101 " Alolol, comelnya suami sayang merajuk sebab nak kena tinggal seminggu. Abang, dengar sini, sayang pergi satu minggu je. tak lama pun tau.” "Nanti siapa nak suap abang makan? Nak gosok kepala dan rambut abang?" "Alala sayang pergi sekejap je demi tugas dan kursus dekat sana." Zairul hanya memberikan senyuman kepada Ezwina. Kedua-dua tangan isterinya digenggam erat sebelum Ezwina meninggalkan suaminya seorang diri dirumah. "Sayang jaga diri tau." "Baiklah husband! Abang pun jaga diri dan satu lagi amaran sayang" "Apa dia?"
102 "Abang jangan curang tau. Kalau sayang dapat tahu abang curang, tahulah nasib abang nanti" "Tidak! Kan abang dah pernah cakap. Cinta abang hanya untuk sayang seorang saja.” Ezwina mengukir senyuman manis kepada suaminya. Dia percaya bahawa suaminya seorang yang sangat setia kepada dirinya. Izzat memeriksa data-data didalam komputer dengan penuh serius dan fokus. Didalam data itu dipenuhi keskes yang belum selesai. Tiba-tiba telefon milik Izzat berdering dan tertera nama "ASP Zairul" dia terus menjawab panggilan itu. Tangannya masih menaip diatas papan kekunci komputer untuk menyiapkan kerjanya. "Hallo" "Hallo Zat, kau kat office ke?"
103 "Haa Rul.. kau rupanya.. Yes, aku dekat office. Why?" "Zat, malam ni teman aku keluar" Izzat mengerutkan dahinya hairan. " Kenapa? Ajak bini kau jelah temankan. Kenapa nak ajak aku pulak?" Seloroh Izzat. "Kau ni kan, aku serius ni tau! Bukan main-main." "Yalah yalah.. nak gurau sikit tak boleh. Kau nak jumpa aku kat mana?" "Macam biasalah, kat kedai mamak" "Kedai mamak? Okay boleh-boleh. Jam berapa?" "Jam 9 malam, tapi aku nak kau belanja aku malam ni. Ezwina tinggalkan aku" Sekali lagi dahi Izzat berkerut dan reaksi wajah nya terkejut.
104 "What? Tinggalkan kau? Sejak bila kau bercerai?" Hati nya yang baran itu mula keluar apabila gurauan daripada Izzat membuatkan dia ingin mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. "Izzat, kau memang bengap sejak dari azali lagi ke? Maksud aku , Ezwina pergi kursus di Perlis. Bukan nya dia cerai dengan aku. Faham?" "Ooo macamtu.. haha! Okay-okay malam ni aku temankan kau" "Baik-baik, jumpa malam nanti.” "Assalamualaikum" "Waalaikumusalam" Dia terus mematikan panggilan itu. Dia memandang gambar perkahwinan nya yang tergantung di dinding ruang tamu. Sesungguhnya dia merindui isterinya.
105 Elmi dan Azhay berjalan-jalan di kaki lima di sekitar bandaraya untuk menenangkan fikiran nya selepas dirinya hampir diberkas oleh pihak polis. "Kau kenapa Mi? Berkerut 1001 je dahi kau? Ada masalah ke?" " Memang aku ada masalah sekarang. Selagi aku tak jumpa dua polis tu, jangan harap aku nak tenang" " Kau jangan nak buat kerja gila Mi.. aku tahu kau marah sebab polis-polis itu dah tangkap Axel tempoh hari" "Ya, sebab itu aku cari dua durjana tu.." "Aku takkan biarkan diorang terlepas kali ini.”Bisik didalam hati Elmi dengan penuh dendam. Jam 9 malam, Zairul bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan Izzat. Dia menyarung tshirt putih dan berjaket hitam berserta topi hitam dikepalanya.
106 Kunci kereta nya diggapai yang diletakkan diatas meja makan lalu dia melangkah kearah pintu rumah. Tombol pintu rumah itu dibuka perlahan dan dia keluar meninggalkan rumah. Beberapa minit kemudian, Izzat menunggu sementara Zairul tiba di tempat itu. Dia memerhati sekeliling kawasan itu dengan pandangan kosong. Tanpa dia menyedari ada dua sosok tubuh lelaki yang sedang memerhatinya daripada jauh didalam kereta. Dia keluar daripada keretanya dan mencari kelibat Zairul. "Mana mamat garang ni, dah lama aku tunggu ni." Bebel Izzat sambil memandang jam ditangan nya. Beberapa minit kemudiannya, tubuh kereta Honda Civic milik Zairul tiba di situ dan memarking di belakang kereta Honda Civic putih milik Izzat.
107 Izzat memandang dengan pandangan tajam kerana sudah lama menunggu. Zairul berjalan menuju kearah Izzat sambil membetulkan jaket hitamnya. Izzat menyilang tangan dan mengeluarkan memek muka nya. " Asal lambat sangat?" "Sorrylah, aku berhenti dekat stesen minyak tadi." " Haa, itulah kau! Bar minyak tinggal satu baru nak isi?!" " Suka hati aku lah! Kereta aku, bukan kereta kau." "Suka hati kau lah Rul, nanti esok-esok kalau kereta kau rosak aku tak tolong baru tahu." Izzat memandang tayar depan kereta Zairul dan dia menendang dengan muka perli sambil menyilang keduadua tangannya didepan.
108 " Ni haaa, tayar kereta kau nampak macam pancit je." Sengaja Izzat menyakat Zairul dengan alasan tayar kereta milik Zairul pancit. "Banyaklah kau punya pancit, aku baru tukar sportrim dan tayar baru. Suka hati kau je kan." Wajah Zairul mula berubah kepada tegas tetapi dihatinya hanya menahan gelak melihat kerenah sahabatnya itu. Kini giliran Zairul menendang tayar kereta milik Izzat sambil menyilang kedua-dua tangannya. "Banyak cantik muka kau! Kau kata tayar aku tak ada angin, padahal tayar kereta kau yang problem." Izzat memandang dengan teliti kepada tayar keretanya dan dia memandang sinis kearah Zairul. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersenggih. "Opss! Aku tak perasanlah tayar aku kurang angin. Tapi tak apa boleh gerak lagi. Esok-esok aku tambahkan angin" Sapa Izzat dengan senyuman slambernya.
109 Zairul memberi jelingan tajam kepada Izzat. Tanpa melengahkan masa, mereka berdua memulakan langkah pergi ke kedai mamak untuk lepak. Fong dan Sham memerhati mereka berdua daripada jauh didalam kereta dengan wajah yang penuh dendam. "Fong, itu ke dua polis yang serbu kita malam tempoh hari?" Tanya Sham dengan suara yang garang. "Ya! Seperti yang Elmi beritahu, kita jangan lepaskan dua orang ni. Disebabkan diorang ni antara orang yang terkuat dalam polis. So kita perhati saja mereka dahulu." "Habistu? Elmi nak buat apa?" "Kau tunggu saja maaa, tahu lah nasib mereka itu nanti" Sham hanya mengangguk dan mengukir senyuman sinis jahat setelah mendengar kata-kata Fong.
110 Zairul dan Izzat memesan makanan dan minuman di kedai mamak itu. Begitu ramai pelanggan dikedai itu sehingga pelayan tidak sempat untuk mengambil pesanan antara meja ke meja. "Abang mau makan apa?" "Saya mau roti canai telur 2." Kata Izzat. Kening Zairul terangkat apabila mendengar kata-kata Izzat memesan dua keping roti canai telur. Apakah sahabatnya itu membela saka sehingga memesan makanan sebanyak itu. " Abang? Mau makan apa?" "Saya nak maggi goreng pedas sikit saja ya" "Minum?" "Saya nak Teh ais" kata Izzat
111 "Saya mahu... Sirap bandung ais" Selepas mereka selesai memesan makanan dan minuman, Izzat dan Zairul mulakan borak sesama mereka. " Rul, sekarang macamana? Tuan Farid dah bising pagi tadi.” "Tak apa, esok kita cari lagi maklumat tentang kes ni. Kemana mereka nak menyorok? KL ni luaslah." Ujar Zairul dengan penuh ketegasan. "Ya aku faham tapi kau tahu kan mereka licik! Jangan sampai kita jadi sasaran diorang.” Sapa Izzat sambil memandang sekeliling kawasan itu. “Aduhai kau! Tadi kau order roti canai dah dua keping tapi bila kau dengar tentang kes ni terus pucat muka kau.” Ejek Zairul kepada Izzat.
112 “Ish! Mana ada pucat! Aku cuma risau. Kau ingat tak apa yang Tuan Farid cakap suspek ini berbahaya. Aku cuma risau mereka target kita saja Rul.” “Dan kau ingat tak kes yang kau handle dulu. Apa jadi dekat kau?!” "Ya aku ingat tapi macamana pun kita kena cari jugak malaon-malaon tu sampai dapat." Sapa Zairul dengan tegasnya. Izzat hanya menggeleng kepala melihat ego dan sifat berani Zairul. Begitu sukarnya untuk dia menahan sifat sahabatnya itu daripada menjadi begitu berani sehingga membahayakan diri sendiri. "Tak apalah, terpulang pada kau tapi kita kena cari jugak mereka" Zairul hanya mengangguk faham.
113 Selepas mereka selesai makan, Zairul dan Izzat bangun daripada bangku kedai mamak dan meninggalkan tempat itu terus menuju kearah kereta mereka. " Zat, aku balik dulu, kita jumpa esok kat office" "Okay hati-hati balik tu" "Terima kasih belanja aku makan malam ni" "Happy kau ya, No hal lah.." "Aku balik dulu. Jumpa esok" Enjin keretanya dihidupkan dan meninggalkan kawasan itu dan diikuti kereta Izzat dibelakang turut meninggalkan kawasan itu. Sham dan Fong memerhati kelajuan kereta Zairul dan Izzat yang melintas dihadapan kereta mereka. "Laju betul polis ni drive"
114 "Kenapa?" "Jatuh standart aku bila drive kereta" Fong menepuk dahi kerana pasrah dengan luahan kawan nya. "Tak apa, kita balik dulu jumpa Elmi" Fong hanya mengangguk faham dan menekan pedal minyak untuk meninggalkan tempat itu.
115 BAB 6 Fong dan Sham tiba di rumah Elmi dimana lokasi persembunyian mereka daripada diketahui oleh orang lain. Elmi yang duduk diatas sofa dan ditangan nya memegang sebiji gelas berisikan air gas zapel , bersilang panggung kakinya sambil memandang kearah televisyen dengan wajah yang bengis. Pintu rumah itu dibuka kuat oleh Sham, Elmi memandang kearah mereka. "Elmi, aku nak beritahu sesuatu pada kau." "Apa dia?"
116 " Tadi aku dengan Fong ternampak dua polis lelaki yang serbu kita tempoh hari melepak di kedai mamak" " So?" " Aku dengan Fong perhati mereka daripada jauh.. Wajah mereka bukan main seronok" Gelas yang dipegang tadi diletakkan diatas meja dan dengan pantas dia bangun daripada sofa itu dengan wajah yang bengis. " Mi ini gambar diorang berdua" Sapa Fong sambil meletakkan dua keping gambar iaitu gambar Zairul dan Izzat diatas meja. Elmi memandang dua gambar itu dengan penuh pandangan tajam dan dendam sehingga dia ingin menikam diatas gambar itu. " Sekarang apa plan kau Mi?"
117 "Tunggu tiba masanya, aku takkan benarkan dua durjana ni terlepas. Dia akan tahu nasib nya nanti." Elmi mengambil pisau yang berada diatas meja itu dan terus menikam atas gambar itu. Ezwina kini berada di Perlis menyertai satu program selama 1 minggu. Dia berjalan menuju ke dewan untuk memulakan hari pertama program bersama-sama rakan yang lain. Kini dalam fikiran nya sering terbayang wajah suaminya yang sedang tinggal berseorangan di rumah. Didalam fikiran nya bermain segala memori manis ketika dia sah menjadi isteri kepada Zairul, dia tersenyum seorang diri mengingati kenangan itu.Dia menghidupkan skrin phone nya dan terpapar lah satu gambar lock skrin mereka berdua sewaktu berkahwin. "I miss you Mr ASP" luah rindu Ezwina kepada suaminya ketika dia memandang gambar pada telefon nya. Dia mengukir senyuman sambi memandang kearah
118 skrin telefon miliknya Jam menunjukkan jam 1 tengahari, dimana Zairul,Izzat dan Syuhada keluar makan tengahari bersama-sama disebuah kedai disekitar bandaraya itu. Sementara mereka menunggu makanan dan minuman mereka sampai, Zairul memandang gambar pada skrin phone nya terpapar gambar Ezwina. Rasa rindu didalam hati terhadap isterinya membuak- buak. Syuhada dan Izzat memandang hairan kearah Zairul. "Rul, kau okay ke?" Zairul hanya mengangguk perlahan. "Aihh, aku tahulah Ezwina tak ada dekat sini, dia tinggal suami dia seminggu." "Aku bukan apa Zat,Syu, kau kenal aku macamana kan?! Sebaran-baran aku, kalau bab cinta memang aku tewas." Kening Izzat terangkat tidak faham.
119 "Maksud kau?" "Maksud aku.. aku akan tewas apabila aku berjauhan dengan orang yang aku sayang. Aku tidak tewas dan tidak mengalah dalam tugasan." "Kenapa kau cakap macamtu?" Tanya Syuhada. "Aku hanya ada mak aku, Zaira,Zahirah dan Ezwina saja. Jika aku kehilangan 4 bidadari ini, hidup aku akan hilang serinya." Izzat dan Syuhada mengangguk faham. Dia sangat memahami perasaan kawannya. Dalam fokus mereka makan, ada dua gadis seakan pelajar kolej masuk kedalam kedai itu dan memandang Izzat yang segak beruniform. Pelajar kolej itu berbisik sambil memandang kearah Izzat. Apakah aura Izzat begitu kuat sehingga membuatkan pelajar kolej itu terpesona.
120 "Weh kau tengok abam polis yang itu!” Sapa pelajar kolej itu. Kesemua daripada mereka tersenyum dan terpesona memandang kearah Izzat. Yang mana satu?" "Ala, yang muka macam oppa korea tu.” Sapa pelajar kolej itu lagi. "Ooo yang tu. Dia dah kahwin belum ya? Ke single lagi?" Zairul dan Syuhada mendengar suara para pelajar yang duduk dimeja makan yang jauh sedikit daripada meja mereka. Tersangat riuh suara mereka berbicara "Izzat! Sejak bila kau ada ramai peminat?” "Siapa?" “Budak-budak dekat belakang sana tu!” Sapa Zairul.
121 Izzat terus memandang kearah tiga pelajar kolej itu. Dia hanya mengukir senyuman manis. Sekali lambaian kearah pelajar kolej itu, Zairul dan Syuhada membulat mata melihat kerenah Izzat melambaikan tangan kepada pelajar kolej itu. "Tahulah kau macam oppa korea, control sikit senyum tu. Aku report dekat Hanis nanti baru tau." Ugut Zairul "Jeles ke??" "Tak ada kerja aku nak jeles dengan kau. Buang masa aku je" "Eh dah dah. Korang ni pantang jumpa bergaduh je kerja. Sekarang cuba fokus dekat kes yang kita kena handle sekarang" "Aku tak dapat apa-apa lagi info terbaru setakat ini." "Takpe, Aku dengan Zairul akan cari diorang ni sampai dapat"
122 Syuhada membulat matanya mendengar kata-kata Izzat. Hatinya seakan tidak tenang apabila Izzat memberanikan diri untuk mencari suspek yang mereka buru. "Kau gila? Kau jangan buat kerja gila Zat. Aku taknak apa-apa terjadi terhadap korang" Zairul memandang kearah Syuhada dengan wajah dingin nya. Seakan dia setuju dengan pendapat Izzat. " Syu.. kau nak ke suspek tu cederakan orang-orang awam dalam masa terdekat ni? Seperti apa yang Tuan Farid cakap, kita kena settlekan secepat mungkin dan cari diorang" "Ya aku faham, tapi aku tak setuju dengan pendapat Izzat tadi. Korang nak cari diaorang dengan tanpa backup?!" " Terpulanglah dekat kau.. yang penting aku dengan Zairul kena cari jugak malaon-malaon tu"
123 Selepas mereka berbincang sambil menikmati makan tengahari, mereka bangun dan meninggalkan tempat itu dan menuju kearah kereta untuk pulang ke balai. Zaira dan kawan-kawannya sedang fokus mengulang kaji pelajaran di perpustakaan didalam universiti itu. Zaira bangun daripada kerusi itu dan menuju kearah rak buku yang berada di situ untuk mengambil buku lain, tiba-tiba pelajar nakal yang menganggu Zaira menghalang laluannya. Zaira terkejut dan langkah terhenti. Airmuka nya berubah dan pandangan tajamnya memandang kearah pelajar nakal itu. "Apa lagi korang nak?" Tanya Zaira. "Aku belum puas hati lagi dengan kau! Tempoh hari kau malukan aku depan orang ramai. Harini aku nak balas balik"
124 " Haha.. what? Apa yang kau merepek ni? Apa dosa aku terhadap kau?!" Tanya Zaira dengan suara yang tidak berpuas hati. Airmuka nya mula berubah. " Kau tak payah nak acah-acah suci lah Zaira. Aku tahu, abang kau polis, kakak ipar kau polis! Kau ingat aku takut?" Zaira memandang dengan wajah yang bengis. Kesabarannya sudah hilang . Pelajar nakal itu memegang bahu Zaira dan tiba-tiba Zaira memutarkan lengan pelajar nakal itu sehingga dia mengerang kesakitan "Ahhh!" Jerit kesakitan pelajar nakal itu. "Dengar sini perempuan durjana, sekali lagi kau ganggu aku, aku akan report hal ini kepada abang aku. Aku boleh berubah menjadi abang aku bila-bila masa saja." Ugut Zaira dengan lantangnya. Pelajar lain hanya memandang dan tergamam melihat Zaira. Selepas pada itu, Zaira melepaskan putaran itu dan pelajar itu jatuh ke lantai.
125 " Kau ingat, sekali lagi kau ganggu aku.. bila masa-masa saja aku boleh patahkan tulang kau.” "Jom guys," Sapa Zaira dan rakan-rakannya meninggalkan perpustakaan itu. Pelajar nakal itu bangun setelah dipapah oleh kawankawannya. "Itulah kau, aku dah kata jangan ganggu si Zaira tu. Kau nak ganggu jugak. Kau tahukan abang dia macamana?! Kau cari masalah depan abang dia, mahu kena gari tangan kau tu.” "Sudahlah, bla jom" Selepas pelajar nakal itu meninggalkan Zaira dan kawankawan nya, Zaira memandang kearah kawan-kawannya yang tergamam melihat kehebatan dirinya yang cuba melawan pelajar nakal itu.
126 "Selamat Petang Puan" Sapa Irana kepada Syuhada. "Selamat Petang. Mana Tuan Zairul dan Izzat awak?" "Oo katanya dia minta balik awal. Tuan Zairul nak hantar bekal dekat adik dia. Tuan Izzat pulak ajak Sjn Hanis keluar." Syuhada hanya mengangguk faham. “Amboi! Cepat sangat diorang ni.” Sapa Syuhada sambil mengeluh. “Huhu! Entahlah puan! Kadang-kadang comel je saya tengok perangai Tuan Zairul dan Tuan Izzat tu.” Sapa Irana tenang. Syuhada membulat matanya apabila Irana berkata begitu. Irana adalah seorang anggota yang tidak pernah gentar berhadapan dengan pegawai seperti Izzat dan Zairul apatah lagi dia dia semakin mesra.
127 “Berani betul awak eh! Anggota lain gerun kalau nak berhadapan dengan dua pegawai hot tu.” “Saya dah biasa puan lagi-lagi Tuan Zairul. Segaranggarang dia, saya bukan makin takut, makin mendekat.” “Saya respect anggota macam awak ni. Kental betul hati awak. Kalau anggota lain, memang dah kecut perut nak berhadapan dengan Tuan Zairul awak tu.” Irana hanya menggaru kepalanya dan dia menyambung kerjanya kembali. Zairul memandu menuju ke universiti untuk bertemu dengan adiknya. Bekal makanan yang berada diseat sebelah dibawa bersama. Beberapa jam kemudian, dia tiba di perkarangan universiti itu. Terlihat seorang pengawal keselamatan yang sedang menjaga didalam pondok itu. Hon kereta dibunyikan.
128 "Pin!" "Ya encik!" Tegur pengawal keselamatan disitu sambil memegang cota hitamnya. "Saya nak jumpa dengan adik saya sekejap. Boleh saya masuk?" Tanya Zairul tenang. "Boleh-boleh, silakan." Sapa pengawal keselamatan yang berada disitu. Palang itu dibuka dengan segera. "Terima kasih" Sapa Zairul sambil mengangkat tangan mengucapkan terima kasih. Keretanya terus meluru masuk. Kereta milik Zairul berhenti di perkarangan asrama itu. Dia keluar daripada kereta itu dengan segak beruniform. Zaira dan kawan-kawannya baru sahaja keluar daripada tandas dan ternampak abangnya sedang menunggu. "Eh abang akulah." Ujar Zaira dan dia terus berlari kearah abangnya.
129 Rakan-rakannya yang lain memerhati kereta milik Zairul tanpa berkedip mata mereka. Membulat mata mereka memandang Zairul dengan penuh kekacakkan dengan bersarung uniform itu. "Assalamualaikum hai abang." Salam diberi oleh Zaira dan dia terus bersalam dengan abangnya. 3 kawannya hanya tersenyum melihat kebahagiaan Zaira terhadap Zairul. "Waalaikumusalam Aira! Macamana belajar dekat sini? Okay?" Tanya Zairul dengan penuh ketegasan. "Hmmm okay tu okay tapi ada masalah sikit lah." Keluh Zaira dan mukanya tunduk kebawah. Zairul melutut di hadapan adiknya. Wajah adiknya dipandang sekilas. "Kenapa? Apa masalah?"Tanya Zairul sambil memandang wajah adiknya. "Zaira sering diganggu. Ada 3 pelajar asyik ganggu Aira je." Sapa Zaira dengan nada perlahan. Tiba-tiba 3 pelajar
130 nakal itu lalu dikawasan itu dimana Zairul dan Zaira sedang berborak. "Eh, itu abang dia kan?" "Haahlah betul weh itu abang dia. Takutlah aku tengok muka abang dia" "Cuba kau tengok pangkat dia, Eh? Tu pangkat Inspektor kan?!" Dua rakannya memandang ketuanya dengan wajah hairan. Takkan tidak kenal itu pangkat apa. Berkerut dahi mereka. "Otakk kau Inspektor! Tiga paku tu ASP lah. Itu pun kau tak tahu." "Sabar tau Aira, kalau sesiapa yang buli Aira, telefon saja abang.”
131 "Zaira jangan mengalah tau, jadi macam abang, Tak pernah mengalah" "Baiklah abang." "Okaylah, abang balik dulu, nanti apa-apa call abang tau." "Okay bang" Sapa Zaira sambil melambai-lambaikan tangan nya. Kereta milik Zairul meninggalkan tempat itu dengan sepantasnya. Tiga pelajar samseng itu terus menerus memandang kearah kereta milik Zairul meninggalkan perkarangan asrama itu. Pucat wajah mereka dengan aura Zairul yang begitu kuat. “Zaira, abang kau hensem betul.” Sapa kawannya tenang tetapi seperti nada yang teruja. “Macam Hun Haqeem lah abang kau tapi tinggi macam Zul Ariffin.”
132 Zaira memandang kawan-kawannya yang memuji sifat abangnya tanpa henti. Airmuka Zaira mula berubah kepada dingin tetapi hatinya hanya mahu melepaskan gelak terhadap kerenah kawan-kawannya. “Korang ni pantang nampak abang aku datang,terus nak puji-puji.Korang jangan cuba nak mengorat abang aku tau. Aku beritahu isteri dia nanti.” Ujar Zaira dengan suara kasar. “Alah! Kitaorang puji je. Itupun tak boleh.” Mereka berempat bersama-sama melangkah naik ke tingkat atas untuk kembali ke bilik asrama mereka setelah Zaira bertemu dengan abangnya.
133 BAB 7 Sewaktu dalam perjalanan kerumah, Zairul mendapati satu panggilan yang tidak dikenali yang terpapar pada skrin telefon miliknya. Berkerut dahinya dan dengan pantasnya dia menjawab panggilan itu. "Hello!” Sapa Zairul dengan suaranya yang garau. " Asp Zairul, apa khabar? Sihat?" Sapa suara yang sangat aneh itu. Dahinya mula berkerut apabila mendengar suara yang tidak dikenali. Keningnya terangkat apabila sahutan suara aneh didalam talian itu. Keretanya berhenti seketika dibahu jalanraya. Dia menyambung berbual dengan suara itu.
134 "Kau siapa?" Soal Zairul dengan tengkingan yang kuat. Tangannya mula mengenggam penumbuk. Airmuknya mula berubah kepada marah. "Ooo! Selama hari ini engkaulah yang serbu anak buah aku setiap operasi.” “Kau siapa? Macamana kau boleh dapat nombor aku? Nafasnya turun naik kerana hilang kesabaran. Sabar! Kenapa gelabah sangat? Aku cuma nak bagi warning pada kau. Kalau kau tak nak nyawa kau melayang, berhenti jejak kami.” "Kau siapa nak halang kerja aku? Siapa yang gelabah sekarang, kau atau aku?” Tanya Zairul lagi dengan suara yang lebih tinggi. “Kau masih ingat aku? Elmi.” Zairul membulat matanya kerana mendengar nama itu. Elmi adalah ketua yang ingin dia berkas tetapi gagal.
135 " Kau jangan bermain api dengan aku Elmi." Sapa Zairul semakin dengan kekerasan. “Siapa yang bermain api sekarang? Sekali lagi aku bagi warning. Kalau kau tak nak nyawa kau dan kawan kau melayang, berhenti jejak kami.” Belum sempat dia membalas percakapan, panggilan itu terus dimatikan oleh Elmi. Zairul menghentak tangannya pada cermin kereta kegeraman. Tanpa dia membuang masa dia meneruskan pemanduan. “Aku takkan biarkan korang semua terlepas! Aku tetap akan cari kau Elmi.” Ujar Zairul dengan penuh keberanian. Dia tidak pernah mengalah atau sedikitpun rasa takut apabila berhadapan dengan musuhnya. Keesokan harinya, Imran dan Irana memeriksa data-data suspek didalam komputer. Imran terjumpa satu data baru mengenai Elmi. Bulat matanya apabila membaca maklumat itu.
136 Suspek ini bukan sahaja terlibat dengan rompakkan, beliau juga terlibat dalam kes bunuh 2 tahun lepas...." Irana membulat matanya membaca maklumat terbaru itu. Pintu bilik kerja itu dibuka kuat oleh Zairul dan Izzat dan mereka memerhati orang bawahannya yang sedang fokus kepada komputer, Izzat mendekati mereka berdua. Suara riuh rendah antara Zairul dan Izzat kedengaran oleh dua anggota mereka. “Kau bohong! Kau kata nak belanja aku makan semalam. Dasar fake hope!” Perli Izzat kearah Zairul. “Asal tak Sarjan Hanis je belanja kau makan.” “Segan aku nak minta dia belanja makan selalu.” Zairul hanya redha dengan kerenah Izzat yang tidak pernah habis seperti keanak-anakkan.
137 "Apa yang korang berdua tengok tu?" Tanya Zairul perlahan. "Tuan, cuba tengok ni!” Sapa Imran yang masih terkedu dengan maklumat didalam komputer itu. Izzat melihat kearah skrin komputer yang dipenuhi maklumat tentang suspek. Zairul mendekati mereka dengan wajah yang serius. Izzat dan Zairul memandang antara satu sama lain. " Elmi? " "Suspek ini bukan saja terlibat didalam kes rompakkan tetapi juga terlibat didalam kes bunuh" "Tuan, bukankah suspek ini yang tuan buru malam tempoh hari?" "Ya! Tapi, sewaktu saya nak pulang kerumh kelmarin, dia siap ugut saya dalam talian.” Kata Zairul dengan tenang. Membulat mata Irana mendengar kata-kata
138 daripada Zairul apabila pegawainya itu diugut oleh musuh utama mereka. “What? Tuan diugut!?” Imran dan Irana terkedu seketika apabila Zairul diugut oleh Elmi ketika dalam perjalanan pulang kerumah. Izzat mendekati dirinya kearah Zairul. “Rul! Kitak sik bergurau?” Tanya Izzat dengan rasa cemas. Perasaan kini semakin gelisah apabila sahabatnya itu diugut oleh Elmi. “No! Bukan setakat aku saja yang kena ugut. Kau juga terkena tempias Zat.” “What?” Izzat terkejut apabila dia juga terkena tempias ugutan yang sama seperti Zairul. Irana dan Imran memandang antara satu sama lain apabila dua pegawainya diugut oleh musuh mereka.
139 “Tuan! Saya rasa tuan berdua kena hati-hati. Saya rasa mereka semua sedang target tuan berdua.” “Ya tuan! Kami tak mahu kehilangan tuan berdua dalam unit kita.” “Don’t worry Irana,Imran! Awak berdua macam tidak kenal saya macamana. Saya tak akan gentar dengan mereka.” “Tapi tuan!” “Jangan risau! Insyallah, kami berdua sentiasa berhatihati.” Sapa Izzat tenang. Airmuka Irana dan Imran semakin gelisah melihat keberanian dua pegawai lelaki mereka. ... MAJLIS PERKAHWINAN FARAH (BEKAS KEKASIH ZAIRUL)
140 Pada hari itu, Majlis Perkahwinan bekas kekasih Zairul diadakan di sebuah dewan besar disekitar bandar itu. Zairul memandu keretanya ditumpangi Izzat dan Syuhada. Izzat memerhati airmuka kawan nya itu dengan penuh riak wajah yang hairan. Beberapa jam kemudian, mereka bertiga sampai di lokasi dimana majlis perkahwinan Farah. Izzat dan Syuhada melangkah masuk didalam dewan itu dan Zairul memandang sekeliling dewan yang besar itu. Ibu dan ayah kepada Farah bersalaman dengan Zairul,Izzat dan Syuhada. "Zairul kan?" "Ya pakcik! Masih ingat saya?" "Masih ingat walaupun dah lama pakcik tak jumpa kamu.”
141 Zairul hanya mengukir senyuman kepada ayah Farah. Saat itu hatinya masih lagi tidak percaya bahawa jodohnya dengan Farah dahulu tidak panjang. "Ini siapa?" "Oh ini Asp Izzat. Rakan satu unit dengan saya pakcik. Dia pegawai baru dalam unit kami.” "Assalamualaikum pakcik.” "Waalaikumusalam, Izzat, jemputlah makan dulu.” Mereka bertiga berjalan menuju kearah meja yang dipenuhi segala makanan untuk tetamu yang hadir pada majlis itu. Zairul memandang kearah pasangan pengantin yang sedang sakan bergambar diatas pelamin. Airmuka nya masih lagi tiada keceriaan. Dia menyuapkan makanan menggunakan garfu dan sudu sambil memandang kearah pelamin itu. Segala
142 kenangannya bersama Farah sewaktu dia masih berpangkat Inspektor bermain didalam fikirannya. Flashback... " Terima kasih sayang bawa saya dinner malam ni. dah lama tak merasa dinner macam ni. " " Sama2 sayang, alah bukan selalu kan kita dinner, saya ni busy dengan kes lagi, tugasan office berlambak" Sayang, esok i kena pergi Sabah , ada kursus disana "" " berapa hari ? " 2 minggu je. " Uhuhu. Apa? 2 minggu, jaga diri tau " jangan nakal2 " baiklah sayang" Flashback end...
143 Tangan nya terhenti untuk menyuap makanan kedalam mulut. Izzat memandang pelik kearah Zairul. "Rul.. Rul" sapa Izzat Zairul memandang kearah Izzat. "Kau okay? Makan lah sikit" Syuhada membisik kearah telinga Izzat mengatakan pengantin perempuan itu adalah bekas kekasih Zairul. " Zat.. kalau kau nak tahu, pengantin perempuan tu ex Zairul." Membulat mata Izzat mendengar kata Syuhada. Tidak hairan lah kenapa Zairul menghentikan suapan itu. Sebelum hadirnya Ezwina didalam hidupnya, Farah adalah segala-gala kebahagiaan dirinya sewaktu dia berpangkat Inspektor dahulu. Tapi hubungan nya tidak kekal.
144 Izzat menepuk perlahan diatas bahu Zairul untuk menenangkan kawan nya itu. Zairul menepis perlahan tangan Izzat. Dia bangun daripada meja itu dan melangkah keluar daripada dewan itu. "Kenapalah aku bengap sangat.. kerana keegoan, aku dan Farah tidak berjodoh." Bisik hati nya sambila mencekak pinggang nya. Izzat menghampiri dan menegur Zairul yang berdiri diluar dewan. "Rul.." "Eh, Zat.. kau buat apa kat sini?" "Rul, aku tahu kau kecewa kan. Pengantin perempuan tu bekas girlfriend kau dulu kan?!" Zairul hanya mengangguk perlahan.
145 "Zairul.. kisah lama biarkan berlalu, sekarang kau dah dapat Ezwina kan. Kau kena jaga hati isteri kau tau. Jangan sampai Ezwina kecil hati jika dia tahu yang kau masih tak boleh move on." Tegur Izzat kepada Zairul. " Aku tahu.. tapi bila aku....." Tanpa dia menghabiskan ayatnya, Izzat terus menyampuk. "Rul, aku tahu, tapi kau kena kuat sebab kau dah jadi suami kepada Ezwina tau. Aku taknak nanti hubungan kau retak. Aku hanya doakan yang terbaik untuk kau dan Ezwina" Zairul hanya mengukir senyuman. Dia sangat terima diatas nasihat kawan nya itu. "Dah jom kita masuk.." Zairul dan Izzat melangkah masuk kembali kedalam dewan dan duduk ditempat mereka.
146 Sepasang pengantin iaitu Farah dan suaminya berjalan bertemu dengan tetamu daripada satu meja ke satu meja. Syuhada mengucapkan tahniah kepada Farah setelah menjadi isteri orang. Zairul masih tidak bangun daripada kerusi itu. Dia memandang sekilas kearah pengantin itu. "Sayang .. ini Zairul... Ka..kawan lama saya." Sapa Farah "Salam kenal" "Salam kenal jugak." " Kitaorang dah nak balik ni.. ada banyak lagi kes yang belum settle" sapa Izzat sambil menepuk bahu Zairul. " Awak bertiga ni...." "Diorang ni polis lah.. pangkat ASP."
147 Pengantin lelaki itu terkejut apabila tiga tetamu dihadapan nya itu adalah pegawai polis berpangkat tinggi. "Seriuslah awak bertiga?!" "Ya sayang, tapi si Zairul ni lagi hebat. Dia daripada Inspektor sampai ASP ni bukan kaleng-kaleng tau. Anggota bawahan diorang pun takut nak tegur" "Kenapa?" "Zairul ni antara pegawai yang terbaik.. tapi dingin dan tegas lah" "Ishh awak ni Farah.. jangan lah buka aib saya" sapa Zairul malu-malu. " Eleh.. nama je pegawai terbaik, tapi baru je kena berjauhan dengan isteri dan merajuk" Usik Izzat dengan selamber nya.
148 Bahu nya ditampar kuat oleh Zairul. "Auchh" "Apapun...Tahniah Farah. Selamat Pengantin Baru" Selepas pada itu mereka bertiga melangkah meninggalkan dewan itu.