1013.2.1 perkhidmatan Elemen jawatan yang disandang oleh pelajar dalam satu-satu kelas atau persatuan bukan kokurikulum yang melibatkan perkhidmatan bagi tujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Jawatan ini melibatkan pelantikan berdasarkan ciri-ciri kepimpinan seseorang individu. Huraiannya seperti berikut :JADUAL 13 : EKSTRA KURIKULUM -SKOR ELEMEN PERKHIDMATANELEMEN PERKARA SKORPERKHIDMATAN(BUKTI PENGLIBATAN : SIJIL PENCAPAIAN)Ketua Murid 10Timbalan/Penolong Ketua Murid 8Pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah Pengawas/KetuaAsrama/ Ketua PRS/BADAR/Pengerusi Badan-badan Perkhidmatan Sekolah7Penolong Ketua Asrama/ Pegawas Pusat Sumber /BADAR6AJK Utama Badan-badan Perkhidamatan atau Pengurusan / Bendahari/ Setiausaha/ Ketua Biro Asrama/PRS/ BADAR/Penerima sijil dan lencana SLAD/ PROSTAR/ Pengawas koperasi/Ketua kelas/ Ketua tingkatan5Ahli-ahli J/Kuasa Perkhidmatan dan sokongan AJK kecil biro/ Ketua Bilik/ Ketua Dorm/ BADAR/ Penerima sijil SLAD/ PROSTAR/ Penolong Ketua Bilik3
1023.2.2 Anugerah Khas Pemberian pengiktirafan oleh Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, Kesatuan/Persatuan Sukan yang berkaitan aktiviti kokurikulum murid di dalam dan luar kawasan sekolah. Huraian markah seperti berikut:JADUAL 14 : EKSTRA KURIKULUM - SKOR ELEMEN ANUGERAH KHAS ELEMEN PERKARA SKOR ANUGERAH KHAS 1. Anugerah Remaja Perdana (ARP) anjuran Kemeneterian Belia dan Sukan (KBS)1.1 Emas1.2 Perak1.3 Gangsa10752. Anugerah Pengakap Raja / Pandu Puteri Raja/ Grand Prior/ Puteri Az-Zahraa103. Anugerah Khas Kokurikulum dan sukan3.1 Peringkat Kebangsaan3.2 Peringkat Negeri3.3 Peringkat Zon/Daerah/Bahagian3.4 Peringkat Sekolah108644. Penyertaan Peringkat Antarabangsa Bukan anjuranKementerian Pendidikan Malaysia4.1 Emas4.2 Perak4.3 Gangsa5435. Lain-lain Anugerah/Penghargaan Khas yang setara5.1 Kebangsaan5.2 Negeri5.3 Zon/Daerah/Bahagian1075
1033.2.3 Khidmat masyarakat Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Program yang diiktiraf dalam pentaksiran markah kokurikulum adalah bersifat berdiri sendiri dan bukan lanjutan daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada. Aktiviti boleh dilaksanakan berdasar senarai atau secara berulang. Tempoh masanya sekurang-kurangnya 3 jam bagi satu markah. Skor bagi setiap aktiviti yang dijalankan adalah seperti jadual JADUAL 15 : EKSTRA KURIKULUM -SKOR ELEMEN KHIDMAT MASYARAKATELEMEN PERKARA SKORKHIDMAT MASYARAKAT1. Aktiviti Kejiranana/Komuniti 12.Aktiviti Alam Sekitar 13.Aktiviti Bencana Alam 14.Aktiviti Khidmat Jabatan/Agensi 15.Aktiviti Kebudayaan/ kesenian/integrasi16.Aktiviti Kerohanian 17.Aktiviti Insaniah 13.2.3 Nilam Nadi Ilmu Amalam Membaca (NILAM) -satu program yang mengabungkan semua aktiviti galakan memebaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. JADUAL 16 : ANUGERAH NILAM -SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH MENENGAH (PERALIHAN - TINGKATAN 5)PENGIKTIRAFAN BILANGAN BUKU1 BINTANG 120 2392 BINTANG 240 3593 BINTANG 360 4794 BINTANG 480 599
1045 BINTANG 600 KE ATASJADUAL 17 : EKSTRA KURIKULUM - SKOR ELEMEN PROGRAM NILAMPERINGKAT 5 BINTANG4 BINTANG3 BINTANG2 BINTANG1 BINTANGKebangsaan 10Negeri 9Daerah/Zon/Bhagian 8 7 6 5 4Sekolah 7 6 5 4 33.2.4 TIMMS dan PISAThe Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) adalah ujian bagi menguji tahap penguasaan murid sekolah menengah terhadap subjek Sains dan Matematik. Manakala Programme for Internationalk Student Assessment (PISA) pula menguji keupayaan dan penguasaan murid juga berkaitan subjek Sains, Matematik dan kemahiran membaca khusus kepada murid-murid berumur 15 tahun ke bawah. Keduadua ujian ini diiktiraf sebagai aktiviti aktiviti kokurikulum, manakala penyertaan dan pencapaian murid ditaksir sebagai markah ekstra kurikulum pada tahun semasa shaja. Agihan markah adalah seperti berikut :JADUAL 18 : EKSTRA KURIKULUM : SKOR ELEMEN TIMMS DAN PISABIDANG PERKARA SKORTIMMS DAN PISA1. Penyertaan di peringkat Antarabangsa yang mencapai tahap cemerlang102. Penyertaan di peringkat Antarabangsa 83. Penyertaan di peringkat Kebangsaan 6
1053.2.5 Tugas-tugas Khas Tugas-tugas khas ialah tugas yang diberikan kepada murid dalam menjayakan program atau hari-hari khas seperti sambutan hari Kebangsaan , hari Malaysia, hari Sukan Negara, Sukan SEA dan Sukan ASIA. Program yang diiiktiraf dalam pentaksiran markah kokurikulum adalah bersifat berdiri sendiri dan bukan lanjutan daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada. Skor bagi setiap aktiviti yang dijalankan adalah seperti jadual berikut:JADUAL 19 : EKSTRA KURIKULUM - SKOR ELEMEN TUGAS-TUGAS KHAS TUGAS-TUGAS KHASPERKARA SKORPeserta / atlet persembahan padang, perarakan,perbarisan,kejohanan sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Kebangsaan /Sukan SEA/Sukan ASIA/Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan7Peserta persembahan padang, perarakan dan perbrisan semperna Sambutan Hari Kebangsaan/ Hari Sukan Negara peringkat negeri6Sukarelawan program sukan peringkat antarabangsa yang dianjurkan dalam negara5Sukarelawan pertandingan pancaragam peringkat anatarabangsa yang dianjurkan dalam negara4Penglibatan murid yang bersifat meramaikan majlis seperti penyokong,kumpulan sorak dan sebagainya peringkat anatarabangsa yang dianjurkan dalam negara3
106SENARAI SEMAK PERMOHONAN PELANCONGAN DAN LAWATAN MURID SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SABAK BERNAM BIL PERKARA CATATAN 1. Surat iringan daripada Pengetua (letter head sekolah)2. Permohonan dikemukakan 2.1 3 minggu sebelum tarikh perjalanan (dalam negeri selangor)2.2 5 minggu sebelum tarikh perjalanan (luar negeri selangor)3. Salinan permohonan mencukupi (tidak melebihi 40 orang untuk satu bas)3.1 5 salinan permohonan 3.2 5 salinan senarai nama pelajar 4. Penyata perbelanjaan terperinci bagi setiap orang pelajar disediakan 5. Permohonan mengikut jumlah bas. Jumlah guru mengikut kadar 10(sepuluh) orang pelajar dengan seorang guru pengiring (ada guru lelaki dan perempuan)6. Permohonan ditaip dengan kemas dan tidak ditulis tangan. Senarai nama pelajar lengkap dengan No.kad pengenalan/Surat Beranak, alamat tempat tinggal,umur dan tingkatan/tahun7. Senarai nama pelajar ditaip mengikut jantina dengan didahului pelajar lelaki dan kemudian pelajar perempuan8. Permohonan ditandatangani oleh Pengetua/Guru Besar sahaja, kecuali Pengetua/Guru Besar bercuti/berkursus lebih satu minggu,Penolong Kanan yang menjalankan tugas Pengetua/Guru Besar layak menandatangan9. Lawatan / pelancongan sekolah hanya untuk pelajar-pelajar, guruguru beserta kakitangan sekolah sahaja dan orang luar tidak dibenarkan menyertai10. Surat arahan/jemputan daripada KPM/JPN/PPD disertakan bersama permohonan jika lawatan dibuat atas arahan/jemputan 11 Lawatan diadakan bukan pada hari PDP (Cuti penggal persekolahan, hari sabtu atau ahad,cuti am)
10712. Kertas kerja disediakan jika lawatan diadakan pada hari PDP13. Cadangan jadual perjalanan yang dibuat oleh sekolah 14. Menyediakan laporan ke PPD selepas lawatan (2 minggu)Catatan :1. Sila tandakan (/) pada ruangan yang berkenaan 2. Pastikan susunan permohonan mengikut jumlah bas A, bas B dan sebagainya
108PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)PBD dilaksanakan untuk mendapat gambaran tentang kemajuan pembelajaran pelajar di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru.CIRI UTAMA PBDDirancang oleh guru Menilai muridnya sendiriBersistem Merancang PDP, menentukan instrumen, melaksanakan PDP dan pentaksiran, merekod,menganalisis,mengambil tindakan susulan, melaporFormatif dan Sumatif - Dijalankan secara berterusan- Mengesan perkembangan,kemajuan dan penguasaan muridPelbagai kaedah Pemerhatian,lisan ,penulisanBerasaskan kriteria Menilai penguasaan berdasarkan Standard Kandungan,Standard Pembelajaran,Standard Prestasi dan Tahap Penguasaan yang ditetapkanMenekankan perkembangan individu Berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandungan antara individuMengesan perkembangan pembelajaran secara menyeluruh- Jasmani,emosi,rohani dan intelek- Kognitif,psikomotor dan afektifMembolehkan tindkan susulan - Mengatasi kelemahan pembelajaran- Mempertingkat kekuatan pembelajaranMengalakkan pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya- Melatih murid mentaksir kemajuan secara berterusan- Guru mendapat maklumat tambahan
109PENYATA TAHAP PENGUASAAN TAHAP PENGUASAAN (TP) TAFSIRAN1Tahu Pelajar tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.2Tahu dan fahamPelajar menunjukan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang diperlajari dalam bentuk komunikasi3Tahu,faham dan boleh buatPelajar mengunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi4Tahu,faham dan boleh buat dengan beradapPelajar mengunakan pengetahuan dan melaksanakan kemahiran dengan beradap iaitu mengikut prosedur atau sacara analitik dan sistematik5Tahu,faham dan boleh buat dengan beradap terpujiPelajar mengunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif6Tahu,faham dan boleh buat dengan beradap mithaliPelajar berupaya mengunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik,sistematik, bersifat positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi
110TAKSIRAN STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD PRESTASI.STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARANSTANDARD PRESTASIPernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan menrangjumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilaiSuatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandunganSuatu set kriteria umum yang menunjukkan tahaptahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid
111PROSES KERJA PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)Pelaksanaan PBD oleh Guru Mata Pelajaran dalam kelas dan catatan TP pelajar *catatan dalam bentuk “hard copy” atau “soft copy”*pelaksanaan PBD haruslah menetapi DSKPGuru Mata Pelajaran memasukkan skor PBD pelajar ke dalam Templet MP * Ketua Panitia (KP) perlu menjalani pemantauan untuk memastikan semua guru mata pelajaran telah memasukkan skor pada tarikh yang telah ditetapkan KP dengan bantuan Guru Mata Pelajaran menyediakan Analisis Penskoran PBDMESYUARAT PENYELARASAN PBD DIJALANKAN OLEH KETUA PANITIA*Bersama GKMP masing-masing (penetapan masa oleh panitia masing-masing)*semua guru mata pelajaran terlibat *catatan minit perlu disediakanPenyerahan salinan Borang Analisis Penskoran PBD kepada Penyelaras PBD Pengisian Templet Gabungan Kelas oleh Guru Kelas
112Cetakan Pelaporan oleh Guru Kelas *cetakan 2 salinan (fail peribadi dan penyerahan kepada pelajar)*diserahkan kepada Tuan Pengetua untuk pengesahan
113PAKEJ PELAJARAN YANG DITAWARKAN DI TINGKATAH 4Pakej Mata pelajaran teras Mata pelajaran wajibMata pelajaran elektifBil M/Pelajaran SPMD1 B.Melayu, B.Inggeris, Matematik, Sejarah, P moralPendidikan Jasmanidan Pendidikan Kesihatan (PJPK)Matematik Tambahan Fizik, Kimia, Biologi, B.cina/B.Tamil10D2/D3 B.Melayu, B.Inggeris,Matematik,Sejarah,P.Moral/P.Islam (D2 sahaja)Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK)Matematik TambahanFizik, Kimia, Biologi, B.cina/B.Tamil , Tasawur Islam (D2 shj)10B1 B.Melayu, B.Inggeris,Matematik,Sains,Sejarah,P.MoralPendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK)Matematik Tambahan,Prinsip Perakaunan, Ekonomi, B.Cina/B.Tamil10B2 B.Melayu, B.Inggeris,Matematik,Sains,Sejarah,P.Moral/P. IslamPendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK)Sains Rumah Tangga, Sains Sukan, B.Cina/B.Tamil,Tasawur Islam10B3 B.Melayu, B.Inggeris,Matematik,Sains,SejarahPendidikan Jasmani dan Pendidikan KesihatanGeografi, Prinsip perakaunan, Ekonomi, B.Cina/B.Tamil9
114SRT B.Melayu, B.Inggeris,Matematik,Sains,Sejarah,P.Moral/P. IslamPendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK)Sains Rumah Tangga,Pend Semi Visual,B.Cina/B.Tamil,Tasawur Islam9A1 B.Melayu, B.Inggeris,Matematik,Sains,Sejarah,P.Moral/P. IslamPendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK)Pendidikan Seni Visual, B.Cina/B.Tamil,Tasawwur Islam8A2 B.Melayu, B.Inggeris,Matematik,Sains,Sejarah,P.Moral/P. IslamPendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK)Pendidikan Seni Visual, B.Cina/B.Tamil,Tasawwur Islam8
115SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN YOKE KUAN45400 SEKINCHAN,SELANGORTEL : 03-32410558PROSEDUR OPERASI STANDARD (STANDARD OPERATING PROCEDURE/SOP)PENGURUSAN HUKUMAN KEPADA PELAJAR DI SEKOLAH BIL BUTIRAN PUNCA KUASA 1 Hukuman dera kepada pelajar perempuan adalah dilarang.Ordinan Pelajaran 1957 peraturan-peraturan pelajaran (Disiplin Sekolah 1959)2. hukuman dera kepada pelajar lelaki oleh seorang guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa yang diberikan olehnya dalam hal yang tertentu Ordinan Pelajaran 1957 peraturan-peraturan pelajaran (Disiplin Sekolah 1959)3 “…… tiap guru hendaklah menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertibdan perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Hanya tatatertib yang berat harus diserahkan kepada guru besar”SPI BIL 8/1968Tatatertib di sekolah
1164 “Adalah seperti tuan maklum,satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari pelajar sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab pengetua sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara kecil pun diserahkan kepada pengetua kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus dilakukan kepada pengetua untukmendapat keputusan. SPI BIL 9/1975Disiplin di sekolah, peraturan sekolah untuk pelajar5. Tindakan hukuman seperti mengetuk/menyekel kepala murid,menampar,mencubit hingga lebam,memulas telinga,mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga, mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum murid secara berkumpulan atas alasan si pesalah enggan mengaku dan berbagai lagi. Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh membawa kepada implikasi yang tidak dingini. Hukuman -hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk penyeksaan,cacian/memalukan atau lain-lain hukuman yang dikatakan liar/melampau hendaklah dielakkan.SPI BIL 8/1983Megenakan hukuman biasa terhadap murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan pelajaran6 Dalam mengunakan kuasa budi bicara , pertimbangan dan perhatian hendaklah diberikan kepada ketepatan membuat keputusan, di samping bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan dan tidak bersikap defensif. Perundingan hendaklah dilakukan dengan penuh hemah, berdiplomasi SPI BIL 8/1998Pengunaan budi bicara ketika mengambil tindakan
117dan dilakukan dalam suasana yang harmonis. Sebarang tindakan yang diambil janganlah pula kemudiannya menimbulkan isu-isu yang boleh menjejaskan suasana harmoni di sekolah atau mengugat perhubungan baik di antara sekolah dengan komuniti setempat.7 Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative),pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan masalah sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap yang dihadapi oleh murid. Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebutSPI BIL 10/2001Semua guru adalah Guru Disiplinsaya dengan ini menuyatakan bahawa telah memahami prosedur yang perlu dilakukan unruk mengurus dan menangani segala isu disiplin di kalangan murid . ….………………………No KP : …………………Tarikh :………………….
118KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROSEDUR OPERASI STRANDARD (SOP) PENGUNAAN KENDERAAN SENDIRI OLEH GURU UNTUK MEMBAWA MURID BAGI URUSAN RASMI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1.0 PENGENALAN 1.1 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darajah sahaja, malah turut dilaksanakan di luar bilik darjah sama ada melalui gerak kerja kurikulum seperti lawatan sambil belajar ke destinasi tertentu ataupun melalui gerak kerja kokurikulum dan sukan seperti penglibatan dalam pertandingan dan kejohanan tertentu. Penglibatan murid dalam acara berkenaan perlu disokong dan digalakkan bagi memberi nilai tambah kepada pemerkasaan kemenjadian murid dalam konteks mengembangkan potensi setiap aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek diri murid. 1.2 Selain itu, terdapat juga situasi yang memerlukan guru mengunakan kenderaan sendiri untuk membawa murid, iaitu bagi kes-kes yang menglibatkan kecemasan atau memerlukan kesegeraan seperti menghantar murid ke hospital untuk mendapat rawatan , menghantar murid balik ke rumah mereka , atau menghantar murid bagi maksud mematuhi keperluan undang-undang negara 1.3 menyedari kepentingan penglibatan murid dalam aktiviti sebegini,pengetua,guru besar atau pentadbir sekolah adalah bertanggungjawab menyediakan kemudahan bagi memberi peluang kepada murid menyertai gerak kerja atau aktiviti melibatkan aspek kurikulum dan kokurikulum atau seumpamanya sama ada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah . kemudahan tersebut termasuklah pengankutan atau tatacara pengangkutan untuk murid menghadiri aktiviti tersebut
1192.0 TUJUAN Garis panduan ini bertujuan memperjelas dan perincikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengunaan Kenderaan Sendiri oleh guru untuk membawa murid bagi urusan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 3.0 TAFSIRAN 3.1 Kenderaan sendiri Kenderaan sendiri yang didaftarkan atas nama guru sendiri atau merupakan salah seorang penama sebagai pemandu dalam polisi insurans kenderaan tersebut termasuklah kereta, motosikal, van, multi purpose vehicle (MPV), Sport Utility Vehicle (SUV) , bot dan/atau perahu 3.2 Kenderaan yang disediakan KPM Kenderaan yang disediakan oleh KPM kepada sekolah untuk kegunaan sekolah bagi urusan rasmi KPM yang termasuklah kereta , van, MPV, SUV , bas, coaster , bot dan atau perahu 3.3 Kenderaan Awam Kenderaan yang bertaraf sebagai kenderaan untuk pengangkutan awam yang disewa atau dibayar tambang untuk membawa murid menghadiri urusan rasmi KPM 3.4 Guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah dilantik dan sedang berhidmat di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Bagi maksud SOP ini ianya tidak termasuk guru pelatih3.5 Guru Pelatih Merujuk pelatih yang mengikut kursus pengurusan asas di mana-mana universiti awam atau swasta atau insitut pendidikan guru. Golongan pelatih ini masih belum dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. 3.6 Murid Seseorang yang sedang menerima pendidikan secara formal di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan termasuk murid prasekolah
1203.7 Program / Aktiviti Tempatan Merujuk program/aktiviti yang dibuka pelibatan dan peyertaanya kepada murid dari seluruh negara dan dilaksanakan di dalam mana-mana daerah atau negeri di malaysia 3.8 Program KebangsaanMerujuk program/aktiviti yang dibuka pelibatan dan peyertaanya kepada murid darii seluruh negara dan dilaksanakan di dalam mana-mana daerah atau negeri di Malaysia. 3.9 Program Antarabangsa Merujuk program/aktiviti yang dibuka penglibatan dan penyertaanya kepada murid dari daerah atau negeri tertentu sahaja , atau dari seluruh negara dan dilaksanakan di negara luar dari negara Malaysia 3.10 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)KPM merangkumi semua institusi pendidikan yang berdaftar di bawah kementerian termasuk bahagian di kementerian, jabatan pendidikan negeri (JPN) dan pejabat pendidikan negeri (PPD)3.11 Urusan Rasmi KPMA) Merujuk segala program dan/atau aktiviti anjuran KPM, JPN, PPD, sekolah atau program kerjasama dengan pihak luar yang mendapat kebenaran atau kelulusan KPMB) Urusan bagi kes-kes yang melibatkan kecemasan atau memerlukan kesegaraan antara lainnya menghantar murid ke hospital/klinik untuk mendapatkan rawatan , menghantar murid balik ke rumah mereka , menghantar murid menghadiri aktiviti bersifat kebajikan semperti menziarahi murid, warna sekolah dan keluarga terdekat yang ditimpa musibah atau menghantar murid bagi maksud mematuhi kehendak undang-undang negera seperti memenuhi keperluan siasatan atau perbicaraan di mahkamah atau apa-apa perkara kecemasan lain yang ditentukan oleh KPM 4.0 Kebenaran Pengetua, Guru Besar atau Pentadbir Sekolah4.1 Pengetua, guru besar atau pentadbir sekolah hendaklah memastikan urusan tersebut merupakan urusan rasmi KPM 4.2 Pengetua , guru besar atau pentadbir sekolah hendaklah meneliti dan membuat pertimbangan penggunaan jenis kenderaan atau pengangkutan yang akan digunakan untuk membawa murid mengikut aturan pemeringkatan berdasarkan syarat berikut :
1214.2.1 Kenderaan yang disediakan oleh KPM Bagi sekolah yang ada kenderaan yang disediakan oleh KPM,Pengetua, guru besar atau pentadbir sekolah hendaklah memberi keutamaan terhadap penggunaan kenderaan ini bagi tujuan tersebut.4.2.2 Kenderaan Awam Sekiranya sekolah tidak disediakan kenderaan oleh KPM, Pengetua, Guru besar atau pentadbir sekolah boleh membuat tempahan untuk mengunakan perkhidmatan kenderaan awam daripada syarikat penyedia perkhidmatan kenderaan awam yang berdaftar. 4.2.3 Kenderaan sendiri Sekiranya syarat 4.2.1 dan 4.2.2 tidak dapat dipenuhi akibat dari kekangan tertentu yang pada pandangan pengetua, guru besar atau pentadbir sekolah boleh menjejaskan kebajikan , keselamatan dan kesejahteraan guru dan murid yang terlibat atau menjejaskan penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti termasuk urusan seperti perkara 3.11 (b) dalam SOP ini, maka pengetua, guru besar atau pentadbir sekolah boleh memberi kebenaran kepada guru untuk mengunakan kenderaan sendiri bagi tujuan tersebut 4.3 kriteria kebenaran oleh pengetua, guru besar atau pentabdir sekolah dalam pengunaan kenderaan sendiri oleh guru untuk membawa murid adalah seperti berikut :4.3.1 Kenderaan yang akan digunakan secara amnya berada dalam keadaan baik dan diperaku oleh guru berkenaan 4.3.2 Lesen memandu guru masih sah tempoh 4.3.3 Cukai jalan, polisi insurans kenderaan sendiri guru masih sah tempoh4.3.4 Bilangan penumpang tidak melibihi kapasiti kenderaan sendiri guru yang disediakan 4.4 Guru yang mengunakan kenderaan sendiri untuk membawa murid dikehendaki mengisi Borang Kebenaran Pengunaan Kenderaan Sendiri Oleh Guru Untuk Membawa Murid Bagi Urusan Rasmi Kemeneterian Pendidikan Malaysia seperti di lampiran 2.5.0 Tempat mengambil/menurunkan murid
1225.1 Tempat mengambil/menurunkan murid yang dibenarkan adalah dalam kawasan sekolah/asrama sekolah sahaja. Guru tidak dibenarkan untuk mengambil/menurunkan murid di rumah atau di kawasan selain kawasan sekolah/asrama sekolah.5.2 Sekiranya guru perlu mengambil/menurunkan murid selain dari kawasan sekolah/kawasan asrama sekolah, permohonan /kebenaran perlu diperoleh daripada ibu/bapa/penjaga murid terlebih dahulu.5.3 Guru perlu memaklumkan kepada pengetua, guru besar atau pentabdir sekolah sebarang perubahan tempat mengambil/menurunkan murid 6.0 Pematuhan Peraturan dan tatacara pemanduan 6.1 guru hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang sedang berkuat kuasa6.2 Sebarang pelanggaran kepada peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan dianggap sebagai kecuaian guru dan guru hendaklah beranggungjawab atas risiko yang mungkin akan berlaku6.3 Guru perlu mematuhi peraturan had waktu pemanduan seperti yang berikut:6.3.1 bagi jarak pemanduan melebihi 300 kilometer(km) atau 4 jam tempih pemanduan , pemandu dinasihatkan berehat sekurang-kurangnya selama 30 minit sebelum meneruskan perjalanan 6.3.2 jumlah maksimum masa pemanduan seharai ialah 8 jam 7.0 Tempoh Tempoh pengunaan kenderaan sendiri oleh guru bagi membawa murid untuk urusan rasmi KPM adalah berdasarkan tempoh sesuatu program/aktiviti murid dilaksanakan , atau satu tempoh yang munasabah bagi sesuatu urusan diselesaikan oleh gru berkenaan8.0 carta alir SOPSOP ini hendaklah dilaksanakan dengan merujuk kepada carta alir seperti di lampiran 1
123TIDAKLAMPIRAN 1Carta Alir Kebenaran Pengunaan Kenderaan Sendiri oleh Guru untuk Membawa Murid bagi Urusan Rasmi Kementerian Pendidikan MalaysiaMULAMENGISI BORANG PENGUNAAN KENDERAAN SENDIRI UNTUK URUSAN RASMI KPMBORANG LENGKAPSEMAK SEMULA BORANGMENDAPAT KELULUSAN DAN PERAKUAN DARIPADA KETUA JABATANLULUS DAN DIPERAKUIKENAL PASTI PUNCATAMAT MENDAPAT ARAHAN BERTULIS DARIPADA KETUA JABATANYATIDAKYA
124LAMPIRAN 2 BORANG KEBENARAN PENGUNAAN KENDERAAN SENDIRI OLEH GURU UNTUK MEMBAWA MURID BAGI URUSAN RASMIKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Nama Guru : ……………………………………………… Jawatan Guru :……………..Pemandu : Utama / Tambahan (bulatkan yang berkenaan)Nama sekolah : ……………………………………………………………………..Jenis kenderaan : KeretaNan/MPV/SUV/Lain-lain (sila nyatakan :………………..)(Bulatkan yang berkenaan)Model kenderaan :………………………. No.pendaftran kenderaan:…………………Tarikh tamat Lesen Memandu :…………………….(Hari/Bulan/tahun)Tarikh tamat cukai jalan/Insuran kenderaan : ………………………….(Hari/Bulan/Tahun)Jarak lokasi urusan rasmi ……………..Kilometer
125Kepada Pengetua/Guru Besar Saya …………………………………………………… dengan ini memohon kebenaran mengunakan kenderaan sendiri untuk menjalankan tugas rasmi dan membawa murid (sila potong jika tiak berkenaan) seperti butiran berikut :TARIKH TEMPAT TUJUAN/JENIS TUGASNO. RUJUKAN SURAT NAMA MURID Sebab -sebab kenderaan sendiri perlu digunakan :….………………………………………………………………………………….………………………………………………………………………………….……………………………………………………………………………..
126KONDISI KENDERAAN DAN PEMANDU Sila tandakan (/) pada petak berkenaan YA TIDAKKenderaan dalam keadaan baik Cukai jalan dan insurans kenderaan dalam tempoh sahlakuKesihatan pemandu dalam keadaan baik Tarikh :…………. Tandatangan Guru : ………………Untuk kegunaan pejabatKELULUSAN PENGETUA/GURU BESAR Saya memperakukan bahawa segala maklumat yang dikemukakan adalah benar. Dengan ini, saya memberi kelulusan kepada guru berkenaan untuk mengunakan kenderaan sendiri bagi urusan rasmi KPM dan layak menuntut elauan perjalanan kenderaan mengikut kadar yang diluluskan dalam pekeliling yang berkaitan. Tarikh :………………… Tandatangan:…………………Nama :………………… Cop rasmi :
127KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN DI SEKOLAH BAWAH KEMETERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
128KANDUNGAN 1. PENDAHULUAN 2. TUJUAN 3. OBJEKTIF4. TAFSIRAN 5. KRITERIA PEMILIHAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN 6. TUJUAN PENUBUHAN PANITIA MATA PELAJARAN 7. STRUKTUR DAN ORGANISASI8. PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN 9. PERANAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN 10. PERANAN SETIAUSAHA PANITIA MATA PELAJARAN 11. PENGURUSAN MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN12. PENUTUP
1291. PENDAHULUAN1.1 Panitia mata pelajaran merupakan jawatankuasa yang berfungsi merancang , mengurus dan menyelesaikan masalah berkaitan pelaksanaan kurikulum. Panitia mata pelajaran yang berkualiti dapat membangunkan modal insan yang seimbang , berpengetahuan dan berketerampilan serta berdaya saing tinggi 1.2 Pengurusan panitia mata pelajaran yang mantap akan memastikan peranan panitia mata pelajaran ini berfungsi pada landasan yang betul untuk melaksanakan kurikulum seperti yang dihasratkan.1.3 Garis panduan pengurusan panitia mata pelajaran ini akan mengantikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran bertarikh 13 Mac 1986 1.4 Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling iktisas, surat siaran, surat pemakluman dan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan yang sedang berkuat kuasa serta yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. 1.5 Garis panduan ini terpakai kepada semua sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk prasekolah, kolej vokasional serta kolej tingkatan enam bawah KPM 1.6 Sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum kebangsaan digalakkan untuk merujuk dokumen ini sebagai panduan dalam pengurusan panitia mata pelajaran di peringkat sekolah masing-masing. 2. TUJUAN Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pegawai bahagian di KPM, jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pentadbir serta guru di sekolah tentang pengurusan penitia mata pelajaran dalam usaha memperkasa peranan panitia ke arah kemenjadian murid.3. OBJEKTIFObjektif garis panduan ini adalah untukmemastikan :
1303.1 pemilihan ketua panitia mata pelajaran adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan 3.2 Peranan dan bertanggungjawab ketua panitia dan ahli panitia dapat dilaksanakan dengan kefahaman yang jelas 3.3 Pengurusan panitia dapat dilaksanakan secara sistematik dan berkesan4. TAFSIRAN Berikut adalah tafsiran yang digunakan dalam garis panduan ini :4.1 “Panitia” bermaksud sebuah jawatankuasa yang diwujudkan untuk menguruskan pengoperasian mata pelajaran atau bidang mata pelajaran 4.2 “Ketua Panitia Mata Pelajaran” bermaksud guru yang dilantik oleh pengetua atau guru besar (PGB) untuk mengetui panitia mata pelajaran 4.3 “Kekanaan” bermaksud guru yang mempunyai tempoh pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan yang lebih lama berbanding guru lain.4.4 “Opsyen Ikhtisas” bermaksud opsyen guru yang dinyatakan melalui sijil perguruan/diploma pendidikan/ijazah sarjana muda pendidikan/Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO)/Kursus Pertukaran Opsyen (conversion course) Program Tambah Opsyen yang diiktiraf oleh KPM4.5 “Opsyen Bukan Ikhtisas” bermaksud mata pelajaran tambahan bukan opsyen yang diajar oleh guru mengikut kriteria yang ditetapkan seperti dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2022 : pelaksanaan penandaan Opsyen Mata Pelajaran Guru Bagi Sekolah Bawah KPM bertarikh 28 julai 2022.4.6 “Ahli Panitia” bermaksud guru yang mengajar mata pelajaran di bawah panitia berkenaan.4.7 “Setiausaha Panitia” bermaksud ahli panitia yang dilantik sebagai urus setia mesyuarat panitia dan membantu hal-hal berkaitan panitia.4.8 “Sekolah” bermaksud semua sekolah rendah dan sekolah menengah termasuk prasekolah, kolej vokasional serta kolej tingkatan enam.
1315. KRITERIA PEMILIHAN KETUA PANITIA MATA PELAJARANPemilihan ketua panitia mata pelajaran hendaklah dalam kalangan guru yang memenuhi kriteria dan syarat ditetapkan mengikut keutamaan berikut :5.1 Opsye ikhtisas yang mengajar mata pelajaran berkaitan. Sekiranya tiada guru opsyen ikhtisas yang mengajar, guru opsyen bukan ikhtisas yang mengajar mata pelajaran tersebut dan mematuhi kriteria para 5.2, para 5.3, dan para 5.4 boleh dipilih 5.2 Gred DG44 dan ke atas atau megikut kekanaan sekiranya tiada guru pada gred tersebut di sekolah rendah 5.3 Gre DG48 dan ke atas mengikut kekanaan sekiranya tiada guru pada gred tersebut di sekolah menengah 5.4 Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan Penilian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bagi tempoh tiga (3) tahun terkini atau markah prestasi PBPPP tertinggi sekiranya tiada guru yang mendapat markah minimum 85% bagi tempoh tiga (3) tahun terkini 6. TUJUAN PENUBUHAN PANITIA MATA PELAJARAN Tujuan penubuhan panitia mata pelajaran adalah sperti berikut :6.1 merancang dan memastikan strategi pengajaran yang berkualiti , kreatif dan inovatif bagi mendorong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PDP) berkesan yang dapat memberi impak mpositif kepada murid 6.2 Meningkatkan tahap penguasaan dan prestasi murid dalam peperiksaan atau pantaksiran 6.3 Mewujuudkan semangat kolaboratif antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelan akademik dalam aktiviti kokurikulum.7. STRUKTUR DAN ORGANISASI Struktur dan organisasi panitia mata pelajaran adalah seperti berikut :7.1 panitia mata pelajaran dianggotai oleh semua guru termasuk guru Program Pendidikan Khas Integrasi, yang mengajar mata pelajaran yang sama di
132sesebuah sekolah. Walau bagaimanapun, bagi sekolah kirang murid (SKM) dibenarkan menubuhkan panitia mengikut bidang sains dan matematik, bahasa dan lain-lain 7.2 PGB hendaklah melantik seorang ketua panitia untuk memimpin panitia mata pelajaran berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan (rujuk para 5.0)7.3 Semua ketua panitia mata pelajaran secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 7.4 Keputusan yang dibuat oleh setiap panitia mata pelajaran berkaitan kurikulum atau PDP perlu dirujuk kepada PGB atau penolong kanan untuk mendapat kelulusan atau makluman8. PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN Peranan Panitia Mata Pelajaran dapat dikategorikan kepada tiga (3) aspek, iaitu pengurusan panitia , pengoperasian PDP dan program kecemarlangan akademik dan koakademik. (A) Pengurusan Panitia 8.1 Menentukan penggunaan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentakiran (DSKP) yang dikemaskini.8.2 Menentukan pengunaan bahan bantu mengajar dan kaedah PdP yang dikemaskini 8.3 Menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)8.4 Mengurus pentaksiran mata pelajaran di peringkat sekolah 8.5 Merekod dan menganalisis maklumat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid dan merancang tindakan susulan untuk meningktakan tahap penguasaan murid 8.6 Menentukan buku rujukan, bahan bacaan tambahan atau sumber pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah 8.7 Bekerjasama dengan jawatankuasa skim pinjaman buku teks (SPBT) untuk menjaga keselamatan buku teks yang digunakan 8.8 Menyediakan bahan atau alatan untuk pameran atau aktiviti berkaitan panitia mata pelajaran, jika diperlukan
1338.9 Meneliti danmenentukan jenis buku latihan atau buku kerja bagi setiap kelas , jika diperlukan 8.10 Mengambil tindakan kepada setiap perubahan baharu yang diperlukan seperti kurikulum , kaedah pdp, jika ada 8.11 Membuat anggaran perbelanjaan tahunan dengan persetujuan pihak sekolah 8.12 Melaksanakan program/aktiviti/intervansi bagi meningktakan prestasi murid peringkat sekolah . PPD. JPN dan KPM 8.13 Melaksanakan mesyuarat panitia seperti yang ditetapkan 8.14 Memastikan hasil kerja murid (buku latihan, folio, nota, projek dan lain-lain) disemak oleh pentadbir sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun (b) Pengoperasi Pengajaran dan Pembelajaran (Pdp)8.15 mematuhi ketetapan yang diputuskan dalam Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum Sekolah8.16 mengumpul dan menganalisis data pentaksiran untuk digunakan sebagai perancangan intervensi PDP8.17 melaksanakan pecerapan dan seterusnya bimbingan berdasarkan dapatan pencerapan bagi menambah baik pengeoperasian Pdp8.18 memastikan guru merancang dan melaksanakan intervensi berdasarkan bimbingan serta data pentaksiran untuk menghasilkan PdP yang berkualiti8.19 mengenal pasti dan membekalkan maklumat murid yang belum menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M) untuk dirujuk kepada guru pemulihan (sekolah rendah sahaja)8.20 melaksanakan aktiviti pemulihan , pengukuhan dan pengayaan di dalam bilik darjah8.21 menyemak dan memberi maklum balas terhadap hasil kerja murid untuk tujuan penambahbaikan(c) Program Kecemerlangan Akademik dan Koakademik 8.22 merancang intervensi kecemerlangan akademik dan koakademik bagi meningkatkan potensi diri dan motivasi murid dalam menghadapi peperiksaan dan menjalani kehidupan seharian dengan lebih bermakna 8.23 melaksanakan intervensi yang dirancang untuk tujuan berikut :
1348.23.1 memberikan peluang kepada guru dan murid untuk berinteraksi dan bertukar pandangan 8.23.2 memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan dan perkembangan murid 8.23.3 memeberikan pengetahuan serta memahami situasi oembelajaran di rumah 8.23.4 memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan dan perkembangan murid.8.24 melaksanakan penialaian program intervensi kecemerlangan akademik untuk penambahbaikan 9. PERANAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN Setiap ketua panitia yang dilantik oleh pihak sekolah bertanggungjawab untuk melaksanakan perkara berikut :9.1 memastikan setiap ahli panitia mempunyai dokumen kurikulum yang terkini bagi mata pelajaran yang diajar 9.2 memastikan setiap ahli panitia memahami, menghayati, menguasai dan melaksanakan kandungan dokumen kurikulum yang terkini bagi mata pelajaran yang diajar9.3 menyelaras RPT yang disediakan oleh ahli panitia berdasarkan dokumen kurikulum dan takwim sekolah 9.4 memilih dan mencadangkan buku rujukan, bahan bacaan tambahan atau sumber pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah 9.5 memastikan ahli panitia melaksanakan perkara berikut dalam pentaksiran :9.5.1 merancang dan melaksanakan ujian formatif dan sumatif mengikut keperluan dan kesesuaian sekolah 9.5.2 merekod pencapaian dan perkembangan murid9.5.3 menganalisis data pentaksiran bagi tujuan intervensi yang bersesuain dengan keperluan murid9.5.4 penjaminan kualiti pentaksiran dilaksanakan 9.5.5 menilai pelaksanaan pentaksiran bagi tujuan penambahbaikan9.5.6 menyediakan jadual spesifik ujian (JSU) jika perlu
1359.5.7 menyediakan bank soalan jika perlu 9.6 merancang , melaksana dan menyelaras strategi peningkatan prestasi murid melalui program akademik yang berkensan dan berkualiti 9.7 merancang intervensi khusus bagi murid yang kurng menguasai kemahiran membaca , menulis, mengira dan menaakul9.8 mengadakan mesyuarat panitia secara berkala , sekurang-kurangnya tiga(3) kali setahun aau megikut keperluan 9.9 mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa bagi menangani isu berkaitan pedogogi melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)9.10 Memastikan peningkatan kompentesi profesionalisme ahli panitia secara berterusan melalui aktiviti bimbingan , perkongsian amalan terbaik,latihan dalam perkhidmatan , lawatan penandaarasan dan sebagainya 9.11 mewujudkan jalinan dan jaringan kolaboratif dengan panitia lain dalam sekolah atau sekolah lain (daerah, negeri atau luar negara) serta komuniti untuk meningkatkan kompetensi guru dan kemenjadian murid9.12 melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli untuk membantu ketua panitia dalam pengurusan mesyuarat dan dokumen panitia9.13 menyelengara fail panitia yang berkaitan termasuk menyemak buku stok bahan mengajar (BBM) secara sistematik, kemas kini dan mudah diakses9.14 membantu pentadbir menjalankan pencerpan guru dan semakan hasil kerja murid 9.15 mengurus perbelanjaan peruntukan Geran Per Kapita panitia mengikut prosedur dan tatacara kewangan yang sedang berkuat kuasa secara berintegriti serta berhemah 9.16 menyelaras penyediaan dan pengunaan BBM untuk membantu keberkesanan penyampaian PDP9.17 menyelaras penyediaan dan pengunaan bilik khas yang kondusif dan selamat untuk PDP9.18 Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa
13610 PERANAN SETIAUSAHA PANITIA MATA PELAJARAN\\Setiausaha panitia yang dilantik bertanggungjawab terhadap perkara berikut :10.1 merancang agenda mesyuarat bersama ketua panitia10.2 menyediakan dan mengedar surat pangilan mesyuarat10.3 mencatat minit mesyuarat, menyiapkan laporan dan maklum balas minit mesyuarat10.4 menyediakan dan mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli panitia10.5 membantu ketua panitia dalam mengurus fail panitia10.6 membantu ketua panitia mengurus stok BBM10.7 Membantu ketua panitia dalam perkara yang berkaitan dengan pentaksiran10.8 membantu ketua panitia menyediakan laporan panitia 11 PENGURUSAN MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN 11.1 Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun. Walau bagaimanapun, perjumpaan melibatkan kumpulan kecil boleh diadakan dari semasa ke semasa 11.2 notis pengilan mesyuarat diserahkan kepada semua ahli selewatnya dua (2) hari sebelum mesyuarat diadakan11.3 format notis mesyuarat :11.3.1 tarikh 11.3.2 masa 11.3.3 tempat 11.3.4 agenda 11.3.5 pengerusi mesyuarat 11.4 pengendalian mesyuarat:11.4.1 mesyuarat dipengerusikan oleh ketua panitia mata pelajaran.11.4.2 mesyuarat dihadiri oleh PGB atau guru penolong kanan atau guru mata pelajaran
13711.4.3 cadangan agenda mesyuarat :- ucapan pengerusi - membentang dan mengesahkan minit mesyuart - membentang maklum balas dan membincangkan perkara berbangkit -perkara yang dibincangkan-hal-hal lain -ucapan penagguhan 12 PENUTUPBagi mencapai pengurusan panitia mata pelajaran yang berkesan dan berkualiti, pematuhan terhadap garis panduan ini dan komitmen yang tinggi serta kecekapan semua pihak yang terlibat adalah amat dituntut. Hal ini penting bagi memastikan pembangunan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan serta berdaya saiang tinggi dapat direalisasikan.