Tahun 2020 melakar sejarah di mana situasi Pandemik COVID-19 telah melanda hingga ke seluruh dunia. Pelbagai halangan dan rintangan dalam merealisasikan apa jua rancangan pada tahun 2020 ini. Namun, Kolej Komuniti Temerloh sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program untuk meningkatkan kualiti pencapaian selaras dengan perancangan yang telah dibentangkan melalui pelan strategik KKTM bagi tahun 2020. Segala memori terlakar dalam Buku Laporan Tahunan KKTM 2020 ini. Saksikan video montaj bagi Pelancaran Penerbitan Buku Laporan Tahunan KKTM 2020 ini.