BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 2 Isi Kandungan BIL PERKARA M/S 1 BICARA ASPIRASI PENGETUA 3 2 MAKLUMAT PERIBADI 5 3 DASAR PENDIDIKAN 6 4 PROFIL SEKOLAH 10 5 PERBANDINGAN KEPUTUSAN SPM 2022 & 2023 12 6 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN 14 7 PANDUAN PENTADBIRAN AM GURU & STAF 15 8 KALENDER AKADEMIK 24 9 TAKWIM TAHUNAN SEKOLAH 42 10 CARTA FUNGSI 83 11 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KURIKULUM 84 12 PENGURUSAN JAWATANKUASA KURIKULUM 85 13 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 105 14 PENGURUSAN JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 106 15 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM 121 16 PENGURUSAN JAWATANKUASA KOKURIKULUM 122 17 DASAR PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM 126 18 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM 145 19 LAMPIRAN 1: TAKWIM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 151 20 LAMPIRAN 2: SENARAI NAMA GURU 152
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 3 Bicara Aspirasi Pengetua Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya. Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Tahniah dan terima kasih kepada urus setia dan jawatankuasa pengurusan yang telah berjaya merancang dan menyusun buku ini sebagai panduan kepada warga SMK Lake. Buku Panduan Pengurusan ini berlandaskan visi dan misi sekolah yang juga merupakan visi dan misi Kementerian Pendidikan ke arah menentukan haja tuju sekolah sebagai tempat mendapatkan pendidikan berkualiti Pendidikan berkualiti dapat direalisasikan dengan barisan pentadbiran yang berkualiti, guru-guru yang berkualiti, persekitaran sekolah yang berkualiti dan anggota kumpulan sokongan yang berkualiti. Ini sejajar dengan pelantikan SMK Lake sebagai Sekolah TS25 pada tahun 2020, seterusnya menetapkan hala tuju sekolah yang berfokuskan ‘Pencapaian, Kemenjadian dan Kebolehpasaran Murid’. Semoga dengan bimbingan dan acuan TS25 ini, dasar ini akan berjaya membentuk SMK Lake sebagai institusi pendidikan yang berkualiti. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru atas komitmen dan daya usaha mendidik anak-anak SMK Lake Anak yang Baik lagi Cerdik, seterusnya menjadikan sekolah ini pilihan oleh ibu bapa di daerah ini. Moga SMK Lake terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Wawasan kita adalah menjadikan SMK Lake sebagai Sekolah Bestari (Smart School) yang berasaskan teknologi, kepintaran, kebijaksanaan, berinovatif dan mampu bersaing di peringkat global. Sehubungan dengan wawasan murni ini, SMK Lake sentiasa bermatlamatkan memperluas akses maklumat, mudah dan praktik, pengalaman belajar interaktif, kemahiran belajar kendiri dan penglibatan menyeluruh ibu bapa dan masyarakat. Semoga SMK Lake terus mendahului mana-mana institusi pendidikan di daerah ini. Sekian, terima kasih. ‘Lakers Timogah Grinas!’ (RAMLEE BIN BEE) Pengetua SMK Lak
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 4 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKE, 94000 BAU SARAWAK Saya mengesahkan bahawa pelantikan tuan/puan sebagai ahli jawatankuasa unit pengurusan / pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan tugas-tugas khas bagi tahun 2024 adalah tertakluk kepada Buku Panduan Pengurusan Tahun 2024/2025 serta tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pentadbiran dari semasa ke semasa. Disahkan Oleh : (RAMLEE BIN BEE) Pengetua, SMK Lake.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 5 Maklumat Peribadi Nama: No Fail Diri: No Kad Pengenalan: Tarikh Lahir: Alamat Rumah Jawatan: No Gaji Tarikh Lantikan Tarikh Sah Jawatan Tarikh Lantikan ke Jawatan Sekarang Tarikh Pengistiharaan Harta Kelulusan Akademik: Kelulusan Ikhtisas: “If you can't fly, then run; if you can't run, then walk; if you can't walk, then crawl, but whatever you do, you have to keep moving forward.” – Martin Luther King Jr.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 6 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. 2. Melahirkan insan yang beriman dan berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. 3. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara. 4. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. 10 PRINSIP SEKOLAH UNGGUL 1. Mempercayai dan mengkaji semua pelajar boleh belajar, diajar dan mencapai kemajuan. 2. Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama kejayaan pelajar. 3. Pembangunan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif dan dasar sekolah. 4. Pembangunan dan kemajuan dalam sekolah merupakan usaha mewujudkan satu budaya sekolah yang positif. 5. Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ASPEK penting meningkatkan pencapaian akademik. 6. Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang menyebabkan timbulnya masalah. 7. Pembangunan kemajuan sekolah perlu dilaksanakan atas DASAR usaha sama dan bukan sematamata usaha Pengetua sahaja. 8. Maklum balas yang berterusan merupakan MEKANISME penting pelaksanaan pembangunan kemajuan dalam sekolah. 9. Mempercayai dan mengakui bahawa ibu bapa dan masyarakat sekitar mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga yang dapat membantu pihak sekolah. 10. Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan Pengetua yang mempunyai kepimpinan yang berkesan.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 7 MOTO LAKERS TIMOGAH GRINAS PIAGAM PELANGGAN Kami Warga SMK Lake bersedia : Ö Mendidik generasi muda ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah supaya menjadi warga yang berguna dan berbakti kepada masyarakat dan negara. Ö Menjamin pendidikan berkualiti melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ö Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar. Ö Menjamin layanan yang cekap dan mesra kepada sesiapa sahaja yang berurusan dengan pihak sekolah Ö Menyediakan suasana dan persekitaran sekolah yang selamat, selesa, bersih, indah dan ceria. Ö Mewujudkan hubungan yang mesra dan harmonis dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat umum. OBJEKTIF PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1. Meningkatkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang lebih cekap dan telus. 2. Meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah secara terancang berpandukan perancangan yang strategik untuk mencapai visi dan misi sekolah. 3. Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat, jabatan dan agensi dalam dan luar negeri / negara secara permuafakatan supaya semua program dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan. 4. Meningkatkan budaya pengiktirafan di dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. 5. Meningkatkan budaya penyayang dengan memastikan kebajikan dan kemudahan disediakan untuk keselesaan dan kesejahteraan warga sekolah PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 1. Meningkatkan amalan budaya kerja cemerlang dan bermotivasi tinggi dalam kalangan guru dan staf. 2. Meningkatkan ilmu serta kemahiran guru dan staf supaya dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang. KURIKULUM 1. Meningkatkan pencapaian keseluruhan akademik Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan SPM ke tahap 100% lulus dalam semua mata pelajaran dengan sasaran kualiti GPMP dan GPS. 2. Memastikan PdP dan program akademik dilaksanakan dengan berkesan KOKURIKULUM 1. Mencungkil dan mengembangkan bakat serta kemahiran pelajar dalam pelbagai bidang kokurikulum ke tahap cemerlang berteraskan nilai Islam .
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 8 2. Memenangi pertandingan-pertandingan kokurikulum yang disertai pada peringkat daerah, negeri, zon dan kebangsaan. HAL EHWAL MURID 1. Membentuk murid bersahsiah terpuji berlandaskan nilai-nilai murni. 2. Memastikan kebajikan dan keselesaan pelajar disediakan dengan sempurna KEWANGAN 1. Memastikan pengurusan kewangan sekolah dilaksanakan dengan cekap dan berakauntabiliti 2. Memastikan laporan audit kewangan sekolah tanpa teguran. BAHAN KURIKULUM DAN PENGURUSAN MAKLUMAT 1. Memastikan pengurusan bahan kurikulum di sekolah diurus dengan berkualiti dan digunakan dengan berkesan 2. Memastikan pengurusan maklumat dan dokumentasi menyeluruh, kemaskini , sistematik, mudah akses dan penggunaannya berkesan. PENGURUSAN KEMUDAHAN FIZIKAL DAN KEPERLUAN ASAS 1. Memastikan kemudahan fizikal dan keperluan asas diurus, disedia, diselia dan diselenggara . 2. Memastikan kebersihan, keindahan dan keharmonian serta keselamatan sekolah sentiasa berada pada tahap cemerlang. 3. Melengkapkan prasarana dan kemudahan ICT untuk memantapkan pelaksanaan program bestari dan memaksimumkan penggunaannya untuk peningkatan kualiti PdP dan pentadbiran sekolah. LAGU SEKOLAH SMK LAKEKU SMK Lakeku, Kauku puja Setiap masa, Kami berdikari Dan berusaha setiap hari Demi mencapai cita murni Di tepi jalan, Di papan tanda Kau berdiri megah, Mendidik warisan Dengan mencurahkan baktimu Demi bangsa yang tercinta Terima kasih kami ucapkan Di atas bimbingan mu Segala budimu tetap kukenang Hingga ke akhir hayatku Hingga ke akhir hayatku
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 9 TONGGAK 12 SEJARAH SEKOLAH SMK Lake telah ditubuhkan pada bulan Januari 1966 dipimpin oleh Encik Si Kheng Kwang selaku Guru Besar yang pertama (kini dikenali sebagai Pengetua). Ketika mula dibuka, sekolah ini belum mempunyai bangunan sendiri dan terpaksa menumpang di Bau Council Primary School (sekarang menjadi tapak Pejabat Pendidikan Daerah Bau). Pada peringkat permulaan, SMK Lake hanya mempunyai sebuah kelas Peralihan, sebuah kelas Tingkatan 1 dan sebuah kelas Tingkatan 2. Pelajar Tingkatan 2 merupakan kumpulan pelajar dari SMK Penrissen yang berasal dari Daerah Bau. Ambilan pertama SMK Lake hanya terdiri daripada lebih kurang 100 orang pelajar dan 30 orang daripada mereka terpaksa menumpang tinggal di asrama SMK Bau. “Club House” digunakan sebagai Perpustakaan dan kelas sementara bagi mata pelajaran Sains. Ketua Pelajar ketika itu ialah Petrus Pesim. SMK Lake berpindah ke bangunan tetap yang siap dibina pada penggal ketiga pada tahun 1967. Antara bangunan dan kemudahan ketika itu ialah sebuah blok dua tingkat untuk pejabat dan bilik darjah, sebuah Bilik Sains Rumah Tangga, sebuah Dewan Makan, sebuah Rumah Pengetua Kelas 3, 3 buah Rumah Guru Kelas 4, 2 Unit Berek, 2 buah Asrama Lelaki dan sebuah Asrama Perempuan. Pembukaan rasmi sekolah dilakukan oleh Gabenor Sarawak (kini dikenali sebagai TYT Yang DiPertua Negeri), iaitu Allahyarham Tun Abang Haji Openg bin Abang Sapiee pada 12 April 1968. Daripada sebuah Sekolah Menengah Rendah Gred B, SMK Lake kemudian dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Gred A pada tahun 1995.Kini SMK Lake telah berkembang pesat sebagai sebuah sekolah menengah kategori luar bandar, dengan bilangan pelajar dalam lingkungan 1500 orang, serta bilangan guru dan anggota kumpulan pelaksana melebihi 110 orang.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 10 PROFIL SEKOLAH BIL PERKARA 1. Nama dan Alamat Sekolah SMK LAKE, JALAN BIDI/KROKONG 94000 BAU 2. Kod Sekolah : YEB1102 3. Lokasi: Luar Bandar 4. Gred Sekolah : A 5. Jenis Bantuan : Sekolah Kerajaan 6. Daerah Pentadbiran : Bau 7. Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan 8. Maklumat Komunikasi Telefon : 082-763148 e-mail : [email protected] 9. Nama pengetua : ENCIK RAMLEE BIN BEE 10. Luas Kawasan Sekolah : 8.90 ekar 11. Sesi Persekolahan : 2 sesi 12. Bil Guru: 94 orang 13. Bil Staf Sokongan : 14 orang 14 Bil Murid : 15. Bil Kelas : 47 kelas 16. Tingkatan : Tingkatan 1 – Tingkatan 5 MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN MENENGAH RENDAH PAKEJ ELEKTIF TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 3 NAMA KELAS T1 T2 T3 A RBT RBT RBT B RBT RBT RBT C RBT/ASK RBT/ASK RBT/ASK D RBTASK RBT/ASK RBT/ASK E RBT RBT RBT F RBT RBT RBT G RBT RBT RBT H RBT RBT RBT I RBT RBT RBT Elektif Menengah Rendah : RBT [Reka bentuk dan Teknologi] / ASK [Asas Sains Komputer]
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 11 MENENGAH ATAS TINGKATAN 4: TINGKATAN MATA PELAJARAN ELEKTIF 4 SAINS 1 5 Teras + Fizik + Kimia + Biologi + Matematik Tambahan 4 SAINS 2 6 Teras + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Biologi/Sains Komputer 4A 6 Teras + Ekonomi + Perniagaan/Sains Komputer 4B 6 Teras + Ekonomi + Perniagaan+ Geografi 4C 5 Teras + Perniagaan+ Geografi +KMK 4D 6 Teras + Geografi + Pendidikan Seni Visual 4E 5 Teras + + Pendidikan Seni Visual 4F 5 Teras + + Pendidikan Seni Visual 4G 5 Teras + + Pendidikan Seni Visual 4H 5 Teras + + Pendidikan Seni Visual TINGKATAN 5: TINGKATAN MATA PELAJARAN ELEKTIF 5 SAINS 1 5 Teras + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan+ Biologi 5 SAINS 2 6 Teras + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Biologi 5A 6 Teras + Ekonomi + Perniagaan/Sains Komputer 5B 6 Teras + Ekonomi + Perniagaan+ Geografi 5C 5 Teras + Perniagaan+ Geografi +KMK 5D 6 Teras + Geografi + Pendidikan Seni Visual 5E 5 Teras + + Pendidikan Seni Visual 5F 5 Teras + + Pendidikan Seni Visual 5G 5 Teras + + Pendidikan Seni Visual 5H 5 Teras + + Pendidikan Seni Visual
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 12 PERBANDINGAN SPM 2022, PERCUBAAN SPM 2023, KEPUTUSAN SPM & ETR SPM 2023
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 13
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 14 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 15 Panduan Pentadbiran Am Untuk Guru Smk Lake 1. ARAHAN AM 1. Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan, oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. 3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata. 4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang 5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah Pendidikan, Objektif, Piagam Pelanggan Sekolah, etika kerja,dan Wawasan Pendidikan Kebangsaan . 6. Semua guru dan staf sokongan dikehendaki meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas 7. Semua guru dan staf sokongan dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 8. Semua guru dan staf sokongan hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN 1. Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan. 2. Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali menjalankan tugas rasmi di luar. 3. MASA TIBA DI SEKOLAH 1. Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah selewat-lewatnya 6.40 pagi sebelum sesi pengurusan kelas bermula. 2. Guru bertugas harian dikehendaki berada di sekolah jam 6.30 pagi dan berada di tapak perhimpunan untuk mengendalikan perhimpunan murid dan mengawal disiplin mereka. 3. Semua guru WAJIB ‘THUMB PRINT’ masa tiba ke sekolah dan masa balik. 4. PERHIMPUNAN SEKOLAH 1. Semua guru WAJIB menghadiri perhimpunan RASMI sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. 2. Guru-guru akan bersama-sama murid menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu Sekolah, Lagu Sekolah Bestari serta membaca ikrar Rukun Negara. 3. Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatat semua aktiviti yang berlaku setiap hari sepanjang minggu bertugas ke dalam buku laporan harian. 5. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS 1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali mendapat kebenaran daripada pengetua.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 16 2. Guru-guru yang mendapat arahan JPN / PPD / KEMENTERIAN / LEMBAGA PEPERIKSAAN Dan lain-lain mesti memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu. 3. Guru yang mendapat kebenaran daripada pengetua hendaklah merakamkan waktu keluar dan waktu kembali semula ke sekolah. 4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 6. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS 1. Semua guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 ( rujuk salinan surat yang dilampirkan) 7. BUKU KEHADIRAN GURU 1. Rakaman kehadiran guru / catatan kehadiran guru adalah dokumen yang membantu pengetua untuk membuat penilaian ’ Prestasi Tahunan’. 2. Semua guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan kelas-kelas tambahan juga dikehendaki menandatangani buku kehadiran kokurikulum / kelas tambahan. 3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab- sebab yang munasabah. Guru mesti memberitahu pihak pentadbiran sekolah secepat mungkin. 8. KEHADIRAN MESYUARAT / PROGRAM RASMI SEKOLAH / KURSUS DALAMAN 1. Guru WAJIB hadir semua mesyuarat dan program rasmi sekolah. 2. Guru yang tidak hadir hendaklah mendapat kebenaran daripada pengetua dengan permohonan secara rasmi. Bukti tidak dapat hadir hendaklah disertakan. 3. Semua mesyuarat mesti mempunyai agenda dan minit. Keputusan mesyuarat mesti disampaikan kepada pihak berkenaan dan diambil tindakan. 4. Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar sukan, selipar tidak dibenarkan. 9. KEGIATAN KOKURIKULUM 1. Semua guru akan ditugaskan menjadi Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap. 2. Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum yang disediakan. 3. Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh murid dan mengesahkan laporan tersebut. 4. Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu untuk disemak dan dihantar sebulan sekali kepada Pengetua / GPK Kokurikulum untuk disahkan. 10. MELAKUKAN KERJA LUAR 1. Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D‘ seperti berikut : • Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. • Tidak dilakukan semasa waktu pejabat
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 17 • Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam • Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan. 2. Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) subseksyen 79 (e) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu ) atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali 11. CUTI 11.1 Cuti Rehat Khas ( CRK ) • Tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8 bagi guru yang perkhidmatan kurang 10 tahun, Mulai 1 September 2022 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (15) hari dalam satu tahun kalendar bagi guru yang berkhidmat lebih dari 10 tahun. • Sila merujuk kepada pengetua bagi kelulusan CRK. ( rujuk Perintah Am 1 ( ix ) bab C ). 11.2 Cuti Sakit • Guru-guru yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum mengikut tatacara berikut : • Menelefon segera kepada pengetua • Memaklumkan kepada pihak pengurusan • Sijil Perakuan Doktor mesti diserahkan segera kepada pejabat. 11.3 Cuti Kecemasan / Cuti Rehat Khas • Untuk memohon cuti ini sila baca surat Pekeliling KPM yang dberkaitan. • Isi Online Cuti dalam Sistem HRMIS • Maklumkan pentadbiran dan Pengetua untuk sokongan dan kelulusan cuti. 11.4 Cuti Keluar Negara • Guru - guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sama ada semasa cuti sekolah atau semasa penggal persekolahan.Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat- lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 11.5 Cuti tanpa rekod •. Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan / persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan. 11.5.1Cuti Tanpa Rekod : Kematian Borang (Lampiran SR .5.2.1) • Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 18 kandung dan ibu bapa mertua, datuk dan nenek, serta adik beradik. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 11.5.2Cuti Tanpa Rekod – Isteri bersalin • Diberikan selama tujuh ( 7 ) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 11.6 Cuti Tanpa Gaji • Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan. 12. REKOD MENGAJAR 1. Rekod Mengajar adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. 2. Rekod Mengajar hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Guru Penolong Kanan / Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Panitia pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani (rujuk jadual). 3. Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu: Sukatan Pelajaran, Rancangan Pengajaran, Jadual Waktu Kelas Dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata Diri, Senarai Nama Murid. Markah Ujian, TOV dan ETR Murid dalam Fail berkaitan. 4. Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak rancangan pengajaran dan sukatan Pelajaran di dalam buku persediaan mengajar. 5. Format terkini KSSM yang diseragamkan di peringkat panitia hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran 13. WAKTU MENGAJAR 1. Mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan. 2. Sewaktu mengajar adalah tanggungjawab guru berkenaan supaya keadaan kelas adalah seperti berikut: • Kelas dalam keadaan teratur dan kondusif • Bersih dan kemas • Bilangan murid akur dengan kedatangan • Mencatat bilangan murid yang ada di dalam buku kawalan kelas. 14. GURU GANTI Sila lihat Pekeliling (Kementerian Pelajaran mengenai Masa Luang (Free Period). Semua guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan. 15. BUKU LATIHAN/NOTA MURID/BUKU KERJA/BUKU REKOD KOKURIKULUM 1. Buku – buku tersebut hendaklah sentiasa diperiksa secara berkala. 2. Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada murid.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 19 3. Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku / nota yang telah diperiksa. 4. Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran/ Penolong Kanan HEM/ Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual. 16. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN 1. Semua guru SMKBBS adalah guru disiplin dan guru bimbingan. Semua guru hendaklah sentiasa memberi bimbingan kepada murid dan mengamalkan budaya” Sekolah Penyayang”. Buku Peraturan Sekolah menjadi panduan untuk mengurus murid-murid. (SPI Bil 10/2001) 17. KESELAMATAN MURID 1. Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan murid sepanjang waktu berada di dalam kawasan sekolah. 2. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru bertugas diminta segera memaklumkan kepada pengetua atau penolong -penolong kanan , ibu bapa atau penjaga kepada murid berkenaan dan tindakan segera keselamatan murid berkenaan. 3. Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi. 4. Latihan kebakaran wajib diadakan sekali sepenggal. 18. PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN STAF SOKONGAN 1. Guru dan staf sokongan sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, dengan harapan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaaan. 2. Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan sesama rakan atau pun murid sekolah ini. 3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 19. BILIK GURU 1. Kebersihan , keceriaan dan keselamatan ‘Bilik Guru’ adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada murid. 2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendakahmenggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. 3. Murid tidak digalakkan berada di bilik guru. 4. Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang sesuatu dengan guru. 5. Sebarang pertemuan (tetamu luar) hendaklah diadakan di luar bilik guru / kantin.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 20 20. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 1. Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan bolehlah berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua. 2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, atau Guru Penolong Kanan. 21. TUGAS 1. Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan pentadbiran. Tugas tersebut mesti dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran atau sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. 3. Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di Pejabat Sekolah. 4. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan “perkongsian profesionalisme” kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan / Pengetua tarikh dan masa pelaksanaannya. 5. Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk murid dan mengisi borang maklumat tugasan dan diserahkan kepada Penolong Kanan. 22. JADUAL WAKTU 1. Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri 2. Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 23. JADUAL KEDATANGAN MURID 1. Guru Tingkatan sendiri mesti menanda e-kehadiran murid setiap hari. 2. Guru Tingkatan perlu mengesahkan maklumat dan mengisi e-kehadiran murid dalam sistem berkaitan pada setiap hari sebelum jam 9.00 pagi. 3. Murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut atau berselang seli selama 10 hari dalam satu bulan ibu- bapa / penjaganya hendaklah dihubungi secara bertulis. 4. Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru Penolong Kanan HEM. 24.KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH 1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 21 benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah disampaikan ke pengetahuan pihak sekolah. 2. Ketua Panitia / GKMP hendaklah memastikan ada peraturan – peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik khas seperti makmal, bengkel dan lain-lain. 3. Alat-alat dan harta sekolah adalah harta kerajaan. Penggunaan untuk peribadi adalah dilarang. Sesuatu alat yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran guru kanan / guru yang bertanggung jawab dengan mengisi borang pinjaman. Alat yang digunakan hendaklah dikembalikan semula dan menandatangan buku pinjaman. 25. KEBERSIHAN 1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alatan yang digunakan untuk membersihkan kelas hendaklah disimpan dengan rapi dan selamat. 2. GKMP / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keselamatan bilik tersebut. 3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid. 26. SURAT RASMI Semua surat rasmi berkaitan dengan perjawatan atau sekolah hendaklah dihantar melalui pengetua. 27. SURAT YANG DITERIMA 1. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat rasmi berkaitan perjawatan. 2. Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan. 3. Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah : i. Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal sila minta fotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat. ii. Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup/ iringan yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup dari sekolah walau pun dihantar dengan serah tangan. Satu salinan borang berkenaan dan surat litup hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan. 28. URUSAN DENGAN PIHAK JABATAN PELAJARAN / PEJABAT PELAJARAN DAERAH 1. Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 22 2. Sekiranya terdapat masalah guru-guru perlu berbincang dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan (selesaikan di peringkat sekolah). 29. PELAWAT Semua pelawat WAJIB berjumpa dengan Pengetua / Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. Penjual/Pengedar tidak dibenarkan berjumpa dengan guru-guru tanpa kebenaran pengetua. Promosi atau mengiklan sesuatu barangan di sekolah untuk murid adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran pengetua. Guru-guru adalah dilarang menjadi penjual atau pengedar bukubuku atau bahan berkaitan untuk murid-murid. Hanya koperasi sekolah sahaja mempunyai kuasa untuk mengedar dan menjual buku-buku di sekolah. 30. MEMBELI PERALATAN 1. Guru yang hendak membeli peralatan mesti memohon kebenaran terlebih dahulu dengan mengemukakan borang Nota Minta yang boleh didapati di pejabat sekolah untuk ditandatangan oleh GKMP berkaitan sebelum diluluskan oleh Pengetua dan menyediakan 3 Sebut Harga. Guruguru/ staf tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan sesuatu syarikat tanpa melalui GKMP. GKMP wajib mendapat sebut harga untuk membeli sesuatu peralatan yang lebih daripada RM 500.00 untuk 1 unit. 2. Pembelian peralatan melalui koperasi hendaklah menggunakan borang permohonan yang disediakan dan mendapat kelulusan daripada pengetua. 3. Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan ( Local Order / LO ). 4. Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima, rekodkan No. daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Peralatan yang diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas. 31. BUKU STOK/INVENTORI 1. Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. (Setiap pembelian dan keluar masuk peralatan hendaklah direkodkan dengan serta merta ) 2. GKMP/ Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok Inventori ini dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh GPK /Pengetua. 32. TANDA NAMA Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 33. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG 1. Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. 2. Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru dan staf.
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 23 34. PENGGUNAAN KEMUDAHAN DAN PERALATAN SEKOLAH 1. Hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan. 2. Mesti mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan dan direkodkan. 3. Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 4. Alat-alat yang rosak hendaklah dilaporkan setelah selesai digunakan dalam keadaan baik kepada pihak bertanggungjawab dengan serta merta. 35. ARAHAN DAN PEKELILING 1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 2. Guru boleh merujuk ‘Pekeliling Semasa’ di dalam fail khas di Pejabat. 36. KEMUDAHAN TELEFON DI SEKOLAH 1. Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah hendaklah menggunakan telefon bimbit untuk urusan peribadi. 2. Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa pdpc di dalam bilik darjah dan mesyuarat rasmi sekolah kecuali kecemasan. 37. KUNCI 1. Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Pinjaman di pejabat. 2. Semua guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 24 Kalendar Akademik PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 11.03.2024 31.03.2024 15 11 01.04.2024 30.04.2024 17 01.05.2024 24.05.2024 15 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1, SESI 2024 / 2025 1 25.05.2024 - 02.06.2024 9 2 03.06.2024 30.06.2024 18 15 01.07.2024 31.07.2024 22 01.08.2024 31.08.2024 22 01.09.2024 13.09.2024 10 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024 / 2025 1 14.09.2024 - 22.09.2024 9 3 23.09.2024 30.09.2024 6 13 01.10.2024 31.10.2024 21 01.11.2024 30.11.2024 20 01.12.2024 20.12.2024 15 JUMLAH HARI 62 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024 /2025 1 20.12.2024 -29.12.2024 9 30.12.2024 31.12.2024 2 01.01.2025 17.01.2025 12 3 JUMLAH HARI 14 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024 / 2025 4 18.01.2025 - 16.02.2025 30
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 25 Cuti Perayaan Sesi 2024 / 2025 CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN HARI RAYA AIDILFITRI 10.04.2024 (Rabu) Dan 11.04.2024 (Khamis) 07.04.2024 (Ahad) 08.04.2024 (Isnin) Tiga (3) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B 08.04.2024 (Isnin) 09.04.2024 (Selasa) 09.04.2024 (Selasa) 12.04.2024 (Jumaat) HARI DEEPAVALI 31.10.2024 (Khamis) (kecuali Negeri Sarawak) 30.10.2024 (Rabu) 30.10.2024 (Rabu) Dan 01.11.2024 (Jumaat) Semua Negeri Kumpulan B kecuali Negeri Sarawak Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Dua (2) Hari Cuti Tambahan KPM untuk Kumpulan B 31.10.2024 (Khamis) Negeri Sarawak sahaja Satu (1) Hari Cuti Tambahan KPM KUMPULAN A: Sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu KUMPULAN B: Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya Perayaan Hari Gawai Dayak : 01 & 02 Jun 2024 (Dalam Cuti Penggal 1) Perayaan Hari Krismas : 25 Disember 2024 (Dalam Cuti Penggal 3) Perayaan Tahun Baru Cina 2025 : 29 & 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan)
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 26 Hari Kelepasan Am Negeri Sarawak 2024 Tarikh Hari Acara 1 Januari 2024 Isnin New Year's Day 10 Februari 2024 Sabtu Chinese New Year 11 Februari 2024 Ahad Public Holiday 12 Februari 2024 Isnin Public Holiday 29 Mac 2024 Jumaat Good Friday 10 April 2024 Rabu Hari Raya Puasa / Aidil Fitri 11 April 2024 Khamis Public Holiday 1 Mei 2024 Rabu Labour Day 22 Mei 2024 Rabu Wesak Day 1 Jun 2024 Sabtu Gawai Dayak 2 Jun 2024 Ahad Public Holiday 3 Jun 2024 Isnin Yang di-Pertuan Agong's Birthday 4 Jun 2024 Selasa Public Holiday 17 Jun 2024 Isnin Hari Raya Qurban / Aidil Adha 7 Julai 2024 Ahad Awal Muharram/Maal Hijrah 1444H 8 Julai 2024 Isnin Public Holiday 22 Julai 2024 Isnin Sarawak Day 31 Ogos 2024 Sabtu National Day 16 September 2024 Isnin Malaysia Day Prophet Muhammad S.A.W Birthday 12 Oktober 2024 Sabtu Sarawak Governor's Birthday 25 Disember 2024 Rabu Christmas Day
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 27
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 28
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 29
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 30
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 31
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 32
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 33
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 34
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 35
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 36
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 37
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 38
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 39
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 40
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 41
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 42
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 43 MAC 2024 MINGGU TARIKH HARI PERKARA / AKTIVITI 1 JUMAAT 2 SABTU 3 AHAD 4 ISNIN 5 SELASA 6 RABU 7 KHAMIS 8 JUMAAT 9 SABTU 10 AHAD 1 11 ISNIN Sesi Persekolahan 2024/2025 bermula/ Gotong Royong Madani sekolah/ Perjumpaan 1: Kelab / Persatuan 12 SELASA Perjumpaan 1: Badan Beruniform - Pendaftaran Keahlian (Pagi & Petang) /Awal Ramadan 13 RABU Perjumpaan 2: Kelab/Persatuan - Pendaftaran Keahlian (Pagi & Petang) Perjumpaan 1: Sukan/Permainan - Pendaftaran Keahlian (Pagi & Petang) 14 KHAMIS 15 JUMAAT Mesyuarat Bidang VokTek Bil.1 / Mesyuarat Bidang Bahasa Bil.1 16 SABTU 17 AHAD 2 18 ISNIN Siri Mesy. Panitia Bil. 1 (sehingga 5 April) / Pendaftaran Pelajar SPM (sehingga 26 Mac) 19 SELASA Pencerapan Kendiri SKPM (sehingga April) 20 RABU Perjumpaan 2: Badan Beruniform 21 KHAMIS Mesyuarat Jawatankuasa Merentas Desa Bil.1 22 JUMAAT Mesyuarat Bidang Kemanusiaan Bil.1 /Mesyuarat Bidang Sains & Matematik Bil. 1 23 SABTU LDP 1 - Penetapan Sasaran Keberhasilan & Penulisan Keberhasilan/ SSDM/ APDM 24 AHAD 3 25 ISNIN 26 SELASA 27 RABU Perjumpaan 3: Kelab / Persatuan 28 KHAMIS Meyuarat JK DLP 29 JUMAAT Good Friday 30 SABTU 31 AHAD Takwim Smk Lake @ 2024/ 2025
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 APRIL 2024 MINGGU TARIKH HARI PERKARA / AKTIVITI 4 1 ISNIN Cuti Peristiwa 1 (Easter Monday) 2 SELASA 3 RABU Perjumpaan 2: Sukan / Permainan - Perjumpaan Rumah Sukan 4 KHAMIS Mesyuarat Jawatankuasa Merentas Desa Bil.2 5 JUMAAT Mesyuarat JK Sukantara 6 SABTU LDP 2 - Bengkel (Unit KK) 7 AHAD 5 8 ISNIN 9 SELASA 10 RABU Cuti Hari Raya Aidilfitri 11 KHAMIS Cuti Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua 12 JUMAAT 13 SABTU 14 AHAD 6 15 ISNIN Sukan Tara (sehingga 26 April) /Minggu Pengendalian Alat Radas Amali (Biologi, Fizik, Kimia, Sains Tambahan) 16 SELASA 17 RABU Perjumpaan 4: Kelab / Persatuan 18 KHAMIS 19 JUMAAT Mesyuarat JK Pengelolaan Sukan Tahunan Sekolah Bil.1 20 SABTU 21 AHAD 7 22 ISNIN 23 SELASA Dialog Prestasi Bil. 1 24 RABU Perjumpaan 3: Sukan / Permainan - Perjumpaan Rumah Sukan 25 KHAMIS Mesyuarat Jawatankuasa Merentas Desa Bil.3 26 JUMAAT 27 SABTU Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah (Perjumpaan 4: Sukan / Permainan ) 28 AHAD 8 29 ISNIN 30 SELASA
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 45 MEI 2024 MINGGU TARIKH HARI PERKARA / AKTIVITI 8 1 RABU Cuti Hari Perkerja 2 KHAMIS SEGAK Siri 1 (sehingga Jun) 3 JUMAAT 4 SABTU 5 AHAD 9 6 ISNIN 7 SELASA 8 RABU 9 KHAMIS 10 JUMAAT Mesyuarat Post Mortem Merentas Desa 11 SABTU 12 AHAD 10 13 ISNIN 14 SELASA 15 RABU 16 KHAMIS 17 JUMAAT Penilaian Kendalian sekolah 1 (PKS 1) sehingga 27 Mei / Mesyuarat JK Pengelolaan Sukan Tahunan Sekolah Bil.2 18 SABTU LDP 3 - Agensi Luar 19 AHAD 11 20 ISNIN 21 SELASA 22 RABU Cuti Hari Wesak 23 KHAMIS Perhimpunan Kokurikulum Bil. 1 (Perjumpaan 3: Badan Beruniform - Pemantauan & Penilaian (Pagi & Petang – Siri 1) 24 JUMAAT 25 SABTU 26 AHAD Cuti penggal 1, sesi 2023/2024 (25/6/2024 - 4/6/2024) 27 ISNIN 28 SELASA 29 RABU 30 KHAMIS 31 JUMAAT
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 46 JUN 2024 MINGGU TARIKH HARI PERKARA / AKTIVITI 1 SABTU Cuti Hari Gawai 2 AHAD Cuti Hari Gawai Hari Kedua 12 3 ISNIN 4 SELASA Pencerapan 1 SKPM (sehingga Julai) 5 RABU Perjumpaan 5: Sukan / Permainan (Latihan Rumah Sukan 1) 6 KHAMIS ULBM/ULBI T5 (Sehingga 20 Jun) 7 JUMAAT Mesyuarat Perkhemahan Perdana Pasukan Badan beruniform Bil.1 8 SABTU LDP 4 - PIKeBM / KOD SEKOLAH SELAMAT 9 AHAD 13 10 ISNIN 11 SELASA 12 RABU Perjumpaan 6: Sukan / Permainan (Latihan Rumah Sukan 2) Pemantauan Dan Penilaian (Pagi & Petang – Siri 1) 13 KHAMIS Perjumpaan 6: Kelab / Persatuan (Karnival Akademik) 14 JUMAAT Perjumpaan 6: Kelab / Persatuan (Karnival Akademik) 15 SABTU 16 AHAD 14 17 ISNIN Cuti Raya Haji 18 SELASA Cuti Peristiwa 2 (Hari Raya Aidil Adha) 19 RABU Perjumpaan 7: Sukan / Permainan (Latihan Rumah Sukan 2) Perhimpunan Kokurikulum Bil. 2 (Perjumpaan 4: Badan Beruniform) 20 KHAMIS 21 JUMAAT 22 SABTU 23 AHAD 15 24 ISNIN Kejohanan Olahraga 25 SELASA Kejohanan Olahraga 26 RABU Kejohanan Olahraga (Perjumpaan 8: Sukan / Permainan) 27 KHAMIS Kejohanan Olahraga (Perjumpaan 9: Sukan / Permainan) 28 JUMAAT Kejohanan Olahraga (Perjumpaan 10: Sukan / Permainan) 29 SABTU Hari Permuafakatan 1 30 AHAD
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 47 JULAI 2024 MINGGU TARIKH HARI PERKARA / AKTIVITI 16 1 ISNIN 2 SELASA Dialog Prestasi Bil. 2 3 RABU Siri Mesy. Panitia Bil. 2 (sehingga 19 Julai) / Perjumpaan 5: Badan Beruniform 4 KHAMIS 5 JUMAA T Mesyuarat Post Mortem Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kali ke-57 6 SABTU Climbathon PIBG 7 AHAD Awal Muharram. 17 8 ISNIN Cuti Ganti Awal Muharram. 9 SELASA 10 RABU Perjumpaan 8: Kelab / Persatuan (Pemantauan Dan Penilaian (Pagi & Petang – Siri 1) 11 KHAMIS 12 JUMAAT Mesyuarat Perkhemahan Perdana Pasukan Badan beruniform Bil.2 13 SABTU 14 AHAD 18 15 ISNIN 16 SELASA 17 RABU Perjumpaan 6: Badan Beruniform 18 KHAMIS 19 JUMAAT Perkhemahan Perdana (Perjumpaan 7: Badan Beruniform) 20 SABTU Perkhemahan Perdana (Perjumpaan 8: Badan Beruniform) 21 AHAD 19 22 ISNIN Cuti Hari Sarawak 23 SELASA 24 RABU Perhimpunan Kokurikulum Bil. 3 (Perjumpaan 9: Badan Beruniform) / Perjumpaan 9: Kelab / Persatuan 25 KHAMIS 26 JUMAAT Mesyuarat Bidang Voktek Bil 2 / Mesyuarat Bidang Bahasa BIl 2 27 SABTU 28 AHAD 20 29 ISNIN 30 SELASA 31 RABU Perjumpaan 10: Badan Beruniform
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 48 OGOS 2024 MINGGU TARIKH HARI PERKARA / AKTIVITI 20 1 KHAMIS 2 JUMAAT Dialog Prestasi Kokurikulum Bil.2/2024 3 SABTU LDP 5 4 AHAD 21 5 ISNIN 6 SELASA 7 RABU Perjumpaan 10: Kelab / Persatuan 8 KHAMIS 9 JUMAAT 10 SABTU 11 AHAD 22 12 ISNIN 13 SELASA 14 RABU Perjumpaan 11: Badan Beruniform (Pemantauan Dan Penilaian) (Pagi & Petang – Siri 1) 15 KHAMIS 16 JUMAAT 17 SABTU 18 AHAD 23 19 ISNIN Penilaian Kendalian Sekolah 2 (PKS 2) sehingga 30 Ogos 20 SELASA 21 RABU 22 KHAMIS 23 JUMAAT 24 SABTU 25 AHAD 24 26 ISNIN 27 SELASA 28 RABU 29 KHAMIS 30 JUMAAT 31 SABTU Hari Kebangsaan
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 49 SEPTEMBER 2024 MINGGU TARIKH HARI PERKARA / AKTIVITI 24 1 AHAD 25 2 ISNIN Pencerapan 2 SKPM (sehingga Oktober) / ULBM/ULBI Ting. 4 (sehingga 12 September) 3 SELASA 4 RABU Perjumpaan 11: Kelab / Persatuan 5 KHAMIS 6 JUMAAT Bengkel Teknik Menjawab Kertas Sains SPM 7 SABTU LDP 6 8 AHAD 26 9 ISNIN 10 SELASA 11 RABU Perjumpaan 12: Kelab / Persatuan 12 KHAMIS 13 JUMAAT Sambutan Hari Malaysia/ Majlis Penyampaian Anugerah KK – 1 (Perjumpaan 12: Badan Beruniform / Perjumpaan 11: Sukan/Permainan Golden Holiday Lakers 14 SABTU Golden Holiday Lakers Cuti penggal 2, sesi 2023/2024 (13/9/2024 - 22/9/2024) 15 AHAD Golden Holiday Lakers 16 ISNIN Hari Malaysia / Maulidur Rasul 17 SELASA 18 RABU 19 KHAMIS 20 JUMAAT 21 SABTU 22 AHAD 27 23 ISNIN 24 SELASA 25 RABU Sambutan Bulan Kecergasan: Hari Sukan Negara (Perjumpaan 12: Sukan / Permainan) 26 KHAMIS 27 JUMAAT 28 SABTU 29 AHAD 28 30 ISNIN
BUKU PANDUAN PENGURUSAN | SMK LAKE 2024-2025 50 OKTOBER 2024 MINGGU TARIKH HARI PERKARA / AKTIVITI 28 1 SELASA Dialog Prestasi Bil. 3/ SEGAK Siri 2 (sehingga November) 2 RABU Siri Mesy. Panitia Bil. 3 (sehingga 11 Oktober) 3 KHAMIS 4 JUMAAT 5 SABTU LDP 7 - Penataran PAJSK / Dialog Prestasi Kokurikulum Bil.3/2023 (Fokus Kpd Penataran PAJSK) 6 AHAD 29 7 ISNIN 8 SELASA 9 RABU 10 KHAMIS 11 JUMAAT Hari Permuafakatan 2 12 SABTU 13 AHAD 30 14 ISNIN 15 SELASA Percubaan SPM (sehingga 30 Okt) 16 RABU 17 KHAMIS 18 JUMAAT 19 SABTU 20 AHAD 31 21 ISNIN 22 SELASA 23 RABU 24 KHAMIS 25 JUMAAT 26 SABTU 27 AHAD 32 28 ISNIN 29 SELASA 30 RABU 31 KHAMIS Deepavali