The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan Buku Dikendalikan Oleh ; Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-01-12 02:54:10

Kompilasi Ulasan Buku Disember 2020 Koleksi Perpustakaan Cawangan Keningau

Ulasan Buku Dikendalikan Oleh ; Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Selain itu penting bagi kita melatih
perbendaharaan kata kepada anak-anak supaya dapat
membantu memudahkan lagi luahan mereka. Sebaik sahaja
mereka mempunyai perkataan yang bersesuaian dengan apa
yang mereka alami mereka mula mampu mengendalikan situasi
mereka sendiri. Jalinan kerjasama dengan anak - anak juga
adalah aspek yang sangat penting dalam mendidik anak-anak,
pendekatan seumpama ini adalah untuk saling memahami dan
mengelakkan diri daripada sikap menunding jari.

Selain itu dalam mendidik anak-anak sering kita
dengar ada ibubapa memberi hukuman kepada anak-anak yang
melakukan kesalahan, namun dewasa ini hukuman adalah
kaedah mendidik anak yang tidak efektif kerana kaedah
menghukum ini selalunya mengajar anak berkelakuan
bertentangan daripada apa yang ibubapa mahukan. Oleh itu
dalam buku ini ada lima aspek dibincangkan mengenai
alternatif lain dalam mendidik anak-anak selain menghukum,
salah satu alternatif tersebut adalah memberi komen yang
membina kepada anak-anak yang melakukan kesalahan. Selain
itu anak-anak juga digalakkan belajar berdikari seperti
membenarkan mereka melakukan sesuatu untuk diri mereka
sendiri agar mereka dapat belajar sesuatu dari kesilapan yang
telah mereka lakukan.

Memberi pujian juga merupakan satu aspek
penting dalam membentuk perilaku anak-anak, namum pujian
yang diberikan mestilah bersesuaian dengan umur dan tahap
kemampuan mereka. Sebagai ibubapa elakkan memberi pujian
yang mengaitkan kelemahan anak-anak tetapi berilah pujian
yang dapat memberi kekuatan dalam mengharungi kehidupan
mereka kelak. Oleh itu buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh
semua ibubapa agar dapat lebih memahami lagi kaedah yang
betul berkenaan cara mendidik dan menerapkan disiplin di
kalangan anak-anak kita.

51

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

52

Tajuk Buku: Lies you never told me
Penulis: Donaldson, Jennifer

Penerbit: Razorbill, New York. 2018
MukaSurat: 325 muka surat
No Panggilan: EAF DON
ISBN No: 978-0-451-48056-9

Kategori Buku: Novel Kehidupan Masyarakat

Gabe dan Elyse tidak pernah bertemu. Tetapi
mereka berdua mempunyai sesuatu untuk dirahsiakan.

Tenang, pemalu Elyse tidak boleh
mempercayainya ketika dia menjadi watak utama dalam
pementasan Romeo dan Juliet di sekolah menengah Portland.
Rakan karibnya, Brynn, terkenal dengan gelaran bintang, dan
Elyse tidak pasti dirinya sendiri akan berjaya. Tetapi ketika
seseorang dalam latihan mula memerhatikannya, seseorang
yang dia tahu dia sama sekali tidak boleh serasi dengannya
namun menarik perhatian.

Penduduk asal Austin, Gabe mengimbau kisah
perpisahan yang tidak dapat dilupakannya dengan Sasha, teman
wanitanya yang terkenal. Dia tidak akan membiarkan desas-
desus yang mulai beredar di sekitar sekolah berterusan
menghantuinya. Dia tahu dia memiliki kekuatan untuk
mengubah hidupnya selama-lamanya.

53

Gabe dan Elyse sama-sama membuat kesalahan
kerana jatuh cinta pada orang yang salah, dan telah
membuatkan mereka trauma dengan rasa kecewa. Rasa itu
amat sukar untuk dihapuskan. Diceritakan dalam naratif yang
selari, kisah yang memilukan dan mengejutkan ini
memperlihatkan bagaimana satu pilihan yang buruk dapat
membawa kepada akibat yang tidak dijangka sehingga tidak
semua orang akan bertahan.

Persamaan antara hubungan Gabe dan Elyse
yang berbeza secara efektif menyakitkan ... langkah sinematik
dan plot memutar akan membuat pembaca membelek halaman
seterusnya kerana jalan cerita yang penuh kejutan dan tidak
teramalkan. Dengan watak-watak yang akan membuat
pembaca obses, Lies You Never Told Me pasti akan membuat
pembaca mempunyai keinginan untuk terus membaca karya
penulis ini.

Lies You Never Told Me oleh Jennifer
Donaldson ; Pembohongan, Plot ‘Twist’, dan Musibah bertukar
bencana. Karya oleh Jennifer Donaldson ini, menghidupkan
kisah kehidupan dua remaja yang terjalin lebih daripada yang
anda bayangkan. Tenang, Eylse yang pemalu tidak boleh
mempercayainya ketika dia berperan sebagai Juliet dalam
pementasan di sekolahnya ...ketika itulah segalanya bermula.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
54

Tajuk Buku: Banyak Sedekah Menjadikan Hidup Lebih Berkat
Pengarang: Abu Ahmad Abdul Fattah
Penerbit: Kemilau Publika Sdn Bhd
MukaSurat:229ms
No Panggilan:MAN 297.54 ABU
ISBN No: 9789673610549
Harga:23.00
Jenis Buku: Ilmu Agama

Buku bertajuk ‘Banyak Sedekah Menjadikan
Hidup Lebih Berkat’ adalah satu buku yang memberikan
kepuasan kepada pembaca meneguk manisnya ilmu yang
terkandung dari setiap helai buku yang dipersembahkan. Dan
tiada yang lebih berharga selain daripada menjadi sebahagian
daripada pemangkin pembinaan tamadun cintakan ilmu dalam
kalangan khalayak biarpun dalam ruang waktu yang panjang.
Persis pepatah cina yang berbunyi, andai inginkan kebahagian
setahun, semailah benih, andai inginkan kebahagian sepuluh
tahun, tanamlah pokok dan andai inginkan kebahagian seratus
tahun, didiklah manusia’.

Buku ini membawa pembaca untuk memahami
bahawa setiap muslim diperintahkan untuk bersedekah, walau
apapun keadaannya. Begitu besar kepentingan dan balasan dari
Allah Ta’ala.

55

Agama tidak hanya untuk kesejahteraan hidup
sesudah mati. Gambaran-gambaran taman syurgawi yang indah
dan menakjubkan, bukan bererti menjadikan kita "Sibuk
mengurus diri sendiri" dengan tidak mempedulikan nasib
orang-orang yang tidak bernasib baik secara kewangan.
Bahkan, mengurus orang-orang telantar sakit dan kaum
pinggiran, adalah jambatan untuk memperoleh syurga Allah
swt.

Pro-orang miskin tidak hanya ketika ekonomi
kita baik dan menjadi kaya raya saja; namun ia juga berlaku
ketika keadaan kita susah. Maksudnya, walaupun kita sedang
susah; kita diminta untuk tetap peduli terhadap orang miskin
dan orang-orang yang kurang beruntung itu. “Kita sendiri
susah, mengapa harus membantu orang lain?, begitu fikiran
yang sering mengotori kita. Rupanya kita wajar berfikir
berulang kali. Jika kita susah, bukankah masih ada orang yang
lebih susah dari kita.

Oleh itu, banyakkanlah sedekah agar hidup kita
menjadi lebih berkat dan bermakna.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Masnah Yusof,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

56

Tajuk Buku: Mudahnya Mengurus Kekayaan Dalam
Islam

Pengarang: Norsa’adah Ahmad
Penerbit: True Wealth Sdn Bhd

MukaSurat:144ms
No Panggilan:MAN 332.024088297 NOR

ISBN No: 9789674160494
Harga:32.25

Jenis Buku:Kewangan,Islam

Kita mengetahui bahawa rezeki dan kekayaan
adalah anugerah Tuhan kepada manusia. Orang Islam
bertanggungjawab menguruskan kekayaan berpandukan
syariah bermula dengan mencari sumber pendapatan yang
halal, membelanjakan harta dan akhirnya mengagihkan harta
kepada waris secara khusus atau masyarakat secara umum.

Islam sebagai cara hidup memberi panduan
yang mudah untuk menguruskan kekayaan dan harta. Pelbagai
penyelesaian praktikal berlandaskan syariah telah dihuraikan
para ulama untuk mengatasi dilema kewangan peribadi
anda. Ianya sesuai untuk pengamal industri kewangan seperti
ejen takaful, konsultan unit amanah dan perancang harta
pusaka kerana ia mengandungi proses perancangan kewangan
secara menyeluruh.

57

Buku ini sesuai untuk dibaca dan dapat
memberikan pendedahan ilmu kewangan Islam dan kesedaran
bahawa ramai individu menghadapi dilema dalam pengurusan
kewangan dan ingin tahu bagaimana beralih kepada sistem
yang patuh syariah. Penulis mengharapkan agar ilmu ini
menjadi nilai tambah dalam memberikan perkhidmatan yang
profesional kepada diri sendiri, terutama yang terlibat dalam
pengurusan hartanah dan kewangan Islam serta patuh syariah.

Dalam buku ini kita dapat ketahui:
* Apakah konsep harta dan kekayaan dalam Islam
* Empat komponen penting dalam perancangan kewangan
Islam
* Strategi pengurusan kewangan patuh syariah
* Produk kewangan Islam di pasaran dan perbandingan
dengan produk konvensional
* Apakah ciri-ciri riba, gharar dan maisir dalam kewangan
* Bagaimana melaksanakan pengurusan kewangan patuh
syariah
* Bagaimana untuk memilih produk kewangan yang sesuai
dengan keperluan anda

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Masnah Yusof,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

58

TAJUK BUKU : Menanam Dan Menjaga Tanaman
Hiasan Gantung

PENGARANG : Lingga, Lanny Widayanti
PENERBIT : Kuala Lumpur: Synergy Media

MUKASURAT : 80
ACC NUMBER : B02963423G

ISBN NO : 9789831976166
HARGA : RM19.90

JENIS BUKU : Hiasan Tanaman
Gantung(MAN635.986LIN)

Pelbagai cara menanam tanaman hiasan, salah

satunya adalah menanam di dalam pasu gantung.

Memandangkan perkarangan rumah yang kebiasaannya terhad,

cara ini ternyata sangat berkesan serta berupaya menghasilkan

pemandangan yang unik dan menarik di samping

menambahkan lagi keindahan taman di kediaman anda. Buku

ini membincangkan pelbagai jenis tanaman hiasan yang sesuai

ditanam di dalam pasu gantung serta cara pemeliharaannya.

Ramai yang berminat nak menghias kediaman

dengan tumbuhan hiasan, malangnya kadang-kadang hasrat

terbantut disebabkan kawasan tanah yang terhad atau tiada

langsung terutamanya bagi kamu orang yang tinggal di rumah

pangsa dan kondominium . Sangat susah nak buat deko-deko

kan. Selalunya pilihan yang boleh dibuat ialah tanam pokok

kecil dalam pasu kemudiannya susun tepi-tepi dinding koridor
59
rumah atau tepi-tepi tingkap rumah .

Tapi ada juga cara lain yang korang boleh
lakukan dengan menanam pokok dalam pasu gantung . Pasu
kecil boleh di gantung dan boleh diletakkan di ruang
persekitaran yang sesuai.

Pokok hiasan jenis ini memerlukan sumber
cahaya terang dan udara kering untuk membantu pertumbuhan
daun tetapi dedahan terus kepada matahari boleh menyebabkan
tumbesarannya terbantut. Suhu yang stabil diperlukan dan
penanaman pokok di tempat tertutup mesti dielakkan.

Bermacam jenis tanaman hiasan gantung yang
sesuai untuk anda letakkan di dalam ataupun di luar rumah .
Musim PKP ini ramai yang mencari pokok hiasan di rumah dan
sesuai untuk anda untuk mencari idea yang sesuai dalam
menanam tanaman hiasan gantung ini.

Buku ini juga dilengkapi dengan cara
membiakkan tanaman dan menjaganya agar tanaman gantung
anda tampil lebih menawan. Ingin tahu teknik penanaman
bunga gantung yang betul? Dapatkan buku ini segera di
Perpustakaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

60

Tajuk Buku: Arkitek Pelukis Jalanan
Penulis: Teme, Abdullah

Penerbit: Iman Publication. 2019
MukaSurat: 352 muka surat
No Panggilan: MAF TEM
ISBN No: 9789832423430

Kategori Buku: Novel Fiksyen dan Kisah Kehidupan
Masyarakat

Buku ini meninggalkan kesan dorongan

terutamanya kepada pelajar khususnya pada tahun terakhir

ijazah. Buku ini menunjukkan bahawa anda harus

mempercayai diri sendiri. Jangan berputus asa. Tunjukkan

kepada orang lain yang memandang rendah bahawa anda boleh

berjaya sekiranya anda terus berjalan walaupun anda harus

menghadapi banyak rintangan. Berjauhan dengan keluarga

tetapi anda tidak pernah mahu mereka tahu jika anda

mempunyai masalah. Sentiasa meminta pertolongan daripada

Tuhan dan berhati-hati dengan orang lain atau rakan di

sekeliling anda. Buku ini membuka fikiran dan membuka

pengalaman agar berhati-hati ketika mengenali beberapa rakan

baru kerana ada di antara mereka yang berkawan baik tetapi

ada di antara mereka yang berpura-pura baik. 61

Arkitek Pelukis Jalanan menarik kerana
mempunyai jalan cerita yang unik. Seorang pelajar Malaysia,
bertahan di London, dengan wangnya sendiri, bekerja
sambilan, menjalani kehidupan yang berhemat dengan sumber
yang sangat terhad. Itu tidak pernah didengar kerana
kebanyakan pelajar di luar negara mendapat biasiswa. Buku ini
telah mengajarkan bahawa ketabahan akan mengatasi semua
kemungkinan yang anda hadapi. Bila ada kemahuan, pasti ada
jalan.

Ini menarik kerana, walaupun kita diajar untuk
mengambil risiko, namun kita juga diingatkan untuk
melakukannya dengan risiko yang telah diukur. Melakukan
perkara yang berlawanan akan bermaksud bahawa anda harus
bersedia untuk menghadapi sebarang masalah. Penulis, telah
mencabar pemikiran pembaca yang sudah lama tertanam dalam
hal ini, dengan perspektif lain, iman kepada Tuhan.
Hasbunallahiwani'malwakeel adalah tema resonan dalam buku
ini. Buku ini banyak mengundang renungan dan mencabar
banyak perkara dalam hidup dan membuat kita untuk
mempertimbangkan semula olahan kehidupan. Bacaan yang
sangat disyorkan.

Novel Arkitek Pelukis Jalanan adalah bacaan
ringan namun penuh dengan cerita motivasi. Membaca novel
ini, pembaca akan dapat merasakan bahawa karya ini telah
ditulis dari hati penulisnya. Kisah perjuangan yang indah dan
apa yang berlaku selepas itu.

Kisah kerja keras, tekad, kesabaran, kepintaran,
bersyukur dan iman yang berterusan. Kisah kekuatan bertindak
dan menghadapi kesukaran dengan jalan penyelesaian. Cara
Teme menulisnya. Bahasa dan gaya penulisan yang
digunakannya pasti membuatkan pembaca tidak bosan. Buku
ini bakal memberi motivasi untuk kita terus berjalan dan
menjadi lebih baik. Cetusan emosi sedih, gembira dan
tersenyum sambil membacanya.

62

Arkitek Pelukis Jalanan adalah novel yang wajib
dibaca untuk setiap remaja, pelajar sekolah menengah,kolej
dan institusi pengajian tinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

63

TAJUK BUKU : LANGKAH DEMI LANGKAH RESIPI
KUIH MUIH UNIK

PENULIS : RUZITA IDIAS ISMAIL
PENERBIT : QAFF PUBLICATION

MUKASURAT : 24
NOMBOR KELAS : MAN 641.8609M RUZ

NOMBOR AKSESI : 0003725885
ISBN : 9789672176121

KATEGORI BUKU : BUKU MASAKAN

Buku ini merupakan hasil penulisan Puan Ruzita

atau nama penuh beliau Ruzita Idias Ismail yang telah

diterbitkan pada tahun 2017. Dalam buku ini beliau telah

berkongsi lebih dari 10 jenis resepi kuih yang boleh dijadikan

sebagai panduan oleh para pembaca tanpa mengira bangsa dan

agama. Hal ini demikian kerana semua jenis resepi kuih yang

dikongsikan oleh Puan Ruzita boleh dinikmati oleh pelbagai

lapisan masyarakat yang berlainan agama dan juga bangsa.

Antaranya ialah ondeh - ondeh, pengat keladi ungu, pengat

keledek sagu, popia, lepat pisang, lepat ubi kayu, lompang,

lopes pisang dan juga makaroni bakar. Berita baik buat semua

pembaca atau penggemar buku resepi ialah buku ini adalah

dwibahasa iaitu ada dua bahasa yang diselitkan oleh penulis

iaitu bahasa melayu dan juga bahasa inggeris. Bukan itu sahaja,

penulis turut menyelitkan gambar rajah bagi setiap langkah

atau proses membuat kuih tersebut bagi memudahkan lagi para
64
pembaca.

Proses - proses pembuatan kuih yang
dikongsikan oleh Puan ruzita juga semuanya mudah difahami
kerana beliau menggunakan bahasa yang mudah difahami.
Malah, proses - proses pembuatan kuih ini juga hanya
menggunakan beberapa metod sahaja dan ini sangat sesuai bagi
para pembaca yang baru mahu belajar dalam bidang membuat
kuih ini.

Di akhir kata, penulis juga berpesan kepada para
pembaca agar merancang terlebih dahulu menu yang sesuai
dengan masa dan memasak dengan air tangan sendiri menjamin
kualitinya kerana kita tahu tahap kebersihan dan bahan yang
digunakan oleh kita sendiri. Penulis juga berharap agar buku
ini dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca. Secara
keseluruhannya, buku ini sangat bagus kerana resepi b resepi
yang dikongsikan oleh penulis sangat mudah dan senang malah
buku ini juga menggunakan bahasa inggeris dan juga bahasa
melayu.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Arthur J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

65

TAJUK BUKU : PENYAKIT JANTUNG
KORONARI:CARA HOLISIK MENANGANI

KESIHATAN
PENULIS : REDAKSI AGRO MEDIA
PENERBIT : DIVISI PENERBITAN

MUKASURAT : 84
NOMBOR KELAS : MAN 641.56311 PEN

NOMBOR AKSESI : 0003366085
ISBN : 9789673719020

KATEGORI BUKU : BUKU KESIHATAN

Buku Cara Holistik Penyakit Jantung Koronari
ini merupakan hasil penulisan Redaksi Agromedia dan yang
menjadi editor bagi buku ini ialah Dr. Hassan Nor dan juga Nor
Hanis Hashim. Jantung memainkan peranan yang penting
kerana ianya mengalirkan darah ke seluruh organ dan
membawa makanan bagi sel-sel organ di seluruh tubuh. Janting
juga memerlukan oksigen dan zat makanan sebagai sumber
tenaga agar dapat mengepam darah ke seluruh tubuh dan
bahagian yang berperanan menghantar zat makanan serta
oksigen ini ialah pembuluh darah koronari.

Penyakit jantung koronari merupakan satu
penyakit yang disebabkan oleh penyempitan arteri koronari
yang mengalirkan darah ke otot jantung. Antara gejala penyakit
ini adalah berasa sakit di dada, badan berpeluh, sesak nafas,
mual-mual dan muntah-muntah.

66

Buku ini juga membincangkan cara untuk
menghindari penyakit jantung koronari iaitu dengan
menerapkan pola hidup sihat misalnya berhenti merokok dan
menjauhkan diri daripada asap rokok, bersenam secara teratur
kerana dengan bersenam ianya dapat membantu mengurangkan
berat badan bagi yang mempunyai masalah berat badan,
mengurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan
berkalori tinggi untuk menjaga kadar gula dan kolesterol.

Selain daripada itu, membincangkan ramuan
herba yang dapat mengatasi masalah penyakit jantung koronari.
Beberapa tanaman herba yang digunakan untuk mengatasi
penyakit koronari dan antaranya ialah, bawang putih, sumbang
darah, temu putih, temu giring, cendawan Ling Zhi, daun dewa,
daun sembung. Penulis juga menyatakan kandungan kimia,
kesan farmakologi, khasiat serta cara menyediakan setiap
ramuan yang telah disenaraikan. Seterusnya, buku ini turut
membincangkan diet makanan untuk mengatasi penyakit
koronari.

Pola diet yang teratur dan tepat dapat membantu
dalam melambatkan proses penyumbatan pembuluh darah. Di
samping itu, menu sihat untuk penghidap jantung koronari.
Antara menu sihat yang digalakkan untuk penghidap penyakit
jantung koronari ini ialah nasi kukus ayam dan sup pekat
jagung lobak merah.

Akhir sekali, minuman jus untuk mengatasi
penyakit jantung koronari. Minuman jus merupakan cara
pemyambuhan dengan meminum pati buah, sayuran atau
bahagian tanaman yang mempunyai khasiat dan nutrisi yang
tertentu. Penulis berharap agar dengan adanya buku ini dapat
membantu sedikit sebanyak para pembaca dalam meningkatkan
pengetahuan mengenai penyakit jantung koronari ini.

67

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Arthur J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

68

TAJUK BUKU : LANGKAH DEMI LANGKAH RESIPI
KEK MODEN

PENULIS : RUZITA IDIAS ISMAIL
PENERBIT : QAFF PUBLICATION

MUKASURAT : 24
NOMBOR KELAS : MAN 641.8653 RUZ

NOMBOR AKSESI : 0003721141
ISBN : 9789672176190

KATEGORI BUKU : BUKU MASAKAN

Buku ini dihasilkan oleh Puan Ruzita Idias
Ismail yang berusia 45 tahun dan berasal dari Kota bharu,
Kelantan. Beliau merupakan seorang pegawai bank dan
memasak dan menulis buku masakan merupakan hobi beliau
dari bangku sekolah lagi. Apabila mempunyai masa terluang,
beliau menghabiskan masa dengan mencuba pelbagai resepi
baru untuk dihidangkan kepada keluarga dan juga tetamunya.

Puan Ruzita mempunyai Ijazah Sarjan Muda
dalam bidang Pengurusan Awam dan Sijil Hotel dan Katering
dan kini beliaucsedang mengikuti kursus Certificate In Digital
Photography di Open Colleges, Australia secara dalam talian.
Beliau juga sering dijemput untuk menjadi juri dalam
pertandingan memasak. Selain menulis buku - buku masakan,
beliau juga aktif dalam menulis resepi - resepi untuk majalah
masakan dan antara majalahnya ialah Aroma dan majalah Saji.

69

Buku yang bertajuk resepi kek moden ini
merupakan buku keenam beliau. Dalam buku ini terdapat
resepi 11 jenis kek yang dikongsikan oleh penulis. Antaranya
ialah kek pisang oren, kek pandan lapis oren, kek nanas upside
down, kek belang kopi, kek mentega arang, kek kranberi
crumble, kek coklat gelap, kek anggur hitam, kek kentang, kek
kopi durian dan juga kek lapis pandan. Di dalam buku ini,
penulis turut menyatakan bahan - bahan untuk membuat kek
dengan sukatan yang betul. Malah, bahan - bahan yang
dinyatakan oleh beliau juga sedikit dan mudah untuk didapati d
kedai.

Gambar rajah proses membuat kek juga
diselitkan oleh Puan Ruzita bagi memudahkan lagi para
pembaca untuk mengikuti proses yang dinyatakan olehnya.
Bukan itu sahaja, buku ini merupakan dwibahasa iaitu beliau
menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu bagi
memudahkan para pembaca untuk memahami apa yang
dituliskan oleh penulis. Diakhir kata, beliau sangat berharap
bahawa buku ini dapat memberikan dan membantu para
pembaca atau peminat kek

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Arthur J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

70

TAJUK BUKU : Hasad Dengki.
PENGARANG : Mohd Nor.

PENERBIT : Selangor Darul Ehsan, Penerbitan
PanduanPedoman, 2018.

MUKASURAT : 164 Muka Surat.
ISBN NO : 978-967-0936-39-0
NO KELAS : MTF MUH
HARGA : RM24.45

JENIS BUKU : MALAY TEENAGE FICTION

BUKU siri kisah cabaran remaja bertajuk
“Hasad Dengki” sesuai sebagai bahan bacaan santai kepada

golongan remaja.

Buku ini berkisar kehidupan disebuah pekan

yang dipanggil Pekan Gopeng. Pekan Gopeng mempunyai

penduduk berbagai gaya hidup. Cerita dalam buku ini adalah

berkisar kehidupan seorang remaja istimewa bernama Julyana.

Julyana berumur 17 tahun, dalam tingkatan lima dan anak

ketiga dalam keluarga seramai 7 orang adik beradik yang

masih bersekolah. Ayah Julyana sudah meninggal dunia dan

kini hanya ibunya yang menyara perbelanjaan keluarga dengan

menjual kuih muih. Julyana dianggap sebagai remaja yang

lurus bendul, tenging dan bingung. Walaupun begitu Julyana

mempunyai keistimewaan dalam pelajaran matematik, kimia,

fizik, biologi dan sejarah. Julyana boleh menyelesaikan soalan-

soalan matematik STPM dengan mudah. 71

Dalam kehidupan sekampung memang tidak lari
dari perasaan iri dan dengki. Keistimewaan Julyana membuat
beberapa rakan sekolah Julyana bernama Farizawati, Intan,
Azura dan Rini, tidak suka serta iri hati dengan Julyana, lalu
mereka merancang untuk memfitnah Julyana .
Berjaya kah mereka dengan rancangan jahat mereka?
Bagaimana pula dengan nasib Julyana?

Untuk mengetahui lebih lanjut apa kesudahan cerita
dalam buku ini, silalah dapatkan buku berjudul “Hasad
Dengki” ini di koleksi remaja Bahasa Malaysia (MTF) di
Perpustakaan Cawangan Keningau untuk pinjaman dan bacaan.

Semoga buku-buku cerita yang ada di perpustakaan
dapat membuat hiburan dan santai membaca kepada pembaca
semua. Selamat membaca.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Beatrice Saili,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

72

TAJUK: Penyelidikan Dan Penulisan Ilmiah
Penyunting : Ahmat Adam Saidatul Nornis HJ. Mahali

Penerbit: Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Penyelidikan dan penulisan merupakan dua
aspek penting sebagai asas pembinaan kesarjanaan. Menyedari
bertapa pentingnya kedua-dua aspek ini dalam kerjaya
seseorang sarjana, maka Buku ini diterbitkan hasil daripada 11
kertas kerja yang telah dibentangkan dalam seminar tentang
penyelidikan dan penulisan ilmiah, yang mana sebahagian
besar daripadanya telah dibukukan semula sebagai rujukan dan
untuk menampung keperluan bahan bacan bagi penyelidik-
penyelidik muda terutamanya calon pascasiswazah dan juga
sesiapa pun yang merasakan perlu untuk mengetahui sedikit
banyak tentang kaedah penyelidikan dan penulisan bagi tujuan
penerbitan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang
terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh, 73
Rita Asing,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

TAJUK: Sejarah Pembudayaan Perahu Tradisi
Pengarang : Ismail Ali

Penerbit: Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sabah yang suatu masa dahulu diperintah oleh
dua kesultanan, iaitu Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu di
pantai timur dan utara, merupakan dua buah kesultanan yang
cukup makmur dan terkenal dalam bidang kelautan. Pada
mulanya masyarakat di bawah kesultanan Sulu, mengamalkan
budaya hidup berteraskan ‘daratan’ namun mulai berubah
kepada budaya ‘kelautan’ apabila berlaku migrasi penduduk
iaitu kemasukan secara besar-besaran suku pelaut seperti
Taosug,Bajau, Iranun ke Sabah dengan turut membawa
bersama budaya perahu untuk tujuan perdagangan,
pengangkutan, pemburuan hamba dan lain-lain lagi.

Di awal abad, pelbagai jenis perahu yang unik
dihasilkan sendiri oleh para pelaut tempatan seperti timbawan
dan biduk di pantai barat dan bogo-katik, bogo-
lamak,lepa,sapit dan jangkung di pantai timur. Perahu –perahu
ini masih terus wujud setelah kemerdekaan Sabah melalui
pembentukan Malaysia hingga ke hari ini namun telah
mengalami pelbagai pengubahsuaian dari segi reka bentuk dan
bahan binaan, selari dengan fungsinya masa kini.

74

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Rita Asing,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

75

TAJUK BUKU : KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN
PENDIDIKAN KHAS

PENULIS : ZHARULNIZAM SHAH Z.A.
PENERBIT : UTUSAN PUBLICATION&

DISTRIBUTORS SDN.BHD
MUKASURAT : 113

NOMBOR KELAS : MAN 371.909M ZHA
NOMBOR AKSESI : 0003138223
ISBN : 9789676123756

KATEGORI BUKU : PENDIDIKAN KHAS

Buku ini merupakan hasil karya Encik Zharulnizam Shah Z.A

yang juga merupakan seorang guru pendidikan khas. Beliau

memulakan kerjayanya sebagai seorang guru pendidikan khas

dan berlulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas dan

mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam pendidikan

khas. Buku setebal 113 ini mengandungi lima bab. Di

permulaan buku ini, penulis ada menerangkan serba sedikit

mengenai pendidikan khas dan juga perkembangan pendidikan

khas mengikut jenis misalnya pendidikan masalah penglihatan,

pendidikan masalah pendengaran dan banyak lagi. Selain itu,
ciri – ciri murid pendidikan khas yang menghadapi masalah
dalam pembelajaran. Bab ini lebih menghuraikan ciri – ciri
kanak – kanak yang istimewa. Ciri – ciri kanak – kanak

bermasalah pembelajaran dapat dikategorikan kepada beberapa

jenis iaitu sindrom down, autism, terencat akal, hiperaktif, palsi
76
serebrum, gangguan komunikasi dan lain – lain.

Seterusnya, pada bab yang ketiga ia lebih
memfokuskan kepada penyelarasan program pendidikan khas.
Di bab ini, ciri – ciri seorang penyelaras, bidang tugas atau
tanggungjawab penyelaras akan dibincangkan dengan lebih
terperinci oleh penulis bagi membantu para pembaca yang
berminat untuk menjadi seorang penyelaras pendidikan khas
ini.

Dalam bab ke empat pula penulis memberi
kupasan berkenaan dengan penyelaras program pendidikan
khas yang lebih efektif di mana persediaan secara psikologi
antara rohani dan jasmani amatlah penting dalam memikul
amanah untuk menjalankan program pendidikan khas ini.
Seseorang penyelaras harus menyedari segala bidang tugas
yang memerlukan komitmen berlandaskan kepada
kejujuran,keikhlasan dan kesungguhan dalam menjalankan
tanggungjawab tersebut.

Terdapat beberapa ciri utama yang perlu ada
pada penyelaras iaitu seperti
kepimpinan,pengurusan,perhubungan,penghargaan dan sifat
dalaman, setiap ciri-ciri ini ada kupasannya dalam buku ini.
Manakala dalam bab kelima lebih memfokuskan kepada cara
pengurusan program pendidikan khas di peringkat sekolah.
Misalnya, penyediaan carta organisasi yang terdiri daripada
penaung atau pengetua, penyelaras, setiausaha, penolong
setiausaha, bendahari, penolong bendahari dan juga AJK.

Kurikulum, aktiviti kokurikulum serta hal ehwal
murid pendidikan khas juga perlu disediakan oleh pihak yang
bertanggungjawab.

Tuntasnya, buku ini banyak membantu dan
memberi informasi kepada guru ataupun para pembaca yang
mahu memulakan kerjaya sebagai seorang pendidik pendidikan
khas kerana buku ini banyak membincangkan aspek
pengurusan dan pentadbiran dalam pendidikan khas.

77

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

78

Tajuk Buku: Graviti
Penulis : R’ans

Penerbit: Kaseh Aries Publications Sdn Bhd.
Bandar Baru Bangi, Selangor.2017
MukaSurat: 575
ISBN : 978-967-2035-17-6
No Panggilan: MAF JAJ

Kategori Buku: Novel Romantis dan Pergolakan Hidup

"Selagi jantung aku berdegup, selagi itu cinta aku pada dia
tak akan mati"- Jade-

Isaac Newton menemui graviti apabila sebiji
epal jatuh di kepalanya. Aku pula menemui cinta apabila
jatuh hati pada kau - Shaf-

Novel berjudul Graviti menampilkan watak
R’an yang hilang punca apabila kekasihnya tiba-tiba
menghilang tanpa berita. Dia ditinggalkan menanggung
kesedihan sendiri. Saban hari, dia tidak putus asa
menunggu kepulangan Jade. Namun lain yang dinanti, lain
yang muncul.

79

Kemuncak novel ini bermula dengan babak
sekeping gambar yang ditemui Shaf sehingga menyebabkannya
jatuh hati pada R’an tanpa sedar. Bertahun, hanya gambar R’an
menjadi teman dan membakar semangatnya untuk meneruskan
hidup. Hinggalah satu hari pencuri hatinya itu muncul di depan
matanya. Jantung Shaf berdegup kencang. Dia bertekad mahu
memiliki R’an.

R'an watak utama mula menjadi gelisah dan
resah apabila Shaf bagaikan bayang-bayang yang mengejar
dirinya. Semakin jauh dia berlari, semakin Shaf menghampiri.
Makin ditolak, makin dia mendekat. Keadaan ini membuatkan
R’an semakin keliru. Antara cinta Jade dan Shaf, yang
manakah perlu dipilih? Mampukah cinta dia bersama Jade
bertahan hingga ke akhirnya, atau adakah cinta Shaf yang bakal
menjadi peneman hingga akhir hayat?

Cinta itu bagaikan graviti, walau jauh mana kita
berlari, walau tinggi mana kita terbang, bila tiba waktunya, kita
akan tertarik dan jatuh cinta tanpa kita sedari.

Buku ini sesuai kepada semua pembaca dewasa
dan penggemar novel.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

80

Tajuk: dakapan memori
Penulis: Tina Derika

Diterbitkan Oleh: Bes Q Publication
Bil. Muka Surat: 725

ISBN: 978-967-13959-2-9
Harga: RM24.00

Novel Dakapan Memori ini mengkisahkan tentang

AMANAH. Sanggup bergaduh dan dituduh macam-

macam kerana memegang amanah. Itu adalah satu isi

penting yang menguatkan perjalanan kisah novel ini...

Afiya, anak dari perpecahan keluarga. ibu bapa

bercerai dan meminggirkan dirinya. merahsiakan butir

peribadi kerana tidak mahu pihak sekolah tahu siapa

sebenar ibu bapanya. walaupun pandai tapi Afiya punya

masalah kelakuan cuma tidak berapa ketara. tapi bila

punya kawan yang busuk hati seperti Dina, menyebabkan

sifatnya itu agak terserlah. Dina yang cemburukan afiya

kerana suka pada Emir mula mencucuk jarum fitnah.

Afiya membawa diri dan berkenalan dengan budak nakal

dari sekolah sebelah, Fazrul. Sungguh pun dilabel nakal

tapi Afiya dapati Fazrul punya nilai peribadi yang amat

baik. mereka mula rapat dan keakraban itu tidak

disenangi.. 81

Ibu afiya yang bercerai kali kedua cuba meraih

kasih anaknya yang telah lama dibiar sepi. Afiya

memberontak. Walaupun jauh sudut hati dia memang rindu

pada puan Sri Ruziah tapi kekejaman yang dirasa lebih kuat

menghambat jiwa, anak gadis dibiar membesar sendirian tiba-

tiba mahu disambar semula. Puan Sri Ruziah mula

menggunakan kawan Afiya, mula-mula Dina yang banyak

menabur fitnah dan kemudian Fazrul. Fazrul yang ketika itu

sememangnya sedang tenat dengan lukemia disogok dengan

wang yang banyak supaya dapat memujuk Afiya ikut kata

mama nya. Fazrul tidak menerima dan disinilah Fazrul

meninggalkan amanah buat Afiya, memaksa puan Sri Ruziah

terpaksa akur kerana itu juga kehendak dirinya. Afiya dibawa

jauh, tanpa dapat mengucapkan selamat tinggal dan mohon

kemaafan dari Fazrul kerana tertipu dengan fitnah Dina.

Sekembalinya Afiya ke malaysia atas arahan ibunya dia

berkahwin. Afiya terima kerana dia merasakan yang Syakir

mampu bawa dia keluar dari kepompong kongkongan puan Sri

Ruziah. Kehadiran Syakir dalam hidupnya mengusik jiwa.

Sikap lelaki itu seakan Fazrul yang pernah menghuni hatinya

suatu ketika dahulu. Semenjak berkahwin, Syakir banyak

memendam rasa cemburu. Pun begitu, banyak rahsia yang

tersembunyi. Syakir juga punya kisah lampau tapi berusaha

untuk memperbaiki diri. Dalam novel ini banyak bahagian

penceritaan tentang Afiya-Fazrul dan muncul pula Fatesha,

bekas kekasih Syakir yang mendambakan semula kasih sayang

lelaki itu. Namun hati Syakir hanya pada Afiya.

Namun apakah yang bakal terjadi selepas Syakir

membaca nota-nota contengan di bangku kusam yang menjadi

tempat persinggahan isterinya? Dan akankah Afiya terus dakap

memori yang ditinggalkan Fazrul itu?

Sebuah kisah garapan dan olahan penulis Tina Derika yang

sarat dengan emosi. Dalam novel cinta tak semua bahagia dan

manis belaka. novel ini banyak pengajaran tentang erti

kehidupan yang diselitkan. kita tak sempurna, tapi usaha untuk

menyempurnakan diri itu amat perlu. 82

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh,
Rosni Poin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

83

Tajuk: Encik Pengacau
Penulis: Rafina Abdullah
Diterbitkan Oleh: Kaseh Aries Publication Sdn Bhd.

Bil. Muka Surat: 541
ISBN: 978-967-2035-13-8

Harga: RM24.75

Novel Encik Pengacau berbentuk komedi romantik ini

mengisahkan tentang perjalanan percintaan antara

Amalina dan Razlan. Jauh berbeza perwatakan mereka

berdua. Bagaikan langit dengan bumi. Amalina seorang

gadis yang berimej tomboy yang selamba, lurus dan ada

juga sikap lepas cakap Amalina yang menjengkelkan,

kasar dan gila-gila orangnya. Manakala Razlan pula

sikapnya agak sukar untuk diramal. Adakalanya dia

nampak seperti seorang yang sangat prihatin dan

penyayang tetapi dalam sekelip mata boleh bertukar

menjadi seorang yang dingin dan kasar pertuturannya.

Sebagai salah seorang pekerja yang berkerja dibawah

syarikat milik Razlan, pening jugalah Amalina terpaksa

melayan karenah bos yang tak menentu emosinya macam

itu. Dan pada masa yang sama Razlan melarang Amalina

mendekati Tommy Edward yang juga salah seorang

pekerja di syarikatnya? Apa kaitan Tom dengan Razlan

yang sebenarnya? Buat Amalina jadi tidak faham dan

makin serabut. 84

Benarlah kata orang cinta itu buta. Dan inilah
yang menimpa mereka berdua. Dalam keadaan sering
bertengkar siapa sangka mereka berdua boleh terjatuh cinta.
Amalina jatuh hati dengan Encik Pengacau dan Encik
Pengacau pula sudah mula sayangkan Amalina. Mereka
berkawan rapat dan saling sayang menyayangi, tetapi kenapa
lain pula yang jadinya. Kata Razlan dia sangat sayangkan
Amalina tetapi kenapa pula Najwa yang dilamarnya sebagai
isteri? Mengapa Razlan sanggup mengambil keputusan
terburu-buru hingga melukakan hati dan perasaan Amalina?
Apakah sebenarnya yang telah terjadi?

Tetapi, kalau hati dah rasa sayang, mana
mungkin hendak dihalang-halang. Razlan akhirnya akur
dengan kata hati. Namun, baru sahaja bahagia mula hadir
dalam hidup mereka, sebuah tragedi meragut semuanya.
Razlan pergi menjauh. Jiwa Amalina kembali kacau.
Berjayakah Amalina dan Encik Pengacaunya bersatu? Atau
Razlan akan kembali semula ke dalam dunia gelap ciptaannya
dulu?

Olahan cerita yang santai, ada terselit
lawaknya, sedihnya, kecewa dan geramnya, dan mistiknya pun
ada bila part-part hantu Fatihah muncul depan Amalina. Novel
ini bagi saya sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan cerita
yang sedikit gila-gila, ada kalanya menghiburkan hati, santai
dan tak memeningkan kepala dengan konflik yang berat.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Rosni Poin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

85

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Tajuk: Hessa it’s me
Penulis: Jaja Ahmad
Diterbitkan Oleh: ANAASA PUBLICATION
Bil. Muka Surat: 637
ISBN: 978-967-0870-42-7

Harga: RM23.25

Novel Hessa It’s Me, garapan dan olahan penulis yang
tersendiri serta gaya bahasa yang mudah difahami
menjadikan karya ini agak menarik untuk dibaca. topik
utama yang ketara penulis Jaja Ahmad mahu sampaikan
dalam novel ini ialah kepercayaan dan kesetiaan ditambah
juga dengan kejujuran.

Naskah cinta dan kekeluargaan ini mengisahkan adik-
beradik yatim piatu Haikal, Hessa, Haiyan dan Hafiy
dengan paparan kehidupan mereka yang penuh kasih
sayang.

Niyaz, seorang pengurus hotel terjumpa Hessa semasa
Hessa berkunjung ke satu pameran di hotel tersebut.
Walaupun di awal perkenalan mereka menjengkelkan,
perhubungan Niyaz dan Hessa mula tambah mesra selepas
itu.

86

Percutian di Cameron Highlands menjadi satu
kenangan pahit bila mummy Niyaz meninggal dunia dalam
kemalangan. Hessa yang terlibat sama, melamar Niyaz demi
menebus rasa bersalahnya meragut kegembiraan Tuan Nazrul
sekeluarga. Tanpa Niyaz ketahui, lamaran Hessa sebab tidak
mahu berkahwin dengan pilihan Hajah Zaiton, nenek Hessa.

Cerita dalam novel ini cuba menyeimbangkan setiap kisah
adik-beradik Hessa dan juga sahabat-sahabatnya, Aina dan Nik.
Begitu juga kisah Nurul, kawan baik Niyaz yang marah sangat
dengan Niyaz kerana tidak hiraukan cintanya.

Plot yang agak santai. Ia lebih pada emosi seorang Hessa
yang berasa kesal kerana kedegilannya yang akhir membawa
ke kematian 3 nyawa sekali gus. Sikap Niyaz yang tak pernah
putus asa mengejar dan lalu memberi semangat bahawa segala
yang menimpa diri Hessa adalah suratan takdir.

Banyak lagi kisah kehidupan yang penulis selitkan, topik
sederhana tapi boleh dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Rosni Poin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

87

Tajuk : MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT
MALAYSIA.

Penulis: HAMDZAH A.RAHMAN
Penerbit : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Bilangan Muka Surat : 130
ISBN : 978-983-46-1592-5

Buku Makanan Tradisional Masyarakat

tulisan Hamdzah A.Rahman.Penulis telah berusaha untuk

mengumpulkan maklumat ini semasa penulis bertugas di

MARDI dalam bidang penyelidikan makanan dan

pemindahan teknologi kepada kumpulan usahawan.

Buku Makanan Tradisional Masyarakat

memaparkan topik-topik tentang himpunan makanan

tradisional di Malaysia.Setiap kaum di Negara ini

mempunyai makanan tradisional masing-masing. Buku ini

mengetengahkan aspek penggunaan bahan mentah

tempatan, pemprosesan dan penyediaan makanan

tradisional pelbagai kaum di Malaysia yang dapat

menonjolkan keunikan khazanah budaya Negara.

Makanan pelbagai budaya yang amat

unik.Keunikan yang dimaksudkan termaksuklah dari segi

hidangan dan makanan yang terdiri daripada pelbagi jenis

iaitu makanan daripada pelbagai kaum di Malaysia

samaada melayu,cina ,India ,Kadazan,Dusun
Bajau,Iban,melanau dan lain-lain.
88

Makanan yang asalnya hanya digemari oleh
sesuatu kaum kini turut digemari oleh kaum lain malah
menjadi satu tarikan kepada pelancong luar.Makanan pada
ketika dahulu hanya disediakan pada masa perayaan tertentu
kini boleh didapati sepanjang tahun.

Dalam buku ini makanan tradisional di Malaysia
dibahagikan kepada dua kategori ,iaitu makanan yang diperam
dan makanan yang tidak di peram.antara makanan yang di
peram seperi tapai,pekasam idli dan tempe.dan makanan yang
tidak di peram seperti keropok , sata , linut dan telur pindang.

Buku, amat sesuai untuk dimiliki. Pelbagai
makanan istimewa sangat bermanfaat untuk anda mencubanya
sendiri. Melalui buku ini, anda dapat menerokai dunia makanan
yang menyelerakan dari aneka jenis makanan tradisional
mudah disediakan. Aneka makanan ini pasti akan dapat
membuka selera anda dan juga mempunyai khasiat pemakanan
dan perubatan.

Buku ini dapat membantu pembaca dengan tip-
tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan
contoh-contoh hasil, pembuatan dan gambar sebagai rujukan
ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai
contoh penyediaan sumber maklumat.

Semoga buku ini dapat memberikan manfaat
kepada pelajar IPT, ahli akademik, usahawan dan pencinta
makanan tradisional.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh, 89
Benedict Ramy,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Tajuk Buku: The Boy With Blue Trousers
Penulis: Jones, Carol

Penerbit: Head of Zeus Ltd, Great Britain. 2019
MukaSurat: 425 muka surat
No Panggilan: EAF JON
ISBN No: 9781786699862

Kategori Buku: Novel Fiksyen dan Sejarah

Di ladang emas Australia pada abad ke-19,
dua gadis yang sangat berbeza berusaha melarikan diri
dari masa lalu mereka. Tahun 1856, China. Di kebun
mulberi di Pearl River Delta, Little Cat yang berusia lapan
belas tahun membawa rahsia yang mengerikan. Oleh itu,
dengan menyamar sebagai anak laki-laki dengan celana
biru, dia membuat perjalanan panjang dan sukar ke
Australia, sebuah negeri yang jauh dari kekayaan yang tak
terhitung di mana dikatakan sungai-sungai mengalir
dengan emas.

Tahun 1857, Australia. Violet Hartley telah
tiba dengan menaiki kapal laut dari England, melarikan
diri dari skandal untuk pulang ke rumah. Seperti
pendatang Cina yang mencari kekayaan di ladang emas,
Violet tergoda dengan janji orang tengah. Kemudian dia
bertemu Little Cat, seorang wanita yang mempunyai nasib
yang seperti dia, berusaha melarikan diri dari masa lalu. 90

Takdir mereka yang tidak dapat dipisahkan,

menjerat dahsyat, kisah mereka menjadi kisah kebebasan,

keganasan, cinta dan dendam, bergema di lanskap dua benua

besar.

The Boy with Blue Trousers adalah novel karya

Carol Jones. Seorang pencerita budaya yang berwibawa, karya

fiksyen sejarah terkini dari Carol Jones yang sangat berbakat.

Dengan penekanan pada dua protagonis, di dua benua, The Boy

with Blue Trousers menawarkan pembaca kisah yang memikat

dari bab pertama hingga ayat terakhir.

Inti dari kisah ini adalah kelangsungan hidup, dan

tempoh panjang seseorang untuk melakukannya. Violet Hartley

melarikan diri dari skandal di England dan menjadi pemerintah di

Robetown, Australia Selatan. Bertekad untuk mendapatkan suami

dan kehidupan yang selesa. Kekerasan secara tidak sengaja

mengabaikan tugasnya, yang mencetuskan tragedi. Menganggur,

dia meminta lelaki yang menjadi tumpuannya, Thomas Lewis,

untuk membawanya dalam perjalanan panjang ke sebuah bandar

perlombongan dengan pekerja Cina yang baru tiba. Di China,

Little Cat membunuhnya kerana pemerkosaan dan menuju ke

Australia. Anak lelaki yang dibunuh itu bersumpah untuk

membalas dendam agar jiwa bapanya tenang. Dia akhirnya

menjadi sebahagian daripada sekumpulan buruh yang diiringi

oleh Thomas. Sepanjang perjalanan mereka, kedua-dua protagonis

mendapati kehidupan mereka saling berkaitan. Cerita ini menarik

dan Jones telah mencipta watak-watak yang sangat dipercayai

yang cuba menentang nasib masing-masing.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku

dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut.

Diulas oleh, 91
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Tajuk Buku : Bagaimana Mengenal Diri?
Pengarang : Ahmad Marzuki Ismail

Penerbit : Karisma Publication SDN BHD
Muka Surat : 105 Muka Surat

No Panggilan : MAR 371.8019 Ahm
ISBN No : 983-195-231-6
Harga Buku : Rm13.50

Buku yang bertajuk Bagaimana Mengenal

Diri sangat menarik untuk dibaca.Bertujuan untuk

menggalakkan pelajar meningkatkan

komitmen,kesungguhan serta berdikari dalam menentukan

hala tuju yang ingin dicapai tanpa membazirkan masa dan

ruang yang sedia ada.

Buku ini mengetengahkan beberapa aspek

utama merangkumi mengapa perlunya mengenal diri serta

menggunakan segala kebolehan yang ada.contohnya

bagaimana menjadi pelajar yang sempurna dari segi

jasmani,emosi,rohani dan intelek.Selepas mengenal

diri,maka berlakunya beberapa perubahan serta

pembahruan diri seterusnya mendorong kepada perubahan

penampilan dan persembahan diri terhadap tujuan dan

masyarakat 92

Mengapa perlu menilai sendiri terjawab dalam
buku ini yang mana seseorang pelajar dapat berfikir dan
menaakul mesej dan harapan yang diharapkan disamping
berupaya melihat segala tingkahlaku serta peka terhadap
kemampuan diri dan kebolehan.

Bahasa yang begitu ringkas sangat mudah
difahami oelh pelajar amnya dan pembaca khususnya. Buku ini
amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat dari kanak-
kanak,remaja dan dewasa.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Lawrance Angansuk,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

93

Tajuk Buku: Struktur Adat Kematian Menyingkap
Pandangan Alam dan

Kosmologi Masyarakat Bajau
Penulis: Halina Sendera Mohd Yakin
Penerbit: Penerbit Universiti Malaysia Sabah. 2018

MukaSurat: 168 muka surat
No Panggilan: LHC 393.09H HAL

ISBN No: 9789672166207
Kategori Buku: Bukan Fiksyen, Kehidupan, Upacara dan

Adat Istiadat Sosial Bajau di Sabah

Kematian pasti ditempuhi oleh setiap
manusia di dunia. Demikian realiti kehidupan. Kematian
melambangkan kesedihan kerana melibatkan pemisahan
secara fizikal dan kekal. Kematian menandakan
berakhirnya hayat dan tugasan manusia di muka bumi dan
putusnya hubungan antara dunia nyata dengan si mati.
Simboliknya, ritual-ritual yang dijalankan dalam adat
kematian menyediakan gerbang masuk untuk mengenali
identiti dan sudut pandang kehidupan sesebuah
masyarakat. Lazimnya upacara kematian diadakan oleh
keluarga terdekat si mati. Walaubagaimanapun, upacara
tersebut berbeza dari satu budaya dengan budaya yang
lain. Ini kerana setiap etnik mempunyai kaedah tersendiri
dan unik dalam mengurus dan menangani kematian. 94

Faktor utama yang menyebabkan perubahan

daripada animism adalah factor agama. Bermula dari Hindu-

Budha dan Islam. Agama Islam adalah faktor agama dominan

yang seterusnya merubah struktur adat kematian yang berteraskan

kosmologi Hindu. Dua agama ini terus meninggalkan kesan dalam

kotak pemikiran masyarakat tradisi. Selain itu,

hubungan dan komunikasi antara budaya yang gterjalin sekian

lama dengan masyarakat dan budaya lain juga mempengaruhi

dalam struktur adat kematian Bajau.

Buku ini mengandungi rajah, foto dan tujuh bab.

Bab satu, iaitu pengenalan. Secara umum membicarakan tentang

matlamat serta isi kandungan buku ini. Bab dua memfokuskan

berkenaan suku etnik Bajau dari pelbagai aspek sosiobudaya dan

demografi. Ritual dan amalan sebelum dan semasa upacara

pengebumian diperihalkan dalam bab tiga. Bab empat

mempericikan perbicaraan berhubung amalan dan ritual selepas

pengebumian. Adat dalam kematian serta aspek perubahan pula

dihuraikan melalui bab lima. Bab enam mengupas antara isi

kandungan buku ini meliputi persoalan makna kematian setrta

pandangan alam dan kosmologi Bajau. Penulis menumpukan

perbincangan berhubung adat kematian kontemporer dan masa

hadapan pada bab akhir buku ini.

Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan

masyarakat sebagai sumber informasi kepada masyarakat umum

terutamanya generasi muda Bajau mahupun masyarakat dari luar

negeri Sabah untuk mengetahui dan celik warisan budaya tradisi

Bajau.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku

dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang

terdekat dengan melawati laman sesawang

www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku

tersebut.

Diulas oleh, 95
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

TajukBuku:HIDUP YANG AKU PILIH
Pengarang:MUHARIKAH

Penerbit: IMAN PUBLICATION SDN.BHD
MukaSurat:184 ms

No Panggilan:MAN 158.1 MUH
ISBN No: 9789832423393
Harga:21.00

Buku motivasi yang begitu berkesan, diolah
dalam bahasa Melayu dan santai namun Berjaya
menyampaikan mesej yang ingin di kongsikan. Amat
sesuai untuk menjadi bahan bacaan golongan pelajar,
pelajar pengajian tinggi bahkan yang telah bekerja.
Penulis Muharikah atau nama sebenar Dr. Nur Aisyah
Zainordin merupakan lulusan ijazah sarjana muda
perubatan dan pembedahan dari University of Dundee,
Scotland dan Sarjana perubatan Dalaman dari UITM
Sungai Buloh. Penulisan beliau lebih menjurus kearah
motivasi untuk anak muda.

96

Mempunyai 17 bab yang diolah santai namun
padat dan memberikan impak yang banyak mengenai hal-hal
kehidupan. Hidup ini kita punya banyak pilihan samaada
kearah yang baik atau terbaik, bahagia atau tidak kita diberi
pilihan.perjalanan hidup ini dijelaskan secara terperinci dan
seharusnya manusia punya perancangan agar semua yang
diimpikan tercapai.
“jika anda benar-benar mahukan sesuatu, anda pasti akan
mencari jalan. Jika tidak , anda akan mencari alasan”.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Ismail Abas,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

97

TajukBuku:INGIN JADI DOKTOR
Pengarang:DR. NOOR HAYATI YASMIN NGA TIMIN

Penerbit: NOOR HAYATI YASMIN NGA TIMIN
MukaSurat:168 ms

No Panggilan:MAN 808.882 NOO
ISBN No: 9789671292358
Harga: RM 9.75

Daripada tajuk kita sudah dapat mengagak
yang buku ini lebih terarah kepada orang yang mempunyai
impian dan cita – cita untuk menjadi seorang doctor.
Melalui buku ini yang lebih merupakan pengalaman
penulis sendiri diperincikan setiap langkah dan cabaran
yang akan dihadapi untuk mencapai impian tersebut.

Buku ini juga dipaparkan secara kronologi
bermula persiapan sebagai seorang pelajar, doctor pelatih
dan seterusnya doctor penuh dan cabaran-cabaran yang
perlu dihadapi semasa berhadapan dengan karenah
pesakit-pesakit, tanggungjawab seorang doctor amatlah
berat dan penuh dengan tekanan.

98

Bukan suatu yang mudah untuk membuat
keputusan berkenaan pelan rawatan pesakit tapi keberanian
diperlukan dan kesilapan yang berlaku akan menyebabkan
situasi pesakit teruk atau boleh membawa maut.

Antara isi kandungan buku ini menyatakan
kelebihan dan kekurangan menjadi seorang doctor contohnya
kelebihan sebagai seorang doctor menyelamatkan nyawa,
mulia pada pandangan masyarakat, berpendapatan tinggi
manakala kekurangan lebih kepada pengorbanan masa,
keletihan keluarga dan lain-lain.

Setelah membaca buku ini, Tanya pada diri anda
sendiri ingin kah menjadi doctor?

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku
dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah
yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.

Diulas oleh,
Ismail Abas,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

99

TajukBuku: TRIAGE
Pengarang: DR. NOOR HAYATI YASMIN

MukaSurat: 264 MS
No Panggilan:MAN 808.882 NOO

ISBN No: 9789670893365
Harga: 18.00

Triage = Trier atau perkataan lebih mudah

bermaksud saringan adalah proses yang digunapakai di

bahagian kecemasan hospital yang bertujuan menentukan

keutamaan rawatan pesakit berdasarkan keseriusan

keadaan mereka. Buku ini banyak menceritakan

pengalaman penulis sendiri semasa bertugas di bahagian

kecemasan hospital di Negeri Sabah.

Apa yang diceritakan banyak memberikan
kesedaran kepada para pembaca tentang nilai – nilai

kehidupan, betapa kerdilnya seorang manusia dikala

ditimpah musibah dan tiada apa yang dapat melawan

ketentuan ilahi walau sehebat mana sekalipun usaha yang

dilakukan. Cerita buku ini memang padat dengan
10
motivasi dan peringatan diri. 0


Click to View FlipBook Version