SMJK YOKE KUANBEB6047MANUAL PROSEDUR KERJA2026
IKRAR INTERGRITI PERKHIDMATAN AWAM Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut:Pertama: Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membencI rasuahKedua: Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuahKetiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatanKeempat: Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuahKelima: Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pgawai awam; danKeenam: Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas
A. PENGURUSAN KURIKULUMA1. PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM Tugas-tugas Jawatankuasa Kurikulum 1. Menetapkan dasar perlaksanaan kurikulum2. Menetapkan objektif dan sasaran pemncapaian3. Mengadakan mensyuarat dari semasa ke semasa4. Menyediakan minit mensyuarat mengikut prosedur yang ditetapkan 5. Membuat ketetapan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan masalah-masalah kurikulum6. Merancang program, projek dan aktiviti kurikulum selaras dengan perancangan strategik sekolah 7. Menyelaraskan perlaksanan program, projek dan aktiviti kurikulum 8. Memantau dan menilai keberkesanan program, projek, dan aktivit kurikulum hasil daripada penilaian impak.Tugas-tugas Panitia Mata Pelajaran1. Mengadakan mesyuarat berpandukan jadual yang ditetapkan 2. Menyediakan minit mesyuarat mengikut prosedur yang ditetapkan3. Memperoleh sukatan, huraian Pelajaran dan bahan kokurikulum yang terkini untuk rujukan ahli4. Menyelaraskan penyediaan rancangan pengajran tahunan dan harian5. Menyelaras tugasan dan Latihan murid dari segi bilangan, jenis buku, kekerapan dan penialaian berdasarkan tahap murid6. Menyelaraskan pemeriksaan tugasan dan Latihan 7. Menyediakan belanjawan tahunan panitia8. Mengurus program perkembangan staff9. Menyelaras dan mengawal pembinaan soalan ujian/peperiksaan dan permarkahan10.Menentukan sasaran pencapaian kelulusan samada dari aspek peritus mahupun gred purata mata Pelajaran 11.Merancang dan melaksanakan program projek dan aktiviti untuk mencapai sasaran yang ditentukan12.Menganalisis dan membuat post mortem 13.Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan aktiviti kurikulum sekolah hasil daripada penilaian impak14.Memilih dan mencadangkan buku teks, buku rujukan dan bahan yang lain untuk kegunaan murid, guru dan pusat sumber sekolah 15.Sentiasa mengemaskini fail-fail panitia dari masa ke semasa16.Melaksanakan rancangan lima tahun akademik sekolah17.Mematuhi surat pekeliling iktisas bil 4/1986 penitia mata Pelajaran18.Memastikan ahtli panitia melaksanakan PBS (bagi matapelajaran yang berkenanaan) dengan mengikut tugasan-tugasan dan prosedur yang ditetapkanTugas-tugas setiausaha peperiksaan dalaman 1. Menyediakan jadual waktu perlaksanaan ujian dan peperiksaan 2. Memastikan ketua-ketua panitia menyediakan agihan tugas penyediaan soalan 3. Pemantauan percetakan dan pembahagian dan tempat-tempat menyimpan kertas soalan ujian
4. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas sebelum peperiksaan dijalankan 5. Memastikan skema jawapan disediakan oleh panel pengubal soalan 6. Memastikan setiap guru mata Pelajaran memasukakkn markah dalam sistem SAPS, penghataran slip peperiksaan serta analisis pencapaian dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan7. Memastikan kertas soalan ujian disimpan dalam bank soalan Tugas-tugas setiausaha peperiksaan PT3, SPM, dan PEPERIKSAAN KHAS 1. Memberi penerangan hal berkaitan pengurusan peperiksaan kepada guru tingkatan2. Mengedarkan boring-borang pendaftaran peperiksaan untuk diisi oleh pelajar dengan Kerjasama guru tingkatan3. Meghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan diberikan oleh PPD,JPS, LPM, atau MPM 4. Mengumpulkan , menyemak boring-borang kemasukan peperiksaan 5. Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk JPS, LPM, MPM dan sekolah 6. Menguruskan perkara yang berkaitan perpindahan calon , pertukaran/ tambahan mata pelajaran, pembetulan data , calon khas dan calon menumpang 7. Menentukan dewan dan bilik-bilik peperiksaan bertulis dan ujian lisan bersih dan selesa digunakan oleh calon 8. Menyediakan plan dan label tempat duduk calon bagi bilik peperiksaan 9. Menyediakan almari berkunci , jam dinding, white board marker, pemadam, pembesar suara dan lain lain 10.Menyediakan penunjuk arah semasa peperiksaan 11.Berada di sekolah pada hari akhir peperiksaan dan pastikan dewan dan bilik-bilik peperiksaan ditutup dengan kemas 12.Mendapat 2 set soalan peperiksaan dan memfailkan dalam bank soalan 13.Menganalisis Keputusan peperiksaan dengan bantuan Kteua Panitia Mata PelajaranTugas-tugas guru media / penyelaras PSS1. Menyelaras semua program yang dirancang 2. Membuat Lembaga Pusat Sumber dan Perpustakaan dan megadakan mensyuarat3. Menyediakan undang-undang dan peraturan pusat sumber dan perpustakaan 4. Menceriakan PSS5. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepda pihak yang memerlukannya6. Membantu melaksanakan program Perkembangan Staf7. Bertindak sebagai penghubung antara sekolah dengan agensi Kerajaan dan swasta dalam perkaraperkara yang berkaitan dengan aktiviti PSSTugas-tugas guru perpustakaan 1. Merancang dan melaksanakan dasar serta program tahunan Pusat Sumber Sekolah 2. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan3. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini 4. Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan5. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program Nilam) dan pembudayaan ilmu 6. Merancang danmengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah 7. Menguruskan perlantikan pengawas PSS8. Menyediakan peraturan pengunaan perpustakaan, memastikan peraturan ini difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar9. Melatih pengawas PSS yang baru dilantik supaya mahir dengan peraturan dan keadaan perpustakaan.
10.Melaksanakan tugas merekodkan buku perolehan stok, semakan stok dan inventori peralatan PSS, mengkelaskan buku mengikut sistem yang digunakan di sekolah. “merawat” buku dan menguruskan hapuskira buku 11.Menyediakan laporan serta analisis pelaksaan Pembangunan , pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS12.Menghantar data dan laporan perlaksanaan program PSS khasnya laporan pusat sumber sekolah dan NILAM kepada BTPN melalui PKG pada bulan oktober setiap tahun
A2. PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN
A3. PENETAPAN MINIMA BILANGAN LATIHAN BAGI SETIAP MATA PELAJARAN SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN SELANGOR. BIL MATA PELAJARAN TOPIK BIL.LATIHAN SEBULAN 1 Bahasa Melayu a. Tatabahasab. Pemahamanc. Eseid. Komsase. Rumusan422122 Bahasa Ingeris Bahasa CinaBahasa Tamil a. Grammarb. Reading comprehensionc. Essayd. literature42213 Matematik Setiap tajuk 20 Latihan (1 latihan-20 soalan)4 Matematik tambahan Setiap tajuk 16 latihan(1 latihan-20 latihan)5 SainsAmali sainsSetiap tajuk 4 (2 laporan)(1 laporan)6 SejarahMenengah rendah menengah atas Setiap tajuk 4 (soalan objektif)4 (soalan objektif)7 GeografiMenengah rendah Menengah atas Setiap tajuk 4 (soalan objektif)4 (soalan esei)8 Pendidikan moral Setiap tajuk 16 struktur8 esei9 Pendidikan Kesihatan210 Pendidikan seni visual 4B.PENGURUSAN PENTADBIRAN
B1.PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH 1.0 Arahan Am1.1 selaku pegawai Kerajaan guru Adalah tertakluk kepda segala arahan yang terdapat dalam perintah am Kerajaan . oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut 1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca , memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain1.3 Guru hendaklah menghormati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profeson dan bukan satu pekerjaan / mata pencarian semata-mata1.4 Semua guru dan staff sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsipprinsip Perkhidmatan Cemerlang 1.5 Guru hendaklah mengamal dan menghayati falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid Ketika berada di sekolah dan menjaga harta bende sekolah. Sentiasa mengamalkan kepimpinan berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas2.0 Kedatangan 2.1 jadual waktu belajar dan waktu bekerja hendaklah dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah 2.2 guru dan staff skongan hendaklah berada di dalam Kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu belajar/bekerja dan merakamkan kad waktu kedatangan semasa sampai dan sewaktu balik. Sekiranya perakam rosak , dituliskan masa sebenar sampai dan balik sekolah di dalam buku yang disediakan 2.3 guru dan staff sokongan yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar . guru dan staff sokongan mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin 2.4 semua urusan peribadi hendaklah di buat diluar waktu sekolah/ bekerja kecuali dalam keadaan kecemasan 3.0 Keluar dari Kawasan sekolah pada waktu P&P3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan Kawasan sekolah dalam masa mengajar kecuali jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua / Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang 3.2Guru dikehendaki mendapatkan kebenaran dan tandatangan Pengetua / Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang sebelum keluar meninggalkan Kawasan sekolah
3.3Sebelum meninggalkan Kawasan sekolah, guru diminta menyediakan kerja bertulis untuk pelajar . 4.0 Cuti 4.1 Cuti rehat / cuti penggal Mengikut surat pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP) 0046. SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1973, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah mengantikan cuti rehat. Nemaun begitu guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas seharian selain daripada tugas mengajar 4.2 Cuti Rehat Khas (CRK) 4.2.1 Cuti sambilan tidak melebihi daripada tujuh (7) hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8 , Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas Sebanyak tujuh(7) hari dalam satu tahun calendar 4.2.2 Cuti rehat khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan pemberian wang tunai gentian rehat bagi pegawai yang layak 4.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak 4.2.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan prngurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah 4.2.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah tujuh (7) hari dalam satu tahun kalendar 4.3 Cuti Sakit 4.3.1 Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta , sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun calendar 4.3.2 Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalaman di hospital atau klinik swsta,sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa sokongan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun calendar
4.3.3 Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan Adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun calendar , di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha 4.3.4 Seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi masa tiga tahun yang berturut -turut boleh dikehendaki oleh Ketua Jabatannya untuk diperiksa kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan, tidak kira sama ada ia telah melaporkan dirinya sakit lagi atau tidak 4.3.5 Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Penolong Kanan / Penolong Kanan Petang apabila Kembali semula bertugas 4.4 Cuti Tanpa Gaji 4.4.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari 4.4.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberikan selepas habis semua cuti rehatnya. 4.4.3 Cuti Tanpa Gaji untuk bertujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun 4.4.4 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 14 hari dalam setahun Adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh bercuti4.5 Cuti Keluar Negara 4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti le luar negara mesti mendapat kelulusan dari jabatan. Sila isi borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti5.0 Pakaian.
5.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 5.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru Perempuan 5.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan Panjang rambut yang sesuai 5.4 Semasa menjalankan tugas rasmi guru lelaki dikehendaki memaki baju kemeja dan seluar “slack” yang sesuai 5.5 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian sesuai, guru Perempuan seluar slack / Panjang yang sesuai , kemeja-T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah bertumit rata. Guru lelaki – seluar trek atau seluar Panjang yang sesuai. Kemeja-T, kemeja sukan, baju trek jersi dan kasut sukan. 6.0 Perhubungan Sesama Guru 6.1 Guru sewajarnya membentuk hubungan peribadi dan profesion yang sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata, juga diharapkan dapat mewujudkan semangat dan perasaan kekitaan 6.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan fahaman / pendapat/ kepercayaan kepada guru, murid atau staff sokongan 6.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sekali wujud di sekolah. 7.0 Bilik Guru 7.1 Kebersihan dan keselamatan harta benda bilik guru menjadi tanggungjawab semua guru 7.2 masa tidak mengajar di kelas adalah masa “non-teaching period” dan bukannye “free period”. Guru hendaklah menggunakan masa tersebut untuk perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, pengurusan kelas, pengurusan hal ehwal pelajar, pengurusan bengkel serta bilik-bilik tertentu, koperasi, pengurusan ujian dan peperiksaan, pengurusan panitia. Buku rekod mengajar, jadual kedatangan, kad 001M, kebersihan dan keceriaan, keselamatan stok dan inventori7.3 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru7.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak
8.0 Penjawatan dan P & P 8.1 Jika guru menghadapi sebarang masalah yang berkaitan penjawatan, mereka boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua 8.2 Guru yang menghadapi masalah berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran boleh berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan atau Penolong Kanan9.0 Tugas9.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab9.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan/ kursus, misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran/ Pejabat Pelajaran/ sekolah lain/ jabatan lain, guru hendaklah akur melaksanakan tugas tersebut. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, ia mestilah atas persetujuan Pengetua9.3 Guru perlu mengikut prosedur yang betul apabila berurusan dengan pihak yang tertentu 10.0 Buku Rekod Mengajar 10.1 Semua guru bertanggungjawab ke atas keselamatan Buku Rekod Mengajar. Semua butiran hendaklah disempurkan dengan teliti, kemas, dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua 10.2 Jika seorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan.10.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.11.0 Jadual Waktu 11.1 Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas sendiri 11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran
12.0 Jadual Kedatangan Murid 12.1 Setiap guru tingkatan akan diberikan sebuah buku kedatangan murid. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak mengenainya yang tercetak dibahagian kulit hadapan.12.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur , kemas dan ditanda setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, penyelaras tingkatan bertanggungjawab menandatanganinya12.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat. Guru tidak boleh membawa balik Buku Jadual Kedatangan Murid.12.4 Buku Kedatangan tidak boleh ditanda oleh pelajar 12.5 Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau 10 hari secara tidak berturutturut ibu bapa hendaklah dihubungi secara bertulis dengan surat peringatan12.6 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab 13.0 Keselamatan Harta Benda Sekolah 13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.13.2 Ketua Guru Bilik-bilik khas hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai pengunaan alat-alat bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel, pusat sumber, surau, bilik pendidikan seni visual dan makmal / bilik komputer 13.3 Semua kunci bilik-bilik khas mesti diserahkan ke pejabat setiap kali sebelum cuti sekolah. 14.0 Kebersihan Kelas dan Kawasan Sekolah 14.1 Kebersihan kawasan sekolah adalah bertanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas hendaklah disediakan dan dipamerkan untuk rujukan.
14.2 Guru Kanan/ Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel/ bilik kaunseling/ makmal/ bilik-bilik khas) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut15.0 Surat Menyurat15.1 Semua surat rasmi hendaklah ditandatangani oleh Pegetua sebelum diserahkan kepada pihak berkenaan.16.0 Surat Yang Diterima 16.1 Surat yang diterima oleh sekolah akan diedarkan kepda guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadapat surat-surat tersebut 16.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah mengambil tindakan 16.3 Jika surat itu ditujukan kepda pengetua mendegarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah mengambil tindakan tersebut. 17.0 Urusan ke Kementerian Pelajaran/ Jabatan Pelajaran/ Pejabat Pelajaran Daerah dan Pelawat 17.1 Guru-guru tidak digalakkan untuk pergi ke tempat berkenaan atas urusan peribadi17.2 Semua pelawat DIMESTIKAN memakai tag pelawat yang didapati di pondok jaga dan berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan/ pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu 17.3 Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua17.4 Semua pelawat dan jurujual tidak dibenarkan berjumpa terus dengan guru tanpa kebenaran Pengetua 18.0 Pembelian Barang 18.1 Semua pembelian brang hendaklah melalui Ketua Bidang 18.2 Nota Minta dan Sebut Harga mesti mendapat kelulusan Pengetua. Barang tidak boleh ditempah sebelum nota minta diluluskan 18.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan 18.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku dengan kemas. 19.0 Kegiatan Kokurikulum
19.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan tetap dan teratur berpandukan kepada panduan pengurusan kokurikulum sekolah.20.0 Perhimpunan Sekolah 20.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada hari isnin (7.25 pagi -sesi pagi- / 12.30 ptg -sesi petang-) dan perhimpunan harian setiap pagi bermula jam 7.20 pagi dan 1.00 petang bagi sesi petang.20.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang 21.0 Mesyuarat dan Taklimat Guru 21.1 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat / taklimat 22.0 Buku Stok Inventori 22.1 Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pengetua/ Penolong Kanan. 23.0 Tanda Nama23.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi sekolah/ di luar sekolah .
B2. GARIS PANDUAN NILAI DAN ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PANDUAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRANDALAMAN
1. PENGENALAN Peperiksaan dan penilaian merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam pendidikan. Sebagai satu pengukuran dalam proses pembelajaran dan pengajaran, maka peperiksaan dan penillaian harus dikendalikan dengan berkesan. Oleh itu, unsur-unsur kesahihan, kebolehkepercayaan dan keselamatan dalam pengendalian peperiksaan dan penilaian haruslah dititikberatkan.2. JENIS PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN DALAMAN (A) Peperiksaan dan penilaian dalaman meliputi beberapa jenis : 1) Ujian bulanan setara -ujian bulanan 1 pada bulan Mac dan Ujian bulanan 2 pada bulan Ogos 2) Peperiksaan setara - Peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei dan Peperiksaan akhir tahun pada bulan September/Oktober3) Peperiksaan Percubaan Setara PT3 pada bulan September dan SPM juga pada bulan September/Oktober4) Kerja kursus, laporan eksperimen sains (PEKA), ujian lisan (ULBS) dan kerja amali yang diselaraskan oleh ketua panitia dan guru mata pelajaran berkenaan. (B) Semua pelajar WAJIB mengambil semua mata pelajaran bagi semua jenis peperiksaan dan penilaian yang ditawarkan di sekolah ini (kecuali mata pelajaran Bahasa Cina hanya untuk pelajar beralairan SJK(C) dan Pendidikan Islam hanya untuk pelajar beragama Islam)(C) Bagi ujian bulanan 1 dan Ujian bulanan 2 hanya markah mata pelajaran sahaja akan direkodkan dalam Slip Pelaporan. Tidak ada purata markah dan kedudukan dalam kelas (D) Bagi Peperiksaan pertengahan tahun , markah dan gred semua mata pelajaran, jumlah markah, purata markah, kelakuan, kehadiran dan kedudukan dalam kelas akan direkodkan dalam Slip Pelaporan(E) Semua butir peperiksaan dalam perkara D di atas. Perlu direkodkan dalam peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan percubaan.3. Peruntukan Markah bagi Peperiksaan dan Pentaksiran DalamanPENILAIAN MARKAH TERAS MARKAH KURSUSUjian Bulanan 1 100% Tiada PeperiksaanPertengahan Tahun100% Tiada
Ujian Bulanan 2 100% Tiada Peperiksaan akhirTahun/Percubaan 100% Tiada 3.1 Mesyuarat panitia pertama akan menentukan peratusan markah kerja kursus mengikut kesesuaian mata pelajaran masing-masing. Keputusan perutukan markah kerja kursus hendaklah diselaraskan antara semua guru yang mengajar mata pelajaran itu dalam tingkatan yang sama. Keputusan itu haruslah diminitkan dalam mesyuarat panitia untuk makluman dan tindakan3.2 Format ujian bulanan dan peperiksaan yang mengandungi bab, masa bingan soalan, jenis soalan dan peruntukan markah setiap bahagian perlu dibincang dan dinyatakan dengan jelas dalam mesyuarat panitia pertama. Semua butir tersebut perlu ditulis dalaam borang yang ditetapkan. Ketua panitia perlu memperbanyakan salinan borang ini dan memberikan sesalian kepada semua guru mata pelajaran di bawah panitia itu. Serahkan sesalinan kepada SU peperiksaan dalaman pada akhir bulan Januari.3.3 Markah kursus bolehlah diperoleh dari kekerapan dan mutu latihan, projek, kerja kursus, kuiz, ujian pendek, laporan eksperimen/ amali dan tugasan lain yang berkait dengan mata pelajaran itu. Mesyuarat panitia pertama hendaklah menelaraskan kandungan markah kursus ini. Guru mata pelajaran haruslah menyimpan semua rekod ini untuk tujuan rujukan dan penyemakan oleh pihak pentadbiran jika perlu.4. Penyediaan soalan ujian dan peperiksaan 4.1 Ketua panitia mengagihkan tugas kepada guru-guru sebagai pengubal dan penyemak soalan dalam mesyuarat panitia pertama. Satu salinan senarai tugas ini haruslah disampaikan kepada GPK Pentadbiran atau GPK Petang dan GKMP pada akhir bulan Januari4.2 Soalan ujian dan peperiksaan mestilah bertaip dengan komputer berhuruf Arial dan bersaiz fon 11 atau 124.3 Butir-butir utama seperti berikut perlu dinyatakan pada bahagian atas di halaman pertama kertas soalan, contoh :Mata pelajaran : Sejarah SMJK YOKE KUANTingkatan : 5D1-5A2 Pengubal : ……….
Tarikh : 15.4.2026 (Isnin) Penyemak : ……….Bilangan calon : 322 Disahkan oleh PK Pentadbiran : ………..4.4 Prosedur aliran kerja piawai untuk tugas penggubalan, penyemakan dan pencetakan kertas soalan ujian dan peperiksaan adalah seperti berikut :Guru pengubal menyerahkan soalan ujian/peperiksaan yang lengkap bertaip bersama dengan skema pemarkahan kepada guru penyemak dua minggu sebelum tarikh ujian/peperiksaan itu. Setelah disemak oleh guru penyemak dan pembetulan dibuat oleh guru prnggubal , guru penggubal menyerahkan soalan itu kepada ketua panitia 10 hari sebelum tarikh ujian/peperiksaan itu.
Ketua panitia membuat penelitian soalan itu dari segi format dan kandungan dan kemudian mengesahkannya. (tanda tangan) soalan itu.Ketua bidang mengesahkan soalan itu (cop & tanda tangan) di halaman terakhir soalan itu. Kemudian merekodkan penerimaan soalan itu dan menghantarkannya kepada bahagian pencetakan untuk dicetak dengan segera (dalam Bilik Setor Pep) Guru pengubal dan penyemak bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengokot dan menyusun kertas soalan di sekolah mengikut kelas. Semua kertas soalan mesti disusun dan disimpan di dalam almari besi di stor peperiksaan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh ujian/peperiksaan itu. 4.5 Slip ujian / peperiksaan hendaklah digunakan bagi setiap kelas untuk menyatakan butir-butir tentang kertas soalan ujian/peperiksaan.5. Aliran tugas pada hari ujian dan peperiksaan 5.1 Sebelum ujian/peperiksaan bermula5.1.1 Guru pengubal soalan dikehendaki mengambil keluar kertas soalan dari almari besi dan menyusun dengan teratur di atas meja panjang di bilik peperiksaan 5.1.2 Guru pengawas dikehendaki mengambil kertas soalan itu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu ujian/peperiksaan kertas soalan itu dan tandatangan di borang yang telah disediakan5.1.3 Guru pengawas hendaklah memastikan kertas soalan yang diambilnya adalah betul mengikut kelas pengawasan mereka 5.1.4 Sila tepati masa dan masuk ke kelas mengikut jadual waktu persendirian guru untuk menjalankan tugas pengawasan. Jika waktu itu tiada ujian/peperiksaan, guru juga mesti masuk ke kleas seperti waktu pelajaran biasa. 5.2 Semasa ujian/peperiksaan dijalankan5.2.1 Guru pengawas hendaklah memastikan semua beg, buku, nota, majalah, suratkhabar dan bahan lain diletakkan di luar bilik darjah sebelum ujian/peperiksaan itu bermula
5.2.2 Beg atau kotak alat tulis lut sinar sahaja yang dibenarkan bawa masuk dalam kelas. Sila pastikan tidak ada pelajar membawa masuk beg atau kotak alatulis yang tidak lut sinar.5.2.3 Sila pastikan keadaan kelas itu bersih. Meja dan kerusi disusun denganteratur mengikut Pelan Tempat Duduk ujian/peperiksaan yang disediakan oleh ketua tingkatan. Semua laci meja mesti menghadap ke hadapan kelas.5.2.4 Semua pelajar mesti bersedia dan duduk di tempat duduk yang ditetapkan 10 minit sebelum ujian/peperiksaan itu bermula.5.2.5 Guru pengawas pertama dikehendaki menulis butir-butir yang berkenaan seperti yang dinyatakandalam slip peperiksaan 5.2.6 Ketua tingkatan bertanggungjawab membeli kertas test-pad dari koperasi sekolah.5.2.7 Sila laporkan nama pelajar yang tidak berdisiplin atau melanggar peraturan ujian/peperiksaan di bawah bahagian slip peperiksaan itu. Serahkan laporan itu kepada guru disiplin. Tindakan disiplin akan disusuli.5.2.8 Guru pengawas diminta menjalankan tugas pengawasan dengan ketat untuk mengelakkan kejadian kes peniruan. Membaca dan memeriksa buku atau kertas ujian di dalam kelas semasa pengawasan dilarang sama sekali.5.2.9 Waktu ujian/peperiksaan hendaklah dipatuhi dengan sepenuhnya. Pelajar tidak dibenarkan menghantar kertas jawapan kepada guru pengawas sebelum tamatnya masa ujian/peperiksaan itu 5.2.10 Semua pelajar yang hendak pergi ke tandas mesti mendapatkan kebenaran daripada guru pengawas terlebih dahulu dan memakai kad pas 5.2.11 Semasa ujian/peperiksaan iru berlangsung, semua pelajar tidak dibenarkan meminjam apa-apa jua peralatan daripada pelajar lain.5.3 Selepas ujian/peperiksaan5.3.1 Guru pengawas terakhir hendaklah memungut dan menyerahkan semua kertas jawapan bersama dengan slip peperiksaan kepada bilik peperiksaan sebaik sahaja ujian/peperiksaan itu tamat 5.3.2 Guru pengawas terakhir bertanggungjawba sepenuhnya ke atas sebarang kehilangan kertas jawapanyang dipungutnya 5.3.3 Guru pengawas terakhir hendaklah memungut semua kertas soalan, kertas jawapan objektif dan kertas-kertas lain yang berlebihan dari meja guru dan meletakkannya di Bilik Peperiksaan 6. Pembekalan kertas dan bahan untuk ujian/peperiksaan6.1 pihak sekolah hanya dibekalkan kertas jawapan objektif, kertas graf dan kertas kaligrafi cina kepada pelajar
6.2 Semua pelajar mesti megunakan kertas tulis (test pad) yang berlogo sekolah. Ketua tingkatan bertanggungjawab untuk membelitest pad dari koperasi sekolah. Kertas tulis ini hendaklah diletakkan di atas meja guru pengawas dan akan diedarkan oleh guru pengawasmengikut keperluan soalan semasa peperiksaan itu.7. Ketidakhadiran pelajar dalam ujian/peperiksaan 7.1 Pelajar yang tidak hadir dalan ujian 1 dan ujian 2 tidak dibenarkan memohon untuk mengambil semula ujian itu 7.2 Pelajar yang tidak hadir dalam peperiksaan layak memohon untuk mengambil semula peperiksaan daripada guru mata pelajaran berkenaan dengan syarat : “berurusan rasmi yang memdapat kebenaran daripada pengetua seperti mewakili sekolah dalam pertandingan atau kegiatan kokurikulum” 7.3 Pelajar yang tidak hadir dengan syarat-syarat yang ternyata dalam perkara 7.2 mempunyai dua pilihan : 7.3.1 buku laporan pelajar ditulis TH atau AB tidak hadi. Jika ia tidak mahu mengambil semual peperiksaan 7.3.2 Markah mata pelajaran itu dicatatkan dalam buku laporan pelajar jika permohonan untuk mengambil semua diluluskan. 7.4 Pelajar yang tidak hadir dalam ujian/peperiksaan tidak mempunyai surat doktor (mc) atau tiada surat daripada ibu bapa yang mempunyai sebab munasabah akan diberikan markah 0 untuk mata pelajaran itu.7.5 Semua permohonan untuk mengambil semula peperiksaan hendaklah dirujukan kepada setiausaha peperiksaan dalaman untuk pertimbangan.8. Tatatertib pelajar semasa peperiksaan 8.1 Ketua tingkatan mesti menyediakan 2 salinan Pelan Tempat Duduk ujian/peperiksaan mengikut senarai nama kelas. Setelah pelan itu disahkan oleh guru tingkatan, satu salinan pelan itu hendaklah dipaparkan dipapan notis kelas dan satu salinan lagi diserahkan kepada setiausaha peperiksaan.8.2 Sebelum peperiksaan bermula, semua pelajar mesti meletakkan beg , nota, buku, fail, bahan rujukan dan bahan lain yang berkaitan dengan mata pelajaran itu di luar bilik darjah. Beg atau kotak alatulis jejis lut sinar sahaja dibenarkan di bawa masuk ke dalam kelas
8.3 Sepanjang masa peperiksaan, semua pelajar mesti berada di sekolah mengikut jadual waktu persekolahan biasa. Semua kes ponteng sekolah atau ponteng kelas akan dilaporkan kepada guru disiplin.8.4 Pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran tertentu hendaklah duduk di dalam kelas dan membuat ulang kaji sendiri. Guru mata pelajaran bertanggungjawab untuk mengawal disiplin kelas.8.5 Semua pelajar dilarang sama sekali keluar dari kelas tanpa mendapatkan kebenaran daripada guru pengawas dan memakai kad pas8.6 Semasa peperiksaan dijalankan, semua pelajar tidak dibenarkan meminjam apa-apa alat tulis daripada pelajar lain. Pelajar mesti membawa alat tulis sendiri , kertas tulis dan bahan lain.8.7 Hanya pensil 2B atau BB dibenarkan untuk menghitamkan ruang pada kertas jawapan objektif. Pelajar yang melanggar peraturan ini (mengunakan pen atau ball pen) akan diberikan markah 0 dalam kertas ujian/peperiksaan ini.8.8 Waktu peperiksaan mesti dipatuhi dengan sepenuhnya. Pelajar tidak dibenarkan menghantar kertas ujian kepada guru pengawas sebelum tematnya masa peperiksaan.8.9 Tindakan disiplin yang tegas akan dikenakan ke atas pelajar yang disabit dalam kes peniruan. Pelajar yang bersalah akan menerima hukuman berikut :8.9.1 Diberikan 0 markah untuk mata pelajaran itu 8.9.2 Gred kelakuan diturunkan satu tahap 8.9.3 Dikenakan 15 penalti 8.9.4 Ibu bapa dipanggil ke sekolah untuk menandatangai surat perjanjian8.9.5 Segala salah laku pelajar hendaklah dilaporkan oleh guru pengawas. Tindakan disiplin akan disusuli.9. Pengredan markah dan pengiraan kedudukan dalam kelas 9.1 Untuk semua Kelas Peralihan9.1.1 Kumpulan Lulus - wajib lulus dalam semua mata pelajaran, kecuali PJK dan PSV.9.1.2 Kumpulan Gagal - tidak memenuhi syarat dalam perkara 9.1.1 tersebut 9.1.3 Bandingkan purata markah bagi semua mata pelajaran yang wajib lulus untuk menentukan kedudukan dalam kelas. Pelajar dari kumpulan lulus didahulukan dan diikuti oleh kumpulan gagal.9.1.4 Jumlah markah, purata markah, kedudukan dalam kelas serta tingkatan akan dikira melalui SAPS9.1.5 Markah dan Gred Mata Pelajaran
JULAT MARKAH GRED CATATAN85-100 A CEMERLANG70-84 B KEPUJIAN60-69 C BAIK50-59 D MEMUASKAN40-49 E MENCAPAI TAHAP MINIMUM00-39 F BELUM MENCAPAI TAHAP MINIMUMTH TH TIDAK HADIR9.2 Untuk semua kelas tingkatan 1,2,39.2.1 Kumpulan lulus - wajib lulus dalam semua mata pelajaran, kecualai PJK dan PSV9.2.2 Kumpulan gagal - tidak memenuhi syarat dalam perkara 9.2.1 tersebut9.2.3 Bandingkan purata markah bagi semua mata pelajaran yang wajib lulus untuk menentukan kedudukan kelas. Pelajar dari kumpulan lulus didahulukan dan diikuti oleh kumpulan gagal.9.2.4 Jumlah markah, purata markah, kedudukan dalam kelas serta tingkatan akan dikira melalui SAPS9.2.5 Markah dan Gred Mata Pelajaran adalah sama seperti 9.1.59.3 untuk semua kelas tingkatan 4 dan 59.3.1 kumpulan lulus-wajib dalam BM dan Sejarah seperti syarat-syarat dalam SPM9.3.2 Kumpulan gagal- tidak memenuhi syarat dalam perkara 9.3.1 tersebut 9.3.3 Bandingkan purata markah bagi semua mata pelajaran yang diambil kira untuk menentukan kedudukan dalam kelas. Pelajar dari kumpulan lulus didahulukan dan diikuti oleh pelajar dari kumpulan gagal9.3.4 Markah PJPK dan PSK dicatatkan sahaja dalam Slip pelaporan, tetapi tidak diambil kira dalam pengiraan purata yang digunakan untuk menentukan kedudukan dalam kelas serta tingkatan seorang pelajar 9.3.5 Markah dan Gred Mata PelajaranMARKAH GRED PERNYATAAN90-100 A+ TERAMAT TERTINGGI80-89 A CEMERLANG TINGGI
70-79 A- CEMERLANG65-69 B+ KEPUJIAN TERTINGGI60-64 B KEPUJIAN TINGGI55-59 C+ KEPUJIAN ATAS50-54 C KEPUJIAN45-49 D LULUS ATAS40-44 E LULUS00-39 G GAGALTH TH TIDAK HADIR9.4 Pengiraan keputusan keseluruhan tahunan (overall Annual Result)9.4.1 Keputusan keseluruhan bagi satu tahun akademik dikira berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan keputusan peperiksaan akhir tahun.9.4.2 Pemberian 30% markha bagi keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan 70% markah bagi keputusan peperiksaan akhir tahun itu untuk mnentukan semua mata pelajaran wajib diambil kira untuk menentukan kedudukan dalam kelas serta dalam tingkatan secara keseluruhan untuk tahun akademik9.4.3 Pelajar yang mendapat TH atau AB dalam mana0mana mata pelajaran wajib sama ada dalam peperiksaan pertengahan tahun maupun peperiksaan akhir tahun, akan diberikan TH atau AB dalam keputusan keseluruhan tahunan untuk mata pelajarann itu. Pelajar tidak layak mendapat rumusan markah yang digunakanuntuk menentukan kedudukan dalam kelas dan tingkatan9.4.4 Dalam prosedur menyusun kelas, maka pelajar ini tidak ada pergerakan dalam kelas iaitu ia akan kekal alam kelas itu pada tahun berikutnya9.4.5 Keputusan keseluruhan tahunan dikuatkuasakan untuk tingkatan 3,5. keputusan peperiksaan akhir tahun atau keputusan peperiksaan percubaan digunakan sebagai keputusan akhir bagi tahun itu.9.5 Percetakan slip keputusan peperiksaan9.5.1 slip keputusan peperiksaan dicetak oleh penyelaras tingkatan masing-masing bagi peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan percubaan, peperiksaan akhir tahun beserta dengan keputusan keseluruhan tahunan9.5.2 Setelah slip keputusan itu dicetak, penyelaras tingkatan akan memberikan semua slip itu kepada guru tingkatan masing-masing
9.5.3 Guru tingkatan perlu menyemak dan meneliti slip itu dengan betul sebelum manghantar ke pejabat sekolah untuk ditanda tangan.SMJK YOKE KUAN, SEKINCHAN SELANGOR PENYELEWENGAN SEMASA UJIAN/PEPERIKSAAN 1. Kelakuan pelajar dan keadaan kelas yang perlu ditangani.A) Pelajar tidak duduk mengikut tempat duduk.B) Bercakap-cakap, berbisik-bisik, membuat bising semasa peperiksaanC) Susunan meja dan kerusi tidak mengikut pelanD) Laci meja/ buku/ nota mesti diletakkan diluar bilik darjahE) Tiada sebarang kertas di atas meja sebelum peperiksaan bermulaF) Hanya ada alat tulit sahaja di atas meja pelajar G) Kelas kotor/ papan putih kotorH) Pas keluar tandas hanya untuk seorang pada setiap masa 2. Sikap guru perlu dibaiki A) Masuk kelas lewat B) Lewat memulakan peperiksaan C) Salah mengambil kertas soalan peperiksaanD) Asyik membaca, memeriksa buku / soalan peperiksaan E) Tidur semasa menjalankan tugas pengawasan F) Mengutip kertas jawapan sebelum tamat masa peperiksaanG) Tidak membilang kertas jawapan apabila habis dikutipH) Duduk di luar bilik darjahI) Tempat duduk tidak strategik / sesuai , sebaiknya di belakang kelas
3. Hal-hal lainA) Soalan mesti dikokot dan disusun di sekolah B) Tidak masuk kelas apabila wakti itu tidak ada peperiksaanC) Sila cara penyediaan soalan ujian dan peperiksaan dan aliran tugas pada hari ujian dan peperiksaan KRITERIA PENENTUAN KELAKUAN PELAJAR DALAM BUKU LAPORAN KEMAJUAN PELAJAR BIL ASPEK KELAKUAN GRED CONTOH GRED CONTOHGRED 1 Sikap Pembelajaran⚫ Kekerapan membuat latihan yang diberikan ⚫ Kekerapan menghantar buku latihan⚫ Mutu latihan⚫ Penumpuan dalam kelas ⚫ Penyertaan dalam pembelajaran⚫ Tidak tidur dalam kelas⚫ Tidak menganggu semasa guru mengajarA c
2 Sikap kerohanian⚫ Kesopanan terhadap guru⚫ Kerjasama dalam kelas ⚫ Tanggungjawab menjalankan tugas harian B B3 Perwatakan dan penampilan ⚫ Berpakaian kemas (termasuk kasut)⚫ Rambut diurus dengan kemas dan mematuhi peraturan sekolah ⚫ Tidak lewat masuk kelas ⚫ Tidak bising dan menganggu pelajar lain B BGred kelakuan pelajar yang ditentukan oleh guru mata pelajaranB C 1. Maksud gred :A : Sangat baik B : Baik C : MemuaskanD : Lemah
2. Guru tingkatan dikehendaki mendapat gred kelakuan pelajar daripada sekurang-kurangnya 5 orang guru mata pelajaran untuk menentukan gred purata kelakuan3. Kemudian guru tingkatan menyerahkan gred purata pelajar kelas itu kepada guru disiplin untuk mendapatkan kata putus mengenai gred kelakuan setiap pelajar. PANDUAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1. LEMBAGA DISIPLIN DAN TATATERTIB PELAJAR 1.1 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa setiap bulan.1.2 Memastikan murid-murid memiliki Buku Peraturan Sekolah 1.3 Memastikan semua murid memiliki Kad Pelaporan Disiplin Individu1.4 Menyebarkluaskan maklumat mengenai peraturan sekolah kepada semua murid 1.5 Membuat pengumuman harian dan mingguan tentang peraturan sekolah kepada semua murid 1.6 Memastikan murid mematuhi pertauran sekolah yang ditetapkan
1.7 Memastikan kesalahan murid yang dilaporkan mempunyai asas dan sebarang pengakuanbersalah murid perlu direkodkan1.8 Menjalankan tindakan hukuman kepada murid yang melakukan kesalahan ringan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan1.9 Menjalankan tindakan hukuman kepada murid yang melakukan kesalahan sederhana mengikut garis panduan yang telah ditetapkan1.10 Menjalankan tindakan hukuman kepada murid yang melakukan kesalahan berat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan1.11 Sentiasa mengadakan pemeriksaan mengejut untuk memastikan peraturan sekolah dipatuhi 1.12 Melaporkan setiap pemeriksaan di dalam buku laporan 1.13 Memastikan barang-barang yang dirampas daripada murid direkod dengan kemas dan teratur 1.14 Memastikan semua murid-murid tidak membawa telefon bimbit ke sekolah. Sekiranya murid didapati bersalah membawa telefon bimbit, telefon bimbit, kad sim dan kad memori akan ditahan oleh pihak sekolah mengikut tempoh yang telah ditetapkan bergantung kepada bilangan kesalahan yang telah dilakukan 1.15 Murid hanya boleh menuntut semula telefon bimbit mereka setelah tempoh yang ditetapkan dipatuhi. Murid perlu membawa bersama ibu bapa sewaktu membuat tuntutan1.16 Murid hanya dibenarkan menuntut semula barang yang dirampas setelah tempoh yang ditetapkan oleh pihak sekolah dipatuhi 1.17 Merekod data-data disiplin atas talian 1.18 Merekod kehadiran pelajar atas talian pada setiap hari persekolahan1.19 Sentiasa mematuhi Standard Operating Procuder semasa melaksanakan sebarang bentuk dendam dan hukuman ke atas semua murid yang terlibat2. PENYELARAS TINGKATAN2.1 Menyelaraskan tugas yang berkaitan dengan hal ehwal murid kepada semua guru tingkatan2.2 Menanda kedatangan murid untuk kelas-kelas dimana guru tingkatan yang berkenaan tidak hadir pada hari persekolahan 2.3 Mengjadi penghubung antara p[enolong hal ehwal murid dengan semua guru tingkatan2.4 Menyelaraskan tugas hal ehwal murid untuk semua murid 2.5 Membantu mendaftar masuk murid yang baru berpindah dari sekolah lain
3. JAWATANKUASA JADUAL KEDATANGAN MURID3.1 Memastikan kedatangan murid dicatat dan ditanda pada waktu pertama setiap sesi persekolahan3.2 Menyemak buku jadual kedatangan murid secara berkala 3.3 Memastikan semua maklumat murid diisi dan dilengkapkan di dalam buku jadual kedatangan murid pada bulan pertama sesi persekolahan 3.4 Memastikan semua butiran di dalam buku jadual kedatangan murid ditanda dan ditulis dengan baik.3.5 Memastikan data kedatangan murid diisi di atas talian setiap hari 3.6 Mengumpul semula buku jadual kedatangan murid pada akhir sesi persekolahan untuk tujuan audit 4. JAWATANKUASA DAFTAR MURID MASUK SEKOLAH 4.1 Memastikan semua pendaftaran baru masuk ke sekolah dicatat di dalam buku daftar masuk sekolah . Memberi nombor daftar kepada murid yang mendaftar masuk.4.2 Memantau secara berkala Buku Daftar Masuk Sekolah untuk memastikan semua data pelajar baru dimasukan dengan lengkap dan sempurna 4.3 Memastikan Buku Daftar Masuk Sekolah sentiasa bersih dan selamat 5. LEMBAGA KETUA TINGKATAN 5.1 Mengadakan mensyuarat jawatankuasa Lembaga Ketua Tingkatan dua kali setahun5.2 Membentuk jawatankuasa kelas masing-masing 5.3 Menyelaras pembahagian tugas di dalam pengurusan kelas 5.4 Sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing5.5 Mengambil buku kawalan kelas pada waktu pertama sesi persekolahan di bilik disiplin 5.6 Memulangkan buku kawalan kelas pada waktu akhir sesi persekolahan di bilik disiplin5.7 Membantu guru-guru mata pelajaran meekod buku kawalan kelas setiap waktu pdp5.8 Memastikan buku kawalan kelas sentiasa bersih dan selamat 5.9 MelaporkaN kehilangan buku kawalan kelas kepada ketua guru disiplin dengan kadar segera 6. JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
6.1 mengadakan mesyuarat empat kali setahun 6.2 Megendalikan kes-kes murid yang dirujuk oleh unit Hal Ehwal Murid dengan segera 6.3 Mengendali, mengurus dan menyimpan data-data yang perlu sepertimana arahan pihak PPD, JPN, dan KPM 6.4 Mengadakan semua program yang berkaitan dengan unit Hal Ehwal Murid 6.5 Merekod semua program yang berkaitan dengan unit Hal Ehwal Murid 7. JAWATANKUASA PROGRAM MENTOR MENTEE7.1 mengadakan mesyuarat dua kali setahun 7.2 Mengadakan taklimat program mentor mentee kepada semua guru 7.3 Mengadakan taklimat program mentor mentee kepada semua murid 7.4 Melaksanakan program mentor mentee dengan berkesan dan merekod dengan sempurna 8. JAWATANKUASA PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 8.1 mengadakan mesyuarat dua kali setahun 8.2 Mengadakan taklimat program sekolah selamat kepada guru-guru8.3 Memastikan program sekolah selamat dijalankan setiap hari persekolahan8.4 Merekod dan melaporkan program sekolah selamat kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 8.5 Membuat tindakan susulan sebarang cadangan penambahbaikan oleh pihak PPD selepas pemantauan dijalankan8.6 Melapor program selamat kepada PPD9. JAWATANKUASA BENCANA ALAM 9.1 mengadakan mesyuarat jawatankuasa dua kali setahun 9.2 Mengadakan mesyuarat tergempar pada waktu-waktu yang difikirkan sesuai dan segera 9.3 Mengadakan taklimat bencana alam kepada semua warga sekolah 9.4 Sentiasa berhubung rapat dengan semua agensi luar yang berkaitan dengan kejadian bencana alam9.5 Memastikan sekolah sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bencana alam