The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zact1977, 2021-06-27 22:37:18

Panduan PdP PIKAP Matematik Tahun 2

Panduan PdP PIKAP Matematik Tahun 2

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PROGRAM INTERVENSI KHAS

MURID ORANG ASLI DAN PERIBUMI

MATEMATIK
TAHUN 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum
2019

i

Terbitan 2019
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok
E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya, MALAYSIA.

ii

KANDUNGAN

Muka Surat

Kandungan .......................................................................................... iii
Rukun Negara .......................................................................................... v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ........................................................... vi
Definisi Kurikulum Kebangsaan ............................................................... vii
Kata Alu-aluan ........................................................................................... ix
Pengenalan .............................................................................................. 1
Matlamat ................................................................................................... 2
Objektif ..................................................................................................... 2
Prinsip ....................................................................................................... 2
Prosedur/ Pelaksanaan ............................................................................ 3
Kandungan PIKAP ................................................................................... 5
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran ................................................... 6
Pentaksiran ....... ...................................................................................... 11
Peranan ................................................................................................... 14

Pra-Ujian PIKAP ...................................................................................... 15
Pasca-Ujian PIKAP ................................................................................. 33
Pelaksanaan PIKAP Matematik Tahun 2 ……………………………….... 49
Nombor bulat hingga 1000 ..................................................................... 57
Tambah dalam lingkungan 1000 ............................................................ 60
Darab dalam lingkungan 1000 ................................................................ 64
Bahagi dalam lingkungan 1000 ............................................................... 68
Mengenal pasti pecahan wajar ................................................................. 71
Menamakan pecahan wajar ..................................................................... 80

iii

Perpuluhan ............................................................................................... 85
Mengenal pasti wang kertas dan duit syiling ............................................ 90
Menentukan nilai wang kertas dan duit syiling .......................................... 94
Tambah wang ........................................................................................... 97
Tolak wang ............................................................................................... 102
Waktu dalam jam dan minit ...................................................................... 106
Panjang .................................................................................................... 113
Bentuk tiga dimensi .................................................................................. 117
Mengumpul, mengelas dan menyusun data ............................................ 124
Penghargaan ........................................................................................... 133

iv

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi

moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3. Kurikulum Kebangsaan

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan
untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97.]

vii

viii

KATA ALU-ALUAN PENGARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Program Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Peribumi
(PIKAP) merupakan program di bawah Inisiatif #57: Pelan
Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi.
Programm ini bertujuan mengukuhan pedagogi bagi
mendidik murid orang asli dan peribumi.

Makmal Hala Tuju Pendidikan Murid Orang Asli yang diadakan pada
21-25 November 2016 telah memutuskan bahawa BPK menjadi peneraju
pelaksanaan Program Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Peribumi (PIKAP),
khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
di Tahap I.

Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik di bawah PIKAP dihasilkan
sebagai rujukan guru yang akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) mata pelajaran ini di Tahap I. Kandungan Panduan PdP Matematik ini akan
disemak secara berkala mengikut perkembangan kurikulum. Penyediaan buku
panduan ini memerlukan masa dan pemikiran mendalam bagi memastikan
keselarasan kandungan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP)
dengan pedagogi peribumi. Oleh itu, input dan cadangan daripada pelbagai pihak
berkepentingan dipertimbangkan bagi tujuan penambahbaikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penyediaan Panduan PdP
Matematik ini. Melalui medium ini, diharap murid Orang Asli dan Peribumi dapat
ditingkatkan minat dan keyakinan untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran
matematik, dan seterusnya berkeupayaan bersaing dengan murid di arus perdana.

Dr. Mohamed bin Abu Bakar
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum

ix

x

1. PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk mempertingkat dan
memantapkan pedagogi murid Orang Asli dan Peribumi (OAP) di bawah
Inisiatif #57: Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi. Selaras
dengan usaha ini, PIKAP telah dibangunkan sebagai salah satu daripada
program insiatif tersebut.

Pelaksanaan Program Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Peribumi (PIKAP)
mempunyai serampang dua mata dalam memantapkan pedagogi murid OAP.
Pertama, menarik minat murid mengikuti pembelajaran dengan suasana
kondusif dan menyeronokkan, dan seterusnya mengekalkan minat murid untuk
hadir ke sekolah. Kedua, membantu murid OAP menguasai dan meningkatkan
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

PIKAP ini dibangunkan untuk merapatkan jurang pendidikan antara murid OAP
dengan murid arus perdana agar mereka tidak ketinggalan dalam arus
transformasi pendidikan. Program ini dilaksanakan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di Tahap I. Dalam merancang
aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru perlu menerapkan elemen
perspektif peribumi agar pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan
bermakna kerana dekat dengan jiwa murid.

Panduan PdP yang digunakan dalam pelaksanaan PIKAP dibangunkan
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Standard Sekolah Murid Asli dan Penan (KAP) bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Pelaksanaan PIKAP memberi
penekanan kepada pendekatan didik hibur bagi menarik minat murid OAP
terhadap pembelajaran mereka. Program ini berhasrat menyediakan murid
yang lebih berdaya saing, membentuk insan seimbang dan dapat menyumbang
kepada keharmonian serta kesejahteraan negara.

1

2. MATLAMAT
PIKAP bermatlamat untuk menggalakkan murid OAP hadir dan mengekalkan
minat mereka ke sekolah bagi menguasai kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira. Selain itu, PIKAP diharap dapat membantu pihak sekolah
menangani masalah keciciran murid OAP.

3. OBJEKTIF
Di akhir pelaksanaan PIKAP, murid OAP:
i. memotivasikan untuk hadir ke sekolah;
ii. menguasai kemahiran asas 3M; dan
iii. mengamalkan nilai murni dan pembelajaran sepanjang hayat dalam
kehidupan seharian.

4. PRINSIP
Prinsip pelaksanaan PIKAP adalah:

i. berfokus kepada pembelajaran yang menyeronokkan dan menarik minat
murid berasaskan persekitaran mereka;

ii. memberi fokus kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas;
iii. bersifat individu dan fleksibel mengikut tahap keupayaan murid;
iv. membimbing murid menguasai kemahiran asas 3M agar dapat mengikuti

pembelajaran seiring dengan arus perdana; dan
v. bersifat kolaboratif yang melibatkan semua pihak berkepentingan.

2

5. PROSEDUR/PELAKSANAAN

PIKAP hendaklah dirujuk dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk
mengurus murid OAP Tahun 1 yang berisiko cicir dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Pihak sekolah perlu
memainkan peranan dan tanggungjawab seperti berikut:
i. Murid kekal berada dalam kelas yang sama.
ii. PdP menggunakan jadual waktu aliran perdana.
iii. Mengenal pasti guru yang akan melaksanakan PIKAP kerana tiada guru

tambahan akan dibekalkan.
iv. Murid yang menguasai kemahiran asas 3M akan mengikuti pembelajaran

arus perdana.
v. Murid yang TIDAK MENGUASAI kemahiran asas 3M akan mengikuti

PIKAP.
vi. Pelaporan PBD direkodkan untuk menilai tahap penguasaan murid setiap

6 bulan atau 2 kali setahun.
vii. Murid yang berjaya menguasai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan

3 (TP3) berdasarkan PBD yang dilaksanakan akan mengikuti
pembelajaran arus perdana.
viii. Murid yang belum menguasai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3
(TP3) berdasarkan PBD yang dilaksanakan perlu kekal menyertai PIKAP
untuk tahun berikutnya.
ix. Murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M di beri peluang
mengikuti PIKAP sepanjang berada di Tahap I.

3

Awal Tahun 2

Pemerhatian dan
penilaian oleh guru

Ya Menguasai

kemahiran
asas 3M?

Tidak
PIKAP (Februari - Jun)

PBD 1: Jun

Ya Pemerhatian dan
penilaian oleh guru
Menguasai
sekurang-kurangnya

TP3

Tidak

PIKAP (Jun - November)

PBD 2: November

Ya Menguasai Pemerhatian dan
penilaian oleh guru
sekurang-kurangnya
TP3

Tidak

PIKAP Tahun 3

Kelas Arus Perdana

Rajah 1: Carta Alir Pelaksanaan PIKAP

4

6. KANDUNGAN PIKAP

PIKAP melibatkan mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap I. Peruntukan masa bagi setiap mata
pelajaran adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016.

6.1 Matematik

Panduan PdP Matematik bagi PIKAP dihasilkan berdasarkan kandungan
dalam KSSR (Semakan 2017) Matematik. Kandungan meliputi Nombor
dan Operasi, Sukatan dan Geometri, serta Statistik dan Kebarangkalian.
Setiap kandungan merangkumi beberapa topik. Setiap topik
mengandungi beberapa kemahiran yang merangkumi, nombor bulat
hingga 100, tambah hingga 100, tolak dalam lingkungan 100, wang
hingga RM100, masa dan waktu, panjang, jisim dan isi padu, ruang dan
pengurusan data.

6.1.1 Objektif

Modul PdP Matematik bagi PIKAP membolehkan murid:

i. menguasai asas matematik seperti menyebut, menulis dan
membilang nombor.

ii. menguasai operasi asas tambah dan tolak.
iii. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas yang mudah

dalam wang, masa dan waktu, ukuran panjang, timbangan
dan isi padu cecair, ruang, dan pengurusan data.

6.1.2 Fokus

Pembelajaran berfokus kepada aspek pemikiran murid secara
matematik berdasarkan prinsip komunikasi, perkaitan,
membuat perwakilan, penaakulan, penyelesaian masalah dan
penggunaan teknologi. Pendekatan yang digunakan adalah
secara ansur maju iaitu daripada senang kepada susah, konkrit
kepada abstrak dan daripada kontekstual kepada konstruktif.

5

6.1.3 Kandungan Panduan PdP Matematik Tahun 2 bagi PIKAP:
i. Nombor Bulat hingga 1000
ii. Tambah dalam lingkungan 1000
iii. Darab dalam lingkungan fakta asas
iv. Bahagi dalam lingkungan fakta asas
v. Mengenal pasti pecahan wajar
vi. Menamakan pecahan wajar
vii. Perpuluhan
viii. Wang kertas dan duit syiling (Mengenal mata wang
Malaysia)
ix. Wang kertas dan duit syiling (Menentukan nilai wang)
x. Tambah wang
xi. Tolak wang
xii. Waktu dalam jam dan minit
xiii. Panjang
xiv. Bentuk tiga dimensi (bentangan)
xv. Mengumpul, mengelas dan menyusun data

7.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi PdP bagi PIKAP adalah mengikut kesesuaian persekitaran,
kemudahan infrasruktur, keupayaan dan kecenderungan murid OAP. Guru
boleh mempelbagaikan strategi PdP supaya menarik minat murid dan
menggalakkan murid hadir ke sekolah. Antara strategi PdP yang
dicadangkan adalah seperti berikut:

7.1 Pengajaran Berasaskan Perspektif Peribumi

Pengajaran berasaskan perspektif peribumi merujuk kepada
pengajaran yang menggunakan latar belakang, budaya dan
persekitaran murid OAP yang diintegrasikan dalam aktiviti PdP.
Pengintegrasian perspektif Peribumi dapat membantu murid dalam
pembelajaran. Proses pengumpulan maklumat dan pengintegrasian

6

dilakukan secara berterusan agar murid dapat memahami pendidikan
yang disampaikan. Terdapat 8 elemen PdP berasaskan perspektif
peribumi iaitu:

7.1.1 Bina Semula/Ubahsuai
Bina semula/ubah suai merujuk kepada ubahsuaian kurikulum
atau aktiviti PdP mengikut persekitaran dan keupayaan murid
bagi mencapai hasrat pembelajaran secara menyeluruh dan
bersepadu. Bina semula/ubahsuai boleh dilaksanakan secara
modular.

7.1.2 Hubungan dengan Tempat Tinggal/Alam

Aktiviti PdP yang berkaitan dengan tempat tinggal/alam merujuk
kepada hubungan kehidupan dengan tempat tinggal dan
persekitaran murid OAP. Persekitaran ekologi dan kemudahan
sedia ada mempengaruhi aktiviti pembelajaran murid bagi
membolehkan mereka berinteraksi dan mengaitkan aktiviti
dengan persekitaran secara langsung.

7.1.3 Hubungan Komuniti
Kehidupan komuniti dan nilai-nilai dalam masyarakat OAP
mempunyai hubungan dengan pembelajaran murid. Nilai
budaya masyarakat setempat boleh diserapkan dalam
pengajaran agar murid dapat menyesuaikan kandungan
dengan kehidupan mereka. Aktiviti berasaskan nilai
kemasyarakatan komuniti boleh membina kekuatan tingkah
laku positif murid untuk mengembangkan nilai dalam diri murid.

7.1.4 Secara Tidak Langsung
Aktiviti secara tidak langsung dapat membantu murid OAP
menguasai kemahiran tanpa mereka sedari. Guru boleh
menyoal dan memberi arahan secara tidak langsung. Aktiviti
PdP yang boleh dijalankan adalah seperti permainan, nyanyian,
lakonan dan simulasi. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat

7

membentuk sahsiah murid seperti melakukan sesuatu secara
bersungguh-sungguh, bermotivasi dan membentuk jati diri serta
intrinsik yang tinggi.

7.1.5 Simbol dan Imej

Penggunaan simbol dan imej yang konkrit boleh digunakan oleh
guru untuk mengukuhkan pemahaman murid. Aktiviti PdP yang
melibatkan simbol dan imej dapat merangsang deria, ingatan
dan pergerakan murid yang cenderung kepada kecerdasan
visual spatial.

7.1.6 Praktikal/Hands-On
Aktiviti praktikal/hands-on membolehkan murid mengalami
sendiri sesuatu tugasan seperti menyentuh, merasa dan
mendengar untuk mengenali dan memahami. Aktiviti ini
dijalankan untuk mengekalkan tumpuan murid dan memastikan
keberkesanan PdP. Dalam melaksanakan aktiviti ini, murid
boleh membilang menggunakan alatan, membuat tugasan
seperti menghasilkan buku skrap, melakukan pergerakan fizikal
dan berkomunikasi.

7.1.7 Pemetaan Pembelajaran
Pemetaan merujuk kepada aktiviti melihat sesuatu perkara
secara keseluruhan sama ada dalam bentuk teks atau aktiviti
ke bentuk visual yang jelas. Guru menggunakan gambar rajah
atau teknik visualisasi untuk merangka proses bagi murid ikuti.
Kaedah ini memerlukan murid menggambarkan fakta penting
dalam bentuk lakaran tersendiri untuk memudahkan mereka
memahami pelajaran. Murid dilatih membuat pemetaan untuk
menstruktur maklumat yang dibaca melalui gambar rajah atau
secara visual. Murid boleh menggunakan alat pemikiran seperti
peta pemikiran i-THINK dan peta minda.

8

7.1.8 Kongsi Cerita
Guru boleh menggunakan cerita, memetik isi pelajaran dari
kisah yang diceritakan sebagai asas dalam menarik dan
mengekalkan minat belajar murid serta mengaitkannya dengan
jiwa murid. Guru digalakkan menyisipkan unsur kecindan
(humor) dan kasih sayang dalam menyampaikan maklumat
kepada murid. Penggunaan cerita dan nilai murni merupakan
pengalaman langsung murid melalui proses membuat,
mengalami atau melalui sendiri perkara yang hendak dipelajari.

7.2 Pembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan PdP yang memerlukan
guru memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan
masa yang mencukupi. Pembelajaran Masteri dilaksanakan kerana
murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza. Murid perlu
menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan sebelum berpindah ke
unit baru. Aktiviti pemulihan dijalankan bagi murid yang belum
menguasai dan aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang
telah mencapai aras masteri.

7.3 Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
Terdapat lapan jenis Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai yang
melibatkan kecenderungan potensi seseorang iaitu verbal linguistik,
logik matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal,
intrapersonal dan naturalis. Aplikasi teori ini dijalankan untuk
menerima persamaan dan perbezaan antara individu yang unik dan
belajar dengan cara yang berlainan dan menggalakkan potensi yang
tidak terbatas.

9

7.4 Pembelajaran Abad Ke-21
Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi
nilai murni dan etika.
• Komunikasi
Interaksi antara guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara
lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham
dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan.
• Kolaboratif
Kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid
secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea
dan pandangan antara murid.
• Pemikiran Kritis
Penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan
rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
• Kreativiti
Proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti
dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti.
• Nilai Murni dan Etika
Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah
pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia.

10

8.0 PENTAKSIRAN

Pentaksiran dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap
sesuatu Objektif Pembelajaran atau Standard Pembelajaran. Pentaksiran
yang autentik dijalankan secara formatif dan sumatif dan berterusan
sepanjang sesi PdP.

8.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
PBD merupakan pentaksiran yang melibatkan proses membuat
refleksi yang berterusan dalam membuat pertimbangan yang
konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut. PBD dilakukan
sama ada melalui pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran
semasa pembelajaran ataupun pentaksiran tentang pembelajaran.
PBD dalam PIKAP dijalankan untuk:
i. mengesan perkembangan murid OAP;
ii. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa;
iii. mengetahui keberkesanan PdP;
iv. merancang, mengubah suai dan menambah baik PdP; dan
v. menjalankan tindakan susulan yang sesuai.

PBD dalam PIKAP dilaksanakan berdasarkan perkara berikut:
i. menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pentaksiran.
ii. mengambil kira pelbagai aras kognitif.
iii. mengambil kira pengetahuan dan kemahiran yang telah

dipelajari.

Bagi tujuan perekodan pentaksiran, satu templat fail MS Excel
diwujudkan bagi setiap mata pelajaran.

11

8.2 Tahap Penguasaan Umum

Tahap penguasaan merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian
yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid. Terdapat
enam tahap penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang
disusun secara hierarki bagi setiap mata pelajaran. Jadual 1
memaparkan Tahap Penguasaan Umum serta tafsiran bagi setiap
tahap. Tahap penguasaan ini mengambil kira standard yang harus
dicapai dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Tahap
Penguasaan ini perlu dibaca bersama dengan DSKP mata pelajaran.

Tahap Penguasaan Tafsiran

1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan
kemahiran asas atau memberi respons
terhadap perkara yang asas

2 Murid menunjukkan kefahaman dengan
menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari
dalam bentuk komunikasi

3 Murid menggunakan pengetahuan untuk
melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
situasi

4 Murid menggunakan pengetahuan dan
melaksanakan sesuatu kemahiran dengan
beradab iaitu mengikut prosedur atau secara
analitik dan sistematik

5 Murid menggunakan pengetahuan dan
melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi
baharu dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik serta tekal dan bersikap positif

6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada untuk digunakan
pada situasi baharu secara sistematik, bersikap
positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan
idea baharu serta boleh dicontohi

Jadual 1: Tahap Penguasaan Umum

12

8.3 Tahap Penguasaan Keseluruhan
Tahap penguasaan keseluruhan ditentukan dari aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam mata pelajaran berkenaan. Guru
mentaksir murid secara holistik dan berterusan dengan
menggunakan pertimbangan profesional semasa proses
pembelajaran. Pertimbangan profesional dilakukan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman guru, interaksi guru dengan murid
serta perbincangan bersama-sama rakan sejawat.

13

9.0 PERANAN
Peranan dan bidang tugas penting dalam menjayakan PIKAP di sekolah
adalah seperti berikut:
9.1 Pegawai Pendidikan Negeri/Daerah
Menyelaras, membantu, merancang, membimbing dan menyelia
guru dalam melaksanakan program.
9.2 Guru Besar
Mengurus dan memimpin program untuk menentukan perubahaan,
penambahbaikan dan penyesuaian dengan tahap murid. Guru Besar
juga mencerap PdP dan menentukan program dilaksanakan dengan
berkesan dan terancang.
9.3 Ketua Panitia
Menyelaras dan membimbing pelaksanaan PIKAP.
9.4 Guru
Melaksana merancang dan menentukan murid OAP menguasai
kemahiran, pengetahuan dan nilai. Guru memotivasikan murid dan
menyemai sifat kasih sayang untuk menarik minat murid ke sekolah.
9.5 Ibu bapa
Membantu anak-anak mengulang kaji pelajaran mereka, menyokong
segala penglibatan anak-anak dalam aktiviti sekolah dan
memberikan motivasi supaya mereka bergiat aktif dalam apa jua
bidang serta aktiviti yang diadakan di sekolah.

14

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

Nama: ............................................................................ Tahun: ............................
Pra Ujian PIKAP

1. Sambungkan titik untuk membentuk angka.

2. Tulis nombor mengikut arahan guru.

15

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

3. Bulatkan angka yang sama.

I 32 I

2 245

4. Padankan angka yang sama. 3
2
2 5
5
3

16

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

5. Bulatkan angka 2.

2 I
5
4
3 3
2
4
5 2
I

17

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

6. Salin semula angka berikut.

9

18

7. Tulis nombor mengikut arahan guru. Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2
a.
b.

c. d.

19

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

8. Bulatkan angka yang sama.

8 7858

6 8656

7 7778

5 5756

20

9. Padankan angka yang sama. Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

8 7

98

79

21

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

10. Sebutkan angka berikut.

4

7

I0

22

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

11. Bilang dan padankan gambar dengan jawapan yang betul.

5
7
6

23

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

12. Bilang dan bulatkan jawapan.

54

8 I0

24

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

13. Bilang dan p a d a n kan jawapan yang betul.

5

3

6

25

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

14. Tuliskan nombor yang tertinggal.

3I6

2 45

973
56 8

26

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

15. Bilang dan tuliskan jawapan.

27

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

16. Warnakan mengikut bilangan nombor yang diberikan.

37 5

28

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

17. Lukis bentuk (O) mengikut bilangan nombor yang diberikan.

4

6

7

29

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

18. Bilang objek dan tulis nombor pada petak yang diberikan.

30

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

19. Pilih jawapan yang betul

2 lebih besar daripada kecil daripada 3

4 lebih besar daripada kecil daripada I

5 lebih besar daripada kecil daripada 6

6 lebih besar daripada kecil daripada 8

9 lebih besar daripada kecil daripada 7

31

Pra Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

20. Bulatkan nombor yang lebih besar.

74

26

98

32

Pasca Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

Nama: ............................................................................ Tahun: ............................
Pasca Ujian PIKAP
1. Bulatkan semua angka 4.

33

Pasca Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

2. Padankan angka yang sama.

34

Pasca Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

3. Warnakan angka selain 7.

8

6

7 9
7

87

7
7

8

9

7

35

Pasca Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

4. Bulatkan angka yang betul berdasarkan bilangan objek.

36

Pasca Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

5. Bilang objek dan padankan dengan angka yang betul.

658

37

Pasca Ujian PIKAP Matematik Tahun 2

6. Padankan angka dengan bilangan objek yang betul.

38


Click to View FlipBook Version