"
untuk menghimpunkan harta benda
dunia sebanyak-banyaknya,
kemudian disimpan tanpa mahu
mendermakanya. Aku merenung
firman Allah –
“Apa yang ada padamu itu akan
hilang lenyap dan apa yang ada
pada sisi Allah akan kekal
selama-lamanya.”
(Surah an-Nahl, ayat 96)
Mulai saat itu, aku keluarkan semua
harta simpananku selama ini untuk
mencari keredhaan Allah, aku bahagi-
bahagikannya kepada golongan
miskin supaya harta benda itu
menjadi pahala yang tersimpan di sisi
Allah.
50 |
"
Faedah Keempat | Sesungguhnya
aku melihat sebahagian daripada
makhluk ini ada yang menyangka
kemulian dan keagungan darjatnya
terletak pada ramai kawan dan ahli
keluarga, lalu dia merasa megah
dengan demikian itu, sementara
sebahagian daripada mereka
menyangka kemulian dan ketinggian
itu terletak pada banyaknya harta
benda dan anak pinak, lalu dia
merasa sombong dengannya, bahkan
ada pula yang menggangap kemulian
dan ketinggian itu terletak pada
kemampuan merampas hak orang
lain, menzalimi mereka serta
menumpahkan darah-darah mereka.
Ada juga yang menyangka kemulian
51 |
"
dan ketinggiaan itu letaknya pada
sikap keborosan, membuang-buang
harta dan melakukan pembaziran.
Aku kembali merenung firman Allah
“…Sesungguhnya orang yang
paling mulia di sisi Allah itu ialah
Orang yang paling tinggi
Takwanya.”
(Surah al-Hujurat, ayat 13)
Lalu aku memilih jalan takwa itu
serta aku yakin dengan sepenuh hati
bahawa apa yang disebutkan Al-
Quran itu benar dan sangkaan-
sangkaan mereka itu semuanya batil
dan palsu belaka.
Faedah Kelima | Sesungguhnya
aku melihat manusia saling cela-
52 |
"
mencela dan umpat-mengumpat. Aku
dapati hal ini berpunca daripada sifat
hasad dengki dalam perkara harta,
pangkat kedudukan dan ilmu. Aku
merenung firman Allah –
“Kamilah yang membahagikan
segala sumber kehidupan di dunia”
(Surah az-Zukruf, ayat 32)
Maka fahamilah aku bahawa
pembahagian segala nikmat itu
daripada Allah sejak dari azali lagi.
Oleh sebab itu, aku tidak pernah
hasad dengki kepada sesiapa pun dan
aku terima dengan sepenuh hati
setiap pemberiaan daripada Allah.
Faedah Keenam | Sesungguhnya
aku melihat manusia ini antara satu
53 |
"
sama lain saling bermusuhan kerana
berbagai tujuan dan sebab. Aku
dalamilah firman Allah –
“Sesungguhnya syaitan itu musuh
Bagimu, maka jadikanlah
Ia sebagai musuh.”
(Surah al-Fatir, ayat 6)
Maka aku membuat kesimpulan
bahawa tidak perlu bermusuh
dengan sesiapa selain daripada
syaitan.
Faedah Ketujuh | Sesungguhnya
aku melihat setiap orang berusaha
bersungguh-sungguh dan
membanting tenaga melebihi patut
dalam mencari makan dan keperluan
hidup sehingga terjatuh kepada
54 |
"
perkara syubhat, terjerumus kepada
perkara yang haram. Dia terpaksa
mencemarkan diri dan air mukanya.
Lalu aku memikirkan firman Allah –
“Dan tidak ada daripada haiwan
pun yang melata di muka bumi ini,
melainkan bergantung rezeki.”
(Surah Hud, ayat 6)
Maka jelaslah pada aku bahawa
rezeki itu ditentukan Allah dan
dijamin olehNya. Lalu aku hanya
sibuk mengerjakan ibadahku
kepadaNya dan aku putuskan segala
harapanku dengan selain
daripadaNya.
Faedah Kelapan | Sesungguhnya
aku melihat menyandarkan nasibnya
55 |
"
kepada sesuatu yang lain sebagai
pegangan; sebahagian mereka
menjadikan dinar dan dirham (wang)
sebagai pegangan dan yang lain pula
menjadikan kemahiran atau
pekerjaan sebagai peganggan,
bahkan ada orang yang menjadikan
harta dan kerajaan sebagai
peganggan, bahkan ada orang
menjadikan hamba Allah sepertinya
sebagai peganggan. Aku merenung
firman Allah –
“…dan sesiapa yang bertawakal
kepada Allah, maka Allah akan
mencukupkannya, sesungguhnya
Allah menyampaikan segala
kehendakNya dan sesungguhnya
Allah telah menjadikan bagi setiap
56 |
"
Sesuatu kadar yang ditentukan”
(Surah at-Thalaq, ayat 3)
Sesudah mendengar semuanya itu,
Imam Syaqiq berkata – “Semoga Allah
memberi taufiq kepadamu.
Sesungguhnya aku sudah mentelaah
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. Aku
mendapati keempat-empat kitab suci
itu berkisar pada lapan perkara
berfaedah ini. Sesiapa yang
mengamalkan, seolah-olah dia sudah
mengamalkan keempat-empat kitab
itu.
57 |
"
Nasihat 17
Wahai anak! Berdasarkan kedua-
dua kisah ini, kamu beroleh
pengajaran bahawa tidak perlu
memperbanyakkan ilmu, cukup
sekadar keperluan sahaja. Sekarang
aku jelaskan pula kepadamu apa-apa
yang perlu bagi salik (orang yang
menuju Allah) yang hendak
menempuh jalan kebenaran, iaitu –
Perlu bagi salik itu mempunyai
seorang sheikh mursyid yang
mendidik dan membimbingnya
menghilangkan akhlak atau kelakuan
yang buruk dengan tarbiahnya; lalu
58 |
"
digantikan kelakuan buruk itu
dengan akhlak mulia.
Seorang guru mursyid itu sama
seperti pekerjaan peladang yang
sentiasa membuang duri dan
mencabut rumput yang tumbuh di
celah tanamannya, supaya hidup
subur tanaman itu dan menghasilkan
hasil yang sempurna.
Dan perlu pula bagi orang yang
hendak menempuh jalan akhirat
(salik) itu seorang guru yang akan
menta’dibkannya (mengajar adab
baginya) dan membimbinginya ke
jalan Allah, kerana Allah sudah
mengutus seorang rasul untuk
membimbing hambaNya ke jalan
yang lurus. Pada waktu Rasul itu
59 |
"
sudah meninggal dunia, sudah pasti
Allah akan menjadikan bagi mereka
khulafa atau pengganti yang akan
terus membimbingi ke jalan Allah itu.
Adapun syarat bagi seorang guru
mursyid yang layak menjadi
pengganti Rasulullah s.a.w itu, ialah
seorang yang sebenar-benar alim,
tetapi bukan semua orang yang alim
itu layak menjadi pengganti
Rasulullah s.a.w. Disini aku sebutkan
secara ringkas sebahagian ciri-ciri
guru mursyid, supaya setiap orang
tidak mudah mengaku bahawa dia
seorng guru mursyid. Ciri-ciri itu,
antaranya –
60 |
"
[1] Seorang guru yang berpaling
daripada mencintai dunia dan
pangkat,
[2] dia telah berguru dengan gurunya
yang mursyid; yang bersambung
salasilah kepada penghulu segala
rasul, Nabi Muhammad s.a.w,
[3] dia benar-benar berjaya mendidik
dirinya sendiri dengan membiasakan
sedikit makan, sedikit berkata-kata
dan sedikit tidur serta
memperbanyakkan sembahyang,
bersedekah dan berpuasa.
[4] Dalam kehidupan berguru kepada
guru mursyid tadi, dia mampu
menjadikan segala akhlak mulia
sebagai cara hidupnya seperti sabar,
61 |
"
sembahyang, syukur, tawakal, yakin,
qana’ah (merasa cukup dengan apa
yang ada), tenang jiwa, penyantun,
tawadhuk, banyak ilmu, bersikap
benar, malu, menepati janji, tetap
pendirian, tenang, berhati-hati dalam
segala urusan dan sebagainya.
Seorang guru yang bersifat dengan
sifat-sifat mulia ini boleh dikatakan
sebagai satu nur daripada anwar
Nabi Muhammad s.a.w yang layak
untuk diikuti teladanya. Tetapi
kewujudan guru yang mempunyai
sifat-sifat ini begitu jarang sekali,
lebih sukar wujudnya daripada al-
Kibrit al-Ahmar (belerang merah;
perumpamaan bagi sesuatu yang
sukar wujudnya). Sesiapa yang
62 |
"
bernasib baik bagi dia untuk bertemu
dengan seorang guru mursyid
sebagaimana yang disebutkan itu
segera guru mursyid itu pula bersedia
untuk membimbinginya. Sewajarnya
guru mursyid itu dihormati sama ada
zahir dan batin. Adapun
penghormatan dari sudut zahir itu
ialah [1] bahawa jangan sesekali
bertengkar dengan guru dan jangan
pula suka berlawan hujah dengannya
tentang pelbagai masalah, biarpun
dia mengetahui kesalahan guru itu
tentang sesuatu perkara. [2] Dan lagi
janganlah dia segera meletakkan kain
sejadahnya di hadapan guru itu
melainkan pada waktu hendak
mendirikan sembahyang sahaja.
63 |
"
Apabila sudah selesai sembahyang
maka hendaklah diangkatnya
kembali. [3] Dan jaganlah dia
membanyakkan sembahyang sunat di
hadapan gurunya. [4] Hendaklah dia
mengamalkan apa-apa yang disuruh
oleh gurunya itu menurut kadar
kemampuannya. Sementara
penghormatan dari sudut batin pula
ialah [1] Bahawa segala apa yang
didengar dan diterimanya daripada
guru itu, sama ada perkataan
mahupun perbuatan, tidak
diingkarinya pada batin, supaya
dirinya tidak terpalit dengan sifat
munafik. Jika tidak dapat dia berbuat
demikian, hendaklah diputuskan
dahulu hubungan pergaulannya
64 |
"
dengan guru itu, hingga batinnya
selari dengan zahirnya. [2] Dan lagi
hendaklah dia menjauhi daripada
bersahabat dengan orang jahat
supaya dia dapat mengurangkan
pengaruh syaitan, jin dan syaitan
manusia daripada ruangan hatinya,
sehingga dia suci daripada kotoran
kejahatan syaitan. Dan
bagaimanapun dia hendaklah
memilih kefakiran daripada
kekayaan.
Ketahuilah bahawa tasawwuf itu
mempunyai dua aspek penting –
[1] Istiqamah dengan Allah dan
[2] Baik kelakuan dengan makhluk.
Maka siapa yang istiqamah dan
65 |
"
berakhlak baik dengan manusia serta
dia bergaul dengan lemah lembut,
maka dia seorang sufi. Istiqamah
bermakna dia mengorbankan segala
kehendak nafsunya untuk
mendapatkan keindahan peribadinya
sementara baik kelakuan dengan
manusia pula ialah kamu tidak
memaksa manusia lain mengikut
kehendakmu, bahkan sebaliknya
kamu relakan dirimu untuk melayani
kehendak selama mana tidak ada di
sana perkara yang menyalahi syarak.
Kemudian kamu bertanya kepadaku
tentang ubudiyah. Ubudiyah
(menghambakan diri kepada Allah)
itu mengandungi tiga perkara –
66 |
"
Pertama | Menjaga perintah
syariat dengan bersungguh-sungguh
Kedua | Redha dengan qada’ dan
qadar, aturan pembahagian yang
ditentukan Allah
Ketiga | Meninggalkan keredhaan
hati sendiri dalam mencari
keredhaan Allah
Kamu juga ada bertanya tentang
tawakal. Tawakal itu bahawa kamu
memantapkan i’tiqadmu terhadap
Allah tentang apa yang dijanjikanNya
iaitu apa yang sudah ditakdirkan
menjadi bahagianmu pasti akan
sampai kepadamu dengan tidak
boleh, biarpun sekalian makhluk
yang ada di alam ini berusaha sekuat-
67 |
"
kuatnya memalingkannya
daripadamu dan sebaliknya apa-apa
yang sudah ditakdirkan bukan untuk
kamu, sudah pasti ia tidak akan
sampai kepada kamu walaupun
sekalian makhluk berusaha untuk
menyampaikannya kepada kamu.
Seterusnya kamu juga bertanya
tentang ikhlas. Ikhlas itu ialah kamu
menjadikan segala amalanmu hanya
kerana Allah; hati kamu tidak merasa
senang dengan pujian manusia dan
kamu juga tidak peduli dengan celaan
mereka. Dan ketahuilah bahawa riak
itu timbul kerana membesarkan
makhluk. Dan cara menghilangkanya
ialah dengan kamu melihat sekalian
makhluk itu tunduk di bawah
68 |
"
kekuasaan Allah dan kamu anggap
semuanya itu sebagai makhluk/
benda tidak bernyawa yang tidak
mempunyai sebarang kemampuan
untuk mendatangkan kesenangan
atau pun menimbulkan kemudaratan
supaya dengan itu kamu akan
selamat daripada berlaku riak
kepadanya. Dan selama mana kamu
masih menyangka mereka
mempunyai kekuasaan [qudrah] dan
kehendak [iradat] yang meninggi ke
atasmu, nescaya sifat riak itu tidak
akan hilang daripada dirimu.
69 |
"
Nasihat 18
Wahai anak! Pertanyaan yang
selebihnya, sebahagian sudah tertulis
jawapan di buku-buku karanganku,
lihatlah di sana. Dan yang sebahagian
lagi haram hukum menulisnya.
Beramallah dengan ilmu yang sudah
kamu ketahui, supaya tersingkap
bagimu ilmu yang belum kamu
ketahui.
70 |
"
Nasihat 19
Wahai anak! Selepas hari ini,
janganlah kamu bertanya lagi
kepadaku tentang sesuatu yang
menjadi persoalan bagi kamu,
melainkan hanya dengan lisan
hatimu. Firman Allah –
“Sekiranya mereka bersabar
menunggu sehingga engkau
[Muhammad] keluar kepada
mereka, maka itu lebih baik bagi
mereka.”
(Surah al-Hujurat, ayat 5)
71 |
"
Dan terimalah nasihat Nabi Khidir
ketika dia berkata (kepada Nabi
Musa) –
“…maka janganlah engkau segera
bertanya kepadaku tentang
sesuatu apa pun sehingga sampai
masanya aku akan beritahu
tentang hal itu kepadamu.”
(Surah al-Kahfi, ayat 70)
Oleh kerana itu, janganlah kamu
tergesa-gesa sebelum sampai
masanya, kerana sesudah tiba
masanya, ia akan tersingkap bagimu
dan kamu akan dapat melihatnya;
firman Allah –
“…nanti akan aku perlihatkan
72 |
"
kepadamu tanda-tanda
kebesaranku, maka jangan kamu
Tergesa-gesa mendesakku.”
(Surah al-Anbiya, ayat 37)
Maka janganlah kamu bertanya
kepadaku sebelum waktunya dan
yakinlah bahawa kamu tidak akan
sampai ke penghujung jalan
melainkan dengan terus berjalan,
kerana firman Allah –
“Apakah mereka tidak mahu
berjalan di atas muka bumi ini,
supaya mereka dapat melihat
[segala sesuatu untuk dijadikan
iktibar]…?
(Surah Fathir, ayat 44)
73 |
"
Nasihat 20
Wahai anak! Demi Allah,
seandainya kamu berjalan
mengembara, kamu akan melihat
perkara-perkara yang begitu ajaib
pada setiap tempat. Dan
korbankanlah jiwamu untuk sampai
ke sana,kerana punca daripada segala
kejayaan ialah pengorbanan jiwa dan
raga, sebagaimana dikatakan oleh
Zun Nun al-Misri (Abu Faidh
Thauban Ibn Ibrahim) kepada
seorang muridnya –
“Jika engkau bersedia mengorbankan
diri, marilah! Jika tidak, janganlah
74 |
"
engkau membuang tenaga dengan
kebiasaan cara tasawwuf ahli sufi.
75 |
"
Nasihat 21
Wahai anak! Aku hendak memberi
kamu nasihat dengan lapan perkara,
terimalah ia, supaya ilmu kamu tidak
menjadi musuh kepadamu di hari
akhirat kelak. Empat perkara mesti
kamu amalkan dan empat perkara
lagi mesti kamu akan tinggalkan.
Adapun empat perkara yang mesti
kamu tinggalkan, iaitu –
Pertama | Seboleh-bolehnya
jangan kamu bertengkar dengan
seseorang tentang apa jua masalah
pun, kerana perbuatan begitu
mengandungi bermacam-macam
penyakit. Dosanya jauh lebih besar
daripada faedahnya; kerana ia adalah
76 |
"
punca bagi segala perangai yang
tercela seperti riak, dengki, takbur,
dendam, permusuhan dan merasa
bangga dengan kemampuan diri
sendiri dan sebagainya. Ya, sekiranya
antara kamu dan seorang atau pun
satu golongan manusia timbul suatu
masalah dan maksudmu tidak lain
melainkan hendak menzahirkan
kebenaran supaya tidak menjadi sia-
sia, tentu tidak ada halangannya. Bagi
memenuhi maksud yang demikian
itu, ada dua tandanya –
[1] Kamu tidak membezakan sama
ada kebenaran itu nanti akan
tersingkap melalui lidah kamu atau
pun lidah orang lain.
77 |
"
[2] Kamu lebih suka mengadakan
perbahasan itu di tempat tertutup
berbanding tempat terbuka | awam
atau pun tempat yang dihadiri oleh
orang ramai.
Dan dengarlah, aku akan
menyebutkan di sini satu lagi faedah
yang berguna bagimu. Ketahuilah,
bahawa bertanya tentang sesuatu
perkara yang menjadi kemusykilan
itu sama halnya dengan
menceritakan berkenaan penyakit
hati kepada seorang doktor. Dan
jawapan yang diberikan bagi
menjawab kemusykilan itu sama pula
dengan usaha yang dilakukan untuk
menyembuhkan penyakit hati itu.
Dan ketahui pula, bahawa orang yang
78 |
"
jahil itu ialah orang yang sakit
hatinya dan alim ulama itu
berperanan sebagai doktor yang
mengubatinya. Orang alim yang
belum sempurna ilmunya atau
doktor yang bukan pakar tidak layak
melakukan perubatan. Bahkan,
seorang alim yang sudah sempurna
ilmunya belum tentu dia mahu
mengubati semua orang yang sakit.
Mereka hanya mengubati pesakit
yang diharapkan boleh sembuh atau
dapat diubati.Jika seandainya
penyakit itu begitu kronik atau
memang sudah tidak ada jalan untuk
diubati, maka kepakaran seorang
doktor dalam situasi yang demikian
cuma sekadar dia berkata –
79 |
"
“Penyakit itu tidak dapat diubati lagi.”
Maka doktor pun sudah tidak mahu
membuang masa untuk
mengubatinya, kerana pesakit yang
seperti ini samalah halnya dengan
membuang masa sahaja. Kemudian,
ketahuilah pula bahawa penyakit
jahil itu ada empat perkara.Satu
perkara sahaja boleh diubati dan
selebihnya sudah tidak boleh diubati.
Adapun tiga kejahilan yang tidak
boleh diubati ialah –
[1] Orang jahil yang bertanya dan
menimbulkan bantahannya kerana
didorong oleh perasaan dengki dan
marah.Orang seperti ini, biarpun
kamu berikan jawapan yang paling
baik, cukup jelas dan begitu nyata, ia
80 |
"
tidak akan memberikan kebaikan
padanya melainkan kemarahan,
permusuhan dan kedengkian sahaja.
Cara paling baik bagi orang seperti
ini ialah kamu tidak perlu merugikan
masa untuk menjawab pertanyaan,
kerana sudah disebutkan dalam satu
pepatah –
“Segala permusuhan itu adalah
Akan hilang kecuali permusuhan yang
ditimbulkan daripada orang yang
Hasad kepada engkau.”
Sewajarnya kamu berpaling
daripadanya dan tinggalkan dia
dengan penyakitnya. Allah berfirman
“Maka berpalinglah engkau
daripada mereka yang telah
81 |
"
memalingkan mukanya daripada
mengingati Kami dan dia
sebenarnya tidak menghendaki
kecuali hanya kesenangan hidup
Dalam dunia ini.”
(Surah an-Najm, ayat 29)
Dengan segala apa yang dikatakan
dan dilakukannya, orang yang dengki
itu hanya menyalakan api yang
menghanguskan pahala amalannya.
Ini sebagaimana disabdakan Nabi
s.a.w –
“Perasaan dengki itu memakan segala
kebaikan sebagaimana api memakan
kayu bakar.”
[2] Kejahilan itu berasal daripada
kedunguannya (al-Hamaqah), sifat
82 |
"
dungu ini juga tidak beloh diubati,
sebagaimana dikatakan oleh Nabi Isa
“Aku tidak merasa lemah
menghidupkan orang yang sudah
mati, tetapi aku merasa lemah (tidak
berdaya) mengubati orang yang
dungu.”
Iaitu seperti orang yang baharu
sahaja menuntut ilmu.Dia belajar
cuma sedikit ilmu akal dan ilmu
syarak, lalu dia mengemukakan
persoalan dan mengkritik seorang
alim yang sudah lama menghabiskan
usianya dalam mendalami ilmu akal
dan syarak. Si dungu ini sebenarnya
tidak mengetahui (huraian masalah)
dan dia menyangka apa yang musykil
baginya juga musykil bagi alim ulama
83 |
"
besar itu. Maka apabila si dungu tadi
tidak mengenal kedudukan ini (tahap
ilmunya dengan kedudukan ilmu si
alim), nyatalah pertanyaan itu timbul
daripada kedunguannya.Oleh sebab
itu, pertanyaannya itu tidak perlu
dijawab.
[3] Orang yang memerlukan
bimbingan dan petunjuk, tetapi apa
yang ditnyakannya itu ialah
mengenai perkataan ulama agung
yang tidak difahami olehnya hingga
membawa kepada salah faham.Dia
bertanya untuk mengharapkan
faedah, tetapi fikirannya masih belum
mampu memahami hakikat-hakikat
yang mendalam.Maka pertanyaan
seperti ini juga tidak perlu dijawab,
84 |
"
sebagaimana disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w –
“Kami para nabi diperintah Allah
bertutur kepada manusia menurut
ukuran akal mereka.”
[4] Adapun kejahilan yang boleh
diubati itu ialah kejahilan yang ada
pada seseorang yang benar-benar
mencari petunjuk dan dia
mempunyai akal yang baik dan cepat
memahami sesuatu masalah, dia
bukan dipengaruhi oleh sifat hasad,
marah, cintakan syahwat, kedudukan,
dan harta benda.Dia benar-benar
seorang yang mencari jalan
kebenaran, pertanyaan dan
penolakannya pula tidak berasaskan
85 |
"
pada hasad, degil atau pun semata-
mata hanya mahu menguji
kemampuan orang yang
ditanya.Kejahilan sebegini boleh
diubati, maka bolehlah kamu
bersungguh-sungguh menjawab
pertanyaannya, bahkan wajib kamu
berbuat demikian.
Kedua | Hendaklah kamu merasa
takut apabila menjadi seorang yang
suka memberi nasihat atau
memperingatkan orang lain, kerana
pekerjaan ini mengandungi banyak
penyakit, kecuali jika kamu sudah
dapat mengamalkanya dengan apa
yang kamu ucapkan, kemudian
barulah kamu menasihati orang lain.
86 |
"
Renungkanlah apa yang pernah
dikatakan kepada Nabi Isa –
“Wahai anak Maryam! Nasihatilah
dirimu dan apabila engkau sudah
mengamalkan isi hatimu, barulah
engkau layak memberi nasihat kepada
orang lain. Jikalau tidak, maka
patutlah engkau merasa malu kepada
Tuhanmu.Namun, jika kamu terpaksa
juga memikul beban sebagai
penasihat, maka hendaklah kamu
menjauhkan dirimu daripada dua
perkara –
[1]Jangan kamu suka menggunakan
bahasa yang sukar difahami dalam
pertuturanmu seperti menggunakan
ibarat-ibarat, isyarat-isyarat dan
berbagai seloka dan syair, kerana
87 |
"
Allah tidak suka kepada orang yang
menyusahkan dirinya.Orang yang
suka memaksakan dirinya hingga
melampaui batas itu menunjukkan
kebinasaan batin dan kekosongan
hati.Dan maksud Tazkir (memberi
peringatan) itu ialah mengingatkan
seseorang hamba tentang neraka
akhirat dan kelalaian dirinya dalam
berkhidmat kepada Allah dan berfikir
tentang umurnya yang sudah disia-
siakan dalam perkara-perkara yang
tidak bermanfaat bagi dirinya dan dia
memikirkan pula tentang masa depan
yang penuh dengan dugaan yang
mesti dilaluinya dan dia merasa
bimbang dengan keselamatan iman
yang berada dalam dirinya. Apakah
88 |
"
dia mampu untuk berkeadaan kuat
sehingga ke akhir hayatnya.Dia juga
cemas dengan keadaan yang akan
dilaluinya pada saat kematian nanti
dan betapa perlu dia menghadapi
malaikat maut yang akan mencabut
nyawanya dan apakah dia akan dapat
menjawab pertanyaan Munkar dan
Nakir di dalam kubur nanti.Begitu
juga dia merasa sedih dengan
keadaannya yang belum menentu lagi
di hari kiamat nanti dan bagaimana
keadaannya ketika berdiri di
hadapan Allah kelak.Dan apakah dia
akan melintasi titian Siratul
Mustaqim dengan selamat atau dia
akan jatuh ke dalam neraka Hawiah?
Begitulah fikiran yang selalu wujud di
89 |
"
dalam hatinya dan dalam keadaan
yang berterusan fikiran sebegini akan
menggelisahkan dan menggoncang
jiwanya, maka kegelisahannya
memikirkan keadaan yang seperti ini
serta asakan yang datang bertubi-
tubi itu dinamakan tazkir –
peringatan.
Kemudian memberitahu hal yang
seperti ini pada orang ramai dengan
menyedarkan mereka untuk
memikirkanya serta menarik
perhatian mereka terhadap kelalaian
dan kelemahan mereka dan
mendedahkan keaiban yang ada pada
diri mereka supaya kepanasan aliran
fikiran itu dapat menyentuh hati
mereka lalu menggoncang kelekaan
90 |
"
mereka, sehingga mereka menyesali
diri dan berusaha menyesali diri dan
berusaha untuk menyempurnakan
segala kekurangan pada umur yang
sudah mereka lalui sekadar
kemampuan yang ada pada mereka
dan merasa menyesal terhadap hari-
hari yang berlalu, yang sudah tidak
dapat diisi dengan ketaatan kepada
Allah.Maka pekerjaan yang seperti ini
dan dengan cara yang dijelaskan
dengan cara yang dijelaskan tadi itu
dinamakan nasihat.Sama halnya
apabila kamu melihat banjir sedang
mengancam rumah seseorang,
sedangkan dia dan keluarganya
berada di dalam rumah itu, sudah
tentu kamu tentu akan bersuara –
91 |
"
“Bahaya,bahaya, cepat keluar! Lari
daripada banjir!” Apakah dalam
keadaan begini, kamu masih perlu
memberitahu penghuni rumah itu
dengan ibarat yang sulit-sulit, bahasa
yang susah atau pun menggunakan
isyarat yang sukar difahami. Sudah
tentu tidak, bahkan sekali-kali tidak!
Demikian halnya dengan seorang
yang memberi nasihat itu. Hendaklah
dia menjauhi ibarat yang sulit dan
bahasa yang susah dan bahasa yang
susah serta isyarat yang sukar
difahami.
[2] Jangan sampai ada niat kamu
dalam memberi pengajaran dan
nasihat itu supaya manusia banyak
berhimpun di dalam majlismu atau
92 |
"
supaya mereka menunjukkan
perasaan yang begitu kagum dengan
kebolehanmu dan mungkin mereka
akan mengoyakkan pakaian (dengan
tidak sedar kerana terlampau asyik)
lalu nanti aka nada orang yang
berkata – “Bagus sekali majlis ini.”Jika
hatimu demikian, maka itu
merupakan kecenderungan pada
dunia dan bersumber daripada
kelalaian hatimu.Bahkan, sepatutnya
niatmu dan segala usahamu hanyalah
mengajak manusia daripada dunia
menuju akhirat, meninggalkan
maksiat dan kembali pada ketaatan,
menghilangkan sifat tamak terhadap
dunia kepada zuhud, meninggalkan
sifat bakhil dan menghiasi diri
93 |
"
dengan sifat pemurah, menjadi orang
yang berwaspada terhadap tipuan
dunia dan sentiasa melazimi
ketakwaan.Sepatutnya dalam
memberi nasihat itu, kamu
hendaklah menggemarkan mereka
kepada akhirat dan membencikan
mereka kepada dunia dan kamu
ajarkan kepada mereka ilmu untuk
beribadah kepada Allah dengan
sempurna dan kamu tunjukkan
kepada mereka jalan kezuhudan,
kerana yang ghalib atau menjadi
kebiasaan bagi mereka ialah suka
memesongkan diri daripada landasan
syarak dan mengerjakan perkara-
perkara yang tidak diredhai Allah dan
menjerumuskan diri ke dalam jurang
94 |
"
akhlak yang hina.Maka hendaklah
kamu campakkan ke dalam hati
mereka rasa takut dan bimbang, dan
nyatakan kepada mereka bahaya
yang akan mereka hadapi.Boleh jadi
dengan cara begitu hati mereka akan
berubah dan cara hidup mereka akan
bertukar kepada keadaan yang lebih
baik dan akan lahir di kalangan
mereka kegemaran bersungguh-
sungguh terhadap ketaatan dan
usaha yang gigih untuk meninggalkan
segala bentuk kemaksiatan.Inilah
cara yang sebenar dalam
memberikan pengajaran dan nasihat.
Dan setiap pengajaran dan nasihat
yang tidak begini sifatnya, maka ia
merupakan satu bala bagi orang yang
95 |
"
mendengarnya, bahkan ia merupakan
lembaga ngeri dan syaitan yang akan
menyesatkan makhluk daripada jalan
yang benar dan akan membawa
mereka kepada jurang kebinasaan.
Maka wajiblah ke atas orang ramai
menjauhkan diri daripadanya kerana
apa yang dirosakkan oleh orang ini
dalam urusan agama mereka adalah
lebih parah daripada apa yang dapat
dilakukan oleh syaitan.Dan pihak
yang berkuasa wajib menurunkannya
daripada atas mimbar dan wajib
menahannya daripada meneruskan
nasihatnya, kerana menegah orang
yang seperti ini termasuk dalam
kategori al-amru bil ma’ruf wan
nahyu ‘anil munkar
96 |
"
Ketiga | Jangan kamu bergaul
dengan gabenor-gabenor dan raja-
raja (yang zalim) dan jangan kamu
melihat mereka, kerana melihat
mereka dan duduk dalam majlis
bersama-sama dengan mereka atau
bergaul dengan mereka merupakan
suatu penyakit yang begitu besar.
Seandainya kamu terpaksa berbuat
demikian, maka jangan sekali-kali
memuji atau menyanjung mereka,
kerana Allah benci apabila orang
fasik atau orang zalim itu dipuji. Dan
siapa yang mendoakan panjang umur
bagi mereka bermakna dia suka
maksiat terus dikerjakan di atas bumi
ini.
97 |
"
Keempat | Jangan sesekali kamu
menerima sebarang pemberian
daripada gabenor-gabenor atau raja-
raja (yang zalim) itu dan begitu pula
jangan kamu menerima hadiah
mereka hadiah mereka, sekalipun
kamu mengetahui ia berasal daripada
sumber yang halal. Ini kerana hidup
dengan mengharapkan pemberian
mereka itu merosakkan agamamu
dan sudah pasti akan lahir di dalam
dirimu sifat berpura-pura dan
terpaksa meraikan mereka dan juga
terpaksa bersetuju dengan kezaliman
mereka.Dan semuanya ini
merupakan perkara-perkara yang
merosakkan agama.Setidak-tidaknya
mudarat yang akan terkena kepada
98 |
"
kamu apabila kamu sudah menerima
pemberian mereka atau mengambil
manfaat daripada dunia mereka ialah
kamu akan cinta kepada mereka.
Maka siapa yang mencintai seseorang
sudah pasti di suka dipanjangkan
umurnya dan kekal kuasanya, dan
dalam kamu mencintai kekal kuasa si
zalim ini bermakna pula kamu
menghendaki kerosakan dan
kezaliman itu terus berlaku terhadap
makhluk-makhluk Allah di atas muka
bumi ini.Ini juga bermakna kamu
menghendaki kerosakan di alam
dunia ini.Maka adakah lagi di sana
perkara yang lebih merosakkan
agama selain perkara ini.Dan jangan
kamu tertipu dan sekali lagi jangan
99 |