51 Ezwina, tentu ada saja ideanya untuk mengusik dan menyakat pasangan suami isteri. "Kau dah kenapa senyum-senyum?" Tanya Zairul dengan suara kasar. "Aihh, aku senyum pun salah ke?" Tanya Izzat dengan suara yang serba salah. "Tak salah tapi cara kau senyum tu macam nak sindir aku." Sapa Zairul sambil membetulkan posisi duduknya. " Sindir apa? Senyum itu kan satu sedekah. So tak boleh ke aku nak bagi sedekah dekat kau?! Wahai Asp Zairul?!" Syuhada terus menyampuk. Dia tersangatlah pasrah apabila melihat Zairul dan Izzat berlawan mulut. Tidak kira dimana mesti ada saja kerenahnya.
52 "Korang berdua ni kalau berjumpa memang suka bertengkar ya?" Tanya Syuhada dengan begitu garang suaranya. "Banyak lah kau punya sedekah. Mana Imran dan Irana? Ingatkan aku yang lambat!" Bebel Zairul sambil mencari kelibat dua anggota nya. Tiba-tiba pintu bilik mesyuarat itu dibuka dengan perlahan dan dua sosok tubuh berdiri didepan pintu. Begitu terkejut mereka berdua melihat wajah garang pegawainya itu dengan menyilang tangan sambil memandang mereka. Wajah Zairul mula menjadi acah-acah tegang, tangannya disilang didepan. Dia sangatlah pantang apabila anak buahnya lambat lagi-lagi membuat kesilapan didalam tugasan. "Selamat pagi Tuan Puan" Sapa Imran dan Irana dengan mengukir senyuman. Jantung mereka berdua sudah
53 berdegup laju apabila pegawai mereka yang garang itu berdiri dihadapan mereka. "Kenapa lambat?" Tanya Zairul dengan nada tegas. "Maaf tuan, tadi kereta saya tiba-tiba whyper depan tercabut, jadi saya pergi bengkel gantikan yang baru" Sapa Imran dengan suara lemah lembut. "Ya Tuan betul tu" Sampuk Irana. Izzat memerhati wajah garang Zairul memandang kearah anak buahnya yang baru saja masuk kedalam bilik mesyuarat. "Macam-macam ya awak berdua ni! Dah duduk. Kejap lagi Tuan Farid sampai." Arah Zairul kepada dua anak buahnya itu. Jelingan tajam diberikan tetapi dihatinya sudah berbakul menahan gelak melihat reaksi takut Imran dan Irana.
54 Dua anggota itu sudah lali dengan ketegasan Zairul semenjak dari pangkat Inspektor lagi. Izzat berbisik dan memerli ditelinga Zairul. "Kalau ya pun, jangan garang sangat!” Perli Izzat ditelinga Zairul. Bahu Izzat ditampar kuat oleh Zairul kerana menyindir nya. Airmuka Zairul bertukar menjadi tegang tetapi dihatinya menahan gelak melihat kerenah Izzat setelah ditampar dibahu. "Aduhh sakitlah gila" Amarah Izzat setelah bahunya ditampar. Dia menggosok bahunya yang ditampar itu. "Padan muka kau. Kutuk dan sindir aku lagi.” Beberapa minit kemudian, Acp Farid masuk ke dalam bilik mesyuarat dan semua pegawai dan anggota lain bangun untuk sapa hormat.
55 "Selamat Pagi semua" Sapa Acp Farid sambil membawa beberapa fail laporan ditangannya. "Selamat pagi Tuan." "Semua hadir ya?!" "Semua hadir.” Jawab mereka serentak. Maka bermulalah sesi perbincangan tentang kes baru melibatkan pil khayal dan rompakkan. "Baiklah, kita mulakan perbincangan ini. Kes baru melibatkan pil khayal dan rompakkan. Kes pil khayal berlaku didalam sebuah kelab dan kes rompakkan berlaku di sekitar bandaraya Kuala Lumpur." Acp Farid menekan button untuk slide. Di skrin itu terpapar beberapa gambar suspek melibatkan kes itu. Zairul memandang slide itu penuh dengan wajah tegang nya. Setiap kali apabila dia berada didalam mesyuarat atau apa-apa urusan penting, wajahnya sentiasa tegang.
56 "Ini dia. 5 suspek yang kita sedang buru. 3 suspek terlibat didalam kes rompakkan. Dan dua lagi didalam kes pil khayal." Setelah slide itu tamat, Acp Farid mula mencadangkan beberapa tugas untuk anak buahnya. Zairul dan Izzat memandang antara satu sama lain. Adakah tugasan itu diserahkan kepada mereka berdua. "Baiklah, untuk kali ini tugasan kita tersangatlah rumit. Salah seorang daripada suspek yang kita buru ini tersangat bahaya. Jadi saya cadangkan, Asp Zairul kendalikan kes rompakkan dan dimana Asp Izzat kendalikan kes Pil Khayal di kelab" Membulat mata Zairul. Betullah apa yang dirasa sebentar tadi, tentu tugasan itu diserahkan kepada dirinya. Begitu juga Izzat, ternyata tugasan itu diserahkan kepadanya.
57 "Tuan! Tugasan untuk saya ni tak ada yang backup ke? Saya risau takut apa-apa terjadi.” "Anggota yang akan backup awak adalah Koperal Imran dan Irana." Sapa Acp Farid. " Dan yang akan backup Asp Izzat adalah Asp Syuhada dan Inspektor Ezwina. Mereka mengangguk setuju dengan tugasan yang diberi. Mereka hanya menunggu dan bersiap sedia untuk menjalankan tugas. "Baiklah semua, itu saja daripada saya. Ingat! Berhatihati sewaktu dalam tugasan. Faham!” "Faham Tuan" " Baiklah, boleh bersurai sekarang" Selepas selesai perbincangan tentang kes baru itu, mereka semua bangun daripada tempat duduk mereka
58 dan berjalan menuju ke pintu untuk keluar daripada bilik mesyuarat itu. Jam 9 malam, Zairul dan Izzat keluar bersama-sama untuk keluar makan malam selepas mereka selesai bermain badminton. Mereka berdua singgah disatu kedai makan yang berhampiran untuk minum. ''Aihh penat betul! Aku dah lapar ni" Sapa Izzat sambil mengusap perutnya yang sedang lapar itu. Zairul memandang kearah Izzat dengan wajah kosong. Dia sangat tahu perangai kawannya yang sentiasa lapar. ''Itu ada kedai makan, jomlah!" Sapa Zairul. Dengan segera mereka berjalan menuju kearah kedai makan. Mereka melabuhkan punggung diatas kerusi dan seorang pelayan mengambil pesanan untuk mereka berdua. "Ya encik, nak makan apa?" " Saya nak... kuey teow goreng satu." Sapa Zairul
59 " Saya nak nasi goreng USA satu.” Sapa Izzat " minum?" " Horlick ais " Sapa Zairul. " Barli Ais" Sapa Izzat. Selepas makanan dan minuman mereka sampai, tiba-tiba ada 5 lelaki memakai topeng dan membawa parang menyerang kedai makan itu. Semua orang yang berada didalam kedai itu dalam keadaan huru hara. 5 lelaki itu menghalakan parang mereka kearah semua orang yang berada dialam kedai itu dan menyuruh semua orang serahkan barang kepada mereka. Zairul dan Izzat hanya tenang. " Serahkan barang yang ada!" Sapa lelaki pertama itu. " Serahkan duit yang ada dalam tu. Cepat!"
60 Zairul memandang kearah 5 lelaki itu dengan penuh pandangan tajam. Langsung sedikit tiada rasa gentar. Lelaki ketiga itu datang kearah Zairul dan Izzat dan mengacukan parang itu kearah muka mereka berdua. " Hey! Apa tengok-tengok? Serahkan semua barang kau" "Kau nak barang? Kejap aku keluarkan." Sapa Zairul sambil menundukkan sedikit kepala nya kepada Izzat. Perlahan tangan Zairul dan Izzat masuk kedalam poket seluarnya dan mengeluarkan...... Zairul dan Izzat menendang parang itu dan mereka berdua mengacukan pistol mereka kearah lelaki itu. Terkedu lelaki itu apabila pistol itu berada didepan mata mereka. "Kau nak barang kan? Ni barang nya!" Sapa Zairul dengan wajah garangnya. Lelaki itu mula berang. "Siapa korang?" Tanya lelaki itu.
61 " Polis! Menyerah sekarang!'' 5 lelaki itu menendang Zairul dan Izzat serentak sehingga jatuh terduduk diatas kerusi. Kelima-lima lelaki itu keluar dan lari daripada kedai itu dengan pantas. Zairul dan Izzat berlari dengan pantasnya mengejar kelima-lima lelaki itu sehingga jauh daripada kedai itu. Tetapi apakan daya , mereka gagal untuk mengejar lelaki yang merompak kedai itu. Hilang sekelip mata. "Ahhh, jahanam!" Jerit Zairul kerana berang lelaki itu terlepas. Izzat melepaskan hembusan nafas kerana penat mengejar 5 lelaki itu. Dia menepuk bahu Zairul untuk tenangkan diri sahabat nya itu " Sabar! Kau okay ke?" Tanya Izzat sambil memeriksa lengan Zairul sekiranya takut ada yang cedera. " Aku okay! Dahlah jom balik!" Sapa Zairul. Mereka meninggalkan tempat itu dengan wajah penuh kecewa.
62 BAB 3 Dua lelaki yang lari daripada Zairul dan Izzat tadi sudah kepenatan berlawan sewaktu menyamun kedai makan itu. Mereka berhenti disekitar kaki lima disebuah bangunan itu. " Macamana polis ada dekat dalam kedai makan itu tadi?" "Aku tak tahu, selepas aku acukan parang dekat diorang, tiba-tiba diorang keluarkan pistol dan acukan dekat kitaorang" " Sekarang macamana boss? Apa plan kita seterusnya?"
63 "Malam esok aku nak kita berpecah, sorang pergi ke kelab malam untuk settlekan pil khayal itu. Aku dengan kau kita pergi dekat sekitar KL. Macam biasa, dekat kaki lima yang selalu kita lepak.” Lelaki yang memandu itu hanya mengangguk faham. Lokasi : Di Kelab malam Jam 9 malam Izzat, Syuhada dan Ezwina memerhati sekeliling diluar kelab malam itu dengan penuh teliti. Begitu ramai orang yang berpusu-pusu masuk keluar kelab itu. Tugasan yang diberikan kepada Izzat tersangatlah mencabar kerana dia mencari siapakah ketua pengedar pil khayal itu. Tiba-tiba mereka bertiga ternampak 3 suspek berjalan menuju kearah pintu masuk kelab malam. Membulat mata mereka berdua melihat figura lelaki yang meangkah masuk kedalam kelab itu.
64 "Zat, berapa lama lagi kita kena tunggu ni?" Sapa Syuhada sambil melihat sekeliling luar kelab itu. " Kita tunggu dalam beberapa minit lagi." "Tuan! Malam ini juga ke kita berkas suspek-suspek tu?" Tanya Ezwina dengan penuh lemah lembut suaranya. "Kalau boleh kita berkas je malam ni! Diorang ni tak boleh dilepaskan! Silap hari bulan boleh buat lauk " Izzat memandang kearah Ezwina melalui cermin sisi pandang belakang. Dia ingin bertanya sesuatu kepada Ezwina. “Ezwina! Saya nak tanya awak sesuatu boleh?” Tanya Izzat tenang sambil mengunyah chewing gum. “Apa dia tuan?” “Kenapa awak berani terima lamaran ASP Zairul? Dia bukannya hensem sangat.” Izzat memerli Zairul
65 dihadapan Ezwina tetapi Ezwina beriak tenang dan senyum. Jikalau Zairul bersama dengan mereka,tentu menjadi isu besar. "Errr! Saya pun ndak tahu tuan. Kalau ikutkan, saya ndak mahu jatuh cinta sama Tuan Zairul tapi keberanian dia meluahkan perasaaan cinta dia membuatkan saya setuju terima lamarannya. “Kau ni Zat! Sempat lagi kau tanya soalan begitu. Biarlah Zairul pilih Ezwina. Apa masalahnya.” Bebel Syuhada dengan suara memerli. “Yang tuan pula, kenapa diam-diam bercinta dengan Sarjan Hanis?” Izzat membulat matanya apabila diri sendiri dimentalkan oleh Ezwina kembali. Dia menarik nafas dan melepaskan nafas lega. Didalam hatinya sudah terbakar ingin memaki Ezwina.
66 “Boleh tahan juga bini si Zairul ni. Kena aku kali ini.” Bisik didalam hatinya. “Awak jaga ASP Zairul awak tu baik-baik ya Wina. Saya bukan apa, sebab di IPK tu ramai yang tergilagilakan dia. Yalah, diakan hot dan handsome. Mana taknya anggota dan pegawai wanita tergila-gilakan dia.” “Insyallah puan! Saya tahu Tuan Zairul takkan pandang orang lain.” Lokasi : Di sekitar kaki lima Zairul bersama-sama dengan Irana dan Imran untuk mencari dua suspek dalam kes rompakkan disekitar kaki lima itu. Setelah mereka sampai disekitar kawasan itu, Zairul mulakan langkahnya untuk mencari suspek-suspek itu. Dia tahu kelebihan dia untuk mencari suspek tidak kira apa jua kes, pasti dia akan dapat berkas.
67 "Tuan, kita dah sampai lokasi." Sapa Imran sambil memarking kereta di kaki lima. "Okay ingat, awak berdua kena backup atau cover saya apabila saya dalam tugasan sekejap lagi." "Baik tuan." "Ingat, jika saya dah dekat dengan suspek, awak berdua terus datang ya." Tegur Zairul dengan wajah seriusnya. "Baik Tuan." sapa Irana dan Imran. "Saya pergi dulu." Sapa Zairul. "Hati-hati tuan." Sapa Irana. Zairul keluar daripada kereta dan memulakan langkahnya untuk pergi mencari suspek-suspek yang mereka ingin berkas. Imran dan Irana juga bersedia untuk melindungi Zairul sekiranya ada perkara yang akan berlaku,
68 Izzat juga keluar daripada kereta dan memulakan langkah untuk mencari suspek-suspek itu. Didalam kelab, 2 orang mastermind pil khayal daripada siam memberikan beberapa beg yang berisikan pil kepada suspek yang diburu oleh Izzat sekarang. "Ini dia pil-pil yang kau nak." Kata mastermind itu. Suspek itu mengambil dan membuka beg itu dan dia teruja apabila barang yang dia sudah miliki telah berjaya berada di tangannya. Mereka berdua bersalam tanda urusan mereka berjaya. Izzat memerhati dengan mata tajamnya kearah meja yang dipenuhi orang yang berurusan pil khayal disitu. Dalam fokus dia mengintai, tiba- tiba bahunya disentuh oleh seseorang.
69 Kedua-dua bahu nya tersentak terkejut. Rupa-rupanya selepas bahunya disentuh, sepucuk pistol dihalakan dibelakang kepala nya. Izzat terpaku dan tidak dapat berbuat apa-apa. "Siapa kau?" Tanya orang bawah suspek itu. Izzat hanya terdiam dan masih lagi mengukir senyuman sinis. Semangat dia hanya berbeza sedikit jika dibanding kan dengan Zairul. "Aku saja datang sini, ini first time aku datang ke kelab." Jawab Izzat tenang. "Jangan bohong! Kau nak perangkap kami kan?" "Mana ada, aku cakap betul.” Orang bawahan suspek itu masih lagi mengacukan pistol di kepala Izzat.
70 Syuhada dan Ezwina mendengar suara Izzat melalui alat pendengar yang dipakai oleh Izzat. Mereka berdua yang sudah menunggu didalam kereta sudah tidak tenang apabila mendengar suasan yang bakal membahayakan kedaan Izzat. Mereka berdua masih lagi mendengar. Zairul berjalan-jalan dengan perlahan di sekitar itu. Kedua-dua tangannya dimasukkan dalam poket jaket hitam sambil memerhati sekeliling kawasan itu. Tibatiba beberapa orang yang sedang berjalan dengan 2 suspek itu keluar daripada kawasan itu. "Imran , Irana.. standby" "Baik Tuan." Sapa Imran dan Irana.Mereka keluar daripada kereta dan mengenggam pistol mereka dan perlahan-lahan berlari menuju kearah Zairul untuk memberkas suspek itu.
71 Suspek itu tersedar dengan kehadiran Zairul disitu dan mereka semua melepaskan tembakkan kearah Zairul. Tembakkan demi tembakkan tanpa henti membuatkan keadaan menjadi huru hara. Dengan bunyi kuat tembakkan itu membuatkan Imran dan Irana berlari dengan sepantasnya untuk membantu Zairul. Zairul berlari sekuat-kuatnya untuk mengejar suspek rompakan itu dan salah seorang daripada mereka iaitu anak buahnya terjatuh dan dengan pantasnya Zairul menahan dan menggari tangan lelaki itu. "Arghhh apa ni?!" "Diam! Dah lama aku perhatikan kau!” Tengking Zairul sambil memandang kearah wajah lelaki itu. Imran dan Irana tiba ditempat itu dengan tepat pada masanya. "Imran! Bawa dia cepat!”
72 "Baik tuan" Sapa Imran sambil membawa lelaki itu ke arah kereta mereka. Izzat dibawa oleh lelaki itu masuk ke ruang kelab malam. Pistol yang diacukan dikepala Izzat masih berada di belakang kepala. Dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk melawan suspek yang berada dihadapannya. " Bos! Ada orang yang mencurigakan sedang memerhati kita daripada pintu itu." "Siapa dia ni?" "Tidak tahu boss, saya nampak dia mengintai daripada luar." Mastermind pil itu berjalan perlahan menuju kearah Izzat dan memandang wajahnya dengan begitu fokus. Izzat tidak gentar apabila dirinya didalam kawalan suspek-suspek itu.
73 Alat pendengarnya dirampas dan dibaling jauh. Matanya membulat apabila alat pendengarnya sudah dirampas dan dibaling oleh suspek itu. Syuhada dan Ezwina tidak dapat mendengar suara Izzat. Mereka bersiap sedia untuk pergi masuk kedalam kelab itu. Suspek itu mengikat tangan Izzat. Dia bersandar pada kerusi itu dan memandang kearah mereka yang meneruskan urusan itu. Izzat cuba melepaskan ikatan itu tetapi tidak berjaya. Dia hanya bersabar untuk menunggu kehadiran Syuhada dan Ezwina. "Jangan bergerak! Polis" Jerit Syuhada dan menghalakan pistolnya kearah kumpulan itu. Mereka berbalas tembakkan dan beberapa orang suspek sudah tumbang tersungkur ke atas lantai, tetapi suspek
74 utama mereka terlepas. Kesemua daripada mereka lari keluar daripada kelab itu. " Syu! Wina! "Jerit Izzat. Syuhada dengan segera berlari kearah Izzat dan melepaskan ikatan pada tangan Izzat. Izzat merontaronta berusaha melepaskan ikatan itu. "Terima Kasih Syu. Kalau kau lambat sikit tadi, nyawa aku dah melayang.” Sapa Izzat tenang. "Tak ada masalah Izzat. Aku tahu kau macamana." “Tuan okay? Tak cedera?” Tanya Ezwina dengan penuh rasa cemas.Izzat hanya mengangguk. Beberapa orang suspek melarikan diri dan mereka berkumpul disatu tempat. Nafas mereka naik turun kepenatan. "Weh kau okay tak?"
75 "Aku okay, cuma sorang saja anak buah aku ditangkap.” Ketua suspek itu meraup wajah dan melepaskan hembusan nafas tidak berpuas hati. Dia sangat dicabar ketika kelab itu diserbu. " Sekarang macamana? " "Tak apa, kalau diorang main kasar dengan kita, kita akan balas dengan cara lebih kasar lagi! Tahulah nasib dua polis lelaki tu." Sapa lelaki itu dengan senyuman sinis jahat. Di bilik soal siasat, seorang suspek duduk berhadapan dengan wajah baran dan ketat Zairul dan dikelilingi Izzat dan Imran. Hanya Zairul saja yang boleh membuatkan suspek yang ditahan boleh menjadi bisu. Sungguh tegang airmuka Zairul apabila menyoal siasat suspek. Zairul duduk dihadapan suspek dan tangannya digenggam diatas meja.
76 "Sekarang cakap, berapa lama kau berkerja dengan mereka?" Tanya Zairul kepada suspek. Suspek itu masih diam dan tidak bersuara. Izzat menundukkan sedikit kondisi badannya untuk menghadap mukanya kearah muka lelaki itu. Segala seribu bahasa daripada suspek itu tidak kedengaran. " Kenapa diam? Jawablah" Ujar Izzat dengan nada tinggi. Zairul hanya menunggu dan sabar dengan lelaki itu. "Kenapa diam? Aku tanya soalan yang sama. Berapa lama kau bekerja dengan mereka?" Sapa Zairul dengan suara kali ini lebih garang. "1 minggu sudah" Jawab lelaki itu. Zairul dan Izzat memandang antara satu sama lain. "Dimana selalunya ketua kau bersembunyi?" Tanya Zairul.
77 "Saya tidak tahu, sebab saya baru saja bekerja dan diupah oleh mereka dan..." Tanpa dia menghabiskan ayat itu, dia menaikkan sedikit kondisi wajahnya. "Dan???" Tanya Izzat dan dia ingin tahu jawapan selanjutnya daripada suspek itu. "Saya diugut oleh mereka dan mereka memaksa saya untuk bekerja dengan mereka walaupun hampir 5 kali saya tolak." Zairul dan Izzat memandang sesama mereka apabila mendengar kata-kata lelaki itu. Adakah lelaki itu hanya membuat andaian atau betul apa yang diperkatakan. Zaira sedang berbaring diatas katil sambil termenung melihat keatas. Sesungguhnya dia merindui keluarganya. Zaira memandang gambar abang dan kakaknya yang terletak pada pintu locker dalam. " I miss you abang,kakak!" Bisik hatinya meluahkan rasa rindu.
78 Dia bangun daripada baringan itu dan tiba-tiba 3 pelajar yang selalu menganggunya itu duduk disebelahnya. Dengan wajah yang tanpa rasa bersalah itu cuba menganggu Zaira. "Zaira! Haha, sorang-sorang saja ke? Mana kawankawan kau?" Sapa pelajar itu dengan nada gedik. Airmuka Zaira mula berubah apabila pertanyaan itu seperti menyindirkan dirinya sendiri. Kedua-dua tangannya sudah mengenggam menjadi penumbuk. Zaira memberi jelingan kearah tiga pelajar samseng itu dengan penuh jelingan tajam. "Mungkin kawan-kawan dia yang macam kampung tu dah tak berkawan dengan dia. Kesian!” Zaira sudah hilang kesabaran dan dia menolak jatuh ketua pelajar nakal itu. Zaira segera bangun dan menunding jari kearah mereka.
79 "Eh! Korang memang tak serik-serik cari masalah dengan aku. Apa salah aku terhadapa korang? Tell to me!” Pelajar itu menyapu bajunya yang terkena debu diatas lantai. Dia menepuk tangan sambil mengukir senyuman menandakan dia sedang menyindir Zaira "Hebat kaum siap boleh tolak aku macam tu je. Kau fikir kau siapa?" Zaira memandang kearah gadis itu dengan penuh pandangan maut sama seperti pandangan Zairul. Dia sangat merasai didalam dirinya seperti ada keberanian yang sama seperti abang sulungnya. "Orang macam kau ni memang patut mati, kau kenal ke aku siapa?" Tiba-tiba Zaira melawan dan memulaskan lengan gadis itu. Keseluruh pelajar yang berada didalam dorm itu
80 memerhati suasana yang semakin tegang itu melibatkan Zaira dan tiga pelajar samseng. Pandangan tajam diberikan "Kau dengar sini! Kau belum kenal lagi siapa aku! Setakat kau nak berlawan dengan aku mungkin senang bagi kau , tapi kau belum kenal abang aku macamana! Kalau kau berlawan dengan abang aku, memang nahas abang aku kerjakan korang.” Gadis itu memandang kearah gambar yang terletak pada locker Zaira. "Aku tak takut dengan abang kau" "Kau jangan cabar keberanian aku dan abang aku, kalau kau nak rasa derita dan sakit, cubalah berhadapan dengan abang aku. Face to Face.”
81 Gadis itu menunding jari dengan wajah geram dan tidak berpuas hati apabila dia dikalahkan oleh Zaira. Dia meninggalkan tempat itu dengan muka marah. BAB 4 Selepas selesai menyoal siasat suspek didalam bilik soal siasat, Zairul dan Izzat melepaskan nafas nya untuk hilangkan tekanan selepas menyoal siasat. Wajah Zairul yang tadi tenang kini sudah hilang menjadi serius.
82 Dia memandang jam pada tangannya menunjukkan sudah masuk 10 malam, dimana waktunya untuk pulang kerumah. Ezwina sudah pulang terlebih dahulu. "Aih, boleh gila aku kalau soal suspek jenis macam ini.." Keluh Zairul dengan nada garau. "Sabarlah Rul, dulu aku bertugas di Sarawak, lagi teruk aku dapat suspek untuk disoal siasat.” Sapa "Tak apa, nanti diorang akan diberkas juga.” Izzat hanya mengangguk faham. Dia sangat memahami perasaan sahabatnya itu. "Zat, aku balik dulu, bini aku dah tunggu dekat rumah." "Baiklah, hati-hati tau" "Okay! Aku balik dulu" Sapa Zairul sambil melambaikan tangan kepada Izzat. Beberapa minit kemudian dia meninggalkan tempat itu dan Izzat juga
83 beredar daripada tempat itu. Enjin keretanya dihidupkan untuk meninggalkan kawasan IPK itu. Dalam perjalanan pulang kerumah, dia menguatkan suara radio untuk menghilangkan tekanannya, tapi tanpa dia sedari, sebuah kereta dibelakang mengekorinya. Zairul memandang pada cermin belakang kerana ada yang mengekorinya dan memberi lampu tinggi. "Apa masalah kereta belakang ni? " Bebel Zairul dengan suara kasar. Lelaki yang mengekori kereta Zairul itu hanya tersenyum sinis jahat. Sekian lama dia menyimpan dendam terhadap Zairul kerana segala aktiviti haram yang dilakukan oleh kumpulan Elmi terganggu. " Berani dia main api dengan kita. Kali ini aku takkan biarkan dia terlepas" " Bukan dia seorang saja , ada seorang lagi yang berani main api dengan kita"
84 "Oh ya! Ada seorang lagi. Kau tunggulah, aku pastikan korang berdua akan jatuh" Setelah dua lelaki itu melepaskan dendam setelah apa yang berlaku tempoh hari, mereka cuba membuat sasaran terhadap Zairul dan Izzat. Mereka akan memastikan Zairul dan Izzat akan berada di genggaman mereka. Zairul menekan pedal minyak sekuatnya dan kereta yang mengekori dibelakang memotong keretanya dan memecut laju. Zairul hanya menggeleng kepala. "Rasakan! Nasib aku ni polis biasa, kalau polis trafik dah lama aku saman kau ni." Bebel Zairul berseorangan. Beberapa minit seterusnya, kereta yang mengekorinya tadi telah memasuki ke jalan lain. Sekali lagi dia memandang kearah cermin belakang, kelibat kereta itu sudah hilang dan dia menghembuskan nafas lega apabila kereta yang mengekorinya tadi sudah
85 tiada dibelakang. Dia meneruskan perjalanan untuk pulang kerumah. Ezwina melelapkan mata diatas sofa sementara menunggu suaminya sampai dirumah. Beberapa minit kemudian, kereta milik Zairul tiba di halaman rumah nya. Dia mematikan enjin dan keluar daripada kereta terus masuk kedalam rumah. Dia terlihat isterinya terlelap diatas sofa diruang tamu. "Assalamualaikum sayang" Salam diberikan oleh Zairul sambil mencari isterinya. Dia berjalan disetiap ruang didalam rumahnya. Dia hanya tersenyum melihat isterinya tidur diatas sofa. Dia meraup lembut pipi isterinya sambil mengukir senyuman. Begitu jarang dia mengukir senyuman kerana sifatnya begitu garang dan serius lagi-lagi didalam tugasan sehingga anggota bawahan gerun untuk menegurnya.
86 Ezwina terbangun apabila dia merasai pipinya disentuh oleh suaminya. Dengan perlahan-lahan membuka matanya yang masih mengantuk itu dan terukir senyuman dibibirnya melihat wajah kacak suaminya itu. “Eh? Bila abang balik?” Tanya Ezwina sambil menggosok matanya yang masih mamai itu. Zairul melabukan punggung diatas sofa bersebelahan dengan Ezwina. "Abang baru saja sampai. Kenapa tak tidur dalam bilik? Kenapa tidur dekat sini?” Usik Zairul kepada Ezwina. "Entahlah tiba-tiba rasa mengantuk" “Ke nak suruh abang angkat? Sayangkan kecil je orangnya.” Usik Zairul lagi. Membulat mata Ezwina apabila suaminya sengaja menyakatnya. Wajah Ezwina mula berubah apabila usikkan itu membuatkan dia ingin saja menampar bahu suaminya.
87 “Abang ni semenjak dah kahwin, semakin hari semakin gatal ya. Ingat saya badan kecil tak boleh bergerak sendiri?” Zairul hanya menahan gelaknya hakikatnya didalam hatinya berbakul gelaknya. "Dah jom, naik tidur dekat atas! Abang dah penat ni." Ujar Zairul menyuruh isterinya naik ke tingkat atas. "Okay,jomlah naik atas." Sapa Ezwina. Dia memeluk erat tangan suaminya dan sama-sama naik ke tingkat atas dan menuju masuk kedalam bilik. Azan subuh berkumandang, Zairul dan Ezwina bangun menunaikan solat subuh bersama-sama. Zairul bersiap-siap untuk keluar bersama-sama dengan Ezwina pergi berjogging ditaman reaksi. Dia menyarung jersi berwarna merah jambu itu dan disertakan inner hitam. Mereka berdua memulakan aktiviti berjogging ditaman reaksi itu hampir 1 jam.
88 Dalam fokus berjogging, tiba-tiba dia terlanggar seorang gadis yang juga sedang berjogging disitu. "Eh eh cik maafkan kami! Cik tak apa-apa?" Tanya Ezwina dengan suara cemas. Begitu fokus mereka berdua berjogging sehingga terlanggar bahu. "Saya okay, maafkan saya.” Zairul terkejut apabila melihat wajah gadis itu. Dia sangat kenal dengan gadis yang terlanggar bahu seketika tadi. Matanya disepet dan cuba untuk mengecam siapakah gadis itu. "Eh! Macam saya kenallah awak ni?" Sapa Zairul tertanya-tanya. Mindanya sedang tertanya. Gadis itu memandang lama ke wajah Zairul untuk mengecam kenal. Ternyata gadis itu kenal dengan Zairul. Ezwina hanya memerhati reaksi suaminya dengan gadis itu. Apa hubungan mereka berdua sebelum kehadiran dirinya didalam hidup Zairul.
89 "Tak silap saya awak ni… Farah kan? " Tanya Zairul. "Ya saya! Eh! Zairul?” Ternyata, gadis yang terlanggar bahu tadi adalah bekas kekasih Zairul sewaktu dia berpangkat Inspektor. Dia sangat terkejut apabila berjumpa kembali. Ezwina memandang antara mereka dengan wajah cemburu. "Ya saya! Ya Allah, lamanya tak nampak awak Farah?!" "Saya dah setahun tinggal dekat luar negara, sambung belajar kat sana. Tapi ini siapa? " Tanya Farah sambil menunjuk kearah Ezwina. "Oh ya ke? Ooh lupa.. ini isteri saya, Ezwina. Inspektor Ezwina."Sapa Zairul. "Hai, saya Farah. Kawan lama Zairul."
90 "Saya Ezwina. Salam kenal" sapa Ezwina sambil mengukir senyuman. "Awak masih dalam pangkat yang sama ke?" "Tidak! Saya dah naik pangkat lah" Farah terkejut dengan jawapan Zairul. Sekian lama dia tidak berjumpa dengan bekas kekasih nya sehingga kini Zairul telah dimiliki oleh Ezwina. "Pangkat apa?" " ASP!" "What? Serius lah Zairul.. Alhamdulilah rezeki awak tu. Hebat jugak awak sebenarnya." "Eh tak adalah. Biasa je"
91 "Abang jomlah, saya penat dah ni" Ezwina menyandarkan kepalanya dibahu Zairul dan mengeluarkan muka yang penat. " Okay lah Farah, awak jaga diri tau.. nanti apa-apa kita bertiga jumpa lagi" "Saya balik dulu tau.. Bye Ezwina, bye Zairul." Ezwina mengheret tangan Zairul dan mereka meneruskan langkah kedepan untuk pulang ke rumah. Mereka berdua duduk diatas bangku yang terletak ditaman reaksi itu. "Abang.. saya nak tanya something boleh tak?" Tanya Ezwina dengan wajah berkerut. " Ya apa dia sayang? Kenapa macam marah je?" 1001 kekedutan didahi Ezwina. " Siapa perempuan tadi tu? Apa nama dia ? Farah?"
92 "Oo Farah?! Sayang nak tahu ke siapa Farah tu?" Ezwina hanya mengangguk setuju. " Sayang... Sebelum kedatangan sayang dalam polis dan sebelum sayang hadir dalam diri abang, Farah tu adalah bekas cinta hati abang. Waktu tu abang masih lagi pangkat Inspektor." "So?" " Tapi hubungan abang dengan Farah dulu tak kekal. Ada perkara yang tak dapat dielak." Ujar Zairul dengan penuh ketenangan "Selepas pada itu abang, abang dan Farah bawa Haluan masing-masing tanpa tanya khabar masing-masing.” Ezwina hanya mengangguk.Dia memahami kisah cinta suaminya bersama Farah sewaktu dahulu sebelum kehadiran dirinya sebagai pengganti.
93 "Tapi percayalah, hari ini abang hanya pegang cinta sayang seorang saja. "Betul? Abang hanya ada sayang sorang saja?" Soal Ezwina sekali lagi. "Ya walaupun dekat IPK ramai yang crush dekat abang tapi abang tak akan pernah berpaling atau menyukai sesiapa kecuali sayang.” "Sayang beruntung tau dapat abang, walaupun abang ni baran, garang dan dingin , tak ada sorang yang mampu bertahan dengan sikap abang!” "Alhamdulilah saya bersyukur dapat suami macam abang dan saya bersyukur dapat menahan sifat kecil hati,terasa hati terhadap sikap abang. "Zairul tersenyum. "Dah lah jom kita balik dah penat ni" Sapa Ezwina. Mereka berdua bangun daripada bangku itu dan terus berjalan untuk pulang ke rumah mereka.
94 Di Majlis Pertunangan ASP Izzat & SARJAN Hanis Pada hari itu, majlis pertunangan Izzat dan Hanis dipenuhi sanak saudara, keluarga kedua-dua belah pihak. Solekkan yang cantik itu untuk Hanis menaikkan lagi seri diwajah bakal pengantin. Sesi menyarung cincin kepada pengantin lelaki dimulakan. Izzat dengan berbaju kameja dark blue itu menceriakan suasana majlis itu. Para tetamu yang hadir di majlis itu berbisik sesama mereka apabila melihat pasangan sejoli itu untuk sarung cincin tunang. "Kacaklah pegawai polis tu! Sumpah beruntung Hanis dapat pikat dia.” "Pengantin perempuan itu pun anggota polis tapi mereka berdua berbeza unit dan pangkat je."
95 "Haaa itu pun pengantin perempuan." Salah seorang tetamu yang berada disitu terkejut melihat wajah pengantin perempuan. Rupa-rupanya Sarjan Hanis. "What? Sarjan Hanis?" “Seriuslah? Sejak bila mereka berdua bercinta?” Hanis melangkah keluar daripada bilik dan diiringi oleh ibunya sehingga ke pelamin sederhana itu. Hanis menunduk wajahnya kerana segan. Sesi menyarung cincin kepada bakal pengantin perempuan dimulakan. Hanis mencium tangan bakal ibu mertuanya dan segalanya selesai. Kehadiran rakan-rakan satu unitnya lagi memeriahkan majlis itu. Setelah Hanis diiringi beberapa saudaranya keluar menuju kearah pelamin yang sederhana itu, Izzat hanya memerhati dengan mengukir senyuman manis kearah tunangnya itu
96 Setelah kedua-dua belah pihak selesai menyarungkan cincin tunang, majlis itu juga selesai dengan segeranya. Tetamu yang hadir juga menjamu selera. "Tahniah Izzat, akhirnya kau dah jadi tunang orang." Sapa Zairul sambil mengenggam tangan Izzat. "Terima Kasih bro! Sekian lama aku tunggu saat macam ini!” Sapa Izzat dengan wajah yang selamber badak itu. Imran dan Irana juga turut mengucapkan tahniah kepada pegawai atasnya itu kerana selamat menjadi tunang orang. Mereka berdua juga turut gembira dengan majlis pertunangan antara Izzat dan Hanis. "Tahniah Tuan!" Ucap Imran dan Irana serentak. Wajah mereka berdua hanya tersenyum gembira apabila melihat majlis pertunangan itu sebegitu meriah dihadiri sanak saudara kedua-dua belah pihak.
97 " Terima kasih korang! Korang berdua bila lagi nak cari jodoh?" Tanya Izzat dengan spontannya. Imran dan Irana hanya menggaru kepalanya. "Eh! Lambat lagi Tuan. Siapa je yang nak dekat saya ni" Izzat memasang muka terkejut dengan kata-kata Imran. Dia sangat kenal dengan dua anggotanya itu apabila sering ditolak cinta. "Insyallah, nanti ada lah yang datang tu." Haa betullah tu apa yang tuan Izzat awak cakap tu. Tapi awak jangan ikut perangai dia pula.” Ujar Zairul dengan wajah perli terhadap Izzat. Izzat menampar bahu Zairul "Pak." "Kau kalau sehari tak tampar bahu aku tak sah eh!!”." Kata Zairul sambil menggosok bahu nya.
98 "Siapa suruh sindir aku." Sapa Izzat spontan. Zairul menayangkan wajah ketat kearah Izzat sambil menggosok bahunya yang ditampar oleh Izzat. "Eh! Bergaduh pula tuan berdua ni. Sabar tuan sabar!” Zairul memasang muka bengisnya, dia mengejar Izzat dan cuba mengenggam menyekeh kepala kawannya itu sekuatnya. Syuhada hanya gelak dengan gelagat dua rakan nya itu apabila berjumpa. BAB 5 Ezwina mengemas kesemua barang-barang nya kedalam bagasi untuk pergi kursus di Perlis selama seminggu. Dia terpaksa berjauhan dengan suaminya demi kursus yang harus dia ikuti.
99 Tombol pintu bilik dibuka perlahan-lahan, Zairul mengintai isterinya yang sedang mengemas banyak barang kedalam bagasi. " Sayang." Sapa Zairul perlahan. Ezwina memandang kearah Zairul yang menyapa nya disebalik pintu bilik yang terbuka itu. "Eh, abang." Sapa Ezwina. Zairul masuk kedalam bilik dan menuju kearah isterinya. Dia duduk berhadapan dengan isterinya."Sayang nak pergi mana ni?" "Saya nak pergi Perlis. Ada kursus kat sana" "Berapa lama?" "Satu minggu"
100 Zairul terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Ezwina. Airmukanya mula berubah kerana terpaksa berpisah dengan isterinya selama seminggu. "What? 1 minggu? Are you serious my wife?" Tanya Zairul sambil mendekatkan wajah nya kepada isterinya. Mata Ezwina membulat kerana Zairul mendekatkan wajahnya didepan mukanya. " Yes my husband! Sayang tak tipulah" "Sorang-sorang lagilah abang macamni. Zaira dah tinggal dekat asrama." Kata Zairul sambil menundukkan mukanya kebawah. Ezwina memandang wajah suaminya dengan senyuman manis dan dia cuba memujuk suaminya. Dia memegang kedua-dua bahu suaminya begitu erat.