The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT SYARIKAT MARA 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Jamizan Baki, 2020-04-15 06:04:31

e_Book Tadbir Urus Korporat Subsidiari MARA 2.0

EBOOK PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT SYARIKAT MARA 2019

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

4. Jawatankuasa Pelaburan34 berfungsi untuk:

4.1 Meneliti dan menimbangkan cadangan pelaburan yang dikemukakan pihak
pengurusan;

4.2 Memantau perancangan dan aktiviti pelaburan agar mengikut bajet yang
ditetapkan;

4.3 Memastikan penilaian risiko dibuat ke atas setiap cadangan pelaburan;
4.4 Mematuhi Dasar Pelaburan yang telah ditetapkan oleh MARA; dan
4.5 Nilai Pelaburan yang melebihi 25% daripada keseluruhan jumlah aset /modal

berbayar syarikat atau keuntungan bersih yang dijana melebihi 25% daripada
keseluruhan untung bersih (pelaburan substansif) syarikat-syarikat subsidiari
perlu mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Syarikat Induk42.

5. Jawatankuasa Risiko43

Lembaga Pengarah bertanggungjawab ke atas sistem pengurusan risiko dan kawalan
dalaman syarikat. Pengurusan risiko dan kawalan dalaman yang wajar merupakan
aspek penting dalam tadbir urus, pengurusan dan operasi syarikat. Fokus pengurusan
risiko adalah untuk mengenal pasti ancaman dan peluang manakala kawalan dalaman
membantu dalam menangani ancaman dan memanfaatkan peluang yang ada.

Lembaga pengarah juga hendaklah menentukan tahap toleransi risiko syarikat serta
mengenal pasti secara aktif, mentaksir dan memantau risiko utama perniagaan untuk
melindungi pelaburan pemegang saham dan aset syarikat.

5.1 Keahlian Jawatankuasa Risiko
Jawatankuasa Pengurusan Risiko mestilah terdiri daripada majoriti pengarah
bebas untuk menyelia rangka kerja dan dasar pengurusan risiko syarikat.

42 Surat Kementerian Kewangan Malaysia - Kelulusan cadangan menubuhkan syarikat induk kepada
subsidiari MARA melalui pengkorporatan Bahagian Pelaburan & Pembangunan Subsidiari MARA bil.
KK/BSBB (S) 10/72-1 Jld. 1 s.k 1(18) bertarikh 7 Oktober 2014
43 Kod Tadbir Urus Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017, Prinsip B: Audit dan Pengurusan Risiko
Berkesan (II: Rangka Kerja Pengurusan Risiko dan Kawalan Dalaman)

50

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

5.2 Tanggungjawab Jawatankuasa adalah:
i. Menetapkan dasar kawalan dalaman yang bersesuaian dan mendapatkan
kepastian bahawa sistem tersebut berfungsi dengan berkesan; dan
ii. Memastikan bahawa sistem kawalan dalaman tersebut menguruskan risiko
dan menjadi sebahagian daripada budaya korporat.

51



Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA

BAHAGIAN 3 : LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT MARA

PERKARA 8 : PEMBAYARAN DIVIDEN, BONUS DAN INSENTIF

SYARIKAT MARA

Nota: Polisi Pembayaran Dividen, Bonus dan Insentif Syarikat MARA Sedang dikaji semula

1. Kementerian Kewangan pada 5 Januari 2016 telah membenarkan Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (kini KPLB) untuk mengadakan dasar dan garis
panduan dalaman bagi pembayaran dividen dan bonus syarikat-syarikat Kerajaan di
bawah Kementerian bagi membolehkan Kementerian mengawal selia prestasi dan
tadbir urus syarikat-syarikat Kerajaan di bawah bidang kuasanya44.

Selaras dengan arahan tersebut, Dasar dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Dividen
dan Bonus Oleh Syarikat Kerajaan Di Bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan
Wilayah telah dikeluarkan melalui Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKLW bilangan 5
Tahun 2016 bertarikh 21 Julai 2016.

2. Dasar Pembayaran Dividen, Bonus Dan Insentif Syarikat Subsidiari MARA

2.1 Penambahbaikan terhadap garis panduan Dasar Dan Garis Panduan Bayaran
Dividen, Bonus Dan Insentif Kepada Syarikat Subsidiari MARA telah diluluskan
oleh Majlis MARA berkuat kuasa 31 Disember 2016, yang mana
penambahbaikan terhadap Dasar Dan Garis Panduan Mengenai Bayaran
Dividen, Bonus Dan Insentif Kepada Syarikat Subsidiari MARA45 dilaksanakan
bagi mencapai maksud-maksud berikut:-

44 Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Bil.5 Tahun 2016
bertarikh 21 Julai 2016
45 Mesyuarat Majlis MARA Ke-436 (Bil. 6 Tahun 2016) bertarikh 15 Disember 2016

53

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

i. Memastikan semua syarikat MARA berusaha dengan lebih gigih untuk
meningkatkan keuntungan masing-masing dan membayar dividen
kepada pemegang saham;

ii. Mengawal dengan lebih rapi penggunaan keuntungan yang diperoleh
oleh syarikat MARA; dan

iii. Menjadi dorongan yang berkesan untuk meningkatkan produktiviti dan
prestasi warga kerja syarikat MARA.

2.2 Walau bagaimanapun, sebelum pembayaran dividen & bonus dilaksanakan,
syarikat perlu memastikan bahawa syarikat hanya boleh membuat pengagihan
dividen kepada pemegang syer daripada keuntungan jika syarikat menjadi
solven. Syarikat dianggap sebagai solven jika syarikat itu berupaya untuk
membayar hutangnya jika dan apabila hutang itu menjadi kena dibayar dalam
masa dua belas (12) bulan selepas pengagihan daripada keuntungan iaitu
dividen dibuat46.

3. Garis Panduan Pembayaran Dividen Syarikat Subsidiari MARA

3.1 Tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016, Majlis MARA
menetapkan kadar minimum bagi bayaran dividen adalah ditetapkan pada
kadar berikut:-
i. Tiga puluh peratus (30%) daripada keuntungan iaitu Net Profit After Tax
bagi syarikat komersial (berasaskan keuntungan); dan
ii. Sepuluh peratus (10%) daripada keuntungan iaitu Net Profit After Tax
bagi syarikat developmental (tidak berasaskan keuntungan).

3.2 Manakala, kadar agihan keuntungan adalah berdasarkan peratusan berikut:-
i. 30% daripada keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen kepada
pemegang saham syarikat;

46 Seksyen 132, Akta Syarikat 2016 (Pengagihan hanya jika syarikat solven)

54

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

ii. 30% daripada keuntungan diagihkan dalam bentuk bonus kepada
kakitangan syarikat; dan

iii. 40% daripada keuntungan dikekalkan dalam Penyata Kewangan syarikat
sebagai keuntungan terkumpul (Retained Earnings).

3.3 Syarikat yang memperoleh keuntungan dalam sesuatu tahun kewangan tetapi
Lembaga Pengarah memutuskan untuk tidak membayar dividen atau
membayar kurang daripada kadar minimum, syarikat perlu mengemukakan
permohonan pengecualian pembayaran dividen kepada MARA untuk
pertimbangan selanjutnya. Permohonan perlu disekalikan dengan maklumat-
maklumat berikut:
i. Sebab-sebab mengapa dividen tidak dapat dibayar;
ii. Cadangan penggunaan keuntungan dan asas-asasnya;
iii. Kerugian terkumpul (jika ada);
iv. Tahun kewangan di mana kerugian terkumpul dijangka dapat
diselesaikan dan dividen dapat dibayar; dan
v. Cadangan bayaran bonus kepada kakitangan (jika ada).

4. Garis Panduan Pembayaran Bonus Dan Insentif Syarikat Subsidiari MARA

4.1 Pengurusan semua lapisan syarikat perlu menyediakan polisi dan garis panduan
pembayaran bonus kepada kakitangan syarikat masing-masing. Cadangan
bayaran bonus serta asas pembayaran bagi syarikat induk serta semua lapisan
syarikat masing-masing perlu diluluskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat
lnduk. Cadangan ini perlu dikemukakan kepada KPLB melalui MARA dalam
tempoh satu (1) bulan selepas Penyata Kewangan Beraudit diluluskan oleh
Lembaga Pengarah masing-masing, sebelum diangkat untuk kelulusan Majlis
MARA serta pertimbangan dan persetujuan/kelulusan YB Menteri KPLB.

55

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

4.2 Lembaga Pengarah perlu mengambil kira perkara-perkara berikut dalam
memperakukan cadangan bonus:
i. Syarikat telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah
ditetapkan;
ii. Pembayaran bonus dibuat selepas pengisytiharan dividen;
iii. Syarikat memperoleh keuntungan operasi yang munasabah sebelum
cukai (tidak termasuk keuntungan luar biasa melainkan dalam keadaan-
keadaan tertentu yang akan diputuskan oleh YB Menteri KPLB);
iv. Prestasi syarikat di dalam keuntungan bidang teras (core business);
v. Pembayaran bonus tidak melebihi 25% daripada keuntungan syarikat;
vi. Telah mengambil kira peruntukan bayaran balik baki pinjaman
tertunggak dengan Kerajaan atau mana-mana institusi kewangan; dan
vii. Pertimbangan bonus tidak melebihi dua (2) bulan gaji dibuat selepas
Penyata Kewangan Beraudit dibentangkan dalam Mesyuarat Agung
Tahunan.

4.3 Cadangan pembayaran bonus melebihi dua (2) bulan gaji boleh
dipertimbangkan jika ramai pegawai dan kakitangan yang menunjukkan
prestasi yang cemerlang dan secara keseluruhannya syarikat berkenaan
memperolehi keuntungan cemerlang. Keuntungan cemerlang ditakrifkan
sebagai pertambahan peratusan keuntungan yang besar berasaskan kepada
keuntungan operasi TIGA (3) tahun yang lalu, tidak termasuk keuntungan luar
biasa.

4.4 Bagi syarikat MARA yang menjana keuntungan kecil tetapi masih mencapai KPI
tahunan syarikat, syarikat tersebut boleh mencadangkan untuk pembayaran
insentif kepada kakitangan syarikat. Cadangan tersebut perlulah diperakukan
oleh Lembaga Pengarah dan tertakluk kepada kemampuan syarikat bagi tujuan
pembayaran insentif. Cadangan pembayaran insentif tersebut juga perlu
dikemukakan kepada MARA untuk kelulusan Majlis MARA dan KPLB untuk
pertimbangan dan kelulusan YB Menteri KPLB.
56

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

4.5 Manakala bagi syarikat yang memilih untuk memberi imbuhan tahunan
sepertimana mengikut tatacara yang diamalkan oleh Kerajaan, Ketua Pegawai
Eksekutif perlu membawa perkara ini kepada Lembaga Pengarah Syarikat dan
Majlis MARA untuk kelulusan (Pekeliling adalah mengikut tahun semasa yang
diumumkan oleh Kerajaan).

57



Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA

BAHAGIAN 3 : LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT MARA
PERKARA 9 : ELAUN, YURAN DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN

1. Pendahuluan

MARA47 telah mengeluarkan Surat Pekeliling 1PP WP 7.1 di bawah tajuk Garis
Panduan Mengenai Pemberian Elaun dan Kemudahan Bagi Pengerusi Dan Timbalan
Pengerusi/Ahli Majlis MARA dalam menetapkan kadar elaun dan kemudahan
kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Majlis MARA dan Jawatankuasa di
bawahnya berkuat kuasa 1 Jun 201548. Penetapan tersebut dipanjangkan kepada
Syarikat MARA untuk diguna pakai berkuat kuasa 8 Disember 2015, tertakluk kepada
kelulusan Lembaga Pengarah Syarikat serta mengambil kira kemampuan kewangan
syarikat.

2. Elaun-elaun yang layak diterima oleh Lembaga Pengarah adalah seperti berikut:
i. Elaun Tetap Bulanan;
ii. Elaun Menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah;
iii. Elaun Mempengerusikan Mesyuarat; dan
iv. Elaun Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Yang Ditubuhkan.

47 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan MARA Bil. 11/2015 pada 30 Jun 2015
48 BPPS: Surat Edaran Bil. 1/2015 bertarikh 8 Disember 2015: Garis Panduan Mengenai Pemberian Elaun &
Kemudahan bagi Pengerusi Bukan Eksekutif, Timbalan Pengerusi & Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat
Subsidiari, Perbadanan & Syarikat Terhad Di Bawah Jaminan MARA.

59

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

3. Anggaran kadar bayaran elaun-elaun kepada Lembaga Pengarah adalah berdasarkan

jadual seperti berikut:

Jenis Elaun/ Jawatan Kadar

Kemudahan

i.Elaun Tetap Bulanan Pengerusi Pengerusi yang dibekalkan dengan gaji

(ETB) hakiki, ETB ditetapkan mengikut perkiraan

25% daripada matagaji maksimum yang

ditetapkan dan menerima Elaun Menghadiri

Mesyuarat (EMM) sebanyak RM500.00

sebulan*.

Pengerusi yang tidak dibekalkan dengan gaji
hakiki, ETB ditetapkan mengikut perkiraan
40% atas dua gred lebih tinggi daripada mata
gaji maksimum gred Ketua Eksekutif/Ketua
Pengarah Badan Berkanun yang ditetapkan
dan menerima Elaun Menghadiri Mesyuarat
(EMM) sebanyak RM500.00 sebulan*.
Timbalan Kadar ETB bagi Timbalan Pengerusi
Pengerusi ditetapkan mengikut perkiraan 30% daripada
ETB Pengerusi dan menerima Elaun
Menghadiri Mesyuarat (EMM) sebanyak
RM500.00 sebulan*.
Ahli-Ahli Kadar ETB bagi Ahli ditetapkan mengikut
perkiraan 30% daripada ETB Pengerusi dan
menerima Elaun Menghadiri Mesyuarat
(EMM) sebanyak RM500.00 sebulan*.

60

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

Jenis Elaun/ Jawatan Kadar
Kemudahan
ii.Elaun Menghadiri Pengerusi Kadar EMMJ ditetapkan kepada RM750
Mesyuarat sekali mesyuarat*
Jawatankuasa Yang
Ditubuhkan (EMMJ) Timbalan Kadar EMMJ ditetapkan kepada RM500
Pengerusi sekali mesyuarat*
iii.Elaun Ahli-Ahli Kadar EMMJ ditetapkan kepada RM500
Mempengerusikan
Mesyuarat sekali mesyuarat*
iv.Elaun Keraian Pengerusi Tidak dibayar
Timbalan Dibayar RM250 sekali mesyuarat*
v.Kemudahan Pengerusi
Perjalanan Dengan Ahli-Ahli Dibayar RM250 sekali mesyuarat*
Kapal Terbang Pengerusi Tidak dibayar (Pengerusi boleh

menggunakan peruntukan Badan Berkanun
berkenaan jika keraian rasmi diperlukan atas
kadar sebenar yang disokong dengan resit).
Timbalan Tidak dibayar (Timbalan Pengerusi yang
Pengerusi mewakili Pengerusi boleh menggunakan
peruntukan Badan Berkanun berkenaan jika
keraian rasmi diperlukan atas kadar sebenar
yang disokong dengan resit).
Ahli-Ahli Tidak dibayar (Ahli yang mewakili Pengerusi
boleh menggunakan peruntukan Badan
Berkanun berkenaan jika keraian rasmi
diperlukan atas kadar sebenar yang disokong
dengan resit).
Pengerusi Kelas Perniagaan bagi dalam dan luar negeri.
Timbalan Kelas Perniagaan bagi dalam dan luar negeri.
Pengerusi
Ahli-Ahli Kelas Perniagaan bagi dalam dan luar negeri.

61

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

Jenis Elaun/ Jawatan Kadar

Kemudahan

v.Elaun Bantuan Sewa Pengerusi Tidak Dibayar

Rumah Timbalan Tidak Dibayar

Pengerusi

Ahli-Ahli Tidak Dibayar

vi.Peruntukan Kereta Pengerusi Dibekalkan kereta rasmi tertakluk kepada

Rasmi perakuan Lembaga Pengarah Badan

Berkanun dan kelulusan Kementerian

Kewangan.

Timbalan Timbalan Pengerusi menggunakan kereta

Pengerusi pool apabila melaksanakan tugas rasmi.

Ahli-Ahli Ahli menggunakan kereta pool apabila

melaksanakan tugas rasmi.

vii. Kakitangan Pengerusi Tidak Dibayar (Pengerusi boleh

Sokongan menggunakan kakitangan pejabat Badan

Berkanun berkenaan bagi tujuan rasmi).

Timbalan Tidak Dibayar (Timbalan Pengerusi boleh

Pengerusi menggunakan kakitangan pejabat Badan

Berkanun berkenaan bagi tujuan rasmi).

Ahli-Ahli Tidak Dibayar (Ahli boleh menggunakan

kakitangan pejabat Badan Berkanun

berkenaan bagi tujuan rasmi).

vii.Peralatan Pejabat Pengerusi Tidak Dibayar (Pengerusi boleh

menggunakan peralatan pejabat Badan

Berkanun berkenaan bagi tujuan rasmi).

Timbalan Tidak Dibayar (Timbalan Pengerusi boleh

Pengerusi menggunakan peralatan pejabat Badan

Berkanun berkenaan bagi tujuan rasmi).

62

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

Jenis Elaun/ Jawatan Kadar
Kemudahan
Ahli-Ahli Tidak Dibayar (Ahli boleh menggunakan
vii.Kemudahan peralatan pejabat Badan Berkanun
Perubatan berkenaan bagi tujuan rasmi).

Pengerusi Layak mendapat kemudahan perubatan
sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif tetapi
terhad kepada dalam negara sahaja.

Timbalan Layak mendapat kemudahan perubatan
Pengerusi sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif tetapi

terhad kepada dalam negara sahaja.
Ahli-Ahli Layak mendapat kemudahan perubatan

sama seperti Ketua Pegawai Eksekutif tetapi
terhad kepada dalam negara sahaja.

*Terhad kepada satu (1) mesyuarat sebulan

4. Peraturan mengenai pemberian elaun dan kemudahan bagi Pengerusi, Timbalan
Pengerusi dan Ahli-Ahli Panel/Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Lembaga
Pengarah Syarikat MARA:
i. Ahli panel/jawatankuasa tidak dibayar Elaun Tetap Bulanan.
ii. Jika Pengerusi panel/jawatankuasa itu terdiri daripada Pengerusi Syarikat
Subsidiari berkenaan, Pengerusi itu layak dibayar Elaun Menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa (EMMJ) sebanyak RM750.00 sekali mesyuarat bagi
panel/jawatankuasa tersebut, terhad kepada satu (1) mesyuarat sebulan.
iii. Jika selain daripada Pengerusi Syarikat Subsidiari, sama ada Timbalan
Pengerusi, Ahli-ahli Lembaga Pengarah atau sesiapa sahaja yang dilantik
menjadi pengerusi panel/jawatankuasa berkenaan, ia layak dibayar Elaun
Mempengerusikan Mesyuarat atas kadar RM250.00 sekali mesyuarat dengan
syarat pelantikan mereka itu dibenarkan oleh Akta berkenaan, terhad kepada
satu (1) mesyuarat sebulan.

63

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

iv. Timbalan Pengerusi atau Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat Subsidiari
berkenaan yang menerima Elaun Tetap Bulanan, tetapi dilantik menjadi ahli
panel/jawatankuasa berkenaan, dan dibenarkan oleh Akta berkenaan, layak
dibayar Elaun Meghadiri Mesyuarat Jawatankuasa sebanyak RM500.00 sekali
mesyuarat, terhad kepada satu (1) mesyuarat sebulan.

v. Ahli-ahli panel/jawatankuasa yang bukan terdiri daripada Ahli-ahli Lembaga
Pengarah Syarikat Subsidiari berkenaan atau Ahli Ganti atau Wakil Ahli layak
dibayar Elaun Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa atas kadar RM500.00 sekali
mesyuarat dengan syarat pelantikan Ahi Ganti/Wakil Ahli itu dibenarkan oleh
Akta berkenaan, terhad kepada satu (1) mesyuarat sebulan.

vi. Keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah, sama ada Pengerusi, Timbalan Pengerusi
atau Ahli Lembaga Pengarah di dalam panel/jawatankuasa adalah terhad
kepada dua (2) keanggotaan sahaja termasuk keanggotaan di dalam Lembaga
Pengarah (induk).

5. Bayaran Yuran Tahunan atau apa-apa faedah yang hendak dibayar kepada Lembaga
Pengarah bagi syarikat awam atau bagi suatu syarikat tersenarai dan subsidiarinya
hendaklah diluluskan oleh Pemegang Saham semasa Mesyuarat Agung Tahunan49,
iaitu selepas Penyata Kewangan Syarikat diaudit.

6. Bayaran Yuran Tahunan atau apa-apa faedah yang hendak dibayar kepada Lembaga
Pengarah bagi syarikat persendirian hendaklah diluluskan oleh Pemegang Saham
melalui Resolusi Bertulis50, iaitu selepas Penyata Kewangan Syarikat diaudit.

7. Walau bagaimanapun, bagi syarikat persendirian bayaran yuran tahunan atau apa-
apa faedah yang hendak dibayar kepada Lembaga Pengarah adalah tertakluk kepada
Perlembagaan Syarikat dan hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga
Pengarah. Kelulusan ini perlu dimaklumkan kepada pemegang saham dalam masa 14
hari dari tarikh kelulusan. Sekiranya pemegang saham tidak bersetuju dengan

49 Seksyen 230 (1), Akta Syarikat 2016 (Kelulusan bagi fi pengarah)
50 Seksyen 230 (2), Akta Syarikat 2016 (Kelulusan bagi fi pengarah syarikat persendirian)

64

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

bayaran tersebut atas alasan syarikat tidak mempunyai keupayaan kewangan, ALP
perlu membayar balik jumlah tersebut51.
8. Dalam proses menentukan bayaran elaun, yuran tahunan dan lain-lain faedah,
Lembaga Pengarah hendaklah terlebih dahulu memastikan syarikat mempunyai
kemampuan kewangan.

51 Seksyen 230 (2) (3) (4) & (5), Akta Syarikat 2016 - Kelulusan bagi fi pengarah

65

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

66

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA

BAHAGIAN 4 : SETIAUSAHA SYARIKAT

1. Setiausaha Syarikat merupakan pegawai syarikat yang penting untuk menyediakan
dokumen syarikat dan menyerah simpan dokumen ke pendaftar (Suruhanjaya
Syarikat Malaysia) serta mengesahkan dokumen berkanun mengikut peruntukan
Akta Syarikat 2016. Setiausaha Syarikat dilantik oleh Lembaga Pengarah yang
menentukan terma dan syarat pelantikan tersebut52.

2. Setiausaha Syarikat bertanggungjawab untuk menyokong fungsi Lembaga Pengarah
dengan berkesan. Mereka juga memainkan peranan penting dalam menasihati
Lembaga yang merangkumi perkara-perkara tadbir urus serta memudahkan aliran
maklumat yang efektif di antara Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Lembaga dan
pengurusan kanan Syarikat53.

3. Tanggungjawab Setiausaha Syarikat kini telah berkembang dari memberi nasihat
berkenaan hal-hal pentadbiran kepada hal-hal tadbir urus termasuklan perihal
undang-undang syarikat dan sekuriti, kewangan, tadbir urus, kesetiausahaan
syarikat dan pematuhan lain seperti syarat-syarat penyenaraian, Bank Negara dan
lain-lain54.

4. Peranan dan tanggungjawab Setiausaha Syarikat termasuklah55:

4.1 Menguruskan logistik semua mesyuarat Lembaga Pengarah dan
jawatankuasa, menghadiri dan mencatat minit mesyuarat Lembaga Pengarah
dan jawatankuasa dan memudah cara komunikasi Lembaga Pengarah;

52 Seksyen 236 (1), (2) dan (3) Akta Syarikat 2016 (Pelantikan Setiausaha Syarikat)
53 Standard 15.1 of Bank Negara Malaysia’s Policy Document on Corporate Governance.
54 Corporate Governance Guide, 3rd Edition, Bursa Malaysia (Pull-out 1 – Guidance on Board Leadership and
Effectiveness, page 35)
https://bursasustain.bursamalaysia.com/droplet-details/resources/corporate-governance-guide
55 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017, Prinsip A (I: Tanggungjawab Lembaga Pengarah, para 1.4)

67

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

4.2 Menasihati Lembaga Pengarah mengenai peranan dan tanggungjawabnya;
4.3 Mengendalikan program orientasi pengarah baharu dan membantu dalam

pembangunan dan latihan pengarah;
4.4 Menasihati lembaga pengarah berkenaan dengan penzahiran korporat dan

pematuhan terhadap undang-undang syarikat dan sekuriti dan syarat-syarat
penyenaraian;
4.5 Mengurus proses-proses berkaitan dengan mesyuarat agung tahunan;
4.6 Memantau perkembangan tadbir urus korporat dan membantu Lembaga
Pengarah dalam melaksanakan amalan tadbir urus untuk memenuhi
keperluan Lembaga Pengarah dan jangkaan pihak berkepentingan; dan
4.7 Berfungsi sebagai individu yang bertanggungjawab untuk komunikasi dan
pembabitan pihak berkepentingan dalam isu tadbir urus korporat.

68





Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA

BAHAGIAN 5 : KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERKARA 1 : MAKLUMAT AM

1. Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) adalah pegawai eksekutif syarikat yang tertinggi (atau
eksekutif yang tertinggi56) dan bertanggungjawab melaksanakan dasar dan polisi
yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. Beliau juga bertanggungjawab untuk
membuat perancangan perniagaan, hala tuju syarikat dan memastikan syarikat
mencapai matlamat dan prestasi sebagaimana yang ditetapkan oleh MARA dan
Lembaga Pengarah syarikat.

2. Pengasingan jawatan Pengerusi dan KPE menggalakkan kebertanggungjawaban dan
memudah cara pembahagian tanggungjawab antara mereka. Dalam hal ini, tidak ada
seseorang individu yang boleh mempengaruhi perbincangan dan keputusan Lembaga
Pengarah. Tanggungjawab Pengerusi termasuk mengetuai Lembaga Pengarah dalam
pengawasan kolektif terhadap pihak pengurusan, manakala KPE memberi tumpuan
kepada urusan perniagaan dan pengurusan harian syarikat. Pembahagian tugas ini
hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam piagam Lembaga Pengarah57.

56 Terpakai hanya jika tiada atau kekosongan jawatan KPE
57 Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017, Prinsip A (I: Tanggungjawab Lembaga Pengarah, para 1.3)

71



Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA

BAHAGIAN 5 : KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERKARA 2 : TERMA PELANTIKAN

1. KPE Subsidiari MARA yang dilantik mestilah mempunyai latar belakang yang sesuai
dengan fungsi syarikat tersebut dan mestilah di kalangan orang yang berkelayakan,
energetic dan berkaliber58.

2. Kriteria Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE)
Ketua Pegawai Eksekutif memainkan peranan yang penting dalam memastikan
perkara yang telah diamanahkan oleh Lembaga Pengarah kepada pihak pengurusan
dilaksanakan dengan cekap dan mencapai sasaran prestasi jangka pendek dan jangka
panjang yang ditetapkan59.

Bil. Perkara KPE/Pengarah Urusan

1. Umur Tidak berkaitan
2. Kelayakan
Sekurang-kurangnya pendidikan tertiary/kelayakan
Akademik profesional atau lain-lain kelayakan yang setaraf dengannya.
3. Pengalaman Mempunyai pengalaman (kecuali industri baharu dalam
negara) di dalam industri dan bidang yang berkaitan.
4. Kepakaran Pernah memegang jawatan tinggi/ kanan dalam organisasi
awam/swasta.
5. Tapisan Tapisan keutuhan akan dijalankan oleh pihak Suruhanjaya
Keutuhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai salah satu
prosedur (requirement) bagi calon yang telah dilantik untuk
mempertingkatkan integriti syarikat.

58 Mesyuarat Majlis MARA Bil. 309 (5/2005) bertarikh 4 Oktober 2005
59 Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Kementerian Kewangan (Diperbadankan), Bahagian
Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan, Cetakan Pertama, Disember 2014

73

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

Bil. Perkara KPE/Pengarah Urusan

6. Pengisytiharan Membuat pengisytiharan kepentingan di dalam syarikat

Kepentingan berkenaan.

7. Semakan Semakan insolvensi.
insolvensi

8. Pemeriksaan Tertakluk kepada pengesahan tahap kesihatan yang baik oleh
Kesihatan Pegawai Perubatan Bertauliah

3. Selain itu, kriteria lain yang perlu diambil perhatian semasa pemilihan KPE
berdasarkan saranan oleh Bursa Malaysia adalah seperti berikut60:
i. Mempunyai kelayakan akademik, pengetahuan dan pengalaman industri yang
luas serta bersesuaian untuk melaksanakan peranannya;
ii. Membudayakan tingkah laku yang beretika, mempunyai nilai integriti yang
tinggi, berkaliber serta bersikap profesional dalam pengurusan harian.
iii. Mempunyai tahap kompetensi dan pengetahuan perniagaan yang luas serta
berkemahiran dalam menguruskan perniagaan;
iv. Mempunyai daya tahan yang tinggi untuk menghadapi cabaran;
v. Bijak, cekap, berani dan mampu membuat keputusan yang sukar dengan wajar;
vi. Mempunyai kesungguhan untuk memimpin dan membentuk modal insan;
vii. Mampu menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran syarikat yang
drastik;
viii. Memacu pembangunan syarikat dengan wawasan, visi dan inovasi yang
strategik;
ix. Mampu membawa syarikat bagi mencapai sasaran prestasi jangka pendek
tanpa menjejaskan peluang pertumbuhan jangka panjang; dan
x. Menumpukan sepenuh perhatian dan masa untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab KPE.

60 Corporate Governance Guide, Towards Boardroom Excellence; Bursa Malaysia 2nd Edition: Para 1.7.6

74

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

4. Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif dalam Syarikat MARA adalah secara kontrak61
dan tempoh pelantikan adalah untuk tempoh tidak lebih dari dua (2) tahun dan
pelantikan semula boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kelulusan Majlis MARA
dan Menteri bertanggungjawab62 sekiranya perkhidmatan diperlukan.

61 Surat Pekeliling Pekhidmatan Bil. 1 Tahun 2004 di bawah tajuk; Panduan Pelantikan Pegawai Kontrak
62 1PP MARA, WP 7.1(B): Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan ; Para 3.3.2

75



Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA

SEKSYEN 4 : KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERKARA 3 : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

1. Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) memainkan peranan yang penting dalam memastikan
amanah yang diberi kepada pengurusan dilaksanakan dengan cekap dan mencapai
matlamat Syarikat.

2. Lembaga Pengarah dan KPE memainkan peranan penting dan saling melengkapi
dalam menentukan sasaran Syarikat dicapai melalui pengukuran prestasi.

3. Seksyen 213, Akta Syarikat 2016 menerangkan mengenai kewajipan dan
tanggungjawab pengarah. Pengarah syarikat yang melanggar seksyen ini, apabila
disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau
didenda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya. Kewajipan dan tanggungjawab
pengarah ini juga terpakai kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai
Kewangan, Ketua Pegawai Operasi atau mana-mana orang lain yang mempunyai
tanggungjawab utama dalam pengurusan syarikat (Seksyen 210, Akta Syarikat 2016).

4. Peranan63 Ketua Pegawai Eksekutif Berdasarkan Amalan Tadbir Urus Korporat Yang
Baik Adalah:
4.1 Penetapan sasaran dan strategi
KPE perlu membangunkan hala tuju strategik serta pelan perniagaan syarikat
berdasarkan bidang kuasa yang telah dipersetujui juga menyelaras
pembangunan pelan perniagaan dan bajet bagi keseluruhan unit perniagaan.

63 The Green Book, Enhancing Board Effectiveness 2006, Exibit 2.1

77

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

4.2 Pengurusan Prestasi (KPI)
Menetapkan KPI syarikat, memantau secara bulanan, mengenal pasti masalah
dan melaksanakan pelan penambahbaikan bagi memastikan KPI syarikat
tercapai.

4.3 Pengurusan Modal Insan
Membangun dan melaksanakan sistem pengurusan modal insan syarikat.
Mengenal pasti dan menilai bakat serta potensi kepimpinan di kalangan staf
serta melaksanakan pelan pembangunan.

4.4 Pengurusan Risiko
Mengenal pasti, menganalisa dan membuat penambahbaikan potensi risiko
syarikat berdasarkan bidang kuasa sepertimana yang diputuskan oleh Lembaga
Pengarah.

4.5 Pemegang Saham
Memahami keperluan dan memaklumkan kepada pemegang saham mengenai
keputusan penting secara telus dan memastikan semua arahan, peraturan, dan
undang-undang yang berkaitan dengan syarikat dipatuhi.

4.6 Pengurusan Pihak Berkepentingan
Mengurus kehendak Pihak Berkepentingan berdasarkan bidang kuasa yang
dipersetujui oleh Lembaga Pengarah.

5. KPE juga perlu memastikan mana-mana keputusan Lembaga Pengarah Syarikat
Subsidiari MARA yang menyentuh polisi/dasar, objektif, penubuhan, struktur
organisasi dan lain-lain perkara yang memberi impak besar kepada perjalanan dan
kewangan syarikat perlu dibentang dan mendapat kelulusan Majlis MARA64.

64 Mesyuarat Majlis Bil. 340 [10/2008] Bertarikh 18 November 2008 [Keputusan Majlis 159/2008: 5.3.11
(iii)]

78

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

6. Perkara-perkara yang perlu mendapat kelulusan Majlis MARA, kelulusan Menteri
bertanggungjawab dan Kementerian Kewangan termasuklah :

Bil. Aktiviti Kelulusan

BOD Majlis Menteri MOF Rujukan
Syarikat MARA

Perolehan/ Pembelian Saham oleh:

MARA n/a √ - Seksyen 6(2)(d)
√ √ Akta MARA 1966

Syarikat √ √ √ - - WP 7.1(B) Para
1. MARA 3.3.6 dan 5.9.3

Subsidiari - Surat KPLB.PSA.

√ √ √ - (S). 700-8/5/2 (4)
bertarikh 17 Julai

2018.

Penjualan/ Pelupusan Syer/Saham/Sekuriti oleh:

MARA n/a √ √√ - Seksyen 6(2)(d),
√√ √- Akta MARA 1966
Syarikat - WP 7.1(B) Para
2. MARA 5.10.1(d)
- Surat KPLB.PSA.
Subsidiari √ √ √- (S).700-8/5/2 (4)
bertarikh 17 Julai
2018.

Pelupusan Aset oleh:

MARA n/a √ - Seksyen 6(2)(cc),
√ - Akta MARA 1966

Syarikat - WP 7.1(B) Para
3. MARA √ √ √ - 5.10.1(d)

- Surat KPLB.PSA.

Subsidiari √ √ √ - (S).700-8/5/2 (4)
bertarikh 17 Julai

2018.

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan:

4. Syarikat - WP 7.1(B) Para
MARA 3.3.2
√ √ √ -

79

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

Bil. Aktiviti Kelulusan

BOD Majlis Menteri MOF Rujukan
Syarikat MARA

Pelantikan Lembaga Pengarah bagi calon: - WP 7.1(B) Para
Ahli Politik √ √ √
5. - 4.3.2
Kelulusan YAB

Perdana Menteri

Awam/MARA √ √ √ - - WP 7.1(B) Para
/Agensi 3.3.2

Penubuhan Anak Syarikat oleh:

-Seksyen 6(2)(cb)

MARA n/a √ √ √ Akta MARA 1966
-Para 3.3(vi) SPA

3/1998

6. Syarikat - Surat KPLB.PSA.
MARA
√ √ √ - (S).700-8/5/2 (4)
bertarikh 17 Julai

2018.

- Surat KPLB.PSA.

Subsidiari √ √ √ - (S).700- 8/5/2 (4)
bertarikh 17 Julai

2018.

Pembubaran Anak Syarikat oleh:

-Seksyen 6(2)(cb)

MARA √ √ √ √ Akta MARA 1966
7. Syarikat - WP 7.1(B) Para

MARA 3.3.6
Subsidiari
- Surat KPLB.PSA.

√ √ √ - (S).700-8/5/2 (4)
bertarikh 17 Julai

2018.

- Surat KPLB.PSA.

(S).700- 8/5/2 (4)

√ √ √ - bertarikh 17 Julai

2018.

80

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

Bil. Aktiviti Kelulusan

BOD Majlis Menteri MOF Rujukan
Syarikat MARA

Pinjaman oleh:

- WP 7.1(B) Para

5.10.1(c)

Syarikat √ √ √ √ - Seksyen 5 Akta
Badan Berkanun
MARA
8. (Kuasa Meminjam)

1999

-Surat KPLB.PSA.

Subsidiari √ √ √ - (S).700-8/5/2 (4)
bertarikh 17 Julai

2018.

Pembayaran Dividen oleh: - Surat Pekeliling
Ketua Setiausaha
9. Syarikat √ - - Kementerian
MARA & √ Angkat Kemajuan Luar
Subsidiari Bandar & Wilayah
Maklum Bil.5 Tahun 2016
bertarikh 21 Julai
Pembayaran Dividen kurang daripada kadar yang 2016
- Mesyuarat Majlis
ditetapkan atau tidak membayar dividen oleh: MARA Ke-436 (Bil. 6
Tahun 2016)
10. Syarikat √ √ √- bertarikh 15
MARA & Disember 2016
- Surat KPLB.PSA.
Subsidiari (S).700-8/5/2 (4)
bertarikh 17 Julai
Pembayaran Bonus/ Insentif Kewangan oleh: 2018.

11. Syarikat √ √ √-
MARA &
Subsidiari

Nota: Menteri - Menteri yang bertanggungjawab ke atas MARA
MOF - Kementerian Kewangan Malaysia
Syarikat MARA – Syarikat di lapisan pertama (first tier) yang mempunyai
hubungan langsung dengan MARA atau ditubuhkan oleh MARA
Subsidiari – Anak syarikat kepada syarikat di lapisan pertama, syarikat
bersekutu dan syarikat pelaburan.

81

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

7. Tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif

KPE bertanggungjawab untuk memimpin dan memacu pembangunan serta
mengetuai pelaksanaan strategi jangka panjang syarikat dengan tujuan mewujudkan
nilai pemegang saham dan stakeholders.65 KPE juga bertanggungjawab untuk
menguruskan operasi harian dan bertanggungjawab terhadap semua keputusan
pengurusan syarikat.

KPE bertindak sebagai penghubung langsung antara Lembaga Pengarah dan
pengurusan Syarikat dan berkomunikasi kepada Lembaga Pengarah bagi pihak
pengurusan Syarikat. KPE juga berkomunikasi bagi pihak Syarikat kepada para
pemegang saham dan stakeholders.
Tugas dan tanggungjawab utama Ketua Pegawai Eksekutif66 termasuk perkara
berikut:

7.1.1 Memimpin bersama-sama dengan Lembaga Pengarah dalam merangka
polisi dan pelan pembangunan strategi Syarikat;

7.1.2 Memimpin dan memastikan pelaksanaan pelan jangka panjang dan
jangka pendek syarikat dilaksanakan berdasarkan polisi dan strategi
yang telah ditetapkan dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah;

7.1.3 Memastikan perbelanjaan syarikat berada dalam belanjawan tahunan
syarikat yang diluluskan;

7.1.4 Menyusun dan mengendalikan operasi syarikat dilaksanakan dengan
sewajarnya dan mempunyai kuasa untuk mengupah dan menamatkan
kakitangan bagi mencapai strategi yang ditetapkan;

7.1.5 Menilai risiko utama syarikat dan memastikan risiko-risiko ini dipantau
dan diuruskan dengan baik;

7.1.6 Mewujudkan sistem kawalan dalaman dan pengurusan maklumat yang
berkesan;

65 MCCG 2017 Best Corporate Practices
66 https://www.sterling-resources.com/docs/RolesAndRespCEO.pdf

82

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

7.1.7 Memastikan bahawa syarikat mempunyai sistem operasi yang
sewajarnya supaya syarikat dapat menjalankan aktivitinya secara telus
dan beretika;

7.1.8 Memastikan bahawa syarikat mengekalkan piawaian korporat dan
tanggungjawab sosial di dalam pelaksanaan aktiviti perniagaan;

7.1.9 Bertindak sebagai penghubung antara pengurusan syarikat dan
Lembaga Pengarah;

7.1.10 Bertanggungjawab untuk menyediakan Piagam Lembaga Pengarah, Kod
Etika Lembaga Pengarah dan Pengurusan Syarikat.

7.1.11 Mengamalkan komunikasi berkesan dengan para pemegang saham dan
stakeholders;

7.1.12 Memastikan sistem dan proses kawalan dalaman telah disediakan agar
maklumat berkaitan keseluruhan komitmen, aktiviti dan faktor penting
berkaitan syarikat yang disalurkan kepada KPE dan pengurusan syarikat
adalah jelas dan tepat;

7.1.13 Memastikan maklumat betul, tepat dan mencukupi disediakan kepada
Lembaga Pengarah untuk membuat keputusan yang sewajarnya;

7.1.14 Memastikan integriti dalam semua maklumat yang didedahkan oleh
syarikat;

7.1.15 Bekerjasama dengan Pengerusi Lembaga Pengarah untuk menyediakan
agenda mesyuarat Lembaga Pengarah. Tanggungjawab melaksanakan
peraturan mesyuarat Lembaga Pengarah adalah berdasarkan Surat
Pekeliling Jabatan Perdana Menteri iaitu Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun
199867;

7.1.16 Memanggil mesyuarat khas Lembaga Pengarah apabila perlu;
7.1.17 Bekerjasama dengan Pengerusi Lembaga Pengarah untuk menentukan

tarikh, masa dan lokasi mesyuarat tahunan para pemegang saham dan
untuk menyediakan agenda mesyuarat;

67 1PP MARA, WP 7.1(B): Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan:
Perkara 6.3 – Mesyuarat Lembaga

83

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

7.1.18 Turut serta dalam jawatankuasa Lembaga Pengarah yang sesuai
sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga Pengarah; dan

7.1.19 Mematuhi sistem kawalan dalaman yang ditetapkan oleh syarikat dan
peraturan pihak berkuasa, memimpin melalui teladan dan
menggalakkan semua pekerja menjalankan aktiviti mengikut undang-
undang, standard dan dasar syarikat dan lain-lain ketetapan termasuk
dasar alam sekitar, keselamatan dan kesihatannya.

7.2 Syarikat yang diterajui oleh KPE juga perlu membangunkan program
pemantapan profesionalisme untuk setiap ALP bagi memahami :
i. Peranan dan tanggungjawab ALP;
ii. Harapan Lembaga Pengarah daripada segi sumbangan pengetahuan
mereka;
iii. Jenis perniagaan syarikat;
iv. Isu semasa yang dihadapi; dan
v. Strategi yang dilaksanakan oleh syarikat.

7.3 Selain itu, KPE juga perlu memastikan supaya semua ALP yang dilantik sentiasa
mengemas kini pengetahuan dengan informasi terkini serta meningkatkan
kemahiran mereka. Syarikat juga perlu menyediakan laluan kepada ALP untuk
menghadiri program pemantapan profesionalisme/ latihan/ kursus yang sesuai
dan berterusan68 bagi melengkapkan diri mereka dengan maklumat terkini dan
memantapkan peranan sebagai ALP.

68 Corporate Governance Guide- 2nd Edition: Establishing An Effective Board, Para 2.9 Continuing Education

84

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

85

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA

BAHAGIAN 6 : PENUTUP

Tadbir urus korporat memperuntukkan satu rangka kerja mekanisme kawalan yang
menyokong sesebuah syarikat mencapai matlamatnya, dan mencegah konflik yang tidak
diingini. Tingkah laku beretika, kebertanggungjawaban, ketelusan dan kemampanan
merupakan unsur tadbir urus korporat yang penting dalam pentadbiran syarikat serta
mengendalikan modal pelabur. Syarikat yang mengamalkan prinsip tadbir urus korporat
dalam kepimpinan dan keberkesanan Lembaga Pengarah, audit dan pengurusan risiko yang
berkesan serta integriti pelaporan korporat dan hubungan bermakna bersama pihak
berkepentingan lebih cenderung untuk menghasilkan nilai jangka panjang berbanding
syarikat yang lemah dalam salah satu atau kesemua prinsip tersebut.

Amalan tadbir urus yang betul dapat mengenal pasti pengagihan hak dan tanggungjawab
di kalangan pelbagai pihak yang berbeza dalam syarikat dan menggariskan antara lain,
peraturan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan
risiko. Selain daripada memelihara kepentingan pemegang saham, tadbir urus korporat
juga memerlukan pengimbangan keperluan pihak berkepentingan lain termasuk warga
kerja, pelanggan, pembekal, masyarakat dan komuniti di mana syarikat-syarikat
menjalankan perniagaan mereka.

Amalan tadbir urus yang berkesan yang dilaksanakan berdasarkan prinsip utama tadbir
urus seperti pengurusan yang berkesan, budaya korporat yang berasaskan tingkah laku
beretika dan ketelusan boleh mengurangkan risiko, rasuah dan salah urus dan seterusnya
membantu syarikat mencapai visi melalui proses dan struktur yang diperlukan bagi
memastikan kemampanan jangka panjangnya.

86

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

87

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA

BAHAGIAN 7 : GLOSARI

MARA Majlis Amanah Rakyat adalah satu perbadanan yang ditubuhkan di
bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 yang berkekalan turun
Menteri temurun dan mempunyai suatu meteri dan boleh mendakwa dan
MOF didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud-
Akta MARA maksud Akta ini, boleh membuat kontrak-kontrak dan boleh
ALP memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan menggunakan
KPE harta alih dan yang tidak alih bagi segala jenis dan boleh memindah,
menyerah hak, melepas, menyerah, menggadai, menggadai janji,
KPI memberi sewa, menyerah hak semula, memindah milik atau dengan
SOP jalan lain melepaskan, atau membuat apa-apa berkenaan dengan,
apa-apa harta alih atau apa-apa kepentingan dengannya yang
menjadi kepunyaan Majlis mengikut syarat-syarat yang difikirkannya
patut.

Menteri ialah Menteri yang bertanggungjawab ke atas MARA

Kementerian Kewangan

Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

Ahli Lembaga Pengarah

Ketua Pegawai Eksekutif
Pengurus yang berhubung dengan sesuatu syarikat, ertinya pegawai
eksekutif utama syarikat pada masa ini tidak kira apa jua nama
dipanggil dan sama ada dia seorang pengarah atau tidak -Seksyen
2(1), Akta Syarikat 2016.

Petunjuk Prestasi Utama

Standard Operating Procedures (BM)

88

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

Pengarah Urusan Pengarah Urusan dilantik oleh Lembaga Pengarah di bawah
M&A peruntukan Perkara-perkara Persatuan syarikat. Perkara
91 hingga 93 Jadual A misalnya memberi kuasa kepada Lembaga
Pengarah untuk melantik Pengarah Urusan. Lembaga Pengarahlah
yang memutuskan mengenai pelantikannya dan menetapkan terma-
terma dan syarat-syarat perjawatannya dan menetapkan juga takat
kuasa yang akan diserahkan kepadanya. Pelantikannya boleh
dibatalkan dan kuasanya pula boleh dipinda dan diubah. Pengarah
urusan tidak tertakluk kepada persaraan secara giliran kerana ia
tertakluk kepada kontrak perkhidmatan dalam tempoh yang
ditetapkan.

Tatacara dan Tataurusan Syarikat (Memorandum and Articles of
Association)

Perlembagaan Berdasarkan Seksyen 2, Akta Syarikat 2016 Perlembagaan ertinya
suatu dokumen yang disebut dalam Seksyen 34

Pengarah Seksyen 2, Akta Syarikat 2016 mendefinisikan Pengarah sebagai
mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah sesuatu
perbadanan tidak kira dengan apa jua nama dipanggil dan termasuk
seseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya, majoriti
pengarah sesuatu perbadanan lazimnya bertindak dan seorang
pengarah silih ganti atau pengarah ganti.

Pengarah Bebas Pengarah Bebas adalah Pengarah yang dilantik dari kalangan industri
(bukan wakil syarikat) dari pelbagai latar belakang perniagaan dan
tidak mempunyai sebarang kepentingan perniagaan dan/atau
perhubungan yang boleh mempengaruhi sebarang keputusan.

Syarikat MARA Syarikat-syarikat induk, subsidiari dan sub-subsidiari yang
ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 di mana MARA mempunyai
pegangan ekuiti melebihi 50%, perbadanan yang ditubuhkan di
bawah Akta MARA 1966, Syarikat Berhad Menurut Jaminan, Syarikat
Bersekutu dan lain-lain syarikat yang ditubuhkan di bawah akta-akta
lain yang berkaitan.

89

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

Subsidiari MARA Syarikat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 4, Akta Syarikat 2016
yang mana MARA mempunyai pegangan saham melebihi 50% (1st
tier).

Syarikat Bersekutu Syarikat yang ditubuhkan yang mana MARA mempunyai pegangan
saham antara 20% hingga 50%.

Syarikat Pelaburan Syarikat yang ditubuhkan yang mana MARA mempunyai pegangan
saham kurang 20%.

Sub-Subsidiari Syarikat yang ditubuhkan sebagai subsidiari kepada Syarikat MARA
(2nd tier)

Pemegang Saham Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Tadbir Urus Proses dan struktur yang digunakan untuk mengarah dan mengurus
Korporat perniagaan dan hal ehwal sesebuah syarikat bagi meningkatkan
keuntungan perniagaan dan kebertanggungjawaban korporat dengan
tujuan utama untuk mencapai nilai jangka panjang pemegang saham
tanpa mengenepikan kepentingan pihak berkepentingan lain
(Tadbir urus korporat seperti ditakrifkan dalam Laporan J awatankuasa
Peringkat Tinggi Kewangan (1999).

90

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

91

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA

BAHAGIAN 8 : RUJUKAN

1. Akta Syarikat 2016

2. Akta MARA 1966

3. Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2017 (MCCG 2017)

4. Perlembagaan Syarikat

5. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555)

6. Akta Bank Negara 2009

7. Akta Badan Berkanun (Kuasa Meminjam) 1999

8. Corporate Governance Guide: Towards Boardroom Excellence 1st & 2nd Edition

9. The Green Book: Enhancing Board Effectiveness (April 2006)

10. 1Pekeliling Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia
(www.treasury.gov.my)
- WP 7.1 Garis Panduan Mengenai Pemberian Elaun dan Kemudahan Bagi
Pengerusi Bukan Eksekutif, Timbalan Pengerusi Dan Ahli-Ahli Lembaga
Pengarah Badan-Badan Berkanun Persekutuan
- WP 7.2 Dasar Dan Garis Panduan Mengenai Bayaran Bonus Oleh Badan-
Badan Berkanun Yang Diasingkan Pengurusan Saraannya Daripada Sektor
Awam
- WP 7.3 Bayaran Elaun dan Kemudahan Kepada Ahli Sektor Swasta Yang
Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Yang Ditubuhkan Oleh
Kementerian/Jabatan

92

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

11. Surat Pekeliling Jabatan Perdana Menteri bertarikh 21 Julai 1998: Surat Pekeliling Am
Bil. 3 Tahun 1998- Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab
Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Dalam Pengurusan
Badan Berkanun Persekutuan.

12. Pekeliling 1PP, Majlis Amanah Rakyat (www.mara.gov.my)
https://maranet.sharepoint.com

- WP 7.1(A) Penglibatan Kakitangan Kerajaan Dalam Lembaga Pengarah Syarikat
Perdagangan/Perusahaan Persendirian Atau Syarikat Perdangan

- WP 7.1(B) Garis Panduan Mengenai Peranan Dan Tanggungjawab Kementerian,
Lembaga Pengarah Dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun
Persekutuan (Sumber: Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998)

- WP 7.1(C) Garis Panduan Mengenai Penyertaan Pegawai-Pegawai MARA Dalam
Lembaga Pengarah Syarikat-Syarikat MARA Dan Syarikat-Syarikat Swasta

- WP 7.1(D) Tanggungjawab Serta Etika Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat
MARA

- WP 7.1 (E) Garis Panduan Mengenai Pelantikan Dan Peranan Pegawai Kerajaan
Sebagai Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif Dan Ahli Lembaga Pengarah
Perbadanan, Awam, Syarikat-Syarikat Kerajaan Dan Syarikat-Syarikat
Kepentingan Kerajaan

- WP 7.2 (F) Dasar Dan Garis Panduan Bayaran Dividen, Bonus Dan Insentif Oleh
Syarikat MARA

13. BPPS: Surat Edaran Bil. 1/2015 bertarikh 8 Disember 2015: Garis Panduan Mengenai
Pemberian Elaun & Kemudahan bagi Pengerusi Bukan Eksekutif, Timbalan Pengerusi
& Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat Subsidiari, Perbadanan & Syarikat Terhad Di
Bawah Jaminan MARA

14. Surat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bil. KPLB.PSA. (S).700-8/5/1 (4)
bertarikh 17 Julai 2018: Takrifan Anak Syarikat Di Dalam Surat Pekeliling Am Bil. 3
Tahun 1998

15. Cabutan Minit Mesyuarat Majlis MARA

93

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

94

Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA V2.0

PANDUAN TADBIR URUS KORPORAT KUMPULAN SYARIKAT MARA

APPENDIX 1 : 1PP, MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

1. WP 7.1(B)
Garis Panduan Mengenai Peranan Dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga
Pengarah Dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan.
(Sumber: Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998)

2. WP 7.1(C)
Garis Panduan Mengenai Penyertaan Pegawai-Pegawai MARA Dalam Lembaga
Pengarah Syarikat-Syarikat MARA Dan Syarikat-Syarikat Swasta.

3. WP 7.1(D)
Tanggungjawab Serta Etika Ahli Lembaga Pengarah Anak Syarikat MARA.

4. WP 7.2 (F)
Dasar Dan Garis Panduan Bayaran Dividen, Bonus Dan Insentif Oleh Syarikat MARA.

5. Surat Pekeliling Am MARA Bil. 9/2013 bertarikh 1 November 2013; Dasar Pelaburan
MARA.

6. BPPS: Surat Edaran Bil. 1/2015 bertarikh 8 Disember 2015: Garis Panduan Mengenai
Pemberian Elaun & Kemudahan bagi Pengerusi Bukan Eksekutif, Timbalan Pengerusi
& Ahli-ahli Lembaga Pengarah Syarikat Subsidiari, Perbadanan & Syarikat Terhad Di
Bawah Jaminan MARA.

7. Surat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bil. KPLB.PSA. (S).700-8/5/1 (4)
bertarikh 17 Julai 2018: Takrifan Anak Syarikat Di Dalam Surat Pekeliling Am Bil. 3
Tahun 1998.

95

WP 7.1 (B)

MAJLIS AMANAH RAKYAT
(MARA)

____________________________________________________
GARIS PANDUAN MENGENAI PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN, LEMBAGA
PENGARAH DAN KETUA EKSEKUTIF DALAM

PENGURUSAN BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN

_____________________________________________________________________

BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIARI

BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIARI WP 7.1 (B)

KANDUNGAN

WP 7.1 (B) Garis Panduan Mengenai Peranan Dan Tanggungjawab
Kementerian, Lembaga Pengarah Dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan
Badan Berkanun Persekutuan ........................................................................ 2

1. Tujuan ..................................................................................................... 2
2. Takrif ...................................................................................................... 2
3. Tanggungjawab Menteri ....................................................................... 3
4. Peranan Dan Tanggungjawab Kementerian ........................................ 4
5. Peranan Dan Tanggungjawab Lembaga Pengarah……………………. 9
6. Peranan Dan Tanggungjawab Ketua Eksekutif Badan Berkanun…..24
7. Peranan Unit Audit Dalam………………………………………………….36
8. Sistem Pengawasan………………………………………………………...39

M.S. 1/41

BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIARI WP 7.1 (B)

GARIS PANDUAN MENGENAI PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB KEMENTERIAN, L E M B A G A PENGARAH DAN

KETUA EKSEKUTIF DALAM PENGURUSAN
BADAN BERKANUN P E R S E K U T U A N

1. TUJUAN

1.1 Tujuan Garis Panduan ini ialah untuk menjelaskan peranan,
tugas dan tanggungjawab Kementerian, Ahli Lembaga
Pengarah dan Ketua Eksekutif serta menarik perhatian
tentang keperluan mengemaskinikan sistem pengawasan
bagi semua Badan Berkanun Persekutuan.

2. TAKRIF

2.1 Dalam Garis Panduan ini istilah Menteri, Pengerusi, Ahli
Lembaga Pengarah, dan Ketua Eksekutif mempunyai maksud
seperti di bawah ini:

2.1.1 MENTERI ialah Menteri yang bertanggungjawab ke atas
Badan Berkanun tertentu mengikut Akta yang berkaitan.

2.1.2 PENGERUSI ialah seorang Ahli Lembaga Pengarah yang
dilantik atau dipilih untuk menjadi Pengerusi Lembaga
Pengarah.

2.1.3 AHLI LEMBAGA PENGARAH ialah seorang wakil yang
telah dipilih oleh Kerajaan untuk menganggotai Lembaga
Pengarah Badan Berkanun berkenaan. Seorang Ahli Ganti
kepada Ahli Lembaga Pengarah juga termasuk dalam tafsiran
‘Ahli Lembaga Pengarah.

2.1.4 KETUA EKSEKUTIF ialah Ketua Pegawai Eksekutif yang

M.S. 2/41

BAHAGIAN PELABURAN DAN PEMBANGUNAN SUBSIDIARI WP 7.1 (B)

dilantik mengikut akta untuk mengetuai pengurusan Badan
Berkanun dengan kuasa dan tanggungjawab yang ditentukan
oleh Akta Perbadanan.

3. TANGGUNGJAWAB MENTERI

3.1 Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian, Pengerusi d a n Ketua
Eksekutif hendaklah mencapai suatu persefahaman tentang
peranan dan tanggungjawab masing-masing berhubung dengan
pengurusan Badan berkanun.

3.2 Menteri berkuasa mengeluarkan arahan dasar dan peraturan
yang khusus bagi Badan Berkanun di bawah kementeriannya
selaras dengan peruntukan akta yang berkenaan, matlamat
penubuhan Badan Berkanun serta ketetapan yang dibuat oleh
Kerajaan dari semasa ke semasa.

3.3 Dalam hal ini, Menteri diberi kuasa dan tanggungjawab oleh
undang-undang untuk mengawasi Badan Berkanun iaitu:

3.3.1 Memberi arahan yang tidak bercanggah dengan Akta
penubuhan Badan Berkanun untuk Lembaga melaksanakan
fungsinya.

3.3.2 Tertakluk kepada perenggan 4.3.2, meluluskan pelantikan
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun
serta Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua
Eksekutif perbadanan dan anak syarikat.

3.3.3 Melulus peraturan berkenaan syarat-syarat perkhidmatan
kakitangan dan peraturan tatatertib.

3.3.4 Memberi kelulusan meminjam dengan mengambilkira
kadar faedah, tempoh, terma dan cara pembayaran balik

M.S. 3/41


Click to View FlipBook Version