The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IZYAN AQILAH, 2024-06-23 10:27:22

Fight & Love (3)

Fight & Love (3)

1 Fight & Love _Izyan Aqilah_


2 Pembuka kata: Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh kepada semua sahabat saya yang saya sayangi. Terima kasih kepada semua yang selama ini telah memberi sokongan kepada saya sehingga habis baik. Kali ini novel Fight & Love adalah novel karya kedua saya. Selepas saja Cinta Si Abang Polis berjaya mendapat bacaan tertinggi, saya cuba dan usaha untuk menghasilkan cerita bergenre uniform iaitu polis. Watakwatak didalam cerita ini hanya ilusi dan rekaan sematamata. Jalan cerita yang saya reka bukanlah plagiat atau ambil daripada cerita orang lain. Apapun saya nak ucapkan terima kasih juga kepada sahabat tiktok saya dan wattpad yang selama ini memberi semangat dan sentiasa mendoakan saya untuk menjadi penulis yang baru. Insyallah dengan izin Allah swt, saya usaha sedaya upaya untuk mencapai hobi saya sebagai cita-cita. Sekian Terima Kasih!


3 BAB 1 BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN.. Zaira yang kini sudah berusia 22 tahun sudah melangkah masuk kealam university setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan. Ezwina membawa adik iparnya untuk pendaftaran masuk ke universiti itu. Ramai pelatih baru berpusu-pusu untuk mendaftar diri mereka. Zaira memimpin tangan kakak iparnya kerana dia masih baru di kawasan itu. Dia memandang sekeliling kawasan itu dengan penuh wajah yang cuak. Sementara menunggu giliran untuk mendaftar, Ezwina memandang kearah wajah cuak adik iparnya itu sambil memeluk satu fail berisikan banyak dokumen pendaftaran.


4 Zaira! Okay tak? Tanya Ezwina tenang. Begitu risau dia apabila melihat adik iparnya dalam keadaan seperti tidak bersedia dan tidak tenang. Dia memeluk bahu adik iparnya untuk menenangkan keadaaan. "Akak! Kenapa abang tak ikut sekali? Zaira takutlah tengok sekeliling dan orang dekat sini!” Sapa Zaira dengan suara sayu. Didalam fikirannya sentiasa memikirkan abang sulungnya. "Abang sibuk dik! Awal-awal pagi dia dah keluar. Sebab itu akak bertanggungjawab untuk hantarkan Zaira kesini. Dah jangan takut!” “Tak seronoklah abang tak ada sekali.” Keluh Zaira sambil membuat muka sayu. Ezwina melepaskan nafas keluhnya apabila Zaira tetap ingin Zairul berada bersama disitu. Tanpa abangnya dia akan sayu. Ezwina dengan segera menggapai telefon miliknya dan mendail nombor suaminya. “Assalamualaikum abang!” Sapa Ezwina didalam talian.


5 “Waalaikumusalam! Haa! Kenapa call abang pagi-pagi ni?” Tanya Zairul sambil menyiapkan kerjanya yang banyak diatas meja itu, “Zaira ni, tiba-tiba saja dia sedih.” Ujar Ezwina lagi. “Kenapa dia? Bagi dia bercakap dengan abang kejap.” Ezwina menyerahkan telefon miliknya kepada Zaira. “Dik! Nah abang nak bercakap!” Dengan segera Zaira mengambil telefon itu. “Hallo abang!” “Hallo adik! Kenapa sedih-sedih ni?” Soal Zairul dengan suara yang tenang. Begitu lembut suaranya apabila dia berkomunikasi dengan adiknya. Dia cuba untuk mencari jalan memujuk adiknya daripada terus bersedih. “Abang! Kenapa abang tak ikut sekali hari ini. Tak bestlah macam ini!” Keluh Zaira dengan suara yang lantang tapi sayu. Ezwina hanya memerhati airmuka


6 adiknya apabila insan yang selalu bersama dengannya tiada. “Abang sibuklah dik. Awal-awal subuh saja pegawai abang dah call. Sorry tau adik kesayangan abang.” Usik Zairul untuk memujuk dan menenangkan adiknya yang gelisah dan sedih. “Dik, dengar sini. Abang doakan adik belajar rajin-rajin, capai cita-cita. Jangan leka dan buat kerja setengah jalan saja. Jangan malukan abang dan kak Wina sebagai pegawai polis.” “Baiklah bang! Abang jaga diri tau. Berhati-hati juga dalam bertugas. Zaira sayang abang!” Sapa Zaira dengan sedikit suara yang hampir gembira. “Abang sayang adik juga.” Zairul mengukir senyuman apabila mendengar suara adiknya kini kembali ceria. Dia sangat memahami adiknya kerana adiknya tidak boleh berpisah dan


7 berenggang daripada dirinya. Kini dua beradik itu telah kehilangan ayah sewaktu Zairul masih remaja. Tiba-tiba Zairul terdengar suara pegawai atasan memanggil namanya dan dengan pantas dia menghabiskan borak bersama adiknya sebelum dia mematikan panggilan itu. “Baiklah dik, pegawai abang dah panggi. Take care my dear little sister. Belajar rajin-rajin.” “Baik bang! Hati-hati.” “Assalamualaikum!” “Waalaikumusalam.” Dengan segera panggilan itu dimatikan dan telefon milik Ezwina dikembalikan oleh Zaira sendiri. Sedikit senyuman terukir dibibir Zaira selepas bercakap didalam talian bersama Zairul. Ezwina memandang wajah adiknya dan akhirnya kembali tersenyum dan ceria.


8 “Ha ini barulah adik akak! Ceria dan sentiasa senyum. Adik kena faham tentang abang. Dia lagi sibuk daripada akak. Orang dalam IPK tu semua nak abang kesayangan Zaira handlekan kerja dan tugas.” Sapa Ezwina tenang kepada Zaira. Zaira hanya tersenyum malu dan dia memeluk Ezwina selepas hatinya lega dapat berkomunikasi dengan abangnya didalam talian sebentar tadi. Ezwina mengusap lembut bahu Zaira dengan penuh rasa kasih sayang yang tak pernah diungkap. Selepas dia membuat perjumpaan dengan pegawai atasan, Zairul kembali menyambung menyelesaikan kerjanya yang tertangguh sebentar tadi. Pen yang berada didepan matanya diggapai pantas dan menyambung menyiapkan laporan kes yang tertangguh beberapa tahun lalu. Segala kerja atau tugas akan dia fokus sepenuhnya. Dalam fokus dia menyiapkan laporan kes tiba-tiba deringan telefon berbunyi ditepi mejanya dan matanya memandang kearah skrin telefon itu terpapar nama “My


9 Bro Izzat” dan dengan pantasnya dia menyambut panggilan itu walaupun pen yang dipegangnya masih kekal ditangannya "Hello!” Sapa Zairul tenang dan suara garaunya kedengaran satu bilik kerjanya. Beberapa anggota yang berada diluar begitu tajam pendengaran mereka mendengar suara Zairul yang begitu garau. Mereka hanya memandang kosong kearah pegawainya. "Hello Rul, kau dekat mana?" Soal Izzat tenang tetapi suaranya juga boleh tahan lantang. "Aku dekat office lagi. Nak siapkan laporan kes yang tertangguh. Kenapa?” Tanya Zairul sambil meneruskan kerjanya. "Adui rajin betul kau ya! Jomlah makan tengahari. Aku dengan Syu dah lapar ni. Kitaorang tunggu dekat bawah.” Sapa Izzat dengan penuh ketenangan.


10 Dengan segera dia memandang kearah jam tangannya. Dia mengangguk faham apabila angka pada jam tangannya menunjukkan pukul 1 tengahari. Dengan serta merta kerjanya sekali lagi ditangguhkan dan dia bangun daripada tempat duduknya untuk turun ke tingkat bawah bertemu dengan Izzat dan Syuhada. "Hmm! Baiklah aku turun sekarang.” Sapa Zairul sambil mengemaskan mejanya sebelum dia meninggalkan bilik kerjanya. Dengan segera dia mematikan panggilan itu dan dia melangkah keluar daripada bilik kerjanya. Dua anggota yang berada disitu memandang kearahnya sambil menyiapkan beberapa tugasan yang diserahkan oleh pegawai atasan. “Tuan nak kemana?” Soal anggota lelaki itu. Langkah Zairul terhenti seketika dihadapan mereka berdua untuk menjawab pertanyaan anggota itu. Wajah anggota itu dipenuhi airmuka cuak apabila berhadapan dengan


11 Zairul. Ketegasan dan serius yang ada pada diri Zairul membuatkan semua anggota gerun. “Saya nak pergi makan tengahari dengan Asp Izzat dan Asp Syuhada. Oh ya! Laporan kes minggu lepas dah selesai?” Tegas saja suara Zairul bertanya dan menyapa anggota lelaki itu. Wajah dingin dan tegas Zairul membuatkan dua anggota itu merasai berdebar. “Alhamdulilah semua dah siap tuan.” Jawab anggota berpangkat Koperal itu. “Hmm bagus! Nanti apa-apa letak atas meja saya. Saya nak semak kembali.” Ujar Zairul “Baik tuan!” Sapa tenang anggota itu kepada Zairul. “Okaylah! Saya turun dulu.” Ujar Zairul. “Hati-hati tuan!” Sapa anggota itu serentak kearah Zairul melangkah kearah pintu keluar daripada pejabat itu. Dua


12 anggota itu memandang kosong kearah Zairul yang melangkah menuju pintu keluar. “Baik kan Tuan Zairul?” “Eh! Kau jangan cakap besar. Sekali kau buat silap, dengan aku-aku sekali kena marah tau.” Ujar anggota itu. “Kau ingat tak Sarjan Emylia, dia tak siapkan laporan kes sekali Tuan Zairul semak.” “Oo kes yang itu. Ingat aku ingat. Mengamuk tuan Zairul satu balai ini dengar. Gerun siak!” Sementara mereka berdua menunggu kehadiran Zairul bertemu dengan mereka berdua, Izzat dan Syuhada berborak sesama mereka. Cuaca yang begitu panas tidak membuatkan Izzat dan Syuhada gelisah walaupun mereka memakai uniform.


13 “Syu, aku nak tanya sesuatu boleh tapi tolong rahsiakan ya?” Ujar Izzat tenang. Telefon ditangannya masih digenggam kuat. Syuhada memandang tajam kearah Izzat sambil dia mengipas wajahnya yang kian berpeluh kerana berdiri betul-betul berhadapan dengan cahaya matahari. Sementara dia menunggu kehadiran Zairul, beberapa anggota yang lalu lalang dipandang oleh Izzat dan Syuhada. “Kau nak tanya apa?” Ujar Syuhada. “Aku nak tanya tentang Zairul.” Ujar Izzat. Syuhada sudah mengerutkan dahinya kehairanan. Apa yang ingin ditanyakan oleh Izzat tentang Zairul. “Haah! Kenapa dengan dia?” Tanya Syuhada cemas. Tiba-tiba saja sahabatnya itu menanyakan tentang Zairul. Di fikiran Syuhada mula bermain bermacam-macam yang tidak masuk akal. Dia cuba menenangkan hatinya sebelum mengeluarkan pelbagai ayat daripada mulutnya.


14 “Zairul memang jenis baran ke? Aku perhati saja perangai dia semenjak dia dinaikkan pangkat kepada ASP ni.” Ujar Izzat apabila dia bercerita tentang Zairul. Sungguh dia tidak tenang melihat sikap sahabatnya itu. Syuhada menghembuskan nafas sebelum dia berkatakata kerana dia tidak mahu ada kata-kata yang boleh mengguriskan hati sahabatnya. " Aku boleh ceritakan kenapa sikap Zairul berbeza dengan pegawai yang lain. Ada sebab tau!” “Maksud kau?”Izzat masih tidak faham apa yang Syuhada perkatakan. Dia menggarukan kepalanya kerana masih tiada jawapan. “Baiklah! Sebelum ini Zairul tidak setegas dan segarang macam sekarang. Dia berubah menjadi cepat beremosi kerana dia menahan sedih dan sebak apabila dia kehilangan seorang insan dalam hidupnya.”Sapa Syuhada.


15 “Insan dalam hidupnya? Maksud kau…?” “He’s dad!” Membulat mata Izzat mendengar kata-kata Syuhada. Dia tidak mengetahui bahawa Zairul adalah anak yatim yang kehilangan seorang ayah. “Ayahnya meninggal? Kenapa?” “Apa yang aku dengar, Zairul cakap dia temankan ayahnya pergi buat tugasan pada waktu malam tetapi tidak semena-mena, ayahnya ditembak oleh suspek.” Izzat menekup mulutnya terkejut mendengar cerita tragis itu. Sungguh terkejut apabila ayah sahabatnya itu terkorban apabila melakukan tugasan. “Lepas pada kejadian itu, Zairul… Tanpa Syuhada menghabiskan ayatnya, Zairul muncul dibelakang mereka.


16 "Sorry lambat." Sapa Zairul apabila dia tiba dibelakang Izzat dan Syuhada. Jam tangan ditangannya sekali dikerling. "Eh tak apa, jomlah aku dah lapar ni" Ujar Syuhada tenang. Tanpa melengahkan masa, mereka bertiga bergerak menuju kearah kereta milik Zairul. Izzat dan Syuhada menyiku sesame sendiri kerana nasib tidak kantoi tentang cerita tragis itu. Setelah selesai membuat pendaftaran untuk Zaira, dia membantu Zaira untuk mengangkat segala barangbarang untuk kali pertama buat Zaira untuk berjauhan dengan keluarganya. Airmata Zaira mula berkaca dimatanya apabila dia berjauhan dengan kakak iaprnya. “Zaira! Ingat nasihat abang, belajar rajin-rajin. Solat jangan lupa. Kalau ada apa-apa, nanti call jak akak atau abang. Faham!” Tegur Ezwina kepada adik iparnya.


17 Sekali lagi dia menggosok kepala Zaira dengan penuh lemah lembut. “Baiklah akak! Akak dengan abang jaga diri ya! Tolong jagakan abang kesayangan Zaira baik-baik.” “Don’t worry sayang! Abang Zairul tu tahulah jaga diri dia. Dia kan berani.” Usik Ezwina. Zaira hanya menahan gelak apabila mendengar kakak iparnya cuba untuk mengusik abangnya yang sepsis garang tidak bertempat itu. Setelah selesai mengangkat segala barang milik Zaira ke asrama, Ezwina melangkah kearah kereta untuk menghidupkan enjin kereta untuk meninggalkan halaman asrama itu. “Akak pergi dulu ya! Belajar rajin-rajin. Jangan malukan akak dengan abang.” Tegur Ezwina sekali lagi kepada adik iparnya sebelum dia meninggalkan halaman asrama itu.


18 “Bye kakak! Jaga diri.” Zaira melambaikan tangan kepada kakak iparnya. Ezwina membalas kembali lambaian itu. Didalam fikiran Zaira kini mula bermain segala kenangan bersama abangnya dan kakak iparnya sebelum dia masuk menjadi pelajar di university. Dalam perjalanan untuk keluar mencari kedai untuk makan tengahari, Syuhada dan Izzat memandang antara satu sama lain dan memandang kearah Zairul yang sentiasa senyap dan diam ketika memandu. Izzat cuba menguatkan radio tetapi tangannya dipukul oleh Zairul. “Aduh! Kenapa?” “Jangan buka! Lagu semua membosankan.” Ujar Zairul sepantasnya. Radio yang berada didepannya hanya dijeling begitu sahaja. Izzat menggosok tangannya yang dipukul kuat oleh Zairul sebentar tadi.


19 “Rul, boleh aku tanya sesuatu? Tapi kau jangan marah aku pulak.” Sapa Izzat tenang. Syuhada hanya bersedia mendengar cerita sebenar daripada Zairul. "Apa dia?"Tanya Zairul sambil mengerling kearah Izzat. Kereta berhenti seketika apabila berhadapan dengan lampu isyarat merah. "Sebelum tu aku minta maaf kalau soalan aku ni menyakitkan kau. "Sapa Izzat dengan nada yang lemah lembut. "Tanya jelah! Aku okay.” Jari jemari Zairul bergerak diatas stereng kereta miliknya. " Kenapa setiap kali aku tengok muka kau tak pernah nak senyum. Kau ada masalah ke?” Tanya Izzat. Zairul menghembus nafasnya sebelum dia menjawab pertanyaan Izzat. Dia sangat terkesan dengan pertanyaan itu seakan Izzat dapat mengesan bahawa dirinya begitu beremosi tidak seperti orang lain.


20 " Kau nak tahu ke kenapa aku selalu serius?!" Soal Zairul dengan suara garaunya. Izzat hanya mengangguk menandakan dia bersedia untuk mendengar jawapan daripada Zairul. Syuhada juga turut bersedia memasang telinga. " Sebenarnya aku jadi begini kerana aku sembunyikan kesedihan aku. Aku teringat kes arwah ayah aku. Waktu itu.... * Flashback * Waktu itu aku berusia 21 tahun, aku masih tercari-cari pekerjaan selepas beberapa tahun aku tamat SPM . Ada satu hari tu.... " Zairul, ayah nak keluar ni! Zairul duduk rumah tau" Ayah nak pergi mana? Abang nak ikut."


21 "Ayah ada tugasan lah dekat luar" "Alah ayah.. selalu macam ni! Bila lagi Zairul nak keluar temankan ayah?!" Dia memegang tangan ayahnya sambil memujuk. Ayah nya hanya menghembuskan nafas redha. " Hmm.. baiklah, tapi ingat jangan nakal time ikut ayah nanti." "Yeayy boleh ikut ayah" Zairul melompat-lompat kerana diizinkan mengikut ayahnya keluar bertugas. Dalam perjalanan ke lokasi tugasan, Zairul duduk di seat sebelah manakala ayahnya fokus memandu. Setelah mereka sampai di lokasi itu, ayahnya keluar daripada kereta. " Zairul, duduk diam-diam dalam kereta ni tau!"


22 "Baik ayah" "Lock pintu, jangan pergi kemana-mana" Beberapa minit kemudian.. Zairul masih lagi menunggu kehadiran ayahnya, dia memandang diluar kereta dan suasana di luar, dia terpandang ada seorang lelaki yang sedang memerhatinya, tetapi Zairul mengabaikan pandangan lelaki itu, dan dia terus menyambung mendengar lagu didalam radio. Dalam leka dia mendengar radio tiba-tiba dia terdengar satu bunyi yang kuat daripada belakang bangunan itu. Dia memperlahankan kelantangan radio itu dan dia cuba membuka lock pintu serta keluar daripada kereta. Dengan langkah perlahan-lahan dia menuju kearah belakang bangunan dan tiba-tiba.... Dia terkejut sang ayah nya terbaring disitu dengan penuh darah diatas jalan.


23 "Ayah!!!" "Ayah bangun.. bangun..." Jerit Zairul sambil menggoncangkan badan ayahnya." "Za...irul.. anak ayah," "Ayah.." "Jika ayah dah tiada.. Zairul sambungkan perjuangan ayah tau" "Tidakkk,Zairul tidak berminat" "Please nak.. sambung perjuangan ayah ni.." Setelah Zairul menggoncangkan kuat ayahnya, tangan itu jatuh perlahan. Zairul menjerit memanggil orang sekeliling untuk membantunya.


24 Di hospital.. Zairul ditemani ibunya diluar wad kritikal. Dia masih tidak tenang selagi keputusan orang tua nya itu belum diketahui. Beberapa minit selepas itu, seorang doktor keluar daripada bilik pembedahan itu dengan airmuka lembut. "Doktor, macamana dengan suami saya? Zairul dengan tidak sabar mendengar keputusan doktor. "Ni isteri Encik Ahmad kan, ni anak sulung kan.. " Ya saya" "Ummm.. kami telah keluarkan sebutir peluru tapi..." "Tapi apa doktor?"


25 " Maaf puan, adik.. suami puan tak dapat diselamatkan." Ibunya yang mendengar keputusan doktor itu membuatkan dia hampir pengsan tetapi pantas disambut oleh Zairul. "Ya Allah, " "Maafkan kami ya puan, saya harap puan dengan anak puan tabah dan sabar dengan ujian ini" Zairul memapah ibunya yang hampir pengsan itu dan tiba-tiba airmuka nya berubah menjadi dingin. Pengebumian ayah nya dijalankan sehingga lanjut petang. Zairul masih duduk disisi kubur ayahnya. "Ayah.. Abang janji , abang akan gantikan tempat ayah satu hari nanti." Sapa Zairul dengan nada yang sebak tapi dingin.


26 *** Flashback end*** " Selepas pengebumian ayah aku, seminggu pada itu, aku ambil keputusan, untuk sambung legasi ayah aku. Aku minta untuk masuk polis, tapi ibu aku tidak setuju" "Tapi macamana kau boleh berjaya masuk PDRM?" Tanya Izzat ragu-ragu. Bagaimana sahabatnya itu berjaya menjadi seorang pegawai polis sehingga kini. " Aku cuba pujuk mak aku sehingga berjaya, tapi Alhamdulilah, mak aku setuju" Flashback “Ibu! Bagilah peluang dekat abang. Sampai bila abang nak duduk dekat rumah. Salahkah abang gantikan legasi ayah sebagai pegawai polis?” Tanya Zairul kepada ibunya dengan setegas habis.


27 “Ibu tak setuju Zairul. Kamu tahu kan kerja sebagai pegawai polis itu berbahaya. Kenapa kamu degil sangat?” Soal ibunya dengan nada tinggi. Zairul mendekati dirinya kepada ibunya. Dia cuba memujuk ibunya untuk mengizinkan dirinya menjadi seorang pegawai polis menggantikan legasi arwah ayahnya. “Ibu! Kalau dah ajal dan maut, dalam solat pun malaikat cabut nyawa kita. Apatah lagi kalau abang jadi pegawai polis.” Termenung seketika ibunya mendengar kata-kata daripada anak lelaki sulungnya. Serba salah untuk dia menerima anaknya itu menjadi seorang pegawai polis menggantikan legasi arwah suaminya. “Tak apalah kalau ibu tak izinkan abang jadi pegawai polis. Tapi abang dah nekad, Insyallah satu hari nanti abang akan jadi seperti arwah ayah.”


28 Tanpa melengahkan masa, Zairul melangkah naik ketingkat atas dimana bilik tidurnya berada. Pada malam itu, Zairul sedang baring diatas katil sambil termenung jauh. Didalam fikirannya mengingati arwah ayahnya yang meninggal akibat ditembak sewaktu bertugas. Pintu bilik dibuka dan ibunya memandang anak sulungnya daripada luar bilik dengan airmuka kosong. “Abang!” Sapa ibunya tenang. “Ibu!” Sapa Zairul kembali. Ibunya melabuhkan punggung diatas katil dan duduk bersebelahan Zairul. “Abang, baiklah! Kali ini ibu izinkan abang masuk polis. Ingat! Jadilah pegawai polis yang berdisplin dan berjaya.”


29 “Terima kasih ibu.” Dia memeluk ibunya menandakan terima kasih setelah diizinkan untuk menjadi pegawai polis seperti arwah ayahnya. Flashback end! Syuhada dan Izzat terkaku dan terkesan dengan kisah hidup Zairul apabila dia hanya menyembunyikan kesedihan disebalik kisah hitam yang berlaku pada keluarganya. "Sebab itu airmuka aku selalu tiada keceriaan. Aku hanya ingin menyembunyikan kesedihan aku. Aku tahu, ramai anggota kita gerun dengan aku, tapi itu semua untuk aku mengajar diorang menjadi disiplin" "Kiranya kau serius dan baran sebab nak buktikan bahawa kau penyambung legasi arwah ayah kau!" Zairul hanya mengangguk ia.


30 "Sabar lah Rul, aku faham perasaan kau bila kau kehilangan seorang hero didalam hidup kau." "Aku okay Syu, cuma sifat aku je membuatkan semua anggota bawahan takut dengan aku" "Tak apa, diorang faham jika kau tengking dan tegur diorang." Zairul hanya menayangkan senyuman ikhlas. Zaira yang sedang mengemas biliknya di universiti itu, diperhati oleh beberapa kawan baru nya. 3 rakan baru nya iaitu Amelia, Elvina, dan Eryan bertegur sapa tanda kenalan. " Hai" Tegur Amelia. "Hai! Sapa Zaira kembali dengan membaling senyuman manis kepada kawan-kawan barunya.


31 " Salam kenal, saya Amelia, ini Eryan dan ini Elvina." "Salam kenal juga.Saya Zaira." Sapa Zaira dengan senyuman. "Awak asal mana?" Tanya Eryan tenang " Saya asal Kuala Lumpur." "Ouhh dekat jelah. Saya Eryan, asal Sarawak.. "Saya Elvina, asal Perlis." "Awak?" Tanya Zaira kepada Amelia. "Saya asal Johor" " Ohh. apa pun salam kenal semua" Tiba-tiba 3 rakan baru Zaira memandang kearah satu gambar yang berada pada pintu locker arah dalam. Terpapar gambar abang dan kakak nya.


32 " Zaira. ini siapa?" Tanya Amelia. "Ohh ini, Ini abang saya dan ini kakak ipar saya." Mereka bertiga hanya mengangguk kagum. " Abang awak?.Badan beruniform ya?" " Ya, Pegawai Polis." Ujar Zaira "What?? Serius lah?!" Eryan terkejut dengan kata-kata Zaira. "Wow.. abam polis ya. Hensem jugak abang awak Zaira tapi... Kenapa muka abang awak garang semacam." Sapa Amelia "Huhu! Biasalah anak lelaki sulung pulak tu. Tanggungjawab dia besar." Sapa Zaira tenang. Tiba-tiba 3 pelajar nakal yang merempuh bahu Zaira tadi mengeluarkan suara kepada mereka berempat.Zaira


33 hanya beriak tenang sambil merenung tajam kearah mereka. " Hak elehh minah ni lagi! Menyampah lah aku.” Ejekkan itu tidak menjejaskan diri Zaira dan kawankawannya. Mereka masih beriak tenang. " Entah, semak je!” Zaira dan 3 rakan baru nya itu memandang tajam kearah tiga pelajar nakal itu. Hati Zaira mula membarak kerana dia tidak tahan lagi dibuli daripada zaman sekolah lagi. Airmukanya mula berubah ketika didalam fikirannya terbayang wajah abangnya yang sentiasa dingin dan beku itu. Mampu kah dia mengikut sifat abangnya ketika dia berada didalam keadaan yang tidak diingini berlaku.


34 BAB 2


35 Jam menunjukkan angka 5 petang, Zairul mengemaskan barang-barangnya untuk pulang ke rumah. Segala kertas kerja yang ada diatas meja disusun rapi. Dia memastikan segala elektrik ditutup sebelum dia meninggalkan bilik kerjanya. Tombol pintu bilik kerja dibuka perlahan dan salah seorang anggota disitu menegurnya. Dengan pantas dia memandang kearah anggota itu. "Selamat petang Tuan.” Sapa hormat anggota itu. "Selamat petang, oh ya macamana dengan kes bunuh tu? Dapat apa-apa maklumat?" Tanya Zairul dengan nada yang tegas. "Ada tuan. Tapi orang-orang saya masih lagi jalankan siasatan.” Jawab anggota itu. Zairul hanya mengangguk faham. Dia sangat memahami tugasan daripada anggota itu.


36 "Baiklah, cepatkan siasatan. Kita boleh tahu siapa pelaku nya." Ujar Zairul tegas kepada dua anggota yang berada dihadapannya. "Baik Tuan.” Sapa anggota itu "Baiklah! Saya balik dulu.” Sapa Zairul dan dengan pantas dia melangkah meninggalkan anggota itu untuk pulang kerumah menandakan waktu bertugas sudah tamat. "Hati-hati tuan.” Sapa sekali lagi anggota itu. Selepas dia meninggalkan tempat itu, dia berjalan menuju kearah tempat parking dimana kereta nya diparking. Lock kereta dibuka dan dia membuka pintu kereta dengan perlahan dan dia masuk kedalam kereta. Selepas dia menghidupkan enjin, tiba-tiba difikiranya bermain satu memori ketika dia berusia 21 tahun selepas kematian ayah nya. ** Flashback**


37 Selepas kematian arwah ayahnya, Zairul memandang gambar arwah ayahnya yang terletak pada cermin meja soleknya didalam bilik. Airmukanya yang dulu seorang yang happy bertukar menjadi dingin dan beku setelah tragedi hitam berlaku pada ayahnya. Dia menyentuh perlahan gambar ayahnya dan didalam hati berkata-kata. "Ayah!! Sekarang abang dah bersedia menggantikan tempat ayah. Sekarang abang dalam latihan. Abang akan buktikan satu hari nanti abang akan berjaya seperti ayah " ujar Zairul sambil menyentuh gambar ayahnya. Airmatanya gugur kerana dia kehilangan seorang permata didalam hidupnya. Tidak pernah dia menitiskan airmata kerana hatinya terlalu beku tetapi disebabkan seorang insan yang membesarkan dirinya telah pergi, airmatanya berjaya gugur. Beberapa bulan kemudian…..


38 Setelah dia tamat latihan, dia bersedia untuk berbakti dan menggantikan tempat ayahnya sebagai anggota polis. *** Flashback End*** Dia memandang kearah baju uniformnya yang kini berpangkat "ASP" dan dia berasa bersyukur kerana sejauh ini dia berjaya menggantikan legasi ayahnya. Sekali lagi airmatanya perlahan-lahan menitis dan cepat diseka. Jarang sekali dirinya yang tegas dan baran itu menitiskan airmata. "Ayah! Andai ayah masih ada sekarang, tentu ayah bangga lihat abang yang sekarang." Sapa Zairul dengan nada yang pasrah. Setelah lama dia termenung dan terimbau kisah lama, dia menukar gear kepada R untuk mengundurkan kereta dan menukar gear kepada D dan dia terus meninggalkan tempat itu.


39 Zaira bersama tiga rakannya iaitu Amelia, Eryan dan Elvina berjalan menuju kearah bilik mandi untuk bersiap-siap sebelum masuk waktu maghrib. Dalam fokus dia berjalan, 3 pelajar nakal itu menghalang langkah Zaira dan kawan-kawannya. Zaira memandang tajam kearah tiga pelajar itu sambil kedua-dua tangannya mengenggam penumbuk. Aura abangnya begitu tersemat didalam jiwanya. "Apa korang nak?" Tanya Zaira dengan suara garang. Kedua-dua belah tangannya mengenggam penumbuk dan menahan geram. " Kami nak berkenalan dengan kau boleh?" Kata-kata itu seperti menyindir Zaira. Wajah Zaira mula berubah kepada bengis apabila pelajar itu menyindirnya. " Kau siapa? Pagi tadi kau langgar bahu aku lepas itu tak reti nak minta maaf.” Sindir Zaira kepada tiga pelajar samseng itu.


40 Amelia memandang tajam kearah pelajar itu. Sesungguhnya dia jijik melihat pelajar itu. " Aihh, jual mahal pulak dia ni. Aku nak berkawan dengan kau tapi kenapa kau tak pilih aku sebagai kawan kau? Kenapa kau pilih budak-budak kampung ni?"Sindir pelajar nakal itu. Amelia,Eryan dan Elvina membulat mata dan hati mereka semakin panas dengan sindiran itu. Sanggup mereka digelarkan kampung oleh pelajar samseng itu. Zaira mendekati wajahnya dengan pelajar nakal itu dengan airmuka tegang. "Apa kau cakap? Kampung? Habistu kau tu... Anak raja lah?! Kau jangan nak sindir-sindir kawan-kawan aku." "Ya.. memang aku macam anak raja, kaya .. bukan macam korang selekeh, kampung"


41 "Perempuan, kau dengar sini! Walaupun berstatus kampung,kami tak ganggu hidup orang. Bukan macam kau, acah-acah kaya, mulut langsung tidak bertapis." Tegur Amelia " Kau kena ingat, kita hidup atas dunia ni hanya sekejap saja. Apa yang akan kita bawa disana nanti hanya amalan bukan duit dan harta." Tegur Zaira dengan wajah tegang. 3 pelajar nakal itu terdiam dengan kata-kata Zaira. "Kalau kau rasa kau bagus dan hebat.,nanti kau mati, kau golekkan je diri kau tu sendiri terus masuk ke dalam lubang kubur. Tak payah orang sekeliling tolong tanamkan.” Ujar Zaira dengan ayat yang pedas kepada pelajar samseng itu. Ketua pelajar nakal itu terdiam. Begitu pedas mulut Zaira menyindir kearah tiga pelajar itu. Sesungguhnya dia tidak menyukai apabila dirinya dibuli.


42 "Jom kawan-kawan, sekejap lagi dah nak maghrib. Kita pergi bersiap-siap dulu. Bye bye" Sapa Zaira sambil melambaikan tangan kearah tiga pelajar itu dengan reaksi gedik. Amelia,Eryan dan Elvina senyum sinis dan meninggalkan mereka bertiga setelah Zaira menegur mereka bertiga. "Kau tunggu Zaira! Tahu lah nasib kau nanti" Ugut ketua itu dengan rasa penuh hilang kesabaran. Zairul dan Ezwina menunaikan solat maghrib bersamasama. Mereka mengaminkan doa dan bersalam salaman. Ezwina mencium tangan suaminya selepas memberi salam. Ezwina membuka telekungnya. Dia memandang kearah suaminya yang sedang mengintai bilik adiknya yang kosong itu.


43 Zairul memandang bilik adiknya. Wajah suram yang terpancar mukanya membuat Ezwina semakin sebak. Zairul merindui adiknya yang selama ini selalu ada bersama-sama didalam rumah itu tapi kali ini rumah itu begitu sunyi tanpa adik bongsunya. "Abang!” Sapa Ezwina lembut. Zairul memandang kearah sapaan isterinya perlahan-lahan kerana saat itu dia sedang menahan sebak. "Eh sayang!" Zairul menoleh kesisi apabila isterinya berdiri disebelahnya. Dia kembali memandang ruang bilik adik bongsu kesayangannya. "Saya tahu, abang rindukan Zaira kan? Tak apa, dia dah besar, pandai-pandai lah dia jaga diri dia." Sapa Ezwina tenang sambil menyentuh bahu suaminya. "Ya! Abang rindukan Zaira. Dialah salah satu permata abang dan Zahirah. Selepas arwah ayah abang meninggal, segalanya tanggungjawab, abang memainkan peranan sebagai ketua didalam rumah ini.”


44 Ezwina memandang sedih kearah wajah suaminya. Dia belum tahu apa yang terjadi disebalik kisah tragedi yang menimpa Zairul sewaktu dahulu. Ezwina hanya mengangguk faham. Tiba-tiba telefon milik Zairul berdering terpapar nama Imran dan dia menyambut panggilan itu. Begitu hairan dirinya tiba-tiba saja telefon miliknya berdering pada waktu itu. "Hallo Assalamualaikum.” Salam diberikan oleh Zairul. "Waalaikumusalam, tuan!” "Ada apa awak call saya?" Tanya Zairul dengan suara yang tegas. Ezwina hanya memerhati dan mendengar suaminya sedang berbual dengan seseorang di dalam talian. " Tuan, saya baru dapat info ada satu kes baru."


45 "Kes baru? Kes apa?" Tanya Zairul dengan suara yang cemas tetapi dia tetap tenang untuk mendengar jawapan. " Kes melibatkan pil khayal dan rompakkan. Info ini baru saja saya dapat sebentar tadi." "Tuan Farid nak jumpa tuan, tuan Izzat dan puan Syuhada esok.” "Baiklah! Terima kasih salurkan info dekat saya.” "Sama-sama tuan." "Assalamualaikum!” Terus dia mematikan panggilan itu. Mindanya mula serabut apabila ada kes baru untuk dia kendalikan bersama-sama dengan rakannya yang lain. “Kenapa bang? Macam ada masalah besar jak?” Tanya Ezwina kepada suaminya. Dia memerhati suaminya sedang memicitkan kepala menandakan rasa serabut. “Ada kes baru!” Jawab Zairul pantas.


46 “Kes apa?” Tanya Ezwina lagi. Zairul dengan pantas memandang kearah wajah isterinya untuk memberi jawapan. “Kes pil khayal dan rompakkan.” Membulat mata Ezwina mendengar jawapan daripada suaminya mengenai kes itu. Kemungkinan besar dia juga turut terlibat mengendalikan kes itu bersama-sama. Setelah mereka berdua sampai di balai, kereta miliknya diparking diperkarangan balai itu. Belum sempat Zairul ingin mematikan enjin keretanya, kelihatan Ezwina cuba membuang tali pinggang tetapi tidak berjaya. Apa yang berlaku kepada kepala tali pinggang itu. Zairul menggeleng kepalanya apabila telatah comel isterinya cuba untuk menanggalkan tali pinggang keledar daripada badan tetapi berkali-kali tidak berjaya.


47 “Ish! Kenapa tidak boleh buka ni?” Keluh Ezwina yang sedang cuba membuka tali pinggang itu. Zairul hanya menahan gelak. “Ya Allah! Awak dah kenapa?” Tanya Zairul tegas. Mahu saja dia menahan gelak melihat telatah isterinya tetapi dia tetap menahan gelaknya untuk mengawal airmuka kacaknya. “Kereta abang memang bermasalah ke? Seatbelt tak boleh nak buka ni tau.” Ezwina melepaskan geram kearah suaminya.Dia tidak hairan walaupun suaminya pegawai atasannya tetapi dia tetap berani memarahi “Eh eh sedap saja awak bercakap! Cuba tengok awak tekan apa?” Ezwina memandang kebawah, rupa-rupanya dia memegang dan menekan alat lain bukan alat untuk membuka tali pinggang keledar. Tergamam seketika dirinya dan dengan perlahan-lahan dia memandang


48 kearah wajah suaminya. Terus berubah airmuka suaminya. “Haa! Apa yang awak tekan? Itulah lain kali jangan lawan pegawai atasan macam abang.” Perli Zairul sambil membetulkan uniformnya sambil menghapuskan debudebu pada pangkat dibahunya. Ezwina hanya memandang dengan wajah menyampah tetapi dihatinya sedang tersenyum melihat reaksi berlagak suaminya. Mentang-mentang pangkat lebih besar terus nak berlagak dengan isteri sendiri. “Nasiblah hensem suami aku ni. Lee Min Ho pun kalah.” Kata didalam hatinya sambil memandang wajah kacak suaminya. “Dah jom! Kita ada mesyuarat dan perbincangan kejap lagi.” Syuhada dan Izzat sudah menunggu mereka berdua di bilik mesyuarat untuk berbincang kes baru itu.


49 "Selamat pagi Tuan, Puan" Sapa hormat anggota yang lalu dihadapan mereka. "Selamat pagi" Sapa Zairul dan Ezwina. Dengan mengukir senyuman manis kearah anggota mereka. "Wuihh sweetlah pegawai kita tu!!" Sapa anggota itu dengan penuh kelembutan "Mana tidaknya Tuan Zairul tu sado dan hensem. Puan Ezwina pulak macam gadis-gadis korea, cantik.” Dua anggota itu berbisik tentang Zairul dan Ezwina selepas menyapa hormat. Di IPK itu, Zairul sangatlah disegani oleh semua anggota polis yang bertugas disitu walaupun sifat Zairul tidak sama dengan pegawai lain yang sentiasa melemparkan senyuman dan sentiasa bergurau. "Alangkah bestnya kalau aku dapat future macam Tuan Zairul!”


50 "Kau ambik Tuan Izzat. Itupun boleh tahan kacak juga. Orang Sarawak jarang tak kacak. "Eh! Tuan Izzat tu dah bertunang weh. Milik Sarjan Hanis. Tak pasal-pasal nanti kena kejar dengan parang" "Aik? Bukan Tuan Izzat single kah? Sejak bila dia bertunang?” “Lah! Kau tidak tahu ke? Ayoyo!” Rakan kepada anggota itu menepuk dahinya. Pintu bilik mesyuarat dibuka perlahan oleh Zairul. Beberapa orang pegawai dan anggota yang sudah menunggu mereka didalam bilik itu. Izzat memandang kearah Zairul dan Ezwina dengan pandangan perli. Dia selalu suka menyakat pasangan itu. Dia menongkat dagu sambil memandang Zairul. Zairul memandang maut kearah Izzat yang sedang memerhatinya. Setiap kali dia bersama-sama dengan


Click to View FlipBook Version