KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN PUTIH
OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN PUTIH :
► Menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Murid-murid mudah memahami daripada guru yang hanya bercakap
dengan tanpa menulis.
► Menarik perhatian pelajar terhadap perkara-perkara yang penting. Guru dapat mengekalkan perhatian pelajar terhadap perkara-
perkara penting dalam pengajaran dan pembelajaran
► Mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara bersistematik. Murid-murid mudah faham kerana guru dapat
memberi penjelasan secara lebih teratur secara satu per satu
► Mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru. Murid-murid tidak akan merasa bosan dengan satu aktiviti P&P sahaja.
► Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran murid. Murid-murid akan dapat pengalaman menulis di papan tulis contohnya untuk
menjawab soalan.
► Memberi peluang kepada murid-murid meniru dari papan tulis. Ini akan menggalakkan murid-murid untuk berfikir.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN PUTIH
KEJELASAN SUSUNAN
► Saiz tulisan yang sesuai. ► Penggunaan ruang untuk tulisan dan
► Tulisan kemas dan tepat. rajah sesuai dan seimbang.
► Gambar rajjah jelas dan ringkas. ► Susunan dapat di lihat dan teratur.
PENONJOLAN & PENEKANAN SUSUNAN
► Penggunaan kapur warna yang sesuai ► Bentuk satu konsep dengan jelas dan
► Penggunaan kapur warna yang menarik tepat
► Permudahkan konsep atau idea yang
susah.
► Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran-
pembelajaran.
► Gunakan dalam masa yang sesuai
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN MENGGUNAKAN PAPAN PUTIH
KESAN-KESAN PENGGUNAAN PAPAN PUTIH :
Pelajar dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat. Mereka akan mengikuti proses P&P secara satu per satu kerana guru
memberi penerangan secara berperingkat.
Pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti P&P terutama bagi pelajaran baru.
Pelajar dapat mengikuti perkembangan dengan penuh minat kerana penerangan guru adalah secara mudah dan berperingkat.
Aktiviti pengajaran guru dapat dipelbagaikan. Contohnya tidak terikat dengan satu ABM sahaja.
Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. Guru menulis dengan jelas, terang dan dibantu dengan proses yang mudah
dan tepat. Ia dilakukan secara langkah demi langkah.
Aktiviti pembelajaran menjadi lebih menarik. Murid-murid boleh terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya memberi peluang kepada mereka untuk menulis di jawapan di papan tulis.
Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan. Mudah untuk murid-murid untuk mengingati apa yang
diajar.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
ASPEK IKLIM DAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH
Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Suasana fizikal bilik
darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang
pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru.
Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang
berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna.
Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang
serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan ke arah persekitaran dan iklim yang sedemikian. Suasana bilik darjah yang harmonis
membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya.
Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan-pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan
murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah
tersebut.
Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam
mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap
murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ia dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik
antara mereka dengan guru dan sesama mereka.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
ASPEK IKLIM DAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH
Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa
bersih dan kerusi mejanya teratur. Sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi
merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik.
Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan
iklim bilik darjah. Walaupun tempat-tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti
atau diubah-ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh
guru.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang
pergerakan pelajar, tingkah laku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar,
mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan
prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.
Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran
komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan
empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar.
Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
ASPEK KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH
Ini kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui
tingkah laku manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid yang mendesak guru menggunakan yang
optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkah laku dan budaya murid supaya sebarang
tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan
mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di
samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya,
dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.
Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah satunya
adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi
merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan
murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku
sekiranya tidak wujud komunikasi.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
CIRI-CIRI KOMUNIKASI SEORANG GURU
MENGAMALKAN DEMOKRASI DALAM KOMUNIKASI
Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki KESEDIAAN UNTUK MENDENGAR
komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan
melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting
berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi
bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar
disenangi oleh guru dan rakan lain. oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses
berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan
MENGGUNAKAN BAHASA YANG BERKESAN mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk
Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik mendengar.
darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid
perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas.
Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret-leret akan menyukarkan MENYESUAIKAN DIRI DENGAN SITUASI
pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran. Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi.
MENGHORMATI PERASAAN ORANG LAIN Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu
menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau
Proses komunikasi juga melibatkan domain afektif, di samping kognitif dan kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri
psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza.
termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut
tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau keadaan.
mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar
akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang
sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
ASPEK PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH
Pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkait. Ia melibatkan
perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.
Peningkatan profesionalisme guru di dalam bilik darjah dilihat dalam aspek
kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi
pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan
dengannya.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran
maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan,
penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian
sukatan, bahan rujukan tambahan samaada dari buku- buku yang terdapat di
kedai- kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN PENGAJARAN YANG BAIK
1 MURID LIBAT AKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN
❑ Di dalam proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid-murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal
sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran.
❑ Dalam kebanyakan situasi pembelajaran, murid-murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani
sambil menumpukan kepada aktiviti-aktiviti mental.
❑ Umpamanya murid-murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan percubaan-
percubaan berbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja.
❑ Oleh yang demikian murid-murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang hanya
pasif didalam kelas.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN YANG BAIK
2 PENGGUNAAN PELBAGAI KAEDAH DI DALAM PROSES PENGAJARAN
❑ Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu,
guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai.
❑ Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:
✓ Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang diajar dalam bilik darjah.
✓ Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan. Pastikan kaedah ini dapat memberi kejayaan
atau kesan positif dalam pembelajaran murid- murid.
✓ Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara
aktif.
✓ Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk mencapai kejayaan.
❑ Di antara kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan, syarahan, dialog, soal jawab,
perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN YANG BAIK
3 ISI PELAJARAN HENDAKLAH DIKAITKAN DENGAN PENGETAHUAN MURID
❑ Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan kepada murid-murid, sekiranya pelajaran itu
jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.
❑ Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkan dengan pengalaman yang telah ada pada mereka.
❑ Dengan itu, guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh-contoh yang telah mereka alami.
❑ Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN YANG BAIK
4 PENGAJARAN HENDAKLAH MENGAMBIL BERAT TENTANG PERBEZAAN MURID
❑ Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu murid. Ini kerana setiap murid mempunyai
keupayaan dan latar belakang yang berbeza.
❑ Di dalam bilik darjah, kumpulan murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pandai, sederhana dan lemah. Manakala
dari aspek latar belakang terdapat murid yang lahir daripada golongan kaya, sederhana dan miskin.
❑ Dalam hal ini, guru perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran bagi semua murid.
❑ Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak dan keperluan murid yang berbeza ini.
❑ Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya objektif dapat dicapai.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN YANG BAIK
5 MELAKUKAN PERANCANGAN DALAM PENGAJARAN
❑ Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan pengajaran hendaklah dibuat sebelum penggal
persekolahan bermula. Persediaan mengajar merangkumi rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan
bantu mengajar, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan lain- lain. Guru juga tidak lari dari melakukan langkah pengajaran
yang memerlukan kepada modul.
❑ Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa atau peringkat yang berurutan yang biasanya dibentuk
dalam rancangan pengajaran tahunan. Proses pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awal pengajaran.
Biasanya aktiviti ini tidak memakan masa yang lama antara dua hingga tiga minit. Seterusnya diikuti dengan perkembangan isi
yang ada pada beberapa langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan dengan objektif khusus pembelajaran. Di peringkat
ini, guru perlu memikirkan aktiviti dan kaedah yang sesuai. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya bertujuan untuk
memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh guru.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
ASPEK PENGURUSAN BERKAITAN DENGAN DISIPLIN MURID
Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.
Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses
pengajaran pembelajaran.
Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa
khuatir mengenai masalah- masalah didiplin.
Ini kerana kejayaan dan kegagalan di sepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik
darjah.
Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga
membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.
Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan sifat yang rasional,
mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan-peraturan yang diterima umum.
Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada
memperbetulkan tingkah laku yang tidak diingini.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
ASPEK PENGURUSAN BERKAITAN DENGAN DISIPLIN MURID
Guru perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu PUNCA MASALAH DISIPLIN
murid itu berkembang dan membentuk kebolehan
mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang Guru kurang berfungsi
akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Wujud kumpulan tertentu
Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan
Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal, Halangan komunikasi
pengaruh melalui perhubungan di antara individu dan
pengaruh yang melibatkan hubungan dengan masyarakat.
LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN
Ganjaran perlakuan yang baik
Panduan bahasa isyarat
Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Gunakan kaedah kaunseling
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
PUNCA BERLAKUNYA MASALAH DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH
1 GURU KURANG BERFUNGSI 2 WUJUD KUMPULAN TERTENTU
Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah
paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan murid tertentu
yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan seperti kumpulan-kumpulan elite yang mempunyai prestasi
dan sumbangannya amat diperlukan pada mana-mana pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain.
peringkat sama ada rendah mahupun menengah. Gagal Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam
memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana
perubahan tingkah laku yang negatif dalam diri murid- murid. wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada
Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal masalah disiplin yang lain.
terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah,
seterusnya membawa kepada masalah disiplin.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
PUNCA BERLAKUNYA MASALAH DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH
3 P&P KURANG BERKESAN 4 HALANGAN KOMUNIKASI
Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam
memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid-murid akan
yang berjaya di dunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap
menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan
tumpuan murid-murid juga gagal dicapai. Maka akan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid
berlakulah sikap-sikap yang kurang menyenangkan di akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid
dalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah kerana mereka menganggap guru kurang memberi
disiplin. perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan-
golongan inilah yang akan bermasalah di dalam bilik darjah.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEMAHIRAN PENGURUSAN BILIK DARJAH
LANGKAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH
1 GANJARAN PERLAKUAN YANG BAIK 2 PENGGUNAAN BAHASA ISYARAT
► Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah ► Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat
akan diberi ganjaran. Guru akan memberi perhatian kepada murid murid yang tidak memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan
yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng kepala
merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan. kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar
3 MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PENGAJARAN murid memberi perhatian kepada guru.
► Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah 4 GUNAKAN KAEDAH KAUNSELING
kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran. ► Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat
Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan murid yang tidak memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan
kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha bahasa isyarat, seperti merenung atau menggeleng- geleng kepala
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar
dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid memberi perhatian kepada guru.
murid untuk mengikuti pengajaran guru.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
TOPIK 3
KEMAHIRAN
MIKROPENGAJARAN
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
Instruction, Technology and Assessment 2
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
TOPIK 4
KAJIAN TINDAKAN
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
CLO HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
CLO3 Menjustifikasi pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan pentaksiran yang telah
dilaksanakan.
HASIL PEMBELAJARAN
HPO1 Memahami latar belakang perkembangan kajian tindakan dalam pendidikan.
HPO2 Mengetahui definisi kajian tindakan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Menurut Kurt Lewin (1947), penyelidikan tindakan adalah melibatkan 3 langkah iaitu (1) perancangan yang
melibatkan pengintaian, (2) mengambil tindakan dan (3) mencari fakta mengenai hasil tindakan tersebut.
Menurut Stephen Corey (1953), penyelidikan tindakan adalah proses di mana pengamal berusaha untuk mengkaji
masalah mereka secara saintifik untuk membimbing, membetulkan dan menilai keputusan dan tindakan mereka.
Menurut Rapoport (1970), penyelidikan tindakan bertujuan untuk menyumbang kepada keprihatinan praktikal
orang dalam situasi yang bermasalah serta tujuan sains sosial dengan kerjasama bersama dalam kerangka etika
yang boleh diterima bersama.
Menurut McJernan (1988) menjelaskan bahawa kajian tindakan sebagai satu bentuk penyelesaian masalah
reflektif diri yang membolehkan para pengamal memahami dan menyelesaikan masalah mendesak dalam
persekitaran sosial.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
John Elliott (1991) menyatakan bahawa kajian tindakan lebih menekankan kepada masalah praktikal harian yang
dialami oleh guru daripada masalah teoritikal yang didefinisikan oleh penyelidik dalam disiplin tertentu.
Dalam erti kata lain, kajian tindakan guru dijalankan adalah untuk mengkaji masalah harian dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dihadapi oleh guru.
Bagi Mc Niff (1998), kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan
pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,
menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan mereka.
Kesimpulannya, kajian tindakan merupakan satu bidang penyelidikan berbentuk renungan kendiri (self-reflective)
yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik secara kolaboratif dalam sesuatu situasi sosial yang bertujuan untuk
mempertingkatkan pemahaman mereka terhadap amalan-amalan dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu
untuk mengubah dan mempertingkatkannya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN GURU
Pada asasnya kajian tindakan mempunyai ciri-ciri berikut:
❑ Boleh digunakan oleh guru untuk mengkaji masalah yang relevan dengan bilik darjah
❑ Melibatkan refleksi di setiap langkah dalam proses inkuiri
❑ Boleh digunakan untuk meningkatkan amalan, menyelesai masalah, perubahan institusi atau meningkatkan perkembangan
guru
❑ Dijalankan dalam situasi sebenar dan selalunya menggunakan teknik ‘participant observation‟ untuk mengkaji sesuatu
fenomena
❑ Merupakan proses kolaboratif, dengan individu-individu yang bertanggungjawab kepada tindakan yang menjalankan kajian
❑ Melibatkan penyelesaian masalah praktikal dan meneroka isu-isu bilik darjah
❑ Mengembangkan pengetahuan professional guru dalam disiplin spesifik
❑ Dinamik dan perubahan merupakan bahagian yang penting dalam proses kajian tindakan
❑ Guru-guru terlibat dalam proses merancang, bertindak dan mereflek (gelungan kajian tindakan)
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN GURU
❑ Sebagai asas membuat keputusan pengajaran berasaskan data
Dalam tugas seharian, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, guru sentiasa membuat keputusan tentang sesuatu tindakan
yang telah dan sedang dijalankannya. Sama ada keputusan yang dibuat itu berkesan atau tidak banyak bergantung kepada
keupayaan guru menggunakan sumber dan maklumat yang ada sebagai asas membuat keputusan. Bentuk dan sumber
maklumat juga akan memberi kesan kepada kualiti keputusan yang dibuat. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data
yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan kerelevannya, ianya mestilah diperolehi melalui satu prosedur dan proses yang
sistematik. Kajian dapat membantu guru dan lain-lain pihak berkepentingan dalam mengenalpasti keperluan, menilai tindakan
dan perubahan yang dibuat melalui keputusan yang dibuat berasaskan data.
❑ Sebagai asas kepada perkembangan profesionalisme guru
Tidak dapat dinafikan pendekatan kajian tindakan telah banyak digunakan oleh sekolah sebagai asas perkembangan
profesionalisme guru.Dengan ertikata yang mudah, sebagaimana mengikut Lawrence Stenhouse, tiada perkembangan
kurikulum tanpa perkembangan guru. Dengan terlibat dalam proses dan aktiviti kajian tindakan, guru dapat mempertingkatkan
amalan mereka berdasarkan penelitian dan refleksi ke atas amalan dalam situasi yang sebenar. Ini bersesuaian dengan konsep
dan ciri-ciri professional yang menekankan peningkatan ilmu dan kemahiran dalam bidang tugas dan tanggungjawab.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PERBANDINGAN
KAJIAN TINDAKAN KAJIAN KONVENSIONAL
❑ OBJEKTIF – memperbaiki amalan sendiri dan ❑ OBJEKTIF – menguji teori, membuat generalisasi dan
membentuk teori praktis menjelaskan prinsip
❑ REKABENTUK – boleh ubahsuai berdasarkan keadaan ❑ REKABENTUK – ditetapkan terlebih dahulu dan tetap
dan keperluan situasi sebenar
❑ SUBJEK KAJIAN – Penyelidikan sebahagian daripada ❑ SUBJEK KAJIAN – merupakan sampel yang dipilih
subjek kajian
❑ KAEDAH – dijalankan dalam situasi sebenar dan ❑ KAEDAH – bergantung kepada teknik persampelan dan
memerlukan tindakan dan penilaian ke atas tindakan analisis statistik yang canggih, tidak semestinya dalam
situasi yang sebenar
❑ LAPORAN KAJIAN – menggunakan bahasa yang ❑ LAPORAN KAJIAN – lebih bersifat teknikal dan
mudah difahami memerlukan pengetahuan yang khusus untuk
memahaminya
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
MODEL KAJIAN TINDAKAN
Mengumpul Mereka
data
bentuk
Menganalisis
Mengenal data /
pasti masalah membentuk
hipotesis
Mengambil Mengumpul
tindakan data
MODEL SOMEKH MODEL STRINGER
(1989) (2004)
Menganalisis Merancang
tindakan tindakan
Mengumpul Melaksanakan Menyampai Menganalisis
data untuk hasil data
mengesahkan pelan menilai
tindakan
perubahan
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PRINSIP PENDEKATAN KAJIAN TINDAKAN
Menurut Elliot (1981), kajian tindakan adalah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam
kajian tindakan mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah
amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial di sekolah. Dalam usaha menyelidik, guru sebenarnya melakukan
inovasi dan perubahan secara refleksi dan inkuiri.
Sehubungan itu, untuk melaksanakan kajian tindakan dengan berkesan anda perlulah:
❑ membuat perancangan yang mengandungi langkah-langkah dan tindakan yang bertujuan untuk
meningkatkan keberkesanan kajian.
❑ menjalankan tindakan dengan melaksanakan setiap perancangan dalam situasi yang sistematik dan
terkawal
❑ tindakan yang dijalankan direkodkan bagi memungut data untuk dibuat penilaian terperinci.
❑ refleksi ke atas tindakan perlu dilakukan kerana ia penting untuk pembinaan makna situasi sosial dan
menyediakan asas untuk perancangan tindakan anda selanjutnya selanjutnya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan dilaksanakan dalam bentuk gegelung
yang merangkumi aktiviti: Tinjauan Awal
(i) mengenalpasti masalah,
(ii) merancang tindakan,
(iii) pelaksanaan tindakan, Refleksi dan Merancang
(iv) pemerhatian dan analisis data penilaian tindakan
(v) melakukan refleksi dan masuk ke gegelung kedua GEGELUNG
dengan merancang semula dan proses kajian KAJIAN TINDAKAN
berkenaan akan berulang sehingga ia mantap dan
dapat mencari jalan penyelesaiannya.
Pemerhatian Melaksanakan
dan analisis
data tindakan
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI MASALAH / ISU KAJIAN TINDAKAN
❑ Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang didapati tidak
memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti
yang diharapkan.
❑ Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prihatin, minat penyelidik, keadaan yang hendak dipertingkatkan,
kesukaran yang hendak dihapuskan, persoalan yang hendak dicari jawapannya. Oleh itu bukanlah satu perkara yang
mudah bagi seseorang penyelidik untuk membina satu masalah yang mudah, ringkas, jelas dan lengkap.
❑ Masalah penyelidikan pada asasnya dimulakan dengan persoalan yang merupakan fokus atau tumpuan utama
kepada penyiasatan penyelidik. Masalah kajian tindakan bilik darjah adalah merupakan masalah yang berbangkit di
dalam proses dan persekitaran sesuatu pengajaran. Misalnya dalam satu-satu tempoh pengajaran matematik, guru
mungkin menghadapi masalah meneruskan pengajaran apabila terdapat seorang dua pelajar yang tidak menguasai
sifir atau tidak dapat mendarab atau tidak dapat menghafal sifir maka adalah sukar untuk guru terus mengajar operasi
darab.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI MASALAH / ISU KAJIAN TINDAKAN
❑ Bagi guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu pula misalnya mendapati beberapa orang murid yang gagal
berkomunikasi dengan baik. Kewujudan murid-murid sedemikian di dalam bilik darjah akan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
❑ Atau pada peringkat yang lebih tinggi sedikit, guru-guru kadang-kadang berhadapan dengan masalah murid yang
tidak dapat menulis karangan dengan baik kerana tidak tahu mengadakan isi-isi penting bagi sesuatu tajuk.
❑ Atau kalau tahu isi-isi penting gagal pula menyediakan penulisan yang baik bagi mengketengahkan isi-isi berkenaan.
Tidak dapat membuat ayat topik, ayat huraian maupun ayat contoh. Ini merupakan isu-isu yang perlu diberi perhatian
oleh guru kerana sekiranya dibiarkan ia akan membantutkan kemampuan pembelajaran murid berkenaan seterusnya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI MASALAH / ISU KAJIAN TINDAKAN
❑ Daripada contoh-contoh isu dan masalah-masalah dalam beberapa mata pelajaran seperti yang dibincangkan di atas,
guru perlu mengenal pasti, membuat senarai semak isu-isu yang berbangkit di dalam satu-satu proses pengajaran
dan pembelajaran dan membuat keutamaan kepada isu-isu berkenaan. Kenapa guru perlu membuat keutamaan?
❑ Guru perlu mengesan isu yang paling kritikal dan mana yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Isu berkenaan,
dikatakan sebagai isu prihatin iaitu sekiranya isu tersebut tidak diatasi ia akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran guru seterusnya. Dan sekiranya masalah prihatin berkenaan tidak di atasi oleh pihak murid berkenaan
pula maka ia akan menyebabkan murid berkenaan tidak dapat mengikuti pembelajaran seterusnya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI MASALAH / ISU KAJIAN TINDAKAN
Dalam mengenalpasti masalah spesifik atau persoalan kajian, ia melibatkan soalan-soalan seperti berikut:
❑ Apa yang kita hendak ketahui?
❑ Apakah soalan-soalan yang boleh ditanya untuk memahami masalah tersebut?
❑ Apakah (individu, artifak, amalan dan lain-lain) yang hendak dikaji?
❑ Mengapakah masalah atau persoalan tersebut penting? Adakah ia merupakan persoalan yang signifikan
dan akan menyumbang kepada bidang atau amalan?
❑ Adakah masalah boleh dikaji berdasarkan sumber-sumber yang ada?
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI MASALAH / ISU KAJIAN TINDAKAN
Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan situasi pengajaran sebenar di dalam bilik darjah, anda sudah
tentu menemui pelbagai masalah dalam pengajaran.
❑ Adakah isu/masalah tersebut wujud di dalam kelas pengajaran saya?
❑ Bolehkah saya melakukan sesuatu untuk memperbaiki masalah tersebut?
❑ Bolehkah saya melakukan perubahan ini bersendirian atau memerlukan bantuan rakan guru lain?
Kerelavanan isu/masalah
❑ Sejauh mana pentingnya isu tersebut perlu diperbaiki?
❑ Apakah ia merupakan isu jangka panjang atau jangka pendek?
❑ Apa tindakan sebenar yang boleh saya lakukan untuk mengatasi isu tersebut?
❑ Adakah saya benar-benar berminat untuk memperbaiki isu ini?
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI MASALAH / ISU KAJIAN TINDAKAN
Bagaimana untuk mengenal pasti isu atau masalah?
PEMERHATIAN
Untuk meninjau masalah murid, saya telah membuat pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas, pengajaran dan pembelajaran semasa di kelas pemulihan dan melalui respons murid kepada soalan
- soalan yang diajukan.
TEMUBUAL
Kaedah lain yang saya gunakan adalah temu bual yang mana dilakukan secara tidak formal terhadap murid-
murid yang telah dikenal pasti tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Temu bual ini secara tidak langsung
dapat mengetahui punca sebenar masalah mereka. Sesi temu bual ini dilakukan bersama murid di sekolah dan
bersama ibu bapa atau penjaga dalam sesi pertemuan bersama antara ibu bapa dan pihak pentadbir dan guru
pemulihan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI MASALAH / ISU KAJIAN TINDAKAN
Bagaimana untuk mengenal pasti isu atau masalah?
UJIAN PRA
Ujian pra telah dijalankan bagi menguji tahap sebenar pencapaian. Ujian pra yang dijalankan meliputi
beberapa aspek seperti :
❑ Hasil kerja murid melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru.
❑ Ujian penulisan melalui pita rakaman.
❑ Ujian ( UPCH ) Ujian Pengesanan Tahap bacaan murid.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI MASALAH / ISU KAJIAN TINDAKAN
FIKIRKAN SATU SITUASI SOSIAL DI JANGKAAN JAWAPAN FIKIRKAN SATU SITUASI SOSIAL DI SEKOLAH JANGKAAN JAWAPAN
SEKOLAH YANG INGIN ANDA YANG INGIN ANDA PERBAIKI DAN JAWAB
PERBAIKI DAN JAWAB SOALAN- SOALAN-SOALAN BERIKUT:
SOALAN BERIKUT:
Apakah yang sedang berlaku? Siapakah yang berminat dan boleh membantu saya?
Bagaimanakah keadaan sesuatu isu/ Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh rakan
masalah / situasi itu boleh wujud? saya untuk mengatasi keadaan / situasi berkenaan?
Sejauh manakah mustahaknya isu itu Bagaimana pengalan saya tentang sesetengah
kepada pelajar / pengkaji? perkara boleh digunakan untuk mengatasi masalah
ini?
Apakah idea baru yang boleh saya lakukan untuk mengahadapi keadaan / situasi berkenaan?
RUMUSAN MASALAH DAN PERSOALAN KAJIAN :
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MERANCANG TINDAKAN
Dalam persekitaran bilik darjah yang dilalui saban hari tentunya guru-guru tidak pernah sunyi daripada pelbagai
masalah. Masalah-masalah yang ‘mungkin’ berpunca dari murid-murid. Murid nakal semasa guru mengajar,
murid malas belajar, murid tidur semasa guru mengajar, murid tidak memberi perhatian semasa guru mengajar
dan lain-lain lagi yang sering menjadi masalah kepada guru dan mempengaruhi keseluruhan mod pembelajaran
terganggu. Sebagai seorang guru yang komited, kita akan membuat refleksi selepas setiap pengajaran kita.
Guru yang sering membuat refleksi, membuat muhasabah serta penilaian kendiri adalah guru yang baik. Guru
yang sentiasa mahu memperbaiki diri. Guru yang ingin melihat kejayaan dalam kalangan murid-murid.
Oleh yang demikian guru mungkin sentiasa bertanya :
❑ Bagaimana masalah seperti di atas berlaku?
❑ Apa yang boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah tersebut?
❑ Apakah saya mampu melaksanakannya?
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MERANCANG TINDAKAN
Perancangan kajian tindakan merupakan kerangka pemikiran tentang kajian tindakan yang akan memandu
kerja-kerja kajian selanjutnya. Elliott (1991) dan Kemmis & McTaggart (1988) mencadangkan langkah-langkah
berikut:
❑ Menulis pernyataan fokus kajian
❑ Definisikan pembolehubah yang berkaitan
❑ Bentuk soalan kajian
❑ Jelaskan intervensi atau inovasi yang dicadangkan
❑ Jelaskan rakan-rakan penyelidikan yang akan terlibat
❑ Jelaskan perundingan yang perlu dijalankan
❑ Bina garis masa (timeline) kajian
❑ Nyatakan sumber-sumber yang boleh dan akan digunakan
❑ Nyatakan idea-idea tentang pengumpulan data
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
Semasa merancang kajian tindakan, perlu dipertimbangkan perkara-perkara berikut :
❑ Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak diselesaikan
❑ Menjelaskan matlamat cadangan tindakan yang berkait dengan masalah yang hendak diselesaikan atau amalan yang hendak
dipertingkatkan atau sesuatu idea/strategi baru yang hendak dicuba uji dalam konteks bilik darjah. Contohnya, sekiranya masalah
yang hendak dikaji adalah berkaitan dengan ‘pelajar tidak berminat belajar’, sudah tentu perkara-perkara yang hendak diketahui
lebih lanjut adalah seperti berikut:
✓ Pelajar manakah yang tidak berminat?
✓ Apakah yang mereka lakukan selain daripada belajar?
✓ Adakah mereka tidak berminat membuat perkara yang sama atau yang berbeza?
✓ Adakah pada masa-masa yang tertentu, topik-topik tertentu atau matapelajaran- matapelajaran tertentu sahaja yang
menunjukkan mereka kurang berminat?
✓ Apakah bentuk-bentuk perlakuan yang menunjukkan mereka tidak berminat belajar?
❑ Soalan-soalan ini boleh membantu menjelaskan lagi bentuk masalah yang dikaji. Pengumpulan maklumat berkaitan dengan soalan-
soalan di atas akan menyediakan asas untuk mengklasifikasi fakta yang relevan serta membentuk kategori-kategori yang sesuai
berkaitan dengan masalah ‘pelajar tidak berminat belajar’.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
Semasa merancang kajian tindakan, perlu dipertimbangkan perkara-perkara berikut :
❑ Menjelaskan sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil
❑ Menjelaskan sebab-sebab cadangan tindakan itu diambil dengan memberikan asas pemikiran atau teori-teori berkaitan yang dapat
menerangkan dengan lebih lanjut tentang bentuk dan skop tindakan
❑ Menyenaraikan tindakan / aktiviti yang dicadangakan
❑ Menyenaraikan tindakan-tindakan/aktiviti-aktiviti yang dicadangkan termasuklah:
a) tugas dan tanggungjawab, g) jumlah gelungan kajian dan tempoh pelaksanaan untuk semua
b) aktiviti-aktiviti, gelungan,
c) bahan-bahan, h) cara-cara pemantauan perubahan, penilaian perubahan –
d) struktur organisasi, formatif & sumatif,
e) falsafah dan konsep baru tentang perubahan, i) keperluan-keperluan lain seperti bahan rujukan, kewangan,
f) bagaimana aktiviti dijalankan, kemudahan, kelengkapan, tenaga, dan masa
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
MENJALANKAN TINDAKAN
❑ Pada peringkat ini anda sudahpun mengenal pasti tindakan atau intervensi yang paling sesuai untuk mengatasi situasi sosial yang
berlaku di sekolah anda. Apa yang telah dirancang perlu dijalankan untuk melihat keberkesanannya. Kumpulan akan mempastikan
segala yang dirancang dilaksanakan. Ada yang terlibat dalam melaksanakan rancangan dan ada yang terlibat dalam mengumpul
maklumat atau data untuk mengesan keberkesanan tindakan yang dibuat. Sekiranya apa yang dirancang adalah satu sesi
pengajaran, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran dan ada yang memerhatikan pengajaran untuk
mengumpul maklumat yang diperlukan.
❑ Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, kajian tindakan adalah lebih berkesan sekiranya dijalankan secara kolaboratif dengan
rakan sekerja yang lain. Sebaik-baiknya cuba libatkan lebih ramai rakan anda untuk membantu melaksanakan kegiatan tindakan. Di
peringkat sekolah misalnya boleh dibentuk satu jawatankuasa khas bagi mencadang dan merancang tindakan. Tindakan atau
intervensi anda itu misalnya, mungkin melibatkan beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dengan menggunakan
pendekatan dan strategi pembelajaran yang berbeza. Dalam hal ini, maka perlu ada ahli kumpulan yang melaksanakan pengajaran
dan ada yang memerhatikan pengajaran untuk mengumpul maklumat yang diperlukan. Dengan kata lain, ada yang terlibat dalam
melaksanakan tindakan dan ada juga yang terlibat dalam mengumpul maklumat atau data untuk mengesan keberkesanan tindakan
yang telah dipilih dan dikenal pasti itu.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PEMERHATIAN DAN DATA ANALISIS
❑ Semasa guru menjalankan tindakan yang dirancangkan, proses pengumpulan data juga boleh dilakukan melalui
pemerhatian bilik darjah yang dilakukan oleh rakan pengkaji atau rakaman video boleh dilakukan.
❑ Di samping itu, data daripada bentuk-bentuk lain seperti ujian dan lain-lain bentuk pentaksiran juga boleh dijalankan.
Setelah selesai sesuatu tindakan dijalankan, pengumpulan data juga boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah-
kaedah seperti temu bual, analisis kerja pelajar, soa selidik dan sebagainya.
❑ Setelah data dikumpul melalui pelbagai kaedah dan sumber, maka data tersebut perlu dianalisis dan diinterpretasi.
Kaedah analisis dan interpretasi bergantung kepada bentuk data yang dikumpul, sama ada data kuantitatif atau data
kualitatif.
❑ Yang pentingnya adalah penyelidik perlu mengumpul bukti untuk dijadikan asas kepada kesimpulan yang akan dibuat
sama ada tindakan yang dirancang dan dijalankan berkesan atau tidak, dapat mengubah atau tidak.
❑ Analisis dan interpretasi data akan dijadikan asas dalam langkah seterusnya iaitu langkah penilaian dan refleksi.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PEMERHATIAN DAN DATA ANALISIS
❑ Terdapat pelbagai cara anda boleh gunakan untuk mengumpul data dan ini bergantung kepada keperluan kajian.
Bahan-bahan berkenaan boleh didapati daripada:
✓ bahan-bahan dokumentasi seperti kerja pelajar dalam bentuk projek atau kerja rumah, minit mesyuarat, rekod
kedatangan pelajar, skor ujian bulanan, rekod keputusan peperiksaan dan sebagainya
✓ rakaman video atau audio mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, luar kelas, pelaksanaan
program kokurikulum
✓ nota yang dibuat hasil dari temu bual, misalnya temu bual dengan pelajar
✓ foto dan gambar menunjukkan kegiatan yang dikaji.
✓ Catatan buku diari dan nota-nota kerja
✓ Ujian bertulis dan soal selidik kepada pelajar
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA
❑ Apabila fokus kajian dan soalan kajian telah dikenalpasti, perlu Pertimbangkan soalan-soalan berikut: Apakah
ditentukan metod pengumpulan data yang sesuai. Pada skop inkuiri yang boleh anda uruskan?
asasnya dua set data akan dikumpulkan.
❑ Pertama, data yang dikumpul untuk membolehkan anda mula ✓ Apakah yang anda jangka akan berlaku hasil
menjawab soalan yang dikemukakan. Kedua, data yang daripada kajian tindakan anda? Bagaimana?
dikumpulkan untuk menentukan kesan amalan yang telah Bila?
berubah. Set data pertama akan mengesahkan yang anda telah ✓ Dalam latar apakah anda akan mengumpul
mengenalpasti soalan yang sebenar, menyediakan idea dan data?
pemahaman tentang bentuk dan hakikat isu yang mendasari ✓ Siapakah yang terlibat?
soalan anda, dan set data kedua adalah untuk mencadangkan ✓ Apakah interaksi yang berlaku?
perubahan-perubahan kepada amalan anda. Sorotan literatur ✓ Apakah bukti fizikal yang ada?
dan bahan-bahan berkaitan akan menyediakan maklumat lanjut ✓ Bagaimana anda merancang untuk mengurus
yang akan memberikan petunjuk tentang keputusan untuk pengumpulan data?
mengubah amalan anda.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA
❑ Bertanyakan soalan yang betul adalah merupakan kemahiran penting dalam pengumpulan data yang efektif. Oleh itu,
perlulah jelas mengapa sesuatu data itu dikumpul serta bagaimana data tersebut akan digunakan.
❑ Ini memerlukan satu kerangka pengumpulan data dibentuk yang menjelaskan tentang alat pengumpulan data serta
alat analisis data yang sesuai. Perlu diputuskan berapa banyak data yang akan dikumpulkan. Ini sudah tentu berkait
dengan saiz sampel yang sesuai serta jangkamasa data dikumpul.
❑ Data mestilah tepat, berguna, tidak memakan masa yang panjang untuk mengumpulnya serta mestilah boleh
dipercayai bagi membolehkan hipotesis dan strategi perlaksanaan kajian dibentuk dengan yakin. Dengan ertikata
lain, data yang dikumpul sepatutnya menjadikan kerja-kerja selanjutnya lebih mudah dikendalikan.
❑ Pada umumnya, sesuatu alat kajian itu, termasuk soal selidik, mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
✓ memenuhi objektif dan persoalan kajian
✓ mempunyai kesahan
✓ mempunyai kebolehpercayaan, dan
✓ praktikal
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA
SOAL SELIDIK
Soalan Pemikiran Tahap Tinggi vs: Soalan Bercapah vs : Soalan Soalan Berstruktur vs : Soalan
Soalan Pemikiran Tahap Rendah Tertumpu Tidak Berstruktur
❑ Soalan tahap tinggi memerlukan ❑ Terdapat beberapa ❑ Soalan Berstruktur
individu berfikir daripada hanya kemungkinan jawapan yang menyediakan maklumat latar,
mengingat, atau mengulang semula betul biasanya menunjukkan berfokus dan memandu
atau meringkaskan sesuatu. soalan tersebut merupakan responden kepada soalan dan
❑ Manakala soalan tahap rendah pula soalan bercapah. matlamatnya.
merupakan soalan yang ditanyakan ❑ Soalan bertumpu pula ❑ Soalan tidak berstruktur
yang memerlukan hanya mengingat, menunjukkan hanya satu adalah lebih terbuka dan tidak
mengulang, meringkas atau jawapan betul. berfokus
memfrasakan semula apa yang telah
dinyatakan atau yang telah dituliskan.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA
SOAL SELIDIK SKALA LIKERT
DIKOTOMUS ❑ Tujuan soalan adalah untuk mendapatkan
penilaian/persepsi/persetujuan responden tentang sesuatu
❑ Tujuan soalan adalah untuk mendapatkan pilihan persoalan. Skala jawapan adalah pilihan dalam bilangan
sampel daripada 2 penilaian yang diberi. angka ganjil iaitu: 3/4/5/7/9
Contoh: Ya Tidak ❑ Pemilihan bilangan skala ini berdasarkan kepada tahap
Betul Salah kognitif responden.
i. Adakah ibubapa anda bincang dengan guru
matematik anda berkenaan pembelajaran Contoh:
a) TINGKAT PERSETUJUAN
matematik anda? 1 = Sangat tidak setuju 4 = Setuju
Ya Tidak 2 = Kurang setuju 5 = Sangat setuju
i. Adakah ibubapa anda bincang dengan anda 3 = Tidak pasti
tentang pencapaian matematik anda?
Ya Tidak
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA
SOAL SELIDIK TERBUKA (OPEN-ENDED)
SUSUNAN PANGKATAN (RANK ORDER) ❑ Mendapatkan pendapat responden dengan menulis sendiri
pendapatnya.
❑ Mendapatkan penilaian responden kepada semua item Contoh:
yang disenaraikan dengan memberikan pemberatannya. a) Berikan cadangan anda bagaimana untuk ...............................
Susunan beberapa item mengikut keutamaannya. b) Apakah masalah yang anda hadapi dalam ............................
Contoh:
No. 1 menunjukkan peringkat tertinggi, no. 2 kedua tertinggi DEMOGRAFI
dan seterusnya hingga nombor terakhir yang menunjukkan
paling rendah tingkat keutamaannya. ❑ Mendapatkan maklumat umum dan khusus tentang responden
Berikan penilaian anda ke atas teknik-teknik berikut (sampel) yang kemudiannya digeneralisasikan kepada populasi
kajian.
mengikut keutamaannya. Contoh:
❑ Kuliah .......... ❑ Lakonan .......... Jantina : Lelaki Perempuan
❑ Latih tubi .......... ❑ Lawatan .......... Umur : ..................... tahun
❑ Syarahan ..........
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI