(vi) Wrapping 2. Form 3. Wrap
at Text
(a) Fungsi Wrapping
digunakan pada imej. 4. Square
Highlight pada imej >
Klik pada menu Format 1. Highlight
> Wrap Text > Square. Imej
(b) Laraskan imej di
sebelah kiri. Hasil seperti
imej yang terdapat
pada bulatan di
bawah.
(vii) Hyphenation
(a) Buat tetapan Align > Justify akan menampakkan rongga-rongga
yang bersepah apabila ruang column yang lebarnya kecil dan
tiada hyphenation. Selain itu, dash (-) juga akan kelihatan banyak
pada hujung baris teks.
(b) Untuk menghilangkan dash (-)
seperti di dalam bulatan di
sebelah, Hyphenation
digunakan.
dash (-)
145
(c) Klik pada menu Format 2. Hyphenation 1. Format
> Hyphenation > ubah 3. Ubah nilai
tetapan Hyphenation
zone kepada nilai 2.
(viii) Drop cap
(a) Drop Cap adalah suatu cara untuk menjadikan huruf pertama pada
perenggan agar terlihat lebih besar jika dibandingkan huruf-huruf
lain. Fitur Drop Cap digunakan agar teks lebih artistik dan menarik
ketika dilihat oleh pembaca.
(b) Klik pada menu Format > Drop 1. Format
Cap > pilih jenis drop cap
yang bersesuaian dengan teks 2. Drop Cap
dan jenis muka taip yang
digunakan. Huruf N pada
perenggan pertama akan
menjadi besar daripada saiz
asal.
3. Pilihan Drop Cap
146
Hasil akhir penerbitan meja muka surat buku menu. Header
Tajuk
Drop Cap Alignment Justify &
Hyphenation
Wrappin
g Pull
Quote
Alignment
Justify &
Hyphenation
Sidehead
Sidehead Crosshead
Crosshead
Footer
147
MENYEDIAKAN FAIL UNTUK PROSES PREPRESS
PROSES PREPRESS
PENGENALAN
Prepress merujuk kepada proses kolektif yang mengubah dan menyediakan susun
atur cetakan komputer untuk percetakan akhir (di mesin cetak).
Proses ini mentakrifkan semua proses yang berlaku selepas pereka grafik telah
membuat fail reka bentuk sehingga ia siap untuk dicetak.
Proses prepress diperlukan kerana susunan cetak komputer yang dihasilkan
mungkin kelihatan berbeza dalam penjajaran, format dan warna jika ia dicetak
terus pada mesin akhbar.
PROSES PREPRESS
Prepress biasanya melibatkan proses berikut:
1. Memeriksa dan mengesahkan fail reka bentuk untuk format, fon dan resolusi.
2. Memastikan kod warna komputer yang dihasilkan dengan kod warna cetak
adalah bersesuaian.
3. Menyelaraskan format susun atur untuk dicetak.
4. Membuat sampel reka bentuk sebelum ia dicetak.
148
Langkah-langkah Prepress
Refining • Proses memeriksa semua elemen yang ada
dalam reka bentuk (grafik, fon, garis, warna dan
lain-lain).
• Menyediakan fail PDF untuk ke proses berikutnya.
Proofing • Proses mencetak reka bentuk ke pencetak
digital untuk memeriksa sama ada hasil sesuai
seperti kemahuan pelanggan.
• Hasil proofing akan disemak oleh pelanggan
dan menjadi panduan kepada operator mesin.
Imposition / Step & • Proses menyusun halaman-halaman pada ruang
Repeat cetak untuk perletakan yang betul apabila
bahan dilipat ataupun dipotong.
RIP (Raster Image • Proses untuk mengubah data digital menjadi
Prosessing) data raster/blok yang akan diletakkan pada plat
cetak bagi pemisahan warna untuk plat masing-
masing.
• Format fail adalah dalam bentuk TIF.
Plate Processing • Proses menukarkan fail TIF menjadi plat dengan
Computer to Plate (CTP)yang menggunakan
laser untuk“melukis” pada plat baru sehingga
reka bentuk terhasil pada plat berasingan.
149
6.3.5 MENCADANGKAN JENIS PENJILIDAN YANG BERSESUAIAN DENGAN HASIL
KARYA PENERBITAN MEJA
Pengenalan
Penjilidan buku mengalami perubahan dari Tahun: ke Tahun:. Pada mulanya buku
konvensional yang dibuat daripada lembaran papirus (sejenis tumbuhan) kepada
kulit binatang hinggalah lembaran daun yang telah dikeringkan.
Kandungannya dilipat kemudian disusun menjadi beberapa bahagian yang
sesuai dengan ukuran yang ditentukan dan susunan tersebut dijahit hingga menjadi
sebuah buku.
Teknik penjilidan buku dapat dilakukan dengan beberapa jenis penjilidan
kerana jenis teknik penjilidan memiliki kegunaan masing masing dalam
keperluannya. Contoh: sebuah buku tebal lebih dari seratus halaman biasanya
menggunakan teknik jilid benang atau jilid keras agar buku tidak cepat rosak.
Teknik penjilidan buku juga memiliki fungsi yang bertujuan untuk
meningkatkan imej buku itu sendiri contohnya, jika menggunakan kulit keras, ia
menampakkan kemewahan dan eksklusif dan pengguna akan lebih tertarik untuk
membuka dan melihat lihat buku tersebut.
Jenis Perjilidan
1. Perfect binding
Jenis penjilidan Perfect yang menggunakan gam panas ketika pada proses
pembuatannya mempunyai satu sisi lembaran kertas yang menjadi buku
agar gam merekat dengan sempurna pada lembaran kertas.
Terdapat dua jenis perfect binding iaitu yang biasa dan yang dijahit dengan
benang.
Boleh menggunakan soft cover atau pun hard cover. Contohnya laporan
Tahunan, majalah dan novel.
150
Foto 6.25 Mesin untuk penjilidan perfect binding
2. Saddle stiching binding
Jenis penjilidan saddle stiching yang menggunakan dawai kokot.
Lembaran kertas dilipat mejadi dua kemudian pada bahagian tengahnya
diletakkan dawai kokot sebagai pengikat.
Foto 6.26 Contoh penjilidan saddle stiching
3. Loop stitching binding
Jenis penjilidan loop stitching memiliki persamaan dengan jenis penjilidan
buku saddle stitching. Perbezaan penjilidan jenis loop stiching dengan saddle
stitching ialah bahagian luar buku dawai kokotnya memiliki bentuk yang
melengkung pada suatu lubang.
Dawai kokot melengkung yang berlubang berfungsi untuk memasukkan buku
dalam binder yang besar.
151
Selalunya jilid ini digunakan di dalam syarikat yang mempunyai katalog yang
perlu disimpan di dalam fail.
Foto 6.27 Contoh penjilidan loop stitching
4. Screw binding
Jenis penjilidan ini menggunakan skru untuk menyatuhkan lembaran-
lembaran pada sebuah buku. Kertas ditebuk dari halaman pertama hingga
ke halaman belakang.
Biasanya ia digunakan dalam hard cover, kalatog warna dan buku menu.
Foto 6.28 Contoh penjilidan screw
152
5. Side stitching binding
Jenis penjilidan side stitching hampir sama dengan saddle stitching yang
menggunakan dawai kokot atau benang.
Penjilidan ini biasanya digunakan untuk menjilid dokumen yang tebal.
Foto 6.29 Contoh penjilidan side stitching
6. Tape binding
Menggunakan pita pelekat hitam yang ditampalkan pada bahagian tepi
buku.
Kos sangat rendah dan biasanya digunakan oleh pelajar sekolah dan
universiti
Mudah rosak
Foto 6.30 Contoh penjilidan tape
153
7. Case binding
Penjilidan ini dilakukan dengan cara menyusun buku yang telah dijahit dan
digam pada bahagian hujung kertas dan ditampalkan pada kulit keras.
Teknik ini merupakan piawai yang sering dipakai pada penyusunan buku,
karya ilmiah atau projek akhir.
Foto 6.31Contoh penjilidan case
8. Plastic grip binding
Jenis penjilidan plastic grip ini merupakan bahan utama yang digunakan
dalam teknik penjilidan.
Penjilidan ini ringkas dan mudah kerana dapat menyusun dokumen yang
diingini dan disatukan menggunakan plastik.
Teknik ini dapat digabungkan dengan teknik side stitching ataupun dijilid
pada bahagian tepi dokumen sebelum memasukkan plastik tersebut agar
tahan lebih lama.
Foto 6.32 Contoh penjilidan plastic grip
154
9. Comb binding (jilid spiral)
Menggunakan bahan plastik yang tidak terlalu tebal (di bawah 100
halaman).
Biasanya ditambahkan plastik pada bahagian muka depan dan belakang
supaya lebih kemas dan tahan lebih lama.
Foto 6.33 Contoh penjilidan comb
10. Twin loop wire binding
Memudahkan buku dibuka secara penuh.
Foto 6.34 Contoh penjilidan twin loop wire
155
6.3.6 MENCETAK DAN MELAKSANAKAN PROSES KEMASAN (FINISHING) HASIL KARYA
AKHIR PENERBITAN
PRESS
Tahap pertama pada proses cetak ini dikenali dengan istilah Make-Ready Process
yang meliputi:
1. Pembuatan plat cetak
2. Pemasangan plat ke mesin cetak
3. Pemotongan kertas
4. Proses pengisian kertas ke mesin cetak
5. Pemasangan dakwat
6. Proses penyesuaian warna hingga memperoleh kestabilan warna cetak sesuai
piawai yang diinginkan di atas kertas seperti telah dipersetujui oleh pelanggan.
POST-PRESS
Post-press dikenali sebagai istilah proses akhir percetakan.
Lembaran hasil cetak akan diubah ke dalam bentuk yang sesuai dengan
spesifikasi yang telah dipersetujui oleh klien. Misalnya, pemotongan hasil cetak
dengan ukuran sebenar, proses laminasi, pond, foil, emboss serta proses jilid.
Setelah proses ini selesai, produk akhir akan dihantar kepada pelanggan.
156
PANDUAN FORMAT FILE
GAMBAR BITMAP
1. JPEG: Singkatan daripada Joint Photography Expert Group. JPEG merupakan
format fail yang dimampatkan. Umumnya, JPEG digunakan dalam gambar
fotografi dan mempunyai kualiti yang lebih rendah daripada fail TIFF.
2. PSD: File bitmap yang dihasilkan daripada perisian Adobe Photoshop. PSD
digunakan untuk pengimejan digital kerana format ini memiliki semua
kemudahan yang diingini dalam pengimejan digital.
3. TIFF: Singkatan daripada Tagged Image File Format. Merupakan format fail
berkualiti tinggi untuk kategori fail bitmap yang dianjurkan dalam industri cetak.
4. PNG: Singkatan daripada Portable Network Graphics. Merupakan
format fail yang dirancang untuk penggunaan fail atas talian dan memiliki
format transparensi. Fail ini tidak sesuai untuk percetakan.
5. GIF: Singkatan daripada Graphics Interchange Format. GIF merupakan
format fail yang dikhaskan untuk kegunaan atas talian dan dapat digunakan
untuk animasi. Fail ini juga memiliki format transparensi seperti .png, dengan
kualiti yang lebih rendah.
GAMBAR VEKTOR
1. INDD: Fail format ini dihasilkan daripada program Adobe In-design. INDD
merupakan aplikasi terbaik untuk membuat berbagai jenis layout mulai dari
brosur hingga buku yang memiliki banyak halaman.
2. AI: Fail yang dihasilkan daripada program Adobe Illustrator. Fail ini digunakan
khusus untuk single page, vector-based drawing yang dapat mengolah fail jenis
.eps dan .pdf. Fungsi layer yang mirip seperti Adobe Photoshop menjadikannya
aplikasi terbaik untuk membuat ilustrasi vektor dan perekaan logo.
3. EPS: Singkatan daripada Encapsulated Post Script. EPS merupakan format piawai
yang biasanya digunakan untuk menyimpan fail vektor, seperti logo atau
ilustrasi vektor. Memiliki format transparensi dan sangat baik untuk mencetak
format besar.
157
JENIS FILE GABUNGAN ANTARA BITMAP & VEKTOR
1. PDF: Singkatan daripada Portable Document Format. Fail PDF juga merupakan
gabungan antara raster dan vektor (misalnya dalam layout buku, brosur,
risalah). PDF merupakan jenis fail yang digunakan sebagai piawai dalam industri
percetakan untuk pemindahan fail melalui atas talian dan kemudahan
menukarkan fail kepada format lain tanpa kehilangan kualiti.
Tips: Untuk body text gunakan format vektor agar hasil cetakan lebih baik. Teks
dalam bentuk vektor dapat dihasilkan melalui perisian Adobe In-design, Adobe
Illustrator, Corel Draw dan Macromedia Freehand.
158
AKTIVITI
BAHAN DAN PERALATAN
1. Perisian penerbitan meja (MS Publisher)
2. kertas A4 untuk cetakan
3. PC dan pencetak
TUGASAN
Murid diminta untuk menghasilkan karya penerbitan meja
dengan mengaplikasi fitur berdasarkan tema yang diberikan
oleh guru. Murid perlu menghasilkan karya tersebut berdasarkan
proses yang telah dipelajari dalam pembelajaran lepas.
LANGKAH KERJA
1. Murid mencari ilham berdasarkan tema yang diberikan oleh guru.
2. Murid membuat lakaran berdasarkan ilham (lakaran kecil, lakaran kasar dan
lakaran komprehensif) yang telah dicari dan membuat mekap contoh (mock-
up).
3. Murid mencari gambar sumber, teks dan maklumat.
4. Murid menyisip dan menyusun sumber dalam dokumen perisian penerbitan
meja.
5. Murid menghasilkan karya berdasarkan spesifikasi penerbitan meja yang telah
dipelajari.
Anda kreatif?
Buat kajian lapangan untuk menghasilkan beberapa jenis karya
penerbitan meja lagi.
(i) Kad Perayaan
(ii) Brosur
159
LATIHAN / PENILAIAN
Jawab semua soalan.
1. Senaraikan tiga perisian penerbitan meja.
i. ……………………………………………
ii. ……………………………………………
iii. ……………………………………………
2. Nyatakan tiga bahagian utama dalam perisian MS Publisher.
i. ……………………………………………
ii. ……………………………………………
iii. ……………………………………………
3. Senaraikan tiga fungsi arahan pada File Menu dalam perisian MS Publisher.
i. ……………………………………………
ii. ……………………………………………
iii. ……………………………………………
4. Senaraikan lima kumpulan menu (Tabs) bagi fungsi alat dan fitur dalam
perisian MS Publisher.
i. …………………………………………….........................................................
ii. .......................................................................................................................
iii. .......................................................................................................................
iv. .......................................................................................................................
v. .......................................................................................................................
160
5. Jelaskan fungsi kumpulan fungsi alat dan fitur tersebut.
i. Arrange: ……………………………………………..................................
ii. Building Block: …………………………………………….........................
iii. Scheme: ……………………………………………..................................
161
Nama Murid: LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Tahun:
Kelas: 6.3 Penghasilan karya penerbitan meja
Standard 6.3.1 Menjelaskan fungsi alat dan fitur dalam perisian
Kandungan: penerbitan atas meja
Standard 6.3.2 Membuat penetapan dokumen:
Pembelajaran: (i) Saiz halaman dan margin
(ii) Grid dan lajur
(iii) Halaman utama (master page)
(iv) Palet warna
(v) Stail perenggan
6.3.3 Menyisip dan menyusun teks dan imej dengan
menggunakan alat dan fitur yang sesuai
6.3.4 Menghasilkan karya penerbitan meja dengan
mengaplikasikan fitur:
(i) Pengepala dan Pengaki (Header and footer)
(ii) Tajuk Silang dan Tajuk Samping (Crosshead and
sidehead)
(iii) Pull-quote
(iv) Pengengsotan (Indentation)
(v) Penjajaran (Alignment)
(vi) Wrapping
(vii) Hyphenation
(viii) Drop cap
6.3.5 Menyediakan fail untuk proses prepress
6.3.6 Mencadangkan jenis penjilidan yang bersesuaian
dengan hasil karya penerbitan meja
6.3.7 Mencetak dan melaksanakan proses kemasan (finishing)
hasil karya akhir penerbitan
162
Pencapaian
Bil. Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil
1. Menjelaskan fungsi alat dan fitur
dalam perisian penerbitan atas meja
2. Membuat penetapan dokumen
3. Menyisip dan menyusun teks dan
imej dengan menggunakan alat
dan fitur yang sesuai
4. Menghasilkan karya penerbitan
meja dengan mengaplikasikan fitur
5. Menyediakan format fail untuk
proses prepress
6. Menyenaraikan jenis penjilidan yang
bersesuaian dengan hasil karya
penerbitan
7. Membuat proses kemasan (finishing) (CAPAI / TIDAK CAPAI)
hasil karya akhir penerbitan
KEPUTUSAN:
TARIKH:
Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh:
Tandatangan &
Tarikh:
163
KEPUTUSAN STANDARD PRESTASI
Nama Murid:
Tahun:
Kelas:
Modul: Reka Bentuk Penerbitan Meja (Desktop Publishing)
Standard 6.1 Asas Penerbitan Meja
Kandungan: 6.2 Pengolahan Idea Karya Penerbitan Meja
6.3 Penghasilan karya penerbitan meja
Standard Prestasi Terampil
Ya Belum
Tahap Tafsiran
Penguasaan
1 Menyatakan definisi dan jenis karya
penerbitan meja.
Menterjemahkan mekap contoh (mock-
2 up) berdasarkan elemen dan prinsip
rekaan grafik.
Menghasilkan karya penerbitan meja
3 dengan mengaplikasikan terminologi
karya penerbitan berdasarkan mekap
contoh (mock-up).
Membuat analisis hasil karya penerbitan
4 atas meja berdasarkan mekap contoh
(mock-up) untuk penambahbaikan karya.
Menilai dan memberi justifikasi jenis
5 penjilidan untuk proses kemasan (finishing)
yang bersesuaian dengan hasil karya akhir
penerbitan secara rasional.
Menghasilkan karya akhir melalui proses
prepress dan membuat kemasan
6 (finishing) karya penerbitan meja dengan
menekankan aspek kandungan dan nilai
estetika secara beretika, sistematik,
bermakna dan kreatif.
164
Keputusan: Tahap:
Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan Tarikh:
oleh: Tandatangan &
Tarikh:
165
GLOSARI
arkib tempat menyimpan data dan informasi komputer bagi jangka masa yang
lama
brosur risalah berlipat (memberikan maklumat atau keterangan ringkas)
case binding penjilidan yang menggunakan jahitan dan gam pada kulit keras
comb binding(jilid spiral) penjilidan yang menggunakan bahan plastik yang tidak
terlalu tebal
dummy model semasa latihan
emboss teknik mampatan untuk menghasilkan jalinan
foil proses melapis permukaan menggunakan bahan kerajang timah (aluminium
foil)
flyer lembaran kertas(yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas)
fon kumpulan rupa bentuk set aksara yang terdiri daripada huruf pelbagai rupa
dan saiz yang boleh dicetak atau dipaparkan
imposition/step & repeat proses menyusun halaman yang betul pada ruang cetak
komprehensif liputan yang meluas dan lengkap yang terkandung di dalamnya
laminasi proses melapiskan permukaan atas dan bawah kertas dengan plastik
menggunakan tekanan haba.
loop stitching binding penjilidan yang menggunakan dawai kokot dan
mempunyai bentuk yang melengkung pada suatu lubang bahagian luar buku
master page muka surat utama
mekap contoh/mock up gambaran hasil awal reka bentuk
potong dan pangkas(cutting and trimming) proses pemotongan kertas mengikut
saiz yang dikehendaki (seperti buku, majalah, brosur dan rekaan grafik bercetak)
potong terap (die cut) proses pemotongan menggunakan acuan plat besi
mengikut rekaan
proses pelipatan(folding) proses pelipatan mengikut jenis penjilidan dan bilangan
halaman
penjilidan (binding) proses menyusun dan menggabungkan helaian muka surat
prepress proses pengumpulan yang mengubah susun atur cetakan komputer
untuk cetakan akhir.
166
paragraph perenggan
perfect binding penjilidan yang menggunakan gam panas
plate processing proses menukarkan fail TIF menjadi plat.
plastic grip binding penjilidan yang menggunakan plastik
post press proses akhir cetakan
pond proses melekatkan hujung kertas pada kulit keras
proses kolektif proses pengumpulan bahan
proofing proses mencetak reka bentuk untuk memeriksa agar menepati
kemahuan pelanggan
press proses awal cetakan
refining proses memeriksa semua elemen reka bentuk dan menukar ke fail PDF
RIP (raster image processing) proses mengubah data digital menjadi data
raster/blok
saddle stiching binding penjilidan yang menggunakan dawai kokot
screw binding penjilidan yang menggunakan skru
side stitching penjilidan yang menggunakan dawai kokot atau benang khusus
untuk dokumen yang tebal
storan awan (cloud) sistem penyimpanan fail secara dalam talian
tape binding penjilidan yang menggunakan pelekat hitam
twin loop wire binding penjilidan yang menggunakan besi gulung
167
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
REKA BENTUK GRAFIK DIGITAL
MODUL 7 : KEUSAHAWANAN
168
MODUL 7.1
Standard : 7.1 Isu dan Trend Masa Depan
kandungan
Standard : 7.1.1 Menjelaskan isu etika dan perundangan yang
pembelajaran berkaitan dengan grafik.
7.1.2 Membincangkan trend masa hadapan yang
berkaitan dengan bidang grafik.
7.1.3 Mengaitkan perkembangan trend grafik digital
dengan peluang kerjaya sebagai usahawan
pereka grafik.
Objektif : ▪ Menyenaraikan isu etika dan perundangan yang
pembelajaran berkaitan dengan grafik.
▪ Menyatakan trend masa hadapan yang berkaitan
dengan bidang grafik.
▪ Menyenaraikan kaitan perkembangan trend grafik
digital dengan peluang kerjaya sebagai usahawan
pereka grafik.
Masa : 2 Jam
169
NOTA RUJUKAN
7.1 ISU DAN TREND MASA DEPAN
7.1.1 Menjelaskan isu etika dan perundangan yang berkaitan dengan grafik
Isu Etika dan Perundangan yang berkaitan dengan grafik
Bidang rekaan grafik di Malaysia sebenarnya tidak asing lagi kerana kebanyakan
syarikat telah menggunakan khidmat pereka grafik dalam menghasilkan bahan
pemasaran dan juga penjenamaan mereka. Jika seseorang itu ingin menjadi
pereka grafik, terdapat pelbagai perkakasan dan perisian pintar boleh digunakan
untuk membantu menghasilkan rekaan grafik yang menarik dan pantas seiring
dengan kemahiran, bakat, kualiti dan idea. Seseorang pereka grafik perlulah
mengamalkan beberapa etika tertentu bagi memastikan karya mereka
terpelihara.
Kebolehpercayaan
Keterbukaan
minda
Kemahiran ETIKA
komunikasi SEORANG
PEREKA GRAFIK
Mampu
terima
kritikan
Penyelesai
masalah
170
Dunia pada hari ini banyak bergantung kepada perkembangan dan
pembangunan teknologi yang mampu mengubah senario ekonomi sesebuah
negara. Tidak dinafikan bahawa harta intelek pelbagai bentuk bergantung
kepada sektor industri yang diwakilinya merupakan antara penyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, usaha untuk memelihara, melindungi
dan menguatkuasakan hak-hak harta intelek kini telah diterima umum. Maka
tidak hairanlah bahawa setiap aspek sesebuah perniagaan itu memberi kesan
besar kepada harta intelek yang dihasilkannya.
Perlindungan Harta
Intelek
Isu Etika dan
Perundangan
Jenayah Siber Netiket (Netiquette)
171
A. Perlindungan Harta Intelek
Perlindungan harta intelek merujuk kepada hasil ciptaan berasaskan fikiran
seseorang. Terma harta intelek telah diguna pakai lebih daripada 150 Tahun: yang
merujuk kepada bidang undang-undang termasuk hak cipta, paten, cap
dagangan, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur
litar bersepadu. Hak harta intelek ini merupakan asas kepada semua jenis hak ke
atas harta yang berbentuk tidak ketara. Tujuannya adalah untuk melindungi
sesuatu inovasi dan ciptaan serta memberi imbuhan kepada inovasi dan ciptaan
yang kreatif.
Hak cipta
Reka Paten
bentuk
susun atur
litar
bersepadu
Bidang Undang-
undang harta
intelek
Petunjuk Cap
geografi dagangan
Reka
bentuk
industri
172
Kategori harta intelek terbahagi kepada dua.
Kategori
harta intelek
Harta intelek yang mendapat Harta intelek yang mendapat
perlindungan di bawah statut. perlindungan common law.
Undang-undang yang melindungi harta intelek ialah:
Akta Cap Dagangan 1976
Akta Paten 1983
Akta Hakcipta 1987
Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996
Info tambahan
173
i. Hak Cipta
Hak Cipta merupakan hak eksklusif yang
diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada
pencipta karya. Tujuan adalah untuk mengawal penggunaan karya mereka.
Perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berasaskan Akta Hakcipta 1987.
Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah:
Sastera
Terbitan Muzik
Seni
Siaran Hasil karya
yang
layak
dilindungi
Rakaman Filem
bunyi
Karya-karya di atas dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya
itu dihasilkan.
Walau bagaimanapun, perlindungan hak cipta hanya boleh diberikan
kepada ekspresi idea dan tidak kepada idea, prosedur, kaedah
pengendalian atau konsep matematik. Syarat-syarat Info tambahan
tertentu perlu dipenuhi sebelum seseorang itu dilindungi
oleh undang-undang hak cipta. Sesiapa yang
menggunakan karya berhak cipta tanpa kebenaran
daripada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku,
merupakan suatu pelanggaran di bawah Akta
HakCipta 1987.
174
ii. Paten
Paten merupakan satu hak eksklusif yang
dianugerahkan untuk suatu reka cipta, sama ada
berbentuk satu produk atau satu proses untuk
melakukan sesuatu yang baharu atau penyelesaian
teknikal ke atas sesuatu masalah.
Undang-undang paten membolehkan seseorang pencipta
memonopoli dan mengeksploitasi ciptaannya. Harta intelek ini ditadbirkan
oleh Akta Paten 1983.
AKTA PATEN 1983
• Sesuatu ciptaan dalam bentuk produk atau proses
boleh didaftarkan
• Syarat untuk pendaftaran
• ciptaan itu mestilah baharu
• boleh diaplikasikan dalam industri
Info tambahan
175
Perbaharuan utiliti merupakan hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu
reka cipta kecil yang tidak memerlukan ujian langkah mereka cipta seperti
yang diperlukan untuk mendapat paten.
Konsep baharu dalam akta
Berlainan dengan Ciptaan yang ingin Sekiranya terdapat
konsep keaslian dalam didaftarkan tidak ciptaan yang sama
undang-undang hak dapat dijangka oleh telah dipohon sebelum
ciptaan sebelumnya. ini maka ia dianggap
‘baharu’. telah dapat dijangka
oleh ciptaan
sebelumnya yang
menafikan status
baharu bagi produk
atau proses tersebut.
iii. Cap Dagangan
Harta intelek bukan sahaja memberi
perlindungan kepada hasil karya kreatif
penciptanya tetapi juga kepada reputasi pencipta. Hal ini dapat dilihat
daripada perlindungan yang diberi melalui cap dagangan. Cap
Dagangan bermaksud apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik.
Cap Dagangan juga boleh membezakan barang-barang atau
perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan lain.
Tanda termasuklah apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan,
angka, logo, jenama, tajuk, label, tiket, bentuk barang-barang atau
bungkusannya, warna, bunyi, bau, hologram, kedudukan, urutan gerakan
atau apa-apa gabungannya. Terdapat 2 kategori cap dagangan iaitu cap
kolektif dan cap perakuan.
176
Cap Tanda kolektif hendaklah menjadi tanda
Kolektif membezakan barangan atau
perkhidmatan ahli persatuan yang
merupakan pemilik.
Cap Tanda pensijilan hendaklah menjadi tanda
Perakuan yang menunjukkan bahawa barangan
atau perkhidmatan yang berkaitan
dengannya disahkan oleh pemilik tanda
berkenaan sekiranya hendak digunakan.
Cap dagangan ditadbirkan oleh Akta Cap Dagangan 1979
AKTA CAP DAGANGAN 1979
• Memberi perlindungan kepada tanda atau simbol
yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan
yang bertujuan untuk menunjukkan hubungan
antara barang atau perkhidmatan dengan tuan
punya cap dagangan berkenaan dan dapat
membezakan barang atau perkhidmatan syarikat
tertentu dengan syarikat yang lain.
177
Fungsi cap dagangan
FUNGSI ASAL
• Cap Dagangan dapat menunjukkan sumber yang
bertanggungjawab mengeluar atau menjual
sesuatu barangan atau perkhidmatan.
FUNGSI PEMILIHAN
• Cap Dagangan mempermudah dan
mempercepat pengguna membuat pilihan
semasa membeli sesuatu barangan atau
perkhidmatan.
FUNGSI KUALITI
• Pengguna memilih cap-cap tertentu kerana
berkeyakinan terhadap barang atau
perkhidmatan berkenaan yang kualitinya terjamin.
FUNGSI PEMASARAN
• Peranan cap dagangan sebagai alat pengiklanan
sangat berkesan. Malah pengguna membeli
sesuatu keluaran kerana terpengaruh dengan
iklan yang berterusan.
FUNGSI EKONOMI
• Cap-cap yang telah established di pasaran
menjadi aset yang sangat bernilai. Cap tersebut
boleh dilesenkan atau difrancaiskan.
Kepentingan pendaftaran cap dagangan
Apabila pendaftaran telah diterima, pemilik cap dagangan mempunyai hak
eksklusif dalam menggunakan cap dagangan tersebut terhadap barangan
dan perkhidmatan yang didaftarkan. Uniknya perlindungan cap dagangan
ini berbanding dengan perlindungan harta intelek yang lain ialah pemiliknya
boleh menggunakan hak eksklusif cap dagangan selama-lamanya asalkan
beliau memperbaharui pendaftarannya pada setiap Tahun:. Sekiranya ada
pihak yang mengguna pakai cap dagangan orang lain tanpa izin maka
178
mereka telah melakukan pelanggaran cap dagangan yang memberi kesan
undang-undang.
Keistimewaan pendaftaran harta intelek dalam cap dagangan
adalah melalui penggunaan dalam urusan perniagaan dan disediakan
untuk:
Hak Eksklusif Bukti sah undang-undang
Pemilik cap dagangan Sijil pendaftaran yang
berdaftar mendapat hak dikeluarkan oleh Pejabat
eksklusif untuk Pendaftar menjadi bukti
menggunakan cap sebagai pemilik yang sah
dagangan berkenaan ke atas sesuatu cap
dalam urusan/perjalanan dagangan.
perdagangan.
Bukti ini diterima di
Pemilik cap dagangan mahkamah dan juga pihak
juga berhak mengambil penguatkuasa. Sijil
tindakan undang-undang pendaftaran juga
ke atas sesiapa yang merupakan dokumen
mungkin penting untuk
menggunakannya tanpa membuktikan ‘kesahan’
kebenaran. hak milik cap dagangan
dalam urusan
pengeksportan barangan
ke luar negara.
179
iv. Reka Bentuk Perindustrian
Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk,
tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui
proses atau cara perindustrian. Selain itu, ciri yang terdapat pada barang
siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilai dengan pandangan mata.
Akta Rekabentuk Industri 1996 merupakan undang-undang yang melindungi
reka bentuk.
AKTA REKABENTUK INDUSTRI 1996
• Memberi perlindungan melalui pemberian hak
monopoli terhadap reka bentuk luaran sesuatu
barangan yang dihasilkan secara meluas.
Pemberian hak ini diperolehi melalui pendaftaran.
Reka bentuk perindustrian yang boleh didaftarkan adalah seperti berikut:
Reka bentuk
Perindustrian yang BOLEH
didaftarkan
Memenuhi tafsiran reka Baharu di dunia
bentuk industri
Penzahiran yang TIDAK
menjejaskan kebaharuan.
Dalam tempoh enam bulan
sebelum tarikh pemfailan.
Ia dipamerkan dalam pameran @ Dizahirkan oleh orang lain selain
rasmi atau pameran yang daripada pemohon bagi reka
diiktiraf. bentuk yang sama terhadap
barangan lain.
180
Kepentingan pendaftaran reka bentuk perindustrian
Pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar mempunyai hak eksklusif.
Hak Eksklusif
Membuat
Mengimport
Menjual
Menyewa
Menggunakan untuk perniagaan/
perdagangan
Hak sendiri & boleh diserahkan/
dipindah milik
Pemohon yang layak untuk dilindungi adalah seperti yang berikut:
Pemohon yang layak
untuk dilindungi
Pencipta asal Syarikat/individu
181
Tempoh perlindungan
Perlindungan 5 tahun dari tarikh pemfailan
atas pemberian sijil.
Boleh dilanjutkan empat kali berturut-turut
selama tempoh 5 tahun bagi setiap
lanjutan.
Jumlah tempoh maksimum perlindungan
adalah 25 tahun.
Info tambahan
182
B. Jenayah Siber
Jenayah siber merupakan
suatu bentuk jenayah era
moden yang semakin
berleluasa. Jenayah ini akan
mengakibatkan pelbagai
impak negatif yang berpunca
daripada penyalahgunaan
kepakaran dan kemahiran
dalam bidang teknologi
Internet.
Rajah 7.1
Sumber : Kementerian Komunikasi dan Multimedia (2019)
JENAYAH SIBER Satu bentuk perlakuan jenayah yang
menggunakan sebarang jenis peranti
elektronik melalui sambungan dalam
talian menerusi jaringan Internet.
Boleh menyebabkan berlakunya
kehilangan atau kerosakan kepada
peralatan, data dan maklumat.
Melibatkan sesebuah perisian mahupun
pemprosesan komputer seperti serangan
virus, pencerobohan (unauthorized access
and use) serta kecurian maklumat
terhadap sesebuah komputer atau peranti
elektronik.
183
Impak jenayah siber Melibatkan kerugian wang ringgit
IMPAK JENAYAH Ancaman terhadap nyawa dan
SIBER keselamatan
Mengaibkan maruah dan reputasi
seseorang individu atau sesebuah
organisasi
Ancaman terhadap sesebuah
negara
Jenis jenayah siber
Penggodaman
(hacking)
Pemindahan Penipuan siber
wang secara (scamming)
haram
Jenis
jenayah siber
Pemalsuan kad Pencerobohan
kredit dan kad maklumat dan
data (phishing)
akaun bank
184
C. Netiket (netiquette)
Netiket atau Netiquette merupakan etika berkomunikasi
dalam talian, luar talian dan talian tertutup. Netiket
bertindak sebagai garis panduan untuk komunikasi yang
betul dalam talian termasuklah adab untuk menghantar e-mel, berbual dalam
talian, dan sebagainya.
Tujuan Netiket
Membina dan mengekalkan persekitaran komunikasi
dalam talian yang
• Menyenangkan
• Selesa
• Cekap
• Mengelakkan ketegangan pada sistem yang boleh
menimbulkan konflik dalam kalangan pengguna
185
Cabaran Seorang Pereka Grafik
Cabaran sebagai pereka grafik pada era industri 4.0 ini jauh lebih sukar berbanding
sebelumnya dan berkembang pesat. Kini, persaingan di pasaran global melibatkan
gabungan agensi dan pereka grafik bebas.
Pereka grafik harus memiliki pemahaman tentang undang-undang seperti:
▪Melindungi hasil
karya daripada
dieksploitasi
▪Mengelakkan ▪Memastikan
pelanggaran mendapat
pampasan
undang- untuk hasil
undang secara
tidak sengaja karya
186
Seorang pereka grafik perlu menjauhi perkara-perkara di bawah:
▪Pelanggaran
lesen perisian
▪Membuat reka ▪Pelanggaran
bentuk yang lesen fon
menyinggung
perasaan
▪Plagiat hasil ▪Pelanggaran
karya orang kontrak
lain
Rajah 7.2
Sumber: https://ecommerce-platforms.com/ms/articles/a-brief-guide-to-legal-
problems-graphic-designers-could-face
Cabar Pereka grafik perlu memiliki pemahaman tentang
Minda undang-undang.
Bincangkan cabaran seorang pereka grafik pada
era industri 4.0 bagi melindungi hasil karya mereka.
187
AKTIVITI
BAHAN DAN ALATAN
1. Perisian persembahan
2. Komputer/komputer riba dengan capaian Internet
TUGASAN
Murid diminta untuk mengenal pasti dan menjelaskan isu etika dan
perundangan yang berkaitan dengan grafik.
LANGKAH KERJA:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Guru akan menentukan satu skop tugasan tentang perlindungan harta intelek
kepada setiap kumpulan:
a. Hak cipta
b. Paten
c. Cap dagang
d. Reka bentuk industri
3. Cari maklumat berkaitan skop tugasan yang diberikan melalui bahan bacaan
atau Internet. Bincangkan bersama-sama dengan ahli kumpulan.
4. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil dapatan mereka kepada
kumpulan lain. Semasa sesi ini, murid-murid digalakkan mengemukakan soalan.
5. Buat catatan tentang maklumat penting dalam bentuk infografik.
188
LATIHAN / PENILAIAN
Jawab semua soalan di bawah.
1. Senaraikan tiga etika seorang pereka grafik.
(a)
(b)
(c)
2. Senaraikan empat bidang undang-undang harta intelek.
(a)
(b)
(c)
(d)
3. Tandakan () pada penyataan yang betul dan () pada penyataan yang
salah.
Penyataan Ruang jawapan
(a) Perlindungan harta intelek
merujuk kepada hasil ciptaan
seseorang yang didaftarkan
(b) Perlindungan hak cipta hanya
boleh diberikan kepada
ekspresi idea
(c) Harta intelek merupakan asas/
pendahulu kepada kesemua
jenis hak ke atas harta yang
tidak ketara
4. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
(a) Hak cipta ialah________________________ yang diberikan oleh undang-
undang untuk ________________________ tertentu.
(b) Perlindungan hak cipta di Malaysia adalah berasaskan kepada
_______________________________.
189
(c) Undang-undang ______________ membolehkan seseorang pencipta
______________________ dan _______________________ ciptaannya.
(d) _________________________ ialah apa-apa tanda yang boleh dinyatakan
secara ______________ untuk membezakan barang-barang atau
perkhidmatan.
(e) Reka bentuk perindustrian ialah __________________, tata rajah, corak atau
___________________ yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-
apa proses atau cara perindustrian.
5. Padankan penyataan di bawah dengan menulis fungsi cap dagangan yang
betul dalam ruang jawapan.
Fungsi Fungsi Fungsi Fungsi Fungsi
asal kualiti pemasaran ekonomi pemilihan
Penyataan Ruang jawapan
(a) Cap Dagangan dapat menunjukkan sumber yang
bertanggungjawab mengeluar atau menjual
sesuatu barangan atau perkhidmatan.
(b) Cap-cap yang telah established di pasaran
menjadi aset yang sangat bernilai. Cap tersebut
boleh dilesenkan atau difrancaiskan.
(c) Cap Dagangan mempermudah dan
mempercepat pengguna membuat pilihan
semasa membeli sesuatu barangan atau
perkhidmatan.
(d) Pengguna memilih cap-cap tertentu kerana
berkeyakinan barang-barang atau perkhidmatan
berkenaan terjamin kualitinya.
(e) Peranan cap dagangan selaku alat pengiklanan
sangat berkesan. Menjadi kebiasaan pengguna
membeli sesuatu keluaran kerana terpengaruh
dengan iklan yang berterusan.
190
6. Jenayah siber merupakan suatu bentuk jenayah era _______________ yang
semakin berleluasa daripada penyalahgunaan __________________ dan
________________ dalam bidang teknologi Internet.
7. Senaraikan tiga impak jenayah siber kepada masyarakat.
(a)
(b)
(c)
8. Terdapat lima bentuk jenayah siber kehartaan yang utama. Lengkapkan
infografik di bawah dengan jawapan yang betul.
Jenis Jenayah
Siber
9. Tujuan netiket adalah untuk membina dan mengekalkan persekitaran yang
__________________ dan _______________ untuk komunikasi dalam talian.
191
7.1.2 Membincangkan trend masa hadapan yang berkaitan dengan bidang grafik
Trend Masa hadapan yang berkaitan dengan bidang grafik
Industri kreatif di Malaysia menunjukkan
perkembangan positif selari dengan perkembangan
ekonomi negara termasuk bidang drama, animasi
dan kerja kreatif yang lain. Antara cabang industri
kreatif ialah bidang seni reka grafik iaitu proses
menyampaikan mesej tertentu kepada golongan sasaran dengan memfokuskan
pengunaan komunikasi seni visual yang efektif sebagai medium persembahan.
● Trend Grafik Masa Kini
Kepesatan kemajuan teknologi gajet dan
Internet mengubah trend bidang grafik. Era
Realisme menggunakan efek 3D, flares dan
tekstur yang terperinci manakala pada era
milenium, reka bentuk flat (solid flat colour
tanpa sebarang efek) banyak diaplikasi.
Trend ini telah memudahkan perkongsian
dan akses maklumat melalui pelbagai
peranti agar maklumat dapat disampaikan ke seluruh pelosok dunia dengan
kelajuan Internet yang minimum.
Seterusnya, beralih pula kepada trend semi-
flat (konsep flat dicampur warna gradients
atau sedikit efek seperti bayang dan flat 3D
dengan warna solid). Konsep reka bentuk flat
dan semi-flat diadun bersama mewujudkan
trend baharu iaitu flat doodle, tipografi,
origami dan lain-lain.
192
Era berikutnya, sebahagian laman web menukar konsep kepada hand drawing,
duotones, halftones kepada bright colour gradients. Walau bagaimanapun,
semua konsep pada setiap era ini masih relevan dan ada peminatnya yang
tersendiri.
Rajah 7.3 Contoh karya bright colour gradients
Cabar Murid mengeksplorasi trend grafik masa kini dan
Minda bincangkan ramalan trend masa hadapan.
Info tambahan
193
AKTIVITI
BAHAN DAN ALATAN
1. Perisian persembahan
2. Komputer/komputer riba dengan capaian Internet
TUGASAN
Murid diminta untuk menyediakan peta pemikiran bagi
menghubung kait isu dan perundangan serta perkembangan trend
masa hadapan.
LANGKAH KERJA:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Murid mencari maklumat berkaitan skop tugasan yang diberikan melalui
bahan bacaan atau Internet. Bincangkan bersama-sama dengan ahli
kumpulan dan sediakan dalam bentuk peta pemikiran.
3. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil dapatan mereka kepada
kumpulan lain. Semasa sesi ini, murid-murid digalakkan mengemukakan soalan.
4. Buat catatan tentang maklumat penting dalam bentuk infografik.
194