Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA versi 2.0
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
1
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
Penafian (Disclaimer)
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA versi 2.0 disediakan oleh MARA untuk
memberikan pemahaman dalam menerapkan amalan tadbir urus korporat yang baik di
peringkat syarikat. Panduan ini disediakan sebagai rujukan dan tidak terikat kepada
sebarang tindakan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran peraturan dan
penyalahgunaan kuasa oleh pelaku. Lembaga Pengarah dan Pengurusan Syarikat adalah
bertanggungjawab untuk mendapatkan nasihat bebas dan profesional mengenai
kandungan yang disediakan sebelum mengguna pakai dan menguatkuasakan peraturan.
Walaupun penelitian telah dilaksanakan semasa penyediaan panduan ini, MARA tidak
memberi jaminan, sama ada yang dinyatakan atau dengan secara tersirat mengenai
ketepatan, kesempurnaan atau kebolehpercayaan kandungan di dalamnya.
MARA tidak bertanggungjawab kepada mana-mana pihak atas sebarang tuntutan yang
timbul, daripada atau berhubung dengan Panduan ini. MARA tidak akan
bertanggungjawab ke atas apa-apa jenis ganti rugi termasuk kepada kerosakan langsung,
tidak langsung, khas, berbangkit, sampingan atau punitif sekalipun atau apa-apa kerugian
yang menyebabkan kehilangan peluang. Garis Panduan ini adalah terhad kepada Ahli
Lembaga Pengarah dan Pengurusan Syarikat MARA, warga kerja MARA dan Pegawai
Kementerian Pengawal yang berkaitan sahaja.
2
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT SYARIKAT MARA
KANDUNGAN MUKA SURAT
BAHAGIAN 1 Pendahuluan 5-7
BAHAGIAN 2 Latar Belakang Penubuhan Syarikat 9 - 12
BAHAGIAN 3 Lembaga Pengarah Syarikat MARA
Perkara 1 Maklumat Am 15 - 17
BAHAGIAN 4 Perkara 2 Terma Pelantikan Lembaga Pengarah 19 - 24
BAHAGIAN 5 Perkara 3 Peranan dan Tanggungjawab Pengerusi 26 - 29
BAHAGIAN 6 Lembaga Pengarah 31 - 34
BAHAGIAN 7 Perkara 4 Peranan dan Tanggungjawab
BAHAGIAN 8 36 - 41
APPENDIX 1 Ahli Lembaga Pengarah
Perkara 5 Peranan dan Tanggungjawab 43 - 45
Lembaga Pengarah 47 - 51
Perkara 6 Peranan, Tugas dan Tanggungjawab
53 - 57
Pegawai MARA Yang Dilantik Sebagai Ahli
Lembaga Pengarah Syarikat Milik MARA 59 - 65
Perkara 7 Penubuhan Jawatankuasa Peringkat 67 - 68
Lembaga Pengarah
Perkara 8 Pembayaran Dividen, Bonus dan Insentif 71
Syarikat MARA 73 - 75
Perkara 9 Elaun, Yuran dan Faedah-faedah Lain 77 - 84
Setiausaha Syarikat 86
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat MARA 88 - 90
Perkara 1 Maklumat Am 92 - 93
Perkara 2 Terma Pelantikan 95
Perkara 3 Peranan dan Tanggungjawab
Penutup
Glosari
Rujukan
1PP Majlis Amanah Rakyat (MARA)
3
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
4
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT SYARIKAT MARA
BAHAGIAN 1 : PENDAHULUAN
1. Pengenalan
Tadbir urus korporat ditakrifkan sebagai proses dan struktur yang digunakan untuk
mengarah dan mengurus perniagaan dan hal ehwal sesebuah syarikat bagi
meningkatkan keuntungan perniagaan serta kebertanggungjawaban korporat
dengan tujuan utama untuk mencapai nilai jangka panjang pemegang saham tanpa
mengenepikan kepentingan pihak berkepentingan lain1.
Tingkah laku beretika, kebertanggungjawaban, ketelusan dan kemampanan
merupakan unsur tadbir urus korporat yang penting dalam pentadbiran syarikat serta
mengendalikan modal pelabur2.
2. Tujuan
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA ini disediakan sebagai panduan kepada
Ahli Lembaga Pengarah (ALP), Ketua Pegawai Eksekutif serta warga kerja Syarikat
MARA dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan hasrat untuk menggalakkan
pembudayaan tadbir urus korporat yang baik dalam sesebuah syarikat berdasarkan ciri-
ciri utama seperti berikut3:-
i. Memahami dan menghayati semangat dan hasrat di sebalik prinsip dan amalan
tadbir urus, termasuk hasil yang disasarkan1;
ii. Melaksanakan amalan tadbir urus dengan baik untuk mencapai hasil yang
disasarkan bagi membina dan menyokong budaya tadbir urus korporat yang kukuh
dalam seluruh syarikat1;
iii. Memberikan penzahiran yang adil dan bermakna mengenai amalan tadbir urus
syarikat1; dan
1 Tadbir urus korporat seperti ditakrifkan dalam Laporan Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kewangan (1999)
2 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017: Kepentingan Kod Tadbir Urus
3 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017: Kepentingan Kod Tadbir Urus
5
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
iv. Melaksanakan dan mematuhi mana-mana akta, dasar dan peraturan kerajaan
yang ditetapkan dari semasa ke semasa dan sedang berkuat kuasa.
3. Skop Pemakaian
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA adalah terpakai kepada semua Ahli
Lembaga Pengarah (ALP) dan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Syarikat MARA.
4. Bahagian Pelaburan & Pembangunan Subsidiari MARA
Sejajar dengan matlamat MARA sebagai sosio-economic engineering agency, MARA
memerlukan entiti yang boleh menjalankan perniagaan dengan matlamat menjana
keuntungan, mewujudkan peluang perniagaan dan membangunkan usahawan
Bumiputera. Sebagai langkah awal dalam melaksanakan inisiatif ini, MARA telah
menubuhkan Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Syarikat (BPPS) pada 3 Mei
2010 melalui penyusunan semula struktur organisasi Majlis Amanah Rakyat Tahun
2010 yang telah diluluskan melalui Mesyuarat Majlis MARA Bil. 353 (3/2010) pada 27
April 2010.
Fungsi BPPS pada awal penubuhan adalah untuk membangunkan produk berkualiti
untuk promosi dan pemasaran produk bumiputera di dalam dan luar negara. Di
samping itu BPPS berperanan dalam mengurus pelaburan MARA yang dilaksanakan
terus melalui MARA dan memantau pelaburan-pelaburan yang dibuat oleh syarikat-
syarikat subsidiari MARA secara profesional serta memastikan dan meningkatkan
aktiviti-aktiviti dan pelaksanaan pemantauan prestasi pelaburan dan pinjaman
syarikat subsidiari.
Pada 5 Januari 2011, nama Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Syarikat (BPPS)
telah diberi penjenamaan baharu kepada Bahagian Pelaburan dan Pembangunan
Subsidiari (BPPS). Ia sejajar dengan agenda Transformasi MARA, yang mana hala tuju
organisasi telah diselaraskan semula sesuai dengan semangat dan matlamat asal
kewujudan MARA sebagai sebuah socio-economic engineering agency. Pendekatan
baharu dalam transformasi ini adalah ke arah pembudayaan entrepreneurial based
6
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
organization dan mengurangkan kebergantungan MARA kepada peruntukan
kerajaan berdasarkan strategi sektor pelaburan iaitu peningkatan keuntungan dan
penjanaan pendapatan oleh Syarikat MARA.
Selain itu, BPPS juga memberi fokus kepada pengamalan tadbir urus korporat yang
baik oleh semua Syarikat MARA dengan memastikan semua aktiviti Syarikat MARA
dilaksanakan berdasarkan peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan melalui
pemantauan serta pengawasan secara berterusan.
7
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
8
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT SYARIKAT MARA
BAHAGIAN 2 : LATAR BELAKANG PENUBUHAN SYARIKAT
1. Pada tahun 2010, MARA telah membangunkan Pelan Transformasi Sektor Pelaburan
yang memberi fokus kepada meneroka pelbagai pelaburan termasuk meningkatkan
nilai tambah pelaburan ke atas aset MARA untuk menyumbang kepada peningkatan
pemilikan ekuiti Bumiputera dalam bidang ekonomi yang strategik.
MARA melalui penubuhan Syarikat MARA akan menjadi vehicle dalam mencapai
hasrat Kerajaan dan menjadikan MARA sebuah organisasi yang berupaya menjadi
pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Strategi Pelaburan MARA4 mengambil
kira perkara berikut:
i. Pelaburan di dalam syarikat yang berimpak tinggi dan mampan;
ii. Aktiviti penzahiran nilai sebenar aset agar faedahnya dapat dimanfaatkan
untuk kegunaan semasa (Unlocking Value) ke atas aset-aset MARA;
iii. Pelaburan di dalam saham-saham tersiar harga atau tidak tersiar harga;
iv. Melindungi kepentingan MARA dengan memastikan pelaburan yang dibuat
memberi pulangan yang terbaik dan mempunyai Dasar Pemisah (Exit Policy)
yang jelas.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Syarikat MARA perlu diterajui oleh Ahli Lembaga
Pengarah dan Pengurusan Kanan Tertinggi Syarikat yang mempunyai daya
kepimpinan yang mantap, kredibiliti yang tinggi, berintegriti selain mempunyai
kepakaran dalam industri untuk membangunkan Syarikat MARA.
2. Punca Kuasa
2.1 Berdasarkan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 (Pindaan 2003) [Akta 489],
kewajipan-kewajipan dan kuasa-kuasa Majlis MARA diperuntukkan di dalam
Seksyen 6 (1) iaitu:
4 Surat Pekeliling Am MARA Bil. 9/2013 bertarikh 1 November 2013; Dasar Pelaburan MARA
9
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
Adalah menjadi kewajipan Majlis untuk memajukan, menggalakkan,
memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial dalam
Malaysia dan khususnya bagi kawasan luar bandar;
Manakala, peruntukan Seksyen 6(2) pula, menyatakan:
Tertakluk kepada kelulusan Menteri, dan bagi kuasa yang diperuntukkan
di dalam perenggan (d), persetujuan bersama oleh Menteri Kewangan
terlebih dahulu, Majlis adalah diberi kuasa bagi maksud menunaikan
kewajipannya di bawah subseksyen (1); dan
Berdasarkan peruntukan Seksyen 6(2) (cb), Akta Majlis Amanah Rakyat 1966
dan tertakluk kepada kuasa Menteri, Majlis adalah diberi kuasa:
untuk menubuh dan menggalakkan penubuhan syarikat-syarikat di
bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] bagi menjalankan atau
mengerjakan apa-apa aktiviti yang sudah dirancang atau diusahakan oleh
Majlis (termasuk mengambil alih fungsi kepada sebuah perbadanan yang
telah digulungkan dan dibubarkan di bawah Jadual IV)5.
2.2 MARA juga boleh menubuhkan suatu perbadanan di bawah Seksyen 25 (1),
Akta MARA 1966:
Majlis boleh dari semasa ke semasa dengan Perintah yang disiarkan di
dalam Warta Kerajaan menubuhkan, dengan kelulusan Menteri, suatu
perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana Majlis fikirkan patut
bagi menjalankan dan bagi menjaga, menjalankan dan mengurus apa-apa
projek, skim atau usaha (yang disebut dalam Akta ini sebagai ‘‘projek
pembangunan berdaftar”) yang telah dirancang atau dijalankan oleh
Majlis dalam melaksanakan kewajipannya atau menyempurnakan
fungsinya di bawah Seksyen 6; dan
5 Akta Majlis Amanah Rakyat 1966
10
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
Seksyen 37 Akta MARA 1966, pula memperuntukan:
Majlis boleh, dengan persetujuan Menteri membuat apa-apa peraturan
yang tidak berlawanan dengan Akta ini -
(a) berkenaan dengan apa-apa perkara mengenai penubuhan sesuatu
perbadanan yang disebut di dalam Seksyen 25;
2.3 Oleh yang demikian, pelaburan MARA melalui penubuhan anak syarikat atau
perbadanan hendaklah mendapat kelulusan Menteri bertanggungjawab
dengan persetujuan Menteri Kewangan6.
3. Takrif Syarikat MARA
Takrifan yang digunakan bagi tujuan Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA
Version 2.0 adalah berdasarkan takrifan Kementerian Pembangunan Luar Bandar
(KPLB)7 seperti berikut:
i. Syarikat-syarikat Induk, Subsidiari & Sub-Subsidiari yang mana pegangan ekuiti
Kerajaan melebihi 50%3;
ii. Syarikat-syarikat Bersekutu yang mana pegangan ekuiti Kerajaan antara 20%
hingga 50%3;
iii. Syarikat-syarikat Pelaburan yang mana pegangan ekuiti kurang 20%3;
iv. Syarikat Jaminan Terhad; dan
v. Perbadanan
4. Objektif Syarikat MARA
4.1 Penubuhan Syarikat MARA adalah selaras dengan kuasa yang diperturunkan
kepada Majlis MARA berpandukan kepada Seksyen 6, Akta MARA 1966 dalam
melaksanakan sebahagian fungsi dan aktivitinya bagi mewujudkan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.
6 1PP MARA, WP7.1(B): Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan;
Para 3.3.6 dan 5.9.3 : Perkara Mengenai Penubuhan Anak Syarikat atau Perbadanan
7 Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Bilangan 5 Tahun 2016
bertarikh 21 Julai 2016: Dasar dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Dividen Dan Bonus Oleh Syarikat
Kerajaan Di Bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
11
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
4.2 Bagi mencapai objektif tersebut, Syarikat MARA hendaklah memastikan setiap
pelaburan/suntikan modal mendapat pulangan dan mewujudkan nilai tambah.
Pertambahan nilai ke atas pelaburan diukur berdasarkan prestasi kewangan
dan bukan kewangan syarikat.
4.3 Selain itu, Syarikat MARA perlu memastikan terdapat peningkatan keuntungan
dan penjanaan pendapatan setiap tahun dan seterusnya peningkatan bayaran
dividen selaras dengan strategi sektor pelaburan berdasarkan pendekatan
baharu dalam transformasi MARA iaitu ke arah pembudayaan entrepreneurial
based organization dan mengurangkan kebergantungan MARA kepada
peruntukan kerajaan.
12
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT SYARIKAT MARA
BAHAGIAN 3 : LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT MARA
PERKARA 1 : MAKLUMAT AM
1. Lembaga Pengarah Syarikat MARA bertanggungjawab ke atas hala tuju dan prestasi
syarikat dengan merangka rancangan dan strategi perniagaan. Lembaga Pengarah
juga perlu bertindak profesional serta mendukung nilai-nilai teras berintegriti dan
berusaha dengan mengambil perhatian terhadap tugas dan tanggungjawab fidusiari
semasa menerajui syarikat.
2. Kuasa Lembaga Pengarah adalah untuk mengurus, mengarah dan menyelia
pengurusan perniagaan serta urusan syarikat tertakluk kepada kuasa-kuasa di dalam
Perlembagaan Syarikat, Akta Syarikat 2016 serta Undang-undang dan Peraturan
berkaitan syarikat yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa oleh Kerajaan/MARA.
3. Istilah Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah adalah seperti
berikut :
3.1 Pengerusi Lembaga Pengarah ialah seorang Ahli Lembaga Pengarah yang
dilantik dan bertanggungjawab untuk menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah.
Pengerusi yang dilantik di dalam Syarikat MARA bukanlah satu jawatan
eksekutif.
3.2 Ahli Lembaga Pengarah ialah seorang yang telah dilantik untuk menganggotai
Lembaga Pengarah sesebuah syarikat. Seorang Ahli Silih Ganti kepada Ahli
Lembaga Pengarah juga termasuk dalam tafsiran Ahli Lembaga Pengarah.
15
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
4. Mana-mana keputusan Lembaga Pengarah Syarikat MARA yang menyentuh
polisi/dasar, objektif, penubuhan, struktur organisasi dan lain-lain perkara yang
memberi impak besar kepada perjalanan dan kewangan syarikat perlu dibentang
dan mendapat kelulusan Majlis MARA8.
5. Setiap Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang dilantik hendaklah melaksanakan
kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai seorang pengarah berdasarkan undang-
undang sedia ada khususnya peruntukan-peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016.
Kegagalan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pengarah apabila
disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau
didenda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya9.
6. Peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah, komposisi Lembaga Pengarah dan
kebebasan Lembaga Pengarah merupakan elemen yang perlu diperkukuhkan dalam
syarikat. Ia merupakan saranan kepada syarikat berdasarkan Kod Tadbir Urus
Korporat Malaysia 2017 (MCCG 2017) yang menggalakkan syarikat untuk mengguna
pakai prinsip tadbir urus korporat yang baik sebagai sebahagian perkara penting
dalam urusan dan budaya perniagaan syarikat.
7. Budaya korporat yang sihat berdasarkan akauntabiliti dan ketelusan adalah kunci
untuk menghasilkan kejayaan perniagaan dan ekonomi jangka panjang, dan
tanggungjawab ini terletak kepada Lembaga Pengarah Syarikat. Bagi mewujudkan
Lembaga Pengarah yang berkesan, MCCG 2017 menggariskan tiga (3) prinsip yang
memberi tumpuan kepada :
A. Kepimpinan dan Keberkesanan Lembaga Pengarah
i. Tanggungjawab Lembaga Pengarah
ii. Komposisi Lembaga Pengarah
iii. Imbuhan
8 Mesyuarat Majlis Bil. 340 [10/2008] Bertarikh 18 November 2008 [Keputusan Majlis 159/2008: 5.3.11 (iii)]
9 Seksyen 213(3), Akta Syarikat 2016 (Kewajipan dan tanggungjawab pengarah)
16
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
B. Audit dan Pengurusan Risiko Yang Berkesan
i. Jawatankuasa Audit
ii. Rangka Kerja Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman
C. Integriti Pelaporan Korporat dan Hubungan Bermakna Bersama Pihak
Berkepentingan.
i. Komunikasi dengan Pihak Berkepentingan
ii. Pengendalian Mesyuarat Agung
17
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT SYARIKAT MARA
BAHAGIAN 3 : LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT MARA
PERKARA 2 : TERMA PELANTIKAN LEMBAGA PENGARAH
1. Struktur dan komposisi Lembaga Pengarah merupakan asas keberkesanan Lembaga
Pengarah dan perlu memenuhi keperluan syarikat. Setiap syarikat beroperasi dalam
konteks tertentu dan unik serta mempunyai hasrat, aspirasi dan keutamaan masing-
masing. Struktur dan komposisi Lembaga Pengarah perlu mencerminkan konteks
berikut :
1.1 Bilangan Ahli Lembaga Pengarah
Akta Syarikat 2016, menetapkan jumlah minima Ahli Lembaga Pengarah adalah
satu (1) orang10. Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan tadbir urus
korporat yang baik, walaupun kebiasaannya jumlah minima Ahli Lembaga
Pengarah (ALP) adalah dua (2) orang dan maksima dua belas (12) orang, namun
jumlah maksima Ahli Lembaga Pengarah yang ideal adalah antara tujuh (7)
hingga sepuluh (10) orang, yang mana 1/3 daripadanya adalah daripada
Pengarah Bebas yang dilantik dari kalangan industri yang bersesuaian11.
Bilangan ALP hendaklah mencukupi untuk menentukan pelbagai kemahiran
dan kepakaran yang diperlukan dan tidak terlalu besar bagi memastikan proses
membuat keputusan yang berkesan, dan penglibatan aktif oleh setiap
pengarah.
10 Seksyen 9 (b) & (d), Akta Syarikat 2016 (Kehendak utama syarikat)
11 Surat Kementerian Kewangan Malaysia - Kelulusan cadangan menubuhkan syarikat induk kepada subsidiari
MARA melalui pengkorporatan Bahagian Pelaburan & Pembangunan Subsidiari MARA bil. KK/BSBB (S) 10/72-
1 Jld. 1 s.k 1(18) bertarikh 7 Oktober 2014
19
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
1.2 Komposisi Lembaga Pengarah
MCCG 2017 menetapkan bagi mana-mana syarikat tersenarai (Public Listed
Company), sekurang-kurangnya 50% daripada Ahli Lembaga Pengarah
hendaklah terdiri daripada ALP Bebas12.
Bagi syarikat selain daripada syarikat tersenarai (Public Listed Company),
Lembaga Pengarah hendaklah mempunyai bilangan ahli yang seimbang yang
terdiri daripada pengarah bebas, wakil pengurusan dan wakil pemegang saham.
Lembaga Pengarah mestilah terdiri sekurang-kurangnya 1/3 daripada ALP
terdiri daripada pengarah bebas agar tiada seorang individu atau kumpulan
individu kecil yang mendominasi keputusan Lembaga Pengarah13.
1.2.1 Komposisi keahlian Lembaga Pengarah Syarikat MARA hendaklah
merangkumi sekurang-kurangnya:
i. Seorang Wakil MARA; dan
ii. Seorang Wakil orang awam yang berkelayakan; dan
iii. Seorang Wakil dari Agensi Kerajaan14
1.3 Mempunyai pengasingan kuasa yang jelas yang mana Pengerusi Lembaga
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif mestilah disandang oleh individu yang
berbeza15. Pengasingan peranan yang jelas memudahkan pembahagian
tanggungjawab antara mereka. Tanggungjawab Pengerusi adalah untuk
memastikan kepimpinan Lembaga Pengarah mengenal pasti sebarang
kekurangan/kelemahan dalam pengurusan syarikat secara menyeluruh,
manakala Ketua Pegawai Eksekutif memberi tumpuan kepada pengurusan
operasi harian syarikat.
12 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017, Prinsip A: II Komposisi Lembaga Pengarah (Para 4.1)
13 Surat Kementerian Kewangan Malaysia - Kelulusan cadangan menubuhkan syarikat induk kepada subsidiari
MARA melalui pengkorporatan Bahagian Pelaburan & Pembangunan Subsidiari MARA bil. KK/BSBB (S) 10/72-
1 Jld. 1 s.k 1(18) bertarikh 7 Oktober 2014
14 1PP MARA, WP7.1(B): Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan (Para 4.3.3)
15 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017, Prinsip A: I Tanggungjawab Lembaga Pengarah (Para 1.3)
20
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
1.4 ALP yang dilantik perlu mempunyai pengalaman, kepakaran dan kemahiran
industri yang relevan berdasarkan keperluan syarikat. Kumpulan individu yang
memenuhi ciri-ciri tersebut secara kolektif mampu membantu syarikat
mencapai matlamat perniagaan syarikat.
Jadual: Ciri Pengarah Yang Disyorkan Berdasarkan
Panduan Tadbir Urus Korporat Bursa Malaysia 16
Sifat Peribadi Kecekapan
Kepimpinan – Pengarah yang faham Pengetahuan industri – Pengarah
dan berupaya mendorong bakat berbekalkan pengetahuan dan
yang berprestasi tinggi. pengalaman khusus dalam industri
yang sesuai dan berkaitan.
Strategik – Pengarah yang memberi
pandangan dan arahan strategik Keputusan perniagaan – Pengarah
dengan menggalakkan inovasi, yang membuat keputusan yang
membentuk haluan utama, menilai difikirkan terbaik sewaktu krisis.
keputusan strategik, dan sentiasa
mencabar organisasi untuk mencapai
Kepakaran – Pengarah dengan
visinya.
kepakaran profesional dan yang
Etika kerja – Pengarah yang sentiasa mengikuti perubahan pesat
bertindak dengan bebas dan proaktif persekitaran perniagaan.
dalam menyumbang kepada Kemahiran khas – Pengarah yang
Lembaga Pengarah. mempunyai kepakaran dalam
Profesionalisme – Pengarah yang perakaunan kewangan dan
mempunyai pendekatan profesional kewangan korporat, pengurusan
terhadap tanggungjawab. risiko serta kawalan dalaman dan
pengurusan strategik.
16 Panduan Tadbir Urus Korporat (Menuju Kecemerlangan Bilik Lembaga); Bursa Malaysia
http://www.bursamalaysia.com/misc/listed_companies_corporate_governance_CG_Guide_bm.pdf
21
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
1.5 Bayaran, yuran atau elaun kepada Ahli Lembaga Pengarah hendaklah
berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran Ahli Lembaga Pengarah
dan perlu diputuskan di peringkat Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan.
2. Tempoh Pelantikan
2.1 Tempoh Pelantikan bagi Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat MARA
yang dilantik oleh Majlis adalah untuk tempoh tidak lebih dari dua (2) tahun
bagi sesuatu tempoh pelantikan dan jawatan Pengerusi bagi anak-anak syarikat
bukanlah satu jawatan eksekutif17.
2.2 Selain daripada itu, tempoh pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah
Syarikat Subsidiari MARA bagi Pegawai Kerajaan tidak lebih dari dua (2) tahun
bagi sesuatu tempoh atau sehingga tempoh persaraannya atau yang mana
terdahulu18. Manakala pelantikan semula Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Subsidiari MARA hendaklah diperakui di peringkat Lembaga Pengarah sebelum
dibentangkan ke Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan MARA untuk perakuan
dan Majlis MARA untuk kelulusan19.
2.3 Tempoh perkhidmatan maksimum bagi setiap Pengerusi dan ALP adalah
6 tahun (3 penggal)20.
3. Syarat-Syarat Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah
3.1 ALP yang dilantik bertanggungjawab membantu syarikat dalam merancang
pelan perniagaan dan memastikan syarikat meningkatkan prestasi keuntungan
setiap tahun. Syarat pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah bagi
17 Mesyuarat Majlis Bil. 269 Bertarikh 21 Disember 2000
18 Mesyuarat Majlis Bil. 324 [7/2007] Bertarikh 7 Ogos 2007
19 Mesyuarat Majlis Bil. 329 [10/2007] Bertarikh 22 November 2007
20 Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Kementerian Kewangan (Diperbadankan), Bahagian
Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan, Cetakan Pertama, Disember 2014.
22
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
Syarikat MARA adalah berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa
Penamaan dan Imbuhan MARA21 seperti berikut:
BIL. Pengerusi ALP ALP
i. Kelayakan Akademik
kepakaran dalam bidang kepakaran dalam bidang
teknikal (meister); atau/dan teknikal (meister); atau/dan
pengalaman perniagaan yang pengalaman perniagaan yang
mendapat pengiktirafan mendapat pengiktirafan
ii. Pengalaman
pernah memegang jawatan pernah memegang jawatan
tertinggi di dalam sebuah tertinggi di dalam sebuah
organisasi awam/ syarikat organisasi awam/ syarikat
multinasional/ GLC/; Public multinasional/ GLC/; Public
Listed di dalam dan luar Listed di dalam dan luar negara;
negara; atau/dan atau/dan
pendedahan dalam industri pendedahan dalam industri
berkaitan di dalam dan luar berkaitan di dalam dan luar
negara; negara;
iii. Kepakaran
kepakaran dalam kepakaran dalam
menyelesaikan masalah, menyelesaikan masalah,
membuat keputusan & membuat keputusan &
perancangan strategik; perancangan strategik;
atau/dan atau/dan
pengetahuan dalam dalam pengetahuan dalam dalam
operasi syarikat, pengurusan, operasi syarikat, pengurusan,
kewangan, pemasaran dan kewangan, pemasaran dan
sumber manusia. sumber manusia.
iv. Semakan Kesalahan Jenayah
Polis Diraja Malaysia (PDRM);
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC); dan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
21 Mesyuarat Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan MARA Bil. 4 (2/2019) bertarikh 26 Februari 2019
23
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
4. Syarat-Syarat Lain
4.1 Berdasarkan MCCG 2017, Syarikat perlu membuat penilaian prestasi ALP setiap
tahun yang bertujuan untuk menilai keberkesanan dan kecekapan Lembaga
secara keseluruhan juga secara individu dalam memberikan idea untuk
membangunkan syarikat22.
4.2 Had Keahlian Setiap Lembaga Pengarah
Berdasarkan Bursa Malaysia Listing Requirements, seseorang individu tidak
boleh menjadi ALP melebihi 5 buah syarikat awam yang disenaraikan.
22 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017, Prinsip A: II Komposisi Lembaga Pengarah (Para 5.1)
24
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA
BAHAGIAN 3 : LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT MARA
PERKARA 3 : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGERUSI
LEMBAGA PENGARAH
1. Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat adalah orang yang bertanggungjawab
menanamkan amalan tadbir urus korporat yang baik, menunjukkan daya kepimpinan
yang efektif dan keberkesanan fungsi Lembaga Pengarah23.
2. Pengerusi dan KPE/Pengarah Urusan merupakan dua teras utama sebuah syarikat.
Pembahagian tanggungjawab yang jelas antara Pengerusi dan KPE/Pengarah Urusan
adalah penting untuk melahirkan kebertanggungjawaban dan memudahkan
pembahagian tanggungjawab supaya tiada antara mereka yang mempunyai kuasa
tanpa batasan dalam membuat keputusan24.
3. Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat MARA yang dilantik merupakan Pengerusi
Bukan Eksekutif (Non-executive) yang bermaksud pelantikan tidak membolehkan
Pengerusi mencampuri urusan operasi syarikat.
4. Pengerusi bertanggungjawab mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah,
memastikan prosedur dan pengendalian mesyuarat dengan teratur, mengelola
urusan Lembaga Pengarah serta bertanggungjawab untuk menilai fungsi lembaga
yang berkesan termasuk pengawasan terhadap pengurusan syarikat secara kolektif.
23 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017, Prinsip A: I Tanggungjawab Lembaga Pengarah (Para 1.2)
24 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017, Prinsip A: I Tanggungjawab Lembaga Pengarah (Para 1.3)
26
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
5. Tanggungjawab utama Pengerusi adalah25:-
5.1 Memimpin Lembaga Pengarah supaya dapat melaksanakan tanggungjawabnya
dengan berkesan.
Pengerusi perlu memastikan Lembaga Pengarah memainkan peranan penting
dan konstruktif dalam menentukan strategi dan dasar syarikat. Keputusan yang
dibuat oleh Lembaga Pengarah mestilah adil dan menjaga kepentingan syarikat
serta memastikan syarikat mempunyai prosedur untuk pertimbangan Lembaga
Pengarah.
5.2 Menetapkan agenda Mesyuarat Lembaga Pengarah dan memastikan Ahli-Ahli
Lembaga Pengarah menerima maklumat yang lengkap dan tepat pada masa yang
sewajarnya.
Pengerusi perlu menetapkan agenda mesyuarat Lembaga Pengarah bersama
Setiausaha Syarikat dan KPE/Pengarah Urusan terlebih dahulu. Pengerusi juga
perlu memastikan pengurusan menyediakan maklumat yang tepat, terkini dan
menyeluruh supaya semua ALP mendapat penerangan yang jelas dan
sewajarnya berkaitan isu dan perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat
bagi membantu ALP membuat penilaian dalam mempertimbangkan keputusan.
5.3 Mengetuai mesyuarat dan perbincangan Lembaga Pengarah.
Pengerusi perlu memastikan Lembaga Pengarah mempunyai masa yang
mencukupi untuk membincangkan secara menyeluruh mengenai isu-isu utama
yang dibentangkan serta memastikan bahawa keputusan yang diambil adalah
berdasarkan maklumat yang tepat serta dasar yang berkuat kuasa, termasuk
memastikan semua isu strategik dan kritikal diambil kira.
25 Corporate Governance Guide, 3rd Edition, Bursa Malaysia (Pull-out 1 – Guidance on Board Leadership and
Effectiveness, page 27 & 28)
https://bursasustain.bursamalaysia.com/droplet-details/resources/corporate-governance-guide
27
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
5.4 Menggalakkan penyertaan aktif ALP dan membenarkan perbezaan pendapat
disuarakan dengan bebas.
Pengerusi perlu menggalakkan budaya keterbukaan dan perbahasan serta
memastikan tiada pengarah yang menguasai perbincangan. Beliau juga perlu
mendapatkan cadangan dan komen daripada ALP serta menggalakkan ALP
supaya lebih proaktif untuk memberi pandangan.
5.5 Menjadi penghubung/pengantara antara Lembaga Pengarah dan pengurusan
syarikat.
Pengerusi perlu bertindak sebagai saluran utama antara Lembaga Pengarah
dan pengurusan syarikat serta mewujudkan hubungan baik dengan
KPE/Pengarah Urusan.
5.6 Memastikan langkah-langkah wajar diambil untuk membolehkan
komunikasi berkesan dengan pihak berkepentingan dan pandangan mereka
dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah secara menyeluruh.
5.7 Mengetuai Lembaga Pengarah dalam mengguna pakai dan memantau amalan
tadbir urus korporat yang baik dalam syarikat.
Pengerusi perlu mengetuai dalam penyediaan sistem tadbir urus korporat yang
berkesan termasuk penubuhan piagam Lembaga Pengarah dan jawatankuasa,
struktur jawatankuasa serta induksi dan program pembelajaran berterusan
kepada ALP serta mengawasi dan memudahkan pelaksanaan peer evaluation
ALP dan perancangan penggantian bersama Jawatankuasa Penamaan dan
Imbuhan.
28
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
6. Memastikan setiap resolusi Lembaga Pengarah yang substantif (substantive) dan
memerlukan perbincangan mendalam dikemukakan untuk pengundian secara fizikal
manakala Resolusi Pekeliling Lembaga Pengarah (Directors Circular Resolution)
hanya dihadkan kepada perkara-perkara yang tidak kompleks dan tidak
memerlukan perbincangan mendalam26.
26Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan (Diperbadankan): Bahagian Syarikat
Pelaburan Kerajaan Kementerian Kewangan, Cetakan Pertama Disember 2014: Bahagian 2: Tanggungjawab
dan Peranan: Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pengerusi
29
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA
BAHAGIAN 3 : LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT MARA
PERKARA 4 : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI LEMBAGA
PENGARAH
1. Penglibatan daripada semua ALP berdasarkan pengalaman, kemahiran dan ciri-ciri
ALP secara kolektif dapat menyumbang kepada wujudnya suatu Lembaga Pengarah
berkesan yang diperlukan untuk mencapai objektif dan matlamat Syarikat.
2. Secara individu, Pengarah perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
relevan untuk mengenal pasti isu-isu utama, memberi pendapat dan hujah,
bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dan mencadangkan penyelesaian
alternatif kepada pihak pengurusan. Di samping itu, adalah penting bahawa Pengarah
mempunyai pemikiran yang positif, berintegriti dan bermotivasi untuk bertindak bagi
kepentingan syarikat dan pemegang saham.
3. ALP hendaklah pada setiap masa menjalankan tugasnya demi kepentingan syarikat.
Kewajipan dan tanggungjawab utama ALP merangkumi dua (2) perkara iaitu27:
3.1 Tanggungjawab Fidusiari28; walaupun Lembaga Pengarah bertindak secara
kolektif, tanggungjawab fidusiari ditanggung secara individu oleh setiap ALP.
3.1.1 Terdapat empat (4) aspek utama tanggungjawab fidusiari ALP iaitu:
i. Tanggungjawab bertindak secara suci hati dan jujur;
ALP perlu bertindak secara suci hati dan jujur selaras dengan apa
yang mereka percaya untuk kepentingan syarikat dan pemegang
saham.
27 Seksyen 213(1), Akta Syarikat 2016 (Kewajipan dan tanggungjawab pengarah)
28 Corporate Governance Guide, Towards Boardroom Excellence; Bursa Malaysia
31
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
ii. Tanggungjawab menjalankan kuasa untuk tujuan yang sewajarnya;
ALP harus pada setiap masa menggunakan kuasanya untuk tujuan
yang sewajarnya demi kepentingan terbaik syarikat.
iii. Tanggungjawab melaksanakan budi bicara dengan sewajarnya;
Tertakluk kepada Perlembagaan Syarikat, ALP mempunyai
kebebasan yang luas dalam melaksanakan kuasa yang diberi dan
harus menggunakannya dengan sewajarnya dan tidak menghadkan
kuasa yang diberi dengan hanya membuat apa yang dikehendaki
oleh seseorang yang lain.
iv. Tanggungjawab mengelak percanggahan dan dagangan sendiri
(insider trading).
3.1.2 Tidak menyalah guna kuasa, hak dan harta yang dipertanggungjawabkan
sebagai ALP syarikat dan sentiasa mengikut peraturan dan kelayakan
dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ALP. Perkara yang dilarang
termasuklah:
a) Menyalahgunakan maklumat;
b) Keuntungan Rahsia;
c) Tidak membuat pengisytiharan sekiranya terdapat kepentingan
dalam syarikat atau perolehan/cadangan projek sama ada
kepunyaan sendiri atau ahli keluarga (isteri/suami atau anak-
anak)29. Sekiranya wujud percanggahan kepentingan dalam
sesebuah projek/perolehan maka Ahli Lembaga Pengarah tersebut
perlu mengecualikan diri (abstain) daripada menyertai
perbincangan dan membuat sebarang keputusan mengenainya.
Pengisytiharan tersebut hendaklah dibuat dalam mesyuarat
pengarah yang pertama yang dipegang atau selepas memegang
jawatan tersebut beliau memiliki harta itu30.
29 Seksyen 221, Akta Syarikat 2016 (Penzahiran kepentingan dalam kontrak, kontrak yang dicadangkan,
harta, jawatan, dsb.)
30 Seksyen 221 (7), Akta Syarikat 2016 (Penzahiran kepentingan dalam kontrak, kontrak yang dicadangkan,
harta, jawatan, dsb.)
32
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
3.2 Tanggungjawab menggunakan ketelitian, kemahiran dan usaha yang
munasabah31.
ALP perlu mengetahui dan memahami dengan jelas aktiviti utama syarikat serta
sentiasa melengkapkan diri dengan maklumat terkini berkaitan perkembangan
industri atau sebarang perubahan dalam garis panduan/perundangan yang
berkaitan.
Seterusnya, ALP juga perlu melaksanakan tanggungjawab tersebut berdasarkan
pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kepintaran perniagaan di dalam
industri untuk membantu pengurusan syarikat dalam mengenal pasti masalah,
mencari penyelesaian dan membuat keputusan demi kepentingan syarikat
yang semunasabahnya dengan cara berhemat berdasarkan garis panduan
berikut32:
i. Memastikan syarikat telah menubuhkan sistem dan proses tadbir urus
yang berkesan;
ii. Mengelak daripada membuat keputusan terburu-buru. Memberi masa
yang mencukupi untuk pertimbangan dan penilaian perkara berhubung
dengan transaksi dan kewangan;
iii. Meminta notis dan pengagihan kertas Lembaga Pengarah dan lampiran
penjelasan yang cukup sebelum mesyuarat;
iv. Mengadakan mesyuarat tambahan sebagai maklum balas kepada
permintaan maklumat tambahan sebelum keputusan muktamad;
v. Membuat keputusan termaklum berdasarkan maklumat yang diberi dan
analisis dan cadangan penasihat profesional bebas syarikat;
vi. Memastikan tidak ada tekanan tidak wajar daripada personaliti dominan;
vii. Memastikan pertimbangan membuat keputusan utama direkod dengan
betul;
31 Seksyen 213(2), Akta Syarikat 2016 (Kewajipan dan tanggungjawab pengarah)
32 Corporate Governance Guide, Towards Boardroom Excellence; Bursa Malaysia, 1st Edition; Chapter 1,
page 18-19
33
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
viii. Mendapatkan nasihat serta pandangan daripada pihak bebas dan
meletakkan pergantungan kepada yang lain apabila terdapat sebab baik
berbuat demikian; dan
ix. Menguji secara berkala sistem kawalan dalaman dan penilaian risiko yang
dibentuk untuk menilai integriti dan kekukuhan.
4. ALP juga mempunyai tanggungjawab bagi memastikan integriti kandungan maklumat
kewangan dan memastikan syarikat menyimpan rekod perakaunan dan
membolehkan mereka diaudit dengan mudah dan betul33.
5. ALP dikehendaki melindungi maklumat yang dikategorikan sebagai sulit dan rahsia
daripada didedahkan kepada umum, terutama yang memberi kesan kepada nilai
syarikat.
6. Definisi Pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif34
6.1 Pengarah Eksekutif adalah pekerja dan terlibat dalam pengurusan harian
syarikat.
6.2 Pengarah Bukan Eksekutif (Non-Executive Director) diklasifikasikan sebagai:
i. Mereka yang tidak mempunyai kepentingan kewangan secara langsung
atau tidak langsung dalam syarikat selain daripada emolumen pengarah;
ii. Mereka yang bukan pekerja syarikat atau mempunyai hubungan
dengannya dalam cara lain dan tidak terlibat dalam pengendalian harian
perniagaan tetapi mungkin mempunyai kepentingan kewangan dalam
syarikat, sama ada secara langsung atau tidak langsung; atau
iii. Mereka yang bukan pekerja syarikat tetapi bertindak sebagai penama
(proxy) untuk pemegang saham besar.
33 Seksyen 245, Akta Syarikat 2016 (Akaun hendaklah disimpan)
34 Corporate Governance Guide, Towards Boardroom Excellence; Bursa Malaysia
34
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA
BAHAGIAN 3 : LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT MARA
PERKARA 5 : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA
PENGARAH
1. Lembaga Pengarah secara kolektif bertanggungjawab ke atas kejayaan jangka panjang
sesebuah syarikat dan penyampaian nilai yang mampan kepada pihak berkepentingan
syarikat tersebut. Dalam melaksanakan tugas fidusiari dan fungsi kepimpinannya, adalah
penting bagi Lembaga Pengarah untuk mentadbir dan menetapkan hala tuju strategik
syarikat dan pada masa yang sama, menjalankan pengawasan terhadap pengurusan.
2. Lembaga Pengarah hendaklah memastikan syarikat mematuhi semua peruntukan
undang-undang, peraturan dan arahan di bawah Akta Syarikat 2016,
Perlembagaan/Memorandum & Articles of Association Syarikat, polisi & peraturan
syarikat, Kod Tadbir Urus Korporat 2017, pekeliling serta peraturan syarikat yang
berkuat kuasa dari semasa ke semasa oleh Kerajaan/MARA. Lembaga Pengarah juga
bertanggungjawab untuk memastikan Piagam Lembaga Pengarah, Kod Etika
Lembaga Pengarah dan Pengurusan Syarikat serta Polisi & Peraturan Syarikat
disediakan.
3. Lembaga Pengarah memainkan peranan penting dalam membuat keputusan,
menunjukkan kepimpinan berwibawa dan mengamalkan tadbir urus yang baik dan
amalan beretika di dalam syarikat35. Lembaga Pengarah harus menetapkan matlamat
strategik syarikat, memastikan sumber-sumber yang diperlukan oleh syarikat untuk
memenuhi objektifnya dan menilai prestasi pengurusan syarikat. Lembaga juga perlu
menetapkan nilai dan piawaian syarikat serta memastikan kewajipannya kepada para
pemegang saham dan pihak berkepentingan lain dipenuhi36.
35 Kod Tadbir Urus Korporat 2017; Prinsip A : Kepimpinan dan Keberkesanan Lembaga Pengarah
(I-Tanggungjawab Lembaga Pengarah)
36
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
4. Memastikan Syarikat MARA beroperasi selaras dengan objektif penubuhannya
melalui penyediaan strategi dan pelan perniagaan (business plan) yang mantap, serta
rangka kerja tadbir urus yang berkesan. Lembaga Pengarah dipertanggungjawabkan
sepenuhnya untuk memastikan syarikat melaksanakan mandat dan mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
5. Lembaga Pengarah perlu membentuk Jawatankuasa untuk membantu dalam
melaksanakan fungsi kepimpinannya. Jawatankuasa Lembaga Pengarah mempunyai
kuasa untuk memeriksa isu yang khusus di dalam terma rujukan masing-masing dan
bertanggungjawab melaporkan serta mengesyorkan sebarang keputusan di
peringkat Jawatankuasa kepada Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kelulusan.
Jawatankuasa yang perlu ditubuhkan adalah seperti berikut36:-
i. Jawatankuasa Audit;
ii. Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan;
iii. Jawatankuasa Perolehan;
iv. Jawatankuasa Pelaburan; dan
v. Jawatankuasa Risiko
6. Memahami dan memastikan penggubalan polisi syarikat adalah jelas, had kuasa
(Limit of Authority-LOA) yang kemas dan teratur serta Standard Operating Procedure
(SOP) yang sentiasa relevan tanpa menjejaskan kawalan, selaras dengan mana-mana
peruntukan dan yang tidak bercanggah dengan undang-undang serta dasar kerajaan.
7. Lembaga Pengarah juga perlu menjalankan peranan terhadap pengurusan Syarikat
dan memastikan penyediaan akaun dan laporan kewangan tahunan syarikat
dilaksanakan dengan betul dan teratur. Menimbang cadangan belanjawan tahunan
syarikat dan memastikan perbelanjaan dibuat berdasarkan belanjawan yang telah
36 Surat Kementerian Kewangan Malaysia - Kelulusan cadangan menubuhkan syarikat induk kepada
subsidiari MARA melalui pengkorporatan Bahagian Pelaburan & Pembangunan Subsidiari MARA bil.
KK/BSBB (S) 10/72-1 Jld. 1 s.k 1(18) bertarikh 7 Oktober 2014
37
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
diluluskan serta memastikan akaun syarikat (beraudit) disediakan bagi setiap tahun
kewangan.
8. Memastikan syarikat mempunyai sistem dan peraturan yang berkesan serta
menyediakan laporan pengurusan secara berkala, sekurang-kurangnya setiap suku
tahun dan mencadangkan penambahbaikan kepada kelemahan yang dikenal pasti.
9. Memastikan semua keputusan yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah
dilaksanakan oleh pengurusan syarikat mengikut jangka masa yang ditetapkan.
10. Memastikan semua perbincangan di peringkat mesyuarat Lembaga Pengarah
dicatatkan dengan tepat dalam minit mesyuarat termasuk jika terdapat bantahan/
percanggahan pendapat.
11. Memastikan Lembaga Pengarah tidak menyalahgunakan kuasa dalam penentuan
elaun, kemudahan dan faedah kepada ALP serta melaksanakan tanggungjawab
secara bermoral dan beretika.
12. Mengambil kira kepentingan MARA dalam membuat keputusan.
13. Memastikan KPE tidak menganggotai Jawatankuasa Audit Subsidiari untuk
mengelakkan percanggahan kepentingan dan mengamalkan tadbir urus baik.
14. Lembaga Pengarah perlu merujuk kepada MARA mengenai cadangan untuk
melaksanakan sesuatu aktiviti di luar mandat/objektif penubuhan syarikat MARA
untuk kelulusan MARA/ Kementerian Yang Bertanggungjawab/ Kementerian
Kewangan (MOF).
15. Melindungi maklumat yang dikategorikan sebagai sulit dan rahsia (trade secret)
daripada didedahkan kepada umum, terutama yang memberi kesan kepada nilai
syarikat.
38
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
16. Lembaga Pengarah termasuk Ahli Silih Ganti bertanggungjawab secara bersama bagi
semua keputusan Lembaga Pengarah dalam aktiviti perniagaan syarikat.
17. Bagi membolehkan Lembaga Pengarah menyempurnakan tanggungjawab dalam
memenuhi matlamat dan tujuan penubuhan syarikat, lembaga hendaklah antara lain37:
17.1 Bersama dengan pengurusan kanan menggalakkan budaya tadbir urus
korporat yang baik dalam syarikat yang mengukuhkan tingkah laku beretika,
berhemat, telus dan profesional;
Lembaga Pengarah hendaklah memupuk budaya tadbir urus korporat yang
sihat berdasarkan prinsip ketelusan, objektif dan integriti di dalam syarikat.
17.2 Mengkaji semula, mencabar dan memutuskan cadangan pengurusan syarikat
serta memantau pelaksanaannya oleh pihak pengurusan;
Lembaga Pengarah perlu meneliti cadangan pengurusan dan memastikan
pihak pengurusan telah mengambil kira semua aspek pertimbangan yang
sesuai. Lembaga Pengarah perlu menetapkan fungsi operasi dan
tanggungjawab keseluruhan Lembaga Pengarah dengan menjelaskan tugas
dan tanggungjawab kedua-dua pihak. Lembaga Pengarah mesti memastikan
bahawa matlamat dan sasaran yang ditetapkan kepada pihak pengurusan
tercapai, selaras dengan objektif syarikat.
17.3 Memastikan pelan strategik syarikat menyokong pembentukan nilai jangka
panjang yang merangkumi strategi mengenai ekonomi, alam sekitar dan
pertimbangan sosial yang mendokong kemampanan syarikat;
17.4 Menyelia dan menilai prestasi pengurusan untuk menentukan sama ada
perniagaan diuruskan dengan baik;
Lembaga Pengarah mesti memastikan bahawa terdapat langkah-langkah yang
perlu dilaksanakan untuk menilai prestasi pihak pengurusan. Lembaga
37 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017, Prinsip A: I Tanggungjawab Lembaga Pengarah (Para 1.1)
39
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
Pengarah juga harus meletakkan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk
pengurusan eksekutif bagi memastikan strategi dan prestasi pengurusan
adalah sejajar dengan objektif strategik syarikat.
17.5 Memastikan terdapat rangka kerja kawalan dalaman dan pengurusan risiko
yang mantap;
Lembaga Pengarah hendaklah memastikan bahawa terdapat rangka kerja
kawalan dalaman yang berhemat dan berkesan dan sistem pengurusan risiko
yang membolehkan risiko dinilai dan diuruskan.
17.6 Memahami risiko-risiko utama yang dihadapi oleh syarikat dan menyedari
bahawa sebarang keputusan perniagaan melibatkan pengambilan risiko yang
wajar;
Lembaga Pengarah hendaklah menyedari unsur kewangan dan bukan
kewangan yang penting yang boleh mengakibatkan pendedahan dan
mengubah profil risiko syarikat.
17.7 Menetapkan selera risiko yang mana Lembaga Pengarah menjangka pihak
pengurusan untuk beroperasi dan memastikan terdapat rangka kerja
pengurusan risiko yang wajar untuk mengenal pasti, menganalisis, menaksir,
mengurus dan memantau risiko kewangan dan bukan kewangan yang
signifikan;
17.8 Memastikan pihak pengurusan kanan memiliki kemahiran dan pengalaman
yang diperlukan, dan terdapat pelan pengurusan penggantian yang teratur
untuk Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan;
Lembaga Pengarah hendaklah memastikan bahawa calon yang dilantik ke
jawatan pengurusan kanan adalah berkaliber dan mempunyai kompetensi
yang menyeluruh bagi membolehkan mereka mengetuai operasi syarikat
dengan berkesan. Lembaga Pengarah juga harus menyediakan pelan
perancangan penggantian ALP dan pengurusan kanan syarikat.
40
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
17.9 Memastikan syarikat mempunyai prosedur untuk membolehkan komunikasi
berkesan dengan pihak berkepentingan; dan
17.10 Memastikan integriti dalam pelaporan kewangan dan bukan kewangan
syarikat.
41
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA
BAHAGIAN 3 : LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT MARA
PERKARA 6 : PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI
MARA YANG DILANTIK SEBAGAI AHLI LEMBAGA
PENGARAH SYARIKAT MILIK MARA
1. Pegawai MARA yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Wakil MARA di dalam
Syarikat/Subsidiari MARA perlu memahami peranan, tugas dan tanggungjawab
sebagai ALP sepertimana yang dinyatakan di Bahagian 3, Perkara 3, 4 dan 5. ALP wakil
MARA yang baharu dilantik wajar memastikan KPE atau Pengurusan memberi
taklimat terperinci mengenai aktiviti syarikat dan prosedur serta tatacara yang
berkuat kuasa dalam syarikat serta mempunyai kefahaman yang jelas tentang
matlamat, tujuan, keupayaan dan kapasiti syarikat sebelum memulakan peranan
sebagai ALP.
2. Sehubungan itu, ALP wakil MARA perlu mempertahankan kepentingan MARA dalam
membuat keputusan. Sekiranya terdapat percanggahan kepentingan atau konflik
yang tidak dapat dielakkan, ALP boleh mengisytiharkan percanggahan kepentingan
atau konflik tersebut dan mengecualikan diri (abstain) daripada mengundi.
3. Dalam melaksanakan kewajipannya, ALP perlu memainkan peranan masing-masing
secara berkesan dengan melaksanakan perkara berikut:
3.1 Hendaklah membahagikan masa yang terbaik antara tugas hakiki dan
tanggungjawab sebagai ALP, memandangkan tugas sebagai ALP adalah
dianggap sebagai tugas rasmi serta menumpukan masa dan usaha untuk
menghadiri mesyuarat dan menunaikan tanggungjawab sebagai ALP;
43
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
3.2 Bersikap pro-aktif dan cuba menyelesaikan masalah sebelum ia menjejaskan
prestasi syarikat;
3.3 Peka dengan kedudukan kepentingan pemegang saham dengan memastikan
setiap keputusan memberi impak yang baik dan positif kepada MARA selaku
pemegang saham syarikat;
3.4 Memastikan syarikat mendapatkan kelulusan MARA ke atas perkara-perkara
yang memerlukan pertimbangan Pemegang Saham berdasarkan obligasi yang
ditetapkan di bawah Akta Syarikat 2016, Perlembagaan/ M&A Syarikat dan
Arahan-arahan MARA;
3.5 Jika terdapat percanggahan kepentingan (conflict of interest) antara
kepentingan syarikat dan MARA sama ada sebagai pemegang saham atau
sebagai pembuat dasar, A h l i L e m b a g a P e n g a r a h ( W a k i l MARA) perlu
menggunakan budi bicara untuk menyampaikan pendirian pemegang saham
(MARA);
3.6 Menghadiri lebih daripada 50% mesyuarat Lembaga Pengarah, mesyuarat
Jawatankuasa yang dianggotainya dan mesyuarat penting lain bagi
melaksanakan semua peranan, tugas dan tanggungjawab Lembaga Pengarah
dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kegagalan menghadiri tiga (3)
mesyuarat Lembaga pengarah secara berturut-turut boleh mengakibatkan
keahlian digugurkan;
3.7 Digalakkan menganggotai Jawatankuasa Audit, Risiko dan Integriti Syarikat
MARA. Jika terdapat sebarang tanda penyelewengan termasuk amalan
memanipulasi akaun dan penyalahgunaan kuasa, perkara ini hendaklah dibawa
kepada perhatian mesyuarat Lembaga Pengarah untuk tindakan ke atas
pengurusan serta dilaporkan kepada MARA dengan segera;
3.8 Memastikan mekanisme kawalan diwujudkan bagi Syarikat MARA yang
menerima bantuan kewangan daripada MARA/kerajaan (seperti geran, subsidi,
pinjaman, jaminan dan lain-lain), agar penggunaannya mengikut tujuan
44
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
penyaluran yang diluluskan, memantau pengeluaran dan pematuhan jadual
bayaran balik serta melaporkan kepada MARA sekiranya terdapat sebarang
ketidakpatuhan;
3.9 Mengetahui, memahami dan memastikan syarikat MARA berkenaan mematuhi
hak, kuasa dan keistimewaan pemegang saham khas seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan/Memorandum & Articles of Association
Syarikat di mana MARA memiliki pegangan saham khas (golden share);
3.10 Menyediakan Laporan Mesyuarat Lembaga Pengarah; dan
3.11 Meletak jawatan dalam semua Lembaga Pengarah Syarikat MARA yang
dianggotai apabila Pegawai MARA berkenaan telah bersara/meletakkan
jawatan sebagai Pegawai MARA.
45
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA
BAHAGIAN 3 : LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT MARA
PERKARA 7 : PENUBUHAN JAWATANKUASA PERINGKAT
LEMBAGA PENGARAH
Lembaga Pengarah perlu memastikan penubuhan Jawatankuasa Peringkat Lembaga
Pengarah bagi membantu Lembaga Pengarah menjalankan tanggungjawabnya. Setiap
Jawatankuasa bertanggungjawab untuk melaporkan serta memberikan syor kepada
Mesyuarat Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Jawatankuasa utama38 yang mesti
ditubuhkan adalah seperti berikut:
1. Jawatankuasa Audit39
Jawatankuasa Audit yang berkesan menghasilkan ketelusan, fokus dan pertimbangan
bebas yang diperlukan untuk menyelia proses pelaporan kewangan. Sehubungan itu,
tanggungjawab terhadap proses pelaporan kewangan sesebuah syarikat terletak
sepenuhnya ke atas Lembaga Pengarah.
1.1 Keahlian Jawatankuasa
i. Pengerusi Jawatankuasa adalah Pengarah Bebas dan bukannya Pengerusi
Lembaga Pengarah.
ii. Majoriti Ahli Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada Pengarah Bebas.
iii. Ahli Jawatankuasa Audit mestilah arif mengenai perihal kewangan dan
mempunyai kefahaman mencukupi mengenai urusan syarikat bagi
membolehkan mereka memberikan pandangan kritikal dan menyoal periksa
proses pelaporan kewangan, urus niaga dan maklumat kewangan yang lain
dan mencabar secara berkesan penegasan oleh pihak pengurusan terhadap
keadaan kewangan syarikat secara berterusan.
38 Surat Kementerian Kewangan Malaysia - Kelulusan cadangan menubuhkan syarikat induk kepada subsidiari
MARA melalui pengkorporatan Bahagian Pelaburan & Pembangunan Subsidiari MARA bil. KK/BSBB (S) 10/72-
1 Jld. 1 s.k 1(18) bertarikh 7 Oktober 2014
39 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017, Prinsip B (I: Jawatankuasa Audit)
47
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
1.2 Tanggungjawab Jawatankuasa
Pengerusi Jawatankuasa Audit bertanggungjawab untuk memastikan
keberkesanan dan kebebasan menyeluruh Jawatankuasa tersebut bagi
melaksanakan fungsi yang berkesan terhadap:
1.2.1 Laporan Kewangan
i. Menunjukkan tahap kewaspadaan dan keraguan yang patut terhadap
pengesanan mana-mana penyimpangan kewangan atau
ketaksekataan dalam penyata kewangan;
ii. Mengajukan soalan-soalan yang terperinci bagi menentukan sama
ada penyata kewangan adalah sejajar dengan maklumat operasi dan
maklumat lain yang diketahui dan apabila terdapat perkara penting
yang memerlukan pertimbangan; dan
iii. Menyemak dan memberi nasihat sama ada penyata kewangan secara
keseluruhannya memberi maklumat yang betul dan adil terhadap
kedudukan kewangan dan prestasi syarikat.
1.2.2 Audit Dalaman & Luaran
Jawatankuasa Audit hendaklah memastikan bahawa:
i. Fungsi Audit Dalam40 berkesan dan mampu berfungsi dengan bebas
bagi membantu syarikat mencapai matlamatnya dengan membawa
pendekatan objektif dan disiplin untuk menilai dan meningkatkan
keberkesanan proses pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir
urus;
ii. Audit Dalam sentiasa memberikan maklumat dan nasihat penting
kepada Jawatankuasa Audit dalam mengenal pasti kelemahan atau
kekurangan dalam proses dalaman justeru, memudahkan langkah-
langkah pemulihan yang perlu dijalankan oleh syarikat;
40 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017, Prinsip B (II: Rangka Kerja Pengurusan Risiko dan Kawalan
Dalaman, para 10.1)
48
Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0
iii. Berkomunikasi dengan Juruaudit Dalam & Luar mengenai perspektif,
pandangan dan kebimbangannya ke atas sesuatu transaksi dan
peristiwa serta membuat penyelarasan di antara keduanya; dan
iv. Memastikan terdapat penyelarasan tugas dan tanggungjawab antara
juruaudit dalaman dan luaran.
2. Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan41
2.1 Meneliti cadangan pelantikan/pelantikan semula serta tempoh perkhidmatan
Pengerusi, ALP dan pengurusan kanan syarikat termasuk Pengarah
Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif. Kesemua cadangan ini perlu dibentangkan di
peringkat Lembaga Pengarah untuk perakuan sebelum dikemukakan kepada
Jawatankuasa Penamaan dan Imbuhan MARA untuk perakuan dan seterusnya
kelulusan Majlis MARA untuk kelulusan; dan
2.2 Menimbang dan memperakukan mengenai cadangan pelarasan struktur gaji,
kenaikan gaji tahunan Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif dan staf,
semakan Perjanjian Bersama Kesatuan Pekerja (Collective Agreement) dan
pembayaran bonus/insentif. Kesemua cadangan ini perlu dibentangkan di
peringkat Lembaga Pengarah untuk perakuan sebelum dikemukakan untuk
kelulusan Majlis MARA kecuali kenaikan gaji tahunan staf.
3. Jawatankuasa Perolehan34 berfungsi seperti berikut:
3.1 Memastikan Manual Perolehan diwujudkan dan dikemas kini serta diperakukan
untuk pertimbangan dan kelulusan Lembaga Pengarah; dan
3.2 Menimbang dan memutuskan tender mengikut had nilai kuasa perolehan yang
diluluskan oleh Lembaga Pengarah.
41 Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan (Diperbadankan): Bahagian Syarikat
Pelaburan Kerajaan Kementerian Kewangan, Cetakan Pertama Disember 2014: Bahagian 2: Tanggungjawab
Dan Peranan
49