"
kamu tertipu dengan godaan syaitan
atau dengan perkataan sesetengah
orang yang mengatakan –
“Lebih baik dan lebih utama kamu
ambil sahaja wang dinar dan dirham
daripada mereka lalu kamu
bahagikan wang itu dalam kalangan
fakir dan miskin.Kalau tidak, nanti
mereka akan membelanjakan wang
tersebut untuk berbuat kefasikan dan
kemaksiatan.Jadi yang lebih baik
kamu ambil sahaja wang itu lalu
kamu sedekahkan atau kamu
bahagikan kepada orang-orang yang
lemah.”
Maka jangan kamu tertipu dengan
perkataan yang seperti ini kerana
sebenarnya syaitan telah banyak
100 |
"
menjerumuskan orang dengan helah
ini. Dan hal ini aku sudah jelaskan
dengan panjang lebar dalam kitab
Ihya ‘Ulumiddin, hendaklah kamu
merujuk di sana.
Adapun empat perkara yang perlu
kamu kerjakan itu ialah –
Pertama | Hendaklah kamu
mengatur pergaulanmu dengan
Tuhanmu sekira-kira jika hambamu
bergaul kepadamu seperti
pergaulanmu dengan Tuhanmu,
maka kamu merasa puas hati dengan
kelakuan hambamu itu dan kamu
tidak merasa marah. Jadi apa yang
kamu tidak suka bagi dirimu
101 |
"
daripada perbuatan hambamu yang
majazi (hanya namanya saja ‘hamba’)
Itu, maka jangan kamu
melakukannya terhadap Tuhanmu
kerana Tuhanmu adalah tuanmu
yang sebenar.
Kedua | Setiap perkara yang kamu
hendak lakukan bagi orang lain,
hendaklah kamu mengukurnya bagi
dirimu dahulu. Jadi apa yang kamu
suka orang lain lakukan terhadap
dirimu, maka lakukanlah perkara
yang seperti itu terhadap orang lain,
kerana iman seorang hamba tidak
akan sempurna sehingga dia
mencintai bagi seluruh manusia apa-
apa yang dia cintai bagi dirinya
sendiri.
102 |
"
Ketiga | Apabila kamu mempelajari
dan mendalami sesuatu ilmu,
pastikan ilmu itu dapat memperbaiki
hati dan membersihkan jiwamu
seperti halnya jika kamu mengetahui
umurmu hanya tinggal seminggu
sahaja lagi, maka sudah pasti kamu
tidak akan sibuk dengan ilmu fikah
(isu khilaf dalam mazhab), akhlak
(teori akhlak), ilmu usul, ilmu kalam
dan seumpamanya kerana kamu
hanya akan sibuk dengan muraqabah
hatimu, mempelajari sifat-sifat
kejernihan jiwamu dan berpaling
daripada urusan keduniaan dan
kamu sibuk pula mengisi hatimu
dengan cinta kepada Allah swt dan
beribadah kepadaNya, dan
103 |
"
menghiaskan diri dengan sifat-sifat
yang baik.Dan tidak berlalu sehari
dalam kehidupan seseorang
melainkan boleh jadi matinya terjadi
pada satu saat di dalamnya.
104 |
"
Nasihat 22
Wahai anak! Dengarlah nasihat ini
baik-baik dan fikirkanlah isinya
semoga kamu mendapat
keselamatan.Seandainya kamu
diberitahu bahawa Sultan akan
melantik kamu menjadi menteri
besar dalam tempoh seminggu lagi,
tentulah dalam tempoh menanti itu,
tidak ada yang kamu pentingkan
melainkan memperbaiki segala apa
yang ada pada fikiranmu akan dilihat
dan diperhatikan oleh Sultan, sama
ada pakaian, tubuh badan, rumah,
hamparan dan seumpamanya.
Sekarang cuba kamu fikirkan baik-
105 |
"
baik apa yang sudah aku katakan tadi
kerana kamu seorang yang cepat
faham dan kata-kata yang sedikit
sudah memadai bagi orang bijak.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda –
“Sesungguhnya Allah tidak
memandang rupa dan perbuatanmu,
tetapi Dia melihat hati dan niatmu.”
Dan jika kamu bermaksud hendak
mengetahui hal-ehwal hati,
hendaklah kamu merujuk kitab Ihya
Ulumiddin dan beberapa kitabku
yang lain.Ilmu ini (ilmu
membersihkan hati) adalah termasuk
ilmu fardhu ain dan yang lain
daripada termasuk ilmu fardhu
kifayah, kecuali sekadar kamu belajar
106 |
"
hukum-hukum yang berkenaan
dengan kesempurnaan mengejarkan
kefardhuaan yang diwajibkan.Mudah
–mudahan Allah memberikan
petunjuk kepadamu sehingga kamu
berhasil dalam ilmu ini.
Keempat | Jangan kamu
menghimpunkan harta dunia lebih
banyak daripada keperlan setahun,
ini sebagaimana pernah dilakukan
oleh Rasulullah s.a.w bagi sebahagian
daripada isterinya dan Baginda
berdoa –
“Ya Allah! Jadikanlah makan minum
keluarga Muhammad ini sekadar
cukup sahaja.”
107 |
"
Demikianlah Nabi Muhammad s.a.w
menyediakan keperluan
rumahtangganya sekadar cukup
setahun sahaja bagi isteri-isteri
Baginda yang berhati mulia.
Sementara bagi isteri Baginda yang
teguh keyakinan hati, tidak pernah
Nabi mempersiapkan keperluan
baginya lebih dari sehari setengah.
108 |
"
Nasihat 23
Wahai anak! Sesungguhnya aku
sudah tuliskan dalam warkah ini apa
yang kamu kehendaki, maka
sewajarlah kamu mengamalkan isi
kandungannya dan dalam pada itu
janganlah kamu lupa mengingatiku
dalam doa-doamu yang baik-baik.
Ada pun doa yang kamu tanyakan
kepadaku itu, carilah lafaznya dalam
kitab-kitab yang sohih dan bacalah
pula doa yang aku tuliskan pada
setiap kali selesai sembahyang. Doa
itu ialah
109 |
"
“Ya Allah! Aku memohon kepadaMu
daripada nikmat itu yang paling
sempurna
dan daripada pemeliharaan itu yang
paling kekal
dan daripada rahmat itu yang paling
menyeluruh
dan daripada afiah itu yang paling
berhasil
dan daripada kehidupan itu yang
paling senang
dan daripada umur itu yang paling
bahagia
dan daripada ihsanMu itu yang paling
sempurna
110 |
"
dan daripada nikmatMu yang paling
menyeluruh
dan daripada kelebihanMu itu yang
paling nikmat
dan daripada lemah lembutMu itu
yang paling bermanfaat.
Ya Allah! Jadikanlah Engkau pembela
kami dan bukan penghukum ke atas
kami.
Ya Allah! Berikanlah kesudahan ajal
kami dengan kebahagiaan, dan
berikan kepada kami yang lebih baik
daripada yang kami harapkan dan
iringilah pagi dan petang kami
dengan keafiatan
111 |
"
dan jadikanlah kesudahan kami dan
kemuncak cita-cita kami untuk
mendapat rahmatMu.
Dan limpahkanlah hujan yang lebat
daripada kemaafanMu ke atas dosa-
dosa kami
Dan sentiasa lah Engkau memberi
nikmat kepada kami dengan
membaikkan segala keaiban kami dan
jadikanlah takwa itu sebagai bekalan
kami.
Dan jadikan pada kesungguhan kami
dalam memperjuangkan agamaMu
dan jadikanlah tawakal dan pegangan
kami hanya dengan Engkau
Ya Allah! Tetapkanlah hati kami
berada di atas jalan istiqamah, dan
112 |
"
lindungilah kami di dunia ini daripada
mengerjakan perkara-perkara yang
mengakibatkan penyesalan kami di
hari kiamat nanti
Dan ringankanlah bebanan dosa-dosa
kami dan kurniakan kepada kami
kehidupan hamba-hambaMu yang
baik-baik dan jauhkan daripada kami
segala kejahatan orang-orang yang
jahat.
Wahai Tuhan Yang Maha Mulia dan
Maha Mengampuni dan Maha
Pemurah lagi menutup kebaikan
kami, wahai Tuhan Yang Mengetahui
dan Maha Perkasa ya Allah, ya Allah,
ya Allah dengan rahmatMu wahai
Tuhan yang lebih Pengasih daripada
segala pengasih, wahai Tuhan yang
113 |
"
awal daripada segala terawal, wahai
Tuhan yang kemudian daripada
segala yang kemudian, wahai Tuhan
yang mempunyai kekuatan yang
sangat kukuh, wahai Tuhan yang
sangat mengasihi orang-orang miskin
dan Tuhan yang terlebih kasih sayang
daripada segala orang yang kasih
sayang, tidak ada Tuhan yang layak
disembah selain Engkau, Maha Suci
Engkau, sesungguhnya aku ini
termasuk dalam kalangan orang yang
menzalimi diri sendiri.”
Tamat. Wassalam…
114 |