The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 : Versi Bahasa Awam & Inovasi Dokumen Perbicaraan Tatatertib

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Che Deen, 2023-08-22 04:11:26

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 : Versi Bahasa Awam & Inovasi Dokumen Perbicaraan Tatatertib

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 : Versi Bahasa Awam & Inovasi Dokumen Perbicaraan Tatatertib

51 *Nota : Jika gagal menyakinkan dan gagal mendapatkan kelulusan maka pelajar dikategorikan sebagai TIDAK HADIR PEPERIKSAAN. KELAKUAN SEMASA PEPERIKSAAN Kaedah 7A Tiada pelajar boleh / Pelajar TIDAK BOLEH: 7A.(a) Mengambil atau menerima apa-apa: - Buku - Kertas - Dokumen - Gambar - Benda lain 7A(b) Menulis sendiri atau orang lain menulis sebarang nota maklumat berkaitan peperiksaan pada tangan, mana-mana bahagian tubuh atau pakaiannya. Contoh : “Toyol Peperiksaan” 7A(c) Berhubung / berkomunikasi dengan orang / pelajar lain dalam peperiksaan dalam pelbagai cara. 7A(d) Menipu / cuba menipu / melakukan sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menipu / cuba menipu dalam peperiksaan / dalam peperiksaan sedang berjalan. SEKATAN MENGENAI PENGGUNAAN TEKS KULIAH DAN SEBAGAINYA Kaedah 8 Sila fahami apa yang dimaksudkan sebagai SEKATAN GUNA TEKS KULIAH 8(1) Seorang pelajar TIDAK BOLEH menggunakan teks kuliahnya 8(2) Ketua Eksekutif / kakitangan institusi (pensyarah), BOLEH memberikan KECUALI: menerima dari pengawas peperiksaan sebagaimana disyorkan oleh pemeriksa atau lembaga Pemeriksa. Contoh; kertas soalan, graf, kertas jawapan.


52 KECUALI bagi maksud mengikuti kuliahnya. Tidak boleh menyalin semua atau sebahagiannya bagi tujuan menerbitkan / mengedar / mendapat bayaran atau tidak. kebenaran kepada pelajar, kumpulan pelajar / kelab / persatuan untuk membuat salinan dengan mengenakan syarat-syarat yang sesuai. *Nota : Pelajar secara prinsipnya hanya boleh menggunakan teks kuliah hanya untuk tujuan pelajarannya dan digunakan untuk dirinya sendiri tanpa boleh membuat salinan bagi tujuan lain seperti hendak menerbitkan / menjual. *Nota: Salinan masih boleh dibuat dengan syarat diberikan kebenaran oleh Ketua Eksekutif melalui pensyarah masing-masing bagi tujuan melancarkan proses pembelajaran. Kegiatan membuat salinan untuk tujuan menjual nota perlukan persetujuan. Kaedah 8A Larangan terhadap plagiarism (ciplak) 8A(1) Seorang pelajar TIDAK BOLEH memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain. 8A(2) Plagiarisme termasuklah: Bil Kesalahan Catatan (a) Menerbitkan (Pengarang) sesuatu ringkasan, kertas saintifik atau akademik atau buku yang mana keseluruhannya / sebahagiannya adalah ditulis oleh pihak lain. Kajian atau penyelidikan yang tidak dilakukan tetapi pelajar terbitkan seolah-olah karangan/ kajiannya. (b) Menggabung / membenarkan dirinya digabungkan / dimasukkan sebagai pengarang penerbitan sedangkan dia tidak langsung terlibat dalam penulisan tersebut. Bersepakat untuk memasukkan namanya sebagai seorang penulis


53 8A(3) seorang pelajar itu boleh dikatakan sebagai memplagiat apabila dia (a) Perbuatan mengambil idea, data, penulisan atau ciptaan orang lain dan mengaku ianya adalah dapatan / ciptaannya sendiri. Contohnya melanggar copyright control. (b) Cubaan mengaku / menonjolkan dengan apa sahaja cara untuk mengaku semua idea, data, penulisan atau ciptaan itu adalah ciptaan asal olehnya walhal ianya adalah dari sumber lain. sedangkan pelajar tidak terlibat langsung. (c) Memaksa namanya dimasukkan dalam senarai penyelidik / penulis sedangkan dia langsung tidak terlibat dalam penulisan / penerbitan tersebut. Membuat ugutan untuk namanya dimasukkan walaupun tidak layak. (d) Memetik / mengambil bahan / menggabung / menghurai data untuk penyelidikan akademiknya tanpa memberikan pengiktirafan kepada sumber asal. Tidak beretika kerana membuat rujukan tetapi tidak mengiktiraf sumber asal. (e) Menggunakan data penyelidikan yang dilakukan bersama orang lain tetapi menerbitkan dengan menamakan dirinya sebagai pengarang tunggal tanpa keizinan ahli penyelidik yang lain. Melakukan penipuan dengan menerbitkan sendiri walaupun membuat secara kumpulan. (f) Mentranskripsikan / mengumpul / menyimpan idea atau ciptaan orang lain dalam apa jua bentuk (bertulis, bercetak, elektronik, slaid, perkakasan) dan mengaku secara langsung atau tidak langsung bahawa dianya sendiri adalah pencipta asal. Menggunakan bahan bersama dan mengaku hak miliknya seorang sahaja. (g) Memetik idea dari penulisan / ciptaan orang lain serta membuat ubahsuai / menyusun tanpa merujuk kepada sumber asal dan seolah-olah dia adalah pencipta asal. Mengubah atau menggarap idea asal menjadi seolah-olah idea asalnya.


54 *Nota; Dalam kerja berkumpulan oleh pelajar biasa terdapat “sleeping partner” yang gagal memberikan kerjasama tetapi dinilai bersama oleh pensyarah. Ahli kumpulan lain boleh menggunakan mana-mana peruntukan diatas untuk dikaitkan dengan Akta 174. MENGATUR (DAN SEBAGAINYA / SEUMPAMANYA) SESUATU PERHIMPUNAN Kaedah 9(1) Seorang pelajar TIDAK BOLEH mengadakan, mengatur, memanggil, menyebabkan diadakan / dianjurkan sesuatu PERHIMPUNAN tanpa mendapatkan kebenaran dari Ketua Eksekutif atau pegawai yang dibenarkan secara sah / bertulis oleh Ketua Eksekutif. Perhimpunan yang dilarang ini adalah berhimpun seramai LEBIH dari 5 (lima) orang dimana-mana bahagian kampus termasuk tanah, bangunan serta lainlain milikan Institusi. Kaedah 9(2) Ketua Eksekutif / pegawai yang diberikan kuasa (sah / bertulis) boleh memberikan kebenaran sesuatu perhimpunan namun berhak mengenakan sekatan / terma / syarat yang difikirkan sesuai dan bermanfaat pada perhimpunan yang diluluskan. Kaedah 9(3) Jika tidak mendapat kebenaran oleh ketua Eksekutif / pegawai yang dilantik, pelajar adalah bersalahan menghadiri perhimpunan yang tidak diluluskan penganjurannya. MEMPUNYAI, MEMILIKI DAN PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA (DAN SEBAGAINYA)


55 Kaedah 10 MEMBUAT, MENGGUNA, MENUNJUK, MEMPUNYAI (sebagainya) PANJI, PELEKAT (sebagainya) Kaedah 11 Pelajar / pertubuhan / badan / kumpulan pelajar TIDAK BOLEH: (a) Membuat / menyebabkan ianya dibuat (kongsi idea / dorongan) sehingga panji atau pelekat itu dibuat/dicipta. (b) Mengibar, mempamer, menunjuk, atau melakukan apa sahaja (sebarang perkongsian idea / dorongan / sokongan) sehingga panji atau pelekat itu dinaikkan / digunakan sepenuhnya. (c) Mempunyai (ada) dalam milikannya (memang miliknya), jagaan atau kawalannya (menyimpan kepunyaan pelajar lain) sebarang poster, bendera, pelekat, panji, lambang atau alat-alat yang boleh menggalakkan perbuatan melanggar tatatertib.


56 MENERBITKAN (sebagainya) DOKUMEN. Kaedah 12(1) TIADA seorang pelajar / pertubuhan / badan / kumpulan pelajar boleh menerbitkan / membahagikan / mengedarkan apa-apa dokumen di dalam atau luar kampus KECUALI dengan kebenaran Ketua Eksekutif / pegawai yang diberikan kuasa olehnya. Syarat-syarat tertentu perlu diberikan. *Nota : Secara prinsipnya, semua perbuatan menerbitkan sebarang dokumen tidak dibenarkan (terutama yang songsang / melanggar peraturan) dan menimbulkan persengketaan, gangguan dan kesan buruk. Kaedah 12(2) Kebenaran tambahan boleh diberikan seperti memberikan lesen, permit, surat, nota, notis dan apa-apa sahaja bentuk kebenaran yang dikeluarkan (cop rasmi, cop kebenaran). *Nota : Ketua Eksekutif / pegawainya boleh memberikan kebenaran dengan syarat: - Bahan disemak dan disahkan terlebih dahulu - Bahan tidak memudaratkan - Bahan pengajaran dan pembelajaran (yang disahkan) - SOP permohonan dan percetakan. - Kawalan dan penyelarasan. - Kelulusan sertamerta (jika jelas) dan ditangguh masa (jika memerlukan penelitian dan semakan pegawai berkuasa) AKTIVITI LUAR KAMPUS Kaedah 13


57 Kata kunci “larangan” boleh dibenarkan dengan “kebenaran / kelulusan” PELAJAR BERTUGAS DALAM PEKERJAAN (sebagainya) Kaedah 14 Kehendak Akta 174 Realiti kehidupan / Pengajaran dan pembelajaran Tidak ada pelajar dalam atau luar kampus boleh bertugas dalam pekerjaan, berniaga, perdagangan, atau aktiviti seumpamanya samada sepenuh masa atau separuh masa. Aktiviti Keusahawanan yang diluluskan oleh Ketua Eksekutif bagi membolehkan “pelajar berkerja dan memperolehi pendapatan” Ada kes pelajar TIDAK BERKEMAMPUAN tetapi hendak bekerja menampung kehidupan. Para pelajar perlu membuat permohonan kepada Ketua Eksekutif dan kelonggaran / pengecualian boleh diberikan oleh Ketua Eksekutif selagi ianya bersesuaian / wajar.


58 REPRESENTASI BERHUBUNG DENGAN INSTITUSI (sebagainya) Kaedah 15 Tiada seorang pelajar / pertubuhan / badan / kumpulan secara lisan atau bertulis untuk bercakap / berhubung / gambar / catatan / syarahan / apa sahaja cara kepada pegawai awam / akhbar / orang ramai mengenai perkaraperkara berkaitan; - Institusi (perihalnya) - Kakitangan - Pelajar lain - Dirinya sendiri sebagai pelajar Institusi KECUALI mendapat kebenaran. Contoh ; “Seorang perwakilan pelajar tidak berhak bercakap dengan media mengenai perihal kampusnya, kakitangan kampus, perihal pelajar lain serta dirinya sendiri walaupun dia memiliki jawatan dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Ianya perlu mendapat kebenaran Pengarah atau pegawainya sebelum kenyataan dikeluarkan. Dikhuatiri ianya akan mengeruhkan keadaan atau menyebabkan gangguan kepada Institusi akibat berita tidak benar”. Sebarang kenyataan hendaklah dirujuk kepada Pegawai Perhubungan Awam Institusi dan pihak atasan yang lain. BANTAHAN PELAJAR TERHADAP KEMASUKAN, KETIDAKMASUKAN (sebagainya) ORANG DARIPADA KAMPUS. Kaedah 16 Tiada seorang pelajar / pertubuhan / badan atau kumpulan, boleh membuat BANTAHAN secara lisan atau bertulis / apa cara lain sekalipun mengenai kebenaran institusi membawa masuk seseorang / badan / kumpulan orang ke dalam kampus. Pelajar juga tidak boleh membantah larangan membawa masuk orang / badan / kumpulan luar ke dalam kampus. Malah pelajar juga tidak boleh menghalang / membantah sebarang tindakan institusi menyingkir orang / badan / kumpulan dari kampus.


59 *Nota ; Ini merujuk kepada kemasukan tokoh, pemimpin, artis, penceramah, pihak NGO dan sebagainya yang telah diluluskan oleh institusi untuk individu / kumpulan masuk ke dalam institusi. JUDI DALAM KAMPUS Kaedah 17 Tiada seorang pelajar / pertubuhan / badan / kumpulan pelajar boleh - Mengatur - Mengurus - Menjalankan - Membantu - Menyertai SEMUA JENIS JUDI, PERTARUHAN atau LOTERI DALAM KAMPUS. *Nota : - Bagi kesalahan ini di LUAR KAMPUS, Kaedah 17 adalah tidak terpakai. - Jika berlaku dan ditahan oleh pihak berkuasa dan terdapat laporan secara meluas dan mencemarkan imej serta kredibiliti Institusi, maka Kaedah 3(a) boleh dikenakan pertuduhan atas pelajar jika hendak didakwa.


60 - Judi fizikal - Judi online - Sabung ayam dan sebagainya


61 MINUM, MEMILIKI MINUMAN KERAS DAN MABUK. Kaedah 18 *Nota : Bagi kes ini ada dua perkara iaitu: 1. Minum / memiliki / jagaan / kawalan iaitu pelajar boleh sabit salah jika dia minum minuman keras (disaksikan / dilihat). Jika dia tidak minum tetapi memiliki / dibawah jagaan / kawalannya (bahan bukti ada bersamanya) ia juga satu kesalahan. 2. Memastikan pelajar itu mabuk. Institusi perlu sediakan alat mengukur alkohol dan mahir menggunakannya. Mabuk boleh ditentukan dengan melihat perbuatan / percakapan / tindakan semasa pelajar di tahan. Namun jika semasa tatatertib dilaksanakan, pelajar menukar pengakuan tidak bersalah / tidak mabuk, bagaimanakah Institusi boleh membuktikan pelajar itu mabuk semasa ditahan. Semua rekod akan dijadikan bukti jika berlaku prosiding.


62 BAHAN LUCAH Kaedah 19 Kesalahan mengenai bahan lucah di DALAM KAMPUS Contoh; Didalam sebuah bilik asrama ditahan sejumlah 5 orang pelajar yang disyaki melanggar peraturan Kaedah 19 iaitu berkaitan BAHAN LUCAH. Semasa diserbu dan ditahan, pihak institusi (warden asrama) dirampas sebuah computer riba, CD, pendrive dan beberapa alat lain yang dipercayai digunakan untuk melakukan kesalahan Kaedah 19 (bahan lucah). Menjadi tanggungjawab pegawai penyiasat untuk membuktikan siapakah yang (1)memiliki, (2)mengedar dan (3)menonton bahan lucah tersebut. Penelitian ini AMAT PERLU bagi memastikan pertuduhan yang dilakukan nanti mesti tepat kepada samada kaedah 19(1) atau (2) atau (3) bagi memastikan keadilan kepada semua 5 orang pelajar tersebut. Dicadangkan Borang Rampasan Barangan Terlarang disediakan dan pelajarpelajar yang terlibat menandatangani pengakuan pemilikan barangan berkenaan. K.19(1): Memiliki, jagaan, kawalan K.19(2): Agih, edar, pamer oleh pel, pertubuhan, badan K.19(3): Melihat, mendengar secara sengaja


63 DADAH DAN RACUN Kaedah 20 Seorang pelajar TIDAK BOLEH: KEBERSIHAN DALAM KAMPUS Kaedah 21


64 MEMBUAT BUNYI YANG MENGGUSARKAN DAN MENGGANGGU Kaedah 22 Pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi bising, sengaja memlakukannya dengan apa cara sekalipun yang boleh ditafsirkan sebagai menyebabkan kegusaran dan gangguan kepada orang lain di dalam kampus. *Nota : Jika berlaku bising diluar kampus (rumah sewa), Kaedah ini tidak boleh digunakan dalam pendakwaan kerana peruntukan Kaedah ini hanya terpakai di dalam kampus. Namun jika berlaku di luar kampus (dengan aduan atau laporan serta boleh dibuktikan) maka Kaedah 3(a) boleh dikenakan dalam pertuduhan. TEMPAT TINGGAL ATAU TEMPAT TIDUR DI KAMPUS Kaedah 23 Tidak boleh sama sekali pelajar menggunakan / bersubahat menggunakan mana-mana tempat / bahagian / bangunan dalam kampus sebagai tempat tinggal atau tidur KECUALI Asrama dalam kampus. Contoh : Pelajar menggunakan surau / masjid / stor / bilik kuliah atau mana-mana sahaja dalam atau luar bangunan dalam kampus, maka ini adalah bersalahan dengan Kaedah 23 ini.


65 *Nota ; Tempat tinggal atau tidur ini adalah bersifat kekal / lama, bukan dalam sifar sementara (tidur seketika pada waktu rehat). MEMASUKI BAHAGIAN LARANGAN KAMPUS ATAU BANGUNAN Kaedah 24 Pelajar dilarang memasuki bangunan / ruang / tempat yang sememangnya dilarang kepada pelajar untuk dimasuki. Contoh; Bilik Pensyarah (kecuali dibenarkan / biasanya ada tempat bertemu), Bilik Peperiksaan, Bilik Server, Bilik Perempuan bagi pelajar lelaki dan sebaliknya serta tempat-tempat yang digazetkan oleh institusi sebagai ruang larangan. KAD PELAJAR Kaedah 25(1) Institusi hendaklah keluarkan Kad Pelajar bagi setiap pelajar (kad pengenalan diri pelajar sebagai pelajar sah berdaftar di institusi), yang mempunyai (1) gambar serta (2) butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Pegawai hal Ehwal Pelajar. Kaedah 25(2) Setiap pelajar mesti ada Kad Pelajar sebilang masa dalam kampus dan boleh kemukakan kepada pihak berkuasa / orang diberikan kuasa apabila diminta untuk ditunjukkan. Kaedah 25(3) Hendaklah memakai kad pelajarnya sebilang masa sebagaimana diarahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar. *Nota ; Situasi biasa pelajar institusi menyimpan Kad pelajar dalam beg, dalam kenderaan dan gagal dipamerkan sebagaimana kehendak Kaedah 25(3). Kad Pelajar hendaklah dipamerkan sebilangmasa samada digantung


66 pada tali atau dikepil atau apa sahaja yang selamat oleh pelajar. Sebaiknya diseragamkan oleh Institusi. KEINGKARAN Kaedah 26 Menjadi kesalahan kepada pelajar dan dikategorikan sebagai melakukan kesalahan tatatertib jika pelajar TIDAK MEMATUHI atau MELANGGAR arahan sah seorang kakitangan, pegawai atau pekerja institusi yang diberikan kuasa dalam kampus. HUKUMAN TATATERTIB TERUS OLEH PIHAK BERKUASA TATATERTIB Kaedah 26A (1) Sebagai ganti hukuman tatatertib, institusi BOLEH MENGENAKAN DENDA TERUS dengan amaran atau denda tidak melebihi RM50.00 ke atas manamana pelajar yang telah melakukan kesalahan di bawah - Kaedah 3(i) Perpustakaan - Kaedah 6 Pakaian dan Penampilan - Kaedah 21 Kebersihan - Kaedah 22 Bising - Kaedah 23 tempat tinggal - Kaedah 25 Kad pelajar DENGAN SYARAT 1. Kesalahan berlaku dihadapan / kehadiran Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) 2. Sebelum hukuman dijatuhkan hendaklah a. Memberitahu kepada pelajar dengan elok / jelas tentang kesalahannya. b. Diberikan kebenaran melakukan RAYUAN LISAN kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 5 hari selepas notis dikeluarkan. Boleh denda TERUS RM50.00


67 Kaedah 26A (2) Setelah mengenakan hukuman terus ini, PBT hendaklah menyerahkan kepada pelajar SATU NOTIS BERTULIS (borang atau notis saman). Jika gagal membayar denda terus ini Kaedah 63 dan kaedah 64 adalah terpakai. Kaedah 63Jika dikenakan DENDA, hendaklah membayar dalam tempoh yang ditetapkan kepada Kewangan Institusi Kaedah 64jika gagal bayar DENDA, pelajar boleh digantung menjadi pelajar dan tidak boleh dalam kampus sehingga denda dibayar kepada Institusi


68


69 BAHAGIAN III TATATERTIB ASRAMA PERMULAAN Kaedah 27 hingga 34 hanya terpakai bagi institusi yang ada asrama sahaja. Kaedah ini masih boleh terpakai jika ada bangunan luar kampus yang telah diwartakan sebagai asrama institusi. Namun, rumah sewa pelajar (yang ditanggung oleh pelajar sendiri) bukan dikategorikan sebagai asrama institusi. Tatatertib ini dibuat khusus bagi asrama adalah bertujuan untuk memastikan pelajar mempunyai jaminan keselamatan dan undang-undang serta menjaga keharmonian penginapan di dalam asrama. MEMASUKI ATAU BERADA DALAM BILIK PELAJAR Kaedah 27.(1) Tidak dibolehkan pelajar lain memasuki atau berada menginap di dalam bilik pelajar lain. Pelajar yang diberikan bilik asrama adalah penghuni yang sah menduduki bilik tersebut. Namun pelajar lain boleh memasuki bilik pelajar lain (sama jantina) untuk tujuan lawatan sosial. Kakitangan, pegawai, pekerja atau wakil asrama dibenarkan memasuki bilik pelajar atas sebab menjalankan tugas, kewajipan atau tanggungjawabnya atas kebenaran yang diberikan bagi pihak warden. Kaedah 27.(2) Menjadi kewajipan dan tanggungjawab belajar yang menginap dibilik tersebut mematuhi kaedah 27.(1).


70 MENGHALANG (sebagainya) PEGAWAI DARIPADA MASUK DAN MENJALANKAN TUGAS. Kaedah 28 Pelajar tidak boleh menghalang, merintang, menahan kakitangan, pegawai, pekerja atau ejen institusi daripada memasuki bilik pelajar bagi menjalankan tugasnya. *Nota : bukan sahaja kebenaran diberikan kepada warden, malah boleh sahaja kebenaran memasuki bilik dibenarkan kepada mana-mana pegawai lain di institusi. Contoh; membenarkan pegawai lain membuat siasatan, penyelenggaraan, semakan dan pemantauan. BERADA DI LUAR ASRAMA PADA WAKTU MALAM Kaedah 29 Tidak boleh berada di LUAR ASRAMA selepas jam 11.00 malam kecuali mendapat kebenaran oleh / bagi pihak warden. Kaedah 30 Pelajar lain (bukan penghuni bilik asrama) tidak boleh berada dalam kawasan asrama selepas jam 11.00 malam kecuali mendapat kebenaran dari / wakil warden. *Nota : Atas aspek keselamatan / geografi masa yang ditetapkan boleh diawalkan dan dijadikan peraturan asrama. Sabah dan Sarawak wajar mempercepatkan waktu dibenarkan tidak melebihi jam 10.00 malam (beza waktu sebenar dengan semenanjung adalah lewat 1 jam)


71 CERMAT MENGGUNAKAN ASRAMA DAN LARANGAN Kaedah 31.(1) Pelajar hendaklah menggunakan premis asrama dengan cermat / baik tanpa merosakkan, mengotorkan, mencacatkan, mana-mana bahagian taman / bangunan serta lekapan di dalamnya. Kaedah 31.(2) Menggunakan kemudahan asrama dengan berhemat cermat agar tidak menyebabkan gangguan, kegusaran, halangan atau kacau bilau penghuni yang lain. Tidak dibenarkan memasak di dalam bilik asrama kecuali pada tempat yang disediakan untuk memasak sahaja. Kaedah 31.(4) Tidak boleh memiliki, menjaga, mengawal apa sahaja jenis binatang dalam peliharaannya. *Nota : tidak dibenarkan menjaga/membela binatang (kucing, anjing, arnab dan sebagainya. BERPINDAH BILIK TANPA KEBENARAN AWAL Kaedah 32. Hendaklah tinggal di bilik yang didaftarkan atas namanya dan sesekali tidak dibolehkan menukar ke bilik lain tanpa kebenaran oleh / bagi pihak warden. PENGOSONGAN BILIK / PINDAH BILIK Kaedah 33.(1) Seseorang pelajar asrama diberikan bilik menginap atas budibicara atau keperluan mutlak institusi.


72 Kaedah 33.(2) Institusi boleh memerintahkan bilik dikosongkan dan memindahkan ke bilik pada bila-bila masa tanpa sebab (ada sebabnya yang tertentu tetapi tidak wajib memaklumkan sebabnya). Kaedah 33.(3) Jika seseorang pelajar diperintahkan berpindah bilik, ia hendaklah patuh dan mengosongkan bilik asalnya selama mana arahan itu terpakai. *Nota : bilik tidak selamat diduduki, perlukan penyelenggaraan, menempatkan orang lain, terdapat program yang berkaitan dan lain-lain sebab. KUASA WARDEN MEMBERI PERINTAH / ARAHAN BERKAIT KETENTERAMAN DAN TATATERTIB Kaedah 34 Warden / pihak lain yang diberi kuasa, boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan perintah samaada secara LISAN atau BERTULIS, apa sahaja perintah atau arahan yang difikirkan sesuai untuk mengekalkan ketenteraman dan tatatertib di asrama. Arahan boleh diberikan semua pelajar / kelompok pelajar / individu pelajar. Menjadi kewajipan pelajar mematuhi perintah tersebut. Contoh; Terdapat kes pelajar yang sering bertelingkah dalam satu bilik dan jika dibiarkan akan berlarutan, maka diperintahkan pindah ke bilik lain dan pelajar perlu mematuhinya. Terdapat masalah / kerosakan peralatan atau apa sahaja yang mungkin membahayakan penghuni, maka arahan pindah ke lokasi lain dikeluarkan, maka wajib dipatuhi.


73


74 BAHAGIAN IV TATATERTIB LALULINTAS JALAN PERMULAAN Pelajar dibenarkan membawa kenderaan ke dalam kampus. Namun kenderaan pelajar ini perlu diuruskan dengan sebaiknya. Diingatkan bahawa dalam akta 174 ini tiada satu pun kaedah yang memperuntukan institusi perlu menyediakan tempat letak kenderaan dalam kampus. Jika ada disediakan itu adalah kebajikan yang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif / pengarah. KEBENARAN BERTULIS BAGI PELAJAR MENYIMPAN, MEMILIKI ATAU MEMPUNYAI KENDERAAN BERMOTOR DALAM KAMPUS Kaedah 35 (1) Pelajar yang berhajat mempunyai kenderaan bermotor di kampus hendaklah memohon kebenaran bertulis kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar dengan mengisi borang yang ditentukan. (2) Memohon secara bertulis dan menyatakan butiran kenderaan serta Kemukakan lesen kenderaan / geran kenderaan Polisi insurans (sekurangnya pihak ketiga) terkini. Lesen memandu semasa yang sah. Menyatakan jenis-jenis kesalahan tatatertib (jika ada) (3) Kebenaran bertulis hendaklah diberikan dalam borang (sebagaimana arahannya) dan hendaklah ditunjukkan dengan mudah dilihat pada kenderaan itu. *Nota : borang yang dimaksudkan boleh ditafsirkan sebagai bentuk stiker kenderaan, pas masuk kenderaan dan yang bersesuaian. (4) Kebenaran bertulis ini hendaklah diperbaharui setiap tahun dan prosesnya adalah sama sebagaimana dijelaskan secara berulang-ulang. (5) PHEP boleh membatalkan kebenaran jika didapati ianya berlawanan dengan kepentingan institusi.


75 *Nota : Jika didapati kesesakan dalam kampus, berlaku kekecohan atau ketenteraman kampus tergugat. DAFTAR KENDERAAN BERMOTOR PELAJAR Kaedah 36 PHEP hendaklah mengarahkan agar daftar kenderaan itu disimpan dan diselenggara datanya. *Nota : semakan daftar kenderaan hendaklah dibuat dan diperkemaskan dari masa ke semasa. HAD LAJU Kaedah 37 Pelajar tidak boleh memandu sesebuah kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan di dalam laluan (jalanraya) dalam kampus. *Nota : Institusi perlu berhati-hati jika hendak menguatkuasakan kaedah 37. Institusi wajar menyediakan papantanda mematuhi had laju namun bagi menentukan kesalahan pelajar melanggar had laju dibenarkan adalah amat sukar kerana memerlukan alat pengukur kelajuan. KENDERAAN BERMOTOR HENDAKLAH DIPANDU ATAS JALANRAYA SAHAJA. Kaedah 38 Pemanduan yang dibenarkan hanyalah di atas jalanraya yang dibenarkan sahaja. Pelajar tidak boleh sama sekali memandu kenderaan di - Jalan kaki berturap - Bahu jalan - Tepi rumput - Lorong pejalan kaki - Sisi jalanraya


76 Tidak dibenarkan memandu di: - Koridor, - Beranda - Kaki lima - Halaman berkepong - Dalam bangunan MELETAK KENDERAAN SECARA MENGHALANG Kaedah 40 Pelajar tidak boleh meletak kenderaan merata tempat hingga mendatangkan bahaya, menghalang atau kesusahan kepada orang lain atau kenderaan lain. MENGGUNAKAN RUANG LETAK KERETA YANG DIUNTUKKAN Kaedah 41 Jika tempat letak kenderaan itu diperuntukan khas untuk kenderaan tertentu, maka pelajar tidak boleh meletakkan kenderaan mereka di ruang letak kenderaan tersebut. *Nota : ruang kereta pensyarah, tempat letak kenderaan jabatan serta tempat tetamu khas, juga tempat letak kenderaan yang berpapan tanda hendaklah dihindar oleh pelajar metelakkan kenderaan mereka di ruang itu. Handaklah meletakkan kenderaan di ruang yang lain. Pengawal keselamatan dinasihatkan tidak menggunakan motorsikal di koridor dan lain-lain laluan yang tidak dibenarkan walaupun tidak terikat dengan Akta 174.


77 MEMBONCENG Kaedah 42 (1) Pelajar membawa motorsikal tidak boleh membawa pembonceng lebih dari seorang pembonceng. (2) Membawa kenderaan beroda dua (motorsikal) dan pembonceng duduk dibelakang pemandu di tempat duduk belakang yang dipasang dengan sempurna (tidak diubahsuai). (3) Seorang pelajar tidak boleh membenarkan / merelakan dirinya dibawa jika melanggar Kaedah 42(1) dan (2). *Nota : Pembawa motorsikal atau penumpang hendaklah mematuhi cara pemboncengan, tempat duduk yang dibenarkan di kenderaan tersebut dan tidak menaiki atau membonceng di luar kebiasaan seseorang menaiki motorsikal dengan normal. ARAHAN DAN TANDA LALULINTAS HENDAKLAH DIPATUHI Kaedah 43 Pelajar hendaklah mematuhi ARAHAN lalulintas dan TANDA LALULINTAS. KEMUKAKAN LESEN MEMANDU DAN KAD PELAJAR APABILA DIMINTA Kaedah 44 Pelajar yang memandu, menjaga, mengawal kenderaan mesti membawa bersama LESEN MEMANDU (Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] dan KAD PELAJAR serta kemukakannya untuk diperiksa oleh seseorang yang berkuasa / pegawai / kakitangan yang dibenarkan. *Nota : Pegawai yang menguatkuasakan undang-undang Akta 174, semasa memeriksa kenderaan pelajar hendaklah melihat, lesen memandu, kad pelajar, stiker dan apa sahaja yang sesuai. Malah jika pelajar mengubahsuai kenderaan berlebihan boleh diberikan nasihat atau tindakan sesuai.


78 MENGHALANG PERJALANAN LALULINTAS Kaedah 45 Tidak boleh sama sekali dengan apa cara / perbuatan sekalipun untuk MENGHALANG, MENGGANGGU kelancaran lalulintas dalam kampus. Contoh; Pelajar meletakkan kenderaan secara bersepah / tidak ditempatnya atau meletakkan kenderaannya di simpang jalan, dihadapan parkir secara berlapis-lapis, atau meninggalkan kenderaan di dalam kampus sehingga mengganggu aktiviti di dalam kampus. Semasa aktiviti sukan dipetang hari, biasanya ini terjadi dan jika diadukan boleh diambil tindakan. PEMAKAIAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 [AKTA 333] DALAM KAMPUS Kaedah 46 (1) Akta 333 dan akta-akta kecil di bawahnya adalah terpakai di dalam kampus seolah-olah jalanraya dalam kampus adalah jalan awam. Setiap kesalahan boleh dikenakan kesalahan tatatertib. (2) Setiap kesalahan dalam kaedah 46(1), adalah satu kesalahan dan tidak boleh dikurangkan tanggungan atas kesalahan yang dilakukan. Pelajar perlu patuh dan menanggung kesalahan tersebut. *Nota : Kesalahan-kesalahan yang dimaktubkan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 Contoh; lesen memandu, pemakaian helmet, ubahsuai kenderaan, langgar arahan, tidak patuh tanda lalulintas serta lain-lain kesalahan didalam akta itu, boleh dikenakan atau disabitkan sebagai melanggar tatatertib lalulintas jalan.


79 HUKUMAN TATATERTIB TERUS OLEH PBT Kaedah 47 (1) PBT boleh dengan budibicaranya, bagi kesalahan lalulintas menggantikan hukuman tatatertib kepada DENDA TERUS tidak lebih RM100.00 (seratus ringgit) kepada pesalah lalulintas yang berlaku DIHADAPAN / DALAM PENGLIHATAN PBT. Syarat: PBT memberitahu tentang kesalahannya. Membuat rayuan lisan PADA KETIKA ITU juga (serta merta) (2) Setelah mengenakan hukuman (Kaedah 47(1)), PBT hendaklah SERTA MERTA menyerahkan notis bertulis (sebagaimana ditetapkan oleh PHEP) mengenai hukuman yang dikenakan dan jika DENDA, Kaedah 63 dan 64 adalah terpakai. (3) Jika ada berlawanan / percanggahan dalam kaedah-kaedah lain, bagi kesalahan lalulintas, kaedah 47 adalah terpakai sepenuhnya. *Nota penting: Dalam Kaedah 47(2) disebutkan jika hukuman itu denda (bayaran wang ringgit) hendaklah terpakai bersama kaedah 61 dan 62. Kaedah 61 dan 62 adalah merujuk kepada hukuman tatatertib. Sewajarnya jika denda dikenakan, kaedah 63 dan 64 terpakai iaitu pelajar hendaklah membayar denda (Kaedah 63) dan jika tidak membayar dalam tempoh ditetapkan Kaedah 64 terpakai iaitu boleh digantung pengajian. Namun, isu ini perlukan pindaan yang diluluskan oleh Parlimen di bawah pindaan undang-undang Akta 174.


80


81 BAHAGIAN V TATACARA TATATERTIB Kaedah 48 hingga Kaedah 57 adalah dirujuk bersama dalam Inovasi Dokumen Perbicaraan ini. Inovasi ini dicipta agar proses perbicaraan lancar dan tidak berisiko dicabar oleh mana-mana pihak. (menjadi kesukaran kepada PHEP untuk melaksanakan perbicaraan jika hanya merujuk kepada Kaedah 48 hingga Kaedah 57. Inovasi Dokumen Perbicaraan ini akan memudahkan PHEP mengendalikan prosiding tatatertib tanpa meninggalkan langkah-langkah yang wajib diikuti) Kaedah 48; Hukuman tatatertib Kaedah 49; Hadir dihadapan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) Kaedah 50; Akibat tidak hadir di hadapan PBT Kaedah 51; Fakta kesalahan dijelaskan dan pengakuan diambil Kaedah 52; Akuan bersalah dan tatacara berbangkit Kaedah 53; Tatacara pendengaran jika pelajar mengaku tidak bersalah Kaedah 54; Keterangan pelajar Kaedah 55; PBT menyoal dan memanggil saksi Kaedah 56; Mengumumkan keputusan Kaedah 57; Mengenakan hukuman Kaedah 58; menyimpan dan melupuskan ekshibit Kaedah 59; Nota bertulis mengenai prosiding tatatertib dibuat Kaedah 60; menyimpan nota Kaedah 61; Daftar prosiding tatatertib KAEDAH 48 – 61 Rujuk kaedah ini dibaca bersama semasa perbicaraan. 1.0 PENGENALAN Perbicaraan tatatertib merupakan satu tindakan paling akhir diambil oleh institusi Politeknik setelah semua langkah awal yang sewajarnya dilakukan. Perbicaraan yang berlaku melibatkan seseorang pelajar dijatuhi hukuman


82 sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kaedah 48, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 iaitu; “Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukumanhukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukumanhukuman itu disatukan sekali. (a) amaran; (b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00); (c) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan- kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan; (d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang ditentukan; (e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi; (f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan; (g) pembuangan daripada institusi, oleh pihak berkuasa tatatertib”. *Hukuman sebagaimana diatas boleh diterjemahkan sebagai berikut ; - Amaran = memberikan amaran lisan yang tegas dan diikuti amaran bertulis (surat rasmi) dan boleh dikaitkan dengan hukuman-hukuman lain yang berkaitan yang boleh disekalikan. - Denda tidak lebih RM500.00 = boleh mengenakan denda dengan amaun yang bersesuaian mengikut budibicara PBT. - Menggantung daripada menggunakan kemudahan institusi = Contoh; tidak membenarkan menduduki asrama, larangan menggunakan kemudahan makmal, kemudahan sukan, masjid dan apa sahaja kemudahan yang mungkin boleh mengganggu kepentingan kemudahan kepada pihak lain dalam tenpoh tertentu.. - Penggantungan daripada kursus pengajian = menggantung pengajian pelajar dari kursus yang sedang diikuti di Institusi dalam tempoh tertentu (seminggu, sebulan, satu semester). - Penghalangan daripada menduduki sebahagian / keseluruhan peperiksaan = menghalang pelajar menduduki ujian, penilaian


83 berterusan, amali, latihan samada sebahagian sahaja atau keseluruhannya berdasarkan tahap kesalahan yang dilakukan. - Penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi = menyingkirkan pelajar dari bangunan asrama (larangan memasuki dan menduduki), memasuki bangunan makmal (larangan memasuki dan menggunakan), memasuki kampus (larangan dan belajar secara atas talian (contoh) dan sebagainya. - Pembuangan = Memberhentikan pelajar dari institusi serta merta. Keputusan akhir yang paling nekad dan muktamad atas jenis kesalahan yang berulang atau amat berat. Pelajar yang dibicarakan perlu mendapat perbicaraan yang adil dan pegawai yang menghakimi perlu melaksanakan tanggungjawab penghakiman dengan penuh tertib dan saksama (natural justice). Ini adalah sesuai dan bertepatan dengan Fasal (1) Perkara 8 Perlembangaan Persekutuan yang menyatakan “semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang”. Ini bermakna pelajar yang dibicarakan berhak mengetahui haknya sebelum, semasa dan selepas perbicaraan. Pegawai Hal Ehwal Pelajar (di dalam Akta 174 ditafsirkan sebagai Pengarah / wakilnya) pula perlu tahu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai “hakim” dalam perbicaraan dan mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dan kecuaian semasa melaksanakan perbicaraan serta membuat keputusan penghakiman. Kesilapan dan kecuaian mengikut prosedur perbicaraan yang tersusun (kesilapan teknikal) boleh menyebabkan keputusan perbicaraan dipertikaikan oleh pihak ketiga. Kesilapan teknikal akan menyebabkan pelajar yang bersalah boleh dibebaskan/keputusan disemak di dalam rayuan mereka dan sekaligus akan merendahkan kredibiliti institusi. Perkara ini sesuai dengan kenyataan Lord Styen “Keadilan tidak memerlukan yang bersalah dibebaskan hanya atas alasan-alasan teknikal”. 2.0 ISU PERBICARAAN TATATERTIB Berpengalaman menjadi Pegawai Hal-Hal Pelajar (Kebajikan dan Disiplin) Politeknik, dan mengendalikan perbicaraan kes tatatertib pelajar di samping memberikan kursus berkaitan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib)


84 1976 terdapat beberapa masalah telah dikenalpasti penulis berkait dengan perbicaraan iaitu: a. Kelancaran perbicaraan terganggu kerana ketidakcukupan maklumat mengenai prosedur perbicaraan yang menyebabkan rujukan sering dibuat semasa perbicaraan. Perkara ini memperlihatkan ketidakcekapan menguruskan sesuatu perbicaraan. *Oleh yang demikian dokumen sebelum perbicaraan hendaklah diteliti dan difahami sebaiknya. Semasa perbicaraan semua maklumat mesti telah ada dalam pengetahuan “hakim”. b. Hakim perbicaraan kelihatan sukar melaksanakan proses perbicaraan kerana kurang pendedahan mengendalikan perbicaraan. Tambahan pula bukan satu perkara yang mudah untuk memahami Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 secara keseluruhan dalam masa singkat. *Panduan perlu disediakan bagi memastikan hakim dapat menjalankan proses perbicaraan dengan lancar dan kelihatan menyakinkan. c. Terdapat kes dimana sesuatu kes boleh dibicarakan, tetapi kurangnya keyakinan untuk meneruskan proses perbicaraan yang rumit menyebabkan perbicaraan tidak dilaksanakan walaupun ramai yang menyedarinya satu keputusan yang kurang wajar. *Kredibiliti institusi akan dipertikaikan seolah-olah melindungi kes yang berlaku. d. Terdapat kes yang dirayu oleh pelajar kepada Menteri melalui Penasihat Undang-Undang disemak semula keputusannya disebabkan kegagalan pihak institusi Politeknik mematuhi prosedur yang tepat. Keputusan ini menjatuhkan moral semua pihak / pegawai yang mengendalikan perbicaraan tersebut. *Kegagalan menyediakan dokumen perbicaraan yang tersusun dan lengkap menyebabkan kes dipertikaikan dan tewas dalam rayuan yang dilakukan. Alasan TEKNIKAL menjadi penyebab pembebasan semula. e. Berlaku ketidakselarasan di institusi dalam urusan perbicaraan kes tatatertib pelajar. *Ketidakseragaman ini akan menjadi pertikaian kerana kelihatan keadilan tidak diselaraskan bagi institusi yang menggunakan Akta 174.


85 3.0 MATLAMAT Mengambil ikhtibar daripada isu di atas, satu inovasi dalam bentuk penghasilan dokumen yang dinamakan sebagai DOKUMEN PENUH PERBICARAAN TATATERTIB PELAJAR MENGIKUT AKTA INSTITUSIINSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 1976 ATAU AKTA 174 dihasilkan dengan matlamat: a. Memberikan sepenuhnya keyakinan kepada “hakim” perbicaraan untuk mengendalikan perbicaraan tanpa meninggalkan satupun prosedur perbicaraan. b. Penghakiman yang dijalankan akan lebih teratur dan sistematik. c. Menghasilkan satu rekod bertulis perbicaraan yang sah dan boleh dijadikan sebagai satu dokumen rujukan kepada perbicaraan yang lain. d. Memastikan semua tindakan perbicaraan tidak dipertikai keputusannya kerana telah mengambilkira pengelakkan berlakunya kesilapan teknikal. e. Menyediakan satu standard / piawai proses perbicaraan yang akan digunapakai oleh semua Politeknik Malaysia. f. Pelajar / ibubapa / penjaga mempunyai keyakinan bahawa mereka tidak teraniaya dan diadili dengan telus. 4.0 KESIMPULAN Penghasilan dokumen ini diharapkan dapat membantu institusi mengendalikan perbicaraan dengan baik. Penghasilannya diharapkan dapat meningkatkan keyakinan dan memberi panduan yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang bertanggungjawab mengendalikan perbicaraan. Walaupun mempunyai beberapa ruang untuk diperkemaskan, dokumen ini telah diuji di beberapa buah politeknik dan dikatakan amat berguna dan membantu kelancaran perbicaraan.


86 NOTA : Dokumen ini telah disusun rapi mengikut langkah-langkah perbicaraan (Kaedah 49 hingga Kaedah 67 untuk memastikan sesuatu perbicaraan dapat dilakukan dengan lancar dan teratur. Selain itu ianya juga merupakan satu inovasi yang mampu mengelakkan berlakunya kesilapan teknikal apabila berlakunya semakan semula kes (rayuan pelajar atau dicabar di mahkamah). LAMPIRAN 1 PERBICARAAN TATATERTIB PELAJAR POLITEKNIK ………………………………. PERINGKAT SATU (1) : PERSEDIAAN UNTUK PERBICARAAN Nota: Peringkat ini PALING PENTING untuk memastikan butiran pelajar adalah benar supaya PBT tidak membicarakan orang yang tersalah/menyamar dan sebagainya Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN 1. PDP/UTP Pelajar dimaklumkan dengan notis bertulis - rujuk contoh surat rasmi. Pelajar bernama FAIRUZ BIN BUANG (40DKM09F001) dan SOON BON SENG (40DKM09F100) telah dimaklumkan dengan notis pada tarikh ___________ 2. PHEP(KD) PBT Kehadiran Pelajar - bacakan, jika tidak hadir maklumkan kepada PBT untuk tindakan selanjutnya. Jika pelajar tidak hadir – bacakan Sekiranya pelajar tidak hadir: Kaedah 50: Pelajar yang tidak hadir dalam perbicaraan yang ditetapkan hendaklah digantung pengajian sehingga pelajar bersetuju untuk hadir pada masa yang ditetapkan.


87 Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN penggantungan serta merta. “Saya dengan kuasa yang ada pada saya melalui Kaedah 50 Akta 174, menggantung pelajar ini sehingga mereka bersetuju untuk hadir”. Pejabat PHEP – sila keluarkan surat penggantungan. 3. PHEP(KD) Menjelaskan dan menerangkan sepintas lalu kehadiran kepada PBT. Pelajar yang dituduh, saksi, penjaga (jika ada) dan orang-orang yang berkaitan. Jelaskan kedudukan di dalam bilik perbicaraan. 4. PBT Memastikan kehadiran pelajar dengan menyemak kad matrik dan kad pengenalan mereka NAMA 1 FAIRUZ BIN BUANGNO.PEND 40DKM09F001 NO.KP 870706-30-5009 KURSUS DIPLOMA KEJURUTERAAN KAJABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL SEMEST ER 3 (TIGA) NAMA 2 SOON BON SENG NO PEND 40DKM09F100 NO. KP 871008-02-5765 KURSUS DIPLOMA KEJURUTERAAN KAJABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL SEMEST ER 3 (TIGA) 5. PBT Sebelum memulakan SENARAI KEHADIRAN


88 Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN perbicaraan, perlu memastikan sekali lagi kehadiran di bilik perbicaraan. Pastikan saksi berada di tempat yang berasingan. SILA RUJUK SENARAI KEHADIRAN – UTP perlu menyediakan borang kehadiran yang mengandungi bilangan, nama, no. KP, status, dan tandatangan.


89 LAMPIRAN 2 Nota: Peringkat ini PERTUDUHAN akan dibacakan sebelum meminta pelajar membuat pengakuan samada bersalah atau sebaliknya. Selepas pelajar mengaku bersalah (bersetuju dengan PERTUDUHAN), pergi ke peringkat seterusnya iaitu pembacaan fakta kes. PERBICARAAN TATATERTIB PELAJAR POLITEKNIK …………………………………… PERINGKAT DUA (2) : PROSES PERBICARAAN Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN 1. PBT Membacakan PERTUDUHAN PERTUDUHAN adalah sebagaimana berikut: " Bahawa kamu FAIRUZ BIN BUANG (40DKM09F001) dan kamu SOON BON SENG (40DKM09F100) pada hari Khamis bersamaan 19 Oktober 2009, antara jam 11.15 malam hingga11.45 malam, kamu berdua didapati memiliki peralatan daun terup dan sejumlah wang tunai serta telah melakukan satu kesalahan tatatertib


90 Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN iaitu dengan sengaja bermain judi jenis daun terup dengan taruhan sejumlah wang di Asrama B. Perbuatan kamu ini telah melanggar Bahagian II, Tatatertib am, Kaedah 17, Akta 174, Akta Institusiinstitusi Pelajaran (Tatatertib Pelajarpelajar) 1976 iaitu; "Tiada seorang pelajar, dan tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh mengatur, mengurus atau membantu dalam mengatur, mengurus atau menjalankan atau menyertai, apa-apa judi atau loteri dalam kampus." Dengan pelanggaran tersebut, kamu berdua boleh dijatuhi hukuman di bawah kaedah 48, kaedah yang


91 Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN sama dan boleh dijatuhi mana-mana atau gabungan dua atau lebih hukuman berikut ; a. Amaran; b. Denda tidak melebihi RM500.00; c. Penggantungan daripada menggunakan apa-apa kesemua kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan; d. Penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan; e. Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi; f. Penyingkiran daripada manamana bahagian institusi selama


92 Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN tempoh yang ditentukan; g. Pembuangan daripada institusi. 2. PBT Bertanya kepada pelajar samada mereka faham atau tidak pertuduhan yang dibacakan. Sekiranya pelajar masih tidak faham, ulangan pertuduhan boleh dibuat berulangkali sehingga tertuduh benar-benar faham. Penjelasan atau penerangan boleh dibuat dengan menggunakan ayat sendiri supaya tertuduh benar-benar memahami pertuduhan. 3. PBT Sekiranya pelajar faham, arahkan mereka untuk membuat pengakuan bersalah atau sebaliknya. Pelajar membuat pengakuan; a. Mengaku faham / salah; terus ke peringkat 3 – LAMPIRAN 3 b. Tidak mengaku faham / salah; terus ke peringkat 4 – LAMPIRAN 4 Tidak membuat pengakuan (diam, tidak ada reaksi);


93 Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN terus ke peringkat 4 – LAMPIRAN 4 LAMPIRAN 3 : Nota : Membacakan FAKTA KES dan mengambil pengakuan pelajar. Jika pelajar mengaku salah atas pertuduhan, langkah seterusnya membacakan FAKTA KES dan mengambil pengakuan pelajar. Sekiranya pelajar mengaku bersalah atas FAKTA KES, barulah tindakan JATUH HUKUMAN boleh dibuat oleh PBT. PERBICARAAN TATATERTIB PELAJAR POLITEKNIK …………………………………… PERINGKAT 3 (TIGA) : PERBICARAAN TATATERTIB Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN 1. PDP/ UTP/ PHEPKD Membacakan FAKTA KES "Pada 19 Oktober 2009 (Khamis), antara jam 11.15 malam-11.45 malam, di lokasi blok Asrama B, Politeknik ABC. Warden Asrama Blok B telah membuat rondaan rutin sebagai seorang warden.


94 Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN Apabila berada di depan pintu B102, warden telah mengetuk pintu beberapa kali namun tidak dibuka. Warden meneruskan pemeriksaan ke bilik yang lain dengan anggapan penghuni tiada di bilik B102 dan bercadang untuk membuat semakan selepas itu. Sebaik sahaja melangkah, tetiba pintu bilik B102 dibuka dari dalam dan kelihatan seorang menjengah dan kelihatan terkejut serta dengan serta merta menutup pintu kembali dengan hempasan yang kuat dipercapai akibat terkejut.


95 Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN Warden terus menerpa ke pintu B102 dan berjaya membuka pintu bilik B102. Sebaik sahaja berjaya memasuki bilik tersebut, warden Tuan Haji Zamri bin Hassan telah mendapati di dalamnya terdapat dua orang pelajar yang dikenalinya dimana seorang sedang berdiri di hujung katil iaitu FAIRUZ BIN BUANG berhampiran pintu manakala seorang lagi iaitu SOON BON SENG sedang duduk di kerusi meja belajar dengan ditangannya terdapat bebarapa keeping daun terup. Selain tu di atas meja tersebut terdapat longgokan wang kertas dan syiling dan setelah dikira berjumlah RM52.50.


96 Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN Tn Haji Zamri Bin Hassan telah memanggil seorang lagi warden bertugas dengan telefon bimbitnya dan tidak lama kemudian telah datang ke bilik itu seorang warden bernama Tuan Haji Zainal Abidin. Mereka telah menyiasat kedua pelajar dan mengumpulkan sejumlah wang serta daun terup ke dalam samput plastic lutsinar dan dijadikan sebagai bahan bukti. Pelajar diminta menyerahkan Kad Pelajar untuk dilakukan Salinan dan semakan mendapati kedua pelajar ini adalah pelajar sah berdaftar dan juga merupakan pelajar yang menghuni bilik B102.


97 Pelajar ini adalah pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal dengan ini telah melakukan satu perlanggaran tatatertib dan oleh itu mereka dituduh di dalam perbicaraan ini. 2 PBT Bertanya samada pelajar faham dan mengaku FAKTA KES (tanya seorang demi seorang) Pengakuan pelajar; a. Mangaku – terus ke bil. 3 b. Tidak mengaku – terus ke Peringkat 4 (Lampiran 4) 3 PBT Jika pelajar mengaku salah Jatuhi hukuman (jangan umum dahulu). Boleh membenarkan pelajar keluar dahulu dari bilik perbicaraan sebelum memikirkan hukuman yang benarbenar setimpal. 4 PBT Bersedia meneruskan prosiding – untuk jatuhkan hukuman. Pastikan semua yang berkaitan hadir ke dalam bilik perbicaraan.


98 Tandak an / senarai semak BI L TINDAKAN BUTIR/ PERKARA CATATAN 5 PBT PBT memberika n peluang kepada pelajar untuk membuat rayuan awal bagi meringankan hukuman yang bakal diterima. Catatkan rayuan pelajar. ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....... 6 PBT Memberi peluang kepada ibubapa/ Penjaga (jika berkaitan) Catatkan rayuan ibubapa/penjaga ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ...... 7 PBT Memberi peluang kepada PHEPKD dan PDP dan sesiapa sahaja pegawai terlibat membuat kenyataan berhubung kes ini Catatkan kenyataan pegawai. ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ......


99 8 PBT Memberikan peluang sekali lagi pelajar untuk membuat apaapa kenyataan berhubung kenyataan pegawai terbabit Catatkan rayuan pelajar. ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....... 9 PBT Meminta pihak lain seperti kaunselor atau sesiapa sahaja untuk memberikan pendapat mengenai kes yang dibicarakan Catatkan kenyataan (jika ada) ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....................................... ....... 10 PBT Menjatuhkan hukuman dengan pertimbangan yang wajar, fikiran terbuka, neutral dan penuh ehsan (mercy) Sebaiknya semua yang hadir berada di luar bilik perbicaraan bagi membolehkan PBT membuat keputusan yang paling adil, tidak dipengaruhi sesiapa. Setelah keputusan telah dibuat, panggil semua masuk ke dalam bilik perbicaraan.


100 Tandak an / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/ PERKARA CATATAN 11 PBT Memaklumkan hukuman “Selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang memegang amanah Pegawai Hal Ehwal Pelajar Politeknik ………….. ini dan setelah saya menimbangkan semua keterangan dan rayuan yang dibuat oleh pelajar yang dituduh, dengan ini saya menjatuhkan hukuman: CATATKAN HUKUMAN: ………………………………… ……..………………………… ……........................................ ............................................... ............................................... .............................................. 12 PBT Catatkan kata-kata nasihat: ………………………………… ……..………………………… ……........................................ ............................................... ............................................... ..............................................


Click to View FlipBook Version