The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan NCDRC

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurrsyafiqahh93, 2019-12-18 01:48:09

Kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan NCDRC

Kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan NCDRC

Isu dan Cadangan

Isu dan Cadangan

PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang isu dan masalah yang timbul selepas projek diserahkan
kepada NCDRC oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN UNTUK
MENGELUARKAN SIJIL PROFESIONAL DALAM
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Sebagai sebuah pusat rujukan kebangsaan kanak-kanak, NCDRC seharusnya diberikan
peranan untuk mengeluarkan sijil professional dalam pendidikan awal kanak-kanak
seperti sijil bagi Kursus Asuhan PERMATA bagi individu-individu yang ingin mengguna-
kan kurikulum PERMATA di TASKA mereka.
Walaubagaimanapun, NCDRC sedang berusaha mendapat pengiktirafan tersebut.
Sehingga kini, NCDRC hanya menganjurkan kursus-kursus pendek sahaja. Namun, sijil
pengiktirafan kualiti dikeluarkan oleh badan lain.
Oleh itu, NCDRC sedang berusaha untuk mendapatkan kelayakan bagi
mengeluarkan sijil profesional peringkat antarabangsa dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Pemerolehan kelayakan ini dapat meningkatkan perkhidmatan NCDRC
dengan lebih e sien dalam mengiktiraf pendidik-pendidik yang berkaliber pada masa
akan datang.

91

Kursus Asuhan PERMATA

PERUNTUKAN KHAS TAHUNAN
SEBAGAI PUSAT KEBANGSAAN

Sumber kewangan merupakan antara faktor yang penting
bagi memastikan semua program pembangunan
pendidikan dan perkembangan kanak-kanak dapat
dilaksanakan dengan lancar. Namun begitu sehingga kini
NCDRC masih belum menerima sejumlah peruntukan
tahunan yang tetap bagi membiayai penyelidikan yang
berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak.

Jumlah wang yang diterima pada ketika ini bergantung
kepada kertas cadangan yang dibawa dari masa ke semasa
kepada agensi – agensi yang berkenaan dan tiada jaminan
yang sumber tersebut akan berterusan.

Bagi merealisasikan peranan NCDRC sebagai pusat rujukan
kebangsaan, adalah mustahak NCDRC diberikan peruntu-
kan khas tahunan untuk memastikan kelancaran dalam
penyelidikan, pengurusan dan perkhidmatan kepada
semua pemegang taruh.

92

KESINAMBUNGAN DARIPADA PENDIDIKAN AWAL
KE PERINGKAT SEKOLAH

Sebagai sebuah makmal pendidikan awal kanak-kanak, NCDRC telah melaksanakan pelbagai
perubahan dalam pendidikan awal. Memandangkan tiada sekolah rendah khas yang ditubuhkan di
UPSI, kesan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan di TASKA dan TADIKA NCDRC
tidak dapat dilihat keberkesanannya serta tiada kesinambungannya. Hal ini amat merugikan kerana
teknik pendidikan yang baharu tidak dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi. Kanak-kanak
yang mendapat pendedahan tersebut juga tidak dapat menyambung kaedah pembelajaran yang
berasaskan inovasi yang telah dilalui oleh mereka semasa berada di TASKA dan TADIKA.
Sebaiknya, untuk melihat keberkesanan teknik pengajaran di NCDRC kepada perkembangan holistik
kanak-kanak, perlunya ada kesinambungan dari prasekolah ke sekolah rendah. Oleh itu, NCDRC
berusaha mendapatkan dana untuk penubuhan sekolah bersebelahan dengan Kompleks NCDRC
untuk memastikan kesinambungan dalam teknik pembelajaran bagi mengoptimumkan
perkembangan kanak-kanak.

93

PENGAMBILAN PAKAR UNTUK KELESTARIAN NCDRC

NCDRC masih lagi kekurangan tenaga pakar dalam pelbagai bidang berkaitan kanak-kanak. Antara tenaga
pakar yang diperlukan adalah seperti pakar kaunseling / terapi, pakar kesihatan, keperluan khas,
keibubapaan, teknologi dan pakar pemakanan kanak-kanak.

Pakar-pakar tersebut diperlukan supaya keperluan kanak-kanak dapat dipantau secara lebih menyeluruh
dan juga untuk membawa pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
Tambahan pula dalam era globalisasi yang lebih mencabar ini pelbagai bidang telah digabungjalinkan
bagi mempertingkatkan bidang sedia ada dan juga bagi mewujudkan bidang baharu. Hal ini tidak akan
tercapai tanpa penambahan tenaga pakar yang amat diperlukan bagi merealisasikan peranan NCDRC
sebagai pusat kecemerlangan kanak-kanak. Oleh itu perlu ada peruntukan sumber manusia yang
berkepakaran tinggi dalam organisasi NCDRC.

Kursus Pertolongan Cemas oleh Pembantu
Perubatan, Klinik Kesihatan UPSI

94

PENGGUNAAN SISTEM NCDC OLEH
PENGUSAHA TASKA SWASTA

Sistem NCDC telah digunapakai bermula tahun 2013. Sistem ini disasarkan kepada semua
pengusaha/pendidik TASKA di dalam negara. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih
belum ada dasar dari pihak kementerian yang mewajibkan pengusaha/pendidik TASKA
untuk menggunakan sistem ini. Sebagai cadangan, pihak kementerian boleh
mengeluarkan pekeliling/peraturan untuk mewajibkan semua TASKA swasta
menggunakan sistem NCDC.
NCDRC menyarankan agar penguatkuasaan dilakukan kepada semua TASKA kerajaan
mahupun swasta di dalam Malaysia untuk wajib menggunakan sistem NCDC di premis
mereka. Dengan ini, NCDC dapat berfungsi dengan lebih efisien selaras dengan tujuan dan
objektif penubuhannya.

Bengkel penggunaan sistem
NCDC yang dijalankan

95

96



Rumusan dan Penutup

Rumusan dan Penutup

Peruntukan dana melalui RMK-10 untuk Projek Pembangunan Kompleks Pusat Penyelidikan
Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) memberi sumbangan yang signifikan kepada
usaha memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Pembangunan Kompleks
NCDRC yang merangkumi ruang-ruang pentadbiran, penyelidikan, TASKA, TADIKA serta pasca
siswazah telah memberikan manfaat yang besar dari segi peningkatan kemudahan
pentadbiran, ruang pembelajaran dan pengajaran, serta perkhidmatan yang diberikan kepada
pelanggan yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak, penyelidik, pelajar pasca siswazah
serta pelawat.
Pelbagai aspek dapat dipertingkatkan untuk masa depan bagi menjadikan projek yang
menggunakan dana kerajaan yang besar ini memberikan outcome dan impak kepada
komuniti dan juga perkembangan masyarakat setempat. Antara impak tersebut ialah manfaat
dari hasil penerbitan, pemantapan pembangunan potensi dan perkembangan menyeluruh
kanak-kanak di Malaysia, memperkasa tahap profesionalisme pendidik dan pengasuh serta
menjadikan NCDC sebagai sistem pemantauan terulung dan rujukan bagi agensi-agensi untuk
penggubalan dasar dan polisi kerajaan.
Pihak pengurusan universiti serta agensi kerajaan yang berkaitan dengan pendidikan dan
penyelidikan kanak-kanak diseru untuk terus memberikan komitmen yang padu ke arah
merealisasikan NCDRC sebagai pusat rujukan kebangsaan dan antarabangsa untuk amalan
pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti serta penyelidikan yang berimpak tinggi.

99

IMPAK PENERBITAN: PEMBUDAYAAN ILMU

1 298 100
kanak-
kanak

85 431

pendidik

1,298,100 kanak-kanak dan 85,431 pendidik mendapat manfaat
dari hasil penerbitan NCDRC dalam usaha pembudayaan ilmu.

100

IMPAK BENGKEL & SEMINAR: PROFESIONALISME PENDIDIK

Meningkatkan kelayakan

13 885

peserta

Mengemaskini pengetahuan & Impak kepada
kemahiran
277 700

kanak-kanak

Memantapkan pedagogi Memantapkan
pembangunan potensi dan

perkembangan
menyeluruh kanak- kanak

di Malaysia

Memperkasa tahap professionalism pendidik dengan
penglibatan lebih 13,385 peserta.

101

IMPAK MODUL KURIKULUM PERMATA: SUMBER RUJUKAN
KEBANGSAAN

Kurikulum 5 698 TASKA
kebangsaan yang
mengguna pakai
pertama
Manfaat kepada lebih
untuk kanak –
kanak berumur 0 - 75 378 kanak-
4 tahun
kanak
diguna pakai
19 951 pendidik
oleh semua
TASKA telah mengikuti Kursus
Asas PERMATA (KAP)
agensi kerajaan yang mengguna pakai
dan swasta modul ini

Modul kurikulum kebangsaan yang pertama bagi memantapkan
pembangunan potensi dan perkembangan menyeluruh
kanak-kanak di Malaysia.

102

Pengalaman pembelajaran yang berkualiti bagi lebih 1,087
kanak-kanak dengan konsep pembelajaran melalui penyiasatan yang
berasaskan persoalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak sendiri.

103

IMPAK SISTEM NCDC: PUSAT DEPOSITORI BERSEPADU

NCDC sebagai sistem pemantauan terulung bagi perkembangan awal
kanak-kanak di Malaysia yang lebih bersepadu, mudah capai, efisien,
selamat dan mesra alam.

104

IMPAK SISTEM NCDC: MANFAAT KEPADA PEMEGANG TARUH

01 02 03 04 05

Memperkasa Peningkatan Penggubalan Pemantauan dan Meningkatkan
program ECCE profesionalisme dasar dan polisi pengesanan kualiti melalui
19 951 pendidik/ 75 378 profil aktiviti penanda
kerajaan
pengasuh perkembangan aras.
kanak-kanak

(B40, Kanak-kanak (>200 parameter data
Berkeperluan Khas). setiap kanak-kanak).

Sistem dan data NCDC dimanfaatkan oleh pelbagai
agensi untuk penggubalan dasar dan polisi kerajaan.

105

106

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC)
Kompleks NCDRC, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Proton City, 35900 Tanjung Malim, Perak

http://ncdrc.upsi.edu.my


Click to View FlipBook Version