kolej & komuniti
95
unit PSH
Disediakan oleh : Norsaritanaini bt Mahasan
LAPORAN TAHUNAN UNIT PENDIDIKAN BERTERUSAN KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan kursus pendek dengan berteraskan pembelajaran
yang boleh diikuti hingga akhir hayat. Di samping itu juga, PSH ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keterampi-
lan kepada individu, masyarakat dan pembangunan negara. PSH juga telah menganjur dan menyediakan pelbagai kursus PSH yang ter-
diri daripada pembangunan komuniti berpengetahuan (learning comunities), menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (upskill-
ing) dan melatih semula (reskilling) untuk keperluan tenaga kerja setempat. Selain itu juga, PSH sentiasa menyediakan rangkaian strategik
untuk mengukuhkan aktiviti sosio ekonomi dalam kalangan pelanggan setempat dan pihak berkepent-
ingan (stakeholders). Aktiviti-aktiviti dan kursus pendek ini adalah berasaskan permintaan awam
dan industri merangkumi kursus bukan formal yang mempunyai jangka masa singkat dan bermusim.
• SENARAI KLUSTER YANG DITAWARKAN BAGI TAHUN 2020
• STATISTIK PELAKSANAAN KURSUS PENDEK DAN LATIHAN KHAS BAGI TAHUN 2020
96
unit PSH
Disediakan oleh : Norsaritanaini bt Mahasan
STATISTIK PELAKSANAAN KURSUS PENDEK DAN LATIHAN KHAS MENGIKUT JANTINA BAGI
TAHUN 2020
STATISTIK PELAKSANAAN KURSUS PENDEK DAN LATIHAN KHAS MENGIKUT BANGSA
BAGI TAHUN 2020
97
unit PSH
Disediakan oleh : Norsaritanaini bt Mahasan
STATISTIK PELAKSANAAN KURSUS PENDEK DAN LATIHAN KHAS MENGIKUT KATEGORI
PESERTA BAGI TAHUN 2020
STATISTIK PELAKSANAAN KURSUS PENDEK DAN LATIHAN KHAS MENGIKUT PEKER-
JAAN BAGI TAHUN 2020
98
unit PSH
Disediakan oleh : Norsaritanaini bt Mahasan
STATISTIK PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT
2020
STATISTIK PELAKSANAAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT YANG MENERAPKAN
ELEMEN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR4.0)
99
unit PSH
Disediakan oleh : Norsaritanaini bt Mahasan
Kursus Penghasilan Kuih Malaysia & Roti Canai anjuran MK Asia
Training Consultancy PLT dengan kerjasama Unit PSH Kolej Komuniti
Temerloh di bawah Skim PENJANA B40 HRDF
Kursus Penghasilan Kuih
Malaysia dan Roti Canai
anjuran MK Asia Training Con-
sultancy PLT dengan kerjasama
Unit PSH Kolej Komuniti Temerloh
di bawah Skim PENJANA B40 HRDF telah berlangsung bermula dari September
sehingga Oktober 2020 di Kolej Komuniti Temerloh. Seramai 20 orang peserta
kursus Kuih Malaysia dan 20 orang peserta Kursus Roti Canai yang terdiri daripada
masyarakat B40 India di daerah Temerloh telah menyertai kursus ini.
Kursus Peningkatan Imej dan Ketrampilan Diri Staf Wanita RISDA.
Kursus Peningkatan Imej dan Ketrampilan Diri Staf Wanita RISDA anjuran Unit Pembela-
jaran Sepanjang Hayat dengan kerjasama Bahagian Latihan
Ibu Pejabat RISDA dan Kolej RISDA
telah berlangsung pada 8 dan 9
September 2020 di Ibu Pejabat
RISDA, Kuala Lumpur. Seramai
30 orang peserta kursus yang
terdiri daripada kalangan
staf Risda telah menyertai kursus ini.
100
unit PSH
Disediakan oleh : Mohd Fazli Khaisunizam Bin Ismail
Kursus Pemprosesan Makanan Bagi Pelatih dan Penyelia SK Tunas
Bakti Jerantut
Kursus Pemprosesan Makanan Bagi Pelatih dan Penyelia SK Tunas Bakti Jerantut anjuran Unit
Pembelajaran Sepanjang Hayat telah berlangsung sepanjang November 2020 sebanyak 4 siri.
Antara kursus yang terlibat adalah Kursus Penghasilan Set Nasi Beriani, Roti Canai Frozen, Roti
Mexican Bun & Roti Sosej Blossom, Karipap dan Donat. Seramai 20 orang peserta kursus yang
terdiri daripada penyelia dan pelatih SK Tunas Bakti telah menyertai kursus ini dengan jayanya.
Penyampaian Anugerah Ikon PSH Sempena Lawatan Kerja YB Dato’ Dr.
Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Kementerian
Pengajian Tinggi
Pada 10 Julai 2020, seramai 2 orang alumni
PSH terpilih untuk dianugerahkan sebagai
Anugerah Ikon PSH sempena Lawatan Kerja YB
Dato’ Dr. Mansor Othman, Timbalan Menteri Pen-
gajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Alumni
PSH turut mengadakan pameran produk dan perkhidmatan yang dilaksanakan
hasil daripada menjalani kursus pembelajaran sepanjang hayat di Kolej Komuniti Temerloh.
Penyerahan sumbangan cupcake di Majlis Perasmian Penutup Bengkel Peman-
tapan Pemimpin Pasukan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang
Daerah Temerloh
Kursus Pemprosesan Makanan Bagi Pelatih dan Penyelia SK Tunas Bakti Jerantut anjuran Unit Pemb-
elajaran Sepanjang Hayat telah berlangsung sepanjang November 2020 sebanyak 4 siri. Antara kursus
yang terlibat adalah Kursus Penghasilan Set Nasi Beriani, Roti Canai Frozen, Roti Mexican Bun & Roti
Sosej Blossom, Karipap dan Donat. Seramai 20 orang peserta kursus yang terdiri daripada penyelia dan
pelatih SK Tunas Bakti telah menyertai kursus ini dengan jayanya.
101
unit Pengajian Am
Disediakan oleh : Nor Azma Binti Manan
RAGE English Camp English Camp ini melibatkan semua pelajar yang mengambil kursus MPU
1181 (Communicative English) dan MPU 1101 (Workplace English). Program ini bertujuan meman-
tapkan kemahiran Bahasa Inggeris pelajar di samping memberi keyakinan kepada pelajar untuk
berkomunikasidalamBahasaInggerismelaluiaktivitipembentangandanaktivitidalamkumpulan.
Program Makeover Pusat Islam
Program ini meliputi skop menghias dan mencantikkan Pusat Islam, iaitu pusat di mana ak-
tiviti keagamaan dijalankan, termasuklah solat berjemaah, mengaji, bacaan Yasin, kursus
keagamaan, dan lain- lain. Antara aktiviti program termasuklah mengecat dinding bahagian
dalam Pusat Islam, mengemas dan membersihkan Pusat Islam supaya lebih ceria dan menarik.
program SFP
Disediakan oleh : Fadilah Binti Yurani
Lawatan Penanda Aras Politeknik Ibrahim Sultan, Johor
Pada 25 & 26 Feb 2020 seramai 5 orang pensyarah Program Fesyen dan Pakaian telah mem-
buat lawatan penanda aras ke Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang Johor. Politeknik Ibra-
him Sultan merupakan satu-satunya politeknik yang menawarkan program Diploma Rekaben-
tuk Fesyen Dan Pakaian. Dimana ia merupakan tempat yang paling sesuai bagi Pelajar Sijil
Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Temerloh untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma .
Lawatan Penanda Aras Pantai
Timur UiTM Cawangan Machang
Kelantan, KKJeli & Pusat Inovasi Batik
Lawatan penanda aras ini dilaksanakan adalah menjurus ke
arah peningkatan prestasi khususnya dalam bidang pengurusan reka-
bentuk fesyen dan pakaian melalui perkongsian maklumat dan pemerhatian
secara langsung dan penambahbaikkan dari sudut pengurusan akademik
program fesyen bagi kedua-dua kolej untuk pelaksanaan masa akan datang.
102
program SPB
Disediakan oleh : Norarziana Binti Sasudian
Kursus Building & Sanitary Fitting Level 1 Oleh Akademi Binaan
Malaysia
Program ini telah berlangsung selama 5 hari iaitu dari 21 hingga 25 September 2020 bertujuan
untuk melengkapkan pensyarah-pensyarah dengan kemahiran dalam berbagai bidang Pe-
nyelenggaraan Bangunan. Pensyarah yang berjaya menamatkan latihan yang disediakan akan
diberikan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB (SKK) yang mengiktiraf mereka sebagai pengajar
mahir. Latihan kemahiran yang disediakan menggunakan modul latihan yang menepati Stand-
ard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang setaraf dengan standard kemahiran antarabangsa. Pensya-
rah yang berjaya menamatkan latihan akan diberikan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengesahkan kemahiran mereka. Dengan adanya lati-
han kepada para pensyarah boleh menambah ilmu dan menambah kemahiran untuk diberikan kepada para pelajar untuk menjadi tenaga kerja mahir.
Lawatan Akademik Dan Penanda Aras Pensyarah Ke Institusi
Kemahiran Mara, Pekan
Program Lawatan Akademik Dan Penanda Aras Pensyarah ke Institusi Kemahi-
ran Mara yang dirancang oleh Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan (SPB)
bertarikh 21 Julai 2020 yang disertai oleh enam orang pensyarah SPB. Ia menjurus
ke arah pendedahan kepada kaedah pelaksanaan jabatan dalam bidang Kejuruter-
aan Awam melalui taklimat mahu pun pemerhatian secara langsung dibengkel-
bengkel dan makmal di IKM, Pekan. Adalah diharap agar lawatan ini akan menjadi
titik tolak semangat dan kejayaan para pensyarah SPB pada masa akan datang dan
adalah merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mengenalpasti,
mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada or-
ganisasi yang sama atau daripada organisasi lain untuk mencapai prestasi unggul.
Lawatan Akademik Dan Penanda Aras Pensyarah Ke Jabatan Kejuruter-
aan Awam Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
Satu lawatan penanda aras pensyarah ke PSAS bertarikh 3 Januari 2020 bertujuan untuk
membincangkan tentang program-program kursus, kurikulum dan struktur pengajian di
Politeknik. Seramai enam orang pensyarah Program Penyelenggaraan Bangunan, Kolej
Komuniti Temerloh telah terlibat dengan lawatan ini. Disamping itu ia tujuannya adalah
mengenalpasti fasiliti, instrumen dan peralatan bengkel yang sesuai untuk Program Sijil
Penyelenggaraan Bangunan. Selain itu, para pensyarah dapat memperkembangkan kema-
hiranbahasauntukberkomunikasi,berinteraksidanbersosialisasidenganinstitusiyanglain.
103
program STM
Disediakan oleh : Amutha A/P Gopal Villoo @ Venugopal
Program CSR “Animation Using Ms Powerpoint” @
PID Taman Bukit Cermin
07 Mac 2020 – Program Sijil Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Temerloh telah
mengadakan satu program CSR di Pusat Internet Bukit Cermin. Program ini adalah
sebahagian daripada proses PdP untuk kursus MPU 1411 (Ko-Kurikulum). Tujuan
pelaksanaan CSR ini adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang mempunyai
kemahiran dalam bidang IT di kawasan luar bandar. Program ini juga dijalankan bagi
mendedahkan para peserta kepada peningkatan pengetahuan softskill, sikap beker-
jasama, toleransi dan bersatu dalam kumpulan dan mengeratkan silaturrahim. Program
ini disertai oleh 6 orang pelajar dan diiringi oleh Puan Ilyana Binti Yahya dan Puan Nurul
Naim Binti Othman. Seramai 10 orang peserta cilik dari sekitar Taman Bukit Cermin yang
menyertai program yang dijalankan.
.
program SRP
Disediakan oleh : Mohd Yusof Bin Yaziz
Kursus Perabot Taman (Pergola)
Kursus Perabot Taman (Pergola) anjuran Program Reka Bentuk dan Pem-
buatan Perabot dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Balai Mentakab telah berlangsung dengan jayanya pada 17 – 18 Oktober 2020
di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Balai Mentakab. Seramai 25
orang peserta kursus yang terdiri daripada anggota bomba dan penyelamat
telah menyertai kursus ini.
104
industri & alumni
105
unit PIA
Disediakan oleh : Mohd Nor Hafiz bin Sawandi
• Statistik Pelajar Tamat Pengajian 2005 – 2020
ALUMNI 2005-2020 MENGIKUT
PROGRAM STM/SAP
120 98
100
80Bilangan
60 2005
40 2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020
20 28 23 30 47 43 41 65 61 61 22 35 48 54 36
16
0
Tahun
ALUMNI 2005-2020 MENGIKUT
PROGRAM SPB/SBM/SMK
100 93
81
80
60Bilangan
40 37 29 2009
2010
20 2011
2013
0 2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020
45 40
20 25 27 1
8
Tahun
106
unit PIA
Disediakan oleh : Mohd Nor Hafiz bin Sawandi
• Statistik Pelajar Tamat Pengajian 2005 – 2020
ALUMNI 2005-2020 MENGIKUT
PROGRAM SFP
120 102
100
Bilangan 80 74 69
60
60 49
40 34 24 22 18 22 28 6
20 9
0
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
2020
Tahun
ALUMNI 2005-2020 MENGIKUT
PROGRAM SRP
30
25
25 22
Bilangan 20
15 9
10
53 4
0 0
2011 2016 2017 2018 2019 2020
Tahun
107
unit PIA
Disediakan oleh : Mohd Nor Hafiz bin Sawandi
3 Days Alumni Challenge Memori @ KKTM
Program ini diadakan pada 5 Sept 2020 – 7 Sept 2020. Program ini bertujuan untuk
mengeratkan hubungan sesama alumni dan pihak kolej melalui pertandingan gam-
bar mereka semasa menjalani sesi pengajian bersama rakan-rakan mereka. Dengan
sedikit hadiah yang tidak kurang hebatnya, mereka perlu menghantar satu gambar
kenangan semasa pengajian di Kolej Komuniti Temerloh bersama rakan-rakan untuk
diadili didalam akaun Instagram peribadi dengan tanda pagar
#alumnikktemerloh dan #3dackktm.
Gambar yang mendapat cabutan undi akan
memenangi hadiah misteri dari Unit Alumni. Pemenang Cabutan
oleh juri khas iaitu saudari Nur Hidayah Binti Sahat bekas pelajar Program Fesyen dan
Pakaian.
Sukarelawan Alumni PPE Covid19, KKTM
Pada 10 Apr 2020 – 18 Apr 2020, terdapat 6 orang alumni Program Fesyen dan Paka-
ian tampil yang secara sukarela terlibat membantu. Keterlibatan alumni ini dalam pro-
gram sukarelawan PPE amat memberi kesan kepada institusi, komuniti dan front-
liner di bahagian hadapan dalam memerangi pendemik covid19 yang sedang merebak.
Dengan ilmu menjahit yang dipelajari semasa di kampus dahulu. Sumbangan mereka amat di-
hargai pihak kolej dan pihak penganjur iaitu SUK Pahang, PDT Temerloh dan KKTemerloh. Walau-
pun kecil tapi memberi impak yang besar kepada diri mereka, pihak kolej dan fronliner khususnya.
Sembang Gebang Alumni KKTemerloh 2020
Pada 27 November 2020 program ini diadakan untuk
mengeratkan lagi silaturahim diantara pihak kolej, persatuan alumni,
alumni dan para pelajar yang turut serta dalam program. Program pertama kalinya ini semasa
pandemik ke arah untuk bertanya khabar berita para alumni Kolej Komuniti Temerloh yang sedang
bekerja dan menyambung pelajaran. Selain berkongsi pengalaman semasa belajar, alumni juga
berkongsi pengalaman semasa menjalani latihan industri dan pengalaman bekerja. Memandan-
gkan semasa pendamik ini, silaturahim dapat juga dieratkan menggunakan platform Google
Meet. Hebahan telah dibuat melalui kumpulan Whatsapps dan Telegram serta FB page alumni.
108
“ unit PIA
Disediakan oleh : Mohd Nor Hafiz bin Sawandi
“togetherness
109
unit PIA
Disediakan oleh : Mohd Nor Hafiz bin Sawandi
• Alumni & Kerjaya 5 tahun Kebelakang
110
unit PIA
Disediakan oleh : Mohd Nor Hafiz bin Sawandi
• Alumni & Kerjaya 5 tahun Kebelakang
111
unit PIA
Disediakan oleh : Mohd Asraf Shami Bin Abdul Rani
Majlis Menandatangani
SijDil AKoLIlaLAboLrIEasAi RStTra&teDgEikSPIGSNH &
SMCijaHiljAlKisToIMlNabeMSnoPAarBaKns&MdiaSUttRaranEtgNeaTgn.iki
112
unit PIA
Disediakan oleh : Mohd Asraf Shami Bin Abdul Rani
SMRijaiOljBlKisOoMlSaHbeSOnoTParManTs&dEiaCStHtar.anEtgNeaTgn.iki
MaSjiljiisl KMoelanbaonrdaastiaSntrgaatneigSikFP
PEJABAT KESIHATAN DAERAH TEMERLOH (PKDT)
SMijaiAljlKJisoLMlDabeRSnoAFarMPans&AdiaBSttAaranNtgDeagniki
113
unit PIA
Disediakan oleh : Nurul Naim Binti Othman
Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Temerloh 2020
Kadar kebolehpasaran Kolej Komuniti Temerloh pada tahun 2020 adalah sebanyak 84.4% merangkumi 68.0% graduan bekerja, 15.2% melanjut-
kan pengajian dan 1.6% menunggu penempatan pekerjaan. Manakala terdapat 15.2% graduan yang masih belum bekerja. Trend menunjukkan
kadar kebolehpasaran menurun dari tahun sebelumnya dan perkara ini mungkin disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang menyukarkan
pelajar untuk mencari pekerjaan.
114
115
maker market
116
maker market
Disediakan oleh : Ilyana Binti Yahya
117
maker market
Disediakan oleh : Ilyana Binti Yahya
118
maker market
Disediakan oleh : Ilyana Binti Yahya
KEMUDAHAN & FASILITI @ MM
Ruang Maker Market mempunyai 4 ruang utama. Empat ruang utama ini boleh dimanfaatkan oleh pengguna Maker Market. Setiap ruang
ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mengikut fungsi ruang tersebut. Ruang Laser Cutter dan Pencetak 3D dapat memuatkan
2 jenis mesin Laser Cutter dan 2 buah Pencetak 3D. Terdapat juga beberapa mesin jahit mudah alih bagi kegunaan jahitan serta peralatan
asas jahitan. Kit bagi pembelajaran dan pengajaran IoT (Internet of Things) juga ada di ruang Maker Market serta beberapa set 3D pen bagi
mengasah kemahiran kreativiti.
119
maker market
Disediakan oleh : Ilyana Binti Yahya
120
121
The Fourth Industrial Revolution (IR 4.0)
unit penerangan
unit Penerangan
Disediakan oleh : Norsaritanaini Binti Mahasan
Mesyuarat Pengukuhan Kolej Komuniti Temerloh Bersama Jawa-
tankuasa Penasihat Kolej Dan Jawatankuasa Industri Tahun 2020
Mesyuarat Pengukuhan Kolej Komuniti Temerloh Bersama Jawtankua-
sa Penasihat Kolej Dan Jawatankuasa Industri telah diadakan pada 08 Sep-
tember 2020. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Ali Syahbana Bin Sabarud-
din, Pegawai Daerah Temerloh merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej.
Antara agenda yang dib-
incangkan merangkumi ker-
jasama strategik, program
Pembelajaran Sepanjang Hayat, pe-
mantapan akademik dan promosi kolej.
Lawatan Kerja dari YB Dato’ Mansor Bin Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Disediakan oleh : Paliza Binti Deraman
Kolej Komuniti Temerloh (KKTM) menerima Lawatan Kerja dari YB Dato’ Man-
sor Bin Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi pada 10 Julai 2020 (Jumaat). Tu-
rut mengiringi adalah Encik Roslee bin Yahya, Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK.
Para tetamu diberi penerangan mengenai Kolej Komuniti Temerloh oleh En. Suhairi Bin Ismail, Pengarah
KKTM, melawat ke Bilik E-Tech (Inkubator Keusahawanan) dan Maker Market bagi melihat aktiviti ser-
ta kemudahan yang disediakan di ruangan tersebut.
YB Timbalan Menteri juga
berkunjung ke ruang pameran alum-
ni KKTM dan hasil produk alumni PSH KKTM.
124
unit Penerangan
Disediakan oleh : Norsaritanaini Binti Mahasan
Program Sukarelawan Jahitan PPE Kolej Komuniti Temerloh
Program Sukarelawan Jahitan PPE ini adalah merupakan program kerjasama
antara Kolej Komuniti Temerloh, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, SUK Pahang
dan Syarikat Temerloh Printing. Program sukarelawan menjahit PPE ini telah dijalan-
kan secara berperingkat selama dua minggu bermula pada 07 April 2020 sehingga 22
April2020. ParasukarelawanmenghasilkansetPPEyangterdiridaripadagaunisolasi,
‘head cover’ dan ‘shoe cover’. Seramai 50 orang sukarelawan telah dibahagikan kepada
dua pasukan iaitu pasukan memotong dan pasukan menjahit. Antara sukarelawan yang
terlibat adalah kakitangan kolej, pelajar kolej, pelajar alumni dan komuniti setempat.
Pakaian PPE yang disiapkan dikumpulkan secara berfasa untuk proses penyerahan kepada
Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Fasa pertama proses penyerahan telah dilaksanakan pada
17 April 2020. Sebanyak 520 set PPE telah diserahkan kepada Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah
Temerloh. Fasa kedua penyerahan iaitu sebanyak 524 PPE telah dilaksanakan pada 22 April 2020.
Jumlah keseluruhan PPE
yang telah diserahkan ke-
pada Pejabat Kesihatan
Daerah Temerloh ada-
lah sebanyak 1,034 PPE.
125
#thisIsKKTemerloh
126
#thisIsKKTemerloh
127
Hubungi
kami;