101 13 PBT Maklumkan kepada pelajar mengenai rayuan yang boleh dibuat kepada pihak atasan. “Jika anda tidak berpuashati dengan hukuman yang dikenakan ke atas kamu, kamu boleh mengemukakan rayuan kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia melalui Pihak Berkuasa Tatatertib Politeknik ini dalam tempoh 14 hari (waktu bekerja) daripada tarikh keputusan hukuman ini dibuat pada hari ini. – ulang kenyataan jika perlu. 14 UTP/ PHEPKD Maklum kepada pelajar tindakan selanjutnya. Pihak politeknik akan menyerahkan notis hukuman ini secara bertulis kepada: a. Pelajar (sila ambil notis tersebut pada………………… …) b. Ibubapa/penjaga c. Penganjur/penaja d. Pihak berkaitan.
102 LAMPIRAN 4 PERBICARAAN TATATERTIB PELAJAR POLITEKNIK …………………………….. PERINGKAT EMPAT (4) : PERBICARAAN (SEKIRANYA TIDAK MENGAKU SALAH) Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN 1. PBT Memanggil semua saksisaksi berkaitan. Saksi hendaklah membaca sumpah memberi kenyataan benar. "Bahawa saya (nama) dengan sesungguhnya dan dengan suci hati mengaku dan bersumpah bahawa segala keterangan yang saya akan berikan dalam perbicaraan ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka” 2. PBT Meminta saksi memberikan butiran peribadi untuk dicatatkan. Setiausaha membuat catatan ; Nama : Jawatan : Lain-lain jika perlu :
103 Tandakan / senarai semak BIL TINDAKAN BUTIR/PERKARA CATATAN 3 PBT / UTP Menjelaskan sekali lagi kes yang sedang dibicarakan. 4 PBT / UTP Menyoal saksi dengan soalan-soalan "pemeriksaan semula" (examination in chief). Setiausaha mencatat soal jawab tersebut. Boleh menggunakan helaian yang lain dan dilampirkan selepas perbicaraan sebagai lampiran catatan perbicaraan. 5 PBT / UTP Membuat tandaan bukti-bukti kes jika ada. 6 PBT Memberi peluang PELAJAR menyoal balas saksi dengan “soalan-soalan balas” Setiausaha mencatat soal jawab tersebut. 7 PBT Mengarahkan UTP/PHHP (KD) menyoal semula saksi dengan “soalan semula” (reexamination) Setiausaha mencatat soal jawab tersebut. Bil 1 - 7 perlu diulangi sekiranya melibatkan ramai saksi. Saksi melalui proses yang sama.
104 8 PBT Mengarahkan pelajar memberikan keterangan di kerusi saksi dan Mengangkat sumpah sebagaimana di Bil.1. Pelajar berhak memberikan keterangan termasuklah menafikan semua petuduhan. Setiausaha mencatat sepenuhnya keterangan yang dibuat. 9 PBT Memberi peluang pelajar mengemukakan saksi-saksi. Saksi perlu mengangkat sumpah sebagaimana saksi lain. Semua saksi perlu disoal oleh pelajar, PBT dan juga UTP 10 PBT Membuat pertimbangan sewajarnya sebelum menjatuhkan hukuman. IKUT LAMPIRAN 3, BERMULA DARI BIL.3 DAN SETERUSNYA. Setelah selesai melaksanakan perbicaraan / hukuman telah dijatuhkan, maka tindakan berikut boleh dilaksanakan. LAPORAN PROSIDING KEPADA IBUBAPA, MENTERI (sebagainya) Kaedah 62 Subkaedah 62(1): PHEP hendaklah menghantar keputusan prosiding kepada:
105 - ibubapa dan penjaga - Menteri (jika Menteri berkehendakkan demikian) - Pihak Berkuasa - Badan penaja / Pemberi biasiswa *Nota : Betapa pentingnya Inovasi Dokumen Perbicaraan ini kerana ianya akan menjadi rujukan banyak pihak dan perlu disediakan dengan sesempurna yang boleh. MEMBAYAR DENDA Kaedah 63 Jika PBT kenakan denda, PBT hendaklah menyatakan tempoh denda perlu dibayar dan pelajar itu hendaklah membayar denda itu dalam tempoh yang ditetapkan. Bayaran hendaklah dibuat kepada Bursar (Unit Kewangan institusi berkenaan). AKIBAT TIDAK BAYAR DENDA Kaedah 64 Jika tidak dibayar sebagaimana di tetapkan oleh Kaedah 63, maka pelajar boleh DIGANTUNG MENJADI PELAJAR INSTITUSI Dan TIDAK BOLEH BERADA DALAM KAMPUS Sehingga denda itu dibayar (penggantungan serta merta batal setelah denda dibayar) PERINTAH MEMBAYAR PAMPASAN Kaedah 65 (1) PBT boleh menambah hukuman di dalam prosiding tatatertib iaitu memerintahkan pelajar membayar pampasan yang bersesuaian dengan kerosakan, kerugian yang dialami oleh institusi atau mana-mana orang lain yang berkenaan dan jumlah dendaan itu boleh mengatasi dendaan RM 500 itu.r
106 (2) Amaun pampasan yang ditetapkan oleh PBT hendaklah patut dan munasabah atas kes yang dibicarakan. (3) Bayaran pampasan hendaklah dibayar kepada Bursar (pegawai kewangan) dalam tempoh yang ditentukan oleh PBT. (4) Kaedah 64 adalah dipakai secara mutatis mutandis (berulang-ulang / berturutan) jika pelajar tidak membayar pampasan dalam tempoh ditetapkan. (5) Bursar hendaklah membayar pampasan kepada orang / pelajar yang diakui oleh PBT patut menerimanya. ORANG YANG BOLEH HADIR DALAM PROSIDING TATATERTIB Kaedah 66 Orang yang boleh hadir dalam prosiding tatatertib adalah: (a) PBT dan kakitangannya (b) Pelajar yang dibicarakan (c) Ibubapa atau penjaga pelajar dibicarakan (d) Seorang saksi memberikan keterangan / jika dikehendaki oleh PBT (boleh memanggil pelajar / saksi yang dikehendaki memberikan keterangan) (e) Sesorang yang dibenarkan hadir oleh PBT atas sebab-sebab yang khas (tertentu) Contoh; Pensyarah akademik, kaunselor, pihak-pihak lain yang PBT benarkan dan ada kaitan dengan kes yang sedang dibicarakan)
107
108 BAHAGIAN VI RAYUAN Kaedah 67 Rayuan ini adalah proses akhir selepas sesuatu perbicaraan atau prosiding tatatertib dilakukan. Rayuan ini adalah hak yang WAJIB diberikan kepada pelajar berkenaan sebagai satu hak serta kebajikannya yang sentiasa dilindungi. Hukuman yang diberikan bukanlah sebagai hukuman mutlak tetapi ianya adalah sebahagian pendidikan yang diberikan kepada pelajar institusi. Subkaedah 67.(1) Jika pelajar tidak berpuashati dengan keputusan hukuam oleh PBT, maka bolehlah pelajar membuat rayuan SECARA BERTULIS (2 salinan). Rayuan mesti melalui PHEP (Pengarah / Ketua Jabatan) dalam tempoh 14 HARI dari tarikh keputusan hukuman dibuat. Subkaedah 67(2) Notis rayuan hendaklah menyatakan dengan jelwas dan terang mengenai alasan rayuan dibuat. Kaedah 68 PHEP hendaklah menyertakan bersama notis / surat bertulis tersebut bersama nota prosiding tatatertib kepada Menteri. *Nota : Biasanya semua dokumen akan dihantar kepada ibupajabat sebelum diuruskan ke pejabat Menteri. TINDAKAN MENTERI ATAS RAYUAN Kaedah 69 (1) Menteri boleh meminta maklumat tambahan / maklumat lain yang difikirkan sesuai selain Nota Prosiding yang diterimanya
109 (2) Jika Menteri MENOLAK TERUS rayuan pelajar, keputusan hendaklah disampaikan kepada pelajar melalui PHEP institusi (3) Jika Menteri melantik Jawatankuasa Rayuan, keputusan akan dibuat oleh menteri atas syor yang diberikan oleh jawatankuasa dan menyampaikan keputusannya kepada pelajar melalui PHEP institusi. RAYUAN TIDAK BERKUATKUASA SEBAGAI PENGGANTUNGAN PELAKSANAAN Kaedah 70 Rayuan yang dibuat tidak bermakna hukuman digantung/ditangguhkan. Ini juga termasuk pembayaran pampasan bagi sesuatu kerugian KECUALI PHEP atau MENTERI mengarahkan sebaliknya. *Nota : walaupun rayuan telah dilakukan, hukuman yang sedang dilalui oleh pelajar adalah terus terlaksana tanpa ditangguhkan atau dihentikan. Namun jika Menteri atau PHEP memberikan kelonggaran tersebut maka hukuman boleh ditangguhkan sehingga keputusan rayuan dikeluarkan.
110
111 PERMULAAN Kaedah-kaedah yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua ini merupakan penerangan kepada tanggungjawab dan liabiliti pelajar-pelajar yang dilantik untuk memegang jawatan-jawatan di dalam badan pelajar, kelab dan persatuan berdaftar yang ada di dalam institusi. Kaedah 71 Kaedah ini menerangkan tanggungjawab pemegang jawatan dalam badan / persatuan pelajar sekiranya dikenakan tindakan tatatertib. Subkaedah 71 (1) Pelajar-pelajar yang menjawat jawatan di dalam badan / persatuan pelajar disifatkan telah melakukan kesalahan tatatertib sekiranya badan / persatuan berkenaan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak berkuasa tatatertib di bawah mana-mana kesalahan yang dinyatakan di dalam Akta ini. Kesalahan ini juga dipanjangkan kepada ahli jawatankuasa yang terlibat pada ketika kesalahan itu dilakukan. Pemegang jawatan adalah didapati bersalah walaupun tidak terlibat dengan kesalahan berkenaan melainkan pemegang jawatan berjaya membuktikan yang ia telah memberikan peringatan atau mencegah daripada berlakunya kesalahan itu. Subkaedah 71 (2) Tindakan prosiding boleh diambil kepada pemegang jawatan atau manamana pelajar yang menguruskan badan persatuan pelajar boleh dikenakan tindakan walaupun tidak terlibat dalam suatu kesalahan. Subkaedah 71 (3) Sebarang dokumen yang berkaitan dengan pengurusan badan pelajar, kelab dan persatuan yang dalam simpanan pemegang jawatan atau ahli lain persatuan akan dijadikan keterangan prima facie dalam prosiding.
112 ANGGAPAN Kaedah 72 PBT tidak perlu membuktikan bahawa kumpulan pelajar yang disyaki bersalah itu ditubuhkan mengikut landas Akta 174 ataupun tidak. PBT hendaklah menganggap apa-apa dokumen yang berkaitan dengan kumpulan atau pertubuhan pelajar boleh digunakan sebagai bukti kepada penglibatan pelajar terbabit yang disyaki melanggar tatatertib sehingga pelajar berkenaan dapat membuktikan dirinya tidak terlibat. Disamping itu, PBT juga boleh menggunakan apa-apa bahan bercetak yang dijumpai untuk menyabitkan kesalahan membantu pengurusan pertubuhan kepada pelajar yang disyaki. *Nota : Selain bahan bercetak; buku akaun, nota, senarai nama pelajar, bendera / lambang juga merupakan sebahagian daripada bahan prima facie yang boleh membuktikan penglibatan pelajar dalam sesuatu pertubuhan / bahan pelajar. KESALAHAN TATATERTIB Kaedah 73 Pelajar yang melanggar mana-mana sekatan atau perintah atau arahan yang dinyatakan di dalam Kaedah-Kaedah dalam Akta ini adalah bersalah atas suatu kesalahan tatatertib KAEDAH-KAEDAH INI TIDAK MENGURANGKAN LIABILITI JENAYAH Kaedah 74 Seseorang pelajar itu jika terlibat dengan mana-mana kesalahan jenayah dalam mana-mana undang-undang bertulis semasa adalah juga bertanggungjawab diatas kesalahan yang dilakukannya. *Nota : Kesalahan jenayah yang dilakukan pelajar di luar kampus adalah tertakluk kepada mana-mana akta sedia ada dan ianya tidak mengurangkan kesalahan berkenaan di dalam Akta 174.
113 PENYAMPAIAN NOTIS, DOKUMEN, DAN SEBAGAINYA Kaedah 75 Pelajar yang dikenakan tindakan tatatetertib perlu memberikan alamat terkini kepada institusi bagi membolehkan urusan penyampain notis dan lain-lain dokumen yang berkaitan dengan urusan tindakan tatatertib diserahkan kepada pelajar. Notis atau lain-lain dokumen yang berkaitan boleh diposkan atau dihantar secara tangan kepada pelajar dan disifatkan telah sampai kepada pelajar berdasarkan kepada alamat terkininya.
114
115 PENUBUHAN DAN ASAS PENGURUSAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) Penubuhan dan asas pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di sesebuah institusi dijelaskan dalam Jadual Ketiga, Akta 174. Jadual Ketiga, Akta 174 ini menjelaskan kaedah pemilihan, fungsi dan peranan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di institusi. Penggunaan nama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) adalah terpakai kepada badan pelajar yang mewakili keseluruhan pelajar institusi seperti yang tertakluk dalam Seksyen 7 Akta 174. Kelab dan persatuan pelajar yang lain boleh ditubuhkan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 8 Akta 174. Selain itu, JPP juga tertakluk kepada peruntukan dibawah Seksyen 22 dan 23 yang mana menetapkan pemakaian Akta ini bagi institusi tersenarai di dalam Jadual Kedua dan pindaan-pindaan yang dikeluarkan melalui Warta Kerajaan. PEMILIHAN JPP Kaedah 1 Kaedah pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) adalah melalui undian rahsia yang diperuntukkan kepada semua pelajar. Penentuan jumlah wakil pelajar yang dipilih dalam JPP adalah ditentukan oleh Ketua Eksekutif dengan mengambil kira nisbah pelajar dan program pengajian. Kaedah penentuan ini seharusnya mendapat persetujuan daripada Menteri. *Nota : Ketika ini, Pilihanraya Kampus telah dilaksanakan secara selaras dengan kaedah undian rahsia yang ditetapkan oleh institusi masing-masing samada menggunakan kertas undi manual atau kaedah e-undi. PEMEGANG JAWATAN JPP Kaedah 2 Pelajar yang terpilih sebagai wakil dalam pemilihan JPP perlu berbincang dan memilih dikalangan mereka pemegang jawatan seperti berikut: a. Seorang Yang Dipertua (YDP) b. Seorang Naib Yang Dipertua (NYDP)
116 c. Seorang Setiausaha d. Seorang Bendahari Pemilihan pemegang jawatan dilakukan oleh JPP selepas proses pengundian umum dijalankan. *Nota : Namun boleh mengikut kesesuaian untuk memilih jawatan lain dalam JPP. Jawatan lain dalam JPP boleh disesuaikan mengikut keperluan institusi. Bilangan tambahan jawatan juga dibenarkan dengan kelulusan PHEP. Struktur organisasi boleh berubah mengikut keperluan dan kesesuaian. Namun jawatan sebagaimana diperuntukan dalam Kaedah 2 adalah wajib dipilih. TEMPOH JAWATAN JPP DAN PEMEGANG JAWATANNYA Kaedah 3 Ahli JPP dan pemegang jawatannya hendaklah dipilih untuk satu tahun. Tempoh satu tahun ini bukan dikira pada peralihan tahun tetapi dikira dari bulan ke bulan sehingga cukup 1 tahun. Namun Ketua Eksekutif berhak menentukan tempoh yang sesuai. Terdapat kes pemimpin pelajar menjalani Latihan Industri dan tidak berada dalam kampus dan tidak boleh berkhidmat sebagai JPP, Ketua Eksekutif boleh melantik pemimpin lain sebagai menjalankan tugas. KEPUTUSAN DENGAN UNDI TERBANYAK Kaedah 4 Semua keputusan mesyuarat yang dilaksanakan oleh JPP perlu mendapat undian terbanyak dan tidak kurang daripada dua pertiga (2/3) daripada ahli yang hadir dan mengundi. *Nota : Semua keputusan yang dibincangkan oleh JPP seharusnya diminitkan untuk rujukan.
117 JAWATANKUASA AD HOC Kaedah 5 JPP boleh menubuhkan jawatankuasa ad hoc dengan kelulusan Pegawai Hal Ehwal Pelajar yang menjelaskan maksud dan tujuan penubuhan jawatankuasa berkenaan. Jawatankuasa ini tertakluk kepada tujuan dan tugas JPP dalam Kaedah 7 Jadual ini. Contoh; Terdapat aduan mengenai harga jualan kafeteria yang tidak konsisten sepanjang operasinya. Di dalam satu aduan pelanggan, perkara ini telah kerap diadukan namun tidak ada penyelesaiannya. JPP boleh mencadangkan penubuhan satu Jawatankuasa Ad Hoc mengenai aduan harga ini. Jawatankuasa ini berhak membuat siasatan dan kajian dalam tempoh tertentu dan boleh mengemukakan hasil siasatan / kajian kepada pihak pengurusan institusi sebagai membantu proses menyelesaikan aduan tersebut. HILANG KELAYAKAN BERKENAAN DENGAN JPP, BADAN PELAJAR, PERTUBUHAN ATAU JAWATANKUASA PELAJAR Kaedah 6 Seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan prosiding ataupun yang telah didapati bersalah atas mana-mana kesalahan tatatertib adalah tidak layak untuk memegang jawatan atau mencalonkan diri untuk memegang jawatan dalam JPP atau mana-mana badan pelajar yang ada. Sekiranya pelajar berkenaan berminat untuk memegang jawatan, ia perlu mendapatkan persetujuan Ketua Eksekutif terlebih dahulu. TUJUAN DAN TUGAS JPP Kaedah 7 Kaedah ini menjelaskan tujuan penubuhan JPP dan juga tugas-tugas utama mereka seperti berikut:
118 (a) memohon kelulusan daripada Ketua Eksekutif untuk mendapatkan cadangan-cadangan bagi menambahbaik kemudahan bagi pelajar seperti kemudahan rekreasi dan pembekalan makanan dan minuman; (b) menyediakan cadangan penambahbaikan kepada fasiliti pelajar seperti bilik kuliah, makmal dan bengkel serta asrama; (c) merancang dan mendapatkan kelulusan bagi melaksanakan apa-apa aktiviti yang bersesuaian kepada pelajar dengan kebenaran atau yang telah ditentukan oleh Ketua Eksekutif. (d) Membentuk dan memupuk semangat hidup berpersatuan dikalangan pelajar dalam kampus (e) Membantu pihak berkuasa Institusi memelihara disiplin pelajar. *Nota : Kebanyakan JPP hanya tertumpu kepada aktiviti (c) sahaja dan tidak aktif terhadap lain-lain tugasnya sebagaimana tersenarai di atas. JPP wajar dan perlu bijak menggunakan mandat yang diperolehinya untuk mencakupi kesemua tugas yang terkandung dalam Kaedah 7 ini. PERBELANJAAN JPP Kaedah 8 JPP tidak dibenarkan untuk memungut sebarang wang atau harta dan juga tidak dibenarkan untuk menyenggara mana-mana wang atau harta dari manamana sumber. Namun begitu, JPP boleh memohon kebenaran bertulis melalui kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan peruntukan daripada Ketua Eksekutif dan pihak institusi boleh membayar aktiviti yang diluluskan. JPP perlu mengemukakan laporan kewangan lengkap dengan resit dan baucer yang berkaitan untuk rekod. *Nota : JPP wajar menggunakan kaedah 8 ini dengan sebaiknya. Kelab dan persatuan serta mana-mana aktiviti yang hendak menggunakan “keistimewaan JPP’ ini boleh bernaung di bawah pengurusan JPP agar semua aktiviti bergerak dalam satu landasan yang sah melalui Akta 174. JPP juga wajar sediakan penyata kewangan yang lengkap setiap operasinya agar terpelihara daripada sebarang unsur pelanggaran integriti.
119 AKAUN JPP Kaedah 9 Bendahari JPP perlu menyimpan salinan kertas kerja yang diluluskan dan laporan kewangan aktiviti dan laporan-laporan berkenaan akan diaudit oleh pegawai yang dilantik oleh Ketua Eksekutif. Salinan laporan audit perlu diserahkan kepada Ketua Eksekutif untuk diluluskan. Laporan ini perlu disediakan tidak lewat 3 bulan daripada tahun akhir kewangan yang diputuskan Ketua Eksekutif. *Nota : JPP digalakkan membuat penerbitan buletin / majalah / apa sahaja bahan bagi mencatatkan semua aktiviti yang dilaksanakannya sepanjang tahun. Penerbitan JPP amat penting untuk tujuan rekod dan membantu pencapaian audit dalam dan luar kampus. Bukti penglibatan pelajar ini memberikan impak besar kepada pencapaian kokurikulum kepimpinan, sukan, kelab dan persatuan. MESYUARAT JPP Kaedah 10 Kaedah ini menjelaskan peraturan mesyuarat JPP seperti berikut: Tahun Kewangan Berakhir Penyediaan Laporan Akaun JPP untuk diaudit Audit Ketua Eksekutif melantik auditor untuk auditan laporan akaun JPP Kelulusan Laporan Laporan audit akaun JPP diserahkan tidak lewat daripada 3 bulan
120 Subkaedah 10 (1): JPP perlu mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa dan semua minit mesyuarat berkenaan perlu disedia dan disimpan oleh Setiausaha JPP. Setiap minit mesyuarat yang disediakan perlu disahkan dalam mesyuarat yang berikutnya. Subkaedah 10 (2): JPP atau mana-mana jawatankuasa ad hoc JPP yang ingin mengadakan mesyuarat perlu memberikan notis mengenai tarikh, masa dan agenda mesyuarat kepada Ketua Eksekutif. Contoh; notis mesyuarat seperti lampiran. Subkaedah 10 (3): Semua mesyuarat JPP atau jawatankuasa ad hoc JPP hanya boleh dijalankan di lokasi yang ditetapkan oleh Ketua Eksekutif. *Nota : Sewajarnya “sedikit kebebasan” boleh diminta oleh JPP kepada Ketua Eksekutif untuk mengadakan mesyuarat di lokasi sesuai bagi melancarkan urusan JPP, namun ianya bergantung kepada kelulusan. Subkaedah 10 (4): Ketua Eksekutif atau wakilnya hendaklah hadir dalam tiap-tiap mesyuarat yang dilaksanakan oleh JPP atau jawatankuasa ad hoc JPP. Namun begitu Ketua Eksekutif boleh memutuskan bahawa ia atau wakilnya tidak perlu hadir dalam mesyuarat berkenaan. JPP atau jawatankuasa ad hoc JPP yang telah mengadakan mesyuarat perlu menyerahkan salinan minit mesyuarat kepada Ketua Eksekutif dalam masa tujuh puluh dua (22) jam selepas tiap-tiap satu mesyuarat. *Nota : bagi memudahkan urusan penyampaian maklumat / perbincangan, JPP boleh mengambil inisiatif untuk menjadualkan sesi mesyuarat bersama pihak Pengurusan institusi. Minit mesyuarat juga boleh digunakan oleh pihak Pengurusan institusi sebagai bahan rujukan tindakan yang bersesuaian dan JPP boleh menggunakannya sebagai bukti pelaksanaan tanggungjawabnya kepada pelajar institusi yang diwakilinya.
121 PEMERIKSAAN REKOD Kaedah 11 Semua rekod JPP atau rekod sesuatu jawatankuasa ad hoc JPP hendaklah sentiasa terbuka untuk diperiksa oleh Ketua Eksekutif atau wakilnya. Rekod ini perlu disimpan dilokasi yang bersesuaian. *Nota : Semua dokumen hendaklah direkodkan dengan baik dan sempurna. Rekod yang tersusun membolehkan pemeriksaan dilakukan dengan lancar dan sistematik. Semua dokumen diletakkan dalam indek fail yang jelas. Semua dokumen dikawalselia ketat oleh Setiausaha JPP (dibawah kawalan kumpulan pengurusan JPP diketuai oleh Setiausaha JPP). TAKRIF BAGI “PELAJAR” MAKSUD JADUAL INI Kaedah 12 Istilah “pelajar” yang digunakan dalam Jadual ini adalah sesiapa sahaja selain daripada seseorang penjawat awam yang mengikut kursus pengajian di institusi berkenaan. Penentuan tempoh bergelar “pelajar” adalah sehingga tarikh pertama peperiksaan terakhirnya dalam kursus yang diambil dengan syarat ia menghadiri kursus itu. Pelajar Baharu Mendaftar sebagai pelajar. Istilah "pelajar" terpakai. Pengajian Istilah "pelajar" terpakai. Peperiksaan akhir bagi semester terakhir Istilah "pelajar" tergugur di bawah Kaedah 12.
122 PERTIKAIAN TENTANG PEMILIHAN Kaedah 13 Ketua Eksekutif atau wakil yang dilantiknya boleh memutuskan sebarang pertikaian mengenai pemegang jawatan atau lantikan terhadap JPP atau jawatankuasa ad hoc JPP dan keputusan mengenai pertikaian berkenaan adalah muktamad.
123 LAMPIRAN 1 CONTOH NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR Ruj. Kami: KKS2/JPP/2020/1-1( ) Tarikh: 12 Ogos 2020 Kepada: Yang Berbahagia Tuan Pengarah Kolej Komuniti Segamat 2 KM 4, Jalan Jementah Batu Anam 85100 Segamat Johor Melalui dan salinan: Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 KM 4, Jalan Jementah Batu Anam 85100 Segamat Johor Tuan, NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KKS2 BIL. 3/2020 Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2 KM 4, JALAN JEMENTAH, BATU ANAM 85100 SEGAMAT, JOHOR
124 2. Sukacita dimaklumkan kepada Tuan bahawa Jawatakuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Segamat 2 berhasrat untuk mengadakan mesyuarat seperti di atas pada ketetapan berikut: Tarikh : 28 Ogos 2020 Masa : 4.30 petang – 6.30 petang Lokasi : Bilik Perbincangan JPP, Blok C 3. Untuk makluman Tuan, berikut adalah agenda mesyuarat kami: a. Aluan Yang DiPertua JPP KKS2. b. Ucapan aluan daripada Pengarah / Wakil Pengarah KKS2. c. Pengesahan minit mesyuarat lepas. d. Perbincangan perkara berbangkit. e. Perbincangan gerak kerja JPP bagi September hingga Oktober 2020. f. Hal-hal lain. 4. Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput Tuan atau wakil untuk hadir bersama ke mesyuarat ini dan boleh menghubungi Saudari Intan Syafinaz binti Ali (Urusetia Mesyuarat – 012-3456789) untuk pengesahan kehadiran. 5. Kerjasama dan perhatian Tuan amat kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian. Saya yang menjalankan amanah, ............................. (IFFAT AFNAN) Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Segamat 2
125
126 PIHAK BERKUASA TATATERTIB PIHAK BERKUASA TATATERTIB DI BAWAH AKTA INSTITUSIINSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976 (AKTA 174) 1. Perkara-perkara berhubung dengan Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) mengenai tatatertib pelajar adalah diperuntukan di bawah seksyen 5 Akta 174 : 1.1 Subseksyen 5(1) PBT ialah Pegawai Hal Ehwal Pelajar (PHEP), iaitu seorang kakitangan institusi yang ditetapkan oleh Menteri. 1.2 Subseksyen 5(2) Tindakan tatatertib dan hukumannya adalah seperti yang diperuntukan di bawah Kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) Pelajar-pelajar 1976 di dalam Jadual Kedua kepada Akta 174. 1.3 Subseksyen 5(3) PHEP boleh mewakilkan mana-mana daripada tugas-tugas tatatertib, kuasa atau kewajipannya kepada mana-mana kakitangan atau lembaga kakitangan berkenaan dengan seseorang pelajar yang tertentu atau golongan / kategori pelajar : a. Perwakilan kuasa hendaklah dibuat secara bertulis, terus daripada PHEP kepada kakitangan / lembaga yang berkenaan dan berkuatkuasa mengikut tarikh semasa; b. Perwakilan kuasa hendaklah dibuat secara spesifik dan khusus serta bukan secara umum atau blanket; c. Format dan teks perwakilan kuasa boleh diseragamkan antara semua institusi. 1.4 Subseksyen 5(3) Perlaksanaan kuasa dan kewajipan kakitangan / lembaga yang diwakilkan kuasa kepadanya adalah sebagaimana yang diarahkan dan dikawal oleh PHEP. Semakan, membatal atau mengubah apa-
127 apa keputusan kakitangan / lembaga berhubung hukuman tatatertib boleh buat oleh PHEP berdasarkan kuasa yang ada padanya. 1.5 Format Perwakilan Kuasa Oleh PHEP. PEWAKILAN KUASA DI BAWAH SUBSEKSYEN 5(3) AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN 1976 Saya, ……………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan: ………………….………………………, yang dilantik sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar Politeknik …….……………………………….. di bawah subseksyen 5(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976, dengan ini mewakilkan kepada …………………………………………………………………….., berjawatan ………………………………..… dan No. K/P ……………….….……….. [lembaga kakitangan yang dinamakan di dalam lampiran] 1 tugas-tugas tatatertib, kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar institusi ………………………………………………. berkenaan dengan [golongan atau kategori pelajar] 2 . Pewakilan ini hendaklah mula berkuat kuasa pada [tarikh] 3 Tarikh:……………………….. ( ) Pegawai Hal Ehwal Pelajar [Nama Institusi] sekiranya seorang kakitangan, sebutkan nama, jawatan dan No. Kad Pengenalan, sekiranya suatu lembaga, senaraikan di dalam lampiran.
128 PRA-TINDAKAN TATATERTIB (Tindakan yang perlu dilakukan oleh pegawai sebelum sesuatu kes disabitkan) PRA TINDAKAN TATATERTIB 1. Kaedah 49 Kaedah Tatatertib memperuntukkan bahawa : 2. Bagi membuat keputusan sama ada telah berlaku kesalahan tatatertib, suatu mekanisma adalah diperlukan, antaranya : 2.1 Peringkat pertama – menerima aduan : (a) Prosedur yang lazim dan telah mantap bagi maksud ini ialah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Jabatan HEP) memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT). Jabatan HEP mengumpulkan maklumat dari Jawatankuasa Disiplin Pelajar (JKDP). Pengadu mestilah menjadi saksi utama. (b) Setelah menerima aduan dan laporan, PBT membuat keputusan sama ada pelajar telah melakukan kesalahan atau tidak di bawah Kaedah Tatatertib. (c) Antara mekanisma membuat aduan rasmi yang boleh digunakan ialah : (i) Jabatan HEP / JKDP terima aduan dari manamana pihak; (ii) Jabatan HEP / JKDP buat pemantauan di dalam kawasan kampus dan asrama; “Jika pada pendapat pihak berkuasa tatatertib seseorang pelajar telah melakukan sesuatu kesalahan tatatertib, pihak berkuasa tatatertib hendaklah, secara bertulis, mengkehendaki pelajar itu hadir di hadapannya di sesuatu bilik tatatertib, pada sesuatu tarikh dan pada sesuatu masa sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa tatatertib itu.”
129 (iii) Jabatan HEP / JKDP mempunyai hubungan (link) dengan pihak berkuasa lain bagi aktiviti pelajar di luar kampus. 2.2 Peringkat kedua – kredibiliti aduan : (munasabah atau tidak) (a) Aduan dinilai oleh PBT dari segi kredibiliti on the face of it. (b) Jika diputuskan aduan mempunyai kredibiliti, buka action file: (i) jika pelajar dikenal pasti - atas nama pelajar; (ii) jika pelajar tidak dikenal pasti - atas kesalahan. (c) Keluarkan Fail Peribadi Pelajar untuk rujukan bagi tujuan siasatan kes. Semak latar belakang pelajar berdasarkan Fail Peribadi Pelajar. 2.3 Peringkat ketiga – siasatan : (a) PBT boleh mengarahkan Jabatan HEP untuk menjalankan siasatan terperinci atau dapatkan bukti lanjut yang lebih sempurna atau mencukupi bagi setiap dakwaan kesalahan tersebut. (b) Siasatan boleh dilaksanakan melalui proses berikut : (i) pertanyaan atau enquiry; (ii) temuduga dan rakam percakapan saksi atau pengakuan; (iii) lawatan ke tempat kejadian, catatkan apa-apa yang relevan : lawatan di asrama bersama warden asrama.
130 kawasan lain, bersama orang yang berkuasa di kawasan tersebut, misalnya pustakawan, pembantu makmal dan sebagainya (seseorang yang boleh memberi keterangan sokongan). (iv) ambil apa-apa bukti yang relevan, sama ada material atau fizikal; (v) ambil gambar jika difikirkan perlu. 2.4 Peringkat keempat – laporan siasatan : (a) Setelah siasatan selesai, pegawai yang menjalankan siasatan (kebiasaannya PDP / PDJ) hendaklah menyediakan laporan dan masukkan ke dalam action file sebagai salah satu dokumen penting. Pegawai Penyiasat akan menjadi saksi prosiding. (b) Laporan siasatan perlu diteliti oleh seorang pegawai lain bagi memastikan bukti mencukupi (biasanya PHEP / mana-mana pegawai penyelia yang dilantik oleh PBT). (c) PHEP / Pegawai penyelia boleh menggunakan budi bicara untuk menutup kes-kes kecil yang tidak berasas atau tidak mengambil tindakan lanjut tetapi keputusan itu hendaklah menjadi rekod rasmi. *menjadi tanggungjawab HEP untuk merekodkan secara sistematik setiap kes yang diadukan sebagai satu dokumen terpelihara. Rekod ini akan menjadi rujukan jika berkaitan. (d) Jika ada kesalahan dan bukti yang cukup, fail dihantar kepada PBT untuk diteliti dan membuat keputusan lanjut. 2.5 Peringkat kelima – keputusan PBT : (a) Keputusan yang boleh dibuat oleh PBT berdasarkan laporan siasatan adalah : (i) jika tuduhan tidak berasas – keluarkan arahan untuk menutup kes (no further action – NFA);
131 (ii) jika tuduhan berasas tetapi bukti tidak mencukupi – keluarkan arahan untuk menjalankan siasatan lanjut; (iii) jika tuduhan berasas dan bukti mencukupi tetapi dirasakan bahawa bagi kebaikan pelajar dan institusi secara keseluruhannya tindakan secara pentadbiran boleh dibuat, iaitu seperti : beri nasihat kaunseling tindakan pentadbiran lain yang bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. (iv) jika tuduhan berasas dan bukti mencukupi dan wajar untuk diambil tindakan tatatertib – keluarkan arahan supaya tindakan untuk membicarakan pelajar diambil. (b) Semua keputusan dan arahan yang dikeluarkan oleh PBT hendaklah ditulis dengan jelas dalam fail. 3. Keputusan untuk membicarakan pelajar atas kesalahan tatatertib : 3.1 PBT hendaklah memaklumkan keputusan untuk membicarakan pelajar kepada Jabatan HEP dan tetapkan tarikh perbicaraan (kaedah 49). 3.2 Selepas menerima arahan untuk mengambil tindakan tatatertib, Jabatan HEP hendaklah mengeluarkan notis secara bertulis yang lengkap dan memadai bagi menyatakan perkara-perkara berikut: (a) nama pelajar; (b) butir-butir kesalahan; (c) bukti kesalahan; (d) arahan untuk mengadakan perbicaraan tatatertib;
132 (e) tempat perbicaraan; (f) masa perbicaraan; (g) pelajar dibenarkan membawa saksi bagi pihaknya; (h) arahan tidak boleh membawa peguam; (i) implikasi jika pelajar tidak hadir (kaedah 50); dan (j) perbicaraan boleh dihadiri oleh ibu bapa/penjaga. 3.2 PBT hendaklah memaklumkan melalui surat rasmi kepada ibu, bapa/penjaga pelajar mengenai tindakan tatatertib yang akan diambil terhadap pelajar dan bahawa ibu bapa/penjaga mempunyai hak untuk hadir di dalam perbicaraan tersebut (kaedah 66). 3.3 Tempoh antara pengeluaran notis dengan tarikh perbicaraan hendaklah berpatutan, misalnya antara 10 hingga 14 hari waktu bekerja. 3.4 Format serta teks notis boleh diseragamkan bagi semua institusi.
133 Carta Alir Sebelum Perbicaraan
134
135 ( ) Pegawai Hal Ehwal Pelajar [Nama Institusi]
136 LAMPIRAN : Format notis kehadiran perbicaraan tatatertib kepada pelajar Rujukan: Tarikh: [Nama Pelajar] [Alamat Penuh] Saudara/Saudari, NOTIS KEHADIRAN PERBICARAAN TATATERTIB Nama Pelajar : No. Kad Pengenalan : Kursus : Semester : No. Pendaftaran : Ambilan : Laporan Kesalahan : Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa satu laporan kesalahan tatatertib telah dikemukakan kepada saya dan berdasarkan siasatan adalah didapati bahawa kesalahan tatatertib tersebut berasas dan telah dilakukan oleh saudara/saudari [nama pelajar]_______________. 3. Kesalahan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:
137 [Jelaskan secara ringkas kesalahan tatatertib, butir-butir kesalahan dengan merujuk kepada kaedah yang berkenaan di bawah Kaedah Tatatertib] 4. Menurut kaedah 49 Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1976, saudara/saudari adalah dengan ini dikehendaki hadir di hadapan Pihak Berkuasa Tatatertib pada ___[tarikh]__, jam __[masa]__ di ___[tempat]___ untuk dibicarakan atas kesalahan tatatertib tersebut. 5. Saudara/saudari diingatkan bahawa sekiranya saudara/saudari tidak hadir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan itu, kaedah 50 KaedahKaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1976 memperuntukkan bahawa saudara/saudari hendaklah digantung daripada menjadi pelajar di __[Institusi]_____ ini dan tidak boleh, selepas daripada tarikh tersebut, berada adatau memasuki kampus ___[Institusi]____ sehinggalah saudara/saudari bersetuju untuk hadir dan seterusnya hadir dalam perbicaraan tatatertib itu. 6. Saudara/saudari boleh membawa saksi, dokumen atau barang bagi maksud pembelaan diri di dalam perbicaraan tersebut. Saudara/saudari adalah dibenarkan untuk membawa ibu dan/atau bapa atau penjaga untuk hadir bersama di dalam perbicaraan tersebut. Walau bagaimanapun, penggunaan khidmat peguam bagi maksud perbicaraan tatatertib ini adalah tidak dibenarkan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, t.t (Nama Penuh) Pegawai Hal Ehwal Pelajar [Nama Institusi]
138 LAMPIRAN : Notis kehadiran ibubapa/penjaga dalam perbicaraan tatatertib Rujukan: Tarikh: [Nama ibu atau bapa atau penjaga] [Alamat penuh] Tuan/Puan, NOTIS PERBICARAAN TATATERTIB. Nama Pelajar : No. Kad Pengenalan : Kursus : Semester : No. Pendaftaran : Ambilan : Laporan Kesalahan : Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa satu laporan kesalahan tatatertib telah dikemukakan kepada saya dan berdasarkan siasatan adalah didapati bahawa kesalahan tatatertib tersebut berasas dan telah dilakukan oleh anak/anak jagaan tuan/puan _____[nama pelajar]_____. 3. Kesalahan tatatertib tersebut adalah seperti berikut: [Jelaskan secara ringkas kesalahan tatatertib, butir-butir kesalahan dengan merujuk kepada kaedah yang berkenaan di bawah Kaedah Tatatertib]
139 4. Menurut kaedah 66 Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1976, tuan/puan boleh menghadirkan diri di dalam perbicaraan tatatertib tersebut yang akan diadakan pada __[tarikh]__, jam __[masa]_ di ___[tempat]__. Dimaklumkan juga bahawa perbicaraan tatatertib tersebut akan diteruskan juga walaupun tuan/puan tidak dapat hadir pada tarikh, masa dan di tempat yang dinyatakan itu. 5. Segala perbelanjaan untuk hadir dalam perbicaraan tatatertib berkenaan adalah ditanggung oleh tuan/puan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, t.t (Nama Penuh) Pegawai Hal Ehwal Pelajar [Nama Institusi]
14JADUAL KLASIFIKASI KES (panduan yang digunapaCONTOH PROSES KES:
40 akai).
14RINGAN SEDERHANA Contoh ; Memungut wang tanpa kebenaran – Pertama kali dan diberikan amaran / nasihat secara lisan atau notis. NAMUN ; jika dilakukan 2 kali / berulang. Kesan : kepada pelajar lain, mencemarkan nama Institusi KES INI PERLU DIAMBIL TINDAKAN LANJUT KERANA TELAH MEMUDARATKAN. Kes akan dibuka Fa- Pelajar dipangsiasat - Pelajar dinilai sebaiknya. - Membayar gaberkaitan) - Menghantar pnasihat (Ketuakaunseling / PJIKA JK berpuashathingga ditahap ini sarekod dalam Fail DisJIKA JK mendapati walapun telah diambwajar sebelumnya, MBOLEH DIKLASIFIKSEBAGAI BERAT DPROSIDING. Norizamsekak / April 2006
41 BERAT ail Kes ggil untuk disoal kes ini dengan antirugi (jika pelajar untuk sesi a Jabatan / PA / Sesi Parol) ti / Tindakan ahaja dengan siplin. kes ini berlarutan bil semua tindakan MAKA KES INI KASIKAN DAN PERLUKAN PROSIDING - Membuka Fail Kes untuk dibicarakan. - Soalsiasat - Laporan soalsiasat - Prime Facie - Panggil Prosiding - Prosiding - Jatuh Hukum Kaedah 48, Akta 174 i. amaran; ii. denda tidak melebihi lima ratus ringgit; iii. penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahankemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan; iv. penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan; v. penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi; vi. penyingkiran daripada manamana bahagian institusi selama tempoh yang ditentukan; vii. pembuangan daripada institusi,
142 KESALAHAN JENAYAH OLEH PELAJAR 1. Mana-mana pelajar yang dituduh atau didapati bersalah atas kesalahan JENAYAH (kesalahan boleh daftar dalam Akta 7), tindakan yang boleh diambil adalah sebagaimana berikut; a. Digantung menjadi pelajar institusi [Subseksyen 14(1)], dan tidak boleh berada dalam kampus semasa prosiding jenayah berjalan. b. Jika seseorang pelajar dipertuduhkan atas kesalahan boleh daftar (Akta 7) dan disabitkan atas kesalahan itu (disahkan terlibat), pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib (oleh Institusi) c. Jika terdapat pelajar yang dikenakan tahanan atau dikaitkan dengan mana-mana undang-undang bertulis yang terkait dengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri pelajar boleh dikenakan tindakan tetatertib (oleh institusi). d. Pelajar yang dikenakan apa-apa tindakan atau sekatan dibawah mana-mana undang bertulis atau tahanan pencegahan dalam negeri, pelajar boleh (DENGAN PERSETUJUAN KETUA EKSEKUTIF) menduduki peperiksaan institusi NAMUN perlu / tertakluk kepada perintah dan kelulusan Menteri atau manamana pihak berkuasa berwibawa (Mahkamah, PDRM dan lainlain) mengikut kesesuai / kehendak keadaan. e. Pelajar yang sedang DIGANTUNG dari Institusi, boleh memohon dan diterima masuk ke institusi lain dengan kelulusan Menteri. Menteri yang meluluskan boleh mengenakan syaratsyarat yang difikirkan sesuai. f. Pelajar yang telah DIBERHENTIKAN menjadi pelajar di bawah Akta ini, boleh diterima masuk sebagai pelajar institusi yang sama atau institusi yang lain dengan kelulusan Menteri dan Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut g. Jika seorang pelajar membuat rayuan / permohonan / prosiding di mahkamah dan telah berjaya melepaskan / membebaskan diri dari sebarang kes jenayah maka hendaklah DIBENARKAN MENYAMBUNG PENGAJIAN pada tempoh yang mana dia terhenti pengajiannya tanpa mengambilkira tempoh maksima pengajiannya
143 h. Bagi kes pelajar yang dikenakan tindakan sekatan / tahanan pencegahan keselamatan dalam negeri dan dibebaskan atau dibatalkan sekatan itu, maka pelajar boleh menyambung pengajiannya tanpa sekatan tempoh wajib menyempurnakan kursus pengajiannya. iaitu tempoh pengajiannya adalah berterusan sehingga dia berjaya menamatkan pengajiannya). 2. Mana-mana kes jenayah yang diambil tindakan oleh Mahkamah luar perlu disusuli dengan penggunaan Akta 174 yang akan melibatkan tindakan penggantungan atau pemberhentian pelajar dari institusi. 3. Institusi perlu mendapatkan maklumat jelas mengenai hukuman mahkamah tersebut sebelum sebarang tindakan diambil mengikut Akta 174. 4. Contoh kesalahan jenayah (rujuk Akta 7); a. Mencuri; b. Merogol, mencabul; c. Khalwat, perlakuan sumbang; d. Dadah; e. Lain-lain jenis kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman mengikut kanun keseksaan. *Nota : Akta 7 merupakan satu akta yang mendaftarkan jenayah-jenayah dan orang yang tidak diingini.
144 LAIN-LAIN DOKUMEN Contoh Kertas Pertuduhan Nama Pelajar : No. Kad Pengenalan : No. Pendaftaran : Kursus : Semester : Kes dan kesalahan yang releven di dalam Akta 174 : Bahagian II Tatatertib Am Kaedah 3(g) - Keterangan kes (Fakta-fakta keterangan dan perlakuan mengenai kesalahan tatatertib pelajar) Bahawa kamu (Nama Pelajar), pelajar (Institusi), No. Pendaftaran 0123456789, Kursus Sijil Kejuruteraan Awam, Semester 2, pada 12 Mei 2008, antara jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di dalam Perpustakaan Utama, dalam kampus (Institusi) didapati telah melakukan kesalahan tatatertib, iaitu dengan sengaja telah merosakkan sebuah komputer jenis ACER kepunyaan (Institusi) di bilik Perpustakaan Utama dengan menolaknya dari meja hingga jatuh dan rosak. Perbuatan kamu itu telah melanggar kaedah 3(g) Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 yang menyebut “seseorang pelajar tidak boleh merosak dengan apa-apa cara atau menyebab dirosakkan dengan apa-apa cara apa-apa harta Institusi, atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyebabkan kerosakan itu” dan merupakan suatu kesalahan tatatertib mengikut kaedah 73 kaedah yang sama. Senarai nama saksi yang boleh dipanggil untuk perbicaraan : 1. Puan Rogayah binti Hamid, K/p no: 691005-01-5557 2. Encik Shamsul bin Joned, K/p no: 721116-14-5568 3. En Badrul Hisham Bin Mohd Daud, K/p no: 701006-01-6775
145 Senarai dokumen yang menjadi bahan bukti : 1. Surat pengakuan pelajar 2. ……………………….dsb (Nama Pegawai) Urusetia Tatatertib Pelajar [Institusi]
146 Contoh Pertuduhan “Bahawa kamu Chong Sew Wei, pelajar (Institusi), No. Pendaftaran 0123456789, Kursus Sijil Kejuruteraan Awam, Semester 2, pada 12 Mei 2008, antara jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang di dalam Perpustakaan Utama, dalam kampus (Institusi) didapati telah melakukan kesalahan tatatertib, iaitu dengan sengaja telah merosakkan sebuah komputer jenis ACER kepunyaan (Institusi) di bilik Perpustakaan Utama dengan menolaknya dari meja hingga jatuh dan rosak. Perbuatan kamu itu telah melanggar kaedah 3(g) Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 dan merupakan suatu kesalahan tatatertib mengikut kaedah 73 Kaedah yang sama dan jika didapati bersalah, kamu boleh dihukum di bawah Kaedah 48 yang sama dan boleh dijatuhkan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman berikut : (a) amaran; (b) denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit; (c) penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan; (d) penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang ditentukan; (e) penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di Institusi; (f) penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan; (g) pembuangan daripada Institusi. *Nota : Pertuduhan ini mempunyai kompenan penulisannya iaitu: - Nama, nombor pendaftaran, program kuliah, semester (butiran wajib) – mesti tepat dan jangan sesekali butiran yang salah. Semakan perlu dilakukan secara terperinci.
147 - Jangan sebut masa secara tepat (kerana kejadian berlaku adalah dalam jangka masa yang tertentu). Oleh itu perlulah digunakan perkataan “diantara jam (?) hingga jam (?) bagi mengikat masa kejadian berlaku diantara jangkamasa tersebut. - Nyatakan kaedah yang paling TEPAT (Contoh diatas Kaedah 3(g)) dengan kesalahan yang dilakukan. - Kaitkan dengan Kaedah 73 dan aseterusnya Kaedah 48 (jenis-jenis hukuman)
148 Contoh Fakta Kesalahan “Pada 12 Mei 2008, lebih kurang jam 10.00 pagi, seorang pegawai Institusi bernama Rogayah bt. Hamid telah masuk ke bilik Perpustakaan Utama dan memasang sebuah komputer kepunyaan Politeknik yang terletak di atas meja perpustakaan tersebut untuk digunakan oleh pelajar-pelajar Institusi (sebutkan nama Institusi). Pada jam lebih kurang 2.00 petang hari yang sama, pelajar Chong Sew Wei telah menggunakan komputer tersebut dan tidak lama selepas itu secara tibatiba dilihat dengan sengaja telah menolak komputer itu dari atas meja dan jatuh ke bawah dengan bunyi jatuhan yang kuat. Puan Rogayah bt. Hamid kemudiannya mendapatkan pelajar tersebut dan mencatatkan nama pelajar itu dan seterusnya telah membuat aduan kepada Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik (sebutkan nama politeknik) mengenai kejadian itu. Pegawai HEP, Shamsul bin Joned telah menjalankan siasatan dan telah mengambil gambar komputer yang rosak itu di tempat kejadian. Komputer tersebut telah diambil dan dijadikan barang bukti dan telah mendapati bahawa pelajar tersebut ialah Chong Sew Wei, pelajar Kursus Sijil Kejuruteraan Awam, Semester 2 dan beliau telah melakukan perkara itu dengan sengaja dan pelajar telah dituduh di dalam perbicaraan tatatertib pada hari ini.” *Nota : Fakta kesalahan kes adalah sesuatu catatan yang terperinci (detail) berhubung kajian kes yang berlaku. Fakta kes yang baik dapat dibuat bersandarkan siasatan yang dijalankan. Jika siasatan lengkap dan menyeluruh, maka fakta kes akan dapat disediakan dengan sempurna dan jelas. Pegawai penyiasat perlu cekap menyediakan soalan-soalan berkaitan bagi mencapai fakta kes. Siasatan bukan sahaja kepada pelajar didakwa tetapi juga perlu meliputi saksi-saksi yang dikenalpasti dalam kes yang sedang disiasat.