The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota Ringkas Kitab Ayyuhal Walad Imam Al-Ghazali

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TASKI ABIM SANDAKAN, 2020-05-25 04:29:55

Nota Ringkas Kitab Ayyuhal Walad Imam Al-Ghazali

Nota Ringkas Kitab Ayyuhal Walad Imam Al-Ghazali

Nota ringkas Kitab
Ayyuhal Walad

IMAM ABU HAMID AL-GHAZZALI

Perakuan: Makalah ini adalah sebuah catatan Nota ringkas dari Kitab Ayyuhal
Walad karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazzali r.a . Nota ringkas ini telah
merujuk karya “Wahai Anakku” susunan Muhammad Hafiz bin Ahmad
Tajuddin al-Fandani (2017) terbitan WADAH sempena Ijtima Haraki ke 5

SUSUNAN

MUHAMMAD FARIS AIMAN

DISIAPKAN PADA 30 RAMADHAN 1441 / 23 MEI 2020

"

Nota Ringkas Kitab “Ayyuhal Walad” Imam Abu Hamid Al-Ghazzali
[Karya]
Imam Abu Hamid Al-Ghazzali rahimahullah Ta’ala
[Susunan]
Muhammad Faris Aiman
30 Ramadhan 1441H
[Diterbitkan oleh]
AIMAN DIGITAL ILM’ COLLECTION (ADIC), 2020
Kota Kinabalu Sabah
Untuk tujuan perkongsian ilmu dan khazanah pemikiran

1|

" Halaman

Senarai Kandungan 03
04
Pengenalan 07
Nasihat 01 09
Nasihat 02 10
Nasihat 03 15
Nasihat 04 20
Nasihat 05 23
Nasihat 06 24
Nasihat 07 26
Nasihat 08 30
Nasihat 09 32
Nasihat 10 35
Nasihat 11 37
Nasihat 12 40
Nasihat 13 42
Nasihat 14 47
Nasihat 15 58
Nasihat 16 71
Nasihat 17 72
Nasihat 18 75
Nasihat 19 77
Nasihat 20 106
Nasihat 21 110
Nasihat 22
Nasihat 23

2|

"

Pengenalan
Nota ringkas kitab Ayyuhal

Walad ini adalah semata-mata
catatan untuk tujuan pembelajaran.
Kemudian dikongsikan untuk diambil

manfaat nasihat-nasihat penting
Imam Al-Ghazzali.
Terima kasih.

3|

"

Nasihat 01

Wahai anak! Sebahagian

daripada nasihat Rasullulah s.a.w
kepada umatnya, sabda Baginda –

Tanda Allah berpaling daripada
seseorang itu ialah apabila dia selalu

melakukan perkara yang tidak
bermanfaat; dan jika seseorang hilang

satu saat sahaja daripada umurnya
dalam mengerjakan sesuatu yang

tidak disuruh Allah untuk
mengerjakannya, patut sekalilah tidak
putus-putus penyesalannya dan siapa
yang umurnya sudah lebih daripada

40 tahun, sedang kebaikan masih
belum dapat mengatasi kejahatannya,

4|

"
maka baiklah dia bersedia untuk
masuk neraka.

Rasanya cukuplah bagi ahli ilmu apa
yang terkandung dalam nasihat ini.

5|

"

Nasihat 02

Wahai anak! Nasihat itu mudah,

yang berat ialah menerimanya; ia
akan terasa pahit bagi siapa yang
menjadi hamba hawa nafsu, sebab
perkara yang terlarang itu sangat
disukainya, lebih-lebih lagi di
kalangan penuntut ilmu rasmi yang
membuang-buang waktu dalam
mencari kebesaran diri dan
kemegahan duniawi; dia menyangka
ilmu yang ada padanya itu
terkandung keselamatan dan
kebahagiaanya,dan dia menyangka
tidak perlu lagi pada amal dan inilah
kepercayaan ahli falsafah.

6|

"
Subhanallahil’azim! Dia tidak tahu

bahawa ketika telah ada padanya
ilmu, tetapi tidak diamalkanya, ia
merupakan satu perkara yang
membebankan pada Hari Kiamat
kelak, sebagaimana disabdakan oleh
Rasullulah s.a.w –

Orang yang paling pedih menanggung
azab seksa pada Hari Kiamat nanti
ialah orang berilmu yang tidak
memberikan manfaat baginya oleh
Allah ilmu yang ada padanya.

Dan diriwayatkan, sesungguhnya
Imam al-Junaid dilihat oleh seseorang

dalam mimpinya selepas kematian
beliau. Maka ditanya oleh orang itu
kepada beliau – Apa khabar, wahai
Abal Qasim? Beliau pun menjawab –

7|

"
Telah hilang lenyap ibarat-ibarat
(pen-segala ilmu zahir). Tiada lagi
isyarat-isyarat (pen- segala ilmu
batin) dan tiada yang memberikan
manfaat kepada kita melainkan
sedikit rakaat yang kita

sembahyangkan di tengah malam itu
jua.

8|

"

Nasihat 03

Wahai anak! Janganlah engkau

hidup dalam kemiskinan amal dan
kehilangan kemahuan beramal dan
yakinlah bahawa ilmu semata-mata
tidak akan menyelamatkanmu.
Umpamanya, jika di satu padang ada
sepuluh pedang Hindi, lengkap pula
dengan beberapa alat senjata yang
lainnya, lalu dihadapkan kepada
seekor singa besar yang ganas,
dapatkah segala alat senjata itu
melindunginya daripada bahaya jika
senjata itu tidak diangkat, dipukul
atau ditikamnya? Sudah jelas bahawa
ia tidak akan memotong apa-apa,

9|

"
melainkan jika diangkat dan ditikam
jua.

Demikian pula, jika seseorang
sudah membaca dan mempelajari
seratus ribu masalah ilmiah, tetapi
jika tidak diamalkannya tidaklah
akan mendatangkan faedah suatu apa
pun baginya. Sebagai bandingan lagi,
jika seseorang terkena demam panas
dan sakit kuning yang hanya dapat
disembuhkan dengan sakanjabin dan
kashkab, tidaklah ia akan sembuh
melainkan dengan menggunakan
ubat-ubat itu.

Dalam hal ini, disebutkan satu syair
dalam bahasa Parsi –

10 |

"
Seandainya engkau menimbang dua
ribu kati arak, maka engkau tidak

akan mabuk sehinggalah engkau
meminumnya.

Jikalau kamu belajar ilmu selama
seratus tahun lamanya dan
menghimpunkan seribu buah kitab
sekali pun, engkau masih belum layak
menerima rahmat Allah, melainkan
dengan amal jua.

Dan sesunguhnya manusia itu
tidak akan memperoleh, melainkan

apa yang diusahakannya.

(Surah an-Najm, ayat 39)

Apabila kamu tidak beramal dengan
ilmu, apakah jawapanmu terhadap
hadith berikut ini –

11 |

"
Islam diasakan atas lima perkara;
penyaksian bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah, dan bahawa
Muhammad itu utusan Allah,
mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, berpuasa di
bulan Ramadhan dan menunaikan
ibadah Haji ke Baitullah bagi siapa
yang mampu pergi ke sana.

‘Iman’ ialah mengucapkan

dengan lidah, membenarkan dengan
hati dan beramal dengan anggota
badan. Dalil atau keterangan yang
menuntut supaya beramal itu amat
banyak sekali. Walau pun seorang
hamba dapat sampai ke Syurga
dengan limpah kurnia Allah dan
kemurahanNya, namun hanya

12 |

"
sesudah ia mempersiapkan diri
dengan taat dan beribadah
kepadaNya, kerana rahmat Allah itu
hampir pada orang yang melakukan
kebajikan. Dan jika pun ada orang
mengatakan akan sampai juga
dengan semata- mata ‘iman’, aku
jawab betul, tetapi bilakah
sampainya? Dan berapa banyak
pendakian berbahaya yang mesti
dilaluinya, baru akan sampai ke sana?
Permulaan pendakian-pendakian
yang banyak itu ialah ‘pendaki iman’.
Seperkara lagi, adakah akan
terpelihara daripada bahaya
hilangnya ‘iman’ itu atau pun tidak?
Dan apabila sampai juga, adakah
dalam keadaan yang celaka dan

13 |

"
sengsara? Berkata Imam Hasan al-
Basri – Pada Hari Kiamat nanti, Allah
akan berseru kepada hamba-
hambanya “Masuklah kamu wahai
hamba-hambaku, ke dalam Syurga
dengan rahmatKu, dan tentukanlah
kedudukan kamu masing-masing
mengikut amalan kamu!

14 |

"

Nasihat 04

Wahai anak! Selama kamu tidak

beramal, selama itulah kamu tidak
akan mendapat pahala. Tersebut
dalam hikayat, ada seorang lelaki
Bani Israel telah beribadah pada
Allah selama tujuh puluh tahun
lamanya. Allah menghendaki untuk
memperlihatkan perkara itu kepada
para malaikat, maka Allah
mengutuskan malaikat kepada lelaki
itu dengan membawa khabar,
tidaklah layak dia masuk Syurga
dengan ibadahnya itu. Tatkala
sampai kepadanya khabar
berkenaan, dia berkata – “Kami

15 |

"
bangsa manusia dijadikan Allah untuk
beribadah, maka sudah sepatutnyalah
kami beribadah kepadaNya.” Maka
tatkala malaikat yang diutuskan itu
kembali, dia berkata – “Wahai
Tuhanku! Engkau lebih tahu tentang
apa yang dikatakan orang itu. Allah
berkata – “Apabila dia tidak berpaling
daripada beribadah kepada Allah,
maka Kami dengan sifat kemurahan
Kami tidak akan berpaling
daripadanya. Jadi saksilah wahai
malaikatKu, bahawa Aku telah
mengampuni kesalahannya.

16 |

"

Nasihat 05

Wahai anak! Ilmu yang tidak

disertakan dengan amal itu gila dan
amal yang tidak disertai ilmu itu pula
akan sia-sia.

Rasululah s.a.w bersabda – “Hisablah
dirimu sebelum amalan kamu dihisab

dan dihitung!”

Saidina Ali berkata – “Siapa yang
menyangka dengan tidak bersusah
payah pun dia akan sampai, maka dia
itu ialah seorang yang berangan-
angan. Dan siapa menyangka, dengan
semata-mata menggunakan
kecekapan dan kekuatan akan

17 |

"
sampai, maka dia adalah seorang
yang menganggap dirinya tidak perlu
kepada Allah.

Imam Hasan al-Basri berkata –
“Meminta Syurga dengan tidak
beramal itu adalah satu dosa
daripada segala dosa. Dan kata beliau
lagi – “Tanda orang hidup berhakikat
ialah melepaskan pergantungan pada
amalan”.

Bersabda Rasullulah s.a.w –

“Orang bijaksana ialah orang yang
sentiasa menghitung dirinya dan
beramal untuk sesudah mati. Dan
orang yang bodoh ialah orang yang
memperturutkan kehendak hawa
nafsunya dan banyak berangan-

18 |

"
angan kosong terhadap kemurahan
Allah”.

19 |

"

Nasihat 06

Wahai anak! Berapa banyak

daripada malam yang kamu
hidupkannya dengan aktiviti
mengulangkaji ilmu, mentelaah buku
dan kamu menahan tidur ke atas
dirimu? Aku tidak tahu, apa yang
mendorongmu berbuat demikian?
Jika yanag mendorong itu hanya
mahu mencapai harta benda,
kesenangan dunia, mengejar pangkat
kedudukan dan berbangga dengan
kebolehanmu di hadapan kawan-
kawan. Maka malanglah kamu, kamu
begitu malang. Sebaliknya, jika
niatmu itu bertujuan hendak

20 |

"
menghidupkan syariat Nabi
Muhammad s.a.w dan menyucikan
budi pekerti serta menundukkan
nafsu yang tidak putus-putus
mengajak kepada kejahatan, maka
untunglah kamu. Benarlah kata
penyair –

“Berjaga malam kalau bukan
keranazatMu adalah sia-sia,
dan menagis kalau bukan
kerana kehilanganMu adalah

tidak berguna”.

21 |

"

Nasihat 07
Wahai anak! Hiduplah kamu sesuka

hatimu, tapi ingat kamu pasti akan
mati dan cintailah siapa sahaja yang
kamu suka, tapi jagan lupa kamu
akan menerima balasan yang
setimpal dengannya.

22 |

"

Nasihat 08

Wahai anak! Apakah hasil yang

kamu perolehi daripada memahami
ilmu kalam, ilmu khilaf, ilmu
perubatan, ilmu ad-Dawawin wal
Syi’r, ilmu nujum, ilmu al-Arud, ilmu
nahu dan tasrif, selain daripada
mempersia-siakan umur? Demi
kebesaran Tuhan yang Maha Agung,
sesungguhnya aku melihat di dalam
Injil, Nabi Isa berkata – Dari detik
mayat diletakkan di atas keranda
sampai dibawa ke tepi kubur, Allah
dengan kebesaranNya, bertanya
kepadanya 40 soalan. Soalan pertama
– “Wahai hambaKu! Engkau telah

23 |

"
sucikan pandangan makhluk
(berkenaan dengan dirimu) dalam
masa bertahun-tahun dan tidak
engkau sucikan tempat pandangKu
(hati) sekalipun walaupun satu saat.”

Dan pada setiap hari, Allah
memandang hatimu, Dia berfirman –

“Kenapa engkau memberikan
perhatian kepada selain daripadaKu,

sedangkan engkau diliputi dengan
kebaikaKu? Apakah engkau pekak,

tidak dapat mendengar!

Dan ketahuilah, bahawa ilmu
semata-mata masih belum dapat
menjauhkan kamu daripada
perbuatan maksiat dan belum
mampu mendorongmu berbuat taat
dan kelak pun di akhirat tidak akan

24 |

"
menjauhkanmu daripada neraka
Jahanam. Dan apabila pada waktu ini
kamu tidak beramal dan kamu tidak
sesekali memperbaiki kesilapanmu
pada masa lalu, nanti pada hari
kiamat kamu akan berkata –
“Kembalikanlah kami ke dunia untuk
kami berbuat amal soleh.
Permohonanmu itu akan dijawab –
“Wahai dungu! Bukankah engkau
datang dari sana?

25 |

"

Nasihat 09

Wahai anak! Jadikanlah hemah

(kemahuan yang bersungguh-
sungguh) Sebagai mahkota roh,
kekalahan sebagai belenggu nafsu
dan mati itu adalah pakaian badan,
kerana yang akan menjadi tempat
tinggalmu ialah kubur dan penghuni
kubur itu setiap saat menanti bilakah
kamu akan sampai kepada mereka?
Jagalah, jangan sampai kamu
bertemu mereka tanpa bekalan.
Saidina Abu Bakar as-Siddiq berkata

– “Tubuh ini laksana sangkar burung
atau pun kandang haiwan. Maka

fikirlah baik-baik bagi dirimu, yang

26 |

"
mana satu kedudukan kamu antara
dua perumpamaan ini? Jika kamu
laksana burung bangsa tinggi, maka
ketika kamu mendengar seruan
“Kembalilah kepada Tuhanmu”
(Surah al-Fajr, ayat 28). Pasti kamu
terbang tinggi sampai kamu duduk
kemuncak ketinggian Syurga”.

Sebagaimana disabdakan Rasullulah
s.a.w tentang Saad bin Mua’az:

Bergegar Arasy Rahman (kerana
kegembiraan) ketika kematian Saad

bin Mua’az.
Dan mudah- mdahan Allah
melindungi kamu daripada menjadi

27 |

"
laksana haiwan ternak, sebagaimana
difirmankan Allah -

“…Mereka itu seperti haiwan,

Bahkan lebih sesat.”

(Surah al-A’raf, ayat 179)

Maka jaganlah kamu merasa sentosa
tentang perpindahanmu dari sudut
rumah ke jurang neraka itu.

Diriwayatkan bahawa Imam Hasan
al-Basri diberikan segelas air sejuk.
Apabila dipegangnya gelas berisi air
itu, beliau pun jatuh pengsan, tidak
sedarkan dirinya dan gelas itu pun
terlepas daripada tanganya. Apabila
beliau sedar, ada orang bertanya –
Kenapa dengan engkau tadi Aba
Sa’id? Beliau menjawab – Aku

28 |

"
teringat rayuan penghuni neraka
kepada penghuni Syurga – “Tuangkan
kepada kami sebahagian daripada air
atau apa-apa pun yang direzekikan
Allah kepada kamu.” (Surah al-A’raf,
ayat 50)

29 |

"

Nasihat 10

Wahai anak! Seandainya ilmu

semata-mata itu sudah memadai bagi
kamu dan tidak ada lagi hajatmu
kepada amalan, maka tidak ada
faedahnya seruan suci di tengah
malam – Apakah ada orang yang
bermohon? Apakah ada orang yang
meminta ampun? Apakah ada orang
yang bertaubat? Diriwayatkan
bahawa sebahagian Sahabat
menyebut tentang Saidina Abdullah
ibn Umar kepada Rasulullah s.a.w.
Lalu Baginda bersabda – Beliau
begitu baik orangnya, apatah lagi jika

30 |

"
beliau bangun sembahyang pada
pertengahan malam.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda
kepada salah seorang sahabatnya –

“Wahai fulan! Jagan kamu terlalu
banyak tidur pada waktu malam
kerana banyak tidur pada waktu
malam itu menjadikan seseorang fakir

pada Hari Kiamat nanti.

31 |

"

Nasihat 11

Wahai anak! Allah berfirman –
“Dan pada sebahagian dari malam
hari itu hendaklah engkau bangun

Untuk sembahyang”
(Surah al-Isra’, ayat 79)
FirmanNya lagi –
“Dan pada waktu sahur, mereka
Sentiasa memohon ampun

(beristighfar)”
(Surah az-Zariyat, ayat 18)

Ayat ini mengandungi makna syukur.
Dan firmanNya pula -

32 |

"
“…dan orang-orang yang memohon

pada waktu sahur”

(Surah Ali-Imran, ayat 17)

Ayat ini mengandungi makna zikir.

Rasulullah s.a.w bersabda –

“Ada tiga suara yang disukai Allah;
suara ayam jantan yang berkokok,
suara orang membaca Al-Quran dan

suara orang yang memohon
keampunan pada waktu sahur.”

Berkata Sufyan as-Thauri –
“Sesungguhnya Allah menjadikan
angin berhembus pada waktu sahur
membawa zikir dan istighfar kepada
Allah, Raja Maha Perkasa.” Dan beliau
berkata lagi – Menjelang permulaan
malam, maka berseru penyeru dari

33 |

"
bawah Arasy – “Bangunlah para
‘Abidin (orang-orang yang banyak
beribadah).” Mereka pun bangun dan
terus mendirikan sembahyang
sebanyaknya. Kemudian bersuru pula
penyuru – “Bangunlah para
Mustaghfirin (orang-orang yang
mahu beristighfar)!” Mereka pun
bangun dan terus memohon ampun
kepada Allah. Dan apabila fajar sudah
terbit, berseru penyuru – “Bangunlah
para Ghafilin (orang-orang yang lalai)
Lalu mereka pun bangun dari tempat
tidur mereka bagaikan mayat yang
dibangkitkan dari kubur mereka.

34 |

"

Nasihat 12

Wahai anak! Diriwayatkan dalam

satu wasiat Luqman al-Hakim kepada
anaknya, beliau berkata – “Wahai

anakku! Jaganlah sampai ayam jantan
lebih bijak daripada engkau. Ia
berkokok pada waktu sahur

sedangkan engkau masih lagi tidur.

Sungguh indah kata penyair –

“Sesungguhnya burung merpati yang
bertenggek di atas dahan, memanggil-
manggil dalam kegelapan malam * Ia

terus sahaja begitu, sedangkan aku
asyik dalam tidurku.

Demi Tuhanku, aku dusta dalam
kataku! Seandainya aku benar

35 |

"
seorang pencinta yang asyik, sudah
tentu burung merpati tidak akan
mendahuluiku menangis.
Aku mendakwa bahawa aku seorang
pencinta yang asyik terhadap
Tuhanku, namun kenapa aku masih
belum pandai seperti menangisnya
haiwan.”

36 |

"

Nasihat 13

Wahai anak! Pati segala ilmu ialah

bahawa kamu mengetahui secara
dalam apa erti ketaatan dan ibadah.
Ketahuilah taat dan ibadah itu ialah
menuruti kehendak Allah dalam
segala suruhan dan laranganNya
dengan perkataan dan perbuatan.
Ertinya, segala apa pun yang kamu
katakan dan segala apa pun yang
kamu perbuat atau kamu tinggalkan,
hendaklah menurut hukum Syara’.
Maka, jika kamu berpuasa pada hari
raya, dan hari-hari Tasyriq, bermakna
kamu sudah melakukan kemaksiatan
atau pun kamu bersembahyang

37 |

"
dengan memakai kain rampasan
meski pun rupanya ibadah juga,
kamu tetap berdosa.

38 |

"

Nasihat 14

Wahai anak! Patut sekali

perkataan dan perbuatan kamu
bersesuaian dengan tuntutan Syara',
kerana ilmu dan amal yang tidak
bersesuaian dengan Syara’ itu sia-sia
sahaja. Dan patut pula bagi kamu
tidak terpedaya dengan latahan dan
kedalaman luahan perkataan
(syatahat) ahli sufi, kerana
menempuh jalan akhirat hanya dapat
dengan jihad melatih diri
(mujahadah), mengalahkan pengaruh
nafsu dan menundukkan hawa
dengan pedang riadah (latihan),

39 |

"
bukan dengan latahan atau ucapan-
ucapan yang diada-adakan sahaja.

Dan ketahuilah bahawa lidah yang
tidak dikawal dan hati yang tertutup
serta penuh dengan kelalaian dan
syahwat adalah tanda kecelakaan.
Jika kamu tidak mengalahkan nafsu
itu dengan mujahadah yang
bersungguh-sungguh, maka sudah
pasti hatimu tidak akan hidup dengan
cahaya ma’rifat.

Dan ketahuilah pula bahawa
sebahagian daripada persoalan yang
kamu tanyakan kepadaku itu tidak
dijawab dengan tulisan dan
perkataan. Jika kamu sudah sampai
kepada hakikat halnya, barulah akan
kamu tahu perihalnya, jika tidak,

40 |

"
maka mengetahuinya termasuk
perkara mustahil, kerana ia
bersangkutan dengan zauqiyyah
(perasaan, tidak dapat dijelaskan
dengan perkataan, seperti manisnya
sesuatu yang manis dan pahit sesuatu
yang pahit tidak dapat diketahui
kecuali dengan dirasai terlebih
dahulu).

41 |

"

Nasihat 15

Wahai anak! Sebahagian daripada
pertanyaanmu itu termasuk dalam
bahagian ini. Ada pun selebihnya,
yang dapat dijawab, sudah
disebutkan dalam Ihya Ulumuddin
dan lainnya. Di sini aku hanya akan
sebutkan sebahagiannya sahaja –

Wajib bagi Salik (orang yang
menuju jalan akhirat)
menyempurnakan empat perkara,
iaitu :

Pertama | I’tiqad yang sahih yang
tidak dicampuri dengan bid’ah
[maksudnya mengikut aqidah Ahlus
Sunnah wal Jamaah].

42 |

"
Kedua | Bertaubat dengan taubat

nasuha sehingga tidak akan kembali
mengerjakan dosa yang pernah
dilakukan.

Ketiga | Meminta halal daripada
semua musuh [dan makhluk], hingga
kamu tidak akan dituntut pada hari
kiamat nanti oleh sesiapa pun.

Keempat | Mempelajari ilmu
syariat sekadar dapat menunaikan
segala perintah Allah dan juga
mempelajari ilmu akhirat yang dapat
menjamin keselamatan di akhirat
nanti.

Dikisahkan, Imam asy-Syibli telah
memberi khidmat kepada empat
ratus orang guru. Dan beliau berkata:

43 |

"
Aku sudah membaca empat ribu
hadith, sesudah itu aku pilih daripada
bilangan itu sebuah hadith dan aku
beramal denganya; selebihnya aku
tinggalkan kerana setelah
diperhatikan dengan teliti, yakinlah
aku; keselamatan dan kebahagiaan
aku tersimpan dalam hadith ini, serta
segala ilmu orang dahulu [ilmu
awwalin] dan ilmu orang kemudian
[ilmu akhirin] terkandung di
dalamnya, sebab itu memadailah aku
berpegang teguh dengannya.Hadith
itu ialah sebuah hadith yang pernah
disabdakan oleh Rasulullah s.a.w
kepada sebahagian sahabat Baginda,
iaitu –

44 |

"
“Bekerjalah untuk duniamu sekadar
mana kamu akan tinggal di sini dan
beramallah untuk akhiratmu sekadar
mana kamu akan berada di sana.
Beramallah kerana Allah sekadar
mana kamu berhajat kepadaNya dan
berbuatlah apa pun perkara yang
akan memasukkan kamu ke dalam api
neraka sekadar mana kamu mampu
bersabar menahan seksaanya.

45 |

"

Nasihat 16

Wahai anak! Apabila kamu sudah

mengetahui isi hadith ini, tidak
perlulah lagi kamu pada ilmu yang
banyak. Renungkanlah sebuah kisah
lain! Imam Hatim al-Asom adalah
salah seorang daripada sahabat
Imam asy-Syaqiq al-Balkhi. Pada
suatu hari Imam asy-Syaqiq bertanya
kepada Imam Hatim – “Wahai Hatim!
Sudah tiga puluh tahun engkau
bersahabat dengan aku, apakah ilmu
yang engkau peroleh selama ini?”
Kata Imam Hatim – “Aku peroleh
lapan ilmu yang berfaedah dan itu
memadai bagiku kerana aku

46 |

"
mengharapkan padanya keselamatan
dan kebahagiaanku.” Bertanya Imam
Syaqiq – “Apakah itu?” Jawab Imam
Hatim –

Faedah Pertama | Sesungguhnya
aku melihat pada makhluk yang
banyak ini, aku mendapati bagi setiap
mereka mempunyai kekasih dan
kecintaan tempat hatinya terpikat.
Sebahagian daripada yang dikasihi
itu hanya menemani kekasihnya
sehingga pada masa sakit yang
membawa maut dan sebahagian lain
pula hanya sampai ke tepi kubur.
Sesudah itu kesemuanya kembali dan
meninggalkannya sepi seorang diri,
tidak ada seorang juapun yang masuk
bersama denganya ke dalam kubur.

47 |

"
Aku terfikir dan berpendapat bahawa
sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih
yang setia mengiringi masuk ke
dalam kubur, menjadi penghibur dan
teman setia di dalamnya. Hal ini tidak
aku dapati selain amalan yang soleh.
Oleh sebab itu, aku menjadikan
amalan soleh sebagai kekasihku,
supaya kelak ia menjadi pelita yang
menerangi kuburku, menghiburkan
hatiku dan sudah pasti ia tidak akan
meninggalkan aku bersendirian.

Faedah Kedua | Sesungguhnya
aku melihat makhluk ini sentiasa
mengikut kehendak nafsu mereka
dan bersegera memenuhi apa jua
kehendaknya. Lalu aku perhatikan
firman Allah –

48 |

"
“Dan ada pun orang yang merasa
takut terhadap kedudukan
Tuhannya dan menahan nafsunya
daripada keinginan yang jahat,
maka sesungguhnya Syurgalah

tempat tinggalnya”

(Surah an-Nazi’at, ayat 40-41)

Aku yakin teguh bahawa Al-Quran itu
adalah benar. Oleh itu, aku bersegera
melawan nafsuku dan berjuang
menentangnya. Tidak pernah aku
berikan ia kesempatan untuk
mengikut kehendaknya sehingga ia
tunduk menyerah dan taat beribadah
kepada Allah.

Faedah Ketiga | Sesungguhnya
aku melihat setiap orang berusaha

49 |


Click to View FlipBook Version