The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nur Syazwani Binti Sharudin- PDPP(PAI) E-Portfolio)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Syazwani Binti Sharudin IPGKBM, 2023-08-31 06:50:53

Nur Syazwani Binti Sharudin- PDPP(PAI) E-Portfolio)

Nur Syazwani Binti Sharudin- PDPP(PAI) E-Portfolio)

sebelum ujian amali solat diadakan yang merupakan salah satu matapelajaran dalam UPKK. Kelemahan: Kelemahan pelajar dapat dilihat dari aspek terdapat sebahagian pelajar yang masih tidak tahu urutan yang betul dalam mengambil wuduk. Kebanyakkan pelajar juga pada awalnya tidak menghafaz doa selepas mengambil wuduk sebelum aktiviti dilaksanakan. Aktiviti amali mengambil wuduk tidak dapat dilaksakan kepada semua pelajar kerana kekangan masa disebabkan selepas aktiviti kokurikulum pelajar perlu menghadiri kelas tambahan. Gambar-gambar aktiviti:- ULASAN GURU PEMBIMBING Seorang guru yang komited dan sentiasa berusaha meningkatkan lagi tahap penguasaan pelajar dalam melaksanakan ibadah solat dengan sempurna. T.T PELAJAR T.T PENASIHAT KOKURIKULUM 25/6/2023 NAMA PENASIHAT Nur Syazwani Binti Sharudin TARIKH 25/6/2023


LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU KELIMA NAMA PELAJAR Farisah Ariana Bt Ahmad Rohamizan JENIS PERSATUAN Persatuan Pendidikan Islam PROJEK/AKTIVITI Program Maal Hijrah: Teka silang kata TARIKH 12/7/2023 (Rabu) MASA 4.30 Petang - 5.30petang TEMPAT Kelas 5 Amanah NAMA GURU PENASIHAT KOKURIKULUM 1.Puan Aidayati Binti Mohd Usop 2. Cik Nur Syazwani Binti Sharudin 3. Puan Nurul Farhanah Binti Abraur BILANGAN PELAJAR 20 pelajar ( Lelaki: 10, Perempuan: 10) OBJEKTIF Murid dapat: 1. Meningkatkan pengetahuan tentang sejarah penghijrahan nabi Muhammad dan Umat Islam ke Kota Madinah. 2. Memberi iktibar dan pengajaran daripada kisah Rasullulah SAW. 3. Memupuk perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasullulah sepanjang masa. 5. Mengubah sikap murid dalam membentuk murid supaya bepegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar. LAPORAN Aktiviti yang dijalankan:- 1. Tayangan video lagu Maal Hijrah. 2. Penerangan dan sesi bercerita guru berkenaan peristiwa yang berlaku semasa hijrah Rasullulah SAW ke Madinah. 3. Kuiz Maal Hijrah. 4. Aktiviti Teka Silang Kata Maal Hijrah. Kekuatan: Melalui aktiviti ini, murid menunjukkan kerjasama yang positif dalam mendalami dan menghayati kisah hijrah Rasullulah SAW. Murid menunjukkan minat dan kesungguhan dalam aktiviti teka silang kata dan kerjasama dapat dipupuk antara ahli pasukan. Malah, aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk semangat pelajar dalam mendalami dan menghayati kisah perjuangan Rasullulah dan umat terdahulu dalam mempertahankan syiar Islam. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan dapat menanam perasaan cinta kepada Rasullulah SAW.


Kelemahan: Kelemahan pelajar dapat dilihat dari aspek sebelum sesi bercerita ketika ditanyakan seorang. Tidak ramai dalam kalangan mereka yang faham tentang apakah kaitannya awal muharam dan Maal Hijrah. Aktiviti teka silang kata juga mempunyai kelemahan kerana soalan dan jawapan di dalam bahasa melayu namun murid kebiasannya mempelajari pendidikan Islam dalam tulisan jawi. Oleh itu, pada awal murid menjawab soalan mereka tidak yakin merumikan jawapan. Gambar-gambar aktiviti:- ULASAN GURU PEMBIMBING Seorang guru yang komited dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. T.T PELAJAR T.T PENASIHAT KOKURIKULUM 25/6/2023 NAMA PENASIHAT Nur Syazwani Binti Sharudin TARIKH 25/6/2023


LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU KEENAM NAMA PELAJAR Farisah Ariana bt Ahmad Rohamizan JENIS PERSATUAN Persatuan Pendidikan Islam PROJEK/AKTIVITI TARIKH 19/7/2023 (Rabu) MASA 4.30 Petang - 5.30petang TEMPAT NAMA GURU PENASIHAT KOKURIKULUM BILANGAN PELAJAR OBJEKTIF LAPORAN ULASAN GURU PEMBIMBING T.T PELAJAR T.T PENASIHAT KOKURIKULUM NAMA PENASIHAT TARIKH


LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU KETUJUH NAMA PELAJAR Farisah Ariana Bt Ahmad Rohamizan JENIS PERSATUAN Persatuan Pendidikan Islam PROJEK/AKTIVITI Gotong Royong Peringkat Sekolah TARIKH 26/7/2023 (Rabu) MASA 4.30 Petang - 5.30petang TEMPAT Kelas 5 Amanah NAMA GURU PENASIHAT KOKURIKULUM 1.Puan Aidayati Binti Mohd Usop 2. Cik Nur Syazwani Binti Sharudin 3. Puan Nurul Farhanah Binti Abraur BILANGAN PELAJAR 20 pelajar ( Lelaki: 10, Perempuan: 10) OBJEKTIF Murid dapat: 1. Membersihkan dan mengindahkan persekitaran sekolah. 2. Melakukan kerja gotong royong mengikut arahan guru. 3, Memupuk sifat kerjasama dan bertanggungjawab dalam diri. LAPORAN Aktiviti yang dijalankan:- 1. Taklimat aktiviti gotong royong. 2. Aktiviti membersihkan persekitaran sekolah. 3. Aktiviti menghias dan menceriakan kelas. Kekuatan: Melalui aktiviti ini, murid menunjukkan kerjasama yang positif membersihkan persekitaran sekolah mengikut kumpulan yang dibahagikan. Melalui kerjasama daripada para pelajar. Segala bahagian yang ingin dibersihkan dapat diselesaikan dan dibersihkan dengan baik. Aktiviti menghias kelas juga dapat memberi suasana yang kondusif dan selesa didalam bilik darjah. Kelemahan: Kelemahan pelajar aktiviti ini apabila segala peralatan bergotong royong tidak mencukupi seperti mesin pemotong rumput yang hanya terdapat sahaja. Walhal kawasan yang ingin dibersihkan terdapat banyak tempat. Masalah juga timbul ketika aktiviti menghias kelas apabila peralatan atau hiasan kelas tidak dapat dibuat dengan


banyak kerana gangguan monyet yang menyerang kelas dan merosakkan hiasan kelas. Gambar-gambar aktiviti:- ULASAN GURU PEMBIMBING Seorang guru yang komited dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. T.T PELAJAR T.T PENASIHAT KOKURIKULUM 28/7/2023 NAMA PENASIHAT Nur Syazwani Binti Sharudin TARIKH 28/7/2023


LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU KELAPAN NAMA PELAJAR Farisah Ariana Bt Ahmad Rohamizan JENIS PERSATUAN Persatuan Pendidikan Islam PROJEK/AKTIV ITI Amali Solat TARIKH 2/8/2023 (Rabu) MASA 4.30 Petang - 5.30petang TEMPAT Kelas 5 Amanah NAMA GURU PENASIHAT KOKURIKULU M 1.Puan Aidayati Binti Mohd Usop 2. Cik Nur Syazwani Binti Sharudin 3. Puan Nurul Farhanah Binti Abraur BILANGAN PELAJAR 20 pelajar ( Lelaki: 10, Perempuan: 10) OBJEKTIF Pada akhir aktiviti yang dijalankan, murid dapat: 1. Melakukan cara menunaikan solat dengan betul dan sempurna. 2. Menerangkan cara dan rukun solat dengan jelas dan tepat. 3. Meningkatkan keyakinan diri melalui aktiviti yang dijalankan dan mampu mengamalkannya dalam kehidupan seharian. LAPORAN Aktiviti yang dijalankan:- 1. Guru memberi penerangan berkenaan pentingnya melaksanakan solat dengan sempurna dalam hidup seorang Muslim. 2. Murid bersama-sama membaca dan menunjukkan pergerakkan solat dengan betul didalam kumpulan. 3. Amali solat secara berkumpulan. Kekuatan: Aktiviti amali solat yang dilaksanakan dapat menerangkan secara terperinci tentang sembahyang kepada murid-murid. Mereka akan diajar dengan lebih mendalam tentang teori dan praktikal. Pembelajaran secara praktikal mudah difahami dan diingati. Ia dapat membantu mereka untuk lebih mudah memahami ilmu yang dipelajari. Kesanya,


selepas aktiviti yang dijalankan, murid lebih yakin dan dapat memperbaiki setiap rukun dan bacaan didalam solat dan dapat mengaplikasikan setiap hari dalam kehidupan seharian mereka. Kelemahan: Terdapat beberapa pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan dalam soLat dengan betul seperti bacaan doa qunut , doa iftitah dan tahiyat akhir. Namun, kekangan masa yang ada menyebabkan guru tidak dapat memberi fokus kepada pelajar yang lemah. Oleh itu, tindakan susulan harus dilaksankan iaitu guru perlu berjumpa dengan murid-murid yang lemah ini untuk mereka menguasai bacaan solat dan pergerakkan solat dengan betul. Gambar-gambar aktiviti:-


ULASAN GURU PEMBIMBING Seorang guru yang komited dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. T.T PELAJAR T.T PENASIHAT KOKURIKULU M 25/6/2023 NAMA PENASIHAT Nur Syazwani Binti Sharudin TARIKH 25/6/2023


LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU KESEMBILAN NAMA PELAJAR Farisah Ariana Bt Ahmad Rohamizan JENIS PERSATUAN Persatuan Pendidikan Islam PROJEK/AKTIVI TI Khatam Al-Quran Darjah 6 TARIKH 9/8/2023 (Rabu) MASA 4.30 Petang - 5.30petang TEMPAT Dewan Hajah Romziah NAMA GURU PENASIHAT KOKURIKULUM 1.Puan Aidayati Binti Mohd Usop 2. Cik Nur Syazwani Binti Sharudin 3. Puan Nurul Farhanah Binti Abraur BILANGAN PELAJAR 20 pelajar ( Lelaki: 10, Perempuan: 10) OBJEKTIF Murid dapat: 4) Meningkatkan dan memupuk minat murid untuk membaca Alquran 5) Menilai sejauh mana pelajar menguasai kaedah membaca Al-quran 6) Melahirkan generasi Al-quran yang menjadikan al-quran sebagai teman sejati sepanjang hayat. LAPORAN Aktiviti yang dijalankan:- 1. Taklimat aktiviti khatam al-Quran. 2. Perasmian oleh guru besar dan kata alu-aluan daripada pengerusi majlis. 3. Penyampaian cenderahati kepada peserta khatam Al-Quran. Kekuatan: Melalui aktiviti yang dijalankan, murid-murid dapat memupuk semangat cintakan Al-Quran dan bersemangat dalam mengkhatamkan Al-Quran bersama rakan-rakan mereka. Aktiviti ini juga dapat memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran peljar dalam membaca ayat al-Quran dengan tajwid yang betul dan secara tartil. Kelemahan: Masalah kesuntukkan masa untuk pelajar berlatih membaca ayat yang mereka perlu baca sewaktu majlis khatam Al-Quran menyebabkan terdapat beberapa pelajar yang melakukan kesalahan daripada segi


sebutan makhraj dan tajwid. Namun tidak ketara. Oleh itu, jika acara khatam Al-Quran diadakan lagi. Maka, pelajar perlu beratih lebih awal untuk mengelakkan kesalahan. Gambar-gambar aktiviti:- ULASAN GURU PEMBIMBING Seorang guru yang komited dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. T.T PELAJAR T.T PENASIHAT KOKURIKULUM NAMA PENASIHAT Nur Syazwani Binti Sharudin TARIKH 11/8/2023


LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM MINGGU KESEPULUH NAMA PELAJAR Farisah Ariana Bt Ahmad Rohamizan JENIS PERSATUAN Persatuan Pendidikan Islam PROJEK/AKTIVI TI Program Maal Hijrah: Teka silang kata TARIKH 16/8/2023 (Rabu) MASA 4.30 Petang - 5.30petang TEMPAT Kelas 5 Amanah NAMA GURU PENASIHAT KOKURIKULUM 1.Puan Aidayati Binti Mohd Usop 2. Cik Nur Syazwani Binti Sharudin 3. Puan Nurul Farhanah Binti Abraur BILANGAN PELAJAR 20 pelajar ( Lelaki: 10, Perempuan: 10) OBJEKTIF Murid dapat: 4. Mengetahui tema hari kemerdekaan Malaysia dan tahun kemerdekaan. 5. Mengetahui maksud tersirat disebalik logo kemerdekaan pada tahun ini. 6. Memupuk kreativiti dan semangat cintakan negara dalam diri pelajar. LAPORAN Aktiviti yang dijalankan:- 1. Nyayian lagu Jalur Gemilang. 2. Penerangan maksud simbol dan warna logo kemerdekaan tahun 2023 3. Acara melukis dan mewarna logo sambutan hari kemerdekaan tahun 2023. Kekuatan: Melalui aktiviti ini, peserta dapat memupuk semangat patriotisme dan semangat cinta akan tanah air dalam diri. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu peserta dalam mengembangkan aspek kreativiti mereka dalam menghasilkan lukisan. Malah, aktiviti ini juga dapat menjadi satu inisiatif bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dengan cara yang positif.


Kelemahan: Masa yang diperuntukkan bagi pelajar melukis dan mewarna adalah terhad untuk 40 minit sahaja dan kebanyakkan pelajar yang mempunyai kreativiti dalam lukisan tidak dapat menyiapkan projek tersebut pada masa yang ditetapkan. Gambar-gambar aktiviti:-


ULASAN GURU PEMBIMBING Seorang guru yang komited dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. T.T PELAJAR T.T PENASIHAT KOKURIKULUM 25/6/2023 NAMA PENASIHAT Nur Syazwani Binti Sharudin TARIKH 25/6/2023


SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI KANDIS SEKSYEN 36 SHAH ALAM KERTAS KERJA SPBT “CINTAILAH BUKU TEKS KITA” TARIKH : 09 MEI 2023 HARI : SELASA ANJURAN: Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis


1.PENDAHULUAN Program “Cintailah Buku Teks Kita” adalah satu program yang diadakan saban tahun Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).Pada tahun ini juga,program ini akan dijayakan pada tarikh 04 April 2022 selama sehari sahaja mengikut sesi pagi dan sesi petang.Unit SPBT mengambil inisiatif ini bagi memberi kesedaran kepada semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 tentang kepentingan penjagaan buku teks.Di harap program ini semua murid akan lebih menghargai dan mencintai buku teks dan belajar cara membalut buku dengan lebih baik dan kemas. 2.OBJEKTIF PROGRAM i. Memberi kesedaran tentang kepentingan buku teks di sekolah. ii. Menyemai rasa cintakan buku teks. iii. Mengetahui dan memahami tentang cara-cara membalut dan menjaga buku teks dari kerosakan. iv. Mengetahui dan memahami tentang penggunaan buku teks. 3.SASARAN Program ini mensasarkan semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 SRA Sungai Kandis, Guru-guru serta AJK SPBT 4.TARIKH DAN TEMPAT Program ini hanya diadakan selama sehari sahaja pada 09 MEI 2023 (Selasa) mengikut sesi dan dijalankan dalam kelas masing-masing. 5.IMPLIKASI KEWANGAN BIL. TAJUK KUANTITI HARGA 1. Pembalut Buku RM2.50 x 19 RM47.50 2. Gam Soletik RM1.50 x 19 RM28.50 3. Jamuan Guru RM8.00 x 23 RM184.00 JUMLAH RM260.00 SUMBER DANA : Sekolah


6.ATURCARA SESI PAGI BIL. MASA ACARA 1. 8.00 pagi Murid berada didalam kelas masing-masing 2. 8.15 pagi Guru kelas memberi penerangan dan program bermula 3. 9.00pagi Rehat 4. 11.00pagi Bersurai/Balik SESI PETANG BIL. MASA ACARA 1. 2.30 petang Murid berada didalam kelas masing-masing 2. 2.45 petang Guru kelas memberi penerangan dan program bermula 3. 4.00 petang Rehat 4. 5.30 petang Bersurai/Balik 7.PENUTUP Diharap program ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan serta berjalan dengan jayanya.Selain itu, Diharap murid-murid dapat menimba pengalaman serta ilmu daripada program ini seterusnya menyemai rasa cintakan buku. Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh, …………………… (Nur Syazwani Binti Sharudin) Setiausaha SPBT 2022 SRA sungai Kandis


SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI KANDIS SEKSYEN 36 SHAH ALAM LAPORAN PROGRAM “CINTAILAH BUKU TEKS KITA” TARIKH : 09 MEI 2023 HARI : SELASA ANJURAN: Unit Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis


LAPORAN PROGRAM 1.0 NAMA PROGRAM “CINTAILAH BUKU TEKS KITA” 2.0 TARIKH DAN HARI 09 MEI 2023- Selasa 3.0 TEMPAT SRA Sungai Kandis (kelas masing- masing) 4.0 MATLAMAT PROGRAM Matlamat program ini dilaksanakan bagi menanam sikap bertanggungjawab terhadap buku yang diberi secara pinjaman oleh Kerajaan atas dasar layak seratus peratus. Selain itu, tujuan program ini juga adalah untuk melahirkan sikap pelajar yang menghargai buku teks dan menjaga buku teks. 5.0 OBJEKTIF PROGRAM v. Memberi kesedaran tentang kepentingan buku teks di sekolah. vi. Menyemai rasa cintakan buku teks. vii. Mengetahui dan memahami tentang cara-cara membalut dan menjaga buku teks dari kerosakan. viii. Mengetahui dan memahami tentang penggunaan buku teks. 7.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA 1. Penasihat Pn. Rohaizan Binti Jamal 2. Pengerusi Pn. Norzalela Binti Muhammad Som 3. Setiausaha Cik Nur Syazwani Binti Sharudin 4. Ahli Jawatankuasa Semua Guru SRASK


8.0 BUTIRAN AKTIVITI SESI PAGI BIL. MASA ACARA 1. 8.00 pagi Murid berada didalam kelas masing-masing 2. 8.15 pagi Guru kelas memberi penerangan dan program bermula 3. 9.00pagi Rehat 4. 11.00pagi Bersurai/Balik SESI PETANG BIL. MASA ACARA 1. 2.30 petang Murid berada didalam kelas masing-masing 2. 2.45 petang Guru kelas memberi penerangan dan program bermula 3. 4.00 petang Rehat 4. 5.30 petang Bersurai/Balik 9.0 PENILAIAN PROGRAM Kekuatan Program Kelemahan Program 1. Program dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari semua guru dan murid yang terlibat. 2. Kawalan murid berada dalam keadaan memuaskan memandangkan sambutan hanya dibuat di dalam kelas. 1. Terdapat beberapan pelajar yang keadaan buku teks mereka telah koyak dan berada pada keadaan yang tidak baik. 10. Dokumentasi Bergambar- Lampiran 1 11.0 Penutup:- Program Cintai Buku Teks kita 2023 SRA Sungai Kandis ini dapat mencapai objektif terutama bagi bagi menanam perasaan bertanggungjawab terhadap buku teks masing-masing. Program ini juga dapat melatih pelajar cara-cara penggunaan buku teks dengan betul. Disediakan Oleh, Disahkan Oleh, ________________ ______________________ (Nur Syazwani Binti Sharudin) (Norzalela Binti Muhammad Som) Setiusaha SPBT, Pengerusi SPBT, SRA Sungai Kandis SRA Sungai Kandis


Lampiran 1:- Guru memberi penerangan berkenaan kaedah membalut dan menjaga buku teks. Murid membalut buku dengan betul secara berkumpulan. Guru memeriksa buku-buku teks pinjaman pelajar samaada dalam keadaan baik atau tidak.


JURNAL MINGGU 1 Nama Pelajar : Nur Syazwani Binti Sharudin No Kad Pengenalan : 970127-10-6230 Program : Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PDPP) Pengkhususan : Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah : Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis Minggu Praktikum : 1 Tarikh : 17-06-2023 Tajuk : Pengurusan Masa dan Pesedian Praktikum Kategori : Pengurusan dan pentadbiran Pensyarah Penyelia : Dr. Musleah Binti Mustafa Kamal Guru Pembimbing : Puan Masrurah Binti Sharif 1. Isu yang Difokuskan : Pada minggu pertama praktikum, keadaan menjadi kelam-kabut dan tidak terurus kerana kami mendapat taklimat daripada pihak unit praktikum agak lewat iaitu pada hari kedua tarikh praktikum dimulakan. Hal ini menyebabkan saya perlu menyiapkan portfolio dalam masa yang singkat sebelum pensyarah saya datang untuk sesi lawatan sosial dan pr1 pada minggu kedua praktikum. Tambahan pula, sekolah saya sedang sibuk dengan latihan amal Islami dan saya memegang tanggungjawab untuk melatih pelajar dalam acara solat jenazah dalam acara Kemahiran Amal Islami (KAMIL) juga menyebabkan waktu begitu terbatas antara tugas hakiki dan persedian untuk menjalani sesi praktikum. Malah, saya menghadapi masalah dalam pengurusan masa dalam membahagikan masa untuk persediaan dalam pengajaran dan pembelajaran didalam praktikum dan kerja-kerja pentadbiran di sekolah. Masalah juga timbul dalam menyusun jadual praktikum kerana matapelajaran teras saya adalah bahasa arab tahun 5 dan saya mengajar 6 masa bagi matapelajaran tersebut. Namun pada sesi taklimat, Encik Omar memberitahu bahawa tidak dibenarkan untuk menjadkan subjek minor sebagai subjek didalam jadual praktikum. Walaubagaimanapun, saya dapat menjalani PdPc mengikut sukatan yang diberikan dengan mengambil masa Al-quran, Jawi dan Hafazan sebagai matapelajaran teras bagi sesi praktikum saya. 2. Analisis yang Difokuskan: Masalah yang timbul adalah masalah yang biasa berlaku di setiap pentadbiran baik di institusi mahupun di sekolah. Isu pengurusan masa juga merupakan perkara yang paling penting yang harus ditangani oleh seorang guru yang professional dalam tanggungjawab meraka baik daripada segi pembelajaran dan pengajaran. Malah dalam kawalan murid dan pengurusan sekolah. Oleh itu, seorang guru yang professional harus bijak dalam pengurusan masa mereka. 3. Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu: (Herry, 2023) Pengurusan masa merupakan elemen penting yang memainkan peranan utama dalam mencapai keberhasilan dalam pendidikan. Memiliki pengurusan masa yang berkesan membolehkan guru untuk memenuhi tuntutan kerja yang kompleks dan melaksanakan tugas-tugas yang pelbagai dengan cara yang efisien.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: 1) Mengutamakan dan mengasingkan tugas. Menyelesaikan tugas yang memerlukan perhatian dan fokus tinggi terlebih dahulu. 2) Menggunakan teknologi dalam pengurusan masa dengan menggunakan aplikasi dan perisian yang ada dapat membantu guru mengatur dan menguruskan tugas-tugas mereka dengan lebih berkesan seperti planner digital. 3) Guru perlu memastikan bahawa mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk berehat dan menjalankan keperluan diri sendiri. 5. Tempoh masa Penyelesaian: Seminggu 6. Tindakan Susulan: Saya akan sentiasa menguruskan dan membahagikan kerja hakiki disekolah dan persedian praktikum seperti penulisan Rancangan Pengajaran Harian bagi sesi praktikum ini dilaksanakan sebelum masa pembelajaran bermula. Malah saya perlu lebih cakna dalam apaapa yang diberikan oleh pihak IPG berkenaan dengan keperluan dan dokumen praktikum. Saya juga telah mewujudkan satu jurnal dan buku catatan bagi mencatat dan mengurus masa saya dengan lebih praktikal menggunakan teknologi. 7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan: 19/6/2023-23/6/2023 8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan: Langkah yang dicadangkan berkesanan dalam pengurusan masa dan dalam menyiapkan tugasan praktikum. 9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan Perlu dan Halangan (Jika Ada): Pengurusan waktu yang efisen menjadikan guru itu dapat melaksanakan tanggungjawab dan tugasan pada masa yang ditetapkan dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. Rujukan: Herry, C. (2023, Julai 5). Pengurusan Masa Guru: Kunci Keberhasilan Pendidikan. Retrieved from Edutech: https://aredutech.com/pengurusan-masa-guru-kunci-keberhasilanpendidikan/


JURNAL MINGGU 2 Nama Pelajar : Nur Syazwani Binti Sharudin No Kad Pengenalan : 970127-10-6230 Program : Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PDPP) Pengkhususan : Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah : Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis Minggu Praktikum : 2 Tarikh : 24-06-2023 Tajuk : Kelemahan pelajar dalam membaca dan menulis jawi Kategori : Pengajaran dan pembelajaran Pensyarah Penyelia : Dr. Musleah Binti Mustafa Kamal Guru Pembimbing : Puan Masrurah Binti Sharif 1. Isu yang Difokuskan : Pada minggu kedua praktikum, sebagai guru mata pelajaran jawi untuk ketiga-tiga kelas darjah 5. Saya mendapati sebahagian pelajar masih belum menguasai kemahiran dalam menulis dan membaca jawi. Hal ini dianalisis daripada markah ujian prestasi pertama yang dilakukan pada bebebrapa minggu yang lepas. Masalah lemah dalam pengguasaan jawi dapat dilihat di kelas terakhir iaitu di kelas 5 Tabligh. Jika guru mengajar di hadapan murid kelihatan aktif dalam menjawab soalan. Namun, apabila guru menguji mereka membaca dan menulis beberapa patah perkataan mereka tidak dapat menjawab dengan tepat da nada yang langsung tidak mengenali huruf jawi ini. Hal ini begitu membimbangkan kerana pelajar-pelajar ini akan menghadapi Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) beberapa bulan akan datang. 2. Analisis yang Difokuskan: Masalah yang timbul adalah masalah yang serius kerana pelajar sepatutnya telah mahir membaca dan menulis jawi pada tahap 1. Namun, disebabkan PDPR yang dijalankan pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan yang dahulu memberi kesan yang mendalam pada tahap intelek pelajar terutama kepada pelajar yang kurang cerdas. Kebanyakkan pelajar yang tidak menguasai jawi dengan baik adalah dari kalangan murid pemulihan di sekolah kebangsaan. Isu ini hendaklah diatasi sebelum menjelang hari peperiksaan. 3. Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu: (Suhana Abd Hamid, Ahmad Marzuki Mohamad, & Azman Ahmad, 2016) Hasil dapatan analisis kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan pembacaan dan penulisan Jawi berada pada tahap sederhana dan memperlihatkan penguasaan pembacaan mendahului penulisan. Pepatah Melayu ada menyebutkan “Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”, maka analisis kajian menunjukkan bahawa penguasaan Jawi perlu dimulakan sejak awal kanak-kanak dan dilazimi oleh semua pihak terlibat iaitu murid, ibu bapa, dan pengurusan atau kepimpinan sekolah. Oleh itu, kepimpinan sekolah hendaklah sentiasa memantau dan memastikan keberkesanan pengajaran dengan memberi latih tubi dan pencerapan buku tulis murid-murid. Manakala guru adalah agen perubahan yang membolehkan pendidikan mempunyai peluang yang lebih baik dalam memastikan setiap pelajar mempunyai guru yang berkualiti tinggi


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: 1) Mengenal pasti dan mengambil nama-nama pelajar yang masih lemah dalam membaca dan menulis jawi dan membuat ujian pra untuk menguji tahap penguasaan pelajar. 2) Guru melaksanakan kelas pemulihan jawi pada waktu yang terluang seperti pada hari sabtu dengan mengfokuskan kepada pelajar mengenal padanan huruf jawi. 3) Guru mengadakan sesi bacaan dengan murid secara berseorang dengan membahagikan murid-murid yang lemah jawi kepada beberapa orang guru. 5. Tempoh masa Penyelesaian: 7 bulan 6. Tindakan Susulan: Kelas pemulihan dan aktiviti bacaan secara perseorangan dijalankan bagi mengatasi masalah murid tidak mahir membaca dan menulis jawi. 7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan: 24/6/2023-7/1/2024 8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan: Langkah yang dicadangkan berkesanan dan dapat dilihat sedikit peningkatan kepada beberapa orang pelajar pemulihan. Murid kini dapat mengenal huruf padanan jawi dengan betul. 9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan Perlu dan Halangan (Jika Ada): Kelas pemulihan jawi merupakan langkah yang baik dalam mengatasi masalah pelajar yang masih lemah dalam membaca dan menulis jawi dengan baik. Oleh itu, guru perlu berkorban sedikit masa terluang untuk memberi sepenuh perhatian kepada pelajar kelas pemulihan ini. 10. Rujukan Suhana Abd Hamid, Ahmad Marzuki Mohamad, & Azman Ahmad. (2016). Statistik Penguasaan Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Agama. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC), 13.


JURNAL MINGGU 3 Nama Pelajar : Nur Syazwani Binti Sharudin No Kad Pengenalan : 970127-10-6230 Program : Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PDPP) Pengkhususan : Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah : Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis Minggu Praktikum : 3 Tarikh : 30-06-2023 Tajuk : Gangguan semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC) Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Penyelia : Dr. Musleah Binti Mustafa Kamal Guru Pembimbing : Puan Masrurah Binti Sharif 1. Isu yang Difokuskan : Pada minggu ketiga, saya menghadapi gangguan semasa sesi PDPC berjalan kerana segelintir pelajar suka keluar masuk kelas dan membuat bising. Saya juga menghadapi kesukaran untuk mengawal kelas kerana sebahagian pelajar merasakan saya tidak garang dan bertindak sesuka hati mereka didalam kelas. Hal ini menggangu sesi PDPC dan fokus pelajar yang lain. Keadaan ini bukan sahaja menggangu proses PdPc malah menggangu emosi dan juga menjejaskan persekitaran pengajaran yang kondusif. 2. Analisis yang Difokuskan: Masalah ini timbul kerana semasa saya mengajar murid-murid selalu meminta izin untuk pergi ke tandas, membuang sampah, menghantar buku dan sebagainya. Selain itu juga, beberapa orang pelajar membuat bising dan menggangu proses PDPC yang sedang berlangsung dan tidak memberi tumpuan. 3. Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu : Menurut (Rustim, 2022) Murid haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya dapat mendisiplinkan diri. Langkah yang kedua adalah dengan pendidik ataupun guru menerapkan rasa hormat kepada murid melalui tindakan yang sewajarnya dengan cara mematuhi peraturan. Guru-guru seharusnya dihormati oleh para murid dengan cara mematuhi peraturan sekolah. Hal ini demikian kerana murid pada masa kini sukar untuk mematuhi arahan dan peraturan yang mudah seperti beratur dan tidak membuat bising. Keadaan ini merupakan satu beban yang telah ditambah ke bahu para guru untuk menguruskan sahsiah murid. Keadaan ini mungkin berlaku kerana saya tidak tegas. Oleh itu murid mengambil kesempatan keatas ketidaktegasan saya dan bertindak melakukan perkara yang melanggar peraturan didalam kelas. Selain itu, saya turut membuta pemerhatian dan temubual dengan beberapa orang murid yang kerap membuat bising ketika sesi PdPc berlangsung. Hasil dapatan itu, saya dapati beberapa faktor yang menyebabkan murid berbuat bising di dalam kelas. Antaranya, murid-murid adalah dalam kalangan sederhana dan pelajar lemah dan ada gangguan daripada pelajar lain.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: 1) Guru bersikap tegas terhadap murid dan memberi dendaan jika murid tidak mendengar arahan dan amarah yang dberi oleh guru. 2) Memindahkan murid yang bising di barisan hadapan agar kelas dalam kawalan guru dan dalam masa yang sama dapat memerhatikan murid. 3) Membuat beberapa peraturan yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasa sepanjang kelas Pendidikan Islam yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar darjah 5. 4) Membuat pas keluar masuk bagi mengawal jumlah pelajar yang keluar masuk ke dalam kelas dalam satu masa. 5. Tempoh masa Penyelesaian: 6. Tindakan Susulan: Kelas pemulihan dan aktiviti bacaan secara perseorangan dijalankan bagi mengatasi masalah murid tidak mahir membaca dan menulis jawi. 7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan: 30/6/2023-6/7/2023 8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan: Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, saya perlu sentiasa memberi dorongan serta tunjuk ajar. Selain itu, saya perlu belajar cara bagaimana pengurusan bilik darjah dan cara mengawal dan memotivasikan pelajar. Hasil daripada pembacaan saya, peraturan-peraturan di dalam bilik darjah perlu diwujudkan di dalam bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid. Sebelum memulakan sesi PdP, guru perlu menetapkan peraturan didalam bilik darjah dan semasa proses PdP berjalan. Oleh itu, saya telah menetapkan peraturan sebelum kelas bermula. 9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan Perlu dan Halangan (Jika Ada): Kesimpulan, kawalan kelas yang baik adalah daripada kebijaksanaan guru dalam mengawal kelas dan displin murid. Guru seharusnya bertindak tegas tetapi tidak garang sehingga membuatkan pelajar takut untuk ke kelas. Oleh yang demikian, saya akan terus memperbaiki diri untuk melahirkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif. 10. Rujukan Rustim, S. S. (2022). Kesan daripada Pandemik: Murid Hilang Rasa Hormat Terhadap Guru. Journal of huminities and sosial sciences, 15.


JURNAL MINGGU 4 Nama Pelajar : Nur Syazwani Binti Sharudin No Kad Pengenalan : 970127-10-6230 Program : Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PDPP) Pengkhususan : Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah : Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis Minggu Praktikum : 4 Tarikh : 07-06-2023 Tajuk : Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Penyelia : Dr. Musleah Binti Mustafa Kamal Guru Pembimbing : Puan Masrurah Binti Sharif 1. Isu yang Difokuskan : Pada minggu keempat, isu yang saya hadapi adalah dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Saya juga menghadapi masalah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang mengikut masa yang ditetapkan. Hal ini menjejaskan aktiviti PdPc yang dilaksanakan kerana kebanyakkan pelajar tidak dapat mencapai objektif yang ingin dilaksanakan. 2. Analisis yang Difokuskan: Saya menghadapi masalah dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana saya kekurangan idea dalam mempelbagaikan aktiviti yang menyeronokkan kepada murid. Natijahnya, murid menunjukkan respon kurang berminat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Aktiviti PdPc yang kurang menark menyebabkan murid tidak berasa seronok didalam kelas. Dalam mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah sentiasa kreatif agar dapat menimbulkan suasana PdPc yang menarik. Kadangkala saya kurang memahami strategi dan pendekatan dalam mempelbagaikan aktiviti. Masalah ini timbul adalah disebabkan saya mendapati saya masih mempunyai kekurangan yang saya perlu perbaiki dalam diri untuk menjadi seorang pendidik. Masalah ini dirumitkan lagi apabila saya mengajar tahun 5 yang perlu mengejar silibus yang banyak untuk bahagian Jais dan juga untuk persediaan UPKK yang menggunakan sukatan JAKIM. 3. Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) Menurut (Kamarul Azmi Jasmi, Noratikah Ibrahim, & Mohd Faeez Ilias, 2012)dalam perancangan proses pengajaran dan pembelajaran guru, guru harus ingat bahawa terdapat had ke atas tahap tumpuan pelajar dan kapasiti pemprosesan maklumat. Sebagai contoh, perhatian pelajar biasanya tertinggi dalam tempoh 10 minit pertama kuliah, selepas itu ia akan menurun melainkan jika ada sesuatu yang dilakukan untuk menarik ia semula. Malah, beberapa kajian menunjukkan bahawa pelajar purata hanya dapat menyerap kira-kira tiga hingga lima perkara utama dalam mana-mana proses pengajaran dan pembelajaran tertentu. Oleh itu, guru yang efektif akan merancang kuliah yang mana hanya menumpukan kepada beberapa perkara utama, menyampaikan maklumat


mengenai setiap perkara dalam beberapa cara untuk memaksimumkan peluang yang semua orang dapat memahami bahan yang disampaikan. 4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: 1) Menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat pelajar dan memudahkan proses penerimaan pembelajaran. Memindahkan murid yang bising di barisan hadapan agar kelas dalam kawalan guru dan dalam masa yang sama dapat memerhatikan murid. 2) Menunjukkan simulasi atau tunjuk cara akan topik yang sukar dan memperbanyakkan memberi latihan dan contoh agar murid dapat mencapai proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. 3) Menggalakkan pembelajaran aktif dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 (PAK-21) seperti perbincangan atau main peranan. 4) Melaksanakan aktiviti PdPc yang memberi penekanan terhadap pemikiran kritis dan koperatif dan kolaboratif seperti aktiviti gallery walk dan sebagainya. 5) Berbincang dengan pensyarah dan guru pembimbing. 5. Tempoh masa Penyelesaian: Seminggu 6. Tindakan Susulan: Tindakan saya bagi menangani masalah ini ialah saya perlu memikirkan cara bagaimana mewujudkan suasan pembelajaran yang menarik minat pelajar. Pembelajaran yang menyeronokkan perlu melibatkan kreativiti guru dalam mewujudkan suasana yang menarik dan bermakna. Seorang guru seharusnya berupaya mewujudkan suasana pembelajaran yamg bermakna dan dapat meningkatkan minat murid melalui keseronokkan dengan unsurunsur permainan atau didik hibur. Selain itu, saya juga perlu menentukan pendekatan atau teknik yang sesuai dengan perkembangan dan tahap kecerdasan murid. Srbagai contoh, saya memperbanyakkan lagi aktiviti perbincangan antara kumpulan dan permainan interaktif seperti kuiz dan sebagainya. Malah, saya juga menanyakan guru pembimbing dan pensyarah penyelia agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. 7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan: 7/7/2023-13/7/2023 8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan: Langkah yang dilaksanakan memberi kesan yang positif apabila setiap murid menunjukan respon yang aktif didalam bilik darjah. Malah objektif pembelajaran juga dapat diselesaikan dengan berkesan. Murid dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik da nada yang tidak sabar untuk belajar kerana kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan Perlu dan Halangan (Jika Ada): Kesimpulan, strategi, teknik pendekatan dan kaedah yang menarik begitu penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan mampu memberi kesan yang mendalam dalam diri pelajar. Oleh itu, pengamalan pembelajaran bermakna ini begitu penting bagi mencapai objektif pembelajaran setiap hari. 10. Rujukan HKamarul Azmi Jasmi, Noratikah Ibrahim, & Mohd Faeez Ilias. (2012). GAYA PENGAJARAN GURU DALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM. Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPPI2012), 7.


JURNAL MINGGU 5 Nama Pelajar : Nur Syazwani Binti Sharudin No Kad Pengenalan : 970127-10-6230 Program : Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PDPP) Pengkhususan : Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah : Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis Minggu Praktikum : 5 Tarikh : 14-07-2023 Tajuk : Murid tidak menghantar tugasan yang diberikan Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Penyelia : Dr. Musleah Binti Mustafa Kamal Guru Pembimbing : Puan Masrurah Binti Sharif 1. Isu yang Difokuskan: Pada minggu kelima, isu yang saya hadapi adalah kebanyakkan pelajar tidak menghantar tugasan yang diberikan atau tidak melengkapkan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan. Hal ini dapat dikenalpasti ketika guru mengumpulkan buku tulis untuk sesi semakan buku tulis oleh ketua panitia. 2. Analisis yang Difokuskan: Masalah pelajar tidak melengkapkan atau menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh guru terutama oleh pelajar kelas terakhir. Ada antara mereka yang mencampurkan latihan beberapa matapelajarn ke dalam buku tulis dan terdapat juga beberapa pelajar yang buku tulis mereka dalam keadaan lusuh dan nipis kerana pelajar mengoyak kertas pada buku tulis tersebut. Hal ini menyebabkan kerja dan latihan yang diberi adalah tidak lengkap dan pelajar tidak dapat mengulangkaji dengan sebaiknya. 3. Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) Menurut (Yeo Kee Jiar & Ainul Hakimah Karim, 2011), kerja rumah telah kerap menimbulkan percanggahan pendapat antara institusi sekolah serta rumah berbanding aktiviti pengajaran yang lain. Banyak ibu bapa meluahkan perasaan yang kurang menyenangkan terhadap kerja rumah yang diberikan, seperti kerja rumah yang terlalu panjang atau terlalu pendek, terlalu susah atau terlalu senang, mahupun terlalu kabur. Pihak guru pula bersungut kerana kurangnya sokongan daripada ibu bapa dan pentadbir, kurangnya latihan kemahiran, serta kurangnya masa untuk menyediakan kerja rumah yang efektif kepada para pelajar. Manakala para pelajar pula merungut kerana banyak masa mereka terpaksa digunakan untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru sehinggakan mereka tiada masa lapang untuk beristirehat dan beriadah. 4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: 1) Menyediakan senarai semak pelajar yang menghantar tugasan untuk mengenal pasti pelajar yang tidak menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan. 2) Meminta murid menghantar buku tulis secara berkala dan meletakkan nota jika pelajar tidak melengkapkan tugasan dan meminta pelajar menyemak semula tugasan.


3) Menyediakan hadiah pelajar terbaik daripada segi menghantar dan melengkapkan tugasan supaya murid bersungguh-sungguh berlumba menjadi yang terbaik. 4) Menyediakan tugasan yang tidak membebankan pelajar yang bersesuaian dengan tahap kognitif pelajar itu sendiri. 5. Tempoh masa Penyelesaian: Seminggu 6. Tindakan Susulan: Setelah seminggu menjelaskan peraturan dan menyediakan senarai semak penghantaran tugasan melalui buku tulis, saya dapati seramai 32 orang pelajar daripada 47 pelajar kelas 5 Amanah menghantar tugasan dengan lengkap. Namun, 5 orang pelajar masih tidak dapat menghantar tugasan dengan lengkap kerana sering tidak hadir ke sekolah. 7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan: 7/7/2023-13/7/2023 8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan: Langkah yang dilaksanakan memberi kesan yang positif bagi penghantaran tugasan melalui buku tulis. Saya juga memberi tugasan yang dapat disiapkan di sekolah sahaja kerana ingin mengurangkan beban pelajar yang terpaksa menyiapkan tugasan sekolah kebangsaan yang banyak. Langkah ini membantu saya memantau kerja pelajar disamping dapat memberi pengukuhan dan pemulihan kepada pelajar dalam memahami sesuatu tajuk. 9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan Perlu dan Halangan (Jika Ada): Kesimpulan, saya amat berpuas hati kerana murid berjaya menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan yang disediakan membantu untuk mengenal pasti pelajar yang mengjantar tugasan dan yang tidak menghantar tugasan. Murid juga berasa tanggungjawab untuk menyiapkan tugasan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan. 10-Rujukan Yeo Kee Jiar, & Ainul Hakimah Karim. (2011). Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian. Journal of Educational Psychology and Counseling, 4.


JURNAL MINGGU 6 Nama Pelajar : Nur Syazwani Binti Sharudin No Kad Pengenalan : 970127-10-6230 Program : Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PDPP) Pengkhususan : Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah : Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis Minggu Praktikum : 6 Tarikh : 21-07-2023 Tajuk : Murid tidak hadir ke sekolah Kategori : Displin dan Peraturan Sekolah Pensyarah Penyelia : Dr. Musleah Binti Mustafa Kamal Guru Pembimbing : Puan Masrurah Binti Sharif 1. Isu yang Difokuskan : Pada minggu keenam, isu yang saya hadapi adalah ramai di kalangan pelajar kelas saya tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah seperti penat. Ada juga antara mereka yang tidak hadir ke sekolah kerana malas dsn diberitahu mereka hadir ke sekolah kebangsaan pada pagi itu. Hal ini membimbangkan kerana bukan sahaja murid ketinggalan didalam mata pelajaran malah tidak hadir ke sekolah merupakan salah satu kesalahan displin yang berat. 2. Analisis yang Difokuskan: Masalah pelajar tidak hadir ke sekolah merupakan satu masalah displin yang dinyatakan di dalam buku peraturan yang boleh dikenakan mata merit SPSM. Ketidakhadiran ke sekolah tanpa alasan yang kukuh atau ponteng merupakan suatu kesalahan berat yang menjejaskan proses pembelajaran pelajar. 3. Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) Menurut Amin (2019), masalah ponteng ini berlaku dikatakan berkemungkinan berpunca daripada pengurusan guru yang kurang berkesan, sikap pelajar yang kurang baik ataupun pengaruh rakan sebaya. Terdapat juga punca-punca lain seperti kerja sambilan, masalah keluarga dan masalah persekitaran sekolah. Selain itu, menurut Menurut Yahaya et al. (2007), terdapat hubungan yang signifikan di antara ponteng sekolah dan pencapaian akademik pelajar. Pelajar yang kerap ponteng akan sukar menngikuti pembelajaran dan ketinggalan menyebabkan pencapaian mereka semakin merosot. Akhirnya, ia akan menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik sekolah apabila pencapaian gred peratusan sekolah menurun. 4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: 1) Membuat hebahan didalam group Whatsapp ibu bapa yang mengatakan keperluan murid yang tidak hadir untuk mengemukakan surat tunjuk sebab kepada guru kelas dan mengatakan amaran terhadap salah laku ponteng sekolah. 2) Memberi hadiah kepada pelajar yang paling penuh kehadiran di dalam kelas dan hadiah diberi pada pertengahan dan akhir tahun.


3) Melaksanakan sistem penalti atau denda dengan langkah pelajar akan dipotong markah demerit, diberi amaran dan dilaporkan kepada ibu bapa atau penjaga. 4) Guru menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan agar murid lebih bersemangat untuk pergi ke sekolah. 5. Tempoh masa Penyelesaian: Seminggu 6. Tindakan Susulan: Saya telah membuat hebahan melalui kumpulan Whatsapp bersama ibu bapa untuk menerangkan keperluan ibu bapa untuk menyediakan surat tunjuk sebab atau surat cuti sakit jika anak-anak mereka tidak dapat hadir ke sekolah dengan alasan seperti sakit dan sebagainya. Selain itu, saya membuat hebahan di dalam bilik darjah denga mengumumkan pertandingan kehadiran yang terbaik didalam kelas. Saya juga menjelaskan kepada pelajar tentang akibat dan juga sistem penalty yang akan dilaksanakan jika murid ponteng sekolah. 7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan: 21/7/2023-27/7/2023 8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan: Setelah saya membuat hebahan tentang tindakan dan kesalahan mengenai ketidakhadiran tanpa alasan yang kukuh. Hari berikutnya, jumlah kehadiran menujukkan peningkatan yang memberangsangkan. Pelajar yang tidak hadir hanya dalam kalanga pelajar yang sakit atau mempunyai alasan yang munasabah.Ibu bapa juga bersifat lebih cakna dengan memberitahu saya jika anak-anak mereka tidak dapat hadir ke sekolah. 9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan Perlu dan Halangan (Jika Ada): Kesimpulan, langkah yang dilaksanakan memberi hasil yang baik berfokuskan kepada kehadiran pelajar. Kesalahan displin haruslah diatasi dengan tindakan displin. Oleh itu, tindakan yang dilaksanakan wajar disambung sehingga tamat sesi persekolahan agar dapat mencapai sekolah sifar ponteng dan seterusnya meningkatkan prestasi pelajar di sekolah. 10-Rujukan Amin, L. H. B. M. (2019). Masalah Kecelaruan Tingkah Laku: Masalah Ponteng Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Science, 2(1), 51–64. https://doi.org/10.36079/lamintang.ij-humass-0201.22 Yahya, S. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Bentong, Pahang: PTS Professional Pub


JURNAL MINGGU 7 Nama Pelajar : Nur Syazwani Binti Sharudin No Kad Pengenalan : 970127-10-6230 Program : Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PDPP) Pengkhususan : Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah : Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis Minggu Praktikum : 7 Tarikh : 28-07-2023 Tajuk : Kebersihan dan keceriaan dalam bilik darjah Kategori : Displin dan Peraturan Sekolah Pensyarah Penyelia : Dr. Musleah Binti Mustafa Kamal Guru Pembimbing : Puan Masrurah Binti Sharif 1. Isu yang Difokuskan : Pada minggu keenam, isu yang saya hadapi adalah kebersihan dan kecerian di dalam bilik darjah. Hal ini berbangkit ketika hari isnin yang lepas saya terlupa untuk mengarahkan pelajar untuk memgambil sampah di dalam tong sampah kecil untuk dibuang ke dalam tong sampah besar di luar sekolah. Hal ini menyebabkan keesokkan harinya, ketika guru besar sedang membuat pemantauan di kelas-kelas. Guru besar mendapati kelas tong sampah terbalik dan sampah-sampah bertaburan disebabkan monyet menyelongkar tong sampah tersebut. Oleh itu, saya telah ditegur didalam mesyuarat pada keesokan harinya. Isu kebersihan kelas merupakan isu yang amat penting untuk diatasi kerana kelas yang bersih dan ceria mewujudka persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif. .2. Analisis yang Difokuskan: Masalah kebersihan dan kecerian kelas merupakan masalh yang saban tahun terjadi. Seorang guru perlu menjadi pemimpin yang baik yang boleh memimpin murid untuk bersamasama membersihkan dan menceriakan kelas. Hal ini kerana jika persekitaran kelas itu kotor dan tidak ceria, murid dan guru tidak akan merasa selesa dan menganggu fokus murid ketika belajar. Kebersihan dan kecerian kelas meliputi aspek kebersihan lantai, pintu, tingkap dan perlatan kelas. Kecerian kelas meliputi 3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) Berdasarkan kajian (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016), antara masalah kebersihan yang sering berlaku dalam bilik darjah adalah kerusi dan meja berselerak dan bertaburan di lantai kelas. Punca berlaku masalah sebegini adalah kerana murid meninggalkan kelas dengan terlalu cepat sehingga terlanggar kerusi dan meja. Pada akhir waktu kelas, murid akan terus meninggalkan tempat duduk mereka tanpa mengemas kembali kedudukan kerusi dan meja, hasil daripada perbuatan tidak akur terhadap jadual tugasan atau “duty roster”. Kesan daripada masalah ini akan mengakibatkan kelas kelihatan tidak teratur dan kemas. Seterusnya, perbuatan murid yang suka membuang sampah didalam kelas akan menyebabkan kelas menjadi kotor. Malah jika sampah tersebut berbentuk makanan dan


minuman , kelas akan berbau busuk dan banyak haiwan akan menghurung sampah tersebut. Ini akan menimbulkan ketidakselesaan dalam kelas dan menyukarkan proses PdPc. 4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: 1. Melantik pelajar bergilir-gilir setiap hari untuk memastikan sampah dibuang pada setiap akhir sesi persekolahan. 2.Guru memberi nasihat dan meminta murid setiap hari memberihkan kelas sebelum kelas dimulakan dan sebelum pulang ke rumah. 3. Mengadakan aktiviti gotong –royong membersihkan dan menceriakan kelas bersama-sam guru dan murid pada hujung minggu. 4. Membuat penilaian kumpulan terbersih dan tersusun untuk menilai pelajar dan menjadi satu mata untuk dinilai selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkumpulan. 5. Tempoh masa Penyelesaian: Seminggu 6. Tindakan Susulan: Saya telah memberi nasihat dan mengeluarkan arahan kepada pelajar supaya membersihkan kelas setiap hari sebelum aktiviti PdPc dilaksanakan. Jika kelas kelihatan kotor maka murid perlu membersihkan kelas. Barulah PdPc dapat dijalankan. Seterusnya, guru akan memastikan setiap pelajar mematuhi jadual bertugas dan bertangggungjawab terhadap kebersihan kelas masing –masing. 7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan: 28/7/2023-3/8/2023 8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan: Setelah cadangan dan langkah penyelesaian dilaksanakan. Saya berpuas hati dengan keadaan kelas yang semakin bersih dan tiada lagi isu sampah bertaburan setelah pelajar meninggalkan kelas. Murid juga kelihatan lebih bersemangat untuk belajar did alam keadaan kelas yang selesa dan bersih. 9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan Perlu dan Halangan (Jika Ada): Kesimpulannya, langkah yang dilaksanakan memberi hasil yang baik dalam memeastikan kebersihan dan kecerian kelas berada pada tahap yang memuaskan. Keadaan kelas yang selesa sedikit sebanyak membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. 10-Rujukan Haliza Hamzah, & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar.


JURNAL MINGGU 8 Nama Pelajar : Nur Syazwani Binti Sharudin No Kad Pengenalan : 970127-10-6230 Program : Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PDPP) Pengkhususan : Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah : Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis Minggu Praktikum : 8 Tarikh : 04-08-2023 Tajuk : Menangani Gangguan Halusinasi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Penyelia : Dr. Musleah Binti Mustafa Kamal Guru Pembimbing : Puan Masrurah Binti Sharif 1. Isu yang Difokuskan : Pada minggu kelapan, terdapat satu peristiwa melibatkan seorang pelajar perempuan kelas 5 Amanah yang diganggu oleh mahluk halus. Pelajar itu kelihatan takut dan menangis ketika bercerita tentang entiti lembaga yang dilihat. Selepas itu, saya membawa murid tersebut untuk berjumpa dengan guru Penolong Kanan HEM. Setelah itu, ibu bapa pelajar tersebut telah dipanggil dan pelajar tersebut telah dibawa ke pusat rawatan Islam yang berdekatan. Rentetan daripada peristiwa itu, berlaku hebahan mengenai perkara-perkara mistik dan kebanyak murid berhalusinasi tentang entity yang tidak dapat dilihat. Hal ini, menganggu proses pengajran dan pembelajaran kerana murid dilihat tidak fokus dan berasa takut untuk hadir ke sekolah kerana cerita-cerita yang direka oleh kawan-kawan mereka. 2. Analisis yang Difokuskan: Kejadian yang berlaku mewujudkan spekulasi di kalangan murid-murid yang lain. Hal ini menyebabkan ramai pelajar takut untuk pergi ke surau da nada yang tiba-tiba menangis di dalam kelas. Hal ini menganggu sesi pengajaran dan pembelajaran kerana banyak masa saya habis untuk mengawal kes dan ketakutan pelajar. Halusinasi pelajar akibat daripada perkara ghaib ini harus diatas segara agar tidak menganggu pelajaran pelajar lebih-lebih lagi pelajar sedang menghadapi peperiksaan pada minggu tersebut. 3. Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) Menurut kepercayaan agama Islam berdasarkan al-Quran dan hadis, punca terjadinya halusinasi juga disebabkan oleh kepercayaan spiritual yang melibatkan gangguan kerohanian. Kepercayaan spiritual ialah kepercayaan tentang alam ghaib atau makhluk halus, iaitu jin menjadi penyebab kepada gangguan kerohanian yang boleh membawa kepada halusinasi. Kewujudan jin ini diceritakan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran seperti dalam surah al-Jin, ayat 6 yang membawa maksud: Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki dalam kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dalam kalangan jin. Maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Surah al-Jin, ayat 6) Berdasarkan ayat al-Quran Surah al-Jin, kehadiran jin menjadi punca utama kepada berlakunya halusinasi dan ini adalah amalan masyarakat Arab zaman jahiliah dahulu yang telah ceritakan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran. Amalan ini juga menjadi sebahagian daripada amalan masyarakat kini yang meminta pertolongan daripada jin untuk melakukan


sesuatu kerja yang kotor seperti menyakiti orang lain kerana bersifat dengki dan irihati terhadap seseorang. (AWANG, 2020) 4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: 1. Berbincang dengan ibubapa pelajar tentang masalah yang dihadapi anak mereka dan mencadangkan mereka agar membawa anak mereka berubat dengan perubatan Islam berdekatan. 2.Mengadakan bacaan surah Yasin setiap hari khamis untuk memohon kesejahteraan dan kejayaan. 3. Menasihati pelajar dan sentiasa mengatakan bahawa tiada kuasa ghaib atau makhluk yang dapat mengatasi kekuasaan tuhan dan membimbing mereka agar sentiasa berfikira positif. 4. Menasihati murid agar sentiasa melaksanakan amalan dan ibadah wajib dan melazimi melakukan ibadah sunat agar memberi kekuatan rohani kepada mereka seterusnya menjauhkan diri daripada gangguan-gangguan yang buruk. 5. Tempoh masa Penyelesaian: Seminggu 6. Tindakan Susulan: Ibu bapa kepada pelajar yang menerima gangguan tersebut telah dirawat di pusat perubatan Islam yang berkaitan, Pelajar-pelajar yang lain juga diberi amaran agar tidak menyebarkan cerita-cerita rekaan yang boleh menakutkan pelajar yang lain. 7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan: 04/8/2023-10/8/2023 8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan: Setelah cadangan dan langkah penyelesaian dilaksanakan pelajar yang mengalami gangguan sudah semakin pulih dan tidak lagi berhalusinasi. Keadaan pelajar semakin terkawal dan tiada lagi khabar angin mengenai perkara ghaib ini disebut dan diceritakan oleh pelajar lagi. 9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan Perlu dan Halangan (Jika Ada): Kesimpulan yang dapat dibuat adalah halusinasi merupakan suatu masalah dan penyakit yang dapat menjejaskan pretasi pembelajaran pelajar. Guru bukan sahaja perlu bijak mengawal displin pelajar. Malah, perlu bijak mengurus emosi dan kesihatan mental pelajar daripada ganggguan yang dapat menggangu prestasi pembelajaran mereka. 10-Rujukan Awang, S. B. (2020). Menangani Gangguan Halusinasi Dalam Kalangan Pelajar. 12.


JURNAL MINGGU 9 Nama Pelajar : Nur Syazwani Binti Sharudin No Kad Pengenalan : 970127-10-6230 Program : Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PDPP) Pengkhususan : Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah : Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis Minggu Praktikum : 9 Tarikh : 11-08-2023 Tajuk : Pengetahuan guru dalam kandungan subjek Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Penyelia : Dr. Musleah Binti Mustafa Kamal Guru Pembimbing : Puan Masrurah Binti Sharif 1. Isu yang Difokuskan : Isu yang ingin saya fokuskan pada minggu ini ialah isu pengetahuan guru dalam subjek yang diajar di sekolah. Pengetahuan tentang isi objektif pembelajaran amat penting kerana guru tidak boleh berpandukan kepada buku teks semata-mata dalam mengajar dan memberi pengetahuan kepada pelajar. 2. Analisis yang Difokuskan: Masalah yang saya hadapi ialah saya kurang berpengetahuan mengajar matapelajara khat. Punca masalah ini ialah saya tidak pernah diajar dan diberi pendedahan mengenai tajuk ini sepanjang belajar dan aktivit-aktiviti pengajaran apa yang sesuai untuk menerap minat pelajar dalam mendalami dan memahami matapelajaran khat. Akibatnya, saya sukar untuk menerangkan dengan terperinci kepada murid mengenai tajuk ini. Saya hanya mampu memberikan penerangan secara asas sahaja kepada murid dan menyuruh memberi arahan kepada murid untuk menyalin tulisan mengikut kaedah khat nasakh yang betul. Namun, saya tidak dapat menunjuk teknik penulisan yang betul kepada pelajar. Hal ini menyebabkan sukar untuk saya mengajarkan teknik penulisan khat yang betul kepada pelajar sebelum menghadapi peperiksaan UPKK. 3. Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) Melalui kajian daripada dapat ditemukan bahawa hampir semua pemuda dan generasi sekarang sudah tidak meminati seni khat dan Jawi, sehingga hal tersebut menjadi 16 cabaran utama bagi kaum Muslimin dan orang Melayu di Asia Tenggara untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut secara berterusan. Tambahan pula, penerapan seni khat dan Jawi berkurangan dalam dunia pendidikan jika dibandingkan dengan tulisan rumi di negeri-negeri lainnya di Negara Malaysia bahkan negara-negara di Asia Tenggara secara keseluruhannya. Malahan, Penggunaan seni khat dan Jawi dalam pelbagai buku sudah berkurangan menjadikannya sebagai tulisan ini yang semakin jarang


penggunaannya di pelbagai tempat dan bidang. Malah, bantuan kewangan yang sewajarnya hendaklah dihulurkan untuk lebih memajukan lagi bidang penulisan seni khat dan Jawi ini. 4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: 1. Berbincang dan belajar dengan guru pakar khat di sekolah untuk mengetahu teknik dan kaedah pengajara matapelajaran khat dengan betul. 2. Menonton video kaedah penulisan khat dan berlatih cara penulisan khat yang betul sebelum waktu PdPc berlangsung dan mempelajari daripada buku-buku penulisan khat. 3. Mengatur dan merancang strategi, teknik, pendekatan dan kaedah yang betul dalam Pengajaran dan Pembelajaran Khat. 5. Tempoh masa Penyelesaian: Sebulan 6. Tindakan Susulan: Antara tindakan susulan yang dilaksanakan ialah membuat modul latihan khat yang berfokuskan pengajaran tulisan khat dengan kaedah yang betul dan kemas. Saya juga akan membuat pembacaan tambahan dan menghadiri webminar bagi memantapkan pengetahuan berkenaan matapelajaran khat. 7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan: 04/8/2023-10/8/2023 8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan: Saya dapat meningkatkan pengetahuan mengenai matapelajaran khat dan kaedah penulisan khat dengan betul dari semasa ke semasa melalui langkah yang dilakukan. 9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan Perlu dan Halangan (Jika Ada): Saya perlu berusaha meningkatkan pengetahuan isi kandungan agar dapat mengajar murid dengan lebih berkesan. 10. Rujukan Harun, Makmur & Katutu, Buchari. (2015). PENGAJARAN SENI KHAT DAN TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN ISLAM: Peluang, Cabaran dan Harapan. 10.13140/RG.2.1.4026.3129.


JURNAL MINGGU 10 Nama Pelajar : Nur Syazwani Binti Sharudin No Kad Pengenalan : 970127-10-6230 Program : Program Diploma Pendidikan Pascasiswazah (PDPP) Pengkhususan : Pendidikan Islam Sekolah Rendah Sekolah : Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis Minggu Praktikum : 9 Tarikh : 11-08-2023 Tajuk : Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) guru Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Penyelia : Dr. Musleah Binti Mustafa Kamal Guru Pembimbing : Puan Masrurah Binti Sharif 1. Isu yang Difokuskan : Isu yang ingin saya fokuskan pada minggu ini ialah isu kemahiran guru dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan satu medium yang dapat membantu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik. Namun begitu, tidak semua guru mempunyai kemahiran yang baik dalam ICT. 2. Analisis yang Difokuskan: Masalah yang saya hadapi ialah saya kurang mahir untuk menghasilkan kuiz interaktif untuk digunakan semasa pengajaran secara segerak. Masalah ini berlaku kerana saya biasa menggunakan satu aplikasi sahaja iaitu Wordwall untuk menghasilkan kuiz interaktif. Namun apabila saya cuba menggunakan aplikasi lain agar murid tidak bosan dengan aplikasi sama. Selain itu, semasa pemantauan Kolaboratif oleh pensyarah pembimbing, saya menghadapi masalah teknikal kerana apa yang dirancang tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana kekangan internet dan juga saya menggunakan projektor yang dibeli sendiri. Penggunaan projektor tersebut menghadapi masalah kerana terlalu kecil dan tidak jelas kerana keaadaan kelas yang terbuka dan cerah. 3. Kajian Lampau ( Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) Menurut Ani Omar (2016), guru pelatih perlu membina kemahiran kendiri terutama dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi terkini.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah: 1. Bertanya kepada rakan-rakan yang cekap dalam ICT serta menguji terlebih dahulu kuiz interaktif yang dihasilkan sebelum mengajar agar dapat menyelesaikan masalah yang timbul lebih awal. 2. Menonton video dan mengkaji kuiz interaktif atau aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar melalui internet. 3. Meminjam projector daripada pihak sekolah yang lebih canggih agar semua pelajar dapat melihat paparan dihadapan dan meletakkan langsir untuk mengelakkan cahaya yang membuat paparan projector tidak jelas. 5. Tempoh masa Penyelesaian: Seminggu 6. Tindakan Susulan: Antara tindakan susulan yang dilaksanakan ialah bertanya kepada rakan yang mahir ICT dan pernah menggunakan aplikasi kuiz interaktif tersebut, Saya juga akan meminjam projector yang lebih canggih daripada pihak sekolah. 7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan: 18/08/2023-24/08/2023 8. Keberkesanan Langkah Yang dicadangkan: Saya lebih mahir dalam mengendalikan kuiz interaktif secara langsung setelah bertanya kepada rakan yang mahir seterusnya menjadikan pengajaran lebih lancar. Selain itu, murid kelihatan seronok dan mudah memahami isi pelajaran yang dipelajari dengan baik dengan adanya Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang menggunakan medium Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). 9. Kesimpulan/ Refleksi (Kesan Tindakan Perlu dan Halangan (Jika Ada): Saya berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan. Namun saya perlu meningkatkan lagi kemahiran ICT agar dapat memenuhi tuntutan bidang pendidikan pada masa ini. 10. Rujukan Ani Omar. (2016). Integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan melayu mempertingkatkan keyakinan dan keberhasilan guru semasa latihan mengajar. JPBU, 9, 13-25.


Click to View FlipBook Version