The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wongcc20112011, 2021-11-14 11:19:05

Soalan Struktur dan Esei

PRODUCT PROJEK SPM 2021

(c)
H1- Mengekalkan keamanan
H2- Mengekalkan kemajuan ekonomi negara
H3- Mengekalkan kestabilan politik
H4 - Mewujudkan masyarakat yang harmoni tanpa pergaduhan
H5 - Mengelakkan perpecahan dalam kalangan masyarakat
H6 - Mengekalkan kedaulatan negara daripada penjajahan asing
(Lain-lain jawapan yang munasabah)

99

2. Perang Saraf ialah racangan yang dilaksanakan oleh pentadbiran British untuk
menghapuskan pengganas komunis.

(a) Jelaskan keberkesanan Perang Saraf terhadap usaha kerajaan menghapuskan
pengganas komunis.

(4 markah)

(b) Terangkan langkah yang diambil dalam Perang Saraf.

(8 markah)

(c) Bagaimanakah media massa berperanan memupuk semangat cinta akan negara
dalam kalangan rakyat?

(8 markah)

100

Jawapan

2(a)

F1- Perang Saraf ialah rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk
menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat
F2 - Pada tahun 1952, Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah
Melayu
F3 - Beliau bertindak untuk memenangi hati dan fikiran penduduk Persekutuan
Tanah Melayu
F4 - Beliau ingin menjalinkan hubungan baik dengan penduduk tempatan supaya
mereka bekerjasama dengan pihak kerajaan dan menyampaikan segala maklumat
tentang komunis
F5 - Perang Saraf berjaya memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersatu dan
membanteras ancaman komunis

(b)

F1- Mengadakan lawatan
H1a - Templer mendampingi rakyat untuk mengetahui masalah dan pandangan
mereka
H1b - Beliau melakukan sebanyak 122 lawatan ke sekolah, kampung, hospital,
dispensari, bilik operasi, pondok polis, unit pasukan keselamatan, buruh, lombong,
estet dan bersedia menerima perwakilan
F2- Melonggarkan syarat kewarganegaraan
H2a- Supaya dapat menarik kaum bukan Melayu menjadi rakyat Tanah Melayu
H2b- Langkah ini penting bagi mewujudkan bangsa yang bersatu
F3- Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
H3a - Kerajaan mengadakan pilihan raya yang pertama bertujuan menggalakkan
penyertaan orang bukan Melayu dalam politik dan mendapatkan sokongan untuk
menentang komunis
F4- Menawarkan hadiah wang tunai
H4a- Hadiah wang tunai ditawarkan kepada penduduk yang dapat menangkap Chin
Peng
F5- Memenangi kepercayaan Orang Asli
H5a - Templer berusaha untuk memenagi kepercayaan Orang Asli supaya mereka
menyokong kerajaan menghapuskan komunis
F6- Memajukan perkhidmatan penerangan
H6a - Jabatan Penerangan dan Perkhidmatan Radio Malaya dijadikan medium untuk
menimbulkan kesedaran kepada masyarakat agar menyokong kerajaan
membanteras komunis
F7- Memperkenalkan kawasan hitam dan kawasan putih
H7a- Kawasan hitam ialah kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif dan
dikenakan perintah berkurung

101

H7b - Kawasan putih ialah kawasan yang diisytiharkan bebas daripada ancaman
komunis
(c)
H1- Media seperti Internet mudah diakses
H2- Sumber Internet mengandungi maklumat terkini
H3- Media seperti Internet dan komputer mengandungi informasi yang lengkap
H4 - Teknologi moden
H5- Internet lebih mudah diterima
H6 - Maklumat dihujung jari
H7- Maklumat lebih cepat disampaikan kepada masyarakat
H8- Maklumat boleh dicapai di mana-mana sahaja
(Lain-lain jawapan yang munasabah)

102

3. Pihak British telah mengisytiharkan darurat bagi menyekat pengaruh komunis di
Tanah Melayu.

(a) Jelaskan kesan darurat terhadap sosioekonomi Tanah Melayu.

(6 markah)

(b) Darurat telah mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Bincangkan.
(6 markah)

(c) Mengapakah kita perlu mempertahankan kedaulatan tanah air daripada ancaman
kuasa asing?

(8 markah)

103

Jawapan

3(a)

F1 - Peningkatan kos perbelanjaan
H1a - Menjejaskan perkembangan ekonomi dan meningkatkan kos perbelanjaan
pihak British untuk menangani ancaman komunis
H1b- Kerajaan membelanjakan kos yang besar untuk menyelesaikan masalah
penempatan semula penduduk di pinggir hutan
F2- Menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat
H2a- Kawasan ladang dan lombong menjadi sasaran komunis menyebabkan
kegiatan ekonomi rakyat terjejas
H2b - Penduduk juga menghadapi kesukaran untuk bergerak dan memperoleh
bekalan keperluan kerana terpaksa mematuhi pelbagai peraturan yang dikenakan
oleh kerajaan
F3- Merenggangkan hubungan kaum
H3a - Rancangan penempatan semula Kampung Baru didominasikan oleh kaum
tertentu
H3b- Kaum Cina dikumpulkan di kawasan petempatan yang sama, manakala kaum
lain di petempatan laim
H3c- Petempatan baharu yang dilengkapi prasarana biasanya berkembang menjadi
bandar baharu
H3d - Kaum Melayu hanya tertumpu di kampung yang serba kekurangan
H3e- Kawasan pasukan keselamatan yang ketat menyebabkan hubungan dengan
kaum lain terjejas
F4 - Jumlah korban zaman darurat meningkat
H4a - Darurat menyebabkan banyak anggota keselamatan, komunis dan orang
awam terkorban

(b)

F1 - British sedar pihaknya tidak boleh menamatkan darurat melalui strategi
ketenteraan semata-mata
F2 - Darurat menjadi faktor yang mendorong British bersedia untuk mempercepat
kemerdekaan Perseketuan Tanah Melayu
F3- Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum meningkatkan kesedaran
politik dalam kalangan pemimpin kaum bahawa mereka boleh berkongsi
kepentingan dan hala tuju yang sama melalui Parti Perikatan
F4 - Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihan raya Umum 1955 memberikan
keyakinan kepada pihak British bahawa Persekutuan Tanah Melayu dapat
menewaskan komunis melalui perpaduan penduduk yang berbilang kaum
F5 - Dalam suasana inilah, British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan
Tanah Melayu

104

F6- Dengan ini, PKM tidak mempunyai alasan untuk meneruskan perjuangan
(c)
H1- Mengukuhkan keselamatan negara
H2- Memelihara kemerdekaan negara
H3 - Mewujudkan pasaran yang luas
H4- Memupuk kesepakatan dan semangat setia kawan
H5- Mengekalkan perpaduan kaum
H6 - Mengukuhkan kestabilan politik
H7- Memperkembang kepelbagaian budaya
H8- Meningkatkan kestabilan ekonomi
H9 - Menjadi sebuah negara maju
(Lain-lain jawapan yang munasabah)

105

4. Percubaan untuk menyebarkan ideologi komunis di Tanah Melayu bermula sejak
tahun 1920-an.
(a) Jelaskan kemasukan pengaruh komunis dari China ke Tanah Melayu.

(4 markah)
(b) Terangkan kronologi penubuhan Parti Komunis Malaya sehingga diharamkan
oleh British.

(8 markah)
(c) Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membanteras ancaman komunis
dan mengembalikan keamanan negara. Pada pendapat anda, apakah peranan
warganegara Malaysia dalam mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi negara?

(8 markah)

106

Jawapan

4.(a)

F1- Ideologi komunis dibawa masuk ke negara sejak awal tahun 1920-an melalui
cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang beribu pejabat di China
F2 - Menjelang tahun 1924, cawangan KMT ditubuhkan di Muar, Melaka, Seremban,
Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Petani bagi menyebarkan pengaruh komunis
F3- Selain KMT, wujud (Main School, iaitu pergerakan orang Hailam di bawah
arahan Parti Komunis China (PKC)
F4- Pada tahun 1927, Parti KMT dan PKC berpecah
F5 - The Communism International (Comintern) yang berpusat di Moscow
mengarahkan penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN) pada tahun 1928
F6 Namun begitu, PKN gagal mencapai matlamatnya
F7 Ini menyebabkan Comintern mengarahkan penubuhan parti baharu, iaitu Parti
Komunis Malaya (PKM)

(b)

F1 Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah,
Negeri Sembilan
F2 PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan, penerbitan akhbar dan
sekolah Cina
F3 Semasa pendudukan Jepun, PKM bekerjasama dengan British untuk memerangi
Jepun
F4 Pada tahun 1942, PKM menubuhkan MPAJA atau Bintang Tiga
F5 MPAJA menerima bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan logistik dan
perubatan daripada British
F6 Selepas kekalahan British, Bintang Tiga PKM melakukan kekejaman dan
pembunuhan
F7 ke atas mereka yang didakwa pernah bersubahat dengan Jepun
F8 Apabila BMA mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu, MPAJA dibubarkan
pada 1 Disember 1945
F9 PKM dibenarkan bergerak sebagai pertubuhan yang sah di Tanah Melayu
F10 Ini memberi peluang kepada PKM menyebarkan ideologi yang mempengaruhi
kesatuan sekerja, iaitu Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU)
F11 Pada Disember 1947 hingga Mei 1948, komunis berjaya menguasai 335
kesatuan sekerja dan menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA
F12 Pergerakan komunis mengancam ekonomi dan keselamatan negara
menyebabkan British meluluskan Trade Union Ordinance No.9 of 1948
F13 Ordinan ini menyekat pengaruh komunis dan akhirnya PKM diharamkan

107

(c)
F1 Mengukuhkan perpaduan kaum
F2 Mengamalkan toleransi
F3 Menjalin kerjasama dalam ekoomi dan sosial
F4 Tidak mudah terpengaruh dengan unsur negatif
F5 Berusaha memajukan diri dengan ilmu dan kemahiran
F6 Berganding bahu dalam usaha memajukan negara
F7 Mengelak daripada terlibat dengan rusuhan dan demontrasi jalanan
F8 Menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat dan bantahan
(Lain-lain jawapan yang munasabah)

108

5. Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah,
Negeri Sembilan .

(a) Jelaskan maksud komunis.

(4 markah)

(b) Jelaskan usaha awal untuk membawa masuk fahaman komunis dari:

(i) China (4 markah)

(ii) Indonesia (4 markah)

(c) Usaha PKM untuk mewujudkan sebuah kerajaan republik komunis di Tanah
Melayu wajar ditentang. Beri pendapat anda.

(8 markah)

109

Jawapan
5.(a)
F1- Ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friendrich Engels
F2- Orang yang menganut fahaman komunis
F3- Suatu fahaman politik yang menjadikan ekonomi dan barang pengguna
F4- Sebagai milik negara

(b)
(i) F1- Fahaman komunis dibawa masuk melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT)
H1 - Sejak awal tahun 1920-an
F2 - Menubuhkan cawangan KMT di hampir setiap bandar di negeri Melayu
H2- Menjelang tahun 1924
C2- Seperti bandar Muar / Melaka / Seremban / Klang / Kuala Lumpur / Sungai
Petani
F3- Pertubuhan seperti Main Shool turut menyebarkan fahaman komunis di negara
kita
H3a- Bergerak dalam kalangan Hailam
H3b- Di bawah Parti Komunis China (PKC)

(ii) F1 - Pemimpin komunis dari Indonesia menyebarkan fahaman komunis pada
tahun 1920
H1a -Di seberang Perai, Pulau Pinang, Perak Utara dan Kedah
H1b - Mereka terdiri daripada Tan Malaka, Alimin, Moeso, Boedisoejitro, Hasanoesi,
Winanta, Soebakat dan Sutan Perpateh

F2 Kegagalannya menguasai Pulau Jawa
H1a Menyebabkan Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha membuka cawangan di
Tanah Melayu
H2b Usaha mereka tidak mendapat sambutan daripada orang Melayu
H2c Kerana komunis menggunakan kekerasan

110

(c)
F1 - Tanggungjawab setiap rakyat mempertahankan kedaulatan negara
F2 - Tanggungjawab memelihara dan mempertahankan institusi raja
F3 - Komunisme menghapuskan kedudukan raja sebagai simbol perpaduan rakyat
berbilang bangsa
F4 - Memelihara dan meneruskan sistem demokrasi yang adil
F5- Fahaman komunis bertentangan dengan ajaran Islam
F6- Mengelakkan pengalaman pahit semasa darurat
F7- Memelihara keamanan dan keharmonian masyarakat
F8- Komunis melakukan kekejaman
F9- Ideologi komunis bertentangan dengan norma masyarakat
(Lain-lain jawapan yang munasabah)

111

BAB 7 : USAHA KE ARAH KEMERDEKAAN

Soalan struktur

1.British hanya akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu apabila
kerjasama antara tiga kaum dapat diwujudkan. Oleh sebab itu, Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committe (CLC) ditubuhkan
yang menghimpunkan pemimpin utama masyarakat pelbagai kaum.

(a) Jelaskan objektif pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(3 markah)

(b) Apakah antara isu-isu yang diselesaikan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara
Kaum (CLC) dalam usaha ke arah kemerdekaan?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(3 markah)

(c) Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) penting dalam kehidupan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Berikan penjelasan anda.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(4 markah)

112

Jawapan
1(a)
F1- Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
F2- Membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud pembahagian
yang adil untuk komuniti
F3- Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk

(b)
F1- Orang Melayu menuntut diperakui kedudukan istimewa sebagai penduduk asal
atau Alam Melayu
F2- Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan
Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan
F3- Ketegasan orang Melayu terhadap pemberian syarat kewarganegaraan kepada
kaum bukan Melayu
F4- Sistem persekolahan yang berbeza-beza mengikut kaum, menggunakan bahasa
pengantar, buku teks dan sukatan pelajaran yang berlainan
F5- Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

(c)
F1- Membentuk persefahaman antara pemimpin kaum di Tanah Melayu
F2- Mewujudkan keharmonian masyarakat
F3- Mengelakkan pertelingkahan / persengketaan
F4- Memudahkan penyelesaian masalah yang melibatkan pelbagai kaum
F5- Memupuk perpaduan kaum
F6- Menjamin keamanan negara
F7- Menghakis sikap mementingkan diri sendiri
F8- Menjamin kebajikan pelbagai kaum
( mana-mana jawapan yang munasabah)

113

2 . (a) Jelaskan maksud Sistem Ahli.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(2 markah)

(b) Mengapakah Sistem Ahli dilaksanakan?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(2 markah)
(c) Pelasanaan Sistem Ahli memberi impak yang besar kepada Tanah Melayu.
Jelaskan.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(3 markah)
(d) Bezakan Sistem Ahli dengan Jemaah Menteri masa kini.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(3 markah)

114

Jawapan

2(a)

F1- Sebuah kabinet bayangan yang melatih penduduk tempatan menerajui
pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu

(b)

F1- Pendedahan kepada penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan
Tanah Melayu
F2- Proses ke arah kemerdekaan
F3- Membentuk perpaduan kaum
F4- Selaras dengan dasar dekolonisasi
F5- Perkongsian kuasa antara kaum

(c)

F1- Merupakan tapak asas yang penting untuk melatih penduduk tempatan
menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu
F2- Satu proses ke arah perpaduan kaum
F3- Merupakan asas untuk menentukan kemerdekaan yang dicapai mendapat
sokongan semua penduduk tempatan
F4- Memberi pendedahan kepada penduduk tempatan untuk mentadbir

(d)

Sistem Ahli
F1- Anggota dikenali sebagai Ahli
F2- Terdiri daripada pegawai tadbir / tokoh tempatan
F3- Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British / dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
F4- Mengurus pentadbiran jabatan / mencadangkan undang-undang

Jemaah Menteri
F1- Anggota dikenali sebagai Menteri
F2- Terdiri daripada rakyat yang layak menjadi calon melalui pilihan raya
F3- Diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong / dilantik oleh Perdana Menteri
F4- Menjadi Badan Pelaksanaan Kerajaan Persekutuan / mencadang / membahas /
meluluskan undang-undang

( mana-mana jawapan yang munasabah)

115

3. Berikutan perkembangan nasionalisme selepas Perang Dunia Kedua, pelbagai
parti politik telah mula muncul di negara kita.
(a) Terangkan matlamat perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(2 markah)

(b) Pada tahun 1951, Dato’ Onn Jaafar mengasaskan Independence of Malayan
Party (IMP). Jelaskan matlamat yang hendak dicapai melalui IMP.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(2 markah)

(c) Nyatakan hasil kerjasama antara parti politik menjelang kemerdekaan.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(2 markah)
(d) Terangkan kebaikan menjalinkan kerjasama antara parti politik.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(4 markah)

116

Jawapan
3. (a)
F1- Melahirkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu
F2- Menekankan perpaduan antara penduduk berbilang kaum
F3- Mencapai kemerdekaan melalui Melayu Raya
(b)
F1- Menyatukan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu
F2- Mencapai kemerdekaan melalui kerjasama kaum
(c)
F1- Pakatan PUTERA-AMCJA mengasilkan Perlembagaan Rakyat
F2 - Persidangan Kebangsaan diadakan bagi membincangkan langkah membentuk
gabungan parti politik kebangsaan Tanah Melayu yang bersatu.
F3 - Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh UMNO dan MCA untuk
membincangkan usaha ke arah kemerdekaan dan masa depan Tanah Melayu
F4 - UMNO, MCA dan MIC bergabung untuk membentuk Parti Perikatan
(d)
F1 - Dapat menyelesaikan masalah kaum menerusi rundingan
F2 - Mengelakkan persengketaan antara kaum
F3 - Dapat membincangkan kepentingan bersama
F4- Setiap pihak dapat memberikan pandangan secara konstruktif
F5 - Mengeratkan perpaduan
(mana-mana jawapan munasabah)

117

4. Perkembangan politik serantau dan antarabangsa mempengaruhi gelombang
politik di negara kita. Situasi tersebut telah mencetuskan penubuhan beberapa buah
parti dan kesatuan.
(a) Nyatakan tokoh-tokoh pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(3 markah)

(b) Jelaskan matlamat-matlamat perjuangan parti tersebut.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(3 markah)
(c) Mengapakah penubuhan sesebuah parti atau pertubuhan dikatakan membawa
kebaikan kepada kita?
Berikan penjelasan anda.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(4 markah)

118

Jawapan
4.(a)
F1 - Dr. Burhanuddin al-Helmi
F2 - Ishak Haji Muhammad
F3- Ahmad Boestaman
(b)
F1- Memperjuangkan idea negara merdeka
F2- Pemerintahan demokrasi
F3 -Dasar ekonomi yang mengutamakan rakyat
F4- Keadilan sosial
(c)
F1- Menyuarakan pendapat melalui sokongan majoriti
F2 - Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu
F3- Melahirkan ramai pemimpin yang cemerlang
F4 - Mengembangkan nilai sosial masyarakat
(mana-mana jawapan munasabah)

119

5. Ketegangan hubungan antara kaum yang semakin meningkat selepas Perang
Dunia Kedua menimbulkan kesedaran pemimpin kaum dan kerajaan British tentang
kepentingan perpaduan. British memberikan mesej bahawa kemerdekaan hanya
akan diberikan apabila kerjasama antara tiga kaum utama, iaitu kaum Melayu, Cina
dan India dapat diwujudkan.

(a) Nyatakan aspek-aspek yang diberi tumpuan dalam usaha berkerajaan sendiri.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(2 markah)

(b) Jelaskan tokoh-tokoh yang telah dilantik untuk menganggotai Jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum (CLC).

(i) Wakil kaum Melayu
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(2 markah)
(ii) Wakil kaum Cina
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(2 markah)

(c) Bagaimanakah langkah yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan hubungan
antara kaum di negara kita?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(4 markah)

120

Jawapan
5.(a)
F1- Kestabilan politik
F2- Kestabilan ekonomi
F3- Kestabilan sosial
(b)
(i) F1- Dato’ Onn Jaafar
F2- Mohd. Salleh Hakim
F3 - Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz
F4 - Dr. Mustapha Osman
F5 - Zainal Abidin Haji Abas
(ii) F1- Tan Cheng Lock
F2- Lee Tiang Keng
F3 - Yong Shook Lin
(c)
F1 Menghormati hak kaum lain
F2 Mengutamakan dasar tolak ansur
F3 Matang dalam sebarang tindakan
F4 Tidak membincangkan isu-isu sensitif secara terbuka
(mana-mana jawapan munasabah)

121

Soalan esei

1. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee
(CLC) ditubuhkan pada bulan Januari 1949 yang menghimpunkan pemimpin utama
masyarakat pelbagai kaum.
(a) Apakah isu-isu yang berlaku di Tanah Melayu yang diselesaikan melalui
penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum?

(6 markah)
(b) Bincangkan peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum dalam usaha ke
arah kemerdekaan negara.

(6 markah)
(c) Bagaimanakah hubungan baik antara kaum dapat diterapkan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita?

(8 markah)

122

Jawapan

1.(a)

F1-Politik
H1a - Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

F2 - Kedudukan istimewa orang Melayu
H2a- Orang Melayu menuntut diperakui kedudukan istimewa sebagai penduduk
asal rantau Alam Melayu
F3- Kedudukan istimewa orang Melayu
H3a- Orang Melayu tidak memperoleh peluang yang sama seperti kaum bukan
Melayu dalam sektor perniagaan dan perusahaan
F4 - Kewarganegaraan bukan Melayu
H4a- Ketegasan orang Melayu terhadap pemberian syarat kewarganegaraan
kepada kaum bukan Melayu
F5- Pendidikan
H5a- Sistem persekolahan yang berbeza-beza mengikut kaum, menggunakan
bahasa pengantar, buku teks dan sukatan pembelajaran yang berlainan

(b)

F1- Mencadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri dilakukan dengan
memberikan pengalaman pilihan raya secara berperingkat kepada penduduk Tanah
Melayu
F2 - Bersetuju agar orang Melayu wajar mempunyai kedudukan istimewa kerana
menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi
F3 - Mengiktiraf negara ini satu-satunya tanah air mereka
F4 - Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi dan
pendidikan orang Melayu
F5- Bersetuju kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu penting bagi
memupuk taat setia kepada Tanah Melayu dan bekerjasama dalam kalangan
penduduk
F6 - Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam untuk memupuk kesetiaan
dan perpaduan kaum di Tanah Melayu

123

(c)
H1- Menghormati hak semua kaum
H2- Menjaga sensitiviti setiap kaum
H3- Menghormati budaya/ adat resam/ kepercayaan kaum lain
H4- Memberi hak untuk mengamalkan agama, kepercayaan dan cara hidup kaum
masing-masing
H5- Saling bekerjasama dalam bidang ekonomi
H6- Menghormati hak istimewa kaum tertentu yang telah ditetapkan dalam
perlembagaan Malaysia
H7- Memelihara perpaduan kaum
H8- Menyelesaikan masalah yang melibatkan kaum melalui rundingan
(mana-mana jawapan yang munasabah)

124

2. Sistem Ahli merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui
pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.

(a) Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli.

(6 markah)

(b) Mengapakah Sistem Ahli penting kepada Persekutuan Tanah Melayu?
(6 markah)

(c) Jika anda sebagai seorang ahli dalam Sistem Ahli, jelaskan tindakan anda untuk
memanfaatkan peluang tersebut dalam mempertahankan hak dan maruah bangsa.

(8 markah)

125

Jawapan

2.(a)
F1- Ahli bertaraf “Menteri” dan bertanggungjawab menjaga portfolio yang
mengandungi jabatan dan agensi kerajaan
F2- Ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
F3- Dengan persetujuan Majilis Raja-Raja
F4 Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan
jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP
F5- Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi
F6- Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa pegawai tadbir
dan tokoh masyarakat

(b)

F1- Menyediakan asas penting untuk melatih orang tempatan
H1a- Ke arah berkerajaan sendiri
F2- Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan
H2a - Untuk belajar mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan
F3- Merupakan proses memupuk perpaduan kaum
H3a- Kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum
F4- Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh
penduduk Persekutuan Tanah Melayu

(c)

H1 - Memastikan prosedur pelaksanaan teratur dan telus
H2- Keanggotaan terdiri daripada penduduk pelbagai kaum
H3- Menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi
H4 - Bekerjasama dengan semua kaum demi melicinkan pentadbiran
H5 - Bertolak ansur dalam pembinaan bangsa Malaysia
H6- Mencadangkan agama Islam sebagai agama rasmi
H7- Menyediakan cadangan undang-undang yang melindungi kepentingan
penduduk tempatan
H8- Menjaga portfolio dengan baik dan melaksanakan tugas dengan amanah

126

3. Antara usaha ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu adalah melalui
Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(a) Apakah faktor yang menyebabkan British memperkenalkan Sistem Pendidikan
Kebangsaan melalui penubuhan Jawatankuasa Pelajaran di Tanah Melayu,
Sarawak dan Sabah?

(6 markah)
(b) Bincangkan usaha yang dilakukan oleh British ke arah pendidikan kebangsaan
melalui penubuhan Jawatankuasa Pelajaran di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

(6 markah)
(c) Pada pandangan anda, bagaimanakah nasib sesuatu bangsa jika masyarakatnya
tidak berpendidikan?

(8 markah)

127

Jawapan

3.(a)

F1 - Semasa di bawah pentadbiran British, sistem persekolahan berkembang
mengikut kaum
F2 - Terdapat sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, dan sekolah
vernakular Tamil
F3 - Di samping sekolah aliran agama dan sekolah Inggeris
F4 - Persekolahan di Sarawak dan Sabah juga terbahagi kepada sekolah vernakular
Melayu, sekolah Cina dan sekolah mubaligh Kristian
F5 - Sistem persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum
yang berlainan menimbulkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial yang ketara
antara rakyat berbilang kaum
F6 - Sistem seperti ini menghalang usaha menyatupadukan rakyat ke arah
melahirkan satu identiti bangsa dan negara

(b)

F1- Laporan Barnes 1951
H1a- Jawatankuasa Pelajaran Melayu dipengerusikan oleh L.J. Barnes
H1b- Menekankan kepentingan sekolah rendah untuk membina satu rupa bangsa
penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal yang kekal dan
tumpuan taat setia
H1c- Antara kandungan Laporan Barnes termasuklah sekolah rendah
menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
H1d- Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

F2- Laporan Fenn-Wu 1951
H2a- Diterbitkan berikutan bantahan daripada masyarakat Cina terhadap Laporan
Barnes
H2b- Mengkaji pendidikan Cina
H2c- Mencadangkan penambahbaikan untuk menjadikan sekolah Cina sebagai
institusi yang memberikan faedah kepada penduduk Tanah Melayu
H2d- Antara kandungan Laporan Fenn-Wu termasuklah Sekolah Cina diteruskan
secara berasingan di bawah sistem kebangsaan
H2e- Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu

F3- Ordinan Pelajaran 1952
H3a- Diluluskan selepas Jawatankuasa Penasihat Pusat Pelajaran meneliti Laporan
Barnes dan Laporan Fenn-Wu
H3b- Ordinan ini bertujuan membentuk sistem pendidikan yang menggunakan
bahasa rasmi Persekutuan

128

H3c- Semua murid dari pelbagai bangsa disatukan dalam satu sistem
berorientasikan Tanah Melayu
H3d- Antara perkara yang termaktub di dalam Ordinan Pelajaran 1952 adalah
Tanah Melayu mempunyai dua jenis sekolah rendah,
H3e- iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar
H3f- Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah
rendah sekiranya terdapat 15 orang murid dalam kumpulan yang sama
H3g- Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

F4- Laporan Woodhead di Sarawak dan Sabah 1955
H4a- E.W Wooddhead, Ketua Pegawai Pelajaran dari Britain diundang untuk
meninjau perkembangan pendidikan dan seterusnya membuat cadangan tentang
pendidikan di Sarawak dan Sabah
H4b- Antara cadangan laporan Woodhead termasuklah
H4c - Memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menengah
H4d - Menitikberatkan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
H4e - Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur

F5- Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
H5a- Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak
Hussein selaku Menteri Pelajaran, ditubuhkan untuk mengkaji semula sistem
pendidikan sedia ada
H5b- Jawatankuasa ini mencadangkan satu sistem pelajaran yang baharu
H5c- Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 mengemukakan teras pembentukan
sistem pendidikan kebangsaan dengan hasrat memupuk integrasi dan perpaduan
dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum melalui
H5d - Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak daripada semua bangsa
H5e - Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
H5f - Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan
H5g- Penyata jawatankuasa ini mencadangkan
H5h - Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu
H5i - Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan sama ada bahasa Inggeris,
bahasa Cina atau bahasa Tamil
H5j - Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua
sekolah
H5k - Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar , manakala bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran

(c)
H1- Negara menjadi mundur
H2- Keadaan politik tidak stabil
H3- Masyarakat mudah ditipu oleh negara luar
H4- Negara mudah dijajah oleh kuasa luar
H5- Mayarakat mudah terpedaya dengan pengaruh luar
H6- Ekonomi tidak berkembang
H7- Imej negara terjejas
H8- Kemerosotan ilmu pengetahuan
(mana-mana jawapan yang munasabah)

129

4. Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem pendidikan di negara kita.
Laporan pelajaran telah dikemukakan untuk menangani masalah yang
timbul ekoran daripada sistem sekolah pada zaman penjajahan British

a) Apakah masalah-masalah yang timbul akibat daripada sistem sekolah yang wujud
pada zaman penjajahan British?

(4 markah)
b) Huraikan cadangan yang terdapat dalam Laporan-laporan pelajaran berikut:

(i) Laporan Barnes 1951
(ii) Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956

(12 markah)
c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan langkah-langkah yang dapat
memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

(4 markah)

130

Jawapan

4.(a)

F1 - Perbezaan politik, ekonomi dan sosial akibat sistem pendidikan aliran
vernakular ini telah menghalang perpaduan kaum
H1a - Setiap kaum terpisah mengikut bahasa, agama dan budaya masing-masing
H1b - Hal ini merenggangkan hubungan antara kaum
F2 - Tiada bahasa kebangsaan yang dapat menyatupadukan mereka
H2a - Semangat kekitaan tidak dapat dilahirkan
H2b - Semangat bersatu padu dan persefahaman antara kaum tidak dapat
dilahirkan

(b)

(i) Laporan Barnes 1951
F1- Pendidikan sekolah rendah diwajibkan
H1a- Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar
H1b- Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
F2- Menekankan kepentingan sekolah rendah
H2a- Membina satu bangsa penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai
tempat tinggal
F3- Laporan Barnes turut mengkaji pelajaran Melayu

(ii) Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
F1 - Pendidikan sekolah rendah adalah wajib
F2 - Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diajar sebagai mata pelajaran wajib di
semua sekolah
F3 - Mengadakan sistem sekolah umum dengan menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar bagi sekolah rendah dan menengah
F4 - Mengadakan sekolah jenis umum dengan menggunakan bahasa Cina, bahasa
Tamil dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
F5 - Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran
F6 - Sistem peperiksaan, sukatan pelajaran, latihan perguruan dan sistem nazir
yang sama diadakan
F7 - Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan

131

(c)
F1- Mengadakan kempen Cintailah Bahasa Kita sepanjang tahun
H1a- Dapat menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memartabatkan
kedudukan bahasa sebagai bahasa kebangsaan
F2- Mengadakan aktiviti bahasa
H2a- Contohnya, pentandingan berbahas, berpidato, teka silang kata, forum, pesta
pantun, deklamasi sajak, ceramah dan lain-lain
F3- Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
H3a- Menerbitkan lebih banyak buku dan memperbagaikan bahan-bahan bacaan
yang bermutu tinggi untuk masyarakat seperti majalah, novel, cerpen dan lain-lain
(mana-mana jawapan yang munasabah)

132

5. Idea negara merdeka telah muncul dalam kalangan pemimpin negara berikutan
perkembangan politik antarabangsa dan serantau.
(a) Jelaskan idea negara merdeka menurut Kesatuan Melayu Muda (KMM).

(4 markah)
(b) Terangkan usaha-usaha untuk mengatasi masalah berhubung dengan kaum di
negara kita pada tahun 1949.

(8 markah)
(c) Sebagai murid yang mempunyai semangat patriotik, cadangkan langkah-langkah
anda untuk mempertahankan kemerdekaan negara.

(8 markah)

133

Jawapan

5.(a)

F1 - KMM memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui konsep Melayu Raya
H1a - Penyatuan bangsa dan dunia Melayu
H1b -Berdasarkan aspek persamaan daerah, darah, kebudayaan dan bahasa
F2 – Idea Melayu Raya terus diperjuangkan oleh Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS)
H2a- Dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

(b)

F1- Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan untuk mengkaji
hubungan kaum secara mendalam
F2- Membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud pembahagian
yang adil untuk semua komuniti
F3- Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk di
negara ini
F4- Dipersetujui pilihanraya diadakan pada peringkat majlis bandaran, majlis negeri
dan Majlis Perundangan Persekutuan
F5 - Kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini diperakui dan kepentingan hak
kaum lain diiktiraf
F6- Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) ditubuhkan pada tahun 1950
F7- Syarat kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu dilonggarkan
F8- Jawatankuasa pendidikan ditubuhkan untuk melahirkan sistem pendidikan
yang seragam dan diterima oleh semua kaum

(c)

F1- Menguatkan jati diri
F2 - Tidak menimbulkan kekacauan
F3- Menghormati perlembagaan negara
F4- Mengamalkan prinsip Rukun Negara
F5 - Menghormati lambang negara
F6 - Mempertahankan institusi raja
F7 - Memahami sejarah tanah air
F8 Sentiasa mengikuti perkembangan dunia semasa
F9- Sentiasa menuntut ilmu
(mana-mana jawapan munasabah)

134

Tingkatan 4 Bab 8: Pilihan Raya

Soalan Struktur

1. Pilihan raya diadakan di Persekutuan Tanah Melayu selaras dengan
peruntukan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

(a) Jelaskan pilihan raya Majlis Perbandaran yang pertama.
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________

(3 markah)

(b) Terangkan tentang gabungan Perikatan dalam pilihan raya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur.
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
(3 markah)

(c) Huraikan kepentingan pilihan raya.
_____________________________________________________

______________________________________________________
______________________________________________________

(4 markah)

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR 1

1a F1- Pilihan Raya Majlis Perbandaran yang pertama diadakan di Georgetown Pulau
Pinang.

F2- Memilih Sembilan orang ahli Pesuruhjaya Perbadanan Georgetown yang
sebelum ini dilantik oleh Gabenor NNS.

F3- Hari pemilih diadakan selama enam minggu dari 17 Mei 1951 hingga 30 Jun
1951

F4- Seramai 14,514 pengundi mendaftar untuk membuang undi

b F1- Pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan untuk merebut 12
Kerusi bagi Kawasan Sentul, Bangsar, Imbi, dan Petaling Jaya

F2- UMNO bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian Selangor menjalin kerjasama
dan bergabung dengan nama perikatan.

F3-Kerjasama tersebut mendapat kemenangan

135

c F1- Pilihan raya menyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi
F2- Pilihan raya memberikan pengalaman kepada rakyat mengendalikan pilihan raya
pada peringkat Persekutuan.
F3- Pilihan raya merupakan persediaan ke arah berkerajaan sendiri
F4- Pilihanraya membuka peluang yang adil kepada rakyat untuk mengambil
bahagian dalam politik tempatan

(mana-mana yang munasabah)

Soalan struktur 2

(a) Nyatakan tiga syarat menjadi pengundi dalam pilihan raya Majlis
Perundangan Persekutuan 1955.
(i) _______________________________________________
(ii)_______________________________________________
(iii)_______________________________________________
(3 markah)

(b) Senaraikan tiga parti politik yang bertanding dalam pilihan raya
Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
(i)_______________________________________________
(ii)_______________________________________________
(iii)_______________________________________________
(3 markah)

(c) Pada pendapat anda, apakah ciri yang perlu ada pada calon pilihan
raya?
(i)_______________________________________________
(ii)_______________________________________________
(iii)_______________________________________________
(3 markah)

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR 2

2a F1- Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
F2- Berumur 21 tahun ke atas
F3- Individu yang tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh 6 bulan
Terdahulu (dari tarikh 17 oktober 1954 atau 28 oktober1954 bagi negeri
Terengganu) layak untuk menjadi pengundi

136

b F1- Perikatan
F2- Parti Negara
F3-Parti Islam Se-Tanah Melayu

c F1- Berintegriti
F2- Mempunyai jati diri
F3- Berilmu pengetahuan
F4- Tidak mementingkan diri

Soalan struktur 3

Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu diadakan selaras dengan peruntukan
dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

(a) Nyatakan peringkat pilihan raya di negara kita?
_______________________________________________
_______________________________________________
_______________________________________________
(3 markah)

(b) Namakan pilihan raya yang pertama diadakan di negara kita.
_________________________________________________
(3 markah)

(c) Jelaskan kepentingan kemenangan Perikatan UMNO-MCA dalam
Pilihan Raya 1954.
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
(2 markah)

(d) Jelaskan kebaikan proses pilihan raya.
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
(4 markah)

137

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR 3

3a F1- Peringkat Majlis Perbandaran
F2- Peringkat Negeri
F3- Peringkat Majlis Perbandaran Kuala Lumpur

b F1- Pilihan raya Majlis Perbandaran yang diadakan di GeorgeTown, Pulau Pinang.

c F1- Menunjukkan kesedaran rakyat tentang amalan demokrasi
F2- Menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap kerjasama antara kaum dalam
politik

d F1- Mengenal pasti pemimpin yang berkaliber
F2-Peranan rakyat membentuk kerajaan
F3- Menggalakan kerjasama antara kaum
F4-Rakyat melaksanakan hak dan kewajipan
F5-Rakyat lebih peka dalam perkembangan politik
(mana-mana jawapan munasabah)

Soalan struktur 4

Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1955
berikutan kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya umum.

(a) Namakan dua orang pemimpin yang menganggotai kabinet pertama
Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)

(b) Jelaskan peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
(4 markah)

(c) Huraikan kepentingan pembentukan kabinet pertama
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
(4 markah)

138

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR 4

4a F1- Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
F2- Dato’ Abdul Razak Hussien
F3-Dato’ Sulaiman Dato’ Abdul Rahman
F4- Dr. Ismail Abdul Rahman
F5-H.S. Lee
F6-Sardon Jubir
F7-V.T. Sambanthan
F8-Leong Yew Koh
F9-Ong Yoke Lin
F10-Abdul Aziz Ishak

b F1- Membincangkan soal kewangan
F2- Membincangkan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam
F3-Menyambung model Westminster dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan
F4-Mengurangkan kuasa pentadbiran British
F5-Meminta dibatalkan Kuasa Veto Pesuruhjaya Tinggi British
F6-Membincangkan soal pertahanan dan isu keselamatan dalam negeri

c F1- Rakyat Berjaya membentuk kerajaan sendiri
F2-Rakyat menentukan hala tuju negara
F3-Pemimpin membangunkan negara menerusi jawatan yang diamanahkan
F4- Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
F5-Tunku Abdul Rahman memenuhi mandate yang diberikan untuk menuntut
Kemerdekaan

(mana-mana jawapan munasabah)

Soalan struktur 5

Pilihan Raya Umum Pertama perlu diadakan bagi merintis jalan ke arah
kemerdekaan dan memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan
(MPP). Pengisytiharan pilihan raya ini dibuat oleh Sir Donald MacGillivray.

(a) Apakah syarat-syarat untuk menjadi calon dalam pilihan raya?
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

139

(4 markah)
(b) Nyatakan dua kandungan yang tertulis dalam laporan Pilihan Raya

Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu 1955.
__________________________________________________
__________________________________________________
__________________________________________________

(2 markah)

(c) Pilihan raya diadakan di negara kita adalah bersifat telus dan adil.
Buktikan pernyataan tersebut.
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
(4 markah)

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR 5

5a F1- Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
F2- Berumur 21 tahun ke atas.
F3-Telah tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dan tinggal dalam tempoh 12 bulan
sebelum hari penamaan calon.
F4- Berpengetahuan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu

b F1- Langkah bagi mentadbir perjalanan pilihan raya
F2- Pembahagian kawasan
F3-Pendaftaran calon dan pengundi
F4-Nama-nama calon dan parti yang bertanding

c F1- Dilaksanakan oleh suruhanjaya bebas iaitu SPR
F2-Hanya pengundi yang berdaftar sahaja yang boleh mengundi
F3-Ahli SPR tidak memihak kepada mana-mana parti politik
F4-Pengguna dakwat kekal
F5-Undi adalah rahsia

(mana-mana jawapan munasabah)

140

SOALAN ESEI
BAB 8 TINGKATAN 4 : PILIHAN RAYA

1. Pilihan Raya Umum Pertama diadakan bagi merintis jalan ke arah
kemerdekaan.

(a) Terangkan proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

1955. (6 markah)

(b) Bandingkan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan 1955

dengan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan 1948.

(8 markah)

(c) Huraikan kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

(6 markah)

JAWAPAN SOALAN ESEI 1

1a F1- Penubuhan Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan membentuk 52 kawasan
pilihan raya pada 26 April 1954.

F2- Rang undang-undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan (ogos
1954)

F3-Pendaftaran pengundi mulai 18 0ktober 1954 di seluruh Tanah Melayu,
manakala di Terengganu bermula 29 oktober 1954

F4- Penamaan calon pada 15 Jun 1955
F5-Kempen pilihan raya selama 45 hari
F6-Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi dilakukan
F7-Pengumuman keputusan pilihan raya

b Keanggotan Majlis Perundangan Persekutuan 1955

F1- 52 orang ahli dipilih melalui pilihan raya
F2-35 orang ahli lantikan mewakili kumpulan yang berkepentingan seperti

keusahawanan,perlombongan, perindustrian dan pertanian.
F3- 11 orang Menteri Besar mewakili negeri
F4- 2 orang wakil Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka
F5- Jumlah komposisi ahli MPP ialah 100 orang

141

Keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan 1948

F1- 52 orang ahli tidak rasmi dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu
F2-3 orang ex officio terdiri daripada Ketua Setiausaha Kerajaan,Setiausaha

Kewangan dan peguam Besar Persekutuan.
F3- 9 orang Residen British mewakili Sembilan buah Majlis Negeri
F4- 2 orang wakil Negeri-Negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka
F5- 11 orang ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan
F6- Jumlah komposisi ahli MPP ialah 77 orang

c F1- Kerajaan diketuai oleh ketua Menteri, iaitu Tunku Abdul Rahman
F2- Mengambil alih tugas pentadbiran Tanah Melayu daripada Pesuruhjaya Tinggi
British
F3- Proses pertukaran dan pembaharuan berlaku
F4- Secara berperingkat dan mengambil masa
F5- Pesuruhanjaya Tinggi British masih memegang tampuk kepimpinan peringkat
atasan yang menentukan hala tuju negara.
F6- Kuasa pegawai British beransur-ansur dipindahkan kepada rakyat tempatan.
F7-Namun terdapat pegawai British yang berperanan sebagai penyelia atau
penasihat dalam bidang keselamatan
F8-Sistem Ahli dimansuhkan
F9-Keanggotaan MPP menunjukkan amalan demokrasi
F10- Kejayaan Kerajaan Persekutuan yang dibentuk oleh rakyat tempatan yang
ahlinya dipilih oleh rakyat.

SOALAN ESEI 2

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon
yang sesuai bagi mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi
untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan penggubal undang-undang,
eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan.

(a) Terangkan pilihan raya awal di negeri berikut: (4 markah)
(i) Sarawak (4 markah)
(ii) Sabah

142

(b) Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk selepas

Pilihan Raya Umum 1955. Jelaskan peranan kabinet pertama tersebut.

(6 markah)

(c) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berperanan memastikan proses pilihan

raya bebas dan telus. Beri penjelasan anda. (6 markah)

JAWAPAN SOALAN ESEI 2

2a i Sarawak

F1- Diadakan pada tahun 1956
F2- Persediaan awal ke arah berkerajaan sendiri
F3-kawasan Kuching Municipal Council (KMC)
H3a-Kuching dibahagikan kepada 9 kawasan (ward)
H3b-Wiliam Tan menjadi Pengerusi pertama KMC
F4-Pada tahun 1957, diadakan Sibu Urban District Council (SUDC)
H4a-Sibu dibahagikan kepada 9 kawasan
H4b-Ting Chew Huat sebagai Pengerusi SUDC
H4c-John Loo Ling Chong sebagai Timbalan SUDC

ii Sabah
F1- Diadakan pada 16 September 1962
F2-Pilihan raya kerajaan tempatan di bawah Local Government election Ordinance
F3-118 kawasan (ward) di pihak berkuasa tempatan.
F4-Setiausaha kolonial bagi Kerajaan Tempatan selaku Penguasa Pilihan Raya
F5-Bertanggungjawab menjalankan pilihan raya tersebut
F6-Seramai 202 calon bertanding bagi 118 kawasan
F7-Calon di 53 kawasan menang tanpa bertanding

b
F1- Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam
perkhidmatan awam
F2-Menyumbang sistem yang diguna pakai dalam MPP
F3- Berasaskan Model Westmister
F4- Mengurangkan kuasa pentadbiran British

143

F5- Meminta kuasa veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan
F6-Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan

c F1- Memastikan tidak berlaku gejala rasuah
F2- Melarang pembelian undi
F3- Mengharamkan sebarang tindakan paksaan
F4- Memastikan proses pilihan raya dijalankan dengan adil dan telus
F5- Memastikan tidak terdapat tindakan bersubahat
F6- Membenarkan keputusan pilihan raya dicabar di mahkamah

(mana-mana jawapan yang munasabah)

SOALAN ESEI 3

Pilihan Raya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih wakil dalam
membentuk kerajaan.

(a) Jelaskan latar belakang pilihan raya di negara kita. (6 markah)

(b) Terangkan perkembangan pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu

(8 markah)

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan pilihan

raya bagi sesebuah negara? (6 markah)

JAWAPAN SOALAN ESEI 3

3a F1- Pilihan raya merupakan asas berkerajaan sendiri
F2- Memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil atau parti yang akan
membentuk kerajaan
F3- Pilihan raya bermula daripada peringkat majlis perbandaran diikuti
peringkat negeri dan seterusnya pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
1955
H3a-Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa pilihan raya pada peringkat awal
berjaya meyedarkan rakyat tentang amalan demokrasi
F4- Pilihan raya memberi pengalaman kepada rakyat
H4a-rakyat dapat mengendalikan semua peringkat pilihan raya dalam negara kita

144

F5-Pilihan raya menyediakan rakyat ke arah berkerajaan sendiri
F6-Pilihan raya dalam negara kita telah membawa perpaduan dalam negara kita

b F1- Pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu diadakan selaras dengan peruntukan
dalam perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

F2-Kerajaan Persekutuan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya bagi
Majlis Mesyuarat Perundangan untuk mengkaji dan membuat cadangan tentang
perkara tersebut.

F3-Ordinan Pilihan Raya Pihak berkuasa Tempatan diwujudkan pada tahun 1950
yang memberikan kuasa kepada majlis tempatan untuk mengadakan pilihan raya

F4-Pilihan Raya Perbandaran yang pertama diadakan di George Town, Pulau Pinang
pada tahun 1951

H4a-Pilihan Raya Perbandaran George Town diadakan untuk memilih Sembilan orang
ahli Pesuruhanjaya Perbandaran George Town

H4b-Sebelum pilihan raya diadakan, ahli dalam Majlis Perbandaran dilantik oleh
Gabenor Negeri-Negeri Selat.

F5-Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 1952.
H5a-Pilihan raya ini diadakan untuk merebut 12 kerusi Majlis Perbandaran Kuala

Lumpur bagi Kawasan Sentul,Bangsar, Imbi dan Petaling Jaya.
H5b- Dalam pilihan raya ini, UMNO bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian

Selangor mula mengadakan kerjasama dan bergabung.
c F1- Pilihan raya penting dalam sistem pemerintahan demokrasi

F2- Setiap warganegara perlu bertanggungjawab dan mengambil tahu
perkembangan politik semasa

F3- Rakyat harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara
F4- Rakyat sendiri menentukkan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan melalui

pilihan raya
F5- Pemimpin adil dapat dipilih menjadi pemimpin
F6- Memudahkan urusan pentadbiran negara kerana pemimpin dipilih oleh rakyat

melalui proses pilihan raya

145

SOALAN ESEI 4

Gambar berikut merupakan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas
Pilihan Raya Umum 1955.

(a) Siapakah yang terlibat dalam kepimpinan Kabinet Pertama Persekutuan

Tanah Melayu. (4 markah)

(b) Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri yang diperlukan jika ingin menjadi

ahli kabinet yang disegani pada masa kini? (6 markah)

(c) (i) Buktikan kabinet pertama berjaya mewujudkan kompromi antara

Kaum. (6 markah)

(ii) Bagaimanakah warnaganegara boleh menggunakan hak dan

tanggungjawab untuk memilih wakil dalam pilihan raya bagi

kesejahteraan negara? (4 markah)

JAWAPAN SOALAN ESEI 4

4a F1- 10 orang Menteri
F2- 3 orang pegawai British yang memegang tiga portfolio
F3- Portfolio Setiausaha Kewangan
F4-Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi
F5-Setiausaha Pertahanan

b F1- Berilmu pengetahuan
F2-Berwibawa
F3-Adil

146

F4-Amanah
F5-Bertanggungjawab
F6-Berintegriti
F7-Cekap
F8-Berfikiran terbuka
F9-Berakhlak mulia
Mana-mana jawapan munasabah
c (i)
F1- Barisan pemimpin yang mempunyai pelbagai kaum
F2- Berkerjasama dan berkongsi kuasa antara satu sama lain
F3- Menunaikan mandat daripada rakyat untuk mencapai kemerdekaan
F4- Membina bangsa yang bersatu melalui sistem pendidikan
F5- Meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan dan kesihatan
F6- Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
F7-Berusaha membangunkan negara melalui jawatan yang diamanahkan

Mana-mana jawapan munasabah

(ii)
F1-menyedari tanggungjawab sebagai rakyat yang setia kepada negara
F2-Bersedia mengamalkan sistem demokrasi dalam pentadbiran negara dengan

Mengundi
F3- Daftar sebagai pengundi
F4—Mematuhi segala peraturan mengundi
F5-Menyebarkan kesedaran tentang kepentingan mengundi kepada orang lain
F6-Tidak sebarkan berita-berita palsu tentang pilihan raya

Mana-mana jawapan yang munasabah

147

SEJARAH TINGKATAN 4 – Bab 9
SOALAN STRUKTUR 1

1. Beberapa rundingan dalam usaha merintis jalan ke arah kemerdekaan telah diadakan oleh pihak Raja-
raja Melayu dan para pemimpin dengan pihak British.

(a) Apakah yang berlaku selepas Perang Dunia Kedua ? m/s 216
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
(2 markah)

(b) Terangkan kepentingan rundingan kemerdekaan antara wakil Raja-raja Melayu dengan wakil
Parti Perikatan.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(2 markah)

(c) Nyatakan wakil Raja-Raja Melayu yang mengikuti misi rundingan di London.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(2 markah)

(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bincangkan perkara yang dirundingkan oleh
Perwakilan Tanah Melayu semasa rundingan kemerdekaan berlangsung di Lancaster House,
London.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
(4 markah)

148


Click to View FlipBook Version