The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan NCDRC

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurrsyafiqahh93, 2019-12-18 01:48:09

Kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan NCDRC

Kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan NCDRC

SASARAN PENCAPAIAN OUTCOME

Indikator dibentuk bagi memudahkan proses penilaian dan penambah-
baikan dapat dilakukan dengan tersedianya nilai asas. Bagi kajian
outcome ini, sebilangan indikator telah dicadangkan oleh Jawatankua-
sa Kajian NCDRC seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 dan
kerangka keberhasilan dipaparkan dalam jadual 4.3.

39

OBJEKTIF PROJEK BHU INDIKATOR PENCAPAIAN (IP)
IP1: Bilangan kelas dan ruang pembelajaran khas
1. Menyediakan kemudahan fizikal BHU1: IP2: Bilangan penglibatan pelajar/
dan peralatan untuk menyokong Peningkatan kemudahan pelatih/penyelidik dalam dan luar
pengalaman pembelajaran pengajaran dan IP3: Bilangan kakitangan
kanak-kanak pembelajaran IP4: Peratusan kepuasan pelanggan dengan
perkhidmatan dan kemudahan
2. Mempergiatkan dan IP5: Peratusan keselesaan kakitangan NCDRC
mempelbagaikan penyelidikan dan dengan bangunan/ruang yang disediakan
penerbitan yang berkaitan dengan IP6: Bilangan enrolmen kanak-kanak
asuhan, didikan dan perkembangan IP7: Bilangan penawaran program, enrolmen
kanak-kanak pelajar dan jumlah yang bergraduasi

3. Menjadi pusat rujukan BHU2: IP1: Bilangan penyelidikan
kebangsaan bagi perkembangan
kanak-kanak Peningkatan penyelidikan IP2: Jumlah dana penyelidikan
dan penerbitan
IP3: Bilangan penerbitan

BHU3: IP1: Bilangan rujukan penanda aras dalam dan luar
Penanda aras prasarana negara
dan pendidikan awal IP2: Bilangan pelawat dalam dan luar negara
kanak-kanak IP3: Bilangan latihan/bengkel dan jumlah peserta
IP4: Bilangan kolaborasi (MOU/MOA/
BHU4: Jawatankuasa yang dianggotai)
Kebolehupayaan dalam IP5: Bilangan perundingan dan kepakaran yang
pemantauan dirujuk
perkembangan IP6: Bilangan profil yang direkodkan
kanak-kanak IP7: Bilangan pendidik dan TASKA yang mengguna
pakai kurikulum pembelajaran yang dihasilkan
IP8: Bilangan pengiktirafan diterima oleh NCDRC

Jadual 4.2: Cadangan Pembentukan Indikator (IP)

40

KEMENTERIAN / Kementerian Pengajian Tinggi
AGENSI
BHU 1. Peningkatan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
2. Peningkatan penyelidikan dan penerbitan
PROGRAM / PROJEK 3. Penanda aras bagi prasarana dan pendidikan awal kanak-kanak
KPI 4. Kebolehupayaan prasarana dalam pemantauan perkembangan kanak-kanak

INPUT Projek Pembangunan Kompleks Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara
(National Child Development Research Centre –NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris

1. 100% pertambahan ruang
2. 100% peningkatan kepuasan
3. 100% peningkatan sebagai pusat rujukan

Kos projek pembinaan komplek NCDRC RM 7 juta di bawah peruntukan
RMK-10

OBJEKTIF 1: INDIKATOR PENCAPAIAN

Menyediakan OUTPUT OUTCOME
kemudahan fizikal dan SASARAN SASARAN
peralatan untuk
menyokong • 1 blok pentadbiran dan penyelidikan • 80% kepuasan pelanggan
pengalaman • 1 blok TASKA • 50% peningkatan enrolmen kanak-kanak
pembelajaran • 1 blok TADIKA • 80% kepuasan kakitangan
kanak-kanak • 5 ruang gunasama (Dewan Serbaguna, Dewan • 50% peningkatan kakitangan
• 100% peningkatan penglibatan pelajar/pelatih/
Makan Taman Permainan, Children Learning
Centre, Sensory Integrated Gym) penyelidik
• 3 bilik pembelajaran khas (Snoozelen Room,
Sanative Playroom, Bilik Etnik Kreatif)

• 2 program • 100% peningkatan
pascasiswazah enrolmen pelajar
pascasiswazah

Jadual 4.3: Kerangka Keberhasilan (Result Framework-RF) , bersambung

41

INDIKATOR PENCAPAIAN

OUTPUT OUTCOME

OBJEKTIF 2: SASARAN SEBENAR SASARAN SEBENAR

Mempergiatkan dan • 6 penyelidikan • 34 penyelidikan • 50% peningkatan • 580% peningkatan
mempelbagaikan penyelidikan penyelidikan
penyelidikan dan
penerbitan yang • RM 300,000 dana • RM 11,253,653.46 • 50% peningkatan • 4,401.46%
berkaitan dengan penyelidikan dana penyelidikan dana penyelidikan peningkatan dana
asuhan, didikan dan penyelidikan
perkembangan
kanak-kanak • 10 penerbitan • 97 penerbitan • 50% peningkatan • 94% peningkatan
penerbitan penerbitan

• 1383 531 pengguna
buku kanak–kanak

• 12 rujukan penanda • 54 rujukan penanda • 100% peningkatan • 166.66% peningkatan
aras aras rujukan penanda aras rujukan penanda aras

• 24 latihan/ bengkel • 164 latihan / bengkel • 3,000 peserta bengkel • 13,885 peserta
bengkel

OBJEKTIF3: • 6 kolaborasi • 38 kolaborasi • 50% peningkatan • 90% peningkatan
kolaborasi kolaborasi
Menjadi pusat rujukan • 30 perundingan • 105 perundingan dan
kebangsaan bagi dan kepakaran yang kepakaran yang • 100% peningkatan • 320% peningkatan
perkembangan dirujuk dirujuk perundingan dan perundingan dan
kanak-kanak kepakaran yang dirujuk kepakaran yang dirujuk
• 1 pengiktirafan • 8 pengiktirafan
• 100% peningkatan • 100% peningkatan
• 1 modul asas dalam • 4 modul sistem pengiktirafan pengiktirafan
sistem pangkalan pangkalan data
data • 40,000 profil • 75,378 profil
kanak-kanak kanak-kanak
direkodkan direkodkan

• 5,000 profil pendidik • 19,951 profil pendidik
• 2,500 profil TASKA • 5,698 profil TASKA

• 1 modul asas • 1 modul asas latihan • 2,500 TASKA mengguna • 5,698 TASKA
latihan pendidik pendidik dan 5 modul pakai modul kurikulum mengguna pakai
dan kurikulum kurikulum PERMATA modul kurikulum
pembelajaran awal PERMATA
kanak-kanak dihasilkan

Jadual 4.3: Kerangka Keberhasilan (Result Framework-RF)

42



Analisis Kajian

Analisis Kajian

PENGENALAN

Bab ini membincangkan analisis kajian Penilaian Outcome Projek Pembangunan Kompleks
NCDRC di Kampus Sultan Azlan Shah. Analisis kajian ini berpandukan kepada pencapaian setiap
Indikator Pencapaian (IP) di bawah Bidang Hasil Utama (BHU) yang telah ditetapkan. Dapatan
analisis kajian adalah berdasarkan analisis dokumen, temubual, dan soal selidik.

BHU1 : PENINGKATAN KEMUDAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Analisis BHU1 dijalankan bertujuan menilai implikasi perlaksanaan program pembangunan
NCDRC melalui peningkatan kemudahan pengajaran dan pembelajaran (kemudahan ini
merangkumi TASKA dan TADIKA, ruang gunasama dan bilik pasca siswazah). IP tertentu
digunakan untuk mengukur dan membuat penilaian tahap keberkesanan penggunaan
ruang-ruang yang disediakan dalam projek pembangunan Kompleks NCDRC serta kecekapan
kos yang ditanggung oleh pihak pengurusan universiti dalam projek pembangunan ini.

45

BILANGAN KELAS DAN RUANG PEMBELAJARAN KHAS
Analisis kajian menunjukkan pendidikan kanak-kanak prasekolah iaitu TADIKA telah diserap di bawah
penyeliaan NCDRC bermula tahun 2013 di mana sebelum itu TADIKA adalah di bawah seliaan Fakulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM). Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak
dipertanggungjawabkan kepada NCDRC dengan kewujudan blok TASKA PERMATA UPSI dan TADIKA
BITARA UPSI di Kompleks NCDRC.

Jadual 5.1 menunjukkan ruang yang disediakan di TASKA PERMATA UPSI dan TADIKA BITARA UPSI di
Kompleks NCDRC. Keluasan Blok TASKA meningkat sebanyak 331.44% daripada 264m2 kepada
1139m2. Manakala, TADIKA sebelum ini tiada di bangunan NCDRC yang lama, kini telah diwujudkan
di Kompleks NCDRC yang dibina dengan keluasan 1160m2. Pertambahan bilangan kelas
pembelajaran di Kompleks NCDRC telah memberi kemudahan kepada ibu bapa terutamanya
kakitangan UPSI untuk menempatkan anak-anak mereka di tempat yang lebih selesa dengan
perkhidmatan pembelajaran yang lebih baik dan persekitaran yang lebih kondusif.

46

Bil Penyediaan Ruang NCDRC, Bangunan SKTM, KSAJS NCDRC, KSAS, Proton City

Ruang pengurusan Ruang pentadbiran yang turut 1. Penyediaan ruang pentadbiran yang lebih tersusun dengan
1 pentadbiran merangkumi (kerja-kerja penyelarasan unit-unit;
penyelidikan, pengurusan • Unit Pentadbiran dan Kewangan
Ruang pengajaran dan TASKA dan penerbitan) • Unit Penyelidikan
2 pembelajaran Keluasan : 164.81m2 • Unit Pasca siswazah
• Unit Jangkauan dan Penerbitan
kanak-kanak • Unit Pangkalan Data
berkeperluan khas
2. Penyediaan bilik Pengarah, Timbalan Pengarah dan Pegawai
Kelas pembelajaran 3. Penyediaan bilik mesyuarat utama dan bilik perbincangan
kanak-kanak 4. Pejabat penyelidikan turut disediakan
3 5. Penyediaan ruang pejabat pengurusan TASKA dan TADIKA

(termasuk bilik guru dan pengurus TASKA dan TADIKA)

Keluasan: 1274.4m2

Tiada Penyediaan Sanative Playroom dan Snoozelen Room

Penyediaan Ruang TASKA Keluasan: 63.3m2
• 1 kelas (1 hingga 2 tahun)
• 1 kelas (3 tahun) 1. Penyediaan ruang TASKA - 1 blok terdiri daripada 5 kelas iaitu:
• 2 kelas (4 tahun)
Keluasaan :264m2 • 1 bilik bayi
• 1 bilik 1 tahun
• 1 bilik 2 tahun
• 1 bilik 3 tahun
• 2 bilik aktiviti
• 2 bilik permerhatian
• 2 bilik persalinan

Keluasan: 1139m2

2. Penyediaan ruang TADIKA - 1 blok terdiri daripada 6 kelas iaitu:
• 2 kelas 4 tahun
• 2 kelas 5 tahun
• 2 kelas 6 tahun
• Bilik Puppet
• Bilik Sukan
• Bilik Jahitan
• 2 tandas
• Bilik Pemerhatian

Keluasan: 1160m2

47

Bil Penyediaan Ruang NCDRC, Bangunan SKTM, KSAJS NCDRC, KSAS, Proton City
4 Penyediaan bilik pasca
Tiada Penyediaan bilik pasca siswazah di tingkat satu bagi memudahkan
siswazah pelajar-pelajar pasca siswazah menjalankan penyelidikan dan
penyediaan laporan dan sebagainya.

Keluasan: 198m2

• Dapur • Dewan Serbaguna
• Dewan Makan
• Dewan Makan • Dapur
• Children Learning Centre (Perpustakaan)
• Toy Library • Sensory Integrated Gym
• Bilik Etnik Kreatif
5 Ruang gunasama (dalam • Taman Permainan • Taman permainan yang lebih luas
• Bilik Mandi • Edible Garden
dan luar bangunan) • Wading Pool
• Sand Pit
Keluasan: 782m2 • Kids Kitchen
• Bilik VIP

Keluasan: 4016.26m2

Jadual 5.1 : Pertambahan penyediaan ruang di NCDRC berbanding ruang yang disediakan
semasa di Bangunan SKTM, KSAJ

48

Blok Pentadbiran di Kompleks NCDRC
49

Blok TASKA Blok Penyelidikan
Blok TADIKA

50

Taman Permainan
51

Wading Pool Sand Pit
Edible Garden

52

Dewan Serbaguna

Sanative Playroom
53

Kelas Pembelajaran

Children Learning Centre
(CLC)

54

Sensory Integrated Gym
(SIG)

Snoozelen Room
55

Kids Kitchen

Dewan Makan

56

Aktiviti kanak-kanak bersama guru pelatih
57

Jumlah

Graf 5.1 : Jumlah dan peningkatan penglibatan pelajar/pelatih dalam dan luar

IP2 : BILANGAN PENINGKATAN PENGLIBATAN PELAJAR/PELATIH DALAM DAN LUAR
Analisis kajian di Graf 5.1 menunjukkan pada tahun 2012, jumlah pelajar yang membuat praktikum dari dalam dan luar
UPSI adalah seramai 5 orang, manakala peningkatan pelajar yang membuat kajian di NCDRC dari tahun 2012 sehingga
2017 meningkat kepada 25 orang pelajar. Secara keseluruhan, peningkatan penglibatan pelajar pada tahun 2012 sehingga
2017 adalah sebanyak 370%.

IP3 : BILANGAN KAKITANGAN
Analisis kajian yang dipaparkan Graf 5.2 di sebelah, menunjukkan jumlah dan peningkatan kakitangan NCDRC sejak
penubuhan Kompleks NCDRC. Jumlah kakitangan meningkat sebanyak 83.87% sejak tahun 2012 sehingga kini. Sehingga
tahun 2016, NCDRC telah mempunyai 2 orang Timbalan Pengarah dan 2 orang penyelaras berbanding tahun 2012 di mana
jawatan ini tidak ditawarkan. Penambahan bilik pejabat di Kompleks NCDRC telah memberi ruang untuk penambahan
kakitangan dan pakar yang bermanfaat kepada pengurusan NCDRC. Bilangan pendidik juga meningkat dari 8 orang pada
tahun 2012 kepada 14 orang pada tahun 2017. Oleh itu, pembelajaran di TASKA dan TADIKA di NCDRC telah dapat
dipertingkatkan dan berkembang dengan lebih efektif. Selain itu, pada tahun 2012 hanya terdapat 1 orang pembantu
pengurusan murid tetap telah meningkat kepada 11 orang bagi membantu guru dalam menguruskan kanak-kanak.

IP4 : PERATUSAN KEPUASAN PELANGGAN DENGAN PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN
Analisis kajian mendapati purata peratusan kepuasan pelanggan bagi kemudahan dan perkhidmatan TASKA dan TADIKA
NCDRC, KSAS adalah sebanyak 95.77%. 96.53% pelanggan (ibu bapa) yang mengisi borang soal selidik yang diedarkan
bersetuju bahawa keperluan untuk kanak-kanak dan ibu bapa di TASKA dan TADIKA yang disediakan adalah sangat
memuaskan. Merujuk kepada Graf 5.3 di sebelah, 92.10% telah berpuas hati dengan pencapaian anak-anak yang
mendapatkan perkhidmatan di NCDRC. Hasil kajian juga menunjukkan 98.67% berpuas hati dengan kemudahan ruang dan
peralatan yang disediakan di Kompleks NCDRC.

58

Graf 5.2 : Jumlah dan peningkatan kakitangan di NCDRC

Graf 5.3 : Tahap kepuasan Memenuhi keperluan 96.53%
pelanggan bagi kemudahan dan masyarakat 98.69%
perkhidmatan TASKA dan
TADIKA di Kompleks NCDRC Kemudahan zikal sekolah 96% 98% 100%
Perkhidmatan yang
diberikan 92.10%
90% 92% 94%

Graf 5.4 :Tahap kepuasan kakitangan di Persekitaran tempat kerja 99.53%
Kompleks NCDRC Keselamatan tempat kerja 94.16%
89.16%
Kemudahan-kemudahan lain
97.01%
Kepuasan bekerja

80% 84% 88% 92% 96% 100%

59

IP5: PERATUSAN KESELESAAN KAKITANGAN NCDRC DENGAN BANGUNAN / RUANG YANG
DISEDIAKAN

Graf 5.4 menunjukkan 99.53% kakitangan NCDRC berpuas hati dengan persekitaran tempat
kerja di bangunan baru dan mencapai tahap kepuasan setinggi 94.16% dengan keselamatan di
tempat kerja mereka. 89.16% didapati berpuas hati dengan kemudahan-kemudahan lain di
NCDRC dan sebanyak 97.01% bersetuju dengan kepuasan bekerja di bangunan baru. Secara
purata tahap peratus keselesaan kakitangan adalah sebanyak 94.97%.

IP6: BILANGAN ENROLMEN KANAK-KANAK

Kewujudan TADIKA dan pertambahan kelas pembelajaran di Kompleks NCDRC juga
memperlihatkan pertambahan kanak-kanak yang mendapatkan pendidikan dan asuhan di
TASKA dan TADIKA NCDRC. Analisis kajian menunjukkan peningkatan enrolmen kanak-kanak
di TADIKA dan TASKA NCDRC setelah memulakan operasi di bangunan baru. Pada Graf 5.5 di
bawah, peningkatan enrolmen kanak-kanak di TADIKA dari tahun 2012 meningkat kepada 75
pada tahun 2013. Bagi TASKA pula, peningkatan berlaku pada 2013 sebanyak 136 berbanding
58 pada tahun 2012. Purata peningkatan bilangan enrolmen kanak-kanak adalah sebanyak
110.52%. Peningkatan ketara ini menunjukkan keyakinan dan kepuasan ibu bapa dan penjaga
terhadap keupayaan NCDRC mendidik anak-anak dengan lebih baik di bangunan baru ini.

Graf 5.5 : Jumlah dan peningkatan enrolmen TADIKA dan TASKA NCDRC

60

BILANGAN PENAWARAN PROGRAM, ENROLMEN DAN PELAJAR PASCA SISWAZAH YANG
BERGRADUASI

Terdapat empat program pengajian pascasiswazah yang ditawarkan di NCDRC seperti di
jadual 5.2. Kajian menunjukkan peningkatan enrolmen pelajar dan jumlah pelajar di bawah
seliaan NCDRC yang telah bergraduasi. Dari Graf 5.6, sebanyak 200% peningkatan enrolmen
pelajar dari tahun 2013 ke 2017, di mana 6 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengaji-
an. Jumlah ini dilihat meningkat berbanding di kemudahan sebelum ini.

KOD PROGRAM NAMA PROGRAM

MT 17 R Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak

PT 17 Doktor Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

MT 140 Sarjana Sains (Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja)

PT 140 Doktor Falsafah (Perkembangan Kanak-Kanak dan Remaja)

Jadual 5.2 : Tawaran program pengajian pascasiswazah di bawah NCDRC

Graf 5.6 : Enrolmen pelajar di bawah seliaan NCDRC

61

BHU2 : PENINGKATAN PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

Analisis BHU2 adalah berfokus kepada objektif untuk mempergiatkan dan mempelbagaikan
perkembangan didikan dan asuhan kanak-kanak. Analisis BHU2 dijalankan bertujuan menilai
peningkatan aktiviti penyelidikan dan penerbitan di NCDRC sepanjang penubuhan Kompleks NCDRC
di KSAS. IP tertentu digunakan untuk mengukur dan membuat penilaian tahap keberkesanan BHU2
seperti yang diterangkan pada dapatan penyelidikan yang berkaitan dengan kajian setiap IP yang
ditetapkan.

IP1 : BILANGAN PENYELIDIKAN
Hasil kajian mendapati peningkatan dalam aktiviti penyelidikan berkaitan asuhan dan didikan kanak-kanak
bermula 2013 hingga 2017 dengan adanya pejabat penyelidikan dan kemudahan-kemudahan sokongan di
NCDRC. Pelbagai dana dan geran penyelidikan diperoleh dan kebanyakannya adalah daripada agensi luar.
Graf 5.7 di bawah menunjukkan peningkatan jumlah dana penyelidikan yang diterima sewaktu NCDRC
beroperasi di KSAJS (2006-2012) dan ketika beroperasi di Kompleks NDCRC, KSAS (2013 – 2017). Purata
peningkatan bilangan penyelidikan ialah sebanyak 580%. Peningkatan ketara bilangan penyelidikan yang
dijalankan pada tahun 2015 iaitu sebanyak 20 penyelidikan telah menyumbang kepada peningkatan
peratusan ini.

Graf 5.7 : Bilangan penyelidikan

62

IP2 : JUMLAH DANA PENYELIDIKAN Graf 5.8 : Jumlah dana penyelidikan
Dari Graf 5.8 dapat dilihat lonjakan yang Graf 5.9 : Bilangan penerbitan di NCDRC
ketara dalam peningkatan dana penyelidi-
kan (sebanyak 4,401.46%) sejak tahun
2012 hingga 2016. Manakala jumlah dana
yang diperolehi pada tahun 2013 pula
sebanyak RM1,759,990 dan kemudiannya
meningkat pada tahun 2014 dengan dana
sebanyak RM140,000
diperolehi untuk tujuan penyelidikan.
Dana penyelidikan tertinggi diperolehi
oleh NCDRC iaitu pada tahun 2015
berjumlah RM9,353,663.46.

IP3: BILANGAN PENERBITAN
Kajian mendapati aktiviti penerbitan
telah dilaksanakan di NCDRC bermula
tahun 2013 berbanding di awal
penubuhan NCDRC di KSAJS. Antara
penerbitan yang dilaksanakan oleh
NCDRC adalah seperti jurnal, monograf,
buku dan lain-lain hasil penyelidikan.
Selain itu, NCDRC juga turut berkolab-
orasi dalam penyediaan bahan-bahan
penulisan untuk diterbitkan oleh agensi
luar. Graf 5.9 menunjukkan bilangan
penerbitan di NCDRC dan kolaborasi
sumbangan idea penulisan oleh
pendidik di NCDRC.

63

Koleksi Jurnal dan Prosiding yang diterbitkan
oleh Unit Penerbitan NCDRC

64

Buletin
NCDRC

Koleksi Buku
Ilmiah
65

Koleksi Siri Buku
Upin Ipin

66

Koleksi Siri
Buku Terjemahan

Pada tahun 2013, penulisan berbentuk monograf dan jurnal/prosiding telah diterbitkan. Pada tahun berikutnya iaitu
tahun 2014, dapat dilihat bilangan penerbitan makin meningkat termasuk penerbitan bahan bacaan kanak-kanak oleh
NCDRC. Purata peningkatan penerbitan di NCDRC adalah sebanyak 94%.

Peningkatan ketara adalah dalam penerbitan bahan bacaan kanak-kanak (bersama kerjasama dengan agensi luar) iaitu
sebanyak 50 buah penerbitan. Jumlah ini diikuti pada tahun 2015 iaitu sebanyak 12 buah penerbitan. Pada tahun 2015
juga, NCDRC turut menerbitkan prosiding dan 2 jurnal berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Penerbitan jurnal
diteruskan untuk tahun berikutnya iaitu 2017.

67

BHU3 : PENANDA ARAS PRASARANA DAN PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK

BHU3 adalah berfokus kepada objektif untuk memperkasakan modal insan terutamanya daripada aspek
pembelajaran yang disediakan, latihan dan penyediaan program pengajian di bawah seliaan NCDRC.
Dapatan kajian adalah berpandukan kepada setiap IP yang ditetapkan IP untuk mengukur dan membuat
penilaian tahap keberkesanan BHU3.

IP1: BILANGAN RUJUKAN PENANDA ARAS DALAM DAN LUAR NEGARA
Graf 5.10 di bawah menunjukkan peningkatan yang ketara di dalam bilangan rujukan penanda aras dari
dalam dan luar negara. Purata peningkatan bilangan rujukan penanda aras dalam negara dari tahun
2012 hingga 2017 adalah sebanyak 166.66%. Tahun 2016 dilihat menyumbang sebanyak 12 rujukan dari
berbagai agensi, manakala setakat ini pada tahun 2017 sebanyak 13 rujukan penanda aras telah diper-
olehi NCDRC. Bagi purata peningkatan bilangan rujukan penanda aras luar negara pula menunjukkan
peningkatan sebanyak 180%.

Graf 5.10 : Bilangan rujukan penanda aras dalam dan luar negara

68

Lawatan dari Chase
Lane Primary School,
United Kingdom 2017

Lawatan dari Nagoya
University, Jepun 2015
69

Lawatan dari Western
Michigan University
2017

Lawatan kelompok
kerja BUNDA PAUD,
Acheh 2016

70

IP2 : BILANGAN PELAWAT DALAM DAN LUAR NEGARA
Analisis kajian menunjukkan peningkatan bilangan pelawat
yang dari dalam dan luar negara ke Kompleks NCDRC. Graf
5.11 menunjukkan pada tahun 2012 sebanyak 53 orang
telah melawat Kompleks NCDRC. Peningkatan ketara pada
tahun 2014 iaitu sebanyak 220 orang pelawat, manakala
pada tahun 2017 pula, Kompleks NCDRC
menerima seramai 383 orang pelawat. Purata peningkatan
jumlah pelawat yang melawat NCDRC dari tahun
2012 - 2017 adalah sebanyak 347.55%.

Graf 5.11 : Bilangan pelawat dari dalam dan luar negara

IP3 : BILANGAN LATIHAN/BENGKEL DAN JUMLAH PESERTA Graf 5.12 : Bilangan peserta yang menghadiri bengkel/latihan
Kajian mendapati peningkatan bilangan bengkel/latihan yang dijalankan NCDRC
yang diadakan oleh NCDRC. Ini dapat dinilai dengan purata
peningkatan yang ketara sebanyak 720% dengan lonjakan
purata peratusan peningkatan jumlah peserta yang
menghadiri bengkel-bengkel tersebut iaitu sebanyak
417.94%.

Kewujudan sistem National Child Data Center (NCDC) dilihat
banyak menyumbang kepada pertambahan bengkel dan
peserta. Ini kerana NCDC menjalankan bengkel pengenalan
dan penggunaan sistem ini kepada TASKA seluruh negara.
Oleh itu, jumlah bengkel yang dianjurkan pada tahun 2015
meningkat kepada 119 bengkel dengan jumlah peserta
seramai 11321 orang seperti yang ditunjukkan di dalam Graf
5.12 dan 5.13.

Graf 5.13 : Bilangan bengkel/latihan yang dijalankan NCDRC

71

Graf 5.14 : Bilangan Kolaborasi (MOU/MOA/Jawatankuasa yang dianggotai)

IP4 : BILANGAN KOLABORASI (MOU/MOA/JAWATANKUASA YANG DIANGGOTAI)
Kajian menunjukkan pertambahan ketara pada bilangan kerjasama dan kolaborasi yang dijalankan oleh NCDRC
dengan agensi-agensi yang terlibat. Sebanyak 38 kolaborasi di antara NCDRC dengan agensi-agensi terlibat dari
tahun 2013 sehingga 2017 berbanding pada tahun 2012 hanya 4 kolaborasi sahaja. Jumlah ini menghasilkan
peratus peningkatan kolaborasi sebanyak 90%. Jadual 5.3 dan 5.4 menyenaraikan agensi dan jawatankuasa yang
terlibat di dalam MOU/MOA dengan NCDRC sejak berpindah ke kompleks baru.
Graf 5.14 menunjukkan senarai dan aktiviti kolaborasi antara NCDRC dengan agensi-agensi yang terlibat. Kolab-
orasi ini termasuk penghasilan bahan bacaan kanak-kanak dan penyelidikan kurikulum PERMATA.

72

BIL NAMA AGENSI YANG TERLIBAT
1 Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN)
2 PERMATAPintar, UKM
3 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
4 HELP University
5 Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM)
6 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
7 Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak (e2L)
8 PERMATA
9 MAMPU
10 Bhgn. Pengurusan Belanjawan (UPT)
11 MiMOS Berhad
12 Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
13 Kementerian Kesihatan Malaysia
14 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
15 ECCE Council
16 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
17 National Association of Early Childhood Care and Education Malaysia (NAECCEM)
18 SEGI University
19 S.K Behrang 2020
20 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
21 Microsoft (M) Sdn Bhd
22 NYLA Sdn Bhd
23 Bhgn. Pendidikan Teknik dan Vokasional,KPM
24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
25 Kementerian Kewangan Malaysia

Jadual 5.3: Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan dan Pembangunan Kanak-Kanak Kebangsaan

73

BIL TAHUN NAMA AGENSI / AKTIVITI
JAWATANKUASA

1 2014 Alkem Company Penghasilan bahan bacaan kanak-kanak

2 2015 Bahagian PERMATA, JPM Melaksanakan penyelidikan bagi
3 2016 KS Intellectual penambahbaikan kurikulum PERMATA

Latihan STEM untuk pendidikan

4 2016 Servco Resources Penyelidikan Bahan

5 2016 TASKA PUSPANITA KPT Naiktaraf TASKA PUSPANITA dan
pengdigitalan bahan Pengajaran & Pembelajaran

6 2016 Samsung (M) Electronics Pendigitalan bahan pengajaran dan
7 2016 Sdn Bhd pembelajaran untuk Taska KPT

Philippine Normal University PNU menghantar pelajar PHD ke UPSI

8 2016 Kiddo Sciences Sdn Bhd Bengkel Awal Sains

9 2016 Anglia Ruskin University (ARU) Program kakitangan di ARU

10 2016 Nyla Sdn Bhd Penghasilan bahan bacaan kanak-kanak

11 2017 SEGi University Penyelidikan

12 2017 HELP University Penyelidikan

13 2017 Tadika ABS & Goldmine Evolution Kongres Guru Tadika Kebangsaan
Sdn Bhd

14 2017 ALT Exhibition Sdn Bhd Early Childhood Education Expo

15 2017 Microsoft (M) Sdn Bhd Sumbangan bahan pengajaran dan
pembelajaran (Xbox Kinect)

Jadual 5.4: Bilangan Kolaborasi NCDRC dengan agensi

74

Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan
Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan 2015

Majlis menandatangani MOU bersama
Bahagian PERMATA, JPM

Majlis menandatangani MOU bersama
Alkem Company
75

IP5 : BILANGAN PERUNDINGAN DAN KEPAKARAN YANG DIRUJUK

Graf 5.15 di bawah menunjukkan analisis kajian terhadap bilangan perundingan
dan kepakaran yang dirujuk dengan NCDRC. Pelbagai agensi dan individu dari
dalam dan luar negara menjadikan NCDRC sebagai pusat rujukan utama dalam
pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak. Purata peningkatan bilangan
rujukan dari tahun 2012 hingga 2017 adalah sebanyak 320%.

Graf 5.15 : Bilangan perundingan dan kepakaran yang dirujuk

76

BHU4 : KEBOLEHUPAYAAN DALAM PEMANTAUAN
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Analisis BHU4 adalah berfokus kepada objektif untuk menunjukkan kebolehupayaan
dalam pemantauan perkembangan kanak-kanak. Analisis BHU4 dijalankan bertujuan
menilai prasarana di Kompleks NCDRC di KSAS. IP tertentu digunakan untuk mengukur
dan membuat penilaian tahap keberkesanan BHU4 seperti yang diterangkan pada
dapatan kajian setiap IP yang ditetapkan.
IP6: BILANGAN PROFIL YANG DIREKODKAN
Bilangan profil yang direkodkan melalui sistem Pusat Data Kanak-Kanak (National Child
Data Centre - NCDC) ialah sebanyak 5,698 TASKA, 19,551 orang kakitangan (pendidik,
pengusaha dan pengasuh) dan 75,378 orang kanak-kanak seperti yang tertera di Graf 5.16.

Graf 5.16 : Bilangan profil yang direkodkan

77

Sistem NCDC

NCDC di dalam hamparan NCDC di dalam hamparan
Berita Harian, 9 Mac 2016 Utusan Malaysia, 9 Mac 2016

78

IP7: BILANGAN PENDIDIK DAN TASKA YANG MENGGUNA PAKAI KURIKULUM PEMBELAJA-
RAN YANG DIHASILKAN
Modul latihan pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak PERMATA telah dihasilkan oleh
Prof Emeritus Dato Dr. Aminah Ayob melalui kajian beliau pada tahun 2011 dibawah
pembiayaan geran PERMATA. Seramai 654 orang pengusaha, pendidik atau pengasuh TASKA di
Malaysia telah menggunapakai kurikulum PERMATA tahun 2012 dan makin meningkat kepada
19,951 orang setakat pada tahun 2017.
Manakala sebanyak 5698 jumlah TASKA telah menggunakan kurikulum ini berbanding 327
TASKA sahaja pada tahun 2012. Analisis kajian Graf 5.17 di bawah menunjukkan bilangan dan
peningkatan pendidik dan TASKA yang menggunakan kurikulum pembelajaran yang dihasilkan
oleh NCDRC. Terdapat peningkatan sebanyak 510.12% pendidik dan sebanyak 248.50% TASKA
yang telah menggunakan kurikulum pembelajaran ini.

Graf 5.17 : Penggunaan Kurikulum PERMATA Negara

79

Modul latihan bagi Kurikulum PERMATA Negara yang dihasilkan NCDRC

80

IP8: BILANGAN PENGIKTIRAFAN DITERIMA
Analisis kajian mendapati NCDRC memperoleh pengiktirafan yang membanggakan pada
tahun 2015 melalui anugerah NUCEL 2015 (pingat Perak) untuk Sistem Pusat Data
Kanak-kanak Kebangsaan (National Child Data Centre-NCDC) dan Sistem PERMATA
Children Intelligent Scale (PCIS). Graf 5.18 di bawah menunjukkan bilangan pengiktirafan
yang diterima dari tahun 2012 sehingga 2017. Peningkatan 5 tahun kebelakangan ini bagi
pengiktirafan adalah sebanyak 100%.
Sejak tahun 2014 NCDRC juga telah menggunapakai International Standard Operation
(ISO 9001: 2008) yang di anugerahkan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam
skop pengurusan penyelidikan, penerbitan dan proses sokongan yang berkaitan.

Graf 5.18 : Bilangan pengiktirafan yang diterima

81

Anugerah NUCEL 2015 (Pingat Perak) untuk Anugerah NUCEL 2015 (Pingat Perak) untuk
Sistem Pusat Data Kanak-kanak Kebangsaan sistem PERMATA Children Intelligent Scale
(National Child Data Centre - NCDC) (PCIS)

Anugerah Quality Management System Anugerah Guru PERMATA
yang diterima

82



Pemerhatian dan
Keputusan

Pemerhatian dan
Keputusan

PENGENALAN

Bab ini membincangkan hasil analisis pemerhatian dan keputusan yang dicapai mengenai keseluruhan
pencapaian outcome pelaksanaan Projek Pembangunan Kompleks NCDRC di bawah infrastruktur RMK-10
Kementerian Pengajian Tinggi. Jadual 6.1 menjelaskan tentang input, output dan outcome pelaksanaan
projek pembinaan Kompleks NCDRC di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI mengikut kerangka keberhasilan.

85

PENILAIAN INPUT, OUTPUT DAN OUTCOME
PROJEK PEMBINAAN KOMPLEKS NCDRC

Projek Pembangunan Kompleks NCDRC di KSAS telah dilaksanakan dengan kos
pembinaan berjumlah RM 7 juta yang diterima UPSI di bawah peruntukan RMK-10.
Peruntukan yang disalurkan telah mewujudkan kemudahan infrastruktur baru khususnya
ruang pentadbiran, penyelidikan serta pengajaran dan pembelajaran (TASKA dan TADIKA).
Manfaat yang diperoleh melalui pembinaan Kompleks NCDRC di KSAS ini telah mewujudkan
satu nilai tambah kepada UPSI dan negara dalam menyediakan prasarana yang baik dalam
membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak terutamanya dalam bidang
penyelidikan berkaitan didikan dan asuhan kanak-kanak.

Projek pembinaan ini dibiayai dengan kos berjumlah RM 7 juta dan kos tersebut merangkumi
penyediaan beberapa kemudahan prasarana dan kemudahan dalam menyokong proses
penyelidikan, penerbitan, pengajaran, pembelajaran dan lain-lain. Penyediaan ruang-ruang
seperti ruang pentadbiran, blok penyelidikan, bilik-bilik TASKA dan TADIKA (kelas kanak-kanak
dari umur 0-6 tahun), Snoozelen Room dan Sanative Playroom untuk kanak-kanak
berkeperluan khas, Kids Kitchen, Children Learning Centre, Bilik Etnik Kreatif, Sensory
Integrated Gym (SIG), Dewan Makan, Ruang Gunasama dan Bilik Pasca Siswazah telah
membantu meningkatkan prestasi NCDRC sebagai sebuah pusat rujukan perkembangan
kanak-kanak kebangsaan.

86

Pembinaan dan penyediaan kemudahan ruang pentadbiran
serta pengajaran dan pembelajaran (TASKA, TADIKA dan
pasca siswazah) memberikan hasil yang signifikan teru-
tamanya kepada NCDRC dari aspek pengendalian aktiviti
dan pentadbiran. Pelaksanaan projek pembangunan
Kompleks NCDRC telah mewujudkan pelbagai jenis ruang
yang khusus yang telah meningkatkan prestasi
pengoperasian NCDRC.

87

KEMENTERIAN / Kementerian Pengajian Tinggi
AGENSI
1. Peningkatan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
BHU 2. Peningkatan penyelidikan dan penerbitan
3. Penanda aras bagi prasarana dan pendidikan awal kanak-kanak
4. Kebolehupayaan prasarana dalam pemantauan perkembangan kanak-kanak

PROGRAM / PROJEK Projek Pembangunan Kompleks Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara
(National Child Development Research Centre –NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris

KPI 1. 100% pertambahan ruang
2. 100% peningkatan kepuasan
OBJEKTIF 1: 3. 100% peningkatan sebagai pusat rujukan
Menyediakan
kemudahan fizikal dan INDIKATOR PENCAPAIAN
peralatan untuk
menyokong OUTPUT OUTCOME
pengalaman
pembelajaran SASARAN SEBENAR SASARAN SEBENAR
kanak-kanak
• 1 blok pentadbiran • 762% peningkatan • 80% kepuasan • 95.77% kepuasan
dan penyelidikan keluasan ruang pelanggan pelanggan

• 1 blok TASKA • 50% peningkatan • 110.52% peningkatan
• 1 blok TADIKA enrolmen kanak-kanak enrolmen
• 5 ruang gunasama kanak-kanak
• 80% kepuasan
(Dewan Serbaguna, kakitangan • 94.97% kepuasan
Dewan Makan Taman kakitangan
Permainan, Children • 50% peningkatan
Learning Centre, kakitangan • 83.87% peningkatan
Sensory Integrated kakitangan
Gym) • 100% peningkatan
• 3 bilik pembelajaran penglibatan • 370% peningkatan
khas (Snoozelen pelajar/pelatih/ penglibatan
Room, Sanative penyelidik pelajar / pelatih /
Playroom, Bilik Etnik penyelidik
Kreatif)

• 2 program • 4 program baru • 100% peningkatan • 200% peningkatan
pascasiswazah pascasiswazah enrolmen pelajar enrolmen pelajar
ditawarkan pascasiswazah pascasiswazah

Jadual 6.1 : Input, Output dan Outcome pelaksanaan Projek Pembangunan Kompleks NCDRC

88


Click to View FlipBook Version