The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azeanrahim234, 2021-12-28 00:31:09

Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

SOAL SELIDIK

PERBANDINGAN

Perbandingan

Membandingkan sesuatu item dalam dua keadaan yang berbeza.

Contoh:
Apa yang berlaku vs Apa yang sepatutnya

Apa yang anda fikir tentang beberapa kemahiran pembelajaran yang diamalkan dan yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar.

Yang berlaku Yang sepatutnya

Lemah Sangat baik Kemahiran Lemah Sangat baik

1 2 3 4 5 Mendengar 1 2 3 4 5

1 2 3 4 5 Penulisan 1 2 3 4 5

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

SOAL SELIDIK

Terdapat beberapa ciri soalan yang baik yang boleh dijadikan asas iii) Soalan pendek dan mudah
dalam membentuk soal selidik. Di antaranya: Soalan perlulah mudah difahami dan tidak terlalu panjang

yang mungkin menyebabkan orang yang ditanya mengambil
i) Relevan masa untuk memahaminya. Soalan perlu pendek, mudah

Soalan mestilah ada kaitan dengan fokus dan isu yang hendak difahami serta tidak mengelirukan.

dikaji serta pengalaman orang yang menjawab soalan tersebut.
iv) Soalan eksplisit

ii) Jelas Soalan tidak mempunyai makna yang tersirat, dan sukar

Orang yang menjawab soalan mestilah jelas tentang soalan yang untuk difahami oleh orang yang menjawabnya. Perlulah

ditanyakan. Tidak mempunyai pelbagai makna dan interpretasi menjurus terus kepada apa yang dikehendaki.
yang mungkin menyebabkan orang yang ditanya keliru ataupun

mempunyai interpretasi yang berbeza dengan kehendak soalan.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

❑ Kahn dan Cannell (1957) (dalam Marshall & Rossman) mendefinisikan temu bual sebagai perbualan dengan bertujuan

(conversation with a purpose). Tujuan utama temu bual adalah untuk mendapatkan maklumat yang khusus.

❑ Mengikut Patton (1990) pula, temu bual diadakan apabila penyelidik hendak mengetahui apa yang terdapat dalam

minda seseorang. Temu bual boleh merupakan strategi keseluruhan pengumpulan data kajian atau pun boleh

merupakan salah satu daripada teknik yang digunakan dalam kajian.

❑ Terdapat pandangan yang mengkategorikan temu bual kepada temu bual berstruktur, temubual semi-berstruktur dan

temubual tidak berstruktur. Bentuk temubual akan ditentukan oleh soalan kajian serta perkembangan kajian.

❑ Temu bual lebih terbuka mungkin akan dijalankan di awal-awal kajian untuk mendapatkan pandangan umum tentang

fenomena yang dikaji. Kemudian temubual mungkin akan lebih berfokus kepada fenomena-fenomena tertentu apabila

penyelidik telah dapat membina kategori-kategori tertentu.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

TEMU BUAL BERSTRUKTUR

❑ Temubual berstruktur melibatkan penemubual menggunakan soalan-soalan yang telah ditentukan untuk semua partisipan. Ini

menjadikan sangat sedikit variasi dari segi tindakbalas partisipan.
❑ Penemubual biasanya akan merekodkan tindakbalas mengikut skema pengkodan yang telah ditentukan. Satu prosedur yang

standard darisegi pentadbiran temubual dapat mengawal perjalanan temubual serta tindakbalas daripada partisipan.

❑ Semua partisipan akan mendapat set soalan yang sama, ditanya dalam urutan yang sama oleh penemubual yang telah dilatih

untuk menguruskan temubual dalam keadaan yang sama. Sangat sedikit fleksibiliti dari segi soalan ditanya dan jawapan diberi

dalam temubual berstruktur.

❑ Temubual jenis ini memerlukan penemubual memainkan peranan berkecuali, dan membina rapport yang seimbang iaitu dari

satu segi penemubual perlulah bersahaja dan mesra, dalam masa yang sama bersikap mengarah atau mengawal dan tidak
personal. Penemubual menunjukkan sikap pendengar yang prihatin dan berminat tetapi tidak menilai tindakbalas yang

diberikan.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

TEMU BUAL SEMI BERSTRUKTUR

❑ Pada asasnya temubual semi berstruktur menggabungkan ciri-ciri fleksibiliti temubual terbuka atau tidak berstruktur dengan ciri-

ciri mengarah dan seragam temubual berstruktur.
❑ Soalan-soalan dalam temubual semi berstruktur ditentukan terlebih dahulu tetapi jawapan kepada soalan-soalan tersebut

adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut budibicara penemubual dan partisipan.

❑ Bagi Schensul at al. (1999), temubual semi berstruktur adalah yang terbaik untuk meneroka dan menjelaskan faktor-faktor dan

subfaktor-subfaktor. Bagi mereka, temubual semi berstruktur digunakan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

✓ Menjelaskan lebih lanjut domain utama dan faktor-faktor dalam kajian

✓ Mengoperasikan faktor-faktor kepada pembolehubah

✓ Membina hipotesis awalan
✓ Membina asas kualitatif untuk pembentukan kajian tinjauan ethnografi

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

TEMU BUAL SEMI BERSTRUKTUR

❑ Membina soalan bagi temubual semi berstruktur boleh dibuat dengan pelbagai cara. Antaranya ialah berasaskan data daripada

temubual dan pemerhatian berstruktur yang biasanya data tersebut tidak dapat memberikan maklumat yang begitu mencukupi
untuk menentukan dengan tepat tentang kepentingan sesuatu faktor, apakah maksudnya yang sebenar dan berapa tersebarnya

faktor-faktor tersebut dalam populasi yang dikaji. Soalan temubual semi berstruktur boleh dibentuk untuk menjelaskan lagi

faktor-faktor tersebut.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

TEMU BUAL SEMI BERSTRUKTUR

Terdapat panduan yang boleh dijadikan asas dalam membina soalan temubual semi berstruktur seperti berikut:

✓ Pastikan soalan-soalan menggunakan terma dan frasa yang boleh difahami oleh responden

✓ Minimumkan panjang soalan dan banyakkan soalan mencungkil bagi mendapatkan penjelasan tentang sesuatu

faktor atau subfaktor

✓ Gunakan istilah yang sesuai dengan kemampuan berbahasa, latarbelakang budaya, umur, jantina, dan tahap

pengetahuan responden.

✓ Elakkan soalan yang membayangkan jawapan atau yang menunjukkan bias penemubual

✓ Elakkan soalan yang menggunakan sama ada asosiasi negatif atau positif. Contohnya: Adakah anda rasa

pendapat anda tentang profesion perguruan ada persamaanya dengan pandangan yang diutarakan oleh kesatuan

sekerja?

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

TEMU BUAL SEMI BERSTRUKTUR

Terdapat panduan yang boleh dijadikan asas dalam membina soalan temubual semi berstruktur seperti berikut:

✓ Elakkan soalan yang sebenarnya bertanyakan dua soalan dalam satu soalan. Contoh: Berapa kerapkah anda

ponteng dan merokok?

✓ Cuba elakkan soalan yang dibentuk secara negatif. Contoh: Guru tidak sepatutnya menggunakan keputusan

peperiksaan akhir semester untuk membentuk kelompok berasaskan kebolehan.

✓ Elakkan soalan yang memerlukan responden melakukan beberapa tugasan dalam masa yang sama.

✓ Jangan bertanya soalan yang memerlukan hanya jawapan Ya atau Tidak sedangkan yang diutamakan adalah

deskripsi yang terperinci.

✓ Perlu sensitif kepada konteks budaya atau makna-makna sosial yang terlibat dalam soalan

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

TEMU BUAL TIDAK BERSTRUKTUR

❑ Terdapat kajian yang memerlukan pengkajinya meneroka dengan mendalam dan terperinci sesuatu fenomena yang hendak

dikaji untuk meningkatkan pengetahuan penyelidik tentang topik tersebut. Ini menuntut pengkaji bersikap terbuka kepada
sebarang tindakbalas yang relevan, tidak ada jawapan yang betul atau salah, dan responden tidak diperlukan untuk memilih

daripada pilihan soalan atau jawapan.

❑ Format yang terbuka ini memungkinkan fleksibiliti yang maksimum dalam meneroka sebarang topik secara mendalam dan

terperinci. Temubual tidak berstruktur biasanya menggunakan soalan terbuka yang memberi peluang kepada responden

memberi tindakbalas mengikut budibicaranya dan tidak terikat dengan sebarang jawapan alternatif atau tidak dikekang oleh

panjang atau pendek soalan.

❑ Schensul at al. (1999) mengatakan bahawa temubual tidak berstruktur atau temubual penerokaan memerlukan minda yang
peka, pemikiran logik serta kemahiran komunikasi yang baik.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

TEMU BUAL TIDAK BERSTRUKTUR

❑ Di setiap masa penemubual mestilah:

✓ Menyedari bagaimana topik berkait dengan dan menjelaskan soalan yang lebih besar yang ditanya oleh kajian

✓ Menentukan sama ada orang yang ditemu bual tidak terpesong dari topik, sekiranya terpesong, bagaimana

hendak memperkenalkannya semula

✓ Memahami perkaitan logik yang dibuat oleh responden dalam perbincangan tentang topik

✓ Memutuskan sama ada hendak meneroka idea atau halatuju yang baru

✓ Mencungkil untuk mendapatkan makna istilah-istilah tertentu dengan lebih mendalam

✓ Mengetahui bilakah masaya responden menyatakan ideanya dengan jelas, bila ianya perlu penjelasan lanjut,

untuk memastikan yang ianya difahami oleh orang yang membaca nota atau transkrip

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

TEMU BUAL TIDAK BERSTRUKTUR

❑ Kejayaan sesuatu temu bual itu juga bergantung kepada kesediaan serta pengetahuan yang dimiliki oleh responden atau informan.

Perlu dikenalpasti informan utama yang dapat memberi kerjasama semasa dan sepanjang tempoh temubual dijalankan. Informan

utama biasanya mempunyai pengetahuan yang banyak berkaitan dengan topik yang dikaji. Ini bersesuaian dengan tujuan temubual
tidak berstruktur untuk meningkatkan pengetahuan penyelidikan tentang bidang yang belum lagi banyak diketahui. Perlu

dipertimbangkan beberapa perkara dalam memilih informan utama, antaranya faktor ethnik, kelas atau umur yang mempunyai

pengaruh yang signifikan ke atas perspektif responden.
❑ Walaupun tidak berstruktur, tidak semestinya temu bual ini tidak perlu dirancang. Dalam membuat persediaan untuk temu bual,

penyelidik perlulah:

✓ Melihat semula soalan kajian dan model teoretikal kajian
✓ Membina soalan-soalan umum untuk digunakan dalam temubual

✓ Membuat temujanji untuk menjalankan temubual serta kenalpasti lokasi yang sesuai

✓ Sediakan keperluan alat rakaman yang sesuai

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

TEMU BUAL BERKUMPULAN

❑ Fontana & Frey (2003) menjelaskan bahawa temubual berkumpulan pada asasnya adalah merupakan teknik

pengumpulan data kualitatif yang bergantung kepada penyoalan yang sistematik secara serentak kepada beberapa

individu dalam latar yang formal dan tidak formal.

❑ Penggunaan temubual berkumpulan biasanya dikaitkan dengan kajian pasaran yang dilabelkan sebagai kumpulan fokus,

tujuan utamanya adalah untuk mengumpul pendapat pengguna tentang ciri-ciri sesuatu produk, tema-tema pengiklanan

atau perkhidmatan penghantaran.

❑ Format ini juga telah digunakan secara meluas oleh parti politik dan calon-calon politik yang berminat untuk mengetahui

reaksi pengundi-pengundi tentang sesuatu isu dan polisi. Temubual berkumpulan juga digunakan dalam kajian sosiologi.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

TEMU BUAL BERKUMPULAN

❑ Dalam temubual berkumpulan, penembual atau moderator akan mengarahkan inkuiri dan interaksi antara responden dalam

bentuk yang sangat berstruktur atau mungkin dalam situasi yang sangat tidak berstruktur, bergantung kepada tujuan

penemubual.

❑ Dengan ertikata lain temubual berkumpulan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk bergantung kepada tujuannya. Ia boleh

merupakan sesi percambahan fikiran atau sumbangsaran yang mempunyai sedikit atau tidak mempunyai struktur dan arahan
langsung daripada penyelidik, atau ia mungkin sangat berstruktur seperti dalam teknik nominal, Delphi dan kumpulan fokus

pemasaran. Latar di mana kerja lapangan dijalankan, sama ada formal atau tidak formal juga boleh menentukan bentuk

temubual berkumpulan.

❑ Dalam konteks yang formal, seperti dalam makmal kajian, yang keadaannya dikawal, penyelidik mungkin boleh bertanya soalan

yang sangat terarah, atau dalam konteks yang sebenar seperti dikaki lima jalan, atau dikawasan rekreasi awam, merupakan

tempat yang sangat sesuai untuk perbualan santai tetapi bertujuan.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

TEMU BUAL

TEMU BUAL BERKUMPULAN

❑ Kalau dilihat dari segi faedah yang boleh diperolehi daripada temubual berkumpulan ini, yang jelasnya adalah berkaitan

dengan data yang dapat dikumpulkan adalah banyak, kaya dan elaboratif, dan mungkin tidak begitu memerlukan belanja

yang banyak untuk mengendalikannya.

❑ Bagi individu yang terlibat pula, pertukaran pandangan dan pendapat dapat memberikan mereka pengetahuan dan

pengalaman baru.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

PANDUAN TEMU BUAL

❑ Protokol ini mengandungi komponen-komponen
❑ Panduan temubual atau protokol temubual adalah merupakan berikut:

senarai soalan-soalan yang ingin dikemukakan semasa temubual. ✓ tajuk

❑ Bergantung kepada struktur temubual, soalan-soalan mungkin ✓ arahan kepada penemubual (kenyataan

berupa banyak soalan-soalan yang spesifik yang disusun mengikut pembuka kata)

susunan tertentu (berstruktur) ataupun beberapa topik yang dicatat ✓ soalan-soalan kajian utama yang akan ditanya

tanpa susunan tertentu (tidak berstruktur) ataupun mungkin di ✓ soalan-soalan kecil yang mengikuti soalan

antara berstruktur dan tidak berstruktur iaitu semi-struktur. utama
❑ Biasanya penyelidik merekodkan maklumat temubual dengan ✓ ruang untuk merekod mesej yang disampaikan

menggunakan buku nota ataupun pita rakaman. Jika menggunakan oleh informan

pita rakaman, penyelidik juga perlu mengambil nota terutama dalam ✓ ruang untuk merekod komen penemubual

keadaan di mana pita rakaman mungkin tidak berfungsi dengan ✓ ruang untuk merekod nota reflektif

baik.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – MEREKOD DAN MENILAI DATA TEMU BUAL

❑ Terdapat tiga cara asas merekod data temubual.
❑ Yang selalu digunakan ialah dengan merakam temubual dengan menggunakan pita rakaman.

❑ Cara yang kedua ialah dengan mengambil nota semasa temubual. Cara ini digunakan setelah rakaman temubual tidak

dapat dijalankan.

❑ Cara ketiga pula ialah dengan merekod seberapa banyak maklumat temubual yang dapat diingat selepas sahaja tamat

temubual dijalankan.
❑ Ketiga-tiga cara ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya. Kerosakan pita rakaman dan ketidakselesaan partisipan

semasa ditemubual sering berlaku semasa mengadakan temubual dengan menggunakan pita rakaman. Adalah sukar untuk

merekodkan semua yang diperkatakan oleh partisipan semasa temubual. Ini agak menyukarkan untuk menentukan mana

maklumat yang penting dan mana yang tidak. Ini berlaku apabila mengambil nota semasa temubual.

❑ Di samping itu terdapat perkara-perkara yang berkaitan dengan gerak badan, mimik muka serta tingkahlaku partisipan yang

mungkin tidak dapat diteliti kerana penemubual sibuk mengambil nota. Tidak semua perkara yang diperkatakan oleh

partisipan dapat diingat dengan baik oleh penemubual. Ini mungkin menyebabkan banyak maklumat yang penting akan
hilang.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – MEREKOD DAN MENILAI DATA TEMU BUAL

❑ Adalah penting bagi penyelidik menulis refleksinya dengan segera selepas temubual. Refleksi ini mengandungi makna-

makna yang dicadangkan dalam temubual, nota deskriptif tentang tindakbalas lisan dan bukan lisan, pandangan dan

pemikiran penyelidik sendiri tentang temubual.

❑ Nota pasca temubual membolehkan penyelidik memantau proses pengumpulan data di samping mula menganalisis
maklumat. Adalah juga penting dinilai kualiti data yang diperolehi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin mempengaruhi

kualiti data seperti kesihatan partisipan, mood semasa temubual, motif partisipan terlibat dalam penyelidikan dan lain-lain.

❑ Apa yang diperolehi dalam temubual adalah persepsi partisipan. Maklumat mungkin diada-adakan ataupun dibesar-

besarkan. Cara yang biasa dilakukan untuk mengesan dan mengesah data adalah dengan proses triangulasi melalui

perbandingan data dengan data responden lain, ataupun perbandingan dengan data dokumen atau data pemerhatian.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

PEMERHATIAN

❑ Pemerhatian adalah merupakan perkara yang dilakukan setiap hari sama ada secara sedar atau pun tidak sedar. Ia

merupakan satu rutin dalam manusia memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka.

❑ Terdapat perbezaan di antara pemerhatian orang biasa dengan pemerhatian seorang penyelidik. Sebagai penyelidik,

mereka perlu dilatih dalam teknik pemerhatian yang berkesan supaya dapat melakukan pemerhatian secara

terancang dan sistematik.

❑ Menurut Kidder (1981) pemerhatian dianggap sebagai alat kajian apabila

(1) ia digunakan untuk mencapai tujuan kajian,

(2) dirancang dengan rapi,

(3) direkod secara sistematik dan (4) diperiksa dan dikawal kesahan dan kebolehpercayaannya.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

PEMERHATIAN ❑ Rekod pemerhatian biasanya dirujuk sebagai nota

lapangan iaitu deskripsi yang terperinci, yang
TUJUAN PEMERHATIAN nonjudgmental serta konkrit tentang apa yang telah

❑ Pemerhatian digunakan untuk mengkaji interaksi yang kompleks diperhatikan. Melalui pemerhatian, penyelidik

dalam latar sosial yang sebenar. Pemerhatian memungkinkan mendokumen dan menjelaskan tindakan dan interaksi

penyelidik merekod perlakuan yang sedang berlaku. Melihat yang kompleks.
sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung dan ❑ Metod ini mengandaikan perlakuan yang diperhatikan

menggunakan pengetahuan, pengalaman dan kepakarannya adalah bertujuan dan merupakan luahan nilai dan

dalam membuat interpretasi tentang apa yang diperhati. kepercayaan yang mendalam.
❑ Pemerhatian melibatkan tindakan mengambil nota dan merakam ❑ Pemerhatian merupakan teknik yang terbaik apabila

peristiwa, perkara, perlakuan, artifak secara sistematik di latar aktiviti, peristiwa atau situasi boleh diperhati secara

sosial yang dipilih untuk kajian. langsung, atau apabila perspektif yang baru diperlukan
atau apabila partisipan tidak dapat atau tidak rela
membincangkan topik yang dikaji.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

PEMERHATIAN ❑ Oleh itu pemerhatian adalah merupakan proses mengumpul

STRUKTUR PEMERHATIAN tanggapan ke atas dunia sekeliling melalui semua deria
manusia yang relevan. Ini akan menyebabkan perlunya

❑ Pemerhatian boleh terdiri daripada yang sangat berstruktur di kontak secara terus dengan subjek yang diperhatikan.
mana pernyataan perlakuan yang terperinci direkod ❑ Penyelidik mestilah secara aktif memerhati fenomena yang

berpandukan senarai semak, kepada deskripsi peristiwa dan dikaji semasa perkara tersebut berlaku. Namun begitu,

perlakuan yang lebih holistik. Untuk itu, sesuailah apa yang pemerhatian secara tradisinya adalah berbentuk tidak
dinyatakan oleh Morris (dalam Denzin & Lincoln, ms. 378) campurtangan atau noninterventionism.

bahawa pemerhatian adalah ❑ Pemerhati tidak mempergunakan dan tidak merangsang

“perlakuan merekod fenomena yang biasanya subjek. Pemerhati hanya mengikut urutan peristiwa yang

menggunakan instrumen, dan merakamkannya untuk diperhatikan. Perlakuan dan interaksi terus berjalan seperti
tujuan saintifik dan lain-lain.” tanpa kehadiran penyelidik; tidak terganggu oleh kehadiran

❑ Pemerhatian sebenarnya bukan hanya melibatkan pengumpulan penyelidik.

data visual, semasa pemerhatian dijalankan, semua deria adalah

terlibat seperti deria bau, dengar, sentuh dan rasa.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

PEMERHATIAN ❑ Aspek-aspek berikut harus diambil kira:

APA YANG DIPERHATIKAN? ✓ Tumpuan pemerhatian – siapakah yang membuat
pemerhatian?, siapa atau apa yang diperhatikan? Di
❑ Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik kerana data mana pemerhatian dibuat?

yang dikutip secara teratur dalam situasi kajian sebenar ✓ Masa pemerhatian – Bilakah pemerhatian dijalankan?

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. (eloklah dijalankan pemerhatian pada masa-masa yang

❑ Pemerhatain secara langsung boleh dilakukan tanpa atau berlainan bagi mendapatkan kepelbagaian maklumat)

dengan bantuan alatan teknikal. ✓ Cara pemerhatian – Bagaimanakah pemerhatian
❑ Pemerhatian secara langsung tanpa alat melibatkan pengkaji dicatatkan atau dirakamkan?, Apakah prosedur yang

mencatatkan nota tentang sebarang aktiviti yang diperhatikan. diikuti bagi mempastikan kebolehpercayaan dan

❑ Pemerhatian menggunakan alat seperti alat kamera / video / keesahan?, Teknik apakah yang digunakan? (semua

audio merupakan sumber yang berguna untuk menganalisis data-data dikutip semasa pemerhatian dicatatkan

data selepas pemerhatian. dengan serta merta sekurang-kurangnya dalam bentuk
nota)

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

PEMERHATIAN

PERKARA YANG MEMPENGARUHI PEMERHATIAN

❑ Apa yang diperhatikan biasanya dipengaruhi oleh beberapa perkara:

i. tujuan mengadakan kajian – kerangka konseptual, permasalahan kajian atau persoalan kajian menentukan apa yang perlu

diperhatikan
ii. pertimbangan praktikal – seperti masa, kewangan, jarak tempat pemerhatian

iii. struktur pemerhatian yang akan dilakukan – berstruktur, tidak berstruktur

iv. elemen yang boleh difokuskan semasa pemerhatian:
✓ Latar fizikal

✓ Partisipan

✓ Aktiviti dan interaksi
✓ Perbualan

✓ Faktor-faktor kurang jelas tetapi penting

✓ Perlakuan pemerhati sendiri

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

PEMERHATIAN

PROSEDUR MEREKOD DATA PEMERHATIAN

❑ Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu merancang pendekatan untuk merekod data. Apa yang perlu direkod?

Bagaimana ia akan direkod? Adalah merupakan dua soalan penting yang perlu diberi perhatian.
❑ Nota pemerhatian mempunyai pelbagai format. Di antara format yang selalu digunakan adalah berbentuk protokol yang

mengandungi lajur untuk nota deskriptif di sebelah kiri dan nota reflektif dilajur sebelah kanan. Lajur nota reflektif adalah penting

kerana ia termasuk pandangan analitik serta komen tentang tindakan dan perlakuan yang diperhatikan.
❑ Komen pemerhati adalah merupakan sumber pandangan analitik yang berguna serta menyediakan petunjuk kepada fokus

pengumpulan data. Ia juga mungkin menyediakan soalan penting untuk temubual selanjutnya.

❑ Mengumpul data melalui pemerhatian memerlukan kita merekodkan apa yang diperhatikan.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

PEMERHATIAN

PROSEDUR MEREKOD DATA PEMERHATIAN

❑ Secara umumnya, cara-cara yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

✓ Catatkan dengan tepat perkara-perkara yang berlaku seperti apakah yang dikatakan oleh guru atau pelajar? apakah

yang dilakukan oleh guru atau pelajar? apakah tugasan yang diberikan kepada pelajar?

✓ Gunakan singkatan untuk perkataan yang digunakan seperti P untuk pelajar, G untuk guru

✓ Semak nota-nota yang dibuat selepas pemerhatian untuk memperbetulkan kesilapan atau membuat komen

✓ Bezakan catatan yang mengambarkan apa yang sebenarnya berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu
situasi. Dicadangkan muka surat catatan dibahagikan kepada dua untuk catatan yang berlainan.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

PEMERHATIAN

PROSEDUR MEREKOD DATA PEMERHATIAN

❑ Semasa menjalankan kajian, penyelidik akan terlibat dalam pelbagai pemerhatian. Protokol atau borang untuk merekod

maklumat adalah perlu untuk mencatatkan pemerhatian.

❑ Protokol boleh direka bentuk dengan menggunakan sekeping kertas yang dibahagi kepada dua lajur bagi memisahkan nota

deskriptif dan nota reflektif.
❑ Nota deskriptif mengandungi deskripsi tentang informan, dialog, deskripsi latar fizikal, pernyataan tentang peristiwa-peristiwa

tertentu dan aktiviti-aktiviti.

❑ Nota reflektif pula memberi peluang kepada penyelidik untuk merekod fikiran peribadi seperti spekulasi, perasaan, masalah,

idea, impresi atau prasangka (Bogdan dan Biklen, 1992, ms. 121). Juga dalam borang tersebut mungkin boleh dimasukkan

maklumat demografi yang berkaitan dengan masa, tempat dan tarikh yang menjelaskan tentang tempat/latar kajian.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

BAHAN DOKUMEN

❑ Untuk memahami sejarah serta konteks persekitaran tempat kajian, satu daripada caranya adalah dengan mengkaji dan

menganalisis dokumen dan rekod yang berkaitan. Biasanya dokumen dan rekod tersebut bukan sahaja mengandungi
pelbagai maklumat statistik tentang pelbagai aspek kehidupan populasi yang dikaji tetapi juga mengandungi maklumat

tentang kepercayaan, budaya serta nilai yang dimiliki dan dianuti oleh masyarakat tempat yang dikaji.

❑ Maklumat yang diperolehi daripada dokumen-dokumen tersebut boleh menambah dan menjelaskan data dan maklumat

yang diperolehi dan yang dianalisis melalui pemerhatian dan temubual. Berbanding dengan pemerhatian dan temubual,

pendekatan ini tidak menonjol dan tidak mengganggu latar kajian.

❑ Bahan-bahan arkib biasanya merupakan rekod yang boleh digunakan untuk memahami budaya komuniti yang dikaji, di

samping dokumen-dokumen peribadi, dokumen rasmi dan tidak rasmi. Kualiti dokumen-dokumen ini adalah pelbagai dan
berbeza-beza.

❑ Sesetengah dokumen mungkin mengandungi fakta-fakta terperinci tentang tarikh-tarikh tertentu. Sesetengahnya pula

mungkin mengandungi deskripsi tentang pemikiran dan kepercayaan masyarakat yang dikaji.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

BAHAN DOKUMEN

BENTUK DOKUMEN

❑ Bogdan dan Biklen (1998) merujuk istilah dokumen sebagai bahan-bahan seperti fotograf, video, filem, memo, surat, diari,

rekod kes klinikal serta memo dalam pelbagai bentuk dan jenis yang boleh digunakan sebagai maklumat sokongan kepada
temubual dan pemerhatian. Oleh itu istilah dokumen merangkumi bahan-bahan bertulis yang pelbagai, bahan visual dan

bahan fisikal yang relevan dengan kajian.

❑ Lincoln dan Guba (1985) pula membezakan di antara dokumen dan rekod berasaskan kepada sama ada teks yang

disediakan itu ada unsur-unsur formal atau tidak.

❑ Bagi mereka rekod termasuklah misalnya sijil perkahwinan, lesen memandu, perjanjian binaan dan kenyataan perbankan

dan lain-lain.

❑ Manakala dokumen pula disediakan untuk kegunaan peribadi, bukan untuk tujuan resmi, dan ia termasuklah misalnya diari,
memo, surat, nota lapangan dan lain-lain.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

BAHAN DOKUMEN

MENGGUNAKAN DOKUMEN DALAM KAJIAN TINDAKAN

❑ Mencari bahan yang relevan dengan persoalan dan tujuan kajian adalah merupakan langkah awal dalam proses

menggunakan dokumen. Ia merupakan prosedur yang sistematik yang berkembang daripada topik kajian.

❑ Kajian tindakan tentang pengajaran bilik darjah misalnya memerlukan dokumen seperti rancangan mengajar, hasil tugasan

pelajar, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, laporan gred peperiksaan, laporan sekolah, penilaian

guru dan sebagainya.
❑ Di samping bahan-bahan dokumen yang boleh diperolehi di latar kajian, tempat atau lokasi lain yang boleh dirujuk adalah

seperti perpustakaan, arkib, pusat-pusat dokumentasi dan lain-lain. Mencari dokumen yang relevan dan sesuai banyak

bergantung kepada kreativiti dan kapasiti penyelidik bertanyakan soalan-soalan yang berkait dengan permasalahan kajian.

❑ Oleh itu penyelidik perlu lah membuka minda dalam menyelongkar dokumen yang berguna. Terbuka kepada sebarang

kemungkinan yang boleh membawa kepada jumpaan yang tidak diduga.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

BAHAN DOKUMEN

MENGGUNAKAN DOKUMEN DALAM KAJIAN TINDAKAN

❑ Apabila dokumen telah dikesan, keautentikannya perlu dinilai. Menentukan keautentikan dan ketepatan dokumen adalah

merupakan sebahagian daripada proses penyelidikan. Adalah menjadi tanggungjawab penyelidik menentukan seberapa
banyak yang boleh maklumat tentang dokumen, seperti asalnya dan sebab-sebab ianya ditulis, penulis dan konteks di mana

ianya ditulis.

❑ Mengikut Riley (1963) dalam Merriam (2001), adalah penting ditentukan keadaan di mana data dihasilkan, apakah

metodologi spesifik yang digunakan serta keputusan teknikal yang dibuat dan kesan ke atas sifat dan bentuk data yang

akan digunakan.

❑ LeCompte dan Preissle (1993) pula mencadangkan yang penyelidik bertanyakan soalan seperti apakah latarbelakang

sejarah penghasilan dan penggunaannya? Bagaimana penggunaannya diperuntukkan? Adakah pemilihannya bias? Adakah
kemungkinan berlaku pemalsuan?

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

BAHAN DOKUMEN

MENGGUNAKAN DOKUMEN DALAM KAJIAN TINDAKAN

❑ Guba dan Lincoln (1981) merujuk Clark (1967), ✓ Apakah sumber-sumber maklumat yang digunakan?
menyenaraikan soalan yang penyelidik boleh kemukakan Adakah dokumen berasaskan perakuan saksi, perakuan

tentang keautentikan dokumen: orang kedua, pembinaan semula peristiwa atau perkara

✓ Apakah sejarah dokumen? sebelum data ditulis dan diinterpretasi?

✓ Bagaimana ianya diperolehi oleh penyelidik? ✓ Adakah penciptanya bias?
✓ Adakah dokumen lengkap sebagaimana asalnya? ✓ Setakatmanakah kemungkinan penulis cuba menyatakan

✓ Adakah ianya telah diubah atau diedit? kebenaran?

✓ Sekiranya dokumen asli, di bawah keadaan apa dan ✓ Adakah dokumen lain wujud yang mungkin boleh
untuk tujuan apa ianya dihasilkan? menambahjelaskan cerita, peristiwa, projek, konteks

✓ Siapakah penulisnya? program? Jika ada, adakah ianya boleh didapati atau boleh

✓ Apakah yang penulis cuba hendak dikemukakan atau diakses? Siapa yang memilikinya?
buktikan? Kepada siapa dokumen tersebut ditujukan?

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA

BAHAN DOKUMEN

MENGINTERPRESTASI BAHAN DOKUMEN

❑ Menginterpretasi bahan dokumen termasuk teks bertulis dan artifak memerlukan pertimbangan terhadap definisi konteks

dan masa. Apabila sesuatu teks itu dibaca dalam konteks yang berbeza, ianya akan diberi makna yang baru dan biasanya
bertentangan kerana ia ditafsirkan mengikut latar sosial di mana teks itu dibaca.

❑ Oleh itu teks boleh digunakan bersama lain-lain bentuk bukti, dengan itu bias dan nilai tertentu boleh difahami dan

dibandingkan. Begitu juga dengan jenis-jenis teks yang berbeza perlu difahami dalam konteks keadaan ianya dihasilkan,

digunakan dan dibaca.

❑ Misalnya, penganalisis akan memberi perhatian sama ada teks ditulis berdasarkan pengalaman sendiri atau daripada

sumber sekunder, sama ada ianya diminta untuk ditulis atau tidak, sama ada ianya diedit atau tidak, nama penulis

dinyatakan atau hanya nama samaran dan sebagainya (Webb, Campbell, Schwartz & Sechrest, 1966, dalam Ian Hodder,
2003). Dengan ertikata lain, teks kerja lapangan perlu lah ditulis mengikut konteks masa yang spesifik. Bahan akan

berterusan diinterpretasi semula dalam kontek-konteks yang baru.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN

MELAKUKAN REFLEKSI

❑ Selepas tindakan dirancang dan dilaksanakan, aktiviti penilaian dan refleksi mesti dijalankan. Penilaian dan refleksi boleh
dijalankan oleh anda sendiri sebagai pengkaji, atau bersama pihak lain seperti rakan anda melalui perbincangan. Satu

proses yang penting dalam tahap ini adalah refleksi yang melibatkan analisis, sintesis, interpretasi, menjelas dan
membuat kesimpulan.

❑ Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk

memperbaiki diri (Hanipah, 2000). Brookfield (1995) pula menjelaskan proses refleksi melibatkan seseorang itu aktif

mengimbas kembali segala permasalahan yang dihadapi dan berusaha mempertimbangkan segala kemungkinan yang

akan berlaku serta bertungkus lumus mencari jalan bagi menyelesaikan segala permasalahan tersebut (dalam Nor

Hasniza, 2005, ms. 13). Dengan perkataan lain, refleksi merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati melalui

penilaian secara kritikal yang melibatkan pengujian strategi seseorang untuk memberi respons kepada sesuatu situasi

atau tindakan.

❑ Membuat refleksi bermaksud melihat sama ada terdapat perubahan dan adakah perubahan disokong oleh maklumat dan

data yang digunakan dan diperolehi selepas melaksanakan tindakan. Oleh itu, guru perlu mengkaji dan meneliti perkara-

perkara berikut dengan menjawab soalan-soalan berikut secara jujur:

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

KANDUNGAN & SUSUN ATUR CADANGAN KAJIAN

SUSUN ATUR

TAJUK KAJIAN

❑ Perlu jelas dan tidak kabur. Perkataan-perkataan yang digunakan perlulah dapat menggambarkan fokus cadangan. Gunakan
hanya satu ayat yang dapat menggambarkan kepada pembaca idea-idea utama cadangan.

❑ Contoh:

❑ Penggunaan Peta Konsep Dalam Meningkatkan Kemahiran Menghurai Fakta Sejarah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima

NAMA DAN AHLI PENGKAJI

❑ Memandangkan kajian tindakan adalah lebih baik dijalankan secara berkumpulan, maka sebaik-baiknya perlulah dinyatakan

nama ahli-ahli yang akan terlibat dalam kajian yang dicadangkan.

❑ Contoh:

Kertas kerja ini di kemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah Seri Tanjong, …..

Nama-nama guru dalam Jawatankuasa adalah:

1.
2.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

KANDUNGAN & SUSUN ATUR CADANGAN KAJIAN

SUSUN ATUR

LATAR BELAKANG KAJIAN

❑ Memperkenalkan topik kajian dengan menjelaskan areas of concern. dan meletakkannya dalam konteks dengan mengaitkan

masalah kepada konteks yang lebih besar.
❑ Dengan ertikata lain, latar belakang merupakan pernyataan latar belakang yang menyediakan konteks yang luas dari mana

kenyataan masalah timbul. Ini boleh dilakukan dengan memetik rujukan sejarah, merujuk kepada satu atau dua kajian yang

utama, merujuk kepada undang-undang atau hukum-hukum tertentu, atau dengan ringkas membincangkan peristiwa-

peristiwa yang penting.

❑ Contoh:

Mata pelajaran Sejarah di dalam KBSM merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah

menengah. Tujuan pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setianegara dan perasaan bangga sebagai rakyat
Malaysia. Berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, para pelajar akan dibimbing untuk

menganalisa dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

KANDUNGAN & SUSUN ATUR CADANGAN KAJIAN

SUSUN ATUR

PERNYATAAN MASALAH : REFLEKSI P&P LALU

❑ Dinyatakan sebagai masalah sama ada merupakan keraguan, kesukaran atau ketidakpuasan hati terhadap jawapan atau

penyelesaian yang tidak mempunyai bukti yang segera.

❑ Menyatakan dengan jelas masalah yang hendak dikaji dan menjadikannya satu kes yang penting serta jangkaan

penyelesaiannya.

❑ Dalam konteks kajian tindakan bilik darjah, biasanya masalah adalah berkait rapat dengan masalah pengajaran dan
pembelajaran. Melalui refleksi yang dilakukan ke atas pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan biasanya, guru

akan mendapati kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi dengan segera.

❑ Contoh:

Pelajaran Sejarah Menengah Atas adalah merupakan kesinambungan daripada pembelajaran di peringkat Menengah

Rendah. Hal ini bermakna segala maklumat atau fakta Sejarah pada peringkat menengah rendah merupakan asas yang

menghubungkaitkannya dengan perkembangan Sejarah yang lain.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

KANDUNGAN & SUSUN ATUR CADANGAN KAJIAN

SUSUN ATUR

PERNYATAAN MASALAH : REFLEKSI P&P LALU

❑ Hal ini menyukarkan kebanyakan pelajar kerana terpaksa mengingat banyak fakta. Pelajar juga menghadapi kesukaran

untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan perkembangan Sejarah yang lain.
❑ Oleh itu melalui Peta Konsep pelajar dapat mengembangkan idea-idea walaupun hanya berdasarkan satu idea asas.

Keadaan ini dapat mengembangkan pemikiran pelajar untuk meluaskan lagi idea asas tersebut supaya ia terjalin menjadi

satu cerita yang senang untuk diingati. Setiap satu aspek atau idea itu dikaitkan dengan idea lain yang berkaitan. Peta

Konsep ini akan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh antara satu fakta dengan fakta seterusnya.

❑ Berdasarkan pemerhatian itu terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada kesukaran pelajar mengingati

fakta dan menghuraikan fakta atau idea asas. Pertama, tiadanya satu cara untuk pelajar mengingati fakta dan

mengembangkan fakta itu dengan idea lain yang berkaitan. Kedua, disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan
sehingga membosankan pelajar.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

KANDUNGAN & SUSUN ATUR CADANGAN KAJIAN

SUSUN ATUR

OBJEKTIF KAJIAN

❑ Menyediakan secara spesifik niat penyelidik. Biasanya pendek –dalam satu paragraf atau satu ayat. Penggunaan perkataan

serta pembentukan ayat adalah penting. Biasanya dalam kajian tindakan bilik darjah, perlu dinyatakan tentang objektif

berkaitan dengan peningkatan pembelajaran pelajar serta peningkatan dan perubahan dalam amalan guru.

❑ Contoh:

i. Menggunakan Peta konsep dalam pengajaran sejarah supaya mudah maklumat diingati lebih lama dan berkesan
ii. Meningkatkan pemahaman pelajar ke atas sesuatu topik

iii. Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajaran

iv. Menggalakkan pelajar membaca merujuk dan membincang

v. Memperbaiki amalan pengajaran guru yang dapat disampaikan dengan berkesan dan menyeronokkan

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

KANDUNGAN & SUSUN ATUR CADANGAN KAJIAN

SUSUN ATUR

METODOLOGI KAJIAN

❑ Menjelaskan tentang reka bentuk kajian serta model kajian tindakan yang akan digunakan. Di samping itu, metodologi kajian juga
perlu dapat menunjukkan tentang bagaimana subjek kajian dipilih, metod teknik pengumpulan data serta alat atau instrumen

pengumpulan data yang akan digunakan. Bagaimana data akan dianalisis serta teknik analisis perlu juga dijelaskan.

A. Reka Bentuk Kajian

❑ Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut:

Langkah 1 - Pengenalpastian Isu dan Masalah

Langkah 2 - Perancangan Tindakan

Langkah 3 - Pelaksanaan Tindakan
Langkah 4 - Pemerhatian dan Menganalisis Data

Langkah 5 - Refleksi dan Penilaian

❑ Setiap langkah perlu diberi penjelasan tentang perkara/aktiviti yang hendak dijalankan.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

KANDUNGAN & SUSUN ATUR CADANGAN KAJIAN

SUSUN ATUR

METODOLOGI KAJIAN

B. Sasaran Kajian

❑ Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian in adalah terdiri daripada kumpulan pengkaji, guru-guru yang mengajar

Sejarah tingkatan 5 (2 orang), dan sebuah kelas murid tingkatan 5, seramai 40 orang

C. Instrumen Kajian

❑ Dalam kajian akan digunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu:

1. Soalan-soalan ujian – dua set soalan ujian iaitu Pra Ujian dan Pos Ujian akan diberikan kepada pelajar berkaitan dengan

topik “Struktur Pentabiran Kerajaan Persekutuan Malaysia”. Tujuan pra ujian dan pos ujian dijalankan adalah untuk melihat

pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan diketahui sama ada
berkesan atau tidak penggunaan Peta Konsep dalam pengajaran Sejarah.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

KANDUNGAN & SUSUN ATUR CADANGAN KAJIAN

SUSUN ATUR

METODOLOGI KAJIAN

C. Instrumen Kajian

2. Pemerhatian - Pemerhatian akan dilakukan oleh guru-guru Sejarah terhadap tingkahlaku pembelajaran pelajar-pelajar di

dalam kelas semasa pengajaran dilaksanakan. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap belajar mereka, bagaimana mereka

memberi tindakbalas terhadap pengajaran guru sama ada melalui latihan perbincangan, mengemukakan fakta dan
pendapat, menjawab soalan objektif dan latihan menulis esei.

Metod Analisis Data

a. Ujian pra dan ujian pos: Analisis markah pencapaian pelajar
b. Pemerhatian: Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas pelajar semasa pengajaran

KESIGNIFIKANAN KAJIAN

❑ Sesuatu cadangan kajian perlulah dapat menunjukkan dengan jelas sumbangannya kepada bidang, penyelidik serta pihak-
pihak lain yang berkepentingan.

❑ Dalam konteks kajian tindakan, biasanya selain daripada kajian dapat meningkatkan pembelajaran pelajar dan pengajaran

guru, ianya juga perlu dapat dikongsi bersama dengan guru-guru lain.

❑ Contoh:

Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan Ahli Jawatankuasa KT SM Seri Tanjong, guru-guru sekolah melalui

aktiviti perkembangan staf, dan juga guru-guru Sejarah.

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

KANDUNGAN & SUSUN ATUR CADANGAN KAJIAN

SUSUN ATUR

ANGGARAN PERBELANJAAN

PECAHAN KEPALA JUMLAH

21 000 Perjalanan RM XXXX

27000 Bahan dan alatan bantuan mengajar RM XXXX

Percetakan soal selidik / ujian RM XXXX

Percetakan modeul / bahan pengajaran RM XXXX

Percetakan laporan kajian (5 jilid) RM XXXX

29000 Perbelanjaan mesyuarat RM XXXX

Bengkel penulisan laporan RM XXXX

JUMLAH RM XXXX

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

KANDUNGAN & SUSUN ATUR CADANGAN KAJIAN

SUSUN ATUR

JADUAL KERJA

PERKARA TARIKH PERKARA TARIKH

Mesyuarat Jawatankuasa Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian

Penulisan kertas cadangan Analisis data ujian pra dan pemerhatian

Mesyuarat perancangan Pelaksanaan ujian pos

Mesyuarat pembinaan ujian pra / pos Refleksi dan penilaian

Pelaksanaan ujian pra Penulisan laporan kajian

Memproses data ujian pra Pemurnian laporan

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Tajuk 3. METODOLOGI 5. RUJUKAN

Abstrak 3.1 Reka bentuk

3.2 Persampelan
1. PENDAHULUAN 3.3 Pengumpulan data

1.1 Latar belakang 3.4 Instrumen

1.2 Pemasalahan kajian 3.5 Analisis data

1.3 Tujuan / objektif 3.6 Kaedah memastikan kesahan

1.4 Soalan kajian
4. PELAKSANAAN KAJIAN
1.5 Batasan kajian
4.1 Perancangan tindakan
1.6 Kepentingan kajian
4.2 Pelaksanaan tindakan

4.3 Refleksi dan penilaian
2. KAJIAN LITERATUR
4.4 Kesimpulan dan cadangan

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

TOPIK 4

KAJIAN TINDAKAN

NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

Click to View FlipBook Version