1
2 AKTA 174 AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976: VERSI BAHASA AWAM & INOVASI DOKUMEN PERBICARAAN TATATERTIB Norizam bin Sekak Mohd Khairuddin bin Abd Karim Zulkefli bin Menong KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 Segamat 2020
3 CETAKAN PERTAMA 2020 CETAKAN KEDUA 2022 Hak cipta terpelihara Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk tujuan pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, samada dengan cara elektronik, gambar dan rakaman serta sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada penulis-penulis buku ini. Diterbitkan oleh ; Kolej Komuniti Segamat 2 KM 4, Jalan Jementah 85100 Batu Anam, Segamat JOHOR Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalamPenerbitan Norizam Sekak AKTA 174 AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976 : VERSI BAHASA AWAM & INOVASI DOKUMEN PERBICARAAN TATATERTIB / Norizam bin Sekak, Mohd Khairuddin bin Abd Karim, Zulkefli bin Menong. ISBN 978-967-11640-6-8 1. Public universities and colleges--Law and legislation--Malaysia. 2. Universities and colleges--Law and legislation--Malaysia. 3. Universities and colleges--Moral and ethical aspects--Malaysia. 4. Education, Higher--Law and legislation--Malaysia. 5. Government publications--Malaysia. I. Mohd Khairuddin Abd Karim. II. Zulkefli Menong. III. Judul. 344.07409595 Tahun terbitan : 2020
4 KANDUNGAN PRAKATA....................................................................................................12 PENGENALAN ............................................................................................13 KANDUNGAN AKTA 174.............................................................................15 KANDUNGAN, ULASAN DAN KUPASAN...................................................23 A. BAHAGIAN I (PERMULAAN) ........................................................23 B. BAHAGIAN II (PIHAK BERKUASA TATATERTIB) ......................24 C. BAHAGIAN III (JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR) ...28 D. BAHAGIAN IV : KESALAHAN ......................................................29 E. BAHAGIAN V : PERALIHAN ............................................................34 G. BAHAGIAN VI ; AM.................................................................................38 .....................................................................................................................41 JADUAL KEDUA: KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 1976 ...............................................42 BAHAGIAN 1 ...........................................................................................42 BAHAGIAN II ...........................................................................................45 BAHAGIAN III ..........................................................................................69 BAHAGIAN IV..............................................................................................74 BAHAGIAN VI............................................................................................108 PERMULAAN ............................................................................................111 ANGGAPAN ..............................................................................................112 PIHAK BERKUASA TATATERTIB...........................................................126 PRA TINDAKAN TATATERTIB .................................................................128 1. Kaedah 49 Kaedah Tatatertib memperuntukkan bahawa : .................128 2. Bagi membuat keputusan sama ada telah berlaku kesalahan tatatertib, suatu mekanisma adalah diperlukan, antaranya :......................................128 2.1 Peringkat pertama – menerima aduan : .........................................128 2.2 Peringkat kedua – kredibiliti aduan : (munasabah atau tidak).....129 2.3 Peringkat ketiga – siasatan :..........................................................129 2.4 Peringkat keempat – laporan siasatan :.........................................130
5 2.5 Peringkat kelima – keputusan PBT : ..............................................130 3. Keputusan untuk membicarakan pelajar atas kesalahan tatatertib :.131 KESALAHAN JENAYAH OLEH PELAJAR ..........................................142 LAIN-LAIN DOKUMEN ..............................................................................144 Contoh Kertas Pertuduhan .....................................................................144 Contoh Pertuduhan ................................................................................146 Contoh Fakta Kesalahan......................................................................148 Format Laporan Keputusan.................................................................149
6
7
8
9
10 Syukur Alhamdulillah atas nikmat dan izin Allah SWT terhasilnya buku ini hasil cetusan idea dan pengalaman sepanjang terlibat secara langsung sebagai peserta, fasilitator dan penceramah bagi Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ataupun Akta 174 di Politeknik dan Kolej Komuniti. Pemilihan penggunaan gaya bahasa awam dalam menyampaikan kandungan dan maksud kepada Akta ini merupakan pendekatan yang penulis laksanakan sepanjang mengendalikan kursus-kursus berkaitan pengurusan tatatertib pelajar bagi memudahkan pemahaman. Berdasarkan maklumbalas yang disampaikan oleh para peserta, penulis telah merangka dan mengolah tafsiran kepada Akta 174 ini kepada bahasa awam namun menepati tafsiran bahasa akta sebenar. Semakan dan rujukan silang dilaksanakan penulis dengan pengamal undang-undang agar hasrat dan penyampaian maksud yang disampaikan di dalam buku ini jelas dan tepat. Dikesempatan ini, penulis ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua tenaga pengajar yang pernah memberikan tunjuk ajar dalam pelaksanaan pengurusan Akta 174 terutamanya daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), rakan-rakan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik dan Unit Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti. Moga ilmu dan perkongsian yang disampaikan selama ini dapat dipanjangkan agar menjadi amal jariah kita semua kepada generasi akan datang. Penulis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Muhammad Hasanuddin Bin Mohd Yusoff, Peguambela & Peguamcara daripada Tetuan Hasanuddin Shafarin & Ghazali yang sudi membuat semakan dan memberikan khidmat nasihat dan kepakaran berkenaan aspek perundangan. Tidak lupa kepada isteri , anak-anak dan sahabat-sahabat penulis yang banyak memberikan dorongan sehingga terhasilnya buku ini. Sokongan kalian semua telah memberikan inspirasi yang penting bagi kami menyiapkan buku ini daam tempoh yang panjang. Tanpa sokongan, doa dan pengorbanan, buku ini tidak akan dapat dihasilkan dengan jayanya. Semoga Allah SWT merahmati penghasilan buku ini untuk generasi seterusnya. Norizam bin Sekak Mohd Khairuddin bin Abd Karim Zulkefli bin Menong
11
12 PRAKATA Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 yang juga dikenali sebagai Akta 174, telah diperkenankan oleh Pekenan DiRaja pada 25 Mei 1976 dan seterusnya diwartakan sebagai satu undang-undang yang sah pada 31 Mei 1976. Akta ini telah melalui beberapa pindaan dan kali terakhir dipinda adalah melalui P.U.(A)125/2019 yang mula berkuatkuasa pada 23 Mei 2018. Rujukan utama bagi tujuan buku ini ditulis adalah merujuk kepada versi dalam talian teks cetakan semula yang dikemaskini pada 01 Jun 2019. Akta ini hanya digunakan oleh institusi yang memberikan pelajaran, pengajaran atau latihan KECUALI UNIVERSITI (kerana “Universiti” adalah sesebuah universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 / Akta 30). Oleh yang demikian Akta 174 ini hanya digunakan oleh: 1. Politeknik Malaysia 2. Kolej Komuniti Malaysia 3. Institusi Pendidikan Guru (IPG) 4. Kolej Matrikulasi 5. Institut Teknologi MARA (yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Institusi Teknologi MARA 1976 dan termasuk sesuatu cawangan yang berkaitan). *Jadual Pertama Akta 174 adalah dirujuk senarai penuh pengguna sebenar Akta 174. Menteri mempunyai kuasa muktamad dalam menentukan siapakah Kuasa Eksekutif sesebuah institusi. Perlantikan Ketua Eksekutif hendaklah dibuat oleh menteri bagi membolehkan Akta 174 ini digunapakai secara sah di semua institusi yang dinyatakan dalam JADUAL PERTAMA Akta 174. Ketua Eksekutif merupakan pegawai atau kakitangan institusi yang bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Utama Institusi tersebut. Ini bermakna Ketua Eksekutif adalah Ketua Jabatan institusi tersebut. Manakala Pegawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP) adalah seorang kakitangan institusi yang dilantik oleh Menteri bagi menjalankan tugas sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) iaitu yang melaksanakan semua peruntukanperuntukan undang-undang yang diperuntukkan di dalam Akta 174 di manamana Institusi. PHEP ini juga merujuk kepada Ketua Jabatan sesebuah institusi.
13 Perlantikan oleh Menteri adalah sesuatu yang WAJIB ada bagi membolehkan Akta 174 dilaksanakan dan berkuatkuasa di sesebuah Institusi. Ketua Jabatan perlu memastikan lantikan ini telah diterima sebelum pelaksanaan Akta 174 boleh dilaksanakan. PENGENALAN Dalam pelaksanaan Akta 174, terdapat beberapa prinsip undang-undang yang wajib diketahui oleh pengamalnya. Had dan limitasi penggunaan Akta 174 ini hanyalah merujuk kepada penggunaannya oleh institusi yang hanya dibenarkan menggunakannya. Oleh yang demikian ada beberapa isu atau perkara pokok yang perlu diambil perhatian oleh pengamalnya agar tidak melebihi atau melampaui batasan semasa menggunakannya. 1. Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Adalah menjadi satu kesilapan apabila membincangkan AUKU semasa membicarakan tentang Akta 174. Ini kerana AUKU hanya boleh digunakan kepada mahasiswa Universiti dan Kolej Universiti. Maka antara AUKU dan Akta 174 ianya mempunyai jurang pemahaman dan pelaksanaan yang jauh walaupun menangani pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) secara keseluruhannya. 2. Pegawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Dalam sistem Politeknik dan Kolej Komuniti, PHEP adalah merujuk kepada pegawai yang menguruskan Jabatan Hal Ehwal Pelajar samada menguruskan hal pengambilan, data, kebajikan mahupun disiplin. Manakala PHEP mengikut Akta 174 adalah merujuk pula kepada Ketua Eksekutif, Pengarah (Ketua Jabatan) organisasi. Kekeliruan ini perlu dibetulkan kerana gelaran jawatan / nama ini adalah sama tetapi sebenarnya adalah perjawatan dan orang yang berbeza sama sekali. 3. Memungut wang Memungut, menyelenggara pungutan atau apa sahaja tindakan mengambil wang adalah merupakan kebiasaan dilakukan dalam
14 banyak aktiviti pelajar. Ini semua berleluasa sejak sekian lama samada pungutan dalam jumlah besar, kecil-kecilan di dalam kelas atau di dalam program disemua peringkat. Akta 174 memang menegah pungutan wang ini dalam apa sahaja bentuk. Larangan di dalam Akta 174 ini menyebabkan timbul pertikaian apabila elemen keusahawanan dan Learn and Earn diperkenalkan. Peruntukan kewangan masih boleh diberikan dari peruntukan kerajaan dan dari sumber yang dibenarkan. Namun memungut wang adalah satu kesalahan dan tidak dibenarkan sama sekali dalam Akta 174. Walaubagaimanapun, terdapat kelonggaran mengenai larangan ini tetapi jarang sekali digunakan bagi “menghalalkan” pungutan ini dibuat. 4. Cara pelaksanaan hukuman Satu kaedah pelaksanaan wajar disatukan / diselaraskan agar tidak menimbulkan ketidakpuashatian pelajar di institusi berbeza. Mungkin amat mustahil penyeragaman boleh dilakukan sepenuhnya kerana setiap hukuman bergantung kepada keadaan, jenis dan tahap salahlaku yang diadukan di institusi masing-masing. Namun wajar kelihatan sesuatu hukuman itu adalah hampir sama dan tetap memberikan impak yang hampir sama kepada pelajar, institusi dan sistem pendidikan yang menggunakannya. 5. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atau Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Apa sahaja penggunaan istilah mestilah menggunakan istilah yang diperuntukan oleh undang-undang. Di Dalam Akta 174, penggunaan yang sah adalah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi badan pertubuhan pelajar rasmi dibawah Seksyen 7, Akta 174 walaupun ada sesetengah institusi telah menjenamakan semula kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Rujuk Seksyen 7, Seksyen 9 dan Jadual Ketiga Akta 174.
15 KANDUNGAN AKTA 174 Dalam membaca Akta 174, susunan yang tepat dan betul hendaklah diteliti secara tersusun dan berturut-turut, tidak melompat-lompat atau berselangselang sebab maksud tafsiran akta ditafsirkan secara bersambung-sambung bagi melengkapkan sesuatu pemahaman isi kandungannya. Bagi memudahkan pemahaman orang awam yang kurang mahir dalam klausa dan bahasa undang-undang, maka buku ini akan cuba diterjemahkan dalam bahasa yang mudah namun tidak akan mengubah maksud asal kandungan Akta 174 ini. Namun jika semasa melaksanakan undang-undang, Akta 174 yang asal hendaklah dibaca bersekali dengan buku ini. Sebarang pertikaian berkenaan istilah atau lain-lain terma, rujukan Akta 174 versi Bahasa Inggeris akan digunakan. Kandungan Akta 174 ini dibahagikan mengikut beberapa bahagian yang melibatkan Seksyen serta kaedah-kaedah sebagaimana berikut: Bil SUSUNAN RUJUKAN KANDUNGAN 1 BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1 Tajuk Ringkas (nama Akta) Seksyen 2 Tafsiran / makna / glasori Seksyen 3 Kuasa Menteri melantik Kuasa Eksekutif 2 BAHAGIAN II PIHAK BERKUASA TATATERTIB Seksyen 4 (dipotong) Seksyen 5 Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) – peranan dan perwakilan kuasa Seksyen 6 Kaedah-kaedah Tatatertib Pelajar / JADUAL KEDUA 3 BAHAGIAN III JPP DAN BADAN PELAJAR LAIN Seksyen 7 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Seksyen 8 Pertubuhan pelajar lain Seksyen 9 Penggantungan / pembubaran JPP / pertubuhan pelajar 4 BAHAGIAN IV KESALAHAN Seksyen 10 Aktiviti pelajar / persatuan / pertubuhan Seksyen 11 Larangan memunggut wang
16 Bil SUSUNAN RUJUKAN KANDUNGAN Seksyen 12 Tanggungan pelajar atau pertubuhan jika melakukan pelanggaran undang-undang Seksyen 13 (dipotong) Seksyen 14 Penggantungan / penahanan pelajar Seksyen 15 (dipotong) Seksyen 16 (dipotong) 5 BAHAGIAN V PERALIHAN Seksyen 17 Pelajar menjadi anggota persatuan sedia ada Seskyen 18 Persatuan pelajar sedia ada Seksyen 19 Seksyen 17 dan 18 mengatasi Akta Pertubuhan 1966 / Ordinan Syarikat Kerjasama Seksyen 20 Pertubuhan / badan pelajar sedia ada dalam institusi 6 BAHAGIAN VI Seksyen 21 Perwakilan oleh Menteri Seksyen 22 Pemakaian Akta 174 oleh Institusi (JADUAL PERTAMA) dan kuasa Menteri meminda JADUAL PERTAMA Seksyen 23 Kuasa Menteri memakai peruntukan yang diubahsuai. Seksyen 24 Cawangan yang disenaraikan dalam JADUAL PERTAMA disifatkan sebagai satu institusi yang berasingan. Seksyen 25 Tarikh berkuatkuasa Akta 174 bagi mana-mana institusi. Seksyen 26 Pemakaian Akta 174 dan perundangan Subsidiari. JADUAL PERTAMA Butiran 1 – 169 serta pindaan lain Merupakan senarai semua institusi yang boleh menggunakan Akta 174 secara sah. Jadual ini lazimnya mempunyai pindaan apabila
17 Bil SUSUNAN RUJUKAN KANDUNGAN sesuatu institusi itu ditambah untuk penggunaan. JADUAL KEDUA BAHAGIAN I PERMULAAN Kaedah 1 Nama : Dinamakan KaedahKaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 Kaedah 2 Tafsiran / makna / glasori JADUAL KEDUA BAHAGIAN II TATATERTIB AM Kaedah 3 Larangan Am Kaedah 4 Kehadiran ke kuliah Kaedah 5 Latihan amali Kaedah 6 Pakaian dan penampilan diri pelajar Kaedah 7 Masuk Peperiksaan / kelakuan semasa peperiksaan Kaedah 8 Sekatan mengenai penggunaan teks kuliah / larangan plagiarisme Kaedah 9 Mengatur dan sebagainya sesuatu perhimpunan Kaedah 10 Memiliki, mempunyai dan menggunakan pembesar suara dan sebagainya. Kaedah 11 Membuat, mengguna, menunjuk, mempunyai, memiliki dan sebagainya panji / plakad dan sebagainya. Kaedah 12 Menerbitkan dan sebagainya apa-apa dokumen. Kaedah 13 Aktiviti pelajar diluar kampus
18 Bil SUSUNAN RUJUKAN KANDUNGAN Kaedah 14 Pelajar bertugas dalam pekerjaan / perdagangan atau aktiviti lain Kaedah 15 Representasi berhubung dengan institusi Kaedah 16 Bantahan pelajar terhadap kemasukan atau larangan orang / kumpulan dalam kampus Kaedah 17 Judi dalam kampus Kaedah 18 Minum, memiliki minuman keras dan mabuk Kaedah 19 Bahan lucah Kaedah 20 Dadah dan racun Kaedah 21 Kebersihan dalam kampus Kaedah 22 Membuat bunyi yang menggusarkan dan mengganggu Kaedah 23 Tempat tinggal dan tempat tidur dalam kampus Kaedah 24 Memasuki bahagian larangan dalam bangunan kampus Kaedah 25 Kad pelajar Kaedah 26 Keingkaran / Hukuman tatatertib terus oleh PBT JADUAL KEDUA BAHAGIAN III TATATERTIB ASRAMA Kaedah 27 Memasuki atau berada di dalam bilik pelajar yang menetap di asrama Kaedah 28 Menghalang dan sebagainya pegawai / kakitangan daripada masuk menjalankan tugas. Kaedah 29 Berada di luar asrama pada waktu malam
19 Bil SUSUNAN RUJUKAN KANDUNGAN Kaedah 30 Berada di dalam premis asrama selepas jam 11 malam. Kaedah 31 Cermat pada menggunakan premis asrama dan laranganlarangannya. Kaedah 32 Tidak boleh pindah bilik tanpa kebenaran Kaedah 33 Mengosongkan / pindah apabila dikehendaki / diarahkan Kaedah 34 Kuasa warden memberikan arahan berkaitan ketenteraman dan tatatertib JADUAL KEDUA BAHAGIAN IV TATATERTIB LALULINTAS JALAN Kaedah 35 Kebenaran bertulis memiliki, menyimpan dan mempunyai kenderaan bermotor dalam kampus. Kaedah 36 Pendaftaran kenderaan Kaedah 37 Had laju kenderaan Kaedah 38 Pemanduan atas jalan raya sahaja Kaedah 39 Memandu kenderaan bermotor di atas koridor dan sebagainya. Kaedah 40 Meletak kenderaan secara menghalang. Kaedah 41 Meletak ditempat yang dibenarkan sahaja Kaedah 42 Membonceng Kaedah 43 Mematuhi tanda lalulintas Kaedah 44 Tunjukkan lesen dan kad pelajar Kaedah 45 Menghalang perjalanan lalulintas
20 Bil SUSUNAN RUJUKAN KANDUNGAN Kaedah 46 Pemakaian Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam kampus Kaedah 47 Hukuman terus oleh PBT JADUAL KEDUA BAHAGIAN V TATACARA TATATERTIB Kaedah 48 Hukuman Tatatertib Kaedah 49 Hadir di hadapan PBT Kaedah 50 Akibat gagal hadir di hadapan PBT Kaedah 51 Fakta kesalahan dijelaskan / pengakuan Kaedah 52 Akuan bersalah dan tatacara berbangkit Kaedah 53 Tatacara jika tidak mengaku bersalah Kaedah 54 Keterangan pelajar Kaedah 55 Soalbalas PBT / panggil saksi terlibat Kaedah 56 Mengumumkan keputusan (PBT) Kaedah 57 Mengenakan hukuman Kaedah 58 Menyimpan / lupuskan bahan (ekshibit) Kaedah 59 Nota prosiding mesti dibuat. Kaedah 60 Menyimpan nota Kaedah 61 Daftar prosiding tatatertib Kaedah 62 Laporan prosiding kepada ibubapa, menteri dan lain-lain. Kaedah 63 Membayar denda Kaedah 64 Akibat gagal membayar denda Kaedah 65 Perintah bayar pampasan Kaedah 66 Orang yang boleh hadir dalam prosiding Kaedah 67 Rayuan
21 Bil SUSUNAN RUJUKAN KANDUNGAN Kaedah 68 Menyampaikan rayuan kepada Menteri Kaedah 69 Tindakan Menteri atas rayuan Kaedah 70 Rayuan tidak berkuatkuasa sebagai pelaksanaan pengantungan. JADUAL KEDUA BAHAGIAN VII AM Kaedah 71 Tanggunggan tatatertib oleh pemegang jawatan pertubuhan / badan / kumpulan Kaedah 72 Anggapan (sebagai ahli pertubuhan / badan / kumpulan) Kaedah 73 Kasalahan tatatertib Kaedah 74 Kaedah-kaedah ini tidak mengurangkan liabiliti jenayah. Kaedah 75 Penyampaian notis, dokumen dan sebagainya JADUAL KETIGA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) Kaedah 1 Cara Pemilihan JPP Kaedah 2 Pemegang jawatan JPP Kaedah 3 Tempoh jawatan JPP Kaedah 4 Keputusan undi terbanyak (majority) Kaedah 5 Jawatankuasa ad hoc Kaedah 6 Hilang kelayakan JPP / badan pelajar / kelab / persatuan. Kaedah 7 Tujuan dan tugas JPP Kaedah 8 Perbelanjaan JPP Kaedah 9 Akaun JPP Kaedah 10 Mesyuarat JPP Kaedah 11 Pemeriksaan rekod
22 Bil SUSUNAN RUJUKAN KANDUNGAN Kaedah 12 Takrifan bagi “pelajar” maksud Jadual ini (Jadual ketiga) Kaedah 13 Pertikaian tentang pemilihan sesuatu jawatan.
23 KANDUNGAN, ULASAN DAN KUPASAN A. BAHAGIAN I (PERMULAAN) Seksyen 1 Tajuk akta ini adalah : “Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tetatertib) 1974” Akta yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang telah bersidang di dalam bangunan Parlimen Malaysia. Kelulusan pertama berlaku pada 1 Jun 1976. Akta ini juga dikenali sebagai “Akta 174” yang merujuk kepada undangundang yang ke 174 diluluskan di Parlimen. Seksyen 2 Memberikan penjelasan mengenai tafsiran / makna / rujukan kepada semua jenis panggilan nama dan peruntukan undang-undang yang terdapat dalam Akta 174 ini. Tafsiran ini termasuklah: 1. “Institusi” 2. “Jawatankuasa Perwakilan Pelajar” atau “JPP” 3. “kakitangan” 4. “kesalahan boleh daftar” 5. “Ketua Eksekutif” 6. “Menteri” 7. “Pegawai Hal Ehwal Pelajar” 8. “pelajar” 9. “Universiti” Seksyen 3 Kuasa Menteri secara mutlak untuk melantik seorang Ketua Eksekutif bagi sesebuah Institusi tertentu bagi menjalankan undang-undang Akta 174 di dalam Institusi tersebut. Ketua Eksekutif atau Pengarah atau Pegawai Hal Ehwal Pelajar atau Ketua Jabatan adalah merujuk kepada orang yang sama iaitu sebagai Ketua Utama sesebuah Institusi.
24 *Nota : Persoalan timbul apabila Ketua Eksekutif tidak pernah dilantik sebagai nama khusus bagi seorang Pengarah. Pegawai Hal Ehwal Pelajar pula sinonim dengan pegawai yang menguruskan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sesebuah Institusi. Ketua Jabatan pula berhubung kait dengan jawatan sesebuah Jabatan atau unit Akademik. Maka persoalan ini sering terjadi dan mengelirukan. Memahami status jawatan ini penting kerana ia MELIBATKAN KUASA seorang ketua dalam sesebuah Institusi yang mempunyai kuasa penuh MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG AKTA 174. B. BAHAGIAN II (PIHAK BERKUASA TATATERTIB) Seksyen 4 (telah dipotong) Seksyen 5 Merujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) yang akan melaksanakan Akta 174. Subseksyen 5(1) PBT ialah seorang kakitangan yang ditetapkan oleh Menteri. Kakitangan ini diberikan gelaran jawatan sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP). PHEP yang dilantik oleh Menteri merujuk Seksyen 3 adalah seorang PENGARAH Institusi tersebut. Subseksyen 5(2) PHEP / Pengarah / Ketua Eksekutif mempunyai KUASA PENUH untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib sebagaimana yang tersenarai di JADUAL KEDUA. Jadual Kedua melibatkan i. Tatatertib Am; ii. Tatatertib Asrama; iii. Tatatertib Lalulintas Jalan; iv. Tatacara Tatatertib (jenis hukuman / perbicaraan); v. Tatacara Rayuan; vi. Am
25 Subseksyen 5(3) PHEP / Pengarah / Ketua Eksekutif boleh MEWAKILKAN kuasanya kepada samada seorang individu atau sekumpulan pegawai dengan syarat mengeluarkan satu surat kuasa dikeluarkan bagi mewakilkan kuasanya untuk melaksanakan Akta 174. Subseksyen 5(3A) PBT atau PBT yang dilantik hendaklah memberikan makluman kepada pelajar secara bertulis mengenai tindakan yang bakal diambil kepada PEWAKILAN KUASA DI BAWAH SUBSEKSYEN 5(3) AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN 1976 Saya, ……………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: ………………….………………………, yang dilantik sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar Politeknik …….……………………………….. di bawah subseksyen 5(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, dengan ini mewakilkan kepada …………………………………………………………………….., berjawatan ………………………………..… dan No. K/P ……………….….……….. [lembaga kakitangan yang dinamakan di dalam lampiran] 1 tugas-tugas tatatertib, kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar institusi ………………………………………………. berkenaan dengan [golongan atau kategori pelajar] 2 . Pewakilan ini hendaklah mula berkuat kuasa pada [tarikh] 3 Tarikh:……………………….. ( ) Pegawai Hal Ehwal Pelajar [Nama Institusi] sekiranya seorang kakitangan, sebutkan nama, jawatan dan No. Kad Pengenalan, sekiranya suatu lembaga, senaraikan di dalam lampiran. 2 nyatakan kumpulan atau kategori pelajar yang dipertanggungjawabkan kepada pegawai yang dilantik. 3 tarikh hendaklah tarikh semasa, bukan dikebelakangkan/retrospektif.
26 pelajar berkenaan dan memberikan peluang kepadanya menyatakan pendapatnya dan wajar didengar pendapat pelajar tersebut. Ertikata lain pelajar yang didapati bersalah hendaklah dipanggil terlebih dahulu secara rasmi (surat) dan bolehlah dilakukan siasatan serta memberikan peluang kepada pelajar untuk menjawab serta memberikan keterangan dengan bebas tanpa halangan. Subseksyen 5(3B) Pelajar mempunyai hak diwakili oleh samada seorang kakitangan atau pelajar lain dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya. Pelajar boleh diwakili oleh rakannya, pensyarahnya, Pensyarah Penasihat Akademik atau mana-mana kakitangan yang sesuai untuk membelanya. Subseksyen 5(3C) Pelajar yang menghadapi tindakan tatatertib boleh dibenarkan untuk membuat representasi bertulis (surat beladiri) dan atau surat mitigasi atau lisan dalam mana-mana prosiding yang dilaluinya. Surat mitigasi ini memberi peluang untuk pelajar merayu mengurangkan pertuduhan. Subseksyen 5(3D) Pelajar perlu dimaklumkan secara bertulis keputusan perbicaraan dalam tempoh masa 14 (empat belas) hari dari tarikh keputusan dibuat. Ini bermaksud walaupun pelajar telah mengetahui keputusan secara lisan diakhir perbicaraannya / prosiding, namun PBT WAJIB dalam tempoh 14 hari dari tarikh perbicaraan menyerahkan SURAT RASMI KEPUTUSAN PERBICARAAN. Surat yang dikeluarkan perlu selaras dengan hukuman yang telah dijatuhkan. Subseksyen 5(4) Pelajar yang tidak berpuashati dengan keputusan yang diterima boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar (JRTP) yang ditubuhkan oleh Menteri. Rayuan adalah dalam masa 14 (empat belas) hari dari tarikh penerimaan surat keputusan itu.
27 Subseksyen 5(5) Menteri hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar (JRTP) untuk mendengar rayuan yang dikemukakan oleh pelajar sebagaimana peruntukan subSeksyen 5(4). Subseksyen 5(6) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar (JRTP) hendaklah terdiri daripada 3 (tiga) anggota yang dilantik oleh Menteri dari dalam atau luar Institusi itu dan salah seorang daripadanya hendaklah menjadi Pengerusi JRTP tersebut. Menteri biasanya melantik dari kalangan pegawai-pegawai atasan ibupejabat, namun masih boleh dikalangan pegawai luar ibupejabat yang berkecuali dengan Institusi pelajar yang merayu. Pegawai terkanan wajar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa. Subseksyen 5(7) Mana-mana pegawai yang terlibat dalam prosiding keatas pelajar seperti Seksyen 5(2) dan 5(3) daripada Institusi pelajar merayu TIDAK BOLEH dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar (JRTP). Subseksyen 5(8) Pelajar merayu berhak diwakili oleh seseorang kakitangan atau pelajar lain institusi itu dalam prosiding di hadapan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar (JRTP). Subseksyen 5(9) Pelajar boleh dibenarkan untuk membuat representasi bertulis (surat beladiri) dan atau mitigasi dalam mana-mana prosiding di hadapan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar (JRTP). Subseksyen 5(10) Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar (JRTP) hendaklah membuat keputusan rayuan dalam masa 30 (tiga puluh) hari dari tarikh penerimaan rayuan tersebut (bersidang mendengar rayuan). *Nota : Adalah amat penting apa-apa dokumen yang diterima hendaklah dicop terima oleh jabatan yang menerimanya bagi menentukan jumlah hari yang sesuai.
28 Subseksyen 5(11) Keputusan rayuan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar yang merayu dalam masa 14 (empat belas) hari dari tarikh keputusan dibuat. C. BAHAGIAN III (JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR) Seksyen 7 Sesebuah Institusi HENDAKLAH mempunyai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dimana JADUAL KETIGA hendaklah terpakai dan Menteri boleh menurut budi bicaranya untuk mengubah, sesuaikan, tambahan, potongan atau pindaan sebagaimana difikirkan perlu dan sesuai digunakan. Seksyen 8 Berkaitan penubuhan badan-badan pelajar / persatuan / kelab Subeksyen 8(1) Tanpa menjejaskan Seksyen 7 (JPP), PHEP / Pengarah boleh menimbangkan penubuhan sebarang kelab / persatuan / badan-badan lain pelajar dengan syarat tidak kurang dari 10 orang pelajar memohon dan penubuhannya adalah untuk tujuan atau kepentingan tertentu institusi berkenaan. *Nota : Mengikut keperluan institusi permohonan dilakukan dengan menghantar kertas cadangan penubuhan, jawatankuasa penaja penubuhan, kertas memo dan sebagainya. Subseksyen 8(2) Peruntukan JADUAL KETIGA (apa yang JPP gunakan), kecuali perenggan 1 dan 7 hendaklah terpakai mutatis mutandis (digunakan secara berulang-ulang) bagi badan pelajar yang ditubuhkan oleh Seksyen 8(1) sama sebagaimana yang dipakai oleh JPP. Seksyen 9 Kuasa Eksekutif institusi boleh menggantung atau membubarkan JPP atau pertubuhan, badan dan kumpulan pelajar yang telah ditubuhkan.
29 Subseksyen 9(1) Pembubaran boleh dibuat jika pada pendapat Pengarah / ketua Eksekutif / PHEP bahawa JPP atau kelab / persatuan: - Menjalankan urusannya secara tidak betul. - Boleh merosakkan / memudaratkan kepentingan / kesentosaan institusi / pelajar / kakitangan / ketenteraman awam. - Melanggar mana-mana peruntukan undang-undang bertulis. Ketua Eksekutif boleh mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada JPP dan kelab / persatuan pelajar untuk mendapatkan maklumbalas dan memberi peluang membuat representasi (surat tunjuk sebab) dan atau mitigasi sebelum mengenakan tindakan samada MENGGANTUNG, MEMBUBARKAN JPP dan kelab / persatuan pelajar. Subseksyen 9(2) JPP atau badan pelajar yang kurang setuju / terkilan / membantah keputusan dalam subSeksyen 9(1) boleh MERAYU KEPADA MENTERI dalam tempoh 14 hari (tarikh menerima notis). *Nota : Rayuan boleh dibuat dan diserahkan ke ibupejabat untuk dimajukan kepada Penasihat Undang-undang Kementerian sebelum diserahkan kepada Menteri atau terus kepada Menteri berkenaan. D. BAHAGIAN IV : KESALAHAN Sekyen 10 Aktiviti pelajar atau persatuan / badan / pertubuhan / kumpulan pelajar. Subseksyen 10(1) Seorang pelajar Institusi boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan samada dalam atau luar Malaysia termasuklah mana-mana parti politik. Subseksyen 10(2) Seseorang pelajar institusi TIDAK BOLEH (a) Menjadi ahli mana-mana persatuan / pertubuhan / badan / kumpulan yang menyalahi undang-undang samada dalam atau luar negara.
30 (b) Menjadi ahli mana-mana persatuan / pertubuhan / badan / kumpulan yang bukan sesuatu parti politik (NGO), yang ditetapkan/ disenaraikan oleh Menteri sebagai tidak sesuai dengan kepentingan dan kesentosaan pelajar dan institusi. (c) Dipotong oleh Akta A1584 Subseksyen 10(3) Seorang pelajar yang menjadi ahli kelab persatuan, tidak boleh samasekali ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan atau simpati atau bangkangan terhadap: (a) Mana-mana pertubuhan / persatuan / badan / kumpulan orang yang menyalahi undang-undang samada dalam atau luar Malaysia. (b) Mana-mana persatuan / pertubuhan / badan atau kumpulan orang yang disenaraikan oleh Menteri sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau institusi. *Nota : Menteri boleh berunding dengan Pengarah / Ketua Eksekutif / PHEP dalam menentukan kumpulan atau orang yang dikategorikan sebagai tidak sesuai dan boleh mendatangkan mudarat kepada pelajar atau institusi. Subseskyen 10(4) Walau apapun keperluan Subseksyen 10(3), seseorang pelajar tidak boleh dihalang daripada: (a) Membuat pernyataan mengenai akademik (bidangnya) samada dalam pengajiannya atau penyelidikannya. *Nota : Boleh memberikan ulasan, pandangan, makluman, pernyataan akademik bidang yang diambil / penyelidikan yang dibuat. Perbincangan ilmiah ini lebih menjurus kepada keperluan program pengajian mereka. (b) Menyatakan pendiriannya dalam (a) dalam mana-mana seminar, simposium, atau mana-mana majlis yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang atau yang dihalang oleh Menteri samada dalam atau luar negara (Majlis yang sah dan direstui)
31 Subseskyen 10(5) Institusi hendaklah mengawal selia semua aktiviti pelajar dan kelab persatuan di dalam kampus. Seksyen 11 Pelajar atau kelab persatuan atau kumpulan pelajar ADALAH DILARANG MEMBUAT PUNGUTAN WANG. Subseksyen 11(1) TIDAK ADA SESEORANG PELAJAR / Kelab Persatuan yang dibenarkan membuat pungutan wang samada luar atau dalam kampus, luar dan dalam Malaysia. Perbuatan memungut / cuba memungut / anjurkan pungutan / cuba menganjurkan / membuat rayuan secara lisan atau bertulis. Subseksyen 11(2) Mana-mana perbuatan seperti SubSeksyen 11(1) adalah salah dan boleh dikenakan tindakan TATATERTIB. Subseksyen11(3) Ketua Eksekutif / Pengarah / PHEP boleh memberikan pengecualian, namun tertakluk kepada terma dan syarat yang difikirkan sesuai. *Nota : Masih boleh dibuat dengan syarat mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan. Samada dalam kertas kerja, surat kebenaran, minit mesyuarat atau lain-lain dokumen yang sesuai. Subseksyen 11(4) : telah dipotong oleh Akta A1375. Seksyen 12 Jika suatu kesalahan boleh daftar telah dilakukan oleh seseorang atas namanya atau bagi pihak mana-mana pertubuhan / kelab / persatuan maka pelajar itu boleh dikenakan tindakan tatatertib (Kaedah 48) dan mana-mana persatuan boleh dibubarkan / digantung atau apa sahaja tindakan mengikut Seksyen 9. Kesalahan boleh daftar ini adalah semua jenis kesalahan yang dibicara dan dijatuhi hukuman samada dalam mahkamah awam mahupun mahkamah syariah. Seksyen 13 : dipotong oleh Akta A1375
32 Seksyen 14 Melibatkan penggantungan pelajar yang dipertuduhkan atas kesalahan boleh daftar dan juga perkara-perkara berhubung penahanan dan sebagainya. Subseksyen 14(1) Jika seseorang pelajar sesuatu institusi dipertuduhkan atas sesuatu kesalahan boleh daftar (a) Pelajar itu boleh dengan budi bicara Ketua Eksekutif / Pengarah / PHEP DIGANTUNG menjadi pelajar (b) Jika dikenakan tindakan gantung pengajian, pelajar TIDAK BOLEH semasa prosiding jenayah belum selesai (dalam proses mahkamah) berada atau memasuki kampus institusi. Subseksyen 14(2) Jika seseorang pelajar dipertuduhkan atas kesalahan boleh daftar dan disabitkan atas kesalahan itu (disahkan terlibat), pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib (oleh Institusi). Subseksyen 14(3) Jika terdapat pelajar yang dikenakan tahanan atau dikaitkan dengan mana-mana undang-undang bertulis yang terkait dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri, pelajar boleh dikenakan tindakan tetatertib (oleh institusi). Subseksyen 14(4) Pelajar yang dikenakan apa-apa tindakan atau sekatan dibawah manamana undang-undang bertulis atau tahanan pencegahan dalam negeri, pelajar boleh (DENGAN PERSETUJUAN KETUA EKSEKUTIF) menduduki peperiksaan institusi NAMUN perlu / tertakluk kepada perintah dan kelulusan Menteri atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa (Mahkamah, PDRM dan lain-lain) mengikut kesesuai / kehendak keadaan. *Nota : - Perlu mendapat persetujuan KetuanEksekutif / Pengarah / PHEP, ini bermaksud pegawai menguruskan peperiksaan hendaklah membuat permohonan dan memberikan justifikasi.
33 - Mendapatkan kebenaran bertulis Menteri, bermaksud Ketua Eksekutif / Pengarah / PHEP perlu memohon kepada Penasihat Undang-undang Kementerian melalui ibupejabat. - Atau boleh mendapatkan kelulusan pihak berwibawa, pihak lain yang berkait dengan pihak berkuasa yang lain. Subseksyen 14(5) Pelajar yang sedang DIGANTUNG dari Institusi, boleh memohon dan diterima masuk ke institusi lain dengan kelulusan Menteri. Menteri yang meluluskan boleh mengenakan syarat-syarat yang difikirkan sesuai. *Nota : Pelajar boleh memohon dengan terlebih dahulu memohon kepada Menteri. Institusi perlu membuat semakan dokumentasi kelulusan Menteri. Subseksyen 14(6) Pelajar yang telah DIBERHENTIKAN menjadi pelajar di bawah Akta ini, boleh diterima masuk sebagai pelajar institusi yang sama atau institusi yang lain dengan kelulusan Menteri dan Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut. *Nota : Bagi kes diberhentikan olah Akta 174, pelajar boleh memohon masuk semula ke insitusi yang sama atau yang lain dengan kelulusan Menteri. Institusi perlu membuat semakan detail semua dokumentasi berkaitan. Subseksyen 14(7) Jika seorang pelajar membuat rayuan / permohonan / prosiding di mahkamah dan telah berjaya melepaskan / membebaskan diri dari sebarang kes jenayah maka hendaklah DIBENARKAN MENYAMBUNG PENGAJIAN pada tempoh yang mana dia terhenti pengajiannya tanpa mengambilkira tempoh maksima pengajiannya *Nota: - Jika tempoh pengajian penuh adalah 10 semester bagi menyempurnakan pengajian maka dengan penyambungan ini tidak megambilkira langsung tempoh ini. - Pelajar boleh menyambung pengajiannya bagi semester yang dia terhenti akibat kesnya.
34 Subseksyen 14(8) Bagi kes pelajar yang dikenakan tindakan sekatan / tahanan pencegahan keselamatan dalam negeri dan dibebaskan atau dibatalkan sekatan itu, maka pelajar boleh menyambung pengajiannya tanpa sekatan tempoh wajib menyempurnakan kursus pengajiannya. (sama seperti SubSeksyen 14(7) iaitu tempoh pengajiannya adalah berterusan sehingga dia berjaya menamatkan pengajiannya). Rajah : Senarai Akta-Akta Di Bawah Pelaksanaan Undang-Undang Pencegahan. (Sumber: Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri, 2022) Subseksyen 14(9) Dipotong oleh Akta A1375. Subseksyen 14(10) Dipotong oleh Akta A1375. E. BAHAGIAN V : PERALIHAN Seksyen 17 Pelajar yang menjadi anggota persatuan yang sedia ada sebelum pelajar menjadi pelajar berdaftar di mana-mana Institusi.
35 Subseksyen 17(1) Jika pelajar memang telah menganggotai mana-mana persatuan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], sebaik sahaja dia mendaftar diri di Institusi tertentu keanggotaannya TERHENTI SERTA MERTA melainkan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh menjadi pelajar berdaftar memohon dan mendapatkan kelulusan Menteri secara bertulis bagi meneruskan keanggotaannya dalam persatuan yang berkenaan. Subseskyen 17(2) Setelah tamat 14 hari dari berkuatkuasanya Akta ini (sebaik sahaja mendaftar sebagai pelajar), dan gagal mendapatkan kelulusan bertulis Menteri, maka jika disabitkan boleh dihukum denda tidak lebih RM1000.00. Seksyen 18 Persatuan pelajar yang sedia ada / ditubuhkan selepas Akta 174 ini dikuatkuasakan ke atas pelajar institusi. Penubuhan persatuan ini adalah dibawah: - Akta Pertubuhan 1966 - Ordinan Syarikat Kerjasama 1948, Malaysia Barat [Ord. P.T.M. 33 tahun 1948] – Ordinan ini telah dimansuhkan oleh Seksyen 95, Akta Syarikat Kerjasama 1993 [Akta 502]. - Ordinan Syarikat Kerjasama 1958, Sabah [Ord.3 tahun 1958] atau - Ordinan Syarikat Kerjasama Sarawak [Bab 66] Subseskyen 18(1) Jika terdapat sesuatu persatuan atau syarikat kerjasama yang ditubuhkan dibawah seksyen 18, dianggotai oleh SEMUA PELAJAR atau kebanyakannya dari institusi sama atau lainnya, maka hendaklah TERBUBAR dalam tempoh 14 hari dari kuatkuasa Akta 174 ini melainkan : - dalam tempoh 14 hari juga mendapat kelulusan bertulis Menteri. - difailkan dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Syarikat Kerjasama yang berkenaan.
36 Subseksyen 18(2) Jika sesuatu pertubuhan dibubarkan di bawah subSeksyen 17(1) Akta Pertubuhan 1966, maka hendaklah dipakai mutatis mutandis (berulang-ulang mengikut peraturan), seolah-olahnya ia adalah satu persatuan yang pendaftarannya telah dibatalkan di bawah Akta tersebut. Subseksyen 18(3) Jika syarikat kerjasama telah dibubarkan, Pendaftar Syarikat Kerjasama hendaklah melantik seorang yang berwibawa untuk menjadi pelikuidasi (wakil yang dilantik). Subseksyen 18(4) Jika seseorang pelajar menjadi anggota sesuatu persatuan atau syarikat kerjasama semasa ia seorang pelajar sesebuah institusi dan telah terus menjadi anggota syarikat, walapun telah berhenti pengajian, maka disifatkan sebagai seorang pelajar sesuatu institusi. Subseskyen 18(5) Penentuan kesahihan penubuhan persatuan atau syarikat kerjasama yang melibatkan kesemua atau majoriti pelajar dalam sesuatu institusi itu adalah tertakluk kepada keputusan Pendaftara Pertubuhan atau Pendaftar Syarikat Kerjasama. Kesahihan ini tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Seksyen 19 Seksyen ini menjelaskan tentang pembatalan pendaftaran pelajar atau persatuan pelajar yang pernah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 sebelum tarikh penguatkuasaan Akta 174. Subseksyen 19 (1) Pemakaian Seksyen 17 dan Seksyen 18 bagi semua persatuan atau syarikat kerjasama pelajar yang ditubuhkan sebelum tarikh penguatkuasaan Akta 174 adalah terpakai dan sebarang percanggahan antara Akta 174 dan Akta Pertubuhan 1966, pemakaian dibawah Seksyen 17 dan Seksyen 18 adalah muktamad.
37 Subseksyen 19 (2) Pemakaian Seksyen 18 adalah terpakai bagi mana-mana syarikat kerjasama oleh pelajar yang ditubuhkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 walaupun jika wujud percanggahan dalam akta berkenaan. Seksyen 20 Subseksyen 20 (1) Semua badan dan pertubuhan pelajar yang ditubuhkan di dalam institusi sebelum tarikh penguatkuasaan Akta 174 adalah terbatal dan dibubarkan secara automatik selepas tarikh penguatkuasaan Akta 174. Subseksyen 20 (2) Semua aset termasuk wang yang dipunyai oleh badan atau pertubuhan pelajar yang ditubuhkan sebelum daripada penguatkuasaan Akta 174 ini dipindahkan haknya seperti berikut: a. Jika badan atau persatuan berkenaan diwujudkan disebuah institusi yang diperbadankan, semua aset termasuk wang diletakkan dibawah hak perbadanan institusi berkenaan. b. Jika institusi itu bukan perbadanan, hak aset termasuk wang itu diserahkan kepada pentadbir institusi berkenaan atau pemegang amanah sekiranya institusi berkenaan mempunyai pemegang amanah.dan aset termasuk wang berkenaan hendaklah digunakan untuk manfaat pelajar mengikut budi bicara Ketua Eksekutif. Subseksyen 20 (3) Semua aset termasuk wang dan juga semua jenis dokumen persatuan hendaklah diserahkan kepada pemegang hak seperti yang diputuskan dalam subseksyen 20 (20. Subseksyen 20 (4) Pemegang amanah atau wakil yang dilantik untuk mentadbir aset termasuk wang adalah tidak dipertanggungjawabkan untuk melangsaikan apa-apa hutang badan atau persatuan berkenaan. Namun begitu, Ketua Eksekutif boleh dengan budi bicaranya untuk mengarahkan pemegang amanah menyelesaikan apa-apa hutang atau tunggakan badan atau pertubuhan pelajar itu.
38 Subsekyen 20 (5) Dalam seksyen ini “orang” termasuklah Kerajaan Malaysia atau sesuatu Kerajaan Negeri. Subsekyen 20 (6) Menteri boleh meminda peruntukan ini dan disiarkan dalam Warta Kerajaan bagi tujuan mempermudahkan urusan persatuan berkenaan. *Nota : Seksyen 20 ini menjelaskan kaedah pengurusan semua aset termasuk wang bagi mana-mana badan atau pertubuhan pelajar yang ditubuhkan sebelum daripada Akta 174 ini dikuatkuasakana. Pada dasarnya seksyen ini hanya panduan kerana ketika penguatkuasaan Akta 174 dimulakan, hanya beberapa institusi sahaja yang telah ditubuhkan. G. BAHAGIAN VI ; AM Seksyen 21 Seksyen ini menjelaskan perwakilan kuasa oleh Menteri. Subseksyen 21(1) Menteri boleh mewakilkan kuasanya, fungsinya atau kewajipannya di bawah Akta ini (tertakluk kepada sekatan dan syarat-syarat). *Nota : Seorang Ketua Eksekutif / Pengarah / PHEP hendaklah memastikan dirinya memperolehi surat perwakilan kuasa Menteri sebelum melaksanakan Akta 174. Subseksyen 21(2) Perwakilan kuasa Menteri boleh dibuat samada: - Secara am - Menjurus kepada mana-mana Institusi - Pengkelasan tertentu - Perihal / fungsi institusi tertentu - Boleh dibuat secara individu atau kumpulan orang. Subseksyen 21(3) Perwakilan yang diberikan boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Menteri.
39 Subseksyen 21(4) Perwakilan kuasa ini tidak boleh melemahkan / mencabar / menyentuh kuasa Menteri secara langsung. Perwakilan boleh menjalankan kuasa Menteri dalam perwakilan ini tetapi kuasa Menteri tidak akan hilang. Seksyen 22 Pemakaian Akta 174 bagi Institusi yang dinyatakan dalam Jadual Pertama (Seksyen 2, 22, 24 dan 25) iaitu nama / senarai institusi yang telah digazetkan sebagai pemakai Akta 174. Seskyen ini juga memberikan kuasa Menteri untuk meminda Jadual Pertama (dalam pindaan undang-undang di Parlimen). Subseksyen 22(1) Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi sesuatu Institusi yang dinyatakan dalam ruang dua Jadual Pertama dan ruang tiga Jadual yang sama. Contoh: Subseksyen 22(2) Menteri dari masa ke semasa dengan menggunakan budibicara mutlaknya boleh menambah, memotong Jadual Pertama, Kedua dan Ketiga. Seksyen 23 Menteri boleh dari masa ke semasa menurut budi bicara mutlaknya, mengarahkan untuk memakai atau tidak memakai peruntukan Jadual Kedua atau Ketiga bagi mana-mana institusi tertentu atau melakukan apa-apa ubahsuai, penyesuaian, tambahan, potongan atau pindaan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan sesuai / bermanfaat. Seksyen 24 Mana-mana institusi cawangan yang dimasukkan senarai di dalam Jadual Pertama maka cawangan itu hendaklah disifatkan sebagai satu institusi yang berasingan dari induknya. Maka perlu melaksanakan Akta 174 ini secara berasingan.
40 Rajah: Keratan Jadual Pertama Akta 174. Seksyen 25 Tarikh berkuatkuasa Akta ini bagi sesuatu institusi adalah setelah nama Institusi itu dimasukkan ke dalam Jadual Pertama / tarikh nama Institusi dimasukkan dalam Jadual Pertama. Contoh seperti rajah: Seksyen 26 Akta 174 ini terpakai bersama undang-undang subsidiari (undangundang kecil yang berkaitan) yang berhubung dengan pelajaran atau institusi pelajaran. *Nota : Undang-undang kecil yang selari dengan Akta 174 adalah boleh digunapakai sekali dengan syarat telah diluluskan oleh Ketua Eksekutif dan dilaksanakan secara berserentak. Contohnya: o Peraturan Kecil Pengurusan Asrama o Peraturan Latihan Industri o Peraturan-peraturan Peperiksaan o Peraturan Penyelidikan dan Inovasi o Peraturan Pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar o Peraturan Sukan dan Kokurikulum o Lain-lain yang berkaitan.
41
42 JADUAL KEDUA: KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 1976 Kaedah 1 : Nama KAEDAH-KAEDAH INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB PELAJARPELAJAR) 1976 BAHAGIAN 1 PERMULAAN Sebelum kita memahami kaedah-kaedah yang digunapakai untuk kuatkuasakan undang-undang Akta 174, seseorang itu perlu memahami “TAFSIRAN” terlebih dahulu bagi membolehkan pembacaan lancar dan difahami maksud sesuatu kehendak undang-undang itu. Tafsiran ini penting kerana ianya memberikan ruang lingkup perbincangan hanya kepada tafsiran yang tepat pada penggunaannya sesuatu undangundang. Tafsiran perlu difahami agar tindakan tidak dilakukan pada tafsiran yang keluar dari maksud sebenar. Kegagalan memahami tafsiran akan menyebabkan tindakan akhir yang dibuat berlaku kesilapan dan boleh menyebabkan mudarat kepada pelajar yang dikenakan tindakan. Berikut adalah tafsiran yang terkandung dalam Jadual Kedua ini. Diolah dengan bahasa yang mudah agar dapat difahami dengan sebaiknya. Kaedah 2 : “TAFSIRAN” Bil Bahasa panggilan Tafsiran mengikut undang-undang Akta 174 1 “Ketua Jabatan” Bagi jabatan Kerajaan / Institusi / swasta ianya merujuk kepada : - Ketua organisasi / pegawai yang bertanggungjawab sepenuhnya.
43 Bil Bahasa panggilan Tafsiran mengikut undang-undang Akta 174 - Seorang pegawai yang diberikan kuasa bertulis. - Pegawai yang bertanggungjawab atas jabatannya / unitnya yang bertindak bagi pihaknya (ketua) 2 “pihak berkuasa tetatertib” Pehawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP) / sesorang atau kumpulan lembaga yang dilantik oleh PHEP. 3 “kesalahan tatatertib” Semua jenis kesalahan tatatertib di bawah kaedahkaedah ini. *Nota : Boleh dirujuk di dalam Kaedah ini semua jenis kesalahan mengikut setiap tafsiran bagi setiap kaedah dalam jadual Kedua ini. 4 “pegawai” Seseorang yang sandang jawatan dalam institusi / dalam badan di bawah institusi samada jawatan sukarela atau ada saran / gaji. 5 “kakitangan” Pekerja Institusi 6 “orang diberikan kuasa” Seseorang yang diberikan kuasa yang wajar bertindak bagi pihak institusi. 7 “pegawai perpustakaan” Seseorang yang menjaga perpustakaan dengan sewajarnya dalam institusi pada bila-bila masa. *Nota : Bilik Sumber?. Ya. Juga dikategorikan sebagai perpustakawan / diberikan kuasa menjaganya. 8 “warden” Pegawai yang menjaga asrama termasuk seseorang yang diberikan kuasa sewajarnya bertindak bagi pihaknya atau membantunya. 9 “Bursar” Pegawai kewangan di Institusi yang diberikan kuasa membuat pungutan wang. 10 “prosiding tatatertib” Prosiding tatatertib di bawah Kaedah-kaedah ini. 11 “bilik tatatertib” Satu tempat / bilik yang digunakan sebagai tempat Prosiding tatatertib / atau tempat proses prosiding.
44 Bil Bahasa panggilan Tafsiran mengikut undang-undang Akta 174 12 “arahan lalulintas” Perintah / arahan / petunjuk yang dikeluarkan oleh Institusi bagi cara menggunakan jalanraya dalam kampus dan kenderaan yang menggunakannya. 13 “tanda lalulintas” Tanda / sebaran dalam bentuk tulisan atau simbol yang dibuat bagi peringatan kepada pengguna jalanraya. 14 “kenderaan bermotor” Semua jenis kenderaan yang ada enjin / pesawat yang boleh digunakan dijalanraya / laluan pergerakan. 15 “kenderaan” Benda yang bergerak / digerakkan / membawa seseorang / sesuatu yang menjejak tanah bila ianya bergerak 16 “meletak kenderaan” Memberhentikan kenderaan di satu tempat untuk mengambil / menurunkan penumpang / bagasi. 17 “asrama” Perumahan / tempat tinggal (yang diberikan apa sahaja namanya) iaitu yang disediakan oleh Institusi. *Nota : Bagaimana dengan Rumah Sewa?. Jika ianya disediakan oleh Institusi dengan ada dokumen kontrak yang tertentu dan mendapat kelulusan, maka ianya juga adalah “asrama” 18 “pelajar menetap” Seorang pelajar yang tinggal dalam asrama. 19 “dadah” Jenis dadah / benda terlarang jenis dadah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta Dadah 1952 [Akta 234] 20 “judi” Semua jenis permainan nasib / loteri / pertaruhan. 21 “likuor” Bahan minuman yang mempunyai kekuatan alkohol 22 “racun” Termasuk penyediaan / larutan / sebatian / campuran / benda semulajadi yang ada racun bagi semua jenis racun yang terkandung dalam Senarai Racun dalam Akta Racun 1952 [Akta 366]. 23 “kursus” Bidang pengajian yang dikendalikan bagi tempoh tertentu yang diluluskan bagi satu Institusi.
45 Bil Bahasa panggilan Tafsiran mengikut undang-undang Akta 174 24 “latihan amali” Latihan Praktikal yang dilakukan berkaitan kursusnya bagi satu tempoh tertentu samada dalam atau luar kampus. Nota : meliputi Latihan amali bagi kursus / matapelajaran. 25 “pelajar biasiswa” Pelajar yang memperolehi tajaan / pinjaman / biasiswa / dermasiswa / anjuran / cuti bergaji / cuti tanpa gaji dari mana-mana pihak. 26 “peperiksaan” Penilaian / pengukuran / ujian yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus / mata pelajaran. BAHAGIAN II TATATERTIB AM LARANGAN AM Kaedah 3 Seseorang pelajar TIDAK BOLEH : Subkaedah Kesalahan Catatan 3(a) Berkelakuan samada dalam atau luar kampus yang boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan / kesentosaan atau nama baik: - Institusi - Mana-mana pelajar - Kakitangan - Pegawai - Pekerja institusi *Nota : Semua perbuatan (akhlak / sopan / tingkahlaku) yang boleh menyebabkan terganggu ketenteraman dan keselamatan awam. Kaedah ini terlalu bersifat umum dan boleh dikait dengan banyak kesalahan jika ianya berlaku.
46 Subkaedah Kesalahan Catatan 3(b) Melanggar mana-mana peruntukan undang-undang bertulis dalam atau luar kampus. *Nota : undang-undang lain. Undang-undang kecil / garispanduan kampus (tambahan) 3(c) Mengendalakan atau mengganggu dengan apa cara sekalipun (menghalang, menahan, menghasut) semua jenis: - Pengajaran - Pengajian - Penyelidikan - Kerja pentadbiran - Aktiviti yang diluluskan Contoh ; Menyebarkan berita tidak benar mengenai kuliah yang dibatalkan dengan niat kuliah tidak dapat dijalankan akibat ketidakhadiran pelajar pada masa kuliah patut dilaksanakan. 3(d) Menahan, menghalang, mengganggu (sendiri) atau bersubahat menyebabkan orang lain melakukannya terhadap; - Kakitangan - Pegawai - Pekerja institusi - Seseorang yang diberikan kuasa Untuk melaksanakan tugas dan kewajipannya. Contoh; Melakukan halangan / ugutan / bantahan sehingga pegawai terhalang melakukan tugasnya. 3(e) Menahan atau menghalang (sendiri) / menyebabkan perlakuan menahan dan menghalang (bersubahat / penyebab) mana-mana pelajar dari menghadiri - Kuliah - Tutorial - Kelas - Aktiviti yang sah / diluluskan Contoh; Boikot, menganjurkan hasutan, mempengaruhi dan berhasil menggagalkan semua aktiviti sah di Institusi. 3(f) Mengatur, mengapi (menghasut), menyertai boikot bagi : - Peperiksaan / ujian - Kuliah
47 Subkaedah Kesalahan Catatan - Tutorial - Aktiviti yang sah / dululuskan. 3(g) Merosakkan, menyebabkan kerosakan, melakukan perkaraperkara / cara-cara yang boleh berlakunya kerosakan kepada harta Institusi. Contoh; Memecahkan, merosakkan sesuatu aset kerajaan hingga tidak dapat digunakan. 3(h) Mengusik, mengganggu, mengalih, mengubah aset / harta institusi dengan tujuan menyebabkan halangan, kesusahan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada seseorang di kampus. Contoh; Mencuri, merosakkan sesuatu. 3(i) Melanggar / tidak mematuhi arahan penggunaan perpustakaan, buku dan semua kemudahan perpustakaan oleh; - Pegawai perpustakaan - Pekerja perpustakaan - Kakitangan perpustakaan *Nota : Kumpulan pelajar yang menjadi AJK perpustakaan dengan syarat mendapat surat lantikan dan ada punca kuasa dari Pegawai perpustakaan. 3(j) Membawa masuk atau keluar / menerima dari seseorang dari bilik peperiksaan: - Buku - Kertas - Dokumen - Gambar Kecuali dari penyelia / pengawas peperiksaan sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif Institusi. *Nota : Membawa keluar kertas jawapan kosong, soalan peperiksaan, bahan ujian. Oleh sebab itu larangan membawa telepon bimbit perlu dikuatkuasakan. 3(k) Berhubung / berkomunikasi dengan pelajar lain dalam masa peperiksaan sedang berlangsung dengan apa cara sekalipun.
48 KEHADIRAN DI KULIAH Kaedah 4 Seorang pelajar hendaklah menghadiri kuliah, tutorial, kelas yang berkaitan dengan pengajiannya. Jika tidak dapat datang ke aktiviti pengajaran tersebut ianya dibenarkan dengan 2 cara: a. Mendapatkan kebenaran awal secara bertulis dari Ketua Jabatan memohon kelulusan / kebenaran. Contoh; membuat permohonan dan menerima kelulusan terlebih dahulu bagi pelepasan tersebut. b. Mengemukakan dokumen bertulis (cuti sakit / surat / dokumen berkaitan) kepada Ketua Jabatan dan memastikan alasannya adalah memuaskan hati dan memohon kelulusan bertulis mengenainya. LATIHAN AMALI Kaedah 5 PAKAIAN DAN PENAMPILAN DIRI Kaedah 6 Seorang pelajar hendaklah berpakaian secara SOPAN atau BERSESUAIAN sama ada DALAM atau LUAR kampus ketika menghadiri: Sepanjang Latihan Amali dijalankan Peraturan di tempat latihan Amali dan Peraturan Institusi adalah terpakai serentak. NAMUN, jika berlawanan / bercanggah maka PERATURAN INSTITUSI terpakai secara mutlak.
49 - Kuliah - Tutorial - Peperiksaan - Kelas - Bengkel - Penglibatan / menghadiri aktiviti. *Nota : Institusi boleh mengeluarkan garis panduan yang bersesuaian bagi memastikan kelancaran / penampilan pelajarnya serta dipatuhi.
50 Rajah: Contoh Penampilan Pelajar MASUK PEPERIKSAAN Kaedah 7 Jika kursus pengajian seorang pelajar itu memerlukan dia masuk peperiksaan maka pelajar itu perlu / tidak disekat bagi memasuki peperiksaan tersebut. Jika pelajar mendapat kelulusan awal dari Ketua Eksekutif untuk tidak memasuki peperiksaan itu maka dia tidak perlu memasuki peperiksaan itu. [hal seperti ini kemungkinan pelajar mendapat kelulusan menghadiri acara lain mewakili institusi dan lain-lain sebab yang Ketua Eksekutif sahaja berhak membuat keputusan]. Namun jika ada perkara menghalang pelajar menduduki peperiksaan dan suntuk masa untuk memaklumkan, BOLEH SELEPAS itu memberitahu Ketua Eksekutif dan mendapatkan kelulusan dengan syarat permohonan ini memuaskan hati (alasan yang kuat) Ketua Eksekutif tersebut.