau survival dikategorikan dalam 4 bahagian: i. Jungle Survival ii. Sea Survival iii. Desert Survival iv. Antartik Survival i. Jungle survival ( ikhtiar hidup di hutan ) Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini. Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat. Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya kearah kejayaan. Kita perlu ketahui bahawa di dalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh kembaraannya. Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah: . Khemah, beg tidur dan tikar getah . Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri . Peta, kompas . Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak . Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya . Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur . Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering . Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking . Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong . Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 9 ii. Sea Survival ( ikhtiar hidup di lautan) Bertahan hidup di atas laut bukanlah hal yang mudah. Apakah Anda terdampar di laut akibat kecelakaan pesawat, perahu tenggelam, maupun ditarik ke laut oleh arus, hal itu pasti akan menjadi pengalaman yang paling menakutkan. Dengan mengikuti tips untuk bertahan hidup di bawah ini, Anda akan mempelajari beberapa strategi untuk menjaga diri agar tetap hidup hingga pasukan penyelamat tiba. Suhu di laut dapat di kategorikan sebagai dingin jika suhunya kurang dari 21 darjah celcius. Namun untuk suhu air laut di negara kita berkisar antara 26 hingga 29 darjah celcius. Walaupun negara kita termasuk dalam negara beriklim khatulistiwa namun jika berada terlalu lama di dalam air maka ramai di antara kita yang tidak akan dapat bertahan apatah lagi jika di saat malam hari. Penyebab Utama Kecelakaan di laut Terjebak dalam situasi survival di lautan adalah disebabkan oleh kemalangan samaada berlakunya kemalangan kapal laut, kapal terbang ataupun tsunami (ditarik oleh ombak laut dari pantai). Faktor-faktor individu dapat bertahan di lautan lepas i. Keadaan fizikal diri Keadaan fizikal diri seseorang sangat berpengaruh bagi menentukan tempoh bertahan di lautan. Fizikal yang sihat akan bertahan lebih lama dari yang sakit atau tercedera.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 10 ii. Keadaan berat badan Seseorang individu yang bertubuh yang lebih besar (gemuk) akan dapat bertahan lebih lama daripada yang bertubuh kecil (kurus). Ini adalah kerana lemak adalah salah satu sumber penghasilan kepanasan tubuh seseorang. iii. Pakaian Apabila berada di dalam air, jangan berfikir untuk melepaskan pakaian kerana pakaian diperlukan bagi mengekalkan suhu tubuh. iv. Jaket Apungan (Life Jacket) Penggunaan “Life Jacket” adalah penting semasa berada di dalam air. Badan yang terapung di dalam air yang dingin sangat memerlukan tenaga bagi memperlambatkan keluarnya panas tubuh akibat gerakan yang tidak perlu. iii. Desert Survival Ketika berkenderaan atau berjalan melintasi gurun pasir, jalan akan terlihat seakan tidak berpenghujung. Tiada apa-apa yang boleh dijadikan perlindungan di sepanjang jalan berkilo-kilometer. Tidak ada sesuatu pun tanaman gurun, pasir yang kering dan suhu panas. Sekiranya kenderaan anda rosak, anda akan terdampar atau terkandas di pertengahan gurun yang tiada mempunyai apa-apa kemudahan. Kemungkinan untuk anda keluar dari keadaan tersebut dalam tempoh yang singkat atau panjang tidak dapat dijangkakan. Oleh itu, keperluan untuk mempelajari cara yang baik untuk mendapatkan air dan bertahan hidup sehingga dapat diselamatkan.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 11 Padang pasir atau gurun adalah salah satu tempat yang sangat berbahaya di muka bumi ini kerana panas dan sinar matahari boleh membuat tubuh dehidrasi sehingga metabolisme menjadi buruk dan berakhir dengan kematian. Kematian yang berlaku di kawasan gurun pasir adalah disebabkan oleh dehidrasi dan kedinginan saat malam hari. Seperti yang kita ketahui, manusia dapat bertahan tanpa makanan selama 3 bulan,tetapi tidak dapat bertahan tanpa air selama 1 minggu. Jadi apakah yang dapat kita lakukan jika kita terputus bekalan air di kawasan gurun pasir. Walaupun gurun pasir didapati gersang tanpa air tetapi sebenarnya tuhan telah menyediakan air di penjuru bumi ini. Bezanya adalah ada yang mudah didapati dan ada yang sukar didapati. Berikut adalah tips untuk mendapatkan air di gurun pasir:- a. Sentiasa membawa air yang mencukupi Oleh kerana terdapat kekurangan air di padang pasir, ia sentiasa lifesaver untuk membawa air yang mencukupi dengan anda. Sekurang-kurangnya 1 gelen air setiap orang diperlukan di padang pasir. Sekiranya anda tidak mempunyai air yang mencukupi, batasi pengambilan anda. Jangan cakap banyak, merokok, minum alkohol, atau makan makanan asin. b. Pertimbangkan membawa telefon satelit Anda mesti membawa telefon satelit bersama anda pada setiap masa. Terdapat banyak kawasan di mana anda tidak akan menemui liputan telefon dan ketika itu anda memerlukan telefon satelit. c. Pakai cermin mata hitam pada waktu siang Cahaya matahari yang terang boleh melemahkan penglihatan jauh dan menyebabkan sakit kepala yang teruk. Anda mesti melindungi mata anda apabila anda berada di padang pasir untuk menjaga kesihatan mereka.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 12 d. Gunakan lip gloss pada selang masa yang tetap Jangan lupa untuk menambah jeli bibir-gloss / vaseline ke kit anda. Udara kering di padang pasir cenderung menjadikan bibir anda kering dan retak. Untuk mengelakkan ini, anda mesti menggunakan lip gloss pada selang masa yang tetap. e. Sapukan pelindung matahari setiap 2 jam Untuk menyelamatkan kulit anda yang terdedah daripada mendapat sinar matahari, memohon pelindung matahari setiap 2 jam adalah satu kemestian. Matahari padang pasir sangat panas dan boleh merosakkan sel-sel kulit anda dengan teruk. Adakah menambah pelindung matahari dengan SPF yang tinggi dan spektrum luas di dalam anda kit survival padang pasir. Anda juga boleh membaca tip untuk membungkus bagasi untuk perjalanan percuma yang mudah. f. Jangan keluarkan pakaian agar tetap sejuk Sangat penting untuk menjaga badan dan kaki anda dilindungi dengan betul. Pastikan memakai semua lapisan walaupun anda merasa panas. Mengeluarkan pakaian mempercepatkan penyahhidratan dan akan memberikan anda terbakar matahari. g. Bersiap sedia untuk kecemasan Ia sangat penting untuk dilengkapi sepenuhnya dengan bekalan pertolongan cemas dan ubat-ubatan yang diperlukan sebelum memulakan perjalanan anda. Sekiranya anda mengalami asma atau diabetes, anda perlu berjumpa dengan doktor anda sebelum memulakan perjalanan. h. Berhati-hati dengan cuaca Tutup wajah anda dengan berhati-hati jika anda melihat ribut debu. Anda mesti mengelakkan zarah habuk daripada masuk ke dalam paru-paru anda. Ia boleh memudaratkan anda. Cuaca di padang pasir sangat tidak dapat diramalkan. Walaupun matahari bersinar terang, anda mesti bersedia untuk banjir kilat. i. Menjalankan perkara yang diperlukan untuk menyalakan api Pemetik api, rod Ferrocerium, blok Magnesium, kotak padanan kalis air dan pengikat hendaklah menjadi sebahagian daripada kit anda. Kebakaran membantu dalam pembersihan air, memberi isyarat dan melawan Hypothermia.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 13 iv. Antartika Survival Dalam peta dunia terdapat satu kawasan kecil di bagian paling selatan bumi. Itulah Antartika dikenali sebagai benua ke-7 keluasan 14000000 km2 yaitu meliputi sepersepuluh daripada keluasan tanah dunia. Manusia perlukan cahaya matahari atau haba, tetapi banyak organisme menghabiskan seluruh hidup mereka dalam kesejukan dan kedinginan. Di Antartika terdapat sebuah danau yang belum pernah tersentuh dengan cahaya matahari selama 120 000 tahun. Bagi manusia, Antartika terlalu dingin dan berbahaya meskipun nampak indah tetapi untuk haiwan seperti Penguin Kaisar ia adalah satu-satunya rumah yang mereka miliki.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 14 AKTIVITI PELAJAR Tugasan ini hendaklah dilaksanakan mengikut kumpulan anda. Kumpulan anda dikehendaki untuk menyediakan perkara berikut:- Kumpulan anda ditugaskan untuk memasak menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan arang dan kayu api. Tujuan amali ini diadakan adalah untuk melatih pelajar cara untuk memasak jika kita berada di dalam hutan. Setiap kumpulan perlu menyediakan nasi, satu juadah utama iaitu terdiri daripada protein yang perlu di bakar (ayam, ikan, daging), sejenis sayur, dan satu hidangan tambahan sebagai penambah selera. Gunakan peralatan asas memasak bagi tugasan ini. 10 markah akan diberikan kepada setiap kumpulan bagi aktiviti amali ikhtiar hidup ini. Penilaian markah adalah dinilai berdasarkan teknik memasak, kerjasama kumpulan, kekemasan hidangan, dan juga kebersihan kawasan persekitaran memasak. Lokasi perkemahan ditentukan oleh pengajar / jurulatih masing-masing.
KO-KURIKULUM 1 _________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 13 15 RINGKASAN UNIT 9 Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui dan dipelajari oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini adalah kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar dan rekreasi. Selain dari itu juga, ilmu ini membolehkan seseorang individu dapat meneruskan kesinambungan “survival” hidup apabila berlakunya sesuatu kecemasan samaada di daratan mahupun di lautan. BIBLIOGRAFI: 1. http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/berkhemah.html 2. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/11/asas-perkhemahan.htm 3. http://rekreasi3a2014.blogspot.com/2014/06/ikhtiar-hidup.html 4. http://blatkrs.blogspot.com/2010/06/ikhtiar-hidup.html 5. http://segalanyadisini-chindek.blogspot.com/2011/08/ikhtiar-hidup-di-hutan.html 6. https://nadoutdoorlife.blogspot.com/2018/05/prinsip-dasar-dan-cara-bertahan hidup.html 7. https://ms.tripnholidays.com/3018-desert-survival-10-tips-for-surviving-under-thescorching-sun-story-ms 8. http://news.lewatmana.com/ini-dia-cara-orang-eskimo-bertahan-hidup/