The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan NCDRC

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurrsyafiqahh93, 2019-12-18 01:48:09

Kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan NCDRC

Kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan NCDRC

LAPORAN PENILAIAN OUTCOME

PROJEK PEMBANGUNAN

PUSAT PENYELIDIKAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK NEGARA
(NATIONAL CHILD DEVELOPMENT RESEARCH CENTRE - NCDRC)

Isi Kandungan ii
iii
Kata Aluan iv
Prakata v
Penghargaan vi
Pengakuan vii
Abstrak
Senarai Jadual & Graf 1
3
01 4
5
PENDAHULUAN Pengenalan
Tujuan Kajian
Objektif Kajian
Jawatankuasa Kerja / Pasukan Kajian

02 Pengenalan 9
Fungsi dan Peranan NCDRC 11
LATAR Maklumat Projek 23
BELAKANG Kumpulan Sasar 27
PROJEK Tempoh Kajian 27

03 Pengenalan 31
Skop Kajian 31
TERMA Metodologi Kajian 32
RUJUKAN

04

PEMBENTUKAN Pengenalan 37
Indikator Pencapaian Utama 37
INDIKATOR 38
Sasaran Pencapaian Output 39
PENCAPAIAN Sasaran Pencapaian Outcome

05 Pengenalan 45
45
ANALISIS BHU1 : Peningkatan kemudahan 62
KAJIAN pengajaran dan pembelajaran 68

BHU2 : Peningkatan penyelidikan dan 77
penerbitan

BHU3 : Penanda aras prasarana dan
pendidikan

BHU4 : Kebolehupayaan dalam
pemantauan perkembangan
kanak-kanak

06

PEMERHATIAN Pengenalan 85
DAN 86
KEPUTUSAN Penilaian Input, Output dan Outcome
Projek Pembinaan Kompleks NCDRC

07 Pengenalan 91

ISU DAN Mendapatkan pengiktirafan untuk 91
CADANGAN mengeluarkan sijil profesional dalam
pendidikan awal kanak-kanak
08
Peruntukan khas tahunan sebagai pusat
RUMUSAN
DAN kebangsaan 92
PENUTUP
Kesinambungan daripada pendidikan awal

ke peringkat sekolah 93

Pengambilan pakar untuk kelestarian 94
NCDRC

Penggunaan sistem NCDC oleh pengusaha

TASKA swasta 95

Rumusan dan penutup 99

Kata Aluan

“UPSI berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia
dan juga Kementerian Pendidikan Tingi yang
menyokong pembangunan dan perkembangan UPSI
khususnya dengan penyaluran sumber kewangan
yang besar.”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Justeru, UPSI sangat komited untuk melaksanakan
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Perak Penilaian Outcome ini bagi menyampaikan mesej
Aman Jaya. yang jelas tentang pencapaian atas prinsip
kebertanggungjawaban. Di samping itu, melalui
Di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), Pelaksanaan Penilaian Outcome, UPSI berpeluang
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai menambahbaik aspek-aspek tertentu terutamanya
sebuah universiti bitara dalam pendidikan telah melibatkan keperluan para pelajar serta kakitangan.
menerima suntikan pembiayaan untuk Pelantikan Jawatankuasa Penilaian Outcome ini juga
memperkasakan fasiliti-fasiliti pengajaran dan dilihat amat efektif sebagai medium kepada pihak
pembelajaran selaras dengan visi serta misi Universiti pengurusan eksekutif untuk menyalurkan info terkini
untuk terus cemerlang dan diiktiraf di persada berkaitan pencapaian dan juga kekangan untuk
antarabangsa. dijadikan panduan serta rujukan pihak UPSI.

Oleh itu, pelaksanaan Penilaian Outcome bagi men- Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima
genalpasti pencapaian dan status projek-projek di kasih kepada Kerajaan Malaysia terutamanya
bawah pembiayaan kerajaan persekutuan amat Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah menyokong
penting untuk memastikan masyarakat menerima hasrat UPSI dalam memastikan pembentukan modal
faedah selain memperkukuhkan pengurusan insan yang lebih kreatif, inovatif dan mempunyai
pembangunan oleh agensi pelaksana. Antara projek kemahiran insaniah yang tinggi untuk memacu negara
yang telah diluluskan ialah pembinaan Kompleks ke arah ‘Education 4.0’.
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak
Negara yang baru dimana ia memberi impak yang Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran
signifikan dalam konteks penyediaan ruang dan Naib Canselor
kemudahan kepada para pelajar, kakitangan dan juga Universiti Pendidikan Sultan Idris
ibu bapa. Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penilaian
Outcome UPSI 2017

ii

Prakata

“Laporan Penilaian Outcome juga boleh membantu
pengurus-pengurus projek pembangunan mendapat
gambaran sebenar samada projek yang dilaksanakan
mencapai objektif dan piawaian yang telah ditetap-
kan atau sebaliknya.”

Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana Bagi pihak NCDRC, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
dengan izinNya, Laporan Penilaian Outcome ini penghargaan saya kepada Prof. Madya Dr. Bahbibi
berjaya diterbitkan. Rahmatullah (Ketua Penyelidik), Dr. Mazlina Che Mustafa,
Prof. Madya Dr. Norazilawati Abdullah, Dr. Suzani
Laporan Penilaian Outcome bagi Projek Mohamad Samuri, Encik Saiduri Dolah, Encik Azahari Mat
Pembangunan Kompleks Pusat Penyelidikan [email protected], Puan Shahaniza Shamsuddin, Encik
Perkembangan Kanak-Kanak Negara atau National Ahmad Nizam Yusof, Cik Aiesah Udin dan Cik Nurul Salini
Child Development Research Centre (NCDRC) di Mohamed Salleh di atas usaha mereka menyediakan
Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Laporan Penilaian Outcome bagi Projek Pembangunan
Sultan Idris ini diterbitkan sebagai Pelaporan Kompleks NCDRC.
Pengukuran Pencapaian Program/Projek
Pembangunan melalui Penilaian Outcome bagi Semoga Laporan Penilaian Outcome ini dapat
projek yang dilaksanakan dengan peruntukan yang dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua pengu-
telah diberikan melalui RMK-10 kepada UPSI. rus projek pembangunan, para penyelidik dan pihak yang
bersangkutan dengannya.
Laporan Penilaian Outcome juga boleh membantu
pengurus projek pembangunan mendapat Sekian, terima kasih.
gambaran sebenar samada projek yang
dilaksanakan mencapai objektif dan piawaian yang Prof. Dr. Sopia Md Yassin
telah ditetapkan atau sebaliknya. Pengarah
Pusat Penyelidikan Perkembangan
Kanak-Kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris

iii

Penghargaan

Prof. Dr. Sopia Md Yassin
Prof. Madya Dr. Bahbibi Rahmatullah
Prof. Madya Dr. Norazilawati Abdullah
Dr. Mazlina Che Mustafa
Dr. Suzani Mohamad Samuri
Encik Saiduri Dolah
Encik Azahari Mat [email protected]
Puan Shahaniza Shamsuddin
Encik Ahmad Nizam Yusof
Cik Aiesah Udin
Cik Nurul Salini Mohamed Salleh

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada
Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohammad
Shatar Sabran (Naib Canselor UPSI), Yang
Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris
(Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan
Inovasi UPSI) yang meluluskan peruntukan bagi
menjayakan penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Jabatan
Pengurusan, Pembangunan dan Harta Benda
(JPPHB), pelajar serta ibu bapa dan semua
yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu menyempurnakan
penyelidikan ini. Terima kasih juga kepada
pembantu penyelidik kajian yang banyak
membantu dalam mendapatkan data kajian.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU),
Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang telah
memberikan maklumbalas berguna dalam
proses penyediaan laporan ini.

iv

Pengakuan

Kami akui Laporan Akhir Penyelidikan ini
(2016-0060-106-04: Kajian Penilaian
Outcome Projek Pembangunan Kompleks
NCDRC di bawah RMK-10 untuk memenuhi
keperluan Unit Penyelarasan dan
Pembangunan (ICU) Jabatan Perdana
Menteri) adalah hasil kajian kami kecuali
nukilan serta ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah di jelaskan sumbernya.

1 Ogos 2017
Prof. Dr. Sopia Md Yassin
Prof. Madya Dr. Bahbibi Rahmatullah
Prof. Madya Dr. Norazilawati Abdullah
Dr. Mazlina Che Mustafa
Dr. Suzani Mohamad Samuri
Encik Saiduri Dolah
Encik Azahari Mat [email protected]
Puan Shahaniza Shamsuddin
Encik Ahmad Nizam Yusof
Cik Aiesah Udin
Cik Nurul Salini Mohamed Salleh

v

Abstrak

Penilaian Outcome merupakan salah satu instrumen kerajaan untuk mengenalpasti
outcome/impak pelaksanaan projek-projek yang diluluskan agensi kerajaan terhadap golongan sasaran.
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) telah memperoleh peruntukan
kerajaan sebanyak RM 7 juta di bawah RMK-10 bagi membina Kompleks NCDRC di Kampus Sultan Azlan
Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penyaluran peruntukan ini amat signifikan dalam pengurusan dan perkembangan NCDRC di
dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada kanak-kanak, ibu bapa, kakitangan, penyelidik dan
pensyarah. Projek ini dilaksanakan dengan pembinaan teliti setiap blok bangunan yang merangkumi
ruang pembelajaran untuk TASKA dan TADIKA, ruang gunasama seperti dewan, taman permainan,
dewan makan dan juga bilik pembelajaran khas seperti Bilik Snoozelen, Sanative Playroom, Bilik Terapi,
Bilik Etnik Kreatif dan Children Learning Centre.

Dengan terbinanya ruang-ruang ini, usaha NCDRC ke arah menjadi pusat rujukan penyelidikan
awal kanak-kanak terulung negara dapat dilonjakkan. Memandangkan penyaluran peruntukan
mengkhususkan kepada aspek ruang, ia telah terbukti berjaya memberikan impak yang positif di dalam
pembelajaran kanak-kanak dan kepuasan pelanggan NCDRC.

Sokongan kewangan dari kementerian masih diperlukan dalam usaha untuk memperkukuhkan
peranan NCDRC bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan menjalankan penyelidikan yang
berterusan untuk menambahbaik kualiti pendidikan dan perkembangan kanak-kanak di seluruh negara.

vi

Senarai Jadual & Graf

Jadual 2.1 : Peruntukan belanja mengurus yang disalurkan kepada NCDRC dari tahun 2006 hingga 2012 12
Jadual 2.2 : Purata bilangan kanak-kanak dan kakitangan di NCDRC (2006 hingga 2012) 13
Jadual 2.3 : Jumlah peruntukan diterima oleh NCDRC mengikut tahun (2010 hingga 2012) 14
Jadual 2.4 : Rumusan penyelidikan di NCDRC mengikut tahun (2010 hingga 2012) 15
Jadual 2.5 : Pencapaian NCDRC (semasa beroperasi di KSAJS) 18
Jadual 2.6 : Bengkel Memperkasa Program PERMATA anjuran NCDRC (semasa beroperasi di KSAJS) 19
Jadual 2.7 : Bengkel dan Seminar (semasa beroperasi di KSAS) 20
Jadual 2.8 : Penyelidikan yang dijalankan (semasa beroperasi di KSAJS) 21
Jadual 2.9 : Komponen Kompleks NCDRC 24
Jadual 2.10 : Butiran keluasan dan jumlah kos untuk kerja-kerja pembinaan Kompleks NCDRC 25
Jadual 2.11 : Rancangan Jadual Kerja Kajian (2016) 28
Jadual 2.12 : Rancangan Jadual Kerja Kajian (2017) 28
Jadual 3.1 : Skala Likert dan peratusan skor kepuasan 33
Jadual 4.1 : Sasaran pencapaian output 38
Jadual 4.2 : Cadangan Pembentukan Indikator (IP) 40
Jadual 4.3 : Kerangka Keberhasilan (Result Framework-RF) 41
Jadual 5.1 : Pertambahan penyediaan ruang di NCDRC berbanding ruang yang disediakan 47
Jadual 5.2 semasa di Bangunan SKTM, KSAJ 61
Jadual 5.3 : Tawaran program pengajian di bawah NCDRC 73
Jadual 5.4 : Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan dan Pembangunan Kanak-Kanak Kebangsaan 74
Graf 5.1 : Bilangan kolaborasi NCDRC dengan agensi 58
Graf 5.2 : Jumlah dan peningkatan penglibatan pelajar/pelatih dalam dan luar 59
Graf 5.3 : Jumlah dan peningkatan kakitangan di NCDRC 59
Graf 5.4 : Tahap kepuasan pelanggan bagi kemudahan dan perkhidmatan TASKA dan TADIKA 59
Graf 5.5 di Kompleks NCDRC 60
Graf 5.6 : Tahap kepuasan kakitangan di Kompleks NCDRC 61
Graf 5.7 : Jumlah dan peningkatan enrolmen TADIKA dan TASKA NCDRC 62
Graf 5.8 : Enrolmen pelajar di bawah seliaan NCDRC 63
Graf 5.9 : Bilangan penyelidikan 63
Graf 5.10 : Jumlah dana penyelidikan 68
Graf 5.11 : Bilangan penerbitan di NCDRC 71
Graf 5.12 : Bilangan rujukan penanda aras dalam dan luar negara 71
Graf 5.13 : Bilangan pelawat dari dalam dan luar negara 71
Graf 5.14 : Bilangan peserta yang menghadiri bengkel/latihan yang dijalankan NCDRC 72
Graf 5.15 : Bilangan bengkel/latihan yang dijalankan NCDRC 76
Graf 5.16 : Bilangan kolaborasi (MOU/MOA/Jawatankuasa yang dianggotai) 77
Graf 5.17 : Bilangan perundingan dan kepakaran yang dirujuk 79
Graf 5.18 : Bilangan profil yang direkodkan 81
Jadual 6.1 : Penggunaan Kurikulum PERMATA Negara 88
: Bilangan pengiktirafan yang diterima
: Input, Output dan Outcome pelaksanaan Projek Pembangunan Kompleks NCDRC

vii



Pendahuluan

Pendahuluan

PENGENALAN

Pembangunan adalah salah satu faktor yang memacu ke arah pertumbuhan serta perkembangan
ekonomi sesebuah organisasi, kawasan mahupun negara. Selain itu, pembangunan juga merupakan aspek
penting dalam memangkin perubahan kualiti hidup masyarakat di persekitaran terutamanya dari aspek
peningkatan infrastruktur, prasarana dan juga perkhidmatan. Projek pembangunan merupakan pelaburan
yang mempunyai objektif, output, outcome dan aktiviti khusus yang dilaksanakan dalam tempoh masa
tertentu. Projek pembangunan adalah sebahagian daripada pelaburan sektor awam di bawah kerangka
dasar dan strategi pembangunan yang ditetapkan oleh kerajaan. Pengurusan projek pembangunan yang
dijalankan tidak lagi hanya berfokuskan kepada output semata-mata malah turut menfokuskan outcome
dan impak yang diperolehi kumpulan sasaran.

“Kita harus menganjak paradigma daripada melihat kejayaan yang
berasaskan output kepada kejayaan berasaskan outcome”
Y.A.Bhg. Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
MAPPA 10, 2009

Penilaian outcome ke atas sesebuah projek pembangunan adalah penting untuk mengetahui sejauh mana ia
memberi kesan kepada rakyat dan mengkaji isu-isu pelaksanaan. Keperluan ini diterjemahkan melalui
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2/1992. Garis Panduan Perancangan dan Penyediaan Projek
Pembangunan. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Mac 2005, telah menetapkan supaya kementerian /
jabatan / agensi dan pentadbiran negeri melaksanakan penilaian outcome bagi setiap program pembangunan
yang dilaksanakan. Melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Negara pada 20 Jun 2005, garis panduan tersebut
telah dipersetujui untuk diguna pakai sewajarnya oleh pihak-pihak berkenaan.

Transformasi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) telah memperkasakan pelaksanaan pengurusan projek
pembangunan yang bukan sahaja berorientasikan output dan perbelanjaan sahaja, sebaliknya
mengutamakan pencapaian outcome bagi setiap pelaburan pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan.
Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2012 (Garis Panduan Pengukuran Pencapaian Program / Pembangunan
Melalui Penilaian Outcome) telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 19 Oktober 2012 bagi
memperkukuhkan lagi pelaksanaan penilaian outcome oleh agensi kerajaan.

1

Dalam konteks Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),
laporan ini disediakan untuk menilai pencapaian outcome di
bawah kluster Program Kemudahan Infrastruktur untuk
projek pembangunan kompleks Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC) di bawah
Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang berjumlah RM 7
juta mengikut terma yang ditetapkan Unit Penyelarasan
Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

2

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan melaporkan pencapaian penilaian outcome projek pembangunan NCDRC di UPSI
yang menggunakan peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan di bawah RMK-10. Dengan
pelaksanaan penilaian ini, UPSI khususnya dapat:

Memantapkan perancangan dan Mengesan faedah langsung dan tidak
pelaksanaan dasar, program dan projek langsung yang diterima oleh kumpulan
kerajaan yang dijalankan yang berkaitan sasaran khususnya ibu bapa, guru-guru
dengan perluasan akses kualiti pendidikan /pendidik, pelajar, pensyarah, penyelidik
kepada masyarakat. dan komuniti setempat/luar.

Memperoleh maklum balas kumpulan Memastikan pelaburan atau peruntukan
sasaran terhadap dasar, program dan projek pembangunan bagi program dan projek
pembangunan kerajaan yang dijalankan itu pembangunan kerajaan tersebut memberi
sama ada perlu penambahbaikan, diubahsuai, hasil pulangan yang maksimum kepada
diperluaskan atau dimansuhkan pada masa golongan sasaran.
akan datang.

3

Menilai keberkesanan Menilai implikasi
penggunaan ruang pembangunan
dan pembelajaran fizikal terhadap
pembinaan modal

insan

OBJEKTIF KAJIAN

Mengkaji tahap
kepuasan pihak
berkepentingan

terhadap
kemudahan
yang disediakan

4

Senarai Jawatankuasa
Penilaian Outcome Universiti

Y.BHG. PROF. DATO’
DR. SHATAR SABRAN
Naib Canselor

Y.BHG. PROF. DATO’ ENCIK AJHAR EINI
DR. NORAINI IDRIS Pengarah JPPHB
Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan & Inovasi) PUAN HAJAH
KHADIJAH HAMDAN
ENCIK MOHD Bendahari
FAIZI OTHMAN
Pendaftar

5

Senarai Jawatankuasa Kajian

PROF. MADYA DR. PROF. DR. SOPIA MD. YASSIN DR. MAZLINA CHE MUSTAFA
BAHBIBI RAHMATULLAH Penyelidik Bersama Penyelidik Bersama
(Pengarah, NCDRC)
Ketua Penyelidik (Timbalan Pengarah II, NCDRC)
(Timbalan Pengarah I, NCDRC)

PROF. MADYA DR. DR. SUZANI PUAN SHAHANIZA ENCIK SAIDURI DOLAH
NORAZILAWATI ABDULLAH MUHAMAD SAMURI SHAMSUDDIN Penyelidik Bersama
Penyelidik Bersama (Arkitek, JPPHB)
Penyelidik Bersama (Penyelaras NCDC, NCDRC) Penyelidik Bersama
(Penyelaras Penerbitan, NCDRC) (Penolong Pendaftar Kanan, NCDRC)

ENCIK AZAHARI MAT ENCIK AHMAD NIZAM YUSOF CIK AIESAH UDIN CIK NURUL SALINI
[email protected] Penyelidik Bersama Penyelidik Bersama MOHAMED SALLEH
Penyelidik Bersama (Pegawai Teknologi (Pegawai Penyelidik, NCDRC) Penyelidik Bersama
Maklumat, NCDRC) (Penolong Pegawai Teknologi
(Juru Ukur Bahan, JPPHB) Maklumat, NCDRC)

6



Latar Belakang Projek

Latar Belakang Projek

PENGENALAN

Bab ini menjelaskan latar belakang projek penilaian outcome program kemudahan infrastruktur
RMK-10. Kajian ini dilakukan di UPSI dan skop yang diberi perhatian ialah pembangunan kompleks
baharu Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara atau National Child Developement
Research Centre (NCDRC) di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS). Peruntukan kewangan keseluruhan yang
disalurkan oleh kerajaan untuk UPSI di bawah RMK-10 ialah sebanyak RM 7 juta untuk kerja-kerja
pembinaan Kompleks NCDRC beserta kemudahan peralatan.

PENUBUHAN NCDRC

Banyak inisiatif telah diambil dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi meningkatkan kualiti
pendidikan bermula dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Pendidikan awal
kanak-kanak merupakan elemen yang penting, bagi memastikan inisiatif ini dapat dicapai dan memberi
impak yang memberangsangkan terutamanya kepada masyarakat dan negara. Pendidikan awal
kanak-kanak yang berkualiti dapat membantu masyarakat dalam meningkatkan tahap intelektual dan
membantu negara untuk bersaing dalam globalisasi dan dunia mencabar. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kecemerlangan modal insan terutamanya pendidikan
dari usia awal kanak-kanak.

Ia penting bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan fasa pendidikan seterusnya. Ini
termasuklah usaha meningkatkan keperluan pendidikan awal kanak-kanak melalui pelaksanaan
kajian-kajian yang berkaitan.

Melihat kepada keperluan tersebut, satu kertas kerja dibentangkan kepada Kumpulan Penasihat PERMATA
Negara pada 14 Oktober 2005 setelah melihat ketiadaan satu badan atau pusat yang khusus di Malaysia
yang menyelaras isu-isu berkaitan hal ehwal perkembangan kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, melalui kertas kerja tersebut yang dibentangkan kepada Y.A.Bhg. Datin Paduka
Seri Rosmah Mansor (yang merupakan Pengerusi kepada Kumpulan Penasihat PERMATA Negara), beliau
telah mencadangkan agar pusat ini ditubuhkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam.

9

Pada 21 Jun 2006, Mesyuarat
Jemaah Menteri telah
mempersetujui penubuhan NCDRC
di UPSI, Tanjong Malim seiring
dengan penubuhan Majlis
Penyelarasan Dasar PERMATA
Negara di Jabatan Perdana Menteri.
Tugas dan peranan utama NCDRC
adalah meliputi pekara-pekara
berikut:

Menjalankan penyelidikan
berkaitan asuhan, didikan dan
perkembangan kanak-kanak.

Membangunkan pangkalan data
yang mengumpulkan profil
kanak-kanak di Malaysia.

10

FNUNGCSI DDAN PRERACNANMenjadikan pangkalan data dalamMeningkatkan kesedaran dan penglibatan
ibu bapa, penjaga dan ahli masyarakat akan
pelbagai bidang yang berkaitan dengankepentingan asuhan dan didikan yang
pendidikan kanak-kanak serta sebagaiberkualiti dalam persekitaran yang
pusat pengumpulan dan sumber rujukankondusif.

1untuk penerbitan.
2Meningkatkan tanggungjawab

sosial dan peranan ibu bapa serta
menyumbangkan kepakaran

3dalam setiap program yang
dijalankan.

Meningkatkan jaringan dengan pelbagai pihak seperti agensi
kerajaan, NGO dan swasta bagi menyediakan latihan supaya
sentiasa mengemaskini pengetahuan mengenai isu-isu berkaitan
kanak-kanak seperti penjagaan kesihatan, kebajikan, keselamatan

4 dan pendidikan yang bermutu/komprehensif.

Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran
daripada pelbagai sumber supaya kanak-kanak dapat
menyertai aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan

5seharian mereka bagi membantu perkembangan dan
pencapaian peribadi yang seimbang.

11

PENGOPERASIAN NCDRC DI KAMPUS SULTAN ABDUL
JALIL SHAH
Sejak awal penubuhan NCDRC di Kampus Sultan Abdul Jalil
Shah (KSAJS), fungsi dan peranan NCDRC yang merangkumi
pentadbiran, kewangan, penyelidikan serta perkembangan
kanak-kanak (TASKA) diuruskan oleh Unit Pentadbiran,
Kewangan dan Latihan NCDRC secara keseluruhannya.

Bangunan SKTM, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah yang
digunakan untuk pengoperasian NCDRC.

PENGURUSAN NCDRC

NCDRC beroperasi di Bangunan SKTM, Kampus Sultan Abdul Jalil

Shah, dengan peruntukan belanja mengurus NCDRC yang diberikan TAHUN PERUNTUKAN (RM)
oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris. Walaubagaimanapun, 2006 88,000.00
peruntukan yang diluluskan kepada NCDRC semakin mengecil. 2007 100,000.00

Justeru dalam usaha NCDRC untuk memfokuskan dan meneruskan 2008 107,500.00

peranannya dalam Pelan Strategik 2012 hingga 2015, adalah 2009 118,999.00
penting bagi NCDRC untuk mendapatkan dana daripada 2010 39,200.00
kementerian secara berterusan. Ini kerana keperluan mengurus 2011 60,000.00
bukan sahaja tertumpu kepada perbelanjaan bekalan am pejabat, 2012 60,000.00
tetapi termasuk kos pembayaran kakitangan kontrak dan sambilan JUMLAH 573,699.00
yang diambil. Jadual 2.1 menyenaraikan peruntukan belanja men-

gurus NCDRC dari tahun 2006 hingga 2012. Jadual 2.1 : Peruntukan belanja mengurus yang

disalurkan kepada NCDRC dari tahun 2006 hingga 2012

12

PERKEMBANGAN TASKA PERMATA UPSI Perkembangan asuhan dan didikan kanak-kanak di
TASKA PERMATA UPSI yang diwujudkan di NCDRC awal usia serta penyelidikan berkaitan dapat
merupakan TASKA di bawah PERMATA Negara. Pada dilaksanakan dengan baik apabila ruang dan
awal penubuhan NCDRC di Bangunan SKTM, ianya kemudahan yang selesa dan bersesuaian dengan
hanya dilengkapi dengan kemudahan ruang dapur, perkembangan semasa dapat diwujudkan.
ruang makan, kelas, bilik mandi kanak-kanak dan Toy Pengoperasian di Bangunan SKTM dengan keluasan
Library di tingkat bawah, pejabat pentadbiran di 1177m2 (sehingga 2012) menyebabkan pengambilan
tingkat satu serta kawasan taman permainan kanak-kanak di TASKA serta lain-lain aktiviti menjadi
kanak-kanak. terhad.

Purata bilangan kanak-kanak, guru, pembantu pengurusan murid, dan pengasuh dari tahun 2006 sehingga
2012 adalah seperti di dalam Jadual 2.2.

KANAK-KANAK KAKITANGAN

1-2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun Guru Pembantu Pengasuh Tukang Pentadbiran
(2 kelas) Pengurusan Masak

Murid

20 20 50 8 1 14 2 5

Jadual 2.2 : Purata bilangan kanak-kanak dan kakitangan di NCDRC (2006 hingga 2012)

13

PERKEMBANGAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN 2100 Pembiaya Amaun (RM)
(2006-2012) 1201 PERMATA 1,567,174.70
Sewaktu beroperasi di Bangunan SKTM, perkembangan 20 JUMLAH 1,567,174.70
penyelidikan dan penerbitan di NCDRC telah 12
dikendalikan oleh Unit Pentadbiran, Kewangan dan Pembiaya Amaun (RM)
Latihan UPSI. PERMATA 240,000.00
UNICEFF 90,717.74
Penyelidikan di bawah seliaan NCDRC hanya bermula JUMLAH 330,717.74
pada tahun 2010. Jumlah penyelidikan dan peruntukan
yang dijalankan pada tahun 2010 sehingga 2012, tertera Pembiaya Amaun (RM)
di dalam jadual 2.3 dan 2.4. KPM 50,000.00
JUMLAH 50,000.00
Jadual 2.3 : Jumlah peruntukan diterima oleh
NCDRC mengikut tahun (2010 hingga 2012)

14

Selain itu, sebagai sebuah pusat rujukan mengenai 1200 Pembiaya Bil Penyelidikan
pendidikan dan asuhan kanak-kanak, NCDRC juga PERMATA 3
menghasilkan penerbitan bahan-bahan ilmiah. JUMLAH 3

Antara bahan penerbitan tersebut adalah jurnal, modul, 2101 Pembiaya Bil Penyelidikan
CD, majalah, monograf, buletin, buku, serta brosur yang PERMATA 4
merangkumi bidang-bidang dibawah: UNICEFF 1
JUMLAH 5
• Kurikulum
• Program asuhan Pembiaya Bil Penyelidikan
• Pengurusan dan pentadbiran 1
• Perkembangan kakitangan 20 KPM 1
• Penglibatan ibu bapa 12 JUMLAH
• Isu, hak dan ekuiti
• Silang budaya Jadual 2.4 : Rumusan penyelidikan di NCDRC mengikut
• Nutrisi dan kesihatan tahun (2010 hingga 2012)
• Persekitaran pembelajaran
• Kemudahan dan peralatan pembelajaran
• Perkembangan kanak-kanak/kanak-kanak

berkeperluan khas

15

PERANCANGAN PEMBANGUNAN SISTEM PANGKALAN DATA KANAK-KANAK KEBANGSAAN (NCDC)
Pada tahun 2012, NCDRC telah merangka Kertas Konsep Pembangunan Pangkalan Data Kanak-Kanak
Kebangsaan di mana pengwujudan sistem ini merupakan salah satu tujuan penubuhan NCDRC. Pangkalan data
ini bertujuan sebagai rujukan penyelidikan mengenai pendidikan awal kanak-kanak dari pelbagai aspek. Data
ini juga berfungsi untuk memudahkan NCDRC menggubal dasar-dasar baru berkaitan pendidikan dan
pengasuhan kanak-kanak.

Sistem ini juga membenarkan integrasi kepada sistem-sistem lain yang terletak di bawah kawalan kementerian
dan agensi kerajaan yang lain untuk diperluaskan penggunaan data-datanya. Ia juga perlu dilengkapi ciri-ciri
keselamatan yang tinggi untuk menjaga integriti data yang sensitif. Proses melengkapkan profil kanak-kanak ini
mendapat kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Dalam Negeri (KDN),
dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi menepati keperluan setiap agensi yang memerlukan maklumat
berkaitan kanak-kanak di Malaysia.

PROGRAM JANGKAUAN
Sebagai pusat rujukan kepada negara, NCDRC juga
membantu merancang dan melaksanakan
program-program jangkauan seperti program
pendidikan keibubapaan, latihan untuk
pengasuhan dan pendidikan kanak-kanak serta
mengadakan lawatan ke luar. Bermula tahun 2012,
NCDRC telah mengatur beberapa strategi
pelaksanaannya dalam program jangkauan
antaranya:

• Mengadakan lawatan untuk penyebaran
maklumat

• Mengendalikan program-program komuniti
untuk membantu kanak-kanak kurang upaya,
remaja, warga emas dan lain-lain

• Mengadakan kempen-kempen, pemakanan
sihat, gaya hidup sihat, mencegah penderaan
kanak-kanak dan sebagainya

• Menyediakan khidmat dan program/bengkel
yang bersesuaian untuk kanak-kanak serta ibu
bapa

16

Kunjungan Professor Dr. James Lee Hoot
(State University Of New York, Buffalo, USA)

Pada 18 Januari hingga 9 Februari 2012, NCDRC telah menjemput dan menerima kunjungan Profesor
Pelawat iaitu Professor Dr. James Lee Hoot yang merupakan Presiden bagi Association for Childhood
Education International dan Pengarah bagi Early Childhood Research Center di State University of New
York, Buffalo, USA.

Hasil kunjungan beliau selama 15 hari di NCDRC, beberapa siri bengkel dan lawatan telah diadakan
antaranya lawatan ke Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Putrajaya dan lawatan ke Pusat Anak
PERMATA Negara (PAPN) Besout. Selain itu kunjungan ini juga banyak menghasilkan perbincangan
isu-isu berkaitan pendidikan dan asuhan kanak-kanak dan memberi ilmu yang bermanfaat kepada
peserta yang terlibat.

Bengkel Puppet Story Telling Lawatan dari Western Michigan University,
17 US

PENCAPAIAN NCDRC 2006 SEHINGGA MEI 2012
Terdapat beberapa pencapaian yang telah diperoleh NCDRC dari tahun 2006 hingga 2012 ketika
pengoperasian masih lagi di Bangunan SKTM, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Pada tahun 2009, tiga
daripada empat usul yang dibentangkan kepada Mesyuarat Perluasan Program PERMATA pada 16
November 2009 telah diterima seperti di dalam jadual 2.5.

Bil Tahun Pencapaian Peruntukan diterima (RM)

1 2009 Usul-usul yang dibentangkan kepada Mesyuarat Peruntukan diluluskan Bahagian

Perluasan Program PERMATA pada 16 November PERMATA, JPM adalah sebanyak

2009: 1,853,174.70

i) Kajian Pemantauan dan Pengawalseliaan 1,000,000.00
Program PERMATA Negara 2010.

ii) Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program 318,454.00
PERMATA di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN),
TASKA Komuniti, KEMAS dan YPKT.

iii) Kajian Penggunaan Kaedah Intervensi Bermain 284,720.70
(Play Theraphy) dalam Pendidikan Awal
Kanak-Kanak: Kajian ke atas Kanak-kanak 0-5
tahun yang mengalami masalah kebimbangan
(anxiety) dan tekanan (stress) di PAPN.

iv) Kajian Penubuhan Children Learning Center 250,000.00
(CLC).

2 2009 Pembinaan Kompleks NCDRC di Kampus Sultan 7,000,000.00
Azlan Shah 8,853,174.70

Jumlah

Jadual 2.5: Pencapaian NCDRC (semasa beroperasi di KSAJS)

18

Selain itu, NCDRC juga telah mengadakan beberapa siri bengkel (disenaraikan dalam jadual 2.6) yang
memberi peluang dan manfaat kepada kanak-kanak dan ibu bapa melalui peruntukkan yang disalurkan
oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi tujuan memperkasakan Program PERMATA. Lebih 400 orang
kanak-kanak dan ibu bapa telah menyertai bengkel-bengkel tersebut. Program ini adalah satu permulaan
yang baik bagi kanak-kanak dan ibu bapa sekaligus menyumbang kepada pembentukan modal insan
negara yang berkualiti pada masa hadapan.

Bengkel 1 TAJUK: Story Telling in the Classroom and at Home
Tarikh: Penceramah: Puan Robe’ah Yusuf, Pusat Bahasa Moden, UPSI
Peserta: Guru dan Ibu Bapa
22/5/2010 Tempat: Dewan Sri Tanjung, UPSI
TAJUK: Children Story Telling
Bengkel 2 Penceramah: Cik Lena Farida Bt Hussain Chin, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP),
Tarikh: UPSI
Peserta: Kanak-Kanak berumur 2 - 6 tahun
12/6/2010 Tempat: Bilik Latihan Utama, Blok C, UPSI
TAJUK: Puppets in Story Telling
Bengkel 3 Penceramah: Encik Loy Chee Luen, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM),
Tarikh: UPSI
Peserta: Kanak berumur 2 - 6 tahun
26/6/2010 Tempat: Dewan Sri Tanjung, UPSI
TAJUK: Music For Children
Bengkel 4 Penceramah: Dr. Patricia Louise Bowes, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), UPSI
Tarikh: Peserta: Kanak berumur 3 - 6 tahun
Tempat: Dewan Sri Tanjung, UPSI
3/7/2010 TAJUK: Painting with Children
Penceramah: Cik Alina Abdullah, Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), UPSI
Bengkel 5 Peserta: Kanak-kanak berumur 3 - 6 tahun
Tarikh: Tempat: Dewan Sri Tanjung, UPSI
TAJUK: Dyslexia in a Real Classroom Situation
10/7/2010 Penceramah: Encik Abdul Salam Hj Abdul Kadir, Pejabat Pelajaran Negeri Perak/Sek. Keb.
Sultan Yussuf, Batu Gajah
Bengkel 6 Peserta: Guru dan Ibu Bapa
Tarikh: Tempat: Bilik 1, Aras 4, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI

24/7/2010

Jadual 2.6: Bengkel Memperkasa Program PERMATA anjuran NCDRC (semasa beroperasi di KSAJS)

19

NCDRC juga turut mengadakan seminar dan bengkel di peringkat kebangsaan dengan menjemput penceramah daripa-
da Australia dan Singapura seperti yang disenaraikan dalam jadual 2.7. NCDRC juga telah menjemput lebih 500
pendidik dari seluruh Malaysia untuk menghadiri seminar yang julung kalinya diadakan oleh NCDRC dengan kerjasama
Bahagian PERMATA iaitu Seminar Pemantauan dan Pemantapan Program PERMATA 2010. Seminar ini bertujuan
membentangkan Laporan Pemantauan Pengawalseliaan Program PERMATA Negara 2010 yang diketuai oleh Y.Bhg.
Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob iaitu mantan Naib Canselor UPSI. Beliau juga merupakan pakar yang bertanggungjawab
dalam menghasilkan Kurikulum PERMATA. Beberapa siri bengkel lain turut diadakan di kawasan pedalaman termasuk
kawasan perkampungan Orang Asli Sungai Dua dan Pasir Puteh, Kelantan yang dihadiri hampir 100 peserta.

NCDRC memperluaskan jaringan antarabangsanya dengan mengadakan kerjasama bersama syarikat penerbitan dari
Singapura iaitu Syarikat ALKEM dengan menganjurkan ECCE Fair 2011-Collaborative Research and Publication. Ini
adalah inisiatif NCDRC untuk mendapatkan publisiti serta mempromosikan kewujudan NCDRC di peringkat
antarabangsa agar suatu hari nanti NCDRC bukan sahaja dijadikan pusat rujukan berhubung pendidikan awal
kanak-kanak di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

Bil Seminar Pemantauan dan Pemantapan Program Tarikh Agensi
23 - 24 April 2011 Kolaborasi NCDRC, Jurulatih/
1 PERMATA 2010 di Hotel Empress, Sepang dan Pusat Pendidik PERMATA,
Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya Penyelidik PERMATA

2 Bengkel Literasi Awal Kanak-Kanak di Sekolah 28 Jun 2011 Jabatan Pendidikan Daerah
Kebangsaan Sungai Dua, Karak, Pahang Karak, Pahang

Bengkel Bahasa Inggeris dalam Pelajaran dan 10 Julai 2011 Jabatan Pendidikan Pasir
3 Pembelajaran Pra Sekolah Peringkat PPD di Pasir Puteh, Puteh, Kelantan

Kelantan

4 Bengkel Importance of Critical Reflection in ECCE oleh 18 - 19 Julai 2011 Jabatan Awal Kanak-Kanak,
Prof. Bridget Somekh di Bitarasiswa, UPSI FPPM & NCDRC UPSI

5 ECCE 2011 Conference di Park Royal, Kuala Lumpur 2 - 4 November 2011 NCDRC, UNICEF, ECCE Council

6 PERMATA Exhibition di Pusat Konvensyen KLCC 12 - 13 November 2011 PERMATA

7 National Children Conference di Pusat Konvensyen 29 - 31 November 2011 NCDRC & HELP University
Matrade, Kuala Lumpur

8 ECCE Fair: Collaborative Research and Publication di 1 Disember 2011 NCDRC, Nurture Craft,
Dewan Konvensyen UPSI ALKEM, Intrabakti & K-Mode

Jadual 2.7: Bengkel dan Seminar (semasa beroperasi di KSAJS)

20

NCDRC juga telah menunjukkan pencapaiannya yang membanggakan apabila mendapat kepercayaan daripada
Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri untuk menjalankan empat penyelidikan bernilai RM 240,000.00
dan melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila berjaya memperoleh geran daripada UNICEF
sebanyak RM 90,717.74 (rujuk jadual 2.8).

Bil Tajuk Penyelidikan Dana Jumlah Peruntukan
(RM)

Pembinaan dan Pengujian Modul Pengajaran dan

1 Pembelajaran Berasaskan Kecenderungan Kanak-Kanak Bahagian PERMATA, JPM 60,000.00
Pra Sekolah

2 Application and Dessimination of Collected Traditional Bahagian PERMATA, JPM 60,000.00
Malay Children’s Songs in Early Childhood Education

Pembangunan Pengujian Kit Pengesanan Kanak-Kanak

Pintar Cerdas dan Modul Latihan Program Pengasuhan Bahagian PERMATA, JPM 60,000.00
3 Pendidikan Awal Kanak-Kanak Pintar Cerdas 3 hingga 4

tahun

4 Aplikasi Model Terapi Seni Melukis Untuk Meningkat- Bahagian PERMATA, JPM 60,000.00
kan Konsep Kendiri Kanak-Kanak Pra Sekolah
UNICEF 90,717.74
5 Education for Children in Plantation: An Evaluation Jumlah Keseluruhan 330,717.74

Jadual 2.8: Penyelidikan yang dijalankan (semasa beroperasi di KSAJS)

21

PELAN STRATEGIK NCDRC
Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat berharga
dan pelaburan ke atas asuhan dan pendidikan mereka adalah
pelaburan terhadap masa depan negara. Untuk itu, NCDRC
mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama dengan
kerajaan dalam mengambil pendekatan secara holistik bagi
memperkukuhkan kurikulum dan latihan berkaitan
kanak-kanak. Langkah ini bermula daripada pendidikan awal
kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi. NCDRC
memerlukan sokongan yang berterusan untuk merealisasikan
peranan serta fungsi utamanya mengikut bidang-bidang
dalam Pelan Strategik NCDRC 2012 – 2015.

Bidang-bidang dalam Pelan Strategik
NCDRC 2012 – 2015

PERMULAAN NCDRC DI KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH

Melihat kepada fungsi, kepentingan penubuhan, pencapaian NCDRC dari tahun 2006 sehingga 2012 serta
pelan strategik yang telah disusun atur, UPSI melalui RMK-10 dengan kelulusan peruntukan kewangan
daripada Kementerian Pengajian Tinggi sebanyak RM 7 juta telah memulakan pembinaan bangunan baru
NCDRC di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI.

Pembinaan Kompleks NCDRC di Kampus Sultan Azlan Shah merupakan satu langkah strategik untuk
memartabatkan NCDRC dan UPSI khususnya sebagai sebuah pusat rujukan di peringkat kebangsaan
mengenai pendidikan dan perkembangan kanak-kanak. Pembinaan Kompleks NCDRC di Kampus Sultan
Azlan Shah memberi ruang terbaik kepada UPSI dalam menyahut seruan kerajaan bagi menggalakkan
perkembangan kanak-kanak di awal usia bagi memberikan impak yang maksimum.

Penggunaan ruang dapat dioptimumkan selain memberi kemudahan dalam proses menjalankan
penyelidikan serta asuhan dan didikan kanak-kanak. Kompleks NCDRC telah dibina di sebahagian tapak
Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kedudukan kampus ini adalah dalam jarak
10 kilometer daripada Pekan Tanjong Malim.

22

MAKLUMAT PROJEK

PEMBINAAN KOMPLEKS NCDRC
Perancangan pembinaan Kompleks NCDRC telah bermula sejak RMK-10 (2011 – 2015) untuk menyediakan
ruang dan kemudahan bagi menampung keperluan penyelidikan berkaitan kanak-kanak dan perkembangan
kanak-kanak itu sendiri.

Tapak untuk pembinaan Kompleks NCDRC telah disiapkan kerja-kerja tanahnya sejak tahun 2011 dengan kelua-
san 10,151m2 (2.5 ekar) serta keluasan plinth bangunan sebanyak 42% daripada keluasan tanah.

Kompleks NCDRC direkabentuk dan dibina bagi tujuan penyelidikan mengenai perkembangan kanak-kanak dan
juga menyediakan keperluan ruang untuk kegunaan bukan sahaja TASKA malah turut memenuhi keperluan
TADIKA (Rajah 2.7). Projek pembangunan ini dilaksanakan oleh Merger Network (M) Sdn. Bhd. yang diselia oleh
Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Siling peruntukan pembangunan kampus ini telah dinaikkan kepada RM 7 juta setelah mengambil kira beberapa
keperluan dan pertimbangan oleh pihak agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memastikan projek ini
dapat dilaksana dengan sebaiknya.

Kompleks NCDRC semasa dalam proses Lokasi NCDRC di dalam Kampus
pembinaan Sultan Azlan Shah (KSAS), UPSI

23

KOMPONEN BANGUNAN
Komponen rekabentuk yang digunakan mengandungi beberapa komponen seperti di Jadual 2.9.
Komponen-komponen direkabentuk seperti yang dikehendaki di dalam dokumen tawaran. Butiran
keluasan dan jumlah kos disenaraikan di jadual 2.10.

Bangunan TASKA TADIKA Ruang
Pentadbiran Gunasama

• Pejabat Pentadbiran • Ruang pembelajaran • Ruang pembelajaran • Dewan Serbaguna dan
• Pejabat Pengarah, kanak-kanak kanak-kanak Dewan Makan

Timbalan dan Lain-lain • Pejabat Pentadbiran • Pejabat Pentadbiran • Perpustakaan (Children
• Bilik-bilik Felo Penyelidik TASKA TADIKA Learning Centre)

dan Ruang Pejabat • Bilik-bilik Guru dan • Bilik-bilik Guru dan • Surau
Penyelidikan Pelawat, Bilik Sumber Pelawat, Bilik Pensyarah • Bilik VIP
• Bilik Mesyuarat Pendidik dan Ruang Pelawat dan Bilik • Sensory Integrated Gym
Serbaguna Penyelaras TADIKA
(SIG)
• Tandas dan Bilik Mandi • Tandas dan Bilik Mandi • Bilik Etnik Kreatif
kanak-kanak kanak-kanak serta • Kids Kitchen
bilik-bilik persalinan • Bilik Pembelajaran Khas

• Bilik Pasca siswazah (Sanative Playroom, Bilik
Snoozelen)
• Wading Pool
• Edible Garden

Jadual 2.9: Komponen Kompleks NCDRC

Pelan lantai Kompleks NCDRC, Kampus
Sultan Azlan Shah, UPSI (Sumber: Bahagian
Pengurusan Projek, JPPHB UPSI)

24

NO BUTIRAN KELUASAN (m2) KADAR HARGA KOS (RM)
(RM/m2) 200,200.00
1 Preliminaries 694,020.00
2 Turnkey elements 389.50 }
997.70 0.00
Buildings works
a. Piling works 1,860.50 3,315,980.00
b. Pusat Penyelidikan 487.16
Perkembangan Kanak-Kanak 30,000.00
Negara 3,734.86 925.33 65,000.00
45,000.00
3 c. TASKA Permata UPSI 3,734.86 1,858.22 3,455,980.00
d. Pusat Perkembangan 920,000.00
Kanak-Kanak 1,330,000.00
e. Sirkulasi 340,000.00
f. Signage and graphic system 2,590,000.00
g. Interior decoration works 6,940,200.00
h. Built in furniture

Jumlah kerja Bangunan

4 Mechanical services

5 Electrical services

6 External works

Jumlah kecil

Jumlah Kos Pembinaan

Jadual 2.10: Butiran keluasan dan jumlah kos untuk kerja-kerja pembinaan Kompleks NCDRC

25

Kompleks NCDRC semasa dalam fasa
pembinaan di Kampus Sultan Azlan Shah
(KSAS), UPSI

26

KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar merupakan penerima faedah secara langsung dan tidak langsung daripada program pembangunan
yang dilaksanakan. Dalam konteks NCDRC kumpulan sasar yang menerima faedah dengan adanya kampus baru ini
(ruang, kemudahan dan peralatan) ialah kanak-kanak seluruh Malaysia, pengasuh, pendidik, pengusaha TASKA dan
TADIKA serta ibu bapa. Selain itu, agensi luar, pelajar pasca siswazah dan penyelidik juga turut menerima impak
hasil daripada pembinaan kompleks baru ini.

Pembinaan Kompleks NCDRC dilihat memberi impak yang baik terutamanya dalam meningkatkan kemudahan,
sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih ke hadapan, perkembangan penyelidikan dan penerbitan, peluang
pengajian dan latihan yang lebih efisien selaras dengan peranan dan fungsi penubuhannya. Peningkatan
permintaan penempatan anak-anak kakitangan UPSI setiap tahun yang kian bertambah menimbulkan masalah
kekurangan kemudahan prasarana sewaktu pengoperasian NCDRC di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS).
Kemudahan ruang yang terhad di bangunan sedia ada iaitu di Bangunan SKTM, KSAJS menghadkan penempatan
kanak-kanak di TASKA.

Kemudahan TADIKA juga bukan di bawah seliaan NCDRC pada waktu tersebut disebabkan kemudahan ruang yang
terhad. Namun dengan pelaksanaan projek pembinaan Kompleks NCDRC bermula pada tahun 2011 dan siap
sepenuhnya pada Mac 2013 telah membantu memperkembangkan lagi fungsi dan peranan NCDRC sedia ada.

Majlis Penyerahan Kompleks NCDRC telah diadakan pada 28 Mac 2013 dan dirasmikan oleh Naib Canselor UPSI
(kini mantan), Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Zakaria Kasa.

TEMPOH KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh lima bulan
bermula dari 31 Mac 2016 sehingga 30 Julai 2016
dengan perancangan kerja seperti yang diringkaskan
dalam Jadual 2.11.

Walaubagaimanapun, kajian ini telah dilanjutkan
bermula 19 Mei 2017 -11 Julai 2017, bertujuan untuk
membuat penambahan data bagi pembentangan pada
27 September 2017 bersama seperti yang diringkaskan
dalam Jadual 2.12.

27

Bil Aktiviti Mac April Mei Jun Julai
2016 2016 2016 2016 2016

Mesyuarat JK Outcome UPSI – pelaporan keperluan ICU,

1 pembinaan kertas penyelidikan, penyediaan maklumat asas,
pembentukan BUU dan Indikator, pembinaan TOR

- Milestone 1

2 Pembentukan Soal Selidik

3 Pengumpulan data Primer dan Sekunder
– bahan/dokumen utama

4 Pengendalian soal selidik - Milestone 2

5 Kemasukan Data

6 Analisis data - Milestone 3

7 Penyediaan laporan awal

8 Pembentangan kepada BPK 1 (17/05/16) - Milestone 4

9 Pemurnian laporan

10 Pembentangan kepada BPK 2 (08/06/16)

Pembentangan Pengurusan Tertinggi Kementerian

(11/07/16)

12 Penyerahan laporan akhir – (12/07/2016)

13 Pembentangan peringkat ICU – (19/07/16) - Milestone 5

Jadual 2.11: Rancangan Jadual Kerja Kajian (2016)

Bil Aktiviti Mei Jun Julai Ogos Sept
2017 2017 2017 2017 2017
1 Pengumpulan data Primer dan Sekunder – bahan/dokumen utama
2 Kemasukan data & Analisis data
3 Pembentangan kepada KPT 1 (19/06/17)
4 Penyediaan laporan
5 Pembentangan kepada KPT 2 (21/08/17)
6 Pembentangan peringkat ICU – (27/09/17)

Jadual 2.12: Rancangan Jadual Kerja Kajian (2017)

28



Terma Rujukan

Terma Rujukan

PENGENALAN

Bab ini menjelaskan tentang skop dan metodologi kajian serta pemilihan data.

SKOP KAJIAN

Kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan Kompleks NCDRC ini bertumpu kepada aspek-aspek
berikut:

i. Meneliti keberkesanan Projek Pembangunan Kompleks NCDRC yang dijadikan sebagai pusat
rujukan negara yang berfokus kepada penyelidikan berkaitan perkembangan kanak-kanak,
spesifikasi naik taraf bangunan, kemudahan ruang yang disediakan serta tahap kepuasan
kumpulan sasaran terhadap perkhidmatan yang disediakan.

ii. Menilai pencapaian output projek berdasarkan:
a. Bilangan dan jenis ruang
b. Bilangan penggunaan ruang
c. Penyediaan/pertambahan peralatan dan bahan

iii. Menilai pencapaian sasaran utama seperti:
a. Keberkesanan penggunaan ruang
b. Kualiti penyelidikan dan penerbitan – jenis/sumber dana /
pengiktirafan (paten/rekacipta)

iv. Menilai tahap kepuasan pelanggan/pengguna

Kajian ini menumpukan kepada pengenalpastian hasil/outcome yang diperolehi daripada pembinaan
dan penyediaan kemudahan ruang dengan pembinaan Kompleks NCDRC. Bahagian ini membincangkan
tentang impak pembangunan Kompleks NCDRC di KSAS terhadap perkembangan setempat. Bagi
memenuhi tujuan ini, pelbagai data digunakan. Data sekunder diambil dari pelbagai sumber/ bahan
bertulis dan bercetak. Antara yang penting bagi penulisan ini ialah data sedia ada yang merangkumi
maklumat berkaitan penyelidikan, penerbitan, jangkauan, pasca siswazah dan sumber manusia.

31

METODOLOGI KAJIAN

Setiap projek yang dilaksanakan haruslah diukur daripada aspek pencapaian prestasi bagi
menentukan sama ada projek pembangunan tersebut memberi manfaat atau faedah kepada pihak
yang berkepentingan (pemegang taruh). Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif
dan kuantitatif bagi mendapatkan hasil yang kukuh dan menjawab persoalan kajian.

Data kajian terdiri daripada data sekunder dan juga data primer. Antara pendekatan yang akan
digunakan bagi mengumpul maklumat kajian adalah soal selidik, semakan dokumen ruang
Kompleks NCDRC, dan temubual dengan pihak pengurusan NCDRC dan JPPHB. Pemilihan
pendekatan atau kaedah pengumpulan maklumat ini bergantung kepada indikator yang
dikenalpasti dan bersesuaian dengan kajian.

KAEDAH TEMUBUAL
Beberapa kaedah digunakan dalam menjalankan kajian ini seperti yang ditunjukkan.

Proses Pengumpulan Data

Penyelidikan ini juga menggunakan kaedah temubual ke atas pihak berkepentingan. Dalam kajian
ini, temubual dijalankan terhadap pihak berkepentingan iaitu pentadbiran universiti, kakitangan
NCDRC dan ibu bapa. Bagi mencapai justifikasi kajian berkaitan tahap penerimaan dan keselesaan
kakitangan terhadap kemudahan yang disediakan, pandangan penerima kemudahan adalah amat
penting dan diperolehi menerusi kaedah kaji selidik. Penggunaan gabungan pendekatan kualitatif
dan kuantitatif, merupakan satu usaha penelitian yang lebih mendalam terutama sekali dalam kajian
berbentuk penilaian outcome.

32

SOAL SELIDIK
Soal selidik diedarkan kepada pihak berkepentingan
kepada NCDRC iaitu kakitangan dan ibu bapa. Soal
selidik digunakan untuk mengukur dan menilai
persepsi/pandangan pemegang taruh atau mereka
yang mempunyai hubungan secara langsung dengan
projek pembangunan yang dilaksanakan. Untuk tujuan
ini, borang soal selidik dibentuk dan diedarkan kepada
responden sasaran.

Soal selidik bagi ibu bapa dan kakitangan dibina
menggunakan perisian Google Forms secara atas
talian dan dihantar kepada ibu bapa dan kakitangan.

Soal selidik mengandungi soalan yang mempunyai
pelbagai jenis pilihan jawapan yang berpandukan
‘Skala Likert’ iaitu Sangat Tidak Berpuashati, Tidak
Berpuashati, Sederhana, Berpuashati dan Sangat
Berpuashati seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
3.1. Tahap kepuasan minimum yang disasarkan adalah
pada tahap sederhana iaitu pada peratus skor antara
41-60.

Skala 1 2 3 4 5
Keterangan Sangat Tidak Tidak Sederhana Berpuashati Sangat
% Skor Kepuasan Berpuashati Berpuashati Berpuashati
21-40 41-60 61-80 81-100
0-20

Jadual 3.1: Skala Likert dan peratusan skor kepuasan

33

ANALISIS/SEMAKAN DOKUMEN
Kajian ini juga turut menggunakan kaedah menganalisis dan semakan dokumen jabatan sama ada dalam
bentuk laporan, fail, rekod, surat atau pelan bagi memperoleh maklumat yang bertepatan dengan makna
kajian. Semakan dokumen ini dilakukan bagi mencari fakta atau maklumat penting yang boleh digunakan
untuk memahami isu kajian secara keseluruhan termasuk proses pembangunan yang dijalankan, masa-
lah yang wujud, kesan pembangunan dan perkara lain yang berkaitan dengan kajian.

Analisis dokumen merujuk kepada pelbagai prosedur yang terlibat dalam menganalisis dan mentafsir
data yang dihasilkan daripada pemeriksaan dokumen dan rekod yang berkaitan kajian tertentu.
Dokumen-dokumen utama yang disemak dalam kajian ini ialah:

i. Kertas konsep pembangunan di bawah RMK-10
ii. Laporan pembangunan RMK-10
iii. Laporan Tahunan NCDRC
iv. Laporan Kewangan NCDRC
v. Fail-fail pengurusan di NCDRC (pentadbiran, kewangan, penyelidikan,

penerbitan, NCDC, jangkauan dan pasca siswazah)
vi. Rekod Pencapaian

34



Pembentukan Indikator
Pencapaian

Pembentukan Indikator
Pencapaian

PENGENALAN

Bab ini membincangkan indikator pencapaian (IP) yang digunakan bagi setiap Bidang Hasil
Utama (BHU) yang telah ditetapkan bagi mengenalpasti outcome yang telah dicapai hasil dari
pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur Kompleks NCDRC.
Indikator pencapaian adalah ciri-ciri tertentu, yang boleh diperhatikan dan boleh diukur yang
boleh digunakan untuk menunjukkan perubahan atau kemajuan program yang menbawa ke
arah mencapai hasil yang tertentu.
Bagi kajian outcome ini, sebilangan indikator telah dicadangkan melalui dua domain asas
dibincangkan di bawah subtopik seterusnya.

INDIKATOR PENCAPAIAN UTAMA

Bidang Hasil Utama (BHU) merupakan perkara yang perlu dikenalpasti terlebih dahulu untuk
menentukan pencapaian output dan outcome sesuatu program. Ia bertujuan untuk
memandu dan memudahkan pembentukan indikator pencapaian. IP merupakan penunjuk
prestasi sesuatau program berbanding dengan sesuatu yang ditetapkan.

37

SASARAN PENCAPAIAN OUTPUT

Dalam agenda pencapaian sesuatu objektif, ianya sangat bergantung kepada pencapaian dan
perlaksanaan output yang telah dirangka dan dicadangkan oleh pihak pengurusan NCDRC. Jadual 4.1
menunjukkan pencapaian objektif BHU yang ditetapkan dibawah pelaksanaan program yang
bergantung kepada output yang dilaksanakan.

Objektif Output
1 blok pentadbiran dan penyelidikan
Menyediakan kemudahan fizikal dan peralatan 1 blok TASKA
untuk menyokong pengalaman pembelajaran 1 blok TADIKA
kanak-kanak. 5 ruang gunasama (Dewan Serbaguna,
Dewan Makan, Taman Permainan, Children
Mempergiatkan dan mempelbagaikan Learning Centre, Sensory Integrated Gym)
penyelidikan dan penerbitan yang berkaitan 3 bilik khas (Snoozelen Room, Sanative
dengan asuhan, didikan dan perkembangan Playroom, Bilik Etnik Kreatif)
kanak-kanak. 2 program pasca siswazah

6 penyelidikan
RM 300,000 dana penyelidikan
10 penerbitan

Menjadi pusat rujukan kebangsaan bagi 12 rujukan penanda aras
perkembangan kanak-kanak 24 latihan/bengkel
6 kolaborasi
30 perundingan dan kepakaran yang dirujuk
1 pengiktirafan
1 modul asas dalam sistem pangkalan data
1 modul asas latihan pendidik dan kurikulum

Jadual 4.1: Sasaran pencapaian output

38


Click to View FlipBook Version