The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT SYARIKAT MARA 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jamizan Baki, 2020-04-15 06:04:31

e_Book Tadbir Urus Korporat Subsidiari MARA 2.0

EBOOK PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT SYARIKAT MARA 2019

BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIARI WP 7.1 (D)

masa perlu untuk membuat ketetapan yang perlu atau
untuk mengawasi perkembangan perniagaan syarikat.

ii. Menentukan mesyuarat mempunyai korum dan mesyuarat
berjalan mengikut perundangan mesyuarat.

iii. Menentukan minit mesyuarat ditulis dengan betul dan
disimpan dalam buku-buku minit tertentu.

iv. Memastikan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan setiap
tahun untuk meluluskan akaun tahunan syarikat.

3.1.2 Pengurusan Syarikat:

i. Menguruskan perniagaan syarikat dengan bijaksana
dengan mengguna kuasa-kuasa yang diberi kepadanya
oleh Tataurusan Syarikat atau Akta Syarikat 1965.

ii. Pengarah-Pengarah boleh melalui Kuasa Peguam (Power
of Attorney) yang diberi kepadanya, melantik peguam atau
peguam-peguam syarikat untuk sesuatu maksud sekiranya
perlu untuk menjaga kepentingan syarikat dan memberi
kuasa-kuasa tertentu kepada peguam untuk menjalankan
kerja-kerjanya.

3.1.3 Kontrak Melibatkan Kepentingan Syarikat:

i. Memberitahu Syarikat sekiranya ia ada kepentingan atau
minat di dalam sesuatu kontrak yang akan dimasuki oleh
syarikat atau kepentingan dalam aset yang akan dijual
kepada syarikat atau memegang sesuatu jawatan

M.S. 6/10

BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIARI WP 7.1 (D)

dalam sebuah perbadanan lain yang akan berurusan
dengan syarikat di dalam mesyuarat Lembaga
Pengarah mengikut Seksyen 131 Akta Syarikat 1965.

3.1.4 Buku Berkanun

a. Menentukan semua buku-buku berkanun Syarikat
disimpan, diselenggara dan dikemaskini dengan teratur.

i. Buku Minit Mesyuarat
ii. Buku Daftar Ahli Pemegang Saham
iii. Buku Daftar Pengarah
iv. Buku Daftar Saham Pengarah
v. Buku Daftar Setiausaha
vi. Buku Daftar Cagaran
vii. Buku Daftar Pemegang Saham Terbesar
viii. Buku-Buku Akaun

3.1.5 Perolehan Dan Pelepasan Harta Dan Perjanjian Syarikat

a. Cadangan perolehan atau pelepasan harta dan perjanjian
yang 'material' dan akan menjejaskan kewangan atau
prestasi syarikat hendaklah mendapat kelulusan
pemegang saham - Seksyen 132C, Akta Syarikat.

3.1.6 Pengeluaran Saham Syarikat Oleh Pengarah

a. Walaupun Tataurusan Persatuan Syarikat

membenarkannya sebarang pengeluaran saham baru

yang dicadangkan oleh Pengarah hendaklah mendapat

kelulusan pemegang saham - Seksyen 132D, Akta

Syarikat.

M.S. 7/10

BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIARI WP 7.1 (D)

b. Kelulusan:

i. Boleh secara am atau khusus bagi sesuatu
pengeluaran.

ii. Boleh bersyarat atau tanpa sebarang syarat, tetapi
berkuatkuasa sehingga mesyuarat Agung akan datang,
dan sebarang kelulusan boleh dipinda atau dibatalkan
oleh pemegang saham di mesyuarat agungnya.

4. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILARANG DIBUAT OLEH PENGARAH
SYARIKAT

4.1 Seksyen 133 Akta Syarikat 1965 melarang sesebuah Syarikat (selain
daripada Syarikat Sendirian yang dikecualikan) memberi pinjaman
kepada Pengarahnya kecuali :

i. Pinjaman/pendahuluan adalah untuk membolehkan Pengarah
berkenaan menjalankan tugasnya dengan sempurna.

ii. Pinjaman perumahan kepada Pengarah yang bekerja sepenuh
masa dengan syarikat di bawah satu skim pinjaman kakitangan
syarikat.

4.2 Larangan pemberian pinjaman termasuk pemberian jaminan kepada
institusi kewangan/bank bagi membolehkan Pengarah memperolehi
pinjaman dari institusi kewangan/bank.

4.3 Menurut Seksyen 133A, larangan tersebut dipanjangkan kepada orang-
orang yang ada hubungan persaudaraan dengan pengarah syarikat.
Seksyen 122A Akta Syarikat 1965 mentakrifkan orang-orang berikut ada

M.S. 8/10

BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIARI WP 7.1 (D)

hubungan persaudaraan dengan Pengarah:

i. Suami/isteri
ii. Anak kandung/tiri/menantu
iii. Anak angkat/menantu
iv. Ibu/bapa Pengarah
v. Ibu/bapa mertua
vi. Adik beradik Pengarah serta suami/isteri mereka
vii. Rakan kongsi Pengarah

4.4 Larangan pemberian pinjaman tersebut tidak boleh diberi kepada
syarikat atau badan-badan korporat yang ada hubungan sama ada
dengan Pengarah berkenaan atau saudara-saudaranya seperti
tertera di atas.

4.5 Pemberian pinjaman atau jaminan pinjaman boleh diberi jika
Mesyuarat Agong Syarikat bersetuju meluluskan pemberian tersebut
dengan syarat segala maklumat penting dimaklumkan pada
mesyuarat tersebut.

5. LAIN-LAIN KEWAJIPAN

5.1 Sebelum sesuatu Mesyuarat Lembaga Pengarah atau Mesyuarat
Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa, Pengarah
berkenaan perlu berbincang terlebih dahulu semua perkara yang
mustahak atau penting bagi MARA dengan Ketua Pengarah atau
Timbalan Ketua Pengarah atau Pengarah Kewangan.

5.2 Selepas setiap Mesyuarat itu, pegawai MARA berkenaan perlulah
membuat laporan mengenai keputusan berkaitan dengan perkara-

M.S. 9/10

BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIARI WP 7.1 (D)

perkara itu atas berkaitan dengan mana-mana isu baru yang
mustahak atau penting bagi MARA yang dibangkit dalam mesyuarat
tersebut.

5.3 Dalam keadaan di mana terdapat lebih dari seorang pegawai
MARA dalam sesuatu Lembaga Pengarah, terpulang kepada budi
bicara setiap pegawai untuk mengemukakan laporan kepada pihak
atasan secara berasingan atau bersama.

6. PENUTUP

6.1 Adalah diminta semua pegawai MARA yang dilantik menjadi Ahli
Lembaga Pengarah memastikan semua peraturan undang-undang
sedia ada berkaitan dengan etika Pengarah dan kewajipan Berkanun
Pengarah Syarikat memahami dengan jelas dan mengendalikan
semua kegiatan syarikat dengan teratur.

M.S. 10/10





















MAJLIS AMANAH RAKYAT
(MARA)

Bahagian Pelaburan & Pembangunan Subsidiari Bil. MARA : UUM/SPA/001
Tingkat 22, Ibu Pejabat MARA Tarikh : 1 November 2013
No. 21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

SURAT PEKELILING AM MARA BIL. 9/2013
DASAR PELABURAN MARA

1. TUJUAN

1.1 Pekeliling ini bertujuan untuk menjadi sumber rujukan yang jelas
berkaitan prosedur bagi melaksanakan aktiviti pelaburan di dalam dan
luar negara.

1.2 Pekeliling ini menggariskan kawalan yang munasabah untuk dipatuhi.
Ianya bertujuan untuk memastikan amalan tadbir urus korporat yang
baik wujud dalam setiap keputusan pelaburan dengan mengambilkira
segala risiko yang ada.

1.3 Pekeliling ini juga bertujuan untuk menjaga segala kepentingan objektif
terpenting pelaburan iaitu keselamatan, kecairan dan pulangan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah badan berkanun yang ditubuhkan
di bawah Akta MARA 1966 merupakan sebuah agensi Kerajaan yang
bertanggungjawab untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera di dalam
aktiviti komersial dan perindustrian. Bagi melaksanakan tanggungjawab

1

ini, MARA menyediakan pelbagai kemudahan bantuan serta latihan
berkaitan bidang industri dan komersial.

2.2 MARA mempunyai misinya yang jelas iaitu bagi menerajui bidang
keusahawanan, pendidikan dan pelaburan. Dari sudut pelaburan, MARA
berhasrat untuk menyumbang kepada peningkatan pemilikan ekuiti
Bumiputra dalam bidang ekonomi yang strategik.

2.3 Objektif Pelaburan

Objektif MARA berkaitan pelaburan adalah:

2.3.1 Menjana pendapatan bagi membiayai program-program MARA.

2.3.2 Pertumbuhan modal dalam syarikat-syarikat yang berpotensi
tinggi.

2.3.3 Memaksimumkan pulangan melebihi kadar pulangan purata
pasaran bagi pelaburan jangka pendek.

2.3.4 Memaksimumkan pulangan melebihi kadar inflasi bersih dan
purata industri bagi pelaburan jangka panjang.

2.3.5 Mendapatkan pulangan yang konsisten.

2.3.6 Menggalak dan meningkatkan penyertaan usahawan
Bumiputera di dalam industri di mana penyertaan Bumiputera
masih di tahap yang rendah.

2.3.7 Memberikan peluang latihan dan pekerjaan kepada lepasan
Institusi Pendidikan MARA.

2

3. ERTI KATA

Perkataan-perkataan berikut digunakan dalam pekeliling ini, ertikatanya
adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

3.1 Financially Self Sufficient Organization – Penjanaan pendapatan untuk
membiayai aktiviti-aktiviti MARA yang tidak mempunyai peruntukan.

3.2 Unlocking Assets Value – Penzahiran nilai sebenar aset agar faedahnya
dapat dimanfaatkan untuk kegunaan semasa.

3.3 NKEA – National Key Economic Areas.

3.4 IPMa – Institusi Pendidikan MARA.

3.5 BPPS – Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari.

3.6 PPM - Panel Pelaburan MARA.

3.7 Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amortization (EBITDA) –
Pendapatan/ Keuntungan yang diperolehi sebelum ditolak dengan
faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan.

3.8 Earning Revision – Semakan Pendapatan.

3.9 Goodwill – Aset tak ketara yang diperolehi apabila sesebuah syarikat
membeli syarikat yang lain.

3.10 Human Capital – Modal Insan.

3.11 Internal Rate of Return (IRR) – Kadar Pulangan Dalaman atau jangkaan
kadar peningkatan nilai yang dapat dijana oleh sesuatu projek.

3.12 Market Risk-Free Rate Of Return – Kadar pulangan pelaburan bebas
risiko. Kadar pulangan pelaburan bebas risiko yang akan diperolehi oleh
pelabur hasil daripada pelaburan risiko sifar dalam tempoh masa yang
telah ditetapkan.

3.13 Net Present Value (NPV) – Nilai Bersih Semasa. Perbezaan nilai semasa
sesuatu jumlah wang berbanding nilainya pada masa hadapan.
3

3.14 Panel Pelaburan MARA – Panel yang dilantik oleh MARA bagi meneliti dan
mengkaji kesesuaian sesuatu cadangan pelaburan dan menasihatkan
Majlis MARA dalam memberi pertimbangan dan membuat keputusan
berkaitan pelaburan.

3.15 Perunding Pelaburan MARA – Perunding yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan dan dilantik oleh MARA bagi menjalankan kajian
kemungkinan, kajian ekonomi, kajian penswastaan dan kajian-kajian
lain.

3.16 Preference Shares – Saham Keutamaan.

3.17 Profit Earning (PE) – Pendapatan Keuntungan.

3.18 Profit Margin Trend – Aliran margin keuntungan.

3.19 Return On Equity (ROE) – Jumlah pendapatan bersih yang dipulangkan
sebagai peratusan ekuiti pemegang saham.

3.20 Yield – Hasil pendapatan pelaburan.

3.21 Hartanah Komersial
- Tanah dan premis yang melalui Unlocking Value Assets dengan
mengambilkira kriteria-kriteria berikut:

3.21.1 Lokasi - Terletak dalam kawasan pembangunan strategik
(sesuai untuk kediaman, pelancongan dan perniagaan).

3.21.2 Infrastruktur - Terletak di dalam kawasan yang telah
mempunyai kemudahan asas yang lengkap.

3.21.3 Viability – Projek yang boleh menjana keuntungan melebihi
daripada kos pembangunan kasar (Gross Development Cost)
berdasarkan piawaian industri.

3.21.4 Saleability (kebolehjualan) – Komponen pembangunan yang
memenuhi market demand (kehendak pasaran).

3.21.5 Yield (hasil pendapatan) - Hartanah yang menjana keuntungan
berdasarkan piawaian industri semasa.

4

3.22 Pelaburan Hartanah di dalam dan luar negara – Merangkumi aspek
pembelian dan penjualan hartanah, pembangunan tanah serta
rebranding and repositioning premis.

3.23 Penjualan Hartanah di dalam dan luar negara – Penjualan hartanah yang
dibangunkan untuk tujuan komersial.

3.24 Pembelian Hartanah di dalam dan luar negara – Pembelian hartanah
yang di jangka memberi pulangan yang tinggi atas pelaburan.

3.25 Pembangunan tanah di dalam dan luar negara – Membangunkan tanah-
tanah yang di jangka memberi pulangan yang tinggi atas pelaburan.

3.26 Unlocking Value Assets - Penzahiran nilai sebenar aset agar faedahnya
dapat di manfaatkan untuk kegunaan semasa.

3.27 Rebranding and Repositioning Premis - Peningkatan imej dan kegunaan
baru premis yang bersesuaian dengan situasi pasaran dan mampu
menjana keuntungan berdasarkan piawaian industri semasa.

3.28 Syarikat subsidiari - Anak-anak syarikat milik MARA.

3.29 Syarikat usahasama (Joint Venture) - Mana-mana pihak yang dipilih
untuk bekerjasama dengan MARA dan/atau syarikat subsidiari bagi
melaksanakan pelaburan hartanah.

4. LATAR BELAKANG INISIATIF PELABURAN

4.1 Dasar Kerajaan mengkehendaki agensi untuk menjana pendapatan
sendiri ke arah menjadi financially self sufficient organization.

4.2 Bagi mendokong hasrat tersebut, MARA telah membangunkan Pelan
Transformasi Sektor Pelaburan yang memberi fokus untuk meneroka
pelbagai pelaburan termasuk meningkatkan nilai tambah pelaburan ke
atas aset MARA. Antara portfolio pelaburan yang dikenalpasti adalah
dalam bidang hartanah, pendidikan, perkhidmatan dan teknologi.

5

4.3 Ke arah itu, empat (4) inisiatif telah dirangka dan dilaksana bagi
membolehkan MARA menjana pendapatan merangkumi pengambilalihan
syarikat berkepentingan, pembangunan hartanah di bawah aktiviti
Unlocking Assets Value, peningkatan dana pelaburan dan
mempelbagaikan perkhidmatan perniagaan.

5. STRATEGI

Setiap pelaburan akan mengambilkira perkara-perkara seperti berikut:

5.1 Pelaburan di dalam syarikat yang berimpak tinggi dan mampan.

5.2 Aktiviti Unlocking Value ke atas aset-aset MARA.

5.3 Pelaburan di dalam saham-saham tersiar harga atau tidak tersiar harga.

5.4 Melindungi kepentingan MARA dengan memastikan pelaburan yang
dibuat memberikan pulangan yang terbaik dan mempunyai Dasar
Pemisah (Exit Policy) yang jelas.

6. PENDEKATAN

Pelaburan yang berpotensi akan dinilai berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

6.1 Due diligence dari aspek pengurusan, kewangan, perundangan, teknikal
dan yang berkaitan terhadap keseluruhan pengurusan operasi
syarikat/projek.

6.2 Syarikat/projek yang berpotensi dapat menjana keuntungan dan
mempunyai aliran tunai yang kukuh.

6.3 Syarikat/projek berpotensi sebagai peneraju pasaran.

6.4 Kepelbagaian di dalam portfolio pelaburan.

6.5 Menetapkan Dasar Pemisah dalam pelaburan.

6

7. PENGURUSAN RISIKO

Majlis MARA adalah bertanggungjawab secara keseluruhannya di atas
pengurusan dan pengawalan risiko pelaburan. Melalui Panel Pelaburan MARA,
tanggungjawab pengurusan risiko dilaksanakan melalui kajian dan penilaian,
memastikan kecukupan prosedur pengurusan risiko, menyemak dedahan
risiko, dan memastikan bahawa sistem dan sumber yang secukupnya
digunakan bagi aktiviti mengawal risiko.

FUNGSI PIHAK
Mewujudkan Dasar BERTANGGUNGJAWAB

Pelaburan MARA Majlis MARA

Pemantauan dan & 1. Pengurusan MARA
kawalan dasar 2. Panel Pelaburan MARA
pelaburan dan risiko 3. Audit Dalaman

Unit-unit operasi 1. Bahagian Pelaburan &
bertujuan untuk Pembangunan subsidiari
mewujudkan Dasar
Pelaburan MARA 2. Bahagian Industri
Pengangkutan

3. Bahagian Kawalan Kredit

4. Subsidiari MARA

7

8. BIDANG-BIDANG KEUTAMAAN

MARA memfokus kepada bidang-bidang yang menjadi keutamaan di dalam
NKEA serta beberapa bidang lain yang mempunyai potensi seperti berikut:

8.1 Aeroangkasa
8.2 Hartanah
8.3 Hospitaliti
8.4 Khidmat Kewangan dan Perniagaan
8.5 Komoditi
8.6 Komunikasi dan Infrastruktur
8.7 Pembinaan
8.8 Pemborongan dan Peruncitan
8.9 Pembuatan dan Barangan Pengguna
8.10 Pendidikan
8.11 Pengangkutan
8.12 Pertanian
8.13 Tenaga, Minyak dan Gas
8.14 Lain-lain bidang yang berpotensi

9. GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBELIAN EKUITI DAN PENGAMBILALIHAN
SYARIKAT

9.1 Garis panduan pengurusan pembelian ekuiti dan pengambilalihan
syarikat serta carta aliran peringkat kelulusan adalah seperti di
LAMPIRAN 1.

10. GARIS PANDUAN PELABURAN HARTANAH MARA

10.1 Garis panduan pelaburan hartanah MARA serta carta aliran peringkat
kelulusan adalah seperti di LAMPIRAN 2.

8

11. TARIKH KUAT KUASA
11.1 Surat Pekeliling ini berkuat kuasa serta merta.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
DATUK IBRAHIM BIN AHMAD
Ketua Pengarah
MARA

‘Keusahawanan dan Pendidikan Global’
‘Amanah rakyat’

9

LAMPIRAN 1

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBELIAN EKUITI
DAN PENGAMBILALIHAN SYARIKAT

1. LATAR BELAKANG

1.1 Sumber dana pelaburan MARA adalah daripada peruntukan kerajaan,
kutipan bayaran balik pinjaman, sewaan, keuntungan/ dividen daripada
aktiviti syarikat subsidiari, dividen daripada simpanan dan pelaburan
jangka pendek serta lain-lain hasil.

1.2 Portfolio pelaburan perlu diurus sebaik mungkin oleh Bahagian Pelaburan
dan Pembangunan Subsidiari dengan mengutamakan prinsip berhemah
(Prudence) dan berintegriti.

1.3 Jika diperlukan, syarikat atau satu badan profesional luar boleh dilantik
untuk menguruskan dana pelaburan MARA tetapi ia mestilah tertakluk
kepada garis panduan seperti yang telah dinyatakan.

2. OBJEKTIF PEMBELIAN EKUITI / PENGAMBILALIHAN

2.1 Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam bidang ekonomi yang
strategik.

2.2 Menjana pendapatan melalui pelaburan dalam syarikat-syarikat yang
berpotensi dan menjanjikan pulangan pelaburan yang menguntungkan.

2.3 Memastikan pulangan pelaburan yang dijana dapat dilabur semula di
dalam bidang – bidang strategik yang MARA ceburi.

2.4 Menjadikan MARA sebagai peneraju utama dalam bidang keusahawanan
dan pendidikan di dalam dan di luar negara.

3. BIDANG TUMPUAN

3.1 MARA akan membuat pelaburan dalam syarikat yang aktiviti
perniagaannya mempunyai sinergi dengan aktiviti MARA.

10

3.2 Pelaburan MARA akan merangkumi bidang-bidang strategik semasa yang
dapat memberikan pulangan yang munasabah.

4. KRITERIA PEMILIHAN SYARIKAT

4.1 Kedudukan kewangan syarikat menunjukkan aliran pulangan tahunan
yang meningkat.

4.2 Syarikat dapat memberi pulangan yang lebih baik daripada pelaburan
dalam Akaun Pelaburan Am.

4.3 Syarikat mempunyai model perniagaan yang baik dan menunjukkan
pertumbuhan pasaran yang positif melalui pelan pemasaran yang
strategik.

5. SYARAT PEMBELIAN EKUITI DAN PENGAMBILALIHAN SYARIKAT

5.1 MARA bersedia menerima tawaran saham biasa yang memberi pulangan
munasabah dan mempunyai mekanisma yang menjamin pulangan kepada
MARA.

5.2 MARA berhak untuk memasukkan wakil MARA sebagai ahli lembaga
pengarah di dalam syarikat tersebut.

5.3 Setiap pelaburan yang dikendalikan oleh MARA mesti mengambil kira
pulangan dan mempunyai strategi keluar yang jelas.

5.4 Setiap pelaburan perlu dimeterai di dalam bentuk perjanjian yang
dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

5.5 MARA bersedia menerima tawaran preference shares yang tawarkan oleh
mana-mana syarikat. Kadar kupon yang ditawarkan oleh syarikat
sekurang-kurangnya mengikut kadar semasa Market Risk-Free Rate Of
Return.

5.6 Bagi tujuan pengambilalihan syarikat, MARA perlu mendapatkan
sekurang-kurangnya 51% pegangan dalam syarikat.

11

6. BENTUK-BENTUK PENGAMBILALIHAN SYARIKAT

Pengambilalihan syarikat dibuat menerusi kaedah-kaedah berikut:-

6.1 Acquisitions
Pemilikan pegangan oleh MARA ke atas sesebuah syarikat bagi tujuan
mendapatkan penguasaan terhadap syarikat.

6.2 Mergers
Proses penggabungan dua atau lebih syarikat yang melepaskan pegangan
saham syarikat kepada MARA.

7. TRANSAKSI PEMBELIAN EKUITI DAN PENGAMBILALIHAN SYARIKAT

Segala transaksi pelaburan akan berpandukan tadbir urus (Governance).

7.1 Struktur kawalan dalaman yang bakal diwujudkan mestilah mengambil
kira perkara-perkara berikut:-

7.1.1 Bebas dari sebarang pakatan atau subahat.

7.1.2 Ada pemisahan kuasa antara aktiviti pelaburan dengan
perakaunan dan penyimpanan rekod.

7.1.3 Wujud perwakilan kuasa yang jelas.

7.1.4 Ada pengesahan bertulis bagi setiap transaksi pelaburan dan
juga pemindahan wang.

7.2 Pelantikan Perunding Pelaburan MARA

7.2.1 Bagi tujuan mengkaji dan meneliti prospek perniagaan yang
ingin disertai, pihak MARA akan melantik perunding pelaburan
bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. Perunding yang
dilantik mestilah memenuhi syarat-syarat perunding
pelaburan berdaftar yang ditetapkan oleh Kementerian
Kewangan/ Bursa Malaysia/ Suruhanjaya Sekuriti.

7.2.2 Adalah menjadi tanggungjawab perunding ini untuk mengkaji
dan meneliti pelaburan berasaskan prinsip the best possible
return.

12

7.3 Pembelian ekuiti dan pengambilalihan syarikat yang tidak digalakkan

7.3.1 Pembelian ekuiti dan pengambilalihan syarikat mestilah ke
atas syarikat yang menjalankan aktiviti menepati Prinsip
Syariah (Shariah-Compliant) dan tidak terlibat dengan aktiviti
yang bercanggah dengan etika moral.

8. ASAS PENILAIAN

8.1 Sebelum keputusan dibuat untuk membuat pelaburan adalah mustahak
aspek-aspek berikut diambil kira sebagai kaedah menyaring setiap
pelaburan yang ingin dibuat:-

8.1.1 Aspek asas (Fundamental).

Ini merupakan aspek yang penting semasa proses penilaian seperti
IRR, NPV, ROE Growth, Profit Margin Trend, Earning Revision dan
pertumbuhan pendapatan untuk tempoh sekurang – kurangnya
tiga (3) tahun.

8.1.2 Aspek Penilaian (Valuation).

Ini pula merupakan aspek kedua terpenting yang melibatkan
penilaian atas Profit Earning (PE), Yield dan Earnings before
Interest, Tax, Depreciation and Amortization (EBITDA).

8.1.3 Aspek-aspek Bukan Kewangan.

Aspek-aspek bukan kewangan perlu diambil kira sebelum melabur
dalam sesebuah syarikat. Antara faktor-faktor lain yang perlu
diambil kira dalam membuat penilaian ialah Goodwill, Human
Capital, infrastruktur, tadbir urus dan imej.

9. PARAMETER PELABURAN

9.1 Mempelbagaikan Bidang Pelaburan

Langkah untuk mempelbagaikan bidang pelaburan adalah perlu bagi
mengurangkan risiko kerugian akibat daripada penumpuan pelaburan di

13

dalam satu-satu bidang perniagaan tertentu, negara atau sektor
ekonomi.
9.2 Jangka Masa Pemilikan Ekuiti
Pemilikan ekuiti adalah berasaskan pulangan atas penjanaan pendapatan
dan peningkatan pemilikan ekuiti Bumiputera. Segala keputusan
penjualan ekuiti hanya boleh dilakukan setelah mengambil kira
kepentingan MARA.
10. SEMAKAN PENCAPAIAN DAN LAPORAN
10.1 Panel perunding yang dilantik akan memantau pencapaian setiap
pelaburan yang dibuat oleh MARA.
10.2 Panel perunding ini akan melaporkan prestasi setiap bulan atau sekurang
– kurangnya setiap suku tahun.
11. PROSES KELULUSAN PELABURAN EKUITI DAN PEMILIKAN SYARIKAT
11.1 Proses-proses ini adalah tertakluk kepada pekeliling pelaburan dan
peraturan yang berkuat kuasa kini. BPPS adalah bertanggungjawab untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti pelaburan yang telah diluluskan selaras
dengan arahan dan peraturan yang berkuat kuasa.
11.2 Prospek-prospek pelaburan yang telah diteliti akan melalui beberapa
peringkat sebelum kelulusan akhir diberikan. Carta aliran peringkat
kelulusan adalah seperti berikut:

14

CARTA ALIRAN PROSES KELULUSAN PELABURAN EKUITI DAN PEMILIKAN SYARIKAT

BAHAGIAN PELABURAN DAN
PEMBANGUNAN SUBSIDIARI (BPPS)

1. Penilaian awal prospek oleh BPPS.
2. Perlantikan Panel Perunding

Pelaburan MARA.
3. Mengemukakan kertas cadangan

pelaburan untuk pertimbangan
Teraju/ Panel Pelaburan MARA.

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN PANEL PELABURAN MARA (PPM)
PELABURAN MARA (JPPM)
1. Menilai dan menyokong permohonan
1. Sokongan ke atas permohonan peruntukan dengan nilai pelaburan
peruntukan bagi projek baru dan melebihi RM5 juta untuk diperakukan
projek yang berkaitan dengan aktiviti oleh PPM.
teras MARA.

MAJLIS MARA

1. Kelulusan permohonan pelaburan dan
pembelian saham syarikat.

MENTERI KKLW/ KEMENTERIAN
KEWANGAN (MOF)

1. Kelulusan permohonan pembelian
saham syarikat untuk Kelulusan MOF
melalui Menteri KKLW.

15

LAMPIRAN 2
GARIS PANDUAN PELABURAN HARTANAH MARA

1. LATAR BELAKANG PROGRAM PELABURAN HARTANAH MARA

1.1 Dasar kerajaan mengkehendaki agensi untuk menjana pendapatan
sendiri ke arah matlamat financially self sufficient.

1.2 Justeru itu, MARA mengambil inisiatif melaksanakan Unlocking Value
Assets ke atas aset fizikal khususnya bagi tanah-tanah yang boleh
dibangunkan. Pelbagai program yang dilaksanakan merangkumi
pembangunan tanah, pembelian dan penjualan hartanah, rebranding
and repositioning premis dan lain-lain.

2. OBJEKTIF PROGRAM PELABURAN HARTANAH

2.1 Antara objektif utama Program Pelaburan Hartanah adalah:

2.1.1 Ke arah merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menjadi sebuah
agensi yang mempunyai keupayaan dari segi kewangan
sekaligus mengurangkan pergantungan kepada dana kerajaan.
MARA perlu mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan
sendiri bagi menampung keperluan aktiviti serta program yang
bertambah.

2.1.2 Memaksimumkan pelbagai sumber MARA yang ada bagi tujuan
menjana pendapatan terutamanya tanah-tanah yang belum
dibangunkan. MARA memiliki banyak sumber seperti aset tanah
di lokasi strategik yang boleh dibangunkan secara komersial.
Bagi tanah yang kurang sesuai untuk dibangunkan, aset
tersebut boleh disewa/pajak atau dilupuskan (jual).

2.1.3 Pembangunan tanah secara komersial berpotensi untuk
meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera.

2.2 Pelaksanaan program pelaburan hartanah akan membolehkan aset-aset
MARA yang terlibat dengan pembangunan yang berkenaan ke arah
menzahirkan nilai sebenar aset tersebut.

16

3. SKOP PEMBANGUNAN HARTANAH

3.1 Pembangunan hartanah meliputi aktiviti-aktiviti berikut:

3.1.1 Pembangunan tanah iaitu melibatkan pembinaan baru seperti
bangunan komersial, perumahan dan sebagainya.

3.1.2 Pembelian hartanah iaitu melibatkan pembelian bangunan/lot
kedai sedia siap, baru atau dalam pembinaan.

3.1.3 Rebranding and repositioning premis sedia ada dan

3.1.4 Sewaan atau pajakan ke atas tanah dan bangunan milik MARA.

4. TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN / SYARIKAT SUBSIDIARI

4.1 Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan (BAP)

4.1.1 Mengurus dan mentadbir tanah-tanah MARA sedia ada. Bagi
tanah-tanah yang berpotensi untuk dikomersialkan,
pentadbiran tanah akan tetap dilaksanakan oleh BAP sehingga
kepada tarikh penyerahan tanah yang dipersetujui oleh BPPS
dan BAP.

4.2 Bahagian Pembangunan Infrastruktur Perniagaan (BPI)

4.2.1 Mengurus dan mentadbir premis perniagaan dan perusahaan
MARA untuk disewakan kepada usahawan. Bagi premis
perniagaan dan perusahaan yang berpotensi untuk
dikomersialkan, pentadbiran premis perniagaan akan tetap
dilaksanakan oleh BPI sehingga kepada tarikh penyerahan
premis yang dipersetujui oleh BPPS dan BPI.

4.3 Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari (BPPS)

4.3.1 Mengendali urusan pelaburan hartanah MARA yang berpotensi
melalui syarikat subsidiari.

17

4.4 Bahagian Kewangan (BKW)

4.4.1 Mengurus dan mentadbir Sistem Pengurusan Harta MARA.

4.5 Syarikat Subsidiari

4.5.1 Berfungsi sebagai investment arm yang melaksanakan aktiviti
pelaburan hartanah MARA.

5. KONSEP PELABURAN HARTANAH MARA

Setiap pelaburan hartanah akan mengambilkira perkara-perkara seperti
berikut:

5.1 Mengekalkan atau melepaskan sebahagian hak milik MARA ke atas
hartanah yang dibangunkan bagi memperoleh hasil dari pelaburan
mengikut kesesuaian pembangunan yang dilaksanakan.

5.2 Pendekatan konsep pelaksanaan pelaburan hartanah adalah melalui
kaedah usahasama dengan mana-mana pihak yang dipilih untuk
bekerjasama dengan MARA dan atau syarikat subsidiari. Ekuiti MARA
adalah dalam bentuk nilai tanah manakala syarikat usahasama
bertanggungjawab untuk membiayai kos pembangunan projek.

6. KAEDAH AGIHAN PULANGAN PELABURAN HARTANAH

6.1 Agihan pulangan pelaburan hartanah melalui kaedah usahasama dibuat
atas persetujuan bersama berasaskan peranan dan sumbangan yang
diberikan dalam sesuatu projek pembangunan.

7. PROSES PELAKSANAAN

7.1 Pembangunan, pembelian dan penjualan serta rebranding and
repositioning hartanah.

7.2 Carta aliran peringkat kelulusan adalah seperti berikut :

18

CARTA ALIRAN PROSES KELULUSAN PENGURUSAN HARTANAH

SYARIKAT SUBSIDIARI MARA

1. Kenal pasti, lawatan tapak serta
mendapatkan maklumat terperinci
hartanah.

2. Menyediakan pelan konsep
pembangunan, viability assessment

dan kajian pasaran.
3. Mengkaji dan menilai terma dan syarat

pelaburan hartanah dengan syarikat

usahasama.

BAHAGIAN PELABURAN DAN
PEMBANGUNAN SUBSIDIARI (BPPS)

1. Penilaian dan ulasan ke atas kajian
yang dikemukakan oleh syarikat
subsidiari.

2. Membentangkan cadangan kepada
PPM.

PENGURUSAN MARA PANEL PELABURAN MARA (PPM)

1. Menilai dan menyokong pemohonan 1. Menilai dan menyokong permohonan
pembelian tanah untuk dijadikan pembangunan dan pembelian hartanah
sebagai Land Bank MARA. dengan nilai pelaburan melebihi
RM5 juta untuk pandangan PPM.

MAJLIS MARA

1. Permohonan kelulusan.
2. Memaklumkan kelulusan kepada

BAP/BPI/BKW.
3. Perlaksanaan projek oleh syarikat

subsidiari dan pemantauan oleh BPPS.

MENTERI KKLW/ KEMENTERIAN
KEWANGAN (MOF)

1. Kelulusan permohonan pembangunan
dan pembelian hartanah untuk
Kelulusan MOF melalui Menteri KKLW.
19





















Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

96


Click to View FlipBook Version