d) Media Sosial
Media sosial merupakan platform yang
praktikal, mudah dan murah serta
mempunyai statistik pengguna yang tinggi
pada masa kini.
Contohnya Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan YouTube. Media
sosial tersebut merupakan platform yang paling kerap digunakan
untuk promosi perniagaan.
Platform media sosial ini boleh digunakan sebaik mungkin untuk
memasarkan perkhidmatan reka bentuk grafik dan menjana
pendapatan pasif.
e) Perkhidmatan e-mel secara automatik
Mengirim semula mesej ke alamat e-mel
lain secara automatik dan boleh memilih
untuk mengirim semula semua mesej
baharu atau mesej tertentu sahaja.
Antaranya adalah MailChimp yang
merupakan salah satu platform pemasaran dan perkhidmatan e-mel
secara automatik.
245
g) Kain Rentang dan Gegantung
Kain rentang dan
gegantung (banner dan bunting)
adalah antara media pemasaran
konvensional dan masih relevan.
Strategi pemasaran ini juga
murah dan berbaloi. Tetapi strategi pemasaran ini hanya tertumpu di
kawasan yang dipamerkan sahaja.
Kain rentang dan gegantung sangat efektif sekiranya rekaan kain
rentang dan gegantung itu mampu menarik klien untuk mengenali
atau menyebarkan maklumat perniagaan kepada komuniti.
h) Kad Perniagaan
Kad Perniagaan adalah
sangat penting untuk sesuatu
perniagaan, mahupun
pemasaran.
Strategi pemasaran ini adalah
sangat pratikal dan tidak
terhad.
246
Setiap usahawan yang menceburkan diri dalam bidang
keusahawanan harus mempunyainya.
Kad perniagaan perlu mempunyai info ringkas pengenalan diri,
nombor telefon untuk dihubungi dan jenis perniagaan yang
ditawarkan.
Memberikan imej profesional syarikat dan dapat meyakinkan klien.
i) Testimonial
Testimonial ialah kenyataan dan pengalaman serta penilaian mutu
perkhidmatan klien terdahulu terhadap perkhidmatan atau produk
yang telah digunakan.
Testimonial klien sedia ada adalah sangat penting bagi meyakinkan
klien yang baharu tambahan pula testimonial sebelum ini adalah
daripada klien yang mempunyai pengaruh.
Testimoni yang positif dapat memberikan reputasi yang baik terhadap
perniagaan.
Usahawan juga perlu melihat sedikit sebanyak testimoni yang negatif
untuk meyakinkan klien bahawa tiada pemalsuan dibuat.
247
j) Kempen
Kempen adalah antara pelan pemasaran bagi usahawan membina
reputasi perniagaan mereka.
Para usahawan perlu jelas tentang kempen pemasaran yang akan
dijalankan agar sesuai dan menepati sasaran dengan pelan
pemasaran mereka.
Memberikan gambaran penuh mengenai objektif dan strategi
pemasaran untuk menarik sasaran pasaran dalam produk atau
perkhidmatan yang dijalankan.
Perlu difikirkan dari sudut parameter sebagai butiran objektif
pemasaran yang berkaitan dengan objektif dan jangka masa kempen
pemasaran dijalankan.
Hasil kempen yang dijalankan perlu diukur bagi membolehkan
perancangan kempen pemasaran untuk masa hadapan.
248
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1.Capaian internet
2. Perisian manipulasi imej
TUGASAN
Murid diminta untuk menghasilkan satu iklan pemasaran
berdasarkan perkhidmatan sebagai seorang pereka grafik.
Iklan pemasaran perlu mempunyai butiran seperti
perkhidmatan yang disediakan, contoh hasil kerja dan
maklumat yang boleh dihubungi.
LANGKAH KERJA
1. Murid melakukan kajian lapangan berdasarkan tema iklan pemasaran.
(contoh: iklan perkhidmatan menghasilkan kain rentang, gegantung,
perkhidmatan kad perniagaan atau perkhidmatan fotografi perkahwinan).
2. Murid membuat proses lakaran berdasarkan kajian lapangan (lakaran kecil,
lakaran kasar dan lakaran komprehensif).
3. Murid menyisip dan menyusun sumber dalam perisian manipulasi imej.
4. Murid membuat simpanan fail dalam bentuk .jpg dan memuat naik ke dalam
laman sosial yang ditetapkan (Instagram atau Facebook).
249
Anda kreatif?
Buat kajian lapangan untuk menghasilkan beberapa jenis iklan
pemasaran bagi perkhidmatan identiti korporat yang merangkumi
rekaan logo, kad perniagaan, kepala surat dan sampul surat.
LATIHAN / PENILAIAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran dari sudut perkhidmatan
rekaan grafik?
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
2. Senaraikan empat strategi pemasaran yang telah dipelajari.
i. ……………………………………………
ii. ……………………………………………
iii. ……………………………………………
iv. ……………………………………………
250
3. Huraikan satu analisis pemasaran yang boleh dilakukan oleh seseorang
pereka grafik dalam mempromosikan perkhidmatan mereka.
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
4. Berdasarkan kepada analisis pemasaran, mengapa kad perniagaan
penting dalam membantu memasarkan perkhidmatan anda sebagai
seorang pereka grafik?
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
251
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas:
Standard 7.3 Projek Pameran Kreatif
Kandungan:
Standard 7.3.2 Membuat analisis strategi pemasaran untuk
Pembelajaran: mempromosikan karya grafik menerusi pameran.
7.3.3 Membuat justifikasi keperluan projek Pameran Kreatif.
7.3.4 Menyediakan kertas cadangan projek Pameran Kreatif
secara berkumpulan.
7.3.5 Menghasilkan bahan promosi projek Pameran Kreatif
secara individu dan berkumpulan.
7.3.6 Melaksanakan projek Pameran Kreatif secara
berkumpulan dan mempromosikan diri sebagai
pereka grafik pereka grafik dan karya grafik yang
dihasilkan.
Bil. Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Belum
Terampil
Terampil
Menjelaskan strategi pemasaran
1. karya grafik melalui produk, harga,
promosi dan saluran agihan.
Membuat analisis strategi
2. pemasaran untuk mempromosikan
karya grafik menerusi pameran.
252
Menyediakan kertas cadangan (CAPAI / TIDAK CAPAI)
3. projek Pameran Kreatif secara
berkumpulan.
Menghasilkan bahan promosi projek
4. Pameran Kreatif secara individu dan
berkumpulan.
Melaksanakan projek Pameran
Kreatif secara berkumpulan dan
5. mempromosikan diri sebagai
pereka grafik pereka grafik dan
karya grafik yang dihasilkan.
Menjelaskan strategi pemasaran
6. karya grafik melalui produk, harga,
promosi dan saluran agihan.
KEPUTUSAN:
TARIKH:
Nama Guru: Tandatangan &
Tarikh:
Disahkan oleh: Tandatangan &
Tarikh:
253
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas:
Standard 7.3 Projek Pameran Kreatif
Kandungan: 7.3.1 Menjelaskan strategi pemasaran karya grafik iaitu:
Standard
Pembelajaran:
(i) Produk (Product)
(ii) Harga (Price)
(iii) Promosi (Promotion)
(iv) Saluran agihan (Place)
7.3.2 Membuat analisis strategi pemasaran untuk
mempromosikan karya grafik menerusi pameran.
7.3.3 Membuat justifikasi keperluan projek Pameran Kreatif.
7.3.4 Menyediakan kertas cadangan projek Pameran Kreatif
secara berkumpulan.
7.3.5 Menghasilkan bahan promosi projek Pameran Kreatif
secara individu dan berkumpulan.
7.3.6 Melaksanakan projek Pameran Kreatif secara
berkumpulan dan mempromosikan diri sebagai
pereka grafik pereka grafik dan karya grafik yang
dihasilkan.
Bil. Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Terampil Belum
Terampil
Menjelaskan strategi pemasaran
1. karya Grafik melalui produk, harga,
promosi dan saluran agihan.
Membuat analisis strategi
2. pemasaran untuk mempromosikan
karya grafik menerusi pameran.
254
Menyediakan kertas cadangan
3. projek Pameran Kreatif secara
berkumpulan.
Menghasilkan bahan promosi projek
4. Pameran Kreatif secara individu dan
berkumpulan.
Melaksanakan projek Pameran
Kreatif secara berkumpulan dan
5. mempromosikan diri sebagai
pereka grafik pereka grafik dan
karya grafik yang dihasilkan.
Menjelaskan strategi pemasaran
6. karya Grafik melalui produk, harga,
promosi dan saluran agihan.
KEPUTUSAN: (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH:
Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh:
Tandatangan &
Tarikh:
255
Glosari
Strategi Proses atau kaedah yang berkesan untuk
klien mempromosikan produk atau perkhidmatan.
photobook orang, syarikat, dan lain-lain yang mendapatkan nasihat
ahli profesional; pelanggan.
portfolio sebuah buku yang berisi rangkaian foto - foto yang saling
berkaitan satu sama lain. Album foto yang direka dan
mempunyai susun atur reka letak setiap foto.
bidang tugas dan tanggungjawab sesuatu kerjaya
256
7.3.3 Justifikasi keperluan projek Pameran Kreatif
Pameran Kreatif memberi ruang kepada murid untuk mengaplikasi pengetahuan
dan kemahiran yang ada serta mempamerkan keupayaan dalam merealisasikan
idea, kreativiti, inovasi, dan penyelesaian masalah ke arah penghasilan projek yang
mempunyai nilai komersial dan berdaya saing.
Justifikasi keperluan projek Pameran Kreatif memberikan penjelasan
mengenai keperluan untuk mengadakan projek Pameran Kreatif bagi
mempromosikan diri sebagai usahawan pereka grafik dan karya grafik.
Pelaksanaan projek Pameran Kreatif ini berfungsi sebagai
platform bagi murid mengembangkan potensi,
mempamerkan keupayaan dan mempraktikkan segala
ilmu yang telah dikuasai dengan menghasilkan karya
bermutu tinggi bagi mempromosikan diri.
Murid dapat mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam proses penggunaan sesuatu ilmu melalui
percambahan fikiran dan penyelesaian masalah secara
kreatif ke arah melahirkan murid yang berketerampilan,
kreatif dan kompeten.
Melahirkan murid yang mempunyai nilai kebolehpasaran
yang tinggi serta dapat membantu dan berdikari untuk
membangunkan dan mengusahakan perniagaan sendiri.
257
7.3.4 Kertas cadangan projek Pameran Kreatif secara berkumpulan
Projek Pameran Kreatif diadakan secara berkumpulan untuk mempromosikan diri
sebagai usahawan pereka grafik dan karya grafik yang dihasilkan.
Sebelum sesuatu projek Pameran Kreatif secara berkumpulan dilaksanakan,
penyediaan kertas cadangan amatlah penting kerana kertas cadangan biasanya
akan memperincikan perancangan pelaksanaan projek yang memerlukan
kelulusan pihak atasan atau pihak luar.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja ialah makalah (artikel atau
rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan
dan cadangan tertentu.
(i)Tajuk
(i)Kesimpulan (i)Objektif
(i)Anggara (i)Skop
n Kos Projek
(i)Senarai (i)Sasaran
Tugas Ahli Pengunjung
Jawatankuasa
(i)Jenis
(i)Jadual
Karya
Masa
(i)Kaedah
(i)Keperluan
Persembahan
Perkakasan Karya
dan Perisian
Rajah 7.15 Kandungan kertas cadangan projek Pameran Kreatif.
(i) Tajuk
bergantung kepada tujuan kertas cadangan dibuat
meliputi segala idea utama yang hendak disampaikan
tajuk kertas cadangan perlu ringkas, sebaik-baiknya tidak melebihi 15
patah perkataan
258
(ii) Objektif
matlamat yang ingin dicapai dalam projek yang dianjurkan
(iii) Skop Projek
merupakan lingkungan projek
melibatkan tempoh masa, tema, dan lokasi yang dipilih
kenal pasti semua keperluan dan kekangan skop projek
(iv) Sasaran Pengunjung
mereka yang sesuai mengunjungi dan menyertai aktiviti yang telah
dirancang
(v) Jenis Karya
jenis karya merupakan karya grafik penghasilan murid
contoh karya grafik yang boleh dipamerkan ialah:
o pembungkusan
o identiti korporat
o penerbitan umum
o reka bentuk digital
o papan tanda dan fotografi
(vi) Kaedah Persembahan Karya
merancang gaya dan persembahan karya grafik digital
medium persembahan karya grafik digital ialah:
o cetakan
o digital
o slaid/klip video
o laman sesawang
(vii) Keperluan Perkakasan dan Perisian
mengenal pasti perkakasan dan perisian yang diperlukan seperti
komputer, kamera digital, LCD dan lain-lain untuk disesuaikan dengan
pelaksanaan dan aktiviti sepanjang penganjuran projek Pameran Kreatif
(viii) Jadual Masa
tempoh pelaksanaan sesebuah projek pameran kreatif diadakan
bergantung kepada tempoh masa pameran dan aktiviti yang ingin
dilaksanakan
boleh dilaksanakan mengikut tempoh masa yang bersesuaian, waktu
dan lokasi
259
(ix) Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa
orang yang dipertanggungjawabkan terhadap sesuatu tugas.
bertujuan supaya penugasan seperti penyediaan tempat, permohonan
menggunakan dewan, alatan dan sebagainya dapat dilaksanakan
dengan lancar
(x) Anggaran Kos
anggaran perbelanjaan terhadap sesebuah projek pameran kreatif
perlu dirancang dengan teliti dan bersesuaian dengan projek untuk
mendapatkan sumber kewangan
(xi) Kesimpulan
rumusan kepentingan dan faedah mengadakan projek Pameran Kreatif
bagi mendapatkan kelulusan dan sokongan daripada pihak yang
dimohon
260
LATIHAN / PENILAIAN
1. Nyatakan satu justifikasi keperluan projek pameran kreatif.
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………
2. Senaraikan lima item yang terkandung dalam penulisan kertas cadangan.
i. ……………………………………………
ii. ……………………………………………
iii. ……………………………………………
iv. .............................................................
v. .............................................................
3. Nyatakan tiga ahli jawatankuasa yang boleh dilantik dalam jawatankuasa
projek pameran kreatif.
i. ……………………………………………
ii. ……………………………………………
iii. ……………………………………………
261
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Komputer
2. Perisian pemprosesan perkataan
3. Perisian ilustrasi grafik
4. Perisian persembahan
5. Pencetak
6. Pemancar LCD / Skrin
TUGASAN
Murid diminta untuk menghasilkan dan membentangkan satu
kertas cadangan pameran kreatif secara berkumpulan.
LANGKAH KERJA
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Kumpulan murid membincangkan tentang projek pameran kreatif.
3. Murid menghasilkan kertas cadangan tentang projek pameran kreatif yang
telah dibincangkan menggunakan perisian pemprosesan perkataan dan
ilustrasi grafik.
4. Seterusnya, murid menghasilkan slaid pembentangan berdasarkan kertas
cadangan menggunakan perisian persembahan.
5. Murid membentangkan kertas cadangan mengikut kriteria pembentangan.
Anda kreatif?
Buat kajian lapangan untuk melaksanakan projek pameran
kreatif secara maya (virtual).
262
7.3.5 Menghasilkan bahan promosi projek Pameran Kreatif secara individu dan
berkumpulan
Bagi melancarkan sesebuah acara pameran, penghasilan bahan promosi perlu
dititikberatkan. Pelbagai bahan promosi boleh dihasilkan seperti poster, risalah, kain
rentang dan sebagainya. Bahan promosi juga boleh dihasilkan secara dalam talian
seperti menggunakan media sosial.
Poster
Risalah Kain
Brosur Rentang
Bahan
Promosi
Gegantung
Kad Media
Jemputan Sosial
Rajah 7.16 Bahan promosi
263
Mencetak poster, risalah atau brosur perlulah menyatakan secara ringkas tentang:
pameran yang dianjurkan
hasil karya dan aktiviti yang
dijalankan
maklumat penting seperti tarikh,
waktu, dan lokasi juga perlu
dimasukkan ke dalam bahan promosi
Ciri-ciri bahan promosi:
1. Kain rentang (banner) dan gegantung (bunting):
Dihasilkan bagi mempromosikan pameran yang akan diadakan.
Maklumat yang tertera pada bahan-bahan ini adalah lebih ringkas
daripada poster, risalah atau brosur.
Boleh diletakkan di tempat strategik. Misalnya, tempat awam atau tempat
persendirian setelah mendapat kelulusan daripada pemilik dan pihak
berkuasa.
2. Kad jemputan:
Merupakan salah satu bahan promosi yang lebih menumpukan kepada
kumpulan sasaran tertentu.
Dihasilkan bagi menjemput tetamu yang berkepentingan seperti wakil JPN
atau PPD, Pengetua dan barisan pentadbir untuk menghadiri acara
pameran tersebut.
264
3. Media sosial:
Merupakan salah satu platform bagi bahan promosi yang sangat popular
pada masa kini.
Contoh: Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan sebagainya.
4. Poster/risalah/brosur:
Digantung atau diedarkan kepada kumpulan sasaran.
Foto 7.14 Poster Foto 7.15 Risalah
265
Foto 7.16 Gegantung Foto 7.17 Kad jemputan
Foto 7.18 Brosur
266
Foto 7.19 Kain rentang
Foto 7.20 Instagram Foto 7.21 Twitter
Rajah 7.17 Contoh-contoh bahan promosi.
267
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Kertas lukisan
2. Pensel, pemadam dan pembaris
3. Pensel warna
TUGASAN
Murid diminta untuk melakar satu poster bagi menghasilkan
bahan promosi projek pameran berdasarkan tema pameran
yang akan dilaksanakan.
LANGKAH KERJA
1. Murid meneroka idea sendiri berdasarkan projek pameran masing-masing.
2. Murid membuat lakaran poster berdasarkan perkembangan idea yang telah
dicari (lakaran kasar).
3. Murid menghasilkan lakaran komprehensif berdasarkan lakaran kasar yang
telah dipilih.
268
7.3.6 Melaksanakan projek Pameran Kreatif secara berkumpulan dan
mempromosikan diri sebagai usahawan pereka grafik dan karya grafik yang
dihasilkan
Pelaksanaan projek pameran merangkumi beberapa aspek penting yang perlu
diambil perhatian supaya berjalan dengan lancar. Antara aspek tersebut adalah
seperti berikut:
Ruang
Pameran
Laluan Laporan
Pengunjung
Aspek
Pelaksanaan
Pameran
Susun Atur Keselamatan
Hasil Karya
Pembukaan
Pameran
Rajah 7.18 Aspek pelaksanaan pameran.
Ruang pameran
Sebelum melakukan penetapan ruang, jawatankuasa pameran perlu
membuat rancangan pelan lantai ruang pameran bagi:
mengatur arus pengunjung
menetapkan komposisi penetapan ruang yang serasi
pengaturan jarak dan tinggi rendah pandangan terhadap karya
yang dipamerkan
269
Langkah-langkah yang perlu diperhatikan dalam penetapan ruang:
Pencahayaan yang Karya pameran perlu Ruang pameran perlulah
digunakan perlu disusun mengikut mempunyai sistem
keutamaan .
bersesuaian dan tidak pengudaraan yang selesa
mengganggu pandangan bagi pengunjung.
pengunjung.
Pemasangan karya Letakkan karya pada Memastikan sistem
hendaklah selari dan tempat yang boleh dilihat siaraya sentiasa dalam
seimbang dengan dari pelbagai sudut keadaan baik.
pandangan mata. pandangan dan tidak
Sentiasa memastikan
Pemasangan karya yang menghalang laluan kebersihan dan
lebih tinggi harus pengunjung.
dilaraskan supaya keselamatan kawasan
Dekorasi boleh ditambah pameran.
condong ke bawah dan bagi mencantikkan dan
mudah dilihat oleh menyegarkan suasana
pengunjung. ruang.
Rajah 7.19 Lakaran pelan pameran.
270
Laluan pengunjung
Laluan masuk dan keluar pengunjung perlu ditetapkan dan disesuaikan
dengan kawasan pameran. Terdapat dua model pameran yang biasa
dilaksanakan di sekolah iaitu:
laluan ruang dengan satu pintu.
Laluan ruang dengan dua pintu atau lebih.
Rajah 7.20 Pelan lantai ruang pameran dan arah laluan pengunjung.
271
Susun atur hasil karya
Penetapan karya pada pameran dilakukan atas dasar pertimbangan
berdasarkan:
jenis karya ukuran tinggi
rendah
pemasangan
Pemasangan karya perlulah memudahkan pengunjung untuk
melihatnya.
Penyusunan karya pada papan panel perlu disesuaikan dengan aras
mata pengunjung.
Rajah 7.21 Susun atur karya.
272
Pembukaan pameran
Pelaksanaan pameran sekolah biasanya dimulai dengan acara pembukaan
pameran yang dikunjungi oleh pentadbir sekolah. Pihak jawatankuasa akan
mengundang pihak pentadbir dan mereka diberi kesempatan untuk
merasmikan pameran tersebut.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh jawatankuasa ketika
jemputan khas memasuki ruang pameran adalah seperti berikut:
Pengunjung diminta untuk mengisi buku pelawat.
Tamu undangan, pengunjung yang hadir diberi
brosur pameran.
Pengunjung pameran digalakkan mengisi borang
maklum balas proses pelaksanaan pameran dan
karya yang dipamerkan.
Sepanjang pameran, jawatankuasa harus bersiap
sedia memberi maklumat dengan pantas kepada
pengunjung.
273
Laporan
Setelah pameran selesai, kita perlu mendapatkan beberapa maklumat
terhadap pameran yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan.
Bagaimana
hasil
pelaksanaan-
nya?
Kategori Adakah
pengunjung pameran
yang hadir tersebut
berjaya?
Berapakah Adakah
jumlah pengunjung
nya ramai?
pengunjung
yang hadir?
Langkah yang harus dilakukan oleh jawatankuasa adalah dengan
mengadakan mesyuarat pasca penilaian (postmorterm).
Setiap jawatankuasa akan menyediakan laporan dan dokumentasi
dihantar kepada guru dan penyumbang utama (jika ada). Hal ini dikatakan
demikian kerana guru dan penyumbang utama ingin mengetahui
peruntukan dana yang telah dibelanjakan dengan bijak.
Laporan pameran akan digunakan untuk pasca penilaian. Fungsinya
sebagai alat penilaian pameran bagi memastikan kelemahan dan
kekurangan dalam pelaksanaan pameran dapat diperbaiki oleh
jawatankuasa pada masa akan datang.
274
Susunan dan kandungan laporan:
Judul/tajuk laporan Isi kandungan Pengenalan
Isi laporan Arkib pameran Cabaran dan
(pelaksanaan cadangan mengatasi
pameran dan capaian
hasil pameran) masalah
Penutup
Rajah 7.22 Contoh muka depan laporan.
275
Keselamatan
Aspek keselamatan juga perlu diambil kira dalam pelaksanaan acara
pameran. Terdapat tiga aspek penting yang perlu dititikberatkan iaitu:
Ruang pameran Karya Pengunjung
Ruang pameran perlulah Karya yang dipamerkan Pastikan bahan pameran
sesuai dengan bilangan perlu dipastikan dalam dipasang dengan kukuh
pengunjung yang dijemput keadaan selamat bagi dan selamat agar tidak
Sekiranya pengunjung mengelakkan kecurian atau membahayakan
terdiri daripada kanak- kerosakan ketika pameran pengunjung
kanak, pastikan kedudukan berlangsung Pastikan ada kawalan
bahan dan tempat Sekiranya perlu, karya keselamatan mengikut
pameran dalam keadaan yang bernilai tinggi boleh Prosedur Operasi Standard
selamat diletakkan di tempat yang (SOP) pada hari pameran
berkunci
Pelaksanaan projek pameran hasil karya boleh dilaksanakan secara dalam talian
atau lebih dikenali dengan pameran maya (virtual exhibition). Perancangan dan
pelaksanaan bagi pameran maya berbeza dengan pameran secara bersemuka.
Pelaksanaan pameran maya, menekankan beberapa aspek pelaksanaan seperti:
1. Tentukan pelaksanaan pameran sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
2. Pilih perkakasan, perisian, dan aplikasi yang sesuai.
3. Pastikan pameran ini mudah diakses oleh pengunjung untuk mendapatkan
maklumat.
4. Pelan lantai secara interaktif dan memudahkan pengguna untuk navigasi
ruang pameran.
276
5. Letakkan elemen dekorasi yang mampu menarik perhatian pengunjung.
6. Sediakan kos dan bahan yang ingin dipamerkan dalam bentuk salinan
lembut (soft copy) untuk memudahkan proses penyediaan pameran.
7. Pastikan talian Internet stabil untuk mengelakkan sebarang gangguan
sepanjang pameran.
Rajah 7.23 Contoh pameran maya.
https://www.youtube.com/watch?v=eaj08bFr8Do
Contoh Pameran Maya
277
Murid perlu mempromosikan diri sebagai pereka grafik. Berikut merupakan kriteria
yang perlu dinyatakan oleh murid:
Kelebihan dan kepakaran murid dalam bidang grafik
•Murid perlu menyatakan kepakaran dalam bidang grafik sebagai langkah untuk
mempromosi diri.
Pengalaman murid
•Pengalaman murid boleh ditonjolkan supaya menjadi tarikan pengunjung.
Portfolio murid
•Karya yang dihasilkan perlu dipamerkan kepada pengunjung.
Hasil karya pereka
•Reka bentuk grafik yang pernah dihasilkan perlu didokumentasikan bagi
mempromosi diri sebagai pereka.
Rajah 7.24 Murid mempromosi diri sebagai pereka di pameran kreatif.
278
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Kertas simili bersaiz A3
2. Pensel, pemadam, dan pembaris
3. Pensel Warna
TUGASAN
Murid diminta untuk melakar satu pelan lantai ruang pameran
dan arah laluan pengunjung bagi persediaan projek pameran
berdasarkan ruang pameran yang akan diadakan.
LANGKAH KERJA
1. Murid mendapatkan gambaran ruang pameran berdasarkan tema projek
pameran.
2. Murid membuat lakaran pelan lantai dan arah laluan pengunjung berdasarkan
tema projek pameran secara lakaran kasar.
3. Murid membuat lakaran komprehensif pelan lantai dan arah laluan pengunjung
di atas kertas simili.
279
LATIHAN / PENILAIAN
1. Nyatakan bahan promosi secara dalam talian.
……………………………………………..............................................................................
...........................................................................................................................................
2. Senaraikan maklumat yang perlu diletakkan dalam risalah.
a. ……………………………………………..
b. ……………………………………………..
c. ……………………………………………..
3. Jelaskan fungsi perancangan pelan lantai.
……………………………………………..............................................................................
...........................................................................................................................................
...........................................................................................................................................
4. Senaraikan aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan
pameran.
a. …………………………………………….............................................................
b. .........................................................................................................................
c. ..........................................................................................................................
d. ..........................................................................................................................
280
GLOSARI
komersial berkaitan dgn atau bersifat perdagangan
inovasi sesuatu yg baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dll yg baru
kompeten cekap, layak, dapat menjalankan tugas dgn sempurna
makalah rencana atau artikel tentang sesuatu perkara
objektif sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan
skop projek bidang yang diliputi, ruang liputan, ruang lingkup projek
perkakasan (Komp) peralatan yang membentuk satu sistem komputer seperti
monitor, papan kekunci, unit pemprosesan, dll.
perisian program atau atur cara komputer yang dapat digunakan dengan sistem
komputer tertentu
identiti korporat gambaran mengenai sesebuah syarikat atau organisasi yang
diterima oleh khalayak
kain rentang (banner) maklumat yang ditulis atau dicetak di atas sesuatu bahan
secara melintang
gegantung (bunting) bahan penyebaran maklumat yang dihasilkan secara
menegak
risalah (flyer) lembaran kertas(yang memberikan maklumat atau keterangan
ringkas)
brosur risalah berlipat (memberikan maklumat atau keterangan ringkas)
pelan lantai (S.Bina) lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pada satu lantai
sesebuah bangunan
komposisi teknik (cara) menyusun dan menjalin sesuatu karangan atau ciptaan
hingga menjadi hasil karya sastera atau seni yg sempurna
dekorasi hiasan, gambar hiasan
sistem siar raya sistem alat utk membuat pengumuman, mis pembesar suara (dlm
majlis, perayaan dsb)
panel paparan panel untuk memaparkan sesuatu barangan
buku pelawat buku yg mengandungi tandatangan pelawat ke sesuatu tempat
281
borang maklum balas borang aklumat atau data yang diperoleh hasil daripada
pengendalian dan digunakan untuk membolehkan pelarasan dibuat supaya
keadaan pengendalian yang dikehendaki tercapai
pasca penilaian pemeriksaan sesuatu rancangan yang projek untuk mengetahui
sebab kejayaan atau kegagalan
dokumentasi himpunan atau kumpulan bahan atau dokumen (yg dapat
digunakan sbg asas bagi sesuatu kajian, penghasilan sesuatu terbitan, dll),
perbahanan
pameran maya pameran sistem atau objek yang wujud dalam bentuk kesannya,
tetapi tidak secara nyata
secara langsung perjalanan acara dengan cara terus atau tidak dengan
perantaraan
aplikasi ist atur cara atau program komputer yang direka khusus utk kegunaan
tertentu
interaktif membolehkan pengaliran maklumat dua hala yang berterusan antara
komputer dengan penggunanya, atau antara pengguna dengan pengguna
melalui komputer
navigasi pelayaran atau proses mencari maklumat dalam tapak web dengan
mengklik hiperpautan yang akan membawa pengguna dari satu laman ke satu
laman yang lain
portfolio koleksi karya yang terpilih
282
1
PENGHARGAAN DAN PANEL PENULIS
PENASIHAT
Puan Maznah Binti Abu Bakar Pengarah, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Tuan Haji Azman Bin Adnan Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional
Ab Aziz Bin Mamat Timbalan Pengarah Kanan,
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
YBrs. Dr Haji Zainal Rashid Bin Kamaruddin Timbalan Pengarah, Sektor Penghasilan Buku Teks
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Zurinah @ Rosmawati Binti Rajab PENASIHAT EDITORIAL
Ketua Penolong Pengarah BSTP
Rozita Binti Rosli @ Phua Peng Lin (Penyelaras Program)
Dr. Abdul Rahman Bin Mahamad Ketua Penolong Pengarah BSTP
Anuar Bin Mohd Som Ketua Penolong Pengarah BSTP
Nur Syariza Binti Zainal Abidin Ketua Penolong Pengarah BPLTV
Norma Hazura Binti Mohd Zulkafli Penolong Pengarah BSTP
Mohd Fisha Hafiz Bin Abidin @ Penolong Pengarah BSTP
Suhami Bin Ahmad Penolong Pengarah BSTP
Aiza Musfira Binti Mozi Penolong Pengarah BSTP
Penolong Pengarah BPLTV
PANEL PENULIS
Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Zaffwan Bin Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
Idris Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak
Ts. Ahmad Sofiyuddin bin Mohd Shuib
Mohd Arieff Bin Zakaria Kolej Vokasional Kuala Krai, Kelantan
Siti Norazlikha Binti Zelkepli SMK Benut, Pontian, Johor
Muhammad Sharraf Bin Muhamad Yasin SMK Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Heary bin Razani SMK Marudi, Sarawak
Haidaturayani Binti Md. Noor SMK Khir Johari, Selangor
Rohaiza Binti Tahir SMK Abi, Perlis
Nor Aziah Binti Zakaria SMK Toh Muda Abdul Aziz, Sg.Siput (U), Perak
Rodzlina Binti Abu Bakar (Panel Bahasa) SMK Taman Tasik, Perak
Dr. Suhairun Nizam B. Supal SMK Dato Bendahara C.M Yusuf
Ahmad Jafni Bin Mt Yunus SMK Perantau Damai, Muadzam Shah, Pahang
Muhammad Khaizir Bin Johar SMK Datuk Bahaman, Lanchang, Pahang
Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan Modul Pembelajaran
Mata Pelajaran Vokasional (MPV) ini.
282 |
RUJUKAN
https://www.scribd.com/doc/70328100/Pembungkusan
http://my.china-paper-box.asia/stickers/labels/bottle-labels.html
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/pembungkusan.html
https://www.kajianpustaka.com/2018/03/pengertian-fungsi-jenis-dan-ketentuan-
label.html
https://botolanggun.com.my/label-produk-anda/
https://www.scribd.com/doc/70328100/Pembungkusan
http://my.china-paper-box.asia/stickers/labels/bottle-labels.html
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/pembungkusan.html
https://www.kajianpustaka.com/2018/03/pengertian-fungsi-jenis-dan-ketentuan-
label.html
https://botolanggun.com.my/label-produk-anda/
283 |
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
284 |