The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-62231140, 2021-09-30 20:25:29

Modul Pembelajaran RGD Tingkatan 5

ModulPembelajaranRGDTingkatan52021

LATIHAN / PENILAIAN
Jawab semua soalan di bawah.

1. Industri kreatif di Malaysia menunjukkan perkembangan yang positif. Nyatakan
dua bidang industri kreatif.
(a)
(b)

2. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
a) Era _______________ menggunakan _______________, _______________ dan
________________ yang terperinci.

b) Era _______________ banyak mengaplikasikan reka bentuk flat.
c) Trend _____________menggunakan konsep flat dicampur warna gradients

atau sedikit efek seperti bayang.

3. Konsep reka bentuk flat dan semi-flat diadun bersama mewujudkan trend
baharu. Nyatakan tiga trend baharu tersebut.
(a)
(b)
(c)

195

7.1.3 Mengaitkan perkembangan trend grafik digital dengan peluang kerjaya
sebagai usahawan pereka grafik
Peluang kerjaya sentiasa berubah mengikut keperluan semasa dan
kecenderungan calon pekerja juga beralih mengikut trend terkini. Pada era industri
4.0, sebahagian besar syarikat yang ingin membina atau memulakan dan
memasarkan perniagaan dijangka memperluas penggunaan teknologi mereka.
Hal ini termasuklah pasaran yang dibangunkan melalui aplikasi mudah alih dan
laman web.

Trend ini dijangka memberi kesan positif dan meningkatkan permintaan
terhadap profesional dalam bidang reka bentuk, terutamanya reka bentuk grafik.
Pelajar yang ingin menjadikan pereka grafik sebagai kerjaya berpeluang menyertai
pelbagai bidang pekerjaan termasuk pereka pameran, pereka multimedia,
pemasaran, pengilustrasian serta pereka produksi untuk industri grafik, teater,
televisyen atau filem.

196

AKTIVITI
BAHAN DAN ALATAN
1. Perisian persembahan
2. Komputer/komputer riba dengan capaian Internet

TUGASAN
Murid diminta untuk mengaitkan perkembangan trend grafik digital
dengan peluang kerjaya sebagai usahawan pereka grafik.

LANGKAH KERJA:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Murid mencari maklumat berkaitan skop tugasan yang diberikan melalui bahan

bacaan atau Internet. Bincangkan bersama-sama dengan ahli kumpulan dan
sediakan dalam bentuk peta pemikiran.
3. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil dapatan mereka kepada
kumpulan lain. Semasa sesi ini, murid-murid digalakkan mengemukakan soalan.
4. Buat catatan tentang maklumat penting dalam bentuk infografik.

197

Nama Murid: LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Tahun:
Kelas: 7.1 Isu dan Trend Masa Depan
7.1.1 Menjelaskan isu etika dan perundangan yang
Standard
Kandungan: berkaitan dengan grafik.
Standard 7.1.2 Membincangkan trend masa hadapan yang
Pembelajaran:
berkaitan dengan bidang grafik.
7.1.3 Mengaitkan perkembangan trend grafik digital

dengan peluang kerjaya sebagai usahawan pereka
grafik.

Pencapaian

Bil. Perkara yang dinilai Terampil Belum Catatan
Terampil
1 Menyenaraikan isu etika dan
perundangan yang berkaitan (CAPAI / TIDAK CAPAI)
dengan grafik.

2 Menyatakan trend masa hadapan
yang berkaitan dengan bidang
grafik.

3 Menyenaraikan kaitan
perkembangan trend grafik digital
dengan peluang kerjaya sebagai
usahawan pereka grafik.

KEPUTUSAN:

TARIKH:

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh:
Tandatangan &
Tarikh:

198

Glosari

etika prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll)
harta intelek hasil kreativiti atau ciptaan daya intelektual seseorang
jenayah siber satu bentuk perlakuan jenayah yang menggunakan sebarang jenis
peranti elektronik melalui sambungan perkhidmatan internet yang membolehkan
sesebuah perlakuan jenayah
netiket etika dalam menggunakan internet
hak cipta hak eksklusif kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan
karya mereka untuk tempoh masa tertentu
paten hak eksklusif untuk suatu reka cipta sama ada berupa satu produk atau satu
proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu
cap dagangan apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh
membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada
perusahaan-perusahaan yang lain
cap kolektif suatu tanda yang menunjukkan barang-barang atau perkhidmatan
anggota persatuan yang merupakan tuan punya cap kolektif daripada
perusahaan yang lain
inovasi kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.
hak eksklusif hak yang hanya diperuntukkan bagi pencipta, sehingga tidak ada
pihak lain yang dapat memanfaatkan hak tersebut tanpa izin pencipta
baharu menggantikan atau menukarkan sesuatu dengan yang baru atau yang
mempunyai tempoh kuat kuasa
eksploitasi perbuatan (tindakan) mengambil kesempatan untuk mempergunakan
seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan atau
keuntungan diri sendiri
tanda apa-apa huruf, perkataan, nama, tandatangan, angka, logo, jenama, tajuk,
label, tiket, bentuk barang-barang atau bungkusannya, warna, bunyi, bau,
hologram, kedudukan, urutan gerakan atau apa-apa gabungannya.

199

trend arah aliran (gerakan dsb), perkembangan rentetan kejadian (amalan dll)
yang seolah-olah menuju suatu arah
tatarajah susunan pelbagai bahagian atau unsur sesuatu menjadi rupa bentuk atau
rajah tertentu
pencipta orang yang menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan)
hand drawing lukisan tangan
duotones warna yang terdiri daripada dua warna kontra atau berbeza
halftones darjah kecerahan warna antara ton cerah dengan ton gelap pada
sesuatu lukisan

200

MODUL 7.2

Standard 7.2 Asas Keusahawanan
kandungan:
Standard 7.2.1 Menerangkan konsep keusahawanan dalam
pembelajaran: bidang grafik.

Objektif 7.2.2 Mengenal pasti ciri-ciri usahawan dalam bidang
pembelajaran grafik.

Masa: 7.2.3 Menjelaskan sumber keusahawanan dalam
bidang grafik.

7.2.4 Mengira kos projek bagi penghasilan karya
grafik digital.

7.2.5 Membuat justifikasi faktor yang mempengaruhi
kadar bayaran penghasilan karya grafik.

7.2.6 Menyediakan kad harga (rate card) penghasilan
karya grafik digital.

▪ Menyatakan konsep keusahawanan dalam bidang
grafik.

▪ Menyenaraikan ciri-ciri usahawan dalam bidang
grafik.

▪ Menyenaraikan sumber keusahawanan dalam
bidang grafik.

▪ Menyatakan jenis-jenis kos yang terlibat dalam
pengeluaran produk dengan betul.

▪ Membuat pengiraan kos pengeluaran dan kos
harga bagi projek penghasilan karya grafik digital.

▪ Menyatakan faktor yang mempengaruhi kadar
bayaran bagi penghasilan karya grafik dengan
betul.

▪ Menghasilkan kad harga penghasilan karya grafik
digital dengan betul.

10 jam

201

NOTA RUJUKAN

7.2.1 Konsep Keusahawanan Dalam Bidang Grafik

Keusahawanan ialah proses yang berterusan untuk membangunkan dan
mengekalkan perniagaan. Keusahawanan merupakan konsep yang
merangkumi sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan
perniagaan dan perusahaan. Dari perspektif Islam, keusahawanan
merupakan perniagaan yang diusahakan oleh seseorang sama ada melalui
penjualan barangan atau penawaran sesuatu perkhidmatan bagi
memperoleh rezeki yang halal iaitu dengan cara yang tidak bertentangan
dengan syariah.

Ramai usahawan bidang grafik telah berjaya hasil daripada usaha
mereka yang tidak mengenal erti putus asa. Antara pereka grafik yang
dikenali di Malaysia adalah Muhammad Fazli bin Ab Latif atau nama
penanya ialah Kukubesi. Beliau merupakan artis reka bentuk grafik yang
tidak asing lagi dalam penghasilan poster filem, poster montaj, fotografi,
penyiaran dan komersial. Kebanyakan karya yang dihasilkan
memperlihatkan kualiti reka bentuknya tersendiri berbanding dengan
pereka bentuk grafik yang lain. Imej dan konsep " Radikal " yang dibawakan
mencorakkan kelainan dalam penghasilan karya beliau. Evolusi kerjaya
beliau semakin berkembang apabila menerima Anugerah Poster Filem
Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 24 melalui filem Hikayat Merong
Mahawangsa terbitan KRU filem. Beliau juga menjalankan perniagaan reka
bentuk grafik, perekaan dan cetakan reka bentuk pakaian jenama beliau
sendiri Empayar Kukubesi yang telah menakluki segmen pasaran t-shirt
Malaysia. Kini, beliau juga giat mengadakan kursus intensif reka bentuk grafik,
manipulasi foto dan fotografi dan juga menghasilan produk makanan asas
dalam bentuk paket yang telah di kisar iaitu Barangkisar.

202

Rajah 7.3 poster filem Hikayat Merong Mahawangsa (2011)

Foto 7.1 KukuBesi Foto 7.2 Hasil karya Foto 7.3 Hasil karya rekaan baju
(Muhammad Fazli poster filem. kemeja-T oleh KukuBesi.

bin Ab Latif).

Cabar Murid membuat kajian berkaitan dengan
Minda tokoh-tokoh pereka grafik Malaysia dan
mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan.

203

7.2.2 Ciri-Ciri Usahawan Dalam Bidang Grafik
Usahawan yang berjaya dalam bidang grafik perlu mempunyai ciri-ciri asas
kompetensi yang tertentu. Berikut merupakan kompetensi keusahawan dari
sudut nilai keusahawanan, sikap dan motivasi keusahawanan.

Rajah 7.4 ciri-ciri usahawan dalam bidang grafik

a. Kreatif
Berkebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu
idea baharu dan asli.

b. Berfikiran Kritis
Berfikir secara serius dan mendalam serta membuat pertimbangan dari
pelbagai sudut.

c. Berinovasi
Berupaya menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama
ada melalui pengubahsuaian atau penghasilan sesuatu yang baharu.
204

d. Fleksibel
Berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan semasa.

e. Berintegriti
Kejujuran dan ketelusan dalam melaksanakan sesuatu kerja.

f. Budaya saing
Bersaing secara sihat dengan usahawan bidang grafik yang lain.

g. Bijak merebut peluang
Bertindak bijak dalam merebut setiap peluang yang ada seperti
permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh usahawan lain dan
perkembangan teknologi terkini dan kaedah perkhidmatan terbaharu.

h. Cekal
Tidak mudah berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran yang
bertimpa-timpa.

i. Belajar daripada kesilapan
Tidak mengulangi kesilapan yang sama dan membuat penambahbaikan
terhadap produk, karya serta perkhidmatan berdasarkan komen daripada
pelanggan.

205

7.2.3 Menjelaskan sumber keusahawanan dalam bidang grafik
Sumber keusahawanan yang penting dalam bidang grafik bagi menjamin
perkembangan dan keuntungan perniagaan.
Berikut merupakan sumber-sumber bagi sesebuah firma keusahawanan
dalam bidang grafik, iaitu:

Sumber
Manusia

Sumber Sumber
Teknologi Modal

Sumber
Bahan
Mentah

Rajah 7.5 menunjukkan empat sumber yang perlu ada
pada sumber keusahawan.

a. Sumber Manusia

Pemilihan pekerja amat penting bagi mengelakkan kerugian atas kesilapan
yang akan menjejaskan perniagaan pada tugasan yang betul. Perilaku,
kebolehan bekerja di bawah tekanan dan berkemahiran merupakan ciri
yang harus dititikberatkan bagi memlilih pekerja yang baik.

Kemahiran yang perlu ada dalam sumber modal insan adalah seperti
berikut:

i. Kemahiran teknikal
Kemahiran dalam mengendalikan mesin, ICT dan lain-lain. Kemahiran
teknikal memainkan peranan besar dalam mekanisme perniagaan.
206

ii. Kemahiran interpersonal

Kemahiran berkomunikasi dua hala antara pekerja dengan majikan,
pekerja dengan pelanggan, pekerja dengan ketua atau sesama
rakan sekerja. Dengan pengurusan interpersonal yang baik segala
urusan dapat berjalan dengan lancar dan berjaya.

iii. Kemahiran pengurusan masa

Komitmen dan disiplin dalam menyiapkan projek mengikut tempoh
yang dijanjikan. Penangguhan projek boleh mengakibatkan kerugian
kepada sesebuah perniagaan. Kesan daripada penangguhan boleh
menyebabkan gangguan terhadap kerja-kerja dan risiko kehilangan
pelanggan.

iv. Kemahiran membuat keputusan

Setiap keputusan perlulah mengambil kira faktor, situasi dan kesan
daripada keputusan yang diambil. Situasi yang paling mencabar
dalam membuat keputusan apabila berhadapan dengan
kontingensi.

Kemahiran
Teknikal

Kemahiran Kemahiran
Membuat Interpersonal
Keputusan

SUMBER
MANUSIA

Kemahiran
Pengurusan

Masa

Rajah 7.6 menunjukkan empat perkara yang perlu ada pada sumber

manusia.

207

b. Sumber Modal
Pembiayaan atau modal penubuhan perniagaan itu yang merangkumi kos-
kos asas dalam penubuhannya termasuklah kos pendaftaran firma
perniagaan, sewaan bangunan perniagaan, peralatan, pengurusan dan
keperluan lain.

Sumber kewangan utama ialah akaun peribadi pengasas syarikat,
pinjaman kredit dan geran daripada sumber swasta serta awam.

c. Sumber Bahan Mentah
Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pewujudan dan
pelaksanaan projek. Penyediaan bekalan bahan mentah mengambil kira
beberapa pertimbangan seperti bekalan percetakan yang mudah
diperoleh khususnya dalam pasaran tempatan atau diimport pada
harga yang berpatutan.

Perbezaan kualiti dan kesesuaian bahan mengikut peralatan dan
perkakasan yang ada juga perlu diperhalusi. Kenaikan harga bahan mentah
pada masa akan datang juga perlu difikirkan agar penetapan harga
adalah berpatutan. Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan perlu bagi
penyediaan bahan mentah agar bekalan memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan.

d. Sumber Teknologi
Perkakasan, perisian, data dan rangkaian, dan sumber teknologi perlu
mengikut keperluan usahawan grafik dan seiring dengan industri 4.0. Hal ini
melibatkan automasi aktiviti yang tinggi dalam memasarkan produk serta
piawaian perkhidmatan.

208

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Internet

TUGASAN

Murid membentangkan hasil kerja kumpulan tentang ciri-ciri
usahawan dan sumber keusahawanan dalam bidang reka
bentuk grafik dengan menggunakan peta minda.

LANGKAH KERJA

1. Tugasan ini perlu dilakukan dalam kumpulan.

2. Murid menyenaraikan semua ciri usahawan dan sumber keusahawanan
dalam bidang reka bentuk grafik.

3. Murid membuat kajian tentang usahawan grafik yang berjaya, ciri-ciri
usahawan dan sumber keusahawanan.

4. Membuat pembentangan menggunakan perisian persembahan.

209

LATIHAN / PENILAIAN

1. Nyatakan ciri-ciri integriti.
……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………...

2. Nyatakan empat jenis sumber keusahawanan grafik.
i. ………………………………………….
ii. ………………………………………….
iii. ………………………………………….
iv. ………………………………………….

3. Padankan penyataan kemahiran di bawah dengan jawapan yang betul.

Kemahiran Kemahiran Kemahiran Kemahiran
membuat pengurusan teknikal interpersonal
keputusan
masa

Penyataan Ruang
Jawapan
Kemahiran berkomunikasi dua hala antara pekerja dan
majikan, pekerja dengan pelanggan atau pekerja
dengan rakan sekerja.
Komitmen dan disiplin dalam menyiapkan projek
mengikut tempoh yang dijanjikan.
Setiap keputusan perlulah mengambil kira faktor, situasi
dan kesan daripada keputusan yang diambil.
Kemahiran dalam mengendalikan mesin ICT dan lain-
lain.

4. Sumber teknologi merangkumi ……………, ……………, ……………, dan …………

210

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid: 7.0 Keusahawanan
Tahun:
Kelas: 7.2.1 Menerangkan konsep keusahawanan dalam bidang
grafik.
Standard
Kandungan: 7.2.2 Mengenal pasti ciri-ciri usahawan dalam bidang
Standard grafik.
Pembelajaran:
7.2.3 Menjelaskan sumber keusahawanan dalam bidang
grafik.

Bil. Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan

Terampil Belum
Terampil

1 Menerang konsep keusahawanan
dalam bidang grafik.

2 Menyatakan ciri-ciri keusahawanan
dalam bidang grafik.

Menjelaskan sumber keusahawanan

dalam bidang grafik:

i) Manusia
3 ii) Modal

iii) Bahan Mentah

iv) Teknologi

KEPUTUSAN: (CAPAI / TIDAK CAPAI)

TARIKH:

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh:
Tandatangan &
Tarikh:

211

7.2.4 Mengira Kos Projek Bagi Penghasilan Karya Grafik Digital

A. Konsep Kos Dalam Penghasilan Karya Grafik Digital

 Kos merupakan jumlah nilai wang yang perlu dibayar oleh pelanggan
kepada syarikat untuk mendapatkan sesuatu barangan atau
perkhidmatan.

 Kos pengeluaran ialah kos yang terlibat dalam proses pengeluaran sesuatu
barangan atau perkhidmatan.

 Kos diukur dalam bentuk nilai wang semasa.

B. Jenis-Jenis Kos

KOS TETAP KOS BERUBAH

- Maksud : kos yang tidak - Maksud : kos yang boleh
berubah. meningkat ataupun berubah
mengikut kuantiti dan kualiti
- Dikenali juga sebagai kos pengeluaran produk atau
malar. perkhidmatan.

- Tidak berubah nilainya - Bergantung pada harga
walaupun berlaku pasaran semasa.
peningkatan aktiviti
pengeluaran produk. - Contoh:
 kos bahan mentah
- Contoh:  kos buruh langsung
 sewa kedai  belanja langsung kilang dan
 insurans kedai sebagainya
 gaji pekerja
 cukai
 perkakasan dan perisian
 mesin percetakan

212

C. Kos Pengeluaran

Elemen Kos Pengeluaran

Kos Bahan *Kos keseluruhan pembuatan produk.

*Faktor yang mempengaruhi tinggi atau rendah

kos bahan ialah harga, kuantiti, kualiti, sumber

bahan mentah, masa dan tempat sesuatu

pengeluaran produk yang direka.

Kos Buruh Langsung *Kos bayaran kepada pereka grafik yang

diupah oleh pihak syarikat.

*Pereka grafik bertanggungjawab untuk

menghasilkan rekaan grafik yang terbaik dan

memenuhi kehendak klien.

Kos Overhed *Kos yang tidak terlibat secara langsung dalam

pengeluaran produk atau perkhidmatan.

*Contoh kos overhed ialah kadar bayaran

penyelenggaraan peralatan dan mesin,

bayaran elektrik, air dan lain-lain.

D. Pengiraan Kos

a. Kos Pengeluaran

KOS PENGELUARAN= KOS BAHAN + KOS UPAH + KOS OVERHED

b. Kos Upah
KOS UPAH= BILANGAN PEKERJA x TEMPOH MASA x KADAR UPAH

c. Kos Bahan – Bahan langsung atau bahan utama dalam proses
pengeluaran.

d. Kos Overhed – Kos yang tidak terlibat secara langsung.

e. Harga Jualan
HARGA JUALAN = KOS PENGELUARAN x MARGIN KEUNTUNGAN (%)

213

Contoh Pengiraan Projek
Spesifikasi kerja

Nama projek: Kad nama
Kuantiti projek: 500 keping (lima kotak)
Saiz kad nama: 92 mm x 57 mm
Jenis kertas: Art Card (230 gsm) saiz A4
Jenis Cetakan: Cetakan digital
Jenis kemasan kad: Satu muka cetakan

a. Kos Bahan

Harga seunit Bil Unit Jumlah
Bil Bahan / Perkhidmatan (RM)
50 20.00
(RM) 50 25.00
5 2.50
1 Art card 230 gsm 0.40 RM 47.50

2 Kos Cetakan 0.50

3 Kotak Kad 0.50

JUMLAH

b. Kos Upah

Bilangan pekerja: 1 orang

Masa (jam): 1 hari (8 jam)

Kadar upah: RM 10 ( reka bentuk dan potong kad nama )

Kos upah = Bilangan pekerja x 1 hari (8 jam) x Kadar upah
= 1orang x 1 hari (8 jam) x RM 10.00
= RM 10.00

214

c. Kos Overhed Kos (RM)
2.00
Bil Perkara 0.50
1 Elektrik 2.00
2 Air 4.50
3 Internet

Jumlah

d. Kos Pengeluaran

Kos pengeluaran = Kos bahan + Kos upah + Kos Overhed
= RM 47.50 + RM 10.00 + RM4.50
= RM 62.00

e. Harga Jualan Seunit (1 kotak)

Harga Jualan: = Kos Pengeluaran x Margin Keuntungan
Kadar Untung = RM 62 X 40 %
= RM 24.80
Harga Jual = RM 62 + RM 24.80
Harga Sekotak =RM 86.80
= RM 86.80 ÷ 5
= RM 17.36

215

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN

1. Internet
2. Mesin Kira

TUGASAN

Murid membuat pengiraan kos bagi menghasilkan projek:

i. Reka bentuk logo sebuah perniagaan.
ii. 500 label pelekat (sticker) pembungkusan plastik makanan.
iii. Kira kos pengeluaran dan kos jualan projek di atas.

LANGKAH KERJA

1. Tugasan ini perlu dilakukan dalam kumpulan.
2. Murid menyenaraikan spesifikasi kerja.
3. Murid mengira kos pengeluaran dan kos jualan seunit berdasarkan spesifikasi

kerja.
4. Murid membentangkan pengiraan kos projek.

216

Anda Kreatif?

Kira jumlah seunit kain rentang mengikut kos yang dipaparkan di
dalam jadual dengan tepat.

4 kaki

8 kaki

A. Kos Bahan

Bil. Bahan/Perkhidmatan Harga Satu Kaki Bil. Unit Jumlah (RM)
(RM)
1. Jenis Bahan:Tarpulin 20 unit
2. Kos Cetakan RM 3.00 20 unit
Jumlah (A) RM 0.50

B. Kos Upah

Bilangan pekerja : 2 orang

Masa (jam) : 1 hari (8 jam)

Kadar Upah : RM 15 (mereka bentuk dan memasang)

Kos Upah = Bilangan pekerja X masa (jam) X Kadar upah

= ______________X________________X_____________

Jumlah (B) = RM ______________.

217

C. Kos Overhed

Bil Perkara Kos (RM)
1. Elektrik 5.00
2. Air 0.50
3. Internet 2.00
Jumlah (C)

D. Kos Pengeluaran

Kos Pengeluaran = Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhed
=A+B+C

D = ________________

E. Harga Jualan Seunit kain rentang saiz 8x4 kaki ialah

Harga Jualan = Kos Pengeluaran (D) X Kadar Untung (%)
Unit Pengeluaran

= D X 40%
20

= ________________ / seunit.

218

LATIHAN / PENILAIAN

1. Nyatakan maksud kos.
……………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………...

2. Nyatakan tiga jenis kos yang anda ketahui.
i. ………………………………………….
ii. ………………………………………….
iii. ………………………………………….

3. Berdasarkan situasi yang diberi, isi ruang jawapan tersebut dengan jawapan
yang disediakan.

Kos Bahan Kos Buruh Kos Overhed
Langsung

Situasi Ruang
Jawapan
Mengupah pereka bentuk bagi menghasilkan rekaan
kain rentang (banner) bagi satu pameran.
Penggunaan dakwat pada mesin cetak bagi
mencetak produk grafik.
Bayaran membaiki mesin cetak yang mempunyai
masalah teknikal.

4. Kos overhed juga dikenali sebagai …………………………………………………

219

7.2.5 Faktor Yang Mempengaruhi Kadar Bayaran Penghasilan Karya Grafik.

Kadar bayaran merupakan perkara terpenting bagi menentukan jumlah bayaran
yang akan diterima oleh seorang pereka grafik bagi hasil karyanya. Jadual di
bawah merupakan Model Penetapan Harga menurut Persatuan Pereka Grafik
Dunia (AIGA) adalah seperti berikut:

Kod Kata Kunci Penerangan Kata Kunci Faktor Yang
Mnemonik Size (Saiz) Mempengaruhi Kadar Bayaran Penghasilan

Karya Grafik
 Berapakah saiz perniagaan klien?

 Berkaitan dengan skala perniagaan klien yang

ingin menempah rekaan grafik untuk syarikat

mereka.

What (Apa)  Apakah jenis rekaan yang hendak dihasilkan?
 Jenis karya yang dihasilkan oleh seseorang
pereka grafik turut mempengaruhi kadar
bayaran penghasilan karya grafik.
 Contoh rekaan grafik seperti poster,
gegantung, pengiklanan, pembungkusan dan
logo.

220

Impact  Bagaimanakah rekaan yang dihasilkan oleh

(Kesan) pereka grafik dapat memberikan kesan

terhadap penjualan barangan atau

perkhidmatan?

 Hal ini juga mempunyai perkaitan yang sangat

rapat dengan penggunaan bahan dan saiz

rekaan grafik dan mempengaruhi kadar

bayaran yang akan diperoleh daripada

penghasilannya.

Market  Apakah jenis pasaran yang hendak

(Pasaran) disebarluaskan oleh klien?

 Karya grafik yang dihasilkan oleh seseorang

pereka grafik bergantung kepada kehendak

klien.

 Jumlah peruntukan yang ditentukan oleh klien

biasanya bergantung pada jenis karya grafik

yang perlu dihasilkan.

 Pasaran mempengaruhi kadar bayaran

penghasilan karya grafik.

Time (Masa)  Berapakah masa yang perlu diambil untuk

menyiapkan sesuatu karya grafik klien?

 Kadar semasa mempengaruhi penentuan

kadar bayaran penghasilan karya grafik.

 Kadar semasa ini biasanya dipengaruhi oleh:

Faktor ekonomi semasa;

Kawasan industri sama ada di luar bandar

atau di bandar;

Kemampuan klien.

Experience  Pengalaman, pentauliahan atau
(Pengalama penganugerahan yang ada pada pereka
n) menentukan kadar bayaran hasil karya grafik.

221

Skill  Apakah kemahiran tambahan yang dimiliki

(Kemahiran) oleh pereka grafik?

 Kemahiran dalam strategi, penjenamaan dan

perundingan item rekaan grafik.

 Kemahiran dalam mengurus kos overhed

amat penting.

 Kos overhed merupakan kos yang akan

diambil kira semasa mengira kos pengeluaran

dan harga jualan.

 Semakin tinggi kos overhed diperlukan

semakin tinggi kadar bayaran bagi setiap

penghasilan karya grafik.

Tude  Apakah sikap klien dalam penghasilan rekaan

/Attitude grafiknya?

(Sikap)  Semakin sukar rekaan grafik yang dihasilkan

semakin mahal kadar bayaran yang akan

dikenakan.

Rajah 7.7 faktor yang mempengaruhi kadar
bayaran

222

Video panduan untuk menjadi
usahawan grafik berjaya
https://qrgo.page.link/r6dCD

Jadual Contoh Justifikasi Faktor yang Mempengaruhi Kadar Bayaran Penghasilan
Karya Grafik.

Kategori
Klien

Justifikasi
Faktor

S - Saiz klien Besar Sederhana Kecil

W - Jenis Klien meminta pereka grafik menghasilkan rekaan poster

rekaan yang kempen keluaran produk baharu syarikat iaitu ayam goreng.

hendak

dihasilkan

I - Kesan hasil Sebar luaskan Sebar luaskan Sebar luaskan

rekaan penggunaan poster penggunaan penggunaan poster

kepada klien ke seluruh cawangan poster ke seluruh untuk perniagaan

di Malaysia. cawangan di klien setempat

dalam negeri. sahaja.

M- Peruntukan modal Peruntukan modal Peruntukan modal

Peruntukan yang tinggi kerana yang sederhana yang kecil kerana

modal untuk sasaran pasaran yang kerana sasaran sasaran pasaran

pasaran klien luas iaitu ke seluruh pasaran yang untuk perniagaan

Malaysia sederhana iaitu setempat sahaja.

ke seluruh negeri.

223

T - Syarikat rekaan grafik memerlukan tempoh berdasarkan
Peruntukan kehendak klien sebelum tarikh promosi produk.
masa dalam
menghasilkan
rekaan grafik

Kategori
Klien

Justifikasi
Faktor

E- Klien akan mencari Klien akan Klien akan mencari

Pengalaman syarikat grafik yang mencari syarikat pereka grafik bebas

pereka grafik berpengalaman dan grafik yang yang murah kadar

bertauliah untuk sederhana kos bayaran untuk

mendapatkan penghasilan bagi mendapatkan

khidmat rekaan grafik mendapatkan khidmat rekaan

yang menepati khidmat rekaan grafiknya.

konsep dan portfolio grafik yang

klien. menepati konsep

klien.

S- Syarikat grafik yang Syarikat grafik Pereka grafik bebas

Kemahiran berpengalaman dan yang sederhana akan

pereka grafik bertauliah akan akan memberikan membentangkan

memberikan khidmat cadangan idea idea yang

rundingan rekaan rekaan grafik dari berkaitan dengan

grafik dari aspek aspek konsep konsep jualan klien.

konsep dan tema poster yang ingin

rekaan poster yang dihasilkan untuk

ingin dihasilkan untuk klien.

klien.

224

T – Sikap Klien mahukan hasil Klien mahukan Klien mahukan hasil
(Kehendak) rekaan poster yang hasil rekaan rekaan poster yang
klien dapat meningkatkan poster yang dapat
jualan produk dapat meningkatkan
syarikatnya ke meningkatkan jualan produk
seluruh cawangan di jualan produk perniagaanya di
Malaysia. syarikatnya ke kawasan setempat
seluruh sahaja.
cawangan di
dalam negeri.

Kategori
Klien

Justifikasi
Faktor

Contoh
rekaan poster

Aggaran Anggaran - RM 1000 Anggaran RM 100 Anggaran RM 30

harga poster

225

Video Justifikasi faktor kadar bayaran karya
grafik https://qrgo.page.link/priAJ

226

LATIHAN / PENILAIAN

1. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar bayaran bagi
penghasilan karya grafik.
i. …………………………………………………………
ii. ………………………………………………………...
iii. ………………………………………………………...
iv. ………………………………………………………...
v. ………………………………………………………...
vi. ………………………………………………………...
vii. ………………………………………………………...

viii. ………………………………………………………...

2. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar bayaran penghasilan karya grafik.

i. …………………………………………………………
ii. ………………………………………………………...
iii. ………………………………………………………...
iv. ………………………………………………………...

3. Senaraikan tiga jenis kos overhed yang mempengaruhi kadar bayaran.
i. …………………………………………………………
ii. ………………………………………………………...
iii. ………………………………………………………...

4. Mengapakah pengalaman sangat mempengaruhi kadar bayaran sesebuah
hasil karya?

…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………..

227

7. 2.6 KAD HARGA (RATE CARD) PENGHASILAN KARYA GRAFIK DIGITAL
A. Kad Harga
Kad harga merupakan dokumen yang mengandungi harga dan
keterangan bagi setiap produk atau perkhidmatan.

Rajah 7.8 Sumber gambar kad harga:
https://www.ezcetak.com/pakej-square.html

228

B. Kandungan Kad Harga

Kad harga biasanya mengandungi maklumat tentang saiz produk, harga,
spesifikasi, pakej, syarat, dan arahan untuk membuat pesanan bagi produk,
karya dan perkhidmatan.

Kad harga turut mengandungi maklumat terperinci berkaitan dengan
produk, karya, dan perkhidmatan. Kad tersebut membantu pelanggan
memahami produk dengan lebih baik dan meyakinkan mereka untuk
membelinya.

Walau bagaimanapun, maklumat pada kad harga perlulah ringkas agar
maklumat yang dipaparkan mudah dibaca dan difahami.

C. Kepentingan Penyediaan Kad Harga

1. Menyampaikan maklumat berkaitan dengan produk atau perkhidmatan dan
harganya kepada pelanggan dengan jelas.
2. Menjimatkan masa untuk memberikan maklumat kepada pelanggan.
3. Sebagai medium untuk mempromosikan harga produk, karya dan
perkhidmatan.

229

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN

1. Internet
2. Perisian penyuntingan reka bentuk grafik digital.

TUGASAN

Murid menghasilkan satu reka bentuk kad harga yang
mengandungi maklumat seperti nama reka bentuk, senarai
harga, pakej yang ditawarkan, cara untuk membuat pesanan
serta maklumat lain yang berkaitan.

LANGKAH KERJA
1. Murid meneroka beberapa contoh kad harga yang sedia ada di Internet.
2. Menyediakan senarai maklumat yang akan dimasukkan ke dalam kad harga.
3. Menyediakan lakaran reka letak bagi kad harga.
3. Menyediakan reka bentuk kad harga berdasarkan lakaran menggunakan

perisian penyuntingan reka bentuk grafik digital.
4. Membuat pembentangan hasil karya reka bentuk kad harga.

230

LATIHAN / PENILAIAN
1. Nyatakan maksud kad harga.

………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………….
………………………………………………………………………………………
2. Senaraikan empat maklumat yang perlu ada dalam kad harga.
i. ……………………………………………..
ii. ……………………………………………..
iii. ……………………………………………..
iv. ……………………………………………..
3. Nyatakan tiga kepentingan kad harga.
i. ……………………………………………..
ii. ……………………………………………..
iii. ……………………………………………..

231

LAPORAN PENCAPAIAN MURID

Nama Murid:
Tahun:
Kelas:

Standard 7.0 Keusahawanan
Kandungan:
Standard 7.2.4 Mengira kos projek bagi penghasilan karya
Pembelajaran: grafik digital.

7.2.5 Membuat justifikasi faktor yang mempengaruhi
kadar bayaran penghasilan karya grafik.

7.2.6 Menyediakan kad harga (rate card) penghasilan
karya grafik digital.

Bil. Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan

Terampil Belum
Terampil

1 Menyatakan maksud kos dan kad
harga

2 Menyatakan jenis kos yang terlibat
dalam satu pengeluaran

Menerangkan faktor yang

3 mempengaruhi kadar bayaran

penghasilan karya grafik

4 Membuat pengiraan kos
pengeluaran dan harga jualan

5 Menghasilkan reka bentuk kad
harga

KEPUTUSAN: (CAPAI / TIDAK CAPAI)

TARIKH:

Nama Guru: Tandatangan &
Disahkan oleh: Tarikh:
Tandatangan &
Tarikh:

232

MODUL 7.3

Standard 7.3 Projek Pameran Kreatif
kandungan:

Standard 7.3.1 Menjelaskan strategi pemasaran karya grafik iaitu:
pembelajaran: (i) Produk
(ii) Harga
(iii) Promosi
(iv) Saluran agihan

7.3.2 Membuat analisis strategi pemasaran untuk
mempromosikan karya grafik menerusi pameran.

7.3.3 Membuat justifikasi keperluan projek Pameran Kreatif.
7.3.4 Menyediakan kertas cadangan projek Pameran Kreatif

secara berkumpulan.
7.3.5 Menghasilkan bahan promosi projek Pameran Kreatif

secara individu dan berkumpulan.
7.3.6 Melaksanakan projek Pameran Kreatif secara

berkumpulan dan mempromosikan diri sebagai
pereka grafik dan karya grafik yang dihasilkan.

Objektif Murid dapat:
pembelajaran
 Menjelaskan strategi pemasaran karya Grafik melalui
produk, harga, promosi dan saluran agihan.

 Membuat analisis strategi pemasaran untuk
mempromosikan karya grafik menerusi pameran.

 Menyediakan kertas cadangan projek Pameran Kreatif
secara berkumpulan.

 Menghasilkan bahan promosi projek Pameran Kreatif
secara individu dan berkumpulan.

 Melaksanakan projek Pameran Kreatif secara
berkumpulan dan mempromosikan diri sebagai
pereka grafik dan karya grafik yang dihasilkan.

Masa: 20 jam

233

NOTA RUJUKAN

Projek Pameran Kreatif

Projek Pameran Kreatif adalah satu proses akhir yang perlu murid lalui dalam
modul ini.

Projek Pameran Kreatif ini merupakan proses gerak kerja yang merangkumi:

 penulisan kertas kerja;
 perancangan promosi;
 penghasilan bahan promosi; dan
 melaksanakan pameran produk grafik yang telah dihasilkan.

Projek Pameran Kreatif diadakan secara berkumpulan untuk mempromosi diri
sebagai pereka grafik dan karya grafik yang dihasilkan.

7.3.1 Menjelaskan Strategi Pemasaran Karya Grafik Iaitu Produk, Harga, Promosi
dan Saluran Agihan

Pemasaran ialah strategi,

proses atau kaedah yang

berkesan untuk

menyalurkan produk atau

perkhidmatan grafik

daripada pereka grafik

kepada klien.

Melalui aktiviti

pemasaran, produk atau

perkhidmatan dapat

diagihkan kepada klien

dengan memenuhi

keperluan dan kehendak

klien.

Foto 7.4 contoh suasana hari pameran karya grafik.

234

Dalam perancangan dan pelaksanaan strategi pemasaran, penekanan
diberikan kepada empat strategi.

Empat strategi pemasaran karya grafik:

 Produk
 Harga
 Promosi
 Saluran Agihan

a) Produk

Produk merupakan satu barangan, perkhidmatan atau idea yang akan dapat
memenuhi kehendak klien. Pereka grafik perlu mengenal pasti produk yang
boleh menarik perhatian klien pada aspek warna, saiz, reka bentuk dan
sebagainya.

Rekaan karya grafik produk merangkumi pengolahan idea, proses gerak
kerja, perancangan pengurusan produk, pembungkusan dan jaminan kualiti
rekaan produk.

Bagi seorang pereka grafik, perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti
berikut:

 pakej rekaan grafik produk;
 spesifikasi rekaan grafik produk; dan
 jangka masa penghasilan rekaan grafik produk.

Foto 7.5 botol kaca Foto 7.6 plastik makanan Foto 7.7 botol
plastik

Rajah 7.9 Contoh produk rekaan karya grafik

235

Foto 7.8 Foto 7.9 pelekat Foto 7.10 flyers
gegantung (sticker)

Rajah 7.10 Contoh perkhidmatan rekaan produk karya grafik.

b) Harga

Harga ialah bayaran yang telah dipersetujui oleh klien untuk memiliki
perkhidmatan yang ditawarkan. Pereka grafik perlu mengenal pasti nilai produk
kepada klien.

Kebanyakan pereka grafik menggunakan kaedah pengiraan harga tambah
kos. Kaedah ini memastikan supaya nilai harga yang ditetapkan bukan sahaja
melebihi kos overhed tetapi juga memberi keuntungan yang diperlukan.
Sekiranya kos overhed tidak tepat, berkemungkinan keuntungan yang bakal
diperoleh juga rendah.

Seorang pereka grafik perlu mempertimbangkan permintaan klien, kos
pengeluaran dan persaingan perkhidmatan.

c) Promosi

Promosi adalah kaedah mengenal pasti masa terbaik dan jenis pemasaran
serta saluran media untuk memberitahu, memujuk mempengaruhi dan
menyedarkan klien untuk membeli produk atau perkhidmatan.

Promosi yang berkesan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan dapat
mengekalkan kesetiaan klien.

Pereka grafik perlu memilih media pengiklanan yang sesuai untuk
mempromosikan perkhidmatannya.

236

Foto 7.11 Facebook Foto 7.12 Instagram Foto 7.13
WhatsApp

Rajah 7.11 Contoh promosi yang menggunakan platform media sosial.

Kaedah promosi terdiri daripada:

i.Pengiklanan Satu cara komunikasi pemasaran yang dirancang khas
untuk memberitahu dan memujuk klien membeli sesuatu
produk atau perkhidmatan. Pereka grafik boleh memilih
media pengiklanan yang bersesuaian iaitu sama ada
media cetak atau media elektronik.

ii. Jualan langsung Kaedah jualan yang melibatkan interaksi dan pertemuan
secara peribadi antara pereka grafik dengan bakal klien.

237

iii. Promosi jualan: Melibatkan pelbagai jenis insentif untuk menarik minat
klien. Berikut adalah insentif promosi jualan seperti:

 cabutan bertuah;
 pemberian diskaun;
 pemberian kupon; dan
 sampel percuma dan lain-lain.

iv. Publisiti: Maklumat yang disalurkan melalui media massa
mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Kos siaran
biasanya ditanggung oleh pihak media massa.

d) Saluran agihan

Pereka grafik perlu memilih tempat yang sesuai untuk memasarkan
perkhidmatan secara berkesan.

Pereka grafik perlu mengenal pasti lokasi dan kaedah untuk menjual produk
atau perkhidmatan supaya dapat sampai kepada klien.

Saluran agihan boleh dibuat secara: Tidak Langsung
Langsung Agen
Bersemuka
Surat Pengedar
Atas talian Pemborong

Peruncit

Penggunaan saluran agihan yang betul membolehkan pereka grafik
menembusi pasaran yang lebih besar, meningkatkan jualan dan
memaksimumkan keuntungan kerana produk atau perkhidmatan telah sampai
kepada klien yang betul pada waktu yang tepat.

238

https://qrgo.page.link/yHYGy
Ketahui Kaedah Pemasaran anda daripada laman sesawang
SME Info.

AKTIVITI

BAHAN DAN PERALATAN
1. Capaian Internet
2. Kertas Sebak
3. Pen Penanda (Pen Marker)

TUGASAN

Murid diminta untuk menghasilkan peta minda strategi
pemasaran karya grafik iaitu produk, harga, promosi, dan saluran
agihan dengan kreatif di atas kertas sebak secara berkumpulan.

LANGKAH KERJA
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan akan

membuat kajian berkaitan dengan empat tajuk strategi pemasaran.

2. Berikut merupakan empat tajuk kajian strategi pemasaran karya grafik yang
perlu murid kaji secara atas talian dan membuat rumusan dapatan maklumat
kajian:
i) Kumpulan 1 : Produk
ii) Kumpulan 2 : Harga
iii) Kumpulan 3 : Promosi
iv) Kumpulan 4 : Saluran Agihan

3. Setelah membuat kajian mengikut tajuk, murid dikehendaki untuk membuat
peta minda di atas kertas sebak dengan susunan reka letak yang kreatif.

239

4. Setiap kumpulan akan membuat pembentangan untuk meningkatkan lagi
kefahaman rakan seKelas: yang lain berkaitan dengan tajuk yang diberi oleh
guru.

Anda kreatif?

Buat kajian lapangan untuk menjelaskan strategi pemasaran
karya grafik beserta dengan contoh yang jelas berkaitan
dengan projek pameran kreatif.

LATIHAN / PENILAIAN

1. Apakah maksud dengan pemasaran dari sudut perkhidmatan rekaan
grafik?

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
2. Senaraikan empat strategi pemasaran yang telah dipelajari

i. ……………………………………………
ii. ……………………………………………
iii. ……………………………………………
iv. ……………………………………………

3. Berikan empat kaedah promosi strategi pemasaran karya grafik.

i. ……………………………………………
ii. ……………………………………………
iii. ……………………………………………
iv. ……………………………………………

4. Nyatakan dua contoh promosi yang menggunakan platform media sosial

i. ……………………………………………
ii. ……………………………………………

240

7.3.2 Membuat analisis strategi pemasaran untuk mempromosikan karya
grafik menerusi pameran.

 Strategi pemasaran ini akan lebih berfokus kepada aktiviti pemasaran
produk atau perkhidmatan menerusi pameran.

 Strategi pemasaran yang berjaya mampu menjana pendapatan
secara konsisten dan memberi kepercayaan kepada klien untuk
menggunakan perkhidmatan yang diberikan menerusi pameran.

 Rancangan pemasaran yang disediakan perlu mengambil kira:
i) Maklumat pesaing;
ii) Keperluan klien;
iii) Campuran pemasaran; dan
iv) Potensi untuk meluaskan perniagaan atau perkhidmatan.

 Analisis strategi pemasaran merangkumi perkara–perkara berikut:

a) Trend Terkini

 Trend terkini adalah antara perkara yang mempengaruhi keperluan
dan kehendak klien.

 Mampu mendorong minat klien untuk menyampaikan maklumat
produk dengan berkesan.

 Memainkan peranan penting bagi memperlihatkan produk yang
hendak dipasarkan lebih kelihatan segar dan terkini.

241

 Contohnya ciri reka bentuk grafik yang mempengaruhi trend terkini
seperti di pautan graphicmama.com/blog/graphic-design-trends-
2021/

(1) (2)
Rajah 7.12 menunjukkan rekaan grafik pembungkusan menggunakan line

art (1) dan berinspirasikan alam (2).

b) Promosi
 Promosi juga mampu mengubah perhatian klien untuk mengalihkan
fokus mereka terhadap produk.
 Teknik pemasaran yang dilakukan oleh hampir semua bidang
keusahawanan.
 Memberi kesan positif terhadap kejayaan keusahawanan.
 Dirancang dan dilaksanakan untuk klien, perlu berpadanan dengan
bajet yang ditentukan.
242

 Dirancang sama ada, dilaksanakan secara dalam talian, penajaan,
intensif atau pengiklanan.

 Strategi promosi yang tepat terhadap sasaran adalah lebih berkesan
berbanding pemilihan pasaran sasaran yang tidak tepat kerana
hasilnya tidak optimal dan merugikan.

Rajah 7.13 Promosi perkhidmatan penghasilan Photobook
di dalam laman web.

243

c) Pengenalan Diri

 Pengenalan diri atau profil syarikat boleh dinyatakan dengan
menggunakan platform dalam talian sebagai portfolio..

 Selain pengenalan diri, perkhidmatan yang ditawarkan serta hasilan
karya grafik juga boleh dilampirkan agar klien mengenalpasti reputasi
syarikat dengan lebih jelas dan yakin.

 Klien perlu tahu perkhidmatan yang ditawarkan agar sesuai dengan
keperluan yang hendak dilakukan pada perniagaan mereka
terutamanya pada peniaga baharu atau kurang pengalaman dalam
perniagaan.

 Laman web yang boleh dijadikan sebagai platform e-portfolio
pengenalan diri dan perkhidmatan adalah seperti behance.net,
deviantart.com, 500px.com, dribbble.com dan lain lain lagi.

Rajah 7.14 e-portfolio

244


Click to View FlipBook Version