The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nzulaikha2903, 2021-04-21 00:48:11

EBOOK PENGURUSAN PERNIAGAAN

selamat belajar

BAB 1

PENGURUSAN
PERNIAGAAN

TAKRIF PENGELUARAN

- Pengeluaran adalah penghasilan barangan atau perkhidmatan

- Pengurusan pengeluaran merupakan pelaksanaan aktiviti pengurusan yang
terdiri daripada perancangan, pengendalian, pengawalan dan penyenggaraan

sesuatu operasi, bagi tujuan menghasilkan barang dan perkhidmatan yang
memerlukan penglibatan semua pihak di dalam organisasi

KEPENTINGAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

Menjamin kelancaran perancangan

- Setiap proses pengeluaran perlu dibuat dengan teliti,
dikawal dengan terperinci dan sistematik untuk elakkan

gangguan/masalah semasa proses pengeluaran.

Mengurangkan kesan yang tidak baik

- Pengeluar perlu memastikan aktiviti pengeluaran
mematuhi undang-undang tidak memberi kesan negatif

kepada alam sekitar.

Memastikan sumber perniagaan diurus secara optima

- Pengeluar perlu mengurus dan mengawal sumber
perniagaan seperti pekerja, bahan mentah serta mesin

dengan cekap untuk meningkatkan produktiviti,
mengurangkan pembaziran dan memaksimumkan

keuntungan.

CABARAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

Perubahan teknologi yang berterusan Kepekaan terhadap isu alam sekitar

- Penggunaan teknologi terkini mempercepat - Mengambil kira kebersihan dan keindahan alam
proses pengeluaran sekitar supaya kualiti alam sekitar tidak
tercemar kesan aktiviti pengeluaran yang
- Pengeluar harus bersedia untuk menerima dijalankan bagi mengelakkan
sebarang perubahan teknologi yang drastik dan sebarang tindakan undang-undang.

mengatur strategi pengeluaran yang efisien Modal dan Buruh

- Penggunaan komputer, jentera dan robot dalam Memilih sama ada orentasikan buruh atau
aktiviti pengeluaran modal yang mana lebih menjimatkan kos.

Keperluan untuk memenuhi citarasa Menekankan peningkatan kualiti produk
pengguna yang pelbagai secara berterusan

- Kejayaan sesuatu produk bergantung kepada - Jangkaan pengguna terhadap kualiti produk
keupayaannya untuk memenuhi citarasa semakin meningkat
pengguna.
- Pengurus pengeluaran perlu memastikan kualiti
- Kitaran hayat produk dalam pasaran semakin produk dan perkhidmmatan sentiasa ditambah
pendek baik untuk memenuhi jangkaan pengguna.

- Pihak pengurusan perlu mengambil beberapa
langkah tertentu misalnya mengeluarkan

pelbagai jenis produk bagi memenuhi citarasa
pengguna yang pelbagai.

HUBUNGAN JABATAN PENGELUARAN DENGAN JABATAN PEMASARAN,
KEWANGAN DAN SUMBER MANUSIA

Hubungan Jabatan Hubungan Jabatan Pengeluaran
Pengeluaran dengan Jabatan dengan Jabatan Kewangan

Pemasaran - Mempengaruhi pelaburan pengeluaran
dengan dari segi teknologi , proses serta
- Jabatan pemasaran mewujudkan permintaan
untuk barangan sedia ada dan baharu penambahan modal dan inventori.

- Pemasaran menerima pesanan berdasarkan Hubungan Jabatan Pengeluaran
kapasiti pengeluaran. dengan Jabatan Sumber Manusia

- Pemasaran mengumpul maklumat kepuasan - Pengeluaran menggunakan sumber manusia
pelanggan bagi penambahbaikan proses dan untuk menghasilkan barangan.
pengeluaran, produk dan perkhidmatan. ,
- Sumber manusia mengambil dan melatih
menyediakan tempat dan menerima pesanan pekerja dalam kerja-kerja pengeluaran.
bagi pengeluran barang.

PROSES PENGELUARAN

INPUT OUTPUT

- Merujuk kepada faktor-faktor pengeluaran - Merujuk kepada hasil akhir yang diperolehi daripada proses
yang digunakan untuk menghasilkan keluaran. pengeluaran seperti produk pengeluaran seperti produk separa

- Faktor pengeluaran terdiri daripada bahan siap dan produk siap.
mentah, modal, modal insan, usahawan, - Produk separa siap diedarkan kepada pengilang lain dan produk
teknologi, mesin, tanah. siap diedarkan kepada pengilang lain dan produk siap diedarkan
- Contoh : input yang digunakan untuk
kepada pengedar seperti pemborong dan peruncit
menghasilkan perabot ialah kayu getah dan - Contoh : perabot diperbuat daripada kayu getah. Perabot yang
tenaga kerja terdiri dari tenaga mahir dan
dihasilkan mempunyai ciri-ciri tertentu yang dapat memenuhi
separa mahir dan tidak mahir kehendak dan citarasa pengguna semasa. Selain itu, kualiti perabot

yang dihasilkan harus memenuhi piawaian yang telah ditetapkan
supaya dapat memuaskan hati pelanggan.

PROSES TRANSFORMASI

- Merujuk kepada proses menukarkan input dari bentuk, rupa,
warna, rasa dan saiz kepada suatu bentuk produk lain yang dikenali

sebagai output.
- Ia juga merupakan aktiviti tambah nilai dalam proses

pengeluaran.
- Contoh : mengukur, memotong, mengetam kayu untuk dijadikan
perabot. Aktiviti tambah nilai menyebabkan nilai input meningkat

REKABENTUK PENGELUARAN

Reka bentuk pengeluaran merujuk kepada kaedah yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran untuk
menghasilkan sesuatu produk sama ada produk sedia ada atau produk baharu.
Terdapat 3 reka bentuk pengeluaran
i) Simplification
ii) Standardization
iii) Modular

SIMPLIFICATION STANDARDIZATION MODULAR

Menekan pengurangan usaha dalam Standardization merupakan proses Melibatkan gabungan komponen atau modul
bilangan, bahagian, pemasangan atau pengeluaran yang menghasilkan produk standard dalam pelbagai cara untuk
pilihan agar dapt memudahkan dan
yang seragam dari aspek produk, saiz menghasilkan beberapa produk yang unik.
mempercepatkan penghasilan dan kualiti. Bahagian produk atau komponen dibina dalam
produk. bentuk modul boleh diganti atau ditukar ganti
Standardization membolehkan
Contoh, pengeluar kereta tidak perlu penggunaan bahagian pemasangan dengan mudah agar dapat meningkatkan
menghasilkan pintu kereta sendiri, sedia ada, standard atau boleh ditukar fleksibiliti dalam pengeluaran dan pemasaran
sebaliknya akan menggunakan pintu ganti dalam kalangan produk dengan
tujuan mengurangkan tahap inventori, serta keupayaan memenuhi kehendak
kereta yang telah siap untuk dipasang kos dan masa latihan, memudahkan pelanggan.
pada kereta. prosedur pembelian dan pengendalian
Contohnya, Harley Davidson menggunakan
bahan. beberapa jenis enjin, casis dan tangki gas
untuk menghasilkan pelbagai jenis motosikal.

JENIS - JENIS PENGELUARAN

i) Massa

Ia merupakan kaedah pengeluaran secara besar-besaran untuk menghasilkan barangan yang sama .
Ciri utama kaedah ini ialah kadar pengeluarannya yang tinggi, peralatan yang digunakan adalah khusus untuk
membuat sesuatu barangan dan kadar permintaan terhadap barangan adalah sangat tinggi, stabil, kualiti yang sama

dan dapat diramal.
Bahan mentah disimpan sebagai inventori bagi merendahkan kos pengeluaran kerana pengeluaran secara besar-

besaran.
Syarikat akan menyimpan stok untuk memenuhi permintaan segera dan dapat meminimumkan masa penghantaran.

Contoh: komponen elektrik, produk-produk makanan, minyak masak, kicap, dan lain-lain.

ii) Selanjar

Pengeluaran jenis ini umumnya beroperasi 24 jam berterusan tanpa henti, berulangkali dan besar.
Kebiasaannya hanya satu jenis produk sahaja yang dihasilkan tetapi dalam volum yang amat tinggi. Produk
mempunyai pempiawaian yang amat tinggi, maka aliran pengeluaran adalah secara lini dan sukar diubah.

Menggunakan peralatan yang sama dalam jangka masa yang lama
Contoh : Pemprosesan produk komoditi dgn volum pengeluaran yang sangat besar, proses menghasilkan

bahan-bahan kimia, cetakan, kertas dan loji penapisan minyak.

ii) Kelompok

Sistem pengeluaran kelompok ialah di mana barangan diproses di dalam kumpulan-kumpulan atau lot-lot
tertentu.

Pengeluaran adalah mengikut spesifikasi pelanggan.
Sesuai utk produk bermusim dan bersifat fleksibel untuk memenuhi citarasa pelanggan yang pelbagai.

volum pengeluaran yang kecil dan permintaan yg berubah-ubah
Contoh: Kad raya, baju sekolah, perhiasan dan peralatan rumah yang mahal seperti (wallpaper, wardrobe,

kabinet dan sebagainya), tempahan kek , perabot, perkhidmatan katering dan lain-lain.

iv) Tempahan (Job types)

Pengeluaran ini melibatkan penghasilan produk spesifik yang mengikut tempahan pengguna dalam kuantiti
yang kecil.

Produk yang dikeluarkan adalah unik, mempunyai nilai tinggi dan melibatkan tempoh yang tidak menentu.
Memerlukan modal yang besar kerana melibatkan penggunaan tenaga pakar dalam sesuatu bidang dan
teknologi yang canggih.
Contohnya, projek pembinaan kapal, pelabuhan, lapangan terbang dan projek pembangunan MSC.

SUSUN ATUR PENGELUARAN

OBJEKTIF SUSUN ATUR

Meningkatkan kecekapan penggunaan ruangan dan
sumber seperti tenaga kerja dan kelengkapan.
Meminimunkan kos pengendalian bahan

Meningkatkan keberkesanan komunikasi antara pekerja
dan pelanggan

Meminimunkan inventori kerja dalam proses

SUSUN ATUR TETAP

Merupakan kaedah mengumpulkan aktiviti pengeluaran seperti sumber manusia,
bahan mentah dan peralatan di lokasi di mana pengeluaran hendak dibuat.

Disebabkan oleh saiz yang besar & berat barangan tersebut terletak tetap di tempat
pembuatan.

Peralatan, mesin, bahan mentah, jentera dan pekerja di bawa ke kedudukan yang
telah ditentukan untuk melakukan proses-proses pembuatan.

SUSUN ATUR PROSES

Dikenali sebagai susun atur fungsi.
Aktiviti pengeluaran disusun dengan mengumpulkan manusia dan alatan yang sama fungsinya

dalam satu tempat.
Ia melibatkan pelaburan yang sedikit kerana peralatan dan mesin boleh dikongsi guna serta

tidak terhad untuk pengeluaran satu jenis produk sahaja.
Produk akan bergerak dari satu bahagian kerja ke bahagian lain untuk disiapkan.

Contoh: susunatur di perpustakaan, sekolah, hospital dan pasaraya.

SUSUN ATUR PRODUK

Juga dikenali sebagai barisan pemasangan
Melibatkan penyusunan semua peralatan dan mesin serta aktiviti pengeluaran mengikut urutan
proses pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik.
Biasanya satu jenis mesin atau jentera akan digunakan secara khusus untuk mengeluarkan sesuatu

produk dalam kilang.
Dalam susunatur jenis ini, komponen berpindah dari satu stesyen kerja ke satu stesyen yang lain

sehinggalah ianya siap dihasilkan.

Susun atur produk amat sesuai digunakan oleh kilang yang menghasilkan satu jenis produk sahaja
secara berulangan berdasarkan standard atau piawai yang telah ditetapkan oleh pihak
pengurusan.
Susun atur produk boleh berbentuk S, L, U atau O.
Contoh ; pemasangan kereta, produk elektronik,

Sesuai bagi produk yang mudah rosak, mudah pecah, pukal atau terlalu berat untuk dialihkan.
Kedudukan produk yg dihasilkan tetap manakala sumber-sumber pengeluaran dibawa ke lokasi.

Cth: Membina bangunan / rumah, empangan, jambatan, kapal terbang dan kapal.

SUSUN ATUR SELULAR

Susun atur yang mengumpulkan mesin atau elemen kerja yang
berbeza ke dalam pusat-pusat kerja atau sel-sel kerja yang kecil.
Tujuannya untuk menghasilkan suatu famili bahagian dengan ciri-

ciri rekabentuk dan keperluan proses yang serupa.
Cth: pembuatan kerusi,cip komputer, enjin diesel dan lain-lain.

OBJEKTIF PEMILIHAN LOKASI PENGELUARAN

Organisasi perlu teliti dalam memilih tapak
pengeluaran untuk beroperasi supaya tidak mengalami

kerugian pada masa hadapan dan tidak menghadapi
masalah lain seperti ketiadaan bekalan air, bekalan
elektrik dan kemudahan insfrastruktur yang lain.
Lokasi yang strategik akan dapat mengurangkan kos
operasi syarikat seperti kos pengangkutan, kos buruh,

kos bahan mentah, kos pengedaran dan lain-lain.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN LOKASI
PENGELUARAN

i. Bekalan tenaga buruh
Mudah untuk mendapatkan sumber tenaga buruh merangkumi buruh mahir, separuh mahir

dan kurang mahir serta kos upah buruh yang berpatutan.

ii. Berdekatan dengan sumber bahan mentah
Sebagai jaminan bekalan bahan mentah tidak terputus serta meminimumkan kos

penghantaran.

iii. Berhampiran dengan pengguna dan pasaran
Organisasi harus memberi tumpuan kepada saiz pasaran besar yang menjanjikan pulangan

keuntungan maksimum.
Memudahkan dan mempercepatkan pengedaran produk kepada pengguna dan

meminimumkan kos pengedaran.

iv. Kemudahan infrastruktur
Kemudahan infrastruktur yang lengkap menjadi pertimbangan utama kepada firma

dalam pemilihan lokasi tapak.
Kemudahan seperti bekalan air, elektrik, sistem komunikasi dan sistem perhubungan

dapat memudahkan proses pengeluaran.

v. Kemudahan khidmat sokongan
kemudahan seperti subkontraktor dan institusi kewangan dapat membantu firma
mendapatkan khidmat seperti penyelenggaraan, bekalan, sumber pembiayaan dan

urusan pembayaran.

vi. Sistem pengangkutan dan logistik
Kemudahan jaringan pengangkutan darat, udara dan laut seperti jalan raya, lebuh
raya, landasan keretapi, lapangan terbang dan pelabuhan memudahkan urusan

logistik.
Memudahkan bahan mentah dihantar ke pusat operasi pengeluaran dengan segera

dan kerap sekaligus dapat mengurangkan kos penyimpanan inventori.
Mempercepatkan proses penghantaran produk ke pasaran.

vii. Politik dan undang-undang
Kestabilan politik menjadi tarikan dan dorongan kepada firma untuk beroperasi

dengan lancar tanpa sebarang gangguan di dalam sesebuah negara.
Peruntukan undang-undang yang melindungi hak pengeluar seperti akta hak cipta

dan cukai yang tidak membebankan akan menjadi tumpuan firma untuk
mengembangkan operasi pengeluaran.

PENJADUALAN PENGELUARAN

CARTA GANTT

Diasaskan oleh Henry L. Gantt dan merupakan kaedah yang tertua (awal 1900an).

Carta berbentuk bar yang menunjukkan tahap kemajuan dan pencapaian setiap aktiviti serta
susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu projek dan masa yang diperuntukkan bagi

menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut

Carta gantt mudah dibina, sesuai untuk projek yang tidak rumit dan mempunyai sedikit
aktiviti.

Aktiviti dapat dirangka/dikawal dengan cara membandingkan antara perancangan dengan
pencapaian sebenar.

LANGKAH UNTUK MEMBINA CARTA GANTT :

1.Kenalpasti semua aktiviti yang terlibat.
2.Bina carta yang mengandungi aktiviti pada lajur pertama. Aktiviti pertama
diletak di atas sekali manakala aktiviti seterusnya disusun mengikut urutan

sehingga aktiviti terakhir diletakan di bawah sekali.
3.Baris pertama menentukan unit masa yang menunjukkan samada dalam

hari/minggu/bulan.
4.Semasa pelaksanaan, anggota projek perlu sentiasa berjumpa untuk

kemaskinikan status setiap aktiviti.
5.Tindakan dan keputusan perlu dibuat jika berlaku masalah.

CONTOH CARTA GANTT – PROJEK MEMBUKA PASAR MINI BARU

Carta Gantt untuk proses awal rekaan dan pengeluaran sebuah kereta

KEGUNAAN CARTA GANTT :

Menunjukkan perkaitan bidang dan perancangan tugas dengan masa
Memberi petunjuk kepada pengurus untuk menyiapkan tugas dalam

masa yang ditetapkan.
Merancang kemajuan projek.
Memberi maklumat tentang tugas yang perlu disiapkan dalam satu
tempoh masa dan tugas lain yang dilakukan secara serentak atau

selanjutnya.
Sebagai alat kawalan perjalanan atau kelangsungan projek.

CARTA PERT

Teknik menilai dan menyemak program.
Carta PERT merupakan rajah yang menggunakan garisan bagi
mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan masa yang diperuntukkan di
dalam menyiapkan sesuatu projek di mana melaluinya masa

terpanjang (laluan genting) projek dapat disiapkan boleh
diketahui.

Teknik perancangan dan kawalan secara grafik perkaitan
pelbagai aktiviti dalam sesuatu projek.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBINA CARTA PERT :

1. Definisikan objektif projek dan tentukan semua kegiatan dari awal hingga tamat.
2. Bentukkan hubungan antara kegiatan-kegiatan.
3.Tentukan yang mana dahulu dan kemudian.

4.Lukis jaringan anak panah untuk hubungan semua kegiatan.
5.Peruntukan jangkaan masa kepada setiap kegiatan.

6.Kenalpasti laluan terpanjang yang dikenali laluan genting.
7.Gunakan jaringan atau anak panah yang telah dibina untuk

merancang, menjadual dan mengawal pelaksanaan projek.







KEGUNAAN CARTA PERT :

Untuk mengetahui tarikh projek boleh disiapkan.
Mengenal pasti kegiatan penting.

Mengenal pasti kebarangkalian penyiapan projek sebelum tarikh siap.
Memantau pelaksanaan projek supaya menepati jadual.
Penilaian kos menepati belanjawan.
Penggunaan sumber mencukupi.
Mengenalpasti kegiatan yang perlu diberi perhatian.

MAKSUD KAWALAN INVENTORI

Inventori merupakan barangan/bahan-bahan yang disimpan
oleh organisasi untuk digunakan pada masa depan.

Tujuan penyimpanan adalah untuk memenuhi keperluan
organisasi pada masa depan .

Kawalan Inventori merupakan sistem kawalan yang
menguruskan penerimaan, penyimpanan, pengendalian dan
pengiraan bahan mentah, kerja dlm proses dan inventori barang
siap untuk memastikan pengaliran kerja diselenggara dengan

baik.

KEPENTINGAN KAWALAN INVENTORI

Mengurangkan kos pengeluaran
- Dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan

pembaziran kos
Meningkat syer pasaran saham
- Peningkatan kualiti akan meningkatkan volum jualan
Mengurangkan liabiliti produk

JENIS - JENIS INVENTORI

Bahan mentah –bahan yang biasa dibeli dari pembekal luar,
belum melalui proses transformasi

Kerja dalam proses- komponen @ bahan mentah yang telah
ditransformasi tetapi belum menjadi barang siap

Produk siap - stok keluaran akhir yang boleh dijual kepada
pengguna

KEPENTINGAN JENIS - JENIS INVENTORI

Menjamin bekalan berterusan
Mengstabil harga barang dipasaran
Proses pengeluaran dapat dilakukan secara

berterusan .
Mengurangkan kos

ALAT/KAEDAH KAWALAN INVENTORI

2 kaedah pengurusan inventori iaitu :

Model Kuantiti Pesanan Ekonomik / Economic Order
Quantity (EOQ)

Sistem Tepat Pada Masa / Just-in-Time (JIT)

MODEL KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)

Definisi :

Satu pendekatan/ teknik pengurusan inventori untuk menentukan kuantiti
pesanan optimum yang meminimumkan jumlah kos inventori syarikat.
Pendekatan ini akan meminimumkan jumlah kos berubah mengikut saiz
pesanan apabila permintaan dianggap dapat diramal dengan tepat dan
nilainya tidak berubah dari semasa ke semasa.

Tujuannya adalah untuk meminimumkan sekurang-kurangnya jumlah dua
dari empat kos iaitu kos penyimpanan dan kos pesanan

ANDAIAN EOQ

Kadar permintaan telah diketahui dan bersifat konsisten.
Keputusan item pesanan tidak bergantung kepada item barang lain.

Diskaun harga tidak ditawarkan.
Kekurangan item pesanan tidak berlaku.
Hanya dua kos yang releven iaitu kos pesanan dan kos pegangan.
Masa menunggu (lead time) diketahui dengan pasti dan bersifat

malar.
Item pesanan diterima dalam bentuk lot dan diterima sekaligus.











SISTEM TEPAT PADA MASA (JUST IN TIME - JIT)

Just In Time (JIT) adalah kaedah pengeluaran yang mengumpulkan
kesemua bahan dan bahagian yabg diperlukan pada setiap tahap

pengeluaran tepat pada masa yang diperlukan.
Tujuan pengeluaran JIT adalah untuk mengelakkan pembaziran yang
dikaitkan dengan lebihan pengeluaran, masa menunggu yang lama dan

inventori berlebihan.
Syarikat hanya menghasilkan sejumlah pengeluaran yang diperlukan /

diminta pengguna sahaja.
JIT dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan mengurangkan
kemungkinan kerosakan atau kerugian akibat penimbunan barang.

OBJEKTIF :

Meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran.
Mengelakkan pembaziran
Meminimumkan inventori.

Mengurangkan masa dan kekerapan penyediaan.
Menambahbaikan sistem proses pengeluran secara berterusan.

Menjadikan proses pengeluaran lebih anjal.
Mengurangkan penggunaan ruang.

KONSEP KAWALAN KUALITI

DEFINISI KAWALAN KUALITI

Satu proses memeriksa produk yang dihasilkan bagi
memastikan kualiti produk menepati standard atau

piawaian yang ditetapkan.

KEPENTINGAN KAWALAN KUALITI

Mengurangkan kos pengeluaran.
Melalui pengawalan kualiti, pembaziran yang mungkin berlaku semasa proses pengeluaran

dapat dikurangkan seterusnya dapat menjimatkan masa dan kos pengeluaran.

Mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna.
Kawalan kualiti dapat mengurangkan kecacatan produk sebelum produk tersebut dipasarkan
kepada pengguna. Seterusnya firma dapat mengelakkan tuntutan liabiliti daripada pengguna.

Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pengguna
Produk yang berkualiti dapat memberi kepuasan kepada pengguna seterusnya

meningkatkan daya saing firma dalam pasaran.

Membentuk imej perniagaan yang baik
Kawalan kualiti akan mewujudkan imej perniagaan yang baik dari pandangan pengguna. Ini
menguntungkan firma untuk tempoh jangka panjang khususnya dalam penguasaan syer

pasaran.

PROSES KAWALAN KUALITI

RANCANG (PLAN)
- Tumpu pada operasi semasa, pengumpulan maklumat serta pendapat, membincangkan
alternatif penyelesaian, analisis data, cadangan penambahbaikan atau tindakan pembetulan

dan merancang perubahan.

BUAT (DO)
- Melaksanakan perubahan operasi, penambahbaikan, menyelaras prosedur kerja, dan kutipan

data secara sistematik untuk tujuan penilaian.

SEMAK (CHECK)
- Memantau operasi dan meneliti segala perubahan sebenar yang berlaku.
- Menyemak kesannya serta menganalis prestasi operasi dan kerja untuk menentukan sama ada

prestasi adalah seperti diharapkan.

TINDAKAN (ACT)
- Mengambil tindakan pembetulan atau penambahbaikan. Jika prestasi telah bertambah

baik, piawaikan prosedur kerja yang baru untuk operasi itu.

PENGURUSAN KUALITI SECARA MENYELURUH
Total Quality Management (TQM)

DEFINISI :

- TQM ialah satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan,
penambahbaikan secara berterusan, penglibatan semua orang, setiap bahagian

dan proses dalam organisasi serta penyelesaian masalah secara berpasukan.
- Proses ini bertujuan membawa perubahan yang menyeluruh kearah melahirkan

budaya organisasi yang cemerlang.
- Melalui TQM ciri-ciri budaya yang sedia ada akan diubahsuai dengan ciri-ciri
baru yang lebih baik. Ciri-ciri itu meliputi sikap dan nilai, sistem dan prosedur,

amalan-amalan operasi, struktur organisasi dan sebagainya.

PRINSIP-PRINSIP TQM

Tumpuan pada produk, proses dan aspek manusia.
Prinsip TQM merangkumi seluruh operasi dan urusan dalam sebuah syarikat dengan memfokuskan

kepada penghasilan produk yang berkualiti melalui proses kerja yang sistematik dan
pengubahsuaian budaya dan amalan kerja yang cemerlang.

Satu proses yang berterusan
TQM bukan merupakan satu program tetapi merupakan satu proses dan usaha berterusan bagi

menyesuaikan & memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan yang sentiasa berubah.

Pendekatan kerja secara berpasukan
Setiap kakitangan mempunyai kemahiran dan kepakaran yang berbeza mengikut bidang tugas

masing-masing. Penggabungan kemahiran dan kepakaran dalam satu pasukan kerja akan
menghasilkan idea dan output yang lebih berkualiti.

Tumpuan kepada pelanggan
TQM fokus kepada pelanggan yang merupakan pihak yang akan membeli dan menggunakan

produk sekaligus memberikan peningkatan kepada volum jualan syarikat

STANDARD PENGELUARAN

MAKSUD :
Merujuk kepada persetujuan yang telah didokumentasikan yang
menyatakan kriteria terperinci yang digunapakai secara konsisten
sebagai peraturan untuk memastikan bahan mentah , komponen

,produk ,proses yang digunakan sesuai dengan tujuannya.
Ianya merupakan kriteria atau ukuran prestasi dalam yang perlu
dicapai oleh bahagian pengeluaran dalam penghasilan produk.

International Standard Organization (ISO)

MAKSUD ISO :
Sebuah badan bersekutu yang terdiri daripada banyak organisasi
dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard

di negara masing-masing.
Tujuan penubuhan ISO adalah untuk membolehkan satu standard

antarabangsa dibentuk.
Badan ini menetapkan elemen-elemen asas yang perlu ada dlm
sistem kualiti sesebuah organisasi bg membolehkan pengeluaran

produk @ perkhidmatan menepati spefikasi yg ditetapkan.

ISO 9000
Definisi :
Satu standard bertulis yang menetap dan menerangkan tentang elemen-elemen
asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan produk atau
perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi

ISO 14000
- Satu siri standard yang direka untuk melindungi isu-isu berkenaan alam sekitar

bagi organisasi di pasaran antarabangsa
- Meliputi :

Sistem Pengurusan Alam Sekitar
Pengauditan Alam Sekitar

Penilaian Persembahan Alam Sekitar
Pelabelan Alam Sekitar
Life Sycle Assessments

Aspek Alam Sekitar didalam Standard Produk


Click to View FlipBook Version