The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tahun 2020 melakar sejarah di mana situasi Pandemik COVID-19 telah melanda hingga ke seluruh dunia. Pelbagai halangan dan rintangan dalam merealisasikan apa jua rancangan pada tahun 2020 ini. Namun, Kolej Komuniti Temerloh sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program untuk meningkatkan kualiti pencapaian selaras dengan perancangan yang telah dibentangkan melalui pelan strategik KKTM bagi tahun 2020. Segala memori terlakar dalam Buku Laporan Tahunan KKTM 2020 ini. Saksikan video montaj bagi Pelancaran Penerbitan Buku Laporan Tahunan KKTM 2020 ini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-06-30 09:16:25

Buku Laporan Tahunan KKTM 2020

Tahun 2020 melakar sejarah di mana situasi Pandemik COVID-19 telah melanda hingga ke seluruh dunia. Pelbagai halangan dan rintangan dalam merealisasikan apa jua rancangan pada tahun 2020 ini. Namun, Kolej Komuniti Temerloh sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program untuk meningkatkan kualiti pencapaian selaras dengan perancangan yang telah dibentangkan melalui pelan strategik KKTM bagi tahun 2020. Segala memori terlakar dalam Buku Laporan Tahunan KKTM 2020 ini. Saksikan video montaj bagi Pelancaran Penerbitan Buku Laporan Tahunan KKTM 2020 ini.

Keywords: laporan tahunan 2020,laporan tahunan,kolej komuniti temerloh,laporan,annual report,kktm,report kktm

unit latihan & pembangunan staf

Disediakan oleh : Saliza Binti Abdul Razak
Kursus Mobile Application Ionic
Disediakan oleh : Norazuwa Binti Salehudin
Pada 30 September dan 1 Oktober 2020, Program Sijil Teknologi Maklumat telah mengadakan Kur-
sus Mobile Application Ionic bertempat di Makmal Multimedia, Kolej Komuniti Temerloh. Seramai 14
orang kakitangan Kolej Komuniti Temerloh terlibat secara langsung dalam kursus tersebut dengan

jayanya. Penceramah yang dilantik merupakan pensyarah pakar dalam bidang Mobile Application
dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) iaitu Encik Khairul Nizam Bin Abd Rahman.
Objektif kursus ini adalah memberi pendedahan kepada para pensya-
rah mengenai pembangunan mobile application menggunakan IONIC dan mem-
beri pendedahan kepada para pensyarah cara mempakejkan apps ke iOS dan Android.

45

46

”Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang
beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang ber-
sih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap
di tempat yang bersih dan tidak merusak atau

mematahkan (yang dihinggapinya) .
(Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)



47

unit Pengurusan Psikologi
Disediakan oleh : Harniza binti Ismail
Bengkel Terapi Art Drawing: House Tree Person (Ad-Htp) Siri 1 Tahun 2020
Bengkel Terapi Art Drawing: House Tree Person (Ad-Htp) Siri 1 Tahun 2020 kepada 17 orang kakitan-
gan dari Unit Pentadbiran telah dilaksanakan pada 25 Februari 2020 di Bilik Seminar KKTM. Pencer-
amah yang melaksanakan pentadbiran Terapi AD-HTP ini adalah Puan Harniza Pegawai Psikologi
Kolej Komuniti Temerloh. Objektif bengkel ini adalah mengetahui aspek perhubungan, kerjaya dan
sikap individu tersendiri. Memberi pendekatan yang unik, sangat efektif dan dinamik dalam mem-
bantu proses menolong klien. Bengkel ini telah berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5.00 petang.
Kursus Kemahiran Komunikasi: Psychology Fun Talk
Kursus Kemahiran Komunikasi: Psychology Fun Talk telah dilaksanakan pada 29 September
2020 di 101 Resort And Spa, Janda Baik Bentong, Pahang yang telah dihadiri oleh 60 orang kaki-
tangan Kolej Komuniti Temerloh (KKTM). Program ini berfokus kepada kemahiran interpersonal
dalam kalangan kakitangan KKTM. Fasilitator kursus ini adalah Cikgu Jinggo yang merupakan
penceramah bebas psikologi. Terdapat pelbagai aktiviti secara latihan dalam kumpulan dan juga
aktiviti yang mengunakan fizikal dan ketahanan minda peserta. Kursus ini
bertujuan mendedahkan teknik komunika-
si dalam organisasi, mengkaji dan menyele-
saikan cabaran serta masalah komunikasi pada peringkat
intra atau inter-organisasi serta membina budaya etika kerja berkesan
yang mesra kepada pelanggan. Di samping itu juga, kursus ini bertujuan mewujudkan
kesedaran serta budaya introspeksi dalam diri peserta timbul rasa seronok dan senang pada
pekerjaan yang dilaksanakan.

48

unit sukan

Disediakan oleh : Mohd Zool Fazlee Bin Basir & Mohd Fazli Khaisunizam Bin Ismail
SPRM PUBG MOBILE I-CHALLENGE
Pasukan Patin Lacoste yang terdiri daripada beberapa orang pelajar Kolej Komuniti
Temerloh telah menyertai SPRM PUBG MOBILE I-CHALLENGE yang dianjurkan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Persekutuan
Sukan Elektronik Malaysia (MESF) secara ATAS TALIAN (ONLINE TOURNAMENT).

Virtual Ride Merdeka 2020
Pada 5 September 2020, seramai 40 orang pelajar Kolej Komuniti Temerloh telah menyer-
tai Virtual Ride Merdeka 2020 anjuran MASKOM Malaysia dengan kayuhan sejauh 30 Kilometer.
Tujuan utama aktiviti ini bagi melahirkan pelajar yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan

cergas. Majulah sukan Kolej Komuniti Temerloh!!.

49

unit peperiksaan

Disediakan oleh : Nor Hasimah binti Abd Rahman
Bengkel Sistem CCMS Modul: Pendaftaran Kursus, Kehadiran dan Penilaian

Pada 12 Oktober 2020 telah diadakan bengkel di Makmal Multimedia Kolej Komuniti Temerloh. Taklimat
telah disampaikan oleh Puan Norazuwa binti Salleh (Pembangun Sistem CCMS) dan Puan Nor Hasimah
binti Abd Rahman (Pegawai Peperiksaan). Bengkel ini telah dihadiri oleh penasihat akademik dan pensya-
rah semester satu. Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah-
pensyarah khususnya pensyarah-pensyarah semester satu serta memberi bimbingan dalam pengurusan data

dan pengurusan penilaian pelajar menggunakan sistem CCMS agar pengurusan penilaian pelajar lebih
seragam dan efektif.

Bengkel Semakan Data Lulusan Jun 2020
Pada 17 Julai 2020 telah diadakan Bengkel Semakan Data Lulusan Jun 2020 di War Room, Kolej Ko-
muniti Temerloh. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Peperiksaan, Puan Nor Hasimah binti Abd
Rahman. Bengkel ini telah dihadiri oleh penyelaras unit peperiksaan bagi setiap program/ unit. Objektif
penganjuran bengkel ini adalah untuk melakukan semakan ke atas data-data pelajar yang telah me-
namatkan pengajian pada peingkat program masing-masing. Proses cross checking dilakukan di per-
ingkat program bagi memastikan tiada ralat atau kesalahan pada maklumat lulusan.

Bengkel Semakan dan Penilaian Soalan PB sesi Jun dan Disember 2019
oleh Panel Penilai Luar
Taklimat peperiksaan diadakan pada setiap sesi pengajian. Bagi tahun 2020, sebanyak 3 kali taklimat
peperiksaan telah dilaksanakan iaitu pada sesi November 2018, Mac 2019 dan Jun/Julai 2019.Takli-
mat ini adalah melibatkan dua sesi iaitu sesi pensyarah dan juga sesi pelajar. Taklimat telah diadakan
di Dewan Ilham Bestari KKTM. Tujuan taklimat ini diadakan kepada pelajar adalah untuk memastikan
pelajar sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan tepat tentang peraturan dan kaedah penilaian di
kolej komuniti. Manakala tujuan taklimat ini disampaikan kepada pensyarah pula adalah untuk memberi
garis panduan bagi mewujudkan keseragaman kepada semua pensyarah dalam mengendalikan segala

urusan yang berkaitan dengan peperiksaan atau lain-lain bentuk penilaian.

Taklimat Peperiksaan 2020
Bagi sesi Jun 2020, taklimat peperiksaan pelajar dijalankan menerusi Kit Taklimat Peperiksaan yang diedar-
kan kepada pelajar kerana masih diarahkan untuk berada di kediaman masing-masing. Kit taklimat dalam
bentuk slaid persembahan disampaikan kepada pelajar melalui penasihat akademik menggunakan medium
aplikasi Telegram. Tujuan kit taklimat ini diedarkan kepada pelajar adalah untuk memastikan pelajar sentiasa
mendapat maklumat yang terkini dan tepat tentang peraturan dan kaedah penilaian di kolej komuniti walau di
mana mereka berada.
Taklimat peperiksaan pensyarah pula diadakan di Bilik Seminar Kolej Komuniti Temerloh. Tujuan taklimat ini
disampaikan kepada pensyarah adalah untuk memberi garis panduan bagi mewujudkan keseragaman kepada
semua pensyarah dalam mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan peperiksaan atau lain-lain bentuk penilaian.

50

program STM

Disediakan oleh : Siti Shuhaili Binti Mohamad Moha
Lawatan Akademik dan Penanda Aras Pensyarah ke Politeknik Seberang

Perai, Politeknik Balik Pulau dan Kolej Komuniti Seberang Jaya
Program ini adalah bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan bertukar pen-
dapat bersama warga pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Politeknik Seberang Perai Dan Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang berkenaan hala
tuju pelajar lepasan kolej komuniti setelah tamat pengajian kelak. Pendedahan awal
kepada pelajar oleh pensyarah diharap dapat menaikkan semangat pelajar untuk lebih ber-
jaya dan mencapai impian masing-masing. Program lawatan melibatkan 6 orang

pensyarah program STM.

Program “Industrial IoT @ Community Colleague Towards Education 4.0
Collaboration With Roboshop Technologies Sdn Bhd”

Disediakan oleh : Amutha A/P Gopal Villoo @ Venugopal
Program “Industrial IoT @ Community Colleague Towards Education 4.0 Collaboration With
Roboshop Technologies Sdn Bhd” telah dianjurkan oleh Program Sijil Teknologi Maklumat (STM)
direka sebagai sebagai platform untuk mendedahkan pelajar tentang bidang Internet Of Things
(IoT) dan teknologi terkini yang digunakan dalam pasaran dalam mereka bentuk Projek IoT dengan
Penggunaan Block Rasperry Pi. Justeru itu, pelajar dapat menimba pengetahuan tentang INDUSTRI-
AL IoT (Block Raspberry Pi) dan bagaimana untuk mencipta dan kemahiran dalam mereka cipta projek

IoT bagi mendepani pendidikan Revolusi Industri 4.0.

Program Feel Good @ KKTM
Disediakan oleh : Amutha A/P Gopal Villoo @ Venugopal
Program Program Feel Good @ KKTM telah dianjurkan oleh Unit Pengambilan. Namun begitu. Program
STM mengambil satu slot jemputan sebagai platform untuk mempromosikan program STM dengan
konsep “Ez Way to Learn Short Cut keys” oleh semua pensyarah STM dan Inovasi dalam amalan PdP STM
yang digunapakai.

Antara inovasi yang digunapakai adalah Inovasi EzNetConfiq yang
diguna pakai dalam Kursus Asas Rangkaian Komputer bagi pelajar semester 2
oleh Pn Amutha A/P Venugopal dan Inovasi IoT Safety Kitchen Gadget bagi Kursus Internet Of
Things (IoT) bagi pelajar semester 3 Mohd Nor Hafiz Bin Sawandi. Inovasi ini digunakan sebagai
Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Alat Bantu Belajar (ABB) kepada pelajar dalam melahirkan pelajar
yang berkreatif dan berinovatif dan “Thinking Out Of The Box”. Dalam slot jemputan STM, pendeda-
han promosi STM bagi berkongsi dan kepakaran pensyarah STM yang diaplikasikan oleh pensyarah
STM dalam melahirkan graduan STM yang berkaliber. Diharapkan program ini dapat membantu
mempromosikan program STM dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan media sosial Rasmi Facebook dan
Instagram Kolej Komuniti Temerloh.

51

program AKRAB

Disediakan oleh : Mohd Zamri Bin Kames @ Mansor
Kelab Kebajikan Staf Kolej Komuniti Te-
merloh (AKRAB) ditubuhkan bertujuan
untuk memupuk semangat kerjasama,
menjalin silaturahim serta menjaga ke-
bajikan ahli agar suasana kerja di Kolej Ko-
muniti Temerloh lebih kondusif dan produktif.

Ahli Jawatankuasa Kelab AKRAB 2020 telah
dilantik pada awal tahun serta pemilihan AJK
adalah melalui undian dikalangan staf KKTM sendiri. Di samp-
ing itu juga, AJK Kelab Akrab bertanggungjawab merancang semua aktiviti
yang akan dilakukan sepanjang tahun tersebut dan juga memastikan tabung kelab keba-
jikan mencukupi bagi menjalankan aktiviti yang telah dirancang. Antara aktiviti yang dijalankan
adalah seperti aktiviti riadah Ekplorasi Sungai Lembing, Kuantan, Perlawanan Persahabatan Badminton, Sukaneka
Dan Berkelah Libur Santai Di Janda Baik, Acara Makan Durian, Projek Biskut Raya dan sebagainya. Diharapkan aktiviti yang telah di-
anjurkan oleh AJK Kelab Akrab 2020 akan dapat meningkatkan kemesraan dan akan menyediakan saluran komunikasi serta hubungan
yang erat antara pensyarah dan staf sokongan di KKTM akan dapat dibentuk.

Objektifakrab•


M•Mes reuyamaaMnsnbpceaogramonlndedabgihujesaakknolkatatsitnufniivakkpilatedyinnauasnnnygtmaursekaiwhshaeudtmjaudnudaaknsatpbaneefnprstseouyrkksaoaernark-ghittauadnkraaabnnresikrtdiaenefrtajesardoayakkaloasnnimggdkaaaonlkantmidvuitsiif dan

52

program AKRAB

Disediakan oleh : Mohd Zamri Bin Kames @ Mansor
Penyerahan tugas daripada Pengurusi Lama kepada Pengerusi Baru,
, 2 Januari 2020

Sumbangan Bakul Ramadhan Seikhlas Hati,
20 Mei 2020
Sumbangan daripada ahli AKRAB kepada Puan Nurul Asma’Binti
Mohd Zuber dan Puan Mastura Binti Mustaffa , 10 Jun 2010

Majlis Tahlil Aidilfitri , 22 Jun 2020

53

program AKRAB

Disediakan oleh : Mohd Zamri Bin Kames @ Mansor
Sumbangan daripada ahli AKRAB kepada Badrul Hisham Bin
Shaharin, 22 Jun 2020

Kenduri Durian dan Majlis Perpisahan
Staf, 30 Jun 2020

Sumbangan daripada ahli AKRAB kepada Cik Nurul Aisyah Binti
Abdul Ghani dan Cik Nurul Aini Binti Abdul Ghani , 22 Julai 2020
Sumbangan daripada ahli AKRAB
kepada En. Ainudin 30 Jun 2020

54

program AKRAB

Disediakan oleh : Mohd Zamri Bin Kames @ Mansor

Sumbangan daripada ahli AKRAB kepada Mohd Syafiq, 20
Oktober 2020

Gotong Royong Memasak Bubur Asyura, 17 September
2020
Sumbangan daripada ahli AKRAB kepada Mohd Hazri
Sabron Bin Mohd Halim, 20 Oktober 2020

Majlis Apresiasi KKTM 2020, 5 November 2020

55

pembangunan pelajar

56

unit pengambilan

Disediakan oleh : Norarziana Binti Sasudian
Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2020

Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2020 telah diadakan pada 3 Ogos 2020 bertempat di Dewan
Ilham Bestari dan juga Bilik Kuliah 1 sehingga 4, Kolej Komuniti Temerloh. Pendaftaran bermula
seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 petang. Seramai 26 orang pelajar baru yang mendaftar bagi
Sijil Teknologi Maklumat. Manakala 32 orang untuk Sijil Fesyen dan Pakaian, 25 orang pelajar yang
mendaftar untuk Sijil Penyelenggaraan Bangunan dan 4 orang pelajar baru untuk Sijil Reka Bentuk dan
Pembuatan Perabot. Secara keseluruhannya, bilangan pelajar yang hadir semasa hari pendaftaran perdana ini ialah

seramai 85 orang pelajar.
Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Disember 2020
Hari Pendaftaran Pelajar Baru dan Senior Sesi Disember 2020 telah diadakan pada 5 Mac 2021 secara
dalam talian (Semester 1 dan pelajar senior yang bukan tinggal di negeri Pahang). Manakala pendaf-
taran secara walk-in di kaunter bagi pelajar senior yang terlibat dengan proses isolasi yang ber-
tempat di Dewan Ilham Bestari, Kolej Komuniti Temerloh. Pendaftaran bermula seawal jam 8.30 pagi
sehingga jam 4.30 petang. Seramai 5 orang pelajar baru yang mendaftar bagi Sijil Teknologi Maklumat.
Manakala, seramai 3 orang pelajar dari Sijil Penyelenggaraan Bangunan dan juga 3 orang pelajar baru
untuk Sijil Reka Bentuk dan Pembuatan Perabot. Secara keseluruhannya, bilangan baru yang mendaft-
arkan diri pada semester kali ini ialah seramai 11 orang pelajar.

Program Feel Good @ KKTM – Live (Siaran secara langsung)
ini merupakan satu inisiatif yang dianjurkan untuk memenuhi keperluan norma ambilan pelajar bagi
sesi Disember 2020. Program ini melibatkan staf dan pelajar Kolej Komuniti Temerloh. Hebahan dibuat
melalui platform media sosial rasmi Kolej Komuniti Temerloh, channel telegram pelajar dan juga
komuniti setempat. Program ini bermula dari 1 sehingga 31 Disember 2020. Beberapa slot telah disusun
bagi memudahkan perjalanan program dan ianya disiarkan secara langsung di media sosial Kolej Ko-
muniti Temerloh. Program ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna seperti yang dirancang serta
ia merupakan satu usaha bagi membantu meningkatkan lagi pengunjung laman rasmi Kolej Komuniti
Temerloh serta lebih dikenali di kalangan komuniti.

57

unit pengambilan
Disediakan oleh : Norarziana Binti Sasudian

Program Promosi Pengambilan (Promosi Pengiklanan Skrin Digital
Untuk Sesi Disember 2020)
Penganjuran Program Promosi Pengambilan (Promosi Pengiklanan Skrin Digital untuk Sesi Disem-
ber 2020) ini adalah salah satu usaha yang telah dilaksanakan bagi mempromosikan pengambilan
pelajar baru Kolej Komuniti Temerloh. Selain daripada itu juga, program ini juga dapat membantu
memperkenalkan Kolej itu sendiri kepada masyarakat setempat dan juga pengunjung di sekitar Temerloh.
Beberapa video yang berdurasi hampir satu minit telah dimainkan setiap masa di laluan utama di bandar Temerloh.
Dengan adanya promosi seperti ini, dapat memudahkan para komuniti untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan
cepat berkaitan dengan Kolej Komuniti Temerloh.

Program Promosi Pengambilan
(SMK Sri Bahagia)

Taklimat pengambilan diadakan bagi memberi mak-
lumat kepada komuniti setempat dan pelajar sekolah
khususnya tentang kewujudan Kolej Komuniti Temerloh
di kawasan mereka. Selain daripada itu, ia juga dapat
mendedahkan kepada komuniti setempat peluang untuk mempelajari bidang
kemahiran sekaligus dapat melahirkan komuniti yang berilmu dan dapat menjana pendapatan
dengan kursus-kursus yang dijalankan di Kolej Komuniti seluruh Malaysia amnya. Kerjasama dapat dijalin-
kan di antara badan-badan kerajaan yang lain serta agensi-agensi luar. Taklimat Unit Pengambilan di SMK Sri Bahagia
telah dijalankan pada 3 Julai 2020 dengan baik dan lancar serta mencapai objektif dengan bantuan semua pihak. Taklimat ini juga
telah mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajar dan guru-guru sekaligus akan membantu mempromosikan

ambilan pelajar ke Kolej Komuniti Temerloh bagi pelajar lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia kelak.

58

unit peperiksaan

Disediakan oleh : Nor Hasimah binti Abd Rahman

Laporan Analisa Pencapaian Akademik Pelajar 2020

Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan telah diadakan bertujuan untuk membentangkan pencapaian akademik bagi penila-
ian pelajar setiap semester. Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan telah dipengerusikan oleh En. Suhairi bin Ismail, Penga-
rah Kolej Komuniti Temerloh dan telah dihadiri oleh ahli jawatankuasa peperiksaan yang terdiri daripada Timbalan Pengarah Aka-
demik, Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni, Pegawai Pengambilan, Pegawai Peperiksaan, Pegawai Kualiti, Ketua-ketua
program/unit dan Penyelaras Peperiksaan setiap program/ unit. Berikut merupakan laporan ANALISIS pencapaian pelajar mengikut sesi semester

LAPORAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR BERDASARKAN SKALA PURATA NILAI MATA (PNM)
SESI DISEMBER 2019

59

unit peperiksaan

Disediakan oleh : Nor Hasimah binti Abd Rahman
PERATUS PELAJAR MENCAPAI PNM >=3.00
BAGI SESI DISEMBER 2019

60

unit peperiksaan

Disediakan oleh : Nor Hasimah binti Abd Rahman
PERATUS PELAJAR MENCAPAI PNM >=3.67
BAGI SESI DISEMBER 2019

61

unit peperiksaan

Disediakan oleh : Nor Hasimah binti Abd Rahman
ANALISIS KEPUTUSAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

TABURAN SKOR PENCAPAIAN PELAJAR (PNM) SESI DISEMBER 2019
BAGI PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT

62

unit peperiksaan

Disediakan oleh : Nor Hasimah binti Abd Rahman

ANALISIS KEPUTUSAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH TABURAN SKOR PENCAPAIAN PELAJAR (PNM) SESI DISEMBER 2019
BAGI PROGRAM SIJIL FESYEN & PAKAIAN

ANALISIS KEPUTUSAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH TABURAN SKOR PENCAPAIAN PELAJAR (PNM) SESI DISEMBER 2019
BAGI PROGRAM SIJIL FESYEN & PAKAIAN

63

unit peperiksaan

Disediakan oleh : Nor Hasimah binti Abd Rahman

ANALISIS KEPUTUSAN PENILAIAN KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH TABURAN SKOR PENCAPAIAN PELAJAR (PNM) SESI DISEMBER 2019
BAGI PROGRAM SIJIL FESYEN & PAKAIAN

64

65

unit pembangunan pelajar

Program Rekreasi Merdeka 2020
Disediakan oleh : Fairoz binti Jumhat
Program Rekreasi Merdeka 2020 telah dilaksanakan pada 12 September 2020 di Bukit Seladang,

Jerantut, Pahang yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Kelab Rekreasi &
Kebudayaan Kolej Komuniti Temerloh dengan slogan “Kekuatan tidak datang dari kemampuan

fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”
Kem Kepimpinan Jawa-
tankuasa Perwakilan Pelajar
Disediakan oleh : Fairoz binti Jumhat
Kem Kecemerlangan Kepimpinan JPP 2020 telah berlangsung di El-
Azzahar Camp, Banting, Selangor yg dianjurkan oleh Unit Pembangunan Pelajar
pada 07 - 09 Februari 2020. Kem ini dilaksanakan bagi memantapkan lagi organisasi JPP
2020. Program ini dilaksanakan bertujuan membentuk semangat berpasukan serta mengeratkan
hubungan sesama ahli JPP. Semoga JPP 2020 terus terbang tinggi mengharumkan nama Kolej Komu-
niti Temerloh.
Minggu Suai Kenal Pelajar
Disediakan oleh : Fairoz binti Jumhat
Program Pertandingan HiPA 4.0 Kolej Komuniti Malaysia Peringkat Kebangsaan ini merupakan aca-
ra tahunan bagi pelatih PISPA seluruh Malaysia. Ia diadakan bertujuan untuk mengukur tahap peng-
etahuan, kemahiran serta kecergasan fizikal pelatih. Pertandingan ini telah diadakan pada 6 hingga
9 September 2020. Seramai 7 pelajar mewakili Kolej Komuniti Pahang telah menyertai pertandingan
ini. Salah seorang peserta yang terpilih adalah daripada Kolej Komuniti Temerloh iaitu Idham Shafiq Bin
Botak. Kolej Komuniti Pahang telah mendapat tempat ke 4 keseluruhan dalam pertandingan tersebut.

Program Pilihanraya Kampus 2020
Disediakan oleh : Fairoz binti Jumhat
Pilihanraya Kampus 2020 berlangsung pada 08 Januari 2020 di Bilik Semi-
nar, Kolej Komuniti Temerloh. Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pela-
jar adalah salah satu usaha melahirkan bakal-bakal pelapis kepimpinan
bukan sahaja bagi warga kolej bahkan kepimpinan di masa hadapan.

66

67

68

unit pembangunan pelajar

Student Corner
Disediakan oleh : Fairoz binti Jumhat
Program Student Corner adalah merupakan program
mingguan di mana pada setiap hari Rabu, pelajar boleh
menikmati makanan percuma yang disediakan di gerai Stu-
dent Corner. Melalui inisiatif Program Student Corner diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak pelajar
yang kurang berkemampuan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang malah ada di antara mereka yang
mengalami kesempitan wang terutama pada awal dan penghujung semester.
Tautan Kasih
Disediakan oleh : Fairoz binti Jumhat
Program Tautan Kasih adalah merupakan anjuran Exco Kerohanian Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Kolej Komuniti Temerloh di bawah pimpinan Unit Pembangunan Pelajar. Program ini merupakan pro-
gram ziarah ke rumah sewa pelajar. Antara pengisian program ini adalah Majlis Bacaan Yasin dan sesi
ramah mesra staf kolej dan pelajar.
Program Sambutan Ke-

merdekaan 2020
Disediakan oleh : Fairoz binti Jumhat
Program Sambutan Merdeka Peringkat Kolej Komuniti Temerloh telah dilaksanakan
pada 28 Ogos 2020 di perkarangan tempat letak kereta Kolej Komuniti Temerloh. Antara
pengisian program adalah nyanyian lagu Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang serta
kibaran Bendera Jalur Gemilang sebagai pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan.

69

unit keusahawanan

Disediakan oleh : Mastura Binti Mustaffa
Bengkel Keusahawanan 2020: “Be A Startup”

Peserta Bengkel Keusahawanan: “Be A Startup” adalah seramai 16 orang pelajar semes-
ter satu terdiri daripada empat (4) inkubator yang menyertai program inkubator kolej
bagi sesi Jun 2020 bersama dengan seorang mentor daripada setiap pasukan mengikut

program sijil masing-masing.

Program Entrepreneur Explore Race KKTM
Program Entrepreneur Explore Race KKTM 2020 telah dilaksanakan pada
22 September 2020 yang melibatkan pelajar Semester 1 dan Semester 2 Sesi
Jun 2020. Sebanyak 11 kumpulan telah menyertai program ini dengan penuh
semangat keusahawanan yang tinggi. Program dapat memberi impak yang
baik dalam melahirkan pelajar yang holistik dan bercirikan keusahawanan.
Program Klinik Usahawan @KKTM 2020
Unit Keusahawanan KKTM telah melaksanakan Program Klinik Usahawan
@KKTM 2020. Program Klinik Usahawanan adalah sesi perbincangan
bersama Ketua Unit Keusahawanan KKTM bersama pelajar-pelajar, alumni
atau komuniti setempat berkenaan dengan isu-isu dan cabaran keusahawa-
nan yang dihadapi. Bagi tahun 2020, beberapa sesi klinik telah dilaksanakan
melibatkan pelajar, alumni dan komuniti setempat.

70

unit keusahawanan

Disediakan oleh : Mastura Binti Mustaffa
Market Fest KKTM 2020

Program Market Fest KKTM 2020 telah dilaksanakan pada 22 September 2020. Pro-
gram Market Fest KKTM 2020 ini diadakan sempena dengan Majlis Penutupan PERISA
2020. Program ini melibatkan 84 orang pelajar KKTM di mana 18 gerai telah dibuka
oleh pelajar-pelajar KKTM yang mengambil kursus MPU1222 Keusahawanan sebagai
penilaian amali mereka. Di samping itu juga, dengan adanya program ini telah memberi
peluang kepada pelajar untuk merancang, menjalankan, memperoleh pengalaman dan

ilmu dalam melaksanakan aktiviti perniagaan sebenar.
Majlis Perasmian Perasmian

HUGE
Inkubator KKTM dengan brand dan wajah baru telah selamat dirasmikan pada 10 Julai
2020 oleh YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr. Mansor Bin Othman. YB Dato’ tu-
rut beramah mesra dengan anak-anak inkubator dan alumni usahawan kami semasa sesi

lawatan ke HUGE. HUGE; Here Unlimited Generations Expert.
Program Niaga @KKTM 2020

Program Niaga @KKTM 2020 telah dilaksanakan pada
1 hingga 6 Februari 2020 yang telah disertai oleh pelajar-pelajar semester akhir. Program ini
melibatkan 22 orang pelajar Kolej Komuniti Temerloh yang mengambil kursus MPU1222 Keusahawa-
nan sebagai penilaian amali mereka. Di samping itu juga, dengan adanya program ini telah memberi
peluang kepada pelajar untuk merancang, menjalankan, memperoleh pengalaman
dan ilmu dalam melaksanakan aktiviti perniagaan sebenar.

71

unit sukan

Disediakan oleh : Mohd Zool Fazlee Bin Basir & Mohd Fazli Khaisunizam Bin Ismail

Ekspedisi Merdeka Bukit Jintan
Ekspedisi Merdeka Bukit Jintan, Kluang, Johor telah berlangsung pada 8 Ogos 2020.
Sempena bulan kemerdekaan, pasukan Kolej Komuniti Temerloh melakar kenangan di Bukit

Jintan, Batu Pahat, Johor bagi membangkitkan semangat cintakan negara dalam jiwa.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!

Program Kayuhan Santai Ber-
sama DYTM Raja Muda Perlis

Pengarah Kolej Komuniti Temerloh iaitu En. Suhairi Bin
Ismail telah menyertai Program Kayuhan Santai Bersama DYTM Raja
Muda Perlis di Ampang Hilir pada 8 Februari 2020. Turut hadir Pengarah Politeknik
Shah Alam, Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajudin dan Pengarah Kolej Komuniti Raub.
Klinik Woodball Kolej Komuniti Jerantut

Pelaksanaan Klinik Woodball kepada kakitangan Kolej Komuniti Jerantut telah dijalankan pda
25 November 2020. Objektif utama Klinik Woodball ini adalah membina kesedaran ten-
tang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan serta kesihatan diri pada warga Kolej
Komuniti dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga Kolej Komuniti
Temerloh dan Kolej Komuniti Jerantut. Klinik berlangsung di Arena Woodball Kolej Komuniti Temerloh.

Klinik Woodball : Pekerja Kebersihan Dan Kesihatan Kolej Komuniti Temerloh (KKTM)
Pelaksanaan Klinik Woodball kepa-
da Pekerja Kebersihan & Kesihatan Kolej Komuniti Temer-
loh telah dijalankan pada 3 Disember 2020. Klinik Woodball ini melibat-
kan 12 orang pekerja kebersihan KKTM. Objektif utama Klinik Woodball ini
adalah membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh
badan serta kesihatan diri pada komuniti setempat dan mengeratkan hubungan si-
laturrahim dalam kalangan warga Kolej Komuniti Temerloh dan masyarakat sekitar.

72

unit sukan

Disediakan oleh : Mohd Zool Fazlee Bin Basir & Mohd Fazli Khaisunizam Bin Ismail
Program berbasikal ‘Mousang Ride @ Kolej Komuniti bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed
Faizuddin Putra Jamalullail 2020’
Program Berbasikal ‘Mousang Ride @ Kolej Komuniti bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin
Putra Jamalullail 2020’ pada 15 Februari 2020 telah menerima keberangkatan istimewa apabila Peman-
gku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah turut berkenan menyertainya. Program tersebut dianjurkan oleh Kolej Komuniti Raub
Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komu-
niti (JPPKK) dan Pejabat Daerah Raub. Kayuhan sejauh 18 kilometer itu bermula dan berakhir di
pekarangan Kolej Komuniti Raub yang terletak di Taman Amalina Lestari. Program ini turut disertai

oleh staf Kolej Komuniti Temerloh diketuai oleh Pengarah Kolej Komuniti Temerloh iaitu En. Suhairi Bin Ismail.
Ride Santai KKTM

Ride Santai KKTM telah berlangsung pada 5 Ogos 2020. Melibatkan 11 orang kakitangan KKTM termasuk
Tuan Pengarah Suhairi bin Ismail. Objektif utama

program ini adalah
menjadikan acara Ride
Santai ini sebagai satu
wadah penyatuan dalam
menyemarakkan lagi semangat
sukan dan berpasukan dalam
kalangan warga Kolej Komuniti

Temerloh.

Merdeka Ride @ Cameron Highlands
Bagi merasai perit jerih pejuang-pejuang kemerdekaan negara Malaysia tercinta. Pada 22 Ogos 2020 Temerloh Community College Cycling
Team (T3CT), menyahut cabaran ride dari Sungai Koyan, Kuala Lipis ke Tanah Rata, Cam-

eron Highlands. Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi, team
T3CT berjaya mencipta
rekod perbatuan se-
jauh 94 km sekaligus
menawan Pergunungan

Cameron Highlands, Pahang.

73

unit sukan

Disediakan oleh : Mohd Zool Fazlee Bin Basir & Mohd Fazli Khaisunizam Bin Ismail
Perlawanan Persahabatan Woodball antara Kolej Komuniti Temerloh dan Kolej Komu-
niti Bentong
Perlawanan persahabatanWoodballantaraKolejKomunitiTemerlohdan KolejKomunitiBentongpada
1 Disember 2020. Seramai 40 orang staf dari kedua-dua kolej terlibat. Perlawanan ini telah diadakan
di Arena Woodball, Kolej Komuniti Temerloh. Majulah Sukan Woodball bagi warga Kolej Komuniti.
Kejohanan Woodball Sirkit Kolej Komu-
niti Pahang 2020

Kolej Komuniti Temerloh telah menyertai Kejohanan Woodball Sirkit Kolej Komuniti
Pahang 2020 anjuran Kolej Komuniti Pekan yang diadakan pada 10 Mac 2020 bertempat di

Gelanggang Woodball Kespada, Pekan, Pahang. Antara staf yang
terlibat adalah En. Suhairi Bin Ismail, En. Mohd Soffian Bin Abu
Samat, En. Mohd Lokman Bin Mat Ripin, Pn. Afzaa Aaida Shahnaz
Binti Mohamed Harith, Pn. Fairoz Binti Jumhat, Pn. Faradila Binti
Mohd Yuszani, Pn. Nor Hawa Binti Harun dan Pn. Zunaedah Binti Sahrul.

74

unit penyelidikan & inovasi
Disediakan oleh : Nor Aishah Binti Othman
• PENCAPAIAN INOVASI PELAJAR
Pertandingan Innovative Product Exhibition And Competition 2020
Unit Penyelidikan Dan Inovasi Kolej Komuniti Temerloh telah menganjurkan Pertandin-
gan Innovative Product Exhibition And Competition 2020 (IPEC ’20) pada 19 Februari 2020.
Melalui pertandingan ini, pelajar Kolej Komuniti Temerloh telah berjaya menghasilkan se-
banyak 46 produk inovasi. Terdapat dua kategori pertandingan iaitu Kategori Dunia Fizikal dan
Kategori Dunia Digital. Produk-produk inovasi yang dipertandingkan adalah hasil rekaan dan
inovasi dari pelajar-pelajar dan di bawah seliaan seorang pensyarah bagi setiap kumpulan pelajar.

Terdapat sebanyak 33 penyertaan bagi Kategori Dunia Fizikal dan 13 penyertaan bagi Kat-
egori Dunia Digital. Anugerah yang diberikan adalah Anugerah Inovasi Terbaik Kategori
Dunia Fizikal, Anugerah Inovasi Terbaik Kategori Dunia Digital, Anugerah Penyelia Terbaik,
Anugerah Penyertaan Penyelia Terbanyak, Anugerah Pembentangan Terbaik dan Anuge-
rah Khas Juri. Bagi Kategori Dunia Fizikal, produk inovasi yang mendapat Anugerah Emas
adalah sebanyak 8 produk, Anugerah Perak 19 produk dan Anugerah Gangsa 6 produk.
Manakala bagi Kategori Dunia Digital pula, produk inovasi yang menda-
pat Anugerah Emas adalah sebanyak 8 produk, Anugerah Perak 5 produk dan tiada pingat

bagi Anuegrah Gangsa.

75

unit penyelidikan & inovasi
Disediakan oleh : Nor Aishah Binti Othman

76

unit penyelidikan & inovasi

Disediakan oleh : Nor Aishah Binti Othman & Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani
Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET 2020 (Perisa 2020)
Unit Penyelidikan Dan Inovasi Kolej Komuniti Temerloh telah menganjurkan Pertandingan
Inovasi Pensyarah TVET 2020 (Perisa 2020) pada 21 September hingga 22 September 2020.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Pen-
didikan Politeknik dan Kolej Komuniti dengan kerjasama Koperasi Kolej Komuniti Temer-
loh Pahang Berhad dan Politeknik serta Kolej Komuniti Zon Tengah. Pertandingan Inovasi
Pensyarah TVET 2020 (PERISA ’20) adalah salah satu usaha penting untuk membudayakan
aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik institusi TVET di Malaysia.
Selain itu juga, aktiviti ini menjadi penggerak dalam
menggalakkan warga untuk memulakan aktiviti Penyelidikan dan Ino-
vasi dan dapat mengembangkan ke lapangan yang lebih luas lagi.

77

unit penyelidikan & inovasi
Disediakan oleh : Nor Aishah Binti Othman

Bengkel Kreativiti Dan Inovasi Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran
Disediakan oleh : Nurul Naim Binti Othman

Pada 06 Ogos 2020, Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Temerloh telah mengadakan Bengkel Kreativiti Dan Inovasi Dalam Pemb-
elajaran Dan Pengajaran. Bengkel ini adalah salah satu usaha penting untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar Kolej Komuniti Te-
merloh tentang inovasi yang boleh dilaksanakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran seterusnya mendapat pengiktirafan terhadap
pencapaian yang diperolehi melalui pertandingan dan mengembangkannya ke lapangan yang lebih luas lagi. Diharapkan agar melalui beng-
kel ini pelajar akan lebih bersemangat dan berusaha untuk menjadi seorang yang berkeyakinan, kreatif, inovatif, berdaya saing dan berjaya.

Bengkel Penerbitan Buku Kompilasi Pertandingan Inovasi
Pensyarah TVET 2020 (PERISA’20) Peringkat Kebangsaan

Disediakan oleh : Nurul Aini Binti Abdul Ghani
Pada 19 Hingga 21 Oktober 2020 Kolej Komuniti Temerloh telah menjadi pengelola bagi Bengkel Penerbitan Buku Kompilasi produk inovasi pensya-
rah TVET sempena PERISA’20 peringkat Kebangsaan. Sebanyak 331 penyertaan dari 4 kategori iaitu (56), Kategori Sains Sosial (52) dan Kategori
Pembelajaran dan Pengajaran sebanyak (176) daripada kategori Teknologi Maklumat, Teknologi Kejuruteraan (47). Pelaksanaan bengkel ini ialah

untuk memastikan peserta menghasilkan penerbitan buku kompilasi yang berimpak tinggi dan berproduktiviti serta mengikut garis panduan.

Bengkel Penyuntingan Penulisan Dan Grafik E-Book Laporan Unit Penyelidikan Dan Inovasi 2019
Disediakan Oleh : Azizah Binti Mohamed
Pada 20 Julai 2020 Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Temerloh telah mengadakan Bengkel Penyuntingan Penulisan Dan Grafik E-Book
Laporan Unit Penyelidikan Dan Inovasi 2019. Tenaga Pengajar untuk bengkel ini ialah Cik Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani bagi Slot Penyuntingan
Penulisan Laporan dan Puan Norazuwa Binti Salehudin bagi Slot Rekabentuk Grafik E-Book. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 10 orang pen-
syarah Kolej Komuniti Temerloh yang merupakan penulis-penulis bagi E-Book Laporan Unit Penyelidikan Dan Inovasi 2019. Pengisian bengkel ini
ialah peserta diberi pendedahan tentang cara mengolah idea dan penyuntingan penulisan laporan yang betul dan berkesan serta memperluaskan
kemahiran dan teknik mereka bentuk grafik bagi sesebuah e-book seterusnya dapat menghasilkan sebuah E-book Laporan Unit Penyelidikan Dan
Inovasi Kolej Komuniti Temerloh. Melalui bengkel ini, peserta berjaya menghasilkan laporan yang lengkap dan berimpak tinggi.
Kompilasi Inovasi 2019 Kolej Komuniti Temerloh
Disediakan Oleh : Farahana Nadirah Binti Mahamad Nadzar
Pada 20 Mei 2020, Unit Penyelidikan dan Inovasi telah menerima cadangan dari Tuan Pengarah En Suhairi Ismail untuk membuat satu kompilasi
Inovasi 2019 Kolej komuniti Temerloh melalui Mesyuarat Pengurusan Bil.3/2020. Tujuan kompilasi inovasi ini bertujuan untuk mengumpulkan
segala produk-produk inovasi yang telah dihasilkan oleh para pensyarah samada dari peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri mahupun kolej
komuniti. Justeru Unit Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Komuniti Temerloh telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku kompilasi berkaitan
dengan produk-produk inovasi di Kolej Komuniti Temerloh. Dengan penghasilan buku kompilasi ini secara tidak langsung dapat dijadikan bahan
rujukan kepada pencipta inovasi. Selain itu, kompilasi ini juga diterbit dan dibukukan supaya boleh dijadikan panduan untuk melaksanakan pro-
gram pada masa akan datang. Penghasilan buku ini juga sedikit sebanyak dapat menggalakan dan membudayakan penglibatan inovasi dalam
pelbagai peringkat samada antrabangsa, kebangsaan, Pahang dan komuniti selain membantu institusi itu sendiri dan juga para pendidik. “Memar-
tabatkan Inovasi Dalam Dunia Pendidikan” telah dipilih sebagai tema bagi penghasilan buku ini. Semoga dengan penerbitan buku ini mampu
memartabatkan lagi dunia penghasilan inovasi dalam dunia pendidikan.

78

unit penyelidikan & inovasi
Disediakan oleh : Nor Aishah Binti Othman
Penerbitan Buku Kompilasi Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET 2020 (PERISA’20) Peringkat Kebangsaan
Disediakan oleh : Nor Aishah Binti Othman
Kolej Komuniti Temerloh dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta Kope-
rasi Kolej Komuniti Temerloh Pahang Berhad telah berjaya menghasilkan penerbitan Buku Kompilasi produk inovasi pensyarah TVET sem-
pena PERISA’20 peringkat Kebangsaan yang terdiri daripada 331 produk inovasi. Penerbitan ini adalah hasil daripada program Pertand-
ingan Inovasi Pensyarah Tvet 2020 Peringkat Kebangsaan (PERISA ‘20) yang telah berjaya dilaksanakan di Kolej Komuniti Temerloh.
Pertandingan Innovative Product Exhibition & Competition 2020 (IPEC ’20) Peringkat Kolej Komuniti Temerloh
Disediakan oleh : Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani
Pada 19 Februari 2020 (Rabu), Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Komersial (UPIK) Kolej Komuniti Temerloh telah mengadakan Pertandingan In-
novative Product Exhibition and Competition 2020 (IPEC ’20) Peringkat Kolej Komuniti Temerloh, Pahang. Pelajar Kolej Komuniti Temerloh telah
berjaya menghasilkan sebanyak 33 penyertaan inovasi bagi Kategori Dunia Fizikal dan 13 penyertaan bagi Kategori Dunia Digital. Secara keselu-
ruhannya, produk inovasi yang berjaya memenangi Anugerah Emas ialah 8 produk dari Kategori Dunia Fizikal dan 8 produk dari Kategori Dunia
Digital, Anugerah Perak ialah 19 dari Kategori Dunia Fizikal dan 5 dari Kategori Dunia Digital, Anugerah Gangsa ialah 6 dari Kategori Dunia Fizikal.
Wacana Transformasi Ilmu
Disediakan oleh : Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani
Pada 17 Disember 2020 (Khamis), Unit Penyelidikan, Inovasi Dan Komersial (UPIK) Kolej Komuniti Temerloh telah mengadakan Program Wacana
Transformasi Ilmu Peringkat Kolej Komuniti Temerloh, Pahang. Program ini telah disertai oleh para pensyarah Kolej Komuniti Temerloh dari
semua program/unit. Sebanyak empat (4) Kertas Kajian Penyelidikan dan tujuh (7) Kertas Penulisan Ilmiah telah dibentangkan serta enam (6)
Panel Pemeriksa Kertas Kajian Penyelidikan telah dilantik.

79

unit Pengurusan Psikologi
Disediakan oleh : Harniza binti Ismail
Program Berfikir Kreatif VS Kritis Tahun 2020
Pada 5 Ogos 2020, Unit Pengurusan Psikologi telah menganjurkan Program Berfikir Kreatif
VS Kritis Tahun 2020. Seramai 40 orang pelajar Kolej Komuniti Temerloh telah menyer-
tainya bagi mewakili setiap program. Program telah berlangsung di kawasan sekitar
Kolej Komuniti Temerloh. Pelajar diberi arahan untuk menghasilkan gambar, idea atau
bentuk bagi mencetuskan idea kreatif mereka. Beberapa kumpulan telah dibentuk
untuk menghasilkan karya tersebut. Tujuan utama program ini adalah untuk mem-
bina kompetensi berkomunikasi dalam konteks antara peribadi, kumpulan, publik

dan antara budaya melalui pembinaan pengetahuan, motivasi dan kemahiran.

Program Psychology Self-Talk
Pada 6 Ogos 2020, Program Psychology Self-Talk telah dilaksanakan kepada semua pelajar Semester 1 iaitu seramai
150 orang pelajar. Program ini bertempat di Bilik Seminar dan Dewan Ilham Bestari
KKTM. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui as-
pek perhubungan, kerjaya dan sikap individu tersendiri. Memfokus-
kan kepada personaliti pelajar dan minat kerjaya. Melalui program ini
juga kita dapat melihat simptom-simptom individu dari segi psikologi
dan emosi dalaman yang tidak terluah secara fizikal. Selepas program ini
selesai, pelajar yang tertentu perlu berjumpa Pegawai Psikologi untuk mel-
aksanakan sesi kaunseling individu. Tujuan program ini dilaksanakan ada-
lah untuk saringan awal kesihatan mental pelajar.

80

81

82

unit Pengurusan Psikologi
Disediakan oleh : Harniza binti Ismail
Temuduga Pemilihan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi
Pada 20 Ogos 2020, Temuduga Pemilihan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS) telah
diadakan untuk memilih ahli yang baru sebagai Pembimbing Rakan Sebaya KKTM. Seramai 20
orang pelajar yang menghadiri temuduga ini. Pemilihan ahli kelab yang mempunyai personaliti
menolong yang tinggi adalah sangat penting bagi melihat personaliti, minat dan kecenderun-
gan menolong setiap ahli PRISS.
Selain itu juga untuk melatih ahli PRISS yang lain dalam menjalankan sesi
temuduga dan membimbing rakan yang lain. Sesi temuduga ahli yang baru
akan diadakan setiap kali kemasukan pelajar yang baru pada setiap semes-
ter. Selepas temuduga dilaksanakan, kelab akan melantik ahli jawatankuasa
induk yang baru bagi menggantikan ahli jawatankua-
sa yang akan tamat
belajar.

83

unit perpustakaan
Disediakan oleh : Idura binti Shaharudin
Jom baca bersama untuk 10 minit
Pelaksanaan Jom baca bersama untuk 10 minit telah dijalankan pada 23 April 2020.
Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memupuk minat suka membaca dikalangan
kakitangan dan para pelajar Kolej Komuniti Temerloh, mem-
promosi dan menggalakan kakitangan
dan para pelajar untuk membudaya-
kan amalan membaca dan menambah
ilmu pengetahuan melalui amalan membaca.
Jom Pinjam & Baca
Pelaksanaan Jom Pinjam & Baca telah dijalankan pada 13 dan 14 Oktober 2020.
Objektif utama aktiviti ini adalah untuk memupuk minat suka membaca di kalangan
kakitangan dan para pelajar Kolej Komuniti Temerloh. Amalan membaca sebagai satu
budaya dalam kehidupan seharian merupakan
salah satu terapi minda yang
dapat menajamkan pemikiran dan
dapat menambah ilmu pengetahuan.

84

unit perpustakaan
Disediakan oleh : Idura binti Shaharudin
Lawatan Penanda Aras ke Perpustakaan Awam Cameron Highlands
Pelaksanaan Lawatan Penanda aras ke Perpustakaan Awam Cameron Highland telah dijalankan pada
24 dan 25 September 2020. Objektif utama lawatan ini adalah membuka ruang untuk berkongsi kepa-
karan dan kemahiran pengurusan perpustakaan dengan membina rangkaian persahabatan dan ker-
jasama dengan rakan sealiran, membina ukhwah yang mampan dan jitu di antara Perpustakaan
KK Temerloh dan Perpustakaan Awam Cameron Highlands serta berkongsi idea berkenaan cara
mempromosikan perpustakaan dan langkah-langkah meningkat-
kan penggunaan perpustakaan.

Peminjam Bertuah
Pelaksanaan Peminjam bertuah telah dijalankan pada 14 Oktober 2020. Objektif utama
aktiviti ini adalah untuk memupuk minat suka membaca dikalangan kakitangan dan para
pelajar Kolej Komuniti Temerloh serta menarik minat kakitangan dan para pelajar untuk
meminjam dan membaca buku, Selain itu ia
dapat menggalakkan kakitangan
dan para pelajar untuk mengunjungi
seterusnya menggunakan kemudahan
perpustakaan yang disediakan.

Perkongsian ilmu di media sosial
Pelaksanaan Perkongsian ilmu di media sosial telah dijalankan sepanjang April hingga Jun 2020.
Objektif utama aktiviti ini adalah untuk berkongsi ilmu bersama-sama warga kerja dan pengikut

laman sosial Facebook KKTM. Ia bagi memberi maklumat berkaitan bahan bacaan yang menarik
dan terkini yang terdapat di koleksi perpustakaan KKTM dan meningkatkan lagi ilmu penggu-
naan peribahasa dalam diri kita.

85

unit perpustakaan
Disediakan oleh : Idura binti Shaharudin
Pertandingan FIFA 2020
PelaksanaanPertandinganFIFA2020telahdijalankanpada24Januari2020. Objektifutama
pertandingan ini adalah untuk menjadikan perpustakaan KKTM lebih menarik dikunjungi
dan seiring dengan kemajuan teknologi serta minat para pelajar masa kini, mewujudkan
sifat daya saing yang sihat dikalangan para pelajar dan mengisi masa terluang pelajar

dengan perkara yang lebih berfaedah.
Pertandingan PUBG 2020
Pelaksanaan Pertandingan PUBG 2020 telah dijalankan pada 14 Januari 2020.
Objektif utama pertandingan ini adalah untuk menjadikan perpustakaan KKTM lebih menarik
dikunjungi dan seiring dengan kemajuan teknologi serta minat para pelajar masa kini, mewujudkan
sifat daya saing yang sihat dikalangan para pelajar dan mengisi masa terluang pelajar dengan perkara

yang lebih berfaedah.
Taklimat dan pendaftaran Upustaka
Pelaksanaan Taklimat dan pendaftaran Upustaka telah dijalankan pada 3 Febru-

ari 2020. Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberi maklumat berkaitan
kegunaan dan faedah Upustaka kepada para pelajar, memberi penggalakan kepada
para pelajar untuk meminjam menggunakan Upustaka dan menarik minat suka

meminjam dan membaca buku.

86

87

88

aktiviti pelajar SFP

Lawatan Pelajar Ke Fashion Show Widad College Di Widad Convention Center Kuantan
Disediakan oleh : En. Mohd Ehfan Bin Ibrahim
Lawatan Pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian yang diiringi oleh pensyarah En. Mohd Ehfan Bin Ibrahim

ke Fashion Show Featuring Exhibition 2020 yang telah dianjurkan oleh Widad College bertempat
di Widad Convention Centre pada tarikh 14 Januari 2020 (Selasa). Dengan aktiviti ini pelajar dapat
menimba pengalaman baru, ilmu dan pengetahuan semasa dunia fesyen tanahair. Di samping itu,
pelajar juga mendapat pendedahan dalam selok belok penganjuran pertunju-
kan fesyen.

Lawatan Pembelajaran dan Pengajaran
Kokurikulum Kelab (Fotografi)

Disediakan oleh : Fadilah Binti Yurani
Pada 28 Februari 2020, Program Fesyen dan Pakaian telah menganjurkan Lawatan Pembelaja-
ran dan Pengajaran Kokurikulum Kelab (Fotografi) di Cameron Highlands, Pahang. Tujuan pro-
gram ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para pela-
jar dalam bidang Fotografi, memberi peluang kepada pelajar mengenali tempat menarik di negeri

Pahang khususnya dan membantu pelajar men-
jana idea untuk melaksanakan projek atau tugasan mereka.

Program Fesyen@Jahitan Kreatif Quilting Dan Patchwork
Disediakan oleh : Nur Jamilah Binti Nawi
Program Fesyen@Jahitan Kreatif Quilting Dan Patchwork yang diadakan selama empat hari ber-
mula 14 Mac 2020 sehingga 17 Mac 2020 adalah bagi menggalakan pelajar dalam mengenali bidang
jahitan kreatif selain bidang fesyen dan pakaian. Pelajar berjaya menyiapkan 70 keping mini sejadah
dan diserahkan ke Masjid Abu Bakar, Mentakab dan Masjid Al-Hidayah Kampung Chatin, Mentakab.

Program Lawatan Akademik
Bagi Mengenali Jenis-
Jenis Fabrik
Kuala Lumpur
Disediakan oleh : Faradila Binti Mohd Yuszani
Objektif Lawatan Akademik ini adalah mengenalpasti jenis-jenis fabrik yang berada di
pasaran, memilih fabrik yang sesuai dalam menghasil-
kan rekaan yang menarik, mendapat-
kan pengalaman sebenar dalam proses
mendapatkan fabrik yang sesuai, menjalin
hubungan silaturahim di antara pelajar, pensyarah dan pihak
industri serta agensi luar.
(CSR) Pelajar Kolej Komuniti Temerloh “NIKMAT SILATURAHIM”
Disediakan oleh : Farahana Nadirah Binti Mahamad Nadzar
Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti
Temerloh bersama Masjid Al-Hidayah, Kg. Chatin Mentakab pada 23.09.2020 (Rabu)
dan bersama Masjid Abu Bakar Mentakab pada 25.09.2020 (Jumaat) telah
berlangsung dengan lancarnya. Seramai 30 orang pelajar dan 8 orang
pensyarah Program Fesyen dan Pakaian telah terlibat bagi menjayakan 89

aktiviti pelajar SPB

Disediakan oleh : Amiera Saryati Binti Sadun
Lawatan Sambil Belajar Ke Projek Tapak Bina Surau Tahap, Temin, Jerantut

Pahang
Pada 19 September 2020, satu lawatan lawatan sambil belajar ke Projek Tapak Bina
Surau Tahap, Temin, yang diiringi oleh Pensyarah, Encik Mohd Zool Fazlee bin Ba-
sir. Lawatan ini diadakan bagi mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui
aktiviti-aktiviti luar kelas dan pelajar dapat melihat secara terus proses pem-
binaan sesebuah bangunan. Disamping itu juga adalah untuk mendorong
pelajar menimba ilmu pengalaman baru dan merasai sendiri suasana se-
benar kerja binaan bangunan. Justeru itu, ia juga dapat membuka minda
pelajar tentang peluang kerjaya mereka pada masa akan datang.

Disamping itu juga adalah untuk mendorong pelajar menimba ilmu pengalaman baru
dan merasai sendiri suasana sebenar kerja binaan bangunan. Justeru itu, ia juga da-
pat membuka minda pelajar tentang peluang kerjaya mereka pada masa akan datang.

90

aktiviti pelajar STM
Lawatan Sambil Belajar Kolej Komuniti Temerloh Ke Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor (Kuis)
Disediakan oleh : Norazuwa Binti Salehudin
18 Januari 2020 - Program Sijil Teknolgi Maklumat, Kolej Komuniti Temerloh telah mengadakan
lawatan sambil belajar ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Program ini dapat
memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan dan kemahiran menggunakan perisian

pembangunan Android. Pelajar juga berpeluang untuk membina aplikasi mudah berasaskan
Android. Program ini disertai oleh 25 orang pelajar STM 2 dan diiringi oleh Puan Norazuwa Binti

Salehudin dan Puan Nurul Naim Binti Othman.
CSR “Transfer Knowledge X SMKM” @ SMK Mentakab
Disediakan oleh : Ilyana Binti Yahya
28 Februari 2020 – Program Sijil Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Temerloh telah

mengadakan satu program CSR di SMK Mentakab. Program ini adalah sebahagian
daripada proses PdP untuk kursus MPU 1411 (Ko-Kurikulum). Tujuan program ini ada-
lah sebahagian daripada penilaian Projek bagi kursus MPU 1411 (Ko-Kurikulum) kepada
pelajar STM 3. Sepanjang program CSR, pelajar SMK Mentakab didedahkan dengan fakta-
fakta dan tunjukcara pemasangan komputer oleh pelajar STM Kolej Komuniti Temerloh.
Skills Challenge 2020 (KITSC’20)
Disediakan oleh : Mastura Mustaffa & Norfadzilah binti Ishak
23 Oktober 2020 - KITSC’20 merupakan satu program pertandingan kemahiran dalam bidang
Teknologi Maklumat peringkat Kolej Komuniti Temerloh (KKTM) yang julung-julung kali dianjur-
kan pada tahun 2020. KITSC’20 adalah akronim kepada KKTM IT Skills Challenge 2020. Melalui
pertandingan ini pelajar dan pensyarah yang terlibat didedahkan dengan bidang Teknologi Maklu-
mat dari aspek pengetahuan dan kemahiran teknikal selari dengan 6 aspek aspirasi pelajar seperti
yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPMPT) 2015-2025.
CSR “Animation Using Ms Powerpoint”
@ PID Taman Bukit Cermin
Disediakan oleh : Nurul Naim binti Othman
07 Mac 2020 – Program Sijil Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Temerloh telah mengadakan
satu program CSR di Pusat Internet Bukit Cermin. Program ini adalah sebahagian daripada pros-
es PdP untuk kursus MPU 1411 (Ko-Kurikulum). Tujuan pelaksaan CSR ini adalah bertujuan un-
tuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang IT di kawasan luar bandar.

91

92

aktiviti unit Pengajian Am

Disediakan oleh : Nor Azma Manan
Lawatan Sambil Belajar ke Gardenia Bakeries Sdn. Bhd
Lawatan sambil belajar pelajar- pelajar yang mengambil kursus Workplace English (MPU 1101)
melibatkan pelajar dari kelas SPB 3, SFP 3, dan SRP 1. Pelbagai ilmu yang berkaitan “Processes
and Procedures” telah dipelajari, di mana pelajar telah mempelajari tentang proses dan prosedur
membuat roti serta mengenal mesin yang terlibat dalam pembuatan roti.

Setelah sesi lawatan, para pelajar dikehendaki membuat laporan sebagai tugasan
kursus dengan mengaplikasikan teori yang telah diajar di dalam kelas serta pengala-
man yang mereka peroleh semasa sesi lawatan.

Hari Al- Quran dan As- Sunnah, Kolej Komuniti Temerloh
HariAl-QurandanAs-SunnahtelahdiadakanpadasetiappagiJumaatbermula9.00pagihingga10.00
pagi di surau Kolej Komuniti Temerloh. Aktiviti ini melibatkan semua staf dan semua pelajar. Program
ini dijalankan pada setiap hari Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Antara pengisian pro-
gram ini adalah bacaan yasin, tahlil, soal jawab agama, bacaan ayat- ayat al- Quran dan tazkirah.

93

94


Click to View FlipBook Version